Download - KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM … · Keputusan Bahasa Inggeris dalam PMR 4.3 Analisis Bahagian B 53 4.3.1 Persoalan Kajian 1: Kesesuaian Penggunaan Bahasa Inggeris

Transcript

KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN TEKNIKAL

DI SM TEKNIK BETONG, SARAWAK

LIM SIET FAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN TEKNIKAL

DI SM TEKNIK BETONG, SARAWAK

LIM SIET FAH

Tesis ini disampaikan sebagai memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

ii

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat,

ibuku yang disayangi

Ng Jap Moi

Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman,

Untuk bapaku yang dihormati,.

Lim Tai Tung

Yang sering memberi dorongan dan semangat,

Kepada semua adik - beradik serta rakan – rakan yang dikasihi,

Terima kasih yang tidak terhingga di ats segala bantuan,

dorongan dan nasihat yang diberikan selama tempoh pengajian di UTM.

iv

PENGHARGAAN

Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Yahya Bin Buntat

selaku penyelia projek sarjana muda saya ini. Beliau telah banyak berusaha untuk

membimbing, memberi tunjuk ajar serta sokongan yang sepenuhnya kepada saya

sehingga kajian ini dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Saya juga ingin menujukan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak SM Teknik

Betong, Sarawak khususnya En. Changan Bugol selaku Ketua Bidang Teknikal di SM

atas kerjasama yang diberikan. Tanpa kerjasama yang diberikan, saya mungkin akan

menghadapi kesukaran untuk mendapatkan data – data kajian dalam masa yang

dirancangkan.

Di samping itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih ini kepada

rakan- rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan nasihat dan bantuan serta

mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak dalam usaha saya

menyiapkan kajian ini.

v

ABSTRAK Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan

penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal di SM Teknik Betong, Sarawak. Keberkesanan dilihat dari segi kesesuaian penggunaan Bahasa Inggeris dalam kandungan kurikulum mata pelajaran teknikal, kesediaan pihak sekolah, sokongan ibu bapa serta kesediaan pelajar sendiri. Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian terhadap 48 orang pelajar aliran teknikal di SM Teknik Betong, Sarawak. Data yang telah diterima diproses dengan menggunakan program SPSS 12.0 yang menjurus kepada kekerapan, peratusan dan nilai min berpandukan skala likert. Keberkesanan terhadap pembolehubah-pembolehubah adalah sederhana. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam kurikulum mata pelajaran teknikal adalah sederhana sesuai. Didapati juga kesediaan pihak sekolah terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal adalah sederhana. Ibu bapa pelajar juga didapati memberikan sokongan yang agak baik manakala tahap kesediaan pelajar juga berada pada tahap sederhana. Pengkaji mencadangkan suatu kajian yang menyeluruh ke semua sekolah teknik di seluruh negeri bagi memastikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal berjalan dengan berkesan.

vi

ABSTRACT

The objective of this descriptive research was to evaluate the effectiveness of the

English Language usage in the teaching and learning of technical subjects at SM Teknik Betong, Sarawak. The effectiveness level is evaluated based on the suitability of the English usage in the curriculum of the technical subjects, readiness of the school, parents’ support as well as the readiness of the students themselves. Questionnaires had been used as the research instruments upon 48 persons of the Form 4 technical students at SM Teknik Betong, Sarawak. The data were being analyzed with SPSS 12.0 which shown the frequency, percentage and the mean value based on the Likert Scale. The results indicated that the effectiveness level is at the medium level. The English usage in the technical subjects curriculum is moderately suitable. It also found that the readiness of school upon the using of English in the teaching and learning of technical subjects is at the moderate level. Parents were found to give slightly good support while the students readiness is also at the moderate level. Researcher suggested that another holistic research to be carried out upon all the technical schools over the country in order to make sure that the English Language usage in the teaching and learning of technical subjects is effectively implemented.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i HALAMAN PENGAKUAN ii HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xiii SENARAI SINGKATAN xv SENARAI LAMPIRAN xvi

viii

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Pernyataan Masalah 8 1.4 Objektif Kajian 9 1.5 Persoalan Kajian 9 1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop dan Batasan Kajian 11 1.7.1 Tempat atau Lokasi Kajian 12 1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Keberkesanan 12

