8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
1/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 1
PENDAHULUAN
Orang kurang upaya atau lebih dikenali sebagai OKU merupakan sebahagian daripada penduduk
yag terdapat diseluruh Negara di Dunia ini. Oleh yang demikian golongan ini sering menjadi
perhatian dan diberikan pelbagai kemudahan seperti kemudahan dalam penggunaan tandas,
tempat letak kereta dan sebagainya. Golongan OKU ini merupakan sebahagian yang mendapat
perhatian dari pelbagai pihak terutamaan pihak Kerajaan. Pelbagai kelebihan di berikan kepada
golongan ini, golongan OKU juga diberikan hak seperti manusia yang normal. Mereka juga
diberikan hak untuk memiliki kenderaan sendiri, rumah sendiri dan mempunyai pekerjaan.
Golongan OKU ini juga turut terlibat dalam pelbagai bidang sukan dan mengharumkan
nama Negara ke seluruh pelusuk dunia. Oleh itu kita jangan memandang rendah kepada
golongan OKU ini kerana mereka juga mempunyai kelebihan seperti manusia yang normal.
Golongan OKU ini juga diberikan pendidikan dan kebanyakan golongan ini telah mendapat
kejayaan dalam pelbagai bidang yang telah mereka ceburi. Terdapat beberapa orang tokoh yang
telah berjaya dalam bidang masing-masing antaranya ialah Prof Datuk Dr. Ismail Salleh yang
merupakan tokoh pendidikan dan beliau mempunyai masalah penglihatan. Selain itu juga
terdapat beberapa orang tokoh dalam bidang sains seperti, Benjamin Franklin mempunyai
masalah terhadap tumpuan, dan Elbert Einstein yang bermasalah pembelajaran. Tokoh tokoh
seperti Louis Braille yang mempunyai masalah penglihatan telah mencipta mesin Braille dan
mesin itu telah digunakan sehingga ke hari ini. Tokoh tokoh ini telah berjaya walaupun mereka
mempunyai kekurangan oleh yang demikian sebagai manusia yang mempunyai kekurangan tidak
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
2/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 2
perlu berputus asa kerana walau apa pun yang dilakukan dengan usaha pasti akan beroleh
kejayaan.
Dalam mengenal pasti kanak-kanak yang bermasalah pada masa kini Malaysia telah
menyediakan sekolah khas untuk kanak-kanak yang mempunyi masalah seperti kurang daya
penglihatan, pendengaran, sindrom down, autisme, hiperaktif, hipoaktif, masalah komunikasi
dan sebagainya, kanak-kanak ini akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau
lebih dikenali sebagai PDK. Selain itu terdapat juga sekolah-sekolah pendidikan khas telah
dibuka di setiap negeri dan kawasan agar kanak-kanak yang istimewa ini diberikan hak untuk
mereka beroleh kejayaan seperti kanak-kanak yang lain. Sekolah pendidikan khas dibuka di
sekolah-sekolah tertentu untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran. Kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan terhadap golongan OKU
pada masa kini terhadap bidang pendidikan adalah untuk memberikan peluang kepada golongan
ini agar mereka tidak ketinggalan dan sama-sama berjaya seperti manusia lain.
Pihak kerajaan juga memberikan alaun kepada kanak-kanak yang mempunyi masalah kurang
upaya. Setiap tahun mereka akan mendapat alaun sebanyak RM1800 keadaan ini dapat
menampung kehidupan mereka setelah dewasa kelak,wang tersebut juga boleh digunakan untuk
meringankan beban keluarga mereka. Wang itu boleh dijadikan simpanan tetap untuk mereka
menyambung pengajian mereka sehingga ketahap yang lebih tinggi. Ini membuktikan bahawa
golongan OKU ini sentiasa diberikan perhatian agar mereka dapat hidup seperti manusia biasa.
Namun dari segi pekerjaan golongan OKU ini masih mempunyai masalah kerana terdapat
pelbagai pihak yang mempunyai masalah untuk mengambil mereka bekerja. dalam jawatan
kerajaan juga tidak tersedia untuk jawatan golongan OKU ini, oleh yang demikian pihak
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
3/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 3
kerajaan perlu mengkaji semula bidang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta atau awam agar
pihak yang kurang upaya ini masih mendapat pekerjaan yang sesuai dengan keupayaan mereka.
