8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
1/70
BAB SATU
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pengurusan organisasi yang cekap dan berkesan terletak pada kekuatan sumber
manusia dalam sesebuah organisasi.Oleh yang demikian fungsi pengurusan sumber manusia
amat diberi perhatian sewajarnya bagi sesebuah organsasi yang bermatlamat pada era ledakan
maklumat ini. Fungsi sumber manusia yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan aspek
pembangunan staf atau pekerja. Namun demikian,dalam konteks organisasi yang
berorientasikan pendidikan ini,aspek pembangunan staf ini,agak kurang diberi
penekanan.Aspek yang dikenalpasti sering diabaikan oleh pihak pentadbir organisasi
pendidikan seperti sekolah adalah berkaitan dengan kepuasan kerja guru. Oleh itu, isu-isu
yang berkaitan dengan kepuasan kerja guru mula mendapat perhatian daripada pelbagai pihak
sejak kebelakangan ini memandangkan aspek kepuasan kerja mempunyai perhubungan terus
dengan kualiti kerja seseorang. Lebih-lebih lagi dalam kalangan guru yang jumlahnya
dianggarkan seramai 360,000 orang pada awal tahun 2012 Rahim (2012). Dengan wujudnya
kepuasan kerja dalam profesion perguruan, maka perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan
oleh guru-guru akan membawa kepada peningkatan kualiti dan kecemerlangan pendidikan di
negara kita.
1.2 Latar Belakang Masalah
Permasalahan kajian yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah berkaitan
dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja guru dan tahap kepuasan kerja
guru. Menurut Teori Maslow, terjemahan Ahmad Atory Hussain (1986), terdapat beberapa
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
2/70
peringkat atau hierarki keperluan manusia. Keperluan-keperluan di peringkat tertentu
mestilah disempurnakan secara total atau sebahagian. Apabila tekanan untuk mendapatkan
makanan dan keselamatan sukar diperolehi atau dicapai oleh individu, pola kepuasan
terhadap keperluan-keperluan tadi terus mempengaruhi tindakan dan tingkah lakunya. Oleh
itu, motivasi di peringkat yang lebih tinggi seperti keinginan kasih sayang, penghormatan dan
penglahiran hasrat diri adalah tidak bermakna dan kurang berperanan selagi keinginan di
peringkat awal masih belum dipuaskan. Manusia adalah didorong oleh keinginan kepada
makanan; oleh keinginan kepada rasa selamat dan dilindungi; oleh kehendak hidup
bermasyarakat; oleh keinginan kepada kehidupan kasih sayang; kehendak kepada
kehormatan, penglahiran hasrat diri dan penghargaan umum dari individu lainnya.
Keperluan-keperluan yang terdapat dalam teori Maslow dapat disusun seperti
keperluan kewujudan diri,keperluan peraga diri atau ego,keperluan kasih sayang dan
kepunyaan,keperluan keselamatan dan perlindungan, serta keperluan fisiologi. Hierarki
Keperluan Maslow merupakan piramid yang mewakili aras keperluan manusia. Setiap aras
mempunyai kepentingan yang berbeza. Bahagian bawah aras piramid merupakan keperluan
asas bagi setiap individu. Keperluan fisiologi ini akan cuba dipenuhi untuk memenuhi
keperluan di peringkat yang lebih tinggi iaitu keperluan yang lebih kompleks. Secara amnya
manusia akan memenuhi keperluan pada peringkat bawah terlebih dahulu. Apabila keperluan
ini telah disempurnakan, keperluan pada peringkat seterusnya akan menjadi kepentingan
kepada mereka. Peningkatan ini akan berterusan sehingga pada peringkat tertinggi hierarki.
Hierarki keperluan yang tertinggi ialah keperluan kewujudan diri. Semua hierarki keperluan
yang telah disempurnakan akan membantu manusia untuk berkelakuan dan hidup sebagai
seorang insan yang bahagia dan bersemangat dalam kehidupan mereka.
Faktor-faktor keperluan yang sama juga dipersetujui oleh Hertzberg dan rakan-
rakannya dalam mencari kepuasan hidup. Mereka mendefinisikan dua faktor keperluan
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
3/70
sebagai kepuasan dan ketidakpuasan atau faktor dorongan dan kesihatan. Faktor pertumbuhan
atau dorongan merupakan faktor instrinsik kepada pekerjaan, merangkumi kejayaan,
penghargaan terhadap kerjaya, kerja itu sendiri, tanggungjawab dan keupayaan untuk
meningkatkan lagi kebolehan. Manakala faktor kesihatan pula merupakan faktor ekstrinsik
kepada pekerjaan seperti polisi-polisi syarikat, gaji, status dan keselamatan kerja yang
terjamin. Faktor-faktor ini merupakan faktor-faktor yang menentukan kepuasan (Ahmad
Atory Hussain, 1986) .Melalui Teori Maslow dan Teori Dua Faktor Hertzberg ini, jelas
menunjukkan perkaitan antara kedua-duanya. Kedua-dua teori membincangkan faktor faktor
yang sama dalam mencari kepuasan. Faktor-faktor yang sama juga diakui oleh pengkaji-
pengkaji yang lain dalam kajian meraka. Selain itu kepuasan kerja juga dikaitkan dengan
kebolehan individu menyesuaikn diri dengan suasana keadaan pekerjaannya. Oleh yang
demikian, kurangnya penyesuaian terhadap suasana kerja akan menjejaskan tahap kepuasan
kerja yang dialami.
Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri asas untuk berkomunikasi dengan
suasana kerja mereka (Abu Ajip, 1994). Kegagalan menyesuaikan diri menyebabkan pekerja
gagal mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka. Jika dilihat dalam fenomena perguruan
di Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana ilmu yang dipelajari tidak dapat digunakan
sepenuhnya kerana berlainan bidang pengkhususan semasa mengikuti kursus perguruan
dengan pengkhususan pengajaran di sekolah.
Dalam kajian, ini pengkaji ingin melihat adakah faktor-faktor ini mempengaruhi
kepuasan kerja guru. Ini kerana akhir-akhir ini banyak isu yang dikaitkan dengan guru.
Terdapat banyak rungutan dan komen dari individu mahupun organisasi tertentu khususnya
yang terlibat dengan dunia perguruan tentang permasalahan yang terpaksa ditempuhi oleh
guru-guru. Menurut Laporan Tahunan Sekolah Menengah Kamil (2001), wujudnya mata
pelajaran baru seperti Reka Cipta khususnya meningkatkan lagi permasalahan ini. Terdapat
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
4/70
guru-guru dalam bidang teknikal dan vokasional yang tidak mempunyai pengkhususan dalam
bidang Reka Cipta terpaksa mengajar mata pelajaran ini bagi mengatasi masalah kekurangan
guru (Suara Kamil, 2001). Keadaan ini menambahkan tekanan kepada mereka. Mereka perlu
mencari sendiri pengetahuan yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab ini.
Kelapangan masa digunakan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran. Ini
menyebabkan mereka kekurangan masa untuk diperuntukkan kepada diri sendiri dan juga
keluarga. Kegagalan menyesuaikan diri dengan keadaan ini, menyebabkan sesetengah guru
tidak mencapai kepuasan dalam kerjaya mereka (Suara Kamil, 2001).
Jika dilihat dalam aspek pendidikan hari ini, pelbagai kes disiplin dilaporkan. Adalah
menjadi tanggungjawab guru dan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini. Walau
bagaimanapun, terdapat segelintir ibu bapa yang memihak kepada anak-anak mereka jika
dikenakan sebarang tindakan salahlaku. Tindakan yang diambil oleh guru dipersoalkan oleh
mereka. Selain itu, guru-guru sendiri turut diancam oleh pelajar. Jika keadaan ini berterusan,
di manakah hak guru untuk bersuara seterusnya mencapai kepuasan dalam kerjaya mereka.
Selain dari itu, isu kenaikan pangkat juga heboh diperkatakan. Dalam Berita Minggu
bertarikh 15 Disember 2011 yang lalu, terdapat aduan dari seorang guru yang
mempertikaikan tentang perlantikan yang sepatutnya diterima oleh beliau. Menurut guru
tersebut, sepatutnya perlantikan dilakukan lebih setahun yang lalu, tetapi hingga laporan itu
dikeluarkan dia tidak menerima sebarang perlantikan yang sepatutnya. Guru tersebut
mendakwa telah menghadiri temuduga pada Oktober tahun lalu. Bagi menyelesaikan masalah
ini, dia telah menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendididkan (SPP) tetapi SPP
memberikan pelbagai alasan, termasuk alasan kerani yang menguruskan perlantikan masih
kurang cekap.
Walau bagaimanapun, menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Pelajaran),
kenaikan pangkat dan gaji hanya dorongan seketika tetapi tidak sepanjang masa bagi
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
5/70
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
6/70
keperluan kewujudan diri. Memandangkan masalah kepuasan kerja merupakan perkara dan
isu yang penting dan sering diperkatakan maka pengkaji merasakan bahawa adalah penting
kajian ini dijalankan.
1.3 Permasalahan kajian
Daripada latar belakang yang dihuraikan di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat
beberapa faktor utama yang menyebabkan ketidakpuasan kerja seperti keperluan masa terlalu
lama di pejabat, gaji yang rendah, peluang kenaikan pangkat yang terhad, beban kerja yang
merunsingkan, tekanan kerja, corak penyeliaan yang tidak mempunyai kebebasan untuk
membuat keputusan, dan hubungan dengan rakan sekerja yang tidak mesra. Memandangkan
guru-guru menjadi aset penting yang dipertanggungjawabkan dalam menghasilkan asset
penting yang diperlukan oleh negara, maka golongan guru ini perlu diberi perhatian
khususnya dalam pembekalan input yang sesuai bagi meningkatkan kepuasan kerja. Dengan
wujudnya kepuasan kerja dalam kalangan guru akan membawa komitmen dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab di sekolah kerana darjah kesungguhan bekerja
seseorang akan menurun apabila sampai had dan dalam situasi ketidakpuasan.
Oleh itu, pengkaji akan menjalankan satu kajian mengenai kepuasan kerja guru di 10
buah sekolah di Pusat Kegiatan Guru Sungai Limau ,Yan. Dalam kajian ini penyelidik akan
mengkaji tahap kepuasan kerja guru-guru dengan menfokuskan kepada lima dimensi yang
berkait rapat dengan pekerjaan guru, di antaranya adalah kepuasan terhadap keadaan
pekerjaan pada masa sekarang, kepuasan terhadap gaji yang diterima, kepuasan terhadap
penyeliaan, kepuasan terhadap peluang kenaikan pangkat, dan kepuasan terhadap rakan
sekerja.