1.8.2 Penggunaan 13

1.8.3 Bahasa Inggeris 14

1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 14 1.8.5 Mata pelajaran Teknikal 15 1.9 Rumusan 16

ix

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 17

2.2 Kurikulum 19

2.3 Kesediaan Pihak Sekolah 22

2.3.1 Kesediaan Guru 23 2.3.2 Kesediaan Pihak Pentadbir 27 2.4 Sokongan Ibu bapa 31 2.5 Kesediaan Pelajar 33 2.6 Kesimpulan 37

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 40 3.3 Skop Kajian 42 3.4 Populasi dan Persampelan 42 3.5 Instrumen Kajian 43

x

3.6 Prosedur Kajian 45 3.6.1 Kajian Rintis 46 3.7 Analisis Data 47 3.8 Rumus 48

BAHAGIAN IV

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis Bahagian A 50

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 50

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 51

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Kelas 51

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan 52

Keputusan Bahasa Inggeris dalam PMR

4.3 Analisis Bahagian B 53

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Kesesuaian Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Kurikulum Mata pelajaran Teknikal Terhadap Tahap Pelajar 54

4.3.2 Persoalan Kajian 2: Kesediaan Pihak Sekolah 56 Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran teknikal

4.3.3 Persoalan Kajian 3: Sokongan Ibu Bapa 59

Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata pelajaran

xi

Teknikal

4.3.4 Persoalan Kajian 4: Kesediaan Pelajar 61 Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata pelajaran teknikal

4.4 Rumusan 63

BAHAGIAN V

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Ringkasan Kajian 67

5.3 Perbincangan 68

5.3.1 Latar Belakang Responden 69

5.3.2 Kesesuaian Penggunaan Bahasa Inggeris 69 Dalam Kandungan Kurikulum

5.3.3 Kesediaan Pihak Sekolah 71 5.3.4 Sokongan Ibu Bapa 74

5.3.5 Kesediaan Pelajar 76

5.4 Rumusan Kajian 78 5.5 Cadangan 79

5.5.1 Pihak Pentadbiran Sekolah 79

xii

5.5.2 Guru 80 5.5.3 Ibu Bapa 82

5.5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 83 5.5.5 Penutup 84

BIBLIOGARFI 85 LAMPIRAN

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Keputusan Mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam PMR Pelajar 5 Aliran Teknikal, SMK Teknik Betong Sesi 2006/2007 1.2 Keputusan Pelajar SMK Teknik Betong bagi Mata pelajaran 5

Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Empat dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2006

1.3 Keputusan Pelajar SMK Teknik Betong bagi Mata pelajaran 6 Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan Empat dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2006

1.4 Keputusan Pelajar SMK Teknik Betong bagi Mata pelajaran 7 Pengajian Kejuruteraan Elektrik Tingkatan Empat dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2006

1.5 Keputusan Pelajar SMK Teknik Betong bagi Mata pelajaran 7 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan Empat dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2006

3.1 Taburan Populasi Mengikut Kelas 43 3.2 Skala Likert 44 3.3 Pengelasan Pemeringkatan Likert 47 3.4 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 48 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 50 4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 51 4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kelas 51

xiv

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan Bahasa Inggeris 52 Dalam PMR 4.5 Jadual Pemeringkatan 54 4.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 54 4.7 Kesesuaian Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Kandungan Kurikulum 55 Terhadap Tahap Pelajar

4.8 Kesediaan Pihak sekolah terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris 57

dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata pelajaran Teknikal

4.9 Sokongan Ibu Bapa Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris 59

dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Teknikal

4.10 Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris dalam 61

Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Teknikal

4.11 Peratus Purata Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 63

xv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah. JPTek - Jabatan Pelajaran Teknikal KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia PMR - Penilaian Menengah Rendah ICT - Information Communication Technology. LCD - Liquid Crystal Display. ABM - Alat Bantu Mengajar. P&P - Pengajaran dan Pembelajaran SPSS - Statistical Package Of Science. S - Setuju. SS - Sangat Setuju. STS - Sangat Tidak Setuju. TP - Tidak Pasti. TS - Tidak Setuju.

