Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 1
MODUL KECEMERLANGAN
BAHASA MELAYU
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
KAJIAN ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS
TINGKATAN 2
(PROSA MODEN)
CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) UPM
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,
KELANTAN.
ULI SAPA LET IT
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 2
CERPEN ANAK PENGGUNTING RAMBUT ( NOR HIDAYAH ASARI)
Sinopsis: Cerpen Anak Penggunting Rambut mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan, Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam. Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun. Kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima menjadi peneroka FELDA, beliau mengambil upah menggunting rambut setelah pulang dari ladang. Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan kesusahannya mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakan rezeki sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidupnya sejak kali pertama belajar menggunting rambut. Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu, ayah menyenanginya apatah lagi Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis. Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut dikelakkan dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya. Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting. Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburui oleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya menggunting rambutnya mengikut
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 3
gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut pendek telah menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh warden asramanya. Apabila meningkat dewasa, Manis menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis Cuma menelefon ayahnya dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung. Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan Manis yang menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan menghidap leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis kini sudah separuh botak. Doktor memberikan harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Namun begitu, Allah lebih sayangkan Manis. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada, ayahnya, masih terngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu menyimpannya lagi. Tema: Kasih sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang gunting menyayangi anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting rambut hingga ke akhir hayat anaknya. Persoalan: i. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan.
Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya. ii. Persoalan prihatin dengan masalah.anak.
Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah.
iii. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang.
Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia. iv. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup.
Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 4
Plot: i. Permulaan
Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.
ii. Perkembangan
Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun diketawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asramanya.
Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.
iii. Klimaks
Manis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran itu
iv. Peleraian
Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.
Teknik Penceritaan Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa. i. Dialog
Contoh: Mengapa abah teruskan juga menjadi pengunting rambut bila dah sampai ke sini? ii. Imbas kembali
Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis. iii. Monolog Dalaman
Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 5
Latar: Latar Masa i. Petang
Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis. ii. Subuh
Waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia. iii. Waktu siang
Waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke sekolah. Latar Tempat i. Kampung Batu 25, Bagan Datoh
Kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah rancangan FELDA. ii. Tanah rancangan FELDA
Tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih baik. iii. Tadika
Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala dan memenangi acara tersebut.
iv. Asrama
Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah. v. Hospital
Tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia. Latar Masyarakat i. Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup.
Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya. ii. Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan.
Contoh: Ayah menjadi peneroka dan meninggalkan kampung halamannya. iii. Masyarakat yang berani mempertahankan risiko.
Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik orang kampung.
IV. Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah
Contoh: Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 6
Gaya Bahasa: i. Sinkope
Contoh: Kau degil tetapi cepat menangis. ii. Kata Ganda
Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal, iii. Simile
Contoh: Seperti Busut Hitam iv. Personifikasi
Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri Watak dan Perwatakan Ayah - Sudah berusia lewat 60-an. - Seorang bapa tunggal. - Rajin bekerja untuk menyara keluarganya. - Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting. - Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut. - Hidup menduda setelah kematian isteri. Manisah (Manis) - Memiliki raut wajah yang comel. - Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko. - Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran. - Rajin membantu orang lain. - Gemar berambut pendek. Nilai Murni: i. Nilai keberanian.
Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru. ii. Nilai berdikari
Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian isterinya. iii. Nilai semangat bermasyarakat
Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 7
iv. Nilai kasih sayang Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari kecil hingga dewasa.
v. Nilai kerajinan
Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.
Pengajaran: i. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah
Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih awal.
ii. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna.
Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia. iii. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran.
Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek. iv. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga.
Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarganya.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 8
CERPEN CAPA RENGAT (BAHARUDDIN KAHAR)
Sinopsis:
Cerpen Capa Rengat mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di kampung ibunya. Pada waktu petang, Aku akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto, ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan Aku seperti belangkas. Pada sebelah petangnya, Aku tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Kinto pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu Aku pula berasa bosan tinggal lebih lama di kampung. Aku mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung. Ketika lalu di sebidang paya, Aku melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya. Seorang budak perempuan, Su mengajak Aku bermain bersama-sama mereka. Permainan yang dimainkan begitu janggal dan Aku berasa kekok pada permulaannya tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok Aku. Akhir sekali, Aku diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak Aku siap dibina, Su akan memecahkannya. Aku cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan Aku. Rupa-rupanya, Su begitu lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri Aku dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat atau bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan. Tiba-tiba, ketika Aku dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumah dengan segera. Aku mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggil Su itu ialah adik tirinya. Pada sebelah malamnya, Aku tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di dalam botol berisi air. Aku ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat dalam tidur. Setelah sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. Aku berasa terharu untuk meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu. Dalam keadaan separuh sedar , Aku bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasan untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah selesai. Keputusan ibu membuatkan Aku sedih apabila Aku terpandang bunga Capa Rengat yang sudah layu dan terkenangkan wajah Su.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 9
Tema: Perasaan cinta pada kehidupan dan suasana di kampung. Aku telah mengalami pengalaman yang menarik hidup di kampung. Contohnya, semasa Aku mengikut Pak Cik Kinto menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar. Persoalan: i. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya.
Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.
ii. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan.
Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung.
iii. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.
Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.
iv. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.
Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain kota Buatan tempat asal ibunya. Watak: Aku - Seorang anak remaja - Menghargai alam sekitar - Proaktif dan cergas - Mempunyai pandangan bernas - Berfikiran positif Ibu - Pertengahan usia - Tegas dengan pendirian - Sikap terburu-buru membuat keputusan - Prihatin terhadap orang lain - Berperilaku mesra
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 10
Su - Budak perempuan awal remaja - Bersikap periang - Aktif dan cergas - Bijak mengolah keadaan - Taat kepada ibu Pakcik Kinto - Bapa saudara Aku - Mahir selok-belok di kampung - Mempunyai kemahiran menembak - Ikhlas melayani tetamu - Melaksanakan urusan dengan cekap Plot: i. Permulaan
Aku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara Aku. Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani Aku dengan membawanya berjalan-jalan di bukit sekeliling kampung.
ii. Perkembangan
Pada sebelah petang, Aku merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke kota untuk berurusan dengan peguam. Aku bertemu dengan sekumpulan budak kampung yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang bernama Su mengajak Aku bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su telah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur hutan). Kerana leka bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke rumah. Aku pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.
iii. Klimaks
Keesokan paginya, Aku dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. Aku berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana kampung.
iv. Peleraian
Aku pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat daripada Su, seorang gadis kampung.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 11
Teknik Penceritaan Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa. i. Pemerian
Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patahnya, kalau-kalau bertemu denak.
ii. Dialog
Contoh: Cantik,ya ! kata budak perempuan itu. Cantik, jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.
iii. Kejutan
Contoh: Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa Aku sedang bermain dengan Su dan kawan-kawannya.
Latar: Latar Masa Cerita berlatarkan masa sehari Aku tinggal di kampung. Peristiwa-peristiwa diolah oleh pengarang merentasi waktu pagi, petang, dan malam. i. Pagi
Aku dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung. ii. Petang
Aku dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
iii. Malam
Aku tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain dengan budak-budak kampung.
