i
GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG TAHUN
EMPAT FAKULTI PENDIDIKAN
AIDAH QURIAH BINTI AZIZ
Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKILTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
ii
iii
Alhamdullilah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin,
rahmat serta limpah kurniaNya maka kajian Projek Sarjana Muda ini dapat
disiapkan. Kutujukan dedikasi ini khas untuk semua yang tersayang...
Buat Bonda Tersayang, Hjh Hasmah@Hasnah Hj Bbkar
Untuk ibu yang sentiasa mendoakan kejayaanku
Engkaulah sumber inspirasi dalam hidupku
Buat Arwah Ayahanda Tercinta
Hanya doa yang mampu anakanda berikan
Buat Penyelia
EnAhmad Johari Bin Sihes
Terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan
Buat kekanda-kekandaku Poziah ,Kamariah, Zatilah, dan Norsikah
Buat adinda-adind ku Mira suriany dan Amiza Qhuldy
kalian amat bermakna buat ku..kehadiran kalian amat kuharapkan
Buat Sahabat-sahabatku
Kenangan dan budi kalian tidak akan kulupakan untuk selamanya
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Lagi Maha Pemurah Dan Maha Pengasih.
Alhamdulliah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya
dapatlah saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
En Ahmad Johari Bin Sihes selaku penyelia, diatas segala bimbingan dan tunjuk ajar
yang membina sejak awal sehingga sempurnanya Projek Sarjana Muda ini. Semoga
segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan mendapat ganjaran dari
Allah s.w.t.
Terima kasih juga kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia Skudai, yang
banyak memberi kerjasama antaranya ialah Fakulti Pendidikan.
Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Sesungguhnya
yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan yang buruk itu datangnya daripada
saya sendiri.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji gaya pembelajaran yang
diamalkan oleh pelajar-pelajar cemerlang tahun empat Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 56 orang responden yang terdiri daripada
48 orang perempuan dan lapan orang responden lelaki yang dipilih berdasarkan
purata CPA 3.5 keatas. Gaya yang dikaji adalah model gaya pembelajaran
Kolb(1976). Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpulkan maklumat
dalam penyelidikan ini. Data dianalisis untuk melihat frekuensi dan peratusan.
Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar cenderung kepada gaya
pembelajaran Diverger disusuli dengan gaya pembelajaran Assimilator sebagai gaya
pembelajaran yang kedua kerap diamalkan. Converger dan Accomadator adalah
gaya pembelajaran yang paling kurang diamalkan. Hasil kajian juga menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan
kesemua pembolehubah yang telah ditentukan iaitu Jantina, pendapatan keluarga
dan keputusan Matematik Moden dan Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran
Malaysia. Beberapa cadangan dikemukakan untuk mempertingkatkan lagi mutu
pembelajaran pelajar-pelajar ke arah yang lebih cemerlang.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to study excellent students learning styles. Based
on Kolb (1076) learning styles model. Fiftysix excellent student from the Faculty of
Education involved in the study. Which of consict of 48 female and 8 male students.
The were selected based on their overrall CPA 3.5 and above. Questionaire were
used on their instrument to collect data. The data were analysed to yield frequancies
and percentages. Finding show that majority of the students tend to have a similar
learning style preference namely, Diverger followed by preference Assimilator. The
least preferred style was Converger and Accomadator. The result also indicates that
the no significant differences between gender, Family income, English and Modern
Mathematic grade in Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). The lot of suggestions to
increase the student’s quality styles of learning for excellent.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan. 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Skop Kajian 8
1.9 Batasan Kajian 9
1.10 Definisi Istilah 9
1.11 Penutup 11
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Gaya Pembelajaran 13
2.2.1 Pencapahan (Diverger) 17
2.2.2 Penyelesaian Diri(Accomodator) 18
2.2.3 Pemusatan (Converger) 18
2.2.4 Assimilasi(Assimilator) 19
2.3 Kajian- kajian Lepas 23
2.4 Penutup 24
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN.
