1
APLIKASI GEMA 4T DALAM MENYEBUT DAN
MEMBEZAKAN SEBUTAN BUNYI HURUF
/ BERBARIS ATAS
NOOR HAZWANI BINTI MANSOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
SEPTEMBER 2015
( )
ii
Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini
dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Tandatangan :
Nama Penyelia : MOHD YUSRI BIN YUSOFF
Tarikh :
iii
Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan :
Nama Penulis: NOOR HAZWANI BINTI MANSOR
Tarikh : 11 SEPTEMBER 2015
iv
Khas buat ayahanda tersayang, Mansor bin Mohamed dan
bonda tercinta, Wahidah binti Kaderi
Pencapaian ke tahap ini berkat doa dan restumu
Pensyarah-pensyarah yang amat dikasihi, Ustaz Mohd Yusri bin Yusoff,
Ustaz Mohamed Madani bin Bakar, Ustaz Daud bin Muhamad,
Ustaz Firdaus bin Abdullah, Ustazah Dearana Morshidi,
Ustazah Mariah binti Raba-ee dan Dr Balkisnah bin Shaharuddin.
Jutaan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan.
Buat rakan-rakan seperjuangan Mohd Zulkanaian bin Sedi,
Nurul Asyikin bt Romat, Efey Noorfareydzuana bt Jaafar,
Nuraisyah bt Ghazali, Nur Hamizah bt Azmi dan Darul Aini bt Oyot.
Semoga jasa kalian semua diberkati Allah dan Allah membalasnya dengan
sebaik-baik balasan.
v
PENGHARGAAN
Pertama dan selamanya syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
dan kurnianya, saya berjaya menyiapkan satu kajian tindakan dalam tempoh
yang diberikan.
Jutaan terima kasih kepada ayahanda. Mansor bin Mohamed dan
bonda, Wahidah bt Kaderi yang sentiasa memberi motivasi dan semangat
untuk melaksanakan kajian ini.
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
tesis, En Yusri bin Yusoff atas bimbingan dan dorongan serta tunjuk ajar
yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Terima kasih yang terhingga kepada Mohd Zulkanaian bin Sedi
kerana telah menyumbang suara untuk rakaman lagu yang dicipta. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan lain yang banyak membantu sepanjang
menjalankan kajian dijalankan.
Segala usaha dan pengorbanan serta tunjuk ajar yang diberikan
amat saya hargai
vii
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid-murid Tahun 1
dalam memperbetulkan sebutan bunyi huruf / yang berbaris atas dalam buku iqra 1dengan makhraj yang betul dengan menggunakan
pendekatan Gema 4T. Objektif lain bagi kajian ini ialah membantu murid
membezakan sebutan bunyi huruf / berbaris atas dalam buku iqra 1dengan makhraj yang betul dan tepat. Penyelidikan tindakan ini menggunakan
model penyelidikan Kurt Lewin (1948). Tiga orang murid dari sebuah sekolah
rendah di kawasan Miri sebagai responden dalam kajian ini. Data dikumpul
melalui pemerhatian berstruktur, pemerhatian tidak berstruktur dan ujian lisan.
Data pemerhatian berstruktur direkod berpandukan senarai semak mengikut
respon murid. Data pemerhatian tidak berstruktur direkod dalam nota lapangan.
Ujian lisan direkodkan dalam borang ujian yang disediakan oleh pengkaji.
Kaedah analisis data yang digunakan ialah analisis senarai semak secara
deskriptif. Pengkaji menganalisis nota lapangan dan ujian lisan secara analisis
kandungan. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan Gema 4T dapat
membantu murid menyebut dan membezakan sebutan bunyi huruf / berbaris atas dengan makhraj yang betul dan tepat.
viii
ABSTRACT
This action research was conducted in order to help students in year one correct their
pronunciation for the letters / that have acute accents above them in Iqra book one with the correct makhraj by using the Gema 4T approach. Another objektive for
this research is to help studens distinguish their pronunciation for the letters / that have acute accents above them in Iqra book one with the correct and precise makhraj. This action research follows the methods basedon the model research done by Kurt Lewin
(1948). Three student from one primary school in Miri were chosen as respondents for this
ressearch. The data was collected throughh structured observation, unstructured observation,
oral examination. The data from the structured observation was recorded using a guided
checklist according to the responses of the students. The unstructured observation was
recorded using field notes. The oral examination was recorded in test form which was prepared
bt the researchers. Data analysis method used is the analysis checklist is descriptive field notes and analysis of the oral test are used by analysis content. The research findings shows that
changes in practices selected helps students pronounce and differentiate the pronunciation of
letters / that acute accents above them with the correct and precise makhraj.
KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 3
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 5
2.0 FOKUS KAJIAN 9
3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN 12
3.1 Objektif Kajian 12
3.2 Soalan Kajian 12
4.0 KUMPULAN SASARAN 13
5.0 TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN 16
5.1 Prosedur Tindakan 16
5.2 Cara Mengumpul Data 17
5.3 Cara Menganalisis Data 21
6.0 DAPATAN KAJIAN 25
7.0 REFLEKSI DAPATAN KAJIAN 33
8.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 35
RUJUKAN 36
LAMPIRAN 38
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
5.1 Senarai semak 19
5.2 Rubrik tahap pencapaian 22
5.3 Rekod pencapaian 23
5.4 Analisis nota lapangan 24
6.1 Data sebelum intervensi 25
6.2 Data selepas intervensi 25
6.3 Tahap Pencapaian antara sebelum dan selepas
intervensi
26
6.4 Rekod pemerhatian tidak berstruktur sebelum
intervensi
28
6.5 Rekod pemerhatian tidak berstruktur sebelum
intervensi
29
6.6 Data ujian lisan 30
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
1.1 Pemerhatian ketika ujian diognastik 6
5.1 Model Kurt Lewin (1948) 16
5.2 Cara mengumpul data 18
5.4 Graf tahap pencapaian responden 23
6.1 Perbandingan tahap pencapaian responden antara
sebelum dan selepas intervensi
26
6.2 Pemerhatian sebelum intervensi 27
6.3 Catatan nota lapangan selepas intervensi 28
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Muka Surat
A BAHAN: Powerpoint Interaktif 38
B BAHAN: Lirik lagu 39
C Data pemerhatian 40
1.0 PENDAHULUAN
Al-Quran merupakan kitabullah yang diturunkan kepada penghulu rasul iaitu
Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril sebagai petunjuk dan panduan kepada
umat akhir zaman. Menurut Syeikh Muhammad Abdul Azim Al-Zarqaniy (1999)
mengatakan al-Quran merupakan sumber agama tertinggi Islam, di mana di
dalamnya mengandungi akidah, ibadah, hikmah, hukum, etika, akhlak, kisah, nasihat,
ilmu dan pengetahuan. Pembacaan al-Quran dengan betul amat dituntut dan
mempelajarinya merupakan fardhu ain bagi setiap individu muslim. Rasulullah
sangat mendorong umatnya membaca, menulis, mempelajari dan mengajar al-Quran
sesuai dengan petunjuk al-Quran dan sunnah. Tambahan pula, menurut keterangan
Dr Muhammad Mahmud (seperti yang dinyatakan dalam Mohd Ali, 1997) bahawa
kewajipan orang-orang mukmin terhadap al-Quran ialah membaca dan
mentelaahnya setiap hari sekurang-kurangnya beberapa ayat walaupun tidak
memahami maksud ayat tersebut kerana membaca al-Quran itu menjadi ibadat dan
mendapat pahala daripada Allah, lebih-lebih lagi jika memahami dan menghayati
segala suruhan dan larangan Allah. Justeru, pembacaan al-Quran dengan betul
merupakan satu titik tolak atau perkara asas untuk individu muslim untuk terus
cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia mahupun akhirat.
