KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING
DAN MATEMATIK (BSTEM)
BSTEM
PEMBELAJARAN BERSEPADU
PRASEKOLAH
SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (STEM)
BSTEM
PEMBELAJARAN
BERSEPADU
PRASEKOLAH
Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018
Terbitan Februari 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blok E9, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.
CIP/ISBN
ISBN 978-967-420-396-2
KANDUNGAN
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii
Kata Aluan ix
Pendahuluan 1
Panduan Pelaksanaan BSTEM 3
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 1:
Lampu Tidur Lestari
Pengenalan 9
Komponen PdP 15
Rancangan PdP 17
Aktiviti PdP 19
Lampiran:
A Rubrik Penilaian Untuk Karya Kreatif Dan Pembentangan 25
B Borang Penilaian Kendiri 26
C Aktiviti Murid Mengikut Langkah 27
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 2:
Rumah Kucing
Pengenalan 31
Komponen PdP 34
Rancangan PdP 36
Aktiviti PdP 38
Lampiran:
D Rubrik Penilaian Untuk Karya Kreatif Dan Pembentangan 45
E Borang Penilaian Kendiri 46
F Aktiviti Murid Mengikut Langkah 47
Rujukan 49
Penghargaan 51
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; Memelihara cara hidup yang demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dinikmati secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
vii
KATA ALUAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dengan izinNya kita berjaya menghasilkan sebuah
buku yang menjadi panduan dan contoh kepada guru dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran STEM di sekolah.
STEM sebagai akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering
(Kejuruteraan) dan Matematik, merupakan bidang pengajian yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni
dalam disiplin ilmu yang berkaitan.
Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan
transformasi kurikulum yang melibatkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), STEM sewajarnya diberi
perhatian dan penekanan. STEM memperkukuhkan pembelajaran STEM dengan
aktiviti hands-on, berasaskan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Contoh aktiviti STEM dengan ciri-ciri tersebut telah dibangunkan dan dikumpulkan di
dalam buku ini. Buku ini mengandungi contoh aktiviti STEM yang melibatkan mata
pelajaran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Aktiviti yang
dicadangkan dalam buku ini adalah bersifat situasi sebenar yang mungkin pernah
dialami sendiri oleh murid. Saya percaya aktiviti yang melibatkan pengalaman murid
seperti ini adalah lebih seronok, menarik minat, meyakinkan dan merangsang daya
fikir mereka. Aktiviti seperti ini diharap dapat menjadi panduan dan pencetus idea
kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bidang STEM di
sekolah.
Pembangunan buku ini melibatkan gabungan tenaga dan kerjasama dari pelbagai
pihak. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat. Semoga
buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha melahirkan modal
insan yang menjadi aspirasi negara.
Sekian, terima kasih.
SHAZALI BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018
ix
1
PENDAHULUAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan minat
murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang ditekankan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Melalui inisiatif ini KPM
berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan berkelayakan adalah
mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat tertiari. Pelaksanaan pendekatan
STEM berhasrat melahirkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
nilai serta membudayakan amalan STEM.
Berdasarkan hasrat KPM, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah membangunkan
bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dikenali sebagai Siri Bahan
Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (BSTEM). Bahan sumber ini
merupakan lanjutan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
STEM yang telah dibangunkan sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP
STEM di sekolah. Siri BSTEM yang dihasilkan adalah seperti Jadual 1.
Jadual 1: Bahan Sumber BSTEM 2016 dan 2017
BSTEM 2016 BSTEM 2017
Biologi
(Sek. Men.)
Pengajian
Kejuruteraan Awam
(Sek. Men.)
Pengajian
Kejuruteraan
Mekanikal
(Sek. Men.)
Pengajian
Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik
(Sek. Men.)
Fizik
(Sek. Men.)
Grafik Komunikasi
Teknikal
(Sek. Men.)
Reka Bentuk dan
Teknologi
(Sek. Men.)
Sains Rumah Tangga
(Sek. Men.)
Kimia
(Sek. Men.)
Sains Sukan
(Sek. Men.)
Asas Sains Komputer
(Sek. Men.)
Sains Tambahan
(Sek. Men.)
Matematik
Tambahan
(Sek. Men.)
Matematik
(Sek. Men.)
Sains
(Sek. Men.)
Pertanian
(Sek. Men.)
Reka Cipta
(Sek. Men.)
Asas Kelestarian
(Sek. Men.)
Sains
(Sek. Ren.)
Matematik
(Sek. Ren.)
Sains Komputer
(Sek. Men.)
Reka Bentuk dan
Teknologi
(Sek. Ren.)
Pembelajaran
Bersepadu
(Pra Sekolah)
-
2
Bahan sumber ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti untuk sesi
sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan strategi inkuiri,
pembelajaran berasaskan masalah dan projek. PdP ini memberi peluang kepada murid
untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pengalaman
pembelajaran yang mendalam serta diperkaya.
Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi
menyediakan murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM yang
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menghasilkan murid seperti
yang dihasratkan iaitu mempunyai profil berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir,
kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, prihatin dan
patriotik.
BSTEM 2017 diharap menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP bagi tajuk
lain dalam mata pelajaran ini.
3
PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM
Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang melibatkan
pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah
dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan ini
menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran melalui inkuiri serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dalam usaha
membudayakan amalan STEM. Inisiatif Perkukuhan STEM dilaksanakan untuk
membudayakan amalan STEM dalam kalangan murid.
BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang menarik
agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM mengandungi dua contoh PdP untuk
Pembelajaran Bersepadu prasekolah. Contoh PdP ini diharap dapat memberikan
panduan yang boleh digunakan oleh guru untuk membina aktiviti PdP STEM lain
berdasarkan kurikulum kebangsaan yang diguna pakai. Secara umumnya setiap contoh
PdP dalam bahan sumber ini mengandungi:
1. Pengenalan
2. Rancangan PdP
3. Komponen PdP
4. Aktiviti PdP
5. Lampiran
Lembaran Kerja Murid
Borang Penilaian oleh guru
Borang Penilaian kendiri
Dapatan Rintis Contoh PdP (Aliran Aktiviti Murid)
6. Rujukan
Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan rubrik yang disediakan.
Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian produk, penilaian pembentangan
dan penilaian kendiri.
4
PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang disyorkan
dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam
PdP 1.
Berikut adalah langkah asas aktiviti PdP STEM yang harus dilalui oleh murid:
Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM
1 Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016.
Mengemukakan soalan dan mendefinisi masalah
Mencari dan mengumpul maklumat berkaitan
soalan/masalah
Merancang dan menjalankan penyiasatan
Menganalisis dan menginterpretasi data
Membina penyelesaian dan mereka bentuk penyelesaian
Mempersembahkan produk
Menambah baik produk
Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenalpasti
masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar
Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
termasuklah melalui internet, ataupun media cetak dan
sebagainya.
Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam bentuk inkuiri
Murid mengumpulkan data, menganalisis dan
mempersembahkan supaya boleh difahami/ digunakan oleh orang lain
Murid menunjukkan pemahaman mereka dengan menggunakan perkataan mereka sendiri tentang sesuatu fenomena atau pemerhatian, perwakilan secara grafik
atau formula boleh juga diterima. Murid merekacipta dengan mengulangi proses
untuk menambahbaik produk( termasuk
kaedah)secara sistematik
Murid membentangkan produk dengan disokong dengan
justifikasi data dan rakan lain diberi peluang untuk
berkomunikasi dan memberikan pendapat
Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan masalah
dan meningkatkan kefungsiannya.
1
2
3
4
5
6
7
5
BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM. Ketiga-
tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang harus guru ikuti bagi merancang dan
mengurus perjalanan PdP ini dengan berkesan. Berikut adalah langkah-langkah umum
dalam melaksanakan PdP STEM.
Rajah 2: Panduan pelaksanaan PdP STEM
PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru sepanjang
FASA
SEBELUM
PdP
FASA
SEMASA
PdP
FASA
SELEPAS
PdP
1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang hendak diajar.
2. Menyediakan senario/ situasi / masalah yang sesuai bagi tujuan
di atas.
3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi PdP.
4. Menyediakan bahan (soft and hardcopy) dan peralatan yang
diperlukan serta mencari tempat dan tarikh yang sesuai bagi
PdP ini.
6. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan
kepada murid melaksanakan tugasan ini.
5. Mengemukakan senario/ situasi / masalah sebagai set induksi
bagi mencetus minda murid.
7. Menggalakan murid menjana idea semasa perbincangan
kumpulan dalam proses penyelesaian masalah/ melengkapkan
tugasan (dengan soalan-soalan yang telah disediakan guru
semasa Fasa Sebelum PdP).
8. Memberi respons dan menilai produk /pencapaian murid.
10. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah dilaksanakan.
11. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang akan
datang.
6
proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan berkesan serta
memberi peluang kepada murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dihasratkan.
9
Semasa PdP
SelepasPdP
PENGENALAN
Lampu tidur lestari merupakan satu aktiviti projek dilaksanakan oleh murid prasekolah.
Aktiviti ini memfokuskan kepada Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), projek dan
inkuiri. Aktiviti ini juga menggalakkan murid melakukan penerokaan dan memperoleh
pengalaman pembelajaran melalui aktiviti hands on. Murid didedahkan dengan suatu isu
berkaitan cahaya untuk mereka selesaikan dengan menghasilkan satu produk. Murid
mengaplikasikan pengetahuan tentang cahaya dan juga dapat menerapkan nilai
menghargai alam sekitar serta mereka cipta untuk kegunaan diri dan rakan. Cadangan
masa melaksanakan aktiviti ini adalah 5 minggu tetapi ia bergantung kepada kreativiti
dan fleksibiliti guru untuk menyesuaikan dengan situasi sekolah, murid dan faktor-faktor
lain.
Panduan pelaksanaan aktiviti ini perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP
lancar dan berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan,
peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan, paparan video dan kos yang
diperlukan sepanjang pelaksanaan aktiviti ini. Guru juga sewajarnya menggalakkan
murid menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos yang minima.
Langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti lampu tidur lestari adalah seperti berikut:
Minggu 1
Menyediakan BBM.
Menyediakan instrumen pentaksiran.
Mendapatkan maklumat berkaitan konsep cahaya.
Menyediakan persekitaran kelas berkaitan tajuk.
Menyediakan alat, bahan dan radas seperti yang dinyatakan dalam contoh PdP.
Mencetus minda murid dengan set induksi. (tayangan video/ memberikan bahan rangsangan).
Memberikan senario berkaitan dengan pernyataan masalah.
Menayangkan video mengenai kejadian siang dan malam.
Bertindak sebagai fasilitator dalam aktiviti semasa aktiviti soal jawab.
Mengenal pasti bahan untuk sesi PdP seterusnya.
Menilai serta menambahbaik contoh PdP berdasarkan
kemampuan murid.
Sebelum PdP
10
Semasa PdP
SelepasPdP
Minggu 2
Menyediakan BBM.
Menyediakan pelbagai bahan/alat sumber cahaya.
Bertindak sebagai fasilitator dalam aktiviti semasa
penerokaan murid terhadap cahaya daripada pelbagai
sumber.
Mengaitkan senario dengan aktiviti meneroka bayang-
bayang.
Membimbing murid untuk meneroka bayang-bayang.
Mengenal pasti bahan PdP untuk sesi PdP seterusnya.
Mentaksir hasil kerja murid.
Menilai serta menambahbaik contoh PdP berdasarkan kemampuan murid.
Minggu 3
Menyediakan semula penyataan masalah yang akan dibincangkan untuk mendapatkan cadangan projek oleh murid.
Membuat perbincangan dengan penyelaras makmal komputer di sekolah untuk aktiviti murid meneroka mencari melalui teknologi maklumat.
