1
BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN
PROGRAM SARJANA PERUBATAN
(SISTEM TERBUKA)
BAGI PEGAWAI-PEGAWAI PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
DIKEMASKINIKAN SEHINGGA DISEMBER 2012
2
KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN 1
2. ELAUN DAN KEMUDAHAN HLP 1
3. GAJI DAN EMOLUMEN 2
4. PENERIMAAN GAJI, BAYARAN DAN LAIN–LAIN ELAUN 2
5. KELAYAKAN CUTI 2
6. PERJANJIAN 3
7. TINDAKAN PENALTI KEPADA PEMEGANG BIASISWA DALAM 3
PERKHIDMATAN YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN
DENGAN JAYA
8. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN 3
9. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SETELAH TAMAT PENGAJIAN 6
10. TATATERTIB 6
11. HAK KERAJAAN 7
12. PENJELASAN LANJUT DAN KEMUSYKILAN 7
3
SYARAT–SYARAT TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI
PEGAWAI-PEGAWAI PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNTUK MENGIKUTI PROGRAM SARJANA PERUBATAN DI
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI BAWAH SISTEM TERBUKA
______________________________________________________________________
1. PENDAHULUAN
1.1 Kelulusan HLP ini adalah meliputi perkara-perkara berikut :
(i) Pegawai diluluskan HLP dalam tempoh yang ditetapkan sahaja.
Sebarang penangguhan atau pelanjutan pengajian hendaklah
dimohon dan mendapat kelulusan daripada BPL, KKM terlebih
dahulu; dan
(ii) Pegawai hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana tempat
pengajian yang telah ditetapkan. Pegawai diluluskan untuk
mengikuti kursus di IPTA seperti yang dinyatakan sahaja.
Sebarang pertukaran hendaklah dimohon dan mendapat kelulusan
daripada BPL, KKM terlebih dahulu. Pertimbangan adalah tertakluk
kepada kes-kes yang kritikal sahaja.
2. ELAUN DAN KEMUDAHAN HLP
2.1 Segala urusan pembayaran elaun, yuran pengajian dan tuntutan adalah di
bawah tanggungjawab BPL, KKM. Semasa menjalani kursus, pegawai
adalah layak menerima bayaran elaun dan kemudahan seperti yang
tersebut di Lampiran A berkembar. Bayaran-bayaran yang disenaraikan
seperti di Lampiran B adalah tidak ditanggung oleh Kerajaan.
PERINGATAN
2.2 Sebarang tuntutan hendaklah menggunakan borang tuntutan yang
disediakan dan dikemukakan kepada BPL, KKM selewat-lewatnya
sebelum atau pada 10 hari bulan berikutnya setelah perbelanjaan
dibuat oleh pegawai. Sebarang tuntutan yang diterima oleh BPL,
KKM selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.
4
2.3 Segala pembayaran hanya akan dibuat melalui bank RHB sahaja.
Pegawai diminta untuk mengemukakan salinan muka depan buku
akaun bank yang jelas mencatatkan nombor akaun bagi tujuan
bayaran. Pegawai juga diminta untuk memastikan akaun sentiasa
aktif.
3. GAJI DAN EMOLUMEN
3.1 Pegawai adalah layak menerima semua kemudahan gaji dan elaun
seperti yang diterima sekarang. Pembayaran adalah di bawah Pusat
Tanggungjawab (PTJ) di mana jawatan pegawai diisi.
4. PENERIMAAN GAJI, BAYARAN DAN LAIN–LAIN ELAUN
4.1 Jika pegawai menerima apa-apa elaun, gaji atau lain-lain bayaran
daripada mana-mana pihak selain Kerajaan semasa mengikuti kursus
atau dalam penempatan di IPTA, jumlah yang diterima itu akan ditolak
daripada bayaran gaji/elaun yang dibayar oleh Kerajaan kepada pegawai.
Pegawai diminta untuk memaklumkan mengenai bayaran/elaun yang
diterima kepada BPL, KKM supaya potongan boleh dibuat dengan
sewajarnya. Sekiranya diketahui terdapat pegawai yang menerima
bayaran/elaun yang dimaksudkan di atas tetapi tidak memaklumkan
kepada BPL, KKM, tindakan tatatertib sewajarnya akan diambil dan HLP
ini akan ditarik balik.
