KAITAN ANTARA PERKEMBANGAN MORAL DENGAN TEORI MORAL YANG SESUAI
teori perkembangan moral kanak-kanak
1.4 Pendahuluan
Kursus ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dan
menghayati sumbangan teori dalam menentukan perkembangan moral kanak-kanak. Unit ini
akan memberi penumpuan kepada setiap teori perkembangan moral yang dinyatakan di
atas. Tavecchio, Stams, Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu
matlamat jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta
menjangka tingkah laku moral, termasuk salah laku. Secara empirikal, hubungan antara
kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang
kajian yang terbukti penting pada dekad ini (Gregg, Gibbs dan Basinger, 1994).
1.5 Teori Perkembangan Moral Kognitif
Pakar-pakar perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa
bahawa perkembangan moral bersifat universal dalam dua perkara:
i. Setiap individu dalam semua kebudayaan melalui peringkat-peringkat perkembangan
moral yang sama.
ii. Perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral adalah konsep-konsep
moral yang serupa seperti kewajipan, keadilan dan tanggungjawab.
1.5.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget.
Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya Mereka
mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi
kefahaman tentang sesuatu perkara.
Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat:
i. Peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun).
Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-kanak memandang perundangan sebagai tidak
dapat diubah.
ii. Peringkat kedua adalah autonomus (10 tahun ke atas)
Pada peringkat ini, mereka sedar peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan
oleh manusia juga.
Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan Kognitif kanak-kanak yakni
dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia berfikir dan memahami. Dengan
melihat kepada anak-anaknya sendiri beliau cuba memahami bukan sahaja apa yang mereka
fahami tetapi juga bagaimana mereka memberi makna kepada dunia. Pemerhatian secara teliti
menunjukkan kanak-kanak menjadi matang secara biologi dan juga melalui pengalaman sosial.
Menurut Piaget setiap manusia melalui empat tahap perkembangan kognitif iaitu tahap deria
motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi formal (Sakhilah Shahkat Ali,
2009).
Perkembangan moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah tahap pramoral.
Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja dan mengutamakan
pandangan sendiri. Pada peringkat kedua iaitu peringkat heteronomous, kanak-kanak lebih
berhati-hati dan berminat pada orang lain. Pada peringkat ini perasaan hormat kepada pihak
yang berkuasa serta berupaya menerima peraturan. Kanak-kanak juga berupaya membuat
pertimbangan moral iaitu menentukan baik buruk atau betul salah melakukan sesuatu perkara.
Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira dalam peringkat ini (Sakhilah
Shahkat Ali, 2009).
Peringkat yang terakhir pula ialah kemoralan autonomous. Pada peringkat ini kanak-kanak
mengambil berat tentang kebajikan dan minat masing-masing. Perasaan hormat pada orang
lain juga mula dititikberatkan. Piaget menjelaskan pada peringkat ini kanak-kanak menganggap
peraturan boleh berubah-ubah berdasarkan kerjasama dan rasa hormat pada orang lain.
Keputusan moral tidak lagi pada kehendak undang-undang autoritarian tetapi segala aspek
boleh diambil kira. Keupayaan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut bertambah, ini
meningkatkan keupayaan seseorang menkonseptualisasi dilema moral (Kurtines & Greif, 1974,
Shaffer, 1993).
Sumbangan Piaget terhadap perkembangan moral telah dikembangkan oleh Kohlberg (1963,
1964, 1969, 1976,1981, 1984). Pada kali ini kajian-kajian oleh Kohlberg telah mengambil kira
semua peringkat umur dari golongan kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa.
1.5.2 Teori Perkembangan Moral Kohlberg.
Selepas kajian secara intensif oleh teori Piaget, Kohlberg (1969) telah memperkembang
peringkat perkembangan moral kepada enam di mana setiap peringkat mewakili cara tertentu
seseorang berfikir mengenai dilema moral. Selama tiga puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg
telah mengenal pasti terdapatnya tiga tahap penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan
kepada dua peringkat. Menurut Kohlberg (1976), enam peringkat moral yang telah dibahagikan
kepada tiga tahap utama. Ini dikenali, tahap prakonvensional (peringkat 1 dan 2), tahap
konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap pascakonvensional (peringkat 5 dan 6).
Menurutnya peringkat yang lebih tinggi dalam setiap tahap adalah lebih baik dan tersusun dan
mampu menggambarkan perspektif umum setiap tahap tersebut. Menurutnya lagi untuk
memahami peringkat-peringkat ini adalah lebih baik untuk memahami ketiga-tiga tahap terlebih
dahulu.
Tahap prakonvensional, merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak berusia kurang
sembilan tahun, sedikit golongan remaja, dan banyak bagi golongan dewasa dan remaja yang
terlibat dengan jenayah. Tahap konvensional pula merupakan tahap bagi kebanyakan remaja
dan golongan dewasa dalam masyarakat dunia. Manakala tahap pascakonvensional pula paling
kurang dicapai oleh dewasa dan selalunya dicapai oleh mereka yang telah berusia lebih dua
puluh tahun.
