7/27/2019 Isu Kepelbagaian budaya
1/3
Isu : Kepelbagaian Budaya
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Budaya ialah tamadun, peradaban,
kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Budaya
juga bermaksud suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan,
adat resam, sikap dan nilai. Manakala menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying et
al, budaya dimaksudkan sebagai cara hidup manusia dari segi pemikiran,
kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli atau
anggotanya serta diwarisi secara turun-temurun. Oleh itu, kepelbagaian budaya
merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai budaya
masing-masing dan setiap budaya berbeza dari segi agama, bahasa, kepercayaan
dan sistem nilai.
Di sekolah kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik atau
bangsa merupakan satu cabaran kepada guru untuk menangani isu kepelbagaianpemikiran, kepercayaan dan agama agar mewujudkan suasana bilik darjah yang
produktif dan mesra budaya. Perancangan dan perlaksanaan rapi perlu dibuat
supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan bermakna kepada semua pelajar.
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menangani isu kepelbagaian
budaya. Antaranya ialah dengan menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju
sistem pendidikan Negara dan memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil
kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil,
sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan
taraf pendidikan Negara. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memastikan supaya
setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam
tanpa mengira latar belakang. Di samping itu juga, pihak yang berkenaan juga perlu
menyediakan biasiswa merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan
dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar Bandar dan pedalaman.
7/27/2019 Isu Kepelbagaian budaya
2/3
Bukan itu sahaja, malah penekanan perlu diberikan kepada pelajar supaya
menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina
sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan bahan
kurikulum yang mewakili kumpulan etnik secara posItif dan pelajaran akan
menyeronokkan. Contohnya, dalam topik Pakaian Tradisional, guru boleh
menunjukkan gambar atau membawa pakaian tradisional pelbagai kaum dan pelajar
boleh meneliti serta menguasai pengetahuan tentang ciri-ciri unik setiap pakaian
tradisional. Persefahaman antara kaum akan lebih ketara lagi jika berlakunya
perkongsian pengetahuan mengenai budaya masing-masing. Selain itu, guru juga
harus berusaha untuk mengelakkan elemen salah faham dan tidak percaya sesama
bangsa pada masa depan. Sekiranya budaya ini tidak dielakkan, akan timbul rasa
prejudis dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dan akhirnya mula
membuahkan perasaan yang tidak ikhlas antara satu sama lain. Dalam usaha untuk
menjadikan Malaysia lebih cemerlang, setiap murid hendaklah diberi pendedahan
tentang aspek kepelbagaian budaya supaya mereka saling memahami antara satu
sama lain.
Isu ini juga boleh ditangani melalui kegiatan ko-kurikulum. Jika guru hanya
menumpukan kepada pembelajaran akademik semata bukan sahaja mewujudkan
masyarakat yang berorientasikan peperiksaan, tetapi juga malahirkan individu yang
sempit pemikirannya. Pihak sekolah perlu memainkan peranan dengan mengadakan
aktiviti yang menarik dan mencabar di sekolah-sekolah untuk memulihkan semula
kegiatan ko-kurikulum. Murid yang menjalani kegiatan ko-kurikulum yang terancang
ini akan bersikap terbuka dan mempunyai kebolehan serta memiliki pandangan yang
lebih baik terhadap kehidupan masa hadapan mereka walaupun hidup dalam
masyarakat yang pelbagai kaum.
Kita juga perlu memberikan lebih banyak ruang dan peluang untukmasyarakat berbilang kaum ini bercampur seperti mewujudkan program sekolah
7/27/2019 Isu Kepelbagaian budaya
3/3
berkembar di mana warga sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan
berkumpul bersama dan berinteraksi dalam aktiviti sukan atau aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang lain. Para murid harus digalakkan untuk mengambil bahagian
dalam usaha pengintegrasian ini dengan memastikan aktiviti yang diadakan tersebut
adalah menyeronokkan dan mampu menarik minat dan perhatian generasi muda
hari ini.
Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya
murid agar masalah guru syok sendiri dalam mengajar tidak berlaku. Seharusnya
guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
aspek perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menjamin kemajuan murid secara optimum. Sebagai seorang guru, perkara utama
yang perlu ditangani adalah seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik
darjah,masa yang diperuntukkan dan profil murid mengikut tahap kecerdasan. Atau
secara mudahnya dapat dikatakan bahawa elemen yang perlu dikuasai oleh setiap
guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan
pengajaran,sumber pembelajaran,penglibatan aktif murid,penilaian
prestasi,pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam
menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan teknologi maklumat. Murid adalah
pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan perkhidmatan.
Oleh itu perkhidmatan yang diberi harulsha mengikut standard yang telah ditetapkan
oleh majikan KPM.
Secara kesimpulannya, kepelbagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan
budaya merupakan 3 aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran
utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia
pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar
dalam menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya.
Top Related