Kajian ke atas BIOJISIM DAN KUALITI KAYU BAGI TIGA SPESIES CEPAT TUMBUH HUTAN SEKUNDER: Dyera polyphylla (Miq.) Ashton
(JELUTONG PAYA), Duabanga moluccana BI. (SAWIH) DAN Endospermum diadenum (Miq.) Airy Shaw (TERBULAN)
Siti Nurasmah bt Abu Samat
Sarjana Sains (Ekofisiologi)
2013
P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK
11111 1llllli'ijTIIII III III 1000246988
Kajian ke atas BIOJlSIM DAN KUALITI KAYU BAGI TIGA SPESIES CEPAT
TUMBUH HUTAN SEKUNDER: Dyerapolyphylla (Miq.) Ashton (JELUTONG PAYA),
Duabanga moluccana Bl. (SA WIH) DAN Endospermum diadenum (Miq.) Airy Shaw
(TERBULAN)
Siti Nurasmah bt Abu Samat
Tesis ini dihantar bagi memenuhi keperluan untuk
Ijazah Sarjana Sains (Ekofisiologi)
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SUMBER
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2013
PERAKUAN
Saya rnernperakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli rnelainkan petikan dan
sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan surnbemya. Saya juga rnernperakui bahawa tesis
ini tidak pemah dirnajukan sebelurn ini, dan tidak dirnajukan serentak dengan ini, untuk ijazah
lain sarna ada di Universiti Malaysia Sarawak atau institusi lain.
Siti Nurasrnah Bt Abu Sarnat
2013
PENGHARGAAN
Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana beIjaya menyiapkan tesis ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Penyelia utama, Prof. Dr. Isa Ipor atas segal a
tunjuk ajar, panduan serta kritikan yang membina sepanjang tempoh pengajian saya. Setinggi
tinggi terima kasih juga saya ucapkan kepada Penyelia bersama Prof. Madya Dr. Ismail Jusoh
dan Prof Dr. Sinin Hamdan di atas bimbingan dan perhatian yang diberikan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang menaja
pengajian saya di bawah biasiswa Yayasan Sains Negara. Ucapan ini juga ditujukan kepada
pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak Sdn. Bhd. yang turut menyumbang dalam penyediaan
sampel untuk projek ini.
Kepada kakitangan sokongan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber dan Fakulti Kejuruteraan
terutamanya saudara James Abai, En. Rizan Abdullah, Hj. Karni Taha dan Sabariman Bakar
yang banyak membantu dari segi penyediaan alat dan sampel untuk projek ini.
Akhir sekali ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan galakan serta
nasihat sepanjang saya menyiapkan projek ini samada secara langsung ataupun tidak.
11
ABSTRAK
Kajian biojisim dan kualiti kayu spesies cepat tumbuh dari hutan sekunder telah dijalankan ke
atas Dyera polyphylla (Miq.) Ashton (Jelutong paya), Duabanga moluccana B1. (Sawih) dan
Endospermum diadenum (Miq.) Airy Shaw (Terbulan) di Sarawak. Maklumat dan data mengenai
variasi ciri-ciri anatomi, mekanikal dan fizikal ketiga-tiga spesies di Sarawak diperlukan bagi
meningkatkan penggunaan spesies terpilih secara optimum dan menyeluruh. Analisis ANOV A
menunjukkan bahagian batang mempunyai peratus biojisim yang terbesar bagi ketiga-tiga
spesies. Jumlah berat pokok dan berat batang ketiga-tiga spesies mempunyai hubungan linear
dengan saiz diameter pokok pada paras dada (DPD). Manakala tinggi pokok dan berat dahan
adalah sebaliknya. Sawih menunjukkan panjang gentian, garis pusat gentian, garis pusat lumen
dan tebal gentian paling rendah berbanding spesies Jelutong paya dan Terbulan. Terbulan
mempunyai panjang gentian terpanjang manakala Jelutong paya mempunyai garis pusat gentian,
garis pusat lumen dan tebal gentian paling besar berbanding spesies Sawih dan Terbulan secara
signifikan. Terbulan mempunyai purata graviti spesifik (GS) tertinggi berbanding spesies