Permasalahan ini perlu dikaji dan diteliti agar golongan seperti ini tidak terpinggir kerana pada
masa kini bidang pekerjaan amat penting kerana taraf ekonomi yang semakin tinggi, setiap pihak
terutama golongan OKU perlu diberikan pekerjaan agar dapat menampung kehidupan mereka.
Oleh itu mereka tidak perlu bergantung kepada bantuan yang diberikan semata-mata dan mereka
dapat menampung kehidupan mereka hasil dari titik peluh mereka sendiri. Mereka juga boleh
berjaya dalam bidang yang mereka ceburi sekiranya mereka diberikan peluang.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemampuan diri golongan kurang upaya
ini dari segi faktor kemahiran yang mereka ada dan yang telah mereka pelajari di sekolah
berbanding kemahiran yang diperlukan oleh industri, keluarga, kemudahan di tempat kerja,
kemahiran dalam bidang latihan yang telah diikuti dan sikap pelajar OKU itu sendiri dalam
pemilihan kerjaya.
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
4/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 4
(A) LATAR BELAKANG KAJIAN
Pekerjaan merupakan keperluan asas dan hak asasi manusia. Orang kurang upaya
(OKU) menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan produktif dan pendapatan bagi
menyara hidup. Bilangan OKU yang berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam dan
swasta kurang memberangsangkan. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membentangkan
kertas kerja berkenaan pematuhan dasar 1 peratus peluang pekerjaan kepada OKU di sektor
awam. Isu-isu mengenai hak orang kurang upaya (OKU) perlu diberi penekanan khususnya
untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai bagi kelayakan golongan ini. Permasalahan ini perlu
dititikberatkan hal ini kerana OKU masih terpinggir di bidang pekerjaan(JKMNM.gov.my)
Berdasarkan laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam jumlah jawatan yang dibuka adalah
sebanyak 6,381 tetapi penempatan OKU hanya mencapai 1.5% sahaja. Berdasarkan rekod,
sejumlah 220,000 OKU di seluruh negara telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
namun tidak semua di antara mereka boleh bekerja berdasarkan keupayaan yang terbatas.
Sebagai contoh 50% OKU yang bekerja di sektor swasta meletak jawatan dalam tempoh enam
bulan. Keadaan ini disebabkan oleh majikan tidak prihatin terhadap keperluan golongan OKU
dari segi layanan dan prasarana. Hal inilah yang perlu dikaji dan dibangkitkan mengapa
golongan ini sukar memenuhi dan menempatkan diri dalam bidang pekerjaan khususnya.
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
5/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 5
(B) ISU GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN PEKERJAAN
Kajian ini penting bagi memastikan peluang pekerjaan yang bersesuaian dapat diberikan
kepada OKU agar tenaga mereka juga boleh menyumbang kepada produktiviti negara. Isu
peluang dan kemudahan bagi golongan OKU untuk mendapatkan pekerjaan perlu diketengahkan
dan dibincangkan. Dasar 1 peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU
perlu dilaksanakan secara berterusan. Golongan ini sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana
ada sekelompok masyarakat dan majikan yang memandang OKU salah satu kumpulan yang kecil
serta yang paling mudah ditindas walaupun mereka mempunyai kelayakan dalam akademik dan
mampu memperoleh pekerjaan yang baik dan bertaraf professional seperti peguam, guru dan
sebagainya. Kerjasama Jabatan perkhidmatan awam (JPA), Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah menentukan penempatan kerja yang sesuai dan
meletakkan pengecualian khas ke atas kelayakan-kelayakan tertentu kepada OKU yang
memohon pekerjaan.(Beri ta Harian).
