Download - FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

Transcript
Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,
Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN DIPLOMA

MEMILIH PROFESION PERGURUAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI, JOHOR

RAHAYU BINTI MURAD

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Awam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,
Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

iii

Ku buka lembaran ini dengan lafaz yang paling mulia, Alhamdulilah, syukur kepada Yang Maha Esa

kerana memberikan limpah dan kurnianya sehingga kajian Projek Sarjana Muda ini dapat

disiapkan......

Kutujukan dedikasi ini khas untuk semua yang tersayang.......

Buat Abah...MURAD BIN MAHMOOD

Engkaulah sumber inspirasiku

Buat Mama.....RAMLAH BINTI PUTEH

Nasihatmu membakar semangatku

Buat penyelia...ENCIK ASNUL DAHAR BIN MINGHAT

Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan kepadaku

Buat kakak-kakak..... ROSLINDA & ROSMULIATI

Kalian amat bermakna buat diriku

Buat abang ipar.....MOHD HANAFIAH & ANUAR

Terima kasih kerana banyak membantu diriku

Buat anak-anak buahku...QAISARA , DANIA IRDINA & DAMIA IRDINI

Kecomelanmu menambat hatiku

Buat sahabat setiaku....SEMUA PELAJAR 4SPA

Budimu akan ku kenang hingga akhir nanti, kenangan bersama kalian takkan dapat kulupakan.

Semoga kalian diberkati Yang Maha Esa untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Lagi Maha Pengasih.

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya

dapatlah saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga Encik Asnul

Dahar Bin Minghat selaku penyelia, di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang

membina sejak awal sehingga sempurnanya Projek Sarjana Muda ini. Semoga segala

pengorbanan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.

Terima kasih juga kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia Skudai, yang

banyak memberi kerjasama antaranya ialah Bahagian Rekod dan Kemasukan Pelajar,

Bahagian Akademik, Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi kerjasama.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah

membantu selama ini dan ucapan terima kasih juga kepada keluarga di atas segala

dorongan dan doa kalian.

Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,

terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar lepasan diploma dalam memilih profesion perguruan di Universiti

Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Antara faktor-faktor yang terlibat dalam kajian ini

ialah faktor minat, keluarga, ekonomi, kemudahan dan pengangguran. Sampel kajian

merupakan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang merangkumi

pelajar lepasan diploma tahun 1, 3 dan 4 dari kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup) yang berjumlah 102

orang. Instrumen kajian adalah dengan dengan menggunakan soal selidik berskala likert.

Analisis data adalah menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social

Science : Version 12.0) untuk mendapatkan keputusan. Hasil dapatan menunjukkan

bahawa faktor-faktor di atas masih lagi mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion

perguruan. Walaubagaimanapun, faktor pengangguran merupakan faktor yang paling

mempengaruhi pelajar dibandingkan dengan faktor minat yang merupakan faktor

terendah dalam memilih profesion perguruan.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

vi

ABSTRACT

This descriptive research is to investigate all the factors which influence

Education Faculty students in choosing the Teaching Profession. The factors includes

interest, family influences, economy, facilities and jobless. This research was including

107 Education Faculty student from 1st, 3rd and 4th year from few courses such as

degree of technology with education (Civil Engineering, Electrical Engineering,

Mechanical Engineering also Living Skills) that total 102. The instrument of research is

by using Likert Scale. SPSS (Statistical Package For The Social Science : Version 12.0)

software was used to do analysis. The findings shows that all the factors as shown above

still influenced students in choosing the teaching profession. However, jobless become

the most popular factor compare to the others while interest factor influence is the least

factors of choosing to be a teacher.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Penyataan Masalah 8

