maju www.mod.gov.bn
BILANGAN 4 | JULAI—SEPTEMBER 2016 Ministry of Development Brunei Darussalam
JAMBATAN SUNGAI KEBUN
UPACARA MENYAMBUNG JAMBATAN
DAN MENAIKKAN KUBAH PROJEK
20 Ogos 2016
Penyambungan (stitching) bahagian
terakhir jambatan dan pemasangan
kubah di atas menara jambatan
merupakan detik-detik bersejarah ke
arah penyiapan pembinaan struktur
utama Jambatan Sungai Kebun. Kerja-
kerja tersebut telah disaksikan oleh
Men ter i Pem b angu nan , Yang
Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji
Bahrin bin Abdullah, selaku tetamu
kehormat di upacara berkenaan.
Penyambungan bahagian terakhir
yang menemukan struktur-struktur
jambatan berkenaan kini sudah
menghubungkan Bandar Seri Begawan
dengan Mukim Sungai Kebun, Mukim
Lumapas dan sekitarnya.
Sementara itu, kubah berukuran 8.7
meter garis pusat juga telah dinaikkan
dan dipasang di atas menara jambatan
pada paras 130 meter.
Sebelum upacara dimulakan, Doa
Selamat telah dibacakan oleh Pegawai
Hal Ehwal Masjid Kampung Pintu
Malim, Awang Haji Muhamad Azrol
Alim bin Haji Zaini.
Beberapa wakil agensi kerajaan yang
terdiri dari Jabatan Siasatan dan
Kawalan Lalu Lintas Pasukan Polis
Diraja Brunei, Paramedik Hospital
Raja Isteri Pengiran Anak Saleha,
Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Jabatan Laut dan Jabatan Kerja Raya
telah ditugaskan di tapak projek bagi
m e m a n t a u d a n m e m a s t i k a n
keselamatan orang awam, khususnya
pengguna-pengguna jalan raya dan
perahu-perahu di kawasan yang
terlibat.
Hadir sama semasa upacara tersebut
i a l a h T i m b a l a n M e n t e r i
Pembangunan, Dato Paduka Awang
Haji Suhaimi bin Haji Gafar,
Setiausaha Tetap (Teknikal dan
Profesional) , Setiausaha Tetap
(Pentadbiran dan Kewangan) ,
Timbalan Setiausaha Tetap dan
pegawai -pegawai kanan yang
be r ken a an d ar i K emen ter i an
Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya.
2 | JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4
UCAPAN TAHNIAH
KUNJUNGAN HORMAT
JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4 | 3
1
2 3
4 5
1. Yang Berhormat Menteri Pembangunan menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik
Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian pada 2 Ogos 2016.
2. Yang Berhormat Menteri Pembangunan menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara
Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Todd Norman Mercer pada 2 Ogos 2016.
3. Yang Berhormat Menteri Pembangunan menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kanan Negara di Kementerian
Kebudayaan, Masyarakat dan Belia dan Kementerian Perdagangan dan Industri Republik Singapura, Puan Yang Terutama
Sim Ann pada 25 Ogos 2016.
4. Yang Berhormat Menteri Pembangunan menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Awang Abu Sufian bin
Haji Ali, bakal Duta Besar Brunei Darussalam ke Belgium pada 22 Ogos 2016.
5. Yang Berhormat Menteri Pembangunan menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai
Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof, bakal Duta Besar Brunei Darussalam ke Republik Perancis pada 22 Ogos 2016.
MESYUARAT
4 | JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4
11 Ogos 2016
Menteri negara-negara ahli ASEAN yang bertanggungjawab bagi alam sekitar telah
mengadakan perjumpaan di Mesyuarat Ke-12 Persidangan Perjanjian ASEAN
mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (COP-12 AATHP) di Kuala Lumpur,
Malaysia.
Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Menteri Pembangunan, Yang
Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Setiausaha Tetap
(Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, serta
beberapa orang pegawai dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.
Pada mesyuarat tersebut, menteri-menteri yang terlibat menegaskan komitmen untuk
melaksanakan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan
dalam mencegah dan memantau pencemaran jerebu merentasi sempadan akibat dari
kebakaran hutan melalui usaha-usaha negara dan kerjasama bersepadu serantau
dengan berkesan. Para menteri juga memuji kemajuan ketara dalam pelaksanaan
aktiviti-aktiviti/program perjanjian tersebut yang mana antara lainnya ialah kemajuan
dalam penubuhan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu
Rentas Sempadan dan cadangan kajian mengenai kesan jerebu terhadap ekonomi,
kesihatan dan sosial di rantau ASEAN pada tahun 2015.
