Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 1
GERAKAN TERJEMAHAN SEBAGAI GERAKAN INTELEKTUAL:
PERSPEKTIF SEJARAH TRADISI INTELEKTUAL PARSI
Oleh Mohd. Kamil Zuhairi Abd. Aziz
Disunting Oleh Ahmad Zanif Kamarul Zaman
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Gerakan terjemahan sebagai gerakan intelektual: Perspektif sejarah tradisi
intelektual Parsi merupakan satu topik perbahasan yang amat menarik serta
memerlukan pengamatan yang begitu mendalam. Gerakan terjemahan sebagai
gerakan intelektual merupakan wahana untuk mendalami sesuatu ilmu secara
halusi dan menyeluruh. Perspektif sejarah tradisi intelektual Parsi Moden
(sesudah kedatangan Islam) Islam telah bermula sejak sekian lamanya. Ianya
mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sirah Rasulullah SAW. Bermulanya
gerakan terjemahan sama sekali tidak boleh dipisahkan dengan gerakan ilmu.
Tanpa ilmu pengetahuan bagaimana sesuatu gerakan terjemahan dapat
dihasilkan. Ini dapat dijelaskan dari firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah
(2): Ayat 1-2:
ذ� ا���ب ا��
Alif laamm miim (Akulah Allah maha mengetahui)
Itulah kitab (kitab yakni mahsub (yang dihisab atau majmuk yakni yang
dihimpun).
Al-kitab bermakna Al-Quran yang menghimpunkan makrifat-makrifat alam.
Hukum-hakam ilahi, dalil-dalil aqli dan nasihat-nasihat akhlak yang memberi
petunjuk kepada ummat manusia ke arah kebahagiaan. Firman Allah SWT,
dalam surah al-Alaq (96): Ayat: 1-4
{1} ا��أ ���� ر�� ا���ي ���
��� {2} ��� ا�$#"�ن �
{3} ا��أ ور�) ا�'آ�م
��*��� ���� {4} ا���ي
Yang bermaksud:
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, (QS. 96:1)
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. (QS. 96:2)
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 2
Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, (QS. 96:3)
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. (QS. 96:4)
Awal gerakan ilmu dan intelektual pada zaman mutakhir adalah ketika
peristiwa Nuzul Al-Quran. Inilah sejarah awal proses gerakan intelektual Ilahi
mutakhir. Surah yang pertama yang diturunkan oleh muallim awwal (tuhan yang
mengajar dengan qalam apa yang tidak diketahui manusia) memerintahkan
supaya membaca dengan nama tuhan, pemilik yang mengatur segala urusan
alam. Allah SWT menegaskan agar ummat manusia meletakkan ilmu
pengetahuan sebagai perkara yang pertama yang perlu didahulukan.
Firman Allah SWT dalam aurah al-Baqarah (2): Ayat:31
�8� ا�/7���6 5*�ل أ#123#0 �'�/�ء ه-��ء إن �9:��آ@� ?�د�<�و���� =دم ا�'�/�ء آ���9 ;��
Yang bermaksud:
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya,
kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah
kepada-Ku nama benda-benda itu jika memang kamu orang yang benar!.”
Begitu juga gerakan ilmu dan intelektual telah bermula dari nabi Allah
Adam a.s. Gerakan ilmu pada hakikatnya adalah dari Allah SWT. Berdasarkan
firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 31 dijelaskan bahawa Allahlah yang
telah mengajar kepada Adam a.s akan hakikat semua benda yang ada.
Sabda Rasulullah SAW: (* Mustadrak Sahihain Al-Hakim 126/3)
�9� �� 0��5/� اراد ا�/Cی@6 �5<'ت ا��3 با#� Cی@6 ا���A و
“Akulah kota ilmu dan Ali adalah pintunya.maka barangsiapa yang ingin masuk
ke kota, masuklah melalui pintunya.”
Telah menulis Ibnu Abil Hadid Al-Muktazili tentang pintu kota ilmu nabi
iaitu Ali bin Abi Thalib, “Sesungguhnya anda mengetahui bahawa ilmu yang
paling mulia ialah ilmu ketuhanan kerana kemuliaan ilmu itu diukur dari
kemuliaan maklumnya (yang merupakan subjeknya). Dari kata-katanya (Ali Bin
Abi Thalib) diambil, dinukil, berakhir dan darinya juga bermula.
Dalam membicarakan persoalan ketuhanan, terdapat beberapa
perbahasan. Perbahasan ketuhanan dari pandangan golongan Muktazilah dapat
dinyatakan bahawa golongan Muktazilah (yang merupakan ahli tauhid dan
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 3
keadilan ilahi dan merupakan empunya pandangan bahawa manusia lain
mempelajari kaedah ini dari mereka) adalah murid-muridnya dan sahabat-
sahabatnya; kerana pembesar mereka Wasil bin Ata’ adalah murid Abu Hashim
Abdullah bin Muhammad Ibnu Hanafiah dan Abu Hashim adalah murid ayahnya
dan ayahnya adalah murid Ali bin Abi Thalib. Dan adapun Ash’ariyyah susur
galur mereka sampai kepada Abu Hassan Al-Ash’ari murid Abu Ali Al-Jubba’i
yang merupakan salah seorang dari pembesar Muktazilah. Maka Ash’ari pun
akhirnya sampai kepada guru Muktazilah Ali bin Abi Thalib. Manakala Imamiah
dan Zaidiah pula perkaitan mereka dengan Ali bin Abi Thalib adalah sangat jelas.
Islam amat luas dalam perbahasan ilmu. Antara perbahasan ilmu yang
penting adalah dari perbahasan ilmu fikah. Ali bin Abi Thalib adalah asasnya
kerana sahabat-sahabat Abu Hanifah seperti Abu Yusuf, Muhammad dan selain
mereka telah berguru kepada Abu Hanifah. Manakala Syafie berguru kepada
Muhammad bin Hassan yang kembali fikahnya kepada Abu Hanifah manakala
Ahmad bin Hanbal berguru kepada Syafie yang kembali fikahnya kepada Abu
Hanifah. Manakala Abu Hanifah pula telah berguru kepada Jaafar bin
Muhammad As-Sadiq yang berguru kepada ayahnya sehinga sampai jalur ilmu
tersebut kepada Ali bin Abi Thalib.
Adapun Malik bin Anas berguru kepada Rabeah yang berguru kepada
Ikrimah dan Ikrimmah pula berguru kepada Abdullah Ibni Abbas, yang mana Ibni
Abbas pula berguru langsung kepada Ali bin Abi Thalib. Begitu juga fikah Syafie
bolehlah disusur galurkan kepada Ali melalui Malik. Adapun kembalinya fikah
syiah kepadanya adalah jelas.