Malaysia mempunyai penduduk seramai 28.334 juta orang. 10% daripada jumlah
penduduk Malaysia adalah golongan OKU. Kerajaan Malaysia telah memperuntukan 5.8%
daripada peluang pekerjaan di sector awam kepada golongan OKU. Sehingga 15 mei 2012 hanya
20.7% bilangan OKU yang berdaftar berjaya mendapat pekerjaan dan menerima bantuan elaun
pekerja cacat yang melibatkan peruntukan sebanyak Rm6.0 bilion. Walaupun ada peruntukan
kuota peluang pekerjaan untuk OKU sebanyak 5.8% di sektor awam, sehingga kini golongan
OKU masih belum diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara terbuka dan mereka sukar
mendapat peluang pekerjaan. Berdasarkan kepada isu sukar mendapat peluang pekerjaan bagi
golongan OKU, antara masalah yang dikenal pasti telah menyempitkan peluang pekerjaan
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
6/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 6
golongan OKU termasuklah faktor jenis pekerjaan, persekitaran tempat kerja, dan maklumat
pekerjaan yang terhad malah permasalahan seperti kekurangan pekerjaan yang bersesuaian dan
persepsi salah majikan terhadap OKU. Akibat kegagalan golongan OKU ini mendapatkan
pekerjaan maka mereka terpaksa bekerja sendiri, menjadi pemuzik jalanan, pengemis dan
sebagainya untuk menyara kehidupan.
Bagi OKU yang cuba menempatkan diri dalam pasaran buruh, dikriminasi dan
eksploitasi merupakan dua cabaran utama yang dihadapi oleh pekerja OKU dalam organisasi.
Diskriminasi terhadap OKU menyebabkan adanya pandangan stereotaip terhadap pekerja OKU
atau pemohon pekerjaan dalam kalangan OKU. Kekurangan kemahiran merupakan factor utama
yang menyebabkan OKU terhalang daripada mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan terbuka.
OKU akan berjaya menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan sekiranya peluang diberikan oleh
majikan berdasarkan kemahiran, minat, sikap, dan jenis kecacatan. Di samping itu, isu
kelayakan, jenis kecacatan, bentuk perkhidmatan yang perlu disediakan, halangan komunikasi,
kekurangan penguasaan kemahiran softskill, reaksi rakan sekerja, peningkatan kos latihan,
konsultasi serta penginapan merupakan cabaran yang harus dihadapi oleh OKU sebelum berjaya
memasuki sesebuah organisasi. Malah majikan juga didapati mengambil OKU bekerja di dalam
organisasi bagi memenuhi tanggungjawab social korporat semata-mata bagi menaikkan imej
organisasi
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
7/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 7
(C) USAHA KERAJAAN UNTUK MENANGANI MASALAH ORANG KURANG
UPAYA DALAM ISU PEKERJAAN
Pada tahun 2001, kod amalan penggajian OKU di sektor swasta telah dilancarkan
sebagai keprihatinan kerajaan untuk membawa OKU turut serta dalam pembangunan ekonomi
negara. Untuk merangsang kemajuan penglibatan OKU dalam pekerjaan dan kegiatan ekonomi,
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ( JTKSM ) telah mewujudkan Geran Skim
Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) pada tahun 2007. SBGP-OKU
ini berkonsepkan bantu usahawan OKU dalam mendapatkan pekerjaan. Hasrat ini tercapai
apabila usahawan OKU berjaya mengembangkan perniagaan mereka hasil daripada bantuan
yang disediakan oleh kerajaan. Selain itu, kerajaan juga memberikan beberapa insentif seperti
pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat swasta yang menggajikan OKU. Perjuangan terhadap
hak asasi Orang Kurang Upaya (OKU) berkembang sejak zaman pergerakan hak asasi manusia
pada awal tahun 1960an. Oleh itu, pihak kerajaan berusaha mengurangkan kadar kemiskinan
dalam kalangan OKU dan menggalakkan penglibatan OKU dalam bidang pekerjaan menerusi
program-program kesedaran berkaitan upah minimum serta memastikan eleman keselamatan
pekerjaan dilaksanakan.(JTKSM.mohr.gov.my)
Isu kesukaran mendapatkan pekerjaan masih lagi berlaku dan perlu diperhalusi apakah
punca dan apakah jalan penyelesaian yang perlu dikemukakan pelbagai pihak bagi mengatasi isu
ini. Antara cadangan kerajaan yang boleh dikemukakan kepada pihak industri atau majikan ialah
kesediaan untuk melaburkan peruntukan bagi penyediaan latihan kemahiran yang sesuai dengan
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
8/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 8
fungsi pekerjaan tertentu supaya pekerja OKU dapat meningkatkan keupayaan untuk bekerja
setara dengan pekerja biasa. Selain itu, pihak majikan juga perlu memberi peluang kepada
pekerja OKU untuk mempelajari kamahiran-kemahiran baru selain membentuk pasukan kerja
yang baik atau memperkenalkan buddy sistem di kalangan staf supaya dapat menerima rakan
sekerja daripada kalangan OKU dan dapat menyesuaikan diri dengan rakan setugas. Insentif
kehadiran atau sistem ganjaran juga boleh dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi pekerja
OKU untuk lebih setia dengan organisasi, menunjukkan prestasi yang baik dan dapat memberi
sumbangan melalui kemahiran yang dimiliki.