Latar Tempat Latar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang bukit-bukau dan tanah paya i. Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto
Tempat Pak Cik Kinto membawa Aku bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 12
ii. Paya Tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya.
iii. Rumah Pak Cik Kinto
Tempat Aku dan ibu bermalam ketika pulang ke kampung. Latar Masyarakat i. Masyarakat bandar
Contoh: Diwakili oleh watak aku yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung.
ii. Masyarakat kampung
Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu. iii. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya kerana untuk menutupi aurat.
iv. Masyarakat yang menghargai alam sekitar
Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta menghadiahkan aku bunga Capa Rengat.
v. Masyarakat yang suka berburu
Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan. Gaya Bahasa: i. Kata Ganda
Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik ii. Anafora
Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian? iii. Inversi (Keterbalikan ayat)
Contoh: Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.
iv. Personifikasi
Contoh: Melahirkan sinar cemburu. v. Simile
Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 13
vi. Simpulan bahasa Contoh: Seperti belangkas
Nilai Murni: i. Nilai keberanian
Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam. ii. Nilai hemah tinggi
Su dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka walaupun baru pertama kali berjumpa.
iii. Nilai kerajinan
Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki. iv. Nilai kerjasama
Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain. Pengajaran: i. Kita hendaklah menghargai alam sekitar.
Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan. ii. Kita hendaklah menghargai persahabatan.
Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.
iii. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga.
Contoh: Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya. iv. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar.
Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumak katak dan jalan ke rumah katak.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 14
CERPEN DENDAM (SHARIZA A RAHMAN)
Sinopsis: Cerpen Dendam ini mengisahkan hubungan kekeluargan antara kakak, adik, ibu dan ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya.Selain itu Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu. Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan adiknya. Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah. Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk Angah kerana rasa terharu dan menyedari kasih sayang antara adik beradik.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 15
Tema: Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along, Angah, ibu dan abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah dan ibu kerana sering menyebelahi Angah. Persoalan: 1. Persoalan hubungan kekeluargaan.
Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama ketika makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.
2. Persoalan kebencian kepada adik.
Contoh: Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan buku latihannya sehingga dimarahi gurunya.
3. Persoalan kasih sayang antara adik dan kakak.
Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih sayang antara kedua beradik tersebut.
Watak: Along - Cepat meradang terutama kepada adiknya. - Sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan. - Membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan. - Pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya yang
mengoyakkan wang ayahnya. Angah - Gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along. - Berwajah comel. - Suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah. - Wajahnya pucat apabila dimarahi. - Buah hati ibu. Abah - Seorang yang tegas. - Memukul adik dengan tali pinggang. Emak - Suka menyebelahi adik. - Mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah. - Bersikap garang kepada Along.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 16
Plot: i. Permulaan
Cerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibeli semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu buku kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung arnab untuk membeli buku teks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah kerana perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh di atas sofa lalu menangis.
ii. Perkembangan
Semasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana membiarkan Angah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah begitu lahap oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membela diri dengan mengatakan bukan dia yang melakukan. Along juga merungut kerana setiap kesalahan adik akan ditanggung olehnya. Along memohon agar ayah dan ibu bersikap adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia adalah kakak. Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along biadap kerana melawan cakap orang tua. Manakala ayah membisu mendengar pembelaan daripada Along. Kemuncak kemarahan , Along menghalau adiknya dari ruang tamu.
iii. Klimaks
Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang memutuskannya. Angah disebat dengan tali pinggang oleh ayah.
iv. Peleraian
Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju kurung dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang ayah. Along memohon kemaafan daripada Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya, Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan perhatiannya.
Teknik Penceritaan i. Dialog
Contoh: Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along. Angah Cuma tengok saja
ii. Imbas kembali.
Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang lalu.
iii. Monolog dalaman.
Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 17
Latar Masa i. Malam
Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut marah akan sesuatu.
ii. Tengah hari. Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa nakal Angah.
Tempat i. Ruang tamu
Contoh: Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan buku latihannya.
ii. Di rumah Contoh: Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah.
iii. Di meja makan Contoh: Ayah merungut-rungut marah akan sesuatu selepas selesai makan malam.
iv. Di katil
Contoh: Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah. Masyarakat i. Masyarakat Pelajar
Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama . Juga buku latihan sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.
ii. Masyarakat Guru Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along kerana buku latihannya dikoyakkan oleh adik.
iii. Masyarakat Pengamal Undang-Undang
Contoh: Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil dalam menjatuhkkan hukuman kepadanya.