Jelutong paya dan Sawih. Spesies Sawih pula mempunyai purata kandungan kelembapan (KKL)
tertinggi. Modulus keanjalan (MKA) dan modulus kehancuran (MKH) spesies Terbulan adalah
yang tertinggi dengan nilai masing-masing 55.85 MPa dan 6294 MPa. Variasi ciri-ciri anatomi
bagi ketiga-tiga spesies tidak menunjukkan tren yang jelas walaupun terdapat perbezaan yang
signifikan mengikut arah radial dan menegak. GS dan KKL tidak mempunyai tren yang jelas
mengikut ketinggian bagi Jelutong paya. Bagi spesies Sawih, GS paling tinggi pada ketinggian
70 peratus dan sebaliknya bagi Terbulan. MKA dan MKH tidak mempunyai perbezaan yang
signifikan dengan ketinggian pokok. Korelasi ciri-ciri anatomi, ciri-ciri mekanikal dan ciri-ciri
1ll
fizikal bagi Jelutong paya menunjukkan hubungan positif yang signifikan diantara garis pusat
gentian dengan garis pusat lumen, tinggi ruji dan KKL. Manakala korelasi negatif yang
signifikan bagi bilangan salur per mm2 dan GS. Spesies Sawih menunjukkan garis pusat gentian
berkorelasi negatif dan signifikan dengan bilangan salur per mm2, MKH, MKA dan GS. Garis
pusat gentian berkorelasi tinggi dengan garis pusat lumen (r = 0.957) bagi Terbulan
IV
Study on WOOD QUALITY AND BIOMASS OF THREE FAST GROWING SECONDARY
SPECIES: Dyera polyphylla (Miq.) Ashton (JELUTONG PAYA), Duabanga moluccana BI.
(SA WlH) and Endospermum diadenum (Miq.) Airy Shaw (TERBULAN)
ABSTRACT
Study on biomass allocation and wood quality for three fast growing species viz. Dyera
polyphylla (Miq.) Ashton (Jelutong Paya), Duabanga moluccana Bf. (Sawih) and Endospermum
diadenum (Miq.) Airy Shaw (Terbulan) was conducted. There is lack information in variation of
anatomy, physical and mechanical properties of the species. The biomass of stem section
contributed the highest among the three species. There were linear relationships oftotal biomass
of whole trees and stem biomass against diameter breast height (DBH (em)) in each specie
However, negative relationships were obtained for tree height and biomass of branch section
against DBH Sawih had shortest fibrous xylem, lowest diameter offibrous xylem, lumen and
thinnest xylem as compare to those from Jelutong paya and Terbulan. Terbulan had the longest
fiber whilst Jelutong paya had highest diameter of both fiber and lumen with thickest fiber as
compare to those from Sawih and Terbulan. Terbulan has highest specific gravity (SG) compare
with the other two species. Moisture content (MC) was highest from Sawih. Modulus ofelasticity
(MOE) and modulus ofrupture (MOR)from Terbulan were highest with the value of55.85 MPa
and 6294 MPa respectively. Variations ofanatomical characteristics from the three species did
not reveal obvious difference although significant differences occurred both radial and vertical
forms. Both SG and MC did not reveal obvious trend according to its height for Jelutong paya.
For Sawih, SG was highest at the height of 70% and in vice versa for Terbulan. MOE and MOR
were 'not significantly differed according to tree height. Correlation of anatomical, mechanical
v
and physical characteristics of Jelutong paya demonstrated positive significance between
diameter of fiber and lumen, between ray height and MC However, significant negative
correlation was obtained for total number of vessellmm2 and SG. Sawih had diameter offiber
had negatively correlated whilst at significant level for number ofvessellmm2, MaR, MOE and
SG. Diameter ofboth fiber and lumen ofTerbulan achieved high correlation with r= 0.957.