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Bahagian

Perancang Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

B Surat Pengenalan Diri Daripada Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia.

C Set Borang Soal Selidik

D Borang Pengesahan Item Soal Selidik

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang dijadikan medium utama

untuk masyarakat dari seluruh pelosok dunia untuk berinteraksi di antara satu sama lain.

Sejumlah besar daripada negara-negara maju seperti Amerika, United Kingdom,

Australia dan lain- lain menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan

mereka. Oleh hal yang demikian, penguasaan Bahasa Inggeris yang baik telah menjadi

suatu kepentingan kepada kita sebagai masyarakat negara membangun agar mampu

bekerjasama dan berkongsi teknologi dengan negara-negara maju .

Di negara membangun seperti Malaysia, Bahasa Inggeris telah digunakan secara

meluas khususnya dalam bidang pekerjaan sama ada dalam urusan perniagaan ataupun

komunikasi semata-mata. Di pusat pengajian tinggi pula, kekerapan menggunakan

Bahasa Inggeris juga bertambah, maka pelajar-pelajar sejak di persekolahan lagi

perlulah didedahkan terlebih dahulu dengan pengajaran mata pelajaran dalam Bahasa

2

Inggeris. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saville

memperkatakan fenomena tersebut seperti berikut.

"There is a false but pervasive belief that children should get into

English as soon as possible or they will be retarded in learning.”

(Saville-Troike 1991: 56)

Mata pelajaran teknikal pula merupakan satu lagi komponen mata pelajaran

yang diperkenalkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk

memberi peluang kepada pelajar yang meminati bidang teknikal untuk mempelajari

kemahiran. Mata pelajaran teknikal ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan

empat dan lima sekolah menengah teknik di seluruh Malaysia.

Permintaan terhadap pekerja teknikal terutamanya kumpulan mahir dan separa

mahir di Malaysia semakin meningkat ekoran daripada kepesatan ekonomi negara yang

menuju ke arah negara maju. Selaras dengan itu, kementerian pelajaran telah mengambil

langkah untuk memantapkan kandungan kurikulum mata pelajaran teknikal untuk

melengkapkan pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal yang

sesuai.

Memandangkan kedua-dua elemen iaitu Bahasa Inggeris serta bidang teknikal

adalah amat penting, maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencadangkan

penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

teknikal tingkatan empat dan lima yang mula dilaksanakan pada tahun Januari 2006.

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Aplikasi sains dan teknologi semakin penting dalam memantapkan pembangunan

negara Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang sedang bersaing dengan

negara maju yang lain pada hari ini. Perkembangan sains dan teknologi negara telah

memberikan sumbangan yang tinggi terhadap ekonomi Malaysia. Untuk menjayakan

usaha tersebut, Malaysia perlu menyediakan tenaga buruh dengan sebaik yang mungkin.

Kejayaan untuk menghasilkan tenaga buruh yang optimum tersebut dapat dicapai

dengan menyediakan kurikulum aliran teknikal yang mantap.

Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah

mencadangkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran teknikal tingkatan empat dan tingkatan lima bermula awal tahun 2006. Antara

mata pelajaran yang terlibat termasuklah Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan

Eletrik, Awam dan Jentera.

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal dalam

Bahasa Inggeris pada tahun 2006 berupaya mencapai impian kerajaan untuk

meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas di kalangan generasi muda di

seluruh negara. Hal ini kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan yang

penting sejak dahulu lagi. Dengan adanya penguasaan Bahasa Inggeris yang baik,

pelajar dapat mengakses maklumat dari pelbagai sumber yang diungkapkan dalam

Bahasa Inggeris.

Pengangguran di kalangan graduan Melayu pula berpunca daripada salah

memilih jurusan dan tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Menurut

Nasrun(2002), keadaan ini menyebabkan ramai graduan tidak dapat bersaing dalam

4

pasaran pekerjaan terutama dalam bidang yang memerlukan mereka menguasai Bahasa

Inggeris. Oleh itu, pengenalan dasar baru ini merupakan sesuatu yang baik.

