EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN TEKSTIL TIGA
DIMENSI PADA REKAAN HIASAN DALAMAN
NURAMIRAH BT ABDURAHIM
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Teknologi Seni Reka)
2017
EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN TEKSTIL TIGA
DIMENSI PADA REKAAN HIASAN DALAMAN
NURAMIRAH BT ABDURAHIM
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Teknologi Seni Reka)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2017
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
i
JUDUL: EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN TEKSTIL TIGA DIMENSI PADA REKAAN HIASAN DALAMAN
SESI PENGAJIAN : 2016/ 2017
Saya NURAMIRAH BINTI ABDURAHIM mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 5. **Sila tandakan . (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI SULIT 1972). TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh: _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Batu 3, Kg Kampai 71600 Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan. Tarikh : ___________________ Tarikh : ___________________
PENGESAHAN
Projek bertajuk Eksplorasi Hiasan Manuskrip Sebagai Cetakan Tekstil Tiga Dimensi Pada
Rekaan Hiasan Dalaman telah disediakan oleh Nuramirah Bt Abdurahim dan telah
diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka).
Diterima untuk diperiksa :
…………………………..
(En Asrul Asshadi Bin Mohamad Morni)
Tarikh: .................................
ii
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertai ini telah digunakan
sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau
institusi pengajian tinggi lain.
……………….…………. (Nuramirah Bt Abdurahim) No. Matrik: 43361
iii
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke
hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmat-Nya sehingga dapat saya menyempurnakan projek
tahun akhir ini dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelaras penulisan ilmiah
ini iaitu En. Asrul Asshadi B. Mohamad Morni selaku penyelia di atas segala bimbingan, teguran
dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini. Tidak dilupakan
kepada Cik Norhayati Binti Suleiman dan En. Asrul Asshadi B. Mohamad Morni yang turut
memberikan idea-idea bernas bagi memantapkan prestasi projek ini. Selain itu, Encik Azman Bin
Mustapha selaku juruteknik yang banyak membantu saya dalam bentuk teknikal.
Ribuan terima kasih juga kepada ibu saya Siti Haminah Bt Kadir dan ayah saya Abdurahim Bin
Wahab serta keluarga yang banyak membantu dari segi kewangan serta memberi sokongan dan
dorongan dalam menyiapkan penyelidikan ini. Tidak dilupakan juga buat orang tersayang Mohd
Khushairi Bin Abdul Kadir yang banyak memberi dorongan dari segi kewangan dan sokongan, serta
rakan seperjuangan saya yang sentiasa di sisi, yang turut membantu saya. Ribuan terima kasih saya
ucapkan kepada semua yang terlibat, kerana mereka semua saya dapat menyiapkan penyelidikan ini
dengan jayanya.
Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang
disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih.
iv
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Borang Pengesahan Status Tesis i
Pengesahan ii
Pengakuan iii
Penghargaan iv
Abstrak
Abstract
Bab 1: Pengenalan/Latar Belakang Kajian
1.0 Pengenalan
1.1 Penyataan Masalah
1.2 Objektif Kajian
1.3 Skop Kajian
1.4 Kepentingan Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Limitasi Kajian
Bab 2: Kajian Lepas/Kupasan Literatur
2.1 Pengenalan
2.1.1 Definisi Cetakan Tekstil
2.2 Kajian Lepas
2.2.1 Seni Reka Tekstil
2.2.2 Cetakan Tekstil
2.2.3 Motif Hiasan Manuskrip Taj Al-Salatin Sebagai Inspirasi
2.3 Kerangka Konsep
2.4 Kesimpulan
Bab 3: Metodologi Penyelidikan
3.1 Pengenalan
3.2 Kerangka Kajian
3.3 Kaedah Kajian Primer
3.4 Kaedah Kajian Sekunder
3.5 Kesimpulan
Bab 4: Hasil Dapatan Kajian
4.1 Pengenalan
4.2 Pemerhatian
4.3 Soalan Kaji Selidik
4.3.1 Bahagian A Demografi
4.3.2 Bahagian B Umum
4.3.3 Bahagian C Elemen Reka Bentuk Hiasan Dalaman
4.4 Eksperimentasi
4.5 Rujukan Berjilid
4.6 Laman Sesawang
4.7 Kesimpulan
Bab 5: Produk Akhir
5.1 Pengenalan
5.2 Proses Rekaan
5.3 Perkembangan Idea
5.3.1 Inspirasi
5.3.2 Croquis
5.4 Produk Akhir
5.4.1 Rekaan Produk Akhir
5.5 Kesimpulan
BAB 6: VALIDASI PRODUK
6.1 Pengenalan
6.2 Proses Validasi
6.2.1 Bahagian A Demografi
6.2.2 Bahagian B Reka Bentuk Hiasan Dalaman
6.3 Kekuatan Produk
6.4 Kelemahan Produk
6.5 Kesimpulan
BAB 7 : KESIMPULAN
7.0 Kesimpulan
RUJUKAN
LAMPIRAN
ABSTRAK
Penggunaan rekaan hiasan dalaman di Malaysia semakin mendapat tempat di hati pengguna. Walaubagaimanapun, hiasan manuskrip sebagai cetakan tekstil tiga dimensi pada rekaan hiasan dalaman masih kurang digunakan. Projek ini menggunakan pelbagai jenis struktur dan ketebalan kain supaya mendapat teknik tiga dimensi dan menunjukkan kedalaman corak dan menyerlahkan lagi reka corak manuskrip tersebut.