Vl
PUS1It Khidmalt MakJum t Akademik UMVERSm MALAY TARAWA
lSI KANDUNGAN
MUKASURAT
PERAKUAN
PENGHARGAAN 11
ABSTRAK III
lSI KANDUNGAN Vll
SENARAI JADUAL Xl
ABSTRACT v
SENARAI RAJAH xu
SENARAI SINGKATAN xiii
BABI PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 lustifikasi Kajian dijalankan 3
1.3 Objektifkajian 7
BAB2 ULASAN PERPUSTAKAAN
2.1 Spesies Hutan Sekunder 8
2.2 Ciri-ciri umum Dyera polyphylla (Miq.) Ashton (Jelutong paya) 10
2.2.1 Taburan lelutong paya 11
2.2.2 Sifat-sifat dan kegunaan kayu leluto~g paya 12
2.3.3 Ciri-ciri anatomi lelutong paya 14
2.3 Ciri-ciri umum Duabanga moluccana Bl.(Sawih) 15
2.3.1 Taburan Sawih 16
2.3.2 Sifat-sifat dan kegunaan kayu Sawih 16
Vll
2.4
II
2.5
2.6
2.7
BAB3
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
BAB4
4.1
4.2
I
2.3.3 Ciri-ciri anatomi Sawih 17
Ciri-ciri umum E. diadenum (Miq.) Airy Shaw (Terbulan) 17
2.4.1 Taburan Terbulan 19
2.4.2 Sifat-sifat dan kegunaan kayu Terbulan 20
2.4.3 Ciri-ciri anatomi kayu Terbulan 21
Variasi ciri-ciri anatomi, ciri-ciri mekanikal dan ciri-ciri fizikal kayu 22
Biojisim 24
Penilaian Tanpa Musnah Kaedah Pencaran Akustik (PA) 26
BAHAN DAN KAEDAH
Kawasan kajian 29
Pengambilan sampel 30
Biojisim pokok 33
Penentuan OS dan KKL 35
Pengukuran ciri-ciri anatomi
3.5.1 Pemisahan tisu 36
3.5.2 Penyediaan slaid 36 I Ujian Kekuatan Lentur Statik dan Pencaran Akustik 40
3.6.1 Penilaian MKH 40
Penyediaan spesimen daripada sampel Ujian kekuatan Lentur Statik 42
Analisis data 43
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Biojisim 44
Hubungan regresi biojisim dengan DPD dan tinggi pokok 48
V111
..
4.3 Corak pertumbuhan dan alokasi biojisim bagi Jelutong paya,
Sawih dan Terbulan 54
4.4 Ciri-ciri anatomi Jelutong paya, Sawih dan Terbulan 56
4.5 Variasi ciri-ciri anatomi bagi Jelutong paya, Sawih
dan Terbulan mengikut arah radial 62
4.5.1 Variasi ciri-ciri anatomi bagi Jelutong paya mengikut arah radial 62
4.5.2 Variasi ciri-ciri anatomi bagi Sawih mengikut arah radial 63
4.5.3 Variasi ciri-ciri anatomi bagi Terbulan mengikut arah radial 64
4.6 Variasi ciri-ciri anatomi bagi Jelutong paya, Sawih
dan Terbulan mengikut arah menegak 67
4.6.1 Variasi ciri-ciri anatomi bagi Jelutong paya mengikut arah menegak 67
4.6.2 Variasi ciri-ciri anatomi bagi Sawih mengikut arah menegak 68
4.6.3 Variasi ciri-ciri anatomi bagi Terbulan mengikut arah menegak 69
4.7 Ciri-ciri fizikal dan mekanikal bagi spesies Jelutong paya,
Sawih dan T erbulan 70
4.8 Variasi ciri-ciri fizikal bagi spesies Jelutong paya, Sawih
dan Terbulan mengikut arah menegak 73
4.9 Variasi ciri-ciri mekanikal bagi spesies Jelutong paya,
Sawih dan T erbulan mengikut arah menegak 75
4.1 0 Korelasi di antara ciri-ciri anatomi, ciri-ciri mekanikal dan ciri-ciri
fizikal bagi Jelutong paya, Sawih dan Terbulan 77
4.10.1 Korelasi di antara ciri-ciri anatomi, ciri-ciri mekanikal
dan ciri-ciri fizikal bagi Jelutong paya 77
IX
,...
