Denyut Gerak
Jilid 1
Hasil Karya
DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi i
DENYUT GERAK Jilid 1
Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions
No 11, Tingkat 2, Jalan Dewangsa 31000 Batu Gajah, Perak
Malaysia Penyusun : Mohammad Nizar bin Mat Nor
: Syed Zairus bin Dato’ Syed Zainol Khodki Rekabentuk Kulit : Aiman Nizar No. ISBN : 978-967-2033-03-5 Hak Cipta Terpelihara © Mohd Rauhi Mohd Isa
Adalah tidak dibenarkan kepada mana-mana orang untuk membuat salinan
kepada manuskrip ini dalam apa bentuk sekalipun. Sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa mendapat
kebenaran Pengarang terlebih dahulu. Amin Wassalam.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi ii
Kandungan Muka Surat
Kandungan ii
Prakata Pengarang v
Prakata Penyusun viii
BAB 1 : PEMBELAJARAN SILAT CEKAK 1
Pendahuluan. 2
Bidang Perbincangan 5
Pelbagai Persoalan Tentang Silat Cekak. 6
Persoalan Pada Amalan Dalaman. 14
Akur Menerima Pelajaran. 21
Meneruskan Apa Yang Diterima. 26
Perlunya Penyesuaian 33
Meneruskan Kesinambungan Persilatan Silat Cekak. 39
Tetap Pendirian. 43
Petua Tetap Pendirian. 46
Mantapkan Pegangan Diri 50
Bina Keyakinan 60
BAB 2: KENALI RUPA BENTUK PERSILATAN
SILAT CEKAK MELALUI PELAJARANNYA. 67
Pendahuluan. 68
Sejarah Penglibatan Saya Bersama Silat Cekak. 89
Proses Pembelajaran Silat Cekak di Kelas Kami. 94
Pelarasan Berdasarkan Keperluan di Zaman Ustaz. 100
Berhati-Hati Dalam Penerangan. 106
Kefahaman Yang Melencong. 125
Aspek Psikologi Pembelajaran Silat Cekak. 153
Kiasan Kaedah sebagai Rumah Buah. 159
Memahami Buah Keputusan Dalam Silat Cekak. 165
- Keistimewaan Buah Keputusan. 169
- Pelihara Keistimewaan Buah Keputusan. 175
Silat Cekak Anti Gerak Membangkang. 182
Konsep Seni Dalam Silat Cekak. 194
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi iii
Gerak Tumit atau Hujung Kaki. 201
Memahami Gelaran Buah Dalam Silat Cekak. 217
Falsafah Berdiri Lurus. 223
Konsep Berkuda-Kuda. 227
Rupa Bentuk Persembahan Silat Cekak. 233
Penggunaan Muzik Dalam Persembahan. 252
Gerak Tari Dalam Silat Cekak. 259
BAB 3: PENGALAMAN DALAM PERSILATAN
SILAT CEKAK. 271
Parang Lading dan Ujian Sijil.
- Pendahuluan 272
- Peranan Orang-Orang Kanan
Mewarnai Bentuk Silat Cekak. 273
Senjata Parang Lading. 283
Ujian Sijil Rendah.
- Pendahulan. 306
- Konsep Ujian Sijil Rendah Zaman Dulu-Dulu. 307
Ujian Sijil Menengah.
- Pendahuluan. 313
- Konsep Ujian Sijil Menengah Zaman Dulu-Dulu. 319
- Kenangan Saya Pada Pelajaran Ikat Tangan 331
BAB 4: NUKILAN PENGALAMIAN
DALAM UPACARA SILAT CEKAK. 343
Ijazah Tamat Silat. 360
Mandi Silat 384
Pelbagai Prinsip Dalam Persilatan. 407
kain putih. 430
BAB 5: PENUTUP. 465
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi iv
PRAKATA PENGARANG
Buku ini membincangkan tentang rupa bentuk Silat Cekak
berdasarkan pelajarannya. Dalam buku yang terdahulu, saya telah
menulis tentang ungkapan-ungkapan yang ada dalam persilatan Silat
Cekak untuk menguasai Silat Cekak. Sebaliknya dalam buku ini saya
cuba menarik perhatian pembaca mengenali Silat Cekak melalui
pelajarannya. Sebelum itu, saya turut membincangkan beberapa
persoalan yang sering ditimbulkan berkaitan Silat Cekak. Persoalan-
persoalan itu begitu hebat diperkatakan pada masa lalu. Mungkin
pada masa sekarang tidak banyak perbahasan mengenainya lagi.
Saya cuba menulis secara membawa para pembaca berfikir
akan isi tulisan saya. Daripada bentuk tulisan bercorak cerita, lebih
baik saya menulis bentuk tulisan yang banyak mengulas. Saya akan
mengemukakan beberapa persoalan bagi maksud renungan dan
perbincangan bersama. Hal yang demikian saya lakukan supaya kita
boleh berfikir dan berbincang tentang Silat Cekak daripada kita hanya
menerima kefahaman yang ada dalamnya.
Cara penulisan saya itu ada kaitan dengan pengalaman saya
sendiri dalam proses pembelajaran Silat Cekak. Sebelum saya terlibat
dengan Silat Cekak pada tahun 1974, saya telah terlibat dengan
pelbagai jenis seni bela diri orang Melayu. Hal yang demikian tidak
memudahkan saya menerima kefahaman Silat Cekak dalam
pemikiran saya. Dalam hal ini, saya sentiasa membuat perbandingan
antara pelajaran yang ada dalam Silat Cekak dengan pelajaran yang
sedia ada pada saya. Dalam proses memahami inilah banyak perkara
yang timbul. Perkara-perkara inilah juga saya masukkan dalam tulisan
ini.
Dalam Bab 4 saya menulis tentang upacara yang ada dalam
persilatan Silat Cekak berdasarkan perasaan saya ketika itu. Oleh itu,
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi v
stail tulisan saya adalah berbentuk epilog bagi memudahkan saya
melahirkan perasaan saya berkaitan dengan upacara tersebut.
Perbincangan saya mengenai sijil, senjata dan kebatinan dalam Bab 3
adalah berdasarkan pengalaman yang berkaitan dengan perkara-
perkara tersebut.
Saya bernasib baik kerana saya sering berdamping rapat
dengan Guru-Guru Utama sejak zaman Ustaz hingga kepada zaman
pengganti-penggantinya. Dalam zaman Ustaz lagi saya berpeluang
mendapatkan penjelasan dari semua segi kefahaman yang ada dalam
persilatan Silat Cekak. Hal yang demikian meliputi gerak Silat Cekak,
falsafah kefahaman dan pelbagai konsep yang ada dalam persilatan
Silat Cekak itu sendiri. Oleh itu, saya berasa yakin bahawa isi
perbincangan saya adalah tidak menyimpang dari landasan
kefahaman yang sememangnya ada dalam persilatan Silat Cekak.
Mungkin isi perbincangan saya sudah tidak sesuai dengan
suasana yang ada sekarang. Hal yang demikian tidak mendatangkan
masalah. Perkara yang penting ialah usaha saya untuk berkongsi
pengalaman tentang apa yang saya alami pada zaman saya dulunya.
Zaman empat puluh tahun yang lalu. Ada hulu ada parang. Ada dulu
maka ada sekarang.
Kita perlu akui bahawa perkembangan Silat Cekak yang wujud
sekarang adalah erat kaitannya dengan peristiwa-peristiwa yang telah
berlalu. Maka apalah salahnya jika kita mengetahui serba sedikit
suasana dan persitiwa lalu itu bagi memudahkan kefahaman kita pada
Silat Cekak yang ada sekarang.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ MOHD RAUHI BIN MOHD ISA.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi vi
DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA
(DPMP, PMP, KMN, AMP, PPT)
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi vii
PRAKATA PENYUSUN
Pemilihan tajuk bagi sebuah buku persilatan yang
berlatarbelakangkan Seni Silat Cekak secara khususnya bukanlah
satu perkara yang mudah. Apatah lagi isi perbincangan dalam buku
tersebut perlu merangkumi beberapa perkara yang boleh digunapakai
oleh semua golongan pembaca.
Istilah “Denyut Gerak” bukanlah satu istilah yang biasa
digunapakai dalam konteks seharian pendidikan Seni Silat Cekak.
Namun istilah ini amatlah penting dalam menerangkan konsep dan
falsafah gerak persilatan khususnya Seni Silat Cekak. Satu istilah
yang pernah dinyatakan oleh Ustaz Hanafi dalam salah satu artikel
penulisan beliau. Satu istilah yang dikait rapat dengan falsafah
persilatan “Silat adalah Gerak. Yang bergerak adalah dua tangan dan
dua kaki. Yang bagi gerak ialah Yang Empunya Gerak.”
Lantaran itulah “Denyut Gerak” dipilih sebagai tajuk bagi buku
ini. Melalui keakraban hubungan diantara kami dengan Pengarang,
apa yang teramat jelas ialah Pengarang telah membentuk hampir
keseluruhan falsafah kejayaan dirinya (yang dikaitkan dengan erti
gerak dalam kehidupan) dengan cara mempraktikkan ilmu, falsafah
dan konsep yang terwujud pada istilah “Denyut Gerak”. Satu tindakan
yang sewajarnya dihormati lantaran kejayaan beliau dalam aspek
profesional kerjaya dan juga persilatan memang jelas terbukti.
Secara keseluruhan buku Denyut Gerak ini memfokuskan
perbincangan di dalamnya mengenai falsafah dan konsep persilatan
Seni Silat Cekak yang dicungkil keluar untuk dikongsikan bersama
para pembaca melalui penceritaan dan penghuraian pengalaman dan
pengalamian yang dilalui sendiri oleh Pengarang. Sehubungan itu
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi viii
kami berpendapat adalah munasabah bagi istilah “Denyut Gerak”
diketengahkan sebagai satu ungkapan lazim yang perlu dihayati dan
dipraktikkan maknanya oleh semua pembaca.
Jika proses penghadaman makanan memerlukan kepada
masa maka demikianlah juga dengan proses untuk menghadamkan
makanan pemikiran dalam kehidupan. Ianya tidak akan berlaku secara
spontan sebaik sahaja ianya diterima oleh pemikiran melalui
pembacaan. Oleh yang demikian terimalah ingredient falsafah
kehidupan yang terkandung di dalam buku ini secara fitrah
penerimaan ilmu, agar kebaikannya mampu diterima oleh tubuh bagi
membolehkan kesannya kekal selamanya. Tubuh menjadi sihat. Diri
menjadi kuat. Jiwa bertambah semangat.
Sebagai penyusun kepada buku Denyut Gerak, kami amat
berharap agar setiap yang diketengahkan di dalam buku ini mampu
memberi satu suntikan baru terhadap penghayatan konsep dan
falsafah yang tersembunyi di dalam ilmu persilatan khususnya Seni
Silat Cekak. Semoga kehadiran buku ini membolehkan terlahirnya
masyarakat proaktif yang berjiwa berani lagi kental.
Selamat membaca.
Mohammad Nizar bin Mat Nor
Syed Zairus bin Dato’ Syed Zainol Khodki
Penyusun Bersama
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 1
BAB 1
PEMBELAJARAN
SILAT CEKAK
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 2
Pendahuluan
Apabila kita membincangkan tentang rupa bentuk Silat Cekak
maka kita tidak boleh lari dari memetik kata-kata Ustaz seperti yang
pernah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat 1973 bagi tujuan
perbincangan tersebut. Petikan tulisan Ustaz itu adalah merupakan
bahan bertulis yang sah dan benar untuk memberi gambaran tentang
Silat Cekak.
Ketika ini semua persatuan Silat Cekak yang berpecah masih
lagi menghubungkan pembawaan silat mereka dengan Pusaka
Hanafi. Hal yang demikian memerlukan kita benar-benar faham
apakah yang dimaksudkan dengan Pusaka Hanafi tersebut. Dalam
hal ini saya sentiasa berkeyakinan bahawa untuk memahami maksud
Pusaka Hanafi maka fahamilah petikan kata-kata yang pernah
dinyatakan Ustaz itu sendiri. Itulah gambaran sebenar tentang rupa
bentuk Silat Cekak yang kini dikenali sebagai Pusaka Hanafi. Saya
petik semula kata-kata tersebut seperti mana yang pernah disiarkan
dalam majalah tersebut.
“Seni Silat Cekak mempunyai nilai tinggi, halus dan
penuh keaslian dan kesucian sebagai Seni Pusaka Bangsa
Melayu. Bukan satu ciptaan baru.
Seni silat ini mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dan
pelajaran-palajaran yang tersusun rapi sesuai dengan peribadi
bangsa dan mudah disebatikan kepada setiap lapisan
masyarakat.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 3
Silat ini diajar secara ilmiah sesuai dengan gerak geri
normal manusia dengan menggunakan pancaindera yang
sempurna berdasarkan fikiran yang sihat dan jiwa yang tenang.”
Sekurang-kurangnya ada tiga (3) sifat utama Silat Cekak yang
diketengahkan Ustaz. Sifat-sifat tersebut adalah melambangkan
maksud atau konsep persilatan Silat Cekak. Dengan kata lain, itulah
makna rupa bentuk Silat Cekak. Hal yang demikian memberi makna
bahawa apabila disebut Silat Cekak maka gambaran Silat Cekak itu
perlu dikupas secara bersepadu pada tiga sifat seperti mana yang
dinyatakan Ustaz.
Sifat pertama yang ada pada petikan itu adalah
menggambarkan rupa bentuk atau pengenalan Silat Cekak itu
sendiri. “Tak kenal maka tak cinta”. Ustaz menggambarkan sifat Silat
Cekak sebagai suatu silat yang mempunyai nilai yang tinggi. Silat
Cekak adalah penuh dengan keaslian dan mempunyai adat
istiadatnya yang tersendiri yang melambangkan sifat sebagai „Seni
Pusaka Bangsa Melayu‟. Adat dan istiadat itu pula dipenuhi dengan
pelbagai upacara yang telah dipastikan Ustaz tidak bercanggah
dengan ajaran Islam.
Sifat kedua dari petikan tersebut adalah merujuk pada
pelajaran Silat Cekak itu sendiri yang muktamad dan tetap.
Maknanya, pelajaran Silat Cekak adalah lengkap. Tidak payah
tambah-tambah. Manakala istilah „tetap‟ adalah merujuk pada sifat
tidak boleh diubah-ubah atau disunat-sunat lagi. Kalau pelajaran
pukulannya ialah tumbukan secara genggam tangan, jangan dibuka-
buka tangan. “Pelajarannya suruh pukul, bukannya suruh meraba.”
Jangan ubah suka-suka hati atau suka-suka hati ubah sifat
pukulannya
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 4
Gerak yang ada pada Silat Cekak adalah merupakan gerak
silat yang luar biasa dari kebiasaan gerak silat yang ada dalam
pentas persilatan bangsa Melayu. Geraknya adalah berdasarkan
gerak semula jadi. Bukan gerak yang dibuat-buat. Bukan gerak
sukan. Langkahnya juga tidak dibuat-buat umpama langkah sumbang
yang amat bertentangan dengan sifat gerak semula jagi pergerakan
manusia.
Kedudukannya ialah berdiri lurus. Silat Cekak akan bergerak
berdasarkan keperluan. Apabila „diceroboh‟ maka bermulalah gerak
Silat Cekak untuk maksud menjaga diri. Jika perlu, Silat Cekak tidak
hanya menunggu. Jika gerak serangan mungkin lebih baik dari gerak
menunggu; maka Silat Cekak akan menyerang. Maknanya, Silat
Cekak tidak bergerak sesuka hati atau suka-suka hati bergerak. Itu
sebabnya dalam persilatan Silat Cekak tidak ada tari silat dan tidak
ada kedudukan berkuda-kuda. „Susah bagi „silat-silat seru‟ untuk
menyeru gerak Silat Cekak‟.
Sifat ketiga Silat Cekak seperti yang digambarkan pada
petikan tulisan Ustaz ialah cara pembelajarannya yang bercorak
ilmiah. Pembelajaran yang ilmiah akan menggalakkan penuntutnya
sentiasa berfikir. Oleh sebab pelajaran Silat Cekak adalah bersifat
ilmiah maka tidak hairanlah Silat Cekak boleh diajar secara
sistematik. Ada pemeringkatan dalam pelajarannya.
Saya yakin bahawa ketiga-tiga sifat yang saya bincangkan di
atas adalah merupakan sifat utama yang melambangkan keseluruhan
Silat Cekak.
Kesimpulannya, saya selalu memetik kata-kata Ustaz tersebut
kerana kata-kata dari petikan itulah yang menggambarkan rupa
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 5
bentuk persilatan Silat Cekak. Kalau menghubungkan Silat Cekak
dengan Pusaka Hanafi maka kandungan dari petikan tersebut adalah
merupakan asas yang paling utama.
Walau bagaimanapun saya berpendapat, berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman saya bersama Ustaz, sifat pertama
dan ketiga boleh berubah, telah berubah dan sentiasa berubah
berdasarkan keperluan atau tuntutan keadaan. Sebaliknya, sifat Silat
Cekak yang kedua adalah merupakan mandatori. ‟Mesti dan wajib
dilaksanakan atau dikuatkuasakan tanpa ada sebarang sifat tolak
ansur.
Bidang Perbincangan.
Dalam buku ini perbincangan saya adalah berdasarkan pada
sifat pertama daripada petikan kata-kata Ustaz tersebut. Sifat
pertama itu adalah menggambarkan rupa bentuk atau pengenalan
Silat Cekak itu sendiri.
Semasa saya menuntut Silat Cekak satu ketika yang lalu,
bukan mudah bagi saya untuk menerima dan guna pakai segala
kefahaman yang ada. Timbul pertentangan antara pengetahuan yang
sedia ada dengan pelajaran baru yang saya tuntut dari persilatan
Silat Cekak. Dalam proses pembelajaran dan penerimaan kefahaman
Silat Cekak, mendorong saya sentiasa mempersoalkan kebenaran
kefahaman Silat Cekak itu. Mana mungkin kita mengamal sesuatu itu
dalam keadaan kita belum dapat menerima sepenuhnya atau tidak
memahami dengan sejelas-jelasnya akan perkara tersebut.
Proses saya memahami semua kefahaman yang ada itulah
maka saya tulis kembali dalam buku ini. Usaha penulisan dan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 6
penerbitan buku ini boleh dijadikan bahan bacaan bagi berkongsi
pengalaman dan pengalamian saya sepanjang berada dalam
persilatan Silat Cekak. Saya berpendapat, amat mustahak kita
mengamal segala kefahaman yang ada dalam Silat Cekak
berdasarkan kefahaman. Bukannya berdasarkan ikutan semata-
mata. Saya yakin jika kita faham dengan apa yang kita amalkan
maka perasaan cintakan Silat Cekak adalah memberi makna yang
sebenar-benarnya.
Bacalah dengan fikiran terbuka. Perbincangan saya memberi
ruang pemikiran dari sudut yang lebih kritis bagi menggalakkan kita
berfikir. Itulah perasaan dan sifat saya tatkala mempelajari Silat
Cekak dulunya. Apabila telah dapat kepastian dan kebenaran maka
saya pertahankan dengan sepenuh hati dan tidak mudah berubah
hati. Kefahaman itulah terus berkekalan hingga sekarang dan saya
terus kekal berada dalam perjuangan untuk mengembangkan Silat
Cekak.
Pelbagai Persoalan Tentang Gerak Silat Cekak.
Semasa zaman awal kegiatan silat di cawangan, segala
bentuk persoalan tentang gerak Silat Cekak jarang sekali ditimbulkan.
Kurang timbul persoalan maka kuranglah perbincangan. Saya yakin,
hal yang demikian disebabkan para penuntut belum pandai lagi untuk
menimbulkan sebarang persoalan. Oleh itu para penuntut silat boleh
menumpukan perhatian sepenuhnya pada pembelajaran Silat Cekak.
Malah Jurulatih sendiri dapat menyampaikan ilmu Silat Cekak tanpa
ada sekatan atau halangan psikologi daripada penuntut.
Walau bagaimanapun, kadang kala ada juga soalan daripada
penuntut silat tentang gerak buah-buah yang ada dalam Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 7
Setiap jawapan, tidak pernah dijadikan landasan pertengkaran. Kalau
mereka gagal membuat jatuhan, bukan bermakna kelemahan Silat
Cekak. Sebaliknya hal yang demikian adalah kelemahan diri sendiri.
Sebagai Jurulatih maka kita amat perlu membuktikan gerak yang ada
dalam Silat Cekak adalah bertepatan. Bila dibuat penerangan maka
berilah mereka „rasa‟ sikit. Hal yang demikian akan menjadikan
penuntut amat mudah menerima kenyataan. Terangkan pada mereka
akan kelemahan yang ada berserta sebab musababnya.
Masa terus berlalu. Saya tidak dapat menafikan betapa
pengetahuan bakal penuntut yang ingin mempelajari Silat Cekak
telah ada sedikit sebanyak sebelum mereka berdaftar sebagai ahli
bagi mempelajari Silat Cekak. Sumber rujukan dan pengetahuan
mereka semakin luas. Sekurang-kurangnya pengetahuan mereka itu
diperoleh hasil kempen dan penerangan yang dilakukan oleh ahli-ahli
yang telah tamat. Ramai penulis bebas yang menulis tentang Silat
Cekak. Walaupun penulisan mereka itu betul akan tetapi boleh
menimbulkan persoalan pada para pembaca. Lebih-lebih lagi jika
para pembaca tersebut belum lagi menjadi ahli Silat Cekak.
Oleh itu, ketika mereka mendaftar masuk sebagai ahli Silat
Cekak, mereka turut membawa pelbagai persoalan mengenai Silat
Cekak. Umumnya, persoalan-persoalan mereka dapat dibahagikan
kepada dua (2) aspek besar iaitu aspek fizikal silat dan aspek
kefahaman. Saya ada pengalaman dalam perkembangan yang
berlaku tersebut. Banyak persoalan yang mereka timbulkan apabila
ada banyak ruang yang diberikan.
Ada dalam kalangan mereka yang mempunyai pengetahuan
tentang Silat Cekak. Pengetahuan ini meliputi isi pelajaran Silat
Cekak itu sendiri atau hal-hal yang berkaitan dengan kefahaman Silat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 8
Cekak. Saya yakin bahawa mereka juga telah memperoleh
pengetahuan tentang kandungan isi pelajaran Silat Cekak, sama ada
daripada adik beradik mereka yang terlebih dahulu mempelajari Silat
Cekak atau melalui sahabat setia yang berdamping erat dengan
mereka. Aspek kerahsiaan dalam kalangan mereka sering kali
diperoleh kerana bocor.
Oleh itu, banyak perkara tentang Silat Cekak yang rahsia
pada kita tapi telah menjadi tidak rahsia dalam kalangan bakal
penuntut baru Silat Cekak. Keadaan ini memerlukan kita mengkaji
balik cara-cara yang lebih berkesan dalam proses menyampaikan
pelajaran Silat Cekak kepada para penuntut.
Dalam tulisan ini, saya akan kemukakan beberapa persoalan
yang sering ditimbulkan mereka. Semua persoalan itu telah dijawab
berdasarkan logik saya yang ada ketika itu. Mungkin jawapan saya
itu tepat dan menurut kehendak guru kita atau mungkin jawapan yang
saya berikan tidak tepat seperti yang dikehendaki. Namun, itulah
jawapan yang ada bagi memuaskan kehendak persoalan mereka.
Hanya saya yang ada dan dipertanggungjawabkan ketika itu.
Dalam tulisan seterusnya, saya juga akan membincangkan
tentang perlunya perubahan dalam strategi penyampaian ilmu Silat
Cekak dalam kalangan penuntut baru. Alasannya ialah banyak
perkara yang mereka telah tahu terlebih dahulu ketika mereka mula
melangkah kaki dalam kelas latihan silat yang kita pimpin.
Terdapat juga pelbagai persoalan yang ditimbulkan penuntut
lama tapi baru berkunjung ke tempat kita. Sesetengah persoalan ini
mereka bawa daripada kelas latihan silat yang terdahulu. Oleh sebab
tidak ada jawapan hakiki yang memuaskan hati mereka maka
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 9
persoalan itu dipendam hingga sampai ke cawangan. Oleh itu para
Jurulatih di cawanganlah yang menjadi sasaran. Masa yang lebih
terpaksa diuntuk bagi melayan persoalan mereka itu. Perkembangan
yang ada, ahli-ahli cawangan tidak pulak banyak karenah bicaranya.
Menurut apa saja yang diajari pada mereka.
Bilangan buah Silat Cekak yang tidak sekata pendapat turut
dipersoalkan. Mereka yang berpegang amalan beralasankan
bilangan buah sebanyak dua puluh satu (21), akan merujuk pada ilmu
tauhidnya. Ada juga kalangan mereka yang berpegang pada amalan
buah sebanyak sembilan belas (19), merujuk pada huruf dalam
bismillah. Bila pulak mereka membilangnya.
Saya cuba mengelak daripada terperangkap atas
perbincangan tentang kefahaman itu dengan alasan-alasan yang
saya anggap baru dalam pengetahuan saya sendiri. Memadai bagi
saya membincangkan asal usul bilangan buah yang diselaras Ustaz
dari bilangan dua puluh tujuh (27) kepada sembilan belas (19) dan
berubah menjadi dua puluh satu (21) kemudiannya. Ketika saya
belajar, bilangan buah adalah sebanyak sembilan belas.
Kemudiannya barulah menjadi dua puluh buah dan akhirnya
ditambah satu lagi buah menjadikan bilangan dua puluh satu seperti
yang ada sekarang. Saya berupaya berbincang kerana saya berada
dalam proses perubahan buah-buah tersebut.
Bukan bidang saya untuk berbincang atau berdebat atas
alasan-alasan kefahaman tersebut. Masa akan banyak terbuang
kerana asyik berbincang akan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan
pembangunan diri dalam silat. Pada saya, perkara penting dan utama
ialah penguasaan diri dalam gerak Silat Cekak supaya gerak kita
tangkas, tepat dan mantap. Itulah matlamat diri yang sebaik-baiknya
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 10
dalam kegiatan persilatan kita. Hal-hal yang berkaitan dengan
persoalan kefahaman tersebut adalah hak guru untuk
menerangkannya.
Persoalan tentang nama buah keputusan silat Melayu dalam
senarai bilangan buah kita telah juga ditimbulkan. Mereka cuba
membuktikan bahawa Silat Cekak tidak asli kerana meniru buah-
buah silat Melayu yang lain. Persoalan ini juga telah saya jawab
berdasarkan pengalaman dan pengetahan saya yang seadanya.
Konsep meniru tidak timbul dalam konteks dunia persilatan silat
Melayu yang dulunya tidak ada sebarang jenis persatuan. Apabila
ada persatuan maka baru timbul konsep hak. Pada hal, zaman-
zaman sebelum adanya persatuan, gerak-gerak persilatan dengan
nama-nama buah yang tertentu adalah merupakan hak masyarakat
Melayu.
Ada juga yang menimbulkan persoalan tentang kebenaran
pada keputusan buah-buah silat tersebut. Adakah sebenarnya kita
memperoleh keputusan yang jitu. Pelbagai tafsiran dikeluarkan
tentang maksud keputusan. Ada yang menghubungkan dengan
konsep buah guru. Hanya guru silat berkenaan sahaja yang
menggunakan buah keputusan tersebut. Memanglah mereka marah
kalau buah guru mereka kita ambil. Bila guru sudah tidak berbuah
lagi maka akan hilanglah sifat kelakiannya. Kalau mereka marah,
kenapa pulak kita jadikan persoalan.
Itulah kelebihan silat kita. Belajar Silat Cekak bermakna
belajar akan kelebihan silat Melayu yang ada. Beruntung kita kerana
berada dalam Silat Cekak. Maka tidak payahlah ditimbulkan
persoalan ekoran kemarahan ahli silat Melayu tersebut yang telah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 11
mempersatuankan silat dan menjadikan silat sebagai hak milik
mereka.
Ada yang persoalkan kelemahan Silat Cekak kerana tidak
mempunyai sistem pelajaran bagi melepaskan buah kuncian.
Persoalan ini mungkin ada kaitan dengan pemberatan pelajaran
kuncian pada kebanyakan silat Melayu lain. Silat-silat itu sangat
menekankan aspek kuncian buah. Nampak benar akan perbezaan
konsep kuncian atau tangkapan dalam pelajaran Silat Cekak. Kita
tidak akan membenarkan lawan kita membuat kuncian. Malah, di
peringkat sentuh pun kita akan terus bertindak.
Pada dasarnya, kalau minat pada Silat Cekak bermakna Silat
Cekak ada kelebihannya. Sepatutnya, apabila masuk Silat Cekak
janganlah mengkaji kelemahan. Rugi diri sendiri. Sebaliknya mereka
patut mengkaji dan mempelajari kelebihan. Jangan mudah membuat
kesimpulan tentang kelemahan Silat Cekak. Kalau kita mencari
kelemahan maka kelemahan yang kita jumpa. Kalau kita mencari
kelebihan maka kelebihanlah yang kita akan jumpa.
Silat Cekak adalah Silat Cekak. Kelemahan dan kelebihannya
adalah bergantung pada keupayaan tafsiran seseorang. Tafsiran ini
ada kaitan dengan hati dan sikap. Jika hati bersifat membangkang
maka semua yang baik akan dianggap bertentangan. Diri sendiri
sahaja yang dianggap betul. Jika kita ikhlas untuk belajar dan ingin
terus belajar maka akan lahir sifat dan sikap yang positif secara terus
menerus.
Persoalan tentang kuda-kuda dalam Silat Cekak kerap juga
ditimbulkan penuntut baru. Hati kita semak dibuatnya. Saya jelaskan
kepada mereka atas persoalan yang ditimbulkan. Saya masih
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 12
berpandukan artikal yang ada dalam simpanan saya. Artikal sekarang
jelas menyatakan bahawa Silat Cekak berdiri lurus tanpa ada kuda-
kuda. Tulisan dulu tidak disebut Silat Cekak tidak berkuda-kuda.
Yang disebut ialah, “Ia tak mahu berdiri menanti musuh dengan satu
kaki di hadapan dan satu kaki di belakang kerana pada pendapatnya
berdiri begitu adalah tak kukuh dan mati langkah jika diserang dari kiri
dan kanan.”
Ayat itu boleh dibuat pelbagai tafsiran. Kebiasaannya pada
silat-silat Melayu, yang biasa kita nampak ialah mereka berdiri satu
kaki di depan dan satu kaki di belakang. Kedudukan kaki yang
sedemikian pasti akan berkuda-kuda. Oleh sebab Silat Cekak tidak
berpelaku demikian, maka ditafsirkan bahawa kedudukan kita adalah
tidak berkuda-kuda. Tafsiran itu adalah betul.
Namun begitu kita perlu ada panduan untuk menjelaskan
persoalan tersebut. Jurulatih kena berfikiran luas dan matang. Kalau
langsung tidak berkuda-kuda, cuba bayangkan diri kita yang akan
menjadi robot yang tidak tentu hala. Berjalan atau bergerak tanpa
ada kelenturan di bahagian pelipat kaki. Bergeraklah kita secara kaku
dan boleh mencuit hati. Takut kalau kaki bengkok maka akan
dikatakan berkuda-kuda. Jadilah pelawak sarkis yang menghiburkan
penonton. Kalau tidak berkuda-kuda macam mana jadinya buah-buah
kidung, selendang dan sebagainya. Alamat tidak jatuh-jatuh sampai
bila-bila dek takut berkuda-kuda.
Mungkin dalam istilah penuntut sekarang, tidak ada perkataan
„habuan sesak‟. Ustaz pernah membincangkan konsep „habuan
sesak‟ dengan saya. Masa kelangsungan sesuatu perkara yang
terdesak, gerak-gerak sesak perlu diambil kira. Kalau sesak, lampu
merahpun kita langgar. Saya juga selalu tanamkan konsep sekat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 13
posmen maka tersekatlah suratnya. Percanggahan berlaku untuk
gerak tongkat panjang.
Banyak perbuatan sesak dalam Silat Cekak. Misalnya
penggunaan tongkat panjang tersebut. Ini juga telah menimbulkan
persoalan. Zaman saya, tongkat panjang tidak dijadikan latihan.
Latihan kami adalah bertongkat pendek yang dipanggil cota. Itulah
senjata yang senang dibawa. Mana ada orang yang bertongkat
panjang sebagai pengawal keselamatan. Walau bagaimanapun,
kalau kita diserang juga dengan tongkat panjang maka kaedah yang
digunakan adalah bertepatan dengan konsep habuan sesak.
Ketika yang lalu latihan tongkat pendek yang dianggap cota
dilatih bersungguh-sungguh. Ramai yang memakai topi keledar ketika
berlatih. Sama ada mengambil buah secara berdiri lurus atau secara
duduk tahyat. Pukul betul-betul umpama memukul musuh. Oleh
sebab ahli Cekak yang menunggu telah memakai topi keledar,
pukulan boleh dibuat secara bersungguh. Maka pesilat Cekak akan
mengambil buah dengan bersungguh-sungguh juga. Jadilah latihan
pada hari itu dalam susana yang hebat kerana perbuatan yang
bersungguh-sungguh.
Itulah persoalan yang selalu ditimbulkan berkenaan gerak silat
dalam Silat Cekak. Ada yang saya layan mesra dan ada yang saya
layan dengan jawapan yang tidak mantap. Saya tarik perhatian
mereka. Silat Cekak adalah hebat. Maka yang pentingnya ialah
pesilat itu juga mesti hebat. Jangan banyak bercakap. Sebaliknya
banyakkan berlatih. Baru dapat hasilnya. Baru dikira pesilat yang
hebat.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 14
Persoalan Pada amalan Dalaman Silat Cekak.
Di samping persoalan yang ditimbulkan tentang gerak fizikal
atau hal-hal yang nampak, persoalan tentang kefahaman dan amalan
dalaman juga sering ditimbulkan para penuntut. Seperti biasa,
persoalan yang selama ini tidak terlintas di fikiran saya telah mulai
timbul. Kena jawab berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
seadanya.
Seperti yang dinyata, zaman dulu apa yang diberi oleh guru
maka akan kami terima sepenuhnya tanpa banyak bicara. Tapi bukan
sekarang. Penuntut yang belajar mulai menagih logik di sebalik
pembelajaran. Sebagai Jurulatih, kita tidak boleh menolak persoalan
yang dibawa mereka dengan begitu mudah sahaja. Pandai-pandailah
kita menyesuaikan jawapan antara kefahaman dan ilmu kita dengan
persoalan yang dikemukakan kepada kita. Berilah kepuasan
pemikiran kepada penuntut kita selama mana mereka berada
bersama kita. Kepuasan yang diterima akan menjadikan mereka
berasa puas mempelajari Silat Cekak .
Lambang Silat Cekak pada baju yang terletak di bahagian
dada telah menjadi salah satu persoalan mereka. Ditimbulkan
persoalan betapa lambang tersebut tidak dihormati sepenuhnya oleh
kita. Berdasarkan persoalan yang mereka bawa, dikatakan mana
boleh lambang „Ahmad Muhammad‟ ditumbuk atau dipijak
sedemikian rupa. Dikatakan juga bahawa kedudukan lambang
Ahmad Muhammad amat tidak sesuai diletakkan di bahagian dada.
Mana mungkin perkataan tersebut dipijak dan dihenyak begitu sahaja
sifatnya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 15
Tersentak juga saya dibuatnya. Tidak pernah terfikirpun
tentang persoalan tersebut. Bagaimana persoalan ini boleh terlintas
di benak mereka. Kadang-kadang saya membuat telahan. Mungkin
kesilapan Jurulatih yang mengeluarkan arahan. Mereka mengarah
penuntut supaya menumbuk di bahagian lambang dan bukannya di
bahagian dada. Silap cakap maka silaplah tanggapan.
Walau bagaimanapun, hal yang sedemikian telah
menyebabkan saya terpaksa membuat kajian. Baru saya sedar
dalam persilatan kita ada dua jenis lambang dan pada kedudukan
yang berlainan. Ada lambang tulisan „Ahmad Muhammad‟ dan ada
yang memakai cap lambang segumpal padi di bahagian dada kiri.
Kedudukan lambang pun pelbagai cara dan berada di
pelbagai tempat. Ada di tengah bahagian dada dan ada di bahagian
dada kiri. Selama ini saya tidak pernah ambil tahu tentang kedudukan
lambang-lambang tersebut pada baju penuntut. Perkara penting yang
saya tekankan dalam kalangan penuntut ialah gerak mantap dalam
pergerakan Silat Cekak. Bukannya tulisan pada baju yang mereka
pakai semasa berlatih silat.
Lambang-lambang yang ada adalah hasil tulisan dan lukisan
semata. Hentakan kaki atau tumbukan tangan tidak pernah ditujukan
pada tulisan yang ada. Melainkan niat hentakan kaki dan tumbukan
tangan adalah ke bahagian dada. Pelik sungguh sampai ke tulisan
maksud bicara. Patutlah belajar Silat Cekak tidak tentu hala. Fikiran
bercabang-cabang, sekurang-kurangnya bercabang dua. Macam
mana silat nak jadi elok. Prasangka buruk sering menguasai jiwa.
Maka penguasaan silat pun jadi tak tentu hala.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 16
Itulah respon saya terhadap persoalan mereka. Malas nak
layan dengan sempurna. Bukan masalah utama. Malah, dalam
pertunjukan Silat Cekak sekalipun, bukan tulisan yang diteliti
penonton tapi gerak yang kita pertonton. Kalau susah-susah sangat,
jangan ada sebarang tulisan di baju kita. Memadai dengan huruf Silat
Cekak sebagai tulisan. Tidak perlu memakai lambang. Tapi nampak
pelik jadinya.
Dalam latihan, kalau lambang menjadi persoalan, tanggalkan
baju. Bersilat tanpa baju. Akan sah hentakan kaki atau tumbukan
tangan menuju sasaran. Tiada penghalang tulisan. Nampak cop kaki
dan tangan. Buatlah begitu. Tapi saya pasti tidak akan ada ahli yang
ikut. Fikiran masih sempurna. Tidak bercabang dua.
Ada juga yang menjadikan ayam penunjuk sebagai persoalan.
Takut syirik kerana ayam. Pada hal, Silat Cekak berlainan adatnya.
Kita tidak menyembelih ayam untuk menyamah gelanggang. Apatah
lagi ayam dijadikan satu persembahan. Kita sembelih ayam buat
dimakan. Memilih bahagian ayam cuma adat yang dikemudiankan.
Antara ahli lama dan ahli baru akan terpupuk kemesraan. Untuk
bergantung pada ayam bagi membaca sifat penuntut adalah di luar
daripada ajaran kita. Tapi memilih bahagian ayam dapat
menimbulkan suasana keseronokan.
Maka penggunaan ayam penunjuk tidak perlu dijadikan satu
persoalan. Kalau hendak kenyang maka pilih saja telur ayam yang
diletakkan di keliling ayam. Kalorinya tinggi dan mudah dimakan.
Tiada tulang. Kolestrol boleh ditambahkan.
Saya pernah tegaskan betapa bahagian yang kita pilih
daripada ayam penunjuk tidak pernah dijadikan sandaran atau
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 17
telahan. Kadang-kadang terlintas juga di hati. Desakan hati supaya
saya teringin hendak beri tahu apa bahagian ayam yang dipilih oleh
Guru Persatuan, Guru Wawasan dan Guru Harapan. Sesaja nak
tahu. Hinggakan pemikiran mereka boleh bercelaru.
Tapi gunanya tiada. Mustahil perlakuan mereka dapat
dihubungkan dengan bahagian ayam yang pernah mereka pilih pada
satu ketika dulu. Jelas menunjukkan pada kita betapa pemilihan
bahagian ayam tidak membawa apa-apa makna. Walau
bagaimanapun adat tersebut tersangat cantik untuk terus dikekalkan.
Adat akan melambangkan rupa bentuk silat kita. Buang adat maka
tergurislah identiti silat kita.
Peranan kain putih dalam Silat Cekak turut membawa
persoalan. Ramai yang takut tidur atasnya. Ada yang mengatakan
bila tidur atas kain putih maka akan ada orang lain yang bersama.
Kalau suami atau isteri maka lainlah bicara. Namun begitu mereka
yang menimbulkan masalah tidur atas kain putih tidaklah ramai.
Dalam seratus mungkin seorang yang mengatakan demikian. Walau
bagaimanapun ada yang enggan tidur atas kain putih kerana was-
was, takut dikatakan ajaran salah.
Saya hanya boleh meyakinkan mereka bahawa tidur atas kain
putih tidak membawa apa-apa makna. Kain putih bukannya isu untuk
didebatkan. Bukannya syarat yang mesti untuk belajar silat,
melainkan adat yang kita buat. Kalau tidak tidurpun atas kain putih
tiada siapa yang tahu. Kalau was-was maka tinggalkan perbuatan
berkenaan. Tidak adapun badan berkuasa atau pertugas tertentu
yang akan mempastikan murid Silat Cekak tidur atas kain putih
sebelum pelajaran kaedah diturunkan kepada mereka. Tidak tidurpun
boleh belajar. Tapi kalau hendak merasai nikmat belajar Silat Cekak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 18
maka lakukan semua ajaran yang ada dalam proses
pembelajarannya.
Kita selalu takut dengan kain puteh. Kalau ada hantu maka
akan dikaitkan dengan warna putih. Matipun warna kain kapannya
mesti putih. Pada hal putih juga melambangkan bersih. Malah
dikiaskan anak yang lahir ke dunia juga umpama kain putih. Yang
akan mencoraknya ialah kedua ibu bapanya. Oleh itu, satu segi kain
putih adalah baik dan pada satu segi yang lain dianggap tidak baik.
Samalah juga dengan hari Jumaat. Satu segi dikatakan hari tersebut
amat baik. Tapi tidak kurang juga hari Jumaat dikiaskan sebagai hari
yang menyeramkan. Berjalan pada malam Jumaat pun dikatakan lain
rasanya pada mereka yang berfikiran tidak tentu hala.
Kain putih juga dikaitkan dengan mandi silat. Dalam tempoh
yang tertentu kita perlu mandi dengan menggunakan kain putih yang
kita duduk ketika ijazah terakhir. Mereka yang tidak mahu
menjadikannya satu persoalan akan membuat ketetapan sama ada
hendak mandi bertemankan kain putih atau enggan berbuat
demikian. Sekali lagi tidak ada siapapun yang tahu. Tidak ada
sebarang Jurulatih yang akan memeriksa ketika kita mandi, sama
ada menggunakan kain putIh atau tidak. Maka tidaklah perlu
dijadikan persoalan. Persoalan hanya layak ditimbulkan kalau diri
dipaksa berbuat demikian.
Kalau ingin jadikan mandi silat sebagai persoalan maka akan
keluarlah pelbagai persoalan. Macam-macam persoalan boleh timbul.
Antara persoalan yang pernah diajukan kepada saya ialah keperluan
mandi selama tempoh empat puluh hari. Kenapa perlunya bertali arus
tanpa selang seli. Kenapa wujud perkataan batal dalam mandi dan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 19
pelbagai persoalan kenapa lagi. Semua persoalan ditangkis dengan
logik yang ada.
Pada saya senang sahaja. Kalau hendak mandi maka mandi
sahaja. Kalau lebih selesa mandi tanpa menutup seurat
sebenangpun maka mandi bogel sahaja. Jangan jadikan persoalan.
Tidak ada kajian atau pandangan atau fatwa yang mengatakan
bahawa mandi silat akan menyebabkan ingatan kita pada silat
bertambah hebat. Malah, semasa bersilat tidak nampak sebarang
tanda yang menunjukkan sama ada penuntut itu telah tamat mandi
silat atau tidak mandi-mandi langsung.