Gaya Bahasa: i. Sinkope
Contoh: Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. (Singkatan kata ku ) Dan tanpa kusedari, tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 18
ii. Kata Ganda Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut marah akan sesuatu.
iii. Peribahasa
Contoh: Berat sebelah,tebal muka, menagih kasih. iv. Metafora
Contoh: Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam. v. Personifikasi
Contoh: Hatiku dijurus lahar beracun. vi. Antomomisia (memperlihatkan sifat sesaorang). Contoh: Hantu kecil
vii. Totologi (Perulangan untuk penegasan). Contoh: Benci. Aku benci. Nilai Murni: i. Nilai kasih sayang
Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku.
ii. Nilai berdikari
Contoh: Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.
iii. Nilai hemah tinggi
Contoh: Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.
iv. Nilai hormat menghormati
Contoh: Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya. v. Nilai kesyukuran
Contoh: Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya sehinggap sanggup menampar pipi adiknya.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 19
Pengajaran: i. Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita
Contoh: Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil comelnya.
ii. Kita janganlah mempercayai tilikan.
Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga.
iii. Kita janganlah memperbesarkan perkara-perkara yang kecil
Contoh: Perkara macam itu pun engkau hendak besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau. iv. Kita hendaklah mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga.
Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat pertama kaliini aku aku memeluk dan mengucupinya.
v. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita.
Contoh: Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 20
CERPEN MAAF KUPINTA (REJAB FI)
Sinopsis: Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah tirinya. Ayah tirinya sangat mengongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem. Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong perjalanan hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan. Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi, Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama. Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku untuk kegunaannya di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya. Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya di atas segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Beliau juga turut menunjuk ajar adiknya dalam pelajaran. Tema: Menghargai pengorbanan orang lain demi kecemerlangan masa depan. Fauzi akhirnya menghargai apa yang dibuat oleh ayah tirinya untuk kejayaannya walaupun pada mulanya dia memberontak. Persoalan: i. Persoalan persahabatan.
Syahir dan Fauzi amat akrab bersahabat ketika di Asrama A. Mereka sering pulang ke kampung bersama-sama.
ii. Persoalan kasih sayang ayah tiri terhadap anak.
Ayah tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi dan sanggup melawat Fauzi di asrama. Dia juga bersikap tegas dalam mendidik Fauzi.
iii. Persoalan ketegasan semasa mendidik.
Ayah tiri Fauzi melarang Fauzi menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah. Dia juga melarang Fauzi keluar malam dan mengambil tahu dengan siapa anaknya berkawan.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 21
Watak: Fauzi - Tinggal di Asrama A - Mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tiri - Mempunyai seorang sahabat yang bernama Syahir - Ayahya meninggal dunia akibat penyakit barah. - Mempunyai seorang nenek bernama Sapiah - Memendam rasa tidak puas hati terhadap ayah tirinya. - Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan - Pintar dalam pelajaran - Terharu apabila bersalaman dengan ayah tirinya semasa di asrama. Ayah Tiri - Ayah tiri Fauzi dan sangat menyayanginya. - Memberi wang saku kepada Fauzi ketika melawat Fauzi di asrama - Baik kepada anak tirinya. - Tegas dalam mendidik anak. - Sering memberikan wang saku kepada Fauzi. Ibu - Suka mengawal pergerakan anaknya Fauzi. - Kadang-kadang tidak bersetuju cara ayah tirinya mendidik Fauzi - Selalu membawa buah tangan seperti kuih semasa melawat Fauzi di Asrama. Plot: i. Permulaan
Pengarang memulakan cerita di sebuah asrama dengan watak utamanya Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui adik-adik, ibu dan bapa tirinya. Fauzi tidak dapat melelapkan matanya kerana ingin mengisi cuti sekolah dengan rancangan yang telah diaturnya. Syahir kawan Fauzi menegur Fauzi kerana masih belum tidur walaupun hari telah lewat malam. Rakan-rakannya di Asrama A telah berdengkor. Dia teringat punca dia tinggal di asrama sekolah. Bukan kerana pencapaiannya dan kemiskinannya tetapi ada sebab lain mengapa dia tinggal di asrama.
