UNIVERSIITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ)PUSAT UKM BANGI , SELANGOR
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAANSEMESTA 1 SESI PENGAJIAN 2009-2010
SKSJ 2153 – KERAJAAN DAN PERLEMBAGAAN MALYSIA
TAJUK :Huraikan peruntukan-peruntukan penting hak asasi manusia. Sejauh
manakah peruntukan ini dipertahankan dalam praktik politik
di Malaysia?
DI SEDIAKAN OLEH MAT SUDIN BIN TAUPEK
NO MATRIK GB OO743NO TELIPON 013 2753064
DISEDIAKAN UNTUK PENSYARAHPROF. MADYA MOHAMMAD AGUS
YUSOFF
Huraikan peruntukan-peruntukan penting hak asasi manusia. Sejauh manakah
peruntukan ini dipertahankan dalam praktik politik di Malaysia?
Latar belakang
Hak kemanusiaan merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua insan. Konsep
Hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahasa semua insan memiliki satu bentuk
hak yang sama, sebagaimana mereka memiliki indentiti insan, yang tidak dipengarahui
oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan.
Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi, yakni dari segi
perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, Hak kemanusian
merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang
telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan. Contohnya, dalam
perlembagaan Malaysia terdapat penerangan mengenai hak kemanusiaan yang terlindung
di bawah perlembagaan. Percabulan hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan
membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Penakrifan hak
kemanusiaan dari segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke satu negara
yang lain.
Dari satu segi moral, Hak Kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung
oleh anggota masyarakat. Sehubungan dengan perkara ini, anggota masyarakat akan
mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang
dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin
tidak termaktub dalam undang-undang. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan
akan cuba megelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh
perasaan moral.
Kewujudan, keabsahan dan isi kandungan Hak kemanusiaan telah menjadi isu
pendebatan dalam bidang falsafah dan sains politik. Dari segi perundangan, Hak
kemanusiaan telah termaktub dan diberi takrifan dalam undang-undang antarabangsa, dan
juga dalam undang-undang bagi sesetengah negara. Walaupun begitu, cara penakrifan
dan pelakasaan hak kemanusiaan masih memperlihatkan kepelbagaian.
Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang
dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unaited
Nation)1 pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) telah
membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
1. kebebasan daripada ketakutan
2. kebebasan daripada kemahuan
3. kebebasan bersuara
4. kebebasan kepercayaan.
Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah
hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.2
1 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu (28.9.09)
2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia ( 28.10.09 )
Hak-hak Asasi Manusia Di Malaysia.
Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk
hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga
hak-hak bersangkutan pendidikan. Terdapat sembilan perkara yang menyentuh tentang
kebebasan asasi iaitu dari Perkara 5 hingga ke Perkara 13. Perkara 5 menyentuh tentang
kebebasan diri, Perkara 6 menyentuh tentang larangan keabdian dan kerja pakas, Perkara
7 memberi perlindungan daripada undang-undang jenayah yang semakin berbuatkuasa
kebelakangan dan perbicaraan berulang, Perkara 8 pula menyentuh tentang kesamarataan,
Perkara 9 menyentuh tentang larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, Perkara 10
menerangkan tentang kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan, Perkara
11 menyentuh tentang kebebasan agama, Perkara 12 pula memperuntukkan hak-hak
berkenaan dengan pelajaran, dan Perkara 13 menerangkan hak terhadap harta.
Secara dasarnya, peruntukan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan
bertujuan antara lainnya untuk melindungi nyawa, harta benda dan maruah
rakyatnya.Dalam Perkara 5 Kebebasan Diri, tiada seorang pun yang boleh diambil
nyawanya atau dilucut kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Setiap rakyat
Malaysia mempunyai hak masing-masing yang dilindungi oleh undang-undang.
Selain itu, Perkara 5 juga memperuntukan bahawa seseorang yang ditangkap perlu
diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebab dia ditangkap. Disamping itu,
yang dituduh dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang itu. Ini
merupakan prinsip asas undang-undang jenayah negeri iaitu setiap orang dianggap tidak
bersalah, melainkan setelah ia dibuktikan bersalah.
Bagi perkara 6 Pengabdian dan Kerja Paksa. Ia memperuntukkan bahawa tiada
sesiapa pun boleh ditahan sebagai abdi. Segala jenis kerja adalah dilarang. Walau
bagaimanapun, Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan bagi
perkhidmatan kerahan untuk maksud-maksud negara. Keadaan ini berlaku apabila negara
diserang oleh musuh dan bekalan tenaga askar tidak mencukupi. Sebagai seorang rakyat
yang bertanggungjawab, dia harus melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh dan
berjuang demi keamanan negara.