Maka itu Ali Bin Abi Thalib, Imam Muhammad AL-Baqir, Imam Jaafar As-
Sodiq, Imam Ali Ar-Ridha dan lain-lain tokoh ahlul Bait Rasulullah SAW yang
memperkenalkan diri mereka sebagai “Tarjuman Wahyillah” yakni para
penterjemah wahyu ilahi adalah nama-nama yang tidak terkisah dari sumber-
sumber keilmuan dan keintelektualan Parsi yang sebahagian besar karya agung
Parsi setelah Islam adalah terjemahan dan penjelasan dari khazanah keilmuan
ini.
Berdasarkan susur galur sumber ilmu tersebut, dapat dijelaskan bahawa
sumber asal ilmu adalah dari Rasulullah SAW sehinggalah ianya diwarisi hingga
kepada Syafie, Abu Hanifah, Ahmad bin Hanbal serta Malik.
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 4
Dari sumber sejarah, guru kepada Imam empat mazhab, iaitu Imam Jaafar
bin Muhammad As-Sadiq (83H - 148H) telah diracun dengan arahan Khalifah
Abbasiah Al-Mansur. Imam Sadiq telah mendapat kesempatan yang banyak
untuk berdakwah di tengah-tengah kebangkitan yang membawa kepada
kejatuhan kerajaan Bani Umayyah dan kekuasaan Bani Abbas dan ilmuwan-
ilmuwan yang ramai dalam pelbagai bentuk disiplin ilmu telah dididik oleh beliau.
Seramai 4,000 para muhaddith dan ilmuan telah berguru kepada beliau
dan susur galur keilmuan imam mazhab-mazhab fikah dalam Islam kepada Ali
bin Abi Thalib adalah melalui Imam Ja’far As-Sadiq.
Antara murid beliau yang tersohor ialah “Geber” atau Jabir Ibnu Hayyan
bapa kimia moden yang telah menulis sebuah kitab di dalam 1,000 helaian yang
mengandungi 500 risalah Imam Ja’far Sadiq di dalam ilmu kimia. Jabir ibnu
Hayyan adalah satu dari keajaiban dunia dunia di mana seorang ilmuan dapat
menulis 3,900 tulisan dalam pelbagai disiplin ilmu.
Imam Abu Hanifah pernah berkata, “Ja’far ibni Muhammad adalah
seorang yang paling fakeh pernah ku lihat.”
Imam Malik bin Anas berkata, “Tidak pernah mata melihat, telinga
mendengar dan terlintas di dalam hati seorang yang lebih afdhal dari Ja’far bin
Muhammad As-Sadiq dari segi ilmu, ibadah dan wara’.”
Telah berkata Khalifah Abbassiah Abu Ja’far Al-Mansur, “Tidaklah
terdapat di kalangan Ahlul Bait Nabi kecuali adanya Muhaddath (dibicarakan
malaikat) dan Ja’far bin Muhammad adalah Muhaddath pada zaman ini.”
Ini adalah adalah suatu pengiktirafan Khalifah Abbasiah kedua akan
keunggulan keilmuan Ahlul Bait Rasul SAW. Setelah pemerintahan Abbasiah
berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umayyah dengan slogan “Mendapatkan
keredhaan keluarga Nabi Muhammad” dalam meraih simpati keturunan Alawi
dan rakyat jelata umat Islam ketika itu.
Di sini kita sebutkan beberapa ilmuan lulusan Institusi Keilmuan Imam
Ja’far As-Sadiq:
1. Aban bin Usman Al-Ahmar
2. Abu Ayyub Al-Khazzaz
3. Abu Subah Al-Kanani
4. Ibrahim bin Nuim Al Abdi
5. As Sakuni Ismail bin Abi Ziyad
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 5
6. Huraiz bin Abdullah Al Azdi As Sajistani
7. Zaid As Shahkam, Abu Usamah Al Azdi
8. Samma’ah bin Mehran Khadrami
9. Saif bin Umair An Nakhae
10. Asim bin Hamid Al-Hannat
11. Abdul Karim bin Amr Al-Khus’ami
12. Abdullah bin Bukair Ibnu A’yun As Shaibani.
13. Abdullah bin Ya’fur Al-Abdi
14. Al Ala’ bin Razif Al Qala’
15. Imran bin Ali Al Halabi.
16. Muhammad bin Ali Al Halabi
17. Mu’min Taq bin Ali bin Nu’man.
18. Muhammad bin Qais Al Bajalli
19. Al-Hira’ Muad bin Muslim bin Abi Sarah.
20. Muawiyah bin Wahab Al Bajalli
21. Mufaddal bin Umar Al Ju’fi
22. Mansur bin Hazim Al Bajalli.
23. Ya’qub bin Salim Al Ahmar.
24. Jamil bin Salih Al Asadi
25. Yahya bin Said Al Ansari
26. Abu Hanifah (Imam Hanafi)
27. Muawiyah bin Ammar Adduhani
28. Sufyan bin Uyainah.
29. Aban bin Taghlib
30. Syukbah
31. Ibnu Juraih
32. Hatam bin Ismail
33. Malik bin Anas
34. Hafs bin Khiyas
35. Abdul Aziz Ad Darawardi.
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 6
PARA KHALIFAH ABBASIYAH DI BAGHDAD 750M – 1258M
Nama Tahun Hijrah Tahun Masihi
1. Abu Al-‘Abbas Al-Safah 132 750
2. Al-Mansur 136 754
3. Al-Mahdi 158 775
4. Al-Hadi 169 785
5. Harun al-Rasyid 170 786
6. Al-Amin 193 809
7. Al-Ma’mun 198 813
8. Al-Mu’tasim 218 833
9. Al-Wathiq 227 842
10. Al-Mutawakkil 232 847
11. Al-Muntasir 247 861
12. Al-Musta’in 248 862
13. Al-Mu’taz 252 866
14. Al-Muhtadi 255 869
15. Al-Mu’tamid 256 870
16. Al-Mu’tadid 279 892
17. Al-Muktafi 289 902
18. Al-Muqtadir 295 908
19. Al-Qahir 320 932
20. Al-Radi 322 934
21. Al-Muttaqi 329 940
22. Al-Mustakfi 333 944
23. Al-Mufi’ 334 946
24. Al-Ta’i’ 363 974
25. Al-Qadir 381 991
26. Al-Qa’im 422 1031
27. Al-Muqtafi 467 1075
28. Al-Mustazhir 487 1094
29. Al-Murtasyid 512 1118
30. Al-Rasyid 529 1135
31. Al-Muqtafi 530 1136
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 7
32. Al-Mustanjid 555 1160
33. Al-Mustadi’ 566 1170
34. Al-Nasir 575 1180
35. Al-Zahir 622 1225
36. Al-Mustansir 623 1226
37. Al-Musta’sim 640-656 1212-1258
Telah berkata Murtadha Mutahhari:
Faktor penting lainnya bagi perkembangan kebudayaan Islam ialah faktor
politik di mana kerajaan-kerajaan zalim Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah yang
menduduki tampuk pemerintahan secara bukan hak telah merasakan keperluan
yang mendesak kepada sokongan rakyat di kalangan umat Islam dalam keadaan
di mana Ahlul Bait Rasulullah SAW yang merupakan wali-wali yang berhak ke
atas rakyat adalah lambang keilmuan dan penjaga khazanah wahyu Ilahi.
