KoleksiKoleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 1999 -2001
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOLEKSI BAHAN INOVASI ANUGERAH GURU INOVATIF
1999 - 2001
KOLEKSI BAHAN INOVASI ANUGERAH GURU INOVATIF
1999 - 2001
Disusun oleh: Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur 2002
ISBN 983-40232-0-0
Cetakan Pertama, 2002
Hakcipta Terpelihara Kementerian Pendidikan Malaysia 2002
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
apa cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.
Diterbitkan di Malaysia oleh: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Duta Off Jalan Duta 50604 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Kandungan Muka Surat Kandungan v Kata Aluan vii Kata Pengantar viii 1.0 Koleksi 1999
1.1 English Through Environment 3
1.2 Cemerlang 6
1.3 Projek Celik Bacaan 11
1.4 Alat Pencampuran Cahaya Berwarna 13
1.5 Pengajaran Ciri-Ciri Sisiempat Melalui Origami 17
1.6 Laman Bestari Merentasi Kurikulum 19
1.7 Bacalah Cikgu 23
1.8 Kuiz Minda Bestari 27
2.0 Koleksi 2000
2.1 Program Keharmonian Bacaan 32
2.2 Program BIMO ( Bimbingan Motivasi) 37
2.3 Mari Belajar Sambil Menyanyi 40
2.4 Kaedah PJK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
45
2.5 BIO-EKS 50
2.6 Program Muafakat Matematik 55
2.7 Momentum One 60
2.8 Projek Kecemerlangan Bahasa Melayu 63
2.9 Rekod Latihan Matematik (RELAMAT) 66
3.0 Koleksi 2001 3.1 Kaedah Cepat Baca, Cepat Faham,
Cepat Menulis, Tulisan Cantik 70
3.2 Bahasa Melayu : Mengenal Huruf Dan Perkataan Suku Kata Terbuka
76
3.3 Celik Huruf
78
3.4 Permainan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
80
3.5 Kalender Hidup 83
3.6 Kit Gelombang 86
3.7 Pemimpin Kecil 89
3.8 Master Mind 93
3.9 Master Vocab 97
Anugerah Guru Inovatif yang diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Guru bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru atau kumpulan guru yang telah menghasilkan usaha kreatif dan inovatif yang cemerlang bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah. Usaha kreatif dan inovatif dibuat dalam pelbagai bentuk aktiviti atau projek meliputi kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian dan kemajuan murid, dan pembinaan alat bantu mengajar. Ia perlu didokumenkan supaya boleh menjadi rujukan kepada guru-guru lain, terutamanya guru muda untuk dijadikan panduan. Buku Koleksi Bahan Inovasi ini menghimpunkan 26 hasil inovasi pelbagai jenis dan kategori anugerah iaitu individu rendah, individu menengah dan kumpulan. Hasil inovasi ini merupakan yang terbaik dan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan. Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan keizinanNya, Kementerian Pendidikan dapat menghasilkan buku Koleksi Bahan Inovasi, Anugerah Guru Inovatif sempena sambutan Hari Guru, Tahun 1999 hingga 2001. Semoga penerbitan buku koleksi ini dapat membantu mengisi keperluan para guru khususnya dan keperluan golongan pendidik dalam usaha meningkatkan pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah. Saya juga berharap buku koleksi ini dapat dijadikan bahan rujukan dan bacaan yang berguna bagi mereka yang berusaha untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Syabas dan tahniah kepada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) atas inisiatif dan usaha untuk menerbitkan buku ini bagi tatapan umum.
TAN SRI DATO’ SERI MUSA BIN MUHAMAD Menteri Pendidikan Malaysia
Kata Aluan
Inovasi diertikan sebagai penghasilan idea-idea baru untuk meningkatkan keberkesanan dan kejayaan sesuatu program dan projek ataupun penggunaan sesuatu peralatan dan bahan. Konsep inovasi bagi Anugerah Guru Inovatif sempena sambutan Hari Guru merujuk kepada usaha penghasilan idea-idea baru dalam pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum untuk mencapai kecemerlangan dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil usaha kreatif dan inovatif ini terjelma melalui pendekatan kaedah, teknik, bahan dan peralatan baru yang digunakan oleh guru yang terbukti berjaya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Buku Koleksi Bahan Inovasi Anugerah Guru Inovatif Tahun 1999-2001 merupakan satu usaha murni untuk menghimpunkan hasil usaha kreatif dan inovatif guru-guru yang diberi pengiktirafan dan penghargaan di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru tahun 1999, 2000 dan 2001. Hasil usaha yang ditampilkan terdiri daripada pelbagai bentuk inovasi meliputi pelbagai mata pelajaran serta peringkat persekolahan rendah dan menengah. Adalah diharapkan segala idea dan pembaharuan yang dihimpunkan ini dapat menjadi rujukan dan contoh kepada para guru dan seterusnya dimanfaatkan di bilik darjah dan sekolah masing-masing. Semoga idea-idea yang ditampilkan dapat merangsang guru-guru untuk terus meningkatkan usaha dan berikhtiar bagi mencari dan mencuba idea-idea baru yang kreatif dan inovatif ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara. Saya percaya kejayaan menghasilkan penerbitan ini adalah simbol kejayaan sistem pendidikan itu sendiri, hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan antara semua pihak.
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kata Pengantar
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
3
PROGRAM ENGLISH THROUGH ENVIRONMENT (ETE) (Pemenang Pertama)
Indar Jeet Kaur a/p Badan Singh SK Pasir Gajah, Kuala Krai, Kelantan
SINOPSIS Program English Through Environment (ETE) bertujuan untuk menimbulkan minat dan memotivasi murid menguasai Bahasa Inggeris melalui objek sebenar yang terdapat di persekitaran murid. Dengan menyentuh dan melihat sendiri objek yang terdapat dalam topik-topik yang dipelajari, murid dapat memahami dan mengingati sesuatu yang dipelajari dengan lebih mudah. Di samping itu, program ini juga mampu menghilangkan rasa jemu murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan bilik darjah dan mengekang pergerakan murid serta menghadkan interaksi di antara mereka.
OBJEKTIF
1. Menimbulkan minat dan memotivasi murid menguasai Bahasa Inggeris
melalui objek sebenar yang terdapat di persekitaran;
2. Membolehkan murid lebih memahami dan mengingati apa yang dipelajari
dengan lebih mudah dengan menyentuh dan melihat sendiri objek-objek
yang berkaitan dengan topik yang dipelajari;
3. Menggunakan persekitaran taman sekolah dan bahan terbuang sebagai
bahan bantu mengajar sebenar;
4. Murid dapat mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dan tidak berasa
segan melafazkan sesuatu perkataan dalam Bahasa Inggeris;
5. Memenuhi waktu terluang murid dengan aktiviti yang berfaedah.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 4
ASPEK INOVASI
Setiap aktiviti mempunyai lembaran kerja dan buku kerja murid. Penggunaan taman adalah mengikut jadual masa yang telah ditetapkan. Murid digalakkan menggunakan masa pagi sebelum bunyi loceng, masa rehat, masa sebelum masuk ke kelas Pengetahuan Asas Fardu Ain atau apabila murid berpeluang untuk ke taman tersebut bagi menyiapkan lembaran kerja. Insentif dan cenderamata diberi kepada murid yang paling aktif dan mendapat markah tertinggi pada setiap bulan.
Persekitaran sekolah
Botol
Bunga plastik
Alat permainan kanak-kanak
Pakaian
Peralatan berkebun
Basikal buruk
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Kaedah Yang Diguna Untuk Mengendali Program ETE
Proses Pembacaan
Peningkatan Perbendaharaan
Kata
Kuiz Aktiviti Nyanyian
Permainan Bahasa
Sudut Jaya Diri
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
5
KEJAYAAN
• Murid lebih memahami sesuatu topik dan dapat mengingatinya bagi jangka
masa yang lama.
• Murid lebih mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris dan tidak berasa
malu untuk melafazkan sesuatu perkataan dalam Bahasa Inggeris.
• Murid dapat memenuhi waktu yang terluang dengan lebih bermakna.
Mereka dapat pergi ke taman untuk menyiapkan lembaran kerja yang
disediakan oleh guru.
• Pembelajaran secara kendiri menjadi aktif. Murid bersoal jawab sesama
mereka untuk menjawab soalan yang disediakan, mereka mampu merujuk
kamus dan bertanya guru tentang makna sesuatu perkataan.
• Pencapaian murid Tahun 4 dan 5 menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan.
• Guru yang mengajar mata pelajaran lain boleh mendapat manfaat dari
taman tersebut bagi aktiviti mata pelajaran masing-masing.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 6
PROGRAM CEMERLANG TAHUN 1M 2000 (Pemenang Kedua)
Che Jamaliah Sidek SK Singkir, Bedong ,Kedah.
SINOPSIS
Program Cemerlang ini dirancang khas untuk murid Tahun 1M dengan tujuan untuk memberi pendedahan tentang dengan alam persekolahan secara formal. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid supaya sentiasa ingin datang ke sekolah. Program ini juga membolehkan mereka berkenalan antara satu sama lain serta dapat memupuk nilai-nilai murni ke arah pencapaian budaya cemerlang sekolah. Menerusi program ini, suasana bilik darjah yang ceria dan cemerlang dari segala aspek diwujudkan untuk merangsang murid belajar. Suasana pembelajaran yang ceria, selesa dan cemerlang di dalam bilik darjah akan menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Ini seterusnya akan menghasilkan murid yang berdisiplin dan dapat menguasai 3M dengan cemerlang.
OBJEKTIF:
Objektif utama program ini ialah untuk :
1. Memberi pendedahan kepada murid tentang alam persekolahan secara
formal.
2. Membolehkan murid berkomunikasi dan berkenalan di antara satu sama
lain.
3. Melatih murid mengucap ucapan yang bertatasusila.
4. Melatih murid berdisiplin dan menepati masa.
5. Melatih murid menghargai keindahan dan keceriaan tempat belajar dan
bekerjasama memeliharanya.
6. Menanam nilai murni dalam diri murid serta mewujudkan budaya
cemerlang di sekolah.
7. Menanam sikap bekerjasama dan tolong menolong menuju ke arah
kejayaan.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
7
ASPEK INOVASI
Projek khas yang terkandung dalam Program Cemerlang ini adalah seperti berikut:
Projek Keceriaan Kelas
Projek ini dilaksanakan bagi membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran
dengan penuh keselesaan dan seterusnya dapat menguasai kemahiran 3M dengan
jayanya. Projek ini juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih menarik dan berkesan. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat
dilakukan secara berterusan dan berkesan. Suasana pembelajaran yang ceria ini
akan menimbulkan semangat belajar yang tinggi di kalangan murid. Antara aspek
keceriaan yang diberi perhatian ialah:
Pengurusan sudut pembelajaran
Perpustakaan mini
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 8
Projek Rakan Angkat (Mentor-Mentee) dan Berkumpulan Matlamat projek ini ialah untuk menanam sikap
bekerjasama ke arah menuju kejayaan, menerap sikap
tanggungjawab dan toleransi serta mengikis perasaan
malu untuk belajar di kalangan murid. Setiap murid
mempunyai seorang mentor yang memainkan peranan
membantunya dalam pelajaran dengan pemantauan
guru. Di samping itu, murid dibahagi kepada 6
kumpulan bagi memudahkan aktiviti berkumpulan.
Projek Galakan Membaca
Matlamat projek ini ialah untuk menanam budaya membaca di kalangan murid.
Antara objektif projek ini ialah untuk menimbulkan minat membaca di kalangan
murid; menambah ilmu pengetahuan murid; meningkatkan kemahiran membaca
murid; dan menambah perbendaharaan kata murid. Aktiviti membaca ini boleh
dikategorikan mengikut kriteria berikut:
Kumpulan Sasaran
Murid-murid Tahun 1M
Bahan Bacaan
Buku-buku dan kad-kad bacaan dari perpustakaan mini
Waktu Aktiviti
Pagi sebelum loceng pertama berbunyi; pada waktu lapang; setelah
selesai pengajaran dan pembelajaran; dan selepas waktu
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
9
Projek Bacalah Sayang:
Projek ini dirancang khusus untuk membantu murid yang belum menguasai
kemahiran 3M. Projek ini boleh dijalankan setiap hari selepas waktu persekolahan.
Setiap murid yang lemah dibimbing oleh guru untuk membaca bahan bacaan yang
terdiri daripada kad bacaan dan buku ‘Bacalah Sayang’
Projek Mayang:
Projek ini bertujuan untuk menolong murid yang dikategori sebagai murid lembam.
Mereka diajar asas 3M seperti mengenal dan menulis abjad; mengenal dan menulis
suku kata terbuka dan tertutup; membaca dan menulis kad perkataan dua suku kata
sebelum diberi tugasan membina ayat mudah secara lisan dan bertulis berdasarkan
gambar.
Bahan-bahan terbuang dan tidak digunakan seperti meja-meja lama yang dicat
semula, botol-botol, rangka-rangka payung, bekas meletak buah-buahan digunakan
untuk menceriakan kelas dan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian
Proses Aktiviti
• Murid membaca seberapa banyak buku yang boleh, mengikut
kemampuan masing-masing;
• Murid mencatat perkataan-perkataan yang susah/kurang
difahami;
• Murid yang telah selesai membaca lima buah buku dilekat gambar
kartun pada kad bintangnya;
• Murid yang tidak lancar dimulai dengan kad-kad bacaan;
• Murid yang telah selesai membaca lima kad bacaan dilekat
gambar kartun pada kad bintangnya;
• Judul buku-buku yang telah dibaca dicatat dalam Kad Rekod
Bacaan; dan
Penilaian
Penilaian dibuat mengikut jumlah buku dan kad bacaan yang telah
dibaca.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 10
murid dalam setiap aktiviti program dibuku dan difailkan untuk memudahkan guru
mengikuti perkembangan setiap murid dan mengetahui perkembangan program ini.