Mesyuarat berkenaan juga menetapkan Pelan Kerjasama ASEAN ke arah Kawalan
Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan dengan Cara Pelaksanaan. Pelan tindakan
tersebut adalah sebagai rangka kerja strategik bagi pelaksanaan tindakan kerjasama
untuk mengawal pencemaran jerebu merentas sempadan di rantau ASEAN dalam
usahanya mencapai visi ASEAN Bebas Jerebu Rentas Sempadan menjelang tahun
2020.
Ramalan keadaan cuaca di rantau ASEAN dalam beberapa bulan mendatang yang
dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Khusus ASEAN juga diambil maklum oleh para
menteri alam sekitar ASEAN, terutamanya keadaan cuaca neutral semasa (bukan El
Nino atau La Nina) dan fenomena La Nina yang boleh saja berlaku dalam suku ketiga
tahun ini. Turunan hujan dijangka normal ke atas paras normal walaubagaimanapun,
keadaan cuaca kering masih dijangka berlaku semasa kemuncak musim kering di
rantau ASEAN sebelah selatan di antara bulan Ogos dan September 2016. Rakan-
rakan ASEAN juga berjanji akan sentiasa berwaspada dan terus memantau serta
meningkatkan usaha pencegahan jerebu bagi mengurangkan apa-apa kemungkinan
yang menyebabkan asap jerebu merentasi sempadan dari kebakaran hutan semasa
cuaca kering yang diramalkan di rantau yang berkenaan dalam beberapa bulan akan
datang.
Para menteri alam sekitar ASEAN turut menggesa supaya negara-negara ahli untuk
sentiasa berwaspada dan terus memantau serta meningkatkan usaha-usaha
pencegahan jerebu bagi mengurangkan kemungkinan jerebu merentas sempadan yang
disebabkan oleh pembakaran hutan semasa keadaan cuaca kering.
Menteri-menteri juga menggariskan keperluan bagi keutamaan dan komitmen untuk
menyelesaikan masalah jerebu dalam sasaran dan tempoh yang telah ditetapkan
seperti yang digunapakai dalam pelan tindakan negara.
Pada mesyuarat tersebut, menteri-menteri
alam sekitar ASEAN juga antara lain
membincangkan perkara-perkara berikut:
Mengambil maklum akan kemajuan yang
ketara oleh negara-negara ahli akan
pengendalian Tahap Amaran dan
Pencetus Mata bagi Pencegahan
Kebakaran dan Penindasan di bawah
Prosedur Operasi Standard mengenai
Pemantauan, Penilaian dan Tindak
Balas Kecemasan Bersama untuk
mengelakkan berulangnya pencemaran
jerebu merentas sempadan;
Mengesahkan sokongan mereka kepada
Republik Indonesia yang berhasrat
untuk menjadi tuan rumah bagi Pusat Penyelarasan ASEAN mengenai Kawalan
Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan dan seterusnya menetapkan negara
tersebut untuk meneruskan deraf Perjanjian Penubuhan pusat berkenaan;
Menyeru negara-negara ahli supaya menggunakan mekanisme di bawah AATHP
untuk menggerakan Panel Pakar ASEAN dalam Penilaian dan Penyelarasan
Kebakaran dan Jerebu untuk menilai keadaan kebakaran hutan dan
mengesyorkan bantuan luar yang diperlukan;
Majoriti negara-negara anggota ASEAN telah memberikan sumbangan kepada
Dana Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ASEAN ke arah
merealisasikan ikrar sumbangan awal yang berjumlah US$500,000. Para menteri
juga mengalu-alukan sumbangan daripada rakan
tersebut;
Mengambil maklum akan kemajuan pembangunan yang substantif pada Program
ASEAN mengenai Pengurusan Mapan Ekosistem Tanah Gambut (2014
disamping sambutannya yang menggalakkan dan sokongan padu daripada rakan
rakan dialog dan pembangunan ASEAN. Para menteri juga mengulangi komitmen
mereka untuk melaksanakan program serantau melalui mekanisme ASEAN,
meningkatkan usaha-usaha peringkat kebangsaan dan kerjasama pelbagai pihak
yang berkepentingan;
Mengambil maklum akan beberapa inisiatif oleh Jawatankuasa Pandu Peringkat
Menteri Sub-rantau mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan untuk
mengambil tindakan yang perlu dalam usaha ke arah pelaksanaan Sistem
Pemantau Jerebu Sub-rantau ASEAN. Dalam pada itu, para menteri juga
menggalakkan negara-negara yang terlibat untuk berkongsi maklumat mengenai
titik-titik panas (hotspots) yang menyebabkan jerebu merentas sempadan melalui
dasar kerajaan dengan kerajaan.
Menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada alam sekitar akan mengadakan
perjumpaan lagi pada tahun 2017 di Negara Brunei Darussalam iaitu pada Mesyuarat
Ke-13 Persidangan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas
Sempadan (COP-13).
MESYUARAT KE-12
PERSIDANGAN PERJANJIAN ASEAN MENGENAI
PENCEMARAN JEREBU RENTAS SEMPADAN
MESYUARAT
JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4 | 5
menteri
alam sekitar ASEAN juga antara lain
Mengambil maklum akan kemajuan yang
negara ahli akan
pengendalian Tahap Amaran dan
Pencetus Mata bagi Pencegahan
Kebakaran dan Penindasan di bawah
Prosedur Operasi Standard mengenai
Pemantauan, Penilaian dan Tindak
Balas Kecemasan Bersama untuk
mengelakkan berulangnya pencemaran
Mengesahkan sokongan mereka kepada
Republik Indonesia yang berhasrat
untuk menjadi tuan rumah bagi Pusat Penyelarasan ASEAN mengenai Kawalan
Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan dan seterusnya menetapkan negara
tersebut untuk meneruskan deraf Perjanjian Penubuhan pusat berkenaan;
negara ahli supaya menggunakan mekanisme di bawah AATHP
untuk menggerakan Panel Pakar ASEAN dalam Penilaian dan Penyelarasan
Kebakaran dan Jerebu untuk menilai keadaan kebakaran hutan dan
mengesyorkan bantuan luar yang diperlukan;
negara anggota ASEAN telah memberikan sumbangan kepada
Dana Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ASEAN ke arah
merealisasikan ikrar sumbangan awal yang berjumlah US$500,000. Para menteri
alukan sumbangan daripada rakan-rakan yang lain untuk dana
Mengambil maklum akan kemajuan pembangunan yang substantif pada Program
ASEAN mengenai Pengurusan Mapan Ekosistem Tanah Gambut (2014-2020),
disamping sambutannya yang menggalakkan dan sokongan padu daripada rakan-
rakan dialog dan pembangunan ASEAN. Para menteri juga mengulangi komitmen
mereka untuk melaksanakan program serantau melalui mekanisme ASEAN,
usaha peringkat kebangsaan dan kerjasama pelbagai pihak
Mengambil maklum akan beberapa inisiatif oleh Jawatankuasa Pandu Peringkat
rantau mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan untuk
mengambil tindakan yang perlu dalam usaha ke arah pelaksanaan Sistem
rantau ASEAN. Dalam pada itu, para menteri juga
negara yang terlibat untuk berkongsi maklumat mengenai
yang menyebabkan jerebu merentas sempadan melalui
menteri yang bertanggungjawab kepada alam sekitar akan mengadakan
perjumpaan lagi pada tahun 2017 di Negara Brunei Darussalam iaitu pada Mesyuarat
13 Persidangan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah ketika menghadiri Mesyuarat Ke-12
Persidangan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.
Menteri Pembangunan bersama Menteri-Menteri ASEAN yang lain ketika sidang media.
MESYUARAT
6 | JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4
30 Ogos 2016
Mesyuarat Kerjasama Alam Sekitar Brunei-Singapura Ke-10
di bawah Pertukaran Lawatan Tahunan telah diadakan di
Brunei Darussalam.
Delegasi negara ini diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang
Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah
dan terdiri dari Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional),
Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny,
Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji
Muhammad Lutfi bin Abdullah, dan pegawai-pegawai kanan
dari Kementerian Pembangunan dan Kementerian Pendidikan.
Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air
Singapura, Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad mengetuai
delegasi dari Republik Singapura.
Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua menteri mengesahkan
penekanan terhadap komitmen ke arah meningkatkan lagi
kerjasama dalam bidang alam sekitar di antara kedua-dua
buah negara.
Para menteri juga mengalu-alukan kemajuan yang mantap
dalam aktiviti kerjasama dan hasil daripada aktiviti-aktiviti
dalam bidang kerjasama di antara kedua-dua buah negara.