ii. Perkembangan
Fauzi teringat punca mengapa dia tinggal di Asrama A. Dia terdengar ayah tirinya berbual dengan ibunya untuk menghantarnya ke asrama. Ayah tirinya amat tegas dalam mendidik Fauzi. Fauzi tidak dibenarkan balik lewat malam dan juga tidak dibenarkan menonton rancangan yang tidak berfaedah. Saban hari ayah tirinya akan bertanyakan kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi sebaik sahaja pulang dari sawah. Suatu ketika Fauzi terjatuh dan kepalanya benjol menyebabkan dia lari ke rumah neneknya yang berada empat kilometer dari rumahnya. Ibunya juga menegur bapa tirinya kerana kasar dalam mendidik Fauzi.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 22
iii. Klimaks Selepas makan malam, Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya akan sikapnya selama ini. Fauzi sedar tujuan ayah tirinya bersikap tegas kepadanya selama ini. Ayah tirinya cuba menyelamatkan Fauzi daripada terlanggar tiang dan kepalanya terhantuk menyebabkan kepalanya benjol. Malam itu Fauzi gembira kerana hajatnya untuk meluahkan perasaannya kepada keuarganya tercapai.
iv. Peleraian
Fauzi memenuhkan cuti sekolahnya dengan membantu keluarganya di sawah.Dia juga akan turun ke laut mengikut ayah tirinya. Di samping itu, Fauzi juga menolong adik-adiknya dalam pelajaran. Kini Fauzi mempunyai semangat untuk memajukan keluarganya.
Teknik Penceritaan i. Monolog dalaman.
Contoh: Benar kata-kata Syahir itu? Fauzi berkata-kata sendiri. ii. Dialog
Contoh: Emak kamu tahukah kamu ke sini? Nenek Sapiah melepaskan keluhan kesal. iii. Imbas Kembali
Contoh: Di asrama Fauzi terkenangkan kehidupannya di kampung. iv. Imbas Muka.
Contoh: Fauzi membayangkan perkara yang akan dilakukannya apabila pulang bercuti nanti. v. Pemerian
Contoh; Cahaya bulan tertumpah ke permukaan sawah. Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam. Indah sungguh pemandangan malam itu.
Latar: Masa i. Waktu malam
Contoh: Ketika di Asrama A Fauzi dan Syahir berbual sebelum tidur. ii. Waktu pagi
Contoh: Fauzi bangun dan bersiap-siap untuk balik ke kampung. iii. Cuti sekolah akhir tahun
Contoh: Fauzi pulang ke kampung untuk menghabiskan cutinya.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 23
iv. Lima Minggu Contoh: Jarak masa Fauzi bercuti akhir tahun.
Tempat i. Rumah
Contoh: Fauzi menonton televisyen ii. Asrama A
Contoh: Fauzi tinggal di Asrama A iii. Rumah Nenek Sapiah
Contoh: Fauzi lari ke rumah neneknya ketika menghadapi masalah dengan keluarganya. iv. Stesen Bas
Contoh: Fauzi dan Syahir menunggu bas untuk pulang ke kampung v. Sekolah
Contoh: Ayah tiri dan ibunya datang ke asrama untuk melawat Fauzi. Masyarakat i. Masyarakat Pelajar
Contoh: Fauzi dan Syahir merupakan pelajar sebuah sekolah menengah dan tinggal di Asrama A ii. Masyarakat Petani
Contoh: Ayah tiri Fauzi merupakan seorang petani yang mengerjakan sawah. iii. Masyarakat Pendidik
Contoh: Cikgu Zainudddin merupakan seorang Guru Kaunseling yang menguruskan kemasukan Fauzi ke asrama.