Sedangkan pemerintah ketika itu tidak mempunyai apa kecuali ancaman dan
sogokan. Maka dengan itu mereka telah berusaha untuk menarik para ilmuan
dan ahli-ahli fikir untuk memeriahkan persada mereka dan dengan ilmu-ilmu
Greek Rom dan Parsi mereka cuba untuk menandingi Ahlul Bait Nabi SAW.
Maka itu, pemikiran-pemikiran falsafi yang berbagai, ilmu-ilmu dan teknik-
teknik dengan motif yang pelbagai melalui kawan dan lawan telah masuk ke
lingkungan Islam dan umat Islam telah membuat kajian, cedokan dan kritikan
yang kemudiannya lahirlah wajah-wajah yang bersesuaian di dalam alam ilmu
dan falsafah dalam lingkungan Islam dan setiap seorang dengan usaha yang
berterusan telah mengembangkan satu cabang dari ilmu-ilmu dan telah
memperkayakan kebudayaan Islam.
Khalifah Harun Al-Rasyid dalam kerangka Bayt Al-Hikmah telah
mengarahkan beberapa penterjemah seperti Abu Sahl Al Fadl bin Naubakht,
Yuhanna bin Masawahy dan Yahya bin Khalid Al-Barmaki untuk menterjemahkan
karya-karya Parsi dan Yunani ke dalam bahasa Arab.
Manakala Khalil Totah pula menyebut bahawa Bayt Al-Hikmah hanya
wujud di zaman Al-Makmun (198-218 H = 813-833 M) dan selepasnya.
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 8
Bayt Al-Hikmah
Kebanyakan sarjana memisahkan Bayt Al-Hikmah di Baghdad sebagai Universiti
pertama di dunia Islam, abad pertengahan dan di dunia sekalipun. Menurut
Nicholson, Bayt Al-Hikmah merupakan Universiti Baghdad yang ditandai oleh
kecemerlangan para profesornya, perpustakaan dan balai cerap astronominya.
Latar belakang penubuhan Bayt Al-Hikmah
Said Daywa’chi, penulis buku Bayt Al-Hikmah yang memetik fakta-fakta daripada
Ibnu Khallakan menyatakan bahawa Institusi Bayt Al-Hikmah di Baghdad di
asaskan oleh Khalifah kedua Abbasiyah, Abu Jaafar Al Mansur (136-158 H=754-
775 M). Manakala Naji Ma’ruf menegaskan Pengasas Bayt Al-Hikmah Baghdad
ialah Khalifah Harun Ar Rashid (170-194 H= 786 – 809 M). Beliau merujuk
kepada keterangan Ibnu Nadim dan Al-Qifti yang memaparkan bahawa era awal
Abbasiyah dari tahun 754-847 M dari Al-Mansur hingga Al-Wathiq dinisbahkan
sebagai era kegiatan penterjemahan dan pemindahan budaya asing ke dalam
budaya Islam.
Gerakan terjemahan yang berlaku dengan proaktif dan produktif pada era
itu adalah kesan daripada pertembungan diantara tamadun Islam dengan
tamadun asing terutama melalui perluasan wilayah Islam yang meliputi wilayah
yang dahulunya di bawah empayar Romawi, Parsi, India dan lain-lain lagi.
Faktor tersebut telah dibantu oleh perhatian besar Abbasiyah terhadap
ilmu dan falsafah. Khalifah Abdallah Al-Makmun dipercayai sebagai faktor
terpenting yang menyebabkan pesatnya perkembangan kegiatan intelektual
khususnya penterjemahan karya-karya asing ke bahasa Arab. Bermula dari
keadaan inilah, terdirinya Bayt Al-Hikmah di Baghdad yang pada tahap awalnya
merupakan sebuah institusi terjemahan. Inilah institusi penterjemahan yang
pertama di dunia Islam.
Gerakan terjemahan dalam suatu tempoh yang panjang terutamanya
hasil-hasil terjemahan di Bayt Al-Hikmah itu telah dilanjutkan dengan era
penghasilan karya-karya asli. Ini seperti kemunculan para Sarjana, filosof dan
saintis muslim yang terkemuka seperti Al-Kindi, Al-Khawarizmi, Jabir bin Hayyan,
Abu Bakr ar Razi, Al-Farabi, Ibnu Sina, Ibn Haitham, Al-Biruzi, Al-Ghazali, Umar
Khayyam
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 9
Sains dan Falsafah Islam: Pengaruhnya Pada Zaman Abbasiyyah
Jangkamasa Era Rumusan
132 H Berakhirnya
Bani Umayah
Pemerintahan Abbasyah yang diasaskan
oleh Al-Saffah.
Pengaruh Parsi
150 H Wazir-wazir Barmaki (135-189 H)
Permulaan pengaruh Helenistik
Abbasyah: Era
kegiatan terjemah
yang aktif hingga 820
M tahap 323 H = 846
M
187 H = Kejatuhan
Barmaki
Qadariah Jabariah Wasil Bin “Ata”
200 H = 815 M Aliran Mu’tazilah
221 H =827 M
Doktrin Mu’tazilah
Alquran adalah
makhluk
Tokoh-tokoh pengaruh Greek
Al-Asyras (M. D. 213 H)
Al-Nazzam (M. D. 231 H)
Al-Sulami (M. D. 220 H)
Al-Jahiz (M. D. 225 H)
217 H – 832 H
Institusi Bayt Al-
Hikmah diwujudkan
di Baghdad
Abu Halaf (M.D. 226 H)
Abu Karram (M. D. 256 H)
Bermulanya aliran falsafah Islam aliran
Mu’tazilah di Baghdad
Kegiatan penterjemahan
Nestorian Zorostrian
Bahan-bahan Greek India & Parsi Greek
Dr. Soheil Afnan menjelaskan, menjelang abad ke-10M belakunya
kebangkitan Parsi di dunia Islam (The Persian Renaissance) yang mengusai
pusat pemerintahan dan mempelopori kebangkitan intelektual dalam berbagai
bidang.
Melihat kepada sejarah tradisi intelektual Parsi telah bermula ketika
zaman Rasulullah SAW. Dalam satu peristiwa ketika Rasulullah SAW berkumpul
dengan para sahabat. Maka Allah SWT telah menurun wahyu kepada Rasulullah
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 10
SAW melalui malaikat Jibril. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad. Ayat:
38 bermaksud:
ت1��1ا ی"C3ل �F � 1<�آ� ;�� �� ی�1#1ا أ �E��� وإن
“Jika kamu berpaling dari agamamu, Allah akan menukar ganti dengan kamu
selainmu yang tidak serupa denganmu.”