4.11
4.12
BAB 5
RUJUKAN
LAMPlRAN
4.10.2 Korelasi di antara ciri-ciri anatomi, ciri-ciri mekanikal dan
ciri-ciri fizikal bagi Sawih 78
4.10.3 Korelasi di antara ciri-ciri anatomi, ciri-ciri mekanikal dan
ciri-ciri fizikal bagi Terbulan 79
Hubungan di antara ciri-ciri mekanikal dengan ciri-ciri anatomi
dan as spesies Jelutong paya, Sawih dan Terbulan 79
Penentuan MKH menggunakan kaedah P A 81
KESIMPULAN DAN CADANGAN 83
87
97
x
I
14
Jaduall
Jadual 2
Jadual 3
Jadual4
Jadual 5
Jadual6
Jadual7
Jadual8
Jadual9
Jaduall0
Jadual II
Jadual12
Jadual13
Jadual14
Jadual 15
Jadual16
Jadual '17
SENARAI JADUAL
Mukasurat
Ketumpatan dan graviti spesifik kayu Jelutong paya dari pelbagai sumber l3
Sumber dan ciri-ciri kekuatan bagi Jelutong paya
Ketumpatan dan graviti spesifik kayu Terbulan dari pelbagai sumber 21
Purata dimensi pokok Jelutong paya, Sawih dan Terbulan 46
Analisa peratusan biojisim spesies Jelutong paya, Sawih dan Terbulan mengikut bahagian batang, dahan dan daun. 47
Ciri-ciri anatomi bagi spesies Jelutong paya, Sawih dan Terbulan 61
Variasi ciri-ciri anatomi bagi spesies Jelutong paya mengikut arah radial 63
Variasi ciri-ciri anatomi bagi spesies Sawih dan Terbulan mengikut arah radial 64
Variasi ciri-ciri anatomi bagi spesies Terbulan mengikut arah radial 65
Variasi ciri-ciri anatomi bagi spesies Jelutong paya mengikut arah menegak 67
Variasi ciri-ciri anatomi bagi spesies Sawih mengikut arah menegak 69
Variasi ciri-ciri anatomi bagi spesies Terbulan mengikut arah menegak 70
Perbandingan GS dan KKL bagi spesies Jelutong paya, Sawih dan Terbulan 71
MKA dan MKH bagi spesies Jelutong paya,. Sawih dan Terbulan 72
Variasi ciri-ciri fizikal mengikut arah menegak bagi spesies Jelutong paya, Sawih dan Terbulan 74
Variasi ciri-ciri mekanikal mengikut arah menegak bagi spesies Jelutong paya, Sawih dan Terbulan 76
Regresi linear MKH dan MKA ke atas GS dan ciri-ciri anatomi 81
Xl
Rajah 1
Rajah 2
Rajah 3
Rajah 4
Rajah 5
Rajah 6
Rajah 7
Rajah 8
Rajah 9
Rajah 10
Rajah I t
Rajah 12
Rajah 13
SENARAI RAJAH
Mukasurat
Peta persampelan pokok Jelutong paya di Bintawa, Sawih dan Terbulan di Hutan Sabal 30
Persampelan pada pokok yang dipilih mengikut bahagian untuk penentuan ciri-ciri natomi, GS, KKL, MKA dan MKH 32
Carta alir penyediaan slaid menggunakan Safranin-O dan media pelekat D.P.X 39
Kedudukan irisan pada slaid kaca 38
Ujian kekuatan lentur statik dan P A 41
Penyediaan spesimen untuk GS dan pencirian anatomi daripada spesimen ujian kekuatan lentur statik (Ismail, 1983) 42
Regresi bahagian pokok; (a) Jumlah berat, (b) Tinggi, (c) Berat batang, (d) Berat dahan, (e) Berat daun dengan DBH bagi spesies Jelutong paya 50
Regresi bahagian pokok; (a) Jumlah berat, (b) Tinggi, (c) Berat batang, (d) Berat dahan, (e) Berat daun dengan DBH bagi spesies Terbulan 51
Regresi bahagian pokok; (a) Jumlah berat, (b) Tinggi, (c) Berat batang, (d) Berat dahan, (e) Berat daun dengan DBH bagi spesies Sawih 52
Regresi bahagian pokok; (a) Jumlah berat, (b) Tinggi, (c) Berat batang, (d) Berat dahan, (e) Berat daun dengan DBH bagi spesies Jetutong paya, Terbulan dan Sawih 53
Nisbah berat batang (gig) (NBB) dan Nisbah berat batang (gig) (NBB) bagi spesies Jelutong paya, Terbulan dan Sawih 55