Di samping itu, kerajaan juga perlu menyediakan program pendidikan kerjaya kepada
golongan OKU. Program latihan dan pemulihan merupakan satu lagi cara untuk membolehkan
golongan OKU menyesuaikan diri dengan masyarakat dan dunia pekerjaan. Melalui program ini,
mereka akan diajar dengan kemahiran-kemahiran untuk membolehkan mereka berdikari. Dengan
kemahiran-kemahiran tersebut,tahap keterbatasan dalam melakukan aktiviti harian dapat
diminimakan.
Program pendidikan kerjaya bagi individu kurang upaya yang dicadangkan perlu
mempunyai tiga matlamat utama, iaitu memberi kecekapan untuk kehidupan seharian,
menyediakan kemahiran sosial dan peribadi serta persediaan dan keupayaan untuk memasuki
dunia pekerjaan. Seterusnya, menjalankan bimbingan kerjaya dan vokasional. Satu lagi aspek
yang dilihat mampu mengubah nasib individu buta dewasa dan keluarga mereka adalah apabila
mereka memiliki pekerjaan sendiri. Bagi mencapai matlamat tersebut, kaunselor boleh
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
9/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 9
menyediakan program bimbingan kerjaya dan vokasional yang difikirkan sesuai kepada
golongan ini. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh kaunselor termasuklah mencari dan
mengumpulkan maklumat kerjaya yang bersesuaian dengan golongan sasaran, memberi
kaunseling kerjaya kepada golongan OKU yang kehilangan pekerjaan dan program persediaan
kerjaya untuk mereka selepas tamat program pemulihan.(academia.edu/peranan kaunselor dan
perkhidmatan kaunseli ng kerjaya bagi orang kurang upaya).
Dengan kerjasama yang dilakukan oleh pihak kaunselor ini dapat membantu golongan
kurang upaya ini dalam bidang pekerjaan. Golongan kurang upaya ini juga mempunyai tahap
keyakinan diri yang rendah akibat daripada kekurangan yang ada pada mereka oleh itu pihak
kaunselor boleh memberikan mereka kaunseling agar tahap keyakinan mereka meningkat dan
mereka tidak lagi berasa malu untuk menonjolkan diri bergaul dengan orang ramai. Keadaan ini
akan memberikan keyakinan kepada pihak-pihak syarikat yang ingin mengambil pekerja akan
lebih yakin untuk memilih golongan kurang upaya ini bekerja dalam syarikat mereka.
Terdapat beberapa syarikat yang masih memberikan peluang kepada golongan ini seperti
syarikat dalam sektor perindustrian, terdapat pekerjaan yang sesuai dengan mereka seperti kilng
membuat fail. Pekerja yang terdapat dalam syarikat ini adalah mereka yang mempunyai masalah
kurang upaya penglihatan, mereka juga mampu melakukan kerja seperti manusia yang normal
walaupun hanya melipat sehingga terbentuk fail. Keadaan ini membuktikan bahawa golongan
kurang upaya ini mampu untuk melakukan perkara yang dilakukan oleh orang yang normal.
