1
TOPIK : PERMINTAAN AGREGAT (AD) DAN PENAWARAN AGREGAT (AS)
Latih Tubi: Kejutan AD-AS (Soalan Esei)
Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, huraikan kesan berikut atas Harga dan Pendapatan
Negara Benar:
a) Kenaikan harga minyak
b) Tabungan pengguna meningkat
c) Cukai dikurangkan
(10 Markah)
Rangka Jawapan:
a)
Rajah: Kesan Kenaikan Harga Minyak
Dari rajah di atas, Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan
agregat bersilang dengan keluk penawaran agregat iaitu (AD0 = AS0). Harga keseimbangan
asal pada P0 dan tingkat Pendapatan negara benar pada Y0.
Apabila berlaku kenaikan harga minyak ia akan meningkatkan kos pengeluaran kepada
pengeluar seterusnya tingkat keluaran akan dikurangkan. Kesannya penawaran agregat akan
berkurangan. Ia ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran agregat ke atas dari AS0 kepada
AS1. Seterusnya keseimbangan baru akan dicapai pada titik E1. Kesannya, tingkat harga
akan meningkat dari P0 kepada P1 dan pendapatan negara akan berkurang dari Y0 kepada
Y1. Keadaan ekonomi ini dinamakan sebagai stagflasi.
2
b) Rajah: Kesan peningkatan Tabungan Pengguna
Dari rajah di atas, Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan
agregat bersilang dengan keluk penawaran agregat iaitu (AD0 = AS0). Harga keseimbangan
asal pada P0 dan tingkat Pendapatan negara benar pada Y0.
Apabila berlaku peningkatan tabungan pengguna ia akan meningkatkan tabungan dan
penggunaan masyarakat akan berkurangan. Kesannya permintaan agregat akan
berkurangan. Ia ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan agregat ke bawah dari AD0
kepada AD1. Seterusnya keseimbangan baru akan dicapai pada titik E1. Kesannya, tingkat
harga akan menurun dari P0 kepada P1 dan pendapatan negara akan berkurang dari Y0
kepada Y1. Keadaan ekonomi ini akan membawa kepada masalah pengangguran.
3
c) Rajah: Kesan Pengurangan Cukai
Dari rajah di atas, Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan
agregat bersilang dengan keluk penawaran agregat iaitu (AD0 = AS0). Harga keseimbangan
asal pada P0 dan tingkat Pendapatan negara benar pada Y0.
Apabila berlaku pengurangan cukai ia akan meningkatakan pendapatan boleh guna
mesyarakat seterusnya meningkatkan penggunaan. Kesannya permintaan agregat akan
meningkat. Ia ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan agregat ke atas dari AD0 kepada
AD1. Seterusnya keseimbangan baru akan dicapai pada titik E1. Kesannya, tingkat harga
akan meningkat dari P0 kepada P1 dan pendapatan negara akan meningkat dari Y0 kepada
Y1. Ia akan mendorong pemulihan ekonomi.