1
1.0 PENGENALAN
Hamka merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam masyarakat di
Nusantara ini. Pelbagai karya telah dihasilkan beliau dalam pelbagai bidang terutamanya
berkenaan dengan agama Islam, sastra dan sebagainya. Sehingga kini, karya-karya beliau
masih segar dikalangan masyarakat. Ilmu-ilmu yang telah dipotretkan beliau dalam karya-
karya ini menjadi khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya. Walaupun tokoh hebat ini
telah pergi menghadap Ilahi tetapi sumbangannya terhadap bangsa dan agama masih segar
dalam ingatan semua. Beliau telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan tempatan atas
jasa-jasa yang telah ditaburkan beliau. Kehilangan beliau tiada galang gantinya dan
merupakan suatu kehilangan yang amat besar sekali. Kini, tanggungjawab kita semua untuk
terus memelihara dan menyampaikan karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau kerana
ia merupakan ilmu-ilmu yang akan membawa kita menjadi sebuah bangsa yang bertamadun
dengan akhlak yang tinggi.
Hamka adalah seorang ulama besar di Indonesia. Buku-bukunya menjadi bacaan,
malah buku pelajaran di Malaysia, dan mencapai cetakan yang berulang kali. Di negara-
negara Islam yang lainnya Hamka juga amat terkenal. Beliau mendapat gelaran Doktor
Honoris Causa dari Universiti Azhar di Kairo dan Universiti Kebangsaan Malaysia.1
1 Solichin Salam, Kenang-Kenangan 70 Tahun Buya Hamka (Jakarta: Yayasan Nurul Islam, 1979), 8.
2
2.0 BIOGRAFI HAMKA
Hamka ataupun nama penuhnya Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah atau
lengkapnya Abdul Malik bin Abdul Karim bin Amrullah bin Abdullah bin Shalih2.
Hamka atau dikenali sebagai Buya Hamka merupakan seorang ulama, aktivis politik
dan penulis Indonesia yang terkenal dan sangat produktif di Alam Melayu termasuk
Malaysia dan Singapura sekitar abad ke 20. Pemikirannya tertumpu kepada pelbagai
persoalan yang dihadapi oleh umat Islam seperti keagamaan, kehidupan sosial
kemasyarakatan dan sastera. Pemikiran dalam karya-karyanya telah membantu
pengembangan intelektual umat Islam. Selain itu, Hamka juga merupakan seorang yang
petah berpidato, berjiwa seni melalui pantun dan syair dalam karyanya serta seorang yang
berani dalam memberi semangat untuk umat Islam menentang pihak Belanda di Indonesia.
Beliau lahir di Sungai Batang, Maninjau Sumatera Barat pada 17 Februari 1908/14
Muharram 1326 Hijrah.3 Beliau kembali ke rahmatullah pada 24 Julai 1981 bertepatan
dengan tanggal 22 Ramadhan 1401 Hijrah di saat umat Islam menjalankan ibadah puasa4 di
Jakarta.
Hamka dikahwinkan dengan pilihan ayahnya dan demi menyenangkan hati ayahnya
beliau akur dan berkahwin dengan Siti Raham binti Endah Sutan pada 5 April 1929 iaitu
ketika usianya 21 tahun dan isterinya 15 tahun. Kemudian Hamka aktif sebagai Pengurus
Muhammadiyah Cabang Padang Panjang menghadapi Kongres Muhammadiyah ke-19 di
Minagkabau.5 Perkahwinan ini bertahan sehingga 43 tahun sebelum isterinya meninggal
dunia pada tahun 1972 dan memiliki 10 orang anak iaitu Zaki, Rushdi, Fakhri, Irfan,
Azizah, Aliyah, Fathiyah, Hilmi, Afif dan Syakib6. Atas faktor kesihatan dan tiada tempat
berunding serta untuk mengubati anak-anak yang kehilangan Ummi, Hamka telah
berkahwin dengan Hajjah Siti Khadijah dan hanya sempat bersama beliau selama 8 tahun
iaitu sehingga Hamka meninggal dunia pada tahun 1981.
2 Solichin Salam, Kenang-Kenangan 70 Tahun Buya Hamka, 45.
3 Ibid., 45.
4 Nasir Tamara, Buntaran Sanusi dan Vincent Djauhari, ed., Hamka Di Mata Hati Umat (Jakarta: Penerbit
Sinar Harapan, 1983), 361. 5 Solichin Salam, Kenang-Kenangan 70 Tahun Buya Hamka, 314.
6 Ibid., 281
3
Nama sebenar ayah Hamka ialah Syaikh Abdul Karim Amrullah atau dikenali
sebagai Haji Rasul. Beliau merupakan seorang ulama terkemuka di Minagkabau, manakala
ibu Hamka bernama Safiah.7 Setelah kembali dari Mekah, masyarakat sudah berubah dan
memberi gelaran Haji8 Rasul kepada ayahnya.
Ayahanda beliau seorang ulama yang belajar di Mekah, kemudian pulang ke
Sumatera menjadi pejuang islah di tanahairnya. Seluruh umat Islam Indonesia mengetahui
ayahanda Buya Hamka, H. A. Karim Amrullah adalah seorang perintis dan pembaharu
Islam yang termasyhur.9
3.0 GELARAN
Buya Hamka ialah seorang yang mahir belajar sendiri (otodidak). Ini kerana kalau
melihat tempat ia belajar dan lama belajar tak mungkin memiliki ilmu dasar yang dapat
mengantarkan dirinya menjadi ulama besar kalau tidak gemar membaca dan bertanya. Buya
hamka digelar kutu buku kerana selalu kehausan bila sehari tidak membaca.
Hamka mendapat gelaran Dr. H.C. dari Al-Azhar dan dari Universiti Kebangsaan
Malaysia. Apabila ada sidang Senat Guru Besar di UNISBA beliau suka memakai toga
kebesaran yang diterima dari Universiti Kebangsaan Malaysia.10
Pada tahun 1928, Tabligh School sudah terasa keperluan membina kader,
pengalaman beberapa tahun menggerakkan Muhammadiyah di seluruh Sumatera Barat,
suatu pengalaman yang mendesak kepada para Pemimpin Muhammadiyah untuk
membentuk kader. Abdullah Kamil menganjurkan kepada kawan-kawannya pemimpin-
pemimpin Muhammadiyah Padang Panjang, supaya membina satu sekolah untuk
melahirkan kader. Usul beliau diterima baik.