Ayat ini memberi peringatan kepada kaum Arab yang turunnya Al-Quran di
kalangan mereka dan didalam bahasa mereka sekiranya mereka tidak
mengindahkan agama Islam, Allah akan menggantikan mereka dengan satu
kaum yang kuat keislamannya. Satu kaum yang pastinya bukan bangsa Arab.
Salman Farsi yang ketika itu duduk di sisi Rasulullah SAW ditepuk pada
paha kanannya oleh Rasulullah SAW seraya bersabda, “Dia dan kaumnya.”
Sabda Rasulullah SAW:
ی� �A*� �� ا��Eی� �@�و�J ا#�س � ا�@' �5رسC �1 آ�ن ا�
“Seandainya agama itu bergantung di bintang suraya, manusia-manusia dari
keturunan Parsi akan mencapainya.”
(Kanzul Ummal Jilid: 12, hadis: 34130)
�1 آ�ن ا��E��� ��Aی� �@�و�J ر�Kل � �5رس
“Seandainya ilmu itu bergantung di bintang Suraya lelaki-lelaki Parsi akan
mencapainya.”
(Kanzul Ummal Jilid: 12, hadis: 34131)
Petikan kata-kata Murtadha Muthahhari:
“Orang Iran telah menghabiskan tenaga mereka untuk Islam lebih dari bangsa
lain dan di jalan ini mereka telah menunjukkan kesetiaan dan keikhlasan di dalam
dua aspek ini. Tiada bangsa hatta bangsa Arab yang zahirnya agama di
kalangan mereka pun tidak sampai ke tahap orang-orang Iran. Telah banyak
diperkatakan tentang khidmat orang Iran terhadap Islam tetapi sedikit sekali
diberi perhatian bahawa orang Iran telah menghasilkan karya-karya agung ini di
jalan khidmat kepada Islam dan selain kekuatan cinta dan Iman tiada yang
mampu menghasilkan karya agung”
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 11
Senarai Madrasah Sunni dan Syiah di Wilayah Parsi Sejak 1050 – 1250 M
Nama Madrasah Dinaungi Tempat
Shams-al-Islam Hasha (Hasan) Babuya Syi’ah Rayy
Sadat Gilaki Syi’ah Rayy
Abu Al-Futuh Syi’ah Rayy
Fiqih Ali Jasti Syi’ah Rayy
Khawja ‘Abd Al Jabbar Mufid Syi’ah Rayy
Kooy Firuze Syi’ah Rayy
Khawja Imam Rashid Razi Syi’ah Rayy
Sa’d Selt Syi’ah Qum
Athir Al-Mulk Syi’ah Qum
Sayyid ‘Aziz Al Din Murtadha Syi’ah Qum
Imam Zain Al Din ‘Abd Al Aziz Syi’ah Qum
Ustad Abu Al Hasan Kumaj Syi’ah Qum
Shams Al Din Murtadha Syi’ah Qum
Sayyid Murtadha Kabir Sharaf Al Din Syi’ah Qum
Sufiyyieh Syi’ah Kasyan
Madjdiyyieh Syi’ah Kasyan
Sharafiyyieh Syi’ah Kasyan
Aziziyyiah Syi’ah Kasyan
Ezzol Mulki Syi’ah Aveh
Arab Shahi Syi’ah Aveh
Radhawiyyieh Syi’ah Varamin
Fathiyyieh Syi’ah Varamin
Nizamiyah Sunni Baghdad
Tajiyyah Sunni Baghdad
Nizamiyah Sunni Baghdad
Naysabur Sunni Baghdad
Nizamiyah Sunni Basrah
Nizamiyah Sunni Isfahan
Nizamiyah Sunni Balkh
Nizamiyah Sunni Herat
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 12
Nizamiyah Sunni Mosul
Malik Shah Sunni Isfahan
Khatun Mahd Araq Sunni Naisabur
Husain Bayhaqi Sunni Naisabur
Khurnu Gardi Sunni Naisabur
(Sayf Al Din Abu Nasr Muhammad Ibnu Abi Al Kadir)
Sarwiyya Sunni Naisabur
Darwaza’I Araq Sunni Naisabur
Nizamiyah Sunni Marv
Nizamiyah Sunni Syah Jahan
Mansur Al Mustawfi Sunni Syah Jahan
Gorgan Sunni Gorgan
Khawja Najml Al Din (Hasan Amidi) Sunni Rayy
Malik Al Umara (jamal Al Din) Sunni Hamadan
Tughril Ibnu Muhammad Saljuqi Sunni Hamadan
Nama Madrasah Dinaungi Tempat
Arsalan Ibnu Tughril Sunni Hamadan
Anus Shirwan Ibnu Khalid Sunni Kashan
Khatun Saljuqi Sunni Isfahan
Dar i-Mahal Sunni Kirmanshah
Arsalan Syah Sunni Kirmanshah
Muhammad Ibnu Arsalan Syah Sunni Kirmanshah
Abu Ja’far Ala’ al-Daulah Kalijar (Doe Manareh)Sunni Yazd
Kyan Rosu Sunni Yazd
Ala Khan Sunni Yazd
Atabak Sam Sunni Yazd
Wardanrooz Sunni Yazd
Beltasiyyah Sunni Baghdad
Talshiyyah Sunni Baghdad
Suq al-Amid Sunni Baghdad
Mustansiriyyah Sunni Baghdad
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 13
Para Professor Madaris Nizamiyyah
NAMA GURU M.D MADRASAH
1. Abu Ishaq Al-Syirazi 475 H Baghdad
2. Abu Nasr Al-Sabagh 477 H Baghdad
3. Imam Al-Haramain Al-Juwaini 478 H Naysabur
4. Abu Al-Qasim Al-Dabusi 482 H Baghdad
5. Abu Bakar Al-Khujandi 483 H Isfahan
6. Muhammad Bin Thabit 483 H Isfahan
7. Abu Bakar Al-Syasi 485 H Harat
8. Muhammad Bin Ali 495 H Harat
9. Abu ‘Abd Allah Al-Tabari 495 H Baghdad
10. ‘Abd al-Rahman Bin Ma’mun 498 H Baghdad
11. Muhammad Al-Syirazi 500 H Baghdad
12. Abu Zakaria Al-Tabrizi 502 H Baghdad
13. Al-Hirasi 504 H Baghdad
14. Abu Hamid Al-Ghazzali 505 H Baghdad
15. Ali Al-Fasihi 516 H Baghdad
16. Abu Fathi bin Burhan 518 H Baghdad
17. Abu Said Al-Bazzar 520 H Baghdad
18. Ahmad Al-Ghazzali 520 H Baghdad
19. Ahmad Al-Maihani 527 H Merw
20. Mu’in Al-Din Ibnu Razzaz 538 H Baghdad
21. Mauhub Al-Jawahiqi 539 H Baghdad
22. Muhammad Bin Yahya 548 H Naysabur
23. Abu Sa’id Bin Abu Bakar 551 H Isfahan
24. Syaraf Al-Din Al-Dimasyqi 557 H Baghdad
NAMA GURU M.D MADRASAH
1. Abu Al-Najib 563 H Baghdad
2. Yusuf al-Dimasyqi 563 H Baghdad
3. Radhi al-Din Al-Quzwini 575 H Baghdad
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 14
4. Abu Barakat Al-Anbari 577 H Baghdad
5. Abu Al-Khair Al-Qazwini 581 H Baghdad
6. Ibnu Al-Mubarak 585 H Baghdad
7. Muhy Al-Din Abu Hamid 586 H Mosul
8. Ibnu Rabi’ 606 H Baghdad
9. Yahya Ibnu Al-Qosim 616 H Baghdad
10. Baha Al-Din Bin Syadad 632 H Baghdad
11. Najma Al-Din Al-Bazirai 655 H Baghdad
12. Abu Al-Manaqib Al-Zinjami 656 H Baghdad
13. Syams Al-Din Al-Kaysyi 665 H Baghdad
14. Nahid Al-Din Al-Faruqi 672 H Baghdad
15. Majd Al-Din bin Jaafar 682 H Baghdad
16. Syaraf Al-Din Al-Syahrastani 691 H Baghdad
17. Ibn Al-Aqili Permulaan tahun 800 H Baghdad
18. ‘Abd Allah bin Bakhtasy Akhir tahun 800 H Baghdad
19. Al-Fairuzi Abadi 817 H Pembantu Al-Bakhtasy di
Baghdad
Marilah kita semua sepintas lalu menjengah ke dalam dunia pemikiran
kebudayaan Islam yang diwakili oleh pentas keilmuan, kebudayaan dan
keintelektualan Parsi setelah kedatangan Islam.
