8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
1/67
Nama:
Nombor I/C:
Kelas:
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
2/67
Bil. Kandungan Muka
surat
1 Sinopsis bab demi bab
2 Plot cerita
3 Tema dan persoalan
4 Teknik plot
5 Latar
6 Gaya bahasa
7 Nilai dan pengajaran
8 Watak dan perwatakkan
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
3/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
4/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
5/67
Buku Satu: Keluarga Seman
Bab 1:
Mak Limah, ibu seman memerhatikan anaknya yang sedang membelah kayu.
Mak Limah berharap agar Seman berkahwin agar makan minum dan pakainnya
berjaga tetapi Seman masih belum mahu berkahwin. Mak Limah terkejut mendengar
batuk suaminya, Pak Musa yang menjadi-jadi. Semasa Ketiadaan Mak, Limah, Pak
Musa telah memberitahu Seman bahawa tanah yang sedang mereka duduki itu
bukan kepunyaan mereka dan meminta anak tunggalnya membawa ibunya keluar
dari tempat itu setelah dirinya meninggal dunia. Pak Musa tidak pernah memberitahu
Isterinya dari mana dia mendapat wang untuk membeli haiwan ternakan, bendang
dan tanah mereka. Seman bingung memikirkan hal yang diberitahu oleh bapanya.
Seman menjemput Pak Utih untuk mengubati Pak Musa. Pak utih member jaminan
kepada Seman bahawa bapanya akan sembuh, namun pada pagi itu juga bapanya
meninggal dunia. Mak Limah terkenang kembali bagaimana Pak Musa
menyembunyikan Seman apabila guru besar berkeliaran di kampung mencari
pemuda-pemuda untuk dibawa belajar di sekolah. Pak Musa tidak mahu anaknya
belajar di sekolah kerana tidak mahu berenggang dengannya dan beranggapan
tiada pentingnya anaknya pandai menulis dan membaca kerana Seman akan
menjadi petani sepertinya setelah meningkat dewasa. Bgi memujuk Seman yang
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
6/67
beria-ria mahu ke sekolah, Pak Musa menghantar anaknya belajar mengaji dengan
Lebai Man.
Bab 2:
Setelah dua puluh tujuh hari Pak Musa meninggal dunia, Cina Panjang
memanggil Seman. Cina Panjang menunjukkan surat hutang, surat tanah sawah
dan surat tanah kampung kepada Seman. Seman terkejut apabila mendapat tahu
bahawa arwah ayahnya telah berhutang dengan Cina Panjang sehingga melebihi
Rm10000. Cina panjang memberikan syarat kepada Seman jjika dia masih mahu
tinggal di rumah itu. Jika seman tidak bersetuju, dia boleh meninggalkan tanah itu
kerana Cina Panjang mahu menyuruh orang lain yang mengusahakan tanahnya.
Sampai sahaja di rumah, Seman menggeledah seisi rumahnya bagi mencari jika ada
wang yang Pak Musa simpan. Walaubagaimanapun, arwah bapanya itu tiada duit
langsung. Mak Llimah hairan melihat perubahan sikap Seman.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
7/67
Bab 3:
Seman bertanya mak Limah tentang status harta mereka. Mak Limah
mengaskan bahawa semua harta mereka adalah kepunyaan keluara mereka sendiri
kerana itulah apa yang diberitahu oleh suaminya. Mak Limah menyuruh Seman
berjumpa dengan Tuk Penghulu untuk membincangkan hal tersebut. Mak Limah
tidak percaya bahawa suaminya telah menggadaikan semua hartanya kepada Cina
Panjang. Suaminya sering meyakinkannya bahawa semua harta tersebut adalah
milik mereka. Mak Limah terkenang peristiwa dia tidak diakui anak oleh ayahnya
sendii kerana mahu berkahwin dengan pak Musa yang miskin. Setelah berkahwin,
Mak Limah dan Pak Musa meninggalkan kampung mereka dan berpindah ke
kampung Nyiur Condong. Pak Musa kemudiannya bekerja dengan Cina Panjang
yang berniaga di Pekan Sinmpang Empat. Pak Musa menolong Cina Panjang
membeli padi ketika musim menuai dan membeli ikan ketika musim kemarau.
Kemudian, Pak Musa daan Mak Limah berpindah ke rumah yang mereka duduki
sekarang. Seman telah bejumpa dengan Lebai Man dan memberitahu gurunya itu
bahawa Pak Musa telah menggadaikan hartanya kepada Cina Panjang. Lebai man
mengajak Seman ke rumah Penghulu Talib untuk mengesahkan status hartanya.
Penghulu Talib sebenarnya sudah tahu akan perkara itu tetapi tidak menyangka
perkara itu akan terjadi pada mukimnya. Penghulu Talib menerangkan kepada Lebai
Man dan Seman bahawa Pak Musa telah membeli tanah menggunakan wang yang
telah dipinjamkan oleh Cina Panjang. Jual bali tanah antara Pak Musa dengan tuan
tanah memang sah tetapi Pak Musa telah membuat surat perjanjian dengan Cina
Panjang selepas itu yang menghalang Pak Musa daripada menguasai tanah itu
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
8/67
sebagaii miliknya yang mutlak melalui surat-surat yang telah ditunjukkan oleh Cina
Panjang. Lebai Man terperanjat apabila mendapat tahu hal yang sebenarnya dan
berasa kasihan akan Seman.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
9/67
Bab 4:
Cina Panjang, Pak Cin dan anaknya kadir Telah datang ke rumah Seman
ketika dia sedang mengasah parang. Pak Cin memberitahu sebab mereka kesana
adalah untuk meminta Seman dan Mak Limah meninggalkan rumah mereka pada
hari itu juga. Cina Panjang menyuruh Seman membayar sewa jika dia masih mahu
tinggal di rumah tersebut tetapi Seman masih enggan membayar sewa. Lazim dan
Mat Labu datang ke rumah Seman lalu Seman memberitahu mereka bahawa Cina
Panjang mengusir dia dan ibunya keluar dari rumah itu. Penghulu Talib, Lebai Man,
Cina Panjang, Pak Cin dan Kadir datang semula ke rumah Seman. Seman dinasihati
Penghulu alib untuk keluar dari rumah itu. Penghulu Talib meminta Cina Panjang
memberikan Seman dan ibunya tempoh satu minggu bagi membuat persiapan.
Lebai Man mengajak Seman dan Mak Limah tinggal di rumahnya namun
cadangannya itu ditolak. Seman membuat keputusan untuk mencari kerja di tempat
yang jauh dari kampungnya.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
10/67
Bab 5:
Lazim bingung memikirkan masalah yang ditimpa Seman dan ibunya. Lazim
semakin sediah meliahat penderitaan bangsanya. Dia berpendapat bahawa bangsa
melayu akan terus miskin dan bodoh jika mereka tidak mahu mengubah sikap.