Mereka juga bertukar-tukar pandangan berhubung dengan
pengurusan sisa pepejal, pengurusan kualiti udara, penguru-
san sumber-sumber air dan program-program pertukaran belia
alam sekitar. Kedua-dua belah pihak juga bersetuju untuk
berkongsi idea berhubung dengan kepenggunaan hijau (green
consumerism) termasuklah dalam penggunaan label-label hijau
bagi memacu penggunaan dan pengeluaran yang mampan.
Mesyuarat turut membincangkan isu-isu utama berhubung
alam sekitar di rantau ASEAN dan menekankan komitmen
untuk bekerjasama dengan rakan-rakan lain bagi
mengembangkan lagi kepentingannya di rantau ini.
Di samping itu, mereka turut menyokong kerjasama
berterusan kedua-dua buah negara dalam pengurusan bahan
buangan terutamanya dari sudut pertukaran pengalaman di
bidang kitar semula E-waste dan sisa makanan serta
penguatkuasaan bagi membendung kegiatan pembuangan
sampah merata-rata. Menteri yang bersidang juga
mengalu-alukan pertukaran maklumat sistem laporan kualiti
udara terutamanya PM10 dan PM2.5 bagi pemantauan jerebu
serantau. Penyertaan para belia dalam Forum Alam Sekitar
Belia ASEAN Campur Tiga 2016 bertemakan “Imagine. Create.
Change” yang diadakan pada 8 hingga 10 April 2016 di
Republik Singapura itu juga dipandang positif oleh para
menteri dan mereka telah mengambil maklum akan kejayaan
penganjuran dan pelaksanaannya.
Brunei Darussalam dan Republik Singapura juga akan
mengukuhkan lagi pertukaran pengalaman dalam pengurusan
sumber-sumber air menerusi pertukaran maklumat dalam
pembangunan, pelaksanaan, operasi dan penyelenggaran loji
rawatan air dan rangkaian sistemnya, pengurusan permintaan
air dan penjimatan air, mengurangkan banjir serta
pengurusan air terpakai. Kedua-dua buah negara akan terus
membina hubungan yang rapat dan meningkatkan kerjasama
bersepadu bagi memastikan daya tahan dalam mengatasi
cabaran-cabaran pengurusan sumber-sumber air di masa
hadapan.
Republik Singapura akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat
Kerjasama Alam Sekitar Brunei-Singapura Ke-11 pada tahun
2017.
MESYUARAT KERJASAMA ALAM SEKITAR BRUNEI-SINGAPURA KE-10
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah dan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Republik Singapura,
Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli ketika Mesyuarat Kerjasama Alam Sekitar Brunei-Singapura Ke-10.
JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4 | 7
MESYUARAT
12 Julai 2016
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah telah menghadiri Minggu Air
Antarabangsa Singapura di Republik Singapura pada 10 hingga 12 Julai 2016. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Presiden
Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam.
Minggu Air Antarabangsa Singapura yang dihadiri oleh para Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan daripada 35
buah negara dan pihak-pihak berkepentingan dalam industri air dunia. Ia dianjurkan setiap dua tahun sekali dan merupakan
platform global bagi berkongsi dan membina kaedah inovatif bagi masalah air.
Mesyuarat Ahli-Ahli Negara ASEAN bersama Republik Rakyat China, Republik Korea dan Jepun juga diadakan dan telah
membincangkan beberapa strategi dan kerjasama dalam menghadapi isu-isu cabaran yang berkaitan dengan bekalan air dan
sanitasi di rantau ini.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga mengadakan perjumpaan dua hala dengan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air
Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad.
Kedua-dua Menteri berkenaan antara lain telah berbincang bagi menguatkan lagi kolaborasi dalam bidang yang berkaitan dengan
bekalan air dan sanitasi di antara kedua-dua buah negara. Selain itu, usaha meningkatkan kapasiti profesional dan inovasi
teknologi, meningkatkan kesediaan dan kemampanan bekalan air dan sanitasi untuk semua rakyat juga turut dibincangkan.
Semasa di negara berkenaan, Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga
menghadiri persidangan kemuncak ‘Water Leader Summit’, Pameran Inovasi
dan Teknologi Air dan juga Majlis Penganugerahan berprestij ‘Lee Kuan Yew
Water Prize’ yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Republik Singapura,
Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong selaku tetamu kehormat majlis.
Juga hadir ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian
Pembangunan, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny dan
pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan.