Selain itu, pengkaji juga akan menyelidik tentang pengaruh faktor demografi guru-guru
terhadap kepuasan kerja dalam lima dimensi pekerjaan ini. Di sini, pengkaji telah melihat
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
7/70
dari dua aspek iaitu pengkaji ingin mengetahui perkaitan faktor demografi guru dengan
kepuasan kerja. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengetahui perbezaan kepuasan kerja
yang wujud di antara faktor demografi guru yang berlainan . Antara faktor demografi yang
terlibat adalah jantina, umur, status perkahwinan, kelulusan akademik, dan pengalaman
mengajar. Akhirnya pengkaji telah menentukan tahap kepentingan lima dimensi dalam
pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat,
penyeliaan dan rakan sekerja mengikut susunan keutamaan.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini telah meninjau secara terperinci mengenai beberapa persoalan kajian. Di antaranya
ialah:
i. Sejauhmanakah tahap kepuasan kerja guru-guru di Sekolah-sekolah Rendah di Pusat
Kegiatan Guru Sungai Limau dipengaruhi oleh lima dimensi pekerjaan iaitu keadaan
pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan
sekerja?
ii. Sejauhmanakah faktor demografi guru-guru seperti jantina, umur, status
perkahwinan, kelulusan akademik, dan pengalaman mengajar mempengaruhi kepuasan kerja
Sekolah-sekolah Rendah di Pusat Kegiatan Guru Sungai Limau dalam lima dimensi
pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat,
penyeliaan, dan rakan sekerja?
iii. Sejauhmanakah tahap kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan iaitu keadaan
pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja
yang mempengaruhi kepuasan kerja guru-guru di Sekolah-sekolah Rendah di Pusat Kegiatan
Guru Sungai Limau mengikut susunan keutamaan?
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
8/70
1.5 Tujuan kajian
i. Mengetahui tahap kepuasan kerja guru-guru di Sekolah-sekolah Rendah di Pusat
Kegiatan Guru Sungai Limau dalam lima dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada
masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja.
ii. Menentukan faktor demografi guru-guru seperti jantina, umur, status perkahwinan,
kelulusan akademik, dan pengalaman mengajar mempengaruhi kepuasan kerja Sekolah-
sekolah Rendah di Pusat Kegiatan Guru Sungai Limau dalam lima dimensi pekerjaan iaitu
keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan
rakan sekerja.
iii. Mengenalpasti tahap kepentingan lima dimensi dalam pekerjaan iaitu keadaan
pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja
yang mempengaruhi kepuasan kerja guru-guru di Sekolah-sekolah Rendah di Pusat Kegiatan
Guru Sungai Limau mengikut susunan keutamaan.
1.6 Objektif Kajian
Kajian ini akan memberi tumpuan terhadap tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru .
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru di Sekolah-sekolah Rendah di Pusat
Kegiatan Guru Sungai Limau dalam lima dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada
masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja.
ii. Mengenalpasti pengaruh faktor demografi guru-guru seperti jantina, umur, status
perkahwinan, kelulusan akademik, dan pengalaman mengajar terhadap kepuasan kerja guru
di Sekolah-sekolah Rendah di Pusat Kegiatan Guru Sungai Limau dalam lima dimensi
pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat,
penyeliaan, dan rakan sekerja.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
9/70
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
10/70
Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasan kerja guru-guru di Sekolah-
sekolah Rendah Kebangsaan peringkat Pusat Kegiatan Guru Sungai Limau,Yan dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan
pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja berdasarkan faktor jantina .
Ho 5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasan kerja guru-guru di Sekolah-
sekolah Rendah Kebangsaan peringkat Pusat Kegiatan Guru Sungai Limau,Yan dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan
pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja berdasarkan faktor umur .
Ho 6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasan kerja guru-guru di Sekolah-
sekolah Rendah Kebangsaan peringkat Pusat Kegiatan Guru Sungai Limau,Yan dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan
pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja berdasarkan faktor status perkahwinan.
Ho 7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasan kerja guru-guru di Sekolah-
sekolah Rendah Kebangsaan peringkat Pusat Kegiatan Guru Sungai Limau,Yan dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan
pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja berdasarkan faktor kelulusan akademik .
Ho 8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kepuasan kerja guru-guru di Sekolah-
sekolah Rendah Kebangsaan peringkat Pusat Kegiatan Guru Sungai Limau,Yan dalam lima
dimensi pekerjaan iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan
pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja berdasarkan faktor pengalaman mengajar.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
11/70
1.7 Kepentingan Kajian
Pendidikan pada alaf baru ini amat mementingkan aspek gabungan ilmu pengetahuan
dan komunikasi, maka memainkan peranan yang semakin penting bagi mencapai hasrat
tersebut. Seiringan dengan corak pendidikan ini, guru-guru terpaksa menempuh cabaran yang
sangat getir pada masa kini. Kepuasan kerja merupakan satu aspek penting yang perlu dikaji
untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam profesion perguruan ini. Ini kerana
kepuasan kerja mempunyai hubungan dengan pencapaian matlamat organisasi sekolah.
Langkah-langkah yang positif perlu dilakukan bagi menangani keadaan dan masalah yang
berkaitan dengan status dan kepuasan kerja dalam profesion perguruan supaya perkhidmatan
pendidikan yang ditawarkan oleh guru-guru ini tidak menjejaskan kualiti dan kecemerlangan
pendidikan. Oleh itu, hasil kajian ini adalah penting kepada beberapa pihak yang berkaitan
seperti yang dinyatakan di bawah.
1.7.1 Pihak Pentadbir Sekolah
Dengan hasil kajian mengenai kepuasan kerja guru-guru yang diperolehi, ia turut
dijadikan panduan kepada pihak pentadbir sekolah untuk membuat penilaian dan
perancangan terhadap sekolah masing-masing supaya dapat mewujudkan suasana kerja yang
mampu memberikan kepuasan kepada guru-guru di sekolah mereka.
Selain itu, dengan merujuk kepada hasil kajian ini, diharapkan pihak pentadbiran
sekolah akan memberi perhatian yang serius terhadap faktor yang sering menyebabkan
ketidakpuasan kerja guru dan seterusnya mengambil pelbagai langkah efektif yang
menyeluruh untuk mengurangkan tahap ketidakpuasan kerja yang dialami oleh guru-guru.
Dengan ini dapat memulihkan keyakinan guru-guru terhadap profesion mereka serta
mengekang guru daripada bersara awal atau berhijrah ke profesion lain.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
12/70
1.7.2 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada di Kementerian Pelajaran
Malaysia agar dapat memberikan perhatian terhadap perkara-perkara yang menjadi
permasalahan dalam kepuasan kerja guru dan mendapatkan jalan penyelesaiannya. Dengan
ini, guru-guru bahasa Inggeris dan pendidikan Islam akan sentiasa berpuas hati dengan
kerjaya mereka dan seterusnya kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan.
Di samping itu, kajian ini juga dapat memberi maklumat untuk mengesan unsur yang
positif atau kekuatan dalam pengurusan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk
perkembangan pengurusan sumber manusia dalam era globalisasi multimedia ilmu untuk
melahirkan generasi guru bestari menjelang alaf akan datang. Maka matlamat organisasi
sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dicapai.
1.7.3 Guru
Hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru dan pendidik-
pendidik agar mereka dapat mengesan punca dan mengetahui langkah bagi mengatasi
masalah yang berkaitan dengan kepuasan kerja mereka sendiri. Diharapkan dengan dapatan
yang diperolehi, guru akan bekerja dengan penuh dedikasi dan seterusnya kepuasan yang
tinggi dapat dibina serta dikekalkan dalam profesion perguruan mereka.
Akhir sekali,diharapkan dapat menjadi asas kepada penyelidik lain yang berminat
dalam melihat kepuasan kerja dalam kalangan guru. Justeru ini dapat memberi sedikit
sumbangan yang membina dari aspek teoritikal dan praktikal dalam dunia pendidikan di
samping menguatkan lagi bukti-bukti tentang kepentingan faktor-faktor kepuasan kerja yang
telah dikemukakan dalam kajian-kajian lepas.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
13/70
1.8 Limitasi kajian
Dalam melaksanakan sesuatu penyelidikan setiap tindakan tidak pernah terlepas
daripada menghadapi pelbagai limitasi.Namun begitu,setiap limitasi yang dihadapi itu
berkemungkinan besar atau pun kecil.Oleh yang demikian,bagi pengkaji sendiri limitasi yang
mungkin dihadapi adalah berkaitan dengan lokasi kajian.Pengkaji berhadapan dengan
kesulitan untuk membuat penyelidikan kerana lokasi yang dipilih agak jauh daripada tempat
tinggal pengkaji.Selain itu,pengkaji juga menghadapi masalah untuk melaksanakan kajian ini
kerana kesukaran untuk responden memberi kerjasama dalam memberikan maklumat
kajian.Di samping itu,pengkaji juga menghadapi masalah dari segi peruntukan masa untuk
mengumpul maklumat kajian.Namun demikian,perkara yang berkaitan dengan aspek kos
kewangan kajian juga perlu diberi perhatian.
1.9 Definisi Istilah
Definisi bagi konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini adalah:
1.9.1 Kepuasan Kerja
Kepuasan kerja dapat diertikan sebagai tindak balas emosi dan perasaan suka atau
tidak seseorang pekerja terhadap sesuatu kerja. Ia adalah pengembangan naluri keseronokan
seseorang pekerja yang boleh diperoleh daripada pekerjaan. Dinham and Scott (2000)
menerangkan kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas
sebagai menepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu. Manakala Locke
(1976) mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil
daripada peghormatan atau pengalaman kerja seseorang.
Kepuasan kerja guru dalam kajian ini merujuk kepada darjah keseronokan yang
diperolehi hasil daripada tugas atau kerja seseorang guru. Kepuasan kerja ini juga melibatkan
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
14/70
perasaan positif atau negatif seseorang terhadap pekerjaannya. Maka kepuasan kerja yang
dinikmati oleh seseorang guru adalah berbeza daripada persepsi guru yang berlainan. Dalam
kajian ini, kepuasan kerja dalam lima dimensi pekerjaan berdasarkan Teori Dua Faktor
Herzberg iaitu keadaan pekerjaan pada masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat,
penyeliaan, dan rakan sekerja telah dikaji dengan menggunakan soal selidik Job Descirptive
Index (JDI).
1.9.2 Guru
Guru merupakan orang yang mampu mengajar atau mendidik dengan baik bagi
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan (Yaakub Isa, 1994). Dalam kajian ini,
guru yang dimaksudkan adalah guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran guru- guru di 10 buah sekolah rendah kebangsaan di peringkat Pusat Kegiatan
Guru Sungai Limau,Yan.
1.9.3 Sekolah kebangsaan
Sekolah kebangsaan bermaksud sekolah rendah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid berumur dari 7 hingga
12 tahun.Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan (Akta
Pendidikan, 1996).
1.9.4 Pusat Kegiatan Guru
Pusat Kegiatan Guru merupakan satu tempat yang dijadikan sebagai pusat untuk
diadakan aktiviti khusus untuk guru guru. Antara aktiviti tersebut adalah
kursus,seminar,bengkel dan lain lain aktiviti yang berkaitan dengan bidang pendidikan
Roslan (2005).