KEJAYAAN PROGRAM
Kecemerlangan telah dicapai dalam beberapa aspek berikut:-
• Kelas Tahun 1M telah menjadi kelas paling ceria di sekolah bagi tahun
1997, 1998, dan 1999. Murid dapat belajar dalam suasana yang selesa
dan menjadi amat berminat untuk datang ke sekolah.
• 100% murid Tahun 1M 1998 telah lulus dalam semua mata pelajaran
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Agama
Islam.
• Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan amat
berkesan kerana murid telah biasa belajar secara berkumpulan.
• Murid-murid Tahun 1M telah berjaya didisiplinkan dengan cemerlang.
Semua murid Tahun 1M mempunyai tingkah laku yang amat baik dan
berbudi bahasa.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
11
PAKEJ CELIK BACAAN (Pemenang Ketiga)
Md Radzi bin Misran SK Rawang, Rawang, Selangor
SINOPSIS
Pakej Celik Bacaan ditumpukan kepada murid pemulihan khas, khususnya mereka yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca seperti mengenal abjad, suku kata, ejaan dan membaca. Dalam tempoh tiga bulan murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan memahami ayat mudah. OBJEKTIF
1. Mengatasi masalah tidak mengenal huruf di kalangan murid.
2. Membantu murid yang lemah menguasai asas kemahiran menulis dan
membaca.
3. Memberi keyakinan kepada murid dalam mempelajari mata pelajaran lain.
ASPEK INOVASI Bahan yang digunakan dalam melaksanakan program ini terdiri daripada:-
• kad imbasan
• kad perkataan
• buku latihan
• buku bacaan berpandu
• kaset
• set permainan bahasa
• buku panduan
• radio
• modul celik huruf
Semua bahan ini diletakkan di dalam bilik khas. Murid yang lemah menguasai asas mengenal huruf dan membaca diberi pemulihan di bawah bimbingan guru. Program berbentuk pemulihan ini diselang-seli dengan aktiviti nyanyian lagu melalui kaset. Di samping itu, aktiviti permainan bahasa juga disediakan untuk murid. Kaedah ini dapat mengelakkan perasaan bosan ketika mengikuti kelas pemulihan.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 12
KEJAYAAN
Kejayaan projek ini ialah:-
• Murid dapat mengenal huruf dalam tempoh masa yang singkat.
• Murid dapat menguasai kemahiran asas membaca dalam tempoh 3 bulan.
• Murid dapat menguasai asas kemahiran menulis dalam tempoh masa yang
dijangkakan.
• Murid lebih yakin mempelajari mata pelajaran lain.
• Murid berasa lebih seronok mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
13
ALAT PENCAMPURAN CAHAYA BERWARNA (Pemenang Pertama)
Tan Chung Yong SMB St. Thomas, Kuching, Sarawak
OBJEKTIF
Alat ini dapat:
1. Membantu murid membina konsep yang betul melalui eksperimen.
2. Meningkatkan minat murid terhadap sains melalui eksperimen.
3. Menghubungkaitkan sains dengan kehidupan seharian.
4. Membantu guru sains mengajar topik “Alat Pencampuran Cahaya Berwarna”
ini dengan strategi inovatif.
5. Memberi pengetahuan asas kepada murid yang ingin menceburi bidang lain
seperti lakonan dan perhiasan dalaman.
ASPEK INOVASI
Bahan-bahan yang digunakan adalah:
• kadbod
• penapis yang berwarna primer dan warna sekunder
• batang kayu (2cm x 1.5cm x 73cm)
• 3 keping cermin (10cm x 2cm)
• 12 batang skrew (2.5cm)
• sekeping papan (10.6cm x 9cm x 2cm)
SINOPSIS Alat Pencampuran Cahaya Berwarna merupakan satu inovasi yang digunapakai dalam mata pelajaran Sains untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk “Cahaya, Warna dan Penglihatan”. Alat ini dapat membantu murid memahami konsep cahaya berwarna dengan mudah, jelas dan tepat. Di samping itu, alat ini dapat meningkatkan pengetahuan dan minat murid terhadap sains melalui eksperimen. Alat ini mudah dikendalikan, menjimatkan masa dan mudah alih.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 14
Alatan ini mengandungi dua
bahagian iaitu:
• slaid buatan sendiri
• alat pemantul
Aplikasi Alat
1. Alat ini boleh digunakan di dalam bilik AVA atau dimakmal sains yang
mempunyai projector.
2. Rajah berikut menunjukkan susunan radas untuk menjalankan eksperimen.
Slaid Projektor Buatan Sendiri
Alat Pemantul
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
15
3. Semasa projektor dihidupkan, warna-warna yang akan dikaji dipantulkan
pada skrin. Kaedah ini dapat menghasilkan cahaya berwarna yang terang
dan luasnya cukup besar supaya kajian dapat dijalankan oleh semua
murid.
4. Sudut pantulan pada cermin dapat diubah dengan memutarkan
batang kayu yang disokong oleh skrew. Dengan demikian,
pencampuran cahaya berwarna dapat dihasilkan.
5. Penolakan cahaya berwarna boleh dikaji dengan
meletakkan penapis di X.
6. Penolakan cahaya berwarna sebagai proses serapan dan
pantulan cahaya oleh objek berwarna juga boleh dikaji
dengan meletakkan objek berwarna di Y.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 16
KEJAYAAN
1. Dengan bantuan alat ini, murid memahami konsep cahaya berwarna dengan
mudah, jelas dan tepat.
2. Murid lebih memahami kesan cahaya berwarna ke atas warna pakaian para
pelakon di pentas. Pengetahuan mengenai kesan cahaya berwarna ke atas
sesuatu objek juga sangat berguna dalam bidang kajian perhiasan dalaman dan
pengawalan cahaya pentas lakonan.
3. Alat Pencampur Cahaya Berwarna ini mudah dibuat dan senang digunakan
dalam proses pengajaran pembelajaran.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
17
PENGAJARAN CIRI-CIRI SISIEMPAT MELALUI ORIGAMI (Pemenang Kedua)
Ramlah bt Saad SM Tinggi Bukit Mertajam Bukit Mertajam, Pulau Pinang
SINOPSIS Lipatan Origami yang berasal dari negara Jepun merupakan inovasi yang diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tingkatan 1. Seni origami menghasilkan lipatan yang tepat tanpa menggunakan alat seperti pembaris, jangka lukis, jangka sudut mahupun gam. Kebanyakan objek origami menggunakan segiempat sama. Guru boleh memanfaatkan asas-asas origami dalam pengajaran Matematik khususnya dalam bidang geometri. Dengan cara ini murid dapat menggabungjalinkan subjek Matematik dan Pendidikan Seni di samping dapat menghayati penggunaan Matematik dalam kehidupan seharian. OBJEKTIF
Pendekatan ini dapat:
1. Mengatasi masalah pemahaman konsep.
2. Mempermudahkan lagi kaedah pengajaran.
3. Memaksimumkan penggunaan Hemisfera Otak Kanan dan Hemisfera Otak Kiri.
4. Mewujudkan suasana yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
5. Menambah dan mempertingkatkan minat dan motivasi belajar Matematik.
6. Menambah kemahiran psikomotor murid dengan melakukan kerja-kerja melipat
kertas dan melukis rajah.
7. Memberi kesedaran kepada murid bahawa Matematik itu bukan sekadar
melakukan latihan bertulis sahaja.
8. Memberi peluang kepada murid membuat inferens.
9. Mengembangkan daya kreativiti murid dengan menghasilkan beberapa objek
origami.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 18
ASPEK INOVASI Bentuk Bahan
Bahan yang digunakan bersifat mudah alih, senang
digunakan dan mesra alam. Nilai sayangkan alam sekitar
dapat dipupuk melalui penggunaan semula kertas
terpakai. Turut digunakan ialah bentuk-bentuk sisiempat
dan lembaran kerja.
Pengendalian pengajaran
berpusatkan murid. Aktiviti
yang dijalankan mengambilkira dan melibatkan
kepelbagaian kecerdasan murid seperti kecerdasan
linguistik, logiko-matematik, kinestatik, naturalis, spatial,
interpersonal dan intrapersonal.
KEJAYAAN
Inovasi ini dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ciri-ciri
sisiempat melalui penglibatan murid yang menyeluruh dalam aktiviti. Murid dapat
memahami konsep dengan mudah dan berkeyakinan. Di samping itu inovasi ini berjaya
mencungkil kreativiti murid dalam mengaplikasikan konsep. Inovasi ini juga boleh
dikembangkan dalam tajuk-tajuk lain seperti pecahan, simetri, jenis-jenis poligon, luas
dan perimeter.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
19
LAMAN BESTARI “Laman Bestari Merentasi Kurikulum”
(Pemenang Pertama)
Hamidah bt. Dugel Fauzi b. Taib @ Mohd. Taib Che Rashid b. Che Musa
Mohd. Sopi b. Mamat W. Ahmad Fadziruddin W. Muhammad
SK Jambu Lawar, 18500 Machang, Kelantan
SINOPSIS Laman Bestari adalah kawasan seluas 0.2 hektar yang dibahagikan kepada 13 laman yang dibangunkan dari segi bentuk, pengisian dan penggunaannya untuk menjadi medan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran diperkembangkan supaya setiap laman dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid melalui aktiviti dan projek yang dicadangkan.
OBJEKTIF 1. Dijadikan tempat untuk penyelidikan yang terancang
2. Mengumpul bahan untuk penyelidikan dan rujukan
3. Sebagai medan pembelajaran luar kelas
4. Meningkatkan minat murid dalam proses pembelajaran
5. Meningkatkan pencapaian dalam semua mata pelajaran
ASPEK INOVASI Tanah lapang seluas 0.2 hektar dimanfaatkan sepenuhnya untuk dijadikan sumber P&P. Terdapat tiga belas (13) buah laman di kawasan ini yang diisi dengan pelbagai bahan mengikut tajuk yang ditentukan. Di samping itu juga terdapat dua belas (12) Projek Khas yang dilaksanakan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman murid. Setiap laman diisi dengan pelbagai bahan mengikut kesesuaian tema laman. Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan terpakai, mudah didapati, tahan lama dan bahan semulajadi. Laman dijaga oleh seorang guru penyelaras dan sekumpulan murid sebagai pengawas laman.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 20
Tema Laman Projek Khas Laman 1 – Pusat Awetan Projek 1 – Kelas Terbuka
Laman 2 – Taman Haiwan dan Galeri Warisan Projek 2 – Pusat Saintis Muda
Laman 3 – Kota Memanjat Projek 3 – Permainan Matematik
Laman 4 – Taman Batu Projek 4 – Pusat Tanaman Hidroponik
Laman 5 – Pusat Hidroponik Projek 5 – Sawah Padi
Laman 6 – Pokok Memanjat Dinding Projek 6 – Dangau Warisan
Laman 7 – Tapak Semaian Projek 7 – Projek Hidro
Laman 8 – Kawasan Pertanian Projek 8 – Pusat Kaji Cuaca
Laman 9 – Air Terjun Projek 9 – Jam Matahari
Laman 10 – Tanaman Ubatan Tradisional Projek 10 – Kolam Kura-kura
Laman 11 – Kolam Ikan Projek 11 – Galeri Warisan
Laman 12 – Hutan Simpanan Projek 12 – Kedai Laman Bestari
Laman 13 – Taman Berpasu
CONTOH 1: Laman Empat – TAMAN BATU Sesuai untuk mata pelajaran:
• Bahasa Melayu – karangan bertajuk
batu-batan (Tahun 5 & 6)
• Bahasa Inggeris – Labelling the stones
• Sains – Ciri-ciri tumbuh-tumbuhan
Habitat tumbuhan darat
Bumi dan alam semesta
Kaedah:
• Murid membuat kajian jenis
batuan
• Murid menulis karangan tentang
batuan
• Menamakan batuan
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
21
CONTOH 2: Laman Sembilan – LAMAN AIR TERJUN Sesuai untuk mata pelajaran:
• Kajian Tempatan – sumber alam, sumber
tenaga, pemeliharaan dan pemuliharaan
sumber alam
• Sains – sumber tenaga elektrik, janakuasa
elektrik
• Bahasa Inggeris – to express statements
which are accepted as universe all truths, to write a story
Kaedah:
• Membuat kajian
• Melukis tentang keindahan alam semulajadi
• Bercerita Mengarang
CONTOH 3: Projek Khas Warisan – DANGAU WARISAN Terdapat dangau, alatan tradisional, perangkap
tikus, bantal tradisional, alatan memasak.
Objektif:
• Murid dapat mengetahui kaedah pengurusan
sawah secara tradisi
• Memupuk semangat kerjasama dan gotong-
royong
• Menjalankan kerja penanaman padi secara
amali
Kaedah untuk Bahasa Melayu:
• Bercerita menggunakan ayat sendiri tentang proses
penanaman padi
• Menulis karangan “Nasi sebagai makanan asasi”
• Menulis pantun “Tuai padi antara masak….”
• Membuat kajian terhadap pokok padi
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 22
KEJAYAAN
• Pengurangan kos operasi
– bahan sedia ada
• Penjimatan masa –
Laman Bestari digunakan sebagai
alat bantu mengajar
• Peningkatan dan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran – murid menerima proses
pembelajaran secara langsung dan tidak
langsung melalui pengalaman baru
• Peningkatan pencapaian akademik
murid melalui pencapaian UPSR
• Peningkatan dalam tahap kepuasan hati guru dan pelajar di mana:
- Pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lebih lancar
- Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
- Semangat kerjasama di kalangan guru dan pelajar meningkat
- Perlakuan yang lebih positif terutamanya di kalangan pelajar
- Lanskap sekolah yang lebih ceria
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
23
BACALAH CIKGU (Pemenang Kedua)
Hjh. Ainun Jamilah bt. Mohd. Ali Mohd b. Omar
Rafeah bt. Abdullah SMK Tengku Lela Segara, 21600 Marang, Terengganu
OBJEKTIF
SINOPSIS Program ‘Bacalah Cikgu’ dimulakan untuk menggalakkan guru memasuki dan menggunakan Pusat Sumber Sekolah (PSS) supaya pengetahuan mereka berkembang untuk menyumbang minda masing-masing semasa pengajaran dan pembelajaran. Dengan program ini, guru lebih mengenali dan menghargai keberkesanan penggunaan perpustakaan dan menjadi penggerak untuk mendorong pelajar menggunakan perpustakaan dengan lebih efektif dan menjadikan PSS sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran (Teaching-Learning Centre).