Perubahan sikap harus diiringi dengan kegunaan ilmu pengetahuan. Oleh sebab
kebodohanlah Pak Musa bekerja bermati-matian untuk Cina Panjang tanpa
mendapat balasan yang setimpal dan setelah Pak Musa meninggal dunia, anak dan
isterinya diusir begitu sahaja. Walaupun bapa Lazim miskin, namun darjatnya telah
naik kerana anaknya, Lazim menjadi seorang guru. Lazim yang telah menuntut
pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim sudah beberapa kali
mengajak pemuda-pemuda kampungnya untuk bersatu padu dengan menyertai
persatuan namun usahana itu gagal. Mereka lebih gemar belajar agama dan majoriti
mereka buta huruf. Lazim meminta kebenaran bapanya, Pak Usuh untuk
membenarkan Seman dan ibunya menumpang di tanah mereka. Pak usuh bersetuju
dengan cadangan Lazim namun dia pasti Seman yang keras kepala tidak akan
menerima cadangan anaknya itu. Lazim memberitahu Mak Limah tentang usulnya
itu tetapi Mak Limah menyerahkan hal itu kepda Seman.Guru-guru di sekolah Lazim
dan penduduk kampung berpakat memberikan pertolongan untuk membangunkan
sebuah rumah di atas tanah Pak Usuh bagi Seman dan Mak Limah. Seman
menolak bantuan Lazim kerana dia tidak mahu orang lain menolongnya dan dia
tidak mahu meminta sedekah daripada orang lain. Lazim kecewa dengan sikap
Seman. Penduduk Kampung Nyiur Condong tidak tahu ke mana Seman dan ibunya
telah menghilang kerana sudah beberapa hari mereka tidak dilihat.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
11/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
12/67
Buku Dua: Keluarga Chin Huat
Bab 1:
Tanaman penduduk desa di pelembahan gunung musnah sekali lagi akibat
serangan belalang. Pada petang itu, Lee Kim Lock memberitahu isterinya bahawa
mereka sekeluarga akan mati kelaparan kerana semua padi tidak dapat
diselamatkan sehingga ada penduduk desa yang membunuh diri. Kim Lock
memutuskan untuk membawa isterinya dan anaknya, Chin Huat ke Cangcow untuk
memulakan hidup baru.Kehadirah Paman Kok Leng membantutkan hasrat Kim Lock
untuk meninggalkan desanya. Paman Kok Leng menceritakan kepada masyarakat
desa tentang kemudahan mencari wang di rantau orang. Kim Lock menyatakan
keinginannya mengikut Paman Kok Leng dengan membawa Chin Huat sementara
isterinya tinggal di desa. Setiap orang yang ingin merantau perlu membayar lima
puluh ringgit sementara Chin Huat hanya perlu membayar dua puluh lima ringgit
sahaja. Tiga hari kemudian, mereka sampai di Cangcow. Kota itu sibuk dengan
aktiviti jual beli dan orang ramai. Setibanya mereka di Singapura, mereka diperiksa
oleh orang Inggeris yang digelar Syaitan Putih. Chin Huat mendapat kerja sebagai
pelayan di kedai kopi dengan gaji lima sen sehari. Makan minumnya ditanggung
tetapi Chin Huat harus tinggal di kedai itu manakala Kim Lock masih belum
mendapat kerja. Beberapa hari kemudian, Kim Lock mendapat kerja sebagai penarik
lanca. Tauke lanca itu mahu Kim Lock membayarnya dua puluh sen untuk sewa satu
hari sementara Paman Kok Leng mahu Kim Lock membayarnya dua puluh sen juga
bagi melangsaikan hutangnya. Pada suatu hari, Paman Kok Leng mengajak Kim
Lock minum samsu kerana dia mahu Kim Lock menjual anaknya. Kim Lock tidak
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
13/67
seuju dengan cadangan Paman Kok Leng. Pada keesokan harinya, Kim Lock sedar
bahawa duitnya dicuri Paman Kok Leng ketika dia sedang mabuk semalam.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
14/67
Bab 2:
Sudah dua tahun setangah Kim Lock dan Chin Huat tinggal di Singapura. Kim
Lock telah melakukan pelbagai pekerjaan daripada menarik lanca sehinggalah
menjdi kuli mengangkat najis. Namun, gaji yang diperolehinya hasil menjadi kuli
lebih terjamin iaitu sepuluh ringgit sebulan. Kim Lock dan Chin Huat telah berpindah
ke sebuah bilik kecil di belakang sebuah kedai di Amoy Street. Chin Huat pula telah
bekerja di sebuah kedai runcit. Hutang mereka kepada paman Kok Leng telah lama
selesai tetapi Paman Kok Leng telah menipu mereka dengan menyatakan hutang
mereka kepadanya masim belum di langsaikan. Kim Lock tiada jalan lain tetapi
harus membayarnya. Pada suatu hari, Kim Sui bertemu dengan Kim Lock. Kim Sui
merupakan orang yang menang judi di atas kapal yang mereka naiki dari China dan
dia juga merupakan anak saudara Paman Kok Leng. Kim Sui mengajak Kim Lock
pergi ke Ma-la-ca. Kim Lock membawa Chin Huat ke Ma-la-ca walaupun Chin Huat
sudah senang bekerja di kedai Tauke Gim Thong. Namun, kapal mereka yang
disangkakan akan ke Ma-la-ca berhenti di Muar. Seorang tauke lombang di lukut
menawarkan Kim Lock bekerja sebagai kuli lombong. Mereka kemudian belayar pula
ke Lukut dan menjadi kuli pertama di lombong yang belum dibuka. Chin Huat
mengajak bapanya mencari kerja di tempat lain kerana lombong itu tidak begitu
selamat. Sebagi bukti, seorang pekerja telah maut dibawa lari harimau. Tetapi Kim
Lock masih mahu bekerja di situ kerana gaji yang baik. Walaubagaimanapun,
setelah mendapat tahu Paman Kok Leng mempunyai kongsi di lombong tersebut,
Kim Lock mula tidak sedap hati untuk meneruskan pekerjaannya. Sebenarnya, Kim
Lock masih berdendam akan Paman Kok Leng kerana telah menipunya dahulu.
Semasa Kim Lock mahu kembali semula ke Pulau Pinang, dia telah berjumpa Kim
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
15/67
Sui yang telah membuka kedai di Kubang Kerbau. Kim Lock menyatakan hasratnya
untuk membuka tanah bagi menanam getah tetapi semua hutan telah menjadi
kepunyaan orang. Kim Sui memberitahu Kim Lock tentang sebuah kedai orang
melayu yang mahu dijual di Pekan Simpang Empat.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
16/67
Bab 3:
Pekan Simpang Empat itu tidak besar dan hanya mempunyai dua deret kedai
papan di sbelah sungai kecil yang berlumpur. Penduduk kampung di sekitar pekan
itu merupakan orang Melayu. Pada mulanya, Kim Lock berniaga ikan basah yang
dibawa oleh nelayan setiap hari. Kemudian dia mengambil barang-barang dari kedai
runcit yang sudah ada dan menjajanya ke kampung-kampung sekitar pekan.
Walaupun dia masih belum tahu berbahasa melayu, namun dia dikenali penduduk
kampung kerana cepat belajar bahassa pasar dan isyarat tangan. Penduduk
kampung menukarkan telur ayam dan telur itik dengan barang keperluan seharian
mereka. Chin Huat pula ssudah pandai dan cekap melihat mata dacing. Kim Lock
dan Chin Huat sangat kuat bekerja. Mereka mengirimkan wang ke desa pada setiap
bulan. Kim Lock berniat untuk mengahwinkan Chin Huat dengan anak tiri Kim Sui
yang bernama Lim Tua Tao yang baru berusia lapan tahun setengah.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
17/67
Bab 4:
Kini hidup Kim Lock sudah senang dan sudah berumur 40 tahun. Cita-citanya
untuk membawa isterinya dari China ke Malaya masih belum termakbul. Kim Lock
berkenalan dengan Mei Hwa, seorang penagih Candu. Setiap kali Kim Lock ke
bandar dia akan menghisap candu dengan Mei Hwa dan dia mula ketagih. Chin
Huat bergaduh besar dengan bapanya apabila bapanya mengeluarkan hasrat untuk
membawa Mei Hwa tinggal bersama di kedai mereka. Mei Hwa memperlakukan
Chin Huat bagai orang gaji tetapi Chin Huat tidak berani melawan kerana takut akan
bapanya. Setelah berumur 17tahun, Chin Huat dipanggil Panjang oleh orang Cina
dan Melayu kerana ketinggiannya. Dia mewarisi sikap bapanya yang sangat rajin
dan kuat bekerja. Chin Huat susah hati apabila memikirkan hal bapanya yang
semakin ketagih candu dan menjadi kurus kering bagai mayat hidup. Nasib baik
semua hal kewangan kedai dikuasai Chin Huat dan dia dapat membuat buku keluar
massuk wang. Pada suatu hari Ah Kun memberikan sepucuk surat dari Tung San
lalu membacakan isi surat itu. Ibu Chin Huat telah meninggal dunia dua bulan lalu.
