8/3/2019 Gelak Tergolek
1/113
Wann Azlan
1
RAHMAN memberhentikan
keretanya di bawah sebatang
pokok ru. Dia meninjau-ninjau
sekeliling. Kemudian matanya tertumpu ke sebuah pondok
rehat, kira-kira seratus meter dari keretanya. Di situlah
tempat temu janji yang dibuatnya dengan Maimun.
Rahman berjalan mendekati pondok rehat itu. Dari
jauh dia mendapati ada seseorang sedang duduk bersandar di
salah sebuah bangkunya. Rahman mengamatinya, memang
betul itulah buah hatinya, Maimun. Namun Maimun tidaksedar akan kedatangannya walaupun dia kian menghampiri
dari arah hadapan.
Rupa-rupanya Maimun sedang tidur. Rahman
menggeleng-gelengkan kepala. Bahaya betul, getus hatinya.
Kalaulah ada peragut datang ke situ, senang-senang sahaja
dia dapat melarikan beg tangan Maimun yang diletakkan di
atas meja batu itu.
Rahman teragak-agak untuk mengejutkan Maimun.
Dia mahu menyentuh bahu buah hatinya itu, tetapi ditariknya
Bab
1
8/3/2019 Gelak Tergolek
2/113
Gelak Tergolek
2
semula tangannya. Bimbang nanti dikata tidak sopan pula.
Termangu-mangu Rahman seketika mencari cara yang paling
sesuai.
Seekor langau tiba-tiba terbang dekat dengan muka
Maimun. Ia berlegar-legar di situ. Rahman cuba
menghalaunya dengan melibas-libaskan tangannya, namun
langau itu tidak beranjak jauh. Tiba-tiba langau itu memasuki
lubang hidung Maimun.
Serta-merta Maimun terbersin. Segumpal hingusmenerobos keluar dari hidungnya. Sebaik sahaja membuka
mata, dia terperanjat bila melihat Rahman berada di
hadapannya.
Rahman menjadi serba salah. Mungkin Maimun
menyangka dia yang menjolok hidungnya semasa dia tidur
tadi. Harap-harap Maimun tidak marah. Untukmemberitahunya perkara yang sebenar, Rahman tidak sampai
hati. Nanti Maimun akan terasa malu pula. Itu pun kalaulah
dia mahu percaya.
Assalamualaikum. Maimun tertidur ya? Rahman
menegur akhirnya.
Maimun tersipu-sipu malu.
Waalaikumussalam, jawabnya lalu tunduk.
Hmmm... dah lama ke Abang Rahman sampai?
tanyanya sambil menjeling Rahman seketika.
Baru aje sampai. Maimun penat ke tunggu abang,
sampai tertidur? tanya Rahman kembali.
Tadi Maimun tiba awal sikit. Sambil-sambil tunggu
abang, Maimun duduk di sini. Entah macam mana boleh
terlelappulak, balas Maimun dengan mengulum senyum.
Rahman tersenyum segarit.
8/3/2019 Gelak Tergolek
3/113
Wann Azlan
3
Maimun kata nak datang dengan kawan-kawan.
Mana mereka? tanya Rahman.
Mereka pergi jalan-jalan kat tepi pantai. Ha, itu
pun mereka, kata Maimun sambil menunjukkan dua orang
gadis yang sedang berjalan di gigi air, kira-kira sepelaung dari
mereka.
Oh, itu kawan Maimun? Pukul berapa Maimun
sampai tadi?
Pukul dua.
La... kenapa awal sangat? Patutlah sampai tertidur,
lama sangat tunggu abang, kata Rahman sedikit kesal.
Maimun diam membisu, namun mulutnya
tersenyum simpul.
Itulah, janji nak jumpa pukul tiga, tapi pukul dua
dah datang. Kalau Maimun teleon abang pukul dua tadi,
bolehlah abang datang terus.... Taklah Maimun penat
tunggu, ujar Rahman.
Tak apalah, Maimun tak nak kacau abang. Tak
kisahlah Maimun datang awal sikit pun, asalkan tak terlewat,
balas Maimun.
Eh, nampaknya macam tak sabar nak jumpa abangaje, kata Rahman berseloroh.
Ala abang janganlah cakap macam tu, malulah
Maimun kata Maimun lalu berpaling ke arah lain.
Rahman tersenyum lebar. Nak malu apanya?
Dengan abang tak payahlah malu-malu.
Dengan tersipu-sipu Maimun berpaling semula kearah Rahman, namun dia tidak berani bertentang mata
dengannya.
Terserlah raut wajah ayu Maimun yang bertudung.
8/3/2019 Gelak Tergolek
4/113
Gelak Tergolek
4
Ditambah lagi sebiji tahi lalat sebagai penyeri di bawah
bibirnya.
Maimun memang cantik. Tahi lalat tu buat rupa
Maimun makin manis, puji Rahman mesra.
Maimun mendongak ke arah Rahman.
Errr tahi lalat? Maimun tak ada tahi lalat,
katanya sedikit hairan.
Tahi lalat kat tepi bibir itulah. Cantik sungguh,kata Rahman sambil memuncungkan bibirnya ke arah dagu
Maimun.
Mana? tanya Maimun lalu menyapu mukanya
dengan tangan. Tahi lalat itu hilang, tetapi ada meninggalkan
palitan sisanya pada bibir Maimun.
Eh, dah tanggal. Tahi lalat palsu ke? tanya
Rahman lalu dia menyoroti tangan Maimun.
Maimun pun memeriksa tangannya. Satu benda
hitam melekit bercalit di tangannya.
Tahi lalat? katanya seraya menghidu benda hitam
itu.
Ini bukan tahi lalat. Ini macam Maimun
menghidunya sekali lagi. Ini macam... tahi cicak.
Tahi cicak?
Haah tahi cicak. Eee gelinya! Macam mana
pulak boleh ada kat sini, hu hu huuu kata Maimun lalu
menangis.
Rahman aham. Maimun menangis bukan kerana
sedih, tetapi kerana malu! Rahman membantu Maimunmengelap sisa tahi cicak di bibirnya dengan tisu. Wow!
Romantiknya.
8/3/2019 Gelak Tergolek
5/113
Wann Azlan
5
Maimun terus menangis teresak-esak. Tak disangka
betul dating yang pertamanya ini menempuhi pengalaman
yang tragis. Cicak manalah yang sungguh kurang ajar ini
membuat sabotaj datingnya. Ada ke patut buang najis ke atas
muka orang! Apalah salahnya jika menghalakannya jauh
sedikit ke lantai, kalaupun sudah tidak sempat sangat.
Maimun menahan geram di hati. Kalaulah dia dapat
tangkap cicak tadi, akan ditenyeh dengan kakinya di lantai
hingga lumat. Itulah balasan yang patut cicak hampeh ituterima. Patutlah ada yang mengatakan membunuh cicak itu
mendapat pahala. Ini kerana cicaklah yang membuat bising
semasa Nabi Muhammad bersembunyi di Gua Thur daripada
musuh dahulu.
Selepas itu Maimun kelihatan seperti sudah hilang
mood. Ditanya sepatah, dijawabnya sepatah. Senyum pun
macam dipaksa-paksa. Terpaksalah Rahman memujuk buah
hatinya itu. Oh, ya... dia baru teringat. Tadi dia ada membeli
sekuntum bunga ros merah untuk diberikan kepada Maimun,
tetapi tertinggal di dalam kereta.
Okey, Maimun tunggu sekejap. Abang nak pergi
ambil barang, kata Rahman.
Abang nak pergi mana? soal Maimun.
Pergi dekat kereta aje, Maimun tunggu ya. Ada
surprise untuk Maimun nanti.
Maimun hanya mengekori Rahman yang berlalu
dengan anak matanya.
Rahman membuka pintu kereta sebelah kiri lalu
mengambil sekuntum bunga ros dari atas tempat duduk.Kemudian dia kembali ke pondok rehat dengan kedua-dua
tangannya yang memegang bunga ros itu di belakang.
Okey, Maimun kena tutup mata dulu, kata
8/3/2019 Gelak Tergolek
6/113
Gelak Tergolek
6
Rahman sebaik sahaja tiba di hadapan Maimun yang setia
menunggunya.
Maimun menurutinya.
Sekarang hulurkan tangan Maimun, kata Rahman
lagi. Dia menghulurkan tangkai bunga ros merah itu ke
tangan Maimun.
Maimun terus memegangnya.
Surprise...! kata Rahman. Sekarang Maimunboleh buka mata.
Wow, cantiknya! kata Maimun setelah melihat
sekuntum bunga ros merah di tangannya.
Maimun mencium bunga itu.
Wanginya. Terima kasih abang, katanya gembira.
Cium bunga aje? Abang ni pun nak kena ciumjugak. Jealouslah abang, kata Rahman mengusik.
Mana boleh! Belum tiba masanya lagi. Abang ni
nakallah, kata Maimun sambil menjeling manja pada
Rahman.
Rahman tertawa bersahaja.
Pap! Tiba-tiba seekor cicak jatuh ke atas meja, dekatdengan tangan Rahman.
Maimun terjerit cemas.
Rahman juga terperanjat.
Rahman menepuk meja. Cicak itu lari terjun ke
lantai dan terus susup-sasap hilang ke dalam rumput.
Rahman dan Maimun sama-sama ketawa kelucuan. Wajah Maimun kembali ceria. Padahal cicaklah
yang membuatkan dia muram sebentar tadi. Namun cicak itu
jugalah yang membuatkan dia gembira semula sekarang.
8/3/2019 Gelak Tergolek
7/113
Wann Azlan
7
Mungkin cicak tadi mahu melepas (berak) lagi
agaknya. Dalam mencari-cari sasaran yang sesuai, mungkin
lekapan kaki-kakinya terlepas daripada kayu kekuda pondok.
Mungkin juga Rahman yang menjadi sasaran cicak bedebah
itu kali ini, tetapi tidak sempat nampaknya.
Selepas lebih satu jam, masing-masing merasa
sedikit lega selepas berbual bicara meluahkan rindu yang
terpendam di hati. Tidak seperti sebelum ini, ayat-ayat cinta
beredar hanya melalui teleon dan SMS sahaja. Waktu sudah menjelang asar. Rahman akhirnya
menawarkan diri untuk menghantar Maimun dan kawan-
kawannya pulang ke rumah pada petang itu.
Rahman ingin terus bertemu dengan ibu dan bapa
Maimun. Dia berkira-kira untuk mencium tangan bapa
Maimun nanti. Barulah dirinya akan dikata bersopan santun,bakal menantu mithalilah katakan. Sejuklah hati bakal
mertuanya nanti hendaknya.
Setibanya di rumah Maimun, hajat murni Rahman
itu terpaksa ditangguhkan kerana Pak Brahim tiada di rumah.
Rahman berjanji dengan Mak Hendon yang dia akan datang
semula pada hari yang lain.
Dalam perjalanan pulang, Rahman singgah di
rumah Fauzi. Boleh juga dia menceritakan dengan penuh
bangga perihal datingnya hari itu kepada Fauzi.
Ya, Rahman berasa dialah jejaka yang lebih hebat
sekarang. Maklumlah, Maimun pernah menolak lamaran
cinta Fauzi sebelum ini.
Kebetulan pula Fauzi baru sahaja mahu keluarsewaktu Rahman tiba di pintu pagar rumahnya.
Jomlah lepak-lepak kat kedai Pak Yunus, bolehlah
kita bersembang bebas sikit, ajak Fauzi.
8/3/2019 Gelak Tergolek
8/113
Gelak Tergolek
8
Jom! kata Rahman lalu menggamit Fauzi masuk
ke dalam kereta.
Fauzi pun menurut sahaja.
Kereta Rahman pun meluncur laju ke warung Pak
Yunus.
Tiba di hadapan warung Pak Yunus, Rahman
memberhentikan kereta. Kelihatan warung itu kosong sahaja
tanpa pelanggan. Mungkin waktu sudah agak lewat petang.
Pelanggan sudah pun pulang.
Pak Yunus, air tebu segelas! teriak Rahman sebaik
sahaja melabuhkan punggung di kerusi.
Senyap. Tiada sahutan daripada Pak Yunus.
Mana pulak orang tua ni? tanya Rahman
sendirian.
Pak Yunus, air tebu segelas! laungnya lagi.
Senyap juga.
Pak Yunus pergi tandas kut. Kau cedoklah sendiri
dulu air tebu tu. Nanti Pak Yunus datang kau cakaplah,
saran Fauzi.
Betul jugak tu. Daripada tunggu Pak Yunus habis
berak, baik aku ambil sendiri, kata Rahman lalu tergelak
kecil.
Dia mengambil gelas besar lalu mengisinya dengan
beberapa ketul ais. Balang air tebu itu nampaknya sudah
hampir kosong dan sukar untuk dicedok lagi.