Pada tahun 1929, Tabligh School ditubuhkan dan pimpinan diserahkan kepada Haji
Abdul Malik Karim Amrullah dan digelar Datuk Indomo (Prof. Dr. Hamka sekarang).11
Tabligh School ini berdiri dari tahun 1929 sehingga tahun 1931.12
7Ibid., 45.
8 Dr. Hamka, Kenang-Kenangan Hidup (Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1966), 94.
9 Nasir Tamara, Buntaran Sanusi dan Vincent Djauhari, ed., Hamka Di Mata Hati Umat, 236.
10 Ibid., 208
11 Solichin Salam, Kenang-Kenangan 70 Tahun Buya Hamka, 51.
4
Sebagai diketahui, Hamka telah mendapat dua kali gelaran Doktor Honoris Causa
dari Universiti Al-Azhar di Kairo dan Universiti Kebangsaan di Malaysia.13
Pada tahun 1958, beliau memperoleh gelaran doktor yang pertama dari Universitas
Al-Azhar, Kairo dan gelaran doktor yang kedua pada tahun 1974 dari Universitas Nasional,
Kuala Lumpur. Manakala gelaran Profesor beliau memperoleh dari Universitas Dr.
Mustopo, Jakarta pada tahun 1966.14
4.0 JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG
Buya Hamka dipilih secara aklamasi dan tidak ada calon lain yang diajukan untuk
menjawat sabagai Ketua Umum Dewan Pimpinan MUI (Majelis Ulama Indonesia). Buya
Hamka dipilih dalam suatu musyawarah, baik oleh ulama mahupun pejabat. Musyawarah
tersebut yang ditandatangani sebanyak dua puluh enam orang Ketua Majelis Ulama Daerah
Tingkat I, sepuluh orang ulama unsur organisasi Islam tingkat Pusat (Nahdlatul Ulama,
Muhammadiyah, Syarikat Islam, Perti, Al-Wasliyah, Muthlaul Anwar, Guppi, PTDI,
Dewan Masjid dan Al-Ittihadiyah), empat orang ulama Dinas Rohani Islam dari Angkatan
Darat, Angkatan Laut, Angkatan Udara dan POLRI, serta tiga belas ulama yang diundang
secara berseorangan.15
Memang sudah sepatutnya jika para utusan memilih Buya Hamka sebagai Ketua
Umum kerana beliau adalah seorang Datuk Pemangku Adat, seorang ulama yang selain
bergerak di bidang dakwah juga menjadi guru besar di perguruan tinggi umum dan Buya
Hamka juga adalah seorang pujangga.16
Ketika hamka baru sahaja menetap di ibu kota RI, beliau sudah diangkat Pemerintah
Republik Indonesia Serikat (RIS) menjadi pegawai tinggi. Beliau diperbantukan kepada
Menteri Agama dengan golongan VI/F, akan tetapi Hamka rupanya lebih senang jadi
Swasta kerana beliau sudah minta berhenti tidak berapa lama kemudian.17
12
Ibid., 51. 13
Ibid., 292. 14
Ibid., 300. 15
Nasir Tamara, Buntaran Sanusi dan Vincent Djauhari, ed., Hamka Di Mata Hati Umat, 55. 16
Ibid., 55 & 56. 17
Solichin Salam, Kenang-Kenangan 70 Tahun Buya Hamka, 41.
5
Ketika tahun 1950, Pemerintah RIS mengangkat beliau menjadi anggota MPH
(Majlis Pimpinan Haji).18
Kenyataan bahawa Buya Hamka seorang ulama ialah kerana beliau seorang yang
alim dalam ilmu agama dan memimpin umat.19
Buya Hamka juga seorang politikus kerana ia tidak pernah hadir dalam kegiatan
pembangunan negara di segala bidangnya. Ia pernah menjadi anggota parti bahkan pernah
mewakili Masyumi dalam Dewan Konstituante. Ia punya pandangan politik bahkan jika
diulang baca tulisan dan pidatonya selalu terdapat jalur-jalur benang politik.20
Hamka juga seorang pengarang, bahkan bila dihitung lembaran karangannya dengan
umur beliau, rata-rata sehari mengarang sehingga sepuluh halaman. Pada umur belasan
tahun, Buya Hamka telah mengarang buku sastera Di Bawah Lindungan Kaabah yang
nilainya sangat baik, punya daya laku yang sangat panjang bahkan sampai hari ini masih
menjadi bahan bacaan sastera, padahal Bahasa Indonesia mempunyai dinamika dan Di
Bawah Lindungan Kaabah dikarang di zaman Bahasa Melayu tetapi sasteranya pada hari
ini tidak ketinggalan zaman. Karangan keagamaannya merupakan karangan terbesar dan
dikarang dikala beliau telah tumaninah sekali. Tafsir Al-Azhar adalah karya beliau yang
terbesar. Dari Al-Azhar dapat kita lihat keluasan ilmunya, kerana menafsirkan satu ayat
dipandang dari berbagai sudut ilmu.21
Buya Hamka juga seorang budayawan. Ini kerana dalam setiap pertemuan
kebudayaan nasional ataupun kebudayaan Islam, Buya Hamka tidak pernah tidak hadir,
beliau selalu hadir dan selalu berbicara. Kalau sudah berbicara sejarah budaya dan falsafah
beliau sangat dikagumi orang, kerana menyebut kejadian dan nama pelaku sejarah hampir
semua di hafal di luar kepala. Kalau berbicara di hadapan umum, beliau selalu bertanya
dahulu tentang lingkungan yang akan diajak bicara, kerana itulah pembicaraannya selalu
dikagumi orang, kerana tepat sasarannya dan menawan hati.22
18
Ibid. 19
Nasir Tamara, Buntaran Sanusi dan Vincent Djauhari, ed., Hamka Di Mata Hati Umat, 207. 20
Ibid. 21
Ibid. 22
Ibid., 207 & 208.
6
Hamka juga seorang wartawan. Jiwa jurnalistik telah mendalam padanya sejak kecil
dan sejak masih belajar di sekolah rendah. Pada tahun 1927 keluarlah karangannya di
dalam surat khabar Pelita Andalas yang memuat kisah tentang perjalanannya menunaikan
haji ke tanah suci. Kemudian Buya Hamka menulis secara tetap dalam surat-surat khabar
dan majalah-majalah Islam.