Perkahwinan antara Chin Chin Huat dan Tua Tao berjalan dengan meriah sekali.
Kim Lock gembira kerana Chin Huat berkahwin dengan anak seorang janda kaya.
Sebulan selepas berlangsungnya perkahwinan anaknya, Kim Lock meninggal dunia
dan diikuti pula dengan Mei Hwa.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
18/67
Bab 5:
Orang Cina di Simpang Empat dan Kubang Kerbau bermesyuarat untuk
membina sekolah Cina. Mereka tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke
sekolah Melayu yang didirikan oleh kerajaan kerana mahu anak mereka tahu
tentang adat istiadat dan kebudayaan tanah asal tempat asal mereka. Chin Huat
memberikan sumbangan yang paling banyak iaitu 500 ringgit dalam mesyuarat
tersebut. 50 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan termasuklah anak-anak Chiin
Huat yang berumur antara enam ingga sembilan tahun telah menjadi murid pertamja
di sekolah itu selepas sebulan kemudian. Seorang guru muda dari bandar telah mula
mengajar di Chung Hwa Chinese School, Simpang Empat. Chin Huat gembira
melihat anak-anaknya sudah pandai menulis dan membaca. Chin Huat mahu
kembali ke negara China dan meninggal di sana namun hajatnya itu tepaksa
ditangguhkan kerana anak-anaknya masih kecil. Dia tidak dapat membawa anak-
anaknya ke China kerana Jepun sedang menyerang negara itu. Chin Huat terkenal
dengan orang yang sangat cinta akan negara asalnya. Sebagai bukti, dialah yang
paling banyak memberi derma ketika orang Kuomintang datang mengutip derma
bagi membantu peperangan di negara China. Dia juga sanggup menyerahkan anak-
anaknya untuk berperang jika anak-anaknya sudah dewasa. Chin Huat meragui
anak-anaknya yang akan mengganti tempatnya sebagai tauke kedai kecuali anak
pertamanya, Yew Hock. Yew Hock banyak mewarisi sifatnya yang hanya mahu
mencari untung. Yew Hock sanggup bertegang urat untuk mempertahankan harga
barang yang dijual. Dia juga selalu mengurangkan sukatan barang yang ingin dibeli
orang. Chin Huat kurang yakin akan anknya yang nombor dua, Yew Seng kerana
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
19/67
sejak kecil dia suka bergaul dengan orang melayu. Chin Huat bimbang Yew Seng
akan mengikut sikap malas orang melayu.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
20/67
Bab 6:
Chin Huat berpuas hati akan kemajuannya kini tetapi dia kesal kerana hanya
mempunyai dua orang anak lelaki. Dia kurang senagn dengan dua orang anak
perempuannya, Poh Eng dan Poh Kheng. Yew Hock yang masih bersekolah rajin
menolongnya di kedai. Anak ketiganya, Poh Eng, sudah boleh mengangkat air
bersih dari paip di tepi jalan. Poh Kheng yang berusia lima tahun pula sudah
menunjukkan tanda-tanda akan membesar menjadi seorang gadis yang jelita.
Walaupun rupa anak bongsunya itu hampir menyerupai orang melayu, Chin Huat
tetap menyayangi anaknya. Semasa mereka sekelurga sedang makan, Chin Huat
menegur Yew Seng yang suka berkawan dengan orang melayu. Chin Huat mahu
Yew Seng mencontohi abangnya yang rajin membantu di kedai. Chin Huat juga
menyatakan kekesalannya kerana hanya mempunyai dua orang anak lelaki dan dia
sanggup menukarkan anak perempuannya dengan orang lain jika ada yang hendak
menukarkan anak lelaki mereka. Perbualan mereka sekeuarga terhenti apabila ada
orang yang mahu membeli barang di kedainya.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
21/67
Bab 7:
Poh Eng berfikir tentang nasibnya kerana walaupun dia belajar besungguh-
sungguh tetapi akhirnya dia ke dapur juga. Chin Huat lebih suka melihat anaknya
membaca buku daripada berkawan dengan orang Melayu terutamanya Lazim. Yew
Seng pula lebih suka belajar bahasa Melayu dengan Lazim. Yew Seng lebih dekat
dengan orang di negeri Malaya dan orang Melayu baik dengannya kerana dia
pandai berbahasa Melayu dengan lancar. Tumpuan membaca Poh Eng dan Yew
Seng terganggu apabila mereka mendengar seseorang bercakap dengan bapa
mereka. Lelaki yang sedang bercakap dengan Chin Huat itu Seman. Dia
mempertikaikan perbuatan Chin Huat. Chin Huat menghalau Seman daripada
rumahnya dan meminta Seman mencari rumah lain kerana rumah yang Seman
duduki sekarang akan disewakan kepada orang lain. Chin Huat telah melantik Pak
Cin sebagai orang tengah yang akan menggantikan Pak Musa dan rumah Seman
akan diberikan kepada Pak Cin. Yew Seng mengatakan bahawa perbuatan bapanya
terlalu kejam dan dia tidak setuju dengan tindakan bapanya kerana Pak Musa
banyak berbakti kepada Chin Huat. Chin Huat berpendapat bahawa tiada
pentingnya mengasihi orang lain sebaliknya kita perlu menyayangi diri sendiri. Ketika
Yew Seng hendak bangun dari meja untuk ke belakang, Chin Huat telah menyambar
tangan anaknya dan memutarkannya ke belakang. Sebelah tangannya menampar
muka Yew Seng. Dia juga menghalau Yew seng dari rumahnya. Malam itu, Chin
Huat tidak dapat tidur kerana teringat akan kata-kata anaknya yang mengguris hati
kerana Yew Seng menyebelahi orang Melayu. Chin Huat tekad untuk menghalau
Yew Seng pada keesokan harinya.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
22/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
23/67
Buku Tiga: Keluarga Maniam
Bab 1:
Maniam yang berusia 30 tahun berasal dari Tricur, Kerala. Maniam pergi ke
Malaya atas kemahuan sendiri. Maniam mendengar cerita tentang kemudahan
mendapat wang di Malaya daripada seorang penduduk kampungnya. Maniam
meninggalakan isterinya, Ambika yang sedang mengandung dan berjanji akan
mengirimkan wang untuk membesarkan rumah. Maniam tiba di Pulau Pinang. Muthu
kemudian menolongnya mendapatkan pekerjaan sebagai kuli di pelabuhan. Maniam
berasa gembira kerana di Malaya dia bebas bergaul dengan semua orang dan tidak
terikat dengan kastar. Maniam telah berjumpa dengan orang sekampung dan
abangnya dari India. Raman yang satu kampung dengan abang Maniam
menyampaikan berita tentang Ambika yang telah mengikut Pillay. Dia juga
menyampaikan yang Pillay mengatakan yang dia tidak pernah menerima wang
daripada Maniam. Raman menyampaikan pesanan abangnya agar Maniam terus
bekerja di Malaya dan dia tidak perlu mengirimkan wang lagi. Maniam mengikut
Suppiah dan Syanmugam meninggalkan Pulau pinang dann bekerja sebagai kuli di
kebun getah. Namun, dia tidak tenang kerana masih berjumpa dengan orang
kampungnya yan mengikatkannya akan masa lampau. Maniam berjalan dari kebun
ke kebun untuk mencari kerja baru yang tiada pekerja dari kampungnya. Akhirnya,
Maniam bekerja di kebun orang Inggeris di Changkat Lima. Di kebun itu, Maniam
rapat dengan Perumal yang merupakan tandil kebun tersebut. Perumal mempunyai
seorang anak perempuan yang bernama Malini. Perumal telah mengahwinkan
Maniam dengan Malini tanpa mengetahui yang Maniam pernah berkahwin. Pesta
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
24/67
perkahwinan Maniam dan Malini telah berjalan dengan meriah sekali.Pada suatu
petang, Maniam ternampak Suppiah di kebun tempat dia bekerja. Maniam bimbang
Suppiah akan memberitahu pekerja-pekerja di kebun itu tentang perkahwinan
pertamanya. Perubahan sikap Maniam itu disedari Malini. Suppiah telah
memberitahu Mariama, seorang pekerja kebun disitu bahawa Maniam pernah
berkahwin dan Maroiama pula telah memberitahu pekerja kebun perempuan yang
lain tentang hal itu. Maniam menyedari perubahan sikap-sikap kuli perempuan yang
tidak lagi menegurnya seperti biasa. Maniam juga telah dipukul dengan cemeti
dengan disaksikan bapa mertuanya kerana dia tidak menumpukan perhatian ketika
bekerja. Setibanya Maniam di rumah, dia terdengar tangisan Malini. Maniam cuba
memujuk Malini dan bertanya apa yang menyebabkan dia menangis. Malini meminta
bapanya bertanya orang lain apa yang mereka katakan tentang Maniam. Maniam
berasa marah lalu mengejar Suppiah. Suppiah melarikan diri ke dalam kawasan
rumah orang putih. Orang putih itu menembak Maniam pada bahagian belikatnya.