1.3 Objektif Kajian 8

1.4 Persoalan Kajian 9

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

viii

1.5 Kepentingan Kajian 10

1.6 Skop Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definasi istilah 12

1.8.1 Pengaruh 12

1.8.2 Profesion Perguruan 12

1.8.3 Minat 13

1.8.4 Pengangguran 14

1.8.5 Ekonomi Semasa 14

1.8.6 Kemudahan Sedia Ada 15

BAB II SOROTAN KAJIAN 16

2.0 Pengenalan 16

2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan

Profesion Perguruan 17

2.1.1 Faktor Pengaruh Minat 17

2.1.2 Faktor Pengaruh Keluarga 19

2.1.3 Faktor Pengangguran 21

2.1.4 Faktor Pengaruh Ekonomi 22

2.1.5 Faktor Pengaruh Kemudahan 23

2.2 Penutup 25

BAB III METODOLOGI KAJIAN 26

3.0 Pengenalan 26

3.1 Reka Bentuk Kajian 27

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

ix

3.2 Tempat Kajian 28

3.3 Sampel Kajian 28

3.4 Instrumen Kajian 29

3.5 Kajian Rintis 31

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Analisis Data 33

BAB IV ANALISIS DATA 36

4.0 Pengenalan 36

4.1 Analisis Data 37

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 37

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Kursus 38

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Tahun Pengajian 39

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 40

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 40

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Agama 41

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Umur 42

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Taraf

Kahwin 43

4.2.8 Taburan Responden Mengikut

Kursus Terdahulu 44

4.3 Analisis Bahagian B 45

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 46

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 49

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 52

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 55

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

x

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian Kelima 59

4.4 Persoalan Kajian Yang Paling Mempengaruhi

Pelajar Lepasan Diploma Memilih

Profesion Perguruan Di Universiti

Teknologi Malaysia Skudai, Johor 63

4.5 Penutup 64

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN 65

5.0 Pengenalan 65

5.1 Perbincangan Kajian 66

5.1.1 Faktor Minat 67

5.1.2 Faktor Keluarga 68

5.1.3 Faktor Ekonomi 70

5.1.4 Faktor Kemudahan 71

5.1.5 Faktor Pengangguran 74

5.2 Rumusan 75

5.3 Cadangan Kajian 78

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 79

5.5 Penutup 80

RUJUKAN 81

Lampiran A - B 84 - 91

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.0 PelajarLepasan Diploma Yang Mengikuti 6

Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

Dari Tahun 1-4 7

3.0 Bilangan Pelajar Mengikut Kursus 28

3.1 Aspek, Bilangan Item Dan Nombor Item Soal Selidik 30

3.2 Skor Aras Skala Likert ( Item Positif ) 33

3.3 Skor Aras Skala Likert ( Item Negatif ) 34

3.4 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 34

3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 35

4.1 Nilai Skor 38

4.2 Taburan Responden Mengikut Kursus 38

4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 39

4.4 Taburan Responden Mengikut Jantina 40

4.5 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41

4.6 Taburan Responden Mengikut Agama 42

4.7 Taburan Responden Mengikut Umur 43

4.8 Taburan Responden Mengikut Taraf Kahwin 43

4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Terdahulu 44

5.0 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min

Berkaitan Faktor Minat 46

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

xii

5.1 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min

Berkaitan Faktor Keluarga 49

5.2 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min

Berkaitan Faktor Ekonomi Semasa 52

5.3 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min

Berkaitan Faktor Kemudahan 56

5.4 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min

Berkaitan Faktor Pengangguran 60

5.5 Analisis Keseluruhan Bagi Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Pelajar Lepasan Diploma Dalam Memilih Profesion Perguruan

Di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor 63

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.0 Statistik Pengangguran Dari Jabatan

Perangkaan Malaysia 5

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

xiv

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

IPTA – Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS – Institut Pengajian Tinggi Swasta

KDPM - Kursus Diploma Perguruan Malaysia

KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

KPM – Kementerian Pelajaran Malaysia

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

PKPJJ - Program Khas Pendidikan Jarak Jauh

S - Setuju

SPSS - Statistical Package For The Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UTM – Universiti Teknologi Malaysia

f - Frekuensi

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 84

B Jadual Penentuan Saiz Sampel

BerdasarkanPopulasi Krejcie &

Morgan (1970) 91

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bidang pendidikan memainkan peranan penting dalam kehidupan

masyarakat demi menuju wawasan 2020. Perkembangan dalam bidang

pendidikan kini menjadi perhatian semua lapisan masyarakat tidak kira samada

tua atau pun muda. Bidang pendidikan kini merupakan satu bidang yang semakin

pesat pembangunannya. Pelbagai usaha yang telah dirancang dan dijalankan

untuk peningkatan dan kemajuan sistem pendidikan di seluruh negara. Malaysia

juga tidak ketinggalan dalam memajukan bidang pendidikan ini. Sebagai

masyarakat di negara yang aman dan damai ini haruslah bersyukur kerana

kemudahan untuk mendapatkan pendidikan begitu banyak dan mudah diperoleh.