Kohlberg (1976) telah menyarankan agar ketiga-tiga tahap dilihat dalam tiga bentuk yang
berlainan iaitu dalam hubungannya antara diri, masyarakat dan jangkaan, iaitu:
Tahap l: golongan prakonvensional, di mana undang-undang dan jangkaan sosial adalah
bersifat luaran pada diri seseorang.
Tahap ll: golongan konvensional, di mana diri mereka dikenal pasti menurut peraturan dan
jangkaan terhadap orang lain terutama pihak berkuasa.
Tahap lll: golongan pascakonvensional, golongan ini berupaya membezakan diri daripada
undang-undang dan jangkaan-jangkaan orang lain dan memberi makna pada nilai-nilai dalam
bentuk prinsip pilihan sendiri (self-chosen prinsipal).
Enam Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg
______________________________________________________________
Prakonvensional
Peringkat 1. Orientasi Hukuman dan kepatuhan (Might makes right)
Peringkat 2. Orientasi Timbal balik (Scratch my back, I’ll scratch yours)
________________________________________________________________
Konvensional
Peringkat 3. Orientasi Persetujuan Antara Individu (Good boy, nice girl approval)
Peringkat 4. Orientasi Undang-undang dan Peraturan (Fixed rules, right behavior consists
in doing one’s duty)
________________________________________________________________
Pascakonvensional
Peringkat 5. Orientasi Kontrak Sosial (Standards critically examined and agreed upon by
whole society)
Peringkat 6. Orientasi Prinsip Etika Sejagat (Universal justice, equality)
________________________________________________________________
Dipetik daripada Traviss, 1985.
Teori Perkembangan Sosial
Idea tentang perkembangan atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard
pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalami
kajian ini. Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku
yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa.
Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah dan identifikasi seseorang
supaya ditirui. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu:
i. Tiruan secara langsung, ia merujuk kepada meniru seseorang atau model dengan
melihat kepada orang itu
ii. Peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan, sekat lakuan merupakan
tingkahlaku yang sesuai pada satu masa tetapi tidak sesuai dalam situasi yang lain. Tidak sekat
lakuan merujuk kepada seseorang yang terus meniru amalan tingkah laku dalam sesuatu
situasi ke situasi yang lain.
iii. Peniruan secara elisitasi, proses ini menunjukkan seseorang itu terus melakukan apa
sahaja yang orang lain lakukan setelah individu tahu melakukannya. Tiruan ini merupakan
aktiviti mengulangi gerak geri tindakan orang lain.
Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau diperoleh dengan meniru
ibu bapa, guru atau orang sekeliling secara formal atau tidak formal.
Ciri-Ciri Teori Pemodelan Bandura
i. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
ii. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai
model.
iv. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan Peneguhan yang
berpatutan.
v. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku
atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.
1.6.2 Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan
Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui
pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau
motivasi.
(i) Pemerhatian
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi
perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak
kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang
lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor
yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan
perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan
perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-
isi penting.
(ii) Mengingat
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi
perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak-kanak kecil
ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih
tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang
mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan
perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan
perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi-
isi penting.
(iii) Reproduksi
Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang
tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri-ciri atau langkah-langkah
dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang
banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum
boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah
laku lebih lancar dan mahir.
(iv) Peneguhan/Motivasi
Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian,
tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk
motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan
dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan
dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk
menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu,
peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan
tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan.
Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim
Durkheim sangat mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah masyarakat dapat
mengekalkan integriti mereka dalam dunia moden, apabila perkara-perkara seperti perbezaan
agama da latar belakang ethnic tidak dapat dipastikan. Menurutnya kesedaran tanggungjawab
moral lahir daripada perasaan yang terasa dekat dengan masyarakat.
Masyarakat adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan authority yang mengesahkan
moralti (Durkheim, 1906). Moral mempunyai kuasa kerana keupayaannya mengawal kelakuan
manusia sebagai satu jenis ikatan sosial atau kontrak. Menurut Durkheim, kanak-kanak perlu
memahami peraturan yang memelihara hubungan sosial yang dikenakan oleh orang dewasa
terhadap mereka. Peraturan yang dikenakan di rumah adalah secara tidak formal sebaliknya
peraturan di sekolah adalah formal. Maka guru mempunyai autoriti sosial dan bertindak sebagai
orang tengah antara masyarakat dan kanak-kanak.
1.8 Teori Perkembangan Moral Humanis
Teori pemebelajaran humanis member tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang
individu seperti perasaan dan emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara pemikiran,
pengamatan dan cara mengintepritasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan
tingkah laku moral. Ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu sedar dan
bertanggungjawab terhadap segala tingkahlakunya.
1.8.1 Teori Konsep Kendiri Carl Rogers
Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai pesepsi diri sendiri tentang minat,
sikap dan nilai dan kebolehan melihat pesepsi orang lain terhadap diri sendiri dengan
persekitaran. Konsep kendiri positif adalah perrcaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal,
mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif.
Carl roges berrpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang boleh
dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan dirinya
sendiri. Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri
yang positif. Selain itu alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku.
Akhirnya, penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih
saying dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral.
Cara- cara membina konsep kendiri yang positif adalah memberi galakan bantuan dan
sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati dengan hasil kanak-kanak dan
member pujian atau ganjaran. Ibu bapa juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik
di dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka masih kecil lagi.
Top Related