Ahli-ahli Falsafah Islam dan Parsi setelah Islam terbahagi kepada dua:
1. Ishraq (Illumination)
Diketuai Syeikh Shahabuddin Suhruwardi kurun ke 6 H pengikut Plato. Tidak
memadai dalam mengkaji permasalahan falsafah dan khasnyah hikmah Ilahi
dengan istidlal semata-mata bahkan perlu kepada Suluk Qalbu Mujahadah
nafs dan tasfiah untuk menemukan hakikat-hakikat 0� L(Hikmat Zuqi)�/6 ذو
Al Farabi di dalam kitab �>/>�Mا� �>� N/Oا� (Himpunan Pandangan Dua
Failosuf) menerangkan perbezaan pandangan Plato dan Aristotile; tetapi
perbezaan Ishraq dan Masha’ kebanyakkannya adalah masalah-masalah
baru Islami (kecuali satu dua yang berkenaan perbezaan antara Pluto dan
Aristotile) Seperti 1دKوو P>ه � .
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 15
2. Masha’ (Periphetic)
Yakni Istidlaliyyun diketuai oleh Syekhul Rais Abu Ali Ibnu Sina. Pengikut
Aristotle (Murid Plato).
* bergantung kepada Istidlal (reasoning) dalam kajian permasalahan falsafah.
Antara terjemahan-terjemahan karya agung yang sangat dititikberatkan di dunia
Parsi ialah terjemahan Nahjul Balaghah. Kitab Nahjul Balaghah ini merupakan
terjemahan khutbah-khutbah, surat, perintah dan beberapa ucapan Ali bin Abi
Thalib yang dikumpulkan oleh Sayyid Radhi. Khutbah-khutbah Ali bin Abi Thalib
dinilai dan dihormati demikian tingginya di dunia Islam sehingga hanya dalam
waktu seabad setelah beliau meninggal, khutbah-khutbah itu telah diajarkan dan
dibacakan sebagai:
1. Kata terakhir dalam falsafah.
2. Ceramah-ceramah bagi pembangunan watak.
3. Sumber inspirasi yang luhur.
4. Khutbah-khutbah meyakinkan ke arah taqwa.
5. Mercu penunjuk ke arah kebenaran dan keadilan.
6. Karya pujian yang menakjubkan tentang Rasulullah s.a.w dan Al-Quranul
karim.
7. Pembicaraan yang menyakinkan tentang nilai-nilai spiritual Islam.
8. Diskusi-diskusi yang menakjubkan tentang sifat-sifat Tuhan.
9. Karya utama kesusasteraan.
10. Model seni retorika.
11. Keterampilan berbahasa.
Menurut kitab biografi yang termasyur, Rijal al-Kabir, orang yang pertama yang
mengumpulkan khutbah-khutbah ini dalam sebuah kitab ialah Zaid ibn Wahab
Jahmi (M. 90H) yang dipandang sebagai perawi hadis. Jadi dalam masa 30
tahun setelah meninggalnya Ali bin Abi Talib, dan selama abad pertama Hijrah,
khutbah-khutbah, surat, ucapan-ucapannya telah dikumpulkan, dikutip dan
dipelihara.
Terjemahan Nahjul Balaghah
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 16
Sehingga kini tiada terjemahan Nahjul Balaghah seperti terjemahan ke bahasa
Parsi. Antara terjemahan-terjemahan ini (sama ada lama atau terkini) kita
isyaratkan kepada beberapa terjemahan.
1. Terjemahan dan syarah Sayyid Ali Naqi Feizul Islam yang tersohor.
2. Terjemahan bebas dan menarik dari pilihan kata-kata dan khutbah-khutbah
Nahjul Balaghah yang terkenal di kalangan para pemuda dan para pencinta
sastera Parsi yang diterjemahkan oleh “Jawad Fadhil”.
3. Terjemahan dan syarah ringkas Sepehv Khorasani di dalam tiga jilid oleh
penerbitan Ashrafi dan terjemahan ke Bahasa Inggeris diantaranya:
a) Terjemahan Muhammad Asgari Ja’fari yang telah di cetak di India; dan
b) oleh Perpustakaan Masjid Jami’ Chekel Sutun Tehran.
c) Terjemahan Syed Ali Ridha di dalam 2 jilid oleh Institut Antarabangsa
Khidmat-khidmat Islam,Tehran.
Selain dari metode pemikiran Masha’ dan Ishraq terdapat metode-metode
pemikiran lain di dunia Islam yang punya peranan utama dalam perubahan
kebudayaan Islam yang di antaranya dua metode penting.
Metode Irfan dan tasawwuf yang menekankan تQRS@6 ا�>S penyucian jiwa
berasaskan suluk Ilallah dan taqarrub Ilalhaq sehingga sampai ke hakikat dan
tidak sesekali bersandar kepada istidlal.
“Kaki orang yang berpandukan dalil aqal adalah kaki palsu dan kaki palsu
sukar untuk berjalan.”
Mereka mengatakan bahawa matlamat bukanlah kashfu hakikat tetapi
sampai ke hakikat.
Ba yazid Bastami, Hallaj, Syilali, Juanid Baghdadi, Zunnun Misri, Abu Said
Abulkhair, Khojah Abdullah Ansari, Abu Talib Makki, Abu Nasr Sarraj, Abul
Qasim Qushairi, Muhyiddin Ibnu Arabi, Ibnu Faridh Misri dan Maulavi Rumi.