Walau bagaimanapun, sejak dasar ini dilaksanakan banyak masalah yang timbul.

Guru – guru dan pelajar – pelajar yang selama ini mengajar dan belajar dalam Bahasa

Melayu dikehendaki untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam

Bahasa Inggeris dengan berkesan. Ini sememangnya menjadi suatu cabaran yang sukar

dihadapi di mana ia dapat dilihat daripada komen pelbagai pihak terhadap kecekapan

guru Bahasa Inggeris serta penurunan pencapaian Bahasa Inggeris di negara ini (Pandian

2001).

Pelajar – pelajar perlu bertungkus – lumus untuk mempelajari isi kandungan

mata pelajaran yang diambil dan pada masa yang sama mereka masih berusaha untuk

mempelajari mata pelajaran Bahasa Inggeris ( McKeon 1994). Di sekolah pula, ramai

guru – guru mata pelajaran teknikal yang mempunyai pencapaian Bahasa Inggeris yang

rendah. Ekoran daripada itu, kecekapan serta kebolehan mereka untuk mengajar dalam

Bahasa Inggeris sering dipertikaikan. Guru – guru yang bukan pakar dalam bidang

bahasa dikehendaki untuk memenuhi kedua – dua permintaan untuk mennyampaikan isi

kandungan mata pelajaran bersamaan dengan Bahasa Inggeris. Dalam keadaan

demikian, adakah guru – guru tersebut berupaya untuk melengkapkan diri dengan segala

kemahiran dan ilmu yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan berkesan? Oleh hal

yang demikian, ia adalah penting untuk mengetahui keberkesanan perlaksanaan dasar

baru ini.

Merujuk kepada Jadual 1.2 hingga Jadual 1.5 yang menunjukkan pencapaian

pelajar dalam bentuk gred untuk setiap mata pelajaran teknikal di SM Teknik Betong,

Sarawak, didapati bahawa keputusan pelajar- pelajar adalah kurang memuaskan.

Keadaan ini mungkin disebabkan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran

menggunakan Bahasa Inggeris yang kurang berkesan.

5

Dari persoalan inilah, penyelidik memilih penggunaan Bahasa Inggeris dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal di sebuah sekolah teknik kawasan

luar Bandar di Sarawak sebagai skop penyelidikkan kerana ingin mendapatkan

pandangan dari pelajar-pelajar yang terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran teknikal di dalam Bahasa Inggeris di sekolah berasaskan kesesuaian

kandungan kurikulum, kesediaan sekolah, sokongan ibubapa serta kesediaan pelajaran

aliran teknikal itu sendiri.

Jadual 1.1: Keputusan Mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam PMR Pelajar

Aliran Teknikal SM Teknik, Betong Sesi 2006/2007

Sumber SM Teknik, Betong (2007)

Jadual 1.2: Keputusan Pelajar SMK Teknik Betong bagi Mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Empat dalam Peperiksaan

Akhir Tahun 2006

Gred Bilangan Pelajar

1A 2

2A 3

3B 0

4B 4

5C 3

Gred A B C D E

Bilangan pelajar (orang) 8 20 18 2 0

6

Sambungan dari Jadual 1.2

6C 0

7D 1

8E 4

9G 31

Jumlah pelajar 48

Sumber SM Teknik, Betong (2007)

Jadual 1.3: Keputusan Pelajar SMK Teknik Betong bagi Mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan Empat dalam

Peperiksaan Akhir Tahun 2006

Gred Bilangan Pelajar

1A 0

2A 0

3B 0

4B 1

5C 1

6C 0

7D 1

8E 5

9G 12

Jumlah pelajar 20

Sumber SM Teknik, Betong (2007)

7

Jadual 1.4: Keputusan Pelajar SM Teknik Betong bagi Mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Elektrik Tingkatan Empat dalam

Peperiksaan akhir Tahun 2006

Gred Bilangan pelajar

1A 0

2A 0

3B 0

4B 0

5C 0

6C 1

7D 1

8E 2

9G 8

Jumlah pelajar 12

Sumber SM Teknik, Betong (2007).