Selepaas Maniam sembuh, Perumal meminta Malini meninggalkan kebun itu tanpa
membawa isterinya yang sedang sarat mengandung. Pada keesokan harinya,
Maniam meninggalkan Cangkat Lima. Sewaktu meninggalkan Cangkat Lima,
Maniam telah diserang dua orang lelaki. Nasib Maniam baik kerana Musa ada untuk
membantunya. Maniam mengajak Musa mencari kerja di Cangkat Janggus. Mussa
memberitahu Maniam bahawa dia mencari kerja kerana mahu berkahwin dengan
seorang gadis yang sangat dicintainya. Maniam berjaya mendapt kerja sebagi kuli di
kebun getah sementara Musa tidak diterima kerana tiada orang Melayu yang bekerja
disitu. Semetara menunggu peluang pekerjaan di kebun tempat Maniam bekerja,
Musa bekerja di kedai makan orang Malabari. Akhirnya Musa mendapat kerja di
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
25/67
kebun getah. Setelah enam bulan bekerja di kebun itu, Musa memberitahu Maniam
tentang hasratnya untuk pulang ke kampung.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
26/67
Bab 2:
Kebun getah Cangkat Lima semakin luas. Sudah ada dua orang putiih yang
menjadi pengurus disitu. Perumal masih menjadi tandil dan Suppiah menjadi
timbalannya. Semua pekerja takut akan Suppiah kerana kadang-kadang dia akan
bertindak lebih hebat daripada orang putih. Malini pula telah melahirkan seorang
anak bernama Ramakrisynan ataupun tipanggil Rama. Kuli-kuli kebun meminta
Perumal menjadi ketua rombongan untuk menyampaikan permohonan mengadakan
sebuah sekolah berbahasa Tamil di kebun itu. Akhirnya, orang putih ataupun tuan
besar kebun itu bersetuju untuk mendirikan sebuah sekolah Tamil di kebun itu.
Guru-gurunya digaji sendiri oleh ibu bapa anak-anak yang belajar di sekolah
itu.Pengurusan kebun hanya menyediakan tempat belajar sahaja dan bangunan
yang disediakan oleh mereka lebih menyerupai bangsal lembu namun kuli-kuli
kebun tetap gembira. Guru yang mengajar di kebun itu bernama Raman iaitu orang
sekampung dengan abang Maniam. Apabila mengetahui Maniam menantu Perumal,
Raman memberitahunya tentang hal yang sebenar bahawa Suppiah itu seseorang
yang suka mebuat masalah. Dan apa yang dikatakan tentang Maniam itu hanyalah
fitnah. Perasaan bersalah menghantui Perumal. Pada suatu hari, Perumal tidak
pergi kerja kerana berasa tidak sedap badan. Ketika itu, Perumall terdengar anaknya
batuk-batuk dan muntah-muntah di dapur. Akhirnya, Malini meninggal dunia.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
27/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
28/67
Buku Empat: Interlok
Bab 1:
Maniam telah menjadi tandil setelah 21 tahun bekerja di kebun Cangkat
Janggus. Tiba-tiba dia teringat akan Rama, anaknya yang belum pernah sekalipun
dia temui. Seman menemui maniam dan setelah memperkenalkan diri, Maniam
terkejut kerana mendapat tahu bahawa Seman itu anak Musa. Maniam telah
membantu Seman mendapatkan pekerjaan di kebun tersebut. Maniam menunjukkan
tempat tidur Seman dan Mak Limah. Mereka penghuni pertama berbangsa Melayu
di kebun itu. Maniam menasihati Seman agar bekerja bersungguh-sungguh seperti
bapanya sehingga meninggalkan nama baik bagi orang-orang Melayu.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
29/67
Bab 2:
Yew Seng telah melarikan diri kerana tidah tahan sering dimarahi bapanya.
Abangnya patuh akan ajaran bapanya semasa berjual beli. Yew Seng pula hanya
suka berkawan dengan orang melayu dan dia tidak disukai bapanya kerana itu. Yew
Seng beranggap bahawa bangsa Cina dan India juga membantu untuk membina
negara ini. Jadi, mereka juga harus diberi peluang mencari rezeki. Yew Seng telah
pergi ke sebuah lombong dan dia telah dibawa berjumpa Kok Beng. Kok Beng telah
mengambil Yew Seng bekerja di lombong itu.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
30/67
Bab 3:
Seman kembali semula ke kampungnya sewaktu sembahyang Jumaat dua
tahun selepas dia dan ibunya menghilangkan diri. Dia bertemu dengan Lazim kerana
mahu memohan maaf atas kekasaran bahasanya dahulu. Dia juga mahu meminta
Lazim merisik Upik tetapi cita-citanya itu harrus dipendam apabila mendapat tahu
bahawa Lazim telah berkahwin dengan Upik. Lazim menceritakan kepada Seman
tentang Yew Seng yang baru melarikan diri dari kedai Cina Panjang. Lazim juga
mencadangkan Seman meminang Gayah tetapi Seman takut pinangannya ditolak
kerana dia orang miskin. Setelah dipujuk oleh Lazim, Seman bersetuju dengan
cadangannya. Lazim meminta bapa mentuanya, Lebai Man ke rumah Mat Ranggi.
Pada mulanya, Mat Ranggi menolak pinangan Seman tetapi akhirnya Mat Ranggi
berubah fikiran kerana bimbang anaknya tidak akan berkahwin.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
31/67
Bab 4:
Setelah Seman berkahwin dengan Gayah, dia dan ibunya pindh semula ke
Kampung Nyiur Condong. Seman memberitahu Maniam bahawa dia akan berhenti
bekerja di kebun. Maniam gembira dan bersetuju dengan cadangan Seman kerana
dia tidak mahu Seman menjadi sepertinya yang hanya bekerja di kebun sehingga
sudah tua. Seman tinggal bersama mentuanya selepas berkahwin dan ibunya
dibuatkan sebuah pondok berhampiran rumah Lebai Man.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
32/67
Bab 5:
Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar apabila mendapat tahu tentang
berita orang Jepun telah sampai ke Kedah melalui Siam. Lazim meminta semua
orang membantu pihak Jepun. Bangsa Cina di Pekan Simpang Empat dan
kampung-kampung yang berhampiran mulai berasa gelisah. Chin Huat menyuruh
isterinya, Tua Tao membawa Poh Eng dan Poh Kheng ke rumah Kim Sui di Kubang
Kerbau sementara Yew Hock pula akan tinggal bersamanya di kedai. Chin Huat
terkenang kembali perbuatannya terhadap Yew Seng. Dia sedar bahawa sikap Yew
Seng yang memperthankan orang Melayu itu ada kebenarannya dan dia mulai sedar
akan sikapnya yang suka memandang rendah terhadap orang Melayu. Malam itu,
kedai Chi Huat didatangi beberapa orang yang tidak dikenalinya. Dalam rompakan
tersebut, Poh Eng telah hilang. Dalam ketakutan itu, dia mendapat tahu bahawa
tentera Jepun sudah sampai di pekan itu. Sementara itu, Mamat Labu mengajak
Seman merompak kedai Cina Panjang. Pada mulanya, Seman tidak mahu mengikuti
mereka tetapi akhirnya dia mengalah apabila Mamat Labu memberitahu Seman
bahawa rompakan itu merupakan peluang terbaik untuk Seman merampas semula
surat hutang bapanya. Seman menunggu Mamat Labu tetapi tiada seorangpun yang
datang. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk pergi ke kedai Cina Panjang
seorang diri. Tidak jauh dari kedai Cina Panjang, dia terdengar suatu esakan. Dia
mahu membunuh orang yang menangis itu tetapi dia terkejut apabila mendapat tahu
orang yang mahu dia bunuh ialah Poh Eng. Seman membawa Poh Eng ke rumah
ibunya. Seman mengajak ibunya dan Poh Eng ke Cangkat Janggus untuk mencari
perlindungan. Maniam telah membenarkan Poh Eng dan Mak Limah untuk tinggal di
kebun Cangkat Janggus. Penduduk kampung mulai gempar akan kehilangan Mak
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
33/67
Limah. Seman juga ikut mencari ibunya. Lazim yang menyokong kedatangan orang
Jepun menerangkan bahawa kedatangan orang Jepun adalah untuk memerdekakan
Malaya daripada jajahan orang putih. Pada suatu hari, Chin Huat didatangi orang
Jepun bersama seorang anggota polis Melayu dan seorang India berpakaian
Preman. Orang Jepun itu bertanya tentang Yew Seng kepada Chin Huat dan
menyuruh Chin Huat memberitahunya jika Yew Seng pulang ke kedai. Pada malam
itu, Yew Seng telah pulang ke rumah dengan berpakaian lengkap berwarna hijau.