Tempat Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Menurut undang-undang bertulis, seorang pekerja tidak ada kuasa untuk menuntut
hak daripada pihak berkuasa awam pertama dan kedua jika ia bertukar kerja.Pekerja
tersebut adalah wajib berkhidmat dengan kedua-dua pihak. Jenis kerja ini bukan
merupakan kerja paksa.
Disamping itu, kerja berkaitan dengan menjalankan hukum penjara yang dijatuhkan
oleh mahkamah tidak dikira sebagai kerja paksa dalam erti perkara ini.Ia lebih dikenali
sebagai satu hukuman penjara. Ini jelas membuktikan bahawa kedudukan setiap rakyat
Malaysia adalah sama di sisi undang-undang.
Dalam perkara 7 Perlindungan daripada Undang-Undang Jenayah yang Berkuatkuasa
Kebelakangan dan Perbicaraan Berulang. Peruntukkan ini membawa makna tiada sesiapa
boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan
di sisi undang-undang pada masa ia dilakukan dan kerana sesuatu kesalahan tiada sesiapa
pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat daripada yang telah ditetapkan oleh
undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan. Ini bermaksud hukuman yang
dikenakan ke atas pesalah haruslah setimpal dengan kesalahannya. Hukuman yang terlalu
berat akan mengancam nyawa pesalah, manakala pesalah tidak akan berasa insaf atau
sedar sekiranya hukuman terlalu ringan.
Selanjutnya dalam perkara 8 berhubung persoalan sama rata. Semua orang adalah
sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi
undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-
undang. Ini bermakna bahawa semua warganegara tidak boleh dibeza-bezakan melalui
agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Akan tetapi pengecualian terhadap Perkara
153 yang membuat peruntukan keistimewaan terhadap orang Melayu dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak dalam perkara-perkara tertentu seperti jawatan-jawatan
dalam perkhidmatan awam, biasiswa, tanah rizab Melayu dan sebagainya.
Walaupun seseorang itu seorang raja bagi mana-mana negeri, dia tetap mempunyai
hak yang sama rata dengan rakyat biasa. Ini bermaksud bahawa jika seseorang raja itu
melakukan tindakan yang salah di sisi undang-undang Persekutuan, maka baginda juga
boleh didakwa di Mahkamah Khas. Selian itu, pihak berkuasa awam juga boleh sama
sekali mempertikaikan seseorang yang bermastautin atau menjalankan perniagaan di
mana-mana bahagian Persekutuan yang berada di luar bidang kuasa.
Perkara 8 juga memperuntukan tiada larangan untuk membuat peraturan-peraturan
mengenangi undang-undang diri. Maka seseorang itu boleh membuat undang-undang
sendiri selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang Persekutuan. Maka jelaslah di
sini bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama rata dalam pelbagai aspek
kehidupan. Tiada diskriminasi terhadap seseorang warganegara sama ada dari segi
jantina, status atau kaum berlaku dengan termaktubnya Perkara 8 dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Bagi perkara 9 Larangan Buangan Negeri, dan Kebebasan Bergerak. Mengikut bagi
perkara 9 ini tiada seorang warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke
dalam Persekutuan.Oleh itu setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan
menetap di mana-mana bahagian Persekutuan. Walau bagaimanapun, perkara ini
tertakluk kepada Fasal (3) dan undang-undang keselamatan negara, ketenteraman awam,
kesihatan awam, hukuman kepada pesalah-pesalah dan undang-undang imigresen di
Sabah dan Sarawak.
Di samping itu juga, selagi sesuatu negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di
bawah Perlembagaan ini berbanding Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh dengan
undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-negeri
yang lain, ke atas hak-hak yang diberi oleh Fasal (2) berkenaan dengan bergerak dan
bermastautin. Ini bererti, Parlimen boleh mengenakan sekatan ke atas kebebasan
pergerakan seseorang dari sebuah negeri ke negeri yang alin jika didapati seseorang itu
mengganggu keselamatan awam atau ketenteraman sesebuah negeri.
Seterusnya Perkara 10 Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan.
Setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap bagi mengeluarkan buah
fikiran, berhimpun secara aman dan berhak menubuhkan persatuan. Begitulah perkara
yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan bercakap dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata
yang tidak menjadim hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang
melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Sesiapa yang
menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang
mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif seperti seperti hak
keistimewaan orang Melayu dianggap sebagai melakukan kesalahan mengikut undang-
undang dan mereka boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sebanyak
Rm5000.
Warganegara juga berhak untuk berhimpun secara aman tanpa bersenjata.
Sungguhpun demikian, perhimpunan yang terdiri daripada 15 orang atau lebih adalah
haram di sisi undang-undang jika maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan
janayah bagi menakutkan kerajaan atau pihak yang berkuasa. Di samping itu juga, isu-isu
sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam perhimpunan dan pengucapan umum.
Selain itu, setiap warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan
syarat persatuan tersebut tidak mengugat kepentingan, keselamatan dan ketenteraman
awam. Sesebuah persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan
pertubuhan itu digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan
Persekutuan dan keamanan awam.
Dalam Perkara 11 pula Kebebasan Beragama. Ini memberi pengertian setiap orang
berhak memeluk dan mengamalkan agamanya. Kebebasan beragama pula ini tidak boleh
melanggar undng-undang am tentang keamanan, kesihatan atau kebaikan akhlak awam.
Di sinilah terletaknya had kebebasan beragama. Sekiranya ada kumpulan yang percaya
bahawa agamanya memaksa mereka membunuh orang dan membuat benberapa
perbuatan keji, sudah tentu Perlembagaan tidak akan membenarkan agama seperti ini
diamalkan kerana ia mengganggu keselamatan awam.
Selain itu, terdapat juga peruntukan dalam Perkara 11 yang menyebut bahawa
seseorang tidak boleh dipaksa untuk membayar cukai sekiranya pendapatan yang
diperolehi daripada cukai tersebut akan digunakan semua atau sebahagian daripadanya
untuk maksud agama yang lain daripada agamanya. Segala hak ini tidak terganggu atau
tersekat walaupun agama Islam adalah agama rasmi, melainkan tentang pengembangan
agama kepada orang-orang Islam sahaja. Di sini badan perundangan bagi setiap negeri di
Tanah Melayu berhak membuat undng-undang untuk menyekat pengembangan agama
kepada orang-orang Islam. Berdasarkan penerangan di atas, jelas menunjukkan bahawa
kebebasan untuk beragama bukanlah merupakan kebebasan matlak. Tambahan lagi,
Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk mendengar sebarang kes yang
berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini bermaksud bahawa Mahkamah
Persekutuan dan Mahkamah Syariah mempunyai kuasa yang berasingan.
Dalam perkara 12 ialah hak-hak berkenaan pelajaran, pekerjaan, jawatan, perniagaan
dan pemilikan harta, hak-hak berkenaan tidak boleh dibeza-bezakan antara warganegara
dengan warganegara yang lain kerana agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.
Perkara 12 telah mengharamkan perbezaan berasaskan agama dalam hal kemasukan
penuntut-penuntut ke pusat-pusat pengajian yang diselenggarakan oleh pihak berkuasa
awam atau dalam hal pemberian pendidikan daripada derma wang yang datang daripada
pihak berkuasa awam.
Setiap kumpulan agama berhak menubuhkan yayasan untuk mengajar agamanya dan
undang-undang tidak boleh membuat perbezaan beralaskan agama tentang yayasan itu.
Tetapi, terdapat satu pengecualian iaitu undang-undang Persekutuan dan undang-undang
negeri boleh membuat peruntukan bantuan wang bagi menubuhkan Yayasan Islam atau
mengajar agama Islam kepada orang-orang Islam.
Agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan
oleh ibu bapa atau penjaganya. Sesiapa pun tidak boleh diwajibkan untuk menerima
ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau sembahyang sesuatu agama yang lain
daripada agamanya sendiri.
Jelas ditunjukkan di sini bahawa di bawah Perkara 12, ia juga menyentuh tentang
aspek keagamaan dan bukan berkenaan hal pelajaran sahaja. Ini disebabkan hal mengenai
pelajaran juga berkait tentang hal keagamaan. Justeru itu, kedua-dua unsur ini
digabungkan seperti mana yang terdapat dalam Perkara 11 dan 12.
Akhirnya mengikut Perkara 13 iaitu hak terhadap harta, seseorang tidak boleh
dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Ini bermakna semua orang berhak
untuk mengumpul sebanyak harta untuk kegunaan peribadi. Namun begitu,sekiranya
harta yang dikumpul itu adalah didapati tidak sah oleh undang-undang maka harta
tersebut adalah boleh untuk dilucutkan secara sah.