iv. Masyarakat yang bersifat prihatin
Contoh: Ayah tiri Fauzi sangat prihatin terhadap pelajaran Fauzi dan selalu bertanya dengan siapa dia berkawan.
v. Masyarakat yang mementingkan pelajaran Contoh: Ayah tiri Fauzi selalu bertanya tentang kerja sekolah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 24
Gaya Bahasa: i. Kata Ganda
Contoh: Berbalam-balam, buku-buku, kegiatan-kegiatan, kawan-kawan, kerja-kerja ii. Sinkope
Contoh: Ayahku tidak seperti ayahmu. iii. Hiperbola
Contoh: Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam iv. Peribahasa
Contoh: Buah tangan Nilai Murni i. Nilai berdikari
Contoh: Fauzi berdikari sendirian ketika tinggal di Asrama A. ii. Nilai kerajinan
Contoh: Ayah tiri Fauzi rajin ke sawah dan ke laut untuk mencari rezeki bagi keluarganya. Ayahnya juga rajin melawat Fauzi di asrama.
iii. Nilai kasih sayang
Contoh: Ayah tirinya sangat sayang kepada Fauzi dan sanggup menghulurkan wang saku setiap kali melawat Fauzi.
iv. Nilai kesyukuran
Contoh: Fauzi bersyukur kerana dia sedar daripada kesilapannya yang bersikap buruk sangka terhadap ayah tirinya.
v. Nilai hormat menghormati
Contoh: Fauzi sangat menghormati ayah tirinya.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 25
Pengajaran: i. Kita hendaklah taat kepada kedua orang tua kita.
Contoh: Fauzi taat kepada ayah tirinya walaupun ayah tirinya bersikap tegas terhadapnya. ii. Kita perlulah berbincang dalam membuat satu keputusan penting.
Contoh: Ayah tiri dan ibu Fauzi telah berbincang sebelum menghantar Fauzi ke asrama. iii. Kita hendaklah mengasihi ibu dan ayah kita
Contoh: Fauzi sangat menyayangi ibu dan ayahnya. iv. Kita hendaklah menolong orang ketika berada dalam kesusahan.
Contoh: Cikgu Zainuddin menolong Fauzi untuk mendapat tempat tinggal di asrama. v. Kita hendaklah meminta maaf apabila melakukan kesalahan.
Contoh: Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya atas kesalahannya.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 26
CERPEN GEMA SEPI GADIS GENIUS (AZMAH NORDIN)
Sinopsis: Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program antibusut. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah busut yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan temantemannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu. Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena. Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 27
Tema: Kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer. Persoalan: i. Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh komputer.
Contohnya: Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyelusup sistem di makmal. ii. Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang berkemahiran
tinggi. Contoh: Hari pertama Basirah dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi. iii. Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran.
Contohnya: Hanani dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang kesenian dan kesasteraan.
Watak utama Basirah - Anak kepada seorang ahli perniagaan dan berusia 14 tahun. - Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani. - Siswi dalam jurusan Sains Komputer. - Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu. - Seorang yang pintar dalam bidang komputer. Watak sampingan Hanani - Anak sulung kepada ahli perniagaan dan baru berusia 16 tahun. - Kakak kepada Basirah. - Seorang yang lincah dan kreatif. - Suka mengambil berat akan adiknya. - Mempunyai ramai kawan. - Seorang yang suka kegiatan rekreasi. Plot i. Permulaan
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program antibusut. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 28
ii. Perkembangan Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah busut yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.
iii. Klimaks
Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.
iv. Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Teknik penceritaan i. Deskriptif (pemerian)
Contoh: Dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4)
ii. Monolog dalaman- Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu (m/s 10) iii. Imbas kembali
Contoh: Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4).