Sesudah itu diapun menerbitkan sendiri majalah-majalah agama kesusasteraan dan
keagamaan. Di antaranya ialah majalah Kemauan Zaman 1928 dan majalah Al-Mahdy
tahun 1932.
Beliau pun menjadi seorang Pemimpin Redaksi majalah Islam yang besar dan luas
di Sumatera bernama Pedoman Masyarakat, majalah di mana tulisan-tulisan Hamka yang
penuh dengan gaya sastera mencapai tahap tertinggi sebelum pecahnya perang dunia kedua.
Tahun 1959 beliau menerbitkan majalah Panji Masyarakat yang menentang
politik Soekarno, kemudian Soekarno melarang terbitnya majalah ini pada tahun 1960.23
5.0 KEGIATAN ANTARABANGSA
Selain aktif di Indonesia, beliau juga aktif pada peringkat antarabangsa. Antaranya
ialah:24
1. Pada tahun 1950, beliau mengunjungi Arab Saudi, Mesir, Syria, Iraq dan
Lebanon, menemui sejumlah pengarang dan ulama-ulama di negara tersebut
untuk membincangkan hal-hal yang berhubung dengan agama Islam.
2. Pada tahun 1952, beliau melawat Amerika Syarikat selama empat bulan atas
tajaan State Department (Kementerian Luar Negeri).
3. Pada tahun1954, beliau mengunjungi Burma sebagai wakil Departmen
Agama Indonesia sempena perayaan 2000 tahun Buddha Gautama.
4. Pada taun 1958, beliau menghadiri seminar Islam di Lahore, dari sana
melanjutkan perjalanan ke Mekah untuk umrah dan ke Kairo menerima
gelaran Doktor Honoris Causa Universitas Al-Azhar.
5. Pada tahun 1967, Hamka menjadi tetamu (Perdana Menteri engku Abdul
Rahman) kerajaan di Malaysia.
23
Solichin Salam, Kenang-Kenangan 70 Tahun Buya Hamka, 37 & 38. 24
Ibid., 315.
7
6. Pada tahun 1968, Hamka menganggotai Delegasi Konperensi Tingkat Tinggi
Negara-negara Islam di Rabbat, Ketua Deligasi adalah Almarhum K.H.M.
Ilyas. Dan pada tahun yang sama, Hamka ke Aljazair bagi menghadiri
Peringatan Masjid Annabah dan terus melawat ke Sepanyol, Roma, Turki,
London, Saudi Arabia, India dan Thailand.
7. Pada tahun 1971, Hamka menghadiri Seminar Islam Aljazair dengan
membawa kertas kerja tentang Muhammadiyah di Indonesia.
8. Pada tahun 1975, Hamka menghadiri Muktamar Masjid di Mekah sebagai
Ketua Delegasi Masjid di Indonesia.
9. Pada tahun 1976, Hamka menghadiri Konperensi Islam di Kuching ibukota
Sarawak Malaysia Timur serta menghadiri seminar 2000 tahun Malaysia di
Kuala Lumpur, di ketuai oleh yayasan Sabah. Selain itu, pada tahun ini,
Hamka juga menghadiri Seminar Islam dan Kebudayaan Malaysia di
Universitas Kebangsaan Kuala Lumpur dengan kertas kerja Pengasuh Islam
pada kesusasteraan Melayu.
10. Pada tahun 1977, Hamka menghadiri upacara pengIslaman Gabenor
Sarawak Malaysia Timur dan menghadiri Peringatan 100 tahun Iqbal di
Lahore, Pakistan serta menghadiri Muktamar Ulama (Al-Buhust Islamiyah)
sebagai Ketua Delegasi Indonesia di Kairo.
6.0 PENDIDIKAN
Pendidikan Hamka:25
1. Sumatera Thawalib (Padang Panjang).
2. Belajar ilmu-ilmu agama pada Syaikh Ibrahim Musa di Parabek (Bukit Tinggi).
3. Berguru pada:
a. Syaikh Ahmad Rasyid Sutan Mansur (Pemimpin Muhammadiyah).
b. Haji Oamar Said Tjokroaminoto.
c. Haji Fakhruddin.
d. R.M. Suryopranoto.
e. Ki Bagus Hadikusumo.
(Semua orang-orang terkemuka pada zamannya).
25
Ibid., 45.
8
Pendidikan Hamka sejak kecil bermula di kota Padang Panjang di Madrasah
Sumatera Thawalib. Sekolah ini telah menggunakan metode pelajaran menurut sekolah
agama di Mesir. Walaupun Hamka seorang berbangsa Indonesia, namun dia diilhami oleh
semangat dan pemikiran Mesir. Di Padang Panjang itu dipakai kitab-kitab dari Mesir,
kurikulum dan silibusnya menuruti kurikulum Al-Azhar.26
Semasa Hamka melawat ke Jawa Tengah untuk mencari ilmu pengetahuan beliau
telah bertemu dengan abang iparnya Ahmad Rasyid yang kemudian terkenal dengan
gelaran Sutan Mansur. Sutan Mansur adalah seorang alim asal Minangkabau yang menjadi
pemimpin Perserikatan Muhammadiyah. Hamka telah mempelajari sejarah gerakan-
gerakan Islam. Hamka juga telah mempelajari ilmu tafsir dan ilmu-ilmu sosiologi terutama
dia mendapat kursus dari Haji Omar Said Tjokroaminoto Pemimpin Partai Sarikat Islam
tentang Islam dan sosialisme.27
Pada tahun 1927 Hamka telah berangkat ke Mekkah bersama rombongan haji ke
tanah suci, yang juga bermaksud hendak Ke Mesir bagi menyempurnakan pengajiannya di
Al-Azhar. Tetapi beliau telah ditimpa sakit yang menggagalkan cita-citanya itu. Walaupun
demikian selama menetap di Mekkah beliau berkesempatan berhubungan dengan Syaikh
Hamid Al-Kurdi yang membukakan kesempatan pada beliau untuk membaca di ruangan
perpustakaannya yang cukup luas. Disanalah Hamka bermunajaah dengan mendalam dan
berkenalan dengan pengarang-pengarang Mesir secara lebih mendalam.28
Beliau juga gemar membaca buku-buku di ruangan perpustakaan Nabhan di
Surabaya. Selama di ruangan perpustakaan itu Hamka mendalami karya-karya Mustafa
Luthfy al-Manfaluthy dan Shadiq Rafii dan menghafal syair-syair Syauqy dan Havis
Ibrahim. Di ruangan-ruangan perpustakaan itu Hamka mempelajari sastra dan pergolakan-
pergolakan politik yang dibacanya dalam majalah-majalah Arab. Karya-karya Manfaluthy
sangat berkesan pada peribadi Hamka yang masih muda dan haus pada buku, hingga
banyak karya-karyanya sendiri dalam sastra Indonesia yang mempunyai gaya dan metode
Manfaluthy, iaitu mudah difahami oleh segenap lapisan pembaca. Dia membawa
26
Ibid., 36. 27
Ibid. 28
Ibid.