Menurut Perkara 13 lagi, tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat
peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan tiada pampasan yang
mencukupi. Misalnya, tuan punya tanah berhak untuk meminta pampasan yang setimpal
daripada pihak-pihak yang ingin membeli tanah darinya. Sekiranya tuan punya tanah
tersebut tidak mahu menjual tanahnya akibat pampasan yang ditawarkan adalah tidak
mencukupi, maka tuan punya tanah tersebut berhak untuk mengambil keputusan untuk
tidak menjual tanahnya. Keputusan itu adalah sah kerana mengikut Perkara 13 ini,
pembeli tanah tidak boleh memaksa tuan punya tanah untuk menjual tanahnya.Dengan
itu, jelaslah bahawa Perkara 13 adalah adalah sebagai satu cara untuk melindungi
kepentingan harta rakyat. Sebagai kesimpulan seperti yang ditegaskan hak asasi manusia
ini untuk kebebasan daripada ketakutan, kebebasan daripada kemahuan, kebebasan
bersuara dan kebebasan kepercayaan.
Persoalannya sejauhmanakah peruntukan ini dilaksanakan di Malaysia dalam praktik
politik . Malaysia adalah negara beraja berperlembagaan degan penduduk seramai kira-
kira 26.9 juta. Kerajaan negara ini mengamalkan sistem berparlimen bawah pimpinan
Perdana Menteri yang dipilih melalui pilihan raya yang diadakan secara berkala. Barissan
Nasional, parti politik perikatan yang diterajui parti UMNO ( Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu), telah memegang tampuk kepimpinan sejak tahun 1957. Pilihan raya
terakhir yang diadakan pada bulan Mac 2008 .
Telah termaktub dalam Perlembagaan, terdapat sembilan perkara yang menyentuh
tentang kebebasan asasi iaitu dari Perkara 5 hingga ke Perkara 13. Adakah peruntukan ini
ini dipertahankan dalam praktik politik di Malaysia? Pada dasarnya pilihan raya
dijalankan secara telus, namun pihak pembangkang
mendakwa bahawa Barisan Nasional telah menyalahgunakan
kuasa parti pemerintah dan mengawal pihak media.
Umumnya, pihak kerajaan mempunyai kawalan penuh atas
angkatan keselamatan.
Bagi gambaran yang lebih fokus dan jelas berpandukan
laporan dari Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)3 akan
dapat membuat penilaiannaya. Bagi pengerusi
3 http://ms.wikipedia.org/wiki/Suhakam ( 10.11.09) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(Suhakam) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia setelah mendapat tentangan daripada beberapa pihak terutama parti politik dan NGO yang tidak puas hati terhadap tahap Hak Asasi Manusia di Malaysia.Ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manausia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung Suhakam diadakan pada 24 April 2000.
Logo Suhakam
Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman pihak kerajaan
umumnya menghormati hak asasi rakyat. Namun, masih
terdapat masalah dari beberapa segi. Kerajaan menghadkan
hak rakyat untuk mengubah kerajaan. Beliau sendiri
mengingatkan rakyat negara ini supaya mengundi mereka
yang pro hak asasi untuk menyelesaikan isu tersebut di
negara ini.Sambil mengakui bahawa Malaysia tidak
mempunyai rekod hak asasi yang sempurna, beliau
mengingatkan bahawa Suhakam hanyalah “ciptaan
undang-undang dan penyelesaiannya terletak di tangan para
pengundi,”. Pengundian kepadannya membolehkannya ke
Parlimen, mereka akan meminda undang-undang untuk
memberi kuasa Suhakam memperjuangkan hak asasi.
Malaysia adalah sebuah Negara yang membangun atau digelar negara Dunia ke 3.
Malaysia adalah Negara yang terbentuk selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Secara
majoriti suku kaum yang terkandung di dalam Negara Malaysia adalah Melayu, Cina,
India dan lain-lain.
Malaysia sebuah negara majmuk dari segi ras atau kaum, budaya dan agama, kita
mesti bertitik-tolak dari semangat ingin bekerjasama untuk kebaikan semua kaum,
budaya dan agama dalam kerangka paradigma politik negara-bangsa Malaysia baru.Sejak
dari dulu juga Malaysia dikatakan mengamalkan demokrasi. Sistem parlimen menjadikan
bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen
merupakan satu bentuk sistem politik yang popular diamalkan oleh Negara-negara yang
mempraktikkan sistem demokrasi.