iv. Imbas muka
Contoh: Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah (m/s 17)
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 29
Latar Masa i. Siang
Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal Perdana ii. Malam
Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah iii. Hari minggu
Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di makmal sistem komputer, Makmal Perdana
Tempat i. Makmal sistem komputer di Makmal Perdana
Tempat Basirah menjalani latihan amali tahun akhir jurusan Sains Komputer
ii. Pusat bandar Kota Kinabalu Tempat letaknya Makmal Perdana
iii. Sekolah kanak-kanak pintar Tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-kanak
iv. Institusi pengajian tinggi di Semenanjung Tempat Basirah belajar sebagai siswi jurusan Sains Komputer
Masyarakat i. Masyarakat yang celik komputer
Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan computer
ii. Masyarakat terpelajar Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi
iii. Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi Hanani dan rakan-rakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 30
Gaya Bahasa: i. Metafora
Contoh: Meniti buih di jeram (m/s 3), mata fikir (m/s 2) ii. Diksi
Bahasa Inggeris - hyperintelligent (m/s2), the exterminator (m/s 8) Bahasa IT - Software (m/s 1), user (m/s 1), hacker (m/s 2) Istilah Sains - Osiloskop (m/s 11)
iii. Hiperbola
Contoh: Menggunung secara halimunan juga (m/s 9) iv. Sinkope
Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak) v. Simplok
Contoh: Dipuji macam bidadari Contoh: Diraikan macam puteri (m/s 16)
vi. Perlambangan
Contoh: Busut Nilai Murni: i. Nilai kasih sayang
Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi Basirah yang ke-14.
ii. Nilai berusaha
Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya. iii. Nilai bertanggungjawab
Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya. Pengajaran: i. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai
tahap kepintaran yang tidak sama. ii. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan. iii. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 31
CERPEN WARKAH DARIPADA IBU (ROHANI DERAMAN)
Sinopsis: Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap agar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamu walaupun neneknya telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan harinya, apabila ibu dan bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna kepada adik-adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira dengan rakan-rakan sebaya Mira serta mengenali. tempat di kampung neneknya itu. Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan barunya yang lain. Mira mula bersekolah dan mengulangkaji pelajarannya. Dalam keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut, Mira membaca sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu dan bapa Mira memanjakan dengan kemewahan, namun tidak bererti ibu dan ayahnya mahu lepas tangan dan melupakan tanggung jawab sebagai ibu bapa. Apa yang ibu Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini menunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke kampung. Setelah membaca surat daripada ibunya, Mira melipat surat tersebut dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir. Mira baru faham apa yang tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadap Mira. Tema: Pengorbanan seorang ibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa depan. Pengorbanan ini dapat dilihat melalui watak ibu yang menghantar anak-anaknya ke kampung untuk tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayahnya kerana tidak mahu anak-anaknya terdedah dengan gejala-gejala sosial yang berlaku di bandar.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 32
Persoalan: i. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Persoalan ini dapat dilihat melalui watak ibu dan ayah yang rela berpisah dengan anak-anak demi memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih sempurna.
ii. Persoalan kesediaan anak untuk melepaskan kemewahan yang dikecapi.
Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya yang serba kekurangan di kampung.
iii. Persoalan masalah sosial di bandar.
Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya.
iv. Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama.
Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Mira diminta oleh neneknya memakai tudung kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan.
Watak Utama Amira - Anak sulung daripada tiga beradik. - Kakak kepada Aidil dan Manja. - Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya. - Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup. - Sangat menyayangi ibu dan ayahnya. Watak Sampingan Ibu - Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja. - Seorang yang lemah lembut. - Setia kepada suami. - Merupakan anak tunggal. - Seorang ibu yang penyayang. Ayah - Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja. - Seorang yang memahami perasaan isteri. - Menantu yang cukup mengasihi mentuanya. - Seorang bapa yang penyayang.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 33
Plot: i. Permulaan
Mira telah menerima warkah daripada ibunya setelah hampir setahun Mira tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan kepadanya.