Firman Allah azza wa jalla dalam al-Quran, surah al-Alaq ayat 1 telah
menyatakan:
Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan.
2
Menurut Dr Muhammad Mahmud (2005) bahawa ungkapan pertama
ditujukan kepada Rasulullah oleh Allah merupakan arahan untuk membaca, juga
penerangan tentang pena dan ilmu. Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu
dan jangan kamu menyangka ianya sukar lantaran kamu buta huruf, tidak tahu
membaca dan menulis. Jangan kamu merasa ia suatu yang mustahil. Jelas bahawa
Allah sangat menekankan kepada manusia supaya manusia mempelajari apa yang
tidak diketahui lebih-lebih ilmu agama. Wahyu yang diturunkan iaitu al-Quran
bukan sekadar panduan malah diwariskan daripada satu generasi ke satu generasi
melalui, pembacaan, penghafazan, pemahaman dan pengamalannya. Dalam Islam,
mengajar al-Quran dalam apa jua bentuk sekalipun dianggap bahawa seseorang itu
menyumbang kepada ketinggian Islam. Namun, pada dasarnya semuanya bermula
dengan pembacaan al-Quran dengan betul.
Tambahan pula, menurut Kamarul dan Ab Halim (2007) guru al-Quran dan
pelajarnya dalam Islam dianggap sebagai golongan umat terbaik kerana
menyumbang kepada ketinggian Islam. Hadis Rasulullah riwayat al-Bukhari, (1994,
seperti yang dinyatakan dalam Kamarul dan Abd Halim, 2007), Rasulullah s.a.w
bersabda:
Terjemahan: Daripada Uthman bin Affan ra katanya: bahawa Rasullah s.a.w bersabda, Orang yang paling baik lagi mulia di sisi Allah S.W.T antara kamu semua ialah orang yang belajar al-Quran kemudian ia mengajarkannya kepada
orang lain.
(Al-Bukhari)
Maksud mempelajari di sini, bukanlah hanya sekadar belajar tetapi lebih dari
mempelajari, iaitu belajar, memahami serta mengamalkan isi al-Quran dengan niat
ikhlas hanya Allah S.W.T tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
3
Mengikut Michener (1955, seperti yang dinyatakan dalam Mohd Ali, 1997)
al-Quran paling banyak mempengaruhi kehidupan sehari-hari bagi mereka yang
mengimaninya, antara lain juga seperti yang dinyatakan dalam Mohd Ali (1997)
beliau menulis dalam sebuah artikel yang berjudul Islam The Misunderstood
Religion dalam majalah terbitan Amerika, keluaran Mei 1955:
The Koran is probably the most often memorized and possibly the most often influential in daily life of the people who..
Kenyataan ini menunjukkan bahawa individu bukan Islam sendiri menyedari
bahawa pembacaan al-Quran memberi impak yang besar kepada pembaca. Oleh itu,
jelas pembacaan al-Quran dengan betul sebenarnya memberi implikasi gempak
kepada individu muslim jika benar-benar individu muslim memperelokkan bacaan,
memperbetulkan sebutan makhraj huruf, memahami al-Quran dan mengamalkan apa
yang terkandung dalamnya.
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia yang memberi ruang kepada subjek
Pendidikan Islam, khasnya tilawah al-Quran bagi mengajar dan mendidik murid
sekolah rendah untuk mengetahui, memahami, menghayati dan seterusnya
mengamalkan apa yang terkandung dalam al-Quran. Perkara ini adalah salah satu
usaha kementerian dan rakyat Malaysia bagi mencapai apa yang telah digariskan
iaitu Falsafah Pendidikan Islam:
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan
al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan abadi di akhirat. (Kementerian Pendidikan Malaysia)
4
Jelas bahawa guru Pendidikan Islam sebenarnya mempunyai peranan yang
besar untuk melahirkan generasi masa depan yang celik al-Quran dan
mengamalkannya. Mohd Yusuf (2005) menyatakan bahawa membaca al-Quran
dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya supaya tidak terpesong pengertiannya
adalah menjadi tuntutan agama ke atas orang Islam. Antara impak negatif akibat
daripada tidak mempelajari kaedah membaca al-Quran dengan betul ialah tidak sah
solat dan tidak sempurna ibadah-ibadah lain yang melibatkan bacaan al-Quran.
Kaedah Iqra merupakan salah satu kaedah cepat belajar Asas Tilawah al-
Quran yang telah digunakan di Malaysia sejak 1995. Kaedah Iqra secara langsung
telah diimplimentasikan dalam program j-QAF yang diadakan di sekolah rendah.
Namun begitu, ketepatan sebutan huruf berbaris atas dengan makhraj yang betul dan
tepat masih lagi pada tahap yang minimum. Jika dibiarkan perkara sebegini terus
berlaku, keadaan akan menjadi lebih parah untuk kemajuan umat Islam. Justeru,
pengkaji merasakan satu kewajipan untuk mencari altenatif berkesan lagi bermutu
yang mampu mendidik murid membaca al-Quran dengan sebutan huruf dengan
dengan makhraj yang betul.
Tambahan pula, Ibnu Khaldun (2006, seperti yang dinyatakan dalam
Dearana, 2010) selain anugerah akal, manusia turut dianugerahkan dengan
keupayaan pacaindera yang peka terhadap sesuatu dan boleh menangkap atau
memahami sesuatu di luar dirinya melalui kemampuan akal fikiran. Rentetan
daripada itu, kajian ini menggunakan aplikasi powerpoint interaktif dan nyanyian
bagi memantapkan sebutan makhraj huruf dalam kalangan pelajar tahun 1.
Signifikan penggunaan bahan multimedia sebagai bahan bantu murid adalah untuk
belajar dengan penuh minat dan bersemangat. Menurut Jamaluddin dan Abd Rashid
(1998), penggunaan komputer dan internet bagi kalangan guru dalam sesi
5
pengajaran dan pembelajaran mampu menarik perhatian murid untuk fokus terhadap
apa yang dilihatnya pada papan skrin komputer. Dalam erti kata lain, penggunaan
bahan multimedia dapat menarik minat murid untuk belajar dengan penuh
bersemangat.
1.2 Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran
Pertama dan selamanya, syukur pada hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurniaNya, sebagai salah seorang guru pelatih bagi Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) Pengajian Islam dan al-Quran di Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak telah berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran sehingga
sampai tahap ini. Setelah berpraktikum selama 12 minggu di sebuah sekolah rendah
di Miri pada semester 7. Pengalaman mengajar yang diperolehi selama tempoh
ketiga kali ini memberi kesedaran kepada pengkaji bahawa apabila murid mengalami
masalah untuk memahami apa yang dipelajari, menjadi tanggungjawab guru tersebut
untuk mencari inisiatif bagi murid mudah untuk mendapatkan ilmu tersebut. Hal ini
demikian kerana ilmu yang dikuasai itulah menjadi bekalan seumur hidupnya lebih-
lebih lagi Pendidikan Islam yang bukan hanya bekalan di dunia malah hasil dari ilmu
tersebut menjadi amalan seterusnya menjadi bekalan ke akhirat. Justeru, menjadi
kepentingan besar sebagai seorang guru untuk mengambil berat setiap permasalahan
murid dalam mata pelajaran yang diajar iaitu Pendidikan Islam.