3.1 Pengenalan. 25
3.2 Reka bentuk Kajian 26
3.3 Tempat Kajian 26
3.4 Populasi Kajian 27
3.5 Sampel Kajian 27
3.6 Instrumen Kajian 28
3.7 Kajian Rintis 30
3.8 Prosedur Kajian 31
3.9 Analisis Data 32
3.10 Penutup 35
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 36
4.2 Latar Belakang Responden 37
4.3 Bangsa 37
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengkhususan 38
4.5 Bilangan adik-beradik 39
ix
4.6 Pendapatan keluarga 40
4.7 Pencapaian Matematik dalam SPM 41
4.8 Pencapaian Bahasa Inggieris dalam SPM 42
4.9 Gaya pembelajaran yang Paling Dominan
pelajar cemerlang tahun Empat 43
4.10 Hubungan diantara Gaya Pembelajaran
Dari Segi Jantina 44
4.11 Hubungan duiantara Gaya Pembelajaran
Dari Segi Pendapatan keluarga 45
4.12 Hubungan duiantara Gaya Pembelajaran
Dari Segi pencapaian Matematik dan
Bahasa Inggeris alam SPM 46
4.13 Penutup 47
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2.1 Latar belakang Responden 49
5.2.2 Persoalan kajian 1 49
5.2.3 Persoalan Kajian 2 51
5.2.4 Persoalan kajian 3 52
5.2.5 Persoalan kajian 4 53
5.3 Rumusan 55
5.4 Cadangan 56
5.5 Cadangan Untuk kajian Lanjutan 57
5.6 Penutup 58
RUJUKAN 59
LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik
x
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK
HALAMAN
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
Taburan Item Mengikut Kategori Gaya
Pembelajaran.
Klasifikasi kekuatan korelasi
Kreteria Menganalisis Data
Kategori Gaya Pembelajaran Pelajar
Peniraan Kategori Gaya Pembelajaran
Jadual pada aras keertian 0.05
Latarbelakang Responden
Taburan mengikut Bangsa
Taburan Mengikut Pengkhususan
Taburan Bilangan adik-beradik
Pendapatan Keluarga
Pencapaian Matematik dalam SPM
Pencapaian Bahasa Inggeris dalam SPM
Gaya pembelajaran yang paling dominan
oleh pelajar-pelajar cemerlang tahun empat
fakulti pendidikan
Pola Gaya Pembelajaran Antara Pelajar
Lelaki Dan Perempuan
Hubungan gaya pembelajaran dikalangan
pelajar-pelajar dengan tahap pendapatan
keluarga
29
30
32
33
34
35
37
37
38
39
40
41
42
43
44
45
xi
4.11
4.12
Hubungan gaya pembelajaran dikalangan
pelajar-pelajar dengan tahap pencapaian
subjek matematik moden dalam SPM.
Hubungan gaya pembelajaran dikalangan
pelajar-pelajar dengan tahap pencapaian
subjek Bahasa Inggeris dalam SPM.
46
47
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK
HALAMAN
4.1
Grid Gaya Pembelajaran
34
xii
SENARAI SINGKATAN
SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan
Awam)
SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Elektrik)
SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Jentera)
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPL - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)
SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik )
SPS - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package Of Science
FP - Fakulti Pendidikan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
CPA - Cumulative Point Average atau Purata atau Purata Mata Nilai
Himpunan
PNGK - (Purata himpunana Nilai Mata) STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
http://www.fp.utm.my/jadual/sem20708/sesi0708/spf/3spf.pdfhttp://www.fp.utm.my/jadual/sem20708/sesi0708/spk/3spk.pdfhttp://www.fp.utm.my/jadual/sem20708/sesi0708/spp/3spp.pdf
xiii
AC - Abstrack Conceptualization(Pengkongsian Abstrak)
AE - Active Experimentation (Pengujian Aktif )
CE - Concrete Experience (Pengalaman konkrit)
RO - Reflective Observation (Pemerhatian Reflektif)
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Belajar di universiti atau menara gading memang menjadi cita-cita semua orang,
terutama yang masih belajar dibangku sekolah. Semua orang ingin dipanggil mahasiswa
dan kemudian siswazah. Namun demikian, gaya pembelajaran di menara gading jauh
berbeza daripada gaya pembelajaran di sekolah, maktab dan di institusi. Terdapat
peraturan dan panduan tertentu yang perlu dipatuhi dan diamalkan demi kecemerlangan.
