UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SURAT PEKELILING BENDAHARI
Bilangan 2Tahun2013
GARIS PANDUAN PEROLEHAN BEKALAN DAN
PENGHANTARAN BUKU TERBITAN DAN
CETAKAN LUAR NEGARA
Surat Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kelulusan Lembaga
Pengarah UiTM di dalam mesyuarat yang ke-135 pada 30 Julai 2013 untuk
meminda Pekeliling Bendahari Bilangan 4 Tahun 2010 mengenai struktur dan
nama Jawatankuasa Pemilihan Vendor dan Pihak Berkuasa Melulus Pembelian
Terus Bekalan dan Penghantaran Buku Terbitan dan Cetakan Luar Negara.
Lembaga Pengarah UiTM di dalam mesyuarat tersebut juga telah meluluskan
pindaan semua jawatan Pengarah/Timbalan Pengarah Kampus UiTM
Cawangan/Negeri di dalam pekeliling tersebut kepada Rektor/Timbalan Rektor
Kampus UiTM Cawangan /Negeri di mana Rektor UiTM kampus cawangan
sahaja diberi kuasa melantik Jawatankuasa Pemilihan Vendor di peringkat
kampus cawangan.
Pindaan ini adalah diperlukan untuk memastikan urusan perolehan bahan rujukan
dilaksanakan dengan lebih telus s'eperti berikut:
a) Penilaian dan pemilihan vendor dapat dilaksanakan dengan lebih
teratur bagi meningkatkan tahap ketelusan dan integriti proses
tersebut.
1
b) Mengelakkan daripada salahguna kuasa dalam proses pemilihan
vendor.
c) Mengelakkan daripada berlaku percanggahan kepentingan
(Conflict of Interest).
d) Amalan tadbir urus yang baik.
Senarai penuh Jawatankuasa Pemilihan Vendor Buku dan Pihak Berkuasa
Meluluskan Pembelian Terus bekalan dan penghantaran buku terbitan dan
cetakan luar negara yang telah dipinda adalah di Lampiran A.
Pindaan ini tidak mengubah dasar yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa
Kewangan dan Pembangunan tetapi bertujuan untuk menambahbaik pelaksanaan
perolehan bekalan dan penghantaran buku terbitan dan cetakan luar negara.
Pindaan ini hendaklah digunapakai oleh Universiti Teknologi MARA Malaysia dan
Negeri, bagi semua Kumpulanwang, berkuatkuasa mulai tarikh surat pekeliling ini
dikeluarkan dan hendaklah dibaca bersekali dengan Arahan Perbendaharaan dan
pekeliling lain yang berkaitan, yang masih berkuatkuasa.
Berikut adalah pindaan terhadap Pekeliling Bendahari Bilangan 4 tahun 2010:
1.1 Perenggan 6.1 (a), (b) dan (c) berkaitan dengan Ahli Jawatankuasa
Pemilihan Vendor,
1.2 Perenggan 8.1 berkaitan dengan Pihak Berkuasa Melulus,
1.3 Perenggan 6.1.2 yang memberi kuasa kepada Rektor UiTM sahaja untuk
melantik Jawatankuasa Pemilihan Vendor di peringkat kampus cawangan,
1.4 Semua nama jawatan PengaralVTimbalan Pengarah Kampus UiTM
Cawangan/Negeri dipinda kepada Rektor/Timbalan Rektor Kampus UiTM
Cawangan.
2
Sekian, terima kasih
5ANIP WAHID
Bendahari
Dikeiifingkan Kepada:
Semua Ketua Jabatan/Bahagian/Pusat/Unit
Semua Dekan-Dekan Fakulti
Semua Rektor-Rektor Kampus Negeri
Semua Penyelaras Kampus UiTM
Semua Ketua Bahagian/Unit Kewangan Ion Pejabat Bendahari UiTM Shah Aiam
Semua Ketua Pejabat Bendahari UiTM Negeri/ Cawangan /Kampus
BiL Faii: 100-BP(100/PT.6/3)
No. Siri: 100-BP(100/PT.6/3) 1
3
LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PEMILIHAN VENDOR BUKU DAN KUASA MELULUSKAN
PEMBELIAN TERUS BEKALAN DAN PENGHANTARAN BUKU TERBITAN
DAN CETAKAN LUAR NEGARA
1. AHLI JAWATANKUASA PEMILIHAN VENDOR BUKU UITM SHAH ALAWI
i. Pengerusi
a. Ketua Timbalan Pustakawan
• b. Pengerusi Ganti, daripada Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
(semasa ketiadaan Pengerusi)
ii. Ahli Jawatankuasa
a. Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
b. Timbalan Ketua Pustakawan
c. Ketua Perpustakaan Fakulti