Menggalakkan murid untuk memberi cadangan menghasilkan lampu tidur berdasarkan senario yang diberi.
Membimbing murid mendapatkan idea dan maklumat berdasarkan gambar yang diperoleh melalui teknologi maklumat.
Membimbing murid menghasilkan lakaran lampu tidur berdasarkan idea yang diperoleh dari aktiviti pencarian melalui teknologi maklumat.
Merangsang murid untuk berkomunikasi tentang lakaran yang sedang dihasilkan.
Memberi cadangan penambahbaikan terhadap hasil lakaran murid disepanjang proses menghasilkan lakaran.
Sebelum PdP
Sebelum PdP
Semasa PdP
11
SelepasPdP
Semasa PdP
SelepasPdP
Berkomunikasi dengan ibu bapa untuk membantu anak menghasilkan lampu tidur di rumah.
Menilai serta mengubahsuai bahan PdP berdasarkan
kemampuan murid.
Minggu 4
Menyediakan beberapa contoh lampu tidur menggunakan pelbagai jenis bahan dan sumber tenaga.
Membimbing murid untuk bercerita tentang lampu tidur yang akan dihasilkan setelah berbincang dengan ibu bapa.
Menggalakkan murid untuk bersoal jawab tentang cadangan lampu tidur yang akan dihasilkan oleh rakan.
Berkomunikasi dengan ibu bapa untuk membantu anak menghasilkan lampu tidur di rumah.
Memberi lakaran semula kepada murid untuk dibawa pulang bagi menghasilkan lampu tidur bersama-sama ibu bapa.
Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP seterusnya.
Minggu 5
Mengumpul semula hasil lampu tidur yang telah dihasilkan oleh murid bersama-sama ibu bapa menggunakan pelbagai jenis bahan dan sumber tenaga.
Menyediakan instrumen penilaian pembentangan dan bahan.
Menyediakan instrumen penilaian kendiri.
Sebelum PdP
Sebelum PdP
12
Semasa PdP
SelepasPdP
Membimbing murid untuk menghasilkan hiasan pada lampu tidur masing-masing.
Membimbing murid untuk menguji nyalaan lampu tidur.
Menjadi fasilitator dalam pembentangan hasil kerja murid.
Menggalakkan murid bersoal jawab dalam pembentangan yang dilakukan oleh rakan.
Menggalakkan cadangan berhemah dalam kalangan murid dan memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi saintifik bagi penambahbaikan.
Membuat penilaian menggunakan borang penilaian rubrik prototaip/ pembentangan manakala murid pula mengisikan penilaian kendiri.
Memastikan murid melengkapkan borang penilaian kendiri.
Membuat kesimpulan.
Membuat refleksi/impak PdP.
Menyimpan laporan murid yang telah diterima dalam portfolio murid.
Menyimpan beberapa hasil kerja yang baik sebagai bahan contoh/ pameran dalam aktiviti di sekolah.
13
Sepanjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran mendalam agar PdP tersebut bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dalam menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka seperti dalam Carta 1.
Carta 1: Aliran pelaksanaan aktiviti murid menghasilkan lampu tidur lestari
MINGGU 2
1. MENGENAL PASTI MASALAH
3. MENJANA IDEA KREATIF DALAM REKA BENTUK BEBERAPA LAKARAN
2. MENGUMPUL MAKLUMAT
4. MEMILIH LAKARAN REKA BENTUK TERBAIK
5. MENGENAL PASTI JENIS ALAT, BAHAN DAN RADAS TERBAIK
6. i. MEMBINA PROTOTAIP BERDASARKAN LAKARAN TERBAIK
6. ii. MENGUJI KEBERKESANAN PROTOTAIP
MINGGU 3
BERJAYA PROSES
PENAMBAH
BAIKAN
TIDAK
YA
7. MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK
8. MENDOKUMENTASIKAN PROJEK
MINGGU 4
SOAL JAWAB
MINGGU 1
MINGGU 5
15
KOMPONEN PdP
Pendekatan STEM menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan STEM yang berterusan akan membawa pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid.
Konteks:
/ Kehidupan Harian
/ Alam Sekitar
/ Masyarakat Tempatan dan Global
Kemahiran Abad 21:
/ Kreativiti dan Inovasi
/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
/ Komunikasi dan Kolaborasi
/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya
/ Nilai dan Etika
Pengintegrasian STEM:
Sains: Menyiasat sumber cahaya
Meneroka bayang-bayang
Mengaplikasi kegunaan cahaya dalam kehidupan seharian
Teknologi: Teknologi maklumat dan komunikasi
Kejuruteraan: Mereka bentuk lampu tidur tanpa menggunakan sumber tenaga
elektrik
Matematik: Pranombor
Konsep nombor
Bentuk dan ruang
16
Bahan Sumber:
Alat, Bahan
dan Radas
yang
diperlukan:
(Cadangan)
Lampu, lampu suluh,lampu solar,lampu cas semula
Pelita
Lilin
Objek untuk menghasilkan bayang-bayang
LCD
Kotak kasut
Glow in the dark
Telefon bimbit
Sumber yang
disediakan
oleh guru:
Blog dan laman sesawang *(pautan video)
Video berkaitan cahaya, siang dan malam serta terang dan gelap
Kad gambar berdasarkan senario
17
Ringkasan Aktiviti:
Senario: Izzul berusia enam tahun. Izzul baharu mendapat adik. Ibunya meminta Izzul tidur di biliknya sendiri. Ibunya akan memadamkan lampu setiap kali sebelum tidur.
Izzul merasakan bila berada dalam keadaan gelap, dia tidak dapat melihat apa-apa. Bayang-bayang pada tingkapnya juga amat menakutkan. Setiap malam Izzul akan menangis ketakutan kerana terpaksa tidur dalam keadaan gelap.
Sebagai rakan, bagaimana anda dapat membantu Izzul
mengatasi ketakutannya terhadap bayang-bayang dan
gelap?
Apakah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang murid perolehi setelah melalui aktiviti ini?