Selama berpraktikum di salah sebuah sekolah rendah di Miri, pengkaji telah
mengenalpasti satu permasalahan yang menjadi perkara biasa dan tiada yang
mengambil berat untuk memperbetulkannya iaitu kekeliruan murid dalam menyebut
bunyi huruf yang hampir sama. Pengkaji telah memilih bidang Asuhan Tilawah al-
Quran iaitu model Khatam al-Quran 6 bulan bagi murid tahun 1 berikutan daripada
6
masalah yang ditemui iaitu didapati murid gagal menyebut bunyi huruf /
berbaris atas dengan sebutan yang tepat dari segi makhrajnya dan gagal membezakan
sebutannya. Pengkaji telah membuat penilaian melalui ujian diagnostik tentang tahap
penguasaan murid terhadap menyebut membezakan sebutan bunyin huruf yang
hampir sama dengan makhraj yang betul. Hasil daripada penelitian dan tinjauan
awal, pengkaji mendapati tiga orang responden yang memerlukan bimbingan dalam
menyebut dan membezakan sebutan bunyi huruf yang hampir sama dengan makhraj
yang betul. Apabila pengkaji memperhatikan pergerakkan mulut mereka, sebahagian
mereka tidak dapat menyebut dengan tepat menyebabkan bunyi huruf yang
dibunyikan itu kurang tepat sebutannya.
Berdasarkan hasil kajian Mohd Aderi & Rohani (2009, seperti yang
dinyatakan dalam kajian Ab Halim, Ahmad Munawar, Amal Hayati & Mohd
Izzuddin, 2013) yang mengfokuskan tentang kelemahan penguasaan kemahiran
membaca al-Quran dalam kalangan pelajar walaupun mereka telah melalui enam
tahun pembelajaran di sekolah rendah. Walaupun pelajar telah khatam al-Quran,
- Keadaan mulut
kurang tepat
ketika menyebut
- Menyebut kalimah
yang mempunyai
huruf secara kurang
jelas dan kurang
tepat dari segi
makhrajnya.
Rajah 1.1: Pemerhatian ketika ujian diognastik
7
ianya bukan satu jaminan pelajar menguasai al-Quran. Hasil kajian yang
dilaksanakan oleh Mohd Aderi(2004, yang didapati dalam kajian Ab Halim, et al.
2013) tentang celik al-Quran kalangan pelajar tingkatan satu menunjukkan bahawa
walaupun 63% daripada responden telah khatam al-Quran tetapi tahap bacaan
keseluruhan responden adalah tahap sederhana dan lemah.
Hukum mempraktikkan bacaan dengan sebutan yang betul dan bertajwid
dalam setiap pembacaan al-Quran adalah wajib sepertimana firman Allah dalam
surah al-Muzzammil ayat keempat:
Maksudnya: Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan
"Tartil".
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah memerintahkan Nabi
Muhammad membaca al-Quran yang diturunkan kepada baginda dengan tartil.
Menurut Abdul Qadir (1998), tartil bermaksud mengelokkan sebutan setiap huruf-
hurufnya. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, pengkaji perlu mencari inisiatif yang
lebih kreatif yang sesuai dengan jiwa kanak-kanak pada zaman globalisasi ini.
Tambahan lagi, pengkaji amat terkesan dengan penyataan yang dikeluarkan
oleh Ahmad Mohd Salleh (2008) bahawa sekiranya seorang guru tidak dapat
menyampaikan ilmu secara efektif walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, guru
tetap dianggap tidak berjaya. Rentetan daripada itu, pengkaji telah merancang satu
pendekatan iaitu Gema 4T bagi membantu murid memperbetulkan sebutan huruf
/ berbaris atas dengan makhraj yang betul dan mampu membezakan
sebutannya. Setelah mendapatkan segala maklumat tentang responden, pengkaji
8
memulakan satu perancangan pembelajaran dan pengajaran yang akan di nilai
keberkesanannya. Pengkaji menjalankan satu kajian untuk membantu responden
memperbetulkan dan memantapkan lagi sebutan bunyi huruf yang hampir sama
dengan makhraj yang betul.
Pengkaji telah menerapkan satu nilai positif kepada responden semasa kajian
dilaksanakan. Menurut Sufean Hussien (1995) mengatakan bahawa salah satu nilai
yang perlu diterapkan dalam diri manusia ialah sikap positif seperti nilai gigih, tidak
putus asa, bersungguh-sungguh, proaktif, berani dan kompetitif adalah untuk
membina personaliti individu yang dapat menyumbang kepada kemajuan diri sendiri
dan masyarakat. Rentetan daripada itu, nilai yang dititikberatkan dalam kajian ini
ialah bersungguh-sungguh. Responden perlu bersungguh-sungguh dalam
memperbetulkan sebutan bunyi huruf / berbaris atas dengan makhraj yang
betul untuk menjayakan kajian ini.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan perubahan amalan pengajaran
dalam kemahiran menyebut bunyi huruf hijaiyah berbaris atas dalam buku Iqra 1
dengan mengunakan pendekatan Gema 4T. Kajian ini berfokus kepada menyebut dan
membezakan bunyi sebutan huruf yang hampir sama iaitu / dalam buku
Iqra 1 dengan betul menggunakan pendekatan Gema 4T. Penekanan terhadap aspek
tilawah al-Quran adalah selaras dengan tuntutan agama Islam yang mana perlunya
setiap individu muslim menguasai bacaan al-Quran dengan betul kerana
mengaplikasikannya semasa solat dan membaca al-Quran merupakan ibadah.
Menurut Hasan Mahmud (1986, yang seperti dinyatakan dari Wan Nur Aisyah &
Dr. Hj Saidi, 2014), makhraj huruf adalah tempat-tempat keluarnya segala huruf
hijaiyyah sama ada keluar dari halkum ataupun mulut. Perkara ini menunjukkan
bahawa jika tidak mengetahui makhraj sesuatu huruf, maka sebutan bunyi huruf
tersebut tidak dapat disempurnakan. Sehubungan dengan itu, pembelajaran sebutan
bunyi huruf berbaris atas dengan makhraj yang betul adalah perkara asas dan utama
bagi menyebut huruf-huruf hijaiyyah dengan tepat dan betul.
Setelah penelitian daripada kajian-kajian lepas yang turut mengkaji mengenai
membezakan sebutan bunyi huruf berbaris atas yang hampir sama bunyinya,
pengkaji masih belum jumpa kajian yang menggunakan aplikasi bahan mulmedia
sebagai bahan yang membantu responden dalam membezakan sebutan bunyi huruf
berbaris atas tersebut. Antara kajian lepas yang telah pengkaji temui melalui tinjauan
literatur ialah kaedah 3T membantu murid tahun 4 menyebut makhraj huruf dengan
10
betul yang dihasilkan oleh Nur Ain Shafiqah dan Nawi (2014). Selain itu, terdapat
juga penggunaan kaedah Gambut dalam menyebut makhraj hujung lidah dengan
betul bagi tahun 3 Bestari yang dihasilkan oleh Mardhiah dan Mohd Sood (2014).