MENTERI PEMBANGUNAN HADIRI
MINGGU AIR ANTARABANGSA SINGAPURA
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah bergambar ramai bersama ahli-ahli
negara ASEAN dengan wakil dari Republik Rakyat China, Korea dan Jepun.
Menteri Pembangunan mengadakan perjumpaan dua hala bersama Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Republik
Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad..
LAWATAN
8 | JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4
KUNJUNGAN DELEGASI REPUBLIK
DEMOKRATIK TIMOR-LESTE
19 Julai 2016
Tuan Yang Terutama Virgilio Maria Dias Marcal, President of the Committee C-Finance and Economy Affairs, Republik
Demokratik Timor-Leste, bersama dengan delegasi seramai 15 orang telah mengadakan kunjungan muhibah ke Kementerian
Pembangunan. Kunjungan tersebut telah dialu-alukan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji
Bahrin bin Abdullah.
Semasa perjumpaan tersebut, para delegasi dari Republik Demokratik Timor-Leste telah berkesempatan untuk berbincang dengan
lanjut mengenai projek-projek kemajuan yang diungkayahkan oleh Kementerian Pembangunan termasuk isu-isu yang berkaitan
dengan penyediaan rumah-rumah bagi projek Rancangan Perumahan Negara serta perancangan dan perlaksanaan dalam
penggunaan tanah di Negara ini.
Hadir sama semasa kunjungan rombongan berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin
serta beberapa orang pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan.
Delegasi dari Republik Demokratik Timor-Leste diiringi oleh Charge d’Affaires Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei
Darussalam, Tuan Yang Terutama Erminio da Silva Pinto.
President of the Committee C-Finance and Economy Affairs, Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Virgilio Maria Dias Marcal bersama 15 ahli rombongan telah mengadakan
kunjungan muhibah ke Kementerian Pembangunan.
JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4 | 9
PEMBERIGAAN
27 Ogos 2016
Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 di Jabatan Perdana
Menteri telah mengadakan pemberigaan mengenai Wawasan
Brunei 2035 kepada para pegawai Kementerian Pembangunan
dan jabatan-jabatan di bawahnya. Pemberigaan ini diadakan di
Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan
Latihan, Kementerian Pembangunan.
Hadir selaku tetamu kehormat pada sesi pemberigaan tersebut
ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan,
Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.
Sesi pemberigaan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan
serta mendidik orang ramai mengenai Wawasan Brunei 2035
ke arah memupuk pemahaman setiap individu mengenainya
dan diharap akan memberi kesedaran, mempengaruhi sikap
dan tingkah laku, serta menggalakkan penglibatan setiap
individu untuk bersama-sama menanai tanggungjawab dalam
memastikan pencapaian Wawasan Brunei 2035.
Pada masa yang sama, pemberigaan khusus kepada pegawai-
pegawai kerajaan ini adalah bertujuan untuk mensejajarkan
semula kesemua pihak yang berkepentingan, di mana setiap
organisasi diharap akan memahami kaitan peranan mereka
dalam mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035 dan juga
memperkukuhkan kerjasama rapat dengan agensi-agensi lain
secara “Whole-of-Government” terutamanya dalam menangani
isu-isu yang bersifat “cross-cutting”.
Taklimat telah disampaikan oleh Awang Nadzri bin Haji
Yahya, Pegawai Tugas-Tugas Kanan di Jabatan Perdana
Menteri.
Sebelum itu, Ketua Divisyen Penyelarasan Polisi dan Pelan
Strategik Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Rosita
binti Abdullah selaku Urusetia mengharapkan taklimat
berkenaan akan dapat memberikan penjelasan yang jelas dan
mendokong Wawasan Brunei 2035 serta dikongsikan dengan
rakan sejawat dan kakitangan yang lain.
PEMBERIGAAN
WAWASAN BRUNEI 2035
(GAMBAR BAWAH) Timbalan Setiausaha Tetap,
Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin hadir selaku
tetamu kehormat semasa sesi pemberigaan Wawasan
Brunei 2035. (GAMBAR KIRI) Taklimat Wawasan 2035
disampaikan oleh Awang Nadzri bin Haji Yahya,
Pegawai Tugas-Tugas Kanan di Jabatan Perdana
Menteri.
Antara beberapa orang pegawai yang hadir semasa sesi pemberigaan Wawasan Brunei
2035.
KEGIATAN
10 | JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4
11 Ogos 2016
Pada tahun ini, sebanyak 11
kumpulan telah menyertai
Konvensyen Kumpulan Kerja
Cemerlang (KKC) 2016
pe ringkat Kementer ian
Pembangunan dan jabatan-
jabatan d i bawahnya ,
meningkat sebanyak tujuh
ku mp ulan da r i ta hu n
sebelumnya.