Luas spesifik daun (cm2/g) (LSD) dan Nisb~h luas daun (cm2/g) (NLD) bagi spesies Jelutong paya, Sawih dan Terbulan 56
Grafkiraan PA dan daya terhadap mas a 82
xu
SENARAI SINGKATAN
(ll meter mm millimeter sm sentimeter kg kilogram sm2 senti meter persegi min minimum kN kilo Newton MPa Megapaskal j.1m mikrometer PA Pencaran Akustik DPD - Diameter paras dada NBB - Nisbah berat batang kepada berat keseluruhan LSD Luas spesifik daun MKA - Modulus keanjalan MKH - Modulus kehancuran KKL - Kandungan kelembapan as Graviti spesifik NBD - Nisbah Berat daun NLD - Nisbah Luas Daun BS Bilangan salur MN Keratan melintang JE Keratanjejari TN Keratan tangen
xiii
BAB1:
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Hutan Hujan Tropika di Asia Tenggara terkenal dengan kepelbagaian diversiti termasuk
tumbuhan berkayu yang mempunyai nilai komersil yang tinggi. Ia meliputi 40 % daripada
kawasan dunia termasuk Malaysia. Perangkaan semenjak Januari hingga Julai 2005
menunjukkan nilai eksport produk utama berasaskan kayu mencecah RMII billion,
melebihi nilai eksport pada tahun sebelumnya iaitu RM6.31 billion (Anon, 2004). Bagi
memastikan pengeluaran hasil hutan berkekalan, kerajaan telah mewujudkan Dasar
Perhutanan Negara 1978 (PINDAAN 1992). Objektif utama dasar ini adalah untuk
memelihara, mengurus hutan melalui amalan pengurusan hutan secara berkekalan dan
menjadi penyumbang utama ekonomi negara serta mengekalkan kestabilan alam sekitar.
Dasar Perhutanan Negara turut bertujuan memelihara kepelbagaian hayat sumber-sumber
genetik dan meningkatkan penyelidikan serta memberi manfaat dalam pendidikan. Hutan
tropika penting bukan sahaja sebagai pengimbang ekosistem malah sebagai habitat
pelbagai hidupan liar. Memandangkan aktiviti pembalakan telah dijalankan secara besar
besaran dalam jangkamasa berpuluh-puluh tahun, saiz serta sumber hutan asli semakin
terhad. Penanaman semula pokok hutan menerusi kaedah perladangan adalah sebahagian
daripada pengurusan mampan untuk memastikan bekalan kayu negara dapat dikekalkan.
r
Sarawak khususnya telah mensasarkan untuk menanam satu juta hektar ladang hutan
dengan spesies pokok cepat besar menjelang 2020 (Sinar Harian, 2012). Menurut Pehin Sri
Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Perancangan dan
Pengurusan Sumber Sarawak menyatakan bahawa kerajaan Sarawak telahpun mengambil
langkah sewajarnya untuk mempelbagaikan kawasan hutan dengan menukar 20 peratus
kawasan yang diklasifikasi sebagai estet hutan kekal (PFE) menjadi ladang hutan yang
dapat menghasilkan antara tiga dan lima kali lebih banyak kayu berbanding hutan asli.
Oleh itu spesies yang bersesuaian dengan kadar pertumbuhan yang cepat dan mudah
diuruskan amatlah diperlukan untuk penanaman secara besar-besaran. Justeru, kerajaan
telah memperkenalkan penanaman spesies eksotik yang cepat membesar seperti Acacia
mangium, Gmelina arborea, Eucalyptus camaldulensis dan Khaya ivorensis secara besar
besaran (PAO, 2002) untuk mencapai objektif Dasar Perhutanan Negara dalamjangkamasa
yang pendek. Keupayaan spesies-spesies ini tumbuh dengan cepat dan matang dalam
jangka masa yang singkat serta berkebolehan menghasilkan kayu yang berkualiti untuk
kegunaan umum menjadikannya am at sesuai ditanam dalam ladang hutan.
