TAJDID FIKHRAH resources
KEM ASPIRASI PERDANA
ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERGONG KEDAH DARUL AMAN
KEM NUR HIJRAH, BATU HAMPAR YAN, KEDAH
TAJDID FIKHRAH resources
KEM ASPIRASI PERDANA
ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERGONG KEDAH DARUL AMAN
Pembangunan insan merupakan suatu proses yang bertujuan untuk
melahirkan jiwa yang bertakwa. Ianya merupakan unsur yang perlu
difahami dan dititikberatkan oleh setiap insan. Ketiadaan jiwa yang
bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh.
Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan juga
kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun
material. Justeru pembangunan jiwa ini seharusnya diaplikasikan dengan
sebaik mungkin untuk memastikan tamadun material yang akan terbina
kelak tidak akan sia-sia.
TAJDID FIKHRAH RESOURCES mengorak selangkah ke
hadapan dengan menyediakan program latihan pembangunan kualiti diri
dan organisasi untuk semua peringkat untuk kakitangan dan pelajar.
Diterajui oleh sekumpulan pakar profesional yang berpengalaman luas
dalam menyampaikan latihan di sektor kerajaan, korporat dan
multinasional, TAJDID FIKHRAH RESOURCES sangat komited untuk
memenuhi kehendak pelanggan dalam meningkatkan sumber modal insan
dengan menyediakan latihan yang lebih efektif dan terkini dalam organisasi
TAJDID FIKHRAH RESOURCES bermatlamatkan untuk
melahirkan masyarakat yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani
dan intelektual. Atas kesedaran yang jitu bahawa modal insan adalah aset
paling berharga negara, kami berharap agar dapat membimbing seramai
mungkin ke arah kecemerlangan individu dan kumpulan.
'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, di mana kamu
semua tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh
kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul'.
(Hadith Riwayat Imam Malik)
TAJDID FIKHRAH resources
falsafah tadjid fikhrah resources
KOMITED
O Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami
KEBERKATAN
O Membuat kebaikan yang berterusan
KASIH SAYANG
O Sentiasa mengwujudkan suasana kekeluargaan
KREATIF DAN INOVATIF
O Keberkesanan modul sesuai dan menarik.
ISTIQOMAH
O Berusaha untuk meningkatkan kualiti dan pencapaian
REKA BENTUK MODUL
TEORI DAN AMALI
O Dengar dan lakukan dengan terbaik
NILAI- NILAI KEHIDUPAN
O perpandukan nilai – nilai murni pembinaan insan
DINAMIKA DAN SANTAI
O Kaedah pelbagai agar mencapai matlamat
EFEKTIF
O Modul aktiviti sentiasa diperbaiki bagi meningkatkan mutu latihan
TAJDID FIKHRAH resources
KEM ASPIRASI PERDANA
ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERGONG KEDAH DARUL AMAN
PENGENALAN.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
--Falsafah Pendidikan Kebangsaan—
Secara dasarnya, kem aspirasi perdana merupakan suatu seni untuk mendorong dan menghala seseorang atau sesuatu kumpulan ke arah sasaran yang telah ditetapkan dan difahami bersama dalam suasana kerjasama dan rangsangan untuk terus mencapai peralihan tingkah laku ke arah kebaikan dan kejayaan dalam hidup. Nilai dan emosi , sama ada terhadap diri sendiri seseorang individu atau sesuatu kumpulan sasar, memerlukan ketajaman akal dan latihan yang berterusan, agar sesuatu sasaran yang telah ditetapkan itu berjaya dicapai. .