Kenapalah Pak Yunus ni tak tambah, dah nak habis
air tebu ni.
Rahman membebel sendirian sambil meninjau ke
dalam baldi penadah di bawah corong mesin tebu. Baldi itu
8/3/2019 Gelak Tergolek
9/113
Wann Azlan
9
separuh berisi. Tanpa membuang masa, Rahman terus
mencedok lantas dituangkan ke dalam gelasnya.
Setelah Rahman duduk kembali di bangkunya,
Rahman terus menyedut straw air tebunya. Kemudian dia
mengerut dahi.
Tawar, katanya.
Fauzi, kau ingat lagi tak janji kau minggu lepas?
tanya Rahman memulakan tajuk sembang.
Janji apa?
Alah, buat-buat lupapulak.
Janji apa? Janji belanja kau minum?No problem.
Bukan belanja minum. Itu dah biasa kau buat. Kau
janji nak botakkan kepala, kan?
Pasal cabaran memikat Maimun tu ke?Iyalah. Sekarang aku dah berjaya pikat dia. Kau
kena tunai janjilah.
Eh, tipulah. Tak percaya aku! Fauzi menjuihkan
bibirnya.
Kalau tak percaya, kau ambil handphone aku ni,
kau teleon Maimun sekarang jugak. Kau tanya sendiridengan dia. Aku baru saja hantar dia balik ke rumahnya tadi.
Kami pergi dating tepi pantai hari ni, kata Rahman bangga.
Tak payah reka ceritalah. Orang baik macam aku
ni pun dia tak ingin, apa lagi kau yang lebih teruk daripada
aku, dalih Fauzi tanpa menghiraukan handphone yang
dihulur oleh Rahman.
Okey, aku dailkan untuk kau. Lepas tu kau tanya
sendiri dengan dia, nak?
Beria-ia benar Rahman mahukan Fauzi percaya.
8/3/2019 Gelak Tergolek
10/113
Gelak Tergolek
10
Okey, okey. Aku percaya. Tak payahlah kau susah-
susah teleon dia. Fauzi mengalah akhirnya.
Ha, tau pun takut. Sekarang mari aku botakkan
kepala engkau, kata Rahman lalu tertawa besar.
Kepala aku dah botak pun, kata Fauzi bersahaja.
Kepala apa? Kepala lutut? soal Rahman.
Ya, betul. Kepala lutut, kepala bahu memang
dah botak semua, kata Fauzi lalu tertawa.Aku tak kira, aku nak otak engkau tu pun botak
jugak.
Janganlah... aku gurau aje dulu.
Jangan nak mengelatlah. Kau kena botakkan
jugak.
Tolonglah Rahman. Takhandsomelah aku nanti.Ah, tak usah beri alasan, aku tak kira!
Kalau aku tak nak botakjugak?
Aku dah tak nak berkawan dengan kau lagi.
Sampai hati engkau, Rahman. Aku dah tolong
kenalkan kau dengan Maimun. Bila dapat, kau nak buang aku
pulak? Takpe.Ha, kamu berdua. Dah lama sampai? Maaah Pak
Yunus lambat sikit, pergi buang air tadi, tegur Pak Yunus
yang tiba-tiba terpacul dari dalam warung.
Betul tekaan saya Pak Yunus buang air, ha ha
ujar Fauzi tertawa.
Saya dah ambil air tebu ni segelas, Pak Yunus,kata Rahman pula.
Ya, ya... ambillah, sambut Pak Yunus.
8/3/2019 Gelak Tergolek
11/113
Wann Azlan
11
Tapi kenapa air tebu ni tawar aje Pak Yunus? Tebu
muda ke?
Taklah. Tebu tua tu. Eh, kan ke air tebu dah habis.
Kamu ambil di mana?
Saya ambil dari dalam baldi bawah corong mesin
tu. Air tebu dalam balang dah habis.
Kamu ambil dari dalam baldi ni? tanya Pak Yunus
sambil mengangkat baldi itu.
Iye, kenapa? Air tebu dalam baldi tu dah ada orang
punya ke?
Tak. Ini bukan air tebu, ini air basuh mesin tebu!
Patutlah tawar, kata Fauzi lalu tergelak besar.
Muka Rahman menjadi merah, tentunya dia sedang
menahan malu.Tak apalah, Pak Yunus bagi ree aje air tebu
Rahman ni, kan? Fauzi berseloroh lagi.
Ya... ya, kata Pak Yunus yang turut ketawa.
Tebu dah habis tadi, itulah yang Pak Yunus cuci
mesin ni. Kamu terlambat sedikit, orang dah habis beli, jelas
Pak Yunus.
Kerana kasihankan kawannya yang bermukakodok
itu, akhirnya Fauzi berhenti ketawa.
Pak Yunus, bagi teh ais dua. Kali ni saya yang
belanja Rahman pulak. Katanya sambil menepuk-nepuk
bahu Rahman.
8/3/2019 Gelak Tergolek
12/113
Gelak Tergolek
12
L
AWANYA kamu, Man! Nak
pergi kenduri ke?
Rahman berpaling.
Kelihatan neneknya sedang enak-enak bersandar di soa.
Aduh, adapulak orang tua ni. Orang nak cepat ni, keluh
hatinya. Tak dilayan karang, rasa macam derhaka pulak.
Kalau dilayan nanti, panjangpulak ceritanya.
Bukan kenduri, Rahman nak pergi rumah
kawanlah nek, jawab Rahman.
Dia tahu, neneknya tidak akan dengar suaranyadengan jelas. Sesiapa sahaja yang mahu bercakap dengan
neneknya terpaksa menjerit ataupun bercakap di tepi
telinganya.
Nenek Rahman bangkit dari bersandar. Dia
nampaknya sedikit terperanjat. Duri masuk gigi? Alahai
Rahman, macam mana sampai duri masuk gigi? Itulah,gelojoh sangat makan. Pergi klinik cepat, suruh doktor
cabut.
Mana ada, nek. Rahman nak jumpa kawan ni,
Bab
2
8/3/2019 Gelak Tergolek
13/113
Wann Azlan
13
bukan nak jumpa doktor, balas Rahman. Cepat-cepat dia
menyarung stokingnya. Tidak ada masa untuk menerangkan
pada neneknya secara terperinci.
Dah tahu ikan tu kotor, kenapa dimakan jugak?
soal neneknya lagi.
Sambil bangun, Rahman menekan butang alat
penggera keretanya.
Tak apalah nek. Rahman pergi dulu ya, katanya
lalu melangkah ke luar.
Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, dia cepat-
cepat menghidupkan enjin. Menderum kereta Proton Waja
itu meluncur ke luar pagar dan terus sahaja memecut sebaik
sahaja memanjat jalan raya.
Sambil memandu, Rahman bersiul-siul riang.
Namun begitu hatinya terasa berdebar juga. Maklumlah,pertama kali dia akan bersua dengan keluarga buah hatinya.
Inilah masa untuk dia memperkenalkan diri kepada bakal
mertua. Untuk itu, dia perlu menunjukkan budi bahasa,
kredibiliti dan karisma yang baik. Terpaksalah menjadi
hipokrit sedikit. Untuk tujuan yang baik apa salahnya. Jangan
kantoisudah!
Rahman sememangnya telah bersedia awal-awal
lagi. Soalan-soalan yang berkemungkinan akan ditanya oleh
bakal mertua sudah pun dihaal jawapannya. Petua-petua
untuk memikat mereka pun akan diaplikasikannya nanti
sebaik mungkin, termasuklah taktik-taktik mandrem yang
dipelajari daripada kawan-kawan. Bak kata orang, kalau nak
kahwin dengan seorang perempuan, kahwinlah sekali denganibu bapanya. Untuk itu, bagi mencipta permulaan yang baik,
sebakul kecil buah-buahan yang dihias cantik dibawanya
sebagai buah tangan.
8/3/2019 Gelak Tergolek
14/113
Gelak Tergolek
14
Sementara itu, di sebuah rumah di Kampung Batu
Hampar, Pak Brahim dan Mak Hendon tertunggu-tunggu.
Teka-teki yang menyenakkan otak mereka mengenai bakal
menantu akan terjawab sebentar lagi. Kepingin sungguh
hendak ketemu si jaguh handalan yang berjaya mengangau-
angaukan anak dara mereka itu. Mengikut kata Maimun,
orangnyahandsome, kaya dan bersopan santun. Harap-harap
begitulah.
Ketibaan Rahman disambut dengan mesra. Dalamdiam, Pak Brahim dan Mak Hendon juga kagum akan
penampilan dan kejentelmenan lelaki muda ini. Sesuai benar
kalau hendak dijadikan menantu.
Namun Pak Brahim tidak mahu bertindak melulu.
Padanya, lelaki muda ini perlu diselidiki terlebih dahulu.
Entah macam mana sebenarnya latar belakang dia dalam
agama dan adab. Bak kata orang putih, dont judge a book by
its cover. Dia juga harus diuji serba sedikit. Cukup ke
ilmunya, tahan ke tidak mentalnya. Maklumlah, hendak
mengambil alih tanggungjawab ke atas anak dara orang
bukannya senang!
Selepas beramah-tamah seketika, Rahman pun
menyatakanlah tujuan kedatangannya yang membawa hasratuntuk melamar Maimun.
Mendengarkannya, spontan Pak Brahim tertawa
bersahaja, seperti dibuat-buat. Sememangnya pun dia sudah
sedia maklum akan hajat anak muda ini.
Tanpa menyatakan persetujuan menerima atau
sebaliknya, Pak Brahim bertanya soalan lain.
Dah lama ke kamu kenal Maimun ni?
Ditenungnya lelaki muda di hadapannya ini. Dapat
dilihat di dahinya sudah tumbuh manik-manik peluh. Panas
8/3/2019 Gelak Tergolek
15/113
Wann Azlan
15
petang itu agak membahang walaupun kipas berputar ligat di
atas kepala. Maklumlah sekarang musim kemarau,
memanjang sahaja cuaca panas kering.
Baru seminggu lebih, pak cik, jawab Rahman
perlahan.
Gementar juga rasanya dia bila bertentang mata
dengan orang tua itu. Matanya nampak galak semacam.
Macam gagak mengusha-ngusha bangkai yang digonggong
oleh anjing.
Seminggu lebih? Wah! Pak cik tabiklah kamu.
Berani sungguh. Gentleman lagi. Macam itulah anak jantan,
puji Pak Brahim sambil menepuk peha Rahman dengan kuat.
Tersentak Rahman jadinya, sampai tergigit lidah
sendiri. Nasib baik tidak luka.
Tapi pak cik nak tahu jugak, macam mana mula-mula kamu jumpa Maimun? tanya Pak Brahim lagi tanpa
menghiraukan reaksi Rahman itu.
Dengan semangat yang sudah tergugat, Rahman
nampaknya takut-takut hendak menjawab. Tidak dijangkanya
akan menghadapi situasi sebegini.
Errr... bulan lepas saya ada ikut Fauzi datangrumahnya. Masa itulah saya dapat tahu pasal Maimun.
Kebetulan kami ada terjumpa dengan Maimun semasa majlis
bubur Asyura di surau. Saya pun cubalah tegur dia.
Hah? Giliran Pak Brahim pula yang tersentak.
Fauzi? Budak tak senonoh tu? Kawan kamu rupanya.
Serta-merta air mukanya berubah, tidak semanis
tadi.
Rahman tertelan liur. Menderau darahnya dengan
perubahan mendadak angin Pak Brahim itu.
8/3/2019 Gelak Tergolek
16/113
Gelak Tergolek
16
Ya, pak cik. Dialah yang kenalkan saya pada
Maimun, katanya gugup.
Hai, tak habis-habis budak tu buat hal. Dari kecik
sampai besar, suka sangat dia usik anak aku. Pak Brahim
mengomel pula. Nampaknya dia kurang senang apabila nama
Fauzi disebut.
Tapi saya tengok dia okey saja, pak cik. Tak ada
pula dia usik-usik Maimun. Maimun pun nampaknya senang
dengan dia. Rahman mempertahankan sahabatnya.
Pak Brahim menghela naas dengan kuat.
Kamu tak tahu lagi perangai hantu dia. Kecik-
kecik dulu selalu pak cik piat dia. Dah besar pun pak cik
pernah kejar dia dengan cangkul, katanya sambil tangannya
menggayakan seperti mengayun batang cangkul ke atas
kepala Rahman.Serta-merta Rahman bertindak seperti
mengelaknya. Siap dengan aksi muka cuak sekali.
Eh, sampai macam tu sekali? Nakal sangat ke dia,
pak cik? Apa yang dia dah buat? Dia bertanya.
Ini cerita baharu. Fauzi tidak pernah pun cakap,
apatah lagi bercerita. Apa yang Rahman tahu, Fauzi lebihelok perangainya daripada dia sendiri. Kalau orang sebaik
Fauzi sudah dikatakan hantu, entah apa pula dirinya sendiri
patut dilabelkan? Tan Sri hantukah?