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
15/70
1.10 Skop Kajian
Kajian ini telah melibatkan kesemua 10 buah Sekolah Rendah di Pusat Kegiatan Guru Sungai
Limau iaitu:
i. Sekolah Kebangsaan Sungai Limau
ii. Sekolah Kebangsaan Haji Kassim Jasin
iii. Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap
iv. Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga Sungai Daun
v. Sekolah Kebangsaan Bukit Besar
vi. Sekolah Kebangsaan Sungai Kering
vii. Sekolah Kebangsaan Padang Lumat
viii. Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh
ix. Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak
x. Sekolah Kebangsaan Sungai Kering
Sampel kajian yang dipilih adalah guru-guru di sekolah sekolah rendah di peringkat
Pusat Kegiatan Guru Sungai Limau . Teori Dua Faktor Herzberg yang mengutarakan dua
faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja iaitu faktor motivator dan faktor hygiene
digunakan dalam kajian ini. Penglibatan teori ini hanya terbatas kepada lima dimensi
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
16/70
pekerjaan daripada faktor motivator dan faktor hygiene iaitu pekerjaan pada masa sekarang,
gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja.
Kelima-lima dimensi pekerjaan ini adalah sebagai pembolehubah bebas sementara tahap
kepuasan kerja guru-guru dalam lima dimensi ini merupakan pembolehubah bersandar. Di
samping itu, terdapat lima faktor demografi guru yang telah dikaji untuk mengenalpasti
keberkesanan faktor-faktor ini dalam mempengaruhi kepuasan kerja guru dalam lima dimensi
pekerjaan. Antara lima faktor demografi guru yang terlibat adalah jantina, umur, status
perkahwinan, kelulusan akademik, dan pengalaman mengajar.
1.11 Rumusan
Dalam bab ini telah memberikan pengenalan secara keseluruhan terhadap kajian yang
akan dijalankan. Antaranya termasuklah latar belakang bidang yang dikaji dan masalah-
masalah yang dihadapi. Terdapat tiga objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini. Manakala
tiga persoalan kajian telah dibentuk bagi memberikan panduan kepada pengkaji
melaksanakan kajian ini. Selain itu, terdapat lapan hipotesis yang berkaitan dengan lima
faktor demografi guru-guru guru telah dibentuk bagi menguji kesannya terhadap kepuasan
kerja guru-guru ini. Pada masa yang sama, kepentingan kajian dan limitasi kajian juga telah
dinyatakan di mana kajian ini telah melibatkan kesemua 10 buah sekolah rendah kebangsaan.
Pada bahagian akhir bab ini telah menyatakan definisi bagi beberapa istilah penting yang
digunakan dalam kajian ini.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
17/70
BAB DUA
ULASAN KARYA
2.1 Pengenalan
Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru -
guru . Beberapa kajian terdahulu yang berkaitan diperjelaskan dalam bab ini. Antara aspek
yang telah dibincangkan dalam bab ini adalah latar belakang kajian kepuasan kerja, faktor-
faktor bagi kepuasan, tinjauan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan faktor-faktor yang
menentukan kepuasan kerja dan pengaruh faktor demografi terhadap kepuasan kerja serta
teori-teori kepuasan kerja. Bahan-bahan kajian yang meliputi bidang-bidang lain selain
daripada bidang pendidikan turut dimuatkan kerana kebanyakan teori motivasi dan asas
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
18/70
kepuasan kerja adalah berpunca daripada bidang kerjaya lain selain daripada bidang
pendidikan lagipun khasnya untuk guru guru. Ini bermakna kepuasan kerja dalam bidang
pendidikan bagi guru perlu diterokai dengan lebih luas dan mendalam.
2.2 Ulasan karya
Kajian-kajian lepas yang dibincangkan dalam bahagian ini berkaitan dengan kajian
faktor faktor penentu kepada kepuasan kerja . Bahagian ini turut membincangkan model
kepuasan kerja yang pernah dilakukan oleh pengkaji pengkaji yang lepas.
2.2.1 Ulasan Karya Kepuasan Kerja
Kepuasan kerja merupakan satu bidang kajian yang luas. Ini telah menyebabkan
kajian yang berkaitan dengan isu kepuasan kerja dan pengekalan dalam profesion perguruan
menjadi fokus kajian sejak tahun 1930 (Chapman, 1984; Chapman dan Hutcheson, 1982;
Chapman dan Green, 1986; Chapman dan Lowther, 1982; Cole, 1983; Knight dan Bender,
1978; McBride, Munday dan Tunnell, 1992; Miller 1974; Reilly dan Welton, 1979; dan U. S.
Department of Education, 1997). Pada tahun 1976, Locke telah menjangkakan terdapat
sebanyak 3350 artikel atau disertasi yang telah dihasilkan berkaitan dengan bidang kepuasan
kerja. Oshagbemi (1999) menyatakan bahawa kajian-kajian yang dijalankan mengenai
kepuasan kerja telah mencapai dua kali ganda daripada apa yang dijangkakan oleh Locke.
Kajian Howthorne merupakan satu kajian awal yang dijalankan untuk mengkaji
keberkesanan perubahan keadaan fizikal dalam mempengaruhi produktiviti sesuatu
organisasi. Daris dan Shackleton (1975) dalam Abu (1994) menyatakan bahawa kaedah
eksperimen yang digunakan dalam kajian Howthrone tidak dapat mewakili keadaan sebenar
dalam sesebuah organisasi pekerjaan. Mereka menuduhkan bahawa peningkatan produktiviti
pekerja adalah disebabkan oleh para pekerja sedar bahawa kajian sedang dijalankan terhadap
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
19/70
mereka. Akan tetapi, pengkaji dalam kajian Howthrone menegaskan bahawa peningkatan
produktiviti pekerja adalah disebabkan oleh pesekitaran yang mesra di tempat kerja (Howarth
1984). Pesekitaran mesra ini wujud akibat daripada hubungan yang rapat antara pekerja dan
pekerja dengan penyelia.
Hoppock (1935) turut menjalankan kajian awal mengenai kepuasan kerja di mana
mereka mendapati pekerja berasa puas dengan pekerjaan mereka dan sebaliknya terdapat juga
pekerja yang tidak puas dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Dengan ini, faktor yang
memberi kepuasan kerja dan ketidakpuasan kerja adalah faktor yang sama. Herzberg et al.,
(1959) tidak menyetujui pendapat Hoppock dengan pendapatnya bahawa kepuasan kerja atau
ketidakpuasan kerja adalah hasil daripada faktor-faktor yang berbeza. Seterusnya wujud
Teori Dua Faktor Herzberg yang popular dalam menilai aspek kepuasan kerja bagi
menjelaskan pendapatnya.
Hasil kajian terdahulu mengenai kepuasan kerja telah menarik minat para pengkaji
untuk mendalami kajian dalam bidang ini. Signifikan bagi kajian kepuasan kerja adalah
hasilnya dapat memberikan sumbangan maklumat yang berfaedah terhadap perkembangan
organisasi dan pekerja. Menurut Oshagbemi (1999), kepuasan kerja merupakan satu bidang
kajian yang penting disebabkan ia berkait rapat dengan aspek fizikal dan emosi pekerja.
Pernyataan ini selaras dengan pendapat Smith (1957) yang telah dikemukakan 40 tahun
dahulu yang menyatakan bahawa kajian terhadap kepuasan kerja merupakan penyelidikan
yang penting disebabkan ia telah memberikan satu sumbangan asas terhadap motivasi pekerja
dan memberi kesan terhadap kesihatan manusia. Oleh itu, pengkaji-pengkaji telahpun
menjalankan kajian mengenai kepuasan kerja dalam organisasi yang berlainan disebabkan
kepuasan kerja adalah faktor penentu bagi produktiviti sesuatu organisasi. Selain itu,
kepuasan kerja juga adalah penyebab utama yang mempengaruhi prestasi kerja pekerja,
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
20/70
menyebabkan pekerja ponteng kerja, dan meninggalkan profesion mereka (Oshagbemi,
1999).
Dalam kajian yang telah dilaksanakan dalam sektor pendidikan, kepuasan kerja guru
juga telah menjadi satu bidang yang paling diminati oleh pengkaji. Lester (1988) telah
mengumpulkan sebanyak 1063 kajian yang mengenai kepuasan kerja guru dari tahun 1976
hingga 1986. Menurut beliau, kajian dalam bidang ini akan bertambah dari tahun ke tahun.
Pelbagai kajian yang dilaksanakan terhadap kepuasan kerja telah menfokuskan kepada
beberapa aspek yang berlainan. Menurut klasifikasi yang dilakukan oleh Lester (1988),
terdapat sembilan bidang yang selalunya dikaji dalam kajian mengenai kepuasan kerja,
antaranya adalah guru baru, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, guru yang
mengajar subjek tertentu, tenaga pengajar di kolej, motivasi guru, hubungan antara guru
dengan pihak pengurusan, tekanan guru dan aspek pengajaran. Hasil bagi kajian yang lepas
telah memberikan sumbangan yang penting dalam bidang kepuasan kerja sama ada kepuasan
kerja guru secara keseluruhan ataupun kepuasan dalam aspek-aspek tertentu.
2.3 Faktor-Faktor yang Menentukan Kepuasan Kerja
Memandangkan guru merupakan golongan yang penting dalam organisasi sekolah,
maka segala tuntutan mereka perlu dilayan. Sebarang ketidakpuasan yang wujud pada guru
akan menjejaskan kualiti kerja yang disumbangkan dan seterusnya mempengaruhi
produktivitinya. Oleh itu, kepuasan kerja sering menjadi tumpuan kajian pada masa kini sama
ada di luar mahupun di dalam negara kita.
Terdapat dua jenis kepuasan, iaitu kepuasan kerja dan kepuasan kehendak. Kepuasan
kerja ini menumpukan kepada aspek kewangan atau gaji dan peluang kenaikan pangkat,
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
21/70
tetapi kepuasan kehendak adalah berkaitan dengan konsep yang disarankan oleh Maslow
tentang hierarki keperluan manusia.
Locke ( 2005) telah mendapati bahawa ciri-ciri yang penting untuk kepuasan kerja
bagi pekerja di peringkat pertengahan dan atasan ialah kenaikan pangkat, kejayaan dalam
kerja dan kelicinan aliran kerja. Orang-orang yang terlibat dengan kepuasan kerja individu di
peringkat atasan atau pertengahan ialah dirinya sendiri dan juga orang-orang bawahannya.
Tetapi untuk pekerja-pekerja di peringkat rendah, sumber-sumber kepuasan mereka ialah
gaji, jumlah kerja, suasana tempat kerja dan hubungan mesra dengan pihak pentadbir. Pekerja
di peringkat rendah mendapat kepuasan melalui organisasi secara keseluruhannya, dan bukan
ke atas orang-orang tertentu di tempat kerja.
Durham (1984) telah merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang
mengakibatkan keadaan ketegangan dalam kalangan guru. Di antara faktor tersebut ialah
situasi kerja yang tidak menyenangkan, stail kepimpinan pengetua yang bercorak autokrasi,
hubungan yang tidak mesra dalam kalangan staf, dan kemudahan asas yang tidak
memuaskan. Manakala Ruhland (2001) telah menyenaraikan beberapa faktor yang
mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan tenaga pengajar di kolej teknikal. Menurutnya
di antara faktor tersebut adalah jaminan kerja, keadaan kerja yang selesa, layanan majikan
yang saksama, peluang kenaikan pangkat, membuka peluang untuk melibatkan diri dalam
proses membuat keputusan dan mendapat pengiktirafan.