Konvensyen KKC pada tahun
i n i t e l a h d i m e n a n g i
keseluruhannya oleh Jabatan
Ukur. Juara disandang oleh
Kumpulan PGS1516 dari
Jabatan Ukur dengan tajuk
p r o j e k “ K e l a m b a t a n
pembuatan peta di Bahagian
P e m e t aa n G eo s p a t ia l ” ,
Kumpulan LAKAS dengan
tajuk projek “Pengurusan
minyak kenderaan laut
kurang berkesan” meraih naib
juara. Manakala tajuk projek
“Penggunaan stesen geodetik
berkurangan” oleh Kumpulan
ITQAN memenangi tempat
ketiga.
Hadir selaku tetamu kehormat
majl i s dan seterusnya
menyampaikan hadiah kepada
p a r a p e m e n a n g i a l a h
T i m b a l a n M e n t e r i
Pembangunan, Yang Mulia
Dato Paduka Awang Haji
Suhaimi bin Haji Gafar.
K o n v e n s y e n K K C i n i
merupakan aktiviti tahunan
Kementerian Pembangunan.
Tu juannya ia lah ba g i
menggalakkan setiap jabatan
di bawah Kementerian
P e m b a n g u n a n u n t u k
mengadakan kumpulan-
kumpulan bertindak bagi
menangani masalah-masalah
yang dikenalpasti di jabatan
masing-masing. Ini adalah
sebagai salah satu usaha
pembaikan secara berterusan
ke atas proses kerja dalam
memperbaiki perkhidmatan
yang diberikan kepada
pelanggan dan produktiviti
kerja ke arah mencapai tahap
prestasi serta kualiti kerja dan
perkhidmatan yang lebih
tinggi.
Ia juga dihasratkan untuk
dibudayakan sebagai satu
kaedah atau cara yang boleh
meningkatkan pencapaian
yang memberikan kesan
positif bukan sahaja kepada
jabatan masing-masing,
ma lahan j ug a ke pa da
kementerian dan negara.
MAJLIS KONVENSYEN KUMPULAN KERJA CEMERLANG
Kumpulan-kumpulan yang
menyertai Konvensyen KKC
peringkat kementerian pada
tahun ini dan tajuk-tajuk projek
yang dibentangkan
Juara - Kumpulan PGS1516 dari Jabatan Ukur.
Naib Juara - Kumpulan LAKAS dari Jabatan Ukur.
Tempat Ketiga - Kumpulan ITQAN dari Jabatan Ukur.
KEGIATAN
JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4 | 11
KEJOHANAN BOLA JARING
27 Julai 2016
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia
Awang Haji Bahrin bin Abdullah dan isteri, Pengiran Datin
Hajah Noorsiah binti Pengiran Hamdan telah menghadiri
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian
Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang
dikelolakan oleh Jabatan Ukur. Sambutan berkenaan
diadakan di Dewan Muhibbah, Pejabat Daerah Brunei dan
Muara, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas.
Sambutan tesebut dimulakan dengan kata-
kata aluan daripada Yang Berhormat
Menteri Pembangunan dan seterusnya
menyaksikan tayangan video ucapan
Selamat Hari Raya daripada Timbalan
Menteri Pembangunan, Setiausaha Tetap
(Pentadbiran dan Kewangan), Timbalan
Setiausaha Tetap dan wakil jabatan-
jabatan di bawah Kementerian
Pembangunan.
Sambutan turut dimeriahkan dengan
pelbagai hiasan pondok makanan,
persembahan pentas dan cabutan nombor
bertuah. Pondok makanan Jabatan
Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja
Raya telah dipilih sebagai hiasan pondok makanan terbaik
manakala persembahan pentas terbaik dimenangi oleh
gabungan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja
Raya bersama Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.
Sambutan ini diharap akan dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim dan kerjasama di kalangan warga kerja
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Hari yang penuh kemeriahan tersebut juga turut diraikan
bersama keluarga sesuai dengan temanya “Kecerian
Berkeluarga Di Aidilfitri”.
28 Ogos 2016
Jabatan Perkhidmatan Teknikal dan Jabatan Kemajuan,
Jabatan Kerja Raya telah menganjurkan bersama Kejohanan
Bola Jaring Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya. Ia diadakan di Gelanggang Bola Jaring Sekolah
Sukan, Kampung Pulaie.