Macam-macam.... Pak Brahim tersenyum sinis.
Macam-macam benda dia dah buat. Alah, semua
orang kampung ni dah tahu sangat macam mana hantunya
dia, luahnya dengan nada meluat.
Daripada gaya dia bercakap, Rahman terperasan
yang Pak Brahim seperti berdendam dengan Fauzi.
8/3/2019 Gelak Tergolek
17/113
Wann Azlan
17
Menyedari situasi itu, Rahman mesti bertindak
bijak. Dia memilih untuk tidak menyebelahi Fauzi. Orang tua
ini perlu disapu dan dikipas.
Oh, macam tu. Patutlah dia tak mahu datang
sekali. Dia takutkan pak cik rupanya, kata Rahman sambil
mengangguk-angguk. Sebagai seorang kontraktor yang
bertauliah, kemahiran membodeknya mestilah lulus di
peringkat kepujian.
Nak datang sini? Budak tu kalau nampak pak ciksaja, tak cukup tanah dia lari, kata Pak Brahim dengan
bangga. Kembang kempis hidungnya. Terserlahlah bulu
hidungnya yang terjuntai keluar, berpintal-pintal dengan
misai. Cuma misainya sudah putih uban, dapatlah dibezakan
dengan bulu hidung yang masih hitam. Mungkin kepada
orang yang belum mengenalinya, Pak Brahim dilihat
memiliki misai yang unik. Fesyen kuda belang!
Rahman buat-buat ketawa. Jarumnya sudah
mengena. Bukannya susah sangat hendak tundukkan orang
tua ini. Tidaklah seteruk yang dikatakan Fauzi. Memang
Fauzi tidak reti meracun! Sebab itulah tak dapat-dapat.
Oh, baru saya aham sekarang. Agaknya sebab tu la
dia cabar saya tackle Maimun, balas Rahman.
Dengan tiba-tiba Pak Brahim menyinga. Apa? Dia
cabar kamu tackle Maimun?
Terjegil matanya memandang Rahman.
Rahman menggelabah. Tersilap cakap ke? Macam
manapulak nak jawab ni? Ah, belasah ajelah!
Ya, pak cik. Saya buat eksperimen saja, kalau dapat
nanti saya akan tunjukkan pada dia... ops. Alamak!
Rahman tersedar, walaupun dia cuba nak mengakali Pak
Brahim, tetapi dia sudah terlajak cakap.
8/3/2019 Gelak Tergolek
18/113
Gelak Tergolek
18
Hei, kamu ingat anak aku tu tikus ke nak buat
eksperimen, hah?! tengking Pak Brahim.
Marah benar dia. Tadi bukan main lagi mesra,
sekarang tiba-tiba pula macam singa. Sekelip mata sahaja
boleh bertukar, macam pakai suis pula. Petik sahaja suis, jadi
ramah. Petik suis lagi sekali, terus bertukar garang.
Bukan pak cik. Saya bukan bermaksud tak baik.
Saya sebenarnya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan
Maimun. Tergagap-gagap Rahman menafkannya. Sayatersilap cakap tadi. Maakan saya, pak cik.
Nasib baiklah dalam suasana tegang itu Maimun
muncul. Dia datang dengan menatang sebuah dulang.
Diaturnya cawan-cawan teh dan sepiring pisang goreng di
atas meja dengan cermat.
Jemput minum abah, Abang Rahman, pelawaMaimun dengan lembut sambil tangannya menuangkan teh
ke dalam cawan.
Hah! Jemputlah minum, sergah Pak Brahim
apabila melihat Rahman yang masih terkial-kial.
Kerana gabra, Rahman mencapai teko lalu
menuangnya ke dalam cawan yang sudah pun sedia penuh.
Agaknya dia tidak sedar apa yang dibuatnya.
Maimun kaget dengan kelakuan Rahman.
Dah penuh tu, abang, tegurnya.
Hampir melimpah air teh di dalam cawan yang
dituang oleh Rahman.
Rahman semakin gelabah.Eh, silap, katanya. Dituangnya pula teh ke dalam
piring pisang goreng. Maka berenanglah pisang goreng itu di
dalam air teh.
8/3/2019 Gelak Tergolek
19/113
Wann Azlan
19
Terbeliak mata Maimun. Eh, apa abang tuang
dalam piring kuih nipulak?
Cepat-cepat dia menyambar teko dari tangan
Rahman.
Rahman terpinga-pinga.
Apa kena dengan kamu ni? Mamai ke?! jerkah Pak
Brahim. Dia pun hairan dengan Rahman. Tadi gentleman
sangat, sekarang tiba-tiba pula jadi tak keruan, macam orang
hilang akal.
Eh, tidak. Tidak. Rahman mengangkat cawan lalu
menghirupnya terketar-ketar. Berkertak bunyi piring dan
cawan berlaga.
Sedap teh ni, katanya cuba senyum. Senyum
dengan muka cuak.
Walaupun rupanya nampak sungguh menggelikan
hati, tetapi Pak Brahim merenungnya dengan tajam.
Terima kasih, abang, balas Maimun.
Nanti Maimun tukar pisang goreng lain ya,
tambahnya lagi lalu bangun dan berlalu ke dapur.
Pak Brahim masih merenung Rahman. Bola
matanya bergerak ke atas dan ke bawah berulang kali. Setiap
inci tubuh Rahman ditelitinya.
Makin tidak selesa jadinya Rahman. Tambah seriau
dia apabila mata Pak Brahim asyik tertumpu pada
pinggangnya. Betul ke orang tua ni? Luar tabii ke apa? bisik
hatinya.
Cantik betul seluar kamu.Tiba-tiba Pak Brahim memecah hening. Suaranya
sengaja dilunakkan pula.
8/3/2019 Gelak Tergolek
20/113
Gelak Tergolek
20
Conuse Rahman. Ini pujiankah? Atau saja-saja
hendak perli seluar jeans lusuhnya itu? Seluar itu memang
sudah begitu sewaktu dibeli, hujung jahitan terburai dan
berbulu.
Anggap sajalah ianya satu pujian, tidak elok
bersangka buruk. Rahman menarik naas lega. Oh, terima
kasih pak cik. Memanglah seluar ni kalau siapa pun yang
tengok saya pakai, mesti berkenan. Kainnya lembut, selesa
sungguh saya pakai.Dia masuk bakul angkat sendiri.
Pak Brahim mengangguk-angguk sambil menjuih
bibir.
Apa jenis seluar yang kamu pakai ni? Dia
bertanya. Ada nada mengejek bunyinya.
Apa yang tidak kena dengan seluarnya? Rahmanmenjenguk-jenguk kiri dan kanan seluarnya itu. Dia cuba
bertenang. Ini seluar Levis pak cik, Fragment Design Fenom
505.
Tanpa teragak-agak dia menjawab. Namun
sebenarnya dia sendiri tidak pasti seluar apa yang dipakainya.
Banyak jenis seluar daripada pelbagai jenama terdapat di
dalam almarinya. Dalam tergesa-gesa bersiap tadi, dia
mencapai salah satu daripadanya dan terus sahaja
menyarungnya.
Oh, Levis. Tapi kenapa ada tulisan Cina kat situ?
Pak Brahim memuncungkan mulutnya ke arah kiri pinggang
Rahman.
Dengan pantas Rahman menjenguk. Ada satu tagkain yang mempunyai tulisan cina dari sulaman benang
berwarna merah tertampal di situ. Oh... benda ni pulak,
rungut hatinya. Muslihatnya sudah tersasar!
8/3/2019 Gelak Tergolek
21/113
Wann Azlan
21
Namun secara spontan Rahman mendapat idea.
Oh... ini Levis ditulis dalam bahasa Cina, pak cik,katanya tidak mahu mengalah. Mengalah bermakna
mengakui kebodohan diri sendiri.
Pak Brahim tersenyum sinis. Levis pun ada tulis
dalam bahasa Cina ke? Pak cik baru tahu.
Ini design Levis terbaru, pak cik. Baru sampai awal
bulan ni. Rahman terus mereka cerita. Egonya mesti
dipertahankan.
Oh, gitu. Dulu pak cik belajar kat sekolah rendah
Cina. Adalah belajar bahasa Cina sikit-sikit. Sepatah dua tu
dapatlah pak cik baca. Tapi sekarang dah banyak lupa. Itu
yang pak cik tanya tu, kata Pak Brahim sambil tersenyum
menyindir.
Rahman sedar yang tipu dayanya benar-benar sudahkantoi. Mati akal dibuatnya. Dia langsung terdiam.
Tapi pandaipulak Rahman ni baca Levis Cina, ya.
Pak Brahim terus mengasak. Walhal dia sudah pun tahu yang
Rahman hanya berbohong.
Nak tak nak Rahman terpaksa menyelamatkan
maruah diri. Tak. Saya tak pandai. Ini kawan Cina saya yangtolong belikan.
Bengang juga hatinya bila ditanya meleret-leret
begitu. Dah tahu akukelentong, tak payahlah buat-buat tanya
lagi, bentak hatinya.
Pak Brahim mengangguk beberapa kali. Oh, gitu.
Mesti mahal, kan? katanya seperti merasa taajub. Dia masih
mahu menyerang Rahman secara psikologi. Rasakan. Budak
ini perlu diajar cukup-cukup. Berlagak sangat! Tak mahu
langsung merendahkan diri, ujarnya di dalam hati.
8/3/2019 Gelak Tergolek
22/113
Gelak Tergolek
22
Rahman semakin tersepit, tetapi dia mesti
mempertahankan dirinya.
Ya, ya... memang mahal, tapi saya dah lupa berapa
harganya, katanya. Seboleh mungkin dia mencari jalan
untuk mematikan tajuk itu. Lagi banyak dia berdalih, lagi
banyaklah kredibilitinya pada bakal bapa mertuanya itu akan
jatuh.
Pak Brahim tertawa lagi. Dia tahu yang Rahman
sudah mengalah.
Sebenarnya pak cik pun ada seluar macam ni. Pak
cik beli tahun lepas. Pak cik pun dah tak ingat berapa
harganya. Tauke baju bundle tu longgok atas kanvas saja. Pak
cik beli satu, dia bagiree tiga helai lagi, katanya selamba.
Bammm!!! Dada Rahman rasa macam ditembak.
Kata-kata Pak Brahim bagaikan peluru menembusijantungnya. Maruahnya sudah bedebuk jatuh ke lantai. Tetapi
dia tidak boleh berputus asa!
Wah, banyaknya! Bertuah betul pak cik dapat
jumpa tempat adaoer. Seluar tu masih ada lagikah?
Rahman buat-buat bertanya soalan bodoh untuk
mengawal rasa malunya. Nasib baik Fauzi tak ada. Kalau tak
mampus aku kena gelak, bisik hatinya.
Ada lagi tinggal dua helai. Pak cik gantung dekat
pondok nun. Pagi-pagi nak pergi menoreh pak cik pakailah.
Pak cik pakai gilir-gilir, ujar Pak Brahim sambil senyum
meleret.
Rahman terbungkam.Hampeh orang tua ni, betul-
betulpedajalaku! Kalau nak mengena pun yang patut-patut jadilah, hatinya menyumpah. Bengangnya sudah sampai ke
tahap maksimum. Kalaulah di hadapannya ini orang lain,
sudah tentu dicarut-carutkannya. Namun sekarang dia
8/3/2019 Gelak Tergolek
23/113
Wann Azlan
23
berhadapan dengan bakal bapa mertua, pertama kali pulak
tu! Apa jua yang berlaku pun dia mesti menunjukkan adab
yang baik.
Harga getah sekarang saya dengar sudah naik.
Betul ke pak cik?
Rahman cuba menukar tajuk. Dia sudah mual
untuk mempertahankan perihal seluarnya itu lagi.
Pak Brahim menarik naas panjang dan
membetulkan sandarnya. Alhamdulillah. Macam tu la.
Dapatlah duit lebih sikit. Sekurang-kurangnya dapatlah pak
cik beli seluar Levis baru untuk menoreh.
Aduh! Aduh! Aduh! Orang tua ini tidak mahu
bertimbang rasa langsung! Sehabis upaya Rahman cuba
berdiplomasi, tetapi semakin melampau pula dia membidas.
Maka petang itu Rahman terpaksa menjadi macamorang bodoh. Terpaksa mengiakan apa sahaja yang Pak
Brahim katakan, walaupun ianya memakan diri sendiri.
Setelah penat dibelasah oleh Pak Brahim, Rahman
pun meminta diri untuk pulang. Lagipun waktu sudah
melewati asar. Pak Brahim berseloroh mengajak Rahman
terus bermalam di rumahnya. Terpaksalah Rahman
menolaknya dengan penuh hormat. Dia tidak sanggup!