Menggalakkan guru menggunakan bahan rujukan di perpustakaan
Mendedahkan kepada guru kemudahan yang ada di perpustakaan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Menggalakkan guru meminjam buku rujukan yang berkaitan dengan opsyen guru dan mendedahkan maklumat tersebut kepada pelajar
Menyediakan buku rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk membantu guru meluaskan pengetahuan sedia ada
Membolehkan guru meminjam maklumat terkini berkaitan isu dan perkembangan pendidikan negara
Mewujudkan suasana harmoni untuk bertukar-tukar fikiran dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan guru
Memudahkan pihak pengurusan memberi maklumat terkini kepada guru
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 24
ASPEK INOVASI
• Mengarah guru ke PSS setiap hari Selasa (guru sidang pagi) dan Rabu
(guru sidang petang)
• Melarang guru ke Bilik Guru pada hari Selasa dan Rabu
• Mewujudkan Sudut Rujukan Guru di PSS
• Menambah buku bacaan dan rujukan untuk guru
• Mengadakan Hari Penerangan dan Hari Perbincangan yang diuruskan
oleh Kumpulan Pengurusan dan Penyelaras PSS
• Menggalakkan guru menulis sinopsis buku yang dibaca
• Guru memaklumkan kepada rakan guru dan pelajar sesuatu maklumat
yang sesuai dan penting untuk P& P
• Menimbulkan amalan berkongsi buku persendirian di kalangan guru
• Mengadakan sesi ulasan buku
• Menggalakkan guru menyumbang buku / majalah kepada PSS
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
25
KEJAYAAN
• Kos operasi program berkurangan
sebab:
- guru menyumbang buku,
majalah dan artikel
- penggunaan kemudahan yang
telah ada di PSS
• Penjimatan masa
- guru ke PSS cuma sewaktu mereka tiada
kelas atau tidak mengajar
- masa ‘bersembang’ bertukar kepada
masa membaca, merujuk dan
berbincang
- guru yang telah menghayati program ini
terus masuk ke PSS pada hari lain
termasuk hari Sabtu
• Keberkesanan P&P guru jelas kelihatan
- pelajar lebih seronok belajar
- lebih ramai pelajar mengunjungi PSS
- permohonan untuk kelas tambahan
meningkat
- keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Sejarah menunjukkan
peningkatan
- Isi kandungan pengajaran guru lebih
beranika dan menarik
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 26
• Guru dan pelajar berpuas hati dengan program ini
- guru memohon tambahan dari 2 ke 3 hari
untuk ke PSS
- pelajar berpuashati dan sedar bahawa guru
mereka lebih bersedia dan berpengetahuan
• Kepuasan hati guru dan AJK PSS
- PSS menjadi nadi dan pusat P&P serta
pusat ilmu yang terulung
- Guru merasa selesa dan sesuai berada di
PSS dibandingkan dengan berada di bilik
guru kerana berada di alam ilmu
• Pengiktirafan program
- PSPN mengiktirafkan sebagai program
berdaya maju serta berkesan
- PSS dikenali sebagai PSS Contoh Peringkat
Negeri Terengganu
- Mendapat peruntukan bahan bacaan
bernilai RM 10,000.00 daripada
Perpustakaan Awam Negara pada 1 Ogos
1998
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
27
KUIZ MINDA BESTARI (Pemenang Ketiga)
Maiddin b. Suratman Hjh Muhainia bt.Abd Kadir
Kasniza Kumari bt. Shamsir Paridah bt. Saman Zaleza bt. Zakaria
Puvaneswary SK Danau Kota ,53300 Setapak, Kuala Lumpur
SINOPSIS
Kuiz Minda Bestari (KMB) merupakan bahan yang dapat mencernakan pengetahuan dan mengembangkan pemikiran murid berasaskan kepada pelbagai jenis permainan. Program ini telah berjaya meningkatkan peratus lulus murid dalam akademik. Kemahiran sosial murid turut membantu program ini menerusi pelbagai jenis permainan yang masih bersangkut paut dengan proses pembelajaran. Antara permainan yang terdapat dalam KMB ialah congkak, lingkaran nombor, bulatan dan jam, teng-teng, galah panjang dan suku kata. Kejayaan ini telah berjaya meningkatkan keyakinan dan kehadiran murid untuk datang ke sekolah.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan prestasi akademik agar lebih cemerlang.
2. Menambah minat terhadap pelajaran dan keyakinan diri.
3. Menjana minda dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan berasaskan soalan kuiz yang diberi.
4. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
5. Memupuk sikap positif dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 28
ASPEK INOVASI Dataran Ilmu Warisan Alat adalah satu kawasan di mana beberapa jenis permainan
rakyat disediakan dalam Program KMB. Contoh permainan di Dataran Ilmu Warisan Alat
ialah:
Jenis Permainan Contoh Gambar Permainan
• Congkak
• Galah Panjang
• Teng-teng Rumah Batu
• Teng-teng Kapal Terbang
• Jam Sri Danau
• Sifir Beroda
• Dam Suku kata
• Road Runner
• Speed Way
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
29
Contoh Permainan: SPEED WAY
Permainan Speed Way Cara / Peraturan
• sama permainan Dam Ular
• murid terpaksa bergerak
dari satu petak ke satu
petak hingga permainan
tamat
• 2 hingga 4 orang pemain
• Buah dadu
Cara Permainan
• Setiap murid diminta melambung
buah dadu. Murid yang
mendapat nombor yang paling
tinggi akan memulakan permainan
dan diikuti oleh murid yang
seterusnya.
• Lambung dadu, bergerak mengikut
nombor yang diperolehi.
• Sekiranya murid berada di petak
yang mempunyai arah anak
panah, hendaklah mengikuti arah
anak panah, sama ada naik atau
turun ke petak lain.
• Murid atau pemain pertama
sampai ke garisan penamat
diisytiharkan sebagai pemenang.
Untuk sampai ke garisan penamat,
pemain memerlukan nombor yang
tepat. Sekiranya pemain mendapat
nombor yang berlebihan, pemain
perlu mengundur ke petak
belakang.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 30
Kos
• tidak melebihi RM100
• dibiayai oleh PIBG
• derma
KEJAYAAN
Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Tingkahlaku / Sikap
Sebelum Kuiz Minda Bestari Selepas Kuiz Minda Bestari
• Masa murid terbuang
• Tahap disiplin kurang memuaskan
• Murid kurang mengenali jenis
permainan tradisional
• Murid bersikap pasif
• Masa lapang yang berfaedah
• Disiplin terkawal
• Menambah pengetahuan tentang
permainan tradisional
• Aktif, cergas dan sentiasa bersedia
Akademik
Sebelum Kuiz Minda Bestari Selepas Kuiz Minda Bestari
• Murid Tahap 1 kurang mahir
membina perkataan suku kata
• Kurang cekap mencongak
• Kecekapan minda menyelesaikan
masalah adalah lemah
• Kurang berminat dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan ( PJK )
• Boleh membina perkataan
• Memperbaiki kemahiran mencongak
• Dapat berfikir dan menjawab mengikut
arahan
• Menunjukkan minat dan ada pelbagai
kemahiran PJK
• Meningkatnya prestasi Penilaian
Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 1999
Masa
• mengikut perancangan
• bantuan guru dan murid
• berjaya melatih murid mencari maklumat dan
belajar berdikari
• kecekapan minda murid dalam menyelesaikan
masalah dan mencongak semakin meningkat dari
setahun ke setahun
• murid Tahap 1 dan Tahap 2 boleh
menggunakannya secara berterusan
Penjimatan
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
31
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 32
PROGRAM KEHARMONIAN BACAAN ( Pemenang Pertama )
Hajah Rosni Abdullah SK Anak-Anak Angkatan Tentera ,Tok Jelai, Jitra, Kedah
OBJEKTIF
1. Murid lemah dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat dan
bersistematik.
2. Murid dapat menguasai kemahiran membaca keseluruhannya.
3. Murid berkeupayaan mengikuti pembelajaran di kelas biasa.
4. Guru dapat menjalankan aktiviti pemulihan di dalam kelas secara berterusan.
5. Ibu bapa atau ahli keluarga dapat terus membimbing murid di rumah dengan
menggunakan bahan yang sama.
ASPEK INOVASI
1. Modul Bacaan
Modul Bacaan terdiri daripada 12 buah buku bacaan bergred dari Buku 1 hingga
Buku 8B. Set buku ‘Mari Membaca’ disusun daripada yang mudah kepada yang
susah. Perkataan dan ayat yang digunakan disusun mengikut keutamaan.
Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan mengikut kaedah binaan. Perkataan
utama yang dipilih dalam ayat dan petikan adalah mudah serta mempunyai makna
dan bunyi yang boleh membantu pembelajaran secara berkesan.
SINOPSIS
Program Keharmonian Bacaan mempunyai tiga elemen iaitu Modul Bacaan, Menu Ganjaran dan Bacaan Berpasangan. Modul Bacaan mempunyai 12 set buku bacaan bergred yang berjudul ‘Mari Membaca’.Buku ini yang disusun daripada yang mudah kepada yang susah. Menu Ganjaran merupakan satu teknik pengurusan tingkahlaku. Peneguhan yang digunakan bertujuan merangsang pelajar melakukan perubahan tingkahlaku daripada yang negatif kepada yang positif. Bacaan berpasangan merupakan satu teknik pengajaran bacaan yang melibatkan dua murid iaitu seorang murid yang lemah dalam bacaan dan seorang pembimbing. Kumpulan sasaran projek ini ialah pelajar yang tidak menguasai kemahiran membaca.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
33
Set buku ‘Mari Membaca’
Proses bimbingan bermula dengan Buku 1. Murid akan diperkenalkan dengan
huruf vokal ‘a’ dan ‘u’. Ini diikuti dengan dua huruf konsonan ‘ b’ dan ‘d’.
Daripada empat abjad ini murid sudah boleh membina suku kata terbuka dan
seterusnya membentuk perkataan dan ayat mudah.
Contoh:
Huruf - a, u, b, d
Suku kata - ba, bu, da, du
Perkataan - baba, bubu, dada, dadu, ada
Ayat - Saya baca buku.
Aktiviti pemulihan menggunakan Modul Bacaan
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 34
Setelah murid menguasai kemahiran dalam Buku 1, mereka ada dibekalkan Buku
2 dan seterusnya sehinggalah Buku 8B. Keseluruhan buku ini meliputi
perkembangan struktur Bahasa Melayu daripada yang mudah kepada yang lebih
sukar.
Apabila murid telah menguasai kemahiran bacaan buku 8B mereka boleh
menguasai kemahiran membaca keseluruhannya dan berkeupayaan mengikuti
pembelajaran di kelas biasa.
2. Menu Ganjaran
Menu Ganjaran merupakan satu teknik pengurusan tingkahlaku. Peneguhan yang
digunakan bertujuan merangsang murid melakukan perubahan tingkah laku
daripada yang negatif kepada yang positif. Pelaksanaan Menu Ganjaran adalah
seperti berikut:
Tahap 1: Peneguhan Promosi
Peneguhan Promosi merupakan satu jenis peneguhan yang diwarwarkan dahulu
bentuk ganjaran yang akan diterima jika sesuatu kejayaan dicapai.
Contoh: Bulan Januari - habis membaca sebuah buku akan dapat sebatang pensil.
Bentuk ganjaran akan dihebahkan setiap bulan dan bahan ganjaran juga tidak
sama setiap bulan.
Contoh:
Januari -
Februari -
Mac -
Tahap 2: Ekonomi Token
Ganjaran ini menggunakan ‘token’ sebagai satu simbol yang boleh ditukarkan
dengan peneguhan lain yang disukai murid. Token diberi setelah tingkah laku
yang positif tercapai. Token di buat dalam pelbagai bentuk seperti bintang, setem,
butang, wang, cip dan kad. Peneguhan sokongan diberikan selepas token tertentu
terkumpul misalnya 10 token boleh ditukarkan dengan sebatang pensil. Token
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
35
juga digunakan untuk pengurusan tingkah laku yang berkaitan dengan memberi
perhatian semasa belajar.
Contoh: 4 token – mendengar dan menyumbang 3 idea
Token juga digunakan untuk aktiviti bacaan dan latihan bertulis. Murid
dikehendakki membayar denda sekiranya melanggar peraturan dan disiplin
kelas.
Menu Ganjaran
3. Bacaan Berpasangan
Bacaan berpasangan merupakan satu teknik pengajaran bacaan yang melibatkan
dua pihak iaitu murid yang lemah dalam bacaan dan seorang pembimbing yang
telah menguasai kemahiran membaca. Mereka terdiri daripada guru, rakan
sebaya, ibu bapa atau ahli keluarga. Murid dan pembimbing bebas memilih
tempat dan masa yang difikirkan selesa untuk menjalankan aktiviti. Aktiviti yang
dijalankan berlaku dalam keadaan harmoni dan tanpa sebarang tekanan daripada
mana-mana pihak.
Murid dibimbing oleh rakan sebaya pada waktu rehat
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 36
KEJAYAAN
Program ini telah menolong murid lemah menguasai kemahiran membaca dan seterusnya
berupaya mengikuti pembelajaran di kelas biasa. Sebagai contoh, pada tahun 1999
seramai 40 murid daripada 52 murid yang mengikuti program ini telah berjaya
menguasai kemahiran membaca dan mengikuti pembelajaran bagi mata pelajaran lain.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
37
PROGRAM BIMO
(Bimbingan Motivasi) (Pemenang Kedua)
Rasif Ahmad SK Taman Selayang I, 68100 Batu Caves, Selangor
SINOPSIS
Program BIMO adalah satu program terancang untuk membantu mengatasi masalah murid menghadapi kesukaran belajar dan tercicir dalam pencapaian akademik di peringkat awal persekolahan. Program ini dibimbing oleh guru pemulihan khas dan dibantu oleh guru-guru lain. Sebuah bilik darjah yang mempunyai suasana yang menarik dan kondusif diwujudkan. Bilik darjah tersebut dilengkapi dengan bahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran pemulihan khas. Bahan sokongan lain yang digunakan ialah buku Pakej Jauhari yang merupakan himpunan latihan yang disediakan oleh guru pemulihan khas. Murid membuat latihan dengan menggunakan buku tersebut dan pencapaian dicatat dalam rekod pencapaian murid.