Tujuan utama kejohanan ini adalah bagi menggalakkan
pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di
bawahnya untuk bergiat cergas serta aktif dalam aktiviti-
aktiviti sukan, di samping meningkatkan persefahaman dan
kerjasama secara berpasukan serta mengeratkan lagi silatu-
rahim.
Sebanyak enam kumpulan telah menyertai kejohanan bola
jaring pada kali ini. Pasukan yang bertanding terdiri dari
Jabatan Ukur ‘A’, Jabatan Ukur ‘B’, Jabatan Alam Sekitar,
Taman dan Rekreasi, Jabatan Tanah, Jabatan Perkhidmatan
Mekanikal dan Elektrikal, dan Jabatan Perkhidmatan
Teknikal.
Pada perlawanan akhir, Jabatan Ukur ‘A’ telah muncul sebagai
juara setelah menewaskan Jabatan Tanah dengan kutipan
mata 19 – 6. Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh
Jabatan Ukur ‘B’.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan
hadiah kepada para pemenang ialah isteri Setiausaha Tetap
(Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Datin
Dr. Hajah Junaidah binti Haji Abu Bakar.
Turut hadir ialah isteri Timbalan Setiausaha Tetap
Kementerian Pembangunan, pegawai-pegawai serta
kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya.
SAMBUTAN HARI
RAYA AIDILFITRI
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah selaku
tetamu kehormat majlis mengunjungi salah satu pondok hidangan pada sambutan tersebut.
Tetamu kehormat, isteri Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Datin Dr. Hajah
Junaidah binti Haji Abu Bakar menyampaikan piala dan medal kepada pasukan
Jabatan Ukur ‘A’ yang memenangi Kejohanan Bola Jaring Kementerian Pembangunan
dan jabatan-jabatan di bawahnya.
KEGIATAN
12 | JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4
16 Ogos 2016
Majlis Doa Selamat bagi pegawai dan kakitangan
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya
yang akan menunaikan ibadah haji tahun 1437 Hijrah telah
diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri
Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji
Bahrin bin Abdullah.
Majlis diisikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Hakikat Haji
Yang Mabrur’ yang disampaikan oleh penceramah undangan,
Yang Mulia Ustaz Haji Jufri bin Haji Hidup, Pegawai Hal
Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan kemudian berkesudian menyampaikan sumbangan derma kepada semua bakal jemaah haji sebagai i
pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Pada tahun ini, seramai 12 orang pegawai dan kakitangan di kementerian ini akan pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji seperti berikut:
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh penceramah undangan bagi sama-sama memohon kesejahteraan dan keselamatan bakal je
dipermudahkan segala urusan dan kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur.
Bil. Nama Jabatan
1 Awg Mohammad Rozaiman bin Haji Abd Rahman Jabatan Kemajuan Perumahan
2 Awg Mohammad bin Haji Md Noor
Jabatan Perkhidmatan Bangunan 3 Awg Amir bin Awg Haji Alli
4 Dyg Hajah Usnah binti Haji Tuah
5 Awg Brahim bin Damit Jabatan Saliran dan Pembetungan
6 Awg Haji Mohammad bin Haji Khamis Jabatan Perkhidmatan Air
7 Pengiran Ismail bin Pengiran Mohd Salled
8 Awg Latip bin Haji Yahya Jabatan Jalan Raya
9 Dyg Noriah binti Haji Mohd Jani Jabatan Perkhidmatan Teknikal
10 Awg Bolhassan bin Adam
Jabatan Kerja Raya Daerah Belait
dan Tutong 11 Awg Jumat bin Aman
12 Dyg Suraya binti Haji Jamal
MAJLIS DOA SELAMAT BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG AKAN
MENUNAIKAN IBADAH HAJI TAHUN 1437 HIJRAH
Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyampaikan derma kepada
salah seorang bakal jemaah haji.
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah bergambar ramai bersama bakal
KEGIATAN
JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4 | 13
Yang Berhormat Menteri Pembangunan kemudian berkesudian menyampaikan sumbangan derma kepada semua bakal jemaah haji sebagai ingatan baik daripada
seperti berikut:
sama memohon kesejahteraan dan keselamatan bakal jemaah haji serta
MAJLIS DOA SELAMAT BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG AKAN
MENUNAIKAN IBADAH HAJI TAHUN 1437 HIJRAH MAJLIS IBADAH KORBAN
14 September 2016
Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bagi
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis yang dikelolakan
oleh jabatan tersebut diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja
dan Latihan, Kementerian Pembangunan.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan pengagihan daging-daging korban
ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin
Abdullah.