ABSTRACT
The use of interior design in Malaysia is gaining a place of consumers. However, the
ornamental manuscript as a three-dimensional textile prints design in the interior design still less
used. This project uses various types of fabrics and the thickness of the fabric so that it gets
three-dimensional mold technique and shows the depth of the manuscript pattern.
1
BAB 1
LATAR BELAKANG
1.1 Pengenalan
Tiga dimensi merupakan geometri atau bentuk sesuatu lebar, panjang dan tinggi
diperlukan untuk kelihatan seperti cetakan sebenar. Laura Cristina Luzar (2010)
mengatakan cetakan tekstil merupakan cetakan yang menggunakan dasar layar saringan
(skrin) dengan serat tertentu. Skrin kemudian diberikan model cetakan yang menggunakan
rekaan negatif untuk melalui proses penyinaran. Melalui proses penyinaran akan terbentuk
bahagian-bahagian tertentu yang dapat ditembusi dan tidak ditembusi oleh dakwat pigmen
dan pewarna reaktif. Prosesnya ialah meletakkan pigmen pada skrin dan menggunakan
squeegee untuk meratakan pigmen pada kain1.
Manuskrip Taj Al-Salatin merupakan antara manuskrip melayu terbaik yang diketahui.
Manuskrip ini merupakan panduan etika bagi pemerintah Aceh di sumatera barat pada tahun
1603 oleh Bukhari Al-Johori dan kitab ini mengandungi nasihat mengenai tadbir urus yang
baik. Menurut British Library (2013), manuskrip Taj Al-Salatin mempunyai bingkai
pembukaan yang menakjubkan khas untuk manuskrip melayu, dengan ciri-ciri yang lebih
memfokuskan pada perbendaharaan kata seni Indo-Parsi dan seni manuskrip Ottoman2. Oleh
hal yang demikian, satu kajian dilakukan untuk menggunakan hiasan manuskrip taj al-salatin
sebagai cetakan tekstil yang menggunakan lapisan setiap corak manuskrip tersebut kepada
tiga dimensi.
1 Laura Christina Luzar (2010). Kreasi Cetak Sablon Mudah Dan Berkualitas Tinggi Pada Kaos. Bina Nusantara University, Jakarta barat (2010). 2 British Library (2013). The Crown Kings: a Deluxe Malay Manuscript from Penang, 2013.
2
1.2 Pernyataan masalah
Pernyataan masalah yang didapati dalam kajian awal ini ialah :
i. Penghasilan cetakan tekstil tiga dimensi menggunakan corak manuskrip kurang
dieksplorasi di Malaysia.
ii. Kurang kajian dalam elemen tekstil menggunakan hiasan manuskrip.
1.3 Persoalan kajian
Antara langkah yang digunakan oleh penyelidik untuk menyelesaikan masalah yang perlu
ditangani ialah :
1. Adakah cetakan tekstil tiga ruang dimensi menggunakan corak manuskrip diterima pakai
dalam industri rekaan hiasan dalaman di Malaysia?
2. Bolehkah cetakan tekstil tiga ruang dimensi menggunakan corak manuskrip dikekalkan
dalam industri Malaysia?
1.4 Objektif kajian
1. Mengenal pasti fabrik yang sesuai digunakan untuk cetakan hiasan dalaman.
2. Mengkaji ketebalan kain yang digunakan untuk cetakan tekstil tiga ruang dimensi.
3. Menghasilkan corak manuskrip pada cetakan tekstil tiga ruang dimensi dalam hiasan
dalaman.