OBJEKTIF 1. Menguasai kemahiran membaca dan menulis secara terancang dan bersepadu.
2. Mengikut proses pembelajaran dengan selesa dan berjaya.
3. Meningkatkan prestasi akademik pelajar melalui bimbingan dan
4. program motivasi yang berterusan.
5. Membentuk keyakinan diri dan ketahanan diri untuk bersaing
6. Meningkatkan tahap disiplin yang baik.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 38
ASPEK INOVASI Semua murid baru Tahun Satu menduduki ujian
diagnostik Bahasa Melayu. Ujian adalah seperti
mengenal huruf besar dilakukan secara rambang,
mengenal suku kata mengikut pemeringkatan (KV, KVK,
KVKK, VK, KVVK, KVV, KKV, KKVK, KVVV), membaca
ayat mudah, dan membaca cerita pendek.
Murid yang belum menguasai huruf diasingkan ke kelas
BIMO. Murid Tahun Satu ini menggunakan buku Pakej Jauhari Bahasa Melayu dan
mengikuti program pengajaran yang telah disusun secara mudah dan berkesan. Di
samping itu, susunan ruang dalam kelas Program BIMO dapat dibahagikan kepada:
i. Kelas BIMO (Am) - Setiap kelas mempunyai ruang belajar untuk;
a. pengajaran individu
b. menampung 25- 30 orang murid
c. mini perpustakaan
d. ruang perpustakaan
e. ruang pameran hasil kerja murid
ii. Kelas Sumber BIMO - Kelas sumber ini mempunyai ;
a. ruang tayang VCD
b. keperluan fizikal lain seperti Kelas BIMO (Am)
Contoh bahan kandungan yang terdapat dalam buku Pakej Jauhari yang dijalankan
dijalankan melalui Program BIMO adalah seperti berikut:
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
39
KEJAYAAN
1. Mewujudkan masyarakat sekolah yang perihatin terhadap tanggungjawab masing-
masing untuk membantu dan mengatasi masalah tidak boleh membaca.
2. Dapat menyusun matlamat kurikulum dengan lebih berkesan apabila sikap dan minat
murid mencapai tahap memberangsangkan.
3. Dapat mengatasi masalah membaca dengan cepat dan terancang.
4. Dapat mengelakkan kebosanan murid untuk menghadapi subjek/tajuk dalam mata
pelajaran lain.
5. Murid dapat merasakan suasana bilik darjah yang lebih selesa dan pembelajaran yang
menarik.
6. Dapat mewujudkan kerjasama antara guru Pendidikan Pemulihan khas BIMO dengan
guru-guru kelas BIMO.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 40
MARI BELAJAR MATEMATIK SAMBIL MENYANYI (Pemenang Ketiga)
Ahsahri Hj. Kasdi SK Sri Setia Jaya,Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor
SINOPSIS
Program Mari Belajar Matematik Sambil Menyanyi adalah satu formula lagu matematik yang sesuai diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya bagi kumpulan sederhana dan lemah di Tahap Dua yang bakal menduduki UPSR. Program ini membantu mereka menghafal formula matematik mengikut tajuk dengan mudah dan cepat. Terciptanya lagu matematik ini adalah bertujuan membantu murid menghafal, mengingati dan memahami formula yang terdapat di dalam sukatan pelajaran dengan cara yang lebih mudah, berkesan dan efektif. Di samping itu, kaedah ini dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan dan menyeronokkan. Murid tidak berasa bosan semasa belajar .
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran hafalan formula lagu Matematik murid dapat:
1. Menjawab soalan-soalan Matematik mengikut kemahiran yang dipelajari
dengan lebih berkesan dan cepat;
2. Menghafal sifir secara lebih berkesan dan efektif, dalam masa yang singkat.
Ini memberi galakan kepada mereka untuk terus mempelajari operasi asas
seterusnya (tambah, tolak, darab dan bahagi);
3. Menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah yang mempunyai beberapa
kemahiran di dalam satu soalan;
4. Belajar matematik dengan riang dan seronok. Mereka tidak berasa bosan
kerana belajar sambil menyanyi. Ini secara tidak langsung dapat memupuk
semangat dan kesungguhan mereka mendalami mata pelajaran ini;
5. Mencungkil bakat semulajadi mereka. Murid berani memberi pendapat dan
komen serta bersedia menerima pelbagai bentuk soalan;
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
41
6. Membentuk sikap dan peribadi murid berfikir secara kreatif dan inovatif. Mereka
yakin dan berkebolehan membina soalan sama ada secara spontan atau bertulis
berpandukan lagu yang dipelajari;
ASPEK INOVASI
Dilaksanakan dalam set induksi dan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas melalui nyanyian. Bentuk bahan yang digunakan adalah seperti berikut:
• Cakera padat/kaset lagu Matematik; dan
• Senikata lagu
Lagu-lagu matematik yang telah dicipta antaranya ialah:-
• Pak Wa Berlaga – hafalan sifir;
• Tambah dan Tolak;
• Pecahan;
• Rumah Nombor;
• Kotak;
• Oh La La;
• Untung-Untung dan Rugi;
• Diskaun;
• Dividen, dan
• Masa
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 42
Contoh lirik lagu matematik ‘Tambah-Tambah Tolak’:-
TAMBAH & TOLAK
Kalau jumpa sebelum kita tolak Kalaulah jumpa kurang kita tolak
Kalaulah jumpa beza kita pun juga tolak Sebelum kurang beza kita tolak
Kalau jumpa selisih kita tolak
Kalaulah jumpa banding kita tolak Kalaulah jumpa rugi kita pun juga tolak
Selisih banding rugi kita tolak
Kalau jumpa diskaun kita tolak Kalaulah jumpa baki kita tolak Kalaulah jumpa awal kita tolak Diskaun baki awal kita tolak
Kalau jumpa selepas kita tambah Kalaulah jumpa lebih kita tambah
Kalaulah jumpa lewat kita pun juga tambah Selepas lebih lewat kita tambah
Kalau jumpa dividen kita tambah
Kalaulah jumpa untung kita tambah Kalaulah jumpa jumlah kita juga tambah
Dividen untung jumlah kita tambah
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
43
Contoh Penggunaan
Lagu ‘Tambah dan Tolak’
1. Lagu ini sesuai digunakan bagi soalan-soalan berbentuk penyelesaian
masalah.
2. Pelajar menggaris perkataan yang ada dalam senikata lagu ini.
3. Contoh:
a. Ali tiba di sekolah lima minit sebelum pukul 7.25. Pukul berapakah
Ali tiba? (-)
Cara pengiraan 7.25
0.05
7.20
b. Pendapatan seorang pekerja pada bulan April ialah 20% kurang
daripada (-) pendapatannya pada bulan Mac. Jika pendapatan pada
bulan Mac ialah RM780.00 berapakah gaji pekerja tersebut pada
bulan April?
Cara Pengiraan: i. Tukarkan terlebih dahulu 20%
20 x 780 = 156
100
ii. Tolakkan (kerana terdapat perkataan
kurang)
c. Cari beza 26.4 kg dengan 24 kg (-)
d. Ali pergi ke sekolah 15 minit selepas pukul 7.00 pagi. (+)
e. Ali mempunyai wang sebanyak RM10.00. Ayahnya memberikan wang
tambahan sebanyak RM2.00. Berapakah jumlah wang Ali sekarang?
(+).
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 44
KEJAYAAN
PERATUS LULUS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR
MATA PELAJARAN MATEMATIK
SKSSJ
100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
1995 1996 1997 1998 1999 2000
56% 55%
69.9%
84.4%
93.6% 98%
SEBELUM MENGGUNAKAN FORMULA / LAGU
SETELAH MENGGUNAKAN FORMULA / LAGU
SASARAN
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
45
KAEDAH PJK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
(Pemenang Pertama)
Nor Aziziun bt Razali S.M.K. Hutan Melintang
36400 Hutan Melintang, Perak
OBJEKTIF Kaedah ini dapat: 1. Mengubah amalan dan sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan
2. Membantu guru menggunakan kaedah PJK khususnya permainan bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
3. Memahami situasi pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum
4. Meneroka pendekatan kepada “Learning is Fun”
ASPEK INOVASI
Pengajaran dijalankan secara berperingkat mengikut kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran PJK.
SINOPSIS Projek ini bertujuan untuk membantu guru menggunakan Kaedah PJK khususnya permainan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kaedah bermain sambil belajar mampu menarik minat murid untuk belajar dengan cepat dan mudah khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Kata Adjektif.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 46
CONTOH MODUL KAEDAH PJK DALAM
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Tajuk: Kata Adjektif
Objektif: Murid dapat:
1. memberi beberapa contoh kata adjektif
2. membuat beberapa ayat dengan menggunakan kata adjektif
Objektif Kemahiran Berfikir:
1. Mencari kata adjektif berdasarkan gambar
2. Mengumpul kata keterangan untuk menguatkan kata adjektif
3. Mengelaskan kata penguat depan, belakang dan bebas
4. Memilih dan menyesuaikan penggunaan kata adjektif dalam membina
ayat.
Kemahiran Berbahasa:
1. Mendengar dan memahami makna, frasa dan ayat
2. Membaca dan memahami kata, frasa dan ayat
3. Membina ayat yang betul dan tepat
Aktiviti: Soal jawab, penerangan, kuiz, demonstrasi dan sumbangsaran.
Masa: 1 jam
Alat Bantu Mengajar
Bola tenis, surat khabar, kertas pendua, gunting, gam, pen marker, kad imbasan
dan kad kuiz adjektif.
Nilai Murni
Bekerjasama, keberanian, keadilan, baik hati, kejujuran, kerajinan, kasih sayang,
kesyukuran, hormat menghormati dan semangat bermasyarakat.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
47
Turutan Pengajaran
Set Induksi Secara berpasangan murid merebut bola. Murid yang menang disoal tentang warna, bentuk dan kekenyalan bola tenis dengan kata adjektif.
Aktiviti Penggunaan Adjektif Murid menampal gambar daripada akhbar di atas kertas dan menyenaraikan 3 – 8 adjektif. Mereka yang berjaya dijemput membina ayat daripada 5 kata adjektif.
Aktiviti kata Penguat Adjektif Guru memperkenalkan ayat yang menerangkan kedudukan kata penguat adjektif . Guru minta murid mencadangkan contoh untuk kata penguat depan, belakang dan bebas dalam bentuk peta minda, jadual atau carta aliran. Murid diminta membuat ayat secara kumpulan dengan menggunakan kata penguat adjektif.
Kuiz Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid setiap kumpulan merebut bola tenis dalam kumpulan masing-masing. Ahli kumpulan yang mendapat bola terbanyak berpeluang menjawab soalan kuiz kata adjektif. Murid yang berjaya menjawab soalan kuiz mendapat 5 markah.
Skor murid dicatatkan dalam jadual untuk menentukan kumpulan pemenang.
Pengukuhan Murid melukis gambar adiknya dan menghuraikan gambar dengan kata adjektif.
Penulisan Secara lisan guru meminta murid memberi contoh:
- kata adjektif - kata penguat - ayat adjektif
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 48
Arahan:
Guru meminta setiap murid mencari sekeping gambar di dalam surat khabar dan
menyenaraikan 3 hingga 8 kata adjektif.
Arahan:
Guru meminta murid membina ayat daripada lima kata adjektif yang disenaraikan:
1) Kapal terbang itu laju.
2) Harga sebuah kapal terbang sangat mahal.
3) Kapal terbang sangat berat.
4) Bentuk kapal terbang itu canggih.
5) Warna kapal terbang itu cantik.
Contoh Latihan
Contoh 1
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
49
Contoh 2
Arahan: Murid diminta memilih nombor kad dan membuat ayat adjektif
berdasarkan kad yang dipilih. Contoh kad soalan adjektif:
KEJAYAAN
1. Ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dapat disepadukan dengan
berkesan.
2. Keputusan peperiksaan Bahasa Melayu meningkat.
3. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, intelek, rohani dan emosi.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 50
BIO-EKS (Pemenang Kedua)
Mazinah bt. Muda SMK Mulong,
16010 Kota Bharu, Kelantan
OBJEKTIF: Modul ini dapat: 1. Memaksimumkan penggunaan sumber alam sebagai sumber
rangsangan efektif kepada pembelajaran biologi di luar
makmal.
2. Melatih murid membuat penyelidikan dengan menggunakan
sumber alam di persekitaran mereka dan kemudahan di
makmal sains.
3. Mendedah dan meningkatkan penguasaan kemahiran
saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif di kalangan murid bagi membantu pencapaian
skor markah yang selesa.
4. Mendedahkan kepada murid dengan kemahiran berfikir
selaras dengan kehendak format Biologi KBSM terkini.
5. Memberikan penekanan kepada kemahiran melukis rajah.
6. Meningkatkan minat serta mengikis sikap fobia Biologi terutama kepada murid
lelaki.
7. Menyemai dan memupuk nilai murni di kalangan murid.
SINOPSIS Bahan ini mengeksploitasikan sumber alam di persekitaran sekolah bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Biologi Tingkatan 4. Pendekatan ini dapat merangsang pemikiran murid ke arah membuat penyelidikan pada peringkat sekolah.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
51
ASPEK INOVASI
Modul terdiri daripada lembaran kerja yang memerlukan murid menjalankan suatu
penyelidikan terarah iaitu penyiasatan ke atas Keladi Chalek yang berfungsi sebagai
Antiseptik Semulajadi secara berkumpulan. Modul ini adalah berteraskan konsep Guided
Learning Approach (GLA). Rangsangan diberikan lebih awal sebelum masa pengajaran
sebenar. Bio-Eks cuba menerapkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam
aktiviti pada setiap lembaran kerja yang terkandung di dalamnya.