9
pembacanya kepada sesuatu yang diingininya hingga mampu berbuat apa yang menjadi
tujuannya, dan kebanyakan orang menyebut Hamka sebagai Manfaluthy Indonesia.29
7.0 KARYA-KARYA
Hamka telah menghasilkan banyak karya yang sangat bermanfaat kepada masyarakat
dan umat Islam sehinggakan karya-karya beliau masih tersohor dan digunakan sehingga ke
hari ini kerana ilmu-ilmu yang terdapat dalam karya beliau amat bernilai sekali untuk
menjadi rujukan kepada setiap insan.
Menurut Prof. Andries Teeuw iaitu seorang pengamat sejarah sastra Indonesia
berpendapat bahawa Hamka adalah pengarang yang paling banyak tulisannya tentang
Agama Islam. Hamka memang termasuk penulis yang produktif. Jumlah karyanya memang
banyak dan selalu bernafaskan Islam. Dan ini adalah kenyataan penting. Dikatakan paling
banyak, sebab banyak juga sastrawan lain yang jumlah karyanya cukup banyak. Tetapi
Hamka adalah yang paling banyak. Dan haruslah kita ingat, banyak penulis lainnya yang
juga Islam, tetapi karyanya tidaklah berbentuk karya sastra. Kenyataan selama ini memang
menunjukkan bahawa Hamka adalah yang paling banyak karangannya dan yang
berdasarkan nafas keislaman.30
Ini merupakan karya-karya karangan Hamka sejak beliau mulai menulis dan mengarang
bermula tahun 1925 ketika usianya 17 Tahun: 31
1. Khatibul Ummah, Jilid I. (Inilah permulaan beliau mengarang buku, huruf Arab.
Khatibul Ummah maknanya Khatib dari Ummat).
2. Khatibul Ummah, Jilid II.
3. Khatibul Ummah, Jilid III.
4. Si Sabariah cerita roman dalam edisi jawi, bahasa Minangkabau, 1928 (sehingga
tiga kali cetak ulang). Daripada hasil jualan buku inilah ( penulis menyediakan
wang untuk kahwin).
5. (1929) Pembela Islam (Tarikh Sayidina Abubakar Siddiq).
6. (1929) Adat Minangkabau dan Agama Islam.
29
Ibid., 36& 37. 30
Nasir Tamara, Buntaran Sanusi dan Vincent Djauhari, ed., Hamka Di Mata Hati Umat, 139. 31
Solichin Salam, Kenang-Kenangan 70 Tahun Buya Hamka, 316- 318.
10
7. 1929 Ringkasan Tarikh Umat Islam, Ringkasan Sejarah sejak Nabi Muhammad
(S.A.W.) sarnpai khalifah yang ke empat, Bani Umayyah, Bani Abbas.
8. 1929 Kepentingan Melakukan Tabligh.
9. 1930 Hikmat Israk dan Mikraj.
10. 1932 Arkanul Islam, di Makasar.
11. 1932 Laila Majnun, Balai Pustaka, Jakarta.
12. 1932 Majalah "Tentara " ( 4 nombor) di Makasar.
13. 1932 Majalah Al-Mahdi (9 nombor) di Makasar.
14. 1934 Mati Mengandung Malu (Salinan Al- Manfaluthi)
15. 1936 Di Bawah Lindungan Kaabah, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka, Jakarta.
16. 1937 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka,
Jakarta.
17. 1939 Di Dalam Lembah Kehidupan, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka, Jakarta.
18. Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
19. 1940 Margaretta Gauthier (Terjemahan).
20. 1939 Tuan Direktur.
21. 1939 Dijemput Mamaknya.
22. 1939 Keadilan Illahi.
23. 1939 Tasawuf Moden.
24. 1939 Falsafah Hidup.
25. 1940 Lembaga Hidup.
26. 1940 Lembaga Budi.
27. 1943 Majalah "Semangat Islam " (Zaman Jepun).
28. 1946 Majalah "Menara", (Terbit di Padang Panjang), Sesudah Revolusi.
29. 1946 Negara Islam.
30. 1946 Islam dan Demokrasi.
31. 1946 Revolusi Fikiran.
32. 1946 Revolusi Agama.
33. 1946 Adat Minangkabau Menghadapi Revolusi.
34. 1946 Dibantingkan Ombak Masyarakat.
35. 1946 Di Dalam Lembah Cita-cita.
36. 1947 Sesudah Naskhah Renville.
11
37. 1947 Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Mac.
38. 1949 Menunggu Beduk Berbunyi, di Bukittinggi, pada ketika Konferensi Meja
Bulat.
39. 1950 Ayahku, di Jakarta.
40. 1950 Mandi Cahaya di Tanah Suci.
41. 1950 Mengembara di lembah Nil.
42. 1950 Di Tepi Sungai Dajlah. (Ketiga-tiga buku ini, ditulisnya sekembali dari
ibadah Haji, bagi kali ke-2 pada tahun1950).
43. 1950 Kenang-kenangan Hidup I.
44. 1950 Kenang-kenangan Hidup II.
45. 1950 Kenang-kenangan Hidup III.
46. 1950 Kenang-kenangan Hidup IV. (Autobiografi sejak lahir 1908 sampai pada
tahun 1950).
47. 1955 Sejarah Umat Islam, Jilid I.
48. 1955 Sejarah Umat Islam Jilid II.
49. 1955 Sejarah Umat Islam Jilid III.
50. 1955 Sejarah Umat Islam Jilid IV. (Ditulis tahun 1938 diangsur sehingalah 1955).