4. Membuat validasi terhadap hiasan manuskrip sebagai cetakan tekstil tiga dimensi pada
rekaan hiasan dalaman yang telah dihasilkan.
3
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini amat penting kerana dapat memperkenalkan hiasan manuskrip kepada cetakan
tekstil yang berbentuk tiga dimensi menggunakan pelbagai jenis kain dan teknik lapisan. Hal
ini demikian kerana, hiasan manuskrip mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan corak
hiasan yang menarik menampilkan budaya pada zaman tersebut. Justeru, penyelidikan ini
memerlukan spesifikasi dan dilakukan secara terperinci bagi mendapat nilai estetika tersebut
melalui cetakan tekstil tiga dimensi. Selain itu, kajian ini dapat memastikan cetakan tekstil di
kawasan penyelidik khususnya dapat diluaskan dengan menggunakan teknik yang berbeza.
Diharapkan dapatan kajian ini bersesuaian dengan kehendak kawasan penyelidik khususnya.
1.6. Skop kajian
Kajian ini tertumpu di kawasan sekitar Kota Samarahan, Sarawak dan Negeri Sembilan.
Golongan pelajar, sektor awam dan sektor swasta merupakan sasaran dalam kajian ini iaitu
golongan berumur 18-40 tahun. Kajian memfokuskan pada hiasan manuskrip dan rekaan hiasan
dalaman yang bersesuaian.
1.7. Limitasi kajian
Limitasi kajian dalam penyelidikan ini memfokuskan tentang eksplorasi seni reka tekstil
menggunakan teknik cetakan tekstil dengan mengaplikasikan corak manuskrip pada
kepelbagaian material dan fabrik yang sesuai untuk cetakan tekstil tiga dimensi. Limitasi ini juga
meliputi penggunaan pelbagai jenis material dan ketebalan fabrik sebanyak 40 hingga 60 peratus
dalam penghasilan rekaan hiasan dalaman.
4
1.8. Hipotesis
Melalui kajian eksplorasi hiasan manuskrip sebagai cetakan tekstil tiga dimensi pada
rekaan hiasan dalaman ini diharap mendapat penerimaan dalam kalangan peminat rekaan hiasan
dalaman umumnya di Malaysia. Selain itu, corak manuskrip yang dieksplorasikan kepada
cetakan tekstil tiga dimensi berpotensi mendapat tempat di pasaran tempatan dan bersesuaian
dengan konsep klasik dan kontemporari.
1.8 Kesimpulan
Kesimpulannya, cetakan tekstil tiga dimensi menggunakan corak manuskrip Taj Al-
Salatin pada rekaan hiasan dalaman dapat menarik minat pengguna terutamanya bagi peminat
rekaan hiasan dalaman klasik dan kontemporari . Oleh hal yang demikian, kajian ini dapat
mengenalpasti corak hiasan manuskrip pada cetakan tekstil dalam rekaan hiasan dalaman
berkonsep klasik kontemporari yang menggunakan pelbagai jenis fabrik.
5
BAB 2
SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan kajian ini iaitu
eksplorasi hiasan manuskrip sebagai cetakan tekstil tiga dimensi pada rekaan hiasan dalaman.
Pelbagai isu yang akan diutarakan melalui kajian lepas yang berkaitan tentang persepsi dan
kesedaran serta peranan terhadap perkara yang berkaitan dengan penyelidikan ini. Menurut
Maharam (2010) menyatakan bahawa kajian lepas atau literature review bukan suatu ringkasan
daripada kajian lain tetapi merupakan penulisan ilmiah terhadap permasalahan sesuatu kajian3.
Menurut Oxford English Dictionary(2nd Edition), mengatakan bahawa literature membawa
maksud buku, penulisan mengenai sesuatu perkara manakala review bermaksud suatu laporan
tentang sesuatu perkara yang telah dilakukan4.
3 Maharam (2010). Petua Menulis. Diambil daripada http://contohtugasan.blogspot.my/2010/10/menulis-kajian-lepas-literature-review.html
4 Oxford English Dictionary Second Edition. Muka surat 440 dan 645.
6
2.1.1 Definisi cetakan tekstil
Menurut Apparel (2017), cetakan tekstil pada umumnya dikenali sebagai kain yang
ditenun dan merupakan suatu seni yang menghiasi kain dengan mencetak corak atau reka bentuk
purba, yang berkemungkinan berasal daripada timur. Cetakan ini dikatakan telah hilang di barat
kerana ianya tidak sesuai untuk digunakan dalam skala yang besar. Walau bagaimanapun,
cetakan tersebut membuat kemunculan semula disebabkan oleh rekaan digital dan dicetak pada
kain mengikut kehendak pengguna5.