Pada mereka yang berminat dan tidak menimbulkan banyak
persoalan maka saya akan terangkan logik kenapa perlunya kita
mandi dan mandi bersama kain putih tersebut. Asasnya, mengambil
ilmu Silat Cekak biarlah secara keseluruhan. Lagi pun, bukan payah
mandi bersama kain putih terutamanya mereka yang mandi sentiasa
menggunakan kain basahan. Hanya menukar kain basahan yang ada
daripada kain batik atau sebagainya dengan kain putih yang kita
ijazah atasnya. Mudah sahaja. Pada mereka yang tidak pernah
mandi menggunakan kain basahan maka inilah masanya biasakan
diri menutup kemaluan. Kalau berbogel maka malulah pada Tuhan.
Tambahan pula ketika membaca ayat-ayat suci yang berkenaan.
Kain putih adalah sejenis kain yang berwarna putih. Asalnya
pelbagai. Sama ada dari benang kapas atau banang tiruan atau
sebagainya dan dibeli sama ada dari emporium atau kedai kain India
atau Cina atau Melayu. Tidak ada apa-apa pun keistimewaannya
melainkan kita letakkan keistimewaan padanya. Pada diri saya,
keistimewaan kain putih tersebut adalah lambang kesungguhan dan
lambang saya tamat silat. Itulah kenangan sepanjang hayat.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 20
Mandi bersama kain putih menyebabkan kita lebih tenang dan
tidak tergopoh gapah. Mandi kita menjadi tertib. Secara langsung
mendisiplinkan diri supaya sentiasa tenang dan berfikir dalam segala
perbuatan yang dilakukan. Saya juga terangkan pada para penuntut.
Mandi juga adalah merupakan satu ujian daripada guru untuk
melihatkan kesungguhan kita dalam persilatan Silat Cekak.
Biasanya tidak ada satu jenis silatpun yang tamat begitu saja
tanpa ada sebarang ujian. Ujiannya pelbagai. Dalam Silat Cekak
ujian yang ada begitu mudah sekali. Mandi bersama kain putih untuk
selama empat puluh hari secara berturut-turut hari. Ujian dikenakan
bagi membuktikan kesungguhan. Kalau kita ingin bersungguh dalam
Silat Cekak maka mulakan dulu dengan amalan mandi tersebut.
Kalau ujian pertama ini boleh dilalui tanpa banyak persoalan maka
berkekalanlah kita hendaknya dalam Silat Cekak. Kalau amalan
mandi yang mudahpun pun tidak boleh dilakukan, maka jangan
sesekali bercakap tentang perjuangan. Hal yang demikian kerana
perjuangan dalam Silat Cekak banyak cabarannya.
Oleh itu semua tanggapan pada sesuatu perkara dalam
persilatan Silat Cekak adalah berdasarkan fikiran kita. Kalau kita kata
baik maka baiklah jadinya. Begitulah sebaliknya. Kalau kita kata
buruk maka buruklah jadinya. Itu sebabnya kita diasuh supaya
sentiasa bersikap positif dan elakkan daripada berprasangka buruk.
Prasangka buruk akan menyebabkan fikiran kita menjadi negatif dan
memandang semua yang wujud sebagai menakutkan. Kalau kita
berasa was-was, tinggalkan perkara tersebut daripada amalan kita.
Cuma, janganlah dijadikan persoalan. Daya pemikiran kita tidak
sama. Ada yang menimbulkan persoalan kerana daya pemikiran
mereka telah bercabang dan menjadi cetek dalam bidang berkenaan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 21
Akur Menerima Pelajaran.
Terkenang waktu saya menuntut Silat Cekak dulunya. Kami
mempelajari dan mendalami Silat Cekak adalah atas keyakinan yang
berbelah bahagi. Bukan mudah bagi kami untuk mengubah pesepsi
yang ada sebelum mempelajari Silat Cekak. Seperti yang saya
tegaskan, untuk menerima Silat Cekak sebagai sebahagian daripada
amalan silat kami, ujian pengesahan telah dilakukan terlebih dahulu.
Akhirnya, sah bahawa Silat Cekak adalah merupakan satu jenis silat
yang hebat, sama seperti yang diperkatakan oleh Ustaz. Artikal-
artikal silat yang kami baca dan kami simpan amat mudah difahami.
Kami jadikan panduan. Sesuai dengan pelakuan yang diajar kepada
kami. Cakap serupa bikin.
Walaupun ada kandungan artikal tersebut bercanggah
dengan ilmu kami yang sedia ada dari persilatan lain, keadaan itu
tidak pernah kami jadikan isu atau persoalan. Bertanya pun amat
jarang sekali. Kalau diberikan jawapan, kami tidak pernah berbahas.
Hanya menerima kenyataan yang ada. Yang penting bagi kami ialah
pelajaran yang telah disampaikan selama kami belajar Silat Cekak
telah dapat mengubah persepsi kami tentang kehebatan Silat Cekak.
Walau bagaimanapun, sesekali terdapat juga perbincangan
sesama kami. Semua jawapan dan perbincangan tersebut adalah
dalam suasana positif. Kalau dianggap negatif maka akan kami
positifkan. Asas perbincangan ialah guru lebih tahu apa yang
dilakukannya. Bidang tugas guru silat tentunya silat. Teringat pulak
gelagat para penderhaka sebelum kita berpecah. Kebanyakan
mereka sudah ada jawatan lain di sektor kerajaan atau swasta.
Pegawai kerajaan atau swasta pun berperasan umpama guru silat.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 22
Berlainan bidang dan berlainan profesion. Sepatutnya, biarlah Guru
Silat mengurus silatnya.
Satu tajuk yang biasa kami bincangkan ialah buah-buah yang
ada dalam Silat Cekak. Kami diajar sebanyak sembilan belas buah.
Pada hal, dalam artikal yang kami simpan, buah Silat Cekak adalah
dua puluh tujuh. Kami rujuk kata-kata yang ada dalam artikal
simpanan kami tersebut.
Menangkis pula buah-buah penangkap (lock) yang 27 biji itu
dan memakan balik dengan salah sebuah dari yang 27 itu. Ini
namanya pelajaran SPRING (Pelajaran menengah). Pelajaran ini
mempunyai falsafah PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI.
Berbincanglah kami. Pastinya di bilik saya ketika menuntut
dulu. Kami cuba logikkan kenapa buah yang kami terima adalah
sebanyak sembilan belas, pada hal buah yang asal adalah sebanyak
dua puluh tujuh.
Saya pernah bertanya Ustaz tentang persoalan tersebut.
Menurut Ustaz, penyusunan semula telah dilakukan. Ada tiga (3)
alasan yang diberikannya. Sama ada pertamanya buah-buah itu
berulang-ulang, keduanya tidak praktikal atau ketiganya,
membahayakan si pelaku. Itulah alasan-alasan utama yang telah
diberikan Ustaz kenapa buah-buah tertentu ditiadakan dalam senarai
pelajaran. Namun begitu buah-buah tersebut tetap diberitahu semasa
kami telah tamat. Kami diajar dengan buah-buah tersebut termasuk
buah Luncur, Sengkak dan lain-lainnya. Ustaz membuktikan kata-
katanya yang meninggalkan pembelajaran buah-buah itu dalam
lingkungan alasan yang tiga tersebut. Puas hati pada diri kami
semua.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 23
Kami cuba memahami kebenaran perbuatan Ustaz
meninggalkan pembelajaran buah-buah tersebut. Hal yang demikian
bagi memahami akan punca Ustaz berbuat demikian dalam konteks
Silat Cekak. Namun begitu perasaan ragu-ragu tidak langsung timbul
dalam kalangan kami. Kami tetap bersyukur dengan apa yang kami
dapat daripada Ustaz.
Kami rujuk kembali „kitab‟ tentang Silat Cekak yang kami
simpan. Kami baca ayat-ayat yang ada dalamnya. Ada dua (2)
kenyataan ayat dalam artikal tersebut yang menjadi sumber alasan
pemikiran positif kami.
Alasan pertama adalah merujuk pada ayat bertulis:
„Ianya tak mempunyai tari, Silat Cekak ini ada mempunyai kaedah-
kaedahnya yang tetap dan tak boleh dipinda-pinda.‟
Maknanya, dalam Silat Cekak, pelajaran Kaedah adalah amat
penting dan tidak ada sifat bertolak ansur. Kaedahnya tetap dan tidak
boleh diubah. Kalau diubah maka bukan lagi namanya Silat Cekak.
Kesimpulannya ialah Kaedahnya sahaja yang tetap dan tidak boleh
diubah-ubah. Tambah tidak boleh, kurang pun tidak boleh. Yang lain,
terpulanglah pada Ustaz. Nak tambah buah boleh dan nak kurang
buah pun boleh. Hak Ustaz. Yang tak boleh kurang atau tambah ialah
Kaedah. Itu kesimpulan kami ketika itu. Mudah dan ringkas.
Alasan kedua adalah berdasarkan tentang pelajarannya yang
tertulis seperti yang berikut:
„Mempelajari dan mengkaji segala buah keputusan Silat
Melayu itu menjadi mata pelajarannya, umpamanya keputusan silat-
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 24
silat Sendeng, Terlak, Lintau, Harimau, Kuntau, Kemanga, Sepelet
dan Gayung Petani. Tujuan besar silat ini mengkaji segala keputusan
ilmu (buah silat) silat Melayu ialah supaya ia dapat mengalahkan
musuh ketika ianya menyerang.‟
Maknanya, pelajaran buah-buah dalam Silat Cekak tidak
berdasarkan bilangan. Pelajarannya adalah berdasarkan pengkajian
pada buah-buah silat Melayu yang lain. Oleh sebab itu, bilangan
buah bukanlah sesuatu yang tetap dan tidak patut dipolimikkan.
Maka, tidak perlu berbahas atau bertengkar tentang bilangan buah
dalam Silat Cekak.
Ada juga yang bertanya sama ada kita menceduk atau meniru
silat-silat Melayu yang lain. Saya tegaskan pada mereka. Di situlah
pentingnya kita memahami adat dan adab persilatan orang Melayu.
Fahamannya tidak sama dengan sekarang. Fahaman sekarang
memberatkan hak kerana ada persatuan yang melindunginya.
Persatuan telah meletakkan sempadan. Persatuan boleh saman kita
jika dianggap kita cuba menceduk haknya. Fahaman dulu haknya
tetap pada orang-orang Melayu seramai.
Siapapun manusia yang namanya Melayu adalah berhak
memiliki atau menguasai adat dan budaya yang ada dalam
masyarakatnya. Menguasai gerak dalam masyarakat Melayu tidak
mendatangkan masalah sebab kita juga Melayu. Sama juga dengan
dengan adat-adat lain yang ada. Kita menguasai apa yang ada dalam
masyarakat Melayu. Sekarang jangan. Ada persatuan yang berlagak
gengster. Gerak Melayu dah jadi hak mereka dan gerak silat telah
dinamakan ikut persatuan yang tertentu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 25
Kami sentiasa berbincang secara positif. Sesuatu kelainan
yang kami rasai, kami akan cuba logikkan kenapa perkara itu terjadi
melalui sumber-sumber yang ada. Hingga sekarang saya dapat
rasakan betapa sifat kami yang sedemikian telah menyebabkan kami
sentiasa berprasangka baik terhadap Silat Cekak dan semestinya
kepada gurunya yang lama dan baru.
Tapi ada juga antara sisa-sisa tinggalan generasi kami yang
tergeliat. Meninggalkan tradisi yang tidak ada punca. Teguran telah
diberi supaya setiap perubahan semuanya secara membina demi
mengekalkan kehebatan Silat Cekak. Cuma masalahnya mereka
adalah golongan orang kanan yang tersangat kuat dan berada
sekeliling guru. Hinggakan kekuatan mereka menyaingi kehebatan
guru. Maka banyak juga perubahan yang tidak tentu punca. Pastinya
usaha tersebut lebih mirip mencari glamour.
Mungkin sekarang ini, gara-gara kehebatan angka dua puluh
satu (21) maka buah-buah Silat Cekak perlu diubah suai. Maka
dimasukkan buah-buah lain bagi menggenapkan angka dua puluh
satu. Di suatu ketika pernah Kuntau Kiri dijadikan bilangan dua buah.
Kuntau Kanan menjadi buah yang kesepuluh. Pernah juga buah
Hempuk dikira dua buah. Semuanya gara-gara angka dua puluh satu.
Semasa saya memimpin kelas latihan di Cawangan, saya
masih mengekalkan pengajaran Silat Cekak sebanyak sembilan
belas (19) buah. Buah-buah lain akan diajar kepada penuntut Silat
Cekak semasa pelajaran buah umum. Buah Siku Potong dikaitkan
penggunaannya untuk pelajaran lading. Buah-buah menanti seperti
Luncur dan Rasa digunakan secara aplikasi gerak berdasarkan gerak
lawan. Sama seperti gerak Gayung Fatani.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 26
Walaupun pelarasan dibuat hingga dua puluh satu, saya tetap
saya. Tidak ikut pelarasan. Ikut apa yang saya terima. Pelajarannya
adalah mencukupi dan sangat memadai untuk membuktikan
kehebatan Silat Cekak. Dengan bilangan buah sembilan belas, saya
masih berupaya menjadi pesilat yang sedemikian rupa. Sekarang
susah hendak jawab. Pengurus baru. Gelaran baru. Pingat baru.
Jentera baru. Maka azam baru. Fahaman silat pun baru. Serba baru.
Orang kata saya keras kepala. Baguslah. Sebagai lelaki kita
perlu keras kepala. Barulah dirasai nikmatnya. Jika tidak, akan
terpupuk sifat „awww‟. Gerak mesti lembut. Buka tangan adalah salah
satu sifat pemupukannya.
Meneruskan Apa Yang Telah Diterima.
Saya berpeluang membuka cawangan Silat Cekak di tempat
saya. Peluang itu saya gunakan sepenuhnya untuk aplikasi semua
pelajaran yang saya peroleh daripada Ustaz. Saya sendiri
mengendalikan keseluruhan latihan dalam kelas Silat Cekak
berkenaan. Saya dapat rasakan betapa tanggungjawab untuk
meneruskan kesinambungan kehebatan Silat Cekak perlu dilakukan
dengan serius. Semua keistimewaan Silat Cekak ketika saya
mengujinya dalam majlis try yang lalu perlu diberi penekanan utama.
Hal yang demikian kerana pada pandangan saya keistimewaan itulah
yang menyebabkan kami yang hebat dalam bidang persilatan
masing-masing, kecundang untuk „menjatuhkan‟ kehebatan Silat
Cekak.
Dalam tulisan yang lalu saya tekankan betapa wujud
sekurang-kurangnya tiga (3) keistimewaan Silat Cekak pada
pengertian saya. Pertamanya ialah tumbukannya, kedua ialah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 27
pukulannya dan ketiga ialah geraknya yang ada kesudahan. Kerana
keistimewaan-keistimewaan tersebutlah Silat Cekak tersangat hebat
pada pandangan kami. Sudah tentulah pandangan ini hasil
perbandingan dengan amalan silat kami yang sedia ada. Oleh sebab
itulah pengajaran dan pembelajaran Silat Cekak di cawangan saya
adalah lebih berfokus.
Saya mempunyai matlamat untuk melahirkan para penuntut di
bawah asuhan saya menjadi ahli Silat Cekak yang hebat. Mereka
perlu membuat sesuatu gerak Silat Cekak berasaskan gerak
kefahaman dan bukannya gerak hafalan atau ikutan. Saya selalu
tekankan betapa semua gerak dalam Silat Cekak ada sebab-
musababnya. Sebab-sebab itu dapat dibuktikan melalui penerangan
dan secara praktikal. Bukannya ikut suka hati atau hati suka-suka.
Untuk memastikan kehebatan Silat Cekak diperturunkan
dalam kalangan penuntut yang saya ajar maka saya telah merancang
beberapa strategi pengajaran seperti perbincangan yang berikut.
Strategi ini berterusan sepanjang masa Silat Cekak di bawah
pengawalan saya. Saya kira, kita boleh berkongsi bersama. Jika tidak
faham bolehlah dirujuk pada saya atau pada mereka yang pernah
kekal lama belajar dengan saya.
i. Penekanan Pada Pengajaran Kaedah
Kaedah A, B, C dan D dalam Silat Cekak adalah merupakan
asas pergerakan menunggu serangan. Konsepnya unik dan amat
mantap dan istimewa. Semua gerak buah Silat Cekak adalah
berasaskan padanya. Oleh itu, penekanan pada kaedah Silat Cekak
sangat dititikberatkan. Pengajarannya pada tahap pemulaan jangan
gopoh. Istilah „letak, tarik, tumbuk‟ tidak asing lagi pada mereka.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 28
Selalu dihubungkan pelakuan kita umpama berada di malam
pertama. Pelan-pelan. Jangan gopoh. Bila gerak dapat dikuasai maka
hayunkan penumbuk sepenuh hati. Tapi penumbuk jangan lari.
Umpama tidak tepispun tidak akan kena. Amat merugikan pada
pasangan tersebut.
Penuntut difahamkan dengan sepenuhnya pada konsep dan
prinsipnya. Saya sendiri berlatih dengan semua penuntut dan
menguji kebolehan mereka membuat Kaedah. Malah, sebelum
masuk buah asas, mereka juga akan diuji melalui majlis „menguji
ketepatan‟ oleh semua Jurulatih yang ada dalam kelas saya. Maka
yang kurang yakin akan diyakinkan dan yang yakin akan diyakinkan
lagi. Jurulatih yang berpengalaman mampu berbuat demikian.
Jurulatihlah yang akan berperanan untuk menaikkan semangat atau
melunturkan semangat para penuntut kita.
ii. Mengemas Corak Latihan Supaya Berkesan
Saya sedar betapa waktu latihan perlu digunakan dengan
sepenuhnya. Masa latihan adalah terhad. Saya tidak mahu para
penuntut berlatih silat seperti kami berlatih dulunya. Banyak
membuang masa. Banyak bercakap. Akhirnya setelah tamat silat
baru terasa rugi. Oleh hal yang demikian, bentuk latihan amat
diberatkan. Latihan bermula pada jam lapan malam. Mereka yang
lambat akan saya beri teguran. Rehat hanya untuk meneguk segelas
air atau sedikit air. Hinggalah jam sepuluh baru latihan berhenti dan
para penuntut bebas berlatih. Kadang kala waktu latihan perlu
dilanjutkan. Itulah rutin latihan setiap kali latihan.
Apabila selesai latihan, penuntut akan berasa sangat letih.
Semasa mereka menyejukkan badan sambil berehat, masa itulah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 29
saya akan memberi syarahan tentang sesuatu yang berkaitan
dengan Silat Cekak. Syarahan saya lebih banyak berupa suntikan
semangat. Tidak ada perkara lain yang dibincang. Soal persatuan,
ada AJKnya sendiri. Ahli-ahli yang ingin menuntut ilmu Silat Cekak
hanya diberi akan ilmu Silat Cekak. Jangan dirosakkan fikiran mereka
dengan karenah persatuan atau sesuatu yang tiada sangkut paut
dengan bidang persilatan.
Bentuk latihan seperti itu adalah kekal sepanjang masa.
Sehinggalah waktu pepecahan sesama kita, di cawangan saya tidak
ada ruang bagi ahli membincangkan sebarang isu. Hal yang
berkaitan dengan persatuan tidak boleh dicampuradukkan dengan
persilatan. Saya yakin, sebab itulah semasa persatuan di bawah
pengurusan saya, pepecahan sesama ahli silat di cawangan saya
tidak pernah berlaku. Orang lain terlalu ingin tahu pegangan kami
yang ada. Pada kami, Silat Cekaklah pegangan dan kepentingan
utama. Dulu.
iii. Penekanan Pada Pukulan.
Pukulan dalam Silat Cekak amat saya tekankan. Letakkan
jenis pukulan pada tempatnya. Kalau pukulan adalah berbentuk
tetakan maka gunakan tetakan. Kalau pukulan berbentuk tumbukan
maka buatlah seperti mana yang ada dalam pelajaran. Jangan
sesekali membuat perubahan.
Jangan mengacah-ngacah umpama lakonan yang tidak
memberi sebarang makna. Pukulan yang mantap berserta kesediaan
membuat pukulan akan dapat mengunci pergerakan lawan. Seperti
yang saya tegaskan dalam tulisan terdahulu, mengunci gerak adalah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 30
lebih mudah dilakukan daripada mengunci anggota tubuh badan
lawan.
iv. Penekanan Pada Gerak Secara Muktamat.
Setiap perbuatan silat perlu disudahkan. Perbuatan silat
tersebut meliputi aspek menunggu serangan dan menyerang lawan.
Saya juga telah membincangkan hal ini dalam tulisan terdahulu.
Salah satu kehebatan silat kita yang menyebabkan susah untuk
„ditewaskan‟ ialah geraknya berterusan hingga lawan kita benar-
benar mati gerak.
Latihan yang sebegitu telah terbawa-bawa ketika anak buah
saya menghadiri ujian sijil rendah. Mereka berjaya
mempraktikkannya. Suatu masa lalu, para penguji memahami
pendapat saya. Teringat saya dalam satu majlis ujian rendah yang
diadakan di kelas saya. Ramai penguji dari pusat yang hadir.
Konsep menyudah gerak dapat dilakukan dengan sempurna.
Para penguji memberi kerjasama. Seorang jurulatih yang terkenal
dengan tangan dan kaki besi, menerima kebengkakan dan kebiruan
kulit. Begitu juga dengan penguji yang lain. Tapi mereka berasa puas
atas kehandalan anak murid Silat Cekak. Mereka tidak pula berasa
marah atau bersifat baran. Maruah dan kehebatan mereka tidak
jatuh. Tugas menguji membawa maksud murid kita mesti lulus. Kalau
lulus bermakna pelajaran yang disampaikan, telah mereka kuasai.
Dalam ujian, kalau murid berjaya mengalahkan gerak guru maka
itulah kepuasan pada gurunya.
Malang sekali kebelakangan ini. Semasa ujian, apabila ahli
silat ingin meneruskan gerak, mereka sering dimarahi kerana
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 31
dikatakan cuba memukul Jurulatih. Akibatnya gerak mereka tiada
kesudahan kerana pergerakan mereka dihentikan sekerat jalan. Mesti
pengujinya jenis suku atau tiga suku. Jenis tidak habis. Tidak ada
kesinambungan dalam gerak. Maka secara langsung kita telah
memusnahkan satu keistimewaan yang ada dalam Silat Cekak.
Keistimewaan itulah merupakan salah satu sebab kenapa Silat Cekak
susah untuk „ditewaskan‟. Setiap yang mengambil ujian akan saya
terangkan buat suntingan semangat. Ikut saja kehendak mereka yang
belum cukup masak umpama telur setengah masak. Sesuaikan diri
buat sementara bagi mendapat sijil yang tidak tentu perkasanya.
v. Pemupukan Kaedah Serang Yang Mantap.
Para ahli silat diberi penerangan yang jelas tentang konsep
tumbuk serang. Konsep ini membuktikan betapa ahli silat perlu
memahami dan membaca gerak lawan. Kefahaman membaca gerak
akan banyak membantu kita menghadapi dan membuat serangan.
Keselarasan gerak tangan dan kaki amat dititikberatkan dalam masa
penuntut membuat tumbuk serang.
Jadikan serangan umpama serangan anu kita yang tak payah
pakai mata kepala. Pakai mata hati. Pasti tiba di bahagian yang kita
hajati. Setelah mereka dapat kaedah serang, penggunaannya adalah
secara berterusan terutama dalam latihan buah umum. Kaedah tabik
dan menjual tumbuk jangan sesekali dilakukan. Takut orang ketawa.
Umpama serangan singa yang tiada giginya. Sakit tiada tapi ada
gelinya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 32
vi. Penyusunan Pelajaran Kemahiran.
Saya cuba bezakan antara konsep latih tubi dan konsep latih
kemahiran. Kalau melatih balik semua pelajaran Silat Cekak bagi
membetulkan kaedah dan ketepatannya maka saya anggap sebagai
latih tubi. Konsep kemahiran erat kaitannya dengan aplikasi. Semua
pelajaran Silat Cekak perlu diaplikasikan dalam gerak gaduh. Gerak
gaduh bermakna gerak yang tidak berpakat. Jatuhan atau tangkapan
buah biasanya tidak menjadi seperti yang kita hajati.
Dalam keadaan tersebut konsep pakai tak pakai dan tak pakai
pakai perlulah digunakan dengan sepenuhnya. Di situlah terletaknya
latihan kemahiran. Apatah lagi pelajaran enam tolak enam, serangan
tapak dan serangan pada buah-buah umum dari persilatan lain yang
berlainan gerak.
Untuk mencapai maksud kelas kemahiran tersebut, sukatan
pelajaran khas telah disusun, sesuai dengan strategi dan matlamat
kelas-kelas latihan itu diadakan. Kekuatan dalaman juga diambil kira
bagi menguatkan stamina. Semua tindakan tersebut adalah
merupakan salah satu usaha bagi menambah keyakinan penuntut
terhadap Silat Cekak. Biarlah keyakinan itu berasaskan kenyataan
dan bukannya khayalan. Penguasaan geraknya tidak lagi
berdasarkan hafalan. Sebaliknya, gerak tersebut adalah gerak yang
semula jadi dengan dirinya.
vii. Penekanan Pada Adat Silat Cekak Dan Adab Belajar.
Adat-adat yang berkaitan dengan upacara silat masih saya
kekalkan terutama yang berkaitan dengan ijazah tamat. Pada
peringkat awalnya, setiap penuntut yang hendak tamat tetap
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 33
dimestikan membawa ayam seekor. Ustaz sendiri akan datang awal
bagi memilih ayam penunjuk dan menyembelih ayam-ayam yang lain.
Kami sendiri yang masak. Kenduri yang sama seperti yang saya
alami dulu tetap diteruskan. Walau bagaimanapun semasa zaman
selepas Ustaz, cara yang sedemikian terpaksa diubah kerana
kekangan ruang dan masa.
Di samping itu adab belajar juga saya tekankan. Oleh sebab
saya telah dilantik sebagai Jurulatih dan merupakan wakil guru,
Jurulatih yang lain perlu berketuakan saya. Kebenaran melatih dan
kawalan mutu pengajaran adalah di bawah pengawasan saya.
Namun begitu, akibat tuntutan zaman, penyesuaian dalam adat-adat
dan peraturan yang ada dalam Silat Cekak terpaksa disesuaikan dari
masa ke masa.
Berdasarkan tujuh (7) strategi tersebut, Silat Cekak
diperturunkan dalam kalangan penuntut saya. Walau bagaimanapun
kelangsungan ini tidak bertahan lama. Ada antara strategi tersebut
yang terpaksa dibuat penyesuaian. Masa dan kefahaman telah
menuntut perubahan. Saya bersyukur. Bukannya di masa saya. Pada
generasi baru, buatlah apa saja. Saya ikut sahaja. Gembira.
Perlunya Penyesuaian.
Silat Cekak mengalami perubahan dalam pelbagai sudut.
Keahlian Silat Cekak semakin bertambah. Banyak kelas dan pusat
latihan tumbuh di merata tempat umpama cendawan tumbuh selepas
hujan. Program persatuan merancakkan perkembangan dan aktiviti
Silat Cekak. Akibatnya guru Silat Cekak semakin sibuk. Masa
bersama cawangan menjadi sangat terhad. Kedatangan dan
pemergian guru ke satu-satu tempat atau ke satu-satu cawangan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 34
mengambil masa yang singkat. Hal yang sedemikian bertambah
hebat ketika zaman selepas Ustaz. Kesibukan guru tidak terkata.
Keadaan yang saya nyatakan di atas telah mengubah
beberapa strategi pengurusan Silat Cekak di cawangan saya. Ada
kalanya perubahan itu selaras dengan tuntutan perubahan corak
kepimpinan di peringkat pusat. Adat dan adab Silat Cekak mula
disesuaikan mengikut tuntutan dan keperluan semasa. Maka
banyaklah perkara yang ada dalam persilatan Silat Cekak, tinggal
kenangan.
Satu perubahan besar yang berlaku ialah majlis penamat silat.
Kesibukan dan tuntutan masa menyebabkan penuntut silat yang akan
tamat tidak lagi dimestikan membawa ayam seekor seorang.
Memadai dengan penyediaan ayam penunjuk di kelas berkenaan.
Ayam biasa boleh diganti dengan daging. Saya tidak pasti bilakah
perubahan itu berlaku. Sepanjang saya menjawat jawatan presiden
Silat Cekak di universiti pengajian saya, amalan tersebut masih
berterusan.
Setelah beberapa tahun saya berpindah ke cawangan,
amalan tersebut masih juga berterusan. Hinggalah saya ada
terdengar tentang perubahan yang telah berlaku di pusat tentang
majlis penamat silat. Perubahan ini bersangkutan dengan
penggunaan ayam. Namun begitu perubahan tersebut tidak di
pandang berat di cawangan saya kerana kesannya belum ada.
Walau bagaimanapun perubahan di cawangan saya tetap ada tapi
lambat berlaku. Saya cuba pertahankan konsep ayam yang perlu
dibawa. Bertahun juga saya dapat pertahankannya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 35
Bukannya adat membawa ayam yang penting tapi kelebihan-
kelebihan yang wujud di sebalik penggunaan ayam tersebut amat
memberi makna. Ayam adalah alat untuk upacara majlis penamat.
Proses penggunaan ayam tersebut menimbulkan pelbagai suasana
kemesraan, kelucuan dan keseronokan. Kenangan buat saya yang
berkecimpung lama dalam Silat Cekak. Kita kongsi bersama
kenangan lama tersebut. Bukan untuk dijadikan isu tapi lebih
berbentuk catatan pengalaman.
Biasanya guru sendiri yang berhak menyembelih ayam-ayam
tersebut. Hal yang sedemikian telah menyebabkan guru terpaksa
datang lebih awal. Tentunya di sebelah petang. Malamnya Guru
Utama pasti bermalam dan akan bertemu dengan anak muridnya.
Itulah kesempatan berharga buat kami bersama guru. Banyak ilmu
yang kami terima. Keesokan paginya barulah ayam-ayam yang ada,
disembelih. Ramai ahli silat yang hadir bersama. Ayam-ayam
tersebut perlu direbus untuk dicabut bulunya. Kemudian dipotong
lapan dan proses mencuci dengan tepung ubi dilakukan bersama.
Meriah sekali. Umpama menyambut menantu.
Hakikatnya ialah majlis itu untuk menyambut ahli silat baru
berdasarkan pengiktirafan rasmi yang bakal dilakukan guru dalam
ijazah penamat. Ketika kami sibuk memasak, maka ketika itulah juga
guru akan beramah mesra dengan muridnya.
Berlaku perubahan. Kesuntukan masa dan kesibukan guru
memaksa wujudnya perubahan. Oleh sebab majlis ijazah penamat
diadakan di sebelah malam, maka guru akan datang di awal petang.
Kuasa menyembelih ayam diserah pada kami, kecuali ayam buat
penunjuk yang tetap disembelih oleh guru pada waktu petang
kedatangannya. Sempatlah persediaan ayam penunjuk di sebelah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 36
malamnya. Kemeriahan dan kesibukan di cawangan tetap ada.
Tetapi ayam yang kami sembelih diproses di pasar. Buang bulu dan
siap berpotong.
Walau bagaimanapun ayam masih dimasak bersama di
tempat kami. Pelbagai jenis nasi kami reka berdasarkan kelas yang
tamat. Ada pakar masak nasi. Merasalah kami makan nasi bokhari,
nasi minyak, nasi tomato, nasi pelangi, nasi hujan panas dan
pelbagai jenis nasi lagi. Ayam yang berpotong itu akan dimasak oleh
pakar masak merah dan pakar gulai kari. Kepakaran mereka hebat
kerana diasuh setiap tahun. Kemeriahan mengadakan majlis
penamat tetap ada. Macam kenduri besar. Tapi lebih mudah
prosesnya.
Tahun berganti tahun. Kesuntukan masa dan kesibukan guru
memerlukan perubahan lagi. Guru hanya sempat hadir ketika waktu
ijazah sahaja. Maknanya kehadiran guru hanya beberapa jam
sebelum ijazah. Maka ayam penunjuk pun sukar disembelih di
cawangan. Takut tidak sempat. Untuk itu, ayam penunjuk dibawa
sendiri bersama guru. Ada petugasnya. Tugas kami hanya
menyediakan bayaran atas ayam tersebut. Kenduri di cawangan
adalah hak cawangan. Kerja-kerja memotong ayam atau
menyediakan daging bukan lagi tugas utama. Ikan pun boleh. Tapi
isyarat penunjuk tetap menggunakan ayam.
Perubahan yang berlaku itu menyebabkan adat membawa
ayam seorang seekor di cawangan saya mulai terhapus beransur-
ansur dari masa ke masa. Daging mula dibolehkan mengganti ayam.
Lagi pun perbelanjaan seorang ahli yang akan tamat lebih murah
dengan menyediakan daging. Sepotong daging tentu berbeza
dengan sepotong ayam. Kerja kenduri semakin mudah. Tidak payah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 37
siang-siang ayam. Akhirnya daripada kutipan wang penamat
daripada ahli, lebih sesuai diupahkan orang untuk menyediakan
masakan. Ayam penunjuk tetap ada dan boleh berkongsi
perbelanjaan. Maka konsep mesra dan kerjasama sesama ahli dalam
majlis kenduri kendara tamat silat mulai longgar. Tinggal kenangan.
Banyak peristiwa yang berkaitan dengan ayam penamat.
Maklumlah. Ayam penamat adalah jenis ayam kampung. Baru galak
dan baru belajar berkokok. Aktifnya hebat sekali. Bukannya ayam
daging. Terbatukpun boleh mati. Pernah berlaku ayam-ayam kami
terlepas daripada serkap. Penat mengejar untuk mengumpulkan
semula ayam-ayam tersebut.
Ada peristiwa ayam diikat dan diletak atas tempat duduk
belakang kereta. Kalau di bahagian simpanan belakang kereta, takut
ayam-ayam tersebut mati. Pernah terjadi ikatan ayam terungkai.
Berkeliaranlah ayam-ayam yang berjumlah lebih daripada dua puluh
ekor dalam kereta. Tahi ayam jangan dikata. Candu yang dikeluarkan
telah mengatasi pewangi kereta. Akhirnya kami sepakat mengutip
duit untuk mencuci dalam kereta ahli yang membawa ayam tersebut.
Mereka yang akan tamat menjadi mangsanya.
Banyak lagi peristiwa lucu yang hanya dalam kenangan.
Suatu amalan atau adat yang tidak boleh dipertahankan lagi.
Kehendak zaman memaksa akan perubahan tersebut. Kenangan
manis buat saya. Generasi sekarang tentu tidak merasa. Apalah
salahnya kalau ada kesesuaian masa maka kita hidupkan semula
adat tersebut sekali sekala. Untuk ditunjuk pada generasi muda. Tapi
sesekali sahaja.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 38
Kini suasana penamat silat lebih ringkas dan padat. Tuntutan
masa dan zaman. Amalan mandi dan ayam penunjuk masih ada.
Cuma saya perhatikan nasi telah tersedia dalam bekas. Tidak
dimasak bersama-sama. Kerja-kerja penamat silat semakin mudah.
Tentunya hal yang sedemikian akan menyenangkan pengurusan
persatuan. Lebih-lebih lagi di pusat-pusat latihan sekolah dan pusat
pengajian tinggi. Mana ada masa untuk kerja-kerja memasak dan
menyediakan majlis makan.
Tugas mereka yang tamat hanya ambil bahagian ayam yang
dipilih dan beredar mencari lauk dan gulai yang ada. Pastinya
penyediaan makanan adalah secara upah. Hal yang demikian akan
menjimatkan banyak masa. Tuntutan masa dan tuntutan
perkembangan Silat Cekak itu sendiri memaksa perubahan itu
berlaku. Perubahan tetap perlu. Telahpun berlaku.
Terdengar juga cerita persatuan di sebalik sana. Geng lain.
Upacara memilih bahagian ayam mula ditiadakan. Dikatakan tidak
berguna. Itulah tafsiran mereka. Pada saya kalau diikutkan
kebiasaan, memang tiada gunanya. Telatah murid yang memilih
bahagian ayam tersebut tidak pernah dijadikan ukuran untuk melihat
gelagat atau sifatnya ketika berada dalam Silat Cekak. Apabila
berlaku penentangan murid, tidak pernah saya dengar pemimpin
persatuan akan merujuk gelagatnya memilih bahagian ayam ketika
dulunya. Ustaz pun tidak bergantung tentang tabiat memilih bahagian
ayam untuk menentukan tahap pemikiran anak muridnya.
Apapun pemikiran yang ada, pada saya di suatu ketika yang
lalu upacara itu telah memberi satu gambaran yang hebat pada saya.
Kemesraan sesama ahli dapat dipupuk. Hingga timbul kata-kata hati.
Patutlah sesama ahli dikatakan tidak boleh bergaduh. Sebabnya,
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 39
kemesraan sentiasa wujud dalam kalangan mereka. Suasana di
majlis penamat adalah salah satu tempat bermesra.
Meneruskan Kesinambungan Persilatan Silat Cekak.
Silat Cekak semakin berkembang pesat. Sebelum berpecah,
kemegahannya amat ketara. Semua orang asyik memperkatakan
kita. Silat hebat dan organisasinya pun hebat. Lama-lama, muncul
generasi baru yang berlainan pengalamannya. Ramai antara mereka
yang tidak merasai pahit getir dalam usaha menyebar dan
membangunkan Silat Cekak. Pengalaman mereka banyak yang
berasas akan apa yang tersedia. Malah, murid yang dilahir pun
mungkin tidak sama fahamannya walaupun guru yang sama.
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi ketika mengadakan aktiviti sampingan ahli persatuan - kumpulan hadrah. Turut kelihatan di dalam gambar ialah En Ros (tiga dari kanan) yang merupakan salah seorang murid kelas pertama Seni Silat Cekak cawangan Ipoh.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 40
Saya akui betapa umur saya pun semakin bertambah. Tenaga
semakin kurang. Masa semakin terhad. Urusan diri sangat susah
untuk disesuaikan dengan masa yang ada. Perubahan pucuk
pimpinan di peringkat pusat secara langsung menuntut agar wujud
juga perubahan dalam kepimpinan tempatan.
Maka saya berpendapat, pembantu saya yang sefaham dan
sekepala dengan saya perlu ada. Tenaga muda harus dicari.
Harapan saya akan berterusanlah kesinambungan pembelajaran
Silat Cekak di cawangan saya dari dulu hingga sekarang. Dari zaman
Ustaz Hanafi hingga ke zaman guru yang ada. Pastinya harapan
kesinambungan ini sentiasa berlaku di cawangan saya. Sebabnya,
saya yang mengasaskan Silat Cekak di cawangan saya. Adatnya,
tanpa saya dan rakan-rakan setia yang ada, tidak akan wujud
pengurusan Silat Cekak sedemikian rupa dan sifatnya di cawangan
saya. Entah apa-apa feelnya. Tentu berlainan dengan apa yang ada.
Saya mula mendidik barisan pelapis bagi membantu
meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan guru kepada saya.
Bukan senang untuk berbuat demikian. Kebiasaannya, apabila cukup
masa, akibat tuntutan keluarga mereka yang dilatih mungkin akan
mengghaibkan diri. Lesen kecil. Tidak ada yang sanggup untuk
mengambil alih tugas sepenuhnya bagi terus menerus
memperjuangkan Silat Cekak di cawangan saya. Saya tidak berasa
jemu-jemu untuk meneruskan usaha bagi menggilap barisan pelapis
yang mahu terima tanggungjawab saya yang ada. Bukan setakat
mengurus silat, malah bertanggungjawab mengurus persatuan silat di
tahap cawangan.
Kedatangan bekas pelajar universiti banyak membantu dalam
perkembangan Silat Cekak di cawangan saya. Ada yang berminat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 41
sangat dengan silat dan persatuan. Bentukpun ada. Kata orang tua-
tua, mencari ketua atau pemimpin lihat juga bentuk dan suaranya.
Bentuk yang sesuai dan suara yang ada minornya. Bukan suara „au‟.
Saya dah jumpa.
Guru yang ada telah merestuinya. Umpama menunggu
kelahiran semula pemimpin tempatan yang akan setia. Setia
padanya. Ilmu khasaf pasti diguna. Tidak salah lagi agaknya.
Hubungan belangkas diwujudkan. Pengikut lain pun turut bersama.
Sampaikan nama anak diketepikan hak ibu bapa. Kadang kala rasa
diketepi. Biar-biarkan. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.
Anak muda. Biarkan saja.
Maka Ilmu yang berkaitan dengan fizikal semuanya
dicurahkan dari masa ke masa. Seiring dengan kebolehan fizikal,
aspek kefahaman Silat Cekak juga disisip dari masa ke masa.
Rasanya fahaman mereka juga turut berkembang akibat asakan
setiap hari. Dari bulan berganti matahari. Dari matahari berganti
bulan. Tidak ada ruginya saya berbuat demikian. Silat Cekak perlu
ada kesinambungan di peringkat cawangan. Cuma, diharap jangan
menderhaka. Bukan setakat pada guru tapi juga pada puncanya.
Ingat akan adab berguru. Selalu Ustaz pesan kepada saya.
Saya masukkan fahaman yang saya terima sepanjang saya
belajar Silat Cekak daripada Ustaz Hanafi. Fahaman silat disisipkan
dengan fahaman adat dan adab. Makna kemerdekaan perlu dijiwai
sepenuh hati. Jangan mudah diri dipergunakan oleh orang lain yang
tidak tahu akan adat dan adab sebenar Silat Cekak. Pengajaran silat
biar berfokus. Strategi pengajaran biar ada. Fahaman silat perlu
dijaga. Dengan cara itu kita akan tahu hala tuju dan ke arah mana
kita hendak bawa murid kita.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 42
Bila kesediaan telah ada maka mulalah saya berkira-kira
untuk mengundurkan diri dalam pengurusan silat yang ada. Seperti
dikata, Guru yang ada amat merestuinya. Pandangannya tentu
berdasarkan pandangan yang luar biasa. Maka belayarlah pemimpin
muda bagi meneruskan kesinambungan Silat Cekak yang pernah
saya bawa. Kesinambungan ini bukan setakat fizikal Silat Cekak
sahaja tapi juga fahaman Silat Cekak yang tua. Jangan mudah
mengubah fahaman yang ada. Manusia sekarang lebih suka
mengubah tanpa mengetahui asal usul sesuatu perkara. Biasanya
kerana kepentingan, tergadai segala. Kepada mereka saya
amanahkan untuk pertahankan konsep yang ada. Adakah mereka
berupaya berbuat demikian.
Susah dijawab kerana hal yang demikian ada kaitan dengan
dada. Tepuk dada tanya selesa. Selera adalah nafsu untuk
melakukan perbuatan dengan sepenuhnya. Bukan mudah ke faham
selera. Di bahagian dada ada buahnya. Perlu melalui buah yang ada.
Itulah takuk fahaman yang sedia. Tidak sampai kefahaman ke dalam
dada. Hanya setakat buah di dada. Jadilah, asalkan ada. Walaupun
tergantung mekar di putingnya.
Sekian sahaja pengkisahan panjang berkaitan persilatan Silat
Cekak. Saya kaitkan kenangan sejarah dari awal menemui Silat
Cekak hingga menyebabkan saya tertarik akan kelebihan Silat
Cekak. Kelebihan yang perlu diteruskan sepanjang masa. Kelebihan
itulah yang saya pertahankan. Saya teruskan kesinambungannya di
cawangan yang saya pimpin. Suatu ketika dahulu. Segala
pengkisahan adalah buat kenangan generasi baru. Saya yakin tanpa
kita pertahankan kelebihan-kelebihan yang ada maka keayuan Silat
Cekak tidak ketara. Umpama bunga yang kurang harumnya. Bau
tetap ada.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 43
Tetap Pendirian.