51. Pedoman Mubaligh Islam, Cetakan I 1937; Cetakan ke II tahun 1950.
52. PRIBADI, 1950.
53. Agama dan Perempuan, 1939.
54. Muhammadiyah melalui tiga zaman, 1946, di Padang Panjang.
55. 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dari Pedoman Masyarakat, dibukukan 1950).
56. 1956 Pelajaran Agama Islam.
57. Perkembangan Tassawuf dari abad kea bad, 1952.
58. Empat Bulan di Amerika, 1953 Jilid I.
59. Empat Bulan di Amerika Jilid II.
60. 1958 Pengaruh Ajaran Muhammad Abduh di Indonesia, (Pidato di Kaherah, Mesir),
untuk Dr. Honoris Causa.
61. 1960 Soal Jawab, disalin dari karangan-karangan beliau di Majalah Gema Islam
62. 1963 Dari Perbendaharaan Lama, Dicetak oleh M.Arbi Medan.
63. 1963 Lembaga Hikmat, oleh Bulan Bintang Jakarta.
64. Islam dan Kebatinan 1972, Bulan Bintang.
12
65. 1970 Fakta dan Khayal Tuanku Rao.
66. 1965 Sayid JamaluddinAl-Afghani, Bulan Bintang.
67. 1963 Ekspansi Ideologi, (Al-ghazwul Fikri), Bulan Bintang.
68. 1968 Hak-hak Asasi Manusia Dipandang dari Segi Islam.
69. Falsafah Ideologi Islam 1950 (sekembali dari Mekkah).
70. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dari Mekkah).
71. 1970 Cita-cita Kenegaraan Dalam Ajaran Islam (Kuliah Umum) di Universiti
Kristian.
72. 1973 Studi Islam, diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
73. Himpunan Khutbah-Khutbah.
74. Urat Tunggang Pancasila.
75. 1974 Doa-doa Rasulullah (s.a.w.).
76. Sejarah Islam di Sumatera.
77. Bohong di dunia.
78. 1975 Muhammadiyah di Minangkabau, ( Menyambut Kongres Muhammadiyah di
Padang).
79. Pandangan Hidup Islam, 1960.
80. 1936-1942 Memimpin Majalah Pedoman Masyarakat , dari tahun 1936 sampai
1942 (Jepun masuk).
81. 1959-1981 Memimpin Majalah Panji Masyarakat , dari tahun 1959 sampai
Akhir Hayat 1981 .
82. 1950-1953 Memimpin Majalah Mimbar Agama , (DepartemenAgama), dari
tahun, 1950- 1953.
83. 1973 Kedudukan Wanita Dalam Islam.
84. Tafsir Al-Azhar Juzuk 1.
85. Tafsir Al-Azhar Juzuk II.
86. Tafsir Al-Azhar Juzuk III.
87. Tafsir Al-Azhar Juzuk IV.
88. Tafsir Al-Azhar Juzuk V.
89. Tafsir Al-Azhar Juzuk VI.
90. Tafsir Al-Azhar Juzuk VII.
91. Tafsir Al-Azhar Juzuk VIII.
13
92. Tafsir Al-Azhar Juzuk IX.
93. Tafsir Al-Azhar Juzuk X.
94. Tafsir Al-Azhar Juzuk XI.
95. Tafsir Al-Azhar Juzuk XII.
96. Tafsir Al-Azhar Juzuk XIII.
97. Tafsir Al-Azhar Juzuk XIV.
98. Tafsir Al-Azhar Juzuk XV.
99. Tafsir Al-Azhar Juzuk XVI.
100. Tafsir Al-Azhar Juzuk XVII.
101. Tafsir Al-Azhar Juzuk XVIII.
102. Tafsir Al-Azhar Juzuk XIX.
103. Tafsir Al-Azhar Juzuk XX .
104. Tafsir Al-Azhar Juzuk XXI.
105. Tafsir Al-Azhar Juzuk XXII.
106. Tafsir Al-Azhar Juzuk XXIII.
107. Tafsir Al-Azhar Juzuk XXIV.
108. Tafsir Al-Azhar Juzuk XXV.
109. Tafsir Al-Azhar Juzuk XXVI.
110. Tafsir Al-Azhar Juzuk XXVII.
111. Tafsir Al-Azhar Juzuk XXVIII.
112. Tafsir Al-Azhar Juzuk XXIX.
113. Tafsir Al-Azhar Juzuk XXX.
7.1 Novel Di Bawah Lindungan Kaabah
Hamka telah menghasilkan novel yang begitu popular sehingga ke hari ini dan telah
diadaptasikan dalam Filem yang diterbitkan di Indonesia dan yang terbaru
dipersembahkan dalam bentuk Teater di Malaysia. Novel ini berjudul Di Bawah
Lindungan Kabah. Novel ini menceritakan kisah yang terjalin antara Hamid seorang
anak yatim dengan seorang gadis bernama Zainab, anak seorang hartawan bernama
Engku Haji Jaafar. Keluarga Hamid yang baru saja pindah ke Kota Padang setelah
ditimpa kesempitan hidup. Tidak beberapa lama kemudian bapa Hamid meninggal
14
dunia dengan meninggalkan Hamid yang baru berusia empat tahun dan ibunya dalam
keadaan yang sangat melarat.32
Berhampiran dengan rumah Hamid terdapat sebuah rumah besar yang baru didiami
oleh keluarga kaya yang baik budi bahasanya dan peramah pula kepada fakir miskin.
Keluarga ini terdiri dari Engku Haji Jaafar, isterinya Mak Asiah dan anak
perempuannya yang masih kecil bernama Zainab. Hamid yang setiap hari berjual kuih
dan ibunya dijemput datang ke rumah Mak Asiah untuk berkenal-kenalan. Dari tarikh
itu terjalinnya persahabatan yang erat antara dua keluarga itu. Sejak itu Hamid sering
berkunjung ke rumah Zainab.33
Apabila tiba masa persekolahan Zainab ia dihantar ke sekolah bersama-sama
Hamid. Pergaulan mereka berdua semakin rapat. Hamid menganggap Zainab sebagai
adik kandungnya sendiri. Selepas belajar di sekolah, Hamid, Zainab dan teman-teman
lain sering bermain-main, berlari-lari, berkejar-kejaran dan bermain galah di
Perkarangan rumah Zainab, memanjat pohon rambutan yang sedang ranum, bercari-cari
dan bersorak-sorak, kadang-kadang waktu petang mereka berdua duduk diberanda
belakang, pada hari minggu mereka dibenarkan bermain-main di tepi pantai.34
Hari berlalu, bulan berganti bulan, tahun saban bertukar. Kemesraan antara Hamid
dan Zainab semakin erat hinggalah mereka tamat dari persekolahan peringkat Mulo.