Daripada kedua-dua sorotan kajian tersebut, pengkaji mendapati bahawa kelemahan
atau kelesuan suasana pembelajaran serta amalan pengajaran pendidikan Islam yang
kurang efektif menyebabkan timbulnya masalah penguasaan murid dalam kemahiran
membaca al-Quran.
Oleh itu, pengkaji telah membuat pengubahsuaian dan penambahbaikkan
dari kajian lepas yang dihasilkan oleh Nur Ain Shafiqah dan Nawi. Nur Ain Shafiqah
dan Nawi mengunakan kaedah 3T iaitu talaqqi musyafahah, tikrar dan tasmi,
manakala pengkaji menggunakan pendekatan Gema 4T merangkumi 4 kaedah. Gema
4T mengandungi empat kaedah dan beberapa teknik yang menarik diaplikasikan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi masalah yang dihadapi oleh
responden. Empat kaedah tersebut ialah terang, talaqqi musyafahah, tikrar dan
tasmi. Antara teknik yang digunakan semasa kaedah penerangan dan talaqqi
musyafahah ialah soal jawab berbantukan powerpoint interaktif. Pada peringkat ini,
pengkaji memberi fokus kepada memperbaiki sebutan bunyi huruf berbaris atas dan
membezakan sebutannya yang hampir sama bunyinya dengan makhraj yang betul.
Pengkaji memfokuskan penggunaan aplikasi bahan multimedia untuk menarik minat
responden terhadap sebutan makhraj huruf yang betul dan memperbaikinya. Menurut
Kamarul dan Ab Halim (2007), paparan grafik, audio, video dan animasi dalam
multimedia memudahkan pemahaman pelajar. Persembahan multimedia adalah lebih
attention-getting dan attention-holding kerana multimedia adalah multimode, iaitu
ransangan yang berlaku adalah lebih dari satu deria pada satu masa Rohani dan Zaidi
(2006,seperti yang dinyatakan dalam Dr Kartini, 2002). Oleh itu, selaras dengan
11
peredaran zaman yang kian moden, pengkaji mengambil inisiatif untuk membuka
minda responden akan kebaikan teknologi kini yang mana dapat diadaptasikan dalam
proses pembelajaran dan pembelajaran. Penggunaan grafik dan audio pasti akan
menarik minat responden untuk mengetahui perkara yang akan dinyatakan. Justeru,
aplikasi bahan multimedia amat sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam kajian.
Manakala bagi kaedah tikrar, pengkaji menggunakan teknik nyanyian.
Responden menyanyi lagu yang disediakan oleh pengkaji yang mana dalam lirik lagu
tersebut, terdapat pengulangan sebutan bunyi huruf berbaris atas dengan makhraj
yang betul bagi membiasakan responden menyebut dengan betul dan tepat.
Seterusnya, kaedah tasmi diadakan bertujuan menilai kebolehan responden
menyebut dan membezakan bunyi huruf dengan makhraj yang betul dan tepat setelah
mempelajari sebutan makhraj huruf yang betul melalui kaedah terang, talaqqi
musyafahah dan tikrar.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
a. Membantu murid menyebut bunyi huruf / berbaris atas
dalam buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul menggunakan pendekatan
Gema 4T
b. Membantu murid membezakan sebutan huruf / berbaris atas
dalam buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul dan tepat menggunakan pendekatan Gema 4T
3.2 Soalan Kajian
a. Apakah pendekatan Gema 4T dapat membantu murid menyebut bunyi
huruf / berbaris atas dalam buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul?
b. Sejauhmanakah pendekatan Gema 4T dapat membantu murid membezakan
sebutan bunyi huruf / yang berbaris atas dalam buku Iqra
1 dengan makhraj yang betul?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan tiga orang responden yang terdiri daripada seorang
murid perempuan dan dua orang murid lelaki tahun 1 dari sebuah sekolah di Miri
yang menghadapi masalah dalam menyebut bunyi huruf / berbaris atas
dengan makhraj yang betul serta tidak dapat membezakan bunyi yang hampir
dengannya. Daripada pemerhatian semasa ujian diognastik dilaksanakan, mereka
adalah kumpulan murid yang paling memerlukan bantuan untuk meningkatkan
kemahiran menyebut bunyi huruf-huruf tersebut dengan betul dan mampu
membezakannya. Pengkaji menamakan murid-murid tersebut sebagai responden A,
responden B, responden C dan responden D.
4.1 Responden A
Responden A merupakan seorang yang aktif dan suaranya agak kuat dan jelas. Dari
segi bacaan Iqra 1, responden boleh membaca namun menyebut bunyi huruf /
berbaris atas dengan makhraj yang kurang tepat serta tidak dapat membezakan
bunyi yang hampir dengannya. Responden ini mempunyai kehadiran ke program
tasmi sangat mendukacitakan kerana sering tidak hadir program tasmi selepas sesi
pembelajaran dan pengajaran tamat kerana faktor utama ialah ibu bapa responden
tidak mengambilnya jika ambil responden lambat keluar. Dengan itu, tidak hairan
apabila tahap penguasaan responden untuk tilawah al-Quran amat tidak memuaskan.
Ciri unik yang terdapat pada responden ialah tidak malu menyatakan kelemahan dan
impaknya pengkaji mengambil berat dan mencari jalan penyelasaian terhadap
masalah yang dihadapinya khususnya pembacaan al-Quran.
14
4.2 Responden B
Responden B seorang yang pemalu dan tidak terlalu pendiam. Sikapnya agak
aktif semasa proses pembelajaran dan pengajaran pendidikan islam kecuali semasa
kelas tilawah al-Quran. Dari segi bacaan Iqra 1, responden boleh membaca namun
menyebut bunyi huruf / berbaris atas dengan makhraj yang kurang tepat
serta tidak dapat membezakan bunyi yang hampir dengannya. Responden hanya
mendiamkan diri jika pengkaji meminta responden untuk membaca huruf yang
difokuskan secara. Setelah soal jawab dengan responden, pengkaji dapat mengetahui
punca responden bersikap sedemikian. Responden jarang mengaji di rumah dan
tidak tahu menyebut dan masih keliru denga bunyi huruf yang hampir sama
bunyinya. Oleh itu, responden tidak berani untuk menyebut bunyi huruf tersebut
ketika ditanya secara terbuka. Ciri yang unik terdapat pada responden ialah
sebenarnya responden berminat untuk belajar membaca al-Quran, cuma kesempatan
masa tidak mengizinkan kerana adakalanya responden tidak dapat menghadirkan diri
ke program tasmi disebabkan oleh ibu bapa tidak dapat mengambil pada waktu
lewat kerana ibu bapanya kerja dan mempunyai sikap malu.
4.3 Responden C
Responden C boleh menyebut bunyi huruf berbaris atas dengan makhraj
yang betul tetapi bagi huruf berbaris atas, responden C tidak fasih
menyebut dan tidak dapat membezakan bunyi huruf yang hampir sama bunyinya.
Melalui pemerhatian, responden tidak mempunyai ramai rakan dan selalu
15
bersendirian. Sepanjang tempoh membimbing responden mengaji dalam kelas
asuhan tilawah al-Quran, adakalanya responden tidak datang menghadirkan diri
tanpa memaklumkan sebabnya. Dalam erti kata yang lain, responden tidak hadir ke
sekolah. Pada pengamatan pengkaji, responden kurang berminat belajar membaca
iqra dan membaca dengan tidak bersungguh-sungguh. Besar kemungkinan perkara
ini berlaku adalah oleh faktor persekitaran yang tidak menarik responden untuk
bersemangat belajar. Persekitaran yang kurangnya rakan pasti kurang juga unsur-
unsur semangat untuk belajar. Ciri unik yang terdapat pada responden ialah tidak
mudah putus asa untuk mempelajari sesuatu yang responden minat.