5. KELAYAKAN CUTI
5.1 Pegawai adalah layak menikmati semua kemudahan cuti berdasarkan
Perintah Am Bab C.
5.2 Kelayakan cuti adalah mengikut Cuti Akademik IPTA iaitu tempoh
ketidakhadiran pegawai adalah tidak melebihi 28 hari setahun atau 14 hari
bagi setiap enam (6) bulan atau satu sesi akademik / semester.
5.3 Semasa dalam tempoh penangguhan pengajian, kelayakan cuti pegawai
adalah mengikut kemudahan cuti di bawah Perintah Am Bab C.
5
5.4 Semasa penempatan di hospital KKM, Ketua Jabatan boleh
menimbangkan dan meluluskan permohonan Cuti Tanpa Rekod untuk
menghadiri kursus-kursus intensif dan peperiksaan di universiti tidak
melebihi 30 hari setahun dengan syarat permohonan pegawai hendaklah
disertakan dengan perakuan pihak universiti.
6. PERJANJIAN
6.1 Pegawai dikehendaki menandatangani surat Perjanjian sebelum
mengikuti kursus. Sekiranya pegawai tidak menyempurnakan dan
menandatangani perjanjian ini dalam tempoh yang ditetapkan, maka HLP
ini akan ditarik balik. Pegawai akan terikat dengan ikatan kontrak selama
lima (5) tahun untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selepas
tamat pengajian atau membayar ganti rugi sebanyak RM100,000.00
sekiranya gagal berkhidmat dalam tempoh tersebut.
7. TINDAKAN PENALTI KEPADA PEMEGANG BIASISWA DALAM
PERKHIDMATAN YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN DENGAN JAYA
7.1 Berkuatkuasa kepada semua pegawai yang memulakan pengajian mulai
1 Januari 2012, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menggariskan
Dasar Pelaksanaan Tindakan Mengenakan Penalti Kepada Pemegang
Biasiswa Dalam Perkhidmatan Yang Gagal Menamatkan Pengajian
Dengan Jaya.
7.2 Jenis-jenis tindakan penalti yang dikenakan kepada pemegang biasiswa
dalam perkhidmatan yang gagal menamatkan pengajian dengan jaya
adalah seperti di Lampiran C.
7.3 Kutipan balik gantirugi akan dibuat sebaik sahaja pegawai ditamatkan
penajaan kerana gagal menamatkan pengajian dengan jaya.
8. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN
8.1 Pegawai adalah bertanggungjawab untuk :
6
(i) memaklumkan dari semasa ke semasa kepada BPL dan PTJ
Pembayaran Gaji sekiranya terdapat sebarang pertukaran dalam
perkara-perkara seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon dan
maklumat akaun bank samada melalui panggilan telefon/ surat /
emel;
(ii) mengemukakan ‘plan of study’ kepada BPL, KKM dalam tempoh
tiga (3) bulan selepas pengajian bermula dengan menyatakan
tarikh dan tempoh bagi aktiviti-aktiviti serta peperiksaan-
peperiksaan yang akan diikuti sepanjang tempoh pengajian;
(iii) menumpukan sepenuh perhatian kepada kursus yang diikuti dan
pegawai tidak dibenarkan melakukan pekerjaan luar (LOKUM)
mengikut Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Bil. 5 Thn 2006
dan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 2 Thn
2010;
(iv) menduduki semua peperiksaan yang dijadualkan;
(v) mengemukakan satu (1) salinan keputusan peperiksaan / laporan
kemajuan kursus bagi setiap semester dalam tempoh satu (1)
bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan kepada BPL,
KKM;
(vi) semasa penempatan pegawai di hospital lain bagi menjalani rotasi
(rotation) kepakaran bagi tempoh kurang 12 bulan, pegawai adalah
dianggap menjalani penempatan sementara dan masih
mengekalkan jawatan di hospital semasa. Pegawai perlu
memaklumkan kepada BPL, KKM mengenai perkara ini sekurang-
kurangnya dua (2) bulan sebelum penempatan sementara dibuat
dengan mengemukakan surat universiti;
(vii) semasa penempatan pegawai di hospital KKM, pegawai
dikehendaki menggunakan borang Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) sedia ada di KKM. Semasa penempatan pegawai