Syarikat-syarikat tidak perlu takut untuk memberikan mereka pekerjaan kerana mereka juga
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
10/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 10
masih mampu melakukan pelbagai pekerjaan walaupun mereka mempunyai masalah dari segi
kurang upaya.
Pihak kerajaan juga akan terus memperkasa ekonomi golongan OKU melalui program
berkaitan bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) menyediakan geran pelancaran maksimum sebanyak RM2,700 untuk menggalakkan
golongan OKU memceburi bidang perniagaan agar mereka juga boleh berjaya seperti orang lain
yang berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi, oleh itu pihak kerajaan membantu mereka
agar mereka juga boleh berjaya. Mengikut statistik dari 2007 hingga tahun lalu, katanya, seramai
1,027 OKU mendapat manfaat daripada geran terbabit.
Selain itu, Jabatan Buruh memperkenalkan pendaftaran pekerjaan secara dalam talian dan sistem
padanan yang dikenali sebagai Sistem Penempatan OKU bagi sektor swasta. Sejak diperkenal
pada 1990, sejumlah 13,339 OKU berdaftar dan 9,074 orang berjaya ditempatkan untuk bekerja
di dalam sektor swasta
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata
demikian pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung Mengenai Kesedaran Matlamat
Pembangunan Milenium dan Lain-Lain Matlamat Pembangunan yang Dipersetujui Bersama di
Peringkat Antarabangsa bagi OKU di New York, Isnin lalu. Kenyataan itu diedar kepada media
di sini, kelmarin. : sumber diperolehi daripada
. (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1_754OKUbekerjadisektorawam/Article/index_html)
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
11/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 11
(D) PEKERJAAN YANG SESUAI UNTUK ORANG KURANG UPAYA(OKU)
Hasil kajian rambang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia(JTKSM) turut
mendedahkan sikap kebanyakan majikan yang enggan menyediakan pekerjaan termasuk
infrastruktur sesuai untuk OKU juga menjadi penyebab golongan berkenaan lebih suka bekerja
sendiri. Kesedaran majikan khususnya pihak swasta tidak jauh bezanya dari dulu sehingga kini.
Walaupun ada pihak swasta yang mengambil pekerja OKU. Ia hanya untuk jawatan
rendah seperti pembantu jualan di pusat membeli belah, tukang cuci dan sebagainya. Sikap
kurang percaya majikan kepada kebolehan orang kurang upaya(OKU) dalam menyempurnakan
tugas diberikan menyukarkan golongan berkenaan mendapat tempat dalam pekerjaan khususnya
di sektor swasta.
Terdapat beberapa pekerjaan yang sesuai bagi golongan orang kurang upaya (OKU).
Antaranya ialah :
(a) Telefonis.(b)Pekerja stesen minyak.(c)Pelukis.(d)Penari kebudayaan.(e)Peniaga.(f) Penulis.(g)Pembuat kraftangan.(h)Pekerja gerai makan.(i) Jurujual.(j) Cashier.
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
12/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 12
(k)Pegawai kerajaan.(l) Penjaga lif.(m)Pencuci pinggan mangkuk.(n)Pelayan hotel dan lain-lain lagi.Rangkaian pasaraya Mydin adalah pihak swasta yang mengambil berat terhadap peluang
pekerjaan golongan OKU ini. Pasaraya Mydin dengan kerjasama JKM (Jabatan Kebajikan
Masyarakat) dan JICA (Japan International Cooperation Agency) telah mengadakan Karnival
Kerjaya khusus buat golongan OKU untuk membina kerjaya dalam bidang peruncitan dan
borong.
Pasaraya yang menerima pekerja golongan OKU
http://2.bp.blogspot.com/-z5gTHLe53i8/UVFXvxi0sNI/AAAAAAAAEbk/oWEpqp7LYZQ/s1600/580119_470693779670203_2112794177_n.jpg8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
13/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 13
(E) TOKOH OKU YANG BERJAYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN
ALLAHYARHAM YB SENATOR PROF DATUK DR ISMAIL MD SALLEH
YB Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh adalah salah seorang tokoh orang kurang
upaya(OKU) yang cacat penglihatan Beliau merupakan contoh yang terbaik dari kalangan OKU.