Dia memberitahu Chin Huat bahawa dia kini sedang berada di dalam hutan untuk
berperang dengan orang Jepun. Dia juga berjanji kepada ayahnya untuk mencari
Poh Eng. Yew Seng juga telah ke rumah Lazim pada malam itu dan meminta Lazim
menentang orang Jepun.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
34/67
Bab 6:
Suppiah cuba untuk mendapatakan kuasa yang lebih daripada Perumal
namun usahanya sentiasa digagalkan oleh Raman. Pada suatu hari, Suppiah
menghilangkan diri dari kebun itu dan kembali semula beberapa hari kemudian
bersama orang jepun yang akan jadi pengurus itu. Suppiah mengambil alih kuasa
tandil daripada Perumal. Kuli-kuli kebun tidak suka orang Jepun menjadi pengurus
kebun mereka. Pada malam itu, kebun Cangkat janggus telah diserang ooleh orang-
orang yang tidak dikenali. Poh Eng mengenali seorang daripada mereka ialah Yew
Seng. Poh Eng telah memberitahu abangnya bahawa Seman telah
menyelamatkannya. Yew seng memaksa adiknya mengikutnya walaupun Poh Eng
enggan. Maniam menyuruh salah seorang kuli kebun melaporkan kejadian malam
itu kepada balai polis. Mak Limah telah dibawa pulang ke kampungnya dan pada
petang itu pula dia telah dibawa ke bandar. Seman bermohon agar tuhan akan
menyelamatkan ibunya.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
35/67
Bab 7:
Maniam bersama beberapa orang kuli kebun Cangkat Janggus telah
ditangkap. Maniam telah dikurung di dalam sebuah penjara sempit. Maniam telah
diseksa dengan teruk sewaktu proses soal siasat. Pada malam berikutnya, dia
dibawa ke bilik soal siasat semula. Inspektor itu bertanyakan tentang latar belakang
maniam. Inspektor itu mengaku bahawa Maniam itu bapanya. Inspektor Rama
mengajak Maniam berjumpa dengan Perumal tetapi maniam enggan kerana malu.
Maniam meminta anaknya bantu bebaskan Mak Limah kerana Mak Limah tidak
bersalah. Ching Huat pula begitu marah apabila mendengar cerita Mak Limah yang
menyembunyikan Poh Eng. Ching Huat ke balai Polis dan melaporkan kejadian itu.
Dia mahu seman ditangkap, Mak Limah dibunuh dan Poh Eng dikembalikan
kepadanya. Ching Huat menyerbu masuk ke balai polis apabila ternampak Mak
Limah. Chin Huat terpaksa meminta diri apabila Inspektor Rama bertanya tentang
Yew Seng. Seman terus pulang ke kampungnya apabila mendapat tahu tentang
ibunya yang akan dilepaskan dan akan dihantar pulang oleh Maniam.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
36/67
Bab 8:
Kesusahan hidup kesan jajahan Jepun mula dirasai. Lazim melihat seman
bekerja kuat mengusahakan sawahnya tetapi hasilnya diangkut Jepun. Mamat Labu
dan Kadir pula ditangkap untuk dijadikan heiho.n Perumal pula telah meninggalkan
Cangkat Lima untuk tinggal di bandar bersama Rama. Raman menjadi pegawai
dalam Tentera kebangsaan India. Dia berusaha untuk mengumpulkan orang-orang
India untuk menyertai pasukan itu untuk membantu orang Jepun menakluki India
daripada orang putih. Maniam pula kembali ke Cangkat Janggus untuk menjadi
tandil. Dia enggan tinggal bersama anaknya di bandar. Lazim pula terus menghasut
orang kampung supaya tidak menjual padi kepada orang Jepun. Perbuatannya itu
diketahui pihak Jepun melalui mata-mata yang berkeliaran. Lazim telah ditangkap
oleh pihak jepun. Seman menemui Maniam dan memintanya memberitahu Rama
untuk membebaskan Lazim.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
37/67
Bab 9:
Poh Eng merindui keluarganya dan mahu pulang ke Pekan Simpang Empat
namun Yew Seng melarangnya kerana bimbang adiknya itu ditangkap tentera
Jepun. Yew Seng telah menjadi wakil komandan dalam pasukan gerombolannya
manakala komandan mereka ialah Kok Beng. Langkah pertama yang dilakukan
gerombolan ini adalah menyerang kebun Cangkat Janggus dan mereka berjaya
membunuh orang Jepun disitu. Pasukan Kok Beng mndapat bekalan senjata dan
makanan daripada pasukan 136 yang digugurkan oleh orang Inggeris. Pasukan Kok
Beng sungguh gembira apabila mendengar berita bahawa orang Jepun telah
menyerah kalah kepada tentera Amerika dan makin gembira apabila mendapat tahu
negara China keluar sebagai lima besar yang menang dalam peperangan tersebut.
Pasukan Kok Beng juga telah menyerang balai polis dan menangkap Inspektor
Rama kerana dia telah bekerjasama dengan tentera Jepun. Kok Beng kurang
senang melihat bendera kuomintang tetapi dia terpaksa mendiamkan diri buat
seketika. Yew Seng membebaskan Lazim dan menyuruh Lazim dan adiknya pergi
ke simpang Empat.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
38/67
Bab 10:
Tentera Inggeris kembali semula ke Malaya setela tentera Jepun mengundur
diri. Gerombolan komunis terpaksa bersembunyi di dalam hutan semula. Orang
Melayu menetang Malayan Union yang digagaskan oleh kerajaan Inggeris. Lazim
yang menjadi ketua di daerah itu bergerak cergas memimpin orang kampung untuk
ikut serta menentang Malayan Union. Seman dan Gayah rajin menghadiri rapat
umum yang diadakan di pekan itu untuk menetang Malayan Union. Kok Beng
memberitahu Yew Seng agar menukar taktik perjuangan. Mereka mesti menyeludup
masuk ke dalam syarikat-syarikat buruh. Pada masa yang sama, perjuangan orang
Melayu menentang Malayan Union telah berhasil. Tiba-tiba, darurat diumumkan di
seluruh negeri. Anggota-anggota Parti Komunis Malaya mengadakan
pemberontakan untuk mendirikan sebuah kerajaan komunis. Kok Beng dan Yew
Seng kembali ke dalam hutan. Poh Eng mendapat surat daripada Yew Seng yang
mengarahkannya untuk menubuhkan Min Yuen. Poh Eng bekerjasama dengan Tai
Long, seorang guru muda yang menjadi salah seorang anggota teras parti komunis.
