7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
1/15
4.0 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Rajah 4 menunjukkan lima kemahiran asas kaunseling iaitu kemahiran melayan dan
mendengar, kemahiran mengintepretasi tingkah laku bukan lisan, kemahiran
memberi tindak balas, kemahiran mengenalpasti masalah.
KEMAHIRANASAS
KAUNSELING
Kemahiran
Mengintepretasi
Tingkah Laku
bukan Lisan
Kemahiran
Melayan dan
mendengar
Kemahiran
Memberi
Tindak Balas
Kemahiran
mengenal pasti
masalah
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
2/15
Kemahiran
Melayan dan
Mendengar
4.1 Kemahiran Melayan dan Mendengar
Rajah 5
Cara melayan kanak-kanak
SHOVELERS = Face the other SquarelyH= Head NodsO= Adopt an Open PostureV= Verbal FollowingE= SpeechL= Lean toward the OtherE= Make Eye ContactR= Be relativel Relaxed
Cara Mendengar secara
aktif
1. Bersifat tidakmenghukum
2. Berikan tumpuan
sepenuhnya
3. Gunakan
kesenyapan
Kemahiran Mendengar
Asas
Soalan terbuka
Prafasa
Refleksi Perasaan
Dorongan minima
Meminta
Penjelasan
Merumus
Menyemak
persespsiKemahiran Mendengar Lanjutan
Penstrukturan Mengcungkil
Merujuk kepada usaha guru
bmbingan dan kaunseling
menerangkan tentang apa itu
kaunseling serta peranannya.
Memperoleh maklumat khusus daripada
kanak-kanak berkaitan dengan isu-isu,
misalnya memohon maklumat tentang
penyakit sejak kecil
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
3/15
Menurut buku BImbingan dan Kaunseling Kanak-kanak oleh Choong Lean Keow,
kemahiran melayan oleh guru bimbingan dan kaunseling sepertimana yang
terkandung dalam akronim iaitu SHOLVELER dapat dilihat seperti dalam gambar
rajah di bawah :
Rajah 6
S
Face the other Squarely
Pandang terus ke arah kanak-kanak
H
Head Nods
Anggukkan kepala
O
Adopt an Open Posture
Kedudukan badan yang terbuka
V
Verbal Following
Pengesanan secara verbal
E
SpeechPercakapan
L
Lean toward the Other
Condong badan ke depan
E
Make Eye Contact
Kontek mata
R
Be relatively Relaxed
Berada dalam keadaan releks
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
4/15
4.1.1 Cara mendengar secara aktif
Mendengar merupakan sebahagian daripada kemahiran yang paling asas
apabila melaksanakan sesi kaunseling. Walaupun kelihatan mudah tetapi jika tiada
latihan, seseorang itu tidak dapat memberi tumpuan terhadap perbualan yang
sedang berlaku. Terdapat empat petua bagi memupuk seterusnya meningkatkan
kemahiran mendengar secara aktif. Pertama, guru seharusnya kurangkan bercakap
tetapi mendengar dengan teliti seterusnya mengumpul sebelum membekalkan
maklumat yang dingini oleh kanak-kanak yang berkenaan.
Kedua, guru hendaklah menghindari sifat menghukum sebagai contoh mereka
perlu mengelakkan daripada menghukum kanak-kanak yang selalu ponteng sekolahdi peringkat awal sesi kaunseling walaupun mereka telah menerangkan sebab-
sebab disebalik amalan mereka. Ketiga, guru sebaiknya memberi tumpuan
sepenuhnya serta prihatin dan peka terhadap kebimbangan yang sedang mereka
alami semasa kanak-kanak sedang meluahkan perasaan dan akhir sekali adalah
kesenyapan dalam mengumpul maklumat mengenai situasi yang sedang dialami
oleh kanak-kanak dalam sesi kaunseling. Secara umumnya kemahiran mendengar
secara aktif boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kemahiran asas dan
kemahiran lanjutan.
Di samping itu, mendengar dengan berkesan secara tidak langsung akan dapat
menunjukkan kepada klien tentang keinginan kaunselor untuk menolong.