di universiti, pegawai dikehendaki mengemukakan dengan lengkap
LNPT dengan menggunakan Borang PSD (Performance) 6/93
kepada PTJ masing-masing di mana jawatan diisi. Laporan ini
penting untuk pergerakan gaji dan kenaikan pangkat. Pegawai
dikehendaki menyimpan satu (1) salinan laporan untuk rekod;
7
(viii) Sekiranya pegawai gagal mengikut tempoh pengajian asal dan
memerlukan penangguhan atau pelanjutan tempoh pengajian,
maka pegawai perlu memohon kepada Bahagian Pengurusan
Latihan (BPL), KKM dengan mengemukakan selewat–lewatnya
tiga (3) bulan sebelum semester penangguhan atau pelanjutan
perkara-perkara berikut :
a) surat permohonan pegawai berserta sebab-sebab yang
munasabah;
b) surat kelulusan IPTA dan pengesahan daripada penyelia
kursus;
c) keputusan peperiksaan / laporan kemajuan kursus; dan
d) ‘plan of study’ dari mula hingga tamat kursus.
Pegawai yang menangguh pengajian akan ditempatkan di hospital
KKM sepanjang tempoh penangguhan tersebut;
(ix) Pegawai yang ingin memohon penangguhan pengajian kerana Cuti
Tanpa Gaji (CTG) atau Cuti Separuh Gaji (CSG) hendaklah
mendapatkan kelulusan penangguhan pengajian daripada BPL
terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan kelulusan
CTG dan dokumen-dokumen seperti di LAMPIRAN E kepada
Ketua Jabatan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh
permohonan cuti;
(x) Pegawai tidak dibenarkan tidak hadir bertugas / cuti terlebih
dahulu TANPA kelulusan Ketua Jabatan bagi tujuan seperti di
para (viii) di atas. Pegawai yang didapati tidak hadir bertugas / cuti
TANPA kelulusan Ketua Jabatan boleh dikenakan tindakan
tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melanggar
tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama;
dan
(xi) Bagi pegawai yang memutuskan untuk meletakkan jawatan
semasa dalam tempoh pengajian hendaklah menyampaikan notis
pemberitahuan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam syarat-
syarat perkhidmatan masing-masing kepada PTJ yang membayar
gaji dan satu (1) salinan dikemukakan kepada BPL, KKM.
8
9. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI SETELAH TAMAT PENGAJIAN
9.1 Pegawai dikehendaki melapor diri dengan serta-merta di BPL, KKM
setelah tamat tempoh kursus, ditamatkan pengajian oleh IPTA atau
menarik diri daripada program untuk penempatan semula.
9.2 Pegawai yang tamat pengajian atau ditamatkan pengajian oleh IPTA perlu
mengemukakan :
i) surat pengesahan daripada IPTA; dan
ii) keputusan peperiksaan akhir.
9.3 Pegawai yang menarik diri daripada program perlu mengemukakan :
i) surat permohonan dengan sebab-sebab yang munasabah; dan
ii) surat kelulusan universiti.
9.4 Pegawai dikehendaki melengkapkan Laporan Penilaian Kursus
menggunakan Borang KKM LDP 1/2008 dan mengemukakannya ke
BPL, KKM dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai lapor diri di
BPL, KKM selepas tamat kursus.
9.5 Penilaian dan faedah yang diperolehi oleh pegawai daripada kursus yang
diikuti akan diminta daripada Ketua Jabatan secara bertulis setelah
pegawai kembali bertugas, jika perlu.
10. TATATERTIB
10.1 Semasa tempoh HLP ini, pegawai mestilah sentiasa mengutamakan
tanggungjawab profesion dan berkelakuan selaras dan seimbang dengan
tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam terhadap Kerajaan
Malaysia. Jika didapati pegawai terlibat dengan sesuatu kegiatan dan
mengeluarkan kenyataan atau penerbitan yang tidak bertanggungjawab,
termasuk melanggar syarat-syarat HLP ini, maka tawaran ini akan ditarik
balik dan tindakan tatatertib akan dikenakan selaras dengan peruntukan di
bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993.
