Empat kesilapan Maut seorang newbie
Affiliate.
Setiap newbie yang menceburi bidang affiliate pasti mahu berjaya. Mereka
selalunya tertarik dengan kenyataan – kenyataan atau cerita – cerita dari para
otai mengenai kesenangan menjana wang menerusi affiliate. Namun, ia tidaklah
semudah itu kerana semuanya perlu ada usaha dan semangat untuk tidak
berputus asa.
Ramai para newbie beranggapan bahawa kekayaan boleh di capai dalam masa
satu malam tanpa mengeluarkan usaha yang setimpal. Ingin saya katakan, ia
adalah mustahil untuk berjaya dalam masa yang sekejap. Walaupun terdapat para
otai yang menjana ribuan ringgi sehari, mereka adalah golongan berpengalaman
dan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menggapai pendapatan
tersebut.
Untuk mengelakkan para newbie tersungkur menghadap bumi, saya senaraikan
empat kesilapan yang anda mesti elak pada permulaan karier anda sebagai
seorang affiliate.
Mempromosi produk dengan komisyen
affiliate yang tinggi.
Tidak salah untuk mempromosi produk affiliate yang mempunyai komisyen yang
tinggi. Namun, anda perlu peka jika sesuatu produk itu mempunyai nilai komisyen
yang tinggi, ia sudah tentu akan menarik ramai affiliate yang berpengalaman
untuk mempromosikan produk tersebut. Anda sebagai newbie, hampir mustahil
untuk bersaing dengan mereka kerana mereka akan berada di mana-mana sahaja
ruang yang ada untuk mempromosi produk tersebut.
Untuk permulaan, anda pilih produk yang mempunyai jumlah komisyen yang agak
sederhana supaya anda nampak hasilnya ketika anda mempraktikkan apa yang
anda belajar berkenaan dengan affiliate.
Mempromosi terlalu banyak produk dalam
satu masa.
Kesilapan yang newbie selalu lakukan adalah mereka terlalu bersemangat dan
mempromosi terlalu banyak produk sehingga tidak tahu apa yang patut di lakukan
di kemudian hari. Peraturan pertama sebagai newbie adalah mengikut langkah
demi langkah. Jangan melakukan banyak perkara dalam satu masa melainkan
anda yakin anda mampu berbuat demikian.
Promosi terlalu banyak produk menjadikan anda tidak cermat dalam setiap
pekerjaan anda. Anda akan tertekan jika segala rancangan anda tidak mengena
atau hasilnya tidak seperti yang anda harapkan.
Tidak melabur untuk pendidikan.
Ramai para newbie tidak mahu membeli ebook kerana mereka yakin bahawa
segala maklumat ada di internet. Kenapa perlu kedekut untuk mencari ilmu? Anda
perlu berani dan bergerak pantas. Laburkan wang untuk belajar bagaimana
hendak menjadi seorang affiliate. Praktikkan apa yang di pelajari dan pelbagaikan
teknik mengikut acuan sendiri.
Dengan melaburkan wang untuk pendidikan, anda akan lebih pantas dan laju
untuk bertindak. Selain itu, anda dapat lihat sendiri bagaimana orang menjana
pendapatan melalui affiliate.
Tiada website.
Kesilapan biasa bagi seorang newbie affiliate adalah mereka tiada website sendiri.
Memang benar, anda tidak perlu ada website sendiri untuk memulakan
perniagaan affiliate. Namun, anda perlu segera mewujudkan blog atau website
sendiri dari awal –awal lagi supaya anda tidak perlu mahirkan diri di kemudian
hari.
Maksud saya di sini adalah website adalah perlu bagi pemasaran affiliate. Website
boleh di ibaratkan sebagai pengkalan bagi anda dalam pemasaran affiliate. Lebih
elok, anda wujudkan satu website bagi satu niche supaya aktiviti promosi anda
lebih tersusun dan agak fokus.
Top Related