Sepetang di situ pun dia sudah hampir separuh nyawa.
Ketika mahu membuka pintu kereta, Rahman
terpandang sehelai seluar yang tersangkut di kayu alang
pondok di tepi laman. Hampeh betul! Macam manalah aku
boleh terpakai seluar yang sama macam seluar dia buat
menoreh getah! hatinya merungut kesal.
8/3/2019 Gelak Tergolek
24/113
Gelak Tergolek
24
SAMBIL memandu, otak Rahman
menerawang jauh. Perbualannya
dengan Fauzi dua hari lalu
kembali menjelma. Patutlah Fauzi bersungguh-sungguh
benar menegahnya.
Kau memang serius? tanya Fauzi. Dia macam
tidak percaya. Masih waraskah kawan baiknya ini?
Yap! Walau apa pun terjadi, balas Rahman sambil
tersenyum. Hidungnya dikembangkempiskan.
Fauzi tidak bersetuju dengan keputusan melulusahabatnya itu.
Kau timbanglah dulu apa yang aku cakap tadi,
ujarnya. Dia mahu Rahman memikirkannya dahulu semasak-
masaknya. Perkara ini bukannya sesenang budak-budak
bermain masak-masak.
Aku tak kira. Yang penting kami dah sama-samacinta, tegas Rahman.
Itulah ikrar janji setianya. Walau apa pun halangan,
sanggup ditempuhi. Walau lautan api sekalipun sanggup
Bab
3
8/3/2019 Gelak Tergolek
25/113
Wann Azlan
25
direnangi, dahsyat tak dahsyatnya bila berjanji. Walhal,
longkang majlis perbandaran pun belum tentu dia sanggup
hulur kaki.
Fauzi menggeleng kepala. Dia melepaskan satu
keluhan panjang. Rahman, cinta itu buta. Kau pulak betul-
betul dah mabuk cinta. Orang buta, tengah mabuk pulak,
macam mana nak pilih bakal isteri dengan betul? Benda yang
tak baik pun kau nampak baik.
Bagi kau memanglah kau nampak tak baik sebabkau tak pandai tackle dia, bantah Rahman.
Sebenarnya dia merasa bangga. Dalam sekelip mata
sahaja dia dapat menawan seorang wanita yang telah sekian
lama gagal dipikat oleh kawan baiknya itu.
Aku bukan apa, hanya nak ingatkan saja sebab aku
lebih kenal Maimun. Aku lebih kenal keluarga dia. Fauzicuba menasihati.
Rahman mencebik bibir.
Aku pun dah kenal sangat Maimun. Tahu hati budi
dia. Kami saling memahami gitu, sanggahnya.
Fauzi mengeluh lagi. Nampaknya nasihat cara
lembut tidak lagi terkesan di hati Rahman. Dia perludibrainwash.
Kau baru kenal dia tak sampai pun dua minggu.
Kau baru nampak benda yang elok-elok aje. Banyak benda
yang tak elok kau tak tahu. Kalau dah suka sangat pun,
sekurang-kurangnya ambillah masa lebih lama sikit. Kenali
dia betul-betul dulu. Tengok macam mana perangai bapaknya.
Emaknyajugak. Cari dulu tune macam mana nak pikat makbapak dia. Bukan mudah, aku cakap. Jangan main serbu aje,
ujar Fauzi panjang lebar.
8/3/2019 Gelak Tergolek
26/113
Gelak Tergolek
26
Rahman berpaling ke arah lain. Malas dia nak
dengar bebelan itu. Macam mak nenek!
Lantaklah. Aku tak kisah macam mana perangai
orang tua dia. Aku bukan nak kahwin dengan mereka. Aku
nak kawin dengan anak dia orang aje. Pandai-pandailah aku
buat, katanya selamba.
Eh, senangnya kau cakap. Kahwin ni bukan
perkara ringan tau! Bukan benda boleh dibuat main-main,
kata Fauzi. Dia kurang senang dengan Rahman yangmengambil mudah tegurannya itu.
Rahman bangkit dari bangku.
Aku tak buat main-main. Aku nak kahwin betul-
betul. Bukannya nak buat perkara tak elok, tegasnya.
Fauzi tidak putus asa. Iya, aku aham. Tapi
Sudahlah kau. Orang nak bina masjid pun kau nak
bising itu ini. Tu yang berlambak kahwin tak nikah tu, tak
nakpulak kau bagi nasihat.
Dengan pantas Rahman memotong. Geram
sungguh hatinya. Ada kawan bukannya hendak tolong,
menyusahkan lagi ada la!
Fauzi menghela naas panjang.
Suka hati kaulah Rahman. Kalau memang dah
kemaruk tu, gajah rimau pun kau dah tak hirau, luahnya
dengan nada kecewa.
Kalau kau tak nak ikut pergi rumah Maimun cakap
aje. Senang. Tak payah nak panjang-panjangkan cerita. Tak
perlu berdolak-dalik. Rahman melepaskan geramnya.Aku memang tak nak ikut pun. Aku mintak maa.
Aku dah dapat bayangkan apa yang akan berlaku nanti, kata
Fauzi.
8/3/2019 Gelak Tergolek
27/113
Wann Azlan
27
Kan senang mengaku macam tu. Tak nak ikut,
sudah. Aku akan pergi sorang. Aku anak jantan. Bukan
pengecut macam kau! Rahman menempelak.
Fauzi merenung Rahman. Timbul pula rasa kasihan
di hatinya. Kawannya itu berada di dalam kekeliruan.
Rahman, biar aku terus terang. Sebenarnya aku
main-main saja cabar kau pergi ngurat Si Maimun tu. Aku
tak fkir pulak kau akan sangkut dengan dia, kata Fauzi
meluahkan apa yang disimpannya selama ini.
Rahman tersenyum mengejek. Dah terlambat.
Kalau kau nakkan Maimun semula pun dah tak dapat. Itulah,
ada awek tak nak jaga. Siap oerkat orang lain pulak. Kan
dah melepas. Paaadan muka!
Dia bukan awek akulah, bodoh! marah Fauzi.
Sebuah basikal yang ditunggang oleh seorangbudak kecil keluar dari simpang secara tiba-tiba membuatkan
Rahman menekan brek sekuat hati. Lamunannya pun mati
serta-merta. Nasib baik di belakangnya tiada kenderaan lain.
Kalau tidak, tentu buntut keretanya sudah kena rempuh.
Rahman beristighar panjang. Dia mengurut dada
kelegaan. Apabila memandang sekeliling, barulah dia tersedar,
rupa-rupanya rumah Fauzi hanya serantai lagi di hadapan.
Oleh itu, Rahman terus sahaja menonong masuk ke laman
rumah Fauzi. Kebetulan pula Fauzi sedang melangut di
beranda rumahnya ketika itu.
Eh, kau Rahman. Apa hal? Tetiba aje muncul,
tegur Fauzi. Tidak dijangkanya sahabatnya itu muncul pada
lewat petang itu.
Aku dari rumah Maimun, balas Rahman. Tanpa
dipelawa dia memanjat tangga lalu duduk di soa bersetentang
dengan Fauzi.
8/3/2019 Gelak Tergolek
28/113
Gelak Tergolek
28
Wuyyyo! Cayalah. Berkenalan dengan bakal
mertua ke? teriak Fauzi. Taajub sungguh dia dengan
keberanian Rahman. Betul-betul dia telah buktikan
keanakjantanannya.
Rahman tersenyum puas. Gitulah lebih kurang.
Tapi yang lebih penting, aku dah buktikan pada kau. Aku dah
berjaya menawan Maimun, termasuk keluarganya sekali.
Dia berkata penuh bangga. Manakan tidak, perkara
yang Fauzi gerunkan berjaya dilakukannya tanpa halanganbesar.
Okey, okey. Wa tabik lu, beb! Tak sangka betul
aku. Fauzi memuji. Rasa bimbangnya dulu kini sudah
bertukar menjadi kagum.
Rahman tertawa bangga. Hah, baru kau tahu siapa
aku. Aku dengar bapak Maimun pernah kejar kau dengancangkul. Apa hal?
Rahman mengalih topik perbualan.
Eh, mana kau tahu? tanya Fauzi kaget.
Pak Brahim sendirilah yang cerita, jelas Rahman
sambil tersengih.
Fauzi mendengus kecil. Tak guna punya orang tua.Itu pun dia buat cerita ke?
Dia menyumpah kesal. Dia sendiri pun seboleh-
bolehnya tidak mahu menyebut lagi kisah itu. Lebih baik
kenangan pahit itu dilupakan terus.
Namun Rahman nampaknya berminat untuk
mengetahuinya.Teruk ke kau kena cangkul? usul Rahman.
Tak adalah. Cangkulnya makan tuan sendiri, balas
Fauzi culas. Malas dia hendak meneruskan ceritanya.
8/3/2019 Gelak Tergolek
29/113
Wann Azlan
29
Eh, macam mana tu? Tak aham aku. Makin galak
Rahman bertanya. Cerita ini nampaknya semakin menarik.
Fauzi menarik naas panjang.
Panjang ceritanya, katanya sambil merenung jauh
ke arah baruh.
Pendekkanlah ceritanya, desak Rahman. Dia
sudah tidak sabar lagi.
Maka terpaksalah Fauzi membuka semula kisahlamanya. Okeylah, aku mengaku. Memang dulu aku pun ada
hati jugak kat Maimun. Tapi Maimun ni sombong sangat.
Langsung dia tak layan aku. Sekali tu aku ada jumpa dia
semasa dia balik dari kedai. Aku pun ayat baik punyalah....
Hai Maimun, assalamualaikum.
Nak kacau oranglah tu. Tak ada kerja lain.
Sampai hati kau tak jawab salam aku, Maimun.
Waalaikumussalam! Kau nak apa?
Maimun baru balik dari kedai ke?
Tak adalah, gula ni sekilo tiga ringgit.
Amboi, sombongnya! Lain yang kita tanya, lainyang dia jawab, ya.
Suka hati akulah. Apa pasal kau nak menyibuk?
Tepilah aku nak lalu.
Tunggulah dulu. Marilah kita beramas mesra.
Dek kerana nak buat ayat berbunga, aku tersasul. Aku nak ajak dia beramah mesra, tapi aku tersasul sebut
beramas mesra, luah Fauzi kesal.
8/3/2019 Gelak Tergolek
30/113
Gelak Tergolek
30
Rahman tergelak besar. Apa punya cuailah mulut
Fauzi.
Lepas tu apa jadi? tanya Rahman.
Lepas tu apa lagi, dia hayun tangan dan dapatlah
tapaknya kat pipi aku. Dia kata, nah! Ini dia aku punya
ramas dan terus berlari balik. Tergamam aku. Bengang pun
ada. Memanglah pipi aku taklah rasa seperit mana, tapi hati
aku ni sakit sungguh. Tak apalah, hari itu hari dia.
Fauzi mengambil naas seketika.
Lepas tu aku pun lepak-lepaklah kat kedai kopi.
Nak release tension. Tak sampai lima minit kemudian aku
nampak Pak Brahim meluru datang. Dari jauh lagi dia
menjerit-jerit memaki hamun aku. Siap dengan menjulang
cangkulnya sekalipulak tu. Aku pun apa lagi, angkat kaki dan
buka langkah seribulah, sambungnya.Lepas tu?
Aku lari ke sungai. Pak Brahim terus kejar aku.
Tapi entah macam mana cangkulnya menyadung banir pokok
rengas, lalu hulu cangkulpulak menyondol perut Pak Brahim
sendiri. Jatuh tergolek dia. Merengkok-rengkok dia kat situ.
Senak gila perut dia agaknya.
Haha haha, dah tu kau terus lari ke?
Aku rasa kesianlahpulak. Akuambik cangkul dan
baling jauh sikit. Kemudian aku papah Pak Brahim pulang ke
rumahnya.
Wah! Kalau macam tu mesti Maimun kagum
tengok kau.
Ada la juga... dia ucap terima kasih pada aku. Tapi
dua tiga hari aje dia buat baik. Lepas tu perangainya berubah
balik macam asal. Sombong sangat. Aku pulak yang nampak
8/3/2019 Gelak Tergolek
31/113
Wann Azlan
31
macam terhegeh-hegeh. Lama-lama aku pun jadi tawar hati.
Tak kenang budi punya orang.
Fauzi meluahkan kekesalan yang terbuku di
hatinya.
Tapi sekarang Maimun dah jadi milik aku. Aku
harap kau tak makan hati pulak, kata Rahman dengan
bangga. Sedikit pun dia tidak menunjukkan rasa simpati
dengan cerita Fauzi tadi.
Tak ada la. Tapi aku rasa kesian pulak, balas
Fauzi.
Suaranya tiba-tiba berubah tegas, tidak sesayu tadi.
Wajah kecewanya pun turut lenyap.
Rahman merasa pelik. Kenapa?