Kini saya tetap bersyukur kerana masih meneruskan
perjuangan dalam Silat Cekak. Bentuk yang berbeza. Janji saya
dengan Ustaz masih dapat dipertahankan. Selagi bergerak dua
tangan dan dua kaki maka saya akan terus berada dalam perjuangan
Silat Cekak. Itulah janji saya yang tidak mungkin berkubur begitu saja
melainkan dikuburkan oleh pihak berkuasa. Sudah lebih empat puluh
tahun saya berkecimpung dalam Silat Cekak. Hati berasa puas tanpa
timbul kekesalan yang jitu. Ramai yang ingin tahu rahsia saya yang
masih dapat bertahan dalam usia berkecimpung yang begitu lama.
Pada peringkat awal, penglibatan dalam Silat Cekak adalah
kerana bidang persilatannya. Pencarian saya pada silat telah berakhir
apabila saya melibatkan diri dalam Silat Cekak. Proses penglibatan
agak menarik dan telah diceritakan dalam tulisan terdahulu. Saya
tetap berasa bangga kerana masih berupaya meneruskan
perjuangan dalam usia yang sebegini. Rupa-rupanya di sebalik silat,
ada banyak lagi ilmu yang sangat berguna untuk mengisi kehidupan
kita. Diharapkan generasi seterusnya juga akan terus berjuang
dengan penuh taat dan tekun.
Cuma, konteks perjuangan saya ketika ini adalah berbeza.
Kalau dulunya pengertian perjuangan pada saya ialah menyebarkan
Silat Cekak seluas mungkin untuk berkongsi ilmu dalam kalangan
masyarakat. Kini makna perjuangan disesuaikan dengan suasana.
Tugas saya sekarang ialah berkongsi pengalaman dan pengalamian
saya dalam persilatan Silat Cekak. Kenangan mesra.
Faktor usia dan masa telah banyak mempengaruhi
perjuangan saya dalam Silat Cekak. Maka perjuangan saya ialah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 44
menurunkan segala pengetahuan yang saya tahu dan yang saya ada
buat perkongsian dengan genarasi baru. Itulah sumbangan yang
boleh diberikan. Pastinya pengalaman dan pengalamian yang saya
lalui adalah bersandarkan pengalaman dulu-dulu. Walau
bagaimanapun sekali air bah maka sekali lantai berubah. Banyak hal
yang telah berubah. Sesuaikanlah dengan apa yang ada. Yang baik
jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.
Sama ada perkara yang saya bincangkan sekarang masih
relevan atau tidak, bukan persoalan utama. Mereka yang membaca
bolehlah membuat penilaian sendiri untuk menambahkan
pengetahuan. Tapi jangan lupa. Silat Cekak tetap ada tuannya.
Tuannya adalah guru yang sah dan sedia ada. Kuasa mutlak adalah
terletak di tangannya. Hala tuju Silat Cekak ada kaitan dengan visi
dan misi guru yang ada.
Tugas kita adalah menyokong penuh segala pelangkahnya.
Lebih-lebih lagi jika kita ada profesyen yang tertentu. Tumpukan saja
dalam bidang profesyen kita. Biarlah guru dengan profesyen
silatnya. Tapi ramai penjawat jawatan lain yang mengada-ngada.
Golongan luput waktu pun tidak kurang hebatnya. Semua perkara
hendak dibolotnya. Macam pandai akan semuanya dalam semua
perkara dalam dunia.
Sebagai pendukung Silat Cekak, jangan timbulkan isu dalam
banyak perkara. Bukan masanya sekarang kita berbuat demikian.
Persaingan kita masih terbuka. Strategi utama perlu ada. Kerap kali
strategi akan menentukan pencapaian objektif yang diinginkan. Oleh
itu, jangan timbulkan sebarang sengketa. Jika banyak persoalan yang
ditumbulkan maka itu juga adalah merupakan satu bentuk sengketa.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 45
Jangan banyak membuang masa. Perpaduan ahli hanya boleh
berlaku jika kita masih tetap pendirian dalam perjuangan Silat Cekak.
Istilah pendirian ada yang mengaitkan dengan istilah
istiqamah. Kebiasaannya, istilah istiqamah adalah istilah agama.
Tetapkan pendirian kita dengan Tuhan yang ada. Jangan diri berasa
sangsi. Namun begitu ada juga manusia yang berminat mengaitkan
istilah itu dengan dunia persilatan. Itulah makam hebat yang ada
pada mereka. Pada saya, memadailah kita beristilahkan tetap
pendirian dalam konteks persilatan. Cukup untuk membuktikan siapa
kita dan di mana kita berada dalam persilatan Silat Cekak.
Menetapkan pendirian dalam Silat Cekak bukannya payah.
Tapi ada juga payahnya pada mereka yang tiada arah. Penetapan
pendirian memerlukan ilmu. Semestinya ilmu itu perlu berkisar dalam
konteks persilatan kita. Ajaran yang pernah diasaskan Ustaz Hanafi
hendaklah diambil kira. Tapi ramai yang berkata-kata. Bagaimana
jadahnya mereka yang menerima pengajaran daripada guru yang
sama boleh bercanggah pendapat sesama mereka. Mungkin banyak
faktornya. Saya dapat rasa apabila dibandingkan dengan pendirian
saya.
Setelah berkecimpung sebegitu lama dalam Silat Cekak, saya
yakin sentiasa berada dalam landasan yang betul. Cabang Silat
Cekak yang pelbagai tidak pernah mempengaruhi saya. Pendirian
telah ada. Mana mungkin berubah begitu mudah saja. Jika berlaku
juga, maka sia-sialah penglibatan saya selama ini dalam Silat Cekak
yang begitu lama. Saya rasa banyak masa yang saya luangkan
dengan mantan Guru Utama. Saya yakin bahawa saya faham akan
hala tujunya. Saya faham kehendaknya dan saya faham akan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 46
harapannya. Maka landasan yang saya lalui pastinya landasan yang
menuju ke arah kehendak, fahaman dan harapan Ustaz.
Oleh sebab saya berada dalam landasan tersebut dari sejak
awalnya maka tentunya berbeza dengan mereka yang bersama di
pertengahan jalan. Namun begitu ada antara mereka yang bersama
sejak awal dalam satu landasan, tapi telah tukar haluan. Banyak
perkara yang mereka tidak tahan. Godaan nafsu pasti menjadi
alasan. Dalam hal ini saya berkeyakinan penuh dengan pendirian
saya. Saya berpendapat, untuk menetapkan pendirian perlu ada
ramuannya. Ramuan tersebut telah menjadi perencah saya. Mungkin
boleh kita kongsi bersama.
Petua tetap Pendirian.
Selalu saya katakan betapa orang kanan guru amat banyak
mendatangkan kemudaratan apabila bertindak secara tidak jujur.
Ketidakjujuran ini berkaitan dengan kepentingan diri. Kepentingan diri
menyebabkan semua yang terpancul dari mulut tidak menunjukkan
keikhlasan. Lagak mereka lebih bersifat pembohong dan penipu yang
amat besar. Namun begitu kita jangan tersilap sangka. Takutkan
bencana maka perkaitan dengan guru dipandang remeh. Sepatutnya
kita berasa bertuah apabila ada kesempatan berhubung rapat
dengan guru. Dalam konteks silat, guru dan silat adalah bersepadu.
Hubungan rapat dengan guru adalah merupakan perencah
utama bagi memudahkan kita menetapkan pendirian. Adatnya, kita
melibatkan diri dengan silat adalah bersabit dengan gurunya. Saya
sendiri melibatkan diri dengan Silat Cekak kerana tertarik dengan
perwatakan Ustaz. Begitu juga rasanya sekarang, penglibatan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 47
penuntut Silat Cekak ada kaitan dengan gurunya. Kalau guru silat itu
sendiri tidak ada kewibawaan mana boleh silatnya menarik perhatian.
Peranan guru tetap ada berkatnya. Pastinya keberkatan ini
ada kaitan dengan mandat sah yang diterima. Tanpa mandat mana
ada bisanya sebagai guru. Oleh itu guru tidak boleh dipisahkan
dengan silatnya. Kalau silat diambil maka gurunya mesti dibela.
Kalau silat diambil manakala gurunya diketepikan maka itulah
perbuatan biadap namanya. Guru ini bertali arus dan ada pancarnya.
Mana boleh anak diambil, tuan punya anak itu ditendang begitu rupa.
Jahat punya menantu.
Waktu zaman Ustaz, semua mengakui betapa mereka yang
rapat dengan guru mesti ada kelebihannya. Guru yang hebat pasti
membawa berkat. Kata Tok Guru, jika kita berkawan dengan
pembuat minyak wangi maka pasti wanginya akan meresap pada
kita. Manakala jika kita berkawan dengan tukang besi, bau yang tidak
menyenangkan akan melekat di tubuh kita. Apatah lagi jika guru yang
kita rapat mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Cuma
peranan kita perlulah memupuk perasaan ikhlas bersama guru.
Hanya diri yang boleh mentafsir perasaan ikhlas tersebut. Jangan
ada sebarang rasa curiga yang membolehkan hubungan kita dengan
guru tercemar.
Perencah utama yang lain ialah diri kita mesti merdeka.
Merdeka erat kaitannya dengan maksud bebas dalam dunia
pemikiran persilatan kita. Jangan terikat dengan sesiapa melainkan
atas kehendak guru kita. Dalam silat, hanya guru yang berkuasa.
Pihak lain jangan diiktiraf kuasa mereka jika mereka mengada-ngada.
Berhati-hati jika fikiran mereka tidak sama langsung dengan kita.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 48
Fikiran yang tidak tentu hala. Fokusnya tiada. Kepentingan diri lebih
utama.
Kita perlu sedar betapa istilah merdeka erat juga kaitannya
dengan istilah kepentingan. Kepentingan ini juga adalah pelbagai.
Jika niat telah ada dalam pemikiran mereka, pasti mereka akan
menyusun strategi bagi mendapatkannya. Lebih hebat lagi jika
kepentingan tersebut ada kaitannya dengan kehendak kuasa dalam
persatuan. Merekalah golongan yang selalu saya sifatkan sebagai
golongan pembohong. Lain di mulut dan lain di hati. Telunjuk lurus,
kelingking berkait. Berwaspada ketika bersama mereka.
Oleh itu pegangan mantap perlu ada. Pegangan ini berbeza-
beza berdasarkan bidang-bidang yang ada. Kalau bidangnya
berkaitan dengan institusi perguruan, jangan lupa istilah mandat.
Mandat adalah merupakan punca kuasa kepada guru untuk
melakukan apa saja dalam bidang silatnya. Berada bersama Tuan
Haji Md Radzi, kita akan nampak aliran mandat sebagai Guru Utama.
Sepancar dengan Ustaz Hanafi.
Seperti yang dikata, di sebelah sana, ternampak mandat yang
tidak tentu hala. Ramai tertanya-tanya, pancar mana pula yang akan
menggantikan tempat mereka. Tapi mereka cekap. Cepat-cepat
mengatakan mandat guru memang tiada. Mandat silat adalah hak
masyarakat. Guru Wawasan adalah pemimpin masyarakat. Bila
teringat masyarakat maka teringat pulak pelawak Cha Cha dalam
rancangan Raja Lawak. Perkataan masyarakat telah menjadi
jenamanya. Pelawak juga intelek silat mereka.
Saya yakin dengan pendirian saya kerana sifat yang sentiasa
mengamalkan Silat Cekak sama ada fizikalnya atau fahamannya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 49
Silat Cekak banyak membentuk sifat dan sikap saya. Ada ulu ada
parang. Ada dulu maka ada sekarang. Saya yakin pemikiran saya
pada Silat Cekak tidak pernah berubah walaupun masa berganti
masa. Penglibatan saya selama ini dalam Silat Cekak penuh dengan
kesabaran.
Faktor kesabaran juga adalah perencah utama untuk
menentapkan pendirian. Walaupun pernah tersingkir daripada
pelbagai jawatan, saya tetap saya. Saya sedar betapa manusia
toksid sentiasa ada sekeliling kita. Manis di mulut tapi pahit di hati.
Jarum adalah senjata utama mereka. Dicucuklah pada bahagian
manusia di sana sini. Bila manusia itu dicucukkan dadah maka
hilanglah ingatan seketika. Mengambil tindakan ikut suka. Semuanya
gara-gara manusia toksid yang suka bermaharaja lela.
Apapun saya yakin bahawa Tuhan sentiasa anugerahkan kita
akal untuk membuat keputusan. Buatlah keputusan dalam prinsip
memahami erti kemerdekaan dalam Silat Cekak. Hal yang demikian
adalah perencah juga untuk menetapkan pendirian kita. Tapi
janganlah hendaknya keputusan itu bersandarkan pada alasan yang
remeh temeh. Jadikan perjuangan hakiki dalam Silat Cekak sebagai
tiang serinya.
“Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Mensesuaikan dengan makna Kemerdekaan.”
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 50
Mantapkan Pegangan Diri
Perbincangan tentang ilmu kulit dan isi atau ilmu sarung dan
senjata bukanlah perkara baru pada kalangan kita. Konsep hubungan
ilmu-ilmu itu adalah umpama irama dan lagu. Tanpa irama,
pincanglah lagu. Begitulah hal yang sebaliknya. Lagu tanpa irama
tidak membawa apa-apa makna. Apapun istilah yang digunakan,
pegangan diri perlu ada bagi mempastikan kehebatan Silat Cekak
sentiasa terjamin dan berkekalan pada diri setiap ahli.
Banyak kenangan manis ketika bersama dengan Ustaz.
Ketika itu, pelbagai pengetahuan telah diasak dan disemai. Satu
daripada tabiat Ustaz ialah menyampaikan pengetahuan secara
hands on. Ketika bersama-sama dengannya, apabila berkaitan
dengan satu-satu peristiwa maka Ustaz akan menceritakan falsafah
di sebalik peristiwa tersebut. Maka mudahlah saya memahami akan
apa yang ingin disampaikan Ustaz. Banyak pesanan beliau yang
berkaitan dengan prinsip dan pegangan hidup. Saya rasa semuanya
dilakukan bagi melahirkan murid yang berkualiti tinggi.
Kerap kali manusia ini hidup dalam keegoannya semata-mata.
Kadang kala kebenaran itu nampak di depan mata tapi otak mencari
alasan untuk menolaknya. Itu sebabnya dalam situasi-situasi tertentu,
kita tidak dapat memahami tindakan rakan-rakan kita yang
bertentangan dengan sifat dan kata-kata mereka yang terdahulu.
Mereka cepat melatah tanpa mengkaji situasi yang ada. Seolah-olah
pegangan diri yang berdasarkan pada prinsip Silat Cekak telah tiada.
Pendengaran dan penglihatan sukar digunakan walaupun kita tahu
akan kepentingannya. Pada hal, seperti yang saya nyatakan bahawa
kita dianugerahkan dua mata dan dua telinga supaya kita benar-
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 51
benar memahami akan sesuatu situasi tersebut sebelum
mengeluarkan pendapat.
Dalam usaha memantapkan pegangan murid Silat Cekak,
Ustaz pernah menceritakan tentang ketokohan Saidina Ali dan
peranannya dalam membela Nabi kita. Kata-kata Saidina Ali kerap
kali dijadikan isi percakapan dan perbincangan untuk mengasaskan
kefahaman muridnya. Namun begitu, apa yang ingin saya
bincangkan di sini, syarahan atau cakap-cakap Ustaz tersebut adalah
sebahagian daripada pengalaman yang saya alami dan tidak dapat
dilupakan.
Saya masih teringat akan konsep, ‟Aku adalah Aku‟. Kata-kata
Saidina Ali yang begitu besar makna dan kiasannya.
Kenyataan tersebut membawa banyak implikasi dan
maknanya bergantung dalam konteks yang tertentu. Dalam satu
ceramah kesihatan yang pernah saya ikuti, terdapat seorang pegawai
perubatan yang mengatakan bahawa, “Aku adalah apa yang aku
makan”.
Kata-kata tersebut mengingatkan saya tentang titipan ilmu
yang pernah saya lalui dulunya. Walau apapun, kita perlu ada
pegangan. Sekurang-kurangnya bagi menghindari ‟Tiga TA‟ seperti
yang dibincangkan terdahulu. Sekarang ini ada pula pandangan
tentang gejala Tiga S yang membawa maksud Sound, Sex dan Sport.
Ketiga-tiga aspek tersebut boleh menjahanamkan kita kalau tidak ada
pegangan.
Tiga TA atau Tiga S lebih kurang sama maksudnya. Cuma
tidak ada Tahta yang merujuk pada kuasa. Agaknya, kuasa tersebut
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 52
telah diambil oleh puak-puak Guru Persatuan dan Guru Wawasan.
Kadang kala konsep yang dihuraikan boleh menyedarkan kita dan
dapat membina sifat dan pewatakan. Misalnya apabila membicarakan
tentang sifat manusia yang ego dan angkuh.
Bisanya, manusia amat sukar untuk melakukan perbuatan
dalam empat (4) situasi dalam proses kehidupannya seharian.
i. Memaaf seseorang ketika marah,
ii. Bersedekah ketika susah,
iii. Menjaga diri ketika berada dalam keseorangan dan
iv. Menyatakan hak pada orang yang disegani.
Perbincangan-perbincangan yang sebegitu amat berharga
pada kita. Hasil perbincangan membolehkan kita membina keyakinan
dan prinsip serta pegangan diri dari masa ke masa. Ini semua penting
bagi membolehkan kita menjadi ahli Silat Cekak yang hebat dan
berpendirian.
Itulah antara lain prinsip atau pegangan atau pandangan atau
kata-kata yang pernah terasah pada minda yang sedar ini. Ustaz
cuba membentuk diri kita agar mempunyai prinsip dan pegangan
yang kuat sebelum kita berperanan untuk menyebarkan Silat Cekak.
Manusia yang mempunyai pegangan dan prinsip hidup kerap kali
saya dapat lihat kehebatannya walaupun dirinya dibenci. Sifatnya
tegas di sebalik sifat kasih sayang.
Saya rasa ramai yang memahami tentang perjalanan hidup
Ustaz dalam usahanya untuk menyebarkan Silat Cekak. Bukan
mudah untuknya meyakinkan masyarakat kita tentang kehebatan dan
kelebihan yang ada pada Silat Cekak, tanpa pegangan dan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 53
kepercayaan diri. Kalau Ustaz tidak mempunyai kekuatan mental,
saya rasa Silat Cekak mungkin tidak dapat ditapakkan dalam
kalangan masyarakat kita.
Bukan mudah juga bagi kita menegakkan kebenaran. Kita
selalu bercakap tentang istilah bohong. Lawan perkataan bohong
ialah benar. Sama ada kita menyatakan kebenaran atau kebohongan,
hanya kita sahaja yang mengetahuinya sebab istilah tersebut
terpancar daripada hati. Kita hanya boleh mentafsir istilah-istilah
tersebut berdasarkan situasi yang kita nampak atau kita alami. Tapi
itupun masih bersandarkan tafsiran. Mungkin kita yang kata bohong
tapi rakan yang lain menegaskan kebenarannya.
Pengalaman bersama Ustaz tentang istilah tersebut tetap
menjadi pegangan saya. Sesuatu yang berada dalam hati dan
diluahkan melalui mulut tanpa mengubah cakap-cakap hati, maka
itulah kebenaran namanya. Sebaliknya sesuatu yang tegas di hati
tapi diluahkan bertentangan dengan apa yang diprinsipkan maka
itulah pembohongan. Bukan mudah untuk mempraktikkan konsep ini.
Walau bagaimanapun, jikalau kita sebagai Jurulatih menganggap diri
umpama lilin maka pada kebiasaannya sentiasa akan berada dalam
sifat pembohongan. Mereka terpaksa menjaga hati kawan kerana
takut kehilangan kawan. Konsep „apa dia akan kata‟ menjadi
petualang dalam diri sendiri. Tambahan pula kalau kita menjadikan
dunia Silat Cekak sebagai pentas mencari keuntungan dan
kepentingan diri.
Kita boleh lihat betapa pentingnya pegangan dan pegangan
itu perlu disemai pada diri para penuntut. Untuk menyemai segala
bentuk ilmu dan kefahaman, perlu ada hubungan rapat antara
penuntut dengan para Jurulatih. Akan tetapi jika seseorang Jurulatih
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 54
itu tidak turun padang mengajar gerak silat, ilmu yang cuba
dicurahkan tidak bermakna sangat. Maknanya, Jurulatih perlu
sentiasa turun padang untuk menyemai pemikiran dan pegangan
dalam kalangan anak didiknya.
Ke manakah hala tuju kita dalam persilatan Silat Cekak. Satu
soalan yang mudah tapi susah dijawab. Sebabnya, tafsiran hala tuju
kita mungkin pelbagai. Sengaja saya timbulkan persoalan ini bagi
membuka minda para ahli supaya kita sentiasa berada dalam alam
sedar ketika bergiat cergas dalam Silat Cekak.
Umpama pergi ke satu-satu tempat. Ada antara kita yang
tidak merasai atau menyedari akan apa-apa yang berlaku atau apa
yang ada sepanjang perjalanan. Tiba-tiba telah sampai ke destinasi
yang dituju. Alangkah baiknya jika sekiranya kita yang berada dalam
perjalanan menuju ke satu-satu destinasi, sentiasa peka akan apa
yang berlaku di sekeliling kita. Dengan itu kita akan lebih
menyedarinya dan cakap-cakap dan tingkah laku kita akan menjadi
lebih bermakna.
Untuk membincangkan hala tuju persatuan atau Silat Cekak
itu sendiri, bukanlah menjadi tugas utama kita. Biarlah barisan
kepimpinan Silat Cekak yang menentukan hala tuju persatuan dan
hala tuju Silat Cekak. Pernyataan visi atau misi atau objektif
persatuan mungkin boleh dikaitkan dengan hala tuju silat kita.
Bagaimana dan ke mana hala tuju itu dibawa, itu menjadi persoalan
yang lain dan tidak perlu sangat diambil tanggungjawab. Guru kita
lebih bersifat profesional. Beliau tentu bertanggungjawab akan bidang
profesionalismanya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 55
Tapi pada saya, perkara yang lebih penting ialah menentukan
hala tuju kita sendiri sepanjang berada dalam Silat Cekak. Dengan
cara ini akan menyebabkan diri kita akan sentiasa menyedari
perkembangan yang berlaku di sekeliling kita dengan lebih objektif
dan tidak akan berasa kecewa sepanjang penglibatan kita dalam Silat
Cekak. Kalau kita ada hala tuju sendiri maka penglibatan kita dalam
Silat Cekak akan memberi lebih makna. Hala tuju ini berbeza antara
satu sama lain. Garis panduan pembentukan hala tuju tersebut
adalah bergantung pada acuan diri kita sendiri. Sudah semestinya
hala tuju itu perlu bersifat positif hasil pemikiran yang diasaskan oleh
guru Silat Cekak.
Cuma, janganlah sesekali kita memijak kepala orang lain
dalam memenuhi hala tuju tersebut. Pentingkan diri kita terlebih
dahulu sebelum kita mementingkan diri orang lain seperti yang selalu
saya ulaskan dalam tulisan sebelum ini. Perkayakan diri kita dengan
ilmu Silat Cekak dengan sepenuhnya. Konsep sepenuhnya perlu
diberi penekanan. Dengan itu mudahlah kita membuat perancangan
dan menentukan hala tuju kita dalam Silat Cekak.
Hala tuju pada diri akan lebih bermakna jika kita ada
pegangan yang mantap. Pegangan dan hala tuju itu perlu bersepadu
dan prosesnya adalah serentak. Pegangan dan hala tuju ini penting
untuk menambahkan keyakinan kita bagi melibatkan diri secara
berterusan. Jika tidak, kita akan mudah merajuk dan melakukan
perbuatan di luar norma, menyimpang daripada ajaran guru dalam
Silat Cekak.
Lihat saja politik tanah air. Ramai yang melompat parti atau
merajuk apabila tenaganya tidak diperlukan lagi. Apabila nama
dipotong dalam satu-satu pencalonan maka tindakan yang paling
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 56
menarik dan tepat bagi mereka ialah melompat ke parti lain sebagai
membalas dendam. Membalas dendam adalah juga bertujuan
melepaskan geram.
Nampaknya, politik negara pun sudah mula meresap dalam
politik Silat Cekak. Apabila nama tersingkir dalam satu-satu jawatan
atau diketepikan daripada sesuatu tugasan maka mulalah hati ingin
membalas dendam sebagai tanda tidak berpuas hati dan geram.
Tidak hairanlah kenapa wujud konspirasi bagi menjatuhkan guru
apabila diri mula terasa diketepikan. Melompat ke persatuan silat lain
adalah satu perbuatan yang mustahil bagi mereka. Maka ramailah
manusia Silat Cekak yang tidak tetap pendirian dan tidak tentu tujuan
dek kerana tiada pegangan.
Kita berasa kagum dengan manusia yang ada dalam Silat
Cekak yang terus berjuang walaupun disingkirkan daripada pelbagai
jawatan. Golongan ini mempunyai pendirian yang tidak mudah
berubah. Hala tujunya jelas. Pegangannya kukuh. Pegangan dan
hala tuju yang kukuh ini telah memantapkan pendiriannya untuk terus
berjuang bagi memartabatkan perjuangan Silat Cekak.
Sesungguhnya, pendirian ini amat penting dalam usaha kita
mencapai tahap kemerdekaan sejati dalam Silat Cekak. Janganlah
kita bersifat pendendam. Jika terkeluar daripada barisan kepimpinan,
biarkan saja. Beri peluang kepada orang lain untuk menjalankan
sebarang tugas. Teruskan usaha dan berikan tumpuan dalam
perjuangan hakiki kita iaitu menyebarkan ilmu Silat Cekak. Maka jiwa
kita akan sentiasa tenang kerana hala tuju kita yang jelas. Hala tuju
ini akan menjadi matlamat kita.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 57
Salah satu matlamat itu ialah menghasilkan penuntut yang
hebat dengan ilmu Silat Cekak yang hebat. Oleh itu, sesuai dengan
hala tuju tersebut maka lengkapkan diri kita dengan pelbagai
kemahiran bagi memudahkan proses penurunan ilmu kepada
penuntut yang kita latih secara berkesan.
Jiwa yang tenang ketika berada dalam Silat Cekak akan
menambahkan semangat juang dan keyakinan kita pada Silat Cekak.
Sifat saling menghormati sesama ahli akan berlaku dengan lebih
berkesan. Guru yang ada sentiasa kita hormati. Pastinya dalam
keadaan guru tersebut sebagai pewaris yang sah untuk meneruskan
mandat yang ada dalam Silat Cekak.
Saya terkenang akan rakan-rakan yang saya temui tapi telah
meninggalkan perjuangan Silat Cekak kerana jauh hati. Banyak faktor
yang menjadikan mereka jauh hati. Saya tidak akan menerangkan
alasan-alasan mereka tersebut. Memadailah saya berkongsi
pengalaman dengan para pembaca dalam ruangan ini. Hal ini
dilakukan bagi membuktikan bahawa dalam Silat Cekak, kita perlu
sangat ada hala tuju dan pegangan yang mantap. Semua ini akan
melahirkan pendirian yang teguh dan tidak mudah lentok ditiup dek
angin.
Teringat saya tentang peristiwa ‟Pingat‟ yang terlalu
menyayukan hati bersabit pembabitan saya dalam perjuangan Silat
Cekak. Kalau tidak ada pegangan dan pendirian yang kukuh sukar
juga bertahan dalam Silat Cekak. Itulah kesimpulan akhirnya tentang
diri saya.
Dalam masa Perayaan Sepuluh Tahun Silat Cekak, keluar
senarai pemenang Pingat Berjasa dan Pingat Setia. Kedua-dua
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 58
pingat tersebut ada tahap pencapaiannya. Ketika itu mereka yang
mendapat Pingat Berjasa adalah terdiri daripada mereka yang
berjasa dalam mengembangkan Silat Cekak. Mereka yang mendapat
Pingat Setia sudah semestinya dianggap mereka yang akan terus
setia dan berdiri teguh dalam Silat Cekak. ‟Rebus tak empuk, bakar
tak hangus.‟
Walau bagaimanapun ramai yang dianggap setia tapi rupa-
rupanya bermuka-muka. Ada berkepentingan diri dan mengamal
sikap penonjolan diri. Sungguh hebat sekali lakonan mereka tanpa
disedari. Itulah hasil manusia yang ada hala tuju tapi kurang ada
pegangan haikiki.
Setelah sekian lama berkecimpung dalam Silat Cekak, dalam
satu aktiviti, Perayaan Lima Belas Tahun Silat Cekak, barulah saya
ditawarkan Pingat Berjasa. Malangnya saya tidak boleh hadir untuk
menerimanya kerana kaki tertusuk buluh. Bengkak dan tidak boleh
jalan. Setelah selesai perayaan, bertahun juga saya mengharapkan
pingat yang menjadi hak saya tersebut diberi pada saya. Hampa
sahaja. Dihalang oleh puak-puak tertentu. Alasannya, kalau tidak
datang masa acara pemberian pingat maka pingat tidak akan diberi.
Saya rasa Ustaz pun tidak tahu.
Hati saya mula memberontak. Besar sangatkah pingat
tersebut. Bukannya lesen untuk kita terus berjuang. ”Kalau tak nak
bagi pada yang hak, akupun tak palor. Tapi cakap bukan main hebat.
Dalam Silat Cekak dikatakan pentingkan hak. Cakap tak serupa
bikin.” Itulah kata-kata semangat untuk diriku sendiri.
Dalam satu perayaan Silat Cekak yang kedua puluh satu,
sekali lagi saya ditawarkan pingat. Kali ini tawarannya ialah Pingat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 59
Setia. Bila dapat surat, hati bukannya gembira tapi berasa benci dan
meluat. Baru sekarang tahu akan setia. Selama bertahun dalam Silat
Cekak masih lagi dianggap mencurigakan.
Kali ini sengaja saya tidak mahu terima pingat dalam
perayaan tersebut. Jawatankuasa menjadi gelisah. Ada seorang
orang kanan persatuan yang berpengaruh kuat cuba memujuk saya.
Terpancul kata-kata saya, ”Kalau you paksa-paksa, saya akan
tinggalkan Silat Cekak.”
Kecut perut juga si hamba Allah tersebut, agaknya. Kali ini dia
merayu, kalau saya tidak mahu mengambil Pingat Setia, nama saya
dalam buku cenderamata tersebut minta dikekalkan. Saya tidak
kisah. Padan muka. Muka siapa ye! Sampai ke sudah saya tidak
pernah melihat Pingat Setia.
Tapi, yang menariknya hinggalah ke zaman Pak Ak, apabila
puak-puak tersebut kehilangan pengaruh dan entah apa mimpinya,
barulah pingat berjasa yang menjadi hak saya cuba dikembalikan.
Pingat Setia tidak lagi menjadi hak kerana saya telah menolaknya.
Tapi yang menariknya pingat berjasa itu tidak disemat oleh Guru
Utama, sebaliknya disemat oleh seorang Mufti yang terkenal dalam
negara ini yang menjadi tetamu istimewa dalam satu majlis yang
diadakan.
Sungguh mengharukan dan sungguh mengharubirukan. Hari
Ini Dalam Sejarah. Itulah tajuk filem yang berputar dalam pemikiran.
Itu semua tidak menjadi masalah. Ketika itu pegangan saya kukuh
sekali. Hala tuju saya amat jelas. Semua yang berlaku dikira ada
hikmahnya. Saya masih terus kekal dalam Silat Cekak. Kalaulah saya
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 60
tiada hala tuju dan tiada pegangan maka sudah tentu telah lama saya
ucapkan sayunara.
Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menyeru generasi
seterusnya supaya mempunyai hala tuju dan pegangan yang jelas.
Persilatan Silat Cekak adalah tempat yang paling sesuai untuk
melatih diri mengenali erti kemerdekaan. Fikiran kita bebas daripada
dipengaruhi oleh sesiapa. Yang penting hala tuju kita jelas dan
pegangan kita mantap. Dengan itu akan terpupuklah pendirian yang
tetap. Aku Adalah Aku. Itulah kata-kata salah seorang pejuang di
zaman lalu.
Perjuangan yang ikhlas tidak mengharapkan sebarang
pulangan atau pengiktirafan. Biarlah guru kita yang menentukan
sebarang pengiktirafan. Itupun kalau beliau ingin mengiktiraf. Yang
paling utama ialah ilmu yang ada dalam Silat Cekak. Tagihlah
daripada guru kita dengan adab dan sopan. Itulah perkara yang
paling berharga dalam Silat Cekak.
Kalau setakat pingat atau sebagainya, tengok saja ukuran.
Buat replika. Gantung pada dinding buat tatapan dan pujukkan diri.
Bukan orang tahu. Diri sendiri yang tahu akan dirinya. Biarlah diri
yang memujuk diri, kerana kita yang fahami dan tahu akan diri kita
sendiri. Hargailah diri kita.
Bina Keyakinan.
Kalau kita mempunyai hala tuju dan pegangan yang mantap,
memudahkan sifat keikhlasan bertapak dalam diri kita. Sama ada
ikhlas atau tidak, orang luar tidak boleh mentafsir. Kita yang lebih
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 61
tahu tentang keikhlasan kita. Kita juga tidak perlu menyatakan
kepada orang lain bahawa kita bersifat ikhlas. Perkara yang penting
ialah kita tidak menipu diri kita tentang sifat ikhlas yang ada dalam diri
kita.
Sifat ikhlas amat penting terutamanya semasa kita
menyampaikan ilmu Silat Cekak dalam kalangan penuntut. Pelajaran
yang hendak disampaikan akan lebih menjadi jika kita bersifat ikhlas.
Kalau diri kita bersifat ikhlas maka secara langsung prasangka buruk
pada orang lain dapat dikurangkan.
Konsep kita mengajar silat bukannya umpama lilin yang
membakar diri. Lagi lama kita mengajar Silat Cekak maka sepatutnya
lagi hebat dan lagi faham akan pergerakan Silat Cekak. Kita juga
berkeinginan supaya para penuntut yang kita lahirkan adalah pesilat
yang hebat. Tidak timbul soal mereka akan menyaingi kehebatan kita
yang sedia ada. Lagi mereka hebat dalam pergerakan Silat Cekak
maka lagi kita suka. Itu akan memberi kepuasan pada diri kita kerana
kehebatan mereka adalah juga kehebatan kita. Semuanya hasil
usaha pemupukan ilmu yang kita curahkan. Sikap prasangka buruk
dan perasaan curiga pada diri para penuntut akan lebih terkawal.
Jika ini terjadi maka secara langsung kita boleh membina
keyakinan dalam kalangan penuntut. Banyak cara dapat kita lakukan
untuk memupuk sifat berani. Salah satu caranya adalah melalui ujian.
Dalam kalangan ahli, perkataan ujian lebih dikenali dengan perkataan
test.
Dalam tulisan ini, saya ingin menceritakan pengalaman
tentang usaha-usaha yang pernah saya lakukan untuk membina
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 62
keyakinan melalui kaedah ujian dalam proses pembelajaran penuntut
Silat Cekak.
Prinsip membina atau membuat ujian adalah pelbagai. Dalam
bentuk ujian bertulis, kita boleh membina soalan yang mudah dijawab
atau membina soalan yang sukar dijawab. Hal yang demikian adalah
bersamaan dengan gerak silat. Kita boleh menguji gerak secara
penuntut boleh dibuat atau gagal dibuat para penuntut.
Dalam konteks silat, kalau kita menumbuk, kita boleh
memudahkan penuntut kita membuat jatuhan atau asas atau
tangkisan. Kalau niat tidak membolehkan penuntut kita membuat
tepisan atau jatuhan, juga boleh kita lakukan. Begitu juga dengan
prinsip galakan. Kita boleh memotivasikan penuntut kita dengan
memudahkan mereka membuat gerakan atau kita juga boleh
merendahkan ego atau kebolehan mereka dengan cara
menyusahkan gerakan mereka. Semuanya terpulang pada diri kita.
Di sinilah pentingnya kita tahu akan tujuan kita mengadakan
ujian atau test tersebut. Pada pandangan saya, bentuk ujian yang
dilakukan adalah sebagai satu usaha untuk membina keyakinan
dalam kalangan penuntut yang mempelajari Silat Cekak di bawah
kepemimpinan kita.
Ujian yang saya lakukan adalah dalam pelbagai bentuk dan
peringkat. Selesai sahaja pelajaran Kaedah, saya sendiri bersama
jurulatih yang lain akan menumbuk para penuntut seorang demi
seorang untuk melihat ketangkasan mereka mengambil Kaedah. Lagi
mantap tangkisan berdasarkan Kaedah maka lebih laju dan keras
penumbuk kita. Jika tersasul, kita akan mulakan kembali tumbukan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 63
dalam kadar yang lembut dan perlahan. Jangan beri mereka hilang
keyakinan.
Ujian ini juga turut dilakukan setelah selesai buah asas;
sebelum pelajaran buah jatuh diperkenalkan. Para penuntut bukan
sahaja perlu mantap mengambil buah, tapi juga perlu mengingati
kedudukan buah-buah tersebut dalam senarai pelajaran.
Ujian juga berlarutan setelah selesai buah jatuh, sebelum
diperkenalkan buah potong. Akhirnya ujian yang penting ialah
menguji penguasaan secara keseluruhan semua pelajaran yang telah
disampaikan kepada para penuntut.
Pernah pada satu-satu ketika yang tertentu para pengujinya
adalah mereka yang berasal daripada cawangan lain. Tidak timbul
sebarang masalah sebab tidak ada apa yang hendak dibuktikan oleh
para penguji melainkan membuktikan kehebatan para penuntut itu
sendiri menguasai pelajaran yang kita sampaikan.
Kadang kala ujian yang dijalankan adalah sebagai satu usaha
untuk menguji diri kita sendiri dalam keadaan yang sebenarnya.
Ketika kita menumbuk, penuntut perlu membuat buah jatuh. Dalam
pelajaran potong, apabila mereka pula menumbuk maka kita perlu
membuat buah jatuh. Ketika mereka membuat jatuhan pada kita,
kadang kala terasa betapa peritnya pukulan mereka apabila terlajak.
Tapi kita menerima keadaan tersebut yang pastinya bukannya
disengajakan.
Kadang kala kita juga berasa sukar untuk membuat buah
jatuh. Penumbuk mereka semacam sahaja dan pernah juga hinggap
di dada. Itu tidak menjadi masalah. Yakinlah, bukan sengaja mereka
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 64
berbuat demikian. Perasaan curiga tidak perlu ditimbulkan. Tidak
perlulah memarahi dengan kata-kata penumbuk yang tidak betul atau
sebagainya. Hendak dikatakan jatuh maruah kita, juga tidak mungkin
kerana bak kata pepatah, ular menyusur akar tak akan hilang
bisanya.
Sesuai dengan konsep diri kita bukannya lilin yang membakar
diri, kelemahan kita akan mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati
dan lebih berwaspada serta jangan mengambil mudah atas satu-satu
gerak. Menguji buah-buah umum dalam Silat Cekak adalah lebih
mencabar. Apa yang saya praktikkan ialah para pesilat perlu
mengalahkan para Jurulatih yang membuat ujian tersebut tanpa
tindak balas daripada Jurulatih secara keterlaluan.
Saya dapat lihat betapa kaedah ini telah menambahkan
keyakinan para penuntut silat yang kita lahirkan. Kalau kita
berpegang pada konsep bahawa sekali Cekak menyerang, pasti
menang, maka konsep ini perlu dilatih. Gerak silat penuntut kita perlu
dihabiskan. Kalau niat pukulan pada gerak mereka maka habiskan
dengan pukulan. Kuat atau perlahan pukulan tersebut pada kita,
nasiblah. Kita sebagai Jurulatih kenalah tahan sikit. Yang pentingnya
ialah gerak mereka ada penghujungnya. Inilah salah satu daripada
keistimewan Silat Cekak. Mulakan dengan ‟A‟ pasti akan berakhir
dengan ‟Z‟. Tak timbul gerak acah-acah atau gerak yang tiada
kesudahannya.
Tapi malangnya dalam ujian sijil sebenarnya, kebebasan ini
selalunya dihadkan. Pergerakan calon tidak habis. Ketika menunggu
serangan daripada Jurulatih, jika para penuntut terlajak pukulannya
maka dianggap cuba memukul atau mencuba Jurulatih atau dicap
dengan pelbagai istilah lagi. Perkatan hoop-hoop-hoop atau sudah-
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 65
sudah-sudah atau cukup-cukup-cukup, akan dijerit-jeritkan kepada
mereka yang diuji.
Begitu juga ketika penuntut disuruh menyerang. Kalau
Jurulatih sendiri lemah kerana tidak dapat membuat buah-buah yang
tertentu, silap-silap haribulan, para penuntut yang dimarahi dengan
pelbagai alasan. Termasuk dikatakan tumbuk tidak betul. Sungguh
melucukan kerana setelah berbulan-bulan berlatih silat maka
penumbuk penuntut tetap tidak betul.
Maka lahirlah perasaan tidak puas hati dalam kalangan
mereka yang mengambil ujian. Sekurang-kurangnya tidak puas hati
kerana pelbagai tuduhan yang melulu dan tidak ada bukti kukuh.
Kepuasan mereka terhalang baik ketika menanti serangan atau
ketika melakukan serangan. Motivasi dan keyakinan mereka mungkin
meleset. Itu semuanya gara-gara Jurulatih yang tidak mempunyai
kemampuan sepenuhnya untuk melakukan ujian.
Teringat saya akan peristiwa menguji pesilat untuk ujian sijil
rendah di tempat saya dulunya. Zaman awal ujian tersebut
diperkenalkan. Setelah selesai ujian, beberapa jam kemudian, kedua-
dua pihak bertukar-tukar fikiran bagi membincangkan bengkak di
badan, di kaki atau di tangan. Kesemuanya tersenyum puas dan
menceritakan bagaimana hal itu terjadi. Tidak timbul soal bermasam
muka atau jatuhnya maruah atau sebagainya yang bersifat negatif.
Penuntut berpuas hati kerana dapat menunjukkan kehebatan dan
pihak penguji berpuas hati kerana para penuntut telah dapat
menunjukkan kehebatan hakiki. Kedua-dua pihak menaruh keyakinan
dalam konteks yang berlainan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 66
Secara langsung terpupuklah sifat yakin diri dalam kalangan
penuntut. Sifat itu diyakinkan melalui ujian bagi mendapatkan sijil.
Untuk mendapatkan keyakinan itu, kejasama pihak yang menguji
amat penting. Merekalah yang boleh membangunkan keyakinan atau
merobohkan keyakinan dalam kalangan para penuntut.
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi sedang beraksi dalam persembahan Seni Silat
Cekak yang diadakan di Universiti Malaya pada tahun 1974
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 67
BAB 2
KENALI
RUPA BENTUK PERSILATAN
SILAT CEKAK
MELALUI PELAJARANNYA.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 68
Pendahuluan
Saya telah menegaskan bahawa salah satu cara untuk
mengenali rupa bentuk Silat Cekak adalah terletak pada faktor
betapa pentingnya kita faham pada isi pelajaran Silat Cekak itu
sendiri. Kefahaman yang jitu akan memungkinkan sekatan
„pencemaran‟ gerak dalam Silat Cekak dari masa ke masa. ’Demi
menjaga Pusaka Hanafi’.
Satu ketika lalu, ungkapan di bawah adalah menggambarkan
rupa bentuk Silat Cekak itu sendiri. Penegasan kita pada sifat-sifat
dalam ungkapan itu adalah tetap. Tidak berubah-ubah. Ungkapan itu
tidak pernah ketinggalan dalam setiap ceramah penerangan tentang
Silat Cekak. Saya petik semula ungkapan tersebut.
“Silat Cekak bukanlah sejenis silat permainan seperti silat pulut
atau silat pengantin, sebab itu tidak ada gendang dan tari menari
dan melangkah ke kiri dan ke kanan”.