5.0 TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN
5.1 PROSEDUR TINDAKAN
Bagi melaksanakan kajian, pengkaji telah memilih Model Kurt Lewin (1946,
seperti yang dinyatakan dalam Akhtiar Pardi & Shamsina Shamsudin, 2011) yang
menyatakan bahawa sesebuah penyelidikan perlu diikuti dengan tindakan sosial.
Beliau mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mengandungi
langkah-langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta
mengenai kesan atau keputusan sesuatu tindakan itu. Kitaran tersebut dapat dilihat
melalui gambar rajah di bawah:
Rajah 5.1: Model Kurt Lewin (1948)
17
Bagi mengenal pasti masalah, pengkaji membuat penelitian semasa proses
pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Quran berlangsung. Apabila
masalah telah dikenalpasti iaitu terdapat beberapa orang murid mempunyai masalah
dalam menyebut bunyi / berbaris atas dengan betul. Seterusnya, pengkaji
memilih strategi berpusatkan guru dan bahan bantu mengajar dengan menggunakan
empat kaedah yang diberi nama Gema 4T. Kaedah tersebut ialah terang, talaqqi
musyafahah, tikrar dan tasmi. Bagi kaedah terang dan talaqqi musyafahah, pengkaji
menggunakan powerpoint interaktif, manakala kaedah tikrar pengkaji menggunakan
teknik nyanyian.
Bagi kaedah tasmi pula, pengkaji menggunakan borang ujian bagi tujuan
penilaian. Pelaksanaannya ialah responden mengecam dan menyebut huruf yang
ditunjukkan, kemudian menonton powerpoint dan mendengar dengan teliti audio
sebutan bunyi huruf berbaris atas dengan teliti serta mengikuti sebutan tersebut.
Pengkaji menerang dengan terperinci tentang sebutan huruf sebenar dan pergerakan
mulut yang sepatutnya. Responden menyanyi lagu yang disediakan oleh pengkaji.
Kemudian, pengkaji mengadakan ujian lisan iaitu tasmi bagi menilai penerimaan
responden terhadap apa yang ingin dicapai dalam kajian ini. Kajian Gema 4T hanya
dijalankan sebanyak satu kitaran.
5.2 CARA PENGUMPULAN DATA
Bagi pengumpulan data, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian
berstruktur, pemerhatian tidak berstruktur dan ujian lisan.
18
Pengkaji menggunakan senarai semak bagi instrumen pemerhatian
berstruktur, manakala bagi pemerhatian tidak berstruktur, pengkaji menggunakan
nota lapangan. Seterusnya, pengkaji mengumpul data bagi ujian lisan menggunakan
borang yang disediakan dan merakam video ketika sesi ujian lisan dijalankan.
Huraian berikut adalah cara pengkaji mengumpulkan data tersebut:
5.2.1 Pemerhatian berstruktur dan Pemerhatian tidak berstruktur
Pemerhatian merupakan satu aktiviti pengumpulan data dalam proses
pembelajaran dan pengajaran secara pengamatan yang meluas. Dalam erti kata yang
lain, seseorang guru sentiasa memerhati reaksi muridnya untuk memastikan
komuniksi berlaku antara guru dan murid serta murid dengan murid. Pemerhatian
juga membantu guru menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap
pengajarannya. Menurut Choong (2011) pula, pemerhatian ialah proses maklumat
Pemerhatian
berstruktur
Pemerhatian tidak
berstruktur
Ujian lisan
Senarai semak Nota lapangan Borang ujian
Rajah 5.2: Cara pengumpulan data
19
secara langsung dan terbuka dengan melihat dengan sendiri apa yang sebenarnya
sedang berlaku, bukannya mendengar dari pihak ketiga. Pemerhatian merupakan
proses meneliti situasi atau perlakuan seseorang secara kritikal. Dengan kata lain,
pengkaji menggunakan kesemua pancaindera untuk mengkaji individu dalam situasi
semulajadi.
Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dan pemerhatian
tidak berstruktur untuk menguji tahap pencapaian murid menyebut bunyi huruf /
berbaris atas dalam buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul menggunakan
pendekatan Gema 4T. Menurut Amru Alhaz (2009), keadaan dan pergerakkan mulut
amat penting untuk menentukan keberhasilan sebutan bunyi huruf dengan makhraj
yang betul. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dan
pemerhatian tidak bestruktur untuk melihat pergerakkan keadaan mulut responden
dan merekodkannya dalam bentuk senarai semak dan nota lapangan.
Jadual 5.1: Senarai semak untuk pemerhatian berstruktur
20
5.2.2 Ujian lisan
Ujian ialah satu cara untuk menilai perlakuan dan kebolehan seseorang.
Menurut T. Subahan (t.t), ujian di beri untuk menilai pencapaian objektif pengajaran
dan ia boleh dibuat secara bertulis, lisan dan amali. Ujian dapat menentukan sama
ada murid boleh menguasai sesuatu pelajaran atau kemahiran. Oleh itu, pengkaji
menggunakan ujian lisan untuk melihat tahap pencapaian murid menyebut bunyi
huruf / berbaris atas dalam buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul
setelah menjalankan intevensi Gema 4T. Pengkaji merekod video ketika ujian
dijalankan untuk pengesahan maklumat dan pengkaji mendengar sebanyak tiga kali,
kemudian merekodkan secara bertulis dalam borang ujian yang telah disediakan oleh
pengkaji.
Rajah 5.3: Nota Lapangan untuk pemerhatian tidak
berstruktur
21
5.3 Cara Menganalisis Data
Data yang di peroleh dan di kumpul tidak sempurna seandainya ia tidak di
analisis. Setelah pengumpulan data dilakukan, setiap data dianalisis satu persatu
berdasarkan instrumen yang digunakan. Analisis data dilaksanakan setelah selesai
melaksanakan kitaran.
Analisis data dijalankan adalah sebagai satu usaha untuk mempertimbang,
menyusun dan menghasilkan penerangan berhubung dengan data supaya makna
sesuatu dapatan dapat diwujudkan. Analisis data bertujuan untuk menyusun,
mempertimbang dan mendapatkan keputusan sama ada objektif yang telah dirancang
itu tercapai atau tidak. Ringkasnya, pengkaji menganalisis dapatan kajian tersebut
untuk mengetahui adakah persoalan kajian terjawab.
Analisis data dibuat adalah melibatkan kedua-dua kaedah iaitu kuantitatif dan
kualitatif. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif.