Peluang yang luas ini harus digunakan dengan baik untuk mendapatkan ilmu

pengetahuan kerana negara telah menyediakan ruang yang banyak untuk

mendapatkan pendidikan secara formal.

Pendidikan perguruan merupakan satu bentuk pendidikan bagi melahirkan

bakal-bakal guru yang berkualiti dari segi sikap dan tanggungjawab serta berilmu

pengetahuan yang tinggi sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (1987) iaitu :

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

2

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah

memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran rakyat dan negara”.

Dalam melaksanakan bidang perguruan ini, seseorang yang bergelar guru

turut terlibat dalam perlaksanaan bidang pendidikan ini. Tugas seorang yang

bergelar guru adalah satu tugas yang berat di mana ia memerlukan komitmen

yang tinggi dalam diri seseorang untuk mendidik seseorang yang lain. Islam

mendefinasikan, guru adalah insan yang menjadi pendidik, pengajar, pembentuk

disiplin dan insan yang mempunyai pengetahuan.

Mengikut Syarifah Alawiyah (1984), profesion perguruan adalah satu

bidang pekerjaan yang memberikan perkhidmatan yang unik, tetap dan diperlukan

oleh masyarakat. Menurut Mohd Yusman dan Khairunisa (1996) pula, profesion

perguruan adalah merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan

untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba ‘canggih’ sebagai ‘jentera’

penggerak negara, khususnya semasa era Malaysia sebagai negara industri pada

tahun 2020 nanti. Ini bermakna, dalam era globalisasi ini, pendidik yang komited

dan intelek amat penting bagi mendepani cabaran-cabaran dalam dunia alaf baru.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

3

Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin

meningkat jumlah penduduk, maka semakin banyak guru diperlukan. Seorang

guru haruslah berpegang pada etika dan tatasusila profesion supaya tidak lari dari

matlamat murninya. Sebagai alternatif, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menubuhkan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) bagi mengendalikan program dan

kursus pendidikan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) ini berperanan serta bertanggungjawab

dalam menyediakan dasar pendidikan keguruan dan unjuran pengambilan guru

praperkhidmatan serta menguruskan pengambilan dan penempatan pelajar ke

maktab perguruan. Selain itu, BPG juga memantau perlaksanaan kurikulum dan

praktikum di samping mengendali dan menyelia penilaian dan peperiksaan serta

kursus dalam praperkhidmatan dan latihan kemajuan staf. Kurikulum latihan

perguruan adalah digubal bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan,

berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap

teknologi. Antara program dan kursus yang diperkenalkan ialah Kursus Diploma

Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan lepasan Ijazah (KPLI), Program

Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) dan Program Khas Pendidikan Jarak Jauh

(PKPJJ) bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Pada masa dahulu, latihan perguruan hanya ditawarkan di maktab-maktab

perguruan sahaja. Kini, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah

menawarkan kursus dalam bidang perguruan dan pendidikan. Contohnya, di

Universiti Kebangsaan Malaysia bermula pada tahun 1982, Universiti Sains

Malaysia pada tahun 1987 dan Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1986.