9
11. HAK KERAJAAN
11.1 Sekiranya pegawai ingkar dan tidak mematuhi mana-mana syarat HLP ini,
Kerajaan berhak menarik balik HLP ini. Walau apapun peruntukan yang
dinyatakan dalam syarat-syarat ini, Kerajaan berhak meminda syarat-
syarat HLP ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis dan pegawai
adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan juga berhak
menarik balik HLP ini tanpa memberikan sebarang sebab.
12. PENJELASAN LANJUT DAN KEMUSYKILAN
12.1 Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh dirujuk di :
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No. 26, Persiaran Perdana
Presint 3, 62675 PUTRAJAYA
(i) Cik Balkis bt. Basiron : 03-88850686
(ii) Encik Shahrizal bin Md. Saad : 03-88850695
(iii) Encik Mohd Khairul Efendi bin Razali : 03-88850695
No. faksimili : 03-88850746
12.2 Bagi pertanyaan mengenai urusan kewangan boleh dirujuk di :
Unit Kewangan dan Pembangunan
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No. 26, Persiaran Perdana
Presint 3, 62675 PUTRAJAYA
10
(i) Cik Suhaida bt Mohd Dahlan : 03-88850629
(ii) Bagi calon USM & UIA
Encik Mohd Hamidi bin Hamzah : 03-88850642
(iii) Bagi calon UM & UMS
Encik Ahmad Fazdli bin Abdul Hamid : 03-88850723
(iv) Bagi calon UKM, UPM & UiTM
Puan Norazian bt Said : 03-88850641
No. faksimili : 03-88850748
12.3 Bagi pertanyaan mengenai urusan perkhidmatan dan pembayaran gaji
boleh dirujuk di :
Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E7, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(i) Encik Kamarudin bin Abdullah : 03-88833454
(ii) Puan Azah binti Subari : 03-88832979
(iii) Puan Che Dah binti Yahaya : 03-88832985
(iv) Puan Ruzana binti Ramuddin : 03-88832984
11
(v) Cik Nurulaini binti Abd Rahman : 03-88833024
(vi) Puan Norhanim binti Md Napiah : 03-88832999
No. faksimili : 03-88886221
12
LAMPIRAN A
KADAR ELAUN DAN KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
BAGI PROGRAM SARJANA PERUBATAN DI
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI BAWAH SISTEM TERBUKA
BIL. YURAN / ELAUN KADAR
1.
ELAUN BUKU
Dibayar secara ‘outright grant’ satu (1) kali
setahun tertakluk kepada tempoh maksima
empat (4) tahun.
RM 750.00 setahun
2.
YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian, bayaran peperiksaan dan
lain-lain bayaran yang dikenakan oleh IPTA
akan dibayar oleh Kerajaan. Bayaran-bayaran
seperti yang disenaraikan di Lampiran B
adalah tidak ditanggung oleh Kerajaan.
Dibayar oleh Kerajaan terus
kepada pihak IPTA. Pegawai
tidak perlu mendahulukan
bayaran.
3.
TUNTUTAN YURAN DAN ELAUN-ELAUN
SEMASA MENGHADIRI KURSUS INTENSIF
Layak dituntut sebanyak dua (2) kali setahun
bagi setiap tahun pengajian tertakluk kepada
tempoh maksima empat (4) tahun. Tuntutan
hendaklah disertakan dengan :
a) surat panggilan kursus; dan
b) resit asal pembayaran.
Kadar tuntutan adalah
berdasarkan kepada
Pekeliling Perbendaharaan
Bil. 3 Tahun 2005. Pegawai
perlu mendahulukan bayaran
yuran kepada pihak penganjur
dan membuat tuntutan
bayaran balik kepada BPL,
KKM.
4.