Mendengar dalam konteks kaunseling ialah mendengar dengan telinga, mata dan
tubuh badan apa yang ditunjukkan dan diperkatakan serta tingkahlaku klien.
Pada asasnya kemahiran mendengar merupakan titik permulaan kepada proses
kaunseling yang seterusnya. Oleh yang demikian berusahalah untuk mendengar
tentang apa yang diperkatakan oleh klien, elakkan daripada bercakap, apabila klien
sedang berusaha untuk menyampaikan sesuatu.
Proses kaunseling akan terganggu sekiranya kaunselor mencelah apa semasa
klien sedang bercakap. Kemahiran ini juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja
bagi menjalinkan perhubungan yang baik dengan orang lain. Kita selalu mendengar
rungutan tentang orang yang banyak bercakap dan tidak memberi peluang kepada
orang lain untuk bercakap. Biasanya orang yang tidak mahu memberi peluang untuk
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
5/15
orang lain bercakap akan kehilangan kawan. Oleh itu belajarlah mendengar
walaupun anda bukan seorang kaunselor, kerana mendengar itu lebih baik dari
banyak bercakap yang tidak berfaedah
4.1.2 Kemahiran Mendengar Asas
Terdapat tujuh kemahiran kecil yang merangkumi kemahiran mendengar asas
seperti soalan terbuka, prafasa, refleksi perasaan, dorongan minima, meminta
penjelasan, merumus, serta menyemak persepsi. Komponen-komponen ini dapat
dilihat dengan lebih lanjut menerusi jadual dibawah :
Komponen Keterangan
Soalan Terbuka Bermula dengan Apa, Bagaimana,Mengapa,
Bertujuan untuk menggalakkan pendedahan
kendiri kanak-kanak
Soalan Tertutup Bermula dengan Adakah..Sudahkah
Bertujuan untuk mengumpul maklumat atau
member fokus kepada perbincangan
Prafasa Menggunakan perkataan yang serupa tetapi
menyampaikan maksud yang sama terhadap
pernyataan kanak-kanak
Bertujuan untuk menggalakkan perbincangan isu
yang ditimbulkan
Refleksi Perasaan Mencerminkan perasaan sebalik apa yang
diceritakan oleh kanak-kanak
Dorongan Minima Tingkah laku verbal dan bukan verbal
Bertujuan untuk menggalakkan pendedahan
kendiri kanak-kanak
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
6/15
Meminta penjelasan Kurang mendengar atau tidak memahami apa
yang dipercakapkan
Bertujuan untuk memahami apa yang hendak
disampaikan
Merumus Menyatakan semula kebimbangan kanak-kanak
Bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu yang
benar-benar mengganggu perasaan kanak-kanak
Menyemak persepsi Berikutan rumusan yang dibuat sebelumnya
Bertujuan untuk menentukan tumpuan kanak-
kanak seterusnya.
4.1.3 Kemahiran Mendengar Lanjutan
Terdapat dua aspek dalam kemahiran mendengar lanjutan iaitu penstrukturan
dan mengcungkil. Pengstrukturan merujuk kepada usaha guru dalam menerangkan
tentang apa itu kaunseling termasuk peranan guru bimbingan dan kaunseling dan
kanak-kanak dalam sesi kaunseling yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi
untuk mengambil bahagian secara aktif. Kemahiran mencungkil pula adalah
kemahiran dalam memperoleh maklumat khusus daripada kanak-kanak.
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
7/15
4.2 Kemahiran Mengintepretasi TingkahLaku Bukan Lisan
Rajah 7
Kemahiran
Mengintepretasi
Tingkah Laku
Tindak Balas
semulajadi
Perasaan
Teransang
Sifat Dominan
Nada suara
Gerakan fizikal Kontek mata
Ekspresi muka
Condong badan ke
depan
Dan seba ain a
Perbuatan yang
mengikut naluri
masing-masing
Berkaitan dengan
imbangan kuasa
dalam satu-satu
perhubungan.