Pengetahuan, kemahiran dan nilai
• Mengenal pasti sumber cahaya dalam kehidupan seharian.
• Menghubungkaitkan masalah dengan kejadian siang dan malam serta kegunaan cahaya.
• Mengetahui kejadian bayang-bayang
• Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik dalam menyelesaikan masalah.
• Menunjukkan kepekaan terhadap keperluan rakan dan bertindak sewajarnya.
RANCANGAN PdP
Tajuk: Lampu Tidur Lestari
Standard Kandungan: SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian
Standard Pembelajaran: SA 5.1.1 Menyatakan pelbagai sumber cahaya SA 5.1.2 Merekod hasil pemerhatian terhadap bayang- bayang SA 5.1.3 Menyiasat kegunaan cahaya matahari dalam kehidupan seharian
Hasil Murid: Lampu tidur lestari
Cadangan Tempoh: 5 minggu
18
Apakah pengalaman baharu murid setelah melalui aktiviti ini?
Pengalaman baharu murid
• Pengetahuan tentang sifat cahaya.
• Mereka bentuk lampu tidur tanpa menggunakan sumber tenaga elektrik.
• Nilai mereka cipta dan menghargai alam sekitar.
19
Aktiviti PdP
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
MINGGU 1
1. Bercerita
tentang
kejadian siang
dan malam
Murid memberi
respons
terhadap
senario
Memberikan senario berkaitan dengan pernyataan masalah.
Meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah dunia
Pemerhatian
2. Mengetahui sumber cahaya
Menonton video Menayangkan video mengenai kejadian siang dan malam https://www.youtube.com/watch?v=qxkNeytIKC0 https://www.youtube.com/watch?v=k41rALnebH0
Meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah dunia
Soal jawab
3. Mengetahui tentang kejadian siang dan malam
Bersoal jawab dengan guru berkaitan kejadian siang dan malam
Merangsang murid untuk bersoal jawab tentang kejadian siang dan malam
Memerlukan murid diberi pelbagai jawapan/ penyelesaian dengan justifikasi
Pemerhatian
20
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
4. Boleh menyatakan tentang keadaan gelap dan terang serta sumber cahaya
Bersoal jawab dengan guru berkaitan keadaan terang dan gelap
Mengaitkan tayangan video dengan keadaan terang dan gelap serta sumber cahaya
Memerlukan murid diberi pelbagai jawapan/ penyelesaian dengan justifikasi
Pemerhatian menggunakan senarai semak
MINGGU 2
5. Memperoleh maklumat berkaitan cahaya yang dapat dihasilkan oleh pelbagai sumber
Meneroka cahaya daripada pelbagai sumber
Menyediakan pelbagai bahan/alat sumber cahaya (lampu, lampu suluh, lilin, glow in the dark, lampu solar,pelita dan lain-lain)
Melibatkan murid dalam inkuiri dan penerokaan terbuka.
Pemerhatian menggunakan senarai semak
6. Bercerita tentang kejadian bayang-bayang
Meneroka bayang-bayang menggunakan pelbagai sumber cahaya (kotak cahaya,lampu suluh, LCD dan sebagainya)
Mengaitkan senario dengan aktiviti meneroka bayang-bayang Membimbing murid untuk meneroka bayang-bayang
Melibatkan murid dalam inkuiri dan penerokaan terbuka.
Pemerhatian melalui soal jawab
7. Mengenal pasti kepelbagaian situasi, objek, dan jarak yang menghasilkan pelbagai bentuk dan saiz bayang-bayang
Bersoal jawab tentang aktiviti penerokaan cahaya dan bayang-bayang yang telah dilakukan
Mengaitkan aktiviti penerokaan cahaya dan bayang-bayang dengan senario
Murid memberi pelbagai jawapan dengan justifikasi
Pemerhatian melalui senarai semak
21
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
MINGGU 3
8. Menjana idea untuk menyelesaikan masalah senario
Memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah senario yang diberi
Meminta murid memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah senario yang diberi
Murid memberi pelbagai jawapan dengan justifikasi
Temubual
9. Menjana idea untuk mereka bentuk lampu tidur
Mencari idea berkaitan lampu tidur tanpa elektrik menggunakan TMK
Membimbing murid untuk mencari maklumat
Melibatkan murid dalam inkuiri dan penerokaan terbuka.
Senarai Semak
10. Menghasilkan lakaran lampu tidur mengikut kreativiti
Menghasilkan lakaran reka bentuk lampu tidur
Membimbing murid menghasilkan lakaran lampu tidur
Melibatkan murid mengaplikasikan kemahiran proses mereka bentuk
Pemerhatian terhadap proses dan hasil kerja
11. Bercerita tentang hasil kerja lakaran lampu tidur
Menerangkan lakaran lampu tidur yang sedang dihasilkan
Merangsang murid untuk berkomunikasi tentang lakaran yang sedang dihasilkan dan mencadang penambahbaikan
Memerlukan murid mengaplikasi pemahaman kandungan STEM
12. Memperoleh idea hasil dari perbincangan
Berbincang dengan ibu bapa berkaitan lampu tidur yang akan dihasilkan; i. Bahan ii.Sumber tenaga iii.lakaran iv.hiasan
Berkomunikasi dengan ibu bapa dan meminta murid berbincang dengan ibu bapa berkaitan lampu tidur yang akan dihasilkan
Melibatkan murid mengaplikasikan kemahiran proses mereka bentuk
22
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
MINGGU 4
13. Bercerita tentang idea lampu tidur yang akan dihasil
Menceritakan lampu tidur yang akan dihasil
Meminta murid menceritakan lampu tidur yang akan dihasilkan
Murid memberi pelbagai jawapan dengan justifikasi
Temubual
14. Mereka bentuk dan menghasilkan lampu tidur berdasarkan lakaran dan kreativiti
Menghasilkan lampu tidur berdasarkan lakaran dengan kerjasama ibu bapa
Berkomunikasi dengan ibu bapa untuk membantu murid menghasilkan lampu tidur di rumah
Melibatkan murid mengaplikasikan kemahiran proses mereka bentuk
Senarai semak
MINGGU 5
15. Menguji fungsi
lampu tidur
Murid menguji nyalaan lampu tidur.