Di universiti, para pelajar akan membentuk gaya pembelajarannya sendiri. Para
pensyarah yang mengendalikan mereka hanya bertanggungjawab tentang subjek yang
diajar tanpa menghiraukan proses kognitif pelajar. Kajian mengenai gaya pembelajaran
dan pencapaian pelajar telah mendapati bahawa mengajar pelajar bagaimana untuk
belajar dan menguruskan gaya pembelajaran masing-masing merupakan sesuatu yang
penting dalam membantu pencapaian akedemik yang cemerlang (Matthwews, 1991,
Biggs & Moore, 1993, Atkinson,1998) dalam Mohd Nazari Mohd.
Felder (1993) dalam Tee Tze Kiong (2003) pula menegaskan bahawa pelajar
yang mengenalpasti pembelajaran sendiri dapat mempelajari sesuatu subjek dengan
lebih baik kerana maklumat gaya pembelajaran membolehkan mereka memahami
2
proses pemikiran mereka dengan jelas. Disamping itu. Kolb (1971) menegaskan bahawa
seseorang akan lebih berjaya dalam jua apa bidang yang diceburinya jika mengetahui
kekuatan dan kelemahan dirinya.
1.1 Latar Belakang Masalah
Belajar di universiti merupakan sesuatu yang menjadi impian atau idaman setiap
pelajar. Oleh yang demikian ramai di antara mereka menjadikan universiti sebagai satu
visi untuk mencapai kejayaan dan universiti juga menjadi kayu pengukur taraf
pendidikan oleh sesetengah masyarakat. Sebagai mahasiswa, kini mereka tidak lagi
dibantu, disuap dan diawasi dalam pembelajaran. Sebaliknya, mereka perlu banyak
belajar sendiri dan menyiapkan pelbagai tugasan atau eksperimen yang mencabar dan
ilmiah sifatnya.
Awang Had Salleh (1999) dalam Hamzah Nun menyatakan permasalahan bahawa
ramai pelajar di institusi pengajian tinggi menpunyai keputusan akeemik yang mendatar
dan di bawah tahap yang sepatutnya berlarutan semenjak zaman merdeka sehingga
sekarang. Keketaraan masalah tersebut amat nyata walaupun pihak institusi pengajian
tinggi dapat melahirkan para graduan yang meningkat dari segi kuantiti bagi memenuhi
kehendak negara, namun gagal mencapai kearah peningkatan kualiti. Walaupun usaha
sepeti ujian kecergasan, penilaian penyampaian pensyarah, latihan, ceramah, bimbingan
secara peribadi disamping program-program yang dilaksanakan oleh Unit Pembangunan
dan Sokongan Pelajar (UPSP), namun masih ramai diantara para pelajar yang mencapai
tahap kelulusan kelas ketiga dan tidak ramai yang memperoleh kelas pertama.
Faktor seperti sikap pelajar dalam menilai dan cara bagaimana mereka
memperolehi maklumat merupakan salah satu faktor kaitan dalam gaya pembelajaran.
Mengetahui gaya pembelajaran sendiri adalah perlu bagi seseorang individu, untuk
mengenali diri dan gaya pembelajarannya. Pengetahuan ini penting kepada diri sendiri
3
kerana ia berkaitan dengan keupayaan pembelajaran yang mereka miliki. Dengan itu,
apabila seseorang itu mengetahui kelemahan dan kekuatan dirinya, mereka akan menjadi
lebih berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi (Kolb, 1976).