Zainab masuk dalam pingitan kerana adat menghendaki begitu dan tidak boleh keluar
rumah lagi sesuka hati tanpa diiringi oleh ibu atau orang kepercayaan. Beberapa bulan
setelah tamat sekolah Hamid telah memasuki sekolah Agama di Padang Panjang
dengan dibiayai oleh Engku Haji Jaafar juga. Di Padang Panjang Hamid selalu merasai
keseorangan dan sebagai seorang yang kehilangan sesuatu. Keadaan begini membuat
Hamid selalu menghitung hari, bulan dan dari bulan ke tahun untuk sampai masanya
bercuti dan kembali ke kampung menemui Zainab dan menceritakan segala pengalaman
dirantau orang.35
32
Ismail Mohd Ariffin, Kajian Perbandingan antara Di Bawah Lindungan Kabah dan Anak Yatim (Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah, 1988), 21. 33
Ibid., 21& 22. 34
Ibid., 22. 35
Ibid.
15
Apabila saat pertemuan berlaku mulut Hamid tertutup, tak berkata apa-apa, ia
menjadi bodoh dan pengecut. Begitulah rupanya kalau sudah terkena penyakit cinta,
apa yang diangan-angankan pada mulanya semuanya terbang belaka. Hamid takut
meluahkan cinta kepada Zainab, ia bimbang kalau-kalau cintanya tidak berbalas.36
Dengan tidak disangka-sangka Haji Jaafar tempat Hamid bergantung nasib
meninggal dunia. Kematiannya itu mengubah hubungan Hamid dan Zainab. Tidak lama
kemudian ibu Hamid sakit. Dalam keadaan sakit itu ia menasihati Hamid supaya
menghapuskan cintanya terhadap Zainab sebelum ianya mendalam, tidak lama
kemudian ia menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan meninggalkan Hamid
sebatang kara.37
Selepas berlaku dua kematian yang menyedihkan itu Hamid karam memikirkan
masa depannya. Suatu hari Hamid dijemput ke rumah Mak Asiah. Di sana ia telah
diminta menasihati Zainab supaya patuh kepada kehendak ibu dan segala ahli keluarga
untuk dijodohkan dengan salah seorang ahli keluarga dari sebelah almarhum bapanya.
Tapi nasihat Hamid itu ditolak oleh Zainab dengan alasan belum mahu berkahwin. Tapi
sebenarnya Zainab memendam rasa cintanya terhadap Hamid sendiri.38
Untuk mengatasi perasaan sedih ekoran dari kematian tadi dan ketiadaan kepastian
kebahagiaan dalam cintanya, Hamid mengambil keputusan mesti meninggalkan Kota
Padang supaya ia dapat melupakan Zainab. Apabila sampai di Medan Hamid menulis
surat kepada Zainab minta maaf kerana tidak sempat menemuinya sebelum berlepas
dari Kota Padang. Dari Medan Hamid menuju ke Singapura, Bangkok, tanah-tanah
Hindustan. Dari Karachi ia belayar menuju ke Mesir, Shara Najd dan akhirnya
sampailah ke Tanah Suci Mekah al-Mukarramah. Di bawah lindungan Kabah yang
suci Hamid tafakur memohon kesabaran dan keteguhan hati menghadapi dugaan hidup.
Lama kelamaan kenangannya kepada zaman yang lalu hampir hilang dan menjelang
pula Tamaninah dalam hatinya.39
36
Ibid., 22& 23. 37
Ibid., 23. 38
Ibid. 39
Ibid., 23& 24.
16
Setahun kemudian ketika tiba musim haji, sampailah Salleh kawan sepekuliahan
Hamid di Kota Padang dan Padang Panjang dahulu untuk menunaikan fardhu haji
sebelum meneruskan perjalanannya ke Mesir untuk menyambung pelajarannya di sana.
Sebelum belayar ke Mekah Salleh telah berkahwin dengan Rosnah salah seorang kawan
karib Zainab. Kedatangan Salleh yang kebetulan memilih Sheikh haji yang sama
dengan Hamid telah menghidupkan kembali ingatan Hamid kepada peristiwa yang
lama-lama. Pernah Salleh memberitahunya yang ia mendapat tahu melalui isterinya
yang sering menziarahi Zainab bahawa Zainab sedang sakit dan merindui Hamid. Di
samping itu dalam suratnya kepada Hamid, Zainab telah mencurahkan rasa hati dan
harapannya supaya Hamid dapat pulang sebelum badannya yang sakit-sakit itu
menemui ajalnya.40
Hamid pada mulanya tidak menampakkan apa-apa kesan buruk selepas menerima
surat dari Zainab. Tapi setelah sehari dua kelihatan ia bermenung saja. Apabila ditanya
ia memberitahu bahawa badannya sakit-sakit. Demam yang menimpanya sejak di
Mekah bertambah buruk, dan dia tidak sedarkan diri ketika hendak berangkat ke Mina
dari Padang Arafah. Sebelum Hamid diusung oleh khadam untuk menyempurnakan
tawaf rukun pada hari kesebelas Zulhijjah, Salleh menerima surat dari isterinya Rosnah
memberitahu berita kematian Zainab. Hamid mengalirkan airmata dan menarik nafas
panjang menerima berita itu.41
Hamid diusung oleh dua khadam keturunan Badawi dengan tandu menuju ke
Masjidil Haram untuk Tawaf dengan diiringi oleh Salleh. Selepas selesai yang ketujuh
kali keliling Hamid mengisyaratkan supaya Badawi itu memberhentikan tandunya dekat
tempat bernama Multazam. Sesampainya disitu dihulurkan tangannya lalu memegang
kiswah Kabah dengan kuatnya seakan-akan tidak akan dilepaskannya lagi. Sambil itu
ia berdoa memohon kurniaan ampun dan kelapangan jalan ke akhirat. Setelah itu
suaranya tiak kedengaran lagi. Dengan muka yang tenang sebelum ia meninggalkan
dunia yang Fana ini dan selesai dikebumikan diperkuburan Mualla yang masyhur
itu.42
40
Ibid., 24. 41
Ibid. 42
Ibid., 24& 25.