Fauzi mengulum senyum.
Yalah, ada jugak lelaki malang yang tersangkut
dengan dia, katanya selamba.
Eleh, lelaki tu sungguh bertuahlah. Kalau jealous
cakap aje, marah Rahman yang tidak puas hati akan kutukan
Fauzi itu. Padanya, kawannya itu sengaja mahu menutup rasa
cemburu.
Fauzi hanya tersengih. Dia tahu, kawannya itu telah
dikuasai emosi. Sensiti sungguh orang tengah mabuk cinta
ini.
Tapi sebelum korang kahwin, aku nak pesan satu
aje, kata Fauzi pula beria-ia, semacam ada amanat penting
sahaja yang nak diberi.
Pesan apa?Kalau engkau kahwin nanti... pisau, parang, kapak
dan gergaji jangan simpan kat rumah.
8/3/2019 Gelak Tergolek
32/113
Gelak Tergolek
32
Apesal?
Aku takut benda-benda tu terbang tak tentupasal. Kata Fauzi lalu ketawa terbahak-bahak.
Dah, dah. Jangan nak merepek. Cis!
8/3/2019 Gelak Tergolek
33/113
Wann Azlan
33
MALAM itu selepas
makan malam, Rahman
memanjangkan hajatnya
kepada orang tuanya.
Puan Senah terus sahaja membantahnya mentah-
mentah, manakala Encik Ramli hanya berdiam diri.
Menyokong tidak, membangkang pun tidak.
Bolehlah mak.... Rahman memujuk.
Mak tak berkenan. Carilah perempuan moden
sikit. Ini tidak, gilakan perempuan yang entah apa-apa.Dahlah budak kampung, sekolah pun tak tinggi, tegas Puan
Senah. Nadanya memang sombong.
Encik Ramli mula mengangkat kening.
Apa salahnya mak. Budak kampung pun ada
Belum sempat Rahman menghabiskan ayatnya,
Puan Senah memotong, memang tak salah, tapi mak malu.Mak ada air muka, mana nak sorok muka mak ni nanti?
Rahman memandang ibunya dengan dahi berkerut
Bab
4
8/3/2019 Gelak Tergolek
34/113
Gelak Tergolek
34
seribu. Mak nak sorok buat apa? Bukannya Man buat mak
aib sangat.
Alah, serkup aje tudung saji kat kepala, sampuk
Encik Ramli tiba-tiba. Kemudian dia tertawa.
Eh, abang ni buat loyar buruk pulak. Bukannya
nak tolong saya, marah Puan Senah.
Dah itu Man nak, terima ajelah. Awak nak bising-
bising buat apa?
Ayah setuju ke? Yahooo! Terima kasih ayah, kata
Rahman sambil memeluk tengkuk Encik Ramli, tanpa
menghiraukan Puan Senah yang sudah bercekak pinggang
itu.
Abang oi! Yang abang pergi sokong mereka tu
kenapa? Abang nak menantu kita budak kampung ke? marah
Puan Senah.
Apa yang jadi hal sangat pasal budak kampung?
Awak dah lupa ke? Awak tu pun dari kampungjugak dulu.
Janganlah nak lupakan daratan Cik Senah oi.
Encik Ramli memulangkan paku buah keras.
Terkedu Puan Senah.
Dulu lain bang, sekarang lain. Dulu orang tak
ambil kisah sangat, tapi sekarang... senang sangat jadi buah
mulut orang. Nanti apa saya nak cakap pada kawan-kawan
saya? Puan Senah tidak mahu mengalah.
Cakap aje benda yang betullah, tegas Encik Ramli
selamba.
Eee senangnya abang cakap. Nanti orang katatimbalan pengerusi wanita bahagian dapat menantu budak
kampung tak sekolah tinggi. Sedap ke abang dengar? tanya
Puan Senah dengan mengeraskan suara di hujung ayatnya.
8/3/2019 Gelak Tergolek
35/113
Wann Azlan
35
Sedapjugak. Dapat menantu budak kampung yang
bersopan santun, berbudi bahasa, hormat orang tua, ada
pekerti diri yang tinggi, yang solehah, yang lemah lembut
dan lain-lain lagi, kata Encik Ramli bersahaja.
Hesy, abang ni! Tak boleh diharap langsung. Kita
pulak yang kena sindir. Puan Senah mencemuh. Dia
mengetap-ngetap bibirnya. Geram sungguh dia nampaknya.
Bertenanglah dulu puan timbalan pengerusi
wanita bahagian, ya. Yang nak kahwin tu Rahman, bukannyapuan timbalan pengerusi wanita bahagian. Nampaknya puan
timbalan pengerusi wanita bahagian pulak yang lebih-lebih
ributnya. Encik Ramli memerli pula. Sengaja dia mahu
memarakkan lagi geram isterinya.
Iye, betul Rahman yang nak kahwin. Tapi Rahman
tu anak saya. Kalau dia kahwin, saya akan dapat menantu.Menantu tu pulak sebahagian daripada keluarga saya, aham
tak cik abang oi? kata Puan Senah yang mula melenting.
Betul, betul, betul, jawab Encik Ramli, seperti
mengajuk suara kanak-kanak lagaknya.
Apa betul, betul, betul? sanggah Puan Senah.
Betullah Maimun akan jadi ahli keluarga kita,
kata Encik Ramli.
Hai, tak aham-aham lagi orang tua ni
nampaknya.
Puan Senah merengus. Bila budak kampung tu
dah jadi ahli keluarga kita, maka martabat keluarga kita akan
jatuh, aham Encik Ramli?
Dia mengomel lagi. Membulat matanya menentang
mata Encik Ramli.
Encik Ramli mengerutkan dahi. Nak jatuh ke
8/3/2019 Gelak Tergolek
36/113
Gelak Tergolek
36
mananya? Tinggi manalah sangat martabat kita ni? soalnya
dalam nada menyindir.
Eee... susah betul nak bercakap dengan awak ni.
Tak apa, kalau abang tak nak tolong saya, saya boleh buat
sendiri. Taulah apa saya nak buat nanti. Puan Senah
akhirnya menurunkan nada suaranya.
Awak nak buat apa? Jangan nak cari pasal pulak,
balas Encik Ramli sambil membeliakkan matanya.
Ha, tau pun takut. Baru abang kenal siapa saya,
kata Puan Senah sambil mengangguk-anggukkan kepala.
Nanti abang tengoklah sendiri, tambahnya lagi
lalu mengangkat punggung dan berlalu ke dapur.
Sebenarnya Puan Senah telah mempunyai pilihan
hatinya sendiri untuk dijadikan menantu. Dia berkenan
sungguh dengan Zara, anak kawan baiknya Datin Kamilia, yang merupakan isteri kepada ketua bahagian. Encik Ramli
pun sudah maklum akan hal ini, tetapi dia malas hendak
ambil pusing.
Dahulunya Encik Ramli sekeluarga pernah berjiran
dengan keluarga Datin Kamila. Walaupun tinggal berselang
tiga buah rumah, Puan Senah dan Datin Kamilia sangat
akrab. Mereka sama-sama menganggotai persatuan wanita di
taman perumahan mereka. Mereka juga menghantar anak-
anak mereka ke tadika yang sama.
Namun lain pula dengan Encik Ramli. Walaupun
dia kenal juga dengan Mahmud, suami Datin Kamilia, yang
waktu itu belum lagi mendapat anugerah gelaran Dato,
namun hubungan mereka tidaklah rapat. Maklumlah,Mahmud adalah orang kuat politik, jadi beliau memang
jarang berada di rumah.
Begitu juga dengan Rahman, dia mengenali Zara
8/3/2019 Gelak Tergolek
37/113
Wann Azlan
37
sejak kecil lagi. Zara agak manja dan setahun lebih muda
daripadanya. Mereka bermain dan belajar bersama-sama.
Berkelahi dan menangis pun kadangkala bersama-sama.
Lumrah anak-anak kecil, bergaduh dan sekejap kemudian
bermain bersama semula.
Sehinggalah satu ketika, Dato Mahmud berjaya
menjawat kedudukan penting dalam parti politik. Beliau
sekeluarga berpindah ke kawasan perumahan lain yang lebih
elit dan eksklusi. Sejak itu Rahman dan Zara jarang-jarangdapat bersua sehinggalah masing-masing meningkat dewasa.
Namun ibu-ibu mereka terus berhubung rapat antara satu
sama lain. Dengan bantuan Datin Kamilia jugalah, Puan
Senah mendapat kedudukannya dalam politik kini.
Sungguhpun begitu, Zara tidak memiliki ciri-ciri
wanita idaman Rahman. Rahman tahu Zara adalah jenis
perempuan yang gemar bersosial, bebas orangnya. Zara juga
akti dalam politik, mengikut jejak langkah ibu dan bapanya.
Rahman pernah mendengar khabar angin daripada kawan-
kawannya yang Zara pernah bersekedudukan dengan
beberapa VIP.
Rahman bertekad, walau apa pun terjadi, dia tidak
akan memperisterikan Zara. Padahal, memang Zara sendiripun tiada hati sangat dengan Rahman.
Tetapi Puan Senah pula yang beria-ia mahukan Zara
menjadi menantunya. Dengan itu, hubungannya dengan
Datin Kamilia akan menjadi lebih rapat lagi. Ini semua adalah
demi cita-citanya yang mahu mencapai kedudukan yang lebih
baik dalam parti politik.
Setelah gagal memujuk ibunya untuk menerima
Maimun, Rahman cuba memerah otak mencari jalan agar dia
tidak dikahwinkan oleh ibunya dengan Zara. Dia perlu
8/3/2019 Gelak Tergolek
38/113
Gelak Tergolek
38
bertindak cepat. Namun Puan Senah terlebih dulu
mengaturkan rancangan merisik Zara.
Hujung minggu ni mak nak jumpa Datin Kamilia.
Mak nak beritahu Datin perkara ini, tegas Puan Senah
apabila Rahman sekali lagi cuba memujuk ibunya pada suatu
petang.
Nampaknya pendirian Puan Senah sudah tidak
dapat diubah lagi. Rahman terpaksa berikhtiar dengan cara
lain pula.
Tengah hari keesokannya Rahman makan bersama
kawannya Farid di sebuah restoran kegemarannya di pinggir
Jalan Bukit Kecil.
Farid juga subkontraktor di tapak projek pembinaan
yang sama, tetapi dia menguruskan kerja-kerja bahagian
kerangka logam.Farid lebih tua daripada Rahman dan terlebih
dahulu menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Dia juga
telah memiliki syarikat sendiri dengan pekerja seramai lima
belas orang. Sebab itulah jika dibandingkan, Farid kelihatan
lebih berjaya daripada Rahman. Dan yang bagusnya,
kadangkala Farid menjadi guru kepada Rahman dalam banyak
perkara, terutamanya selok-belok urusan perniagaan.
Hari itu Farid perasan yang Rahman tidak seceria
selalu.
Kenapa kau ni, Rahman? Resah aje aku tengok?
tanya Farid sambil menyuap nasi ke mulutnya.
Rahman tidak menjawab, tetapi satu keluhan
panjang keluar dari mulutnya.
Supplierkau buat hal lagi ke? soal Farid lagi.
Taklah, jawab Rahman sepatah.
8/3/2019 Gelak Tergolek
39/113
Wann Azlan
39
Dah tu, masalah apa pulak? Pekerja kau ponteng
ke?
Pun tidak.
Habis tu?
Aku nak kahwin, jawabnya pendek.
Tangan Farid yang hanya seinci lagi dari mulutnya
terhenti, tidak jadi dia menyuap. Matanya membulat besar.
Dia terpegun bercampur hairan. Seketika kemudian diatergelak besar. Nasi di tangannya tadi dicurahkan semula ke
dalam pinggan.
Oh... nak kahwin, kata Farid. Orang lain kalau
nak kahwin mesti gembira bukan main. Tapi engkau ni resah
semacam. Apa yang kau takutkan? Kau nak kawin dengan
siapa?
Bukan takut nak kahwin. Tapi aku tak mahu mak
aku paksa aku kahwin, jawab Rahman acuh tak acuh.
Mak kau paksa kau kahwin? soal Farid pelik.
Rahman mengangguk.
Tapi kenapa kau tak nakpulak? soal Farid lagi.
Aku dah ada pilihan sendiri.
Oh, begitu rupanya. Baru aku aham, kata Farid
mengangguk-angguk. Mak engkau nak kahwinkan kau
dengan siapa?
Siapa lagi, Zaralah. Anak kawan baik dia.
Anak Datin Kamilia tu?
Ya. Takkan kau tak kenal dia. Kau pun mesti tahumacam mana perangai perempuan tu.
Ya, aku tahu sangat. Zara tu spare parts Dato-
Dato, tak sesuai kalau nak dibuat bini.