Menurut Hamzah Nun, terdapat ramai pelajar yang melanjutkan pelajaran
keperingkat institusi pengajian tinggi tergolong dari pelajar-pelajar yang menpunyai latar
belakang akemik yang baik semasa peringkat sekolah. Namun didapati bahawa
sebilangan besar pelajar menpunyai sikap yang pasif dan menpunyai tindakbalas yang
lemah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Biarpun barat telah lama menyedari kepentingan gaya pembelajaran ke atas
pelajar, tetapi dalam sistem pendidikan di Malaysia ia masih lagi merupakan satu
pendekatan baru yang belum diaplikasikan untuk membantu pelajar meningkatkan
pencapaian akedemiknya kursusnya dapat mengenalpasti pembelajaran yang biasanya
digunakan oleh pelajar-pelajar cemerlang di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, adalah
baik jika kajian terhadap gaya pembelajaran pelajar-pelajar di Malaysia diperluaskan
agar para pendidik dan pelajar dapat menyedari kepentingan gaya pembelajaran yang
sesuai untuk memberi kesan maksima keatas pelajar lain.
1.2 Penyataan Masalah Gaya pembelajaran harus sesuai dan tepat bagi memenuhi kehendak pelajar dan
gred ujian atau peperiksaan. Sesuatu aktiviti pembelajaran yang berjaya bergantung
kepada kesediaan pelajar memilih operasi yang wajar,mengekalkan pengeluaran operasi
tersebut dan mengeluarkan sejumlah usaha ke arah matlamat yang di kehendaki
( Mohd.Daud Hamzah, 1990 ).
4
Namun apabila berada di institusi pengajian tinggi, kebanyakan pelajar sukar
menperoleh atau mengekalkan keputusan cemerlang apabila berada dalam tahun ketiga
dan tahun keempat. Didapati bahawa tidak ramai pelajar memperoleh keputusan
cemerlang berdasarkan daripada bilangan pelajar yang memperoleh CPA 3.5 dan keatas.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui gaya pembelajaran yang yang paling
dominan yang diamalkan oleh pelajar-pelajar cemerlang Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan universiti Teknologi Malaysia.
Adakah faktor jantina mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar? Penyelidik ingin
mengenalpasti samada terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran
pelajar dengan jantina pelajar.
Faktor ibubapa atau penjaga yang mendidik anak-anak semasa kecil sehingga
besar memainkan peranan penting bagaimana pelajar tersebut akan memproses
maklumat. Kedudukan sosioekonomi penjaga juga sering menpengaruhi situasi
persekitaran dalam pendidikan anak-anak. Dalam kajian ini, penyelidik ingin
mengenalpasti hubungan diantara gaya pembelajaran dengan pendapatan penjaga.
Pelajar yang dipilih ke institusi pengajian tinggi lazimnya adalah pelajar yang
cemerlang dalam peperiksaan awan di Malaysia ketika di sekolah. Oleh itu, rata-rata
pelajar yang mengikuti pengajaran di institusi pengajian tinggi menpunyai pencapaian
akedemik yang baik sebelum ke universiti. Dengan itu, penyelidik ingin mengenalpasti
adakah terdapat hubungan yang signifikan diantara gaya pembelajaran dengan tahap
pencapaian subjek Matematik dan Bahasa Inggeris dalan Sijil Pelajaran Malaysia yang
telah mereka perolehi dalan Sijil Pelajaran Malaysia.
Menurut Mazlan (2003) kajian yang telah dijalankan oleh Dunn & Dunn & para
professor serta penyelidik lain di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pelajar-pelajar
menpunyai pencapaian yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan menpunyai sikap
5
yang lebih positif terhadap pembelajaran apabila pengajaran disemai dengan gaya
pembelajaran pelajar.
1.3 Objektif Kajian Gaya pembelajaran ialah bagaimana cara seseorang pelajar itu belajar ataupun
cara belajar yang diamalkan oleh pelajar. Pengkaji telah memilih dan mengklasifikasikan
beberapa aspek iaitu dengan menggunakan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb. Matlamat
kajian ini adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar -
pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan yang mendapat Anugrah Kepujian bagi
keseluruhan semester (CPA). Diantara objektif yang ingin dikenalpasti adalah:
1.4.1 Mengenalpasti gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh pelajar-
pelajar cemelang berdasarkan gaya pembelajaran Kolb.
1.4.2 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan diantara gaya pembelajaran dikalangan
pelajar-pelajar lelaki dan perempuan (dari segi Jantina)?
1.4.1 Mengenalpasti hubungan diantara gaya pembelajaran dengan pendapatan
keluarga.