17
7.2 Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Ketika usia Hamka 31 tahun (1938), masa darah muda masih cepat alirnya dalam
diri, dan khayal serta sentiment masih memenuhi jiwa, pada waktu itulah ilham
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini mulai disusun dan dimuat berturut-turut dalam
majalah Pedoman Masyarakat. Setelah itu ia diterbitkan menjadi buku oleh Saudara
M.Syarkawi (cetakan kedua), seorang pemuda yang giat menerbitkan buku-buku yang
berharga. Belum berapa lama tersiar, ia telah habis. Ramai pemuda yang berkata:
Seakan-akan Tuan menceritakan nasibku sendiri. Ada pula yang berkata: Barangkali
Tuan sendiri yang Tuan ceritakan.43
Sesungguhnya bagi seorang golongan agama, mengarang sebuah buku roman,
adalah menyalahi kebiasaan umum dan lazim pada waktu itu. Dari kalangan agama,
pada mulanya Hamka mendapat tentangan keras. Tetapi setelah sepuluh tahun berlalu,
dengan sendirinya heninglah serangan dan tentangan itu, dan kian lama kian
mengertilah orang apa perlunya kesenian dan keindahan dalam hidup manusia.44
Antara kandungan novel ini ialah:45
1. Anak orang terbuang
2. Yatim piatu
3. Menuju negeri nenek moyang
4. Tanah asal
5. Cahaya hidup
6. Berkirim-kiriman suarat
7. Pemandangan di dusun
8. Berangkat
9. Di Padang Panjang
10. Pacu Kuda dan Pasar Malam
11. Bimbang
12. Meminang
13. Pertimbangan
43
Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Selangor: Pustaka Dini, 2007), v. 44
Ibid. 45
Ibid., ix& x.
18
14. Pengharapan yang putus
15. Perkahwinan
16. Menempuh hidup
17. Jiwa Pengarang
18. Surat-surat Hayati kepada Khadijah
19. Kelab Anak Sumatera
20. Rumahtangga
21. Hati Zainuddin
22. Dekat, tetapi berjauhan
23. Surat cerai
24. Air mata penghabisan
25. Pulang
26. Surat Hayati yang penghabisan
27. Sepeninggal Hayati
7.3 Tafsir Al-Azhar
Tafsir Al-Azhar merupakan karya Hamka yang teragung, dimana al-Marhum telah
mencurahkan segala daya dan tenaganya dalam menghasilkan karya yang terbesar ini.
Tafsir Al-Azhar dapat dianggap sebagai sebuah ensiklopedia agama yang tentunya
menandingi karya-karya tafsir dalam bahasa Arab dan lainnya, merupakan sebuah buku
rujukan yang harus dipunyai oleh setiap Muslim yang berbahasa Indonesia dan Melayu.
Tafsir Al-Azhar yang dikarang oleh Hamka terbahagi kepada 29 Jilid. Di sini kami akan
membawa contoh dan membincangkan Tafsir Al-Azhar Juzu 9. Antara kandungan
tafsir ini ialah: 46
1. Muqadimmah Juzu 9
2. Timbul, Berkembang Dan Hancurnya Suatu Ummat
3. Perjuangan Musa Alaihis-Salam
4. Ahli-ahli Sihir Dikumpulkan
5. Musa Dan Firaun (I)
6. Musa Dan Firaun (II)
7. Musa Dengan Bani Israil (I) 46
Prof. Dr. Haji AbdulMalik AbdulKarim Amrullah (HAMKA), Tafsir Al-Azhar Juzu 9 (Singapura: Pustaka Nasional, 1984.
19
8. Musa Dengan Bani Israil (II)
9. Pimpinan Jiwa Ummat Menghadapi Ketentuan Ilahi
10. Musa Dengan Bani Israil (III)
11. Kesucian Nabi Allah Harun
12. Musa Dengan Bani Israil (IV)
13. Anggapan Ahlul Kitab Tentang Rasul Terakhir
14. Basyarat
15. Basyarat Pertama (Kitab Ulangan Fasal 18)
16. Basyarat Kedua (Kitab Ulangan Fasal 32 ayat 21)
17. Basyarat Ketiga (Kitab Ulangan Fasal 33 ayat 1 dan 2)
18. Basyarat Keempat (Kitab Kejadian Fasal 17 ayat 20)
19. Basyarat Kelima (Kitab Kejadian Fasal 49 ayat 10)
20. Basyarat Keenam (Basyarat dari Nabi Daud, Mazmur (Zabur) Fasal 45)
21. Basyarat Ketujuh (Roh Kebenaran, Paraclit)
22. Basyarat Kelapan (Kitab Nabi Hajai, Fasal 2 ayat 7)
23. Basyarat Kesembilan (Basyarat dari Isa Almasih)
24. Basyarat Kesepuluh (Kitab Nabi Yeyasa Fasal 42 ayat 1 sampai 21)
25. Injil Barnaba
26. Penduduk Tepi Pantai
27. Keturunan Di Belakang
28. Nyawa Berjanji Dengan Allah
29. Gelap Sesudah Terang
30. Berhati Tetapi Tak Mau Mengerti
31. Al-asma-ul-husna
32. Bila Hari Akan Kiamat
33. Kehidupan Suami Isteri
34. Tauhid Membesarkan Jiwa
35. Dengarkan al-Quran Dengan Penuh Perhatian
36. Mengingat Allah Di Dalam Hati
Surah Al-Anfal (Harta Rampasan)
37. Pendahuluan
38. Surah Al-Anfal
20
39. Huraian Tentang Al-Anfal
40. Panggilan Allah Untuk Hidup
41. Awas Dengan Bahaya Fitnah
Muqaddimah Juzu 9 Tafsir Al-Azhar ialah Al-Quran juzu kesembilan ini
mengandungi dua surah, pertama lanjutan dari al-Araf yang diturunkan di Makkah, kedua
bahagian pertama dari Surah al-Anfal yang diturunkan di Madinah. Maka pada sambungan
di juzu kesembilan ini dilanjutkan kisah perjuangan Nabi Syuaib di negeri Madyan. Telah
diuraikan pada ayat-ayat yang terdahulu bahawasanya penduduk Madyan yang didatangi
oleh Nabi Syuaib itu ialah kaum yang tidak jujur dalam pergaulan sehari-hari, terutama
dalam perniagaan. Mereka bergantang curang, tidak melakukan katian dengan jujur. Lain
gantang pembeli dan lagi gantang penjual. Untuk membeli mereka pakai ukuran gantang
yang lebih besar dan untuk penjual mereka pakai gantang yang lebih kecil, sehingga pada
kedua belah pihaknya mereka merugikan orang lain dan mengaut keumtungan semata
untuk diri sendiri.47
Sesudah Surah al-Araf selesai maka menyusullah Surah al-Anfal. Surah ini
diturunkan di Madinah. Mulai mengaji surah saja sudah datang pertanyaan tentang erti al-
Anfal, iaitu pembahagian harta-harta rampasan yang didapati di dalam peperangan, iaitu
Jihad fi Sabilillah, perjuangan mempertahankan agama Allah. Surah al-Anfal inipun
sebahagian pula yang tertulis dalam juzu kesembilan, dan penyelesaiannya ialah di dalam
juzu kesepuluh. Isi Surah al-Anfal inipun kebanyakan menguraikan sikap dalam perang,
yang kelak akan disambung lagi dengan Surah at-Taubah atau Surah Baraaah yang satu-
satunya surah tidak dimulai dengan menuliskan Bismillahirrahmanirrahim.48
Semuanya akan menambah kesedaran kita tentang hubungan hidup kita dengan
kitab suci ini, yang akan jadi pedoman bagi seluruh kaum muslimin pada setiap masa dalam
menghadapi keadaan sekelilingnya.49
47
Ibid., 2442. 48
Ibid., 2445. 49
Ibid.