Berdasarkan ayat petikan tersebut, terdapat empat (4)
perkara atau empat (4) konsep Silat Cekak yang menggambarkan
rupa bentuk Silat Cekak. Sifat-sifat itu adalah seperti berikut.
i. Silat Cekak bukanlah silat untuk pertunjukan di depan
pengantin atau sebagai silat pulut yang memberatkan
gerak tari berbentuk permainan.
ii. Silat Cekak tidak ada gendang.
iii. Silat Cekak tidak ada tari menari.
iv. Silat Cekak tidak melangkah ke kiri dan ke kanan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 69
Mungkin zaman telah berubah. Tuntutan pada perubahan
amat hebat. Saya juga yang tidak mahu berubah. Walau
bagaimanapun dulu-dulu, sifat-sifat istimewa yang ada pada Silat
Cekak tersebut adalah merupakan satu kebanggaan pada penuntut
Silat Cekak. Hal yang demikian kerana sifat-sifat itulah yang
membezakan Silat Cekak dengan silat-silat Melayu yang lain. Kita
berbangga dengan perbezaan yang ada. Kita ada, orang lain tak ada.
Perbezaan itu adalah lambang keluarbiasaan yang ada pada Silat
Cekak.
‟Perbezaan antara sesuatu yang biasa dengan sesuatu yang
luar biasa ialah keluarbiasaannya.‟
Cuba kita rujuk semula pada sifat-sifat Silat Cekak tersebut.
Silat Cekak bukan tujuan pertunjukan di depan pengantin atau
sebagai silat yang memberatkan gerak permainan. Hal yang
demikian menegaskan bahawa persembahan Silat Cekak bukannya
bertujuan hiburan; melainkan maksud menyampaikan kefahaman.
Tugas kita adalah memberi kefahaman. Masuk atau tidak masuk Silat
Cekak, bukannya urusan kita. Segala-galanya bergantung pada
„konsep habuan‟ seperti mana yang saya tegaskan terdahulu.
Penggunaan muzik dalam persembahan mungkin ada
keperluannya. Sesuailah dengan kehendak dan tuntutan semasa
yang sukakan hiburan dalam persembahan. Saya telah buktikan
betapa penggunaan muzik tidak mengongkong gerak persembahan
Silat Cekak. Walau bagaimanapun, kepimpinan kita perlu berhati-hati
atas penggunaannya. Pengawasan perlu ada. Jika tidak dikawal,
boleh memungkinkan penggunaan alat muzik secara „hidup‟ atau
secara „life‟ bagi mengiringi persembahan Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 70
Lebih malang lagi apabila kita dijemput membuat
persembahan dalam kalangan persilatan Melayu. Ketegasan perlu
ada. Janganlah kita membiarkan iringan gendang silat mereka
mengiringi persembahan Silat Cekak dalam satu-satu majlis tertentu
tersebut. Semuanya boleh terjadi jika tidak ada penegasan yang
tegas.
Sifat langkah-melangkah tidak ada dalam Silat Cekak. Seperti
yang saya katakan, tapak Silat Cekak adalah tapak dua. Mungkin ada
sedikit persoalan pada buah Pasung Kemanga. Nampak seolah-olah
sifat mengelak. Walau bagaimanapun, fahaman kita adalah jelas.
Gerak yang sedemikian adalah merupakan gerak gelek. Masih lagi
berdasarkan gerak semula jadi manusia. Tambahan pula buah
tersebut adalah merupakan suatu gerak keputusan yang kita ambil
daripada gerak yang ada dalam alam persilatan Melayu.
Namun begitu, penggunaan tari silat dalam Silat Cekak perlu
berhati-hati. Gerak tari yang dipertontonkan tidak membawa apa-apa
makna bagi membuktikan prinsip dan konsep persilatan Silat Cekak.
Tidak ada tari silatpun, persembahan Silat Cekak masih berupaya
menarik minat penonton.
Pada pendapat saya, lakonan gerak A hingga D adalah
memadai bagi menimbulkan maksud penerangan gerak dalam Silat
Cekak. Gerak kita bukannya gerak suka-suka hati. Gerak kita adalah
bermatlamat. Kita akan bergerak jika ada yang bertindak. Itulah
lambang lakonan Kaedah kita. Bukannya gerak tari yang
melambangkan gerak berhibur.
Berdasarkan empat (4) sifat yang dinyatakan di atas, sifat
gerak tari agak sukar dilogikkan penggunaannya dalam persembahan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 71
Silat Cekak. Tidak ada asas dan tidak ada perkaitan dengan rupa
bentuk Silat Cekak. Gerak tari akan mengundang sifat gerak yang
melangkah. Tidak kiralah arah mana dan tujuan melangkah tersebut.
Hakikatnya ialah langkah-melangkah. Kalau diiringkan persembahan
sedemikian dengan gendang silat, alamat „hancurlah‟ makna
ungkapan yang selama ini cuba dipertahankan. Hal yang demikian
boleh terjadi jika tidak ada pengawalan tegas dari masa ke masa.
Kadang-kadang saya terfikir kenapa kita terlalu berminat
dengan tari silat yang berlambangkan dengan Gerak Hanafi. Kini,
boleh dikatakan setiap persembahan Silat Cekak, pasti ada tari silat.
Nampaknya sudah semacam tidak sah persembahan Silat Cekak
tanpa ada tari silat. Saya masih tidak nampak akan faedah dan
tujuannya dalam persembahan kita tersebut. Apakah yang cuba
dibuktikan. Tidak boleh komen banyak. Sudah menjadi sebahagian
daripada Silat Cekak dewasa ini.
Saya rasa, untuk memahami sifat menerima tari silat dalam
Silat Cekak, saya cuba menyingkap kembali kenangan lama bersama
Ustaz. Dalam tulisan terdahulu, ada dinyatakan tentang pertemuan
penuntut-penuntut Silat Cekak kelas saya dengan Ustaz. Saya
ceritakan betapa wujud perasaan „rendah diri‟ dalam kalangan
kumpulan kami ketika menghadiri majlis-majlis perhimpunan
persilatan Melayu. Orang lain tahu kita ahli silat tapi tidak tahu
membuat tari silat. Makna tersiratnya, dalam hati kecil ada perasaan
inginkan tarian silat bagi menutup kelemahan diri atas sifat
mengambil hati orang lain.
Ketika itu umumnya, sifat silat digambarkan melalui tari
silatnya. Tari silat dalam persilatan Melayu adalah umpama nada dan
irama. Ketiadaan salah satunya akan menjadikan pincang lagunya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 72
Begitulah juga dengan persilatan Melayu. Bukan senang untuk
memisahkan tari dalam gerak yang ada dalam persilatan Melayu.
Ada persilatan Melayu yang tidak ada tari silat. Mereka berbangga
dengan gerak pukulan yang menjadi teras pembelajaran silat mereka.
Namun begitu, apabila silat mereka dipertontonkan dalam istilah
„pentas silat‟, tari silat terjadi dengan sendirinya. Wujud tari silat
secara langsung dalam pertunjukan pentas silat tersebut walaupun
mereka mendakwa tidak ada tari silat.
Nampaknya bukan mudah pada penggemar Silat Cekak untuk
„melarikan diri‟ dari tari silat. Mulut menafikan gerak tari tapi hati
masih terpaut lagi. Dari segi psikologi, nampaknya memang ada
keinginan pada tarian silat seperti yang saya nyatakan dalam
perbincangan rakan seangkatan saya dengan Ustaz. Bila ada ruang
dan kesempatan, pautan pada tari silat cuba disahkan
kemenjadiannya.
Agaknya, hendak latih sorang-sorang tidak tahu nak buat apa.
Tangan sudah letih semacam tumbuk sambal atau macam tebar roti
canai. Tidak dapat hendak lambangkan sifat sebagai seorang
pendekar. Maka tari silatlah sebagai pelarian dan jawapan pada
persoalan tersebut. Maka berminatlah mereka pada gerak tari silat
untuk melambangkan diri mereka sebagai seorang pendekar silat.
Bukannya pendekar „tebar roti canai‟ atau pendekar „tumbuk sambal‟.
Saya selalu menegaskan betapa pentingnya kita berhati-hati
dengan maksud pelarasan atas prinsip dan konsep Pusaka Hanafi.
Selalunya, pelarasan mengundang kepada perubahan. Banyak yang
kena potong atau ditambah. Kalau asyik kena potong, „apa lagi‟
keaslian yang tinggal.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 73
Kita perlu ada satu badan khas untuk mengawasi pelajaran
Silat Cekak. Dulu kita ada Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT).
Namun begitu pada zaman selepas Ustaz, peranan LPT telah
„ditelan‟ oleh beberapa orang Jurulatih yang pandai bersuara dan
pandai berbicara. Merekalah yang menguasai perjalanan aktiviti
pelarasan. Kadang kala, Guru Utama sendiri yang terketepi.
Oleh sebab mereka yang menganggotai LPT adalah juga
mereka yang ada dalam Jawatankuasa Pusat maka pembahagian
kuasa tidak jelas. Aktiviti persatuan yang sepatutnya dijalankan oleh
jawatankuasa pusat turut dibincang dalam mesyuarat LPT. Hal yang
demikian perlu diberi perhatian dalam organisasi yang ada sekarang.
Terus terang saya katakan betapa saya tidak pernah
mengikut sebarang pelarasan yang dibuat selepas pelarasan
muktamad di zaman Ustaz. Saya tetap dengan pengetahuan dan
pengalaman bersilat yang ada. Itulah pengalaman dan pengetahuan
saya bersama Ustaz yang sangat saya pelihara. Saya telah menulis
tentang pengetahuan saya itu dalam buku Sepak Minang.
Dalam buku yang terbaharu ini, saya meneruskan penulisan
tentang pelajaran Silat Cekak. Penekanannya ialah pada bahagian-
bahagian utama yang belum disentuh teliti dalam tulisan terdahulu.
Mungkin ada juga perulangan cerita dalam tulisan ini. Walau
bagaimanapun, hal yang demikian adalah merupakan satu teknik
untuk meneguhkan fakta dan ingatan dalam proses pembacaan kita.
Perkara yang berulang akan mudah „lekat‟ dalam pemikiran. Kalau
sekali baca, mudah lupa. Berkali-kali baca akan menjadikan bahan-
bahan tulisan tersebut lebih membawa makna. Sekurang-kurangnya
boleh dijadikan bahan rujukan ketika ada keperluan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 74
Semasa saya mengendalikan kelas di cawangan, isi pelajaran
yang disampaikan adalah berdasarkan pada pelajaran asal yang
tidak diubah. Apa yang saya terima secara langsung dari Ustaz, tetap
saya pertahankan. Pelarasan di zaman Ustaz dijadikan satu prinsip
kawalan mutu Silat Cekak yang disampaikan pada para penuntut
yang diamanahkan pada saya. Hal yang demikian menjadikan buah-
buah yang disampaikan adalah sebanyak sembilan belas. Bukannya
dua puluh satu buah seperti yang ada sekarang.
Saya yakin bahawa pelarasan yang mengundang perubahan
dalam pelajaran Silat Cekak erat kaitannya dengan „kepala angin‟
beberapa orang Jurulatih yang mengendalikan pelarasan tersebut.
Saya yakin, mereka membuat gerak atas minat dan kebolehan yang
ada pada mereka. Kalau kaki tidak dapat diangkat kerana ’Perut Maju
Depan‟ maka pelajaran yang berkaitan telah dibuat penyesuaian.
Semuanya gara-gara kebolehan diri yang ada pada mereka.
Malangnya, kemampuan diri mereka telah cuba dipaksa pada orang
lain supaya mengikuti kebolehannya. Hal yang demikian telah
mengundang perubahan sama ada pelajaran asal Silat Cekak
dipotong atau ditambah. Semuanya gara-gara kebolehan Jurulatih
Kanan yang seadanya.
Saya rasa, contoh yang jelas dapat dilihat pada buah Pasung
Kemanga. Bukan semua Jurulatih yang berkemampuan membuat
buah berkenaan secara kemas dan tepat. Apatah lagi jika tangan dan
kakinya agak „pendek‟.
Bagi memudahkan dirinya membuat buah, tumbukan lajak
adalah merupakan salah satu caranya. Pada kesimpulan saya, maka
disuruhlah anak didiknya membuat tumbukan lajak. Hal yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 75
demikian semata-mata untuk memudahkan dirinya mengambil buah.
Maka dicananglah gerak tumbukan yang sedemikian. Akhirnya
termaktub apabila ada pelarasan. Kepala angin sendiri atas
kebolehan diri yang terhad.
Saya pernah menghadiri satu kursus yang berkaitan dengan
komunikasi. Kami dibahagi dalam beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan ada lapan orang peserta. Peserta pertama yang bertindak
sebagai ketua diberikan satu ayat yang mengandungi lebih kurang
sepuluh perkataan ayat pesanan. Beliau dikehendaki menghafal ayat
berkenaan dan menyampaikan pesanan itu kepada peserta
berikutnya. Peserta yang baru menerima pesanan, dikehendaki pula
menyampaikan pesanan berkenaan kepada rakannya yang lain.
Hinggalah kepada peserta yang kelapan yang merupakan peserta
terakhir. Peserta terakhir disuruh menyampaikan pesanan itu dengan
suara yang kuat. Nampak sangat perbezaanya dengan pesanan yang
mula-mula. Banyak perkataan yang terpotong atau berubah
sebutannya.
Banyak perkara yang cuba dibuktikan daripada „mainan‟
tersebut. Salah satunya, jika mereka diberi kebebasan tanpa
kawalan, maka maklumat yang diberi adalah berdasarkan
kemampuan diri sendiri. Penyampaian maklumat sesuka hati. Itulah
kemampuan berfikir yang ada pada diri sendiri seadanya.
Apa yang saya perhatikan, perubahan dalam gerak-gerak
yang ada dalam Silat Cekak adalah disebabkan oleh beberapa faktor
utama. Salah satu daripada faktor utama tersebut ialah pelarasan
yang dilakukan dari masa ke masa. Setiap kali adanya pelarasan
maka adalah perubahan. Lebih malang lagi, perubahan itu adalah
atas pengetahuan dan kebolehan seadanya pada Jurulatih
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 76
berkenaan. Saya telah banyak menyentuh hal ini dalam tulisan yang
terdahulu.
Kesimpulan saya adalah jelas. Kebolehan Jurulatih seadanya
banyak memainkan peranan dalam mencorak proses penurunan ilmu
seterusnya pada penuntut dari masa ke masa. Penyampaian
pelajaran Silat Cekak adalah bergantung pada pengetahuan dan
pengalaman Jurulatih yang mengendalikan kelas berkenaan. Istilah-
istilah yang digunakan ditafsirkan berdasarkan kemampuan berfikir
dan pengalaman yang ada pada dirinya. Saya telah banyak
membincangkan tentang gelagat Jurulatih yang boleh mempengaruhi
gerak para penuntutnya.
Satu lagi faktor terbesar yang mempengaruhi perubahan pada
pelajaran Silat Cekak ialah persembahan atau pertunjukan Silat
Cekak. Kerap kali berlaku, kerana ingin memuaskan hati penonton
maka dibuat penyesuaian pada buah-buah yang ada dalam Silat
Cekak. Penyesuaian itu jika selalu sangat diulang-ulang akan
membentuk sifat gerak yang kekal. Maka kekallah perubahan yang
berlaku itu pada buah-buah Silat Cekak. Pada hal, perubahan itu
tidak ada asas langsung dalam pelajaran Silat Cekak.
Saya ambil contoh pada buah-buah Kuntau Kiri dan Kidung
Kiri atau buah-buah lain yang mempunyai persamaan jatuh dengan
buah-buah tersebut. Ketika buat jatuhan, kaki kanan pesilat tidak
perlu berubah tempat. Namun begitu, kerana penyesuaian dalam
pertunjukan silat, kaki kanan pesilat melangkah ke depan untuk
menyesuaikan jatuhan dengan pandangan penonton. Kalau
membelakangkan penonton ketika membuat jatuhan maka kaki
kanan di tarik ke belakang atau ke depan untuk menyesuaikan
jatuhan. Perbuatan yang sedemikian telah berulang-ulang. Akhirnya
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 77
perbuatan tersebut menjadi kekal dalam gerak Jurulatih berkenaan.
Gerak yang kekal itulah yang disampaikan pada anak didiknya. Maka
„larilah‟ gerak asal yang ada dalam Silat Cekak.
Saya telah menyentuh banyak perkara dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Silat Cekak berdasarkan pengalaman
saya bersilat dulu. Saya tidak memaksa para pembaca untuk
bersetuju dengan pendapat saya. Perkara pentingnya ialah berkongsi
pengetahuan, fikiran dan kefahaman saya yang ada dan saya
pertahankan selama ini.
Kini, Silat Cekak telah berpecah persatuan. Setiap persatuan
ada hala tujunya. Pastinya hala tuju tersebut akan mempengaruhi
perkembangan persilatan Silat Cekak. Saya menaruh keyakinan
bahawa persatuan yang pelbagai akan turut memberi wajah baru
pada rupa bentuk persilatan Silat Cekak yang dinaunginya. Maka
setiap persatuan itu akan mempunyai wajah persilatan Silat Cekak
yang tersendiri. Mereka yang mendakwa menjadi guru, akan cuba
menonjolkan kewibawaannya sebagai guru. Salah satu daripada
caranya ialah mencorakkan identiti yang tersendiri pada persilatan
Silat Cekak yang dibawanya.
Maknanya, jika diteliti persilatan Silat Cekak yang ada, maka
setiap bidang persilatan Silat Cekak yang dibawa oleh persatuan
yang pelbagai itu akan menampakkan perbezaan. Secara kasar,
nampak saja Silat Cekak yang dibawa mereka sama saja. Hakikatnya
jika dihalusi, akan menampakkan perbezaan pada gambaran rupa
bentuk persilatan Silat Cekak itu. Perbezaan yang demikian adalah
erat kaitannya dengan penekanan yang diberi pada gerak-gerak seni,
adat dan adab yang ada dalam persilatan Silat Cekak tersebut.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 78
Walau bagaimanapun, masing-masing akan terus mendakwa bahawa
Silat Cekak yang dibawa mereka adalah merupakan Pusaka Hanafi.
Pada pandangan saya, gambaran rupa bentuk Silat Cekak itu
boleh dilihat dalam pelbagai aspek. Dari segi pengurusan persatuan
pun kita boleh nampak akan perbezaan yang jelas pada rupa bentuk
persilatan Silat Cekak. Tuntutan berpersatuan telah menuntut akan
keperluan perubahan tersebut. Hal yang demikian menyebabkan
wujud lambang persatuan yang tersendiri bagi mengaitkan dengan
persilatan mereka. Kedudukan lambang pada pakaian silat adalah
disesuaikan dengan kehendak para pemimpin persatuan.
Setakat ini, semua persilatan Silat Cekak masih
menggunakan pakaian biru hitam. Namun begitu, „kuat‟ atau tidak
warna berkenaan adalah bergantung pada tafsiran dan kehendak
masing-masing. Perkara pentingnya ialah wujudkan perbezaan yang
merupakan satu keperluan. Tidak hairan pada satu masa nanti,
warna pakaian silat juga akan turut berubah. Mungkin warna biru
hitam masih dikekalkan. Namun begitu „kekuatan‟ warna tersebut
boleh menampakkan perbezaan.
Gambaran rupa bentuk Silat Cekak itu juga boleh berbeza
dari segi sistem penyampaian pelajaran Silat Cekak pada para
penuntutnya. Saya difahamkan, memang telah wujudpun perubahan.
Ada persatuan Silat Cekak yang menyampaikan pelajaran secara
mengumpul buah. Saya difahamkan setiap kumpulan buah yang
diajar, mengandungi lima buah dan diajar sekali gus meliputi asas
dan jatuhan. Tentu ada alasan tersendiri atas sistem berkenaan.
Sekurang-kurangnya atas alasan „senang ingat‟. Maknanya, sistem
penyampaian pelajaran di zaman Ustaz susah hendak ingat akan
pelajaran yang disampaikan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 79
Saya yakin, perubahan akan terus berlaku. Akan berlaku
nanti, buah-buah jatuhan akan diajar berdasarkan kaedah. Kalau
Kaedah A, maka akan dikumpul semua buah yang menggunakan
kaedah tersebut. Buah-buah jatuhan yang menggunakan kaedah B
akan terkumpul dalam satu kumpulan. Begitu juga dengan kaedah C
dan D. Buah-buah yang dikatakan menggunakan „Kaedah Bangkang‟
yang istilahnya telah mereka cipta sendiri, akan terkumpul dalam
kumpulan lain yang dianggap istimewa. „Macam, nasi goreng
istimewa‟. Tidak hairan nanti, senarai buah yang ditinggalkan Ustaz
akan berubah susunannya. Apa pun, mereka tetap mendakwa
bahawa persilatan mereka adalah merupakan Pusaka Hanafi.
Adat dan adab yang ditinggalkan Ustaz juga boleh berubah.
Ada persatuan yang mula menafikan upacara ayam penunjuk.
Tentulah ada alasannya tersendiri. Dalam majlis ijazah, saya kurang
pengetahuan tentang ayat-ayat yang mereka baca. Mungkin ada
perbezaan dengan ayat-ayat yang dibaca Ustaz. Saya juga yakin,
bentuk ijazah antara persilatan Silat Cekak yang berbeza persatuan
itu akan turut menunjukkan perbezaan dalam adat dan adabnya.
Agaknya, di satu masa nanti ijazah secara beramai-ramai akan
menjadi amalan pada salah satu pesilatan Silat Cekak yang berbagai
itu. Kalau warisan guru tidak menjadi masalah, akan boleh berlaku
juga ijazah secara siaran langsung menggunakan alat teknologi yang
hebat ketika ini.
Begitu juga dalam gerak seni Silat Cekak itu sendiri. Dari segi
isi pelajaran dan gerak seninya, penekanan yang berbeza boleh
dilihat dalam hal-hal yang berkaitan dengan pukulan, tangkapan,
serangan, cara mengambil buah-buah jatuhan dan persembahan silat
yang sekarang ini bertambah acara dengan gerak tarinya.
Penekanan yang berbeza-beza ini erat kaitan dengan lembaga
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 80
pelajaran yang ada pada setiap persatuan persilatan Silat Cekak itu.
Ikut kepala angin sendiri. Malah, gelaran lembaga pelajaran pun
adalah berbeza antara persatuan-persatuan persilatan Silat Cekak
yang ada.
Berdasarkan perkembangan tersebut, Silat Cekak akan terus
berkembang dari masa ke masa dalam cabang pengenalan
persatuan yang pelbagai. Masing-masing akan „mencipta‟ rupa
bentuk persilatan Silat Cekak yang tersendiri bagi menonjolkan
kewibawaan guru yang ada. Semuanya tetap mendakwa bahawa
ilmu Silat Cekak yang diperoleh adalah dari Ustaz Hanafi. Pusaka
Hanafi.
Generasi baru ahli-ahli mereka pasti tidak mampu untuk
mempersoalkan kebenaran asal usul persilatan Silat Cekak yang
ditinggalkan Ustaz. Pengetahuan akan rupa bentuk Silat Cekak yang
sebenar tentunya tidak ada dalam pemikiran mereka. Oleh itu,
mereka akan terima saja seadanya. Apa yang diberi maka itulah yang
diterima. ‟Orang kata itu, maka itulah jawabnya. Kalau kata ini maka
inilah jawabnya.‟
Maka saya mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu
pengetahuan tentang isi pelajaran dan pelbagai aspek adat dan adab
Silat Cekak yang ditinggalkan Ustaz. Penekanan saya dalam tulisan
ini adalah berdasarkan gerak seni yang ada dalam isi pelajaran Silat
Cekak. Lain masa mungkin saya akan memberi penekanan dalam
aspek adat dan adab yang mula berubah dengan apa yang saya
alami. Walau bagaimanapun, ketegasan saya ialah isi perbincangan
saya dalam tulisan ini adalah berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman saya bersama Ustaz. Sekurang-kurangnya dapatlah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 81
saya memberi sumbangan untuk menerangkan persilatan Silat Cekak
yang didakwa sebagai Pusaka Hanafi.
Sebenarnya, apa yang berlaku dalam proses perkembangan
persilatan Silat Cekak, telahpun berlaku pada persilatan Melayu yang
lain. Perbezaan gerak pada silat-silat Melayu yang berpecah, bukan
perkara baru. Saya mempunyai pengalaman dalam hal yang
demikian. Silat Melayu yang saya pelajari sebelum ini juga
menampakkan perbezaan gerak apabila Mahagurunya meninggal
dunia dan silat itu berpecah persatuan. Gerak silat itu di Utara
Malaysia tidak sama dengan pembawaan gerak yang ada di negeri-
negeri lain. Ramai guru yang mendakwa sebagai pewaris sah dari
Mahaguru yang telah meninggal dunia itu. Bagi menonjolkan
kewibawaan diri sebagai guru, silat yang dibawa mereka telah
menjadi „mangsa‟.
Begitu juga dengan silat-silat lain yang ada di tahap negeri.
Saya dapat lihat betapa silat-silat tersebut tidak sama pergerakannya
walaupun sepancar; dari satu guru. Lagi banyak guru yang wujud dan
mendakwa bertanggungjawab mengembangkan silat berkenaan,
maka lagi banyak perbezaan gerak yang timbul sesama silat yang
dibawa mereka. Tidak kiralah sama ada pengenalan silatnya masih
sama atau diubah nama asalnya.
Setiap guru itu tetap mendakwa bahawa mereka menerima
ilmu silat itu daripada guru yang asal secara sepenuhnya. Walau
bagaimanapun, bagi mengekalkan perbezaan, telah menyebabkan
mereka telah cuba mereka identiti sendiri dalam gerak persilatan
yang dibawa. Tindakan yang sedemikian adalah merupakan satu
usaha untuk menonjolkan kewibawaan diri mereka sendiri dalam
persilatan yang dikuasai mereka.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 82
Maka tidak hairan juga, Silat Cekak yang dibawa oleh
pelbagai persatuan yang ada, akan turut memberi wajah yang
berlainan pada persilatan Silat Cekak yang „dikendung‟. Saya
memberi pendapat secara keseluruhan atas nama perkembangan
Silat Cekak dari dahulu hingga sekarang. Sudah tentu saya tidak
dapat mengelak daripada membuat bandingan atas apa yang pernah
saya pelajari.
Walau bagaimanapun, saya tetap berharap dan menaruh
keyakinan bahawa Guru Utama kita yang merupakan pewaris mutlak
Silat Cekak akan tetap juga merupakan pewaris mutlak Pusaka
Hanafi. Hal yang sedemikianlah merupakan harapan saya selaku ahli
yang begitu lama berkecimpung dalam persilatan Silat Cekak. Sudah
melebihi tiga dasawarsa.
Saya tidak yakin Silat Cekak yang dibawa oleh Persatuan
Silat Cekak yang lain, berupaya mengekalkan „keaslian‟ persilatan
Silat Cekak atas konsep Pusaka Hanafi. Saya dapat rasakan betapa
„roh‟ persilatan Silat Cekak yang sebenarnya semakin jauh daripada
mereka. Adat dan adab yang diasaskan Ustaz semakin berubah dari
masa ke masa.
Pada saya, hal yang sedemikian tidaklah menghairankan.
Salasilah guru telah terputus. Apabila guru berganti guru maka
hubungan persilatan Silat Cekak mereka akan semakin jauh dengan
ilmu Silat Cekak sebenar yang pernah ditinggalkan Ustaz. Ilmu dari
Ustaz yang juga dikenali sebagai Pusaka Hanafi hanya gah sebagai
sebutan bagi mengaitkan persilatan mereka yang berasal dari Ustaz
Hanafi.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 83
Misalnya persatuan Silat Cekak asal yang diamanahkan oleh
Ustaz sendiri. Umumnya, mereka kekurangan barisan kepemimpinan
yang rapat dengan Ustaz dalam konteks pengurusan persatuan.
Malah, barisan kepemimpinan yang ada setelah „mengasingkan
persatuan‟, tidak pernah memainkan peranan penting secara
langsung bersama Ustaz. Hal yang demikian adalah dalam konteks
untuk mengenengahkan Silat Cekak dalam kalangan masyarakat
pada zaman awal perkembangan Silat Cekak.
Kebanyakan peneraju utama persatuan berkenaan setelah
berpecah adalah merupakan golongan pelaksana dan bukannya
golongan perancang. Sudah tentulah strategi pelaksanaan persilatan
dan persatuan seperti mana yang diharapkan Ustaz adalah jauh
daripada pengetahuan mereka. Oleh itu, hala tuju persilatan dan
persatuan yang dibawa mereka adalah berdasarkan kemampuan
berfikir yang ada pada diri sendiri seadanya.
Maka tidaklah menghairankan saya jika perasaan sensitif
pada ilmu yang ditinggalkan Ustaz tidak begitu menebal dalam
kalangan mereka. Semuanya boleh berubah dan diubah. Gerak tari
Silat Cekak pun boleh ditambah-tambah maka tidak hairanlah jika
gerak sebenar isi pelajaran Silat Cekak juga turut berubah. Termasuk
juga adat dan adab yang diasaskan Ustaz. Pasti berubah. Konsep
Pusaka Hanafi akan berubah wajah kepada konsep pusaka yang
baru, menurut pegangan gurunya yang baru.
Sebelum kita berpecah pada pepecahan gelombang pertama,
saya sering kali melihat akan wujudnya perubahan dalam gerak
persilatan Silat Cekak yang mereka bawa. Ketika itu, Jurulatih yang
berasa diri mereka telah lama dan berpengalaman, turut menonjolkan
diri dengan ilmu persilatan Silat Cekak yang mereka ada. Apabila
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 84
pengawalan dari Guru Utama agak longgar, maka ruang itu
digunakan mereka sepenuhnya untuk menonjolkan kefahaman diri.
Tidak hairanlah berlaku pelarasan pada gerak Silat Cekak
hinggakan ada ketikanya Guru Utama telah terketepi. Seperti yang
saya katakan, setiap kali pelarasan maka akan adalah perubahan.
Perubahan itu sama ada berbentuk penambahan atau berbentuk
pengurangan. Seperti yang pernah saya tulis, saya hanya menyedari
akan wujudnya perubahan yang ketara dalam Silat Cekak apabila
berlakunya kedatangan para penuntut lain ke Cawangan saya.
Terutamanya mereka yang menuntut Silat Cekak di pusat-pusat
pengajian tinggi.
Sebelum itu memang ada beberapa perubahan dalam isi
pelajaran Silat Cekak. Kecenderungan perubahan adalah lebih
banyak pada pengurangan isi pelajaran. Kalau alasan masa, tentu
kurang bermakna. Pembelajaran saya yang tidak sampai empat
bulan pun boleh mempelajari semua isi pelajaran yang ada. Apatah
lagi jika pembelajaran mengambil masa melebihi enam bulan.
Saya ambil beberapa contoh mudah. Oleh sebab
pelarasanlah maka pelajaran potong buah Kuntau Jatuh secara tidak
melangkah telah ditiadakan. Potong Paras yang ada dua cara pada
pecahan pertama, telah dijadikan satu cara. Buah jatuh yang
terkeluar dari senarai telah dimasukkan dalam senarai pembelajaran.
Hendak bagi cukup angka dua puluh satu. Sepakan kaki yang diambil
dengan kaki, juga menjadi mangsa. Tidak diajar lagi dengan pelbagai
alasan. Prinsip ‟sambil Cekak menyerang maka Cekak juga
menangkap‟ turut menjadi mangsa pelarasan. Pelajarannya telah
dikesampingkan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 85
Saya pernah timbulkan hal yang demikian dalam perjumpaan
antara pihak Jawatankuasa Negeri dengan Jawatankuasa Pusat
dalam satu majlis perjumpaan di Pulau Pinang. Peristiwa berlaku
tatkala kita mengadakan mesyuarat agung di sana. Zaman Guru
Utama yang lalu. Tidak pasti sama ada sebelum atau selepas majlis
forum tentang kepimpinan guru.
Ada banyak lagi. Belum lagi kita membincangkan tentang
proses membuat buah. Telah wujud pelbagai cara. Ikut kebolehan
dan kemampuan diri Jurulatih; bukannya ikut apa yang diterima dari
Ustaz. Walau bagaimanapun, dengan megah mereka tetap
mendakwa bahawa pelajaran yang ada adalah merupakan Pusaka
Hanafi. ‟Buatlah mana yang patut tapi aku tak akan ikut.‟ Hanya ayat
itu sahaja yang boleh saya ucapkan dalam hati.
Begitu juga dengan persatuan yang baru saja kita tinggalkan.
Saya berpendapat bahawa gelaran akademik pada persatuan
berkenaan adalah melambangkan konsep ilmiah. Ramai pakar
penyelaras yang berada di sebelah sana. Kepakaran itu telah
berterusan sejak mereka berada di zaman Pak Ak lagi. Eloklah kita
berhati-hati dengan ilmu dalam pelarasan yang ditinggalkan mereka.
Difahamkan bahawa sistem penyampaian pelajaran mereka
juga turut dibuat secara ilmiah. Kini, saya yakin bahawa mereka akan
tetap berterusan gagal untuk mempertahankan Pusaka Hanafi kerana
hobi menyelaras. Konsep ’Taat pada guru yang ada’, pasti akan
menjadi moto utama bagi memudahkan perubahan dilakukan pada
gerak Silat Cekak dari masa ke masa. „Perkara yang berlalu lupakan
saja. Tumpukan pada perkara yang ada‟. Itulah agaknya kata-kata
keramat mereka. Namun begitu, konsep „Pusaka Hanafi‟ tetap
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 86
menjadi sandaran utama. Nampak sangat perbezaan antara cakap
dan perbuatan.
Saya tidak menafikan bahawa setiap guru yang menerajui
satu-satu persatuan Silat Cekak, mempunyai hak untuk melakukan
sebarang perubahan pada Silat Cekak yang dibawanya. Hak tersebut
adalah bersandarkan pada jawatan yang mereka sandang. Kalau
sudah menganggap diri sebagai guru, secara langsung merekalah
yang berkuasa sepenuhnya pada persilatan yang didakwa hak
mereka itu. Siapa yang berani membantah. Persilatan adalah berkait
rapat dengan gurunya. Berbeza dengan persatuan yang berkait
dengan kehendak para ahlinya.
Cuma, saya berpendapat bahawa mereka tidak ada hak untuk
mendakwa isi pelajaran Silat Cekak tersebut sebagai Pusaka Hanafi
lagi jika telah membuat perubahan pada isi pelajaran Silat Cekak
yang ditinggalkan Ustaz. Termasuk juga adat dan adab persilatan
Silat Cekak. Hal yang demikian juga, termasuklah sistem
penyampaian Silat Cekak pada para penuntut.
Saya telah menulis betapa sistem penyampaian pelajaran
yang wujud di zaman Ustaz adalah hasil pemikiran dan kajian Ustaz
sendiri. Maknanya, sistem penyampaian dan isi pelajaran Silat Cekak
yang ditinggalkan Ustaz adalah lengkap hasil dari kajian yang Ustaz
lakukan. Saya pernah menulis ungkapan Ustaz dalam tulisan
sebelum ini.
“Dengan pengalaman sejak usia lapan belas tahun dalam seni
silat dan kebatinan Islam sejati, saya buat kajian dan menapis segala
seni silat untuk disesuaikan dengan tujuan bersilat dan sejajar pula
dengan peraturan agama Islam”.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 87
Sesungguhnya, ramai para „pendekar‟ Silat Cekak yang lahir
berdasarkan sistem tersebut. Tidak ada alasan untuk menafikan
keberkesanan sistem yang terbentuk itu. Telah ada bukti yang jelas.
Oleh itu, tidak ada sebab atau alasan bagi membolehkan perubahan
jika konsep Silat Cekak yang dikendung mereka adalah dianggap
Pusaka Hanafi.
Lebih baiklah gunakan istilah pusaka diri sendiri atau jangan
guna langsung istilah tersebut. Kurang sesuai penggunaan istilah
Pusaka Hanafi. Pada saya, kalau ingin terus menegakkan Pusaka
Hanafi, pastikan segala isi pelajaran, adat dan adab yang
ditinggalkan Ustaz, disampaikan secara benar tanpa ada
penambahan atau pengurangan di sana sini. Itulah konsep „Pusaka‟.
Konsep pusaka adalah merujuk pada sesuatu yang ditinggalkan oleh
orang yang telah meninggal dunia. Pusaka juga merupakan sesuatu
yang diwarisi dan menjadi warisan. Maknanya, warisan yang
dikekalkan rupa bentuknya adalah merupakan pusaka yang hakiki.
Kalau rumah papan yang ditinggalkan dipinda atau dibina rumah
baru, warisan apa namanya lagi. Setakat waris tapak ilmu. Bukannya
ilmu itu sendiri.
Saya berpendapat, jika tidak mampu mengekalkan pusaka
yang ditinggalkan Ustaz, eloklah buat istilah sendiri. Guna istilah lain.
Umpamanya istilah „Pusaka‟ dan dituruti dengan nama guru baru
yang membawa perubahan pada persilatan berkenaan. Kalau nanti
nama gurunya Si-A maka gunakan istilah Pusaka Si-A. Mungkin tidak
sesuai lagi untuk menggunakan nama Pusaka Hanafi lagi bagi
mengelakkan kekeliruan. Pendapat saya sahaja.
Seperti yang saya tegaskan, betapa guru yang memimpin
persilatannya adalah berhak membuat sebarang perubahan. Dari
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 88
segi persilatan, tanggungjawabnya sebagai guru membolehkannya
berbuat demikian. Hal yang demikian juga adalah merupakan satu
amalan dalam kepimpinan persilatan Silat Cekak. Walau
bagaimanapun, pada pendapat saya, jika membuat perubahan sama
ada menambah atau mengurangkan warisan ilmu Silat Cekak dari
Ustaz, elok juga berfikir kembali tentang penggunaan istilah Pusaka
Hanafi.
Nampaknya ada juga dalam kalangan yang mendakwa
sebagai guru Silat Cekak, cuba mengekalkan „keaslian‟ yang ada
dalam Silat Cekak. Hinggakan ejaan Cekak pun dikekalkan dengan
ejaan lama iaitu ‟Chekak.‟ Pada hal, pertukaran ejaan itu telah
berlaku di zaman Ustaz sendiri. Kalau terlalu taksub dan tidak ingin
langsung perubahan, akan nampak kelemahan diri sendiri.
Dalam tulisan ini saya cuba mengelak sifat sebagai hakim
bagi menentukan baik dan buruk sesuatu perubahan yang berlaku.
Seperti yang dikatakan bahawa sesuatu perubahan itu mungkin perlu
dan menjadi hak guru-guru berkenaan. Apa yang saya bincangkan
hanyalah menceritakan pengalaman yang saya pernah lalui dalam
proses menuntut ilmu persilatan Silat Cekak dulunya. Perbandingan
dan kesimpulan hanya boleh dilakukan pembaca sendiri.
Saya sentiasa terkenang akan penglibatan mula saya dalam
Silat Cekak hingga membolehkan saya membentuk kefahaman dan
pegangan tentang Silat Cekak hingga sekarang. Pegangan saya
terbentuk jelas bahawa sesungguhnya Silat Cekak adalah sejenis
silat yang mempunyai banyak keistimewaan. Hal yang demikianlah
sering saya katakan telah menyebabkan Silat Cekak merupakan
sejenis silat yang luar dari kebiasaan persilatan silat Melayu. Kita
perlu berasa bangga atas keistimewaan yang ada pada silat kita.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 89
Peliharalah keistimewaan tersebut. Itulah jenis pusaka yang
ditinggalkan Ustaz yang dikenali sebagai Pusaka Hanafi. Lengkap
dan tidak perlu penambahan atau pengurangan.
Sejarah Penglibatan Saya Bersama Silat Cekak.
Saya amat berminat dengan persilatan Melayu. Setiap
perkembangan persilatan Melayu akan menjadi bahan bacaan atau
bahan perbincangan. Akhirnya saya terbaca tentang kemunculan
Silat Cekak dalam persada persilatan Melayu. Pembacaan pertama
saya tentang Silat Cekak adalah bermula pada tulisan Ustaz dalam
majalah Dewan Masyarakat. Tulisan Ustaz tersebut amat menarik
perhatian saya. Itulah pertama kalinya saya mengenal Silat Cekak.
Perasaan dan minat saya melonjak-lonjak untuk mengetahui
tentang Silat Cekak secara lebih mendalam. Ketika itu saya telah ada
serba sedikit pengetahuan tentang rupa bentuk Silat Cekak. Matlamat
saya seterusnya ialah menambahkan pengetahuan tentang Silat
Cekak yang dianggap sebagai luar biasa tersebut. Nampaknya, saya
memperoleh habuan untuk mempelajari Silat Cekak.
Ayat-ayat yang ada dalam tulisan Ustaz membawa makna
yang tersendiri. Ungkapan yang ada, melambangkan rupa bentuk
Silat Cekak. Luar biasa dari kebiasaan yang ada. Hal yang demikian
telah menarik perhatian saya dari dulu hingga sekarang. Oleh sebab
keluarbiasaan yang ada pada Silat Cekak telah menyebabkan saya
sanggup meninggalkan amalan persilatan saya yang sedia ada. Ingin
memperoleh ilmu yang saya rasakan lebih bermakna.
Hal yang demikian telah mendorong saya menganjurkan
pertunjukan di Universiti Malaya dan membuka kelas di sana. Itulah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 90
kelas yang pertama tertubuh di pusat pengajian tinggi. Silat Cekak
mendapat perhatian hebat daripada penuntut di pusat pengajian
tinggi. Setelah bertapak di Universiti Malaya, Silat Cekak mula
berkembang kemudiannya di pusat-pusat pengajian tinggi yang lain
iaitu UTM, UPM, UKM dan ITM. Kini, perkembangannya semakin
meluas.
Teringat saya akan kisah lama. Untuk membuka kelas di
Universiti Malaya, saya sering bertemu Ustaz bagi mendapatkan
penerangan lanjut mengenai falsafah, konsep dan prinsip Silat
Cekak. Kata-kata Ustaz dalam perbincangan dengan saya, amat
menarik dan telah saya jadikan satu pegangan dan kefahaman saya
pada Silat Cekak. Pegangan itu berterusan hinggalah sekarang.
Dalam tulisan ini, saya cuba menyingkap sejarah tentang
minat pertama saya pada Silat Cekak. Semuanya bermula ketika
saya masih menuntut sebagai mahasiswa Universiti Malaya. Elok
juga saya ceritakan pengalaman saya berbincang dengan Ustaz
dalam proses membuka kelas di UM. Hasil perbincangan tersebut
telah memberi gambaran jelas pada saya tentang rupa bentuk Silat
Cekak. Perbualan Ustaz amat menarik perhatian saya dan hal yang
demikian menyebabkan saya semakin mengenali Silat Cekak. Tak
kenal maka tak cinta. Bila sudah kenal maka mulalah lahirnya bibit-
bibit cinta. Cinta pada Silat Cekak.
Saya telah menulis surat pada Ustaz untuk mendapatkan
kebenaran menganjurkan majlis penerangan di Universiti Malaya.
Surat saya dibalas Ustaz melalui setiausaha kerja persatuan. Saya
tulis kembali salinan surat berkenaan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 91
Persatuan Seni Silat Chekak Malaysia,
32 Jalan Haji Sirat
Kampung Baharu,
Kuala Lumpur.
16 hb. November 1973.
Saudara Mohd Rauhi
Koleh Ketiga,
Universiti Malaya.
Saudara,
Per: Perbincangan Mengenai Pertunjukan Seni Silat Chekak.
Surat saudara yang bertarikh 10hb November telah kami terima.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas minat yang telah
pihak saudara tunjukan itu.
Mengenai cadangan saudara tentang tempat dan tarikh serta
masa agar pertunjukan itu dapat diadakan, pada dasarnya kami
terima. Tetapi kami rasa agar lebih elok lagi saudara datang ke
ibu Pejabat kami yang beralamat seperti di atas untuk
mengadakan perbincangan agar segala matlamat dan tujuan-
tujuan cita-cita tersebut dapat diselaras dan diperlicinkan.