Senator orang kurang upaya Pertama, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir pada 27 Ogos 2009 dalam penerbangan dari China ke Singapura ketika
usia 61 tahun. Beliau dikatakan mengalami serangan jantung di dalam pesawat tersebut. Beliau
aktif membantu golongan senasib dengannya. Beliau merupakan salah seorang pakar
ekonomi terkemuka negara ini. Beliau mula hilang deria penglihatan sepenuhnya ketika
berusia 13 tahun. Namun, kecacatan itu bukan pematah semangat dan menjadikannya lemah.
Sebaliknya 'kegelapan' yang dialaminya dijadikannya tiket untuk mengatur langkah berada di
puncak menara gading dan seterusnya mencipta nama di mata dunia. Beliau sering memberikan
pendapat mengenai ekonomi dan kedudukan sosio-ekonomi serta politik orang Melayu
terutamanya pendidikan dan program pembangunan kemiskinan Beliau merupakan seorang yang
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
14/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 14
becita-cita besar. Sebagai seorang anak Melayu Kelantan yang dibesarkan dalam keadaan serba
kekurangan, keazaman dan kecekalan beliau untuk berjaya menjadi aspirasi ramai anggota
masyarakat, terutama golongan orang kurang upaya.
Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 02 September 1947. Beliau mendapat
pendidikan awal disekolah kanak kanak buta Princess Elizabeth, Johor Bahru, Johor. Beliau
dinamakan sebagai orang buta pertama yang menerima ijazah doktor falsafah(PhD) oleh
Guinness Book of World Records kerana menjadi orang pertama yang cacat penglihatan di
dunia untuk mendapatkan PhD. Bapa kepada enam anak ini telah dicabar menjadi orang
pertama dari golongan orang kurang upaya untuk dilantik sebagai Senator pada Disember
2007. Sepanjang hidupnya, beliau telah dianugerahkan banyak anugerah dalam bidang
akademik. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa(ISIS), Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings Sdn Bhd (1994) dan Naib
Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech serta menjadi Pengerusi PPP
Sumber & Khidmat Nasihat, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001, sebagai pengiktirafan untuk
kerja-kerja dan sumbangan kepada masyarakat Malaysia dan Antarabangsa, beliau telah
dianugerahkan Doktor Kesusasteraan (D.Litt.) dari International Irish University oleh
Kesatuan Eropah. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi dan Sains
Politik) daripada Universiti Negeri New York di Albany New York pada tahun 1973. Beliau
menerima Ijazah Sarjana Sains (Ekonomi) dari University of Illinois, Amerika Syarikat pada
tahun 1974 dan memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada tahun 1977 dari universiti
yang sama. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Jabatan Analisis Ekonomi dan
Dasar Awam, Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM ) pada bulan Jun
tahun 1977 sebelum mengetuai jabatan itu pada tahun 1981 selama 3 tahun.
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
15/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 15
Pengetahuan beliau dalam bidang ekonomi tidak disia-siakan oleh pihak yang
memerlukan khidmat beliau. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Biro Dasar Ekonomi Sosio
Ekonomi dan Kajian Negara di ISIS pada tahun 1989 dan sebagai Timbalan Pengarah
Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Ekonomi di Majlis Perdagangan Malaysia
pada tahun 1990. Sejak tahun 2000, Profesor Datuk Dr Ismail merupakan Profesor Adjung
Ekonomi, Universiti Utara Malaysia. Beliau adalah salah satu ahli akademik dan ekonomi
yang diiktiraf antarabangsa serta dihormati. Beliau telah diberi mandat untuk memegang
jawatan dalam pelbagai jawatankuasa dan kumpulan kerja di peringkat tempatan dan
antarabangsa. Antaranya ialah :-
(1)Ketua Hubungan Majlis Perundingan Ekonomi Negara(MAPEN).(2)Presiden Persatuan Kebangsaan Bumiputra Swasta Pendidikan Tinggi.(3)Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara(MTEN).(4)Lembaga Pengarah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP).(5)Ahli Majlis Pendidikan Tinggi Negara.(6)Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Tenaga Nasional(YTN).(7)Ahli Majlis Perniagaan Malaysia (MBC).(8)Jawatan tinggi di ISIS Malaysia.(9)Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia.(10) Pengerusi Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn.(11) Pengerusi Asia Timur, Majlis Antarabangsa bagi Pendidikan Rakyat Dengan
Kemerosotan Visual (ICEVI ).