Selain itu lebih banyak spesies tempatan yang perlu dikaji untuk memenuhi kehendak
penggunaan kayu secara meluas daripada hanya tertumpu kepada spesies popular yang
sedikit. Bagi menyediakan spesies yang berkualiti, isu teknikal berkaitan pilihan serta
potensi penggunaan memerlukan penyelidikan yang lebih teliti dan menyeluruh. Kejayaan
2
,..
penyelidikan dalam pemilihan spesies yang sesuai akan memudahkan industri perkayuan
mempunyai pelbagai pilihan spesies untuk penggunaan yang berbeza-beza.
Justeru, kajian ini hanya menumpu kepada tiga spesies tempatan yang cepat tumbuh vis.
Dyera polyphylla Ashton, Duabanga moiuccana BI. dan Endospermum diadenum (Miq.)
Airy Shaw (berikutnya dikenali sebagai lelutong paya, Sawih dan Terbulan secara
berturut). Ketiga-tiga speSles tersebut dipilih berdasarkan pertumbuhan yang
memberangsangkan dalam hutan sekunder dan mempunyai kayu keras yang ringan (Yap,
1980; Whitemore, 1983; Komang, 2008) . Kayu daripada lelutong paya dan Terbulan
banyak digunakan untuk penghasilan perabot, papan lapis serta bingkai dan juga papan
lukisan (Whitemore, 1983). Kajian ini menjurus kepada kualiti kayu, anggaran biojisim
serta menentukan sifat-sifat fizikal, mekanikal (kekuatan) dan anatomi kayu serta penilaian
tanpa musnah menggunakan kaedah pencaran akustik bagi ketiga-tiga spesies.
1.2 Justifikasi kajian dijalankan
Spesies cepat tumbuh dengan hasil kayu yang berkualiti untuk tanaman ladang akan
menjamin bekalan kayu yang mencukupi dan berkekalan serta menyumbang dalam
peningkatan basil industri kayu negara. Oleh itu lebih banyak penyelidikan ke atas spesies
spesies kategori ini yang berpotensi perlu dilakukan bagi memastikan negara tidak
mengalami kekurangan bahan mentah untuk industri kayu. Setakat ini kebanyakan spesies
cepat tumbuh eksotik seperti klon hibrid Acacia berpenghasilan tinggi menjadi tanaman
3
utama ladang hutan di Sernenanjung Malaysia. Begitu juga perladangan hutan di Sabah
banyak rnenggunakan spesies eksotik seperti Acacia mangium, Paraserianthes facaltaria,
Gmelina aborea dan Araucaria sp (Josue, 2004).
Dalam masa yang sarna kerajaan juga rnenggalakkan penanarnan speSles ternpatan.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation,
Datu Ali Yusop, pernilihan spesis pokok asli yang cepat turnbuh dengan kayu berkualiti
tinggi untuk pengeluaran venir permukaan adalah perlu dan wujudnya surnber kayu yang
baharu sekali gus akan rnengurangkan kebergantungan terhadap surnber hutan sernula jadi
(The Borneo Post, 2012). Menurut Appanah & Razak (1998) terdapat beberapa kebaikan
dalam penanarnan spesies tempatan untuk tujuan penghutanan sernula atau perladangan
iaitu spesies tersebut telah dikenalpasti boleh beradaptasi dengan persekitaran serta dapat
mengurangkan serangan perosak dan penyakit. Beberapa spesies cepat turnbuh ternpatan
yang mula ditanarn adalah seperti Jelutong Bukit, Terbulan, Sentang, dan beberapa lagi
spesies yang lain (Appanah & Razak, 1998).
Namun, pernilihan speSles yang sesuai rnenghadapi kesukaran rnernandangkan
kekurangan data dan rnaklurnat tentang kualiti kayu spesies ternpatan yang cepat turnbuh.