8/3/2019 Gelak Tergolek
40/113
Gelak Tergolek
40
Masalahnya sekarang mak aku tak percaya. Dia
ingat Zara tu baik orangnya. Zara tu pulak pandai betul
berlakon.
Aku nasihatkan kau jangan kahwin dengan Zara
tu, walau macam mana sekalipun. Susah kau kemudian hari
nanti.
Memang aku tak akan kahwin dengan dia pun.
Seteruk-teruk perangai aku, taklah sampai sekeji macam
dia.
Okey, sekarang siapapulak pilihan engkau?
Ada la... dia budak kampung, tapi kau tak kenal
pun.
Farid mengangguk-angguk. Mesti elok orangnya.
Sekurang-kurangnya dia dapat bimbing engkau nanti.
Aku ingat lepas kahwin ni, aku nak berubah. Aku
dah tak nak hidup tak tentu hala lagi. Aku dah nak tutup
buku pasal benda-benda mengarut yang aku buat sebelum
ni.
Baguslah kalau macam tu. Tapi macam mana aku
nak tolong engkau?
Tolong halang mak aku daripada pergi meminangZara.
Macam mana tu?
Aku pun tak tahu. Kau bagilah idea.
Idea? Bab masalah rumah tangga ni, aku kurang
pakar sangat. Bila mak engkau nak pergi meminang Zara?
Mak aku cakap, Sabtu ni dia nak pergi merisikdulu. Lepas tu mereka akan bincang pasal bertunang
sekalilah.
8/3/2019 Gelak Tergolek
41/113
Wann Azlan
41
Wah, empat hari lagi tu. Dah tak ada masa ni. Kau
mesti bertindak lebih cepat dari mereka.
Aku dah tak nampak jalan nak buat macam mana.
Takkan nak ajak mak aku pergi melancong ke luar negeri
pulak.
Cara tu kurang bijak. Aku tak yakin akan berjaya.
Lagipun bila balik dari melancong, lambat-laun mak engkau
suruh kahwin dengan Zara jugak. Baik kau cari jalan yang
lebih mudah, tapi menjadi.
Macam mana?
Entahlah. Kepala aku pun tiba-tiba jadi buntu
jugak sekarang.
SEPERTI yang dirancang, pada petang hari Sabtu itu Puan
Senah pun bertandanglah ke banglo mewah Datin Kamilia.
Encik Ramli tidak mengikut sekali kerana ada hal lain di luar
daerah semenjak semalam.
Puan Senah membawa hajatnya yang melangit
tinggi. Dibawanya sebakul kecil kuih Almond London
kegemaran Datin Kamilia sebagai buah tangan. Dia benar-
benar yakin yang risikannya ini akan diterima dengan senang
hati oleh Datin Kamilia dan juga Dato Mahmud.
Datin Kamilia yang juga berseorangan di rumah
menyambut Puan Senah dengan senyum meleret seperti
selalu. Dia sedikit terperanjat apabila Puan Senah
menghulurkan sebakul kecil kuih Almond London.Hai, lain macam saja you datang kali ni. Siap
bawak kuih avourite I lagi. Ada apa-apa ke? tanya Datin
Kamilia mesra.
8/3/2019 Gelak Tergolek
42/113
Gelak Tergolek
42
Ala, macam tau-taupulak Datin ni saya ada hajat.
Memang saya datang ni bawak hajat. Tapi segan pulak nak
cakap, balas Puan Senah berbasa-basi.
Apa yang you nak segankan? Macam tak biasa
pulak dengan I.
Hmmm... begini Datin. Saya datang ni nak risik-
risik anak Datin, Zara tu, kata Puan Senah tersipu-sipu.
Oh, begitu, balas Datin Kamilia tertawa kecil.
Zara tu berkawan dengan Rahman sejak kecil lagi
kan, Datin. Saya rasa mereka berdua tu padan sangat. Puan
Senah menyusun ayat dengan berhati-hati.
Datin Kamilia senyum sambil mengangguk-
angguk.
Apa pendapat Datin? tanya Puan Senah.
You betul-betul serius ke? tanya Datin Kamilia
kembali. Dia tertawa kecil lagi.
Saya seriuslah Datin. Takkan saya nak main-main
dengan Datinpulak.
Hmmm kalau I beritahu sesuatu, you jangan
kecik hatipulak, ya?
Air muka Puan Senah berubah tiba-tiba.
Apa dia, Datin? soalnya cemas.
You terlambat sikit. Dua hari lepas dah ada orang
datang melamar Zara.
Siapa dia? Datin terima ke? tanya Puan Senah
pantas.
Seorang anak pegawai tinggi di Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Zara pun nampaknya tak ada
masalah untuk menerimanya.
8/3/2019 Gelak Tergolek
43/113
Wann Azlan
43
Oh... keluh Puan Senah.
I mintak maa banyak-banyak. Bukan I tak sukaanak you tu, tapi frst come frst servelah. I harap you
aham.
Datin pasti ke orang tu betul-betul anak pegawai
kementerian? Datin sudah selidik betul-betul? tanyanya yang
masih tidak berpuas hati.
Hei, tak baik you bersangka buruk, tau! Dato
kenal dengan ayah dia, tau...! kata Datin Kamilia.
Saya bukan apa, Datin. Saya risau jugak jika Zara
berkahwin dengan orang yang belum pernah dia kenal.
Manalah tau.... Kata-kata Puan Senah terputus.
You tak usah bimbanglah. Taulah Si Zara tu nanti.
Dia pun dah besar panjang, sudah cukup matang untuk
hadapi semua tu, ujar Datin Kamilia.
Puan Senah tidak bersuara. Dia cuba meneguk liur
yang dirasakan amat payah untuk melepasi tekaknya.
Wajahnya suram menunjukkan dia merasa sangat hampa.
Terkuburlah sudah hajatnya kini.
Come onlah, Senah. Dont get rustrated, okay.
Cuba you fkir jauh sikit. Bila hubungan I dah terikat rapatdengan pegawai tinggi di kementerian tu, senanglah I dan
Dato tarik kontrak-kontrak dalam kementerian tu. Nanti I
bagilah sikit pada you dengan Rahman. Dont worry, okay,
pujuk Datin Kamilia.
Puan Senah terus berdiam diri. Hatinya mencemuh,
aku nak anak dia jadi menantu aku. Bukannya aku lapar
sangat dengan projek-projek pegawai tu.
Hey, where are you? I swear, okay, kata Datin
Kamilia bila melihat Puan Senah seperti mengelamun.
8/3/2019 Gelak Tergolek
44/113
Gelak Tergolek
44
Kalau dah begitu kata Datin, saya dah tak boleh
buat apa. Saya ikut sajalah, kata Puan Senah akhirnya.
Dia sedar yang anaknya tidak setanding dengan
anak pegawai itu. Rahman hanya kontraktor kecil kelas
bawahan. Apalah sangat yang Datin Kamilia dapat nanti jika
dia mengambil Rahman jadi menantunya.
Dengan rasa rendah diri, Puan Senah meminta diri
untuk pulang. Walaupun Datin Kamilia menahannya untuk
bersembang lebih lama, dia sudah tiada mood lagi. Denganlangkah yang longlai, dia menapak keluar dari banglo mewah
itu.
Nampaknya Puan Senah terpaksa sahaja menerima
pilihan Rahman sekarang untuk beristerikan Maimun. Dia
sudah tiada sebab lagi untuk menghalang hajat anak
tunggalnya itu kini. Walaupun pada dasarnya dia sudah tiadamasalah untuk memaksa Rahman menuruti pilihannya,
tetapi dia tidak berjaya memenangi hati Datin Kamilia pula.
8/3/2019 Gelak Tergolek
45/113
Wann Azlan
45
SEBUAH MPV separa mewah
berhenti betul-betul di hadapan
pintu pagar rumah Pak Brahim.
Cermin pintu belakangnya menggelongsor turun.
Seorang wanita separuh umur yang berkaca mata
besar terjenguk-jenguk ke luar.
Selain wanita itu, kelihatan ramai lagi kelibat yang
ada di dalam kereta besar itu.
Seorang dara yang telah anggun berhias
memerhatikan dengan penuh minat dari sebalik langsir.Sudah sekian waktu dia berdiri di situ, tertunggu-tunggu
akan kunjungan tersebut. Wow, Toyota Wish! Kayalah aku,
teriak hatinya.
Maimun meluru ke arah bilik emaknya. Mak,
cepatlah. Mereka dah sampai tu.
Oh... dah sampai, sahut Mak Hendon yang sedangleka merapikan tudung.
Pergilah sambut, gesa Maimun sambil
menggoncang-goncangkan bahu ibunya itu.
Bab
5
8/3/2019 Gelak Tergolek
46/113
Gelak Tergolek
46
Mak tak siap lagi ni.
Cepatlah, mak.Sabarlah. Biarlah mereka datang. Nanti mereka
beri salam kita jawablah. Kemudian buat-buat terkejut sikit,
barulah best, balas Mak Hendon sambil mengangkat kening.
Sengaja dia mengusik.
Maimun mengerutkan muka.
Ada ke buat macam tupulak, katanya lalu berlaluke luar bilik.
Tersenyum lebar Mak Hendon melihatkan gelagat
anak daranya yang seorang ini. Kelam-kabut dan riang
semacam. Mak Hendon aham. Normallah tu. Dia pun dulu
pernah merasai saat-saat yang indah sebegitu.
Puan Senah turun dari MPV. Dia melangkah masuk
ke laman. Sememangnya pintu pagar telah pun sedia terbuka,
semenjak Pak Brahim pergi ke masjid awal subuh tadi.
Kagum sungguh Puan Senah melihat laman rumah
yang penuh dengan pokok bunga. Sambil melangkah,
tangannya mengusik-usik bunga yang menguning. Tiba-tiba,
prap! Serta-merta Puan Senah tunduk melihat kakinya.
Satu cecair pekat berwarna kuning meleleh pada rumputdekat kaki kirinya. Ada pecahan kulit telur pula di bawah
sepatunya.
Belum sempat Puan Senah berbuat apa-apa, tiba-
tiba bunyi tempikan meletus di belakangnya. Belum sempat
dia berpaling, punggungnya terasa dipatuk. Dia menjerit
terkejut. Sakitnya bukan main. Dan sejurus kemudian
bertubi-tubi lagi patukan diterimanya. Rupa-rupanya Puan
Senah sedang diserang oleh sekawan angsa!
Puan Senah cuba melarikan diri. Namun kakinya
8/3/2019 Gelak Tergolek
47/113
Wann Azlan
47
terpijak seketul bata. Dia terpelecok lalu jatuh tersembam ke
tanah. Maka terjerit-jeritlah ibu Rahman itu bertingkah-
tingkah dengan tempikan angsa yang mengerumuninya.
Segenap ruang tubuh Puan Senah menerima ciuman dari
muncung angsa yang keras itu.
Rahman dan bapanya segera datang membantu,
namun tak terlawan mereka dek kerana angsa lebih banyak.
Menambahkan gamat lagi keadaan, nenek Rahman
yang turut datang bersama rombongan pula terlatah-latah.Dia terlenggok-lenggok seperti orang menari ronggeng,
sambil mulutnya becok menyanyi lagu rap yang entah apa-
apa bunyinya itu.
Mendengar bunyi riuh-rendah itu, Pak Brahim
anak-beranak meluru keluar. Alangkah terperanjatnya Pak
Brahim apabila melihat apa yang berlaku. Kelam-kabut PakBrahim dengan Mak Hendon menangkap angsa-angsa
tersebut. Namun angsa-angsa itu sungguh agresi. Pak
Brahim dan Mak Hendon sendiri pun dipatuknya walaupun
angsa-angsa itu amat jinak dengan mereka sebelum ini.
Marah sungguh angsa-angsa itu nampaknya!
Bagaikan ada pesta di halaman rumah Pak Brahim.
Jeritan manusia berserta tempikan angsa hingar-bingarmenggamatkan suasana. Belum pun apa-apa acara merisik
bermula, suasana sudah pun menjadi begitu happening.
Meriah sungguh!
Lima minit kemudian keadaan pun terkawal. Angsa-
angsa itu telah pun dapat dikurung di kandangnya.
Puan Senah kelihatan serabai. Sanggulnya terlerai.Sebelah subangnya hilang entah ke mana. Nasib baik cermin
mata besarnya tidak pecah.
Mak Hendon membantu Puan Senah berdiri.
8/3/2019 Gelak Tergolek
48/113
Gelak Tergolek
48
Macam mana, cik puan. Tak apa-apa ke? tanyanya.
Disapu-sapunya tanah yang melekat pada baju kebaya Puan
Senah.
Aduih, perit mata aku. Nasib baik tak buta, gerutu
Puan Senah. Ditenyeh-tenyeh mata kanannya dengan jari.
Oh, ada lebam dekat mata mak cik, kata Maimun.