Menurut Ainah (2004), kajian deskriptif merupakan sebuah kajian yang
menerangkan tentang fenomena perbezaan wujud antara purata. Data yang dianalisis
secara kuantitatif adalah pemerhatian berstruktur yang menggunakan instrumen
senarai semak. Manakala bagi data yang dianalisis secara kualitatif ialah pemerhatian
tidak berstruktur dan ujian lisan dan dianalisis secara analisis kandungan. Cara
menganalisis data mempunyai kepentingan yang tersendiri, dan dapat dilihat
berdasarkan petikan ini:
Data yang telah dikumpul perlu dianalisis dan dibuat interpretasikan bagi membolehkan penyelidik melapor dapatan kajian berdasarkan bukti-bukti
yang telah diperoleh *Martler, 2006). Selain itu, analisis data dapat
membantu pembaca memahami apa yang penyelidik ingin sampaikan dengan
data yang diperoleh (Chia et al 2013)
22
5.3.1 Analisis Pemerhatian Berstruktur
Instrumen yang digunakan untuk pemerhatian berstruktur adalah bertujuan
memenuhi pencapaian objektif pertama kajian iaitu menyebut bunyi huruf /
berbaris atas dalam buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul menggunakan
pendekatan Gema 4T. Aspek yang dilihat pada pemerhatian berstruktur ialah
kebolehan responden untuk menyebut sebutan huruf / berbaris atas
dengan makhraj yang betul. Pengkaji menganalisis instrumen senarai semak dengan
menggunakan jadual tahap pencapaian yang telah disediakan. Jadual di bawah
menunjukkan tahap pencapaian berdasarkan bilangan huruf berbaris atas yang
disenaraikan mampu di sebut oleh responden dengan betul dan tepat.
Bilangan huruf
berbaris atas yang di
sebut dengan betul
dan tepat
Tahap pencapaian
Tafsiran
4 Cemerlang Menguasai
2-3 Lulus Kurang menguasai
0-1 Gagal Tidak menguasai
(Adaptasi dari Sistem Analisis Peperiksaan Malaysia, 2015)
Tahap pencapaian ini adalah diubahsuai semula berdasarkan penggredan
UPSR (Sistem Analisis Peperiksaan Malaysia, 2015). Sekiranya responden dapat
menyebut empat bunyi huruf berbaris atas yang telah disenaraikan dengan betul dan
tepat, responden tersebut dianggap menguasai, manakala bagi responden dapat
menyebut tiga atau empat bunyi huruf berbaris atas yang telah disenaraikan dengan
betul dan tepat, responden tersebut berada pada tahap kurang menguasai. Seterusnya,
Jadual 5.2: Rubrik tahap pencapaian
23
sekiranya responden hanya dapat menyebut satu atau dua bunyi huruf berbaris atas
yang telah disenaraikan dengan betul dan tepat atau tidak dapat menyebut huruf
berbaris atas yang telah disenaraikan dengan betul dan tepat, maka responden
tersebut tidak menguasai apa yang diajar. Pengkaji membuat perbandingan
pencapaian responden sebelum kajian dengan selepas kajian dan di rekod ke bentuk
jadual.
Responden Pemerhatian Tahap Pencapaian Tafsiran
Cemerlang Lulus Gagal
A
Sebelum
Selepas
B
Sebelum
Selepas
C
Sebelum
Selepas
Seterusnya, pengkaji menterjemahkannya ke bentuk graf bar bagi melihat
perbezaan pencapaian secara jelas seperti mana rajah di bawah.
00.20.40.60.8
1
Responden
A
Responden
B
Responden
CBil
angan
huru
f
ber
bar
is a
tas
yan
g
ber
jaya
dis
ebut
den
gan
mak
hra
h y
ang b
etul
Responden
Tahap Pencapaian Responden
Sebelum
Selepas
Jadual 5.3: Rekod Pencapaian
Rajah 5.4 : Tahap pencapaian responden
24
Seterusnya, pengkaji juga membuat huraian deskriptif yang mana
menujukkan bilangan ketika menyebut huruf berbaris atas tersebut untuk
membuktikan setiap pencapaian yang dicapai oleh responden.
5.3.2 Pemerhatian tidak berstruktur
Pengkaji menganalisis pemerhatian tidak berstruktur secara analisis
kandungan. Daripada catatan di nota lapangan, pengkaji mengklasifikasikan
pemerhatian tersebut kepada beberapa tema iaitu pergerakkan dan keadaan mulut
ketika menyebut bunyi huruf yang difokuskan dan sebutan.
Tema Responden Ulasan
A B C
Keadaan/
Pergerakkan
mulut
Sebutan
Kemudian, pengkaji menganalisis catatan nota lapangan secara analisis kandungan.
5.3.3 Ujian Lisan
Ujian lisan atau tasmi dilaksanakan ketika kajian berlangsung bagi melihat
sejauhmana pendekatan Gema 4T dapat membantu murid membezakan sebutan
bunyi huruf / berbaris atas dalam buku Iqra 1 dengan makhraj yang
betul dan tepat.
Jadual 5.4: Analisis nota lapangan
6.0 DAPATAN KAJIAN
a. Membantu murid menyebut bunyi huruf / yang berbaris atas dalam buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul menggunakan pendekatan
Gema 4T
Bagi memenuhi objektif yang dinyatakan, pengkaji menggunakan instrumen
pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur.
Pemerhatian berstruktur
Pengkaji mengunakan senarai semak untuk mengumpul data. Berikut adalah
data sebelum dan semasa intervensi.
Jadual 6.1 di atas menunjukkan responden A,responden B dan responden C
hanya dapat menyebut bunyi satu huruf dengan makhraj yang betul iaitu berbaris
atas sahaja sebelum intervensi dijalankan. Manakala jadual 6.2 menunjukkan data
selepas menjalankan intervensi, ketiga-tiga responden mendapat pencapaian tahap
cemerlang. Responden dapat menyebut bunyi huruf berbaris atas sebanyak empat
Jadual 6.1: Data sebelum intervensi Jadual 2: Data selepas intervensi
26
huruf dengan makhraj yang betul iaitu huruf / . Hasil daripada analisis
pemerhatian berstruktur, pengkaji mengklasifikasikan data ke dalam graf untuk
melihat pencapaian responden dengan lebih jelas.
Rajah 6.3 di atas adalah perolehan data berdasarkan kajian yang di buat ke
atas tiga orang responden. Data dalam jadual 6.1 dan 6.2 telah diterjemahkan
dalam bentuk graf seperti dalam rajah 6.1 bagi melihat perbezaan atau perbandingan
antara pencapaian responden dalam menyebut huruf / berbaris atas
dalam buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul sebelum kajian dengan selepas
kajian.
0
1
2
3
4
5
Responden A Responden B Responden C
Bil
angan
huru
f ber
bar
is
atas
yan
g b
erja
ya
dis
ebut
den
gan
mak
hra
h y
ang
bet
ul
Responden
Tahap Pencapaian Responden
Sebelum
Selepas
Jadual 6.3: Tahap Pencapaian Antara Sebelum Dan Selepas Intervensi
Rajah 6.1: Tahap Pencapaian Antara Sebelum dan Selepas
Intervensi
27
Secara keseluruhan, data bagi sebelum kajian dalam menyebut bunyi huruf /
berbaris atas dalam buku Iqra 1 kurang memuaskan dan menunjukkan
responden tidak menguasai sebutan bunyi bagi huruf tersebut dengan betul. Kesemua
responden hanya mendapat tahap pencapaian kategori gagal sahaja. Responden A, B
dan C hanya dapat menyebut bunyi satu huruf dengan makhraj yang betul iaitu
berbaris atas . Setelah melaksanakan intervensi, tahap pencapaian yang baik
dan meningkat secara mendadak. Responden dapat menyebut bunyi huruf berbaris
atas sebanyak empat huruf dengan makhraj yang betul.
Pemerhatian tidak berstruktur
Pengkaji menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dengan menggunakan nota
lapangan semasa mengenalpasti masalah dan sepanjang kajian dilaksanakan. Berikut
adalah nota lapangan yang dikumpul ketika mengenalpasti masalah.