2. Rekodkan komponen biosis dan abiosis. (dalam bentuk jadual)
Contoh Lembaran Kerja Murid Tajuk : Keladi Chalek – Habitat dan Ekosistemnya Pengetahuan
Ekosistem merupakan kawasan semulajadi yang terdiri daripada dua komponen iaitu komponen biosis atau pelbagai benda hidup termasuk haiwan dan tumbuhan dan komponen abiosis atau benda bukan hidup seperti tanah, keamatan cahaya. Komponen ini saling bersandaran antara satu sama lain
Objektif : Mengkaji habitat dan ekosistem keladi chalek. Arahan
1. Lawat ke kawasan berhampiran dengan sekolah yang terdapat keladi chalek. 2. Buat satu lakaran gambar atau rakaman gambar foto untuk menunjukkan untuk
menunjukkan seberapa banyak hidupan yang terdapat di kawasan itu. 3. Kenal pasti dan senaraikan komponen biosis dan abiosis di kawasan itu.
Pemerhatian
1. Lakarkan gambar atau gambar foto kawasan tersebut.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 52
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
53
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 54
KEJAYAAN
1. Interaksi aktif dan mesra antara murid dan guru, murid dengan staf makmal
dan murid dengan murid telah menceriakan suasana pengajaran dan
pembelajaran.
2. Murid telah mempunyai keyakinan diri dengan penonjolan perlakuan suka
bertanya, berani menggunakan alat radas dan bahan kimia semasa menjalankan
eksperimen di makmal dan dapat membentangkan hasil kerja mereka.
3. Guru berpeluang menerapkan sebanyak mungkin kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir di kalangan murid pinggiran bandar / luar bandar.
4. Guru dapat menghabiskan sukatan pelajaran dengan lebih cepat.
5. Murid membuat tugasan dalam Modul secara penyelidikan dan perbincangan
dengan rakan tanpa tekanan masa.
6. Murid menggunakan masa dengan lebih terancang tanpa pembaziran.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
55
PROGRAM MUAFAKAT MATEMATIK (Pemenang Ketiga)
Ding Hong Eng SMK (P) Air Panas, 53200 Setapak, Kuala Lumpur
OBJEKTIF
Program ini dapat : 1. Mengenal pasti kelemahan murid serta memberi bimbingan dan pemulihan.
2. Membimbing murid memahami konsep, takrif, hukum, petua dan teorem
matematik.
3. Membantu murid menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik.
4. Memberi motivasi dan membina keyakinan murid dalam pembelajaran matematik.
5. Membolehkan murid lemah mendapat bantuan serta merta dengan mudah.
6. Mewujudkan semangat bekerjasama dan tolong menolong di kalangan murid.
7. Mengikiskan perasaan perkauman, mewujudkan iklim sekolah yang muhibbah
dan mesra untuk pembelajaran.
8. Membantu murid lemah meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam
peperiksaan sekolah, PMR dan SPM.
SINOPSIS
Program Muafakat Matematik ialah satu program bimbingan dan pemulihan untuk membantu murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang mempunyai masalah dalam pembelajaran Matematik menguasai kemahiran asas, memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan meningkatkan pencapaian dalam Matematik. Program ini juga mewujudkan suatu budaya bekerjasama, tolong-menolong di antara murid.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 56
ASPEK INOVASI
Program Muafakat Di Dalam Kelas
Guru mengenal pasti kelemahan murid selepas ujian pertama.
Setiap murid pandai diberi seorang murid lemah
untuk dibimbing. Murid pandai diberi nama Kakak
dan murid lemah dipanggil Adik.
Adik boleh bertanya kepada Kakak jika tidak faham
atau tidak tahu membuat latihan.
Kakak pula membimbing Adik membuat latihan
tambahan seperti Soalan Peperiksaan Tahun Lepas
dan buku latih tubi format PMR/SPM.
Program Muafakat Di Antara Kelas
Kelas pandai dan kelas lemah dikenal pasti selepas
ujian pertama.
Satu masa khas diadakan di mana kelas pandai dan
kelas lemah berkumpul di Dewan Perhimpunan.
Setiap kelas pandai diberikan satu kelas lemah dan murid kedua-dua kelas duduk
bersama-sama.
Setiap murid pandai diagihkan seorang murid lemah atau murid memilih pasangan
sendiri.
Penghargaan Insentif
1. Murid pandai yang terlibat dalam program ini diberi sijil penghargaan pada akhir
tahun jika ada bukti yang menunjukkan murid di bawah jagaannya telah
meningkatkan prestasi.
2. Lima pasangan yang menunjukkan peningkatan prestasi terbaik diberi sijil
pencapaian cemerlang dan hadiah yang menarik.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
57
Rekod Keberkesanan
Borang rekod disediakan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program dan
sebagai bukti untuk menerima sijil penghargaan dan hadiah.
Contoh Rekod Program Muafakat
Nama Kakak : _____________________ Tingkatan : ____________________
Nama Adik : _____________________ Tingkatan : ____________________
Adik telah bertanya/berbincang masalah pada tarikh-tarikh yang berikut:
Bil. Tarikh Masa Bil. Tarikh Masa Bil. Tarikh Masa 1. 2. 3. 4. 5. 7. 8. 9. 10.
Jumlah: _______________ (sekurang-kurangnya sekali seminggu)
Pencapaian Adik
Ujian Bulan Feb./Mac
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Ujian Bulan Ogos
Peperiksaan Percubaan PMR/SPM
Peperiksaan PMR/SPM
Tanda-tangan Adik
Ulasan Kakak :
Ulasan Adik :
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 58
Penyeliaan Guru
Penyeliaan guru adalah penting untuk memastikan keberkesanan program.
Perjumpaan dan perbincangan di antara guru dengan murid diadakan sebulan sekali.
KEJAYAAN
Program Muafakat Matematik ini dapat mengatasi masalah dan kelemahan murid
dalam kemahiran asas, pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran menyelesaikan
masalah matematik. Program ini juga telah berjaya meningkatkan prestasi Matematik
dalam ujian dan peperiksaan. Peningkatan pencapaian Matematik dalam PMR dapat
dilihat pada jadual berikut:
Jadual 1: Keputusan Matematik PMR
Tahun % Kelulusan 1997 94.87 1998 94.84 1999 96.67
Pencapaian Program Muafakat Di Dalam Kelas
Kelas 3A, 3F, 3I, 3J yang terlibat dalam program telah menunjukkan pencapaian
cemerlang. (Sila rujuk jadual 2):
Jadual 2: Pencapaian Program Muafakat Di Dalam Kelas
Kelas Kelulusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (%)
Kelulusan PMR Sebenar (%)
3A 35.0 100% 3F 52.5 100% 3I 40.0 100% 3J 40.5 100%
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
59
Pencapaian Program Muafakat Di Antara Kelas
Enam kelas yang terlibat dalam program iaitu kelas pandai (3C,3E,3G) membimbing
kelas lemah (3B,3D,3H) telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam PMR. (Rujuk
Jadual 3).
Jadual 3 : Pencapaian Program Muafakat Di Antara Kelas
Kelas Pembimbing Kelas Dibimbing
Kelas Kelulusan Peperiksan Pertengahan Tahun (%)
Kelulusan PMR
Sebenar (%)
Kelas
Kelulusan Peperiksan Pertengahan
Tahun(%)
Kelulusan PMR
Sebenar (%)
3C 85 100 3B 5.26 81.08 3E 92.5 100 3D 0.00 91.89 3G 87.5 100 3H 16.22 92.10
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 60
M O M E N T U M O N E (Pemenang Pertama)
Ahmad Rushdan Abd. Aziz Ishak Che Mat
Zainol Azhar Hussain Hashim Din
Aminordin Che Lah Kolej Sultan Abdul Hamid Jalan Langgar,Alor Setar, Kedah
1. Apakah MOMENTUM ONE? Momentum One (MO) merupakan satu cara pengajaran dan pembelajaran alternatif yang menggunakan komputer. Bermula dari idea ini tercetus PAKSI 1 dan PAKSI 2 (Pendekatan Alternatif Komputer Sumber Inovasi 1 dan 2).
Momentum ONE = Program Latih Tubi Berkomputer
Dirancang untuk mata pelajaran SAINS menengah rendah = menggunakan perisian Authorware
2. Kenapa MOMENTUM ONE?
Untuk menarik minat pelajar dan guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
Dengan itu…..
• Murid dapat belajar sendiri (Self-Access Learning) secara berterusan • Meningkatkan minat dan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Sains • Memperkaya dan memperkukuh pengetahuan sedia ada mata pelajaran Sains • Meningkatkan kualiti dan kuantiti keputusan peperiksaan • Meringankan tugas guru dalam persediaan bahan pengajaran dan pembelajaran
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
61
3. Strategi Pengajaran
3 Peringkat
Selain memperkukuh dan memperkaya pengetahuan sedia ada MO juga adalah sebagai alat pengukuran • Untuk Murid
1. Pilih bab tertentu dari MO 2. Jawab soalan dengan 2 pilihan
tindak balas 3. MO segera memberi respon § SYABAS diberi kepada jawapan
betul atau TERUS MENCUBA jika jawapan salah
• Markah akan dipaparkan • Untuk Guru
1. MO akan merekod secara automatik markah setiap murid
2. MO akan menganalisa jawapan pilihan murid bagi setiap soalan.
• Justeru, guru dapat:
− mengesan kelemahan & kekuatan murid (mengikut bab)
− mengesan kelemahan & kekuatan murid (melalui setiap soalan yang dijawab)
− maklumat aras kesukaran setiap soalan dari setiap bab dengan segera
− maklumat tentang bab yang sukar dikuasai pelajar dengan segera
• 5 orang (gubal) Sains Menengah Rendah
• Bengkel (pilih tajuk) o kumpul bahan o bahagi tugas
• 15 tajuk dikenalpasti • Demonstrasi untuk
penyelarasan Tajuk yang dihasilkan Tingkatan 1 1. Memperkenalkan Sukan 2. Kepelbagaian Benda
Hidup 3. Kepelbagaian Sumber di
Bumi 4. Bentuk dan Sumber
Tenaga 5. Udara di Sekeliling Kita 6. Haba dan Pemindahan
Haba Tingkatan 2 1. Dunia Melalui Deria Kita 2. Air dan Larutan 3. Makanan dan
Pembebasan Tenaga 4. Saling Bersandaran
Antara Benda Hidup Dengan Alam Sekitar
5. Daya dan Gerakan Tingkatan 3 1. Pembiakan dan
Pertumbuhan 2. Tanah dan Sumbernya 3. Elektrik dan Elektromagnet4. Bumi dan Alam Semesta
2 makmal komputer berangkaian disediakan. Boleh menampung enrolmen 2 kelas dalam 1 masa. Aktiviti seperti: • Murid menggunakan MO
sebelum P&P sebenar berlaku dalam Makmal Sains
• Murid menggunakan MO setelah tamat proses P&P dalam Makmal Sains
• Masa lapang (free period), murid memilih bab tertentu dari MO mengikut minat dan kecenderungan
• MO dibekalkan kepada murid lemah mengikut bab tertentu
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 62
Terhadap murid
SEBELUM MO
SELEPAS MO
Minat dan perhatian mendatar Minat belajar meningkat
Belajar pada kadar kelas Belajar pada kadar sendiri
Ulang kaji terhad Ulang kaji berterusan
Keputusan memerlukan masa Keputusan serta merta
Tiada sikap berlumba Sentiasa ingin mengatasi kawan
Bergantung kepada guru Tidak banyak bergantung kepada guru
Menerima ilmu Mencari ilmu
Kesan Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran
SEBELUM MO SELEPAS MO
Guru sebagai pengajar
Guru sebagai pembimbing / pemudahcara
Pendekatan pengajaran yang hambar
Pendekatan pengajaran lebih menarik
Lalai Sentiasa “mencuri” peluang masa Penilaian memerlukan masa Penilaian dapat diperoleh segera Pengesanan sukar dibuat Pengesanan segera Ulang kaji memerlukan pembimbing
Ulang kaji sendiri dan berterusan
Kesan Terhadap Keputusan Peperiksaan 1999
Gred (%) Peperiksaan A B C D E
%
Lulus
Percubaan PMR 21.2 37.0 17.9 21.2 2.7 97.3
Gerak Gempur 38.4 43.2 9.2 7.0 2.2 97.8
PMR 1998 51.4 25.2 19.2 4.2 0 100
PMR 1999 64.7 19.3 12.3 3.7 0 100
Dengan MO jelas kelihatan peratus kelulusan dan kecemerlangan meningkat antara PMR 1998 dengan PMR 1999.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
63
PROJEK KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU “Lampu Aladin”
(Pemenang Kedua)
Ramlah Asgali Aladin Mamat
Che Abd Ghazak Che Omar Hjh Napisah Abd Rahman
Amizura Jusoh SK Beta Hulu 16450 Kota Bharu, Kelantan
SINOPSIS
Projek Kecemerlangan Bahasa Melayu Lampu Aladin merupakan program untuk memastikan pencapaian seratus peratus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Set bahan projek ini merangkumi tatabahasa, penulisan, bahan bantu mengajar dan keratan akhbar.