Dengan maklumat yang saudara telah berikan di dalam
kandungan surat saudara tempuh hari saya kira tarikh yang elok
untuk tujuan perbincangan tersebut ialah 3hb Dec 1973, lebih
kurang pukul 8.00 malam. Ini bererti kita masih mempunyai
tempoh selama satu minggu untuk mengaturkannya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 92
Sekiranya ada perubahan-perubahan yang terpaksa saudara
lakukan harap kiranya dapat saudara memberi tahu pihak kami.
Sekian. Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
……………………………………
(bp Ghazali bin Abu Noh,
Setiausaha Kerja PSSCM).
Melalui Pengetahuan Yang Di Pertua,
……………………………………..
(Ustaz Hanafi bin Hj Ahmad,
Yang Di Pertua PSSCM).
Saya memenuhi undangan tersebut. Saya anggap bahawa
pelawaan berjumpa Ustaz sangat memberi makna pada saya untuk
lebih mengenali Silat Cekak. Sesungguhnya, perbincangan yang
diadakan itu telah mendekatkan saya dengan Silat Cekak secara
lebih mendalam. Ketika itu, Setiausaha Persatuan Silat Cekak ialah
Encik Ghazali bin Abu Noh. Beliau telah meninggalkan Silat Cekak
dan kini nampaknya bergiat cergas dalam lakonan drama.
Perbincangan dengan Ustaz telah benar-benar
mendatangkan faedah buat diri saya sendiri. Kefahaman saya
tentang Silat Cekak semakin bertambah. Ungkapan, ‟Silat Cekak
bukanlah sejenis silat permainan seperti silat pulut atau silat
pengantin, sebab itu tidak ada gendang dan tari menari dan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 93
melangkah ke kiri dan ke kanan‟, adalah merupakan asas
perbincangan.
Ungkapan itu amat menarik perhatian saya kerana ungkapan
itu dapat menggambarkan rupa bentuk atau wajah persilatan Silat
Cekak. Hal yang demikianlah menyebabkan hati saya terlalu asyik
untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Silat Cekak.
Ungkapan itulah yang telah mewujudkan satu tanggapan jelas
saya pada Silat Cekak. Maknanya, ungkapan tersebutlah yang
meletakkan Silat Cekak teristimewa berbanding dengan silat-silat
Malayu lain yang saya pelajari dan yang saya ketahui. Ungkapan itu
juga menggambarkan prinsip, konsep dan falsafah Silat Cekak yang
dapat dijadikan asas kefahaman kita tentang Silat Cekak.
Sepanjang saya bersama Ustaz, ada banyak lagi ungkapan-
ungkapan Ustaz yang menggambarkan rupa bentuk Silat Cekak.
Semua ungkapan itu adalah melambangkan prinsip, konsep dan
falsafah Silat Cekak. Saya telah menjadikan ungkapan-ungkapan itu
sebagai pegangan bagi mentafsir akan rupa bentuk Silat Cekak yang
dibawa Ustaz.
Dalam tulisan yang seterusnya, saya akan menulis tentang
konsep-konsep dan falsafah yang ada dalam Silat Cekak seperti
mana yang saya faham dan sering dinyatakan Ustaz pada anak
muridnya. Pada pendapat saya, kita perlu ada asas yang kukuh untuk
memupuk kefahaman tentang Silat Cekak. Kefahaman itu amat
penting apabila ada pihak yang mendakwa masih mengekalkan
Pusaka Hanafi.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 94
Walaupun Silat Cekak telah „dibawa‟ oleh pelbagai persatuan
dengan gurunya yang tersendiri, kefahaman kita adalah jelas.
Syaratnya ialah kita memahami prinsip, konsep dan falsafah yang
ada dalam Silat Cekak. Prinsip, konsep dan falsafah itu dilahirkan
melalui ungkapan-ungkapan Ustaz secara tulisan atau secara
ucapan.
Atas kefahaman yang kukuh itu maka saya mengumpulkan
kesemua ungkapan yang pernah dibincangkan dalam sebuah buku.
Saya yakin melalui kefahaman pada ungkapan-ungkapan itu maka
kita akan dapat membuat tafsiran tentang rupa bentuk Silat Cekak
dan menguasai pelajarannya secara faham berdasarkan konsep
Pusaka Hanafi.
Proses Pembelajaran Silat Cekak di Kelas Kami.
Dalam artikal Ustaz terdapat satu kenyataan iaitu Silat Cekak
dapat menentang segala jenis silat dalam negeri dan luar negeri.
Kenyataan itu amat menarik perhatian kami kerana kenyataan itu
telah menimbulkan keraguan di hati kami. Apatah lagi ada sebutan
dapat menentang segala jenis silat yang menjadi amalan persilatan
kami. Salah seorang dari kawan saya tersebut terasa hati kerana dia
pernah menjadi Jurulatih silat Kuntau.
Tentunya hati beliau tidak senang. Kuntau adalah pemakaian
beliau. Mana mungkin Silat Cekak telah menguasai keputusan
silatnya dalam jangka masa yang pendek. Pada hal beliau sendiripun
tidak pasti akan maksud keputusan yang ada. Nampak sangat
keegoan dan cakap besar yang ada dalam persilatan Silat Cekak.
Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini demikian
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 95
menjadikan kami sangat berminat untuk menjejaki Silat Cekak
dengan sepenuhnya bagi membuktikan kepalsuan atau kebenaran.
Kelas latihan diadakan dua kali seminggu iaitu hari Sabtu dan
hari Ahad, bermula dari pukul tiga hingga enam petang. Kandungan
isi pelajarannya begitu asing bagi kami. Tidak ada upacara pembuka
gelanggang atau penutup gelanggang. Pakaian silat juga adalah
bebas. Komen kami seolah-olah dalam Silat Cekak kurangnya ikatan
disiplin para penuntut terhadap silatnya. Pakaian silat, kami jadikan
ukuran kerana pakaianlah yang sangat ditekankan ketika kami
menuntut silat yang terdahulu.
Disiplin kami semasa menuntut adalah secara sambil lewa
sahaja. Semangat kurang ada. Kalau rasa letih maka kami akan
duduk bersembang. Ustaz dan pembantunya tidak terkata apa.
Apatah lagi apabila ada dalam kalangan pembantu Ustaz yang rajin
melayan karenah kami untuk bersembang. Semestinya isi sembang
tersebut berkisar pada kemegahan Silat Cekak. Seronok pun ada.
Meluatpun ada. Semuanya seolah-olah mereka saja yang hebat.
Nampaknya, walaupun masa yang diuntukkan untuk
pembelajaran silat adalah selama tiga jam latihan, tapi ramai yang
curi tulang. Mula-mula tidak ada baris untuk latihan. Semuanya bebas
berlatih. Pembantu Ustaz yang ada, kurang memberi teguran.
Agaknya segan kerana kami penuntut universiti. Lebih-lebih lagi
itulah pertama kali Silat Cekak bertapak di universiti. Satu
perkembangan baru dalam proses perkembangan Silat cekak.
Lama-lama baru saya nampak ada perubahan dalam
pendekatan latihan. Agaknya mereka tidak berpuas hati akan sikap
kami yang ada. Arahan berbaris dimulakan. Maka terpaksalah kami
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 96
berbaris berdasarkan pasangan masing-masing untuk berlatih sama
ada rela atau tidak. Kiraan gerak dikira dari satu hingga lapan.
Berpeluh juga dibuatnya. Ada yang kata idea baris yang ada
sekarang di kelas-kelas latihan Silat Cekak adalah bermula daripada
kelas kami. Ekoran daripada sikap malas berlatih.
Pastinya ada sebab mengapa Ustaz kurang bersikap tegas.
Mungkin ketika itu, Ustaz menggunakan pendekatan psikologi. Untuk
menyatakan kebenaran pasti memerlukan pengorbanan. Ustaz juga
pernah menceritakan kepada saya tentang sebuah pusat latihan
sebelum itu yang dikendalikannya. Ahli silat yang ada adalah
pelbagai ragam. Ada yang mabuk ketika bersilat. Bawa air setan
bersama. Ustaz biarkan saja. Tumbuk, dia jatuh. Ditumbukpun dia
jatuh. Tidak dapat mengawal fikiran.
Walau bagaimanapun kelas berkenaan berjaya ditamatkan.
Ramai yang berasa malu atas sikap yang mereka amal atau miliki
selama itu. Ada yang menjadi orang rapat Ustaz dan bersama dalam
proses penyebaran Silat Cekak. Semasa kempen membuka kelas di
tempat saya, ada antara mereka yang turut hadir. Saya sempat
bersembang dengan mereka. Banyak kisah lama ketika belajar Silat
Cekak yang mereka ceritakan. Sekali sekala saya tersenyum dan
ketawa. Tapi banyak senyum dan ketawa yang dibuat-buat.
Di pusat latihan saya, oleh sebab kebanyakan penuntut
adalah ahli silat lain, penerimaan Silat Cekak tidak semudah yang
ada. Perasaan curiga tentang kehebatan Silat Cekak tetap ada.
Tambahan pula dalam kalangan pembantu Ustaz yang hadir
bersama membantu Ustaz mengajar kami, ada yang cakapnya
umpama cakap besar. Bermegahkan Silat Cekak walaupun kami rasa
pergerakannya pun tidak tentu hala.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 97
Saya jarang berlatih dengan pembantu Ustaz yang ada.
Apabila buah silat saya peroleh daripada Ustaz, terus saya berlatih
dengan pasangan saya. Tidak banyak cakap. Ada antara pembantu
tersebut yang nampak senyap-senyap belaka dan masih kebudak-
budakan sifatnya. Dari segi rupa, nampak akan sifat mereka yang
kurang matang berbanding dengan kami yang sejumlah besarnya
hampir mencecah usia empat puluh tahun. Tapi saya baru berumur
dua puluh dua tahun pada masa itu.
Kalangan pembantu Ustaz, Pak Wan lebih banyak sifat
barannya. Bila cakapnya disanggah oleh ahli kumpulan kami, cepat
benar melentingnya. Maklumlah. Beliau bercakap tentang
kemegahan Silat Cekak dalam kalangan kami yang berpengalaman
dengan persilatan yang lain. Bukan mudah untuk menerima
percakapannya. Maka pernah di satu ketika, Pak Wan melepas
geramnya melalui gerak Silat Cekak terhadap salah seorang
daripada kami. Walau bagaimanapun, perbuatannya kemudian telah
ditegur Ustaz.
Rupa-rupanya bukan mudah mengajar silat pada orang yang
tahu akan silat. Tidak kiralah apa jenis silat sekalipun. Kita yang
menjadi Jurulatih Silat Cekak pun tentu memahami akan maksud
kata-kata tersebut. Teringat kata-kata Ustaz.
Menurut Ustaz, jika gelas yang kosong maka mudahlah kita isi
air ke dalamnya. Sebotol kecil air sudah boleh memenuhi gelas yang
kosong tersebut. Jika gelas itu berisi air yang penuh, untuk
menggantikan air yang ada dalam gelas tersebut maka kita
memerlukan berbotol-botol air. Lagi berwarna air tersebut, maka lagi
susah untuk menggantikan air yang berwarna itu dengan air yang
berwarna lain yang cuba kita tuangkan ke dalamnya. Kalau air yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 98
ada itu berwarna sama dengan air yang cuba kita tuangkan ke
dalamnya maka susah juga untuk menampakkan perbezaan antara
air yang kita isi dengan air yang sedia ada.
Kiasnya, bukan mudah untuk kita memasukkan kefahaman
baru tentang silat dalam kalangan ahli-ahli yang mengamalkan silat
lain yang berbentuk tradisional. Mana ada silat yang berdiri lurus dan
berdiri tegak tanpa menampakkan riak, melainkan Silat Cekak. Itulah
perkara baru dalam pengetahuan kami dan dalam dunia persilatan
Melayu. Luar daripada kebiasaan. Namun begitu hati kami berasa
ragu-ragu untuk menerima kenyataan Silat Cekak hebat. Walau
bagaimanapun kami tetap juga mengeluarkan belanja untuk
mendapatkan ilmu yang ada hingga tamat pengajian Silat Cekak.
Apabila dikatakan setelah tamat boleh try, ramai yang bercita-
cita untuk try. Kami minta tempoh seminggu berehat sebelum tamat
silat. Hal yang demikian bagi memberi peluang kepada mereka yang
ingin try balik ke tempat masing-masing berjumpa guru asal yang ada
bagi maksud try. Saya pun berbuat demikian. Inilah peluang kami
untuk mencari bukti tentang kehebatan Silat Cekak. Silat Cekak perlu
diuji. Maka barulah puas di hati.
Walaupun peluang bertry diberikan kepada kami, acara tamat
silat tetap kami sertai. Walaupun ada yang tidak dapat tamat tapi
bilangannya sikit sekali. Syarat tamat ketika itu masih ketat. Kami
perlu menyediakan seekor ayam jantan kampung yang sedang mula
hendak berkokok. Itulah perbuatan simbolik yang menarik perhatian
kami. Ayam jantan yang baru mula berkokok tentunya bernafsu
hebat. Sentiasa galak dan asyik mengereng. Itulah harapan pada
kami yang ingin tamat silat agaknya. Biar hebat sebagaimana
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 99
kehebatan yang ditunjukkan oleh ayam tersebut. Sentiasa bernafsu
untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan tentang Silat Cekak.
Kami berbelanja sebanyak sepuluh ringgit seorang bagi
seekor ayam. Tugas menyediakan ayam diberikan kepada pembantu
Ustaz. Kami ada bersama semasa Ustaz menyembelih ayam. Antara
bilangan ayam itu, Ustaz memilih dua ekor untuk dibuat ayat
penunjuk. Namun begitu ada juga ayam kami yang mati sebelum
disembelih. Maka berkata-katalah sesama kami secara gurauan
tentang siapa tuan punya ayam yang dijadikan penunjuk dan tuan
punya ayam yang mati sebelum dimatikan. Tidak ada maksud lain
melainkan kami menjadikan perkara tersebut sebagai bahan lucu dan
bahan ketawa.
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi bersama ahli Seni Silat Cekak Universiti Malaya sejurus selesai mengadakan pertunjukan pertama di UM. Satu persembahan Silat Cekak yang berjaya mencipta kehebatan yang tersendiri. Turut kelihatan dalam gambar itu ialah Saudara Jomarwi (tiga dari kiri), Saudara Bakar (lima dari kiri) dan Saudara Zainul Abidin (Yang – dua dari kanan) .
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 100
Pelarasan Berdasarkan Keperluan Di Zaman Ustaz.
Seperti yang dinyatakan, saya telah mengikuti pelarasan akhir
yang dibuat Ustaz tentang proses pembelajaran Silat Cekak.
Pelarasan itu turut dihadiri oleh semua Jurulatih Utama. Saya
katakan mereka sebagai Jurulatih Utama kerana mereka juga adalah
merupakan orang-orang kanan Ustaz. Kini, ada yang telah menjadi
„guru‟ pada persatuan Silat Cekak yang lainnya. Sebelum pelarasan
akhir itu, saya difahamkan bahawa Ustaz pernah membuat pelarasan
pada buah-buah Silat Cekak dari masa ke masa.
Pada peringkat awal, banyak buah yang ada dalam pelajaran
Silat Cekak. Kalau kita ikuti tulisan Ustaz dalam majalah Dewan
Masyarakat, maka kita akan faham maksud saya itu. Pembelajaran
Silat Cekak telah mengalami proses perubahan yang dilakukan Ustaz
sendiri. Ustaz lebih tahu akan apa yang dilakukannya.
Setelah berlakunya proses demikian, pelajaran Silat Cekak
adalah semakin mantap. Isi pelajaran yang mantap itu diperturunkan
kepada para Jurulatih dari masa ke masa hinggalah melalui
pelarasan akhir yang dilakukan Ustaz. Itulah pelarasan yang
dimuktamadkan. Ada noktahnya. Oleh itu, dalam konteks Pusaka
Hanafi, saya berpendapat pelarasan yang dilakukan seterusnya
bukanlah merupakan pelarasan bagi maksud satu pembaharuan
dalam setiap gerak, melainkan usaha untuk mengingat kembali
gerak-gerak yang ada. Tujuannya ialah supaya isi pelajaran yang
ditinggalkan Ustaz tetap seragam dan tidak berubah. Itulah konsep
Pusaka Hanafi.
Ustaz telah membuat beberapa perubahan awal dalam sistem
pelajaran Silat Cekak. Hal yang demikian bagi memudahkan kita
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 101
memahami akan isi pelajaran Silat Cekak dengan semudah mungkin.
Buah Jatuhan yang ada pada silat kita, tidak bergantung pada
bilangan buah yang banyak. Asalnya melebihi dua puluh satu.
Sekarang ini tetap bilangannya dua puluh satu buah setelah
mengalami beberapa proses penambahbaikan. Masa saya, bilangan
buahnya adalah sebanyak sembilan belas sahaja.
Buah-buah yang ada, secara tidak langsung adalah bagi
memahirkan „kaedah yang empat.‟ Buah-buah itu akhirnya tidak
mampu dipakai dalam pembelajaran potong. Akan tetapi tidak
diketepikan begitu sahaja. Ada gunanya pada ketika yang lain.
Cuba kita lihat sepintas lalu akan sejarah pelarasan pada
pelajaran Silat Cekak. Bolehlah kita memahami akan keperluan
pelarasan tersebut dilakukan. Sekurang-kurangnya akan dapat
menambahkan pengetahuan kita bersama.
Setelah Ustaz dipertanggungjawabkan sebagai Guru Utama,
Ustaz telah membuat pelarasan pada isi pelajaran Silat Cekak.
Malah, adat istiadat yang ada dalam Silat Cekak juga telah dibuat
pelarasan. Menurut Ustaz, amalan dan buah-buah yang ada dalam
Silat Cekak telah dianalisis dengan mengekalkan perbuatan dan
pergerakan-pergerakan yang sesuai. Ustaz mempunyai alasan yang
kukuh dan praktis untuk mengenepikan pemakaian beberapa amalan
dan buah yang bertentangan dengan tujuan menuntut ilmu silat di
awal Ustaz memegang tanggungjawabnya.
Ustaz pernah menulis,
“Saya juga telah menganalisis amalan dan buah-buah Seni
Silat Cekak itu sendiri. Mungkin anasir luar ada tersadur dalam silat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 102
itu hingga bercanggah tujuan asal ilmu silat ini dengan akidah agama
Islam khususnya. Jadi, saya mengekalkan amalan-amalan yang
sesuai dengan asas Islam dan membuang segala yang bertentangan.
Saya mempunyai alasan-alasan yang sesuai dan praktikal untuk
mengenepikan pemakaian beberapa buah yang agak bertentangan
dengan tujuan menuntut ilmu silat.”
Itulah tindakan pelarasan pertama yang dilakukan Ustaz.
Usaha-usaha yang dilakukan Ustaz itu menyebabkan kita berasa
mudah mempelajari Silat Cekak. Tidak ada upacara-upacara yang
meragukan kita ketika mempelajari Silat Cekak. Tidak payah minta
izin bumi dan langit sebelum bersilat. Tidak ada pembuka dan
penutup gelanggang. Tidak ada baca-baca. Kalau nak baca
Bismillah… sebagai pemula tindakan, hal yang demikian adalah
merupakan hak persendirian.
Tidak ada upacara rasmi. Pakaian pun bebas. Pastinya yang
sesuai. Tidak perlu pakai pakaian silat yang khas. Lantaklah apa
warna sekalipun. Belang-belang pun boleh. Terasa betapa mudahnya
kita mempelajari Silat Cekak. Mereka yang mempunyai pengalaman
bersilat dengan persilatan Melayu yang lain, akan mudah memahami
maksud saya itu.
Tindakan Ustaz menyusun kembali sistem dan isi
pembelajaran Silat Cekak adalah sah dan benar. Pertamanya ialah
haknya sebagai Guru Utama. Sesuai dengan tanggungjawabnya
sebagai Guru Utama, Ustaz berperanan untuk meletakkan hala tuju
persilatan dan arah mana anak-anak muridnya ingin dibawa.
Keduanya, Ustaz sendiri mempunyai latar belakang ilmu persilatan
yang tinggi. Ustaz tahu dan memahami akan apa yang dilakukannya.
Hal yang demikian memungkinkan tindakan Ustaz itu benar dan sah.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 103
Seperti kata Ustaz,
“Selepas dimandatkan menjadi guru silat ini, saya tidak terus
berpuas hati setakat itu sahaja. Dengan pengalaman sejak usia lapan
belas tahun dalam seni silat dan kebatinan Islam sejati, saya buat
kajian dan menapis segala seni silat untuk disesuaikan dengan tujuan
bersilat dan sejajar pula dengan peraturan agama Islam”.
Saringan dan pelarasan telah dilakukan Ustaz secara
berperingkat. Pelarasan yang dibuat itu adalah merupakan asas atau
perdu perubahan pada sistem dan gerak-gerak buah yang ada dalam
Silat Cekak. Tindakan Ustaz itu adalah bagi menunjukkan betapa
pentingnya pelarasan buah dilakukan pada peringkat awal
mandatnya sebagai Guru Utama. Pada saya, hal yang demikian
adalah bagi memudahkan kita memahami dan menerima pelajaran
Silat Cekak, di samping „terjamin‟ sifat selamatnya untuk diamalkan
oleh anak-anak murid Ustaz.
Saya petik tulisan Ustaz secara intisari tulisan berdasarkan
tulisannya dalam Dewan Masyarakat. Intisari petikan adalah
berkaitan pelarasan yang pernah dilakukan Ustaz.
i. Buah Rasa dan Pecahan Keputusan Gayung Patani
(Buah pusing tangan) telah diketepikan kerana buah-
buah tersebut adalah seperti buah silat untuk permainan
(pulut) sahaja.
ii. Buah Sengkak tidak dipakai kerana membahayakan diri
orang yang menggunakannya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 104
iii. Buah Keputusan Sendeng Bawah Kiri dan Kanan
ditinggalkan kerana dipandang sia-sia (memakan
waktu).
iv. Buah Kidung Kanan didapati sama dengan Kuntau
Kanan Gantung pemakannya.
Begitu juga dengan beberapa gerak buah lain yang telah tiada
dalam senarai buah-buah Silat Cekak seperti yang kita baca dalam
majalah Dewan Masyarakat; tulisan Ustaz sendiri. Pelarasan yang
dibuat Ustaz adalah semata-mata menjamin „keselamatan‟ dan untuk
memudahkan kefahaman para penuntut dalam proses pembelajaran
Silat Cekak. Jika sesuatu pelajaran itu mudah diterima,
penguasaannya akan bertambah usianya hingga boleh bersebati di
jiwa. Maka akan lahirlah perasaan cinta dan sayang akan pelajaran
Silat Cekak. Hal yang demikianlah sepatutnya ada pada setiap
penuntut Silat Cekak yang telah tamat.
Saya tidak berhajat mengulas panjang tentang pelarasan
tersebut. Pada mereka yang berpengalaman dalam Silat Cekak,
nampak akan keperluan pelarasan tersebut. Misalnya, buah Gayung
Patani. Ustaz telah pun memuktamadkan geraknya dengan
mengenepikan gerak secara memusing tangan. Sifat buah Gayung
Patani adalah berdasarkan tindakan lawan kita. Kita akan bertindak
berdasarkan gerak lawan. Tindakan memusing tersebut memakan
masa. Gerak lawan yang lain, Ustaz tidak buang. Ada logiknya.
Jurulatihpun boleh ikut. Termasuk gerak sepakan rusuk. Kecualilah
Jurulatih yang PMD. „Perut Maju Di depan‟.
Dalam proses menyampaikan ilmu persilatan Silat Cekak di
peringkat seterusnya, peranan Jurulatih adalah sangat penting.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 105
Jurulatihlah yang berperanan bagi memudahkan kefahaman para
penuntut yang mempelajari Silat Cekak. Sudah semestilah
penyampaian mereka itu berdasarkan kehendak Guru Utama.
Eloklah jangan ditambah-tambah atau dikurang-kurangkan pada
tafsiran dan pada isi pelajaran serta maksud penerangannya.
Oleh itu, fahamilah secara bersungguh hati untuk menguasai
pelajaran Silat Cekak. Kalau sesetengah pelajaran Silat Cekak
kurang dapat dikuasai oleh Jurulatih, bukan kelemahan pelajaran itu,
tapi semestinya kelemahan Jurulatih itu sendiri. Janganlah sifat
kelemahan diri sendiri cuba disamakan dengan sifat kelemahan
orang lain. Tidak adil dalam usaha mengekalkan ilmu Pusaka Hanafi.
Pelbagai cara boleh dilakukan Jurulatih untuk maksud
kefahaman penuntut. Dalam hal ini, para Jurulatih perlu berhati-hati
tatkala menyampaikan penerangan pada setiap pelajaran. Sifat
berhati-hati itu perlu diberi perhatian dalam dua (2) keadaan.
Pertamanya ialah penggunaan istilah-istilah dan keduanya bentuk
dan isi penerangan bagi menjelaskan maksud sebenar pelajaran. Hal
yang demikian tidak bermakna kita menyekat kreativiti yang ada pada
Jurulatih dalam proses penyampaian ilmu pelajaran Silat Cekak.
Mereka masih ada kebebasan berbuat sesuatu yang menguntungkan
para penuntut.
Cuma kita khuatir, jika tafsiran mereka adalah berdasarkan
kefahaman sendiri. Malah, pemakaian istilah juga adalah
berdasarkan kehendak sendiri. Kekhuatiran kita itu adalah berkaitan
dengan tindakan mereka yang mungkin bercanggah dengan prinsip,
konsep dan falsafah persilatan Silat Cekak. Saya tidak banyak komen
dalam hal yang sedemikian. Niat mereka baik iaitu untuk
memudahkan penerimaan penuntut pada pelajaran Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 106
Sebaliknya, saya nampak mungkin akan ada kelemahannya dalam
jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, kelemahan itu
saya jadikan batu sempadan tatkala saya mengajar dan memandu
anak didik saya.
Berhati-hati Dalam Penerangan.
Sebenarnya, pada zaman Ustaz pun telah ada para Jurulatih
yang suka menggunakan istilah sendiri. Malah, ada yang membuat
penjelasan sendiri ketika memberi penerangan mengenai gerak-
gerak dalam Silat Cekak. Setakat pengetahuan saya, ada juga
penerangan mereka itu tidak ada asal usulnya bermula dari Ustaz.
Itulah yang saya namakan sebagai, “penerangan sesuka hati.” Ikut
kepala angin sendiri. Maknanya, sepanjang bersama Ustaz, saya pun
tidak pernah mendengar penerangan yang sedemikian dari Ustaz
yang mengendalikan kelas saya hingga tamat. Begitu juga ketika
Ustaz menganjurkan kelas-kelas kemahiran dalam kalangan
Jurulatih.
Saya sendiripun kadang kala tidak berani hendak kata salah
atau betul kerana tujuan penerangan yang dilakukan Jurulatih itu
tidak menyanggah tujuan asal pelajaran. Perbuatan gerak Silat
Cekak pada Jurulatih berkenaan masih tepat dan tidak menyimpang
dari kehendak pelajaran Silat Cekak. Mungkin mereka telah
mendapat kebenaran Ustaz atau mungkin mereka ada merujuk pada
Ustaz. Seperti yang dikatakan oleh Guru Utama kita,
“….Perkara ini berlaku kerana di masa Allahyarham
memberinya kadang-kadang berbeza mengikut tempat dan masa”.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 107
Kenyataan tersebut juga membawa makna, ilmu yang
diperoleh seseorang itu mungkin berbeza berdasarkan situasi masa
dan tempat. Habuan masing-masing. Pada zaman dulu, kami sukar
mentafsir atau mengukur ilmu Silat Cekak yang ada pada seseorang
Jurulatih. Cuma, kami yakin bahawa sesiapa yang rapat atau sering
bersama Ustaz, pasti ada kelebihan ilmu pengetahuannya.
Walau bagaimanapun, kerap kali saya dapati bahawa
penerangan yang dilakukan mereka adalah berdasarkan tafsiran
sendiri. Namun begitu, saya tidak pernah ikut sebab tidak pernah
terima penerangan atau tafsiran sedemikian dari Ustaz. Kadang-
kadang saya beranggapan bahawa penerangan seperti itu boleh
membawa kepada suasana pertentangan dengan falsafah Silat
Cekak, jika disalah tafsir oleh penuntut.
Ada dalam kalangan Jurulatih berkenaan yang membuat
tafsiran atau penerangan yang tidak sesuai dengan fahaman saya.
Dalam penulisan ini, saya ingin berkongsi pengetahuan atau
pendapat saya ketika mereka menamatkan kelas silat. Saya cuba
membuat bandingan dengan „apa yang saya faham dan apa yang
saya dapat‟ dari Ustaz. Ingat. Ini adalah pandangan saya. Sekadar
berkongsi pengetahuan.
Saya pernah memerhatikan seorang Jurulatih yang lama juga,
menamatkan kelas silat. Beliau kini menerajui persatuan asal yang
ditinggalkan Ustaz. Tumbukan serangnya memang hebat. Serangan
penumbuknya masih padu dan tepat pada sasaran tanpa penuntut
sempat membuat elakan.
Beliau cuba menerangkan kepada para penuntutnya akan
kemenjadian penumbuk itu dengan bersungguh hati. Mukanya serius.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 108
Terjegil bijik mata tanda kesungguhannya. Hal yang demikian
menjadikan penerangannya itu sangat meyakinkan penuntut. Cuma,
penerangannya agak asing pada saya tapi telah menarik perhatian
saya. Beliau suka menggunakan perkataan ‘tukmaninah’ ketika
menerangkan cara-cara tumbuk serang. Perkataan itulah kunci
kejayaan penumbuknya. Itulah kata-kata keyakinannya pada para
penuntut yang dikendalikannya.
Berdasarkan penerangan beliau, saya difahamkan bahawa
istilah itu membawa maksud, berhenti seketika. Antara lain kata-
katanya, “Ketika mengangkat penumbuk, biar „tukmaninah‟ supaya
kita nampak pergerakan lawan.” Menurutnya, apabila berhenti
seketika maka kita boleh membuat andaian untuk mempastikan arah
lawan kita melarikan badan dari serangan. Lawan akan terkaku dan
berada dalam suasana keliru. Ekorannya, lawan kita akan terkena
serangan yang kita lancarkan. Begitulah pentingnya peranan
„tukmaninah‟ dalam prinsip melepaskan serangan. Pasti menjadi.
Dakwaannya.
Ada juga para pengikutnya dalam kalangan Jurulatih. Saya
diberitakan ada juga yang menambah bicara. Menurut mereka, istilah
„tukmaninah‟ juga merujuk berhenti seketika untuk mendapatkan
ketenangan.
Saya tidak faham hendak buat komen. Lain langsung
daripada fahaman saya. Itulah pertama kali saya mendengar istilah
dan penerangan tersebut. Kalau boleh berhenti dan menenangkan
diri, makamnya tentunya tinggi. Macam pemandu kereta yang
berhenti seketika di R&R untuk menenangkan diri sebelum keretanya
menuju ke sasaran perhentian berikutnya. Ada yang tertidur di
perhentian berkenaan. Kalau tumbukan dilepaskan dalam keadaan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 109
berhenti untuk mendapatkan ketenangan diri, pastinya proses gerak
penumbuk berkenaan akan bermalam. Rehat.
Ketika saya bergiat sebagai Jurulatih di pusat, nampaknya
pemakaian istilah itu hanya popular pada beliau seorang sahaja. Kini,
apabila beliau memegang tampuk persatuan Silat Cekak di sebelah
sana, tentunya istilah itu tersangat popular. Agaknya semua anak
muridnya di sebelah sana akan popular dengan istilah itu. Saya
sendiripun sukar menerima penerangan tersebut.
Namun begitu saya juga tidak berani mengatakan salah.
Cuma, cara yang sedemikian sangat tidak sesuai dengan kefahaman
persilatan Silat Cekak yang saya ada. Sekurang-kurangnya kerana
saya tidak pernah dididik sebegitu rupa sama ada secara rasmi ketika
saya tamat silat atau melalui majlis-majlis penerangan yang Ustaz
buat.
Namun begitu, itu cara dia. Pada saya, penerangan yang
sedemikian, „percaya boleh, yakin jangan‟. Hal yang demikian
menyebabkan tafsiran saya tentang serangan tumbukan mungkin
berbeza dengan tafsiran Jurulatih berkenaan.
Pada saya, prinsip yang penting bukannya „berhenti seketika‟
tapi „kejutan‟. Maknanya juga, ketika mengangkat penumbuk, kita
perlu buat kejutan agar pasangan kita „bercelaru‟ dan membuat
gerakan terlebih dahulu. Pergerakannya adalah bersepadu dan
secara berterusan. Melepaskan serangan tumbukan adalah
merupakan satu proses yang berterusan. Waktunya tersangat
singkat. Dalam sekelip mata. Kiraan saat dan ketika. Tidak ada
maksud henti-henti penumbuk di mana-mana „perhentian‟. Apatah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 110
lagi mencari ketenangan sebelum melepaskan serangan. Itulah
kefahaman yang diasas Ustaz pada saya.
Nampaknya, matlamat pengajaran adalah sama tetapi cara
penerangannya agak berbeza. Pada saya, jika ditekankan istilah
„berhenti‟, akan menjadikan penumbuk pesilat suka bermalam dan
membuat tabik, tanda hormat. Banyak ruginya. Seperti yang saya
katakan bahawa Ustaz tidak pernah menyebut perkataan tersebut
ketika saya berbincang prinsip dan konsep serang dengannya.
Saya teringat satu peristiwa ketika Ustaz bersama anak didik
saya dalam kelas memberi tumbuk serang. Saya sendiri membuat
penerangan dan melancarkan „peluru berpandu‟ tersebut. Saya
tekankan betapa kejutan tangan yang berhenti seketika, akan
mengundang bahaya. Walau bagaimanapun, untuk maksud pelajaran
mula, bolehlah berhenti seketika. Jangan lama dalam kiraan saat dan
ketika. Tapi, jangan pula diamalkan. Tersangatlah bahayanya.
Ustaz mencelah dan menyambung penerangan saya. Ustaz
membuktikan maksud bahaya tersebut. Disuruhnya seorang penuntut
berbuat sifat gerak sedemikian. Tumbuk bermalam. Ketika proses
menyambung gerak bermalam itu, Ustaz menyerang balik dengan
menggunakan tangan kiri dan gerak kaki kirinya. Kelas berkenaan
sungguh beruntung kerana Ustaz sendiri memberi pembuktian. Saya
katakan beruntung kerana bukan mudah mendapat buah berkenaan.
Jarang sangat ditunjuk Ustaz.
Gerak buah itu boleh mematikan tumbuk serang jika serangan
tumbukan itu dibuat secara tidak kemas dan „suka berehat mencari
ketenangan‟. Ketika saya menguji kemenjadian tumbuk serang anak
didik saya, buah berkenaan dapat dijadikan satu ukuran. Ramai yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 111
kecundang kerana tumbuk serangnya belum „cukup masak‟. Belum
matang.
Berdasarkan situasi yang saya nyatakan di atas, saya
bertambah yakin dengan bentuk penerangan yang saya lakukan
tentang buah tumbuk serang. Apabila saya berbincang dengan Pak
Ak yang menjadi pemegang amanah Guru Utama seterusnya selepas
pemergian Ustaz, nampaknya sama konsep dan sama prinsip
kefahamannya dengan saya. Lagi saya yakin atas kefahaman yang
saya ada tentang konsep tumbuk serang.
Pada pendapat saya, ketika memberi buah serang buat
pertama kalinya, mungkin penerangan supaya berhenti seketika
tumbukan akan cepat menyelesaikan tugas menyampaikan pelajaran
tumbuk serang. Tapi itu hanya untuk jangka masa pendek iaitu ketika
menurunkan buah tumbuk serang berkenaan supaya para penuntut
mudah faham akan proses serangannya. Jangka panjangnya, jika
penuntut tidak berubah gerak dan masih suka berhenti penumbuk
atau bermalam penumbuk, banyak kerugiannya.
Tersangat suka memberi „tabik hormat‟, sebelum membuat
serangan buruk padahnya. Berdasarkan pengetahuan dan
pemerhatian saya, mereka yang suka berhenti penumbuk dan
membuat „tabik hormat‟, serangan penumbuknya adalah berbentuk
„ketukan‟ dan bukannya berbentuk tumbukan. Tumbukan seperti itu
juga tidak ada kekuatan. Boleh tahan kesan tumbukan.
Oleh itu, pada kesimpulan saya, penerangan yang sedemikian
akan merugikan penuntut itu dalam jangka masa panjang. Selalulah
memberi penekanan supaya tumbukan jangan bermalam. Maknanya,
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 112
jangan biarkan serangan pesilat kita berhenti atas sifat prinsip
„tukmaninah‟. Jawapannya ,‟parah‟. Konsepnya salah.
Ketika zaman saya dulu, tumbukan serang kerap kali
diistilahkan sebagai serangan peluru berpandu. Tidak ada „radar‟
yang boleh mengesan. Ramai yang berasa kagum dengan serangan
tersebut. Ramai juga yang mendakwa betapa serangan itu sukar
dikesan sebab tidak nampak. Tiba-tiba saja penumbuk sampai. Tidak
boleh buat apa-apa.
Bentuk serangan penumbuk yang sedemikian telah dijadikan
satu matlamat pembelajaran dalam kalangan penuntut. Mereka ingin
menguasai serangan penumbuk yang sifatnya tidak nampak. Tiba-
tiba datang. Saya yakin, kalau penumbuk bermalam dek sifat
„tukmaninah‟, pasti gerak kita boleh dikesan. Dalam penulisan awal,
saya telah nyatakan kelemahannya.
Ada satu perkara lagi yang perlu kita beri perhatian dalam
proses penyampaian iaitu berkaitan dengan penerangan tentang
konsep pelajaran tumbuk serang. Kita perlu memberatkan pelajaran
ini. Pelajarannya adalah dalam peratus yang amat kecil. Selalu
dikaitkan dengan satu peratus sahaja. Namun begitu, pelajaran yang
sikit, jangan diambil mudah. Kalau diambil mudah maka kesannya
kurang berfaedah.
Kita boleh ibaratkan dengan ilmu petua. Pelajarannya sikit.
Macam tidak puas setelah mendapatkannya. Macam tidak ada apa-
apa. Kalau diambil mudah, maka jadilah petua itu sebagai tambahan
pengetahuan. Tidak bermaksud untuk amalan. Amat besar ruginya.
Hal yang demikianlah menyebabkan Ustaz tidak begitu mudah
memberi petua. Kesungguhan anak muridnya yang berkehendak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 113
adalah merupakan kayu ukur bagi menentukan habuan untuk
mendapatkan petua. Kerap kali, mandi silat dijadikan „lesen‟ bagi
mendapatkan ilmu petua seterusnya. Tidak tergamak anak murid silat
bercakap bohong apabila ditanya, “Sudah habis mandi atau belum.”
Secara umumnya, pelajaran Silat Cekak meliputi prinsip sama
ada menunggu atau menyerang. Pelajaran menunggu, terlalu kita
beri perhatian. Ambil masa berbulan-bulan. Kaedah, Buah Asas dan
Buah Jatuh adalah mewakili konsep menunggu serangan. Apabila
kita memasuki pelajaran Potong, konsep menyerang mula diberi
perhatian. Tempoh masa pelajarannya lebih pendek, berbanding
dengan pelajaran menunggu serangan.
Ada yang menimbulkan persoalan. Pelajaran „Enam Tolak
Enam‟ hendak diletak pada bahagian mana. Menunggu atau
menyerang. Saya tegaskan pada mereka. Konsep pelajaran
berkenaan adalah seri dalam gerak sesama ahli. Falsafahnya,
sesama ahli tidak boleh bergaduh. Kalau ahli Silat Cekak yang
menyerang dan ahli Silat Cekak yang menunggu serangan, tidak ada
keputusan gaduhnya. Kalau bertukar peranan menunggu atau
menyerang, buatlah sampai ke pagi. Adatnya tidak ada yang menang
dan tidak ada yang kalah. Sesuailah dengan ikrar kita, ‟tak boleh
bergaduh sesama ahli‟. Dari segi gerak, kalau bergaduh, tidak ada
keputusannya. Adatnya.
Walau bagaimanapun, aplikasi pelajaran Enam Tolak Enam
boleh dibuat ketika kita berhadapan dengan lawan yang berlainan
persilatan. Menunggu pun boleh guna prinsip berkenaan dan
menyerang pun boleh menggunakan „Enam Tolak Enam.‟
Perkayakan diri dengan ilmu berkenaan. Tapi pelajaran ini jarang
diberi pemberatan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 114
Saya selalu tegaskan pada penuntut saya, setelah buah jatuh
maka habislah pelajaran menunggu serangan dalam Silat Cekak.
Bagi mendapatkan pelajaran berkenaan, tidak ada mandi silat.
Setakat ijazah pertama dan bayar pengkeras untuk „meminang‟ guru.
Pelajarannya tidak menjadi rahsia besar. Lumrah ditunjuk dalam
persembahan Silat Cekak di mana-mana tempat. Namun begitu,
semasa saya mengendalikan kelas, mereka yang masih berada di
tahap pelajaran asas, tidak dibenarkan melihat pelajaran jatuh.
Rahsia kecil.
Untuk masuk ke peringkat seterusnya, ada ijazah khas. Kena
mandi silat. Kena bawa pisau dan limau purut. Perkara mesti. Tidak
ada sebarang alasan atau tidak ada sebab yang boleh diberikan
untuk mendapat hak kekecualian. Kegagalan menghadirkan diri
dalam ijazah dan mandi silat itu, penuntut berkenaan dianggap
tercicir atau dicicirkan. Tidak boleh datang ke kelas silat. Kena tunggu
majlis ijazah yang sama di lain masa. Kalau datang juga ke kelas
silat, pelajaran silat pada malam itu akan tertumpu pada pelajaran
lain. Tentunya hal yang demikian akan menyebabkan penuntut lain
berasa kecewa.
Kami difahamkan dulu bahawa ijazah kedua membawa
makna kebenaran untuk mempelajari rahsia Silat Cekak. Pada
kesimpulan saya, itulah peringkat pelajaran menyerang dalam Silat
Cekak. Keupayaan menyerang adalah berdasarkan pada sistem
yang tersusun rapi. Ada prinsip-prinsipnya. Rahsia besar dalam Silat
Cekak. Tidak boleh bagi bukan ahli melihatnya. Kita juga tidak boleh
memperlihatkan sistem itu dalam mana-mana persembahan.
Sebenarnya, pelajaran potong adalah pelajaran menyerang. Tapi,
tidak ramai yang berani cakap tentang konsep pelajaran potong
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 115
sebagai pelajaran menyerang. Terikat dengan konsep satu peratus
yang salah buat tafsiran.
Pelajaran menyerang terus diberatkan dalam ijazah yang
terakhir. Biasanya dikatakan tamat silat. Kena mandi. Sekali lagi kita
tegaskan. Kegagalan menghadiri ijazah berkenaan, bermakna
penuntut silat itu akan tercicir atau dicicirkan. Mereka yang berjaya
menjalani ijazah tersebut berserta mandinya sekali, akan
diperturunkan ilmu menyerang seterusnya. Itulah yang dinamakan
sebagai „Tumbuk Serang‟. Dalam konsep menyerang ini, cara
tumbukan mula diperbezakan. Di sinilah lahirnya konsep pelajaran
tumbuk serang yang dikatakan satu peratus itu. Tumbuk serang itulah
boleh dianggap sebagai nadi penting dalam pelajaran menyerang.
Kalau ada masa, sila rujuk dalam buku Sepak Minang tentang
prinsip dan konsep tumbuk serang. Saya banyak menulis tentang
cara-cara tumbuk serang „dilepaskan‟. Dalam tulisan ini, saya lebih
menekankan konsep dan falsafah tumbuk serang dalam pelajaran
menyerang.
