GURINDAM TONGGAKDUA BELAS
Hanis Sofea Hasan Azhari5 SN 2
maksud gurindam;
RANGKAP MAKSUD
Hendak pandai menghargai masaJangan dinanti esok lusa
Saranan agar bijak menghargai masa dan jangan suka bertangguh.
Ketekunan akan membawa kejayaanKegigihan berkerja dengan keupayaan
Usaha atau pekerjaan yang dilakukan dengan tekun akan membawa kejayaan dan pekerjaan itu hendaklah dilakukan mengikut kemampuan diri.
Wajah ceria keseronokan berkerjaUsah berduka bermuram durja
Saranan agar melaksanakan tugas dengan seronok dengan ceria tanpa perasaan sedih.
Hidup dalam kemuliaan kesederhanaanBertindaj dengan penuh kebijaksanaan
Saranan agar hidup dalam serba sederhana dan bijak bertindak.
RANGKAP MAKSUD
Ketinggian peribadi jadi amalanKetelusan hati jadi bekalan
Saranan agar mengamalkan sikap berpekerti mulia dalam kehidupan, manakala ketelusan hati dijadikan bekalan.
Kekuatan sifat baik hatiBertimbang rasa dan bersimpati
Kekuatan sifat baik hati akan menjadikan seseorang itu lebih bertimbang rasa dan bersimpati terhadap orang lain.
Pengaruh kepimpinan melalui teladanBaik buruk jadikan sempadan
Segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat. Pengaruh teladan positif dapat menghasilkan keuntungan yang baik, manakala pengaruh buruk dapat membawa padah.
Menjadi kewajipan menjalan tugasWalaupun sederhana tetapi tegas
Tugas yang diamanahkan perlu dijalankan secara bersederhana tetapi ketegasan juga perlu diutamakan
RANGKAP MAKSUD
Kebijaksanaan berhemat perlu diutamaTidak membazir teliti saksama
Saranan agar mengutamakan sifat berhemat dalam pelbagai aspek umtuk mengelakkan perbuatan membazir.
Keutamaan kesabaran fikiran tenangPerkara susah menjadi senang
Dengan mengutamakan sifat sabar, fikiran kita akan menjadi tenang. Dengan demikian, perkara yang rumit akan menjadi lebih mudah.
Peningkatan bakat diberi sokonganTunjukkan kebolehan jadikan dorongan
Usaha meningkatkan bakat dan kemahiran perlu disokong kerana kebolehan yang ditunjukkan dapat menjadi dorongan kepada diri dan orang lain.
Nikmat mencipta budaya kreatifKembangkan bakat semoga aktif
Daya kreativiti perlu dijadikan budaya agar bakat akan terus berkembang.
tema;
“Gurindam Tonggak Dua Belas” bertemakan jati diri, iaitu menjadi orang yang berguna untuk bangsa dan negara
persoalan;
Sikap pandai menghargai masa. Ketekunan dan gigih berkerja akan
menjamin kejayaan. Amalan ikhlas dan telus dalam menjalani
kehidupan seharian. Pengaruh pemimpin terhadap orang
bawahan. Sifat sabar ketika menghadapi kerumitan. Kreativiti dalam menjanakan usaha yang
inovatif.
bentuk gurindam;
Puisi terikat / tidak bebas. Terdiri daripada dua belas rangkap. Bilangan baris dalam setiap rangkap
adalah sama, iaitu dua baris serangkap. Bilangan kata dalam setiap baris hampir
sama, iaitu empat patah kata dalam satu baris.
Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga lima belas suku kata.
Rima akhir gurindam ini ialah aa.
unsur keindahan;
1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam “Gurindam Tonggak Dua Belas” termasuklah;
a) kata arkaik (kata klasik) - durjab) perulangan kata/repetisi - kebijaksanaan (rangkap 4,
baris 2; rangkap 9, baris 1)
2. Antara unsur bunyi yang digunakan dalam “Gurindam Tonggak Dua Belas” termasuklah;
a) asonansi - perulangan vokal i (Ketinggian peribadi jadi
amalan) - perulangan vokal u (Usah berduka
bermuram durja)
b) aliterasi - perulangan konsonan n (Bertindak dengan penuh kebijaksanaan) - perulangan konsonan k (Baik buruk jadikan sempadan)
nilai;
Nilai kebijaksanaan – kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab
Nilai kesederhanaan – kesederhanaan dalam kehidupan
Nilai kegigihan – gigih dalam melakukan kerja
Nilai kesabaran – sabar menghadapi segala cabaran
pengajaran;
Kita perlu sedar akan kepentingan masa kerana masa adalah emas.
Setiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan dengan tekun untuk mencapai kejayaan.
Janganlah kita bersifat boros, bermewah, dan berbelanja tanpa kawalan hingga memudaratkan diri.
Kita mestilah bertindak dengan bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Kita mesti melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas untuk memperoleh keberkatan.
Top Related