OBJEKTIF
1. Mengekalkan minat terhadap pengajaran yang dijalankan.
2. Menjimatkan masa belajar.
3. Cepat mencari sesuatu maklumat yang dikehendaki.
4. Meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap apa yang diajar.
5. Mencapai peningkatan kecemerlangan dalam Bahasa Melayu.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 64
ASPEK INOVASI 4 bentuk bahan bantu mengajar telah dibina iaitu:
SET KANDUNGAN
Tatabahasa
• kata ganda berirama • simpulan bahasa • kiasan/bandingan semacam • penjodoh bilangan • antonim • sinonim • Bahasa Istana • perbuatan binatang
Penulisan • helaian format • ciri karangan • cara menulis karangan • contoh karangan • cara menulis isi penting • analisis soalan penulisan UPSR
Bahan Bantu Mengajar • soalan peperiksaan • lembaran kerja murid • kertas jawapan • contoh cara menjawab yang dikehendaki
Keratan Akhbar
• Tampalan keratan akhbar yang mengandungi isu semasa untuk tujuan mencari:
o isi penting o makna perkataan o rangkai kata
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
65
KEJAYAAN
Peningkatan boleh dilihat dari segi pencapaian keputusan peperiksaan UPSR tahun
1998 dan 1999. Pencapaian murid yang meningkat dalam peperiksaan telah
menjadikan Projek Kecemerlangan Bahasa Melayu “Lampu Aladin” sebagai contoh bagi
mata pelajaran lain.
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
Tahun A B C Bil % 1998
27
(60%) 15
(33.3%) 3
(6.7%) 45
100
1999
33 (73.3%)
11 (24.5%)
1 (2.2%)
45
100
BAHASA MELAYU PENULISAN
Tahun A B C Bil % 1998
25
(55.6%) 9
(20%) 6
(13.3.%) 40
88.9
1999
23 (51.1%)
14 (31.1%)
3 (6.7%)
40 88.9
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 66
RELAMAT (Pemenang Ketiga)
Ramlah Salleh Siti Zainon Hj Md Nor
Hawariah Abdul Ghani Abd Halid Hj Yasin
Noraini Yahaya SK Telok Panglima Garang
42500 Telok Panglima Garang Selangor Darul Ehsan
SINOPSIS
‘Relamat’ merupakan program yang membantu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Matematik. Program ini menitikberatkan penggunaan tiga jenis kad yang menjurus kepada soalan berkaitan Fakta Asas, Mekanis dan Masalah. Murid menjawab soalan yang ada dalam kad tersebut. Jawapan dan latihan dicatat dalam buku Relamat dan rekod disemak oleh guru.
OBJEKTIF
1. Meningkat dan mengukuhkan penguasaan kemahiran Matematik murid.
2. Meningkatkan peratus lulus dalam mata pelajaran Matematik.
3. Meningkatkan peratus cemerlang dalam mata pelajaran Matematik.
4. Menanam sikap rajin membuat latihan Matematik.
5. Memupuk minat dan keyakinan diri murid terhadap mata pelajaran Matematik.
ASPEK INOVASI
Bahan Relamat adalah pelbagai bentuk soalan dan jawapan yang telah dibina oleh guru
Matematik. Bahan soalan dibina dalam bentuk kad Fakta Asas (Biru), Mekanis
(Kuning) dan Masalah (Merah).
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
67
Contoh kad soalan
Contoh kad jawapan
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 68
KEJAYAAN
Penjimatan kos
o Kad soalan yang dibina tahan lama
Penjimatan masa
o Guru mengesahkan segala kerja murid
o Guru tidak perlu memberi arahan
o Memenuhi masa lapang murid
• Latihan yang sistematik telah meningkatkan peratus kelulusan murid dalam mata
pelajaran Matematik
• Program Relamat telah dilancarkan di Daerah Kuala Langat / Sepang sepanjang
tahun 2000
Kesungguhan dan Minat Murid
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
69
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 70
KAEDAH CEPAT BACA, CEPAT BACA, CEPAT FAHAM,
CEPAT MENULIS TULISAN CANTIK (Pemenang Pertama)
Roslan Bin Nikmat SK Sarang Tiong, Kuala Rompin, Pahang
SINOPSIS
Projek ini menggunakan modul yang disediakan untuk murid prasekolah. Modul yang digunakan bertujuan untuk membolehkan murid mencapai tahap minimum penguasaan kemahiran berbahasa apabila tamat satu sesi persekolahan serta memberi peluang kepada murid yang lemah mengembangkan potensi mereka. Penggunaan kad dan lagu dalam kelas menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Guru yang melaksanakan projek ini mengamalkan “peer-group teaching” dan “peer-group evaluation” OBJEKTIF
1. Menguasai kemahiran membaca dengan cepat.
2. Membaca dan memahami bahan yang dibaca dengan cepat.
3. Menguasai kemahiran menulis dengan cepat dan menghasilkan tulisan yang
cantik.
ASPEK INOVASI
Aspek inovasi yang ditonjolkan dalam projek ini ialah seperti berikut:
Buku Asas Bacaan Bahasa Melayu “MARI MEMBACA”
Dengan menggunakan bahan ini, murid akan diajar tentang:
a) Perkataan – berbual; bersoal jawab berpandukan gambar (aktiviti lisan);
menyebut perkataan berpandukan gambar; mengeja dan membunyikan suku
kata berpandukan petak; mengeja perkataan; mengulang beberapa kali ejaan
perkataan dan mewarnakan gambar.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
71
b) Ayat – berbual/bersoal jawab berpandukan gambar; mengeja semua perkataan
dalam ayat; dan membaca ayat dengan intonasi dan sebutan yang betul.
c) Ayat dan Menjawab Soalan - berbual/bersoal jawab berpandukan gambar;
mengeja semua perkataan dalam ayat; membaca semua ayat yang telah dieja;
mengeja dan membaca soalan; mencari jawapan berpandukan ayat yang telah
dibaca; mengulang baca soalan dan menjawab; dan mengulang baca semua ayat
termasuk soalan dan menjawab.
Buku Asas Bahasa Melayu “MARI MENULIS”
Dengan menggunakan bahan ini, murid diajar menulis secara berperingkat seperti
berikut:
a) Mewarnakan Gambar – bersoal jawab/berbual berpandukan gambar; dan
mewarnakan gambar dengan warna yang sesuai.
b) Melukis dan Mewarnakan Corak – melukis corak
menggunakan pensil mengikut contoh garisan
putus-putus; mewarnakan corak tersebut;
menggunakan warna yang berlainan dan
memastikan corak yang dilukis menepati garisan
atas dan bawah sebagai panduan.
c) Menulis Huruf – menyebut huruf dengan betul dan jelas; menulis huruf
menggunakan pensil mengikut contoh berpandukan garisan putus-putus;
warnakan huruf tersebut menggunakan warna yang berlainan; memastikan
huruf yang ditulis mengikut kaedah/cara yang betul; memastikan huruf yang
ditulis menepati garisan atas, tengah dan bawah serta pensil sentiasa tajam.
d) Menulis Perkataan Menggunakan Garis Empat – mengeja dan membaca
perkataan; menulis berpandukan garisan putus-putus; dan menulis perkataan
berpandukan huruf awal.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 72
e) Menulis Rangkai Kata dan Ayat Menggunakan Garis Empat – mengeja dan
membaca rangkai kata/ayat; menulis rangkai kata/ayat berpandukan huruf
awal perkataan dan selangkan satu jari antara dua perkataan.
f) Tulis Perkataan dan Ayat Menggunakan Garis Satu – pastikan tiang huruf
mencecah garisan atas dan ekornya mencecah garisan bawah; pastikan juga saiz
semua huruf sama besar; tulis perkataan beberapa kali dan jarakkan sekadar
satu jari; tuliskan ayat berpandukan contoh dan tiang huruf direndahkan
manakala ekornya dinaikkan sedikit.
Buku Bahasa Melayu Prasekolah
Dengan menggunakan bahan ini, murid diajar tentang perkara berikut:
a) Pramenulis – murid mewarna gambar dengan teliti dan menggunakan warna
yang sesuai; dan apabila melukis serta mewarnakan corak, pastikan menepati
garisan atas dan bawah sebagai panduan.
b) Abjad – kenalkan huruf secara berperingkat; diikuti dengan aktiviti menulis;
menyanyi lagu abjad dengan iringan kaset; dan diikuti dengan latihan
pengukuhan.
c) Perkataan – berbual/bersoal jawab berpandukan gambar; sebutkan gambar;
mengeja dan membunyikan suku kata berpandukan garisan di bawah suku
kata; mengeja perkataan; menyanyikan lagu perkataan dengan iringan kaset;
menulis perkataan; dan latihan pengukuhan.
d) Rangkai kata - berbual/bersoal jawab berpandukan gambar; sebutkan gambar;
mengeja dan membunyikan suku kata berpandukan garisan di bawah suku
kata; mengeja rangkai kata; menyanyi lagu rangkai kata dengan iringan kaset;
dan latihan pengukuhan.
e) Ayat – mengeja dan membaca ayat; menulis ayat; menyanyi lagu ayat dengan
iringan kaset; latihan pengukuhan; dan latihan bacaan.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif
73
Buku Bahasa Melayu Tahun 1
Dengan menggunakan bahan ini, murid diajar tentang perkara berikut:
a) Aktiviti Pramenulis – mewarna gambar dengan teliti dan menggunakan warna
yang sesuai; melukis dan mewarnakan corak menepati garisan atas dan bawah
sebagai panduan.
b) Mengajar Ayat – kenalkan huruf secara berperingkat diikuti dengan aktiviti
menulis; menyanyi lagu abjad dengan iringan kaset; dan latihan pengukuhan.
c) Mengajar Perkataan – berbual/bersoal jawab berpandukan gambar (aktiviti
lisan); menyebut gambar; mengeja dan membunyikan suku kata berpandukan
garisan di bawah suku kata; mengeja perkataan; menyanyikan lagu perkataan
dengan iringan kaset; menulis perkataan; dan latihan pengukuhan.
d) Mengajar Rangkai Kata – berbual/bersoal jawab berpandukan gambar;
menyebut gambar; mengeja dan membunyikan suku kata berpandukan garisan
di bawah suku kata; mengeja rangkai kata; dan menyanyikan lagu rangkai kata
dengan iringan kaset.
e) Mengajar Ayat – mengeja dan membaca ayat; menulis ayat; menyanyikan lagu
ayat dengan iringan kaset; dan latihan pengukuhan.
f) Mengajar Asas Kefahaman – berbual/bersoal jawab berpandukan gambar;
membaca dan memahami petikan; membincangkan jawapan yang sesuai
berpandukan soalan; dan latihan menjawab soalan.
g) Mengajar Asas Penulisan - berbual/bersoal jawab berpandukan gambar;
membincangkan jawapan yang sesuai berpandukan soalan latihan; dan latihan
melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai dalam petikan.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 74
Kad Bacaan Bergred “ASAS BACAAN BAHASA MELAYU” (30 siri)
Dengan menggunakan Kad Bacaan ini, murid membaca dan memahami bahan
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
a) Siri 1 (A1 hingga A10) - murid diajar tentang
perkataan dan ayat mudah berkaitan dengan
perkara yang hampir dengan diri mereka.
b) Siri 2 (B1 hingga B10) – murid dapat
mengembangkan potensi bacaan mereka
untuk memahami kandungan bahan yang
dibaca.
c) Siri 3 (C1 hingga C10) – murid dapat meningkatkan kemahiran membaca dan
memahami kandungan cerita pendek.
Kaset Lagu “ASAS BACAAN BAHASA MELAYU”
Menggunakan kaset lagu ini, murid akan diajar asas bacaan Bahasa Melayu secara
berperingkat bermula dengan mengenal abjad; diikuti dengan perkataan suku kata
KV-KV; rangkai kata KV –KV dan ayat KV-KV.
Set Ujian Intervensi 3M
Set ujian ini melalui proses yang berikut:
a) Uji murid dengan ujian 1 hingga 5 yang mengandungi Ujian Bacaan; Ujian
Tulisan; Ujian Lisan dan Ujian Bertulis.
b) Sekiranya murid gagal dalam ujian 1 hingga 5, murid memulakan pelajarannya
dengan kemahiran 1 (Abjad a – z).
c) Setelah menguasai kemahiran 1 hingga 4, murid diuji dengan ujian 1 hingga 5.
d) Sekiranya murid berjaya dengan ujian 1 hingga 5, murid meneruskan
pelajaran dengan kemahiran 10 hingga 17.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 75
e) Setelah menguasai kemahiran 10 hingga 17, murid diuji dengan ujian 6 hingga
10. Proses ini diteruskan hingga kemahiran 24 dan ujian 15.
f) Sekiranya murid telah menguasai/lulus semua ujian murid boleh mengikuti
semula pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah seperti biasa.
KEJAYAAN
Antara kejayaan yang telah dicapai dalam projek ini ialah:
• Murid boleh membaca dalam jangka masa yang singkat.
• Murid boleh membaca dan memahami kandungan bahan yang dibaca.
• Murid boleh menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.
• Hasil penulisan murid bertambah baik.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 76
BAHASA MELAYU: MENGENAL HURUF DAN PERKATAAN SUKUKATA
TERBUKA (Pemenang Kedua)
Normah Musa SK Pangkalan TLDM,32100 Lumut, Perak
SINOPSIS
Program yang merupakan program pemulihan khas khusus untuk murid pemulihan Tahun 3 dan 4. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer digunakan. Aktiviti pengajaran yang dijalankan oleh guru pemulihan khas ialah memperkenalkan gambar, menyebut perkataan, menyanyi dan menulis. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah khas untuk pemulihan.
OBJEKTIF:
1. Mendedahkan satu inovasi pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer kepada murid pemulihan.
2. Penggunaan perisian dalam program ini akan dapat menarik minat murid
untuk meneruskan pembelajaran.
3. Memberi penglibatan secara interaktif kepada guru atau murid tentang
penggunaan komputer dan mengaplikasikan perisian tersebut secara kendiri.
ASPEK INOVASI
Aspek Bahan
a. mencipta dan menyusun sendiri bahan
pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan perisian Microsoft Powerpoint.
b. Setiap huruf, suku kata dan perkataan
ditayangkan tidak keluar serentak hanya
mengikut bunyi sukukata bagi sesuatu
perkataan. Selain daripada mempunyai suara dan boleh didengar berulang-
ulang kali sekiranya perlu.
c. Bahan yang telah siap dihasilkan ke dalam hard disk dan juga ke dalam cakera
padat.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 77
Aspek Pengendalian Bahan
a. Bahan pengajaran dan pembelajaran ini boleh diajar terus di kelas pemulihan
atau di bilik tayangan dan makmal bestari.
b. Bahan juga boleh digunakan di rumah sekiranya mempunyai komputer.
c. Peralatan yang diperlukan untuk pengendalian bahan pengajaran dan
pembelajaran ini hanyalah sebuah komputer.