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
8/15
Rajah 1.2 menunjukkan tiga cara untuk mengintepretasikan tingkah laku
bukan lisan. Menurut Mehrabian(1972) dalam buku Bimbingan dan Kaunseling
oleh Choong Lean Keow, beliau telah mengenal pasti tiga dimensi yang
dikatakan berkesan kepada guru dalam mentafsir tingkahlaku bukan lisan yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam sesi kaunseling iaitu tindakbalas
semulajadi, perasaan teransang dan sifat dominan seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 1.3 di bawah.
Rajah 8
Rajah 1.3 menunjukkan tiga dimensi dalam mentafsir tingkahlaku bukan lisan
iaitu tindak balas semulajadi, perasaan teransang dan sifat dominan. Tidak balas
semulajadi adalah perbuatan yang dilakukan mengikut naluri atau intuisi masing-
masing. Indikator yang biasa melambangkan perasaan gemar atau suka termasuk
kontak mata, sentuhan, condong badan ke hadapan dan sebagainya. Disamping itu,
perasaan teransang adalah perasaan yang tidak bersifat seksual, sebaliknya ia
merujuk kepada semangat yang ditunjukkan melalui nada suara, dan gerakan fizikal.
Ia menyampaikan maklumat mengenai status, kedudukan dan kepentingan yang
relatif atau dipersepsikan. Contohnya kanak-kanak yang pandai atau berasal
daripada keluarga yang tinggi status sosio-ekonomi biasanya kelihatan lebih relaks
dalam sesi kaunseling berbanding kanak-kanak yang lemah dan berasal daripada
keluarga miskin biasanya kelihatan kurang yakin dan merendah diri.
Cara MenintepretasiTingkah LakuBukan Lisan
Tindak BalasSemulajadi
PerasaanTeransang
Sifat Dominan
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
9/15
4.3 Kemahiran Memberi Tindak Balas
Kata-kata
pujian
Memujuk
Semangat
Memberi
galakanMembuat
penyataan awal
tentang
masalah muridMembuat
jangkaan awal
tetntan masalah
murid
Ibu Bapa
Penjaga
KEMAHIRAN
MEMBERI
TINDAK BALAS
KonfrantasiKemahiran
Mentafsir
Bagaimana
Memberi Tindak
Balas positif
Kemahiran
menyokong
Menyatakan
Ya
Memberi
penerangan yang
menenangkan
perasaan
Amalkan semakna
persepsiKebaikan bertemu
guru pembimbing
Kemahiran
MenyoalMelihat
perubahan
perlakuan
murid
Pemerhatian kepada
persekitaran
Semak konteks
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
10/15
4.3.1 Kemahiran Memberi Tindak Balas
Kemahiran ini harus dikuasai oleh guru dan memerlukan beliau memberi perhatian
kepada perasaan dan penyataan lisan kanak-kanak sepanjang sesi kaunseling.
Apabila kemahiran ini digabungkan dengan kedua-dua kemahiran yang telah anda
pelajari, kanak-kanak terdorong untuk meneruskan perkongsian masalah dan
pendedahan kendiri.
Bagaimana Memberi Tindak Balas yang Positif
BagaimanamemberiTindak
Balas yangpositif
Memberi
motivasi
Mencabarsecarapositif
Anggukankepala dandorongan
minda
MemberiPujian
Memberigalakan
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
11/15
Konfrantasi
. Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik
antara klien dengan kaunselor. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor
harus menggunakan nada yang lembut yang mengandungi unsur-unsur ambil berat
agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien. Biasanya kemahiran
konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam situasi-situasi
tertentu seperti dinyatakan di bawah;
a. Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya
dengan apa yang dilakukannya.
b. Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu masa
dengan apa yang dikatakan pada masa yang lain.
c. Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan
d. Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang
dikatakan oleh klien mengenai dirinya
e. Menyatakan tentang tingkah laku klien yang didapati tidak sesuai, sebagai
maklumat tambahan mengenai diri klien.
Tujuan kaunselor mengadakan kemahiran konfrantasi adalah untukmemberikan klien satu pandangan lain dalam usaha meneliti diri dan membantu
mengurangkan blind spotdalam membantu klien melihat dirinya dengan lebih tepat.
Contoh satu
Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada
persediaan untuk berjaya.