ii. Perkembangan
Mira dan keluarganya telah bersia-siap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka tidur bersama-sama dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Perpisahan dengan ibu dan bapanya telah menimbulkan perasaan sayu dan hiba Mira. Nenek telah mengajak Mira ke kedai dan dia telah berkenalan dengan Suzana. Mira mula bersekolah di kampungnya dan suasana persekolahan di sana telah memberikan kesedaran kepadanya. Mereka tidak menghiraukan perkara-perkara lain selain mengulangkaji pelajaran.
iii. Klimaks Mira telah membaca surat yang dikirimkan oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya menyatakan tujuan sebenar dia menghantar Mira dan adik-adik ke kampung kerana bimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat bandar kini. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Harapan ibunya agar anak-anak menjadi anak yang solehah, mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang tua.
iv. Peleraian
Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira memahami tujuan ibunya menghantarnya dan adik-adiknya tinggal di kampung.
Teknik Penceritaan i. Dialog
Contoh: Mira... ibu terpaksa menghantar Mira dan adik-adik tinggal dengan nenek di kampung pada hujung bulan ini, tiba-tiba saja ibu menyuarakan hasrat hatinya itu pada suatu hari. (m.s: 60)
ii. Deskriptif (Pemerian)
Contoh: Aku berbangga mempunyai ibu bapa yang penyayang. Walaupun sibuk dengan kerja dan tugas seharian di pejabat, mereka masih ada waktu untuk bermesra dengan keluarga. Ibuku seorang yang lemah lembut dan selalu setia kepada ayah. (m.s: 61)
iii. Monolog Dalaman
Contoh: Keputusan ibu dan ayah menghantar aku dan adik-adik untuk tinggal di kampung bersama datuk dan nenek, membuatkan aku bertanyakan diriku dengan berbagai-bagai pertanyaan. (m/s 1)
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 34
Latar: Masa i. Waktu malam
Ketika Mira dan ahli keluarganya bermalam di rumah datuk dan neneknya.
ii. Waktu siang Hari ketika Ibu Mira bersama-sama anak-anaknya bersiap untuk pulang ke kampung. Selain itu , semasa Mira dibawa oleh neneknya ke kedai Pak Uda Usop.
iii. Waktu senja
Ketika Mira dan keluarganya sampai ke kampung. Manakala datuk dan neneknya sedang bersiap untuk ke masjid.
Tempat i. Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu
Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung.
ii. Di rumah datuk dan nenek Mira. Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli keluarga Mira telah tidur berderetan di ruang tamu rumah datuk dan neneknya.
iii. Di Kedai Pak Uda Usop. Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya dan dia melihat anak-anak gadis seusianya yang sopan berpakaian.
Masyarakat i. Masyarakat bandar
Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. Ayah dan ibu Mira menyedari tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di bandar.
ii. Masyarakat kampung
Masyarakat yang masih kuat berpegang teguh dengan prinsip agama. Hal ini dapat dilihat semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya dengan Mira berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta memakai tudung.
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 35
Gaya Bahasa
i. Sinkope Contoh: bu (ibu), tak (tidak), nek (nenek), nak (hendak)
ii. Metafora
Contoh: Sembilu rindu (m/s64) iii. Diksi
Contoh: Bahasa Arab - Assalamualaikum, Walaikummusalam (m.s 63) IV. Peribahasa
Contoh: Tidur-tidur ayam (m.s 62), makan angin (m.s :61) Nilai Murni: i. Nilai kasih sayang
Contoh: Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya. ii. Nilai pengorbanan
Contoh: Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira baru faham, betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya.
iii. Nilai kepatuhan
Contoh: Dapat diperhatikan apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai tudung apabila keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya walaupun sebelum ini Mira tidak memakai tudung.
Pengajaran: i. Kita hendaklah berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi ii. Kita hendaklah tabah dan reda menghadapi dugaan iii. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa
Blog: cikgusazali.blogspot.com
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius
Prosa Moden 36
Top Related