Dalam falsafah menyerang dalam pelajaran Silat Cekak,
Jurulatih perlu berhati-hati ketika membuat penerangan. Konsep
penumbuk serang adalah merupakan bahagian yang penting dalam
pelajaran menyerang. Maknanya, kita kena jelas tentang konsep
menyerang dan konsep tumbuk serang. Jangan bercelaru dan jangan
bercampur aduk. Penekanan dalam pelajaran penamat ialah
pelajaran tumbuk serang. Bukannya pelajaran menyerang yang mula
diperkenalkan setelah ijazah kedua dan ada mandinya. Pelajaran
menyerang itu adalah pelajaran potong namanya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 116
Menurut Ustaz, hakikat tumbuk serang ialah tumbuk gerak.
Namun begitu, kami tidak digalakkan menggunakan istilah tumbuk
gerak. Takut orang lain boleh baca maksud kita. Dalam hal ini, kita
perlu ada sifat cemburu supaya orang lain tidak mudah memahami
maksud serangan kita. Maka popularlah sebutan tumbuk serang.
Konsep tumbuk gerak ialah membaca gerak. Soal kena
serangan adalah bergantung pada gerak lawan. Itu sebabnya kita
menyuruh penuntut yang kita „tamatkan‟ supaya mengelak sama ada
ke kiri atau ke kanan. Jangan ke belakang, ke bawah atau terbang ke
atas. Kita juga tekankan arahan. Kalau elak jangan buat tepisan.
Sebabnya, kalau ditepis, pelajarannya telah ada dalam pelajaran
potong dalam bab menyerang. Kalau penuntut lari ke belakang, tidak
perlulah buat tumbukan. Kita nampak geraknya ke belakang. Kalau
sudah lari ke belakang, maknanya lawan kita tidak bersedia untuk
membuat tindakan. Orang „takut‟ buat apa nak dilayan. Biarkan.
Biarkan
Tapi ada juga Jurulatih yang menyusuri tumbukan tangan
kirinya. Matlamatnya ialah bagi kena. Maka „larilah‟ konsep tumbuk
serang. Sebaliknya mengamalkan konsep menyerang. Konsep
tumbuk serang ialah tumbuk gerak. Hendak bagi gerak. Bukan
serang hendak bagi kena. Kalau pelajaran menyerang, bolehlah kita
membuat susulan tumbukan atau pelbagai gerak lain yang difikirkan
sesuai. Matlamatnya ialah hendak menang. Selalunya diadakan
dalam kelas kemahiran. Tapi pelajaran tamat ialah pelajaran tumbuk
serang. „Buah sebijik‟. Kalau ada susulan, dah jadi berbijik-bijik.
Saya telah nyatakan tentang keperluan memelihara
kerahsiaan pelajaran tumbukan tersebut. Semua penuntut silat yang
tamat telah difahamkan tentang konsep tumbuk serang. Maksud
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 117
kerahsiaan telah menyebabkan nama tumbukan itu adalah pelbagai.
Ada yang menggelarnya buah serang atau tumbuk serang atau buah
sebijik. Sekarang ini saya tidak tahu akan gelarannya. Apapun,
kefahamannya adalah bermaksud memerhati gerak lawan untuk
membantu tindakan menyerang.
Apabila dilepaskan tumbuk serang, sepatutnya kita akan
nampak gerak lawan sama ada mengelak, tidak sempat mengelak,
mengelak dengan tepisan atau cuba lari ke belakang. Itulah
kegunaan tumbuk serang dalam perbuatan menyerang. Kita boleh
nampak sebab ada teknik melepaskan tumbukan. Bukan tumbuk
biasa, tapi luar dari kebiasaan tumbukan. Kena pada sasaran adalah
kerana tumbukan kita sukar dikesan. „Lawan‟ tak nampak. Tidak
sempat buat elakan atau tepisan atau lari ke belakang atau cuba
terbang. Berlatihlah hingga sampai ke peringkat tersebut. Jadikan
amalan setiap hari.
Oleh itu, berhati-hatilah ketika membuat penerangan tentang
tumbuk serang. Jangan terlalu gopoh memberi penerangan hingga
lupa akan konsep dan falsafah tumbuk serang tersebut. Selalulah
ingat. Pelajaran tumbuk serang itulah merupakan pelajaran satu
peratus daripada keseluruhan pelajaran Silat Cekak. Peratusan yang
kecil itu jangan dipermudahkan. Kalau dipermudahkan maka akan
banyaklah ruginya pada kita yang mendakwa diri sebagai pengamal
Silat Cekak.
Malangnya, ramai Jurulatih yang ambil mudah. Pelajaran itu
hanya dihabiskan dalam satu malam sahaja. Masuk buah umum,
lupa konsep tumbuk serang. Kalau kita ambil mudah pelajaran
tumbuk serang, akan menyebabkan pelajaran yang kita pelajari itu
tidak memberi sumbangan pada keseluruhan pelajaran menyerang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 118
Silat Cekak. Pada saya, rugi sungguh para penuntut yang mendapat
Jurulatih yang sedemikian. Gopoh mengajar. Tidak ada punca
membangunkan anak didiknya sendiri dalam persilatan Silat Cekak
supaya para penuntut benar-benar menguasai pelajaran menunggu
dan pelajaran menyerang. Pendapat saya saja. Kongsi pengetahuan.
Penerangan tentang pelajaran serang yang saya peroleh
dulu, mungkin tidak sesuai untuk penerangan dalam suasana
sekarang. Masa majlis tamat silat pada kelas kami, Ustaz ada
bersama. Teringat cara dulu. Kami dipanggil seorang demi seorang
untuk membuat tumbukan pada Jurulatih. “Tumbuk kuat-kuat. Bagi
kena.” Itulah arahan yang kami terima. Kami tumbuk sekuat hati.
Jurulatih mengelak ke kiri atau ke kanan. Tidak adapun yang
mengelak ke belakang. Naik ke atas, langsung tidak ada. Menepis
pun tidak.
Semua tumbukan kami terbabas. Tidak kena. Setelah
selesai, Ustaz menyuruh kami duduk pada satu tempat. Ustaz
buktikan betapa ruginya serangan tumbukan secara yang
sedemikian. “Tumbuk bodoh”. Bukan orangnya yang bodoh. Itulah
kata-kata Ustaz bagi menjelaskan konsep tumbuk serang. Tumbuk
bodoh membawa maksud tumbukan „kosong‟ yang tidak dirancang
atau tidak terarah. Perbuatannya sia-sia kerana tidak ada strategik
menyerang. Kemudian Ustaz membuat penerangan tentang cara
tumbuk serang. Mungkin itu satu kelainan pada kelas kami.
Penerangan dulu sebelum diberi tumbuk serang. Kebiasaan kita,
tumbuk serang terlebih dahulu, barulah diberi penerangan.
Selepas itu seorang Jurulatih membuat satu garisan
melintang. Kami diarah bertapak atas garisan tersebut. Arahannya
ialah mengelak ke kiri atau ke kanan, atas garisan berkenaan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 119
Jangan dibuat tepisan atau jangan undur belakang. Seorang demi
seorang dipanggil. Jurulatih membuat serangan dalam keadaan kami
telah mengetahui tentang konsep kejutan. Apakan daya. Kena juga
tumbukan. Tidak sempat mengelak sama ada ke kiri atau ke kanan.
Kedengaran suara raung pada setiap pesilat akibat „peluru berpandu‟
yang dilancarkan. Semua pesilat bersetuju dengan pendapat antara
rakan. “Tidak nampak penumbuknya. Tidak sempat mengelak. Tiba-
tiba datang.”
Kadang-kadang saya tergambar jenis tumbukan yang
„berhenti rehat‟. Biasanya serangan tumbukan adalah berbentuk
ketukan. Bila terkena, tiada raungan, melainkan kedengaran suara
perlahan. “Awww.” Gambaran aje.
Begitulah kagumnya kami pada pelajaran tumbuk serang.
Pelajarannya adalah berdasarkan sekali tumbukan. Tidak ada
tumbukan susulan. Tidak ada yang mengelak ke belakang.
Semuanya faham akan maksud kegunaan tumbuk serang. Cuma,
kenapa boleh jadi ada penuntut yang mengelak ke belakang.
Maknanya, penerangan Jurulatih tentang konsep tumbuk serang
tidak cukup. Tidak capai tahap kefahaman. Akhirnya diri sendiri yang
susah.
Saya bersyukur, sepanjang saya mengendalikan kelas, tidak
pernah ada ahli yang ditamatkan, undur ke belakang semasa
memberi pelajaran tumbuk serang. Maknanya saya berjaya
menerangkan maksud tumbuk serang. Semua orang faham.
Setelah menyampaikan pelajaran tumbuk serang, barulah kita
pergunakan pelajaran tumbuk serang itu dalam pelajaran menyerang.
Orang yang telah menguasai tumbuk serang, tumbukannya boleh jadi
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 120
„tak nampak‟. Sukar dikesan lawan. Kalau dielak kena satu, kalau
ditepis kena dua.
Senarai buah umum direka untuk mengaplikasikan tumbuk
serang. Tumbukannya adalah berbeza dari kebiasaan. Tapi, lain
jadinya pada kebanyakan kelas. Senarai buah umum dilatih sebagai
pelajaran potong. Penumbuk serang telah dilupakan. Tumbukan
sudah menjadi biasa. Kalau dulu-dulu, dikatakan „tumbuk bodoh‟
namanya. Itu sebab ada penuntut boleh tunduk ambil Sendeng Tiga
Alam. Cuba pakai tumbuk serang dan tumbukan itu menjadi. Alamat
nampak bintang. Kalau tidak menggunakan tumbuk serang,
mudahlah membuat buah tersebut. Pada hal pelajaran tumbuk
serang ada ijazah khas. Sama seperti pelajaran potong yang ada
ijazah khasnya.
Saya tidak pernah berminat dengan senarai buah umum
tersebut. Tidak pernah ajar pada anak didik saya. Sebabnya masa
saya belajar dulu, tidak ada senarai itu. Malah, semasa saya menjadi
Jurulatih di pusat pun, senarai umum belum dibuat lagi. Belajar buah
umum hendak buat apa. Sekali tumbukan tidak dapat buat pun buah
berkenaan.
Oleh itu, pelajaran seterusnya adalah tertumpu pada latihan
tumbuk serang. Malang pada sesetengah kelas. Bila ada senarai
umum, pelajaran seterusnya ialah pelajaran menyerang buah
tersenarai secara pelajaran potong. Sebelum itu, mereka diajar
membuat buah umum tersebut. Buah mesti cantik. Lenyaplah
penekanan pada pelajaran tumbuk serang. Belajar balik pelajaran
potong. Amat merugikan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 121
Nak jadi „cerita‟, masa jadi Jurulatih dulu, saya pernah
menghadiri majlis penamat satu kelas silat di ibu pejabat. Saya duduk
di tepi kerana malam itu bukan giliran saya mengajar silat. Kelas
dikendalikan oleh dua orang Jurulatih lama. Hebat juga tumbukan
mereka. Penerangan yang saya alami ketika tamat, diulang mereka
pada kelas berkenaan. Para pesilat dikehendaki menumbuk sekuat
hati. Mereka akan membuat elakan. Belum lagi diterang tentang
konsep tumbuk serang.
Malangnya, ada dalam kalangan pesilat yang membuat
tumbukan, ada yang mengena sasaran. Tidak sempat Jurulatih
berkenaan mengelak. Kelam kabut jadinya. Maknanya penuntut itu
telah tahu cara tumbukan sedemikian. Rupa-rupanya, ada adik
beradiknya yang telah tamat Silat Cekak terlebih dahulu. Rahsia
bocor.
Ada juga kejadian lain yang berlaku dalam kelas penamat.
Kejadian tumbuk serang Jurulatih yang tersasar dari sasaran. Tidak
mengena, sama seperti „penumbuk bodoh‟. Apa lagi. Muka Jurulatih
berkenaan pudar, nampak macam „orang bodoh‟. Bagi menutup
kelemahan, terpaksalah Jurulatih itu buat kaedah menyerang.
Terpaksa guna satu lagi gerak susulan. Maka larilah konsep
pelajaran tumbuk serang dalam kelas berkenaan. Ada juga dalam
kalangan Jurulatih yang buat-buat baran. Penuntut pulak yang
dimarah kerana dikatakan tersalah elakan.
Nampaknya, macam-macam perkara telah dilakukan bagi
menafikan kelemahan diri sendiri. Kalau dah lemah, mengakulah
lemah. Baiki kelemahan dengan membanyakkan latihan. Janganlah
para penuntut dijadikan „kambing hitam‟.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 122
Saya difahamkan, ada juga dalam kalangan Jurulatih yang
membuat tumbukan seiring dengan arahan. “Elak….” Teruslah
Jurulatih itu membuat tumbukan. Senangnya kaedah penyelesaian
memberi pelajaran tumbukan. Kejutan perbuatan telah diganti
dengan sebutan „elak‟ secara lisan. Rekaan sendiri. Sungguh
merugikan diri sendiri.
Hal yang demikianlah saya selalu kiaskan umpama „lilin
membakar diri‟. Memberi pengetahuan pada orang lain dalam
keadaan diri sendiri tidak bertambah kecekapan. Sekurang-
kurangnya, jadikan perbuatan membuat tumbukan untuk mengukur
kemampuan diri. Perbaiki kelemahan jika diri terasa lemah.
Oleh itu, sebelum pelajaran tumbuk serang diberi pada
penuntut, para Jurulatih disaran supaya membuat latihan tumbuk
serang terlebih dahulu. Jangan ambil mudah pelajaran tumbuk
serang. Walau bagaimanapun, latihan yang berterusan akan
menyebabkan kemenjadian tumbuk serang dalam kalangan Jurulatih
sentiasa berkekalan.
Kini, usia Silat Cekak telah berpuluh tahun. Pelajarannya
tersebar luas. Pengawasan atas kerahsiaan pelajarannya sukar
dikawal. Mungkin ramai yang tahu akan rahsia pelajaran kita. Tapi
saya yakin, hanya setakat tahu dan bukannya tahap kefahaman dan
penguasaan. Dalam hal ini, kita yang mempelajari Silat Cekak, mesti
faham dengan sepenuhnya akan prinsip, konsep dan falsafah setiap
gerak yang ada dalam Silat Cekak. Terutamanya pelajaran rahsia
kita. Kalau setakat tahu saja, berkemungkinan besar pengetahuan
kita itu akan sama dengan orang lain yang tahu tapi tidak
mempelajari Silat Cekak. Alangkah ruginya diri sendiri.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 123
Sebagai kesimpulan, berhati-hati tatkala menggunakan istilah
dan ketika memberi penerangan tentang pelajaran tumbuk serang.
Jangan gopoh buat penerangan dan jangan gopoh menghabiskan
pelajaran dalam satu malam. Walau bagaimanapun, buatlah
penyesuaian ketika memberi atau menurunkan pelajaran dalam kelas
tamat. Cuma, jangan bercelaru antara konsep menyerang dan
konsep tumbuk serang. Itulah pegangan saya sepanjang masa.
Perkongsian ilmu. Telah terbukti kebenarannya.
Kefahaman Yang Melencong.
Apabila kita telah berpecah dalam banyak persatuan dan
banyak guru maka gerak silat dan kefahaman Silat Cekak secara
keseluruhannya telah menjadi amat sukar untuk dikawal. Hal yang
demikian termasuklah dari segi mutu dan kebenaran tafsirannya.
Pelbagai tafsiran boleh dilakukan tanpa ada sebarang sekatan atau
pengawalan dari satu punca kuasa yang sah dan benar. Secara
langsung ahli-ahli persatuan yang berlainan faham akan terus
terumbang-ambing dengan pelbagai tafsiran yang memasukkan
kefahaman diri dengan kefahaman Silat Cekak.
Malah, ada dalam kalangan orang yang bergelar sebagai guru
dari persatuan Silat Cekak yang lain, mereka gagal membendung
tindakan orang-orang kanan mereka sendiri yang boleh mengubah
rupa bentuk Silat Cekak. Hal yang demikian kerana sokongan padu
daripada orang-orang kanan itu sangat diperlukan mereka bagi
menjamin kedudukan mereka sebagai guru yang tidak ada mandat
persilatan. Inilah perkembangan yang semakin tidak sihat dalam
persilatan Silat Cekak yang diwarisi guru yang tidak sah dan tidak
benar. Maka akan berlakulah nanti ahli-ahli persatuan Silat Cekak
tersebut diajar dengan ilmu dan kefahaman yang tidak tepat.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 124
Ketika ini seperti yang selalu saya katakan bahawa kita tidak
ada satu sumber yang mutlak untuk membuat rujukan atau
menetapkan keputusan mengenai Silat Cekak. Oleh itu, ramai
manusia yang ada dalam Silat Cekak senang-senang membuat
andaian dan kefahaman sendiri dan cuba dijadikan sebagai
kefahaman Silat Cekak. Senang-senang mereka melacurkan
kefahaman yang sebenarnya. Ada antara mereka yang cuba
mengaitkan pendapat sendiri sebagai kefahaman Silat Cekak,
peninggalan Ustaz Hanafi dan menganggap bahawa itulah
kefahaman Silat Cekak yang sebenarnya.
Perkembangan yang berlaku itu jika tidak disekat maka akan
semakin berleluasa. Mereka yang tidak faham dengan Silat Cekak
akan mudah menerima fahaman tersebut. Mana mereka peduli akan
kebenarannya. Perkembangan ini amat mendukacitakan.
Berdasarkan kefahaman sendiri, mungkin kita boleh berkongsi
beberapa persoalan berikut untuk renungan dan bukannya untuk
berdebat. Kalau rasa celaru dan tidak munasabah, ketepikan.
Pada masa ini ada juga dalam kalangan ahli yang cuba
menonjolkan diri sebagai pembela atau sebagai pihak yang tidak
menyebelahi mana-mana pihak dalam sengketa persilatan Silat
Cekak. Masing-masing ada pegangan dan alasan atas sikap yang
diambil itu. Namun begitu mereka tidak ada keupayaan untuk
mengawal ahli-ahli daripada membuat pelbagai tafsiran tentang rupa
bentuk Silat Cekak. Akibat kekeliruan membuat tafsiran dan ditambah
dengan kekurangan ilmu dan kurang daya berfikir maka Silat Cekak
telah mengalami pelbagai proses perubahan kefahaman.
Saya pernah membuat kiasan dengan orang buta yang
memegang gajah. Kalau dipegang ekor gajah maka itulah yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 125
dikatakan gajah. Kalau dia memegang belalai gajah maka itulah
gajah padanya. Paling malang lagi jika sibuta memegang punggung
gajah. Maka apabila ditanya bagaimana bentuk gajah maka
punggung gajahlah dikatakan gajah.
Berdebatlah mereka hingga ayam berkokok ke pagi esoknya.
Masing-masing tidak mahu mengalah. Mereka boleh lupakan makan
minum kerana asyik berdebat. Akhirnya kesemua mereka mati
kelaparan dan kehausan. Kalau kita yang celik mata kepala dan mata
hati masuk berdebat dengan mereka, jadilah kita buta hati dan buta
perut.
Ayam yang berkokok pulak satu hal. Ayam tersebut terasa
megah dengan kokoknya bagai menanda hari akan siang. Tapi ayam
itu tidak sedar bahawa kalau ayam tidak berkokok pun hari tetap
akan siang. Awas! Kalau lebih sangat berkokoknya pasti akan
mengganggu ketenteraman tuan dan masyarakat sekeliling.
Akibatnya ayam tersebut akan menerima padahnya. Sekurang-
kurangnya sepasang selipar akan diterimanya. Jika terus berkokok
alamat tergulailah jadinya.
Dalam tulisan ini saya cuba tunjukkan betapa kefahaman Silat
Cekak yang saya anggap terpesong kalau si penutur atau si
penulisnya tidak benar-benar faham akan perkara yang ditutur atau
dituliskannya. Walaupun dia mendengar dari mulut Ustaz,
kekuatannya berfikir akan mengarah kepada tafsirannya sendiri.
Lemah fikiran bererti lemahlah daya tafsirannya.
Sudah semestilah tulisan ini berdasarkan pendapat saya hasil
pengalaman dan pengalamian saya sendiri. Mungkin pendapat ini
bertentangan dengan pendapat atau tafsiran yang sedia ada. Oleh
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 126
itu, jadikan bahan tulisan ini sebagai bahan bacaan bagi
menambahkan pengetahuan dan daya fikir kita.
i. Papan Sekeping.
Salah satu contoh kefahaman yang boleh disalahertikan ialah
hubungan Silat Cekak dengan papan sekeping. Ada yang cuba
mengupas kefahaman tentang konsep tersebut dengan mengatakan
bahawa papan sekeping diibaratkan jalan yang lurus dan dianggap
sebagai prinsip asas dalam Silat Cekak.
Benarkah pendapat tersebut. Benarkah gelaran silat papan
sekeping itu merupakan prinsip asas dalam Silat Cekak. Mereka juga
menganggap bahawa silat papan sekeping yang tidak ada bengkang
dan bengkoknya merupakan suatu falsafah yang teristimewa dalam
Silat Cekak.
Ada yang berfaham bahawa „silat papan sekeping ini
membawa maksud perjuangan mendaulatkan seni pusaka bangsa
yang seharusnya dilaksanakan atas satu asas yang teguh tanpa
penyimpangan dari matlamat asal iaitu menghapuskan unsur-unsur
takhyul, khurafat dan penyelewengan akidah islamiah dalam silat-silat
Melayu.’
Kalau itu falsafah yang difahami mereka, kita patut
menghormati pendapat tersebut. Itulah kebenaran tentang Silat
Cekak pada diri mereka. Itulah juga harapan kebanyakan ahli dalam
Silat Cekak agaknya. Mereka tersangat yakin bahawa perjuangan
Silat Cekak adalah berpaksikan kepada agama. Apabila didapati
prinsip ini tidak berjalan lancar, mereka menganggap prinsip ini gagal
dipertahankan oleh kepimpinan Silat Cekak. Mereka berasa tersangat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 127
kecewa. Pada mereka, dalam Silat Cekak hanya itulah sahaja prinsip
perjuangan yang ada.
Pada pandangan saya, eloklah kita luaskan sedikit
perbincangan tentang konsep papan sekeping ini supaya pemikiran
kita lebih terbuka. Perbincangan saya juga adalah berdasarkan
kefahaman saya daripada pemikiran Ustaz.
Secara tersurat, kalau kita ingin buktikan bahawa, „Silat papan
sekeping menunjukkan keaslian Silat Cekak yang berdiri teguh
dengan prinsip tidak mengelak kiri dan kanan malah mara ke
hadapan dalam mempertahankan diri apabila diserang,‟ boleh kita
persoalkan. Tapi kalau kita mengatakan bahawa, „Di atas papan
sekepingpun pengamal-pengamal Silat Cekak masih dapat membela
diri tanpa perlu mengelak,‟ maka saya menyokong pendapat tersebut.
Di sini terdapat dua kefahaman yang berbeza yang boleh
membawa pendapat dan pelakuan yang berbeza dalam pengamalan
Silat Cekak. Kalau tidak memahaminya akan menyebabkan ahli-ahli
berasa celaru kemudiannya.
Setiap orang ada tafsirannya atas apa yang wujud dalam Silat
Cekak. Tanpa mengetahui punca kejadian atau punca perkara itu
wujud, akan menyebabkan kita memberi pendapat atau pentafsiran
atas kewujudan perkara itu. Inilah salah satu budaya masyarakat kita
dulu-dulunya dalam sastera rakyat.
Kerana wujudnya batu yang merupai „pintu‟, maka wujudlah
cerita tentang batu belah batu bertangkup. Kerana wujudnya patung
berwajah manusia maka wujudlah cerita tentang Si Tanggang.
Kerana wujudnya wajah-wajah berupa binatang, maka terbitlah cerita
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 128
tentang Si Kelembai. Banyak lagi cerita-cerita yang berbentuk metos
dan dongeng dalam sastera kita. Janganlah pulak bentuk-bentuk
cerita ini diwujud dan dikembangkan dalam Silat Cekak.
Oleh sebab tafsiran yang kurang tepat, silat papan sekeping
telah membawa banyak perubahan pada buah-buah silat dan corak
latihan yang ada dalam Silat Cekak. Sepanjang ingatan saya
bersama Ustaz, beliau menegaskan betapa wujud kelebihan Silat
Cekak yang boleh bersilat atas papan sekeping. Itu sebabnya sesuai
digelar Silat Cekak Silat Papan Sekeping. Gelaran ini perlu dimiliki
oleh Silat Cekak dengan segera memandangkan saingan silat kita
ketika itu dikhuatiri akan menggunakannya terlebih dahulu konsep
papan sekeping. Itulah strategi Ustaz, sesuai dengan motto Silat
Cekak sebagai „Peneraju Mutlak.‟
Lama-kelamaan, secara tersirat kelebihan Silat Cekak bersilat
atas papan sekeping telah diketepikan dan diganti dengan konsep
tersurat iaitu Silat Cekak itu merupakan silat papan sekeping. Oleh itu
beberapa buah telah diubah suai untuk disesuaikan dengan konsep
baru tersebut. Antara buah yang jadi mangsanya ialah buah Pasung
Kemanga, Kilas Depan dan Buah Paras. Kaedah mengambil buah
telah berubah sama sekali dan pelakuan ini dibiarkan tanpa ada
teguran. Semua ini dilakukan bagi menyesuaikan Silat Cekak dengan
konsep baru Silat Cekak sebagai Silat Papan Sekeping.
Lakonan daripada serangan-serangan musuh sudah jadi tidak
tentu hala. Ketika Silat Cekak disesuaikan dengan konsep papan
sekeping maka telah memaksa musuh yang menyerangpun
menyesuaikan serangannya berdasarkan papan sekeping. Jadilah
wayang karton dalam pertunjukan Silat Cekak. Ini semua adalah hasil
tafsiran yang berbeza.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 129
Paling malang lagi ada yang cuba mentafsirkan maksud
papan sekeping. Pada mereka, papan sekeping lebih menjurus
kepada jalan yang lurus. Maka mentafsirlah mereka konsep jalan
yang lurus dalam Silat Cekak. Semuanya tiada punca dan
berdasarkan tafsiran sendiri. Siapa yang pandai mentafsir dan pandai
bercakap maka disebarkanlah konsep tersebut dalam kalangan ahli.
Maka porak-perandalah keaslian dalam kefahaman Silat Cekak.
Inilah salah satu contoh tentang wujudnya kefahaman yang
seleweng dalam Silat Cekak. Sifat penyelewengan konsep mandat
mungkin kita sudah jemu mendengarnya. Keadaan ini tidak
dipandang berat lagi oleh para pendukung dalam kepelbagaian
persatuan Silat Cekak. Mungkin banyak lagi kefahaman yang
menyeleweng boleh kita bahaskan tapi tidak sesuai dalam ruangan
yang terhad ini.
Dari segi pelajaran, teknik dan penyampaiannya juga akan
terus menyimpang dari bentuk asalnya. Walau bagaimanapun,
mereka akan tetap mengatakan bahawa gerak tersebut adalah
merupakan gerak Pusaka Hanafi. Kebenarannya adalah bergantung
pada tafsiran yang saya bincangkan dalam tiga (3) sifat Pusaka
Hanafi seperti mana yang saya petik dari kata-kata Ustaz dalam
tulisan saya yang terdahulu. Pengenalan Silat Cekak, isi pelajarannya
dan sistem penyampaiannya.
ii. Konsep Mempertahankan Diri
Saya sangat tidak bersetuju jika kita mengatakan bahawa
Silat Cekak adalah satu seni mempertahankan diri, baik daripada
segi loghatnya atau pun daripada segi konsepnya. Ustaz pun tidak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 130
begitu gemar untuk menggunakan konsep tersebut. Hal yang
demikian pernah disuarakan Ustaz pada saya.
Mempertahankan diri membawa implikasi pertahankan diri
sahaja. Prinsipnya, kita lebih banyak menerima serangan dan
akhirnya boleh menjadikan diri seorang yang bersifat penakut.
Penggunaan konsep mempertahankan diri dikatakan merujuk pada
sukatan pelajaran dalam Silat Cekak. Pelajarannya seolah-olah
seperti banyak mempertahankan diri hingga dikatakan lebih sembilan
puluh sembilan peratus Silat Cekak berkonsepkan pertahanan diri.
Manakala pelajaran menyerang dikatakan hanya satu peratus sahaja.
Betulkah fahaman ini. Persoalannya betulkah dalam sistem
pelajaran Silat Cekak, lebih daripada sembilan puluh peratus isi
pelajarannya adalah mempertahankan diri. Cuba kita fikir-fikirkan
berdasarkan sumber rujukan daripada Ustaz.
Bagaimana dengan konsep buah potong. Bukankah kita kena
tumbuk dulu. Kalau kena tumbuk dulu, bukankah itu namanya
menyerang. Kalau musuh menepis maka kita akan bertindak.
Bukankah itu namanya menyerang. Apa bezanya konsep kita
menyerang, musuh mengelak ke kiri atau ke kanan dengan konsep
kita menyerang, musuh menepis. Bagaimana pula dengan konsep
kita menyerang tapi musuh mengundur atau lari ke belakang atau
atau atau yang lainnya.
Fahami betul-betul konsep yang ada dalam persilatan Silat
Cekak. Jangan mudah membuat kesimpulan dan keputusan kerana
ini akan menyelarukan kita. Lainlah pada ahli-ahli persatuan Silat
Cekak yang sememangnya sukakan kecelaruan. Saya tidak berminat
untuk berdebat dalam tulisan ini. Pada saya, mereka yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 131
menganggap Silat Cekak hanya berkonsepkan pertahanan diri,
sungguh tidak sesuai dengan kefahaman yang diuar-uarkan Ustaz.
Pada kefahaman saya Silat Cekak adalah seni bela diri untuk
menjaga diri. Bukannya seni mempertahankan diri untuk pertahankan
diri. Konsep bela diri meliputi sikap pertahan dan menyerang. Ada
masa Silat Cekak mempertahankan diri dan ada masanya Silat
Cekak akan menyerang. Aplikasinya buat diri kita, apabila ada orang
yang cuba membuat tohmahan kepada kita maka tepislah tohmahan
tersebut terlebih dahulu dengan kaedah yang ada. Tapi jangan kita
sahaja yang kena. Susun strategi. Bila tiba saat dan ketika dan
apabila ada ruang dan masa, kita perlu menyerang puak tersebut
supaya mereka insaf dan faham akan kesalahan atau perbuatan
buruk yang mereka lakukan.
Wujudlah sifat dan sikap pada ahli dulu-dulu. Kalau kita
aplikasikan konsep tersebut, ‟jika diri kita diserang dan serangan itu
agak janggal dan tersimpang, lebih baik kita serang dulu. Jika
seseorang itu melampaui batas kepada kita maka hendaklah kita
melampaui batas ke atasnya pula sebagaimana dia melampaui batas
ke atas kita. Tetapi hendaklah dalam keadaan kita bergantung diri
pada Tuhan yang Esa. Tujuan kita semata-mata untuk menegakkan
kebenaran dan menjelaskan fitnah yang bermaharaja lela.‟ Itupun
pada manusia yang berilmu dan berfikiran luas.
iii. Konsep Menyerang.
Menyentuh tentang fahaman serang-menyerang, cara
menumbukpun terdapat pelbagai versi. Masing-masing mewakili
kefahaman yang berbeza. Dalam tulisan yang terdahulu saya telah
membincangkan pelbagai tafsiran tentang konsep melepaskan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 132
tumbuk serang. Oleh itu, saya tidak melanjutkan perbincangan dalam
tulisan ini.
iv. Konsep Menunggu Serangan
Konsep menunggu serangan juga adalah terikat dengan
pelbagai pendapat. Ramai yang memegang konsep cecah.
Penggunaan istilah itu amat berbeza pengertian daripada pelbagai
ungkapan. Misalnya, ‟Bila cecah, baru ambil.‟ atau ‟Bila cecah, ambil‟.
Atau ‟Pastikan ambil ketika penumbuk mencecah tubuh kita.‟ Macam-
macam lagi ungkapan yang diguna pakai sebagai maksud memberi
arahan atau memberi penerangan kepada para penuntut.
Pada mereka yang menggunakan istilah kena, akan terus
menggunakan istilah tersebut ketika memberi arahan. ‟Bila kena baru
ambil. Masa musuh menyerang, jangan bagi kena.‟
Kesemua ayat tersebut mempunyai implikasinya tersendiri.
Sebutan ayat-ayat tersebut akan menjadi arahan. Manakala arahan
itulah yang akan mengarah kepada tindakan gerak setiap penuntut.
.
Kadang-kadang saya terfikir, siapalah yang akan mengawal
mutu Silat Cekak dari masa ke masa. Pastilah yang berhak ialah
Guru Silat Cekak itu sendiri. Kalau di cawangan-cawangan atau
pusat-pusat latihan, para Jurulatih akan memainkan peranan utama.
Oleh itu pada pendapat saya, mereka perlu menguasai ilmu dan
pengalaman yang banyak dalam persilatan Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 133
v. Buah Jatuh
Kita ambil contoh pada buah Pertama. Secara kasarnya kita
boleh membuat gambaran pada penuntut Silat Cekak, tentang
penguasaan buah tersebut yang akhirnya jatuh ke tanah setelah
dipijak pelipat seiring dengan pukulan dirusuk. Tapi bagaimana aspek
penerangan dan kemantapan buah tersebut seperti yang
dikehendaki. Saya cuba membuat bandingan berdasarkan
pengalaman saya menyampaikan buah tersebut.
Pada saya, tampar A perlu kejutan. Ini hanya boleh terjadi jika
pasangan menumbuk di bahagian dada kiri kita. Tapi banyak yang
tidak menjadi apabila penumbuk yang dihulur kalau tidak ditepispun
akan meyimpang daripada badan. Perbuatan yang seleweng ini
jarang ditegur. Saya tersangat tegas dalam soal ini. Tumbukan yang
menyerong amat saya benci. Akan saya tinggikan suara membuat
teguran. Tapi mungkin ada jurulatih yang tidak ambil kisah.
Lanjutan daripada kaedah A, tepisan, pukulan dan gerak kaki
pada pelipat mesti serentak. Tapi ingatlah prinsip kita. Mana boleh
tiga gerak dalam satu saat dan ketika yang sama. Ada ‟timing‟ dalam
gerak-gerak tersebut secara berturutan dalam kiraan saat dan ketika.
Masih lagi nampak serentak. Saat dan ketika adalah ukuran yang
begitu pantas sekali dan merupakan konsep yang hanya boleh
diterangkan secara praktikal sahaja.
Dalam konteks pukulan dan gerak kaki pada pelipatpun akan
mendatangkan banyak tafsiran. Pada saya, pukulan tangan mesti
digenggam. Letak kaki kita di bahagian pelipat mesti rapat di
punggung pasangan. Tapi ada jurulatih yang lain pengamalannya.
Ada muridnya yang patah tulang rusuk akibat pukulan di rusuk. Maka
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 134
jadilah pengajaran buah Pertamanya sebagai sesuatu yang
memfobiakannya. Disuruhnya penuntut membuka tangan. Takut
patah lagi tulang rusuk penuntut.
Perbuatan menjatuhkan buah tersebut mesti diasaskan pada
gerak asas. Timbul lagi perbezaan penekanan. Ada Jurulatih yang
pentingkan jatuhan sahaja. Janji jatuh walaupun asasnya serabut.
‟Gasaklah engkau pada buah asas. Janji jatuh.‟
Namun begitu, saya tidak akan sahkan jatuhan kalau
asasnya tidak betul. Malah kalau lutut kaki yang menekan pelipat
adalah renggang dari punggung pasangan, maka jatuhan itu dikira
tidak betul. Buat balik. Biar berpuluh kali.
Masa jatuh ada pulak jurulatih yang mengajar cara jatuhan.
Jatuhan mesti telentang. Tapi ada yang tidak peduli. Mana ada orang
silat jatuh telentang. Tambahan pula silat Melayu yang asli. Setiap
jatuhan yang diajar dalam pelajaran mereka, mesti mengereng.
Setelah telentangpun banyak songehnya. Ada yang suruh tumbuk,
ada yang suruh pijak dan ada yang berdiri tegak melihat gerak lawan
berikutnya. Semuanya bergantung pada hala tuju yang ada pada
benak setiap Jurulatih tersebut. Begitu juga buah-buah jatuh yang
lain. Belum masuk lagi buah potong.
Jelas di sini betapa penekanan Jurulatih pada gerak sesuatu
buah itu akan memainkan peranan sama ada buah yang dibuat itu
mantap atau sebaliknya. Inilah yang membezakan kualiti seseorang
penuntut yang dihasilkan. Itu baru buah pertama. Nampak sangat
pengalaman dan pengetahuan silat yang ada pada setiap Jurulatih itu
akan memainkan peranan penting.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 135
vi. Perkaitan Dengan Agama.
Ada juga dalam kalangan ahli yang cuba mengaitkan Silat
Cekak dengan konsep dan amalan agama. Senang-senang mereka
membuat kesimpulan tentang kefahaman Islam dalam Silat Cekak.
Pada mereka, perjuangan Silat Cekak adalah perjuangan agama.
Dalam proses mengaitkan Silat Cekak dengan agama,
pelbagai tafsiran boleh timbul. Ahli-ahli ini cuba menimbulkan
pelbagai bentuk daya pemikiran kreatif dalam Silat Cekak. Kreativiti
adalah baik. Tapi kalau kreativiti yang terbentuk merupakan kreativiti
yang tidak jelas maka rosaklah Silat Cekak apabila kefahaman
tersebut cuba disebarkan dalam kalangan ahli.
Kita sering mengaitkan Kaedah dalam Silat Cekak sebagai
perbuatan sembahyang. Dalam hal ini, berhati-hatilah dengan bentuk
penerangan kita. Ramai juga dalam kalangan tertentu yang tidak
menggemari kenyataan tersebut. Mereka tidak suka mengaitkan
gerak sembahyang dengan perbuatan sembahyang. Mereka
mengangap kenyataan itu sebagai tidak beradab.
Ada juga dalam kalangan persilatan Melayu yang lain,
menganggap gerak mereka juga adalah gerak sembahyang.
Fahaman mereka adalah berbeza dengan fahaman kita. Mereka
menganggap pergerakan mereka yang tidak melebihi tiga gerak
sudah memadai dianggap sebagai pergerakan sembahyang. Oleh itu
berhati-hatilah ketika membuat penerangan agar kita tidak
terperangkap dengan pertengkaran.
Timbul lagi satu fahaman baru persatuan Silat Cekak yang
lain. Silat Cekak telah cuba dihubungkan dengan air mutlak. Menurut
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 136
mereka, air mutlak membawa maksud, Silat Cekak adalah satu
warisan yang bersih dan suci daripada unsur-unsur tahyul dan
khurafat kerana ia bertunjangkan tauhid. Ia bebas daripada segala
ajaran sesat lagi menyesatkan dalam konteks agama Islam yang
suci.
Dengan kata lain mereka yang telah mempelajari Silat Cekak
telah membebaskan diri masing-masing daripada mana-mana seni
bela diri yang mempunyai ciri-ciri tahyul dan khurafat. Wau, hebat
sekali! Itulah konsep baru yang cuba diketengahkan.
Selama berada dalam Silat Cekak, inilah pertama kali saya
tahu akan wujudnya pengertian Silat Cekak bersumberkan jenis air.
Dalam konsep akademik silat, keupayaan melahirkan idea-idea baru
yang sebegitu adalah sangat digalakkan. Semuanya boleh
dikeluarkan berdasarkan logik. Inilah fahaman bentuk akademik yang
sangat sesuai dengan konsep akademik. Idea atau teori yang
dihasilkan dikira logik jika dapat dihubung kait dengan situasi. Mana
boleh diadakan kawalan pendapat kerana pada mereka Silat Cekak
adalah hak masyarakat. Kalau telah menjadi hak masyarakat maka
mereka yang juga ahli masyarakat, bebas mengeluarkan pendapat.
Perjuangan silat untuk masyarakat. Majulah silat untuk masyarakat.
Saya berpandangan bahawa apabila kita mentafsir sesuatu
dalam persilatan Silat Cekak, eloklah kita hubungkan dengan diri kita
sendiri. Kita selalu lupa akan diri kita. Itu sebab sekarang ini ramai
yang banyak bercakap dalam semua segi tanpa mengukur kebolehan
diri. Sebenarnya, mentafsir dan berteori dengan merujuk pada
aplikasi diri sendiri adalah merupakan ajaran Silat Cekak seperti yang
saya fahami sejak dulu lagi. Untuk mereka yang menjiwai Silat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 137
Cekak, saya percaya fahaman apapun yang ada dalam Silat Cekak
tetap akan dirujuk pada diri kita sebagai pengamalnya.
Kita perlu faham akan sifat diri kita jika ingin dihubungkan
dengan konsep air. Dalam konteks Silat Cekak, kalaulah kita boleh
diibaratkan sebagai air maka air yang macam mana agaknya
kedudukan kita sebagai pengamal Silat Cekak. Kalau berdasarkan air
mutlak, konsepnya merujuk pada diri dan orang lain. Di samping kita
membangunkan diri sendiri, seiring dengan itu kita boleh memberi
sumbangan kepada orang lain. Itulah sifat air mutlak.
Pembangunan diri dalam Silat Cekak merujuk kepada
kehebatan kita menguasai pergerakan fizikal dan kefahaman yang
ada dalam silat itu sendiri. Kalau diri sendiri hebat, maka kita perlu
juga menghebatkan orang lain. Peranan Jurulatih amat besar
maknanya. Mereka ini boleh diibaratkan dengan lebah yang memberi
manfaat kepada objek yang dihinggapnya. Malah sarangnya juga
boleh dijadikan ubat melalui madu yang dihasilkan. Akan tetapi ada
juga kalangan kita yang hebat bersilat tapi gagal untuk
menyampaikan ilmu kepada ahli yang lain.
Pada satu ketika dulu ada Jurulatih yang tidak dibenarkan
Ustaz untuk menyampaikan ilmu silat dalam kalangan ahli. Hal yang
demikian kerana sifatnya yang hanya boleh membuat gerak silat tapi
gagal atau lemah ketika menyampaikan pelajaran pada ahli yang lain.
Buat boleh, terang tidak boleh. Orang-orang yang sebegini hanya
layak mendapatkan ilmu untuk dirinya sahaja. Lebih-lebih lagi kalau
golongan ini tidak pandai bercakap untuk menyampaikan fahaman
silat. Kalau bercakap juga akan menambahkan kekecelaruan dalam
kalangan penuntut. Jenis kumpulan ini boleh diibaratkan air
mustakmal agaknya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 138
Terdapat juga golongan yang kurang mendatangkan faedah
kepada persatuan. Mereka ini umpama lalat yang hinggap pada
sesuatu yang akan menghasilkan suasana yang buruk. Hinggap pada
makanan maka makanan tersebut akan tercemar. Masuk persatuan,
persatuan akan hancur. Keahlian mereka mencemarkan masa depan
silat. Kepentingan diri merupakan objektif utama. Memecahbelahkan
ahli semacam sinonim dengan rupa bentuk sifat mereka. Kalau
dirujuk dengan air maka air mutanajis pasti sifatnya.
vii. Pukulan Dalam Silat Cekak.
Pada pemerhatian saya, terdapat para Jurulatih yang terlalu
ingin membuktikan betapa hebatnya gerak yang ada dalam Silat
Cekak. Dalam keghairahan berbuat demikian, menyebabkan
pembuktian dalam penerangan dan tindakannya turut „bertambah‟.
Perkara yang tiada telah diadakan. Niatnya baik untuk membuktikan
bahawa Silat Cekak amat mementingkan pukulan. Tapi sifat
menambah atau mengurang pukulan adalah berdasarkan sifat atau
„kepala angin‟ Jurulatih berkenaan sahaja. Tentunya tindakan
tersebut akan menyebabkan perbezaan gerak sesama penuntut.