2.2 Kajian Lepas
Kajian lepas penting untuk mengetahui sumber rujukan yang telah digunakan penyelidik
berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji lepas melalui buku, jurnal dan artikel yang
pernah dihasilkan. Kajian lepas bertujuan untuk mencari bukti bagi kesahihan sesuatu kajian atau
sebagai bahan sokongan. Ia merupakan kajian yang perlu dilakukan penyelidik bagi membantu
dalam membuat perbandingan antara rekaan dahulu dan rekaan baru yang bakal dihasilkan.
Penyelidikan yang berkaitan hiasan manuskrip pada cetakan tekstil tiga ruang dimensi dalam
rekaan hiasan dalaman.
2.2.1 Seni reka tekstil
Menurut Stephanie Przybylek (2017), mengatakan bahawa seni reka tekstil adalah proses
merancang dan mewujudkan struktur tekstil dan rupa. Pereka tekstil menghasilkan rekaan yang
ditenun atau dikait ke dalam kain atau dicetak pada kain. Ianya menarik dan lebih rumit daripada
5 Apparel Search (2017). Textile Printing. Diambil daripada http://www.apparelsearch.com/definitions/miscellaneous/textile_printing.htm
7
yang disangka. Hal ini kerana, pereka tekstil yang memulakan sesuatu rekaan tekstil dalam
mewujudkan tekstil baru. Seni reka tekstil turut menggunakan pelbagai jenis benang dan ditenun
supaya dapat melihat dan merasai sesuatu yang baru, atau mencipta corak yang menghiasi
permukaan kain, termasuk memilih kaedah pencelupan tertentu (menggunakan pewarna untuk
benang warna ditenun ke dalam fabrik atau percetakan pada permukaan kain) untuk mencapai
kesan yang dikehendaki.
Malahan, menurut Stephanie budaya di seluruh dunia mempunyai seni reka tekstil yang
berbeza seperti jenis-jenis fabrik yang digunakan, corak dan warna. Setiap tempoh sejarah dan
lokasi geografi mempunyai sejarah reka bentuk tekstil sendiri. Hal ini kerana, pada zaman
sejarah melalui fasa berbeza pemimpin yang membawa budaya sendiri. Namun begitu, warna
dan corak diubah seiring zaman berlalu, malahan trend seni reka tekstil jatuh dan bangun kerana
melalui peredaran masa6.
6 Stephanie Przybylek(2017). Study.com: Textile Design: Definition And History(Chapter 3). Diambil daripada: http://study.com/academy/lesson/textile-design-definition-history.html
8
2.2.2 Cetakan Tekstil
Menurut kajian pengkaji tesis sebelum ini iaitu Laura Christina Luzar “Ciptaan Cetakan
Tekstil Mudah Dan T-Shirt Berkualiti Tinggi” mengatakan cetakan tekstil merupakan cetakan
yang menggunakan dasar layar saringan (skrin) dengan serat tertentu. Skrin kemudian diberikan
model cetakan yang menggunakan rekaan negatif untuk melalui proses penyinaran. Melalui
proses penyinaran akan terbentuk bahagian-bahagian tertentu yang dapat ditembusi dan tidak
ditembusi oleh dakwat pigmen dan pewarna reaktif. Prosesnya ialah meletakkan pigmen pada
skrin dan menggunakan squeegee untuk meratakan pigmen pada kain.
Menurut Laura Christina Luzar (2010), yang memberi tumpuan untuk cetakan tekstil
pada t-shirt menggunakan corak grafik dan teknik cetakan tekstil menggunakan dakwat pigmen
dan adanya rekaan tersebut dapat memudahkan cetakan t-shirt. Penyelidik tersebut turut
memfokuskan pada bahan-bahan yang digunakan untuk cetakan tekstil pada t-shirt. Pengkaji
turut memberi tumpuan terhadap teknik-teknik cetakan tekstil pada kain dengan menggunakan
pelbagai bahan cetakan dan pengubahsuaian teknik tersebut. Pengkaji berpendapat lagi, teknik
cetakan yang digunakan dapat dibuat pada pelbagai jenis material seperti kain, besi, kaca dan
kulit yang bukan tertumpu pada material kain sahaja. Malahan penyelidik tersebut berpendapat
bahawa ketebalan material atau fabrik turut dititikberatkan.
9
2.2.3 Motif Hiasan Manuskrip Taj Al-Salatin sebagai Inspirasi
Menurut British Library(2013) mengatakan bahawa manuskrip Taj Al-Salatin merupakan
salah satu manuskrip melayu yang terbaik yang lebih dikenali sebagai ‘The Crown Of Kings’(Or.