Dalam kajian ini, untuk mendapatkan hasil kajian mengenai kepuasan kerja dalam
kalangan guru-guru, hanya lima dimensi dalam pekerjaan dikaji iaitu keadaan pekerjaan pada
masa sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja. Dimensi-
dimensi ini merupakan pembolehubah bebas yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru-
guru.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
22/70
2.3.1 Keadaan Pekerjaan
Keadaan pekerjaan adalah segala bentuk hubungan faktor fizikal, psikologi, sosial,
keadaan dan kejadian yang berlaku di sekeliling yang mempengaruhi organisasi dan pekerja
(Ahmad Shukran, 1997). Perkara-perkara seperti peluang untuk menggunakan kemahiran dan
kebolehan individu, peluang untuk mendapatkan pengetahuan baru, darjah kreativiti,
kesukaran kerja, jumlah kerja, tanggungjawab, tekanan untuk prestasi, kawalan ke atas cara
melaksanakan tugas, dan pengayaan kerja merupakan sifat-sifat kerja yang berkaitan dengan
minat dan kepuasan kerja individu (Edwin, 1995).
Nilai kerja seseorang iaitu nilai-nilai yang dicari untuk mendapatkan kepuasan dalam
kerjanya, mempunyai kaitan dengan keperluan asas individu itu sendiri (Ernest dan Jama,
2004). Menurut Maslow (1960), kepuasan kerja memang dapat diperoleh jika individu yang
terlibat merasakan kerja itu betul-betul menyeronokkan dan bermakna. Dengan sebab itu
seseorang berhak memilih jenis pekerjaan yang diminatinya.
Kerja yang boleh dilaksanakan tanpa banyak menggunakan usaha, kemahiran atau
pemikiran adalah dianggap sebagai tidak mempunyai cabaran mental. Keadaan ini akan
menimbulkan rasa bosan kerana proses mental yang terlibat semasa bekerja gagal untuk
menumpukan sepenuh perhatian terhadapnya (Carrell dan Elbert, 1974). Oleh itu,
Sergiovanni (1967) mendapati pekerjaan itu sendiri bukan pendorong kepada guru kerana
kebanyakan kerja guru adalah bersifat rutin. Di sini, jelas ternyata bahawa jika terdapat
banyak variasi dalam kandungan atau sifat tugas, kepuasan kerja akan diperoleh. Maka kerja
yang diberi kepada guru-guru hendaklah memberi cabaran mental dan tidak rutin supaya
cabaran yang diterima akan membawa lebih kemajuan. Sekiranya guru diberi tanggungjawab
yang memerlukan sesuatu hasil yang membanggakan, ini akan membawa kepuasan
kepadanya kerana dirinya sendiri terlibat untuk mendapatkan kejayaan itu. Ini adalah
berselarasan dengan pendapat Edwin (1978) yang menyatakan kejayaan ke atas kerja,
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
23/70
penyelesaian sesuatu masalah atau dapat mempertingkatkan prestasi merupakan faktor utama
yang menentukan kepuasan kerja. Jadi, adalah baik jika pengetua menyediakan tugas yang
bukan sahaja mempunyai cabaran mental, tetapi kerja yang mampu untuk dilaksanakan
dengan berjaya oleh guru-guru untuk mendapatkan kepuasan. Manakala menurut Hilgard
(1972), individu yang terlibat semasa menjalankan tugas tidak semestinya mencapai kejayaan
akhir tetapi memadai dengan menikmati kemajuan berperingkat-peringkat semasa
melaksanakan tugas dari mula hingga akhir.
Walau bagaimanapun, tidak semua pekerja mencari cabaran dan tanggungjawab, jadi
tidaklah bemaksud pengayaan kerja akan menghasilkan kepuasan kepada semua orang.
Sekiranya guru yang tidak bertanggungjawab diminta melibatkan diri untuk melaksanakan
tugas itu, beliau tidak akan berasa puas walaupun tugas itu membawa kejayaan. Ini
disebabkan mungkin terdapat guru yang inginkan kenaikan gaji, inginkan keperluan sosial,
dan guru-guru yang begini mungkin tidak akan berasa puas jika diberi tugas yang diubahsuai
atau ditukar bentuknya. Lagipun kedua-dua jenis pekerja ini tidak mempunyai tanggapan
yang sama tentang kerja, jadi guru-guru yang tidak mengharapkan kerja yang memerlukan
cabaran mental tidak akan menghasilkan tugas yang sama kualiti, kuantiti dan kepuasan jika
dibandingkan dengan guru yang mengharapkan kerja yang demikian.
Orientasi ke arah faktor-faktor motivasi adalah berkaitan dengan penyempurnaan
pelbagai set keperluan. Selalunya motivasi intrinsik adalah u ntuk menyempurnakan
keperluan untuk perkembangan diri dan penyempurnaan diri, seperti di dalam hierarki
Maslow yang disebut keperluan aras tertinggi. Manakala motivasi ekstrinsik pula berkaitan
dengan penyempurnaan keperluan di aras terendah dalam hierarki Maslow iaitu fisiologi,
keselamatan dan kasih sayang. Carrell dan Elbert (1974) mendapati individu yang
menekankan faktor-faktor intrinsik semasa dalam lingkungan umur pertengahan akan
menumpukan pula kepada faktor-faktor ekstrinsik apabila hampir bersara. Ini disebabkan
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
24/70
saluran untuk mendapatkan motivasi intrinsik telah hampir tertutup maka individu berkenaan
akan menukar haluan kepada aspek-aspek ekstrinsik dalam kerja. Tetapi menurut Straus
(1974) pula, keperluan untuk penyempurnaan kendiri mungkin merupakan ciri-ciri keperluan
individu yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi.
2.3.2 Gaji
Gaji merupakan ganjaran atau insentif yang diberikan mengikut kelayakan atau
ketentuan seseorang berdasarkan jenis tugas (Baharum, 1998). Gaji pada satu ketika dulu
pernah dikatakan merupakan faktor utama untuk menimbulkan motivasi dan kepuasan kerja.
Kepuasan dari segi aspek gaji akan dilihat oleh individu sebagai fungsi gaji yang diterima
bersesuaian dengan input dan output individu itu jika dibandingkan dengan orang lain.
Individu yang merasakan gajinya dibayar kurang daripada sepatutnya akan sentiasa berasa
tidak puas hati dengan gaji yang diterimanya (Ahmad Shukran, 1997). Menurut Teori
Persamaan Adams, orang yang menerima gaji berlebihan juga mungki n akan berasa tidak
puas sama seperti individu yang menerima gaji kurang juga.
Apabila kompensasi dari segi kewangan selaras dengan penyempurnaan,
pengiktirafan, perkembangan dan sifat kerja, maka ia akan bertindak bersama-sama dengan
faktor-faktor ini untuk menentukan motivasi dan kepuasan. Tetapi punca kewangan begini
mungkin menghasilkan beban kerja yang bertambah dan apabila kedudukan kewangan tidak
berselarasan dengan faktor-faktor yang disebutkan tadi, gaji akan menjadi faktor
ketidakpuasan kerja pula seperti yang dinyatakan oleh French (1982), pendapatan bukan
sahaja menjadi pendorong tetapi juga merupakan satu daripada faktor yang mengakibatkan
ketidakpuasan kerja. Itulah sebabnya terdapat individu yang lebih gemar memilih kerja yang
mudah dan kurang mencabar walaupun gaji yang diterimanya kecil. Keadaan sebegini juga
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
25/70
berlaku dalam kalangan guru-guru yang tidak menerima tawaran untuk dinaikkan pangkat
walaupun gaji yang ditawarkan lebih tinggi.
Sebenarnya kenaikan gaji adalah untuk menyempurnakan keperluan fizikal individu.
Wang juga menjadi simbol kejayaan sumber untuk pengiktirafan, dan juga untuk
mendapatkan nilai-nilai hidup yang lain. Bagi sesetengah orang, gaji adalah simbol status.
Manakala bagi yang lain pula merasakan bahawa wang dapat memberi kebebasan bertindak
dalam apa juga aspek kehidupan. Kadang-kala permintaan untuk gaji yang sesuai adalah
semata-mata untuk mendapatkan layanan yang adil dan saksama. Keperluan untuk gaji yang
bersesuaian juga adalah berkaitan dengan aspek sosioekonomi dan ini membuktikan
kenyataan yang mengatakan manusia walau di tahap mana dia berasa masih perlukan lebih
wang. Keperluan sebegini bukanlah merupakan pendorong lagi tetapi sebagai satu desakan
untuk mencapai motif yang berkaitan dengan status, pengiktirafan, dan keperluan ego
seseorang.
2.3.3 Kenaikan Pangkat
Kenaikan pangkat adalah perkara penting dalam karier manusia kerana ia diiringi oleh
peningkatan kuasa, status, insentif, gaji, dan tanggungjawab. Oleh itu, kenaikan pangkat
merupakan peluang untuk individu mencapai tahap kedudukan yang lebih baik dan
meningkatkan status individu (Baharum, 1998). Kenaikan pangkat juga merupakan satu cara
atau penghargaan yang diberikan kepada pekerja untuk mengiktirafkan kerja-kerja yang
dilakukan oleh seseorang. Maka seseorang itu akan berasa puas terhadap apa yang
didapatinya dan ini akan meningkatkan lagi azamnya untuk mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang (Abdul Rahman, 1997).
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
26/70
Menurut Lawler dan Porter (1967), aras kedudukan adalah berkaitan dengan sikap
atau tingkah laku pekerja. Antara punca keinginan untuk kenaikan pangkat adalah seperti
berikut:
i. Untuk mendapatkan situasi sosial terutama sekali bagi mereka yang mempunyai imej
sendiri berdasarkan pandangan dan tanggapan orang lain.
ii. Untuk memperolehi pendapatan yang lebih tinggi bagi mencapai taraf hidup yang lebih
baik.
iii. Bagi mendapatkan perkembangan psikologi dengan mendapatkan lebih tanggungjawab.
iv. Untuk mendapatkan layanan yang adil dan saksama apabila orang lain yang mempunyai
ciri-ciri yang sama dengannya telahpun diberi kenaikan pangkat.
Terdapat pandangan yang menyatakan kebanyakan kakitangan di peringkat tinggi
adalah lebih puas dalam pelbagai aspek kerja. Ini disebabkan mereka adalah lebih bertujuan,
lebih mengetahui, dan mempunyai prestasi kerja yang tinggi jika dibandingkan dengan
kakitangan di peringkat rendah. Maka, adalah wajar untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat
seseorang supaya prestasi yang dihajatkan dapat diwujudkan.