ELAUN BANTUAN PENYEDIAAN TESIS
Dibayar hanya setelah pegawai
mengemukakan kepada BPL, KKM semasa /
selepas lapor diri tamat pengajian :
a) borang permohonan elaun tesis seperti yang
RM 1,500.00 sekali sepanjang
tempoh kursus
13
disertakan;
b) satu salinan ‘hard copy’ tesis atau disertasi
dalam bentuk ‘hard cover’ yang telah
disahkan oleh penyelia kursus; dan
c) satu salinan ‘soft copy’ dalam bentuk CD.
5.
ELAUN PERPINDAHAN RUMAH
- Pegawai hanya layak menuntut sekali sahaja
walaupun dikehendaki berpindah lebih
daripada sekali sepanjang tempoh pengajian
mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4
Tahun 1995.
- Bagi pegawai dari Sabah dan Sarawak atau
sebaliknya, perpindahan yang melibatkan
penggunaan perkhidmatan kargo hendaklah
berurusan dengan BPL, KKM terlebih dahulu
sebelum memilih mana-mana syarikat bagi
urusan pengangkutan barang.
14
LAMPIRAN B
BAYARAN YANG TIDAK DITANGGUNG OLEH KERAJAAN DI BAWAH
KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) BAGI
PROGRAM SARJANA PERUBATAN DI
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI BAWAH SISTEM TERBUKA
1. Insurans Kesihatan
2. Yuran Kesihatan
3. Perlindungan Insurans / Insurans Takaful
4. Yuran Pergigian
5. Segala bentuk / jenis cagaran
6. Wang Hemat Diri
7. Segala bayaran Nota Kursus / Nota Calon
8. Jurnal / Majalah / Buku Panduan
9. Bahan Makmal
10. Yuran Peralatan
11. Orientasi
12. Sebarang kursus dan lain-lain urusan ke luar negara
15
LAMPIRAN C
JENIS-JENIS TINDAKAN PENALTI YANG DIKENAKAN KEPADA PEMEGANG
BIASISWA DALAM PERKHIDMATAN YANG GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN
DENGAN JAYA
BIL. PERKARA PENALTI YANG DIKENAKAN
1.
Masalah disiplin
i) Bayaran gantirugi sepenuhnya atas kadar
yang ditetapkan di dalam perjanjian;
ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan
Kerajaan;
iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam
Perkhidmatan sepanjang tempoh
berkhidmat dengan Kerajaan; dan
iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarang
bentuk Cuti Belajar di sepanjang tempoh
perkhidmatan.
2.
Menarik diri
i) Bayaran gantirugi sepenuhnya atas kadar
yang ditetapkan di dalam perjanjian;
ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan
Kerajaan;
iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam
Perkhidmatan sepanjang tempoh
berkhidmat dengan Kerajaan; dan
iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarang
bentuk Cuti Belajar di sepanjang tempoh
perkhidmatan kecuali sebab tarik diri
adalah di atas kepentingan perkhidmatan
(yang dapat dibuktikan oleh Ketua Jabatan
/ Perkhidmatan).
16
3.
Tidak mencapai markah lulus /
syarat siswazah yang
ditetapkan oleh universiti / kolej
/ institusi
i) Bayaran gantirugi sekurang-kurangnya 25%
daripada kadar yang ditetapkan di dalam
perjanjian;
ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan
Kerajaan; dan
iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam
Perkhidmatan sepanjang tempoh
berkhidmat dengan Kerajaan.
4.
Tamat tempoh penajaan
i) Bayaran gantirugi sekurang-kurangnya 25%
daripada kadar yang ditetapkan di dalam
perjanjian sekiranya gagal mengemukakan
bukti tamat dengan jaya dalam tempoh
perjanjian atau apa-apa tempoh lanjutan
setelah tamat tempoh tajaan seperti
dinyatakan di dalam surat tawaran;
ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan
Kerajaan;
iii) Tidak layak ditawarkan Biasiswa Dalam
Perkhidmatan sepanjang tempoh
berkhidmat dengan Kerajaan; dan
iv) Tidak layak dipertimbangkan sebarang
bentuk Cuti Belajar di sepanjang tempoh
perkhidmatan.
PENGECUALIAN KEPADA TUNTUTAN GANTIRUGI
5.