KEJAYAAN PROGRAM
Kecemerlangan telah dicapai dalam beberapa aspek berikut:-
1. Sebagai bahan bantu mengajar terutama guru-guru pemulihan khas.
2. Tidak perlu diperbanyakkan bahan untuk
kegunaan semua murid kerana bahan telah
sedia ada di dalam komputer.
3. Tidak perlu membuat persediaan bahan untuk
dibawa ke kelas dan hanya boleh menjimatkan
kos.
4. Kawalan kelas lebih mudah kerana semua
murid akan memberi tumpuan yang lebih
kepada pengajaran dan pembelajaran tersebut.
5. Murid lebih berminat dan berlumba untuk mencuba latihan yang terdapat dalam
perisian tersebut.
6. Murid mendapat pendedahan tentang penggunaan komputer dan mengaplikasikan
bahantersebut secara sendiri walaupun murid pemulihan.
7. Gerak kerja bertulis akan cepat disiapkan kerana ingin mengaplikasikan bahan
tersebut.
8. Kejayaan yang diperolehi pada tahun pertama pembinaan dan penggunaan bahan
ini seorang murid pemulihan khas telah berjaya mengatasi pencapaian murid
biasa di kelas beliau dengan mendapat tempat pertama dalam peperiksaan PKBS 2
Tahun 2000.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 78
CELIK HURUF ( Pemenang Ketiga)
Dutis@ Dullahmin bin Igib SK Giok, WDT.15, Tamparuli, Sabah
SINOPSIS Pendekatan pengajaran kemahiran membaca yang diketengahkan dalam projek ini adalah berunsurkan Kaedah Fonik, iaitu mengajarkan kemahiran membaca dengan memberi penekanan kepada penguasaan bunyi huruf terlebih dahulu. Terdapat 4 peringkat pengajaran dalam projek Celik Huruf iaitu membaca vokal, membaca suku kata dan perkataan yang dibina daripada suku kata terbuka, membaca suku kata tertutup dan perkataan yang dibina daripada suku kata terbuka dan tertutup, membaca perkataan dengan bunyi diftong dan vokal berganding dan membaca perkataan dengan huruf konsonen bergabung/fonem pinjaman.
OBJEKTIF 1. Murid-murid Tahun 1 boleh membaca dalam masa tiga bulan persekolahan.
2. Membasmi buta huruf di kalangan murid luar bandar
3. Murid boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis sebelum melangkah
ke tahun 2
ASPEK INOVASI Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran prinsip-prinsip berikut
diamalkan:
• Murid diajar menyebut vokal bukan nama huruf vokal.
• Nama huruf vokal diajarkan secara tidak langsung.
• Bunyi e taling tidak diperkenalkan di peringkat awal.
• Murid diajar menyebut nama huruf-huruf konsonan.
• Bunyi konsonan diajar dengan menggabungkannya dengan huruf vokal.
• Suku kata diajarkan berdasarkan bunyi bukannya ejaan.
• Penggunaan huruf besar dan tanda baca tidak digalakkan di peringkat awal.
• Latihan tulisan (menulis perkataan yang dibentuk) mesti dibuat setiap kali
selepas mengajar sesuatu kemahiran.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 79
• Murid hendaklah didedahkan dengan kaedah membaca sekurang-kurangnya
1 jam ( 60 minit) sehari.
KEJAYAAN
Projek ini mula diperkenalkan pada tahun 1997 di SK. Giok, Tamparuli. Sehingga
tahun 2001, semua murid di sekolah ini boleh membaca dengan lancar. Lebih
membanggakan lagi ialah murid tahun 1 boleh membaca dengan lancar dalam masa
3 bulan pertama persekolahan mereka. Hal ini merupakan keberkesanan projek Celik
Huruf berunsurkan Kaedah Fornik.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 80
PERMAINAN DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (Pemenang Pertama)
Ahmad Khusairi Badiozaman SMK Layang-Layang Kiri, 32800 Parit,Perak
OBJEKTIF
Program ini dapat : 1. Menerapkan pelbagai konsep dan fakta matematik secara tidak formal kepada
murid.
2. Membentuk sahsiah diri murid dari aspek jasmani dan rohani.
3. Menyuntik semangat bersaing kearah kecemerlangan diri dikalangan murid.
4. Menerapkan nilai-nilai murni di samping memupuk semangat bekerjasama serta
mempraktikan konsep berjemaah dan mesyuarah dalam menangani masalah.
5. Menyedarkan murid bahawa pengalaman dan sosio budaya setempat boleh
dijadikan rangsangan untuk mengukuhkan konsep-konsep .
6. Melahirkan semangat yakin diri dikalangan murid.
7. Memupuk unsur-unsur riang, aktif, terangsang ketika murid membuat ulangkaji.
8. Menggubah tanggapan bahawa matematik ialah satu mata pelajaran yang
menakutkan.
9. Dapat menggabungkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif semasa murid menyelesaikan masalah matematik.
10. Guru dapat menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan kepada pelajar.
SINOPSIS Inovasi ini memperkenal Matematik sebagai suatu permainan bagi murid Tingkatan 1 khususnya murid luar bandar yang menganggap pembelajaran Matematik itu susah. Pengajaran dan Pembelajaran Matematik melalui permainan dapat membantu murid mengingati konsep dan fakta Matematik dengan mudah dan berkesan dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 81
ASPEK INOVASI
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dijalankan dalam bentuk permainan seperti
Peperangan Abad Ini, Melastik Burung, Memburu dan Memancing ikan yang
kesemuanya berkaitan dengan aktiviti seharian murid. Contohnya dalam permainan
Peperangan Abad Ini murid mengatur strategi untuk mendapat jumlah skor. Ini
melibatkan konsep matematik seperti titik-titik kordinat. Dalam permainan
memancing ikan, murid terlibat dengan aktiviti menimbang dan menjual ikan yang
dapat menerapkan konsep matematik seperti berat, harga dan untung rugi .
Contoh permainan:
BOLA SEPAK MATEMATIK 1. Visi-Kemenangan, Juara, jaringan gol
1.Visi – untuk masa depan aplikasi dalam karier. Kegunaan sepanjang hayat
2. Memerlukan kekuatan fisikal dan mental
2. Juga memerlukan kekuatan fisikal dan mental (Badan sihat otak cergas)
3. Memerlukan kemahiran asas bagi memantapkan permainan dengan melakukan latihan yang sistematik
3. Kemahiran asas juga perlu mantap tujuan menuju ke arah visi. Asas-asas mengira seperti operasi campur, tolak, darab wajar digilap bagi penyelesaian masalah matematik
4. Dalam permainan terdapat strategi untuk kemenangan. Pelbagai set piece di olah untuk memastikan kemenangan.
4. Juga perlu ada strategi mengukuhkan penguasaan kemahiran matematik
5. Kombinasi atau gabungan kemahiran asas bermain serta hal-hal tektikal wajar di aplikasikan di setiap pertandingan
5. Kombinasi kemahiran berfikir wajar diterap dan diaplikasikan bagi menyelesaikan sebarang masalah matematik. Perbandingan ini bagi meyakinkan murid bahawa matematik sebenarnya satu permainan juga.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 82
KEJAYAAN
Program ini dapat mengatasi masalah murid kurang minat terhadap mata pelajaran
matematik. Melalui aktiviti permainan matematik, murid dapat memahami dengan
mudah dan dapat mengukuhkan konsep dan fakta Matematik yang dipelajari. Murid
dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu
program ini juga dapat mempertingkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
dikalangan murid dalam menyelesaikan masalah Matematik.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 83
KALENDAR HIDUP (Pemenang Kedua)
Tan Chung Yong SMB St. Thomas, 93000 Kuching, Sarawak
OBJEKTIF
Kalendar Hidup dicipta untuk menolong murid :
1. Meninjau konsep yang telah dipelajari dalam bentuk gambar yang lebih
konkrit.
2. Menggabungkan semua gambar untuk membentuk satu alat.
3. Memahami bagaimana tarikh kalendar Qamari dapat memberitahu jenis fasa
bulan, ketinggian air pasang dan kemungkinan berlakunya gerhana matahari
dan gerhana bulan.
4. Memahami hubungan dari interaksi antara keempat-empat konsep itu dan
mengukuhkan pengetahuan yang telah dipelajari.
5. Menghubungkaitkan pengetahuan murid dengan fenomena kehidupan
seharian.
6. Mengatasi masalah pembelajaran melalui imaginasi.
7. Mencetuskan situasi pembelajaran berpandukan kemahiran berfikir.
SINOPSIS Kalendar Hidup merupakan sejenis alat bantu mengajar yang digunakan untuk mengajar konsep-konsep berikut secara bersepadu:
Perubahan fasa bulan Air pasang surut Gerhana matahari dan gerhana bulan Kalendar Qamari
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 84
ASPEK INOVASI
Alat ini mengandungi :
• Bulan diperbuat daripada kertas putih berjejari 0.75 cm
• Bumi diperbuat daripada kertas ungu berjejari 2 cm
• Matahari diperbuat daripada kertas kuning berjejari 0.5 cm
• Air pasang surut diperbuat daripada kertas biru berbentuk bujur dengan skala
berselang 0.5 cm
• Disk bulatan diperbuat daripada kadbod hitam berpusat
• Tarikh bulanan kalendar Qamari iaitu satu siri nombor bermula dengan 1 – 29
berbaris dalam bulatan berjejari 9 cm
• Penutup diperbuat daripada kadbod berbentuk segiempat tepat 90 cm x 46 cm
dengan lubang berbentuk fasa bulan
• Dawai untuk mengikat bulan, bumi, air pasang surut dan disk bulatan pada
penutup
Bahagian-Bahagian Kalendar Hidup
Dawai/klip kertas
Bulan
Air pasang surut
Kadbod
Tarikh bulanan kalendar Qamari
Penutup
Disk bulatan
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 85
Aplikasi Alat
Apabila Disk Bulatan diputar perlahan-lahan, hubungan-hubungan seperti yang
berikut boleh dikaji:
• Kedudukan bulan dan fasa bulan.
• Kaedah hari pertama setiap bulan
kalendar Qamari ditetapkan.
• Hubungan antara kedudukan matahari,
bulan dan ketinggian air pasang surut.
• Hubungan antara fasa bulan dan
ketinggian air pasang.
• Hubungan antara fasa bulan dan
gerhana yang mungkin boleh
berlaku.
KEJAYAAN
• Ciptaan ini telah menyepadukan semua fenomenon dalam satu alat.
• Murid dapat mengulang aktiviti sehingga dia memahami sesuatu hubungan.
• Murid berminat dalam aktiviti ini kerana dapat menghasilkan sesuatu yang
senang dibuat.
• Murid dapat menghubungkaitkan semua konsep yang telah dipelajari secara
konkrit.
• Murid dapat memahami hubungan antara keempat-empat fenomena yang
mereka temui dalam kehidupan seharian secara saintifik.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 86
KIT GELOMBANG AIR UNTUK OVERHEAD PROJECTOR “Kajian Sifat-Sifat Gelombang Air”
(Pemenang Ketiga)
En. Goh Teng Keang Penang Free School, 11600 Georgetown
Pulau Pinang
OBJEKTIF
Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Gelombang Air.
ASPEK INOVASI
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kit air terdiri daripada:
• Bingkai plastik ( diambil daripada jam dinding lama)
• Talam segiempat lutsinar berukuran 53 cm x 41 cm x 3 cm
• Empat keping penyerap gelombang (sepan)
• Pengayun lurus (kepingan plastik)
• Pengayun titik (bebola plastik)
• Pemantul lurus dan pemantul melengkung (jalur aluminium)
• Plat kaca berbentuk trapezium 5 mm tebal
• Baji getah kecil (4 keping getah kasut)
• Stroboskop tangan
• Pengetar bermotor (didapati daripada kamera rosak)
• Sebiji bateri AA 1.5V
• Pemegang bateri (didapati daripada jam dinding lama)
• Suis
• Perintang bolehubah
SINOPSIS Projek ini merupakan satu inovasi dalam eksperimen untuk mengkaji sifat gelombang air. Projek ini merupakan satu kit gelombang air yang dicipta khas untuk di gunakan bersama dengan Overhead Projektor (OHP). Pengajaran yang menggunakan kaedah ini dapat membantu murid melihat dengan jelas dan memahami pelbagai sifat gelombang air secara mendalam.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 87
Kesemua sifat gelombang air dapat dikaji melalui
OHP dengan menggunakan kit ini.
Aplikasi Alat
1. Talam plastik lutsinar diletakkan di atas OHP dan
diisikan dengan air sedalam 1 cm.
2. Baji dimasukkan ke bawah talam jika perlu untuk
mengaraskannya.
3. Pengetar bermotor kemudian dipasangkan dengan
bentuk pengayun yang sesuai dan di letakkan ke
dalam talam yang berair itu.
4. Suis pengetar dipasang dan sifat gelombang dapat
dikaji di atas skrin besar OHP.
5. Frekuensi pengetar boleh dikawal dengan
melaraskan perintang bolehubah.
6. Sepan diatur di sisi talam untuk menyerap
gelombang yang sampai ke tepi.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 88
KEJAYAAN Alat ini banyak menjimatkan masa persediaan kerana dapat digunakan pada setiap
masa sahaja dan mesra pengguna.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Murid dapat
menghayati setiap sifat gelombang air dalam suasana yang lebih teratur dan
pemerhatian yang lebih jelas serta tepat. Imej yang terbentuk di atas skrin besar
mempunyai mutu yang tinggi. Sesi amali bagi setiap sifat gelombang yang dikaji
dapat diselang-seli dengan sesi teori kerana kit inovasi ini dapat dipasang dengan
segera.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 89
PEMIMPIN KECIL (Pemenang Pertama)
Naemah Ali (K) Zaleha Omar
Adibah Abd. Samad Sabariah Ahmad
Termimah Muhamad SK Seri Biram, Pekan, Pahang
SINOPSIS
Program ini bertujuan untuk membina persekitaran yang kondusif, informatif dan memberi motivasi, dan meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum. Program ini menjadikan hampir 90% murid dalam sesebuah kelas memegang jawatan dan berusaha menjadi murid contoh. Terdapat 24 jawatan yang diwujudkan dan pemimpin kecil ini boleh memegang 4 jawatan. Latihan, kursus, ujian khas, aktiviti pembelajaran dan pertandingan dijalankan bagi mewujudkan daya saing dan memastikan mereka berwibawa dalam menjalankan tugas.