Akan tetapi, setelah Sergiovanni (1967) melaksanakan Teori Keperluan Dua Faktor
Herzberg dalam kalangan guru telah mendapati bahawa pencapaian dan pengiktirafan
merupakan faktor motivasi yang paling penting bagi guru jika dibandingkan dengan
pekerjaan itu sendiri, peningkatan dan tanggungjawab. Dengan adanya dua faktor ini, rasa
kepuasan akan wujud dan dapat mempertingkatkan prestasi yang mampu membantu
pencapaian matlamat sekolah. Beliau telah sengaja meninggalkan dimensi peluang
berkembang kerana baginya profesion perguruan tidak menawarkan banyak peluang untuk
perkembangan kepada guru. Bagi guru yang terlalu ghairah tentang dimensi ini, lebih baik
meninggal profesion ini.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
27/70
Kebiasaannya kenaikan pangkat ini adalah berdasarkan kepada prestasi kerja, tahap
pendidikan, pengalaman perkhidmatan, pihak atasan, dan laporan kesihatan (Mohd. Yusof,
1997). Oleh itu, pihak pengurusan dan pentadbiran adalah penting bagi menentukan kriteria
yang betul-betul adil bagi menimbangkan kenaikan pangkat kerana aras kedudukan dalam
organisasi adalah mempunyai kaitan yang positif dengan kepuasan kerja. Pihak berkuasa
perlu menggunakan faktor-faktor merit dan kebolehan untuk menaikkan pangkat guru-guru
ke tahap yang lebih tinggi seperti menjadi pengetua, penolong kanan dan juga pegawai-
pegawai atasan. Tetapi, adalah penting untuk dijelaskan kepada seseorang bahawa kenaikan
pangkat adalah bermakna bertambahnya tanggungjawab dan kesulitan kerja (Dunnette,
1967). Maka seseorang individu haruslah bersiap sedia untuk melaksanakan tugas yang lebih
kompleks dan mencabar supaya kepuasan kerja dapat dihasilkan terhadap kerjayanya.
2.3.4 Penyeliaan
Penyeliaan merupakan salah satu faktor yang menentukan kepuasan dan
ketidakpuasan kerja seseorang individu (Abdul Rahman, 1997). Ini adalah kerana prestasi
yang ditunjukkan oleh seseorang pekerja akan diselia oleh ketua mereka. Proses penyeliaan
adalah berfungsi untuk memastikan objektif organisasi dilaksanakan mengikut perancangan
pihak pentadbiran. Melalui penyeliaan, pihak pentadbiran dapat memastikan segala tugas
yang diberikan kepada seseorang pekerja dapat dilaksanakan dengan sempurna dan cekap
serta mendapat hasil seperti yang dijangkakan (Al Ramaiah, 1999). Perlakuan yang akan
memberi kesan positif ke atas kepuasan kerja ialah sikap penyelia seperti bertimbang rasa,
tidak berat sebelah, adil dan sebagainya. Sebaliknya, pekerja akan mempunyai
kecenderungan yang lebih tinggi untuk berhenti kerja atau beralih ke sektor lain jika penyelia
tidak bertimbang rasa (Abdul Rahman, 1997). Penyelia yang mempunyai sikap adil,
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
28/70
memahami serta tidak berat sebelah akan disukai dan dihormati. Sikap ini penting bagi
menggalakkan pekerja yang rendah prestasinya untuk bekerja dengan lebih baik.
Menurut Likert (1966), pekerja lebih suka jika ketua yang memimpinnya
berorientasikan pekerja. Ini termasuklah ketua yang mempunyai sifat ramah dan mesra,
memuji dan menggalakkan prestasi yang baik, mendengar rayuan dan pandangan pekerja,
serta memberi perhatian kepada diri dan kerja mereka akan meningkatkan kepuasan kerja
pekerja. Ini disebabkan pekerja ingin dihormati dan dilayani dengan adil dan saksama.
Keadaan ini telah dibuktikan dalam kajian Pinder (1984) yang mendapati bahawa salah satu
faktor yang menyebabkan ketidakpuasan dalam kerja ialah sifat penyelia yang tidak mahu
mendengar masalah dan pandangan pekerja dan gagal membantu atau memberi pertolongan
apabila diperlukan. Kajian juga mendapati bahawa pekerja yang mendapat markah penilaian
yang lebih tinggi adalah lebih berpuas hati dengan penghargaan dan penyeliaan ketua
mereka. Sebaliknya penyeliaan yang terlalu kerap akan menyebabkan kepuasan kerja yang
rendah (Hamzah, 1994).
2.3.5 Rakan Sekerja
Rakan sekerja merujuk kepada individu atau kumpulan di mana individu itu bekerja
bersama-sama dalam sesuatu organisasi sama ada pada tahap professional yang sama, pihak
atasan atau bawahan mengikut struktur hierarki dalam organisasi itu (Locke, 1976).
Aktiviti kumpulan dalam institusi pendidikan telah menawarkan peluang untuk individu
berurusan dengan rakan sekerjanya. Kerja-kerja yang memerlukan penglibatan ramai pekerja
yang bekerja dalam satu kelompok akan mempengaruhi sikap seseorang itu. Abdul Rahman
(1997) menyatakan bahawa pengasingan seseorang ke dalam kumpulan yang lain disebabkan
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
29/70
oleh rekabentuk kerja itu akan menyebabkan ketidakpuasan kerja berlaku. Pernyataan ini
disokong oleh Herzberg et al., (1959) yang mendapati rakan sekerja telah menjadi salah satu
faktor yang penting dalam penentuan kepuasan kerja dan meningkatkan produktiviti kerja.
Dapatan Herzberg ini adalah selaras dengan pendapat Stoner dan Wankel (1989) yang
menyatakan hubungan sosial yang wujud di antara para pekerja adalah penting dalam
memberi dorongan bekerja.
Di samping itu, Putai Jin (1993) berpendapat bahawa keadaan yang mesra dan rapat,
saling bantu-membantu serta persahabatan yang erat dapat meningkatkan motivasi dan
prestasi kerja. Faktor lain seperti kecekapan rakan sekerja, kepercayaan dan penghormatan
daripada rakan sekerja juga dapat meningkatkan kepuasan kerja. Pada masa yang sama,
Sylvia dan Hutchison (1985) juga mendapati bahawa faktor setiakawan, kecekapan rakan
sekerja, sifat prihatin rakan sekerja, kerjasama, kepercayaan rakan sekerja dan penghormatan
rakan sekerja mempunyai perkaitan signifikan yang positif dengan kepuasan kerja.
2.4 Kajian-kajian Lepas Mengenai Faktor-Faktor yang Menentukan Kepuasan Kerja
Kajian-kajian yang berhubungan dengan kepuasan kerja telah menjadi tumpuan para
penyelidik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan jumlahnya telah meningkat setiap
tahun. Ini disebabkan kepuasan kerja merupakan faktor penentu bagi produktiviti dan kualiti
sesebuah organisasi. Pernyataan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan kajian Ostroff (1992)
yang dijalankan terhadap guru dari 298 buah sekolah. Beliau mendapati bahawa organisasi
yang mempunyai ramai pekerja yang berpuas hati dengan kerjayanya adalah lebih efektif
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
30/70
daripada organisasi yang mempunyai kurang pekerja yang berpuas hati dengan kerjayanya.
Hal ini disebabkan pekerja yang berpuas hati dengan kerjayanya biasanya merupakan pekerja
yang produktif dan memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjayanya. Oleh itu, individu
pekerja seharusnya disediakan dengan pembolehubah-pembolehubah kepuasan kerja yang
mereka lakukan.
Selain daripada Teori Herzberg yang menyatakan pandangannya terhadap aspek
kepuasan dan ketidakpuasan pekerjaan, Hoppock juga telah meneruskan usaha penyelidikan
khususnya dalam bidang kepuasan kerja. Kajian awal yang dijalankan oleh Hoppock (1935)
telah membuat perbandingan antara 100 orang guru yang berkepuasan dan 100 orang guru
yang ketidakpuasan terhadap profesion mereka. Dalam kajian beliau telah mendapati bahawa
terdapat enam faktor yang membawa kepada kepuasan guru iaitu jaminan dalam pekerjaan,
kesetiaan seseorang guru, status sosial dan ekonomi guru, reaksi guru terhadap keadaan
ketidakpuasan, bidang pekerjaan, dan penilaian pihak atasan.
Dalam kajian terkini yang dijalankan bukan sahaja fokus kepada persepsi individu
terhadap pekerjaan mereka, tetapi juga memberikan perhatian terhadap nilai sesuatu kerja di
mana ia juga merupakan aspek penting yang perlu dikaji secara luas. Dinham dan Scott
(1998) telah menyokong Teori Herzberg dan menyatakan bahawa kepuasan kerja guru adalah
satu perasaan dinamik yang lahir terhadap kerjaya mereka. Pengkaji ini juga menegaskan
bahawa kehadiran dan ketidakhadiran sesuatu aspek dalam pekerjaan akan mempengaruhi
kepuasan pekerja terhadap kerjaya mereka.
Guru berusaha untuk mengurangkan rasa jemu dalam menghadapi tugas mereka
supaya dapat melaksanakan tugas dalam suasana kepuasan kerja. Kegagalan guru untuk
mencapai kepuasan kerja ini mendatangkan fenomena yang digelar tekanan kerja. Wright
(2001) telah menjalankan kajian ke atas 45 orang guru dan mendapati faktor yang
menyebabkan kepuasan kerja guru rendah adalah faktor gaji, faedah dan pekerjaan,
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
31/70
pengiktirafan, harga diri, dan autonomi (Ahmad Sukran, 1997). Di samping Wan Zulkifli
(1993) telah menjalankan kajian mengenai kepuasan kerja terhadap 132 orang pensyarah di
maktab perguruan. Keputusan kajiannya menunjukkan pensyarah-pensyarah maktab
perguruan tidak puas hati dengan pekerjaan mereka. Mereka juga tidak berpuas hati dengan
keadaan kerja, gaji, peluang kenaikan pangkat, pengiktirafan, dasar, dan pentadbiran
organisasi.
Maznah et al., (1990) telah membuat kajian terhadap 2433 orang guru sekolah
menengah di Malaysia mengenai persepsi guru terhadap faktor yang mendorong mereka
untuk menunjukkan prestasi kerja. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru menganggap
aspek gaji dan kenaikan pangkat merupakan faktor penting yang mendorong mereka untuk
bekerja. Di samping itu, amalan pengurus yang baik dan adil serta menglibatkan guru dalam
membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas mereka juga adalah penting dalam
mendorong guru menjalankan tugas mereka. Pada masa yang sama, Mohd Yusof (1997) telah
mengkaji kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Sekolah Menengah Teknik Daerah
Rompin, Pahang Darul Makmur. Dalam kajiannya Job Descriptive Index (JDI) telah
digunakan untuk mengukur kepuasan responden dalam aspek keadaan pekerjaan, gaji,
peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, dan rakan sekerja serta kepuasan kerja keseluruhan.