13295), yang baru sahaja didigitalkan sepenuhnya. Manuskrip ini menceritakan tentang panduan
dan etika bagi pemerintah-pemerintah yang memerintah di Aceh, Utara Sumatera pada tahun
1603 oleh Bukhari Al-Johori. Manuskrip ini diterbitkan dalam bentuk pengeluaran bibliografi
deluxe, dengan kulit manuskrip berwarna merah dan emas.
Terdapat dua bingkai yang sangat unik dan cantik pada awal dan akhir buku ini,
manakala semua halaman lain terletak di dalam bingkai pelbagai lapisan dakwat hitam, merah
dan emas. Malahan, teks yang ditulis menggunakan tulisan tangan yang sangat halus
penulisannya dengan menggunakan mata pen nipis dakwat hitam. Rubrication merupakan
tulisan yang menggunakan dakwat merah pada perkataan yang tertentu digunakan untuk pelbagai
tujuan seperti petikan al-Quran, perkataan atau frasa dalam bahasa Arab, dan untuk 'kata-kata
ayat' seperti Adapun atau Bermula, kedua-dua makna 'kemudian', menunjukkan seksyen baru
dalam teks7.
7 British Library, Asian and African Studies Blog (2013). Diambil daripada : http://blogs.bl.uk/asian-and-african/2013/09/the-crown-of-kings-a-deluxe-malay-manuscript-from-penang.html
10
2.3 Kerangka Konsep
Rajah 2.1: Konsep Rangka Kerja
Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenalkan hiasan manuskrip Taj Al-Salatin sebagai
cetakan tekstil tiga dimensi. Kajian terhadap pelbagai jenis lapisan kain dan ketebalan kain
dilakukan supaya penyelidik mendapatkan efek tiga dimensi. Kajian dilakukan berdasarkan
maklumat dan sumber-sumber rujukan yang berkaitan dan diaplikasikan menggunakan cetakan
tekstil. Penyelidik menampilkan inspirasi daripada motif hiasan manuskrip Taj Al-Salatin yang
klasik dan kontemporari pada rekaan hiasan dalaman terkini supaya peminat rekaan hiasan
dalaman dapat menghayati nilai estetika motif manuskrip tersebut.
EKSPLORASI HIASAN MANUSKRIP SEBAGAI CETAKAN
TEKSTIL TIGA DIMENSI DALAM REKAAN HIASAN
DALAMAN
KAJIAN KETEBALAN FABRIK
11
2.4 Kesimpulan
Kajian hiasan manuskrip pada cetakan tekstil tiga ruang dimensi memberi tumpuan pada
pengguna yang meminati rekaan hiasan dalaman yang berkonsepkan klasik dan kontemporari.
Dengan adanya rekaan ini, pengguna dapat memilih rekaan hiasan dalaman yang bermotifkan
corak manuskrip berdasarkan minat dan keselesaan material yang digunakan. Cadangan
rekabentuk, penghasilan eksperimentasi dan jenis material yang sesuai untuk rekaan ini supaya
dapat memenuhi objektif kajian yang telah dikemukakan.
12
BAB 3
METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan dan membincangkan mengenai metodologi dan kaedah-
kaedah yang digunakan dalam kajian. Metodologi kajian membuat eksplorasi hiasan manuskrip
pada cetakan tekstil tiga dimensi mengikut penghasilan rekaan hiasan dalaman terkini. Kaedah
ini terbahagi kepada dua, iaitu kaedah primer dan juga kaedah sekunder. Selain itu, kaedah
borang soal selidik juga dijalankan dengan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan
kajian penyelidikan, untuk memperolehi maklumat secara terperinci daripada responden.
Kaedah seterusnya adalah kaedah kedua atau sekunder yang diperolehi daripada media
massa iaitu dari segi pembacaan buku rujukan, tesis, jurnal dan juga artikel.
3.2 Kerangka kajian
Eksplorasi Hiasan Manuskrip Pada Cetakan Tekstil Tiga Dimensi
Kaedah metodologi yang digunakan dalan penyelidikan ini terdiri daripada dua bahagian
iaitu kaedah primer seperti pemerhatian dan eksperimentasi manakala kaedah sekunder seperti
rujukan bahan berjilid, laman sesawang dan sebagainya.
Carta metodologi kajian merupakan peringkat ynag perlu dihasilkan dalam penyelidikan
ini. (Rujuk rajah 3.1)
Top Related