Ini disebabkan pertambahan bilangan sekolah kesan dari pertambahan jumlah

pelajar dan juga akibat perubahan teknologi. Penambahan jumlah sekolah pula

menyebabkan keperluan guru sebagai tenaga pengajar juga turut meningkat.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

4

Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan di Universiti

Teknologi Malaysia diperkenalkan meliputi empat pengkhususan utama iaitu

Kejuruteraan Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup. Antara pelajar yang

terpilih memasuki kursus ini adalah dari lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi

Pelajaran Malaysia (STPM), Diploma dan selain itu terdapat juga Program Khas

Pensiswazahan Guru (PKPG ) bagi guru-guru lepasan maktab perguruan.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pada masa kini, masalah pengangguran merupakan masalah utama yang

menular di kalangan masyarakat Malaysia. Kebanyakan bilangan penganggur

adalah lebih ramai berdasarkan kepada pengeluaran graduan-graduan dari Institut

Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan

Politeknik seluruh Malaysia. Masalah ini timbul disebabkan kurangnya peluang

pekerjaan dan ini menyebabkan graduan-graduan lebih berminat untuk

menyambung pengajian dalam bidang perguruan. Walaupun pada hakikatnya

mereka adalah dari bidang teknikal iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan

Elektrik dan Kejuruteraan Jentera. Ini adalah berdasarkan kepada Rajah 1.0 di

sebelah yang menunjukkan statistik yang direkod dari Jabatan Perangkaan

Malaysia dari tahun 2003 ke 2004. Kadar pengangguran adalah meningkat

sebanyak 0.5% dari tahun 2003 dan menjadi 3.8% pada tahun 2004.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

5

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2004)

Rajah 1.0 Statistik Pengangguran Dari Jabatan Perangkaan Malaysia

Senario ini berlaku disebabkan proses mendapatkan pekerjaan pada masa

kini sudah berbeza dengan masa lalu. Pasaran pekerjaan pada masa ini lebih

kompetitif dan terhad. Oleh itu, profesion yang menjadi tumpuan pada masa kini

ialah profesion perguruan. Ianya terbukti apabila kursus yang ditawarkan begitu

mendapat sambutan di kalangan pelajar mahupun siswazah dengan kemasukan

seramai 6,800 pelatih mendaftar bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

peringkat sekolah rendah dan menengah di 27 maktab perguruan seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 4,000 mengikuti KPLI sekolah rendah dalam 11 bidang

pengajian, manakala 2,800 lagi KPLI sekolah menengah membabitkan 49 bidang

pengajian. Menurut BPG, jumlah itu adalah 12.6 peratus daripada 54,000

permohonan yang diterima untuk mengikuti KPLI sekolah rendah dan sekolah

menengah bagi kemasukan tahun ini.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

6

Profesion perguruan merupakan satu profesion yang dinamik dan penting

yang sentiasa mengikuti peredaran masa dalam membina sebuah masyarakat dan

negara. Ianya adalah pilihan yang sesuai selain ianya cukup diberi perhatian oleh

kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Di peringkat universiti, banyak

kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan. Antaranya di Universiti

Teknologi Malaysia sendiri yang menunjukkan jumlah kemasukan seramai 140

orang bagi lepasan diploma dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),

Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta Politeknik dari seluruh Malaysia

yang mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kejuruteraan (Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup) dari tahun 1

hingga 4 dan secara keseluruhannya seramai 400 pelajar perdana yang mengikuti

kursus tersebut di Fakulti Pendidikan. Ini dapat disokong dengan data dari Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang menunjukkan kemasukan pelajar

lepasan diploma yang semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Jadual 1.1 di bawah menunjukkan jumlah pelajar lepasan diploma yang

mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan

(Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup) dari tahun 1 hingga 4 di

Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor yang berjumlah 140 orang.

Jadual 1 .0: Pelajar Lepasan Diploma Yang Mengikuti Kursus Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Dari Tahun 1-4

TAHUN K. AWAM K.ELEKTRIK K.JENTERA K.HIDUP

1 15 orang 17 orang 5 orang 7 orang

3 24 orang 12 orang 18 orang 14 orang

4 8 orang 7 orang 5 orang 8 orang

JUMLAH 47 orang 36 orang 28 orang 29 orang

Sumber : (Fakulti Pendidikan UTM Skudai, Johor)

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

7

Ini selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan

menjadikan sistem pendidikan rendah dan menengah bertaraf dunia sejajar

dengan usaha Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini

yang pastinya memerlukan tenaga pengajar yang berkaliber. Datuk Hishammudin

Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran berkata kerajaan tidak melihat usaha

menjadikan pendidikan bertaraf dunia hanya di peringkat tinggi dan universiti,

sebaliknya bermula dari pendidikan asas iaitu di peringkat rendah dan menengah.