d. Pustakawan Kanan
iii. Setiausaha
a. Pustakawan
2. AHLI JAWATANKUASA PEMILIHAN VENDOR BUKU UITM KAMPUS
CAWANGAN /NEGERI
i. Pengerusi
a. Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik
ii. Ahli Jawatankuasa
a. Ketua Perpustakaan Cawangan
b. Pustakawan
c. Pembantu Perpustakaan Tertinggi /Pembantu Perpustakaan Kanan
/Pembantu Perpustakaan
iii. Setiausaha
a. Pustakawan
(Pemilihan Vendor Buku bagi Kampus Satelit/PFI Cawangan /Negeri
dibuatsecara berpusat oleh UiTM Kampus Cawangan/Negeri)
4
3. AHLI JAWATANKUASA PEMILIHAN VENDOR BUKU UITM KAMPUS
PUNCAK ALAM/ PUNCAK PERDANA
i. Pengerusi
a. Penolong Naib Canselor (Puncak Alam dan Puncak Perdana)
ii. Ahli Jawatankuasa a. Ketua Perpustakaan Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana
b. Pustakawan
c. Pembantu Perpustakaan Tertinggi /Pembantu Perpustakaan Kanan
/Pembantu Perpustakaan
iii. Setiausaha
a. Pustakawan
4. AHLI JAWATANKUASA PEMILIHAN VENDOR BUKU UITM INTEC
i. Pengerusi
a. Penolong Pengarah Hal Ehwal Akademik (INTEC)
ii. Ahli Jawatankuasa a. Ketua Perpustakaan Kampus INTEC
b. Pustakawan
c. Pembantu Perpustakaan Tertinggi /Pembantu Perpustakaan Kanan
/Pembantu Perpustakaan
iii. Setiausaha
a. Pustakawan
5. AHLI JAWATANKUASA PEMILIHAN VENDOR BUKU UITM KAMPUS
SELAYANG DAN SUNGAI BULOH:
i. Pengerusi
a. Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Hal Ehwal Akademik Kampus
Selayang dan Sungai Buloh
ii. Ahli Jawatankuasa a. Ketua Perpustakaan Kampus Selayang dan Sungai Buloh
b. Pustakawan
c. Pembantu Perpustakaan Tertinggi /Pembantu Perpustakaan Kanan
/Pembantu Perpustakaan
5
iii. Setiausaha
a. Pustakawan
6. AHLI JAWATANKUASA PEMILIHAN VENDOR BUKU FAKULTI/
JABATAN YANG MEMPUNYAI UNIT PUSAT SUMBER :
Perinqkat Fakulti
I. Pengerusi
a. • Timbalan Dekan Akademik
ii. Ahli Jawatankuasa
a. Ketua Pusat Sumber
b. Sekurang-kurangnya dua orang Pegawai Gred 41 dan ke atas.
iii. Setiausaha
a. Seorang pegawai Gred 27 dan ke atas
Perinqkat Jabatan
i. Pengerusi
a. Ketua Bahagian / Unit
ii. Ahli Jawatankuasa
a. Ketua Pusat Sumber
b. Sekurang-kurangnya dua orang Pegawai Gred 41 dan ke atas
iii. Setiausaha
a. Seorang pegawai Gred 27 dan ke atas
KUASA UNTUK MELULUSKAN PEMBELIAN TERUS BEKALAN DAN PENGHANTARAN BUKU TERBITAN DAN CETAKAN LUAR NEGARA
Sehingga RM 10,000
(Fakulti/Jabatan yang mempunyai
Unit Pusat Sumber)
Sehingga RM50.000
a) UiTM Shah Alam
b) UiTM Kampus Cawangan/
Negeri
c) UiTM Kampus Puncak Alam dan
Puncak Perdana
d) INTEC
e) UiTM Kampus Selayang dan
Sungai Buloh
Dekan/Ketua Jabatan
a) Ketua Timbalan Pustakawan
b) Timbalan Rektor (Selain Timbalan
Rektor Hal Ehwal Akademik) UiTM
Kampus Cawangan/Negeri
(Perolehan buku Kampus Satelit/PFI
dibuat secara berpusat oleh UiTM
Kampus Cawangan / Negeri)
c) Timbalan Pengarah Kampus
d) Penolong Pengarah (Selain Penolong
Pengarah Hal Ehwal Akademik
(INTEC))
e) Timbalan Dekan Fakulti Perubatan
(Selain Timbalan Dekan Fakulti
Perubatan Hal Ehwal Akademik)
7
Sehingga RM200.000
a) UiTM Shah Mam
b) UiTM Cawangan / Kampus
Negeri
c) Kampus Puncak Alam dan
Puncak Perdana
d) INTEC
e) Kampus Selayang dan Sungai
Buloh
Melebihi RM200.000 sehingga
RM500,000
Melebihi RM500.000 hingga RM20
Juta
Melebihi RM20 juta hingga RM50
juta
Melebihi RM50 juta
a) Ketua Pustakawan
b) Rektor UiTM Cawangan/Negeri
c) Penolong Naib Canselor Kampus
Puncak Alam / Puncak Perdana
d) Pengarah INTEC
e) Dekan Fakuiti Perubatan Kampus
Selayang dan Sungai Buloh.
Jawatankuasa Sebut Harga Rasmi
Kampus masing-masing.
Lembaga Perolehan B1 UiTM
Lembaga Perolehan A UiTM
Kementerian Kewangan
8
Top Related