OBJEKTIF
1. Membina keyakinan diri di kalangan murid
2. Menanam rasa tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama dan masyarakat.
3. Membentuk displin
4. Membina persekitaran yang kondusif, informatif dan memberi motivasi
5. Meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 90
ASPEK INOVASI
Bagi menanam sikap bertanggungjawab dan berdisplin di kalangan murid, jawatan
kecil diadakan di setiap kelas. Setiap murid dikehendaki memegang sekurang-
kurangnya satu jawatan. Untuk mendapat pengiktirafan dalam sesuatu jawatan,
setiap murid perlu menunjukkan contoh dan karisma yang baik. Jawatan tersebut
adalah seperti berikut:-
• Perujuk Kamus: Memastikan kamus
sentiasa berada di atas mejanya dan
mencari perkataan dengan pantas apabila
dirujuk oleh guru.
• Word Tester: Menguji ‘vocab’ kumpulannya
sebelum guru Bahasa Inggeris
masuk/apabila disuruh guru.
• Penguji Sifir dan Penguji Surah: Menguji
penguasaan ahli kumpulannya.
• Doktor Muda: Memeriksa kebersihan kuku, gigi, rambut dan pakaian ketika
waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
• Pembimbing Rakan Sebaya: Membantu murid yang kurang faham dan
membantu menyemak kerja rakan.
• Imam dan Bilal: Menggalakkan murid yang datang awal pagi membaca Al-
Quran.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 91
KEJAYAAN
• Memupuk dan melahirkan murid yang mempunyai sifat kepimpinan yang
tinggi
• Menanamkan sifat tanggung jawab di kalangan murid
• Memupuk semangat cintakan sekolah
• Mewujudkan semangat kekitaan
• Menjadikan suasana sekolah ceria dan kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 92
MASTERMIND “Mathematics Stimulation and Recreational Centre for the Mind”
(Pemenang Kedua)
Zaini Mahmood Sharon Niza Shaari
Rozuna Dagang Junita Baharom Latipah Harun
SMK Jabi, 06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman SINOPSIS
MASTERMIND adalah sebuah makmal Matematik yang mengandungi pelbagai bahan bantu mengajar dalam bentuk permainan dan rekreasi yang menguji minda murid. Kefahaman murid dalam konsep Matematik menjadi lebih jelas apabila mereka menjalankan operasi penyelesaian masalah Matematik melalui aktiviti permainan dan rekreasi yang menyeronokkan. OBJEKTIF
1. Memudahkan pemahaman konsep Matematik oleh murid.
2. Sebagai tempat murid menjalankan simulasi permainan dan rekreasi Matematik.
3. Sebagai tempat menjalankan Projek dan Kajian Tindakan (Action Research) dalam
Matematik.
4. Menjana kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 93
ASPEK INOVASI
Bahan permainan dan rekreasi Matematik yang terdapat di dalam MASTERMIND
mempunyai hubungan dengan pembelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bahan
ini boleh digunakan secara individu atau dalam kumpulan. Murid menggunakan
kemahiran berfikir bagi menyelesaikan masalah dan meneruskan permainan. Bahan
tersebut adalah seperti berikut :
Nama Bahan/Permainan Fungsi
Magical Plus
Operasi Menembak
Point Wheel
Smart Shot
Mari Pancing
Menyelesaikan operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi.
SNAP-math-mate
Pengembaraan Matematik
3P Domino
Jutawan Alaf Baru
Menukar pecahan kepada peratus dan
nombor perpuluhan
Roller Coaster Pembundaran Melakukan pembundaran nombor
secara konkrit dan logik
Cube Puzzles Menamakan pecahan
Jaring Janjang • Mengenalpasti urutan janjang
arithmetik
• Mengaplikasi penggunaan janjang
matematik dalam penyelesaian
masalah
Zeemath Puzzles
Kuiz Safari
Merentas Satah
4 by 4
Menyelesaikan masalah matematik
dalam pelbagai tajuk
Kad Matriks Pendaraban Matriks
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 94
Contoh 1
Nama permainan : Pengembaraan Matematik
Tujuan : i. Menjalani kuiz dalam suasana yang menyeronokkan
ii. Membuat latih tubi secara pertandingan
Hubungan : Nombor Bulat - Tingkatan 1 - 3
dengan topik Pecahan - Tingkatan 1 - 3
Nombor Perpuluhan - Tingkatan 1 - 3
Gandaan dan Faktor - Tingkatan 1 - 3
Peraturan Permainan :
i. Pemain-pemain hendaklah mengundi siapa yang memulakan pergerakan
dahulu.
ii. Bagi memulakan permainan, buah dadu hendaklah dilambung.
iii. Semasa berhenti dari pergerakan pemain yang berada di dalam petak yang
bewarna merah, biru dan ungu akan mengambil soalan yang berada di
dalam petak masing-masing. Sekiranya berjaya menjawab soalan, maka
markah akan diberi seperti yang tertera di dalam papan permainan.
iv. Jika pemain gagal menjawab soalan yang dikemukakan, maka tiada
markah diperolehi dan kedudukannya kekal di situ.
v. Jika pemain berada di dalam petak bewarna hijau, markah akan ditolak.
vi. Sekiranya pemain berada di dalam petak bergambar, pemain hanya perlu
mengikut arahan.
Permainan Pengembaraan Matematik
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 95
Contoh 2
Nama permainan : Jaring Janjang
Tujuan : i. Membantu pelajar mengenal pasti urutan yang
Merupakan janjang arithmetik
ii. Mengaplikasi penggunaan janjang arithmetik dalam
penyelesaian masalah matematik
Hubungan : Janjang Arithmetik Tingkatan 4
dengan topik
Peraturan permainan
i. Boleh dimainkan secara individu, berpasangan atau kumpulan kecil (3 atau
4 orang).
ii. Satu set terdiri daripada 7 nombor dalam urutan janjang arithmetik
diberikan dan murid diminta menyusun sedemikian rupa supaya hasil
tambah nombor yang terletak sebaris sama dengan baris lain.
iii. Pemenang ditentukan berdasarkan masa yang paling singkat dapat
menyelesaikannnya.
Permainan Jaring Janjang
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 96
KEJAYAAN
• MASTERMIND telah memberi kesan positif terhadap sikap murid. Mereka lebih
berminat untuk membuat latihan matematik secara bersendirian atau
bersama rakan-rakan.
• Soalan/masalah matematik dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
• Guru dapat mengurangkan masa memberi penerangan mengenai sesuatu
konsep Matematik kepada murid. Masa selebihnya dapat digunakan bagi
memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 97
MASTER VOCAB (Pemenang Ketiga)
Tamil Selvi a/p Bala Krishnan Haslinar Hashim
Sufpiah Abu Samah Rosmani Awang
Samihah Mohamed SK Kampung Pek,18500 Machang, Kelantan Darul Naim
SINOPSIS
Master Vocab (MV) bertujuan memupuk minat murid terhadap Bahasa Inggeris dan memperkayakan pengetahuan perbendaharaan kata. Buku Master Vocab bersaiz poket digunakan oleh murid untuk mencatat ejaan dan makna perkataan yang diperolehi dari pelbagai sumber. Murid membuat hafalan terhadap perkataan mengikut tahap kesukaran. Master Vocab Garden dengan bahan maujud berlabel Bahasa Inggeris mendedahkan murid kepada suasana pembelajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan kerana murid dapat melihat objek sebenar dan ejaan dalam Bahasa Inggeris. Pengukuhan ingatan terhadap ejaan dan makna perkataan dilakukan melalui soal jawab bersama rakan dan guru.
OBJEKTIF
1. Memupuk minat untuk belajar Bahasa Inggeris.
2. Memperbetulkan sebutan dan ejaan perkataan Bahasa Inggeris.
3. Memperkayakan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.
4. Menambahkan masa pendedahan kepada persekitaran Bahasa Inggeris.
5. Meningkatkan keputusan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 98
ASPEK INOVASI
Program Master Vocab menggunakan tiga bahan iaitu :
Buku Master Vocab Stage 1 dan Stage 2 bersaiz poket yang
merupakan bahan utama projek.
Master Vocab Garden mempamerkan
perkataan yang dilabelkan pada bahan
maujud bertema seperti ‘animals, fruits,
occupation dan clothing’.
English Bulletin yang dinamakan Super Readers yang
memuatkan hasil penulisan dan karya murid
Penggunaan Buku Master Vocab oleh murid menggabungkan 3 konsep iaitu :
BUKU MASTER VOCAB
Mastery Learning
Murid menguasai
perkataan Bahasa
Inggeris daripada
mudah ke yang
sukar
Mesra Murid
Murid dilayan sama
rata oleh guru atau
Guru Kecil Vocab jika
diminta diuji
pengetahuan
perbendaharaan kata
Buku di Tangan
Murid membawa
setiap masa buku
Master Vocab bagi
tujuan bacaan dan
hafalan pada waktu
yang sesuai
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 99
Langkah Pelaksanaan Buku Master Vocab
Master Vocab Garden
Taman ini mempamerkan objek sebenar yang berlabel Bahasa Inggeris dalam
kategori/tema masing-masing. Guru menggunakan taman ini bagi menyokong aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Murid menggunakan taman ini pada masa yang
dirasakan sesuai bagi mengadakan perbincangan dan menambah perbendaharaan kata
Bahasa Inggeris.
1. Setiap murid memiliki Buku Master Vocab
2. Murid menghafal setiap perkataan dan maknanya melalui soal jawab dengan
3. Murid yang telah membuat hafalan ejaan, sebutan dan makna perkataan Bahasa
Inggeris tahap rendah berjumpa guru untuk diuji
4. Jika terdapat kesalahan, murid dikehendaki membaca semula di hadapan guru lain
5. Jika murid membaca dengan betul, buku MV diserahkan kepada guru dan guru
menyoal dengan pelbagai teknik perkataan yang terdapat pada muka surat tersebut
6. Jika guru penguji berpuas hati dengan penguasaan murid, satu tanda tangan ringkas diturunkan pada ruang yang disediakan
7. Murid mendapatkan tanda tangan 2 guru sebelum berpindah ke muka surat seterusnya
8. Setiap minggu Ujian MV akan diadakan serentak kepada murid yang menguasai 50
9. Hadiah galakan disampaikan semasa perhimpunan bagi murid yang berjaya dalam
10. Murid yang berjaya menghafal semua muka surat akan menduduki ujian khas dan
ditauliahkan sebagai Guru Kecil Master Vocab Junior atau Senior
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 100
English Bulletin atau Super Readers
Digunakan dalam aktiviti pengayaan Bahasa Inggeris seperti Reading Competition
sewaktu perhimpunan, sebagai bahan pembelajaran kendiri dan sebagai bahan p&p
di bilik darjah.
KEJAYAAN
Projek Master Vocab telah menunjukkan kesan kejayaan ke atas murid dan guru
dalam pelbagai aspek seperti berikut :
i. Perubahan Sikap Murid
• menunjukkan minat terhadap Bahasa Inggeris
• berkeyakinan untuk berjumpa guru bagi diuji pengetahuan
perbendaharaan kata
ii. Penjimatan Kos
• menjimatkan perbelanjaan untuk pembeliaan kamus Bahasa Inggeris
• buku MV boleh digunakan sebagai rujukan apabila murid
memasuki sekolah menengah
iii. Penjimatan Masa
• penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dalam jangka masa yang
singkat oleh murid (dianggarkan murid Tahap Satu dapat menguasai lebih
1000 perkataan dan 1209 perkataan oleh murid Tahap Dua)
• guru dapat menggunakan masa bagi menumpukan aspek pengajaran dan
pembelajaran yang lain dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
iv. Budaya Membaca
• budaya membaca Buku Master Vocab juga berlaku di luar sekolah
v. Penyebaran Ilmu
• penggunaan Buku Master Vocab turut mendapat perhatian daripada
sekolah lain di Daerah Tanah Merah/Machang/Jeli (taklimat berkaitan
program ini telah disampaikan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris sekolah
kepada guru dari daerah ini)
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 101
vi. Peningkatan Kelulusan Bahasa Inggeris UPSR
• Terdapat peningkatan dalam peratus kelulusan Bahasa Inggeris dalam
peperiksaan UPSR seperti jadual di bawah :
Gred A-C D Tahun
Bil. % Bil. %
1998 60 38 57 35.8
1999 70 48.6 67 46.5
2000 86 51.2 82 48.8
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 102
PENGHARGAAN
Pusat Perkembangan Kurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemenang yang telah membenarkan bahan inovasi mereka didokumenkan dalam koleksi ini, juga kepada pihak-pihak lain yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung untuk menghasilkan koleksi ini.
Koleksi Bahan Inovasi
Anugerah Guru Inovatif 103
Penasihat Dr. Sharifah Maimunah Syed Zin Ahli Panel Dr. Sharifah Nor Puteh Loh Kok Khuan Jamilah Ali Saidatul Azwa Mohd. Hashim Nor Azian Mohd. Kamel Zarina Abd. Majid Sarina Salim Norhayati Mokhtar Aliza Abd. Manan Saifuludin Abdullah M. Nadaraja Zulfifli Noordin Kashry Ab. Rani Rekabentuk Kulit & Rekaletak Mat Desa Mat Rodzi Penyelaras Percetakan Abdul Salim Zainal Jurutaip Maggie David Edward Premlatha Balakrishnan Juhari Md. Zain