Tidak banyak spesies cepat turnbuh ternpatan yang digunakan untuk tanarnan ladang hutan
secara besar-besaran denganjayanya buat rnasa ini ..
4
Oleh itu, spesies-spesies seperti Jelutong paya, Sawih dan Terbulan telah dipilih kerana ia
merupakan spesies cepat tumbuh tempatan yang terdapat di hutan sekunder di Sarawak
selepas aktiviti pertanian pindah. Ketiga-tiga spesies merupakan spesies kayu tropika yang
kurang dikenali. Terdapat beberapa kajian pemah dijalankan terhadap spesies terpilih
seperti Jelutong dan Terbulan di Semenanjung Malaysia ( Aminah, 2002; M. Khairil et ai.,
2011) . Namun masih banyak maklumat variasi anatomi serta mekanikal kayu yang belum
dikaji dan kajian spesies yang sama di Sarawak. Tambahan pula, perbezaan temp at
mungkin mempengaruhi ciri-ciri anatomi dan mekanikal satu-satu spesies (Desch, 1989).
Spesies Jelutong yang ban yak dikaji lebih kepada Jelutong bukit dan bukan Jelutong paya
seperti dalam kajian ini. Namun ciri-ciri kayu Jelutong bukit adalah sinonim dengan
Jelutong paya kecuali tempat pertumbuhannya (Balan, 1959). Data ciri-ciri kayu Sawih di
Sarawak khususnya dan Malaysia amnya adalah amat sedikit. Kajian lebih ban yak
dilakukan oleh penyelidik dari Indonesia ke atas pertumbuhan pokok Sawih am at
memberangsangkan di kawasan sekunder dan menunjukkan penggunaan yang meluas
dikalangan penduduk (Komang, 2008). Secara tidak langsung ia memberi gambaran
spesies ini mempunyai potensi yang tinggi sebagai salah satu spesies kayu tempatan yang
cepat tumbuh.
K~ian ini adalah lebih spesifik kepada ciri-ciri anatomi dan mekanikal mengikut
ketinggian dan jejari kayu. Kajian ini juga memberi fokus kepada biojisim, ciri-ciri fizikal
dan variasi kayu bagi ketiga-tiga spesies serta membandingkannya dengan spesies-spesies
5
yang telah digunakan sebagai tanaman ladang hutan. Maklumat dan pemahaman as as
terhadap spesies-spesies ini membolehkan penggunaan bahagian pokok secara optimum
dan menyeluruh. Selain itu, ujian penilaian tanpa musnah menggunakan kaedah pencaran
akustik (PA) semasa ujian kelenturan dilakukan sebagai pilihan dalam menentukan
kekuatan kayu. Ia sebagai langkah permulaan memperkenalkan penggunaan kaedah P A
dalam menentukan sifat kayu di bawah tekanan. Data yang diperolehi nanti diharap akan
menjadi ukuran dalam menentukan kekuatan kayu spesies terpilih pada masa akan datang.
Setakat ini, spesies-spesies ini sangat terhad digunakan secara komersil dan kebanyakan
kayu digunakan oleh masyarakat tempatan untuk kegunaan am. Dengan adanya kajian ini
nanti diharap akan meningkatkan lagi kebolehgunaan spesies-spesies yang dikaji dan
diguna sepenubnya untuk meningkatkan sumber kayu kayan negara secara komersil.
Bukan itu sahaja, hasil kajian ini nanti diharap dapat mengalihkan perhatian para
penyelidik kepada kayu tempatan yang mempunyai kualiti standing kayu spesies eksotik.