Saya ambil contoh pada buah Kidung Kiri. Kelemahan yang
sering berlaku pada penuntut ketika mengambil buah ini ialah
keseimbangan badan. Setelah ditepis dengan menggunakan kaedah
A, perlu dibuat tetakan pada lengan sebelum jatuhan. Namun begitu,
akibat kegopohan, ramai dalam kalangan penuntut yang semacam
hendak jatuh ke belakang. Tidak ada keseimbangan. Sepatutnya,
tangan lawan yang ditepis, perlu ditolak sikit ke depan dalam proses
membuat tetakan. Baru ada keseimbangan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 139
Teringat saya pada seorang Jurulatih lama yang pernah
berada dalam satu kumpulan mengajar dengan saya. Beliau memberi
arahan tambahan. Bagi memudahkan tetakan, diarahnya siku kiri
disendal di rusuk lawan. Setakat itulah perkembangan tambahan
pada buah berkenaan sepanjang saya berada di pusat. Maknanya,
pada kesimpulan saya, Jurulatih itu sendiri yang membuat
penerangan tambahan sedemikian bagi mengekalkan keseimbangan
badan.
Ketika saya berada di cawangan, rupa-rupanya telah ada
penerangan tambahan. Difahamkan, telah ada pelarasan tambahan
yang meluaskan penerangan tentang perbuatan sedemikian. Siku
yang disendal di rusuk lawan adalah mesti dan dianggap satu
pukulan yang boleh membahayakan lawan. Ada lagi tambahan
kefahaman.
Setelah tangan ditepuk; bukannya ditetak maka diarahkan
buatlah lurutan hingga ke pergelangan tangan. Aww. Sedapnya.
Lepas ditepuk maka dilurut. Saya difahamkan juga bahawa
perbuatan menyiku di rusuk lawan telah berjangkit pada buah
Sendeng Atas. Pulak dah!.
Susah nak komen. Tak nampak logik akan kesan pukulan siku
tersebut. Nak buat macam mana. Penerangan sendiri berdasarkan
tafsiran sendiri. Syok sendiri. Namun begitu, ketika buah jatuh,
pukulan siku itu tidak pula diberi penekanan. Kepentingan yang
sekerat jalan. Hanya berguna pada pelajaran asas. Masa buah jatuh,
tidak diberi penekanan.
Saya tidak pernah ikut atau membuat penerangan sedemikian
di mana-mana kelas yang saya kendalikan sejak di pusat hingga ke
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 140
cawangan. Pertamanya, sepanjang saya belajar dari Ustaz, tidak
pernah ada penekanan seperti itu. Tidak ada asal usulnya dari Ustaz.
Saya selalu membuat penekanan bahawa Ustaz sendiri telah
membuat tapisan. Kalau tidak ada pukulan, maknanya memang tidak
perlu pukulan. Kalau buah berkenaan perlu pukulan, buatlah pukulan.
Ada sebabnya keperluan pukulan berkenaan. Jangan diubah suka-
suka hati.
Keduanya, penambahan gerak pukulan siku ke rusuk lawan
akan melambatkan tindakan jatuhan. Buah ini perlu diberi perhatian
kerana geraknya sangat rapat. Kalau lambat, mengakibatkan kita
boleh „dirapatkan‟.
Ketiganya, ada juga dalam kalangan penuntut yang membuat
pukulan serentak di lengan dan di siku. Akibatnya, kedua-dua
pukulan tidak memberi kesan. Ingat falsafah silat kita. Apabila berlaku
dua gerak dalam satu ketika yang sama, salah satu gerak tersebut
akan menjadi lemah. Boleh jadi juga kedua-dua gerak tersebut tidak
menjadi.
Namun begitu, pengaruh gerak sikunya amat berleluasa
hingga sekarang. Hingga ada kalangan Jurulatih sekarang yang
menegaskan „tusukan‟ siku itu boleh mematahkan tulang rusuk.
Tambah lagi penerangan. Adatnya, mana mungkin siku pesilat boleh
mematahkan tulang rusuk lawan ketika tangan kanan „sibuk‟
membuat tetakan di lengan, manakala tangan kiri pula memegang
erat lengan pasangan. Lebih-lebih lagi apabila musuh kita membuat
lentikan. Lentikannya itu kerana gerak semula jadi atau kerana geli
akibat sikuan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 141
Pada hal, gerak utama ialah tetakan di bahagian lengan.
Kalau disambung dengan jatuhan, kepantasan tangan kanan kita
memegang pergelangan tangan lawan dan kecekapan tangan kiri kita
bertukar menjadi Kuntau Kiri adalah sangat diutamakan. Ingat.
Tumbukan musuh juga tidak bermalam. Kebiasaan mereka, selepas
melepaskan tumbukan, tangan kanan akan dipusing untuk membuat
pukulan di muka kita. Tidak sempat sendal siku di rusuk. Kalau
disendal juga, alamat gerak kita akan bermalam. Berhentilah proses
gerak membuat jatuhan. Adatnya, muka kita akan menjadi sasaran.
Akibatnya, kita yang „bermalam‟. Maka larilah falsafah „Makan Gerak
Dalam gerak‟. Lari ke Bangkok. Tak larat nak kejar.
Cuma, yang menghairankan saya, bagaimana pengaruh
penerangan Jurulatih berkenaan tentang pemakan siku pada buah
Kidung Kiri, menjadi amat luas sekali ikutannya. Dikaitkan pula dalam
gerak Sendeng Atas. Dulupun, hanya Jurulatih itu seorang saja yang
mempopularkan gerak sedemikian. Keseluruhan Jurulatih lain yang
sama taraf dengannya, tidak ikut. Tapi, lama-lama jadi ikutan. „Kepala
angin‟ Jurulatih berkenaan. Ketika saya mengajar bersama
dengannya, saya tidak pernah beri penekanan sedemikian tatkala
sampai pada buah berkenaan.
Mungkin kita berpendapat semacam sikit saja penambahan
gerak pada buah berkenaan. Pada pendapat dan pengalaman saya,
perbuatan demikian akan mengundang bahaya pada diri kita.
Kelewatan membuat pukulan di lengan dan kelewatan menjatuhkan
lawan, akan mengundang malang. Selalu saya membuat pembuktian
dalam kalangan anak didik saya.
Pernah saya ditanya oleh penuntut Silat Cekak dari kelas lain
tentang pemakan buah Kidung Kiri tersebut. Saya suruh buat. Kalau
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 142
boleh patahkan tulang rusuk, cuba patahkan. Tidak terasa sakitnya
langsung. Tapi terasa geli. Begitulah keadaannya jika kita tidak tahu
akan punca gerak. Guru tidak cakap, tapi Jurulatih yang menambah
penerangan bagi maksud menghebatkan buah berkenaan. Niatnya
baik. Tapi caranya merugikan penuntut silat. Tidak ada kesan yang
mantap. Lagi pun, tidak ada asal usulnya. Mana mungkin
keberkesanan pukulan siku dalam keadaan tangan kita melakukan
„kerja lain‟.
Sebenarnya, pukulan siku pada rusuk menyebabkan timbul
juga persoalan pada penuntut yang ada pengalaman silat lain.
Mereka nampak akan ruang tindak balas. Walau bagaimanapun,
cubaan mereka untuk bertindak balas akan menjadi sia-sia sahaja
jika kita memiliki gerak ketepatan dan kecepatan dalam proses
membuat jatuhan. Tangan kanan lawan akan terkunci gerak ketika
proses membuat jatuhan.
Pernah berlaku, apabila gagal membuat tindakan balas,
barulah penuntut berkenaan menceritakan tentang maksud gerak
tindak balas yang tidak menjadi. Menurutnya, selama ini, mereka
yang leka membuat pukulan siku dirusuk, mudah baginya membuat
tindak balas. Tangan kanannya yang lambat dipegang,
membolehkannya membuat pukulan secara memusingkan tangan.
Ramai kawan yang sama belajar dengannya menjadi „mangsa‟. Tapi
gagal dek kerana kita membuat gerak sebenar pukulan Kidung Kiri.
Pada pemerhatian saya, selepas zaman Ustaz, banyak
pelarasan buah yang dijalankan. Terutamanya di zaman Pak Ak.
Kadang kala pelarasan itu adalah di luar dari pengetahuan Guru
Utama. Pelarasan banyak dilakukan mengikut kepala angin Jurulatih
tertentu. Kini, boleh dikatakan kesemua kalangan mereka, telah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 143
berada di sebelah sana. Seperti dikata, oleh sebab arahan pelarasan
bukannya datang dari Guru Utama, program sedemikian adalah di
luar perhatian saya. Banyak juga pelarasan yang tidak dipersetujui
Guru Utama. Saya pernah menyentuh hal yang demikian dalam
tulisan yang terdahulu.
Kini, saya tidak aktif mengajar silat. Pengetahuan yang sedia
ada, dirasakan perlu dikongsi bersama. Sekurang-kurangnya dapat
menambahkan pengetahuan para ahli Silat Cekak. Isi penulisan
adalah berdasarkan pendapat saya yang selama ini berusaha
mempertahankan gerak Silat Cekak yang saya terima dari Ustaz.
Saya telah berusaha menyesuaikan diri dengan gerak yang
dikehendaki Ustaz. Bukannya menyesuaikan gerak tersebut dengan
kebolehan diri.
Di sebalik perbuatan menambah-nambah gerak pukulan
ketika memberi penjelasan, yang peliknya pada saya, penekanan
pukulan yang sah pada beberapa buah jatuhan mula diabaikan.
Contohnya ialah buah Pertama yang tidak diberatkan pukulannya.
Tiba-tiba, saya difahamkan bahawa pukulannya adalah secara buka
tangan. Pelbagai alasan diberikan bagi membenarkan perbuatan
demikian. Biasanya, maksud keselamatan adalah diutamakan. Saya
tidak boleh komen banyak. Semasa saya menuntut Silat Cekak
dulunya, tidak pernah wujud pukulan buah Pertama secara buka
tangan.
Begitu juga dengan pukulan pada buah-buah yang
menggunakan Kaedah A. „Cucukan‟ pada tengkok telah diketepikan.
Bila masuk pelajaran potong, baru dikehendaki berbuat demikian.
Tidak tetap pendirian. Sifat itu boleh mendidik para penuntut
berwatak tidak tetap pendirian.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 144
Buah Kidung Kiri juga ada perubahannya. Nampaknya,
tetakan di lengan, diganti dengan „tepukan bebas di mana-mana
tempat.‟ Tidak ada penekanan. Tepuklah di mana-mana. Tidak kisah.
“Aww”. Bunyi suara akibat tepukan berkenaan. Bila dilurut maka
bertambahlah awwnya. Pada hal, tetakan tersebut adalah merupakan
satu gerak pukulan yang amat penting. Boleh menyebabkan lawan
kita mudah dijatuhkan.
Saya pernah menulis tentang pengalaman saya menerima
tetakan Kidung Kiri dari Ustaz. Saya dapat rasakan betapa pukulan
sedemikian menyebabkan lutut secara automatik menjadi lemah dan
mudah dijatuhkan. Tidak banyak menggunakan kekuatan. Tidak
teruk-teruk pulas tangan atau sebagainya. Sepatutnya, tugas
Jurulatih ialah memberi penekanan pada tempat yang patut dibuat
tetakan. Beri perhatian pada situasi yang membolehkan wujud
perkaitan antara tetakan di lengan dengan kelemahan pada lutut.
Latihlah secara bersungguh hati. Tetak betul-betul. Cuma, kawal
kekuatan tetakan. Bukannya beratus kali kita membuat tetakan.
Adatnya empat atau lima kali perbuatan sedemikian kerana banyak
lagi buah lain yang perlu kita buat latihan.
Kalau dikira faktor keselamatan, semasa kami menuntut Silat
Cekak dulunya, kami juga adalah penuntut di pusat pengajian. Tulang
masih muda. Alhamdulillah, tidak ada yang tercedera. Ikhlas belajar
dan ikhlas mengajar agaknya. Bagi mengelak kecederaan, pukulan
boleh diperlahankan. Perkara penting ialah jangan diubah bentuk
pukulan. Cuma, kadar atau peratus pukulan boleh dikurangkan.
Kalau terlajakpun pasti tidak memudaratkan. Nampaknya, pukulan
yang tidak sepatutnya dibuat telah ditambah manakala pukulan yang
sepatutnya dibuat telah diabaikan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 145
Kini, Silat Cekak rancak bertapak di sekolah-sekolah. LPT
boleh memikirkan susunan pelajaran yang bersesuaian dengan umur
dan kekuatan badan pesilat sedemikian. Asasnya, murid-murid
sekolah masih terikat dengan peraturan sekolah. Kita tidak ada hak
sepenuhnya pada mereka. Kalau sudah tamat sekolah, tidak ada
kawalan dari pihak lain. Oleh itu, bolehlah difikirkan penyesuaian
tanpa mengorbankan konsep dan falsafah Silat Cekak.
Masa saya dulu, tidak dinafikan betapa adanya pukulan-
pukulan yang tidak digalakkan secara padu pada sasaran. Hal yang
demikian adalah kerana faktor kemudaratan yang jelas. Misalnya,
pukulan Sendeng Atas. Pukulan tetap dibuat secara laju, tapi
dihentikan di bawah dagu. Tetap di bawah dagu. Kalau terlajakpun,
situasi berkenaan teramat kurang.
Setahu saya, tidak pernah berlaku dalam sejarah, penuntut
silat kehilangan dagu atau kehilangan gigi akibat latihan buah
berkenaan. Lebih baik situasi penerangan sedemikian daripada
situasi membuat pukulan Sendeng Atas yang jauhnya „berbatu‟ dari
dagu. Apabila masuk pelajaran potong, penuntut diarah membuat
pukulan di bawah dagu. Hal yang demikian akan menyebabkan
penuntut terkeliru. Dari segi psikologi pendidikan, perbuatan tersebut
mendidik para penuntut kita bersifat tiada pendirian. Maknanya,
pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan. Sifat berpura-puralah
namanya itu. Itulah salah satu sifat utama yang mendorong kepada
punca pepecahan dalam persilatan Silat Cekak.
Walau bagaimanapun, untuk pukulan Paras, kita
menerangkan kepada penuntut bahawa pukulan itu adalah secara
tetakan atau pukulan secara tangan dibuka di bahagian tengkok atau
di bahagian belakang kepala. Sasarannya adalah berbeza bagi
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 146
kedua-dua jenis pukulan itu. Kesannya juga adalah berbeza mengikut
pukulan tersebut. Tetakan boleh membawa kematian, manakala
tamparan boleh membawa pengsan.
Oleh sebab berbahaya, penuntut hanya diberi penerangan
tetapi dilarang membuat pukulan di tempat berkenaan secara
bersungguh. Kita tidak mahu menanggung risiko. Walaupun mungkin
ada yang ingin pembuktian, tapi kita perlu berhati-hati. Kita lebih tahu
akan kesan kemenjadiannya. Namun begitu, pukulan tetap dibuat
tetapi bukan di bahagian tengkok. Hal yang demikian bagi mengelak
kemudaratan.
Pernah berlaku seorang penuntut yang tidak mempercayai
akan kesan pukulan tersebut. Beliau inginkan pembuktian. Tidak ada
jalan lain, melainkan menunjukkan bukti pukulan sebenar. Nampak
kesannya. Tersungkur ke depan dalam keadaan nampak bintang dan
tidak ketahuan diri. Itulah kesan yang boleh membawa kepada
kemudaratan. Perbuatan dalam kelas yang perlu diberi perhatian.
Samalah juga dengan Buah Lintau. Pukulan pada bahagian
belakang boleh mengundang pitam atau pengsan. Saya sendiri
pernah merasainya. Oleh itu, pasangan penuntut disaran supaya
menahan dengan tangan di bahagian sasaran belakang tersebut
supaya pukulan Lintau dapat dilakukan. Kita buat tambahan gerak
pada pasangan demi keselamatan dirinya. Bukan tambahan gerak
pada diri sendiri. Kalau dengan lawan, tidak perlulah kita beri ingatan
supaya tangan menahan bahagian belakang. Kecualilah ketika kita
membuat buah jatuh Gayung Patani. Kita beri arahan pada lawan.
“Jangan tendang rusuk ye!. Dah tak ada pelajaran.”
“Ok.” Kata sahutan lawan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 147
Pada saya, bentuk pukulan tidak perlu diubah suai. Jika ada
gerak pukulan, nyatakan gerak sebenar pukulan tersebut. Jangan
disembunyikan. Cuma, kadar atau peratus pukulan boleh
dikurangkan. Begitu juga sasaran pukulan yang perlu diberi
perhatian, terutamanya pukulan yang melibatkan tengkok. „Boleh
jalan‟. Banyak mudaratnya pada kita yang bertanggungjawab sebagai
seorang Jurulatih. Terpaksa menanggung beban. Perlu diberi
pengawasan.
Kesimpulan kefahaman yang melencong.
Seperti yang saya selalu saya tegaskan, kepelbagaian
persatuan Silat Cekak menjadikan pengawalan berpusat pada Silat
Cekak itu sendiri amat sukar dilakukan. Ketika ini ramai pihak yang
boleh membuat ulasan dalam persilatan Silat Cekak. Apatah lagi
apabila ada dalam persatuan Silat Cekak itu sendiri yang mendakwa
bahawa Silat Cekak adalah hak masyarakat.
Mentang-mentanglah Silat Cekak dikatakan hak masyarakat
maka ramai ahli yang boleh sewenang-wenangnya membuat ulasan
tentang Silat Cekak. Oleh itu ramailah ahli yang mengulas tentang
Silat Cekak walaupun belum sampai akal balighnya dalam persilatan
Silat Cekak. Hak masyarakat adalah hak untuk semua. Ahli silat juga
adalah merupakan ahli masyarakat. Cakaplah tentang apa yang nak
dicakapkan. Asalkan logik maka semuanya boleh diambil kira.
Hinggakan ada yang mengulas tentang silat mengikut rasa. Logik
menjadi perkara utama.
Adat dan adab telah kurang diambil kira. Warisan mutlak
dianggap warisan masyarakat. Kalau Silat Cekak dianggap sebagai
warisan mutlak, maknanya pada mereka Silat Cekak itu menjadi
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 148
peninggalan dan hak kepada masyarakat. Hak individu telah
dinafikan kalau mengikut tafsiran mereka. Tertegak hak masyarakat,
terbenam hak individu. Itu sebabnya timbul gerakan pemikiran untuk
menidakkan mandat pada guru yang ada.
Fikiran ahli cuba dicelarukan lagi dengan istilah-istilah warisi
dan pusakai. Hingga ada yang lantang bersuara bahawa “mana-
mana ahli Silat Cekak Hanafi yang mempelajari, memahami dan
menghayati perjuangan Allahyarham Ustaz Hanafi Hj. Ahmad dalam
Silat Cekak Hanafi maka merekalah sebenarnya pewaris warisan
mutlak.” Malah yang lebih berani, sanggup mengatakan Silat Cekak
bukan milik Ustaz Hanafi walaupun perjuangan menegakkan Silat
Cekak hasil usaha dan sumbangan Ustaz yang hakiki.
Saya penuh yakin bahawa dalam konteks silat, fahaman ini
sangat berbahaya. Tujuan di sebaliknya amat ketara. Kalau bukan
lagi hak Ustaz Hanafi maka kita tahu apa tujuannya. Saya berasa
yakin bahawa tujuannya semata-mata untuk menafikan mandat yang
diterima oleh Guru Silat yang ada. Pandangan dan pemikiran
tersebut perlu diuar-uarkan segera. Guru Kontrak perlu diberi
pengiktirafan. Kalau menjadi hak masyarakat maka pelantikan Guru
Kontrak barulah memberi makna. Selepas ini saingan menjadi Guru
Utama adalah secara terbuka. Sesiapa pun boleh menjadi peneraju
utama, asalkan seperti yang cuba ditegaskan mereka, orang itu
mestilah pelajari, memahami dan menghayati peninggalan Ustaz
Hanafi. Apakah kayu ukurnya ke atas ketiga-tiga aspek tersebut.
Mereka saja yang mengerti.
Tapi, siapa pula yang berani menyanggahnya. Sebagai ahli
yang telah sekian lama berkecimpung dengan Silat Cekak, terasa
sedih juga dibuatnya. Hendak buat macam mana. Yang faham pun
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 149
sudah tidak tentu hala pegangannya. Ramai yang telah mempelajari
aspek fizikal dan fahaman Silat Cekak. Berlori-lori banyaknya.
Penyudahnya, faham langsung takde. Apatah lagi untuk
menghayatinya. Ada yang faham tapi sukar untuk menghayati kerana
kawan dan kepentingan diri. Kerana itulah agaknya ramai pencinta
Silat Cekak yang menganggap bahawa kita semakin lari daripada
trek yang diasaskan Ustaz Hanafi.
Begitulah perkembangan terbaharu yang dapat saya kesan
dalam perkembangan Silat Cekak masa kini. Salah atau benar, fikir-
fikirlah sendiri. Pada saya itulah hakikatnya yang ada. Perkembangan
inilah yang banyak mempengaruhi rupa bantuk Silat Cekak.
Persatuan-persatuan Silat Cekak yang tidak ada mandat sering
mengenepikan adat dan adab yang telah terbentuk sejak zaman
Ustaz.
Malah, konsep mandat yang merupakan perdu dalam adat
dan adab bidang persilatan Silat Cekak, telah diketepikan. Kalau
penafian ini boleh dilakukan maka saya yakin akan banyak lagi
perubahan yang akan berlaku dalam Silat Cekak sama ada bidang
persilatannya atau pun bidang kefahamannya.
Ketika ini semakin ramai ahli yang bertanya-tanya akan
keaslian Silat Cekak. Mana satu asal usul Silat Cekak yang
sebenarnya. Seperti yang selalu saya tegaskan, dalam politik silat
kita, apabila mandat telah tiada, pemilihan Guru dalam persatuan
berkenaan adalah terbuka. Sesiapapun boleh menjadi Guru. Untuk
menunjukkan pengaruh, wang adalah merupakan faktor utama. Saya
yakin akan tersebarlah politik wang dalam kalangan bakal Guru
dalam Silat Cekak yang tidak ada mandat.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 150
Sama ada tulisan ini berkesan atau tidak, bukan tujuan utama.
Selain daripada menjadi tulisan sejarah satu masa nanti, mungkin
ada antara ahli yang dapat jadikan panduan. Tidak ramai ahli-ahli
silat yang faham tentang Silat Cekak sejak zaman Ustaz.
Kadang-kadang saya terfikir tentang orang-orang sibuk tapi
suka menyebokkan diri. Setiap kita biasanya ada tugas tertentu yang
diamanahkan oleh kerajaan atau sektor swasta. Ramai penggerak
dalam Silat Cekak mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Ada
yang menjadi peguam, ada yang menjadi pegawai tertinggi kerajaan,
ada yang menjawat jawatan-jawatan penting dalam sektor swasta
seperti perbankan dan macam-macam ada, sesuai dengan
kebolehannya. Tugas-tugas tersebut adalah sebagai ‟core business‟
mereka.
Tetapi kenapa mereka ini tersangat pentingkan pengurusan
Persatuan Silat Cekak dan silat itu sendiri hingga cuba campur
tangan dan menguasai perjalanannya. Pada hal Silat Cekak telah
ada Guru Utama yang sah dan benar. Beliau boleh menumpukan
perhatian pada silat dan merupakan profesyennya. Sepatutnya tugas
orang lain hanya membantu Guru Utama.
Kalau kita kata bahawa kita ada tanggungjawab untuk
membetulkan keadaan, siapalah kita untuk mengatakan demikian.
Tidak ada siapa yang melantik diri kita untuk berbuat sedemikian.
Ada satu teori X dan Y tentang pelakuan tersebut. Saya
pernah mempelajarinya waktu saya belajar dulunya. Teori itu merujuk
pada sifat seorang manusia dan bukannya pada generasi manusia.:
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 151
“Manusia dibahagi kepada dua golongan iaitu manusia X
yang bersifat negatif dan manusia Y yang bersifat positif. Manusia X
kebanyakannya secara semula jadi tidak suka bekerja, kurang
bercita-cita, suka dikerah dan disuruh, suka menentang perubahan
dan tidak begitu bijak. Manakala manusia Y terdiri daripada menusia
yang suka bekerja dan mencarinya, mereka juga sukakan sifat
penyertaan bersama, mereka dapat menentukan matlamat sendiri
dan bertanggungjawab serta amanah dan mereka ialah manusia
yang kreatif.”
Kalau ditafsirkan, manusia Y adalah bersifat positif.
Malangnya walaupun ramai manusia Y dalam Silat Cekak tapi
akhirnya membawa mereka kepada matlamat sendiri untuk berkuasa
dalam Silat Cekak. Apabila diberi peluang untuk berkongsi kuasa,
habis semuanya, dengan guru sendiri hendak dikuasainya.
Begitulah betapa cantiknya teori tersebut tapi tidak menjadi
dalam Silat Cekak. Kalaulah kepakaran yang ada digunakan
sepenuhnya untuk membangunkan Silat Cekak, sudah tentu silat kita
semakin hebat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, sifat buruk
tetap ada dan sukar dihindari. Menentukan matlamat sendiri
bermakna selaras dengan matlamat organisasi dan persilatan kita.
Sebaliknya lain yang terjadi.
Dalam apapun persatuan atau organisasi, ada satu lagi teori
mengenai gelagat manusia yang wujud. Kebiasaannya terdapat
empat (4) kumpulan manusia yang mempunyai pelbagai macam
perangai. Kumpulan pertama ialah kumpulan manusia perintis atau
pencipta atau pencetus. Mereka sukakan perubahan dan lain
daripada kebiasaan. Mereka inilah manusia luar biasa yang sentiasa
memberi sumbangan kepada kemajuan persatuan. Dalam konteks
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 152
Silat Cekak, kumpulan inilah yang sering pertahankan Guru. Jika
mereka terlantik sebagai pengerusi cawangan atau ahli-ahli sebarang
jawatankuasa, hasil kerja yang terhasil adalah amat tinggi nilainya.
Kumpulan kedua ialah kumpulan pemimpin tidak rasmi.
Kumpulan ini juga terbuka kepada perubahan tetapi sering
memikirkan kesannya terlebih dahulu. Mereka menjadi pemimpin
tidak rasmi kerana mempunyai pengikut. Ramai yang menyokong
mereka kerana hubungan dengan ahli begitu rapat dan mempunyai
sesuatu kebolehan yang boleh menarik perhatian ahli. Mereka juga
bersedia menjadi pemimpin untuk menggerakkan sesuatu
perubahan. Kumpulan ini jika bercanggah dengan ketua organisasi
maka kesannya amat besar sekali kerana mereka mempunyai
pengikut. Pengaruh mereka begitu kuat dan boleh meranapkan
persatuan.
Kumpulan pengikut merupakan kumpulan terbesar dalam
mana-mana organisasi. Penglibatan mereka dalam persatuan banyak
bergantung pada pengaruh pemimpin yang ada dalam persatuan
tersebut. Pendirian mereka tidak tetap. Siapa yang berjaya menarik
perhatian mereka, itulah pemimpin mereka.
Satu lagi kumpulan ialah kumpulan penentang. Mereka
menentang setiap perubahan yang ingin dilakukan. Peratusnya kecil
tapi tidak ada pengikut. Dalam Silat Cekak, mereka ini ialah golongan
yang sudah lama diketepikan. Jawatan tidak ada. Mengajar silat pun
tidak bagus. Cakap saja banyak dan cakap pun tidak serupa bikin.
Setiap kumpulan itu mempunyai pandangan dan sikap yang
berbeza-beza tentang rupa bentuk persilatan Silat Cekak. Mereka
akan mentafsir rupa bentuk Silat Cekak berdasarkan kemampuan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 153
berfikir atau tahap pemikiran mereka sendiri. Hal yang demikianlah
yang turut menjadi faktor penyebab pada perbezaan pendapat dalam
persilatan Silat Cekak.
Aspek Psikologi Pembelajaran Silat Cekak.
Pada pendapat saya, pukulan pada buah Pertama tidaklah
seberbahaya pukulan pada buah Paras, Lintau dan beberapa buah
yang lain. Saya bertegas bahawa tidak ada sebab atau tidak ada
keperluan untuk menidakkan pukulan pada buah Pertama. Buah
itulah pertama kalinya diperkenalkan pada para penuntut setelah
mereka mempelajari Kaedah. Sesuatu yang pertama kali, pasti akan
meninggalkan kesan yang mendalam. Itu sebabnya cinta pandang
pertama tidak akan mudah dilupakan sampai bila-bila.
Teringat ketika saya masih belajar dalam kelas silat dulu.
Keseluruhan penuntut kelas saya adalah terdiri dari mereka yang
pernah belajar persilatan Melayu. Macam-macam nama silat yang
mereka pelajari. Namun begitu, timbul minat di hati masing-masing
untuk mengetahui tentang Silat Cekak. Kebetulan pula pada masa
itu, nama Silat Cekak mula muncul dalam situasi, ramai guru-guru
silat Melayu yang mengecam kemunculan Silat Cekak.
Konvensyen silat Melayu yang diadakan di USM, telah
mengenengahkan nama Ustaz Hanafi sebagai guru silat yang penuh
„kontroversi‟. Seorang guru silat yang berani menyentuh perasaan
dan kebiasaan pesilatan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.
Timbul perselisihan atau perbahasan pendapat hingga berlarutan dan
berterusan serta agak meluas antara Ustaz dengan golongan yang
berlainan fahaman atau pendirian dalam persilatan Melayu. Medan
akhbar dan majalah menjadi media utama. Misalnya perbahasan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 154
secara tulisan dalam majalah Dewan Masyarakat. Malah, sering
keluar artikal dalam Berita Harian tentang Silat Cekak yang dianggap
„melampau‟ dalam saingannya dengan silat Kalimah.
Situasi yang ada ketika itulah yang menarik minat para siswa
Universiti Malaya untuk memasuki Silat Cekak. Dari jumlah seramai
lebih daripada lima puluh orang, hampir tiga suku daripadanya telah
berumur. Rata-rata umur mereka melebihi tiga puluh tahun. Ramai
juga yang telah mencecah umur empat puluhan. Latar belakang silat
yang ada menyebabkan mereka memberi perhatian pada
pembelajaran Silat Cekak.
Ketika pertama kalinya kami turun belajar silat, nampak
kelainan pada Silat Cekak. Tersangat mudah. Tidak banyak karenah
tentang adat istiadat persilatan berdasarkan kebiasaan silat Melayu.
Sistem pembelajarannya juga tersangat mudah. Tidak banyak gerak
dan tidak payah keluarkan suara. Senyap. Tumbuk pun senyap.
Menangkis seranganpun senyap. Hanya kedengaran „tampar
nyamuk‟ ketika buat Kaedah A dan keluhan suara sekali sekala
kerana sakit tangan menepis Kaedah B dan Kaedah C. Ada yang
mengeluh kerana bukan tangan yang ditepis, tapi angin yang ditepis.
Tampar angin. Kadang-kadang kedengaran suara ketawa kerana
kesilapan penuntut membuat tepisan. Tepisan tidak menjadi, badan
yang kena.
Namun begitu, pada sesetengah rakan penuntut, lain pula
tafsiran mereka. Bosan pun ada. Macam main-main. Tidak ada apa-
apa keistimewaan. Kalau belajar silat dulu, mengeluarkan suara
boleh menimbulkan semangat. Tapi kali ini tidak ada. Asyik „tampar
nyamuk‟ untuk Kaedah A. Penggunaan Kaedah B, ok juga. Kaedah C
dan Kaedah D, kurang faham tujuannya. Tidak nampak sangat akan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 155
faedahnya. Mana ada orang tumbuk di bahagian bawah. Nampak
buruk sifatnya. Bukannya ada kuda-kuda. Kalau ada kuda-kuda,
cantik juga akan tampak tumbukannya.
Sebagai ketua kelas berkenaan, kadang-kadang hal yang
demikian merisaukan saya juga. Jika ada dalam kalangan rakan
penuntut yang berhenti belajar, tentunya bilangan penuntut akan
kurang. Kalau bilangan ahli semakin kurang, semangat belajar pun
mungkin turut berkurang. Kerap kali saya cuba memujuk mereka
supaya habiskan belajar. Jangan main sekerat-kerat. Tidak sedap
pun.
Walau bagaimanapun, setelah habis pelajaran Kaedah, kami
begitu berminat hendak mengetahui tentang buah pukulan Silat
Cekak. Sebelum ini kami difahamkan Jurulatih Silat Cekak yang ada
bersama bahawa Silat Cekak amat mementingkan pukulan. Satu
pandangan yang berlainan dari kebiasaan dan amalan persilatan
kami yang sangat mementingkan tangkapan. Pukulan belakang kira.
Tangkap dulu.
Kami juga ingin mengetahui akan peranan Kaedah dalam
proses membuat buah. Inginkan pembuktian. Gebang atau labun
kah! atau satu kebenaran. Hal yang demikian kerana gerak Silat
Cekak tersangat asing bagi kami. Kurang peluang tengok kehebatan
Silat Cekak. Ketika itu, pertunjukan Silat Cekak jarang dapat dilihat.
Silat Cekak belum popular lagi. Oleh itu gambaran tentang Silat
Cekak adalah tersangat kurang.
Sampailah saat dan ketika. Ustaz turun menunjukkan buah
asas Pertama. Sayalah orang pertama mendapatkannya. Menanti
gerak buah dalam debaran. Sangat berkeinginan mengetahuinya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 156
Rakan-rakan yang lain memberi tumpuan dan perhatian. Tiba-tiba
berbunyi suara. Wow! Satu pukulan yang tepat di rusuk kanan saya.
Semua orang terpegun.
Suasana senyap; melainkan suara saya. Bukan setakat itu
sahaja. Ustaz terus menunjukkan pukulan cara lain. Tangan dibuka,
tapi jarinya dilipat. Satu lagi pukulan hinggap di rusuk. Wow!
Sakitnya. Bukan setakat itu saja lagi. Kali ini Ustaz menunjukkan
pukulan cara lain. Tangan dibuka. Dibuatnya cucukan di bawah
ketiak. Wow! Bunyi lagi. Sakitnya. Semuanya bunyi Wow!. Tidak ada
langsung bunyi Awww!
Semua rakan penuntut berasa kagum. Baru tahu. Baru
nampak. Hebatnya Silat Cekak. Sekurang-kurangnya timbul
kesedaran bahawa pelajaran Kaedah yang pada mulanya dianggap
macam tidak ada apa-apa, rupa-rupanya, besar gunanya. Buah
Pertama adalah merupakan „first impression‟ kami pada Silat Cekak,
betapa pelajaran Kaedah dan buah Silat Cekak yang mula
diperkenalkan amat besar kesannya dijiwa. Sangkaan buruk pada
Kaedah Silat Cekak yang dianggap mudah, meleset begitu saja.
Tanggapan yang pertama itu membentuk perasaan yang
berkesan dalam kalangan hati kami betapa Silat Cekak adalah
merupakan satu silat yang hebat. Semuanya atas perbuatan
membuat pukulan pada buah Pertama. Timbul minat atau ghairah
untuk mengetahui buah-buah seterusnya. Mulalah kami serius sikit
untuk mempelajari Silat Cekak seterusnya. Nampak akan
standardnya.
Cuba kita kaji sistem pembelajaran Silat Cekak yang disusun
Ustaz sebegitu rupa. Dalam keadaan sakit di rusuk dan sakit di
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 157
bawah ketiak ketika menjalani latihan buah Pertama, pelajaran Silat
Cekak ditenang kembali dengan pengenalan buah Gayung Patani.
Lembut geraknya. Tenang sifatnya. Perasaan tegang mula reda.
Kendur semuanya. Ingatkan kena lagi pukulan padu. Tapi lain
jadinya. „Pujukan‟ pada gerak.
Walau bagaimanapun, tanggapan yang mulai „reda‟ itu,
dikejutkan semula dengan kejutan pukulan Sendeng Atas. Woww
lagi! Dalam keadaan perasaan yang kembali reda, tiba-tiba ada
kejutan pada buah berikutnya. Walau bagaimanapun, pukulan-
pukulan seterusnya pada buah yang ada, telah menjadi satu
kebiasaan. Begitulah hebatnya sistem pembelajaran Silat Cekak.
Sistem yang telah diasas dan dimuktamadkan Ustaz.
Sebagai seorang „pengkaji‟ silat dan peminat silat, saya dapat
lihat betapa sistem pelajaran yang ada dalam Silat Cekak adalah
tersusun dengan kemas. Psikologi dalam sistem pelajarannya amat
tinggi. Itulah kesimpulan pada kami. Daripada sifat kepercayaan yang
semakin pudar pada Silat Cekak, penuntut dikejutkan dengan
pukulan pada buah Pertamanya. Hati tersentak. Kepercayaan dan
keyakinan mula datang kembali. Kemudian tenang semula dengan
pengenalan Gayung Patani, sebelum disentakkan fikiran pada buah
berikutnya.
Sampailah ke peringkat pemikiran, para penuntut tidak kisah
tentang buah-buah berikutnya. Sama ada akan dapat pukulan yang
hebat atau tidak, semuanya tidak mendatangkan masalah. Diri telah
bersedia manakala hati dan perasaan sudah boleh menerima segala
bentuk pelajaran seadanya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 158
Ketika berbincang sesama ahli, tersangatlah kami kagum
dengan sistem yang sedemikian hasil pemikiran Ustaz. Saya pernah
menulis betapa kumpulan penuntut kelas saya, hampir kesemuanya
pernah belajar persilatan Melayu. Ada yang bertaraf Jurulatih dan
ada yang bertaraf guru. Mereka dapat membandingkan antara ilmu
yang mereka ada dengan sistem pelajaran Silat Cekak yang baru
dipelajari. Nampak akan keistimewaan Silat Cekak.
Cubalah juga para pembaca buat kajian sendiri. Fikir sendiri.
Kenapa Kaedah ABCD tidak dilatih secara turutan bersekali dengan
buah-buah Silat Cekak yang ada. Selepas buah Pertama dengan
Kaedah A, sepatutnya diikuti buah Kuntau Jatuh dengan Kaedah B.
Seterusnya Buah Kilas Depan dengan Kaedah C dan diikuti dengan
Buah Hempuk untuk Kaedah D. Kemudiannya diikuti dengan buah-
buah lain. Ataupun, kesemua buah dikumpul pada kaedah yang
tertentu. Untuk Kaedah A, kumpulkan semua buah yang berkaitan.
Begitu juga dengan Kaedah-Kaedah lain.
Tentu ada sebab maka sistem pelajaran Silat Cekak tidak
disusun mengikut turutan Kaedah A, B, C dan D. Buatlah
perbincangan sendiri. Hal yang demikianlah saya katakan sebagai
aspek psikologi pendidikan yang tinggi dalam sistem pembelajaran
Silat Cekak.
Itu sebab juga saya mempertahankan betapa pukulan buah
Pertama perlu diambil berat. Hal yang demikian adalah merupakan
tanggapan pertama penuntut pada Silat Cekak. Gunakan
kesempatan untuk menegaskan bahawa Silat Cekak bukannya silat
main-main. Sistem pembelajarannya adalah secara berperingkat.
Dari mudah kepada payah. Dari payah kepada senang. Dari banyak
kepada sikit. Dari sikit kepada mudah.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 159
Kalau tangan dibuka untuk maksud pukulan buah Pertama,
hilanglah maksud tanggapan hebat pada sentuhan pertama itu.
Tentunya, jeritan Wow! akan diganti dengan rasa geli „Awww‟. Maka
berkumandanglah bunyi-bunyi „Awww‟. Cukup. Hari dah gelap. Hujan
nak turun.
Kiasan Kaedah Sebagai Rumah Buah.
Kalau kita membincangkan aspek keselamatan,
sesungguhnya buah-buah Silat Cekak akan mendatangkan
kemudaratan jika dilakukan secara tidak berhati-hati. Walau
bagaimanapun, kes yang berlaku adalah sangat terpencil. Umumnya,
semua pesilat boleh menjaga diri. Umpama kata orang tua-tua, “Yang
lelaki dah besar panjang dan yang perempuan dah besar lebar.”
Sepanjang saya menjadi Jurulatih, hanya seorang penuntut
yang pernah mengalami kecederaan teruk semasa latihan. Tidak
salah saya, bahunya patah ketika pasangannya mengambil buah
Pasung Kemanga. Ketika pasangannya menyentap tangan, penuntut
berkenaan tidak seimbang dan bahunya jatuh terlebih dahulu. Patah
tebu. Hal yang sama juga boleh berlaku apabila kita mengambil
buah-buah yang bersifat jatuhan Kuntau jika tidak berhati-hati.
Pada pandangan saya, sesuatu pukulan yang melibatkan urat
saraf, memerlukan pengawasan daripada Jurulatih. Pukulan Paras
dan Lintau adalah mewakili sifat buah yang sedemikian. Kesannya
boleh pengsan atau membawa maut. Itu sebabnya, dalam menyahut
cabaran dari persilatan lain di satu masa lalu, Silat Cekak meletakkan
kalah menang adalah berdasarkan faktor patah, pengsan atau mati.
Sesungguhnya, pukulan-pukulan yang ada dalam Silat Cekak mampu
berbuat demikian.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 160
Jurulatih yang baik adalah Jurulatih yang boleh menerangkan
kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku ketika membuat gerak
pada setiap buah Silat Cekak. Saya berasa puas kerana merasa
semua kemungkinan tersebut. Memang saya relakan diri untuk
Ustaz membuktikan kehebatan setiap buah Silat Cekak. Saya
sentiasa inginkan pembuktian akan kehebatan setiap buah Silat
Cekak. Cuma, mati dan patah yang tidak mahu saya rasai. Setakat
pitam atau terpunga-pinga, perkara biasa.
Pada saya, tidak dapat dinafikan betapa keupayaan
seseorang Jurulatih itu akan banyak mempengaruhi penguasaan ilmu
Silat Cekak dalam kalangan anak didiknya. Sesuailah konsep
gerabak keretapi yang akan „berlari‟ seperti mana larian kepala
keretapi tersebut. Kemas gerak Jurulatih maka akan kemaslah gerak
para penuntutnya. Kalau pengajaran tidak bersungguh hati maka
lahirlah anak didik yang kurang sifat kesungguhannya. Saya selalu
mengulas akan hal yang demikian dalam tulisan-tulisan yang
terdahulu. Oleh itu, para Jurulatih perlu perkayakan diri dengan
segala aspek ilmu yang ada dalam Silat Cekak. Hal yang demikian
akan membolehkan mereka menyampaikan pelajaran secara
berkesan tanpa membuat tambahan gerak atau penambahan
penerangan secara suka-suka hati.
Ketika menyampaikan pelajaran asas buah Pertama, jangan
lupa menegaskan kehebatan Kaedah A. Kaedah itu sangat
diutamakan dalam Silat Cekak kerana kaedah A adalah salah satu
kelebihan yang ada dalam pelajaran kita. Dalam Kaedah yang empat
itu, Kaedah A agak susah sikit untuk melakukannya. Apapun
alasannya, gerak yang dianggap susah, biasanya ada kelebihan yang
tertentu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 161
Menurut kajian Ustaz, kaedah itu tidak ada pada mana-mana
persilatan Melayu yang lain. Kalau adapun bentuk tepisan berkenaan,
tangannya telungkup bagi menolak serangan tangan lawan.
Pergerakannya lambat dan terhenti kerana kebiasaannya pergerakan
itu menunggu tindak balas lawan. Oleh itu, sifatnya akan suka
bermalam. Sifat yang sedemikian bukannya cara kita. Dalam
persilatan Silat Cekak, kita sentiasa berpegang pada falsafah yang
ada. „Makan Gerak Dalam Gerak.‟
Kaedah kita, tangan telentang bagi menepis serangan lawan.
Buah-buah yang menggunakan Kaedah A, hebat pukulan
pemakannya. Cepat pula pergerakan atau tindak balasnya. Kita boleh
buktikan kata-kata tersebut melalui gerak-gerak pukulan yang ada
pada buah-buah yang diambil melalui Kaedah A. Tidak kurang juga
dengan buah-buah lain yang menggunakan Kaedah yang berlainan.
Buat betul-betul. Buatlah dengan sepenuh hati.