Perwakilan Irfan Islami yang memberi bentuk kepadanya sebagai satu disiplin
ilmu ialah Muhyiddin Ibnu Arabi
Manuskrip Sahifah Sajjadiyah merupakan kumpulan doa-doa mat’sur yang
berasal dari Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Hussain bin Ali bin Abi Talib, yang
termasuk golongan imam Ahlul Bait. Imam Syafie pernah menyebut mengenai
Imam Ali Zainal Abidin sebagai orang yang paling fakih di kalangan penduduk
Madinah. Bahkan para khalifah Bani Umayyah, Abdul Malik bin Marwan pernah
berkata bahawa Imam Ali Zainal Abidin sebagai: “Anda diberkati dengan kurnian
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 17
ilmu, agama, sifat wara yang tidak pernah diberikan kepada orang-orang seperti
anda sebelumnya kecuali orang-orang yang telah mendahului anda”.
Manakala khalifah Umar bin Abdul Aziz juga pernah berkata tentang
beliau, “Lentera dunia dan keindahan Islam adalah Imam Ali Zainal Abidin.”
Terjemahan Sahifah Sajjadiyah
1. Terjemahan dan syarah Sahifah Sajjadiah Sayyid Ali Naqi Feizul Islam,
Tehran 1376S Markaz Nashre Asar Feizul Islam
2. Terjemahan Mahdi Ilahi Qamsheiy Tehran, Institut Danesh Hoshar, 1383S.
3. Terjemahan Abul Hasan Sya’rani1378S Tehran. Bina.
Terjemahan Inggeris.
1. William Chittick, S Jactor, Qom, Istisharat Ansariyan 1421H / 2000.
2. Ahmad Muhani dan Laleh Bakhtiari Anjunam Imam Sahib Zaman, 1366S /
1977M.
Metode suluk irfani dan metode falsafi Ishraqi kedua-duanya bergantung kepada
penyucian jiwa (tahzibun nafs) tetapi berbeza antara satu sama lain kerana irfan
menolak sebarang istidlal. Tetapi falsafi ishraqi memeliharanya dan baginya
fikiran dan penyucian saling melengkapi satu sama lain.
Keduanya tujuan falsafi ishraqi sama seperti para filosof lain untuk
menemukan hakikat kashfu hakikat P*>*Mا� TUآ tetapi tujuan arif ialah sampai
kepada hakikat.
Setelah Pluto dan Aristotle, murid-murid mereka telah bertungkus-lumus
mengumpul, menyusun dan mensyarahkan kata-kata guru mereka dan telah
memakmurkan bazaar falsafah tetapi situasi ini tidak berpanjangan dan
kemorosotan di Greek ini telah digantikan oleh Iskandariah yang telah menjadi
pusat ilmu dan falsafah sehingga kurun keempat Masihi. Tetapi apabila
emperator-emperator Romawi memeluk Kristian, telah berlaku penentangan
terhadap pusat-pusat pemikiran dan keilmuan sehinggalah keluarnya arahan
penutupan universiti-universiti dan sekolah-sekolah di Athen dan Iskandariah
oleh emperetor Rom timur pada tahun 529M.Maka dengan ini telah padam obor-
obor ilmu dan falsafah di tanah jajahan Romawi.
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 18
Sezaman dengan peristiwa ini telah berlaku peristiwa teragung sejarah
iaitu kelahiran nabi Islam SAW, kerasulan dan penghijrahan beliau. Ayat pertama
turun telah menggesa umat manusia untuk menuntut ilmu. Umat islam dengan
dorongan nabi SAW dan para penggantinya yang suci telah mempelajari
perbagai disiplin ilmu dan telah menterjemahkan warisan ilmu Greek, Romawi
dan Parsi ke bahasa Arab dengan kajian-kajian dan telah membuat penemuan-
penemuan di dalam Algebra, .�V�@ fizik dan kimia و �ای� ه<'ت �E�Eت
Metode Istidlal Kalami
Metode ini seperti ahli-ahli falsafah masha’ bergantung kepada istidlal akli tetapi
dengan dua perbezaan.
Mutakallimin khasnya muktazilah berpegang kepada ushulul ma’arif yang
terpenting bagi mereka yakni baik dan buruk (dengan perbezaan baik dan buruk
syari’e bagi Ashairah dan baik dan buruk aqli bagi muktazilah) yang berdasarkan
ini mereka membawa kaedah-kaedah seperti kaedah lutf dan wajib yang terbaik
bagi tuhan.
Tetapi ahli-ahli falsafah mengatakan asal buruk dan baik I’tibari (redeutial)
yang hanya diguna di dalam jidal (debat) bukan di dalam burhan. Maka itu
mereka memanggil kalam sebagai hikmat jidali bukan hikmat burhani.
Keduanya, mutakallim berbeza dari filosuf apabila memandang dari
mereka sebagai komited ( A 9C ) untuk mempertahankan Islam sedangkan filsafat
adalah satu perbincangan bebas dari sebarang aqidah terdahulu.
Metode kalam ini terbahagi kepada tiga:
1) Kalam Muktazilah
2) Kalam Ash’ari
3) Kalam Syi’i
1. Kalam Muktazilah antaranya:
Abul Huzail Allaf, Nazzam Jahiz, Abu Ubaidah Muammar bin Munthanna pada
kurun kedua dan ketiga, Qadhi Abdul Jabbar kurun ke 4, Zamakhsyari akhir
kurun kelima dan awal kurun keenam yang merupakan Duta bagi muktazilah.
2. Kalam Ash’ari
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 19
Manakala Syeikh Abul Hasan Ash’ary (wafat 330 H) adalah manifestasi maktab
Ash’ari, Qadhi Abu Bakar Baqillani Al Juwainny, Imam Ghazali dan Fakhru Razi
adalah orang-orang yang berpegang kepada Metode Ash’ary.
3. Kalam Syi’i
Ahli kalam Syi’i juga ramai. Hisham bin hakam sahabat Imam Ja’far adalah
mutakallim syi’i. Keluarga Naubakhti berbangsa Iran adalah ahli-ahli kalam mahir.
Syeikh Mufid (yang telah menghasilkan 400 buku), Sayyid Murtadha Alamul
Huda adalah dari mutakallimin syi’i. Khoja Nasiruddin Tusi adalah perwakilan
sempurna bagi kalam syi’i yang mempunyai kitab Tajrid Aqaid yang setelah
beliau ilmu kalam telah menjadi mirip kepada filsafat.
Hikmat Muta’aliah
Empat metode pemikiran telah berterusan di dunia Islam sehinggalah bertemu di
satu titik pertemuan mewujudkan Hikmah Muta’aliyah yang telah diasaskan oleh
Sadrul Mutaalikin Syirazi (wafat 1050 H).