Membimbing murid menjalankan eksperimen untuk menguji nyalaan
Memerlukan murid mengaplikasi pemahaman kandungan STEM
Pemerhatian menggunakan senarai semak
16. Membentangkan
hasil karya
kreatif lampu
tidur dengan
yakin
Melatih diri
untuk membina
soalan yang
baik dan
relevan.
Mempamerkan dan membentangkan hasil karya kreatif lampu tidur tersebut kepada kelas untuk penilaian
Menilai hasil karya kreatif lampu tidur berdasarkan contoh instrumen yang disediakan Nota: Instrumen boleh diubahsuai mengikut keperluan
Memberi peluang murid menambah baik jawapan atau produk
Borang Penilaian di Lampiran A
23
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
17. Membuat penilaian kendiri
Melengkapkan Borang Penilaian Kendiri
Memastikan murid melengkapkan Borang Penilaian Kendiri
Borang penilaian kendiri Lampiran B
18. Refleksi Guru Membuat refleksi/impak pdp
25
Borang penilaian untuk karya kreatif dan pembentangan
[PdP 1: LAMPU TIDUR LESTARI]
Nama Murid: .............................................. Tarikh :…………………...
Kategori
Skor
Skor
Pemilihan
Bahan
Sesuai dan diubah
suai secara kreatif
supaya lebih
berkesan
Sesuai dan diubah
suai secara kurang
kreatif
Sesuai dan tidak
diubah secara
kreatif
Sikap saintifik
Bersikap ingin tahu, sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab
Kurang menunjukkan sikap ingin tahu, sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab
Tidak bersikap ingin tahu, sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab
Fungsi
Berfungsi dengan sangat baik dan menepati kehendak
Berfungsi dengan baik tetapi menepati kehendak
Tidak berfungsi dengan baik dan tidak menepati kehendak
Binaan Struktur kukuh Struktur kurang
kukuh
Struktur tidak
kukuh
Penggunaan
TMK Mengaplikasi kemahiran TMK secara optimum
Kurang mengaplikasi kemahiran TMK
Tidak mengaplikasi kemahiran TMK
Lampiran A
26
Borang Penilaian Kendiri
[PDP 1:LAMPU TIDUR LESTARI]
Nama: ............................... Tarikh: ........................................
Perasaan
Nyata dan lakarkan perasaan kamu
Nota: Instrumen iniboleh digunakan di sepanjang pelaksanaan aktiviti
Lampiran B
27
DAPATAN RINTIS CONTOH PDP
(ALIRAN AKTIVITI MURID))
Fasa 1: Pernyataan Senario dan Penyelesaian Masalah
Fasa 2: Lakaran Berlabel dan Pembentangan Penyelesaian Masalah
Fasa 3: Pembinaan Prototaip
Lampiran C
31
PENGENALAN
Rumah Kucing merupakan satu projek yang dilaksanakan setelah murid selesai
mempelajari tentang haiwan. Aktiviti ini menggunakan pendekatan inkuiri. Murid
didedahkan dengan suatu isu alam hidupan untuk mereka selesaikan dengan
menghasilkan satu produk. Murid mengaplikasikan pengetahuan tentang haiwan dan
juga dapat menerapkan nilai menghargai alam sekitar serta mereka cipta tempat
perlindungan haiwan. Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini adalah 5 minggu dalam
waktu Aktiviti Pembelajaran (AP). Pelaksanaan aktiviti ini adalah fleksibel bergantung
kepada kreativiti guru, persekitaran sekolah, latar belakang dan kesediaan murid serta
faktor-faktor lain.
Panduan pelaksanaan aktiviti ini perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP
dapat berlangsung dengan lancar dan berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti
persiapan dari aspek bahan, peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan,
paparan video dan kos yang diperlukan sepanjang menjayakan aktiviti ini. Di samping itu,
aspek keselamatan dan kebersihan perlu diberi penekanan. Guru perlu menggalakkan
murid untuk menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos yang minima.
Langkah-langkah untuk melaksanakan Projek Rumah Kucing adalah seperti berikut:
MINGGU 1
Menyediakan BBM.
Menyediakan instrumen pentaksiran.
Menyediakan maklumat berkaitan haiwan.
Mempamerkan pelbagai gambar tempat tinggal haiwan peliharaan kepada murid.
Merangsang murid dalam setiap aktiviti soal jawab yang dilakukan.
Menjadi fasilitator di sepanjang aktiviti penerokaan di luar kelas prasekolah.
Membimbing murid untuk bercerita berkaitan aktiviti penerokaan yang telah dijalankan.
Sebelum PdP
Semasa PdP
32
SelepasPdP
SelepasPdP
Membuat ulasan dan rumusan berkaitan tempat tinggal haiwan.
Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP seterusnya.
MINGGU 2
Menyediakan tayangan video berkaitan senario.
Menyediakan soalan yang akan dikemukan dalam sesi soal jawab.
Menyediakan tugasan untuk murid meneroka menggunakan teknologi maklumat.
Merangsang murid untuk memberi pelbagai jawapan atau penyelesaian terhadap isu dengan justifikasi.
Memberi tugasan kepada murid untuk dibincangkan bersama-sama ibu bapa di rumah.
Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP
seterusnya.
Minggu 3
Menyediakan lakaran pelan rumah.
Menyediakan instrumen pentaksiran.
Melakukan perbincangan dengan murid berkaitan hasil perbincangan mereka dengan ibu bapa.
Menyediakan beberapa contoh gambar rumah kucing yang telah siap dibina.
Sebelum PdP
Semasa PdP
Sebelum PdP
Semasa PdP
Selepas PdP
33
Minggu 4
Menyediakan BBM dan peralatan membina rumah kucing.
Menyediakan instrumen pentaksiran.