Dia cuba memeriksa mata bakal ibu mertuanya itu.
Tetapi Puan Senah melarikan mukanya dari tangan
Maimun.
Marilah naik ke rumah, mak cik. Nanti saya
sapukan minyak Afat, pelawanya dengan penuh sopan.
Tak payahlah. Aku tak apa-apa. Puan Senah
menolak dengan agak sombong. Walaupun dia sememangnya
merasa sakit-sakit dan tidak selesa, tetapi dia terpaksa
menjaga egonya.
Minta maaah semua, ya. Tak sangka pulak jadi
macam ni. Selalunya angsa-angsa saya tu jinak, kata Pak
Brahim sambil menghulurkan tangan kepada ayah Rahman.
Ayah Rahman menyambutnya dengan penuh mesra.
Tak apalah. Perkarakecik saja tu. Kami datang ni sebenarnya
ada perkara lagi besar yang dibawa. Saya Ramli.Oh, saya Ibrahim.
Mereka ketawa-ketawa seraya bertepuk-tepuk bahu
seketika.
Kalau begitu jemputlah naik ke atas dulu. Tak elok
rasanya bercakap kat laman ni saja. Pak Brahim mempelawa.
Ah, elokjugak tu, balas bapa Rahman.Pak Brahim memanggil anaknya. Maimun, pergi
siapkan minuman untuk tetamu kita ni. Mereka datang dari
jauh, tentu haus.
8/3/2019 Gelak Tergolek
49/113
Wann Azlan
49
Baik abah, balas Maimun lalu segera masuk ke
dalam.
Dek kerana kakinya yang terpelecok tadi masih lagi
sengal, sewaktu Puan Senah memanjat tangga, langkahnya
telah terlepas dari tubir salah satu anak tangga. Dia hilang
kawalan lalu tumbang ke belakang.
Pak Brahim yang berada dua anak tangga di atas
pantas bertindak. Namun dia hanya sempat menyambar kain
sarung Puan Senah sahaja. Akibatnya sarung itu terburai.
Nasib baiklah Rahman ada di bawah. Sempatlah dia
menyambut ibunya. Jika tidak, sudah tentu Puan Senah akan
tergolek untuk kali keduanya di kaki tangga pula.
Mak Hendon turut terjerit sama.
Pak Brahim pula tergamam. Menyedari yang dia
telah memegang kain sarung bini orang, dia punmelepaskannya. Kain sarung itu pun melondeh jatuh. Kecoh
sekali lagi.
Jatuh tangga, eh! Jatuh cinta. Eh... jatuh tangga
eh! Jatuh mata, jatuh kaki, eh! Jatuh laki. Laki bini eh! Laki-
laki, latah nenek Rahman.
Puan Senah memakai kebaya yang labuhnya hanyaparas punggung sahaja. Oleh itu pehanya yang lembik dan
menggeleber itu pun terserlahlah.
Rahman segera mengawal keadaan. Dibetulkannya
semula kain sarung ibunya itu.
Eh, bapaknya tengok apa? tanya Mak Hendon
sambil menepuk belakang suaminya yang masih terpegun
melihat Puan Senah.
Pak Brahim tersedar.
Eh, takdelah, ujarnya lalu melangkah ke atas.
8/3/2019 Gelak Tergolek
50/113
Gelak Tergolek
50
Sebaik sahaja semua orang duduk di soa ruang
tamu, Puan Senah berkata, ehem... saya mulakan ya. Indah
rupawan adinda puteri, mari bersiar di pinggir taman, besar
hajat kami ke mari, bertanya khabar bunga di taman.
Lemah lembut sahaja Puan Senah menjual pantun.
Disambut pula ketawa mengilai ibunya.
Mak Hendon tergamam. Eh, saya tak tahu
berpantun, macam mana nak jawab ni?
Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia
tidak menjangka yang dia kena berpantun pula. Biasanya
majlis bertunang yang dibuat di kampung itu ringkas sahaja,
straight to the point, tidak pernah pula berpantun-pantun.
Jawab ajelah emaknya. Takkan nak biarkan pantun
yang dijual tak terbeli, tingkah Pak Brahim. Padahal, dia
sendiri pun tidak mahir berpantun. Jangan suruh aku jawab,sudah! getus hatinya.
Selepas termenung sejenak, Mak Hendon pun
membalas. Pergi ke kedai membeli roti, tuan kedai bernama
Pak Abu, bunga khabar baik saja, bunga hmmm bunga
khabar baik sajalah.
Lantas ia disambut juga dengan ilaian nenekRahman. Mengilai sahaja yang dia tahu. Dengar ke tidak,
entah!
Tertelan liur Pak Brahim mendengarnya.
Apa ke benda yang kamu jawab emaknya? Buat
malu saja, katanya sambil mengusap-usap muka, control
malu. Walaupun tidak sepandai mana, tetapi dia merasakan
yang dia boleh membuat pantun yang lebih baik daripada
pantun isterinya yang entah apa-apa itu.
Biar saya jawab ya, ujarnya kemudian.
8/3/2019 Gelak Tergolek
51/113
Wann Azlan
51
Anak ayam berlari-lari, anak itik menari-nari,
kalau tuan-tuan sudi, kami pun sudi.
Pantun itu juga disambut gelak tawa mesra dari
sebelah pihak Rahman. Yang paling galak ketawa sudah
tentulah neneknya.
Rahman hanya tunduk tersipu.
Sudi apa pulak bapaknya? Orang belum apa-apa
lagi, dia dah sampai ke situ. Jangan gelojoh sangat. Mak
Hendon meningkah suaminya dengan suara separuh berbisik.
Eh, awak ni. Dah memang hajat itu Encik Ramli ni
sekeluarga, nak jawab macam mana lagi? Pak Brahim
membalas balik.
Ha ha ha ha betul tu Cik Brahim. Kita buat cara
senang saja. Tak perlu dipanjang-panjangkan cerita, sampuk
ayah Rahman.
Dan mereka ketawa lagi.
Dengar kata, yang empunya diri tu kerja bergaji
besar, betul ke Cik Senah oi? tanya Mak Hendon berbasa-
basi.
Belum sempat Puan Senah menjawab, ibunya
terlebih dulu menyampuk. Betul tu, waktu tu sampan takada. Nak bawak ke hospital pun payah. Jadi terpaksalah mak
cik lahirkan Senah ni tengah banjir besar.
Merah padam muka Puan Senah!
Mak Hendon terkesima. Eh, banjir besar?
Dia mengerutkan dahinya. Apa kena-mengena
pulak kerja dengan lahir tengah banjir? Jauh benar laritajuknya. Betul ke apa yang aku dengar? Atau mereka tak
aham apa yang aku cakap? Mak Hendon tertanya-tanya di
dalam hati.
8/3/2019 Gelak Tergolek
52/113
Gelak Tergolek
52
Maakanlah kami, Cik Hendon oi.... Ibu mertua
saya ni kurang dengar sikit, kata Encik Ramli sambil ketawa
tawar. Ikutkan hati memang kami tak nak bawa dia ni tadi.
Tapi dia menangis-nangis nak ikut. Maklumlah nak tengok
bakal isteri cucu manja dia. Jadi terpaksalah kami bawa
bersama.
Ooo. Mak Hendon mengangguk-angguk sambil
menutup mulut. Geli benar hatinya. Terpaksalah dia menahan
ketawa untuk menjaga air muka tetamu-tetamunya itu.Tak adalah besar sangat. Si Rahman ni kerjanya
ambil projek kecil-kecil aje dulu. Maklumlah baru mula cuba-
cuba berniaga. Ayah Rahman menjelaskan soalan tergantung
tadi.
Oh kontraktor la tu. Kata-kata Mak Hendon
terputus.Bukan, Rahman tak bawak sendiri traktor, dia jadi
tauke. Dia duduk di pejabat saja. Yang bawak traktor tu kuli
dia. Nenek Rahman menyampuk pantas.
Segera Rahman memberi isyarat jari telunjuk di
bibir pada neneknya.
Ooo... gitu, kata Mak Hendon mengangguk-
angguk. Apapulak tak besarnya kerja kontraktor, Cik Ramli.
Orang kerja kontraktor semuanya hebat-hebat. Ada kereta
besar, rumah besar, pokok pangkalnya semua besarlah.
Tak adalah macam tu sekali, Cik Hendon. Rahman
ni kontraktor biasa saja. Bukannya buat bangunan besar atau
jalan raya. Kalau yang macam itu barulah boleh dikatakan
besar. Ayah Rahman berdalih lagi.
Jadi sekarang ni Rahman tengah buat projek apa?
tanya Pak Brahim.
8/3/2019 Gelak Tergolek
53/113
Wann Azlan
53
Sekarang ni, anak saya ni tengah buat projek
pasang longkang kat Jalan Kamaruddin. Akhir bulan depan
siaplah. Lepas ni katanya, mungkin dia dapat projek di Batu
Rakit. Yalah, makin lama makin besarlah projeknya. Lambat-
laun dapatlah projek jalan raya pulak. Puan Senah pula
menjelaskan.
Projek longkang lagi besar ke?
Tiba-tiba terpacul soalan dari mulut Mak Hendon.
Berdetak di hati Pak Brahim. Apalah dia ni. Perli-
perli orangpulak!
Encik Ramli dan Puan Senah terdiam gamam.
Menyedari situasi yang kurang mesra itu, Rahman
berdeham sekali.
Bukan, mak cik. Lepas ni saya buat projek tangki
septic pulak. Baru minggu lepas saya menang tender ni.
Sekarang ni hanya tunggu pelan daripada majlis perbandaran
saja, jawab Rahman dengan tenang.
Wah, hebat sungguh bunyinya. Tapi tangki septic
tu apa bendanya? tanya Mak Hendon lagi.
Errr tangki tu yang macam. Rahman tercari-
cari makna yang sesuai.
Alah tangki plastiklah tu, yang semua rumah
buat isi air tu. Dulu kita pakai fberglass. Sekarang dah
moden sikit, pakai tangki plastiklah pulak, potong Puan
Senah dengan segera.
Oh, ya, ya,ha ha ha. Pak Brahim tergelak besar.
Sengaja dia mengiakannya. Sebenarnya dia tahu Puan Rosnahberbohong. Tidak apalah, hal kecil sahaja. Setiap orang ada
taktik. Setiap taktik mesti dibalas taktik juga, fkir Pak
Brahim.
8/3/2019 Gelak Tergolek
54/113
Gelak Tergolek
54
Rahman meraup muka. Fuh! Selamat aku, bisik
hatinya. Hampir-hampir jatuh air mukanya tadi. Cepat-cepat
dia berlagak selamba semula.
Dan proses runding-merunding itu pun berjalan
lancarlah adanya.
Puan Senahlah yang paling lebat bercakap.
Yang lain pula menambah dan menyoal sekali-
sekala. Malahan ada ketikanya mereka semua hanya terlopong
sahaja.
Akhirnya Puan Senah pun mengeluarkan satu kotak
kecil berwarna merah.
Inilah tandanya, katanya lalu menghulur kepada
Mak Hendon.
Mak Hendon mengambil kotak itu dan
membukanya.
Ish, ish, ish, cantiknya. Mesti mahal cincin ni.
Bertuahlah Maimun. Kita dulu tak dapat rasa benda-benda
macam ni, katanya kagum.
Mak Hendon membelek-belek cincin yang
mempunyai sebutir permata itu.
Tengoklah bapaknya.... Cantik, kan? kata Mak
Hendon menunjukkan jari hantunya yang telah disarungkan
cincin tersebut.
Pak Brahim terkejut. Eh, apa awak buat ni. Cincin
tu bukan untuk awak. Buka balik!
Alah, saya cuba aje. Awak pun mana pernah belikan
saya cincin macam ni, kata Mak Hendon sambil melentur-lenturkan jarinya itu ke depan.
Pak Brahim mengetap bibir. Mengada-ada betullah
orang tua ni. Aku tangankan karang, baru tahu! Tak senonoh
8/3/2019 Gelak Tergolek
55/113
Wann Azlan
55
sungguh kelakuan! hatinya menyumpah-nyumpah sambil
menahan geram. Bukak balik!
Nak bukaklah ni, jawab Mak Hendon.
Eh, tak boleh bukak pulak. Ketatnya, ujarnya
sambil menarik-narik cincin itu. Namun cincin itu tidak
mahu melurut. Ia bagaikan melekat pada kulitnya.
Pak Brahim mencapai tangan Mak Hendon lalu
membelek cincin di jari isterinya itu. Hah, itulah awak.
Memandai sangat pakai siapa suruh. Cincin ni kecil. Jari
awak tu besar. Yang awak gatal tangan pergi sarung tu
kenapa?
Dia pun cuba merentap cincin itu dengan kuat.
Adoi! Janganlah tarik kuat sangat, putus jari saya
karang, jerit Mak Hendon. Dia menarik kembali jarinya
daripada tangan Pak Brahim.