1.4.2 Mengenalpasti hubungan diantara gaya pembelajaran dengan tahap pencapaian
subjek Matematik Moden dan Bahasa Inggeris dalam SPM.
6
1.4 Persoalan Kajian. Menurut Majid (2000), persoalan kajian adalah saranan sementara yang
menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini
membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam kajian ini
persoalan-persoalan kajian adalah:
1.5.1 Apakah gaya pembelajaran yang paling dominan oleh pelajar-pelajar cemerlang
tahun empat fakulti pendidikan berdasarkan gaya pembelajaran Kolb.?
1.5.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran dikalangan
pelajar-pelajar lelaki dan perempuan (dari segi Jantina)?
1.5.3 Adakah terdapat hubungan yang signifikan gaya pembelajaran dikalangan pelajar-
pelajar dengan tahap pendapatan keluarga.?
1.5.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan gaya pembelajaran dikalangan pelajar-
pelajar dengan tahap pencapaian subjek Matematik Moden dan Bahasa Inggeris
dalam SPM.?
1.5 Hipotesis Kajian Hipotesis adalah suatu saranan sementara tentang hubungan antara dua atau lebih
pembolehubah yang didapati melalui deduksi (Ahmad Mahdzan, 1997 ). Saranan
sementara tersebut bergantung kepada pengesahan melalui kajian. Diantara Hipotesis
yang telah dikenalpasti bagi tujuan kajian ini adalah:
H 1 : Terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar mengikut
jantina.
7
H 2 : Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan
tahap pendapatan keluarga.
H 3 : Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan
dengan tahap pencapaian subjek Matematik Moden dan Bahasa Inggeris dalam
SPM
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah untuk mengetahui adakah terdapat faktor-faktor yang
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar dalam mempertingkatkan prestasi akademik.
Kepentingan kajian ini adalah untuk:
1.7.1 Kepentingan Kepada Pelajar.
Dapat memberi garis panduan kepada pelajar untuk mengenalpasti gaya
pembelajaran pelajar-pelajar cemerlang dan seterusnya menjadikannya sebagai satu
contoh untuk berjaya. Dengan mengenalpasti suatu gaya pembelajaran pelajar dapat
mengeksplotasikan kekuatan yang terdapat dalam gaya pembelajaran tertentu yang
biasanya digunapakai oleh pelajar-pelajar cemerlang
1.7.2 Pentadbiran Fakulti Pendidikan. Kajian ini penting kerana ia dapat memberi satu gambaran sebenar mengenai
gaya pembelajaran pelajar-pelajar cemerlang fakulti pendidikan. Hasil dapatan dari kajian
ini dapat dimanfaatkan kepada pihak pentadbiran fakulti pendidikan untuk merancang
8
dan merangka program yang tersusun dalam meningkatkan prestasi pelajar dan
melahirkan lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang cemerlang.
1.7.3 Kepentingan Kajian Pensyarah Pensyarah boleh mengenal pasti gaya pembelajaran yang biasanya digunakan
oleh pelajar-pelajar cemerlang. Dengan ini pensyarah dapat menyediakan kaedah dan
alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang
cemerlang dan mengekalkan prestasi pelajar-pelajar yang sudah ada.
1.8 Skop Kajian
Kajian ini adalah berkaitan gaya pembelajaran pelajar-pelajar cemerlang tahun
empat yang mendapat anugrah kepujian bagi semua semester (CPA) bagi Fakulti
Pendidikan. Fokus penyelidik adalah untuk mengetahui gaya pembelajaran pelajar-
pelajar cemerlang dari Fakulti Pendidikan Sahaja.
Kajian ini hanya dilaksanakan bagi pelajar-pelajar tahun empat fakulti pendidikan
dan dijalankan menggunakan kaedah soal selidik dengan menggunakan satu set soal
selidik sebagai instrumen. Sampel kajian ini terdiri daripada 56 orang pelajar-pelajar
cemerlang tahun empat bagi Fakulti pendidikan yang terdiri daripada pelajar-pelajar
SPA, SPC ,SPE ,SPH ,SPI , SPJ ,SPK ,SPL ,SPM ,SPN ,SPS dan SPT.