Kaedah-kaedah menepis dalam Silat Cekak saya sifatkan
sebagai „rumah buah‟. Dari dalam „rumah‟ itulah maka lahirnya gerak-
gerak buah yang ada dalam Silat Cekak. Akan tetapi jika ada yang
membandingkan Kaedah sebagai tiang rumah atau dinding rumah
atau rumah sembah atau tapak sembah atau sebarang bentuk
pelambangan yang lain, buatlah. Perkara pentingnya ialah kita faham
akan peranan Kaedah untuk menghasilkan buah-buah dalam
persilatan Silat Cekak.
Kita yakin bahawa dari kaedah, pelbagai bentuk pukulan atau
buah yang amat berkesan dapat dihasilkan. Buahnya ringkas tapi
amat berkesan. Begitu juga dengan Kaedah Silat Cekak itu sendiri
yang boleh dianggap mudah dan ringkas. Tapi, tersangat besar
faedahnya. Atas keyakinan tersebutlah kita berani meletak syarat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 162
tegas untuk berentap dengan silat lain satu ketika lalu. Kita yakin
bahawa penggunaan Kaedah yang ada, amat memberi manfaat pada
pengamal Silat Cekak. Tidak banyak guna kekuatan. Geraknya
selamba dan semula jadi. Namun begitu, jangan pula dipermudahkan
pembelajaran Kaedah.
Sesungguhnya Silat Cekak amat mementingkan Kaedah.
Tanpa penguasaan Kaedah yang betul, maka buah-buah yang dibuat
pasti tidak kemas dan tidak berseni. Menurut Ustaz, ketika kita
menyahut cabaran untuk berentap dengan satu silat yang lain pada
satu ketika lalu, penguasaan pada Kaedah amat penting. Persediaan
latihan lebih banyak pada latihan Kaedah bagi memastikan
penguasaannya mantap dan berkesan. Muktamad mematikan
serangan lawan.
Saya pernah menulis bentuk latihan Kaedah tersebut. Ada
dua (2) perkara yang dipentingkan. Pertamanya ialah kepantasan
tangan menepis sebarang bentuk serangan tangan dalam situasi
yang spontan. Keduanya ialah kemantapan badan yang tidak
bergerak atau beralih kedudukan. Ada jenis latihan yang boleh
dilakukan seperti yang diberitahu Ustaz.
Oleh itu, kaedah yang empat itu perlulah diajar selama empat
kali latihan. Jangan gopoh dan terburu-buru untuk meneruskan
pelajaran lain selagi kaedah-kaedah itu tidak dikuasai sepenuhnya.
Janganlah kita berasa jemu mengajar kaedah-kaedah tersebut untuk
empat kali latihan. Hinggakan kita turut menganggap penuntut pun
akan berasa jemu. Oleh sebab hendak menambat hati mereka maka
pelajaran yang sepatutnya diajar empat kali latihan telah menjadi dua
atau tiga kali latihan. Amat merugikan para penuntut.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 163
Setiap kaedah ada sifat dan penekanan penggunaannya.
Latihan Kaedah boleh mendatangkan kemudaratan pada penuntut
yang tidak cerdas dan cergas. Lengan dan bahagian atas siku
mungkin lenguh dan menjadi biru apabila tumbukan kita ditepis
dengan menggunakan Kaedah A. Tentu ada dalam kalangan
penuntut yang bersungut. Katakan pada mereka. Hal yang demikian
adalah buat sementara waktu. Namun begitu, jika Kaedah itu terus
dilatih secara berterusan, rasa sakit atau warna biru di lengan akan
hilang. Tangan akan menjadi mangli apabila pasangan kita membuat
tepisan.
Walau bagaimanapun, sebagai Jurulatih kita perlu mempunyai
pengetahuan yang luas tentang kesan latihan Kaedah. Setelah kesan
sakit pada lengan berkurangan, rasa sakit akan beralih tempat ketika
mereka berlatih Kaedah B dan C. Kawasan antara pergelangan
tangan hingga ke siku adalah menjadi sasaran. Adatnya, tangan
pesilat akan berasa sakit ketika membuat Kaedah B. Sebaliknya,
kesakitan itu akan beralih pada pasangannya ketika membuat latihan
Kaedah C. Jika ada dalam kalangan penuntut yang bersungut, kita
tahu akan puncanya. Seterusnya, semasa mempelajari Kaedah D,
pasangan pesilat akan berasa tenang kerana tidak sakit lagi. Sudah
mangli.
Itulah pengalaman yang perlu ada pada penuntut Silat Cekak.
Kaedah Silat Cekak nampak senang, tapi payah. Akhirnya tersangat
mudah. Mula-mula sakit, lama-lama hilang sakitnya. Itulah situasi
yang pasti wujud. Kalau pesilat tidak mengeluh rasa sakit, ada dua
kemungkinan. Pertamanya kerana tidak cukup latihan. Pelajaran
Kaedah dilonggok dalam satu atau dua kali latihan. „Setakat ambil
Kaedah‟. Keduanya kerana tumbukan layang. Tidak tepis pun tidak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 164
kena sasaran. Kalau Kaedah tidak mantap maka buah-buah yang
lahir dari gerak Kaedah itu kurang berseni.
Berhati-hati ketika memberi arahan. Amat mudah kita
menegaskan pada penuntut ketika membuat Kaedah. “Kena atau
sentuh baru ambil kaedah” atau “Jangan pukul atau hentak tangan si
penumbuk bagi kaedah B, C dan D. Nanti sakit.” Berdasarkan
pengalaman, kata-kata tersebut susah diterima secara logik tanpa
ada penjelasan yang jelas. Maka timbullah persoalan dalam fikiran
para penuntut. Berhati-hatilah ketika membuat penerangan.
Sampaikan saja pelajaran tanpa banyak membebel pada pemulaan
pelajaran.
Mengajar kaedah perlu bersepadu dengan pengajaran cara
membuat tumbukan. Silat Cekak berdiri lurus dan menumbuk dalam
keadaan berdiri tersebut. Perbandingan antara konsep „lurus‟ dengan
„kuda-kuda‟ perlu berhati-hati ketika membuat penerangan. Hal yang
demikian bagi mengelak penuntut kita bergerak secara robot. Konsep
kemudahlenturan gerak perlu dimiliki oleh mereka.
Banyak gelagat tumbukan para penuntut yang perlu
diperbetulkan. Ambil berat sikit. Jangan biarkan mereka melepaskan
tumbukan ikut suka hati. Ada yang menumbuk untuk Kaedah C
secara merendahkan kedudukan diri. Secara langsung, hal yang
demikian akan mengundang sifat berkuda-kuda. Amat merugikan
gerak pesilat. Ada juga dalam kalangan pesilat yang melepaskan
tumbukan yang sengaja menyimpang dari sasaran. Maknanya, kalau
pasangannya tidak menepis, tumbukannya pun tidak mengena.
Pelihara kawan. Sebenarnya amat merugikan kawan. Tidak rasa
nikmat berlatih pelajaran Kaedah. Sekurang-kurangnya merasai
nikmat sakit.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 165
Saya tidak akan membincangkan kaedah melepaskan
tumbukan dalam tulisan ini. Buatlah rujukan untuk mengetahui cara-
cara melepaskan tumbukan, sasaran tumbukan, pandangan mata
dan gerak badan. Semuanya ada perkaitan. Apapun, dalam
pembelajaran Silat Cekak, segala-galanya bermula dari pelajaran
Kaedah.
Memahami ‘Buah Keputusan’ Dalam Silat Cekak.
Gerak bela diri yang ada dalam masyarakat Melayu adalah
dikenali sebagai silat. Banyak tafsiran tentang silat. Biasanya, silat
dianggap satu seni permainan atau kepandaian berjuang dengan
menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri.
Dalam penggunaan bahasa harian, kalau silat digunakan sebagai
permainan, selalunya gerak silat itu adalah merujuk sebagai silat
pulut atau silat pengantin. Ada yang bergelar silat jatuh. Kalau pesilat
itu jatuh maka dia dikira kalah dalam permainan silat tersebut.
Ramai tenaga pengajar yang ada dari bentuk persilatan pulut
atau silat pengantin tersebut. Mereka juga bergelar guru. Setiap
kampung ada silatnya. Hal yang demikian adalah merupakan budaya
hidup masyarakat Melayu. Penduduk kampung yang berkenaan
sahaja yang mempelajari silat tersebut. Masyarakat Melayu dulu
sangat berbangga dengan perkampungan mereka. Istilah kampung
adalah merujuk pada penghuninya yang mempunyai pertalian darah.
Tidak kiralah bau-bau bacang atau bau-bau kuinin.
Zaman semakin berubah. Konsep kampung juga telah
berubah. Istilah kampung mula merujuk pada kawasan.
Masyarakatnya bercampur gaul. Pertalian darah bukan lagi menjadi
ukuran petempatan. Hal yang demikian menyebabkan persilatan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 166
Melayu juga mula berkembang. Untuk berkembang, silat memerlukan
persatuan.
Berdasarkan pengalaman dan pembacaan, saya berpendapat
gerak persilatan orang Melayu itu asalnya bukan bernama. Kalau
ingin berkembang atau menyebarkan ilmu silat bekenaan, mesti ada
naungannya. Mereka ada pilihan sama ada bernaung di bawah
persatuan yang sedia ada atau menubuh persatuan sendiri. Kalau
tidak, akan menyalahi undang-undang. Untuk bergerak secara
menumpang persatuan atau mempunyai persatuan yang tersendiri,
silat itu perlu ada nama.
Maka lahirlah nama-nama pada persilatan berkenaan.
Biasanya nama-nama persilatan itu adalah merujuk pada tempat atau
pada nama-nama binatang. Adatnya, itu saja pengetahuan yang ada.
Mudah dan ringkas. Maka wujudlah pelbagai nama silat Melayu yang
ada kaitan namanya dengan binatang atau nama tempat.
Kita juga boleh buat perbincangan. Adakah nama Cekak telah
sedia ada dan diterjemahkan pada pengertiannya yang pelbagai.
Atau, dari pengertian dan sifat atau serta bentuk geraknya, maka silat
kita dinamakan sebagai Cekak. Bolehlah dibuat kajian.
Dalam persilatan Silat Cekak, terdapat unsur-unsur buah atau
penangkap semua keputusan silat-silat Melayu yang menjadi
sebahagian pelajarannya. Apabila disebut silat-silat Melayu,
bermakna kita merujuk pada gerak bela diri yang dipunyai orang-
orang Melayu. Seperti yang dijelaskan Ustaz dalam majalah Dewan
Masyarakat, Ogos 1973,
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 167
“Tujuan mempelajari semua keputusan ini ialah supaya
ahli-ahli dapat menangkis dengan mudah pertarungan walaupun
lawannya menggunakan cara silat apa sekalipun.”
Kita harus faham bahawa Silat Cekak bukannya ciptaan
Ustaz. Hal yang demikian bermakna, tidak ada sebarang usaha
Ustaz menceduk gerak dari mana-mana persilatan Melayu yang ada
sekarang. Segala isi pelajaran yang diwarisinya adalah dalam
keadaan seadanya. Seperti yang ditegaskan Ustaz,
“Jelas kini saya telah melahirkan silat Cekak yang selama
empat puluh tahun terpendam di dada Yahya Said tanpa
diketahui orang. Saya mengenengahkannya kerana kepentingan
kebudayaan Melayu, menimbulkan pusaka Melayu yang asli lagi
bertanggungjawab agar mutu silat ini dapat dibanggakan.”
Maknanya, sejak awal tahun sembilan belas puluhan, buah-
buah keputusan tersebut telah sedia ada dalam pelajaran Silat
Cekak. Nama-nama buahpun adalah benar dan bukan direka-reka
dengan pengenalan baru. Itulah pelajaran yang ada. Kalau difikir-
fikirkan, sejak zaman „Si Tuah‟ lagi, nama-nama buah silat dalam
Silat Cekak adalah seadanya. Bukan nama baru. Bukan ciptaan baru.
Terdapat enam buah Silat Cekak yang bertaraf keputusan.
Buah-buah itu ialah Gayung Patani, Sendeng Atas, Hentak, Pasung
Kemanga, Terlak dan Lintau.
Dalam tulisan yang lalu, saya telah menegaskan betapa Ustaz
telah membuat pelarasan setelah bergelar Guru Utama. Kebolehan
yang ada pada diri Ustaz telah membolehkannya membuat kajian
dan menapis gerak-gerak yang ada itu untuk disesuaikan dengan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 168
tujuan bersilat. Tentunya tindakan Ustaz itu bagi melahirkan satu seni
silat Melayu yang benar-benar bertanggungjawab dan boleh
dibanggakan. Saya petik kembali kata-kata Ustaz,
“Selepas dimandatkan menjadi guru silat ini, saya tidak
terus berpuas hati setakat itu sahaja. Dengan pengalaman sejak
usia lapan belas tahun dalam seni silat dan kebatinan Islam
sejati, saya buat kajian dan menapis segala seni silat untuk
disesuaikan dengan tujuan bersilat dan sejajar pula dengan
peraturan agama Islam”.
Maka terimalah kita akan pelajaran Silat Cekak yang ada
sekarang ini. Setakat pengetahuan yang saya ada, buah keputusan
yang terlibat dengan maksud pelarasan ialah Gayung Patani,
Sendeng dan Lintau. Ustaz telah membuang pecahan buah Gayung
Patani yang menggunakan kaedah memusing tangan. Tidak
praktikal. Sesuai dengan gerak mainan. Buah Sendeng Bawah Kiri
dan Kanan telah diketepikan kerana memakan waktu. Lambat.
Manakala buah Lintau ditambah dengan pukulan di bahagian dada
dan di tengkok hadapan. Walau bagaimanapun, menurut Ustaz,
penambahan pukulan pada buah Lintau adalah atas pengesahan
Encik Yahya Said. Sebenarnya itulah pelajaran Lintau yang
sebenarnya dan telah dapat „dicungkil‟ oleh Ustaz.
Ustaz sendiri menerangkan pada saya. Kalau Ustaz tidak
mencungkil pukulan sebenar pada Lintau, maka pukulan Lintau
adalah setakat di bahagian pinggang. Maknanya pada saya, ada
pukulan yang cuba disimpan. Kalau Ustaz tidak mencungkilnya,
maka pukulan itu akan terkubur begitu saja. Kebolehan mencungkil
hanya ada pada anak murid yang berfikir. Kita selalu difahamkan
betapa seseorang guru itu sering „menyimpan‟ pelajaran. Bukan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 169
semua pelajaran disampaikan pada anak muridnya. Jelas pada kita
bahawa pelajaran yang disimpan itu adalah „habuan‟ pada anak
muridnya yang boleh berfikir.
Saya pernah menceritakan tentang sifat menyimpan pelajaran
di awal kepimpinan Ustaz sebagai Guru Utama. Zaman sebelum
Ustaz berhijrah ke Kuala Lumpur. Sifat menyimpan pelajaran itu,
bukan untuk habuan murid yang berfikir, tapi sengaja menyimpan
pelajaran untuk kepentingan diri. Saya difahamkan, ketika Ustaz
berada di hospital, orang kanannya menunjuk „belang‟. Buah-buah
yang ada pukulan hebat, cuba disimpan. Tidak diberitahu pada
penuntut. Apabila Ustaz menyedarinya, akhirnya orang kanan
tersebut telah tersingkir dari persilatan Silat Cekak. Mereka tubuh
silat baru.
Kita berharap, hal yang sama tidak akan berulang lagi ketika
ini. Kalau ada pukulan, tunjukkan cara pukulan dan sasaran pukulan
sebenar. Jangan buat mudah. Konsep simpanlah namanya juga.
Tapi, orang tua-tua ada mengatakan, “Ada ulu ada parang, ada dulu
maka ada sekarang.” Dulu telah berlaku maka sekarangpun
kemungkinan boleh berlaku. Walau bagaimanapun, murid yang
berfikir tetap akan bertambah pelajarannya.
Keistimewaan ‘Buah Keputusan’.
Dalam konteks gerak persilatan, keputusan adalah
bermaksud kesimpulan gerak. Ada kesudahan dan ada
keistimewaannya. Gerak buahnya adalah muktamad. Maknanya dari
segi teknik, geraknya adalah mantap yang melambangkan ketentuan
gerak yang sangat berkesan. Konsep berkesan adalah berhubung
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 170
kait dengan cara melakukan gerak, pukulannya dan akibatnya pada
lawan.
Kalau ditanya saya kenapa Ustaz mengekalkan buah-buah
keputusan tersebut, maka penyataan Ustaz seperti yang dinyatakan
terdahulu adalah jelas. Dengan mempelajari keputusan-keputusan
atau buah-buah itu akan membantu para pesilat Silat Cekak untuk
menangkis sebarang bentuk serangan lawan. Kalau dapat
menangkis, maknanya boleh menjamin menjadikan ilmu Silat Cekak
lebih bertanggungjawab pada diri sendiri.
Ketika bersama Ustaz, tidak banyak masa digunakan untuk
berbincang tentang asal usul buah-buah keputusan yang ada dalam
Silat Cekak. Cuma, pernah satu ketika saya bertanyakan Ustaz
tentang perkara tersebut. Ustaz menerangkan bahawa nama-nama
pada buah itu adalah merujuk pada nama tempat. Misalnya, buah
Sendeng. Gerak buah tersebut dikaitkan dengan nama tempat yang
bergelar Sendeng. Begitu juga dengan buah-buah yang lainnya.
Gayung Patani, ada kaitan tempat dengan Patani. Lintau, Terlak dan
Kemanga, ada tempat yang bernama dengan gelaran tersebut.
Cuma Buah Hentak telah menimbulkan persoalan pada saya.
Buah tersebut dikatakan berdasarkan dari gerak Harimau. Tidak tahu
pulak saya, kalau Harimau juga telah ada nama perkampungannya.
Namun begitu, saya tidak pun bertanya. Kalau sudah terima
seadanya, saya „malas‟ nak ambil pusing tentang asal usul buah
berkenaan.
Saya tidak melanjutkan pertanyaan. Hanya mendengar
penerangan Ustaz. Cakap-cakap Ustaz memang ada logiknya.
Dalam masyarakat Melayu, mengaitkan nama dengan tempat lahir
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 171
adalah merupakan satu kebiasaan dan penghormatan. Saya telah
nyatakan betapa tempat kelahiran yang lebih dikenali sebagai
kampung adalah merujuk pada penempatan yang penduduknya ada
pertalian darah. Itu sebabnya, orang dulu-dulu sangat berbangga
dengan konsep „balik kampung‟. Tapi, sekarang ini istilah itu
dianggap bersifat penghinaan.
Ramai tokoh hebat dalam pelbagai bidang yang merujuk
dirinya dengan nama tempat asal mereka. Mereka berasa bangga
dengan gelaran tersebut. Kejayaan mereka adalah merupakan
kejayaan kaum kerabatnya. Semua mereka berada dalam tempat
yang sama dan mempunyai pertalian darah yang kuat. Teringat saya
tokoh agama Shamsuddin Al-Sumatrani yang berasal dari Sumatra.
Hamzah Fansuri yang berasal dari Fansur, dan ramai lagi.
Oleh sebab kurang minat bertanya tentang asal usul nama
buah, tidak banyak perkara yang ditimbulkan Ustaz. Sekejap saja
perbualan mengenainya. Pada saya, Ustaz lebih tahu akan apa yang
dilakukannya. Buah Keputusan tersebut telah tersenarai dalam
pelajaran Silat Cekak. Saya menerima hakikat seadanya. Minat saya
adalah lebih pada teknik benar buah-buah berkenaan dilakukan.
Tentunya buah-buah keputusan itu ada keistimewaanya. Gerak
pukulannya tentu hebat. Itulah hal yang sepatutnya diambil berat.
Buang masa saja kalau berbincang atau berbahas tentang asal usul
buah-buah keputusan tersebut.
Pada satu ketika yang lalu, nama-nama keputusan yang ada
telah tidak menyenangkan beberapa persatuan silat Melayu yang
lain. Persatuan yang paling kuat menentang ialah Gayung Patani.
Persatuan lain kurang membantah kecuali bantahan secara peribadi
oleh pengamal silat berkenaan. Asasnya, mereka marah kerana
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 172
nama persatuan silat mereka telah dijadikan nama buah persilatan
kita. Nampaknya, bukan mereka marah kerana menggunakan
keputusan buah-buah tersebut melainkan marah kerana
menggunakan nama persatuan silat yang mereka terlibat. Pada hal,
buah-buah keputusan silat itu tidak ada pun dalam pembelajaran silat
mereka.
Mungkin sekarang ini, isu „mengambil‟ buah tidak popular
lagi. Hal yang demikian telah menyebabkan ahli kita kurang
mempersoalkannya. Walau bagaimanapun, sekali sekala ada juga
dalam kalangan penuntut yang menimbulkan persoalan „mengambil‟
buah-buah keputusan tersebut. Persoalan itu sama ada diluahkan
secara rasmi atau diluahkan sesama ahli. Ada juga persoalan yang
terpendam dalam hati.
Dalam hal ini, sebagai Jurulatih, kita perlu memahami
persoalan yang demikian. Berilah penerangan yang sewajarnya agar
kekusutan dan persoalan yang timbul dalam fikiran penuntut dapat
terungkai. Tidak terpendam hingga berkarat.
Konsep „buah‟ dalam persilatan Melayu bukanlah kata nama,
melainkan kata perbuatan yang merujuk pada makna, „pergerakan
atau teknik dalam seni silat untuk mematahkan gerak, sama ada
berbentuk serangan lawan atau tindak balas gerak lawan‟.
Pergerakan atau teknik tersebut adalah merupakan buah silat
dalam budaya gerak persilatan orang-orang Melayu. Sifatnya adalah
umum. Ada yang memberi nama pada teknik tersebut berdasarkan
asal tempat atau dikaitkan dengan gerak binatang. Binatang yang
popular ialah harimau, burung dan monyet. Harimau terkenal dengan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 173
gerak serangannya. Berbentuk terkaman. Perhatikan gerak buah
Keputuan Hentak.
Gerak burung juga ada kaitan dengan serangan. Tentunya
bukan Pipit Uban. Manakala monyet terkenal dengan sifat elakannya.
Saya pernah pelihara monyet. Balinglah batu secepat mungkin
padanya. Pasti tidak kena kerana pandai mengelak. Dapat membuat
jangkaan yang tepat. Ustaz pernah bercerita pada saya. Kalau
pemburu yang menembak kera atau monyet secara berdepan,
adatnya tidak mengena. Terpaksa menggunakan petua sebelum
menembak. Begitulah pantasnya binatang monyet mengelak akan
serangan.
Malangnya, apabila tertubuh persatuan dan persatuan itu
bergelar atas nama berdasarkan teknik gerak tersebut, maka
dianggap gerak itu adalah kepunyaan mereka. Seolah-olah,
merekalah yang mencipta gerak buah tersebut. Pada hal, kajian pun
tidak pernah ada tentang asal usul setiap gerak itu.
Walau bagaimanapun, tidak ada pun logo, ‟Hak Cipta
Terpelihara’. Nak pelihara apa. Bukan mereka yang mencipta, tapi
teknik gerak itu adalah merupakan teknik gerak persilatan orang-
orang Melayu. Hak milik orang Melayu. Itu sebabnya buah-buah
keputusan kita tidak ada pun dalam pelajaran mereka. Mana mungkin
ada sifat meniru buah. Pada saya adalah jelas bahawa buah-buah
tersebut biasanya adalah satu nama teknik gerak dalam seni silat
yang berasal dari satu-satu tempat tertentu. Satu teknik pusaka gerak
orang-orang Melayu yang asli.
Setiap buah Keputusan dalam pelajaran Silat Cekak, ada
kelebihannya. Falsafahnya berbeza antara satu sama lain. Buah-
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 174
buah itu membantu Kaedah yang sedia ada. Pada dasarnya, prinsip
kaedahnya masih menggunakan kaedah sedia ada dalam persilatan
kita. Cuma terdapat sedikit penyesuaian dengan adanya gerak gelek
yang amat diberatkan dalam buah-buah keputusan tersebut.
Pada kesimpulan saya, gerak buah-buah keputusan yang kita
pelajari adalah bersesuaian dengan Kaedah yang empat itu. Malah,
saya berpendapat, penggunaan buah-buah keputusan tersebut
adalah sebagai alat untuk memahirkan Kaedah kita. Teras Kaedah
kita tetap empat iaitu bergelar A, B, C dan D. Kalau ada ahli yang
bertanya kenapa huruf demikian. Pada saya lebih sedap didengar
berbanding dengan pengenalan Kaedah Alif, Ba, Ta dan Tha.
Bukan semua serangan perlu dihadap dengan tangkisan yang
sedia ada secara berdepan. Masih ada pilihan kalau timbul perasaan
ragu. Guna buah Keputusan. Prinsipnya, badan tetap tidak bergerak
atau melarikan diri atau berubah tempat. Cuma, badan perlu
mengereng dalam istilah gelek. Pada satu peringkat nanti, buah-buah
itu pun „tidak pakai‟ apabila menggunakan kaedah potong yang
merupakan pelajaran mutlak Silat Cekak.
Kadang kala saya terfikir sendiri. Kalau Ustaz mengekalkan
buah keputusan yang sedia ada, tentu terdapat keistimewaannya
yang tersendiri. Ustaz tetap bertegas atas penggunaan buah-buah
keputusan, sama ada pada geraknya atau pada namanya. Desakan
dari persatuan silat lain supaya nama buah itu diubah, terpinggir
begitu saja. Walau bagaimanapun, satu ketika dulu, pernah ada
orang-orang kanan Ustaz yang membuat perubahan. Senarai buah
yang ada, disebut berdasarkan bilangan. Bukan namanya. Namun
begitu, perubahan itu tidak popular. Akhirnya kembali ke asal.
Rujukan pada buah tetap berdasarkan nama yang sedia ada.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 175
Saya mempunyai pandangan sendiri tentang keistimewaan
buah-buah keputusan yang dikekalkan Ustaz. Berdasarkan
pengalaman saya bersilat, kaedah mengambil buah-buah keputusan
tersebut adalah sangat istimewa. Semuanya menggunakan gerak
gelek badan. Geleknya rapat. Penggunaan hujung kaki amat
berkesan bagi „melarikan‟ badan dari tumbukan lawan.
Kalau ditafsirkan „tumbukan bodoh‟, tumbukan itu tersasar
dalam jarak yang tersangat rapat dengan badan. Tdak perlu dibantu
dengan apa-apa kaedah tepisan. Namun begitu, dalam pembelajaran
Silat Cekak, gelekan itu tetap dibantu dengan kaedah Silat Cekak
yang sedia ada. Sungguh mantap pergerakannya. Boleh juga dibuat
kesimpulan betapa „gerak gelek itu hanya membantu gerak
Kaedah yang ada dalam Silat Cekak.’
Mungkin ada kekecualian pada buah Hentak. Buah
ini menggunakan Kaedah A tapi cara masuk agak istimewa. Kedua
tangan digunakan keseluruhannya. Misalnya, tangan kanan
digunakan sepenuhnya dari hujung tangan hingga ke siku. Manakala
tangan kiri juga turut membantu dengan peranannya sama iaitu dari
hujung tangan hingga ke siku. Jatuhannya juga agak berbeza
berbanding dengan jatuhan buah-buah Silat Cekak yang ada. Jatuh
macam 'biji nangka'. Sesuailah gelarannya dengan istilah hentak.
Adik beradik „henyak‟. Kalau jatuhannya sama seperti buah Pertama,
maknanya ada yang tidak kena. Perbaiki segera.
Pelihara Keistimewaan ‘Buah Keputusan’.
Saya dapat lihat betapa pukulan pada buah-buah keputusan
itu tersangat padu. Amat berkesan. Ada kepelbagaian gerak.
Mungkin ada kekecualian pada Terlak yang lebih berfokus pada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 176
tangkapan. Tapi, ada pulak yang tambah pukulan di bahu. Faham
baru.
Buah Sendeng Atas adalah berbentuk kejutan. Lawan sukar
menjangka pukulannya. Secepat kilat pukulan berada di bawah dagu.
Pukulan Lintau dan Pasung Kemanga, umpama menghasilkan aliran
letrik yang boleh membuat kejutan. Gerak Gayung Patani yang
lembut akan bertukar „garang‟ apabila diserang lawan.
Cara jatuhan Hentak boleh memeranjatkan lawan. Kiraan saat
dan ketika. Kalau sudah jatuh, alamat terdiam. Cara „masuk‟ amat
berbeza dengan buah-buah Silat Cekak yang ada. Dalam kelas
kemahiran yang pernah saya anjurkan, ada latihan tidak „berpakat‟.
Latihan adalah berdasarkan gerak spontan atau gerak semula jadi
mengikut arah tumbukan yang sampai. Orang yang menumbuk tidak
boleh „tumbuk bermalam‟. Jika pasangan lambat buat jatuhan maka
pesilat perlulah buat tindakan. Siapa cepat, dia yang „dapat‟.
Ada penuntut yang ingin membuat buah Ali Patah Sudah.
Tapi tidak menjadi. Tangan kiri menampar Kaedah A, tangan kanan
mencucuk leher. Gerak spontannya menyebabkan tangan kanannya
mencapai siku lawan dan sikunya sendiri mengenakan pukulan di
bawah ketiak lawan. Jadi buah Hentak. Pasangan tidak sempat
bertindak. Lagi hebat buahnya.
Saya tidak melarang gerak spontan itu kerana kejadian itu
berlaku dalam kelas kemahiran. Tidak pun „lari‟ dari konsep Silat
Cekak. Pertamanya, seperti yang dikatakan, konsep Kaedah adalah
berupa “Rumah Buah.” Daripada Kaedah maka datanglah buah.
Keduanya, itu adalah gerak semula jadinya berdasarkan pemikiran
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 177
yang ada secara spontan. Tidak pakat-pakat hendak ambil satu-satu
buah. Tapi masih menurut Kaedah Silat Cekak.
Ada antara buah keputusan yang tersangat berkesan
menghadapi senjata berbahaya. Kalau rapat, gunalah Terlak dan
Lintau. Kalau renggang, Gayung Patani dan Pasung Kemanga
adalah sangat bermakna. Semua buah Keputusan ada keberkesanan
yang tersendiri. Asalkan geraknya dibuat berdasarkan gerak yang
asli.
Pada saya, kenyataan Ustaz tentang kelebihan buah-buah
keputusan tersebut adalah jelas. Buah-buah itu adalah memadai
untuk dijadikan sebahagian pelajaran dalam pergerakan atau teknik
untuk mengatasi gerak-gerak seni bela diri yang ada. Tidak kira dari
negeri atau negara mana sekali pun. Mungkin ada buah-buah
keputusan lain. Kemungkinan besar, buah-buah tersebut tidak
sepenting buah-buah keputusan yang Ustaz kekalkan. Saya
tersangat yakin bahawa buah-buah keputusan itu boleh mewakili
semua keputusan gerak atau teknik persilatan Melayu yang ada.
Saya selalu tegaskan betapa semua buah keputusan yang
kita pelajari, ada kelebihannya. Banyak kekuatannya. Ada seninya.
Terasa istimewanya. Oleh itu, buatlah betul-betul seperti mana yang
seaslinya. Seasalnya. Jangan diubah-ubah dan jangan ditambah-
tambah atau jangan disesuaikan dengan kehendak kita. Ustaz telah
buat perubahan atau pelarasan. Jangan lagi selaras-selaras. Kalau
Ustaz telah menguna pakai akan buah-buah keputusan tersebut,
tentulah bersekali dengan gerak pukulan dan gerak tangkapan yang
ada pada buah-buah keputusan berkenaan. Kalau diubah suai atau
dibuat pelarasan atau dibuat tambahan atau dikurangkan di mana-
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 178
mana seni geraknya, maka akan kurang atau akan hilang kelebihan
pada buah-buah keputusan itu.
Walau bagaimanapun, saya difahamkan bahawa buah-buah
tersebut mula mengalami perubahan sejak sekian lama. Sejak zaman
selepas Ustaz. Pelarasan yang dibuat oleh pakar penyelaras. Dah
ambil, diubah pulak. Ada pula pukulan yang disimpan. Pada
pandangan saya, jika itu yang terjadi maka akan hilanglah
keistimewaan buah-buah keputusan yang dikekalkan Ustaz dalam isi
pelajaran Silat Cekak.
Gerak Gayung Patani, diubah cara gerak kaki. Buat pelarasan
lagi. Cantas di sana sini. Pukulan Sending Atas ada yang pukulannya
jadi jarak berbatu-batu dari dagu. Ditambah pulak dengan pukulan
siku. Haru biru. Maka akan hilanglah keaslian gerak benar akan rupa
bentuk pukulan buah-buah keputusan berkenaan. Pukulan
sepatutnya ialah menegak hingga ke bawah dagu. Kalau pukulan
condong ke luar, buah itu bukan keputusan Sendeng Atas lagi
namanya. Mungkin nama baru. Keputusan Sendeng Serong
Berbatu.
Pada kesimpulan saya, kalau diubah suai, apa guna Ustaz
mengekalkan buah-buah keputusan itu sebagai mata pelajaran Silat
Cekak. Tentulah ada keistimewaannya dalam keadaannya yang asal.
Kalau buat penambahan atau pengurangan dalam gerak, termasuk
gerak pukulannya maka hilanglah kehebatan buah-buah tersebut.
Umpama „wanita‟ cantik yang bukan benar. Nampak saja lembut
rupanya yang berbeza dengan wanita sebenar. Lemah longlai.
Kecantikan itu tidak memberi makna. Tidak bermakna kecantikannya.
Nampak saja cantik. Indah rupa tapi dah tak „mandang‟. Contoh
mudah saya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 179
Pukulan Lintau sudah tidak ketahuan tempat pukulannya.
Janji, tampar saja bahagian belakang. Belakang mana. Sepatutnya,
bahagian pinggang. Tapi ada yang tidak kisah. Pukullah di mana-
mana bahagian belakang. Agaknya, tampar belakang punggung pun
tidak apa. Janji belakang. Aww! Nakalnya.
Buah Terlak ditambah gelaran baru pada sifat kaedah
menepis. Dikatakan C menggunakan Kaedah C bangkang. Istilah
baru. Tambahan istilah dalam penerangan. Lagi!. Dengar khabar, ada
tambahan pukulan baru. Bahu lawan boleh dijadikan sasaran. Hujung
tangan dilipat untuk membuat pukulan di bahu kiri pasangan. Kalau
tumbukan secara mengereng, alamat pesilat yang menumbuk itu
akan dimarahi kerana terjahan tangan pasangannya tidak menjadi.
“Tumbuk betul-betul.” Kedengaran suara arahan kerana
dikatakan tumbukan itu tidak memenuhi ciri-ciri tumbukan
sebenarnya bagi membolehkannya membuat terjahan. Tambahan
arahan. Andaian.
Buah Hentak sudah tidak ada gegar hentaknya. Siku kanan
bukan lagi hentakan atau henyakan tapi diletak diam. Bukan sakit tapi
geli geleman. Siku kiri jauh memanjang dari badan pasangan.
Peranannya bukan henyak badan ke bawah, tapi menarik badan ke
belakang. Jatuhan pun sudah tidak berbunyi lagi. Jatuhan senyap.
Dalam keputusan-keputusan yang ada itu, buah Pasung
Kemanga agak berbeza sifatnya. Nampaknya, buah Pasung
Kemanga telah menjadi istimewa dalam gerak tumbukan sesetengah
Jurulatih yang berfaham baru. Ajaran baru. Mereka memberi arahan
baru. Bagi maksud menyenangkan mereka membuat buah, penuntut
disuruh tumbuk lajak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 180
Mana mungkin kita beza-bezakan tumbukan penuntut yang
sama pada buah-buah tertentu. Berubah-ubah dan tidak tetap
pendirian. Pada buah lain, pesilat disuruh tumbuk sebagai pesilat
Silat Cekak. Akan tetapi untuk buah Pasung Kemanga, pesilat
disuruh menumbuk sebagai musuh dengan cara melajakkan
tumbukan. Melajakkan tumbukan bermakna bersifat „menyondol‟
badan. Bukan elok pelakuan menyondol. Satu langkah menambah
penerangan dan arahan.
Kaedah mengambil buah Pasung Kemanga sangat „istimewa‟.
Kita menegaskan, untuk mengambil buah ini, perlu menggunakan
kaedah gelek. Kaedah gelek bukanlah merupakan kaedah utama,
melainkan gerak sokongan pada „Kaedah Empat‟ yang ada. Ketika
membuat gelekan, kaki kiri bergerak pada hujung kaki di tempat yang
sama. Peranan kaki kanan ialah membuat gerakan yang berpusing
hingga selari semula dengan kaki kiri. Seratus lapan puluh (180o)
darjah. Tangan kiri yang menyambut, jangan dibuat tamparan A.
Sambut penumbuk yang tiba pada bahagian siku pasangan. Jangan
pula cuba menyiku rusuk pasangan untuk mematahkan tulang rusuk.
Nyahkan impian berkenaan. Bantuk angan-angan.
Apa yang saya perhatikan, untuk menyesuaikan kehendak
papan sekeping maka ada yang menegaskan supaya kaki dipusing
hingga tiga suku darjah. Maknanya kaki kanan dipusing hingga
menyebabkan „punggung bertemu punggung‟. Perbuatan itu
membelakang badan belakang kita dengan badan belakang
pasangan kita. Gerak belakang itu sangat menyimpang daripada
falsafah Silat Cekak. Janganlah kita membelakangkan pasangan
dengan belakang kita. Konsep kita ialah berada di bahagian
belakang. Berada di bahagian belakang bermakna kita boleh nampak
belakang pasangan kita. Tapi kalau belakang bagi belakang, apa pun
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 181
tidak nampak. Kecuali penganutnya saja yang nampak. Apa yang
dinampaknya. Entah.
Buah Pasung Kemanga sangat sesuai untuk menghadapi
serangan pisau. Ketika gelek, tangan kanan kita akan menampar
penumbuk pasangan. Perbuatan menampar adalah berbeza dengan
perbuatan menepuk. Tamparan yang kemas dan padat akan
menyebabkan terasa semacam ada aliran letrik pada tangan
pasangan. Itu sebabnya buah ini amat sesuai mematahkan serangan
senjata. Apabila ditampar tangan yang memegang senjata, secara
automatik genggamannya akan terbuka.
Pada dasarnya, keseluruhan buah-buah Keputusan tersebut
dipengaruhi oleh kaedah gelekan badan. Perbuatan gelek adalah
gerak untuk menyokong kaedah kita yang ada. Perbuatan gelek
adalah bersepadu dengan gerak kaedah dan gerak badan kita. Gerak
hujung kaki adalah tersangat membantu. Janganlah guna istilah
membangkang. Nampak sangat tidak memahami falsafah gerak
persilatan Silat Cekak. Saya akan membincangkannya dalam tajuk
lain.
Ingat balik hasrat Ustaz. Dengan cara mempelajari semua
keputusan yang ada itu, diharapkan kita akan dapat menangkis
dengan mudah sebarang bentuk gerak serangan lawan. „Gunalah
apa cara silat yang ada sekalipun‟. Tidak ada masalah. Tapi,
bolehkan kita mencapai hasrat Ustaz itu jika pergerakannya telah
diubah. Ditambah-tambah dan dikurang-kurang. Ubah ikut suka-suka
hati. “Lu fikirlah sendiri.” Terdengar kata-kata Nabil, pelawak yang
tidak menang dalam pertandingan lawak tempoh hari.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 182
Silat Cekak Anti Gerak Membangkang.
Kita masih lagi membincangkan tentang buah-buah
Keputusan dalam Silat Cekak. Saya cuma mengenengahkan
pengetahuan, kefahaman dan pengalaman saya sebagai bekas
Jurulatih ketika menyampaikan buah-buah tersebut satu ketika yang
lalu. Jangan pulak ada yang mengatakan bahawa perbincangan saya
adalah berdasarkan cara saya sendiri. Mustahil saya berbuat
demikian. Selama ini saya tetap pertahankan mutu pengajaran dan
pembelajaran seperti mana yang saya peroleh dari Ustaz Hanafi.
Dalam tulisan ini, perkara yang ditulis sekadar ingin berkongsi
pengetahuan dan pengalaman saya yang pernah bersama Ustaz.
Ketika saya menuntut di universiti, lebih banyak masa saya
bersama Ustaz. Selepas kuliah, saya terus ke pejabat kerana Ustaz
tinggal di pejabat. Ketika saya di tahun ketiga, subjek yang diambil
hanya enam sahaja. Peperiksaannya di akhir tahun. Kadang-kadang
satu hari hanya ada kuliah selama sejam. Banyak masa saya
bersama Ustaz. Kerap kali hingga ke malam. Orang lain sibuk
bekerja, saya berada di pejabat silat. Sekali sekala ada ahli-ahli yang
mengunjungi Ustaz. Terutamanya Pak Wan yang bekerja sendiri.
Banyak juga masanya.
Pengetahuan silat saya adalah berdasarkan perbincangan
dengan Ustaz secara langsung dan pengalaman mengajar Silat
Cekak ketika berada di Pusat dan berterusan ke cawangan. Pernah
saya tulis tentang pengalaman bersilat bersama Ustaz. Hanya kami
berdua. Saya tidak pasti sama ada pengetahuan bersama Ustaz itu,
juga diperoleh ahli-ahli lain. Perkara jelasnya, perbincangan itu
adalah berdasarkan persoalan yang saya timbulkan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 183
Semua isi pelajaran Silat Cekak yang saya sampaikan adalah
berdasarkan pelarasan terakhir anjuran Ustaz sendiri. Pelarasan
selepas Ustaz banyak dipengaruhi oleh orang-orang kanan Ustaz
yang berasa ilmu Silat Cekak tersangat penuh di dada. Ketua
penyelaras utama ialah Guru Wawasan dan kumpulannya. Pada
saya, merekalah yang banyak mencorakkan gerak persilatan Silat
Cekak yang ada sekarang. Kini, ramai yang berada di sebelah sana.
Mereka telah meninggalkan persatuan kita. Rasa-rasanya mereka
juga turut meninggalkan fahaman mereka pada persilatan kita.
Berdasarkan tulisan yang lalu mungkin kita boleh timbulkan
persoalan untuk maksud perbincangan. Persoalannya, apakah
Kaedah yang digunakan bagi mengambil buah-buah keputusan
tersebut. Buah Hentak, jelas akan kaedah A yang digunakan. Akan
tetapi, Kaedah apa yang digunakan untuk buah Gayung Patani. Ada
yang kata gabungan Kaedah A dan B. Kalau Kaedah A, mesti tampar
tangan pasangan dan Kaedah B mesti ditepis tangan pasangan. Kita
tak berbuat demikian.
Bagaimana pulak dengan Sendeng Atas. Ada kata guna
Kaedah B. Pada hal Kaedah B yang kita amalkan adalah berlainan
gerak. Begitu juga dengan Terlak dan Lintau. Mana boleh kita
katakan guna kaedah C. Bentuk Kaedah C adalah berbeza dengan
cara mengambil buah-buah tersebut. Apatah lagi Pasung Kemanga.
Tidak ada langsung mirip Kaedah A yang digunakan.
Itu sebabnya saya telah tegaskan dalam tulisan yang lalu,
kaedah mengambil buah-buah keputusan yang ada dalam Silat
Cekak adalah sangat istimewa. Boleh dikatakan, semuanya
menggunakan gerak gelek badan. Kebanyakan buahnya mempunyai
gerak gelek yang rapat. Penggunaan hujung kaki amat berkesan bagi
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 184
„melarikan‟ badan dari tumbukan lawan. Seperti yang saya tegaskan,
kalau ditafsirkan „tumbukan bodoh‟, tumbukan itu tersasar dalam
jarak yang tersangat rapat dengan badan. Tidak perlu dibantu
dengan apa-apa kaedah tepisan. Namun begitu, dalam pembelajaran
Silat Cekak, gelekan itu tetap dibantu dengan kaedah Silat Cekak
yang sedia ada. Sungguh mantap pergerakannya. Boleh juga dibuat
kesimpulan betapa