Jadual 1.5: Keputusan Pelajar SM Teknik Betong bagi Mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Tingkatan Empat dalam

Peperiksaan Akhir Tahun 2006

Gred Bilangan pelajar

1A 0

2A 0

3B 0

4B 2

5C 0

6C 2

7D 2

8

Sambungan dari Jadual 1.5

8E 3

9G 7

Jumlah pelajar 16

Sumber SM Teknik, Betong (2007).

1.3 Pernyataan Masalah

Daripada dapatan latar belakang masalah tadi, didapati perlaksanaan program

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal dalam Bahasa Inggeris adalah

bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan dan tahap penguasaan Bahasa Inggeris

di kalangan pelajar sekolah menengah khususnya. pelajar-pelajar di Malaysia

terutamanya sering didakwa lemah dalam Bahasa Inggeris baik dalam penulisan ataupun

komunikasi. Sehubungan dengan itu, satu dasar baru telah dilaksanakan iaitu

penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains, matematik dan

seterusnya dalam mata pelajaran kejuruteraan pula.

Walau bagaimanapun, keberkesanan dasar ini telah menjadi satu persoalan yang

sering diperbincangkan. Oleh itu, kajian ini akan meninjau mengenai keberkesanan

penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran teknikal

di sekolah dari aspek kesesuaian penggunaan Bahasa Inggeris dalam kandungan

kurikulum, kesediaan pihak sekolah, sokongan ibu bapa serta kesediaan pelajar itu

sendiri.

9

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan Bahasa

Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal dari aspek

kesesuaian kandungan kurikulum, kesediaan pihak sekolah, sokongan ibu bapa serta

kesediaan pelajar seperti berikut:

1. Untuk melihat kesesuaian penggunaan Bahasa Inggeris dalam kandungan

kurikulum mata pelajaran teknikal .

2. Untuk melihat kesediaan pihak sekolah terhadap penggunaan Bahasa

Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal.

3. Untuk mengetahui sokongan ibu bapa terhadap penggunaan Bahasa Inggeris

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal.

4. Untuk mengetahui kesediaan pelajar terhadap penggunaan Bahasa Inggeris

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal.

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan untuk menjawab beberapa persoalan

mengenai keberkesanan.

i) Adakah penggunaan Bahasa Inggeris dalam kandungan kurikulum mata

pelajaran teknikal sesuai dengan tahap pelajar sasaran?

ii ) Adakah pihak sekolah telah bersedia terhadap penggunaan Bahasa Inggeris

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal?

10

iii) Adakah ibu bapa memberikan sokongan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal?

iv) Adakah pelajar telah bersedia terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting kerana pelbagai persoalan yang timbul sejak

perlaksanaan dasar penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran teknikal akan terjawab. Dalam erti kata yang lain, kajian ini juga

bertujuan untuk mengetahui punca sebenar masalah dalam penggunaan Bahasa Inggeris

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal timbul. Setelah

mengenalpasti kelemahan tersebut, dapat dicadangkan jalan penyelesaian atau cara–cara

memperbaiki kelemahan yang terdapat pada dasar tersebut.

a) Dalam menangani permasalahan implikasi daripada penggunaan Bahasa Inggeris

dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal di sekolah menengah teknik

luar bandar, pihak sekolah dan guru-guru mempunyai kaedah-kaedah tertentu dalam

usaha mengatasi permasalahan tersebut. Misalnya, pihak sekolah seperti pengetua dan

guru-guru aliran teknikal bolehlah merancang dan mengadakan program-program untuk

mengatasi masalah yang telah di kenalpasti. Di antara aktiviti-aktiviti yang boleh

dijalankan ialah seperti mengadakan kelas tambahan, seminar, bengkel, memupuk

semangat, kesedaran dan motivasi kepada pelajar . Guru-guru terlibat juga harus

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan menggunakan alat bantuan mengajar yang