Keputusan kajiannya menunjukkan bahawa kebanyakan guru berpuas hati dengan keadaan
kerja mereka, penyeliaan, dan rakan sekerja dalam pekerjaan tetapi guru-guru kurang berpuas
hati dengan peluang kenaikan pangkat dan gaji. Awalluddin (1998) juga telah menggunakan
Job Descriptive Index (JDI) untuk meninjau kepuasan kerja 29 orang guru Kemahiran Hidup
di Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa tahap
kepuasan kerja responden adalah sederhana sahaja dengan faktor gaji dan kenaikan pangkat
merupakan faktor yang membawa ketidakpuasan kerja. Manakala faktor keadaan pekerjaan,
penyeliaan, dan rakan sekerja menyumbang kepada kepuasan kerja.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
32/70
Kajian Panirsilvam (1999) telah dijalankan untuk melihat tahap kepuasan kerja dan
kecenderungan berhenti dalam kalangan guru-guru Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Dalam
kajian beliau, tahap kepuasan kerja juga telah diukur dengan menggunakan instrumen Job
Descriptive Index (JDI) manakala kecenderungan berhenti kerja pula diukur dengan
menggunakan soal selidik Propensity to Leave Index (PLI). Seramai 130 orang guru telah
dipilih sebagai responden kajian dan hasil kajian menunjukkan secara keseluruhannya 94.6%
responden mengalami tahap kepuasan kerja yang sederhana. Dapatan ini adalah sama dengan
hasil kajian Lim (2005) yang menyelidik tentang hubungan di antara stress kerja dengan
kepuasan kerja. Kajian ini telah menggunakan Job Descriptive Index (JDI) sebagai salah satu
instrumennya dan telah dijalankan ke atas 64 orang guru teknikal daripada enam buah
Sekolah Menengah Teknik di Negeri Kedah Darul Aman. Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa secara keseluruhannya responden juga mencapai tahap kepuasan sederhana sahaja.
Di samping itu, Syed Shafeq (1997) juga telah melaksanakan satu kajian terhadap 324 orang
guru yang mengajar di Daerah Johor Bahru. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa 76.2%
guru berada di tahap kepuasan kerja sederhana manakala 13.8% di tahap tinggi dan 7.9% di
tahap rendah. Begitu juga dengan kajian Noran Fauziah (1993) yang dijalankan terhadap 43
orang pengetua di Sekolah Menengah Harian di Melaka mendapati bahawa hanya 70%
pengetua mempunyai kepuasan kerja yang tinggi.
Terdapat juga pengkaji menggunakan Teori Keperluan Dua Faktor Herzberg sebagai
asas kajian untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja guru.
Kajian Avi-Itzhak (1963) mendapati bahawa guru-guru mencapai kepuasan kerja dalam
aspek hubungan sosial dan jaminan kerja tetapi mereka berasa kurang puas hati terhadap
aspek pengiktirafan, gaji, dan ganjaran. Dapatan kajian ini adalah sama dengan dapatan
kajian Aida (1989) di mana guru mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam dimensi
hubungan antara individu tatapi berada pada tahap kepuasan yang sederhana dalam dimensi
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
33/70
pekerjaan itu sendiri, gaji, dan penyeliaan teknikal. Dalam kajian ini juga mendapati bahawa
guru-guru mempunyai tahap kepuasan yang rendah dalam dimensi peningkatan profesion.
Begitu juga dengan kajian Loh (1997) yang dilaksanakan terhadap guru-guru di Sekolah
Menengah St. Xavier, Pulau Pinang mendapati guru-guru sekolah ini mempunyai tahap
kepuasan tahap kepuasan kerja yang sederhana terhadap 12 dimensi pekerjaan dan mereka
tidak puas hati terhadap dua dimensi pekerjaan iaitu kenaikan pangkat dan gaji.
Kajian Rodgers dan Chapman (1990) telah mendapati kepuasan kerja guru di Jamaica
ditentukan oleh prestij sekolah, keadaan pekerjaan, hubungan interpersonal dengan rakan
guru yang lain, dan struktur organisasi. Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan kajian Tay
(1998) terhadap guru-guru di Sekolah Menengah Canossan Convent, Melaka di mana beliau
mendapati bahawa dimensi pencapaian, tanggungjawab dan hubungan antara individu
mencatatkan kepuasan kerja yang paling tinggi dalam kalangan guru.
Di samping itu, susunan kepentingan mengenai faktor-faktor kerja yang menentukan
kepuasan kerja guru juga telah ditentukan oleh pengkaji-pengkaji seumpamanya Rosli (1997)
dalam kajiannya mendapati susunan kepentingan lima aspek kerja yang dapat membawa
kepuasan kerja dalam kalangan guru yang mengajar di luar bandar adalah hubungan sosial
dengan rakan sekerja, kerjasama rakan sekerja dalam hal-hal yang berkaitan dengan
pengajaran, kesediaan pengetua meluangkan masa untuk mendengar masalah guru, ketegasan
pengetua melaksanakan peraturan kerja guru, dan idea inovatif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Manakala di bandar pula, lima dimensi tertinggi mengikut susunan yang
membawa kepuasan kerja adalah hubungan sosial dengan rakan sekerja, kesediaan pengetua
mendengar masalah guru, ketegasan sikap pengetua terhadap guru, kerjasama dengan rakan
sekerja dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan akhir sekali adalah idea inovatif
dalam pengajaran dan pembelajaran. Tan (1999) pula telah menjalankan kajian terhadap 200
orang guru sekolah rendah yang mengajar di Daerah Sri Aman. Hasil kajian beliau
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
34/70
menunjukkan daripada 14 dimensi yang dikaji, responden amat menitikberatkan lima dimensi
pekerjaan dengan susunan keutamaannya adalah dimensi gaji, peningkatan dalam pekerjaan,
keadaan pekerjaan itu sendiri, penyeliaan teknikal, dan hubungan antara individu.
2.4.1 Keadaan Pekerjaan
Kandungan kerja seperti pencapaian dan kerja itu sendiri akan memberi kepuasan
kerja manakala ketidakwujudannya tidak pula menyebabkan ketidakpuasan kerja (Herzberg
et al., 1959). Norkiah (1981) telah menjalankan kajian terhadap 101 orang pekerja kilang
yang mempunyai tugas pekerjaan yang berbentuk rutin mendapati kepuasan kerja dalam
kalangan pekerja adalah rendah. Ini disebabkan keadaan kerja yang berbentuk rutin
cenderung melahirkan ketidakpuasan, kebosanan, keletihan, dan hilang ciri-ciri kemanusiaan
dalam kerja.
Kajian Nirmala (1989) telah mendapati adanya hubungan signifikan yang negatif
antara beban tugas dengan kepuasan kerja. Hasil kajian ini selaras dengan dapatan kajian
Lanier (1968) yang dijalankan terhadap guru-guru di New York mendapati bahawa beban
tugas yang berlebihan dan semakin bertambah juga akan menyebabkan guru berasa kurang
puas terhadap profesion mereka. Begitu juga dengan kajian Futrell (1985) yang telah
mendapati bahawa pertambahan ketidakpuasan dalam kalangan guru terhadap pekerjaan
mereka adalah disebabkan beban tugas yang semakin bertambah dan tidak setimpal dengan
gaji mereka. Pada masa yang sama, Klenke dan Methis (1990) dalam kajian Roslina (1993)
juga telah melaksanakan kajian mengenai hubungan tegang dan tekanan dengan kepuasan
kerja. Dalam kajian ini juga mendapati bahawa sekiranya keadaan tegang dan tekanan dapat
dikurangkan, maka kepuasan bekerja dapat ditingkatkan. Situasi ini akan menyebabkan
seseorang itu berasa lebih berkomitmen dengan organisasi tempat kerja dan mereka akan
ingin terus bekerja dalam organisasi itu.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
35/70
Antara tugas yang turut menimbulkan ketidakpuasan kerja ialah beban tugas yang
bukan pengajaran atau mengambil alih tugas guru yang bercuti sakit. Ini disokong oleh
dapatan Blase (1982), tugas guru dianggap stressful kerana guru bukan sahaja terpaksa
berinteraksi dengan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kerenah malah terpaksa pula
menghadapi tekanan daripada pelbagai beban tugas. Kajian-kajian telah menunjukkan
dapatan guru yang memegang pelbagai tugas menyebabkan timbulnya ketidakpuasan,
ketegangan, dan burnout . Kajian yang telah dijalankan oleh B (1991) ke atas 100 orang guru
di empat buah sekolah menengah di Negeri Kedah mendapati guru bekerja selama 44.88 jam
seminggu iaitu 82.3 peratus tugas pengajaran dan 7.95 peratus tugas bukan pengajaran.
Arumugan (1975) telah mendapati guru-guru mengalami keberatan dalam melaksanakan
tugas perkeranian dan mereka berharap mendapat pengiktirafan profesionalisme dalam
profesion mereka, namun hakikatnya tugas mereka masih banyak melibatkan tugas-tugas
perkeranian.
Stoker dan wanker (1985) dalam kajian Saipudin (1995) pula menyatakan bahawa
pembahagian kerja secara dramatik akan menghasilkan daya pengeluaran yang tinggi.
Keadaan ini akan dapat mewujudkan keadaan di mana setiap pekerja itu mendapat
penumpuan yang lebih terhadap tugas tersendiri. Mereka akan bersikap lebih
bertanggungjawab dan akan memahami bidang tugas mereka. Mereka juga akan berasa lebih
selesa dan berpuas hati dengan tugas yang dilakukan. Kenyataan ini disokong oleh Wan
Ramli (1985) dalam kajian Rosli (1997) yang menyatakan adalah sangat penting bagi satu
organisasi untuk membahagikan kerja dan fungsi dengan waras serta memberi dan
mewakilkan tanggungjawab yang sesuai kepada orang bawahan. Bilangan kakitangan
bawahan mestilah sesuai dan terdaya dikawal oleh pengurusan yang lebih tinggi. Selain itu,
apabila organisasi semakin kompleks, bahagian-bahagian khusus perlu diwujudkan untuk
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
36/70
menayediakan perkhidmatan yang selaras atau kakitangan yang berkelayakan ditempatkan di
semua peringkat organisasi.
Tambahan pula, menurut Levin (1967) dalam kajian Bahren (1997), prestasi kerja
pekerja juga dipengaruhi oleh minat dan sikap terhadap pekerjaan. Minat dan sikap ini timbul
melalui persepsi pekerja-pekerja terhadap pekerjaan seperti apakah nilai ganjaran yang akan
diterima oleh individu apabila mereka melibatkan diri dalam pekerjaan.
2.4.2 Gaji
Setiap pekerja tentunya mahukan ganjaran daripada kerja yang dicurahkan. Ganjaran
itu tentu sekali diharapkan cukup bagi membiayai kehidupan mereka. Gaji memang
memainkan peranan yang penting bagi kebanyakan manusia dalam menentukan kepuasan
kerja mereka dan merupakan salah satu faktor penggalak. Pernyataan ini diperkukuhkan oleh
Turban et al., (1988) yang telah membuat kajian ke atas 2952 orang kakitangan di pelbagai
agensi dan pembantu hospital di Amerika Syarikat. Beliau mendapati bahawa gaji dan
perkara yang berkaitan dengan kebajikan merupakan perkara penting yang menentukan
kepuasan kerja (dalam Abu, 1994).