Sebuah Negara demokratik ialah sebuah Negara atau kerajaan rakyat. Sebuah Negara
yang demokratik yang berpelembagaan dan berdaulat, mendukungi keluhuran undang-
undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem-sistem yang
menjamin hak rakyat. Dalam konteks Malaysia terlalu banyak kepincangan yang jelas
kelihatan yang menampakkan bahawa Malaysia bukan sebuah Negara yang demokratik.
walaupun pemimpin menganggap mereka mengamalkan Negara yang demokratik tetapi
menurut konsep sebenar demokrasi tersebut adalah tidak bertepatan sama sekali.
Tan Sri Abu Talib Othman Pengerusi Suhakam
Terdapat pelbagai faktor yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah Negara yang
tidak demokrasi. Banyak penganalisis politik berpendapat bahawa Malaysia hanya
mengamalkan semi-demokrasi. Diantara perkara-perkara yang boleh menjustifikasikan
bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi ialah tiada kebebasan sepenuhnya di dalam
sistem demokrasi itu sendiri. Berikut adalah bukti-bukti pencabulan demokrasi di
Malaysia secara tidak langsung juga tidak menghormati hak asasi rakyat yang termaktup
dalam Perlembagaan Persekutuan.
Antaranya ialah berkaitan dengan perkara 10 iaitu kebebasan bersuara.
Kebebasan, sebenarnya asas yang paling penting untuk menegakkan demokrasi. Aspek
utama dalam kerajaan berdemokrasi ialah jaminan-jaminan hak asasi golongan minoriti.
Adalah tidak adil sama sekali jika golongan majoriti yang menguasai kerajaan mendenda
golongan minoriti dengan cara mengancam atau mengenakan sekatan-sekatan tertentu.
Oleh itu semua sistem demokrasi telah mengenakan sekatan-sekatan kepada pemerintah
agar tidak menjejaskan hak asasi golongan minoriti.
Hak-hak rakyat sepatutnya di pandang berat oleh kerajaan dan pemerintah dalam
pengamalan demokrasi. Terdapat banyak kebebasan rakyat di Malaysia telah di bataskan,
lebih-lebih lagi kebebasan bersuara dan memberi pendapat kepada pihak atasan. Dengan
gabungan rakyat mengadakan perhimpunan, nyata sekali mereka mengetepikan sentimen
perkauman bekerjasama tanpa mengira kaum, jantina, mahupun agama. Ini menunjukkan
rakyat menginginkan sesuatu yang meraka rasakan perlu.
Jika Malaysia Negara yang demokrasi, pihak kerajaan sepatutnya memberikan
permit kepada rakyat yang ingin mengadakan perhimpunan. Mereka sekadar ingin
menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Mereka sekadar menggunakan suara,
sepanduk- sepanduk dan sebagainya bagi mendesak kerajaan. Kerajaan sepatutnya lebih
terbuka dengan perkara ini.
Di Malaysia, nampaknya kerajaan tidak terbuka dan tidak gentleman dalam
menangani isu ini. Yang lebih menyedihkan, rakyat yang mengadakan demonstrasi
disekat sama sekali dengan menggunakan kuasa yang mereka ada dengan mengarahkan
pihak polis menyuraikannya. Pihak polis pula menyuraikan dengan tembakan air asid
dan gas pemedih mata. Ini menggambarkan ketidakadilan berlaku kepada rakyat.
Pihak pemimpin dan kerajaan sepatutnya mengambil berat terhadap pandangan
rakyat. Contoh yang terbaru dapat kita kenal pasti baru-baru ini dimana pada 10
September gabungan rakyat yang memakai pakaian serba kuning yang digelar gabungan
BERSIH yang mengadakan perhimpunan bagi menghantar memorandum kepada Yang
Di Pertuan Agong kerana menginginkan pilihanraya yang bersih. Mereka berasa bahawa
pilihanraya sebelum ini tidak bersih dengan alasan-alasan tertentu.
Tetapi perhimpunan yang diadakan telah disekat sejak awal. Walau bagaimanapun
perhimpunan tersebut tetap berlansung dengan kehadiran puluhan ribu rakyat yang
berarak. Tidakkah terbuka mata pemimpin melihat kehendak rakyat tersebut.
Pihak polis juga seolah-olah tidak memahami apa itu hari hak asasi manusia. Ini
kerana pihak polis telah bertindak menangkap terhadap peguam-peguam yang
mengadakan sambutan hari kebebasan hak asasi manusia. Tindakan tersebut lebih
mencemarkan demokrasi yang kononnya diamalkan.