Dalam Rancangan Malaysia ke-8 pula, iaitu pada Bahagian Pendidikan

dan Latihan, Kerajaan telah merangkakan pelbagai langkah. Antaranya bagi

meningkatkan tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi, keupayaan di

sekolah teknik dan vokasional akan ditambah. Pertambahan ini akan meliputi

peningkatan taraf kemudahan di 9 sekolah teknik dan 38 sekolah vokasional sedia

ada. Di samping itu, 8 sekolah menengah teknik baru akan dibina dan

menyediakan tempat untuk kira-kira 26,000 pelajar mata pelajaran elektif sains

dan kejuruteraan, 17,600 elektif vokasional dan 17,200 aliran kemahiran.

Dengan perlaksanaan secara berperingkat dasar pendidikan universal 11

tahun serta perlaksanaan elektif KBSM di peringkat menengah atas, permintaan

terhadap guru siswazah akan meningkat. Untuk memenuhi permintaan ini,

universiti akan memperluaskan program pendidikan guru bagi menyediakan

latihan kepada kira-kira 9,940 guru siswazah. Maka wajarlah diketahui, hanya

melalui pendidikan, sesebuah negara itu dapat dibangun dan diperkembangkan

untuk generasi akan datang.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

8

1.2 Penyataan Masalah Pengaruh minat, keluarga dan masalah pengangguran di samping

kemudahan-kemudahan sedia ada mempengaruhi pemilihan pelajar terhadap

sesuatu profesion. Kemasukan pelajar-pelajar lepasan diploma ke Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor saban hari semakin

meningkat.

Justeru itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor

yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di

Universiti Teknologi Malaysia skudai, Johor.

1.3 Objektif Kajian

Objektif utama kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk :

1.3.1 Mengetahui samada minat mempengaruhi pelajar dalam memilih

profesion perguruan.

1.3.2 Mengetahui samada pengaruh keluarga mempengaruhi pelajar dalam

memilih profesion perguruan.

1.3.3 Mengenalpasti samada keadaan ekonomi mempengaruhi pelajar dalam

memilih profesion perguruan.

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

9

1.3.4 Mengetahui samada kemudahan sedia ada mempengaruhi pelajar dalam

memilih profesion perguruan.

1.3.5 Mengenalpasti samada pengangguran mempengaruhi pelajar dalam

memilih profesion perguruan.

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian yang telah dijalankan ini, pengkaji telah memfokuskan

kepada beberapa persoalan utama iaitu:

1.4.1 Apakah minat mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion perguruan?

1.4.2 Apakah pengaruh keluarga mempengaruhi pelajar dalam memilih

profesion perguruan ?

1.4.3 Apakah keadaan ekonomi semasa mempengaruhi pelajar dalam memilih

profesion perguruan?

1.4.4 Apakah kemudahan sedia ada mempengaruhi pelajar dalam memilih

profesion perguruan?

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR LEPASAN …€¦ · faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar lepasan diploma memilih profesion perguruan di universiti teknologi malaysia skudai,

10

1.4.5 Apakah pengangguran mempengaruhi pelajar dalam memilih profesion

perguruan?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor

yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar-pelajar

lepasan diploma di Universiti Teknologi Malaysia. Kepentingan kajian ini

dijalankan adalah seperti berikut:

1.5.1 Dijadikan maklumbalas kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),

terutama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam menambahkan tempat

kepada calon yang memohon mengikuti bidang perguruan.

1.5.2 Pihak Universiti untuk mengadakan satu program atau kurikulum khas

dalam membentuk guru agar lebih berdedikasi serta mempunyai komitmen

yang tinggi dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti.

1.5.3 Diharap dapat membantu individu yang ingin menjadikan perguruan

sebagai profesion mereka supaya lebih menjadi seorang guru yang

berdedikasi serta menanamkan sifat yang baik dalam diri untuk mendidik

anak bangsa.