Perkhemahan ini akan menitikberatkan keperluan kepimpinan di kalangan peserta melalui penerapan keupayaan dan bakat kepimpinan sebenar pelajar yang tersembunyi dalam diri mereka. Pelajar akan diberikan pendedahan secara langsung dan tidak langsung rangsangan untuk membina ketokohan dan keterampilan diri sebagai pemimpin hebat. Mereka akan berkomunikasi dan menyatakan idea mereka dengan lebih terbuka menggunakan pendekatan yang akan mengasah bakat mereka dalam segala aspek berkaitan seperti kepimpinan, kerjasama dan kesungguhan. Peserta akan lebih yakin dan percaya kepada diri mereka sendiri dengan berteraskan kepada bakat kepimpinan masing-masing. Setiap perkara yang mereka akan lakukan adalah berdasarkan kepada ketetapan yang lahir dalam diri mereka. Dengan itu, pelajar-pelajar akan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan lebih berdisiplin. Impak yang positif dibina melalui kaedah pendidikan iktiar hidup serta memacu masa hadapan cemerlang.
TAJDID FIKHRAH resources
2. RASIONAL.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan
seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata
bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan,
pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan
dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu
sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang
dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.
3. MATLAMAT.
Melalui ini, harapan melahirkan golongan peserta sebagai kepimpinan peringkat sekolah yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin,tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai tugas kepimpinan antaranya : 3.1 Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. 3.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang aspek
ketahanan mental dan fizikal melalui pendidkan luar secara menyeluruh. 3.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan
motivasi dan keyakinan diri setiap peserta. 4. KONSEP PERKHEMAHAN
4.1 Motivasi intrinsik dan ektrinsik melalui aktiviti
4.2 Kepimpinan dalam pengurusan aktiviti
4.3 Kemahiran berkomunikasi dan penyelesaian masalah
4.4 Pembelajaran pendidikan luar
4.5 Kerohanian
5. JANGKAMASA PROGRAM / TARIKH / TEMPAT
6.1 Jangkamasa : 3 hari 2 malam 6.2 Tarikh : 5-7 Februari 2015 6.3 Tempat : KEM NUR HIJRAH, BATU HAMPAR YAN
TAJDID FIKHRAH resources
6. KUMPULAN SASARAN
Pelajar ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
MERGONG
7. BILANGAN PESERTA. 80 orang peserta. 8. KOS PELABURAN
BIL PERKARA JUMLAH
1 Pakej keseluruhan - Makan minum / latihan / sewa tapak - Alatan untuk beraktiviti - Kemudahan dewan, surau, tandas dan
lain-lain RM 90.00 x 80 orang
RM 7200.00
Jumlah RM 7200.00
9. TENTATIF PROGRAM
Dilampiran
10. PENUTUP
Sebagai pelengkap proses dan pembelajaran, pendidikan luar memainkan peranan penting dalam membentuk salsiah pelajar melalui kegiatan sebenar. Nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama, tidak mudah putus asa dan meningkatkan keyakinan diri dapat diterapkan melalui aktiviti ini.
Semoga usaha murni ini, dapat menyumbang sesuatu yang bermakna untuk melahirkan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
TAJDID FIKHRAH resources
KEM ASPIRASI PERDANA
ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERGONG
TENTATIF PROGRAM
HARI /
MASA 05.30 08.00 12.30 1400 1630 1700 1830 2100 5.00
khamis PERJALANAN KE KEM NUR HJRAH , BATU HAMPAR YAN
Kem kraff
Minum
Petang
Perkhemahan Luar ( suvivor )
Taklimat kem
/ ice breaking Perapian diri,
makan
malam, solat
maghrib,
kuliah
maghrib,Isyak
Motivasi
kepimpinan
pasukan
Self confident
Ibadat
malam
Jumaat
Bangun
pagi,
perapian
diri, solat
subuh,
senaman
pagi,
sarapan
pagi
Cabaran rimba
( oreentering )
Makan
tengahari,
/zohor,
perapian
diri
Aktiviti berkumpulan Komunikasi kumpulan
Pontensi kumpulan
( fire ball )
pembangunan pasukan
team building, penyelesaian masalah
Sabtu Pemimpin yang yang unggul Penutup BERSURAI
Top Related