Lawan atau cabar guru ialah membantah atau membangkang arahan yang diberikan oleh guru.
Merasakan diri dimalukan di khalayak ramai: Dihukum.
Ingin mempamerkan rasa tidak puas hati terhadap guru.
Hilangnya rasa hormat seorang pelajar kepada gurunya.
Berlaku perbezaan pendapat antara guru dan murid yang membawa kepada pertelingkahan.
Guru tidak perlu terlalu berkasar dengan murid.
Memberi kaunseling dan motivasi terhadap pelajar yang bermasalah.
Guru perlu menegur setiap kesalahan murid secara berhemah.
Mengadakan kempen ‘hormatilah guru anda’.
Pihak sekolah memastikan pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah: Belakang bangunan; Kaki lima sekolah yang sunyi.
Menggalakkan pelajar menyertai kelab pencegah jenayah.
Pelajar haruslah pandai memilih rakan sebaya.
Ibu bapa menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak.
Buli bermaksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, memaki, mengejek, menghina, menumbuk dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap mangsanya.
Kekurangan penghayatan nilai agama.
Ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kepada anak-anak. Sibuk mencari duit; Bersikap materialistik.
Terpengaruh dengan tindakan rakan sebaya.
Pihak KPM/sekolah menitikberatkan isu ini dalam pelajaran di sekolah melalui mata pelajaran: Pendidikan Moral; Pendidikan Islam; Pendidikan Sivik.
Mengadakan ceramah dan kempen: Kempen anti buli; Kuiz tentang kes buli
Pihak sekolah memastikan pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah: Belakang bangunan; Kaki lima sekolah yang sunyi.
Menggalakkan pelajar menyertai kelab pencegah jenayah.
Pelajar haruslah pandai memilih rakan sebaya.
Ibu bapa menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak.
Vandalisme ialah perbuatan atau perlakuan
merosakkan, memusnahkan, mengotorkan benda-
benda serta peralatan yang bukan kepunyaan
sendiri yang seterusnya menggugat kesejahteraan
hidup orang lain.
Pengaruh Rakan Sebaya Pelajar biasanya lebih mudah meniru dan
terpengaruh dengan rakan sebaya. Tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul
timbul idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
Ibu Bapa dan Keluarga berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga
yang mengamalkan budaya hidup negatif. kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna
daripada ibu bapa.
Pengaruh Media Massa Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau
rancangan dari barat. Mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di
sekeliling.
Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat Masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan
dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial. Pelajar merasakan diri mereka bebas untuk
meneruskan gejala negatif
Penguatkuasaan Undang-undang Sesiapa yang didapati merosakkan harta benda
awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.
Menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.
Peranan Ibu Bapa dan Keluarga memberi tunjuk ajar tentang falsafah kepentingan
harta benda awam. mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka
supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati pelajar.
Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi
perhatian kepada anak mereka. memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar
mengenai kepentingan harta awam.
Peranan Media Massa Menyampai maklumat tentang vandalisme dalam
apa bentuk rancangan yang tersiar. membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan
kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama”.
Melepak ialah satu aktiviti yang dilakukan
untuk menghabiskan masa lapang ditempat-
tempat awam seperti kompleks membeli-belah,
perhentian bas, tempat-tempat hiburan dan
sebagainya tanpa sesuatu tujuan yang
berfaedah.
Kurangnya kawalan, pengawasan dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Berasa bosan tinggal di rumah tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan untuk memenuhi masa mereka secara yang lebih berfaedah.
Tiada suasana yang harmoni di rumah mereka
Pihak kerajaan atau pihak swasta menjalankan kempen untuk menyedarkan masyarakat kita tentang keburukan melepak.
Guru-guru di sekolah perlulah menyemaikan disiplin diri, menekankan kepada murid-murid pendidikan moral, bimbingan dan pendidikan yang sewajarnya untuk masa depan mereka.
Ibu bapa mengorbankan sedikit waktu untuk bersama-sama anak-anak mereka sama ada di rumah ataupun dengan mengadakan aktiviti keluarga di luar rumah.
Menggalakkan remaja menyertai aktiviti yang berfaedah: Kelab Rakan Muda; Khidmat Masyarakat; Kem Bina Diri.
Ponteng kelas atau sekolah merupakan satu
perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah
yang boleh membawa kesan negatif terhadap
diri pelajar sendiri, keluarga dan juga sekolah.
Faktor Individu Malas; Bekerja; Tiada minat belajar.
Faktor Persekitaran Pengaruh rakan sebaya; Tinggal dalam komuniti yang tidak prihatin; Ikatan kejiranan yang longgar; Tarikan kafe siber/pusat membeli belah.
Faktor Keluarga Kurang prihatin; Kurang pengawasan; Gaya hidup dalam keluarga.
Faktor Sekolah Kurang pengawasan pentadbiran; Persekitaran dan iklim sekolah; Pengurusan disiplin kurang cekap.
Pihak sekolah mengadakan kempen datang awal ke sekolah.
Ibu bapa prihatin terhadap anak-anak mereka.
Pihak sekolah mengambil langkah mengetatkan peraturan sekolah manakala unit disiplin perlu lebih bertegas: Mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang
ponteng.
Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang sihat bagi menarik pelajar datang ke sekolah.
Top Related