Menurut Herzberg et al., (1959) kepuasan dan ketidakpuasan kerja sering dikaitkan
dengan gaji. Faktor gaji kerap menjadi punca ketidakpuasan kerja dan jarang dinyatakan
sebagai sumber kepuasan kerja. Pernyataan ini telah dibuktikan dengan hasil kajian yang
dijalankan oleh Khaleque dan Rahman (1987). Mereka mendapati bahawa upah atau gaji
merupakan faktor utama yang menyebabkan ketidakpuasan kerja di mana 44% responden
menyatakan gaji yang rendah merupakan faktor utama yang menyebabkan ketidakpuasan
kerja. Di samping itu, kajian oleh Syed Shafeq (1997) terhadap tahap kepuasan kerja guru-
guru di Daerah Johor Bahru mendapati 50% daripada guru-guru mengalami kepuasan yang
rendah dalam dimensi gaji. Maka adalah menjadi kebiasaan bahawa individu dan kesatuan
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
37/70
sekerja sangat sensitif terhadap isu gaji dan elaun. Dengan ini, terdapat beberapa kajian telah
dijalankan oleh penyelidik tentang hubungan gaji dengan kepuasan kerja.
Menurut Noran Fauziah (1993) yang telah menjalankan kajian kepuasan kerja dalam
kalangan 43 orang pengetua di Sekolah Menengah Harian di Melaka mendapati bahawa
dimensi gaji merupakan aspek yang mempunyai korelasi signifikan dengan kepuasan kerja.
Nawi (1989) telah menjalankan kajian kepuasan kerja dalam kalangan.
guru-guru sekolah menengah dan mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara kepuasan kerja dengan ganjaran gaji. Beliau mendapati faktor gaji menjadi sumber
kepuasan kerja melalui perbandingan jumlah gaji antara pekerja berdasarkan tempoh
perkhidmatan (Greenberg, 1987). Hasil kajian ini disokong oleh dapatan kajian yang
dilaksanakan terdahulu iaitu pada tahun 1985, Lloyd telah menjalankan kajian kepuasan kerja
terhadap guru-guru teknik dan vokasional di Malaysia dalam pelbagai bidang (dalam Abdul
Rahman, 1997). Kajian beliau mendapati bahawa kepuasan kerja antara guru teknik dan
vokasional adalah berbeza mengikut gaji mereka. Ini adalah kerana kedudukan gaji mereka
adalah bergantung kepada kelayakan masing-masing. Di samping itu, Abdul Fatah dan Kotlik
(1986) telah menjalankan kajian terhadap pensyarah-pensyarah di universiti dan mendapati
bahawa wujudnya perkaitan signifikan yang positif dengan antara kepuasan kerja dengan
pendapatan. Pensyarah universiti yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM3000
sebulan lebih berpuas hati jika dibandingkan dengan pensyarah yang kurang daripada
RM2000 sebulan. Manakala kajian oleh Ahmad (1989) mendapati pula tiada perbezaan yang
signifikan antara pendapatan dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru vokasional di
Malaysia (dalam Shahbudin, 1997). Abdul Fatah dan Zakaria (1980) mengatakan pula
semakin tinggi jawatan dan tanggungjawab yang dipegang, maka semakin besar gaji yang
diharapkan.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
38/70
Kajian yang dilaksanakan oleh Han (1994) dan Kirby dan Grissmer (1993)
melaporkan bahawa gaji yang tinggi adalah faktor utama untuk mengekalkan seseorang
dalam profesion perguruan. Pada masa yang sama, hasil kajian Maznah et al., (1990) yang
dijalankan terhadap 2433 orang guru juga mendapati bahawa gaji telah menjadi faktor
penting yang mendorong mereka untuk bekerja. Walau bagaimanapun, gaji bukan faktor
utama yang mempengaruhi seseorang memilih profesion perguruan tetapi ia menjadi
penyebab utama bagi seseorang meninggalkan profesion tersebut (Han, 1994). Dapatan ini
selaras dengan hasil kajian Kyriacou dan Sutcliffe (1987) yang mendapati bahawa gaji yang
rendah juga mengakibatkan seseorang itu mencari pekerjaan lain.
2.4.3 Kenaikan Pangkat
Kenaikan pangkat merupakan perkara penting dalam kerjaya seseorang kerana
kenaikan pangkat akan menyebabkan seseorang itu menikmati peningkatan kuasa, status, dan
gaji. Kebanyakan guru adalah memerlukan pengiktirafan terhadap tugas mereka (Schimdt et
al., 1986). Kenaikan pangkat dan penghargaan yang diterima oleh seseorang pekerja akan
menggalakkan mereka kepada prestasi kerja yang lebih positif sepertimana yang dinyatakan
oleh Batchler (1981) di mana faktor kenaikan pangkat boleh mendorong guru meningkatkan
perlaksanaan tugas bagi mencapai matlamat sekolah. Peluang kenaikan adalah sukar untuk
diperjelaskan secara sistematik. Ini disebabkan setiap kenaikan pangkat akan diikuti pula
dengan perubahan dalam penyeliaan, rakan sekerja, kandungan pekerjaan, dan gaji. Walau
bagaimanapun, dalam konteks kepuasan terhadap pekerjaan, kenaikan pangkat dapat
diterangkan sebagai sejauh mana kerapnya kenaikan pangkat berlaku terhadap pekerja dalam
sesebuah organisasi. Kekerapan kenaikan pangkat ini selalunya dikaji sebagai satu daripada
penentu kepuasan kerja.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
39/70
Hasil daripada beberapa penyelidikan yang dilakukan di Malaysia mendapati peluang
kenaikan pangkat mempunyai hubungan yang positif dengan kepuasan kerja. Pernyataan ini
diperkukuhkan oleh kajian Greenberg (1987) yang mendapati kenaikan pangkat dan status
pekerjaan mempunyai hubungan yang positif dengan kepuasan kerja.
Ahmad Shukran (1997), telah menjalankan kajian terhadap 92 orang guru agama yang
mengajar di Sekolah Menengah Daerah Pekan dan Rompin dengan menggunakan soal selidik
Job Descriptive Index (JDI). Hasil kajian menunjukkan bahawa guru berpuas hati dengan
keadaan pekerjaan, gaji, penyeliaan, rakan sekerja tetapi mereka tidak berpuas hati dengan
peluang kenaikan pangkat. Ini menunjukkan bahawa kenaikan pangkat merupakan faktor
yang paling dominan sebagai penyebab ketidakpuasan hati terhadap pekerjaan. Hasil kajian
ini selaras dengan dapatan kajian Zaiton (1982) yang dijalankan ke atas guru-guru di tiga
buah sekolah di Negeri Pahang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek kenaikan
pangkat merupakan faktor utama yang menyebabkan ketidakpuasan guru. Manakala Owen
(1995) yang telah membuat kajiannya ke atas 132 orang pengetua sekolah menengah di
beberapa Daerah Chicago mendapati bahawa pencapaian, pengiktirafan, dan peluang
kenaikan pangkat adalah faktor utama yang dapat memotivasikan pengetua ke arah
memaksimumkan potensi mereka.
2.4.4 Penyeliaan
Penyeliaan merupakan salah satu faktor yang menentukan kepuasan kerja seseorang
individu. Ini disebabkan prestasi yang ditunjukkan oleh seseorang pekerja akan diselia oleh
ketua-ketua bahagian pada setiap hujung tahun.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
40/70
Perlakuan yang mungkin memberi kesan ke atas kepuasan kerja ialah sikap penyelia seperti
bertimbang rasa, tidak berat sebelah, adil dan sebagainya. Kenyataan ini dapat dibuktikan
dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Fleishman dan Harris (1962) dalam kajian Abu
(1994) yang menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara ciri-ciri penyelia dengan
tahap kepuasan kerja.
Abdul Ghani (1994) telah menjalankan kajian kepuasan kerja terhadap 18 orang
pengetua dan 289 orang guru berjawatan tetap dari Sekolah Menengah Agama Negeri
Selangor berdasarkan Teori Dua Faktor Herzberg. Hasil kajian menunjukkan tidak ada
hubungan antara faktor kepuasan kerja guru dengan stail kepimpinan pengetua. Sebaliknya,
kepuasan kerja guru hanya mempunyai hanya mempunyai kaitan yang signifikan dengan
hubungan interpersonal guru-guru dengan rakan sejawat dan pengetua masing-masing.
Kajian juga dijalankan oleh Maznah (1990) terhadap keperluan profesional guru di
negara ini. Hasil kajian Maznah (1990)., mendapati bahawa ramai guru memerlukan amalan
pentadbiran yang adil dalam sistem sekolah bagi mendorong mereka bertugas dengan lebih
berkesan. Ramai guru merasakan amalan pentadbiran merupakan faktor yang terpenting. Ini
disebabkan sistem pentadbiran sekolah hendaklah dipimpin dengan baik untuk tujuan
meningkatkan kepuasan kerja guru. Sekiranya pengetua bersikap adil dalam pentadbiran,
maka guru akan mendapat dorongan untuk menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Ini
disokong oleh Klenke dan Methis (1990) dalam kajian Roslina (1993) yang telah
melaksanakan kajian terhadap guru-guru Tenesse, Amerika Syarikat mengenai suasana
tempat kerja dan hubungannya dengan peningkatan dan penurunan komitmen guru-guru
dalam organisasi sekolah itu. Hasil kajian mendapati bahawa komitmen guru-guru lebih
dipengaruhi oleh sokongan daripada pihak sekolah itu sendiri di mana keadaan itu memberi
kesan positif terhadap kerja. Komitmen guru-guru menjadi positif apabila suasana sekolah
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
41/70
adalah baik. Suasana yang baik juga memberi kepuasan dan menyebabkan mereka lebih
memberi tumpuan terhadap pekerjaan mereka.
Kepimpinan pengetua juga merupakan faktor penentuan kepuasan kerja dalam
kalangan guru. Menurut Collmer (1990), kepimpinan pengetua yang menunjukkan ramah
mesra, memberi perhatian dan peka terhadap keperluan serta idea guru kan dapat
meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan guru. Kajian Wilcox (1993) yang dijalankan ke
atas 285 orang guru di Daerah Columbia, Mohoning dan Trumbull di timur laut Ohio
mendapati pengetua yang mengamalkan teori kepimpinan dengan sepenuhnya dapat
mewujudkan budaya sekolah yang cemerlang dan seterusnya dapat meningkatkan kepuasan
kerja dan komitmen dalam kalangan guru di bawah pentadbirannya. Koo (1994) berpendapat
bahawa kepimpinan pengetua yang kurang memberi sokongan kepada kakitangan merupakan
antara penyebab utama ketidakpuasan guru terhadap kerja.
Dapatan-dapatan yang dinyatakan di atas dapat diperkukuhkan lagi dengan hasil
kajian Holdaway (1978) yang mendapati faktor-faktor yang menentukan kepuasan kerja guru
di Alberta, Kanada adalah kebebasan yang diberi oleh pihak pentadbir dalam menggunakan
kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan kebebasan memilih mata pelajaran
yang ingin diajar. Sementara itu, kajian Yu (1989) yang dijalankan di sekolah rendah di
Kuala Lumpur mendapati guru mencapai kepuasan kerja dalam aspek kecekapan pihak guru
besar mengagihkan tugas kepada guru-guru dan kepimpinan profesional yang ditunjukkan
oleh guru besar. Manakala aspek yang paling dominan menyebabkan ketidakpuasan kerja
guru adalah ketidakpekaan guru besar menjaga kebajikan guru dan jarang melibatkan guru
dalam membuat keputusan semasa mesyuarat.