Masalah kesihatan
(Jenis-jenis penyakit kronik
adalah seperti di Lampiran D)
i) Tiada tuntutan gantirugi dikenakan;
ii) Pelaksanaan kontrak berkhidmat dengan
Kerajaan; dan
iii) Tidak layak ditawarkan biasiswa dalam
perkhidmatan sepanjang tempoh
berkhidmat dengan Kerajaan.
17
LAMPIRAN D
JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK
a. Kanser;
b. Serangan jantung;
c. Pulmonary Hypertension;
d. Penyakit buah pinggang yang kronik;
e. Penyakit hati (liver) yang kronik;
f. Fullminant Viral Hepatitis;
g. Kecederaan di kepala disebabkan kemalangan;
h. Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak;
i. Melepuh dan melecur kerana kebakaran;
j. Pemindahan organ utama;
k. Penyakit Parkinson;
l. Penyakit HIV dan AIDS;
m. Pemindahan kaki dan / atau tangan;
n. Skizofrenia;
o. Kecederaan atau kecacatan fizikal yang dialami semasa menjalani latihan atau
kursus yang disahkan oleh Pakar Perubatan Kerajaan dan / atau Pakar
Perubatan yang diperakukan oleh penaja sebagai tidak sihat untuk meneruskan
pengajian; dan
p. Lain-lain penyakit yang disahkan sebagai penyakit kronik dan tidak sihat untuk
meneruskan pengajian oleh Pakar Perubatan Kerajaan adan / atau Pakar
Perubatan yang diperakukan oleh penaja.
18
LAMPIRAN E
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN CUTI
BIL. JENIS CUTI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1.
Cuti Tanpa Gaji (CTG) Persendirian
i) Surat Permohonan CTG; dan ii) Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti Belajar daripada BPL.
2.
Cuti Tanpa Gaji (CTG) Menyusu Anak / Menjaga Anak
i) Surat Permohonan CTG Menyusu Anak / Menjaga
Anak; ii) Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti Belajar
daripada BPL; iii) Borang Permohonan Cuti Bersalin (Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 14/2010); dan iv) Surat Akuan Bersalin dari hospital (Sekiranya Hospital
Swasta tidak dapat mengeluarkan Surat Perakuan Bersalin, sila kemukakan Sijil Cuti Sakit dan Sijil Kelahiran Anak).
3.
Cuti Tanpa Gaji (CTG) Mengikut Pasangan
i) Surat Permohonan CTG Mengikut Pasangan; ii) Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti Belajar
daripada BPL; iii) Surat tawaran pengajian / penempatan suami / isteri ;
dan iv) Salinan Visa dan Passport pegawai dan pasangan.
4.
Cuti Separuh Gaji (CSG)
i) Surat Permohonan CSG; ii) Surat laporan pesakit yang memerlukan penjagaan
waris daripada Pegawai Perubatan ; dan iii) Salinan Surat Kelulusan Penangguhan Cuti Belajar
daripada BPL.
5.
Cuti Bersalin
Mengemukakan surat akuan bersalin daripada Hospital bagi tujuan Kutipan Balik Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2007.