6
1.3 Objektif kajiao
Madamat kajian ini adalah untuk menentukan allokasi biojisim dan kualiti kayu bagi
spesies Jelutong paya, Sawih dan Terbulan. Matlamat ini dicapai dengan mengkaji variasi
ciri-ciri dan sifat-sifat kayu dalam pokok dan di antara pokok pada tiga spesies yang
dipilih. Maklumat-maklumat bagi ketiga-tiga spesies tersebut amat perlu bagi
memperluaskan lagi kegunaan bahan kayu spesies-spesies tersebut. Objektif spesifik bagi
kajian ini adalah;
1. Menganggarkan alokasi biojisim bagi pokok Jelutong paya, Sawih dan Terbulan.
11. Menentukan ciri-ciri anatomi, graviti spesifik (GS), kandungan kelembapan (KKL),
modulus kehancuran (MKH) , modulus kekenyalan (MKA) dan variasinya bagi
kayu Jelutong paya, Sawih dan Terbulan.
iii. Menentukan hubungan di antara ciri-ciri anatomi dengan graviti spesifik,
kandungan kelembapan, modulus kehancuran dan modulus kekenyalan dan di
antara graviti spesifik dengan modulus kehancuran dan modulus kekenyalan ketiga
tiga spesies
iv. Mengenalpasti modulus kehancuran dan sifat akustik kayu dengan ujian tanpa
musnah menggunakan teknik pencaran akustik (PA)
7
BAB2:
ULASANPERPUSTAKAAN
2.1 Spesies Hutan Sekunder
Tiga spesies tempatan telah dipilih untuk kajian ini. Duabanga moluccana B1. dikenali
sebagai Sawih atau Berembang Bukit, Endospermum diadenum (Miq.) Airy Shaw sebagai
Terbulan atau Sesendok di Malaysia dan Dyera polyphylla Ashton yang lebih dikenali
sebagai Jelutong paya. Ketiga-tiga spesies merupakan spesies cepat tumbuh. Sawih dan
Terbulan merupakan spesies yang dikategorikan sebagai kayu keras ringan mengikut
Menon (1993) dan merupakan tumbuhan perintis di kawasan hutan sekunder.
Menurut Whitmore (1984), tumbuhan perintis mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi
terutamanya pada fasa pertama atau awal dan memerlukan cahaya yang mencukupi.
Spesies perintis biasanya mengerumuni secara dominan sesuatu (Richter & Dallwitz,
2000). Mereka juga menyatakan tanpa spesies perintis terutama di kawasan tropika,
ekosistem bagi komuniti klimaks tidak akan wujud. Spesies perintis yang dinyatakan
termasuk famili Euphorbiaceae, Apocynaceae, Malvaceae, Moraceae, Sonneratiaceae,
Ulmaceae dan Urticaceae. Menurut Van Steenis (1950, 1958), dua puluh peratus flora
Malaysia menunjukkan ciri-ciri spesies perintis herba pada hutan sekunder seperti dari
famili Amaranthaceae, Compositae, Labiatae, Poaceae and Verbanaceae. Spesies perintis
8
boleh dibahagi kepada spesies yang boleh hidup dalam jangka masa yang panjang dan
spesiesjangka masa pendek (Whitmore, 1984).
Hutan sekunder merupakan kawasan atau habitat hutan yang mengandungi tumbuh
tumbuhan cepat tumbuh di mana kawasan tersebut terdedah dengan cahaya matahari yang
banyak serta luas. Menurut Muller (2002), hutan sekunder didefinisikan sebagai vegetasi
berlcayu yang tumbuh semula di atas tanah setelah penebangan hutan asalnya secara
menyeluruh dan meluas. Rutan sekunder juga terjadi sebagai regenerasi hutan semulajadi
selepas mengalami bencana alam seperti banjir, tanah runtuh atau kebakaran hutan dan
kesan pengabaian selepas aktiviti pertanian pindah randah. Oi Sarawak, kebanyakan hutan
sekunder terbentuk adalah kesan daripada pertanian pindah randah yang kebanyakannya
dijalankan oleh penduduk tempatan untuk penanaman padi.
Hutan sekunder turnt memainkan peranan penting dalam ekosistem walaupun ia tidak
selengkap hutan asal. Ia turut menyumbangkan banyak hasil hutan bagi menggantikan
sumber asal yang telah dimusnahkan. Beberapa buah negara lain yang mempunyai sumber
hutan asH yang terhad menjadikan hutan sekunder sebagai sumber pembalakan utama
(Anon, 2004). Penggunaan hutan sekunder dengan sebaiknya dapat mengurangkan tekanan
dan pemusnahan terhadap hutan asli.
9
Top Related