Contoh dua
Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan pensyarah itu, tapi dalam masa
yang sama , anda rasa takut berhadapan dengan pensyarah itu untuk
mengetahui isu yang sebenar.
Contoh tiga
Saya nampak wajah anda gembira walaupun menceritakan perkara
yang agak sedih. Agaknya ada perkara yang tak kena ke?
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
12/15
Tujuan konfrontasi mengikut Ishamuddin Hj. Ismail (1999) adalah seperti
berikut;
a. Membenarkan klien menerokai mekanisme bela diri yang menghindari
pemahaman dan tindakannya.
b. Membantu klien mengenal pasti satu kontradisi, rasionalisasi, helah atau
salah interpretasi
c. Membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan, pengalaman
dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat untuk menghadapinya.
d. Menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien.
e. Supaya tingkah laku klien menjadi lebih bersepadu.
Contoh Satu;
Pada sesi lepas Effa dah bincangkandengan saya mengenai kekecewaan
Effa terhadap rakan sejawat yang selalu menaruh perasaan dengki
dengan apa yang Effa buat. Dalam masa yang samaEffa juga merasa sedih
kerana walaupunsudah lima bulan Effa berkhidmat, Effabelum lagi mendapat
gaji. Jadi kali ini adakah Effa mahu mendapat gaji.
Contoh dua;
Pada sesi yang lepas Qayyam dah bincangkan dengan saya tentang
halangan yang Qayyum hadapi untukmencapai cita-cita Qayyum sebagai
seorang pensyarah. Jadi, pada hari ini apa kata kalau kita menyemak kembali
apa agaknya langkah-langkah yang boleh diambil oleh Qayyum untuk
mencapai cita-cita tersebut.
Kemahiran Mentafsir
Dalam kemahiran mentafsir, guru perlu memberi tindakbalas dengan mentafsir
segala permasalahan yang berlaku setelah sesi dijalankan. Cara tafsiran
dilaksanakan dengan mengemukakan satu pandangan dan perspektif yang baru
mengenai masalah yang dialami.
Cara memberi tindakbalas adalah seperti memberikan tindakbalas apabila
diminta oleh kanak-kanak yang berkenaan. Fokus kepada perkara positif. Jika
terpaksa memberi fokus negatif, mulakan dengan fokus positif dahulu. Tindakbalas
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
13/15
yang khusus dan konkrit diterapkan. Guru pembimbing perlu tidak bersifat
menghukum atau menilai dan semak reaksi klien dengna mengemukakan beberapa
soalan.
Kemahiran menyokong
Kemahiran menyokong adalah cara kita untuk memberi bantuan tambahan
dalam bentuk sokongan agar dapat mengatasi masalah tersebut. contohnya maslah
yang dihadapi murid sangat serius dan tidak setimpal dengan umur yang masih
muda lagi. Kanak-kanak tadi perlukan bantuan tambahan dalam bentuk sokongan
agar dapat mengatasi ketakutan atau penentangan terhadap perkhidmatan
kaunseling.
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
14/15
4.4 Kemahiran Mengenal Pasti Masalah
Sesi kaunselingindividu dan
kelompok
Melalui tinjauan
KEMAHIRAN MENGENAL
PASTI MASALAH
Pemerhatian
yang berjadual
Konferens ibu
bapa Temubual
guru- guru
kelas
Ujian-ujianpiawai
7/30/2019 Empat Kemahiran Asas
15/15
4.4.1 Kemahiran Mengenal Pasti Masalah
Dalam kemahiran Mengenal Pasti Masalah, salah satu strategi yang biasa
digunakan untuk mengenalpasti masalah yang timbul dalam kalangan kanak-kanak
ialah melalui tinjauan. Melaui tinjauan, guru dapat mengumpul maklumat penting
mengenai isu-isu yang mungkin menimbulkan masalah dalam kalangan kanak-
kanak.
Strategi yang biasa digunakan termasuk sesi kaunseling individu dan kelompok,
pemerhatian yang berjadual, ujian-ujian piawai, konferens ibu bapa dan sebagainya.
Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu serta menguasai kemahiran tertentu.
Top Related