19
KETUA PERKHIDMATAN KEBANGSAAN KKM MENGIKUT DISIPLIN
Y.Bhg. Datuk Dr. Jeyaindran a/l Tan Sri Dr. Sinnadurai (Ketua Perkhidmatan Perubatan Dalaman) Pakar Perunding Kanan Perubatan & Ketua Jabatan Perubatan Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Y.Bhg. Dato’ Dr. Mohamed Ali bin Abdul Khader (Ketua Perkhidmatan Perubatan Nuklear) Ketua Jabatan Perubatan Nuklear Hospital Pulau Pinang Jalan Residensi, 10990 PULAU PINANG Y.Bhg. Dato’ Dr. Zakaria bin Zahari (Ketua Perkhidmatan Pembedahan Kanak-Kanak) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Bedah Kanak-Kanak Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
Y.Bhg. Dato’ Dr. Premchandran a/l P.S. Menon (Ketua Perkhidmatan Ortopedik) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan Jalan Tanah Putih 25100 Kuantan, PAHANG DARUL MAKMUR Y.Bhg. Dato’ Mr. Abd Majid bin Md Nasir (Ketua Perkhidmatan Otorinolaringologi) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Otorinolaringologi Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Y.Bhg. Dato’ Dr. Hussein Imam bin Muhammed Ismail (Ketua Perkhidmatan Pediatrik) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Y.Bhg. Dato' Dr. Abdul Jamil bin Abdullah (Ketua Perkhidmatan Surgeri Am) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Sultanah Nur Zahirah Jalan Sultan Mahmud 20400 Kuala Terengganu, TERENGGANU DARUL IMAN
20
Y. Bhg. Datin Dr. Zaharah binti Musa (Ketua Perkhidmatan Radiologi)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Radiologi Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong 68100 Batu Caves, SELANGOR DARUL EHSAN Y. Bhg. Datin Dr. Sivasakthi a/p Velayuthapillai (Ketua Perkhidmatan Anestesiologi)
Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Dr. Gerard Lim Chin Chye (Ketua Perkhidmatan Onkologi) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Mr. Johari Siregar bin Adenan (Ketua Perkhidmatan Neurosurgeri) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Bedah Neuro Hospital Sultanah Aminah 80100 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM Dr. Roshida binti Hassan (Ketua Perkhidmatan Perubatan Transfusi) Pengarah Pusat Darah Negara Jalan Tun Razak 50400 KUALA LUMPUR Mdm (Dr.) Normala binti Basiron (Ketua Perkhidmatan Bedah Plastik) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Pembedahan Plastik Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Dr. Mariam George Mathew (Ketua Perkhidmatan Perubatan Sukan) Pakar Perubatan Sukan Hospital Queen Elizabeth Karung Berkunci No 2029 88586 Kota Kinabalu, SABAH
21
Dr. Ismuni bin Bohari (wakil Ketua Perkhidmatan Kesihatan Awam) Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 3, Blok E10, Kompleks E PUTRAJAYA Dr. Baizury binti Bashah (Ketua Perkhidmatan Perubatan Keluarga) Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar Aras 1, Blok A, Hospital Alor Setar Lebuhraya Darulaman 05100 Alor Setar, KEDAH DARUL AMAN Dr. Sabariah Faizah binti Jamaluddin (Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh Jalan Hospital 47000 Sungai Buloh, SELANGOR DARUL EHSAN Dr. Ravichandran a/l Jeganathan (Ketua Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sultanah Aminah 80100 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM Dr. Elias bin Hussin (Ketua Perkhidmatan Oftalmologi) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Selayang Lebuhraya Selayang-Kepong 68100 Batu Caves, SELANGOR DARUL EHSAN Dr. Shahnaz binti Murad (Ketua Perkhidmatan Patologi) Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
22
Dr. Mohd. Shah bin Mahmood (Ketua Perkhidmatan Forensik) Pakar Perunding Kanan & Pengarah Institut Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR Dr. Yusniza binti Mohd. Yusof (Ketua Perkhidmatan Perubatan Pemulihan) Pakar Perubatan Rehabilitasi Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 KUALA LUMPUR
Dr. Toh Chin Lee (Ketua Perkhidmatan Psikiatri) Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Selayang Lebuhraya Selayang-Kepong 68100 Batu Caves, SELANGOR DARUL EHSAN
23
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM Dekan Fakulti Perubatan Universiti Sains Malaysia 16150 Kubang Kerian KELANTAN DARUL NAIM Pengarah Institusi Perubatan & Pergigian Termaju No. 29, Lorong Bertam Indah 4/9 Taman Bertam Indah 13200 Kepala Batas PULAU PINANG Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya 50603 KUALA LUMPUR Dekan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Yaacob Latif Bandar Tun Razak 56000 KUALA LUMPUR Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak Lot 77, Seksyen 22 Kuching Town Land Adruce Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce 93150 Kuching, SARAWAK Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang SELANGOR DARUL EHSAN
24
Dekan Kulliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia P.O. Box 141 25710 Kuantan PAHANG DARUL MAKMUR Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus UiTM Selayang Jalan Prima Selayang 7 68100 Batu Caves SELANGOR DARUL EHSAN
Top Related