Di dalam Maktab Mulla Sadra banyak perkara yang menjadi ikhtilaf di
antara Masha’ dan Ishraq atau di antara falsafah dan irfan atau di antara falsafah
dan ilmu kalam telah diselesaikan buat selama-lamanya.
Falsafah Mulla Sadra bukanlah satu falsafah campur aduk tetapi adalah
satu disiplin ilmu yang khas dan walaupun metode-metode pemikiran Islam yang
pelbagai berperanan di dalam kewujudannya, tetapi ia adalah satu sisitem
pemikiran yang bebas.
Di antara kitab-kitab Mulla Sadra ialah Asfor Arbaah, As Shawahid
Rububiyah, Mabda’ dan Maad, Arshiah, Mashair dan lain-lain.
Di antara pengikut Maktab Mulla Sadra ialah Haj Mullah Hadi Sabzewari
tuan punya kitab Manzumah (1212H-1297H). Kitab Syarah Manzumah
Sabzewari, Kitab Asfor Mulla Sadra, Kitab Isyarat Ibnu Sina, Kitab Syifa’ Ibnu
Sina dan Kitab Hikmat Ishraq Syeikh Ishraq adalah kitab-kitab buku teks di
Hauzah-Hauzah ilmiah tradisional.
Antara kerja-kerja Mulla Sadra ialah memberi sistem kepada perbahasan-
perbahasan falsafah yang merupakan suluk pemikiran dan Akli mirip kepada
yang dilakukan Urafa di dalam Suluk Qalbu dan Rohani.
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 20
Urafa’ percaya bahawa ahli Suluk dengan metode Irfani menjalani 4 perjalanan.
1. �Sا�0 ا�� ��Wا� � M� (perjalanan dari makhluk kepada tuhan) yakni dengan
melintasi tabiat dan sebahagian dari alam-alam 0A>3Xورأ ا� � (alam metafizik)
hingga sampai kepada zat yang hak dimana tiada lagi hijab di antaranya
dengan hak.
2. �� �S� �M05 ا� �M� (perjalanan dengan hak di dalam hak). Setelah ahli suluk
mengenal zat yang hak dari dekat (dengan pertolongannya), ia mula berjalan
mengembara di dalam urusan, kesempurnaan-kesempurnaan Asma dan
sifat-sifatnya.
3. >��M��� ��Wا�0 ا� �Mا� � � (perjalanan dari hak menuju makhluk dengan hak).
Ahli Suluk kembali kepada makhluk tetapi kembalinya tidak bermakna
terpisah atau berjauhan dari zat yang hak. Ia melihat zat yang hak bersama
semua benda dan di dalam semua benda.
4. �>�M��� ��W05 ا� � (perjalanan di dalam makhluk dengan hak). Di dalam
perjalanan ini ahli suluk menumpukan diri kepada tunjuk ajar dan hidayat
orang ramai dan menyampaikan mereka kepada hak.
Maka Mulla Sadra telah membahagikan masalah-masalah falsafah. Oleh kerana
berfikir ialah satu bentuk suluk walaupun secara minda kepada empat bahagian:
1. Masalah-masalah pendahuluan Tauhid yakni perjalanan fikiran
(perkara-perkara umum falsafah / ا � �Mا�0 ا� ��W� ).
2. Perbahasan Tauhid, Makrifat Tuhan dan Sifat-sifat Ilahi (�M05 ا� �M��� 1>� )
3. Perbahasan Af’al Tuhan, alam-alam kully wujud ( ��Wا�0 ا� �Mا� � �>�
�M���).
4. Perbahasan jiwa (Nafs) dan Maad (�M��� ��W05 ا� �>�).
Kitab Asfar Arbaah adalah berdasarkan tertib sebegini. Mulla Sadra telah
memanggil falsafah Mashmur sebagai 6> �� 6Z"�5 / 65ر�A 6S"�5 (falsafah biasa).
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 21
Mulla Sadra
Sadr Al-Din Syirazi (d 1050/1640) known as Mulla Sadra and Sadr Al-
Muta’allihin, was the philosopher who, after centuries of philosophical
development in Islam, brought complete order and harmony into the discussion of
philosophical and systemized then like mathematical problems and at the same
time wed philosophy and gnosis, thereby bringing about several important
developments, the gave to philosophy new ways to discuss and solve hundreds
of problems that could not be solved throughperpatetic philosophy. He made
possible the analysis questions which to that day had been considered as
belonging to a domain reason and beyond comprehension through rational
thought.
He clarified and educated the meanings of many treasuries of wisdom,
contained in the exoteric sources of religion and in the profound metaphysical
utterances of the Imams of the household of the prophet, that for centuries had
been considered as insoluble riddles and usually believed to be of an allegorical
or even unclear nature. In this way gnosis, philosophy and exoteric aspect of
religion were completely harmonized and began to follow a single course.
By following the method he had developed Mulla Sadra succeeded in
proving:
1. Transubstantial motion “(harakat-I jawhariyah) and intimate relation of time
to the three spatial dimensions in a manner that in similar to the meaning
given in modern physics to the fourth dimension.
It should be rated here that before Mulla Sadra certain sages like
Suhrawardi the 6th/12th century philosopher and author of Hikmat Al Ishraq and
Shams Al-Din Turkeh, a philosopher of the 8th/14th century had taken steps
toward harmonizing gnosis, philosophy and exoteric religion but credi for
complete success in this undertaking belong to Mulla Sadra.
He wrote nearly fifty books and treatises among his greatest masterpieces is
Al-Asfar Al-Arabaah.
*Shia, Allamah Muhammad Husayn Thabatabai pg 110.
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 22
Tokoh Teologi Tersohor yang Telah Merapatkan Jurang di Antara Teologi
dan Falsafah Ialah Khoja Nasiruddin Thusi
Nashiruddin Muhammad bin Muhammad ibni Al-Hasan Ath-Thusi lahir di Thus,
Khaurasan pada 597 H. Filisof dan teologi terkemuka Syiah dan dikenal luas di
kalangan sunni. Pandangan-pandangannya sebelum Mulla Sadra dianggap
sebagai cermin pemikiran keagamaan syiah. Pemergiannya ke Baghdad untuk
mengumpulkan kitab dalam rangka mendirikan dan menyempurnakan
observatoriumnya di Maraghah mengadakan hauzah filsafat di Baghdad. Antara
karya-karyanya ialah:
1. Tajrid Al-I’tiqad (antara yang dikomen oleh Qursyaji - teologi terkemuka
sunni)
2. Syarah Al-Isyarat
3. At-Tadzkirah
4. Ikhtiyarat Al-Muhimmat (Parsi)
5. Istikraj At-Taqwim
6. Bist Bab (Parsi)
7. Tajrid Al-Haudasah (seni bina)
8. Al-Jabr Wa Al-Ikhtiyar
9. Ar-Risalah Al-Mu’iniyah
10. Zudreh Al-Idrak fi Hai’ah Al-Aflak (astronomi, Parsi)
11. Si Fashl (Parsi)
12. Kitab Al-Zhaf fi al-Jabr wa Al-Muqabalah.
13. Al-Mu’thayat
14. Rasa’il Al-Khawajeh Ath-Thusi. Beliau adalah pengkritik tajam Fakhrud-
Din Ar-Razi dan mengungkapnya di dalam sebuah buku dan risalah.