Sepatutnya kebebasan rakyat berhimpun secara aman telah dijamin didalam Perkara
10 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi wujudnya seksyen 27 Akta Polis 1967 yang perlu
memohon permit kepada Polis, telah menggugat kebebasan berhimpun di dalam Negara
yang melaksanakan demokrasi ini. Ini menampakkan seolah-olah Malaysia adalah
Negara polis, kerana kuasa polis amat luas sehingga berjaya mengetepikan Perlembagaan
Persekutuan. Di manakah demokrasi yang dicanang oleh pihak pemimpin.
Begitu juga hal dalam Kebebasan Media Massa. Media Massa samada media
elektronik ataupun media cetak adalah satu sistem komunikasi atau sistem yang
digunakan oleh setiap Negara bagi maklumat-maklumat yang meliputi semua perkara.
Setiap Negara yang mengamalkan demokrasi perlu memberikan hak kepada mana-mana
individu mahupun parti politik bagi menggunakan media massa yang ada bagi
memberikan maklumat yang mereka ada.
Namun di Malaysia, kebebasan media massa ada kongkongan ia itu tiada kebebasan
mutlak. Pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan telah memonopoli sama
sekali media massa ini. Memonopi media disini bererti, pencabulan hak asasi yang
dilaksanakan parti yang memerintah apabila dengan kuasa yang mereka perolehi mereka
memonopoli penggunaan Media samada media cetak dan elektronik. Sesebuah negara
demokrasi sepatutnya kebebasan menggunakan media cetak dan elektronik adalah
dibenarkan.
Kerajaan secara halus mengusai akhbar dan majalah dengan menekan para penerbit
untuk mendapatkan lessen rasmi setiap tahun dan mempunyai kuasa untuk menggantung
lesen itu seandainya muncul berita yang tidak menyenangkannya. Situasi ini
menggambar kerajaan mahu berperanan besar dalam mengaturkan cara parti politik
pembangkang menyibarkan maklumat mereka. Parti pembangkang hanya dibenarkan
menjual penerbitan mereka kepada ahli-ahli sahaja. Setiap hari di media cetak dan
elektronik, hanya terpampang tentang kebaikan parti pemerintah dan keburukan parti
pembangkang.
Walaupun pihak pembangkang ada juga menerbitkan akhbar mereka sendiri iaitu
Harakah tetapi beberapa sekatan dan kebebasan mutlak di nafikan. Pada peringkat
permulaannya, Harakah dikeluarkan setiap hari, tetapi ia telah di halang penjualannya
oleh pihak kerajaan. Mereka bimbang kerana peningkatan pembelian Harakah oleh
masyarakat. Bimbang jika bakal Harakah dapat mempengaruhi rakyat, maka pihak
kerajaan telah menggunakan akta penerbitan dan percetakan sehingga Harakah hanya
boleh dijual 2 kali dalam seminggu. Itu pun belum boleh menghalang kebimbangan
sehingga kerajaan mengetatkan lagi syarat sehinggalah Harakah hanya boleh dikeluar 2
kali dalam sebulan. Ketidakadilan yang berlaku ini sungguh ketara.
Sekatan-sekatan tersebut menjadikan pihak pembangkang terpaksa mengadakan
ceramah-ceramah sebagai saluran komunikasi mereka dengan rakyat, namun ceramah-
ceramah mereka juga disekat. Pihak pemerintah tidak memberikan permit. Di manakah
demokrasi dan hak-hak asasi dalam Perkara 10 iaitu kebebasan bercakap,berhimpun dan
menubuhkan persatuan.
Tempoh Berkempen Dalam Pilihanraya juga menampakan juga pencabulan hak-
hak asasi. Dalam melaksanakan pilihanraya yang telus, kerajaan sepatutnya memberi
peluang kepada semua pihak dalam mengadakan kempen dengan baik. Tetapi di
Malaysia jika dahulu kerajaan menetapkan tempoh kempen selama 30 hari, tetapi pada
pilihanraya tahun 2004, tempoh kempen yang dibenarkan hanyalah 8 hari. Kalau
begitulah singkatnya tempoh kempen, bagaimanakah kita hendak meraikan proses
demokrasi setiap empat tahun sekali.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah satu badan yang bebas dalam
mengendalikan pilihanraya di Malaysia. Namun sejak dahulu hingga sekarang, kebebasan
terhadap sistem yang diamalkan SPR boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan apa yang
berlaku pada pilihanraya 2004 dimana terlalu banyak kepincang yang berlaku diantaranya
terlalu banyak kehilangan nama pengundi semasa pilihanraya 2004, wujudnya nama-
nama pengundi yang telah meninggal dunia dan terdapat orang yang meninggal dunia
pergi mengundi. Di manakah sistem yang bersih diamalkan pihak SPR. Apakah yang
dilakukan pihak SPR selama 4 tahun sebelum bermula pilihanraya pada 2004 tersebut.