9
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini tertakluk kepada batasan-batasan tertentu iaitu :
1.9.1 Kajian ini tertumpu di UTM.
1.9.2 Responden terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang dari tahun Empat Fakulti
pendidikan sahaja.
1.9.3 Soal selidik digunakan untuk mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang paling
dominan.
1.10 Definisi Istilah
Takrifan-takrifan istilah yang diterangkan dalam bahagian ini merupakan istilah-
istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja. Diantaranya adalah
seperti:
1.10.1 Pola dan taburan
Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pola bermaksud contoh, model dan
bercorak. Taburan bermaksud berselerak, tidak tersusun dan terdapat dengan banyak.
1.10.2 Gaya pembelajaran
Menurut Kolb (1976), gaya pembelajaran merujuk kepada kaedah seseorang
individu menerima maklumat dan mengingatinya secara konkrit, reflektif, abstrak dan
pengalaman aktif. Dalam kajian ini, gaya pembelajaran pelajar dibahagikan kepada dua
dimensi iaitu pengalaman konkrit-pengajian aktif dan perkongsian abstrak-pemerhatian
reflektif. Gabungan antara dua dimensi tersebut menghasilkan 4 dominan jenis gaya
10
pembelajaran iaitu penyelesaian diri(Accomodator),pencapahan (Diverger), Pemusatan
(Converger) dan Asimilasi(Assimilator).
1.10.3 Cemerlang
Pelajar yang menperoleh CPA Kecemerlangan akedemik diertikan sebagai
berlawanan atau bertentangan dengan kelemahan atau pencapaian yang tidak memuaskan
dalam sesuatu ujian atau penilaian. Secara saintifik, kecemerlangan dapat diertikan
sebagai satu keadaan apabila seseorang itu berjaya meningkatkan batas kemampuannya
ke tahap yang paling maksimun bagi dirinya mengikut ukuran yang diletakkannya
ataupun mengikut ukuran yang dibuat bagi kelompok atau golongan yang sebaya
dengannya. (Robiah Sidin,1999).
1.10.4 Pelajar Cemerlang
Dalam kontek ini, pelajar-pelajar cemerlang adalah pelajar yang pencapaian
akedemik merujuk kepada keputusan PNGK (Purata himpunana Nilai Mata) CPA adalah
3.5 dan keatas.
1.10.5 CPA
Cumulative Point Average atau Purata atau Purata Mata Nilai Himpunan yang
bermakna purata mata nilai yang diperolehi bagi semua semester yang diikuti oleh
pelajar.
1.10.6 Pelajar
Sesiapa yang menerima pendidikan formal dan mengikuti pengajian ijiazah
Sarjana Muda sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia.
1.10.7 Jumlah Pendapatan Keluarga
11
Dalam kontek kajian ini, jumlah pendapatan keluarga merupakan jumlah
pendapatan isi rumah yang diperolehi oleh ibu bapa atau penjaga kepada pelajar. Bagi
pelajar yang kedua-dua ibubapanya bekerja, pendapatan pendapatan tersebut mestilah
ditambah.
1.10.8 Pencapaian Matematik Moden dan Bahasa inggeris Dalam SPM.
Pencapaian subjek matematik moden dan bahasa Inggeris dalam SPM adalah gred
yang diperolehi oleh pelajar dalam SPM. Bagi pelajar yang menggunakan Ujian julai,
keputusan tersebut akan digunakan.
1.11 Penutup
Dalam bab ini pengkaji menjelaskan pendahuluan kajian yang mengandungi
perbagai aspek termasuklah latar belakang masalah, objektif kajian, persoalan kajian,
kepentingan kajian dan definisi istilah yang digunakan. Di dalam bab satu ini, penerangan
lebih menerangkan tentang kajian yang akan diklakukan bagi memenuhi kehendak
penyelidik
1.doc2.doc ABSTRAK SENARAI JADUAL TAJUKSENARAI RAJAH TAJUK
3.docBAB I PENDAHULUAN
4.doc1.7 Kepentingan Kajian
Top Related