Pengkaji menterjemah catatan nota lapangan tersebut dalam bentuk jadual
mengikut tema yang ditentukan. Berikut adalah jadual tema dari catatan nota
lapangan sebelum intervensi.
Rajah 6.2: Pemerhatian Sebelum Intervensi
28
Berdasarkan analisis dari jadual 6.4 di atas, tema pertama ialah keadaan dan
pergerakan mulut. Didapati responden A, responden B dan responden C tidak pasti
keadaan mulut yang betul ketika menyebut huruf / berbaris atas
dalam buku Iqra 1. Tema yang kedua ialah sebutan. Responden menyebut bunyi
huruf / berbaris atas dengan tidak jelas dan tidak tepat. Responden
A menyebut secara tidak jelas dan tidak tepat . Namun begitu, kesemua
masalah yang dihadapi oleh responden telah diatasi setelah menjalani intervensi
Gema 4T. Rajah 6.3 di bawah menunjukkan nota lapangan berdasarkan pemerhatian
semasa dan selepas intervensi dijalankan.
Jadual 6.4: Sebelum Intervensi bagi responden
Rajah 6.3: Nota lapangan selepas intervensi
29
Pengkaji juga menterjemah catatan nota lapangan selepas intervensi dalam
bentuk jadual mengikut tema yang ditentukan. Berikut adalah jadual tema dari
catatan nota lapangan selepas intervensi.
Berdasarkan jadual 6.5 di atas yang dianalisis melalui data pemerhatian tidak
berstruktur semasa intervensi dijalankan, tema pertama menunjukkan keadaan mulut
ketiga-tiga responden ketika menyebut huruf / berbaris atas betul
dalam buku Iqra 1 seperti mana apa yang dipelajari semasa intervensi. Selain itu,
tema kedua ialah sebutan iaitu menyebut bunyi huruf / yang berbaris
atas dengan makhraj yang betul dan tepat. Setelah ketiga-tiga responden
memperbaiki keadaan mulut dengan bersungguh-sungguh, responden A, responden
B dan responden C dapat menyebut huruf / berbaris atas dalam
buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul.
Jadual 6.5: Selepas Intervensi bagi responden
30
b. Membezakan sebutan huruf / yang berbaris atas dalam
buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul menggunakan pendekatan Gema 4T Berdasarkan objektif di atas, pengkaji telah menggunakan instrumen ujian
lisan bagi menilai sejauhmana pendekatan Gema 4T mampu membantu murid untuk
membezakan sebutan bunyi huruf / yang berbaris atas dalam
buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul dan tepat. Bagi instrumen ujian lisan,
pengkaji telah mencatatkannya dalam borang yang telah disediakannya dan
dianalisis secara analisis kandungan. Berikut adalah hasil data yang dikumpul
melalui ujian lisan.
Bil Huruf difokus Huruf Ulasan
Sebelum intervensi Semasa intervensi
1 dengan
Huruf berbaris atas disebut
secara betul dan baik
Huruf berbaris atas
disebut secara
tepat dengan
makhraj yang
betul
Menyebut huruf berbaris atas ,
bunyinya sama
dengan apabila
menyebut berbaris atas .
Responden tidak
dapat membezakan
antara sebutan dengan yang
berbaris atas .
Responden dapat
membezakan
sebutan antara berbaris atas
dengan berbaris atas
secara tepat
dengan makhraj
yang betul.
Jadual 6.6: Selepas Intervensi bagi responden A,B,C
31
2
dengan
Menyebut huruf
berbaris atas , bunyinya seakan-
akan sama dengan
apabila menyebut berbaris atas .
Responden tidak
dapat membezakan
antara sebutan
dengan yang berbaris atas.
Responden dapat
membezakan
sebutan antara
dengan berbaris atas
secara tepat
dengan makhraj
yang betul.
Menyebut bunyi
berbaris di atas
dengan kurang tepat
dari segi makhrajnya
Huruf berbaris atas disebut
secara tepat
dengan makhraj
yang betul setelah
menjalani
intervensi Gema
4T dan bimbingan
daripada
pengkaji.
Berdasarkan catatan data dari ujian lisan di atas, secara keseluruhannya
responden mempunyai masalah yang sama iaitu tidak dapat membezakan sebutan
huruf yang hampir sama bunyinya iaitu dengan dan dengan berbaris atas
sebelum intervensi dijalankan.
Sebelum intervensi dijalankan, responden diminta untuk membaca /
yang berbaris atas dalam buku Iqra 1 bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh responden. Setelah dibuat penelitian, didapati ketiga-tiga responden mengalami
masalah yang sama iaitu tidak dapat membezakan sebutan bunyi huruf yang hampir
sama bunyinya iaitu dengan dan dengan yang berbaris atas .
Responden A, responden B dan responden C menyebut bunyi huruf berbaris atas
32
dengan baik dan tepat dari segi makhrajnya tetapi ketiga-tiga responden
tersebut tidak dapat membezakan bunyinya dengan bunyi huruf berbaris atas
.Hal ini kerana responden merasakan sebutan bagi dengan berbaris atas
adalah sama. Oleh itu, setelah menjalani intervensi yang mana dalam intervensi
diterangkan tempat keluarnya bunyi huruf dan keadaan mulut yang sepatutnya ketika
menyebut huruf tersebut, ketiga-tiga responden telah memahaminya dan
mengaplikasikannya dalam bacaan huruf-huruf tersebut. Hasilnya, responden-
responden dapat membezakan sebutan antara dengan yang berbaris atas
secara tepat dengan makhraj yang betul. Keadaan sama berlaku kepada sebutan
bunyi dengan berbaris atas .
7.0 REFLEKSI DAPATAN KAJIAN
Melalui pengamatan pengkaji, penyelidikan tindakan ini telah memberi
impak positif terhadap responden dalam menyebut dan membezakan bunyi huruf
/ berbaris atas dalam buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul dan
tepat. Hasil daripada penyelidikan tindakan ini, pengkaji menyedari bahawa
responden amat tertarik powerpoint yang sediakan kerana terdapat kartun dan audio.
Impaknya, responden bersemangat untuk mempelajari dan bersungguh-sungguh
memperbaiki sebutan bunyi huruf / berbaris atas dalam buku Iqra
1 dengan makhraj yang betul dan tepat. Hasil dapatan yang diperolehi dan telah
dianalisis menunjukkan responden dapat menyebut bunyi huruf /
berbaris atas dalam buku Iqra 1 dengan makhraj yang betul. Perkara ini
bertepatan dengan kenyataan Syed Ismail & Ahmad Subki (2010) menyatakan
bahawa penggunaan powerpoint berupaya untuk memberikan pelbagai contoh
keadaan sebenar kepada murid dengan gabungan teks, muzik, imej, video dan
animasi. Gabungan unsur ini membentuk satu persembahan menarik dan menjadikan
proses penyampaian maklumat yang lebih berkesan. Tuntasnya, penggunaan kaedah
terang dan talaqqi musyafahah berbantu powerpoint interaktif mampu memberi
impak positif terhadap memperbaiki sebutan bunyi huruf yang difokuskan.