(12) Pengerusi, Majlis Antarabangsa Asia Tenggara bagi Pendidikan Untuk Orang CacatPenglihatan(1999).
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
16/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 16
(13) Ketua Kontinjen negara semasa Sukan Timur Jauh dan Pasifik Selatan untuk OrangKurang Upaya (Fespic) yang berlangsung di Kuala Lumpur (2006).
Dalam bidang penyelidikan dan perundingan, beliau telah menghasilkan senarai panjang
kajian kes, buku-buku, jurnal penyelidikan, monograf dan artikel (bidang dasar fiscal),
makroekonomi, pembangunan ekonomi dan penswastaan, ahli akademik, ahli ekonomi, pembuat
dasar dan juga ahli-ahli politik. Beliau juga telah menjadi perunding kepada Kerajaan Malaysia,
Bank Pembangunan Asia, UNIDO, Nomura dan Bank Dunia.
Beliau juga menjadi penasihat kerajaan, termasuk NITF. Beliau telah terlibat dengan
Pasukan Petugas Pelaksanaan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada
ketika itu untuk Rancangan Malaysia Ke-9. NITF ini diamanahkan untuk memastikan
pelaksanaan cepat semua program-program di bawah pelan pembangunan 5 tahun terbaru
Malaysia. Terdapat pelbagai sumbangan yang telah beliau berikan kepada Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Persekutuan. Beliau telah mendapat beberapa anugerah iaitu:
(a)Johan Setia Mahkota(JSM) oleh Yang DiPertuan Agong 1993.(b)Pingat KEPUJIAN Tertinggi(PKT) dengan NEGERI PULAU PINANG 1993.(c)Pingat Panglima Khidmat Negara(PJN) 2001 oleh Yang DiPertuan Agong yang
membawa gelaran Datuk.
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
17/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 17
CADANGAN TENTANG MENANGANI MASALAH PEKERJAAN GOLONGAN OKU
i. Kebanyakan pengkhususan yang diambil oleh pelajar OKU dalam bidang kemahiranberada pada tahap sederhana. Oleh itu guru yang mengajar bengkel kemahiran perlu lebih
menekankan pengajaran amali secara sistematik supaya pelajar OKU yang mengalami
masalah pendengaran dan penglihatan dapat menguasai semua kemahiran kursus yang
diceburi.
ii. Sentisa memantau dan meneliti sukatan pelajaran yang bersesuaian dan isi pelajaranmengikut kursus dan kemampuan mereka dari masa ke semasa agar apa yang perlu
dibuat dan apa yang perlu diajar selari dengan kehendak industri bagi memudahkan
mereka diterima bekerja di industri-industri tersebut.
iii. Pihak sekolah perlu ada pengkalan data dan maklumat-maklumat tentang industri-industri yang sesuai untuk pelajar- pelajarnya memohon pekerjaan yang sesuai dengan
kemampuan dan kemahiran mereka setelah tamat sekolah kelak.
iv. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dengan mengamalkan komunikasi secaraterbuka agar anak-anak mereka yang OKU dapat berkongsi masalah peribadi dan
berbincang dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan minat anak mereka.
v. Majikan perlu menyediakan kemudahan asas yang sesuai untuk golongan OKU danpendapatan yang berpatutan, yang sama antara orang normal dan OKU.
vi. OKU perlu didedahkan dengan kursus membina sahsiah dan jati diri agar mereka yakindalam membuat pilihan, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi agar mereka juga
dapat hidup seperti manusia yang normal yang mempunyai keyakinan diri untuk
meneruskan kehidupan.