21
7.4 Sejarah Umat Islam
Buku Sejarah Umat Islam ini, yang dikarang oleh Dr. Hamka selama 22 tahun
(tahun 1939-1961). Buku ini menghuraikan sejarah bukan semata-mata dari segi Islamnya,
tetapi jauh lebih dari itu. Buku ini berbicara tentang Umat Islam dengan sejarah mereka,
iaitu dimulai dari sebelum datangnya Islam. Dan inilah pertama kali buku dalam bahasa
kebangsaan yang membicarakan sejarah peradaban Umat Islam, asal-usul bangsa mereka,
bahasa mereka, dan susunan masyarakat dan bentuk negara serta sifat pemerintahan
mereka.50
Buku Sejarah Umat Islam karangan Hamka ini terbahagi kepada 4 Jilid.
Kerana besar dan luasnya lingkungan yang dihuraikan dalam buku ini, maka banyak
hal-hal yang selama ini tersembunyi dari pengertian kita, kini terbongkar dengan jelas dan
menakjubkan, terutama sekali dalam bahagian yang akhir, ketika membicarakan Sejarah
Islam dan umatnya di Alam Melayu. Di sinilah Dr. Hamka telah berjaya besar
mengemukakan suatu tesis tentang Sejarah Islam di Alam Melayu hasil dari
penyelidikannya yang puluhan tahun itu, dan melawati seluruh daerah nusantara, semua
istana-istana Raja-raja, pembesar-pembesar dan ahli-ahli cerdik pandai di samping
menyelidiki buku-buku dari pelbagai bahasa. Tesis ini memang menggemparkan terutama
setelah terbit jilid ke iv itu dahulu, yang kemudian dengan penuh kesedaran dan rasa
tanggungjawab, tesis ini diakui oleh Prof. Dr. Bahder Djohan, Presiden Universiti
Indonesia di Jakarta ketika itu. Maka berdasarkan dari buku inilah, maka kemudian
pengajaran sejarah terutama mengenai Islam di Indonesia dari buku-buku yang terdahulu
dari ini, diubah sebahagian terbesarnya. 51
50
Dr. Hamka, Sejarah Umat Islam (Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1977). 51
Ibid.
22
8.0 KESIMPULAN
Buya hamka, ulama besar dan tokoh di dalam bidang penulisan serta pemidato ini
sudah meninggalkan kita. Hamka telah wafat, meninggalkan nama yang harum untuk
dikenang dan Hamka telah memberikan derma baktinya kepada semua umat.
Kesimpulan secara keseluruhan bahawa Hamka adalah benar-benar berperibadi
yang disegani ramai dan tersohor di seluruh dunia dan tokoh tersohor di Nusantara ini.
Hamka juga seorang tokoh pembaharuan seperti ayahandanya. Hamka juga merupakan
lambang kebebasan dalam kecelaruan masyarakat. Banyak hal telah dilakukan oleh Buya
Hamka untuk menghilangkan penyakit taksub dan fanatik dalam agama Islam.
Sebagai pemimpin Majelis Ulama Indonesia (sebelum mengundurkan diri), Hamka
selalu mendasari kebijaksanaannya dengan dasar kasih sayang. Di sini dapat dilihat bahawa
betapa Hamka sebenarnya amat mendambakan kerukunan dan perdamaian serta
kebersamaan sesama masyarakat. Beliau tidak pernah menampakkan peribadi seorang yang
pilih kasih dan amat mencintai semua orang dengan cukup adil.
Keakraban dengan masyarakat sentiasa dibina oleh buya Hamka melalui pendekatan
budaya yang sudah menyatu dengan jiwa dan semangatnya.
Kata dan perbuatan Buya Hamka selalu mengandungi suri teladan kepada
masyarakat. Jiwa kewartawanan yang dimilikinya sejak muda ternyata tetap mengalir
dalam tubuh Buya Hamka. Rasa cinta pada dunia kewartawanan tetap meresap sampai
akhir hayatnya.
23
RUJUKAN
Dr. Hamka, Kenang-Kenangan Hidup (Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1966).
Dr. Hamka, Sejarah Umat Islam (Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1977).
Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Selangor: Pustaka Dini, 2007).
Ismail Mohd Ariffin, Kajian Perbandingan antara Di Bawah Lindungan Kabah dan Anak Yatim
(Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah, 1988).
Nasir Tamara, Buntaran Sanusi dan Vincent Djauhari, ed., Hamka Di Mata Hati Umat
(Jakarta: Penerbit Sinar Harapan, 1983).
Prof. Dr. Haji AbdulMalik AbdulKarim Amrullah (HAMKA), Tafsir Al-Azhar Juzu 9 (Singapura:
Pustaka Nasional, 1984.
Solichin Salam, Kenang-Kenangan 70 Tahun Buya Hamka (Jakarta Selatan: Yayasan Nurul
Islam, 1979).
Top Related