GIGI(Jenis, Penyakit dan Rawatan)
Disediakan oleh:ABDUL LATIF BIN AHMAD
IPG Kampus Tun Hussein OnnBatu Pahat, Johor
FAKTA MENGENAI GIGI
• Gigi adalah bahagian keras yang terdapat di dalam mulut. • Memiliki struktur yang bervariasi untuk melakukan pelbagai tugas. • Fungsi utama gigi adalah untuk merobek dan mengunyah makanan.
FAKTA MENGENAI GIGI
Struktur gigi:1. Enamel (melindungi tulang gigi
dengan zat yang sangat keras) 2. Tulang (lapisan yang berada
pada lapisan setelah enamel yang dibentuk dari ionkarbonat.
3. Rongga Gigi (rongga yang di dalamnya terdapat kapilari darah dan urat saraf).
4. Semen / Sementum (bahagian akar gigi yang berdekatan dengan tulang rahang di mana gigi manusia tumbuh.
FAKTA MENGENAI GIGI
Susunan gigi tetap pada orang dewasa berjumlah 32 batang:
• 8 gigi seri• 4 gigi taring• 8 geraham depan• 12 geraham
belakang
PENYAKIT GIGI DAN MULUT
Resesi gusi ke paras akar gigiProses ini memberi pendedahan
akar gigi pada pengumpulan plak dan seterusnya menyebabkan karies di bahagian ini. Ramai individu yang berumur melebihi 25 tahun akan mengalami kerosakan pada gigi dan akarnya yang memerlukan rawatan klinikal.
Resesi gusi ke paras akar gigi
Karies di akar gigi
PENYAKIT GIGI DAN MULUT
Penyakit gusi• Punca utama ialah pengabaian penjagaan kebersihan mulut. • Menyebabkan gigi jadi longgar dan menimbulkan masalah pengunyahan.
Keadaan mulut yang kotor akan menyebabkan penyakit
gusi
Rawatan periodontium adalah rawatan bagi penyakit gusi. Ia boleh membantu mengurangkan sensitiviti (kengiluan), resesi (penurunan)
dan pendarahan gusi. Rawatan ini juga boleh mengukuhkan tisu periodontium yang menyokong gigi.
PENYAKIT GIGI DAN MULUT
Kekeringan Mulut • Pengurangan pengaliran air liur menyebabkan mulut kering. • Boleh menimbulkan masalah bercakap, menelan, sakit tekak, suara garau dan sebagainya. • Masalah karies gigi akan lebih mudah berlaku (air liur bertindak sebagai agen pembersih mulut untuk membersihkan pengeluaran asid yang dihasilkan oleh plak. • Lebihkan minum air kosong
untuk mengatasi kekurangan air liur.
PENYAKIT GIGI DAN MULUT
Kanser MulutTabiat merokok dan memakan sirih,
kapur dan gambir dalam jangka masa yang panjang akan menghadapi risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit kanser mulut.
Tanda-tanda yang patut di awasi ialah :
1. Ulser di dalam mulut yang tidak pulih.2. Sebarang perubahan pada mukosa (bahagian di dalam mulut), lidah dan lelangit.3. Tidak boleh tahan langsung memakan makanan yang pedas dan berempah
MENGAPA PERLU MEMBAIKPULIH GIGI
Jika gigi hilang tanpa dibaik-pulih; 1. kecantikan seseorang mungkin
terganggu.2. Menyusahkan pemakanan dan
pertuturan. 3. Perbersihan gigi mungkin lebih
sukar yang seterusnya menyebabkan penyakit gigi dan gusi.
4. Tulang akan mengecut (gigi palsu atau implan - tanam gigi menjadi lebih susah dan hasilnya mungkin tidak memuaskan)
CARA MEMBAIKPULIH GIGI
A) BOLEH DITANGGAL Gigi palsu boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan
bahan yang digunakan untuk membuat landas/asas/tapak gigi iaitu:
i.)Plastik biasa)
lebih mudah dibuat, lebih murah tetapi lebih rapuh.
ii.) keluli/logam
logam tidak berkarat,lebih keras dan boleh dibuat sangat nipis,lebih selesa tetapi kos lebih tinggi.
CARA MEMBAIKPULIH GIGI
iii.) plastik LEMBUT
boleh dibengkokkan, tidak perlu cangkuk keluli, lebih selesa tetapi kos lebih tinggi.
Bergantung kepada keadaan tulang dan gigi, gigi palsu yang boleh ditanggal mungkin lebih longgar atau kurang daya gigitan. Tulang yang menyokong gigi palsu akan beransur-ansur kecut dan pembuatan gigi palsu baru diperlukan.
CARA MEMBAIKPULIH GIGI
B)TIDAK BOLEH DITANGGAL Implan biasanya dikenali sebagai ‘tanam gigi’. Dengan mengisar
(mengecil dan memendekkan) gigi di sebelah celah/ruang gigi, dan gigi-gigi yang telah dikisar disambung /sarung dengan gigi buatan.
1)Jambatan Gigi Jambatan ditetapkan/disimenkan pada gigi, pesakit tidak boleh ditanggalkan.
• Kebaikan: lebih teguh, gigitan lebih baik.
• Keburukan: gigi asli perlu dikisar. Jenis bahan gigi yang biasa dipakai:
asas logam dan porcelain porcelain sahaja (lebih cantik) plastic khas
CARA MEMBAIKPULIH GIGI
2) ImplanImplan dilaksanakan bila;• ada gigi telah hilang • tidak biasa dengan gigi palsu, • tidak sanggup mengisarkan gigi
asli untuk buat jambatan• tiada gigi lagi yang boleh dikisar.
Melalui pembedahan kecil, satu atau lebih skru titanium dimasukkan dalam tulang. Setelah 3 hingga 6 bulan, skru tersebut menjadi teguh. Skru tersebut dianggap sebagai akar gigi, di atas akar ini boleh ditambah korona (kepala) gigi, jambatan ataupun gigi palsu dan sebagainya.
Kebaikan : lebih teguh, tahan lama. Keburukkan : Hanya boleh disiapkan dalam masa 3- 6 bulan.Perlu pembedahan kecil. Kos lebih tinggi.
CARA MEMBAIKPULIH GIGI
Implant Mini : Khasnya untuk
memegang gigi palsu bawah yang longgar.
Lebih senang dibuat dan biasanya siap dalam masa satu jam. Tidak perlu potong gusi. Lebih murah tetapi tidak sekuat implant biasa.
CARA MEMBAIKPULIH GIGI
Orthodontik (Braces)Merapatkan gigi-gigi di celah dengan wayar. Kebaikan: memperbaiki gigi (Gigi akhir adalah gigi asli bukan gigi buatan) Keburukan: Masa lebih lama, kos lebih tinggi
CARA MEMBAIKPULIH GIGI
Walaubagaimanapun, dari segi fungsi, gigi palsu tidak sebaik gigi asli. Oleh
itu: jagalah gigi dengan baik. periksa gigi secara berkala cuci dan menampal gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan gusi. Cuba selamatkan gigi asli anda. Gigi tidak semestinya dicabut, walaupun sedang sakit.
Jika terdapat sebarang keraguan, mintalah nasihat dari doktor.
SEKIAN,TERIMA KASIH
Top Related