Membimbing murid membina rumah kucing berdasarkan lakaran.
Memberi cadangan untuk murid menambahbaik hasil kerja.
Bersoal jawab dengan murid.
Membuat persediaan untuk aktiviti selanjutnya.
Melengkapkan instrumen pemerhatian murid.
Membuat refleksi PdP bagi tujuan penambahbaikan.
Minggu 5
Menyediakan BBM.
Menyediakan instrumen pentaksiran.
Menyediakan ruang pembentangan untuk murid.
Memberi galakkan dan bimbingan kepada murid untuk menyoal.
Menjadi fasilitator di sepanjang pembentangan murid
Memberi cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan hasil kerja murid.
Membimbing dan menggalakkan kemahiran murid memberi jawapan dengan justifikasi.
Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP seterusnya.
Sebelum PdP
Semasa PdP
Selepas PdP
Sebelum PdP
Semasa PdP
Selepas PdP
34
KOMPONEN PdP
Pendekatan STEM menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan STEM yang berterusan akan membawa pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid.
Konteks:
/ Kehidupan Harian
/ Alam Sekitar
/ Masyarakat Tempatan dan Global
Kemahiran Abad 21:
/ Kreativiti dan Inovasi
/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
/ Komunikasi dan Kolaborasi
/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya
/ Nilai dan Etika
Pengintegrasian STEM:
Sains: Sikap saintifik
Kemahiran proses sains
Penerokaan ke atas haiwan
Keperluan asas haiwan
Teknologi: Teknologi maklumat dan komunikasi
Kejuruteraan: Pembinaan rumah haiwan
Matematik: Pranombor Konsep nombor Bentuk dan ruang
35
Bahan Sumber:
Alat, Bahan
dan Radas
yang
diperlukan:
Kanta
Cecair pembasmi kuman (Sanitiser)
Kertas sebak/Kertas lukisan/Kertas A4
Alatan untuk merekod ( kamera/buku nota)
Kotak (pelbagai saiz)
Alat tulis
Kertas warna
Warna air/cat
Berus
Bekas pembancuh warna
Botol plastik
Bakul
Contoh lakaran pelan rumah
Aksesori (bahan hiasan – riben, manik, dll)
Sumber yang
disediakan
oleh guru:
Blog dan laman sesawang *(pautan video)
Video berkaitan keperluan tempat tinggal haiwan peliharaan;
(Contoh tempat tinggal kucing peliharaan dan kucing terbiar)
Video dan gambar rumah kucing yang dibina sendiri
36
Tajuk: Rumah Kucing
Standard Kandungan: SA 1.1 Menunjukkan sikap saintifik dan nilai murni SA 2.1 Membuat pemerhatian menggunakan kelima-
lima deria SA 2.3 Membuat pengukuran SA 2.6 Berkomunikasi MA 6.2 Menghasilkan binaan berdasarkan bentuk
yang biasa dijumpai di persekitaran MA 6.3 Membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti
Standard Pembelajaran: SA 1.1.1 Menunjukkan sikap ingin tahu dan bekerjasama
SA 2.1.1 Memerhati persekitaran menggunakan deria SA 2.4.1 Membuat andaian yang mudah dan
munasabah berdasarkan pemerhatian SA 2.4.2 Membuat andaian yang munasabah
berdasarkan pemerhatian SA 2.6.2 Menerangkan pemerhatian melalui hasil kerja
atau lisan SA 3.3.1 Menamakan haiwan SA 3.3.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan MA 6.3.3 Membuat binaan menggunakan pelbagai
bahan mengikut kreativiti dan menceritakannya
MA 6.3.4 Membuat pelbagai binaan yang kukuh dan stabil menggunakan pelbagai bahan mengikut kreativiti
Hasil Murid: Rumah Kucing
Cadangan Tempoh: 5 minggu
RANCANGAN AKTIVITI
37
Ringkasan Aktiviti:
Apa pengetahuan, kemahiran dan nilai yang murid perolehi setelah melalui aktiviti ini?
Senario:
Kucing tidak bertuan kerap datang ke prasekolah dalam keadaan kurus dan kotor. Keadaan bertambah teruk apabila hujan lebat menyebabkan kucing dalam keadaan basah dan menggigil kesejukan. Kucing mencari tempat berlindung di tepi rak kasut sambil mengiau ketakutan dan kelaparan. Anda sebagai murid prasekolah, bantu untuk mengatasi masalah kucing tersebut dengan membina rumah kucing yang sesuai.
Pengetahuan, kemahiran dan nilai
Mengetahui pelbagai jenis haiwan di persekitaran
Mengenal pasti tempat tinggal haiwan di persekitaran
Mengenal pasti keperluan asas haiwan
Menghubungkaitkan masalah haiwan terbiar dengan kelangsungan hidup
Mengaplikasi kemahiran proses sains
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik dalam menyelesaikan masalah.
Menunjukkan kepekaan terhadap keperluan haiwan Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan
Apa pengalaman baharu murid setelah melalui aktiviti ini?
Pengalaman baharu murid:
Pengetahuan tentang haiwan
Prihatin terhadap keperluan haiwan
Mereka bentuk dan membina rumah haiwan
Nilai mereka cipta dan menghargai alam sekitar
38
AKTIVITI PdP
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
MINGGU 1
1. Mengetahui tempat tinggal haiwan peliharaan
Bersoal jawab berkaitan dengan tempat tinggal haiwan peliharaan
Menyediakan pelbagai gambar tempat tinggal haiwan peliharaan
Meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah dunia
Pemerhatian menggunakan senarai semak
2. Boleh menyatakan keperluan tempat tinggal haiwan
Menyatakan keperluan tempat tinggal kepada haiwan
Merangsang murid untuk menyatakan keperluan tempat tinggal kepada haiwan Mengaitkan keperluan tempat tinggal kepada haiwan lain.
Meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah dunia
Pemerhatian melalui soal jawab
3. Boleh menjalankan penyiasatan terhadap haiwan melalui pemerhatian dan merekod hasil
Aktiviti kumpulan: Meneroka haiwan di luar kelas prasekolah
Menjelaskan berkaitan tugasan iaitu memerhati dan merekod haiwan
Nota: Guru perlu memastikan kebersihan dan keselamatan murid
Melibatkan murid dalam inkuiri dan penerokaan terbuka Melibatkan murid dalam kerja berpasukan yang produktif
Pemerhatian
4. Boleh merekod dapatan melalui lukisan/tulisan/gambar
Merekod melalui lukisan/ tulisan/ gambar yang diambil
Menyediakan alat untuk aktiviti meneroka (kanta pembesar, buku nota /kamera)
Murid memberi pelbagai jawapan dengan justifikasi
Pemerhatian
39
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
5. Boleh bercerita mengenai haiwan
Bercerita mengenai haiwan yang dijumpai dan tempat tinggalnya.
Menggalakkan murid untuk bercerita secara individu, kelas dan kumpulan
Meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah dunia
Pemerhatian
6. Memahami perkaitan haiwan dan tempat tinggal
Membuat ulasan dan rumusan mengaitkan haiwan dengan tempat tinggal.
Murid memberi pelbagai jawapan dengan justifikasi
Pemerhatian melalui soal jawab
MINGGU 2
7. Membanding dan membeza keadaan kucing yang terbiar dan kucing yang dipelihara berdasarkan video yang ditayangkan
Menonton tayangan video keadaan kucing yang terbiar dan dipelihara
Menyediakan tayangan video i.Situasi kucing yang berada dalam ketakutan/ kesejukan/ kelaparan/ dianiaya/ https://www.youtube.com/watch?v=IFUD-m-HjJc ii.Situasi kucing bermain di dalam rumah kucing https://www.youtube.com/watch?v=ZURAJQR9TLo
Murid memberi pelbagai jawapan/ penyelesaian dengan justifikasi Meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah dunia sebenar
Pemerhatian
40
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
8. Murid boleh bercerita berkaitan situasi yang ditayangkan.
Memberi respons terhadap situasi tayangan video
Bersoal jawab berdasarkan video. Contoh soalan: i.Apakah yang dapat diperhatikan dalam video tersebut? ii.Bagaimanakah keadaan kucing tersebut? (fizikal, bunyi kucing, kesihatan dan keselamatan) iii.Mengapakah keadaan kucing itu sedemikian? iv.Apakah akan berlaku jika kucing ……..? v.Beri cadangan anda untuk membantu kucing tersebut? Nota: Sekiranya murid memberi jawapan yang menjurus kepada menyerahkan kucing kepada pihak berwajib/ pusat jagaan kucing, guru merangsang murid memberi jawapan untuk membina rumah kucing
Meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah dunia sebenar Murid memberi pelbagai jawapan/penyelesaian dengan justifikasi
Pemerhatian melalui soal jawab menggunakan senarai semak
41
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
9. Memahami keperluan asas kucing
Bersoal jawab berkaitan keperluan asas kucing
Membuat rumusan tentang keperluan asas kucing (udara, air, makanan dan tempat tinggal,)
Murid memberi pelbagai jawapan/ penyelesaian dengan justifikasi
Pemerhatian melalui soal jawab
10. Boleh menjana idea bagi mereka bentuk rumah kucing
Mencari contoh-contoh rumah kucing melalui teknologi maklumat dengan bantuan ibu bapa
Memberi tugasan kepada murid untuk mencari contoh-contoh rumah kucing melalui teknologi maklumat dengan bantuan ibu bapa
Minggu 3
11. Mengetahui pelbagai binaan kreatif tentang rumah kucing
Berbincang tentang pelbagai gambar rumah kucing
Berbincang dengan murid tentang gambar rumah kucing yang mereka bawa
Murid memberi pelbagai jawapan dengan justifikasi
Pemerhatian Melalui soal jawab dan senarai semak
12. Menghasilkan pelbagai jenis lakaran rumah kucing
Aktiviti kumpulan
Berbincang dan membuat lakaran mengenai reka bentuk dan saiz rumah kucing
Menunjukkan contoh lakaran pelan rumah dan mengaitkan dengan proses menghasilkan rumah kucing
Mengaplikasikan pemahaman kandungan, kemahiran dan nilai STEM. Melibatkan murid mengaplikasikan kemahiran proses mereka bentuk
42
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
13. Boleh bercerita tentang perancangan berkaitan pembinaan rumah kucing berdasarkan lakaran dan bahan yang dipilih
Menceritakan hasil lakaran dan bahan yang akan digunakan untuk membina rumah kucing
Memberi cadangan penambahbaikan dan meminta murid membawa bahan-bahan untuk membina rumah kucing seperti: i. kotak (pelbagai saiz) ii.botol plastik iii.bakul iv.aksesori (bahan hiasan: riben, manik, dan lain-lain)
Memberi peluang murid menambah baik jawapan atau produk
Pemerhatian
Minggu 4
14. Boleh memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan rumah kucing
Membawa bahan-bahan yang sesuai untuk membina rumah kucing Contoh: i. Kotak ii.Kayu iii Bekas
Membantu murid menyediakan alatan dan bahan yang sesuai dengan aktiviti seperti:
i. gunting ii. pisau iii. gam iv. pita pelekat v. pelbagai
kertas warna vi. warna/ cat vii. berus viii. bekas
pembancuh warna
Melibatkan murid mengaplikasikan kemahiran proses mereka bentuk
15. Boleh membina rumah kucing berdasarkan lakaran dengan bimbingan guru
Membina rumah kucing berdasarkan lakaran
Membimbing proses pembinaan rumah kucing
Pemerhatian
43
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
16. Menguji rumah kucing
Menguji kestabilan dan kekukuhan binaan rumah kucing
Membimbing murid menjalankan eksperimen untuk menguji kestabilan dan kekukuhan
Memerlukan murid mengaplikasi pemahaman kandungan STEM
Pemerhatian menggunakan soal jawab
17. Boleh menghasilkan rumah kucing yang stabil dan kukuh
Membuat penambahbaikan
Memberi cadangan penambahbaikan sekiranya perlu
Memberi peluang menambah baik jawapan atau produk
Minggu 5
18. Membentangkan hasil binaan rumah kucing dengan yakin dan boleh menerima teguran serta kritikan dengan baik dan berhemah
Aktiviti kumpulan: Mempamer dan membentangkan hasil binaan rumah kucing
Merangsang murid untuk bertanya soalan terhadap hasil binaan yang dibentangkan
Memberi pelbagai jawapan/ penyelesaian kreatif & inovatif berserta justifikasi
Pemerhatian melalui soal jawab
19. Mengetahui kekuatan dan kelemahan hasil binaan
Bersoal jawab mengenai hasil binaan yang dibentangkan
Menilai hasil binaan rumah kucing berdasarkan contoh instrumen yang disediakan Nota: Instrumen boleh diubahsuai mengikut keperluan
Memberi peluang menambah baik idea atau produk
Penilaian berdasarkan borang penilaian
44
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian Formatif
20. Membuat refleksi diri tentang pengalaman pembelajaran
Membuat penilaian kendiri.