Biar putus saja tak apa. Mengada-ada sangat! balas
Pak Brahim marah. Potong sajalah jari awak tu.
Mak Hendon menyuakan jari hantunya itu ke
mulut.
Hei, nanti! Awak nak buat apa tu? Puan Senah
pula menjerit.
Nak gigit, tarik pakai gigi pulak, kata Mak
Hendon.
Jangan! Rosakpulak cincin tu nanti, larang Puan
Senah.
Puan Senah pun cuba menarik cincin itu.
Pak Brahim membantu dengan menarik MakHendon dari belakang.
Encik Ramli pula menarik pinggang Puan Senah.
8/3/2019 Gelak Tergolek
56/113
Gelak Tergolek
56
Mereka saling tarik menarik. Sekejap menginjak ke
belakang, sekejap terdorong ke depan pula. Macam berlawan
tarik tali lagaknya.
Tiba-tiba jari Mak Hendon terlucut dari cengkaman
Puan Senah. Keempat-empat mereka jatuh telentang.
Merudum bunyi rumah Pak Brahim.
Tercabut ke? tanya Pak Brahim.
Tak, jawab Mak Hendon.
Cik Tun, jiran sebelah yang sedari tadi terhendap-
hendap di tepi laman memasang telinga, cemas bila
mendengar hingar-bingar itu. Memikirkan sesuatu yang
buruk berlaku, dia pun berkejar naik ke rumah Pak Brahim.
Dia yang sememangnya mulut becok dengan tanpa
membuang masa lagi, terus mempotpet-potpet semahunya.
Akhirnya, Imi yang turut berada di situmencadangkan supaya cincin itu dilonggarkan menggunakan
sabun. Dia mendapat idea ini daripada pengalamannya yang
selalu tertanggal cincinnya semasa mandi bersabun.
Maka apabila air sabun digunakan, cincin itu pun
dapatlah dilucutkan dari jari Mak Hendon dengan mudahnya.
Akhirnya cincin yang sudah tidak perawan lagi itudisarungkan pada jari manis Maimun. Nampaknya cincin
juga terpaksa menempuh pelbagai halangan untuk sampai
kepada bakal tuannya!
Tiba masanya untuk pulang, sekali lagi Puan Senah
menjerit dari tangga.
Masing-masing menyerbu. Ingatkan dia jatuh lagi,
tetapi tidak. Rupa-rupanya ada selambak tahi angsa di atas
kasutnya. Entah macam mana pula angsa itu boleh terlepas
dari kandang!
8/3/2019 Gelak Tergolek
57/113
Wann Azlan
57
KINI dengan cincin bertatahkan
sebiji permata tersarung di jari
manisnya, Maimun hampir
selangkah ke alam rumah tangga. Ia adalah tanda yang
Maimun sudah dimiliki. Dan ini juga bermakna Maimun tidak
boleh diusik oleh jejaka lain lagi.
Sejak cincin tersebut ada bersamanya, Maimun
kelihatan lebih ceria. Dia tidak pernah berpisah dengan
cincinnya itu walau ke mana dia pergi, hatta sewaktu ke
tandas sekali pun. Cincin itu juga membuatkannya kerap kalidilihat berangan-angan dan tersenyum-senyum seorang diri.
Pernah sekali ketika berangan-angan di birai
tangga, sedar-sedar sahaja ada seorang pemuda Pakistan
tercegat di hadapannya dengan memikul segulung karpet.
Pemuda Pakistan itu pula tersenyum lebar sambil
memandangnya dengan penuh minat.
Cik adik manis, jauh-jauh banyak senyum sama
saya, mau beli ini karpet ka? tanya pemuda Pakistan itu
sambil menggoyang-goyangkan kepalanya.
Bab
6
8/3/2019 Gelak Tergolek
58/113
Gelak Tergolek
58
Merah padam muka Maimun. Tidak disangka,
senyumannya dapat dilihat dari jalan besar, sampaikan si
penjual karpet Pakistan pun terpikat. Padahal dia sendiri pun
tidak menyedari yang dirinya sedang tersenyum.
Entah macam mana Maimun boleh tidak perasan
penjual karpet itu datang. Agaknya Maimun nampak Rahman
yang datang tadi. Nasib baik dia tidak bangun menerpa
ataupun memeluknya. Maimun berasa malu sendiri. Lantas
dia bangun dan berlari masuk ke dalam rumah meninggalkanpemuda Pakistan itu terpinga-pinga.
PETANG itu Rahman datang menjemput Maimun untuk
bersama-sama pergi ke klinik. Mereka akan menjalani
pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan sebelum berkahwin.Mak Hendon juga akan turut bersama menemani Maimun.
Prosedur pemeriksaan kesihatan ini dijalankan bagi
menyaring bakal pengantin pembawa HIV. Ia adil untuk
semua agar tiada mana-mana pihak teraniaya kemudian hari
nanti. Seseorang yang zahirnya nampak sihat tidak
semestinya betul-betul sihat sebenarnya.Rahman dan Maimun juga akan melalui ujian
talasemia. Talasemia bukan penyakit, tetapi kecacatan pada
genetik. Anak yang akan dilahirkan cenderung menjadi
lumpuh jika kedua-dua ibu dan bapanya adalah pembawa
talasemia. Pastinya mereka juga tidak mahu perkara ini
terjadi kepada mereka kelak.
Setibanya di klinik, mereka mendapati pesakit yang
sedang menunggu untuk berjumpa doktor tidaklah ramai,
hanya tiga orang sahaja. Di kaunter kelihatan seorang lelaki
tua sedang berurusan. Pada agakan Rahman, lelaki tua itu
8/3/2019 Gelak Tergolek
59/113
Wann Azlan
59
berusia sekitar tujuh puluh tahun. Dia nampak sedikit uzur
dan bercakap pun lambat-lambat.
Namun suasana tampak tegang bila lelaki tua mula
itu meninggikan suaranya. Dia seperti tidak berpuas hati.
Namun Rahman tidak berhajat untuk masuk campur. Dia
akan bersabar menunggu gilirannya untuk mendatarkan
diri.
Apabila lelaki tua itu nampaknya seakan sudah
hampir selesai berurusan, Rahman bersama Maimun dan MakHendon pun merapati kaunter.
Di kaunter itu ada seorang gadis muda sedang
melayan lelaki tua itu.
Tak apalah, pak cik pergi duduk dulu. Saya akan
uruskan juga rawatan pak cik hari ini. Sekejap lagi ada
jururawat akan panggil pak cik untuk masuk berjumpadoktor, kata gadis kaunter itu.
Lelaki tua itu pun berlalu dengan muka masam.
Rahman pun menyatakan tujuan mereka kepada
gadis kaunter itu. Kemudian mereka diberi borang untuk
diisi. Setelah selesai diisi, mereka pun memasukkan borang
tersebut ke dalam sebuah rak kecil di atas kaunter. Kemudian
mereka diberi nombor giliran dan diminta duduk dahulu di
ruang menunggu.
Rahman mengambil tempat duduk di sebelah lelaki
tua tadi. Dia memperkenalkan diri dan mengajak lelaki tua
itu berbual.
Lelaki tua itu pun memberitahu yang gadis di
kaunter itu telah memarahinya. Dia mendakwa gadis kaunter
itu tidak mahu menerima buku rekod rawatannya.
Rahman mengambil buku rekod rawatan yang
8/3/2019 Gelak Tergolek
60/113
Gelak Tergolek
60
dikatakan apabila dihulurkan oleh lelaki tua itu. Sebaik
sahaja Rahman melihat buku rekod rawatan itu, dia
terpegun. Rupa-rupanya ia bukanlah buku rekod rawatan
pesakit, tetapi geran kebun getah! Parah orang tua ini, bisik
hati Rahman. Patutlah dari tadi lagi Rahman nampak
dokumen yang dipegang oleh lelaki tua itu lain macam
sahaja. Rahman tidak dapat menahan diri lalu tergelak juga
akhirnya.
Namun untuk tidak membuatkan lelaki tua itutidak berkecil hati, Rahman pun meminta maa. Mungkin
orang tua ini buta huru, fkir Rahman. Lagipun dia tidak
mengetahui akan kisah sebenar lelaki tua ini.
Macam mana pak cik tak naik angin. Budak
perempuan tu suruh pak cik balik rumah. Lepas tu datang
semula, ujar lelaki tua itu.
Kenapa pulak pak cik kena balik dan lepas tu
datang lagi? tanya Rahman.
Dia kata ini bukan buku rawatan darah tinggi pak
cik. Inilah buku yang pak cik bawak setiap kali datang sini,
tekan lelaki tua itu yang masih berkeras.
Rahman terdiam. Dia tercari-cari kata-kata yang
terbaik bagi menyatakan bahawa orang tua itulah yang
tersalah sebenarnya.
Dengan penuh geram, lelaki tua itu menambah
lagi, kalau budak perempuan tu tak benarkan jugak pak cik
ambil ubat tu tadi, pak cik nak koyakkan buku ni depan dia.
Rahman terkejut.
Eh, jangan pak cik. Jangan koyakkan. Ini geran
kebun getah pak cik. Bukannya buku rekod rawatan, katanya
dengan pantas. Dia terpaksa berterus terang, kalau tidak lagi
susahlah orang tua itu nanti.
8/3/2019 Gelak Tergolek
61/113
Wann Azlan
61
Eh, apa pulak geran kebun getah. Inilah buku
rawatan yang selalu pak cik bawak ke klinik, marah lelaki
tua itu.
Maimun dan Mak Hendon hanya terkebil-kebil
memandang mereka dan tidak berani masuk campur.
Pak cik, ini geran kebun getah, bukannya buku
rawatan. Pak cik sudah tersilap, kata Rahman dengan
lembut. Ada nada memujuk pada suaranya.
Orang tua itu termenung seketika.
Betul ke geran kebun getah ni? tanyanya meminta
kepastian. Nampaknya dia sudah mula mengalah.
Betul, pak cik. Jangan koyakkan geran tu. Balik
nanti simpan elok-elok, pujuk Rahman lagi.
Lelaki tua itu terdiam sejenak. Dia merenung tepat
ke mata Rahman.
Rahman menganggukkan kepalanya untuk
meyakinkan lelaki tua itu.
Astaghfrullahalazim. Pak cik ingat budak
perempuan tu main-main tadi, keluh lelaki tua itu.
Budak perempuan tu cakap benda yang betul, pak
cik. Memang ini geran kebun getah, bukannya buku rekod
rawatan. Rahman cuba meyakinkan lagi orang tua itu.
Pak cik manalah tahu. Pak cik tak tahu baca.
Lagipun mata pak cik tak nampak sangat tulisannya. Banyak
sangat kertas-kertas dalam laci tempat pak cik simpan buku
rawatan tu. Semuanya nampak serupa saja. Jadi pak cik ambil
sajalah salah satu, ingatkan dah betul, luah lelaki tua itudengan kesal.
Habis tu, tadi budak perempuan tu suruh pak cik
pulang ambil buku rawatanlah? Rahman bertanya.
8/3/2019 Gelak Tergolek
62/113
Gelak Tergolek
62
Ya, tapi pak cik nak pulang dengan apa? Datang
tadi pun cucu yang tolong hantarkan, jelas lelaki tua itu.
Oh, begitu. Kenapa tak mintak cucu pak cik tu
tolong temankan?
Memang dia selalu datang temankan. Dia jugak
yang ambil buku rawatan tu setiap kali nak datang klinik.
Tapi hari ni pak cik ambil sendiri sebab dia kelam-kabut tadi.
Dia nak cepat pergi ditin.
Ditin tu apa pak cik? Datin? Atau dating ke?
Entahlah, tin-tin macam tu la.... Tapi penting
katanya.
Rahman menarik naas panjang. Kasihan betul
orang tua ni. Sudahlah tua tak larat, buta hurupulak. Tapi
keras kepala lagi tu! Payah aku nak tolong kalau macam ni.
Ada cucu, pentingkan diri sendiripulak, hati Rahmanberbisik sendirian.
Beberapa ketika kemudian Rahman mendengar
namanya dipanggil oleh gadis penjaga kaunter. Rahman
memeriksa nombor gilirannya. Belum tiba lagi. Tetapi
mungkin ada hal lain. Rahman pun segera bangun dan
mendapatkan gadis itu di kaunter.
Encik lupa tulis umur encik di borang ni, kata
gadis kaunter itu sebaik sahaja Rahman tiba.
Rahman tersenyum. Awak tolonglah tuliskan.
Berapa umur encik? tanya budak perempuan itu
meninggikan sedikit suaranya.
Boleh tahan juga kasarnya budak ni, patutlah orangtua tadi pun naik angin, fkir Rahman.
Umur saya atas dua puluh dan bawah empat
puluh, jawab Rahman main
Top Related