34
Selain itu, kaedah tikrar yang terdapat dalam pendekatan Gema 4T melalui
nyanyian juga amat berkesan bagi mengukuhkan sebutan bunyi huruf berbaris atas
dengan makhraj yang betul. Perkara ini disokong oleh Norhayati Zakaria (1993)
menyatakan bahawa lagu ialah salah satu daripada unsur muzik yang merupakan
sebahagian daripada alam kehidupan dan budaya masyarakat. Rentetan daripada itu,
responden mudah untuk mengingati setiap lirik lagu yang diberikan dan mampu
mengulang dengan betul sebutannya terutama bunyi huruf yang difokuskan. Dengan
pengulangan yang dilakukan, responden dapat meningkatkan kemahiran menyebut
bunyi huruf / dengan makhraj yang betul. Natijahnya, responden mampu
dan mudah membezakan bunyi huruf / dengan makhraj yang betul.
Terang lagi bersuluh, pengunaan pendekatan Gema 4T yang merangkumi empat
kaedah iaitu terang, talaqqi musyafahah, tikrar dan tasmi serta mempunyai elemen
powerpoint interaktif dan nyanyian di samping bimbingan dan tunjuk ajar dari
pengkaji sangat memberi impak yang bermakna dan positif dalam menyebut dan
membezakan bunyi huruf / berbaris atas dalam buku Iqra 1 dengan
makhraj yang betul dan tepat.
8.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Pengkaji mencadangkan supaya kajian ini dilaksanakan kepada murid yang
masih lagi belum menguasai bacaan huruf hijaiyah berbaris atas dengan makhraj
yang betul dan tepat. Kajian ini boleh dijalankan kepada mana-mana murid yang
belum menguasai bacaan huruf hijaiyah berbaris atas dengan makhraj yang betul dan
tepat walaupun murid tersebut sudah berada di tahap dua persekolahan.
Pengkaji juga mencadangkan pendekatan Gema 4T ini digunakan untuk
memperbaiki bacaan huruf hijaiyah selain daripada huruf / . Pengkaji lain
boleh menggunakan kaedah-kaedah yang sama, namun perlu kepada pengubahsuaian
bunyi huruf dan keadaan serta pergerakkan mulut pada powerpoint interaksi tersebut
untuk mengesahkan keberkesanan dan kebolehpercayaan bahan tersebut. Selain itu,
pengkaji mencadangkan lirik lagu diubahsuai kepada lirik yang lebih mudah dan
pengulangan sebutan bunyi huruf yang dilakukan bukan pada tempat yang sama.
36
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim dan terjemahan
Abdul Qadir Leong (1998) Tajwid al-Quran Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur. PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ab Halim, Ahmad Munawar, Amal hayati & Mohd Izzuddin (2013) Penilaian Guru terhadap Model-
Model Tilawah al-Quran Program j-QAF. International Journal of Islamic Thought. Vol 3: 1-
17
Abu Bakar..et. al (2003) Mengaji al-Quran. Ensiklopedia Islam untuk Pelajar (Vol 5,p. 32) Kuala
Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Ahmad Mohd Salleh (2011). Kurikulum, Metodolgi dan Pedagogi Pengajian Islam. Selangor Darul
Ehsan. Oxford Fajar Sdn Bhd,
Ahmad Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam dan j-QAF: Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd
Ainah (2004) Respon terhadap Pendedahan kecerdasan Kesusasteraan Kanak-kanak: Penelitian
Kecerdasan Emosi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Akhtiar Pardi, Shamsina Shamsudin. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan
Tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Anzagain (2009) Pendidikan. Eksklopedia kesenian & Warisan Islam (Vol 5, p. 15) Kuala Lumpur:
Yayasan Pembangunan Buku Negara
Choong Lean Keow. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Dearana Morshidi (2010) Hubungan Ibadah Salat Fardu dan Penghayatan Akhlak Pelajar: Kajian di
Bahagian Miri, Sarawak. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan
Dr Hanafi (1996) Falsafah Pendidikan Menurut Al-Quran. Indonesia: Affluent Master Sdn Bhd
Dr Kartini (2002)Sekolah Bestari: Pedagogi Abad ke-21 dan Profesionalisme Guru. Jurnal
Pendidikan Guru 15(4) : 21-35
Dr Muhammad Mahmud (2005) Tafsir al-Wadih. Terj.. Bahagian Terjemahan & Editorial. Kuala
Lumpur: Prospecta Printers Sdn Bhd.
Ikhwan Ahmad Naim. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur.
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Jamaluddin dan Abd Rashid (1998) Penggunaan Komputer dan Internet di kalangan guru-guru mata
pelajaran bahasa Melayu: Satu Cabaran. 26-27 November. Prosiding Isu-Isu Pendidikan di
Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 345-351
Kamarul dan Ab Halim (2007) Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) Pengenalan, Falsafah dan fungsi utama Pendidikan Islam.
Diperoleh dari http://www.moe.gov.my/v/Pengenalan-Falsafah-Fungsi-BPI
Kementerian Pendidikan Malaysia (2009) Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran,
Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF
37
Mel Silberman (2009) Pembelajaran Aktif 101 Strategi untuk Mengajar Apa jua Subjek. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Mohd Ali (1997) Seni Lagu al-Quran di Malaysia. 2nd
ed. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn Bhd.
Mohd Yusuf Ahmad (2005) Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur. Penerbit
Universiti Malaya
Mustafa dan Noormaizatul (2008) Belajar Secara Aktif. Perlis. Zenith Intellect (M) Sdn Bhd
Mardhiah & Mohd Sood (2014) Penggunaan Kaedah Gambut dalam Menyebut Makhraj hujung lidah dengan betul bagi Tahun 3 Bestari. Kajian Ilmiah tidak diterbitkan. IPG Kampus Dato Razali Ismail. Diakses dari http://mylib.cakna.net/index.php/2014/article/viewFile/493/477
Norhayati Zakaria (2001) Penerapan unsur muzik dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di
kalangan guru permulaan lepasan KDPM bukan pengkhusussan Pendidikan Muzik.Jurnal
Pengkajian IPDA 2002: Institut Perguruan Darul Aman
Nur Ain Shafiqah (2013) Kaedah 3T Membantu Peserta Kajian Tahun 4 Menyebut Makhraj Huruf
Dengan Betul. Kajian Ilmiah yang tidak diterbitkan. IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu. Diperoleh dari mylib.cakna.net/index.php/2014/article
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Siti Zurina (2014) Model I-Paq Membantu Murid Mengaplikasikan Hukum Tajwid Mad Asli dalam
Bacaan al-Quran. Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Islam.
Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) Guru dan Cabaran Semasa. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn
Bhd.
Syeikh Muhammad Abdul Azim (1999) Menyingkap Rahsia Ilmu al-Quran. Selangor: Pustaka Ilmi
Wan Nur Aisyah & Dr Hj Saidi (2014) Penggunaan Kaedah LaTeS I dalam Membantu Menyebut Huruf Tha dan Dzal dalam surah al-Zalzalah Tahun 3 Siddiq. Kajian Ilmiah Tidak Diterbitkan.
IPG Kampus Dato Razali Ismail.
38
LAMPIRAN A
BAHAN: Powerpoint Interaktif
39
LAMPIRAN B
BAHAN: Lirik Lagu
Melodi: Suka Hati (Pendidikan Muzik KSSR Tahun 1)
Lirik lagu: Adaptasi daripada lagu Suka Hati
40
LAMPIRAN C
DATA : Pemerhatian
Keadaan mulut responden ketika intervensi dilaksanakan
Keadaan mulut responden ketika intervensi dilaksanakan
Top Related