Raman pula telah kembali ke Burma. Setelah Jepun kalah, dia bermohon supaya
kembali semula ke Malaya. Persatuan orang Cina dan India telah dibentuk dan Chin
Huat telah menjadi ketua persatuan orang Cina di Pekan Simpang Empat. Dia kerap
berjumpa Lazim yang kini menjadi pemimpin Melayu di kampung-kampung sekitar
pekan. Lazim meminta Chin Huat mengajak Yew Seng berjuang bersama-samanya.
Kok Beng mengajak Poh Eng ke dalam hutan semula tetapi kehadirannya tidak
disenangi Yew Seng. Yew Seng sendiri tidak tahan dengan perjuangan yang tanpa
hala tuju. Poh Eng turut menyatakan ketidaksanggupannya untuk menjadi anggota
Min Yuen. Poh Eng terkejut apabila melihat kedatangan tiga orang India beserta
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
39/67
Maniam yang diseret dan diikat. Tiga orang India itu ialah ahli baharu gerombolan
mereka. Rama mendapat tahu bahawa bapanya akan dibunuh sebagai membalas
dendam terhadapnya kerana dia sering membantu memburu pengganas dan sudah
banyak merugikan mereka. Pasukan keselamatan menyerang tempat
persembunyian Kok Beng dan anggotanya. Yew Seng mendapat luka parah di atas
lutut sebelah kanan. Pasukan keselamatan telah berjaya melumpuhkan pasukan
komunis pimpinan Kok Beng. Banyak orang dari pekan Simpang Empat dan
kampung di sekitarnya telah ke bandar untuk menyaksikan perayaan kemerdekaan.
Seman teringat peristiwa di rumah sakit beberapa tahun lalu. Orang Melayu, Cina
dan India telah mengumpulkan wang untuk membeli kaki kayu untuk Yew Seng
tetapi Chin Huat menolak kerana dia mahu membeli sendiri kaki kayu itu untuk
anaknya. Akhirnya Yew Seng memilih kaki kayu yang akan diserahkan oleh
masyarakat pelbagai kaum dan kaki kayu itulah yang dipakainya sehingga sekarang.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
40/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
41/67
Plot Cerita
Eksposisi
~Mak Limah memerhatikan Seman yang sedang membelah kayu. Suaminya, Musa
sedang terbaring sakit. Mak Limah berhajt untuk melihat Seman beristeri agar
makan minum dan pakaian Seman berjaga.
Perkembangan
~Pak Musa memberitahu Seman supaya dia membawa emaknya keluar dari rumah
kerana harta yang ada pada mereka kepunyaan orang lain.
~Semasa Seman kecil, Pak Musa menyembunyikan Seman daripada ditangkap oleh
guru besar walaupun Seman beria-ria ingin ke sekolah. Pak Musa lebih suka
anaknya belajar mengaji dengan Lebai Man.
~Cina Panjang memanggila Seman untuk menunjukkan surat hutang kepadanya
dan meminta Seman mengosongkan rumah jika mereka tidak mahu membayar
hutang bapanya. Seman tidak dapat membaca surat itu kerana dia tidak tahu
membaca. Seman seperti orang yang kerasukan mencari wang yang ditinggalkan
oleh bapanya. Halimah meminta anaknya mendapatkan pertolongan Lebai Man.
Lebai Man terperanjat apabila mengetahui harta milik Pak Musa adalah milik Cina
Panjang. Seman dan Lebai Man ke rumah Tuk Penghulu untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Tuk Penghulu tidak dapat berbuat apa-apa kerana Chin Huat
mempunyai bukti yang kukuh untuk memiliki harta Pak Musa.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
42/67
~Seman tidak mahu menerima pertolongan daripada Lebai Man dan Lazim. Seman
meninggalkan Kampung Nyiur Condong bersama ibunya secara senyap-senyap.
~Kim Lock dan Chin Huat datang ke Malaya untuk mencari pekerjaan kerana
kesusahan hidup di negara asal mereka. Kim Lock melakukan pelbagai pekerjaan
bermula dengan penarik beca sehingga menjadi kuli di pelabuhan manakala Chin
Huat menjadi pelayan di kedai makan dengan gaji yang rendah..
~Kim Sui mencadangkan Kim Lock membuka kedai di Pekan Simpang Empat. Kim
Lock membeli sebuah kedai kepunyaan orang Melayu. Kim Lock dan Chin Huat
gigih berniaga dan bangun pada awal-awal pagi sehingga perniagaan mereka
berkembang maju.
~Kim Lock bertemu dengan Mei Hwa yang merupakan penghisap candu. Kim Lock
turut menghisap candu dan mula tidak menghiraukan perniagannya.
~Chin Huat berkahwin dengan Tua Tao, anak tiri Kim Sui. Sebulan sesudah
perkahwinannya, Kim Lock dan Mei Hwa meninggal dunia.
~Orang Cina di Simpang Empat dan Kubang Kerbau bermesyuarat untuk mendirikan
sebuah sekolah Cina. Chin Huat mengharapkan Yew Hock meneruskan
perniagannya jika dia meninggal dunia. Dia tidak boleh mengharapkan Yew Seng
kerana ew Seng agak liar dan suka bergaul dengan orang-orang Melayu.
~Chin Huat dan Yew Seng bertengkar kerana Yew Seng membantah sikap bapanya
yang terlalu kejam terhadap Seman. Bagi Chin Huat mereka seharusnya
mengasihani diri sendiri dan bukan mengasihani orang lain. Chin Huat
menempeleng muka Yew Seng dengan sekuat-kuat hati dan menghalau anaknya
keluar dari rumah. ~Maniam meninggalkan isterinya untuk mencari pekerjaan di
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
43/67
Malaya atas kemahuannya sendiri. Dia mahu menjadi seperti keluarga Pillay yang
telah hidup senang setelah anaknya bekerja di Malaya. Setelah berada di Malaya,
Maniam dikejutkan dengan berita tentang isterinya yang telah mengikut Pillay.
~Maniam bekerja di kebun kepunyaan orang putih di Changkat Lima. Tandil di situ
ialah Perumal. Maniam akhirnya berkahwin dengan dengan anak perempuan
Perumal yang bernama Malini. Maniam terkejut dengan kedatangan Suppiah ke
Changkat Lima. Suppiah telah memberitahu Mariama tentang status Maniam yang
sebenarnya. Maniam tlah dihallau dari kebun Changkat Lima.
~Maniam telah diserang dua orang lelaki ketika dalam perjalanan. Maniam telah
diselamatkan oleh Musa dan bermulalah persahabatan antara mereka berdua.
Maniam mendapatkan pekerjaan untuk Musa di Cangkat Janggus.
~Suppiah semakin berkuasa di Changkat Lima. Maniam mempunyai anak lelaki
yang bernama Ramakrisynan. Perumal berasakan dia semakin kehilangan kuasa.
Perumal meminta pihak Inggeris menyediakan sebuah sekolah Tamil. Raman, iaitu
guru yang akan megajar di sekolah Tamil itu menceritakan hal yang sebenar tentang
Maniam kepada Perumal. Perumal menyesal akan tindakannya. Perumal menangiss
kerana Malini telah mennggal dunia.
~Seman bertemu dengan Maniam ketika dia mahu mencari pekerjaan. Maniam yang
telah menjadi tandil di Cangkat janggus berjanji akan memberikan Seman pekerjaan.
Perumitan
~Yew Seng berkenalan dengan Kok Beng. Seman pulang ke kampung untuk
meminang Upih tetapi terkejut kerana Lazim telah berkahwin dengan Upih. Lebai
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
44/67
Man cuba meminang Gayah Ranggi untuk Seman. Pada mulanya mat Ranggi
menolak pinangan Seman kerana seman tidak berharta namun akhirnya mat Ranggi
berubah fikiran kerana takut gayah tidak akan kahwin sekiranya dia terlalu memilih
harta. Seman dan Mak Limah kembali ke Kampung Nyiur Condong.
~Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kedatangan tentera Jepun.
Orang-orang Melayu gembira dengan kedatangan tentera Jepun kerana mereka
telah berjaya mengusir orang Inggeris. Orang-orang Cina mula bimbang akan
keselamatan diri dan keluarga apabila mengetahui penyerangan Jepun. Chin Huat
mula menyedari sikapnya yang menjauhkan diri dan menggunakan orang Melayu
akan membahayakan dirinya. Kedai Chin Huat dimasuki orang. Mereka mengambil
barang-barang keperluan seperti beras, gula dan minyak. Pada malam itu, Poh Eng
hilang. Seman mahu menyerang kedai Chin Huat namun dia tidak dapat
melaksanakan rancangannya itu apabila terserempak dengan Poh Eng. Seman
menyembunyikan Poh Eng dengan ibunya. Halimah ditangkap oleh tentera Jepun.
~Maniam diseksa oleh pihak Jepun ketika mereka menyiasat kehilangan pengurus
Jepun. Maniam bertemu dengan anaknya, Ramakrisynan. Maniam meminta Rama
membebaskan Halimah. Chin Huat menyangka Mak Limah menyembunyikan Poh
Eng kerana dia mempunyai niat yang tidak baik terhadap anaknya.
~Poh Eng dan Yew Seng telah menyertai pasukan pengganas komunis. Mereka
menyerang askar-askar Jepun. Tentera Jepun kembali ke negara mereka setelah
kalah dalam peperangan. Kini, orang-orang Melayu berusaha menuntut
kemerdekaan daripada pihak Inggeris. Poh Eng menjalankan tugasnya sebagai
anggota Min Yuen.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
45/67
Klimaks
~Pertempuran berlaku antara anggota pasukan keselamatan dan pengganas
komunis dalam usaha menyelamatkan Maniam yang ditangkap oleh mereka.
Pasukan anggota keselamatan berjaya mengalahkan pengganas komunis, namum
Yew Seng telah terkena tembakan di atas lutut sebelah kanannya.
Peleraian
~Pengganas komunis yang masih hidup diikat tangan mereka manakala yang telah
meninggal dunia diikat pada kayu panjang. Khemah pengganas komunis
dimusnahkan dan dibakar.
~Orang-orang Melayu, Cina, dan India bersama-sama membuat persiapan untuk ke
Kuala Lumpur bagi melihat perayaan sambutan kemerdekaan.
~Seman memerhatikan Yew Seng yang berjalan terhinggut-hinggut dengan kaki
kayunya yang disumbangkan oleh kaum Melayu, Cina dan India.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
46/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
47/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
48/67
Tema
Novel ini bertemakan intergrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
Ketiga-tiga kaum ini berusaha untuk menjalani hidup bersama dalam sebuah negara
yang berdaulat. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi yang terpaksa
dihadapi tiga kaum ini kerana perbezaan fikiran, adt, budaya, dan tingkah laku.
Persoalan
1)Perjuangan menuntut kemerdekaan
~ Lazim berucap di kaki lima sekolah untuk ajak orang-orang melayu menentang
gagasan Malayan Union kerana menggugat kedaulatan raja-raja dan keistimewaan
kaum Melayu.
~Yew Seng bersengkokol dengan Kok Beng kerana menganggap pasukan kok Beng
boleh mengalahkan orang Jepun.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
49/67
2)Kesusahan hidup pada zaman penjajahan
~Orang putih di kebun Changkat lima memukul Maniam dengan Cemeti sebagai
pengajaran agar Maniam tidak main-main sewaktu bekerja.
~Maniam diseksa dengan teruk oleh tentera Jepun kerana mereka menyiasat
kehilangan seorang pengurus kebun Jepun.
~Parti Komunis Malaya membunuh sesiapa sahaja dalm usaha mereka untuk
menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis.
3)Sangka buruk sesama kaum
~Chin Huat tidak mahu Yew Seng berkawan dengan orang melayu kerana orang
Melayu malas dan tidak mahu mencari duit. Chin Huat takut sifat malas orang
Melayu mempengaruhi anaknya.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
50/67
4)Kasih sayang dalam keluarga
~Musa dan Halimah amat menyayangi anak tunggal mereka, Seman sehingga
sanggup sorok Seman di dalam kelambu untuk mengelakkan Seman dibawa ke
sekolah kerana tidak mahu berenggang dengannya.
~Seman menyayangi kedua-dua orang ibu bapanya. Seman menjaga Pak Musa
yang sakit sehinggalah ayahnya itu meninggal dunia kerana batuk yang tidak henti-
henti.
~Isteri Chin Huat, Tua Tao mengambil berat hal Yew Seng yang tidak disukai
suaminya dan sentiasa menangis dengan kehilangan Poh Eng.
5)Semangat cinta akan tanah air
~Chin Huat memberikan derma yang paling banyak ketika rombongan Kuomintang
datang mengutip derma untuk membantu peperangan di negaranya.
6)Kerajinan dan usaha membawa kejayaan
~Kim Lock dan Chin Huat menghadapi pelbagai cabaran sebelum menjadi antara
peniaga terkaya di pekan Simpang Empat. Kim Lock pernah menjadi penarik beca,
pekerja buruh dan kuli di beberapa buah lombong. Pada awal perniagaannya, Kim
Lock membeli hasil tangkapan nelayan dan barang-barang daripada penduduk
kampung. Mereka juga menjalankan kerja-kerja sampingan seperti menjemur pinang
dan mengopek ekelapa kering. Kim Lock juga belajar bahasa pasar dengan
penduduk kampung.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
51/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
52/67
Teknik Plot
1)Pemerian
~Seman merenung muka bapanya yang masih cuba menahan batuknya. Dia melihat
mulut bapanya bergerak-gerak, bagai berkata sesuatu. Kemudian, dia menerka
bahawa bapanya mahu air.
2)Imbas muka
~... Dia tentu akan membuat kacau. Dia tentu akan membuka tembelangku disini.
3)Imbas kembali
~Fikirannya merawang. Dia teringat akan waktu dia bersekolah dahulu. Dia belajar
bersungguh-sungguh, tetapi akhirnya dia ke dapur. Ibunya ke dapur juga, tetapi
tanpa bersekolah.
4)Monolog
~Harta siapa? hatinya bertanya.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
53/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
54/67
Latar masyarakat
1)Masyarakat yang hidup sukar semasa zaman penjajahan
~Banyak pekerja India yang dirotan dengan cemeti oleh pihak Inggeris ketika
bekerja di ladang termasuklah Maniam.
~Maniam diseksa dengan teruk semasa disiasat oleh pihak Jepun tentang
kehilangan seorang pengurus ladang berbangsa Jepun.
~Yew Seng luka parah di atas lutut sebelah kanan terkena tembakan.
2)Masyarakat pendatang ketika Inggeris menjajah Malaya
~Kim Lock dan Maniam dalah pendatang asing yang datang ke Malaya semasa
pemerintahan British. Mereka dibawa ke Malaya untuk memenuhi tenaga kerja di
sektor perlombongan dan perladangan.
3)Masyarakat pelbagai kaum yang hidup bantu-membantu
~Musa membantu Maniam ketika dia dipukul oleh dua orang lelaki di kebun getah.
~Seman menyelamatkan Poh Eng daripada tentera Jepun dan menyembunyikannya
di rumaah ibunya.
~Orang-orang Melayu dan India membelikan kaki kayu untuk Yew Seng yang cacat
akibat terkena tembakan.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
55/67
Latar tempat
1)Kampung Nyiur Condong
~Tempat tinggal Seman, Halimah dan Musa serta semua penduduk kampung.
2)Pekan Simpang Empat
~Tempat tinggal Kim Lock dan Chin Huat serta tempat mereka berniaga barang-
barang runcit.
3)Cangkat Lima
~Tempat Maniam dan berkahwin dengan Malini yang merupakan anak tandil ladang
itu.