2.4.5 Rakan Sekerja
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
42/70
Rakan sekerja merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja dan
meningkatkan produktiviti. Bahren (1997) telah mendapati aspek rakan sekerja merupakan
aspek yang paling memberi kepuasan kerja. Hubungan yang baik dengan rakan sekerja
merupakan faktor utama bagi meningkatkan kepuasan kerja. Pernyataan ini telah disokong
oleh Martin (1981) yang mendapati peningkatan hubungan antara rakan sekerja mempunyai
kesan yang positif terhadap kepuasan kerja (Martin, 1981). Ini telah dibuktikan dalam kajian
Nor Azizah (1998) yang mendapati bahawa kepuasan kerja guru adalah berkait rapat dengan
faktor perhubungan manusia iaitu antara guru dengan rakan sekerjanya.
Dalam kajian Khaleque dan Rahman (1987); Zaiton (1982), dan Masniah (1987) telah
mendapati bahawa mereka yang mendapat kepuasan kerja adalah sangat berpuas hati dengan
rakan sekerja mereka. Holdaway (1978) telah menjalankan kajian terhadap guru di Alberta,
Kanada dan beliau mendapati bahawa perhubungan yang baik antara pentadbir, staf, dan
pelajar dapat meningkatkan kepuasan kerja. Di samping itu, kajian Zaiton (1982) yang
dijalankan ke atas guru-guru di tiga buah sekolah di Negeri Pahang juga mendapati bahawa
aspek utama kepuasan kerja guru adalah hubungan mesra dengan rakan sekerja.
Hasil-hasil kajian ini selaras dengan kajian Holdway (1978) yang mendapati bahawa
hubungan yang baik dengan rakan boleh meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan guru.
Pada masa yang sama, kajian Miskel (1972), Flannery (1980) dan Sudrawasd (1980)
menunjukkan bahawa iklim sekolah yang lebih terbuka iaitu wujudnya hubungan mesra di
antara kakitangan dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru. Akan
tetapi, Abdul Ghani (1994) mendapati bahawa hubungan interpersonal guru-guru dengan para
pengetua dan rakan sejawat sangat memberi kesan terhadap ketidakpuasan kerja. Begitu juga
kajian Baharum (1998); Abdul Ghani (1994); Nawi (1989), dan Schmitt (1983) yang
mendapati punca utama ketidakpuasan kerja datang dari perhubungan staf yang negatif.
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
43/70
Namun begitu, satu kajian lain pula berpendapat bahawa rakan sekerja juga boleh
membawa tekanan kepada seseorang (Kyriacou, 1987). Faktor yang disenaraikan oleh Brown
dan Ralph (1992) dalam kajian Mohd Yusof (1997) seperti pengagihan kerja yang tidak adil,
perbezaan dan pertikaian peribadi, sistem komunikasi yang lemah dan kurangnya semangat
berpasukan antara pekerja akan menyebabkan tekanan dalam kerja. Sebaliknya ketegangan
ini dapat diminimumkan sekiranya terdapat hubungan yang positif dalam kalangan pekerja
dalam sesuatu institusi itu dan adanya rakan sekerja yang boleh berbincang mengenai
masalah yang mereka hadapi (Trendall, 1989).
2.5 Pengaruh Faktor Demografi terhadap Kepuasan Kerja
Hubungan antara faktor demografi dan kepuasan kerja merupakan aspek yang sering
dikaji dalam kajian mengenai kepuasan kerja. Faktor demografi ini sering dikaji sama ada
terhadap keseluruhan kepuasan kerja ataupun terhadap beberapa dimensi dalam kepuasan
kerja seperti pekerjaan, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja di mana
dimensi-dimensi ini juga telah dikaji dalam kajian yang dijalankan ini. Maka, bahagian ini
telah menerangkan beberapa kajian terdahulu yang melibatkan faktor demografi jantina,
umur, status perkahwinan, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar dalam kajian
mengenai kepuasan kerja. Zawawi Mokhtar (1997) telah menjalankan kajian terhadap
kepuasan kerja yang melibatkan 60 orang guru di lima buah Sekolah Menengah Teknik di
Negeri Kedah. Hasil kajian mendapati tidak ada hubungan signifikan di antara faktor-faktor
kepuasan kerja iaitu keadaan pekerjaan, gaji, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan pengetua,
rakan sekerja dan keseluruhan pekerjaan dengan faktor demografi. Manakala kajian Abdul
Main (1993) telah mendapati bahawa umur, kelulusan akademik, dan pengalaman mengajar
telah mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan guru. Begitu juga dengan kajian Tay
(1998) yang dijalankan ke atas guru-guru di Sekolah Menengah Canossan Convent, Melaka
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
44/70
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja guru dengan dengan
faktor umur, lama berkhidmat dan taraf pendidikan.
2.5.1 Jantina
Jantina merupakan satu faktor demografi yang sering dikaji dalam perkaitannya
dengan aspek-aspek kepuasan kerja. Kajian yang dilaksanakan oleh Hulin dan Smith (1964)
mendapati bahawa secara keseluruhannya pengurus lelaki mempunyai kepuasan kerja yang
lebih tinggi daripada pengurus wanita.
Bagi kajian yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan, Mwamwenda (1997) yang
telah menjalankan kajian ke atas 123 orang guru sekolah menengah di Transkei dan kajian
Rosli (1997) yang dijalankan ke atas guru-guru di Negeri Selangor mendapati guru lelaki
lebih mudah memperolehi kepuasan kerja dalam profesion mereka jika berbanding dengan
guru wanita. Graham dan Messner (1998) mendapati bahawa pengetua lelaki adalah lebih
berkepuasan terhadap gaji dan kebajikan yang diperolehi dalam pekerjaan mereka jika
dibandingkan dengan pengetua wanita.
Manakala dalam kajian yang dijalankan oleh Borg dan Falzon (1990) mendapati
bahawa guru wanita mencapai lebih kepuasan kerja berbanding dengan guru lelaki. Nawi
(1989) telah menjalankan kajian kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah menengah
dan mendapati bahawa skor min kepuasan kerja guru perempuan adalah lebih tinggi daripada
guru lelaki. Di samping itu, kajian Bame (1972) terhadap guru-guru di Ghana juga mendapati
guru-guru perempuan mempunyai sikap yang positif terhadap profesion mereka berbanding
dengan guru-guru lelaki. Begitu juga dengan keputusan kajian Markardan (1984) di Wilayah
Persekutuan dan dapatan kajian Kremer, Hayon dan Goldstein (1990) yang telah menjalankan
kajian ke atas guru-guru sekolah menengah di Israel di mana mereka mendapati guru wanita
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
45/70
lebih berpuas hati terhadap profesion mereka jika dibandingkan dengan guru lelaki kerana
sikap mereka yang lebih mesra, bersifat penyayang, sabar, dan memiliki sifat keibuan.
Pada masa yang sama, Abdul Main (1993) telah menjalankan kajian terhadap guru
mengenai hubungan kepuasan kerja dengan latar belakang, pengurusan kurikulum dan
pengajaran. Hasil kajian mendapati bahawa guru perempuan menunjukkan kepuasan kerja
yang lebih daripada guru lelaki. Panirsilvam (1999) pula telah menjalankan kajian untuk
melihat tahap kepuasan kerja dan kecenderungan berhenti dalam kalangan guru-guru Daerah
Tampin, Negeri Sembilan. Dalam kajian ini, tahap kepuasan kerja telah diukur dengan
menggunakan instrumen Job Descriptive Index (JDI). Daripada kajiannya didapati terdapat
perbezaan kepuasan kerja antara jantina dalam dimensi peluang kenaikan pangkat dimana
guru prempuan adalah lebih berkepuasan daripada guru lelaki dalam dimensi ini. Fraser et al.,
(1998) juga mendapati bahawa guru wanita lebih berkepuasan terhadap pengiktirafan dan
penghargaan yang diberikan oleh pihak pengurusan dalam pekerjaan tetapi keadaan ini tidak
berlaku pada guru lelaki. Ini kerana guru lelaki adalah lebih berkepuasan dari segi pengaruh
mereka terhadap polisi sekolah daripada guru wanita.
Walau bagaimanapun, kajian Ahmad (1989); Shahiza (1991); Sabariah (1991); dan
Syarifah (1994) mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara guru lelaki dan guru
perempuan dalam kepuasan kerja. Dalam kajian Dinham dan Scott (1998) yang menyelidik
tentang kepuasan kerja dalam kalangan tenaga pengajar teknikal juga mendapati bahawa
tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dalam kepuasan kerja bagi tenaga pengajar
lelaki dan wanita. Kajian ini juga menunjukkan bahawa perbezaan hanya wujud dalam
kepuasan terhadap pencapaian pelajar di mana tenaga pengajar lelaki kurang berpuas hati
terhadap pencapaian pelajar jika dibandingkan dengan guru wanita.
Daripada kajian-kajian yang telah dinyatakan di atas, boleh disimpulkan bahawa secara
keseluruhannya wujudnya perbezaan yang signifikan dalam kepuasan kerja bagi guru lelaki
8/12/2019 Kajian Faktor - Faktor Kepuasan Kerja Guru Matematik Sekolah Rendah Di PKG Sg Limau
46/70
dan guru wanita di mana kebanyakan kajian mendapati bahawa guru wanita lebih mudah
mengalami kepuasan kerja jika dibandingkan dengan guru lelaki.
2.5.2 Umur
Dalam profesion perguruan, umur merupakan ciri penting yang menentukan persepsi
guru terhadap kerjaya mereka. Golongan guru yang berusia tinggi kebiasaannya lebih
berpengalaman maka mereka selalunya dihormati oleh guru yang lebih muda. Evans (1998)
dalam kajiannya telah mendapati bahawa tahap kepuasan kerja adalah berbeza berdasarkan
usia seseorang pendidik. Kepuasan kerja menjadi kriteria semakin penting ketika usia
seseorang pekerja semakin meningkat sementara ia kurang dititikberatkan oleh golongan
yang baru menceburi alam pekerjaan. Ketika usia seseorang pendidik semakin meningkat, ini
menunjukkan bahawa penceburan mereka dalam bidang pendidikan adalah semakin lama dan
mendapat pengiktirafan dari semua pihak serta aspek-aspek dalam pekerjaan seperti gaji,
peluang kenaikan pangkat, kebajikan lain yang diperolehi telah mencapai tahap
maksimumnya. Dengan ini, kepuasan kerja mereka akan menjadi semakin meningkat apabila
usia mereka menjangkaui sesuatu tahap tertentu (Evans, 1998). Maka, ini jelas menunjukkan
kepuasan kerja yang dicapai oleh tenaga pengajar yang berusia muda adalah disebabkan oleh
faktor intrinsik manakala bagi tenaga pengajar yang berusia lebih tinggi adalah disebabkan
oleh faktor ekstrinsik. Pernyataan ini dibuktikan oleh kajian Lowther (1985) yang mendapati
guru yang berumur bawah 30 tahun mempunyai kepuasan kerja yang lebih tinggi apabila
dinilai dari segi faktor intrinsik manakala yang berumur lebih 30 tahun mempunyai kepuasan
kerja lebih tinggi dari segi faktor ekstrinsik.
Kajian Schwab dan Heneman (1977) mendapati bahawa faktor umur
Top Related