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
18/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 18
KESIMPULAN
Walaupun individu yang mengalami masalah kurang upaya mempunyai pelbagai
kekurangan tetapi mereka perlu juga meneruskan kehidupan seperti insan yang lain. Dengan
pelbagai bantuan dan keprihatinan oleh orang ramai individu ini dapat juga hidup dan bekerja
untuk menampung kehidupan mereka seharian. Golongan OKU ini juga ada yang mempunyai
keluarga oleh yang demikian dengan pekerjaan yang mereka ada dapat menjana pendapatan
mereka.
Merujuk pada kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan bahawa golongan kurang
upaya ini juga mampu untuk berdikari dan membina sahsiah diri seperti manusia yang normal
tetapi perlu mendapat sokongan dari pelbagai pihak supaya mereka akan lebih memperolehi
kejayaan. Semua pihak harus memainkan peranan agar golongan ini tidak dipinggirkan dan
hanya menganggap mereka tidak mampu untuk hidup berdikari. Dengan pembelajaran dalam
bidang kemahiran dan bidang perniagaan yang telah mereka pelajari tidak mustahil mereka juga
mampu untuk hidup dengan berjaya. Segala kekangan yang ada dapat mereka atasi dengan
bantuan pihak-pihak yang prihatin.
8/13/2019 Jka213 Oku &Pekerjaan (Tugasan)
19/19
JKA 213 2014
Usm PJJ Page 19
RUJUKAN
Zinaidi Ariffin,2006.Kerjaya Untuk Orang Kurang Upaya. Edisi ke 2,Kuala Lumpur:PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd,h.3-21.
http://e-journal.um.edu.my
http://jtksm.mohr.gov.my/tenaga-kerja-oku
http://www.academia.edu/Peranan_Kaunselor_dan_Perkhidmatan_Kaunseling_Kerjaya_bagi_Or
ang_Kurang_Upaya
http://mstar.com.my/berita/TERKINI/Mutakhir/KPWKM_laksana_dasar_satu_peratus_pekerjaa
n_OKU&sec=mstar_berita
http://www.jkmnm.gov.my
http://www.suhakam.org.my/orang-kurang-upaya-oku
http://www.jkmwpkl.gov.my/perkhidmatan-luar/orang-kurang-upaya-termasuk-pdk
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/133.pdf
(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1_754OKUbekerjadisektorawam/Article/index_html)
http://e-journal.um.edu.my/http://jtksm.mohr.gov.my/tenaga-kerja-okuhttp://www.academia.edu/Peranan_Kaunselor_dan_Perkhidmatan_Kaunseling_Kerjaya_bagi_Orang_Kurang_Upayahttp://www.academia.edu/Peranan_Kaunselor_dan_Perkhidmatan_Kaunseling_Kerjaya_bagi_Orang_Kurang_Upayahttp://mstar.com.my/berita/TERKINI/Mutakhir/KPWKM_laksana_dasar_satu_peratus_pekerjaan_OKU&sec=mstar_beritahttp://mstar.com.my/berita/TERKINI/Mutakhir/KPWKM_laksana_dasar_satu_peratus_pekerjaan_OKU&sec=mstar_beritahttp://www.jkmnm.gov.my/http://www.suhakam.org.my/orang-kurang-upaya-okuhttp://www.suhakam.org.my/orang-kurang-upaya-okuhttp://www.jkmnm.gov.my/http://mstar.com.my/berita/TERKINI/Mutakhir/KPWKM_laksana_dasar_satu_peratus_pekerjaan_OKU&sec=mstar_beritahttp://mstar.com.my/berita/TERKINI/Mutakhir/KPWKM_laksana_dasar_satu_peratus_pekerjaan_OKU&sec=mstar_beritahttp://www.academia.edu/Peranan_Kaunselor_dan_Perkhidmatan_Kaunseling_Kerjaya_bagi_Orang_Kurang_Upayahttp://www.academia.edu/Peranan_Kaunselor_dan_Perkhidmatan_Kaunseling_Kerjaya_bagi_Orang_Kurang_Upayahttp://jtksm.mohr.gov.my/tenaga-kerja-okuhttp://e-journal.um.edu.my/Top Related