4)Di hutan
~Tempat persembunyian pengganas komunis.
~Tempat Poh Eng menyelamatkan maniam daripada mati ditembak
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
56/67
Latar Masa
1)Pagi
~Kim Lock dan Chin Huat bagun pagi-pagi untuk memulakan perniagaan
~Malini menjalani pelbagai upacara penyucian diri dalam upacara perkahwinan
~Maniam meninggalkan ladang Cangkat Lima setelah dia difitnah oleh Suppiah
2)Malam
~Seman ke rumah Pak Utih untuk memintanya mengubati penyakit Pak Musa
~Berlaku pertengkaran antara Chin Huat dan Yew Seng apabila Yew Seng
mempertikaikan sikap bapanya yang terlalu kejam terhadap Seman.
3)Zaman pendudukan Jepun di Malaya
~Maniam diseksa dengan kejam oleh tentera Jepun sewaktu soal siasat tentang
kehilangan seorang pengurus ladang berbangsa Jepun.
4)Dua puluh tujuh hari selepas kematian Pak Musa
~Seman dipanggil Cina Panjang untuk diberitahu tentang hutang Pak Musa.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
57/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
58/67
Gaya Bahasa
1)Bahasa Asing
~Bahasa Cina(Ma-la-ca, Sin-cia-pu, Malai kuai, wu zen)
2)Metafora
~di kaki langit
~bola api
~tabir kabus
~darah petualang
3)Hiperbola
~air matanya mencurah-curah keluar
~angin seolah-olah mati
4)Simile
~macam benang dicakar-cakar oleh ayam
~bagaikan perempuan bunting sembilan bulan
~bagai menggigit hulu jantungnya
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
59/67
5)Personifikasi
~Lampu minyak yang meliang bersenda dengan angin
~Dalam otaknya menari-nari satu persoalan besar
~Tiupan angin yang menggigit sampai ke tulang sum sum
6)Simpulan bahasa
~anak tunggalnya
~ringan tulang
~berkaki ayam
~tidur-tidur ayam
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
60/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
61/67
Nilai
1)Kasih sayang
~Musa sanggup menyembunyikan Seman daripada diambil oleh guru besar kerana
terlalu sayang dan tidak mahu berpisah dengan ank tunggalnya itu
~Malini tetap menyayangi dan mempertahankan suaminya, Maniam walupun hatinya
terluka apabila mendengar Maniam pernah berkahwin sebelum ini.
~Halimah menjaga suaminya, Musa yang sakit dan tidak dapat menahan perasaan
sedihnya apabila Musa meninggal dunia
~Seman sanggup meredah malam untuk memanggil Pak Utih bagi mengubati
panyakit ayahnya.
2)Bantu-membantu
~Maniam membantu Musa mendapatkan pekerjaan di ladang getah Cangkat
Janggus walaupun sebelum ini tiada pekerja Melayu yang diambil bekerja di ladang
itu.
3)Bekerjasama
~Penduduk Kampung Nyiur Condong bekerjasama menentang gagasan Malayan
Union yang menggugat kuasa raja dan hak orang Melayu.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
62/67
4)Kerajinan
~Kim Lock rajin melakukan pelbagai pekerjaan sehinggalah dia membuka sebuah
kedai di Pekan Simpang Empat
~Anak-anak Chin Huat rajin belajar membaca dan menulis seelah mereka
bersekolah.
5)Semangat cinta akan tanah air
~Cin Huat tidak mahu anak-anaknya melupakan asal-usul mereka. Justeru, dia
menghantar anak-anak ke sekolah agar mengetahui adat dan budaya negara China.
~Perasaan cinta akan tanah air penduduk Kampung Nyiur Condong mula bangkit
setelah melihat kekejaman pihak Jepun di negara ini.
6)Baik hati
~Lazim baik hati apabila meminta ayahnya membenarkan Seman dan Halimah
tinggal di tanahnya setelah rumah mereka diambil oleh Chin Huat.
~Orang-orang Melayu dan India baik hati kerana memberikan Yew Seng kaki kayu
setelah kakinya cedera terkena tembakan.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
63/67
Pengajaran
1)Ibu bapa mestilah memberikan anak-anak mereka pendidikan formal di
sekolah
~Chin Huat bangga kerana anak-anaknya belajar dan mendapat pendidikan yang
formal di sekolah Cina. Berbeza dengan Pak Musa, dia menyembunyikan Seman
apabila guru besar mencari kanak-kanak untuk belajar di sekolah.
2)Kita harus gigih berusaha untuk meningkatkan taraf hidup
~Kim Lock dan Chin Huat menjadi anatra peniaga terkaya di Pekan Simpang Empat
setelah melakukan pelbagai pekerjaan dan menghadapi banyak dugaan.
3)Ibu bapa haruslah menyayangi anak-anak mereka secara sama rata
~Chin Huat sanggup menukarkan anaknya, Poh Eng dan Poh Kheng dengan anak
lelaki.
~Chin Huat sering memuji dan membanding-bandingkan anatara anak lelakinya,
Yew Hock dan Yew Seng.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
64/67
4)Kita perlu kekalkan perpaduan yang wujud antara kaum
~Perpaduan yang wujud antara kaum Melayu, Cina dan India menuntut
pengorbanan ketiga-tiga kaum. Oleh itu, perpaduan ini perlu dikekalkan daripada
diganggu gugat oleh anasir luar.
5)Kita harus mempunyai semangat cinta akan tanah air
~Penduduk Jepun di tanah Melayu telah menyemarakkan lagi semangat cinta akan
tanah air dalam kalangan orang-orang Melayu. Mereka tidak mahu lagi menjadi
Melayu yang lemah lembut dan senang diperlakukan sewenang-wenangnya oleh
penjajah.
6)Kita hendaklah membalas jasa orang yang telah berbudi kepada kita
~Maniam membalas jasa Musa yang telah membantunya ketika dia diserang oleh
dua orang lelaki dengan mendapatkan Musa pekerjaan di ladang getah.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
65/67
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
66/67
Watak dan perwatakkan
Seman
1)Penyayang
~Menjaga Pak Musa yang sakit dan sanggup meredah malam untuk memanggil Pak
Utih bagi mengubat penyakit ayahnya.
2)Baik hati
~Seman menyelamatkan Poh Eng denagn menyembunyikannya bersama-samaibunya di rumah.
3)Rajin
~Seman rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah seperti membelah
kayu dan memasak nasi sejak bapanya sakit.
Chin Huat
1)Rajin
~Semasa kecil, chin Huat membantu bapanya mencari duit untuk dikirimkan kepada
ibunya di China. Chin Huat juga bangun pada awal pagi untuk membantu bapanya
berniaga sehingga perniagaan mereka berjaya.
2)Penyayang
~Chin Huat bimbang akan keadaan bapanya yang menghisap candu kerana dia
amat menyayangi bapanya itu. Dia juga tidak bersetuju Mei Hwa tinggal di rumahnya
kerana dia mahu membawa ibunya tinggal bersama-sama.
3)Suka menipu
~Chin Huat menipu Musa dengan menawarkan pinjaman kepadanya untuk membeli
tanah dan haiwan ternakan. Setelah itu musa diminta untuk menandatangani surat
hutang. Dengan cara itu, Chin Huat akan dapat menguasai tanah yang dibeli oleh
Musa.
8/3/2019 Interlok Karya Adullah Hussain
67/67
Maniam
1)Suka membantu
~Membantu Musa mendapatkan pekerjaan sebagai pekerja ladang di Cangkat
Janggus.
2)Membalas budi
~Meminta anaknya membebaskan Halimah yang ditahan oleh pihak Jepun kerana
Halimah ilah isteri Musa, sahabat baiknya.
3)Tegas pendirian
~Maniam tetap dengan jawapannya tentang kehilangan pengurus kebun Jepun yang
hilang sehingga dia diseksa dengan teruk oleh pihak Jepun yang tidak berpuas hati
dengan jawapan yang diberinya.
Top Related