Majlis dimulakan dengan ceramah khas bertajuk ‘Korbanku Untuk Mu’ yang
disampaikan oleh penceramah undangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali
(UNISSA), Awang Haji Mohd. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.
Majlis kemudian diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban kepada 165 orang
golongan asnaf fakir miskin yang terpilih dari Mukim Berakas ‘A’ dan ‘B’ serta warga
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Pada tahun ini, sebanyak tujuh ekor lembu telah dikorbankan dengan disertai oleh 49
orang peserta yang mengikuti ibadah korban kali ini.
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan Kementerian Pembangunan yang
bertujuan untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai dan kakitangan untuk
beramal dan bersedekah serta sebagai tanda taat dan bersyukur kepada Allah
Subhanahu Wata’ala terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakanNya.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyampaikan derma kepada
salah seorang bakal jemaah haji.
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah bergambar ramai bersama bakal-bakal jemaah haji.
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat
Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin
Abdullah meyempurnakan agihan daging
korban kepada salah seorang penerima.
Turut hadir menyempurnakan agihan
daging korban kepada penerima-penerima
perempuan ialah isteri Menteri
Pembangunan, Yang Mulia Pengiran
Datin Hajah Noorsiah binti Pengiran
Hamdan.
KEGIATAN
14 | JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SERTAI
REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2016
Pasukan lumba perahu Kementerian Pembangunan yang menyertai Regata Brunei Darussalam 2016.
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah (kiri) bergambar ramai
sebelum acara lumba perahu dimulakan. Juga turut serta ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato
Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (tiga dari kanan).
Pasukan lumba perahu Kementerian Pembangunan berjaya meraih
tempat ketiga dalam Acara Lumba Perahu Tradisi 25 Pekayuh
Antara Kementerian.
21 Ogos 2016
Kementerian Pembangunan telah berjaya meraih
tempat ketiga dalam acara Lumba Perahu Tradisi
25 Pekayuh Antara Kementerian semasa Regata
Brunei 2016 sempena Sambutan Perayaan Ulang
Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-70
tahun. Acara tersebut telah berlangsung di
Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan pada 21
Ogos 2016.
Acara yang dianjurkan oleh Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan
Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan itu turut disertai oleh kementerian-
kementerian, syarikat-syarikat swasta, institusi
pengajian tinggi, kedutaan-kedutaan asing di
Negara Brunei Darussalam serta pasukan-
pasukan dari negara jiran.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan
Timbalan Menteri Pembangunan juga turut serta
semasa acara tersebut.
PENTADBIRAN
JULAI—SEPTEMBER 2016 | MAJU: BILANGAN 4 | 15
PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERSARA DAN BARU BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
DYG HAJAH HANIAH BINTI HAJI MD JAMIL @ HAMIAH
Setiausaha Sulit
Pejabat Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan)
Tarikh bersara: 30 Julai 2016
DYG HAJAH NORSALAM BINTI AWG HAJI ABU BAKAR
Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II
Bahagian Pembangunan Industri Pembinaan, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi)
Tarikh bersara: 31 Ogos 2016 (Menamatkan perkhidmatan)
DYG AISAH BINTI HAJI ABDUL RASHID
Kerani
Unit Kewangan, Divisyen Pengurusan Korporat
Tarikh bersara: 23 September 2016
* Tidak ada pegawai dan kakitangan yang baru melapor atau dipindahkan ke Kementerian ini
dalam tempoh Julai hingga September 2016.
PENASIHAT
Yang Mulia Awg Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah
Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan)
Yang Mulia Dato Paduka Awg Eddie bin Dato Paduka
Haji Sunny
Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional)
Yang Mulia Awg Haji Marzuke bin Haji Mohsin
Timbalan Setiausaha Tetap
PENGERUSI PENERBITAN
Yang Mulia Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin
Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan
SIDANG PENGARANG
DIVISYEN URUS TADBIR DAN PENGGERAK
Dyg Hajah Rohani binti Haji Chuchu
Awg Muhamad Hairi bin Abd Halim
Dyg Norkamaliah binti Haji Ja’afar
Dyg Siti Noorazriyah binti Johan
FOTO
Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri
Divisyen Urus Tadbir dan Penggerak, Kementerian
Pembangunan
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi,
Kementerian Pembangunan
Top Related