Adakah seminggu nak pilihanraya baru nak buat kerja. Siapa pula pengundi-pengundi
yang menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia. Barangkali inilah yang
dinamakan pengundi hantu oleh pihak parti pembangkang selama ini.
Begitu juga hal nya dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Setiap Negara yang
demokrasi pasti wujud badan bukan kerajaan dalam menjalankan pemantauan terhadap
segala apa yang berlaku di dalam sistem demokrasi tersebut. Namun di Malaysia, NGO
seolah-olah tidak diambil peduli lansung oleh pihak kerajaan. Banyak persoalan-
persoalan yang telah dibangkitkan NGO seolah-olah tidak ada maknanya. Pihak kerajaan
seolah-olah meletakkan NGO sebagai sebuah badan yang mengganggu kerja mereka,
maka mereka tidak akan mempedulikannya.
Selanjutnnya dalam sistem kehakiman pula kita dapat melihat bagaimana sistem
kehakiman negara kini menjadi bahan bualan orang ramai manakala pihak polis juga
telah kehilangan keyakinan dan kepercayaan dari rakyat jelata . Institusi ini yang
sepatutnya memperlindungi rakyat sebagai tunjang demokrasi nampaknya menyebelahi
dan menjadi penyelamat kepada pemerintah yang gelisah akan kehilangan kuasa.
Contoh yang amat ketara dan yang terbaru dimana terbongkarnya sistem kehakiman
yang pincang dimana seorang peguam telah mengadakan perbualan dengan seorang
hakim dalam percaturan perlantikan kehakiman di mahkamah. Ia adalah satu perkara
yang amat mendukicitakan bagi kerajaan yang sentiasa mengatakan mereka
mengamalkan demokrasi dan kebebasan dalam sistem kehakiman. Namun yang menjadi
persoalannya, pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepatutnya menyiasat perasuah tetapi
sebaliknya berlaku dimana BPR hanya menyiasat pelapornya sahaja.
Bagi hak asasi perkara 13 hak terhadap harta. Iaitu isu menganaktirikan Negeri
Yang Ditawan Parti Pembangkang. Apa yang dimaksudkan dengan menganaktirikan
Negeri yang ditawan parti pembangkang ini adalah kawasan atau negeri yang dimenangi
oleh pihak berhaluan kiri atau pihak pembangkang. Apa yang hendak ditekankan disini
adalah, Pihak kerajaan telah menganaktirikan negeri yang dimenangi pembangkang
dengan tidak memberi peruntukan dana bagi melaksanakan pembangunan. Pihak kerajaan
yang diwakili parti pemerintah juga cuba menakut-nakutkan pelabur tempatan supaya
tidak membuat pembangunan di negeri yang ditakluki parti pembangkang.
Tindakan pihak pemerintah ini bertujuan bagi memberi gambaran kepada umum
bahawa, parti pembangkang tidak berjaya dan tidak mampu membangunkan negeri
mereka, justeru alasan-alasan ini juga digunakan bagi membuat contoh kepada umum
tentang betapa daifnya negeri yang dimenangi pihak pembangkang. Kerajaan yang
mengamalkan demokrasi tidak sepatutnya memperlakukan perkara sedemikian dan hak
asasi keperluan rakyat adalah wajar dipenuhi dan dilayan sama. Justeru negeri tersebut
walupun dimenangi pembangkang, pihak kerajaan wajib memberi peruntukan yang
sepatutnya dalam memajukan negeri tersebut.
Pembahagian Kekayaan Negara Ciri persamaan di kalangan rakyat jelata
merupakan suatu cirri yang lebih ideal daripada hakiki. Terdapat pelbagai persamaan
dalam undang-undang, persamaan peluang, persamaan dalam pemilikan kekayaan
Negara, persamaan kelakuan dan sebagainya.