Memastikan murid melengkapkan borang penilaian kendiri Membimbing murid membuat refleksi pembelajaran
21. Refleksi Guru Membuat refleksi/ impak dan menambah baik PdP.
45
Borang penilaian untuk karya kreatif dan pembentangan
[PDP 2: Rumah Kucing]
Nama Murid: .............................................. Tarikh ……………….............
Kategori
Skor
Pemilihan
Bahan
Sesuai dan diubah
suai secara kreatif
supaya lebih
berkesan
Sesuai dan diubah
suai secara kurang
kreatif
Tidak sesuai
Sikap saintifik
Bersikap ingin tahu,
sistematik,
bekerjasama dan
bertanggungjawab
Kurang menunjukkan
sikap ingin tahu,
sistematik,
bekerjasama dan
bertanggungjawab
Tidak menunjukkan
sikap ingin tahu,
sistematik,
bekerjasama dan
bertanggungjawab
Fungsi
Berfungsi dengan
sangat baik dan
menepati kehendak
Kurang berfungsi
dengan baik dan tidak
menepati kehendak
Tidak berfungsi
dengan baik dan
tidak menepati
kehendak
Binaan Struktur kukuh Struktur kurang kukuh Struktur tidak
kukuh
Penggunaan
TMK
Mengaplikasi kemahiran TMK secara optimum
Kurang mengaplikasi
kemahiran TMK
Tidak mengaplikasi
kemahiran
teknologi maklumat
Lampiran D
46
Borang Penilaian Kendiri
[Tajuk: Rumah Kucing]
Nama: ........................................ Tarikh: ........................................
Perasaan
Nyata dan lakarkan perasaan kamu
Nota: Instrumen ini boleh digunakan di sepanjang pelaksanaan aktiviti
Lampiran E
47
DAPATAN RINTIS CONTOH PDP (ALIRAN AKTIVITI MURID)
Fasa 1: Pernyataan senario dan penyelesaian masalah
Fasa 2: Lakaran Berlabel dan pembentangan penyelesaian masalah
Fasa 3: Pembinaan prototaip
Lampiran F
49
RUJUKAN
Aminah Ayob, Mazlini Adnan, Ong Eng Tek , Mohd Nasir Ibrahim , Noriah Ishak, Jameyah Sherif (2016). Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanakkanak: Kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara. GEOGRAFIA Online TM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 1 (29 - 36).
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, DSKP (Semakan 2017)
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi Di Sekolah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. KPM, Kuala Lumpur.
Moomaw, Sally, Davis, Jaumall A. YC young Children (2010). STEM Comes to Preschool. Vol.65 Iss 5. 12-14, 16-18. Proquest, Washington.
Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) KPM 2016
Razali Hassan, Halizah Awang, Badaruddin Ibrahim, Siti Hajar Zakariah (2015). Pemacu Pelan Transformasi Pendidikan: Peranan IPTA Dalam Membantu Meningkatkan Kuantiti Dan Kualiti Pendidikan Aliran Sains Dan Teknikal Di Malaysia. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
51
PENGHARGAAN
PENASIHAT
Tuan Shazali bin Ahmad Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Datin Dr. Ng Soo Boon Timbalan Pengarah (STEM)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Rusnani binti Mohd Sirin Timbalan Pengarah (Kemanusiaan)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENASIHAT EDITORIAL
Hj. Naza Idris bin Saadon Ketua Sektor Dasar & Penyelidikan
Dr. Rusilawati binti Othman Ketua Sektor Sains dan Matematik
Mahyudin bin Ahmad Ketua Sektor Pendidikan Teknik & Vokasional
Hj. Sofian Azmi bin Tajul Arus
Ketua Sektor Inovasi & Teknologi
Mohamed Zaki bin Abd Ghani
Ketua Sektor Pendidikan Islam
Mohd Faudzan bin Hamzah Ketua Sektor Sains Sosial
Paizah binti Zakaria Ketua Sektor Pendidikan Khas
Mohd Salim bin Taufix Rashidi
Ketua Sektor Kesenian & Kesihatan
Hjh. Norashikin binti Hashim Ketua Sektor Prasekolah
PENULIS Harlina Binti Mohamad Bahagian Pembangunan Kurikulum
Tajul Effandy Bin Hassan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Hor Lee Lan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Nurliyana Binti Nordin Bahagian Pembangunan Kurikulum
Rusni Binti Che Adnan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Siti Zuhana Binti Sungip SK Putra Heights 2, Selangor
Farra Emiliana Binti Atan SK Taman Tunku Jaafar 2, Negeri Sembilan
Khadijah Binti Khiri SK Seksyen ll, Kota Damansara, Selangor
Muhammad Hizman Bin Mohamed Sam
SK Seri Permaisuri, Kuala Lumpur
Izhana Fitri Binti Mohamed Petrosains Sdn Bhd
Top Related