Meninggal dunia di Baghdad dan dikebumikan di Kazhimain.
Khawajah Nasir Al-Din Tusi (b. 597, d 672 H/ 1274H) is the first to have made
Kalam through and complete science. Among his masterpieces in this domain is
his Tajrid Al-Heqid which has preserved its authority among master in this
discipline for more than seven centuries. Numerous commentaries have been
written on it by shi’ite and sunnis alike. Over and above his genius in science of
Kalam, he was one of the outstanding figures of his day in philoshy and
mathematics as witnessed by the volueble contributions he made to the
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 23
intellectual sciences. Moreover, the Moraghah Observatory owed its existence to
him.
Bandar Ilmu – Qom
Bandar Qom merupakan bandar ilmu yang terulung sejak beratus tahun
lamanya. Terdapat pelbagai sumber ilmu yang boleh didapati dari Bandar Qom
antaranya pusat-pusat penterjemahan, percetakan buku, pusat pengajian ilmu,
perpustakaan serta tempat pengumpulan manuskrip lama dan makam seorang
wanita mulia, iaitu Fatimah binti Musa ibnu Ja’far, adik kepada Imam Ali Ar-Ridha
yang menjadikan keberkatan kepada Kota Qom.
Pusat Penterjemahan Al-Quran
Antara aktiviti dan program yang telah dijalankan di Pusat Penterjemahan Al-
Quran adalah seperti berikut:
1. Pengumpulan dan percetakan terjemahan Al-Quran
2. Pengajian berkaitan terjemahan Al-Quran
3. Perpustakaan khas berkaitan terjemahan
4. Kumpulan penterjemah dan linguistik
5. Bank maklumat berkaitan terjemahan Al-Quran
6. Perkembangan penterjemahan
7. Jurnal Tarjuman-e Wahy
8. Bibliografi terjemahan manuskrip Parsi
9. Percetakan terjemahan Parsi dan lain-lain Bahasa
Pusat Penterjemahan Al-Quran ini telah diasaskan pada tahun 1994 oleh
Awqaf dan Charities Organization of the Islamic Republic of Iran di Bandar Qom.
Pusat ini bertanggungjawab menjalankan proses menyediakan pendidikan yang
komprehensif dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
penterjemahan Al-Quran dan kesalahan yang biasa dilakukan dalam
penterjemahan Al-Quran dalam interpretasi yang dilakukan oleh penterjemah.
Pusat Penterjemahan ini mempunyai matlamat jangkamasa panjang untuk
menghasilkan penterjemahan Al-Quran yang berkualiti dalam pelbagai bahasa
dunia. Sehingga hari ini ia telah menghasilkan penterjemahan Al-Quran melebihi
4,306 terjemahan yang dihasilkan oleh 977 penterjemah ke dalam 101 bahasa.
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 24
Proses penterjemahan ini telah berjaya dihasil atas kerjasama yang baik yang
telah diberikan oleh para alim ulama serta institut seluruh dunia. Inilah usaha
yang amat unik yang dapat dihasilkan melibatkan pelbagai aliran pemikiran dan
kefahaman dalam menghasilkan terjemahan Al-Quran yang terbaik untuk umat
Islam seluruh dunia.
Selain itu pusat ini juga telah mencetak tiga juta naskah Al-Quran untuk
disediakan kepada komuniti umat Islam seluruh dunia. Usaha yang berterusan ini
amat penting dalam memelihara kesucian Al-Quran yang mana ianya merupakan
peninggalan yang terpenting oleh baginda Rasulullah SAW. Mengikut rekod
sejarah berkaitan terjemahan Al-Quran, terjemahan yang pertama yang
dihasilkan di dunia Parsi dihasilkan oleh sekumpulan ulama pada zaman Mansur
ibn Nuh, iaitu Raja Samanid (350–365 / 961– 976). Terjemahan ini masih lagi
ada hingga ke hari ini dan ianya dikenali sebagai Terjemahan Tafsir Tabari dalam
bahasa arab.
Perpustakaan
Di Bandar Qom juga terdapat sebuah perpustakan yang menjadi khazanah
terpenting Negara, iaitu Perpustakaan Ayatollah Najafi Mar’asyi. Di perpustakaan
tersebut terdapat 50,000 manuskrip yang merupakn koleksi peribadi Ayatollah
Najaf Mars’asyi yang telah menjadi warisan yang amat bernilai kepada umat
Islam keseluruhannya.
Ansariyan Publication
Pusat percetakan buku terulung di Bandar Qom ialah Ansariyan Publication. Ia
telah ditubuhkan sejak 30 tahun yang lalu. Pusat percetakan ini memainkan
peranan yang penting dalam menghasilkan karya-karya serta hasil-hasil tulisan
dan terjemahan ke dalam bentuk bahan bercetak. Pengasas kepada Ansariyan
Publication adalah dua orang tokoh penting disebalik penubuhannya, iaitu
Ayatollah Tabataba’iy dan Professor Mahmoud al-Shihabi.
Rumusan
Sebagai rumusan pembentangan kertas kerja ini, saya amat berharap pihak
Institut Terjemahan Negara Malaysia mempergiatkan lagi kerjasama yang sedia
ada dengan institut terjemahan di Negara Iran. Ini penting agar khazanah
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 25
ilmuwan Islam yang sekian lama terpendam dapat dimanfaatkan oleh rakyat
Negara kita tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman yang
dipegang. Diharap dengan adanya terjemahan manuskrip-manuskrip lama
ilmuan Islam ini yang mana kebanyakan dari mereka berbangsa Parsi dapat
memupuk dan menggalakkan budaya ilmu di Negara kita selaras usaha
menjadikan Negara kita sebagai Negara maju.
Setakat ini yang mampu disediakan untuk sesi pembentangan pada kali
ini. Memandangkan keterbasan masa untuk menyediakan pelbagai sumber
maklumat ilmu yang mana sekiranya kita ingin membahaskannya secara
terperinci maka sebuah ensiklopedia perlu diterbitkan bagi membicarakan topik
ini secara lebih menyeluruh. Sebagai contoh tokoh-tokoh yang amat terkenal
dalam masyarakat Parsi seperti Allamah Thabatabai, Ayatollah Murtadha
Muthahhari serta tokoh yang telah menggegarkan dunia serta telah
dianugerahkan sebagai “Man of the Year” oleh majalah Times, iaitu Almarhum
Ayatollah Khomeini. Jika kita ingin membicarakan tentang tokoh-tokoh ini
memerlukan masa yang lebih lama di atas sumbangan mereka kepada dunia
Islam.
Top Related