Pembahagian kekayaan Negara hendaklah diuruskan dengan sama rata. Namun di
Malaysia, jurang antara yang miskin dan yang kaya semakin jauh. Yang kaya bertambah
kaya dan yang miskin papa kedana. Sejajar dengan Hak Asasi , permintaan ke atas
kebebasan rakyat bertambah tetapi kebebasaan itu disalah gunakan untuk melakukan
keganasaan. Yang lebih mendukacitakan, para pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui
sistem pilihanraya sebenarnya tidak mampu untuk mengatasi masalah rakyat.
Dasar kerajaan dalam memberi kekayaan sama rata kepada rakyat telah tidak telus
hasil apabila berlakunya kebangkitan kaum India baru-baru ini yang menuntut agar
mereka tidak disisihkan. Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan Demokrasi,
kekayaan Negara perlu diagihkan dengan sebijak-bijaknya. Ini berlaku sebaliknya. Hak
asasi kesamarataan Perkara 8 jelas telah dicabuli.
Di Malaysia kita boleh Nampak dengan ketara bahawa pihak-pihak atasan kerajaan
seolah-olah membolot harta kekayaan Negara untuk diri mereka sendiri. Ini dapat dilihat
dengan kewujudan asset-aset mereka yang disembunyikan, rumah-rumah besar dan
banyak lagi. Sepatutnya pihak-pihak atasan perlu mengumumkan kekayaan mereka agar
tidak berlakunya penyelewengan yang berleluasa.
Penyelewengan harta kekayaan Negara juga dapat dilihat apabila negeri yang
dikatakan kaya dengan minyak tetapi negerinya mempunyai peratus rakyat miskin yang
tertinggi di Malaysia iaitu Terengganu. Dimanakah kekayaan negeri ini digunakan.
Dalam Perkara 7 pula memberikan perlindungan ia itu Sistem Keadilan. Dalam
konteks sistem kehakiman Negara pula, pihak parti pembangkang membangkitkan
persoalan bahawa, kesalahan Anwar Ibrahim sepatutnya dibicara di mahkamah syariah
kerana Anwar Ibrahim adalah seorang Islam. Tetapi pihak kerajaan melakukan
sebaliknya dan Hakim yang dipilih adalah hakim bukan beragama islam. Begitu juga isu
pemecatan bekas ketua hakim Negara Tun Saleh Abbas yang diecat tanpa sebab juga
dibangkitkan bagi mengetengahkan pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan.
Dan yang akhirnya ialah Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) 4 Bagi mereka yang pernah menjadi mangsa ISA, mereka menegaskan bahawa ISA
adalah instrumen yang digunakan oleh pemerintah untuk menakut-nakutkan aktivis-
aktivis sosial, pengkritik kerajaan dan ahli-ahli politik pembangkang.
ISA juga dilihat sebagai instrumen dan perkakas yang digunakan oleh pihak yang
berkuasa untuk menindas dan menyeksa mereka yang menentang dasar-dasar kerajaan.
4 http://www.ummahonline.com/?p=319 (28.10.09) Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) adalah satu daripada tiga undang-undang utama di negara ini yang membolehkan penahanan tanpa bicara. Memandangkan kuasa penangkapan dan penahanan yang begitu luas dan sewenang-wenangnya itu, di antara tiga undang-undang ini, ISA adalah undang-undang yang paling digeruni dan dibenci di negara ini.
Dan ini adalah amat bertentangan dengan Perkara 5 kebebasan diri dan Perkara 10
kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.
KESIMPULAN
Dengan beberapa-berapa peristiwa dan kejadian yang telah dijelaskan di atas maka
benarlah tanggapan dari pengerusi Suhakam sendiri , Tan Sri Abu Talib Othman pihak
kerajaan umumnya menghormati hak asasi rakyat. Namun, masih terdapat masalah dari
beberapa segi. Kerajaan menghadkan hak rakyat untuk mengubah kerajaan. Beliau
sendiri mengingatkan rakyat negara ini supaya mengundi mereka yang pro hak asasi
untuk menyelesaikan isu tersebut di negara ini.Sambil mengakui bahawa Malaysia tidak
mempunyai rekod hak asasi yang sempurna.
Rujukan
Perlembagaan Persekutuan (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang 2009)
http://www.malaysiakini.com/columns/82500 (28.9.09)
http://www.aminiskandar.com/?p=2174 ( 28.9.09)
http://mindapengarang.wordpress.com/2009/06/10/demokrasi-di-malaysia-boleh-dijustifikasikan/ (28.10.09)
http://www.ummahonline.com/?p=319 (28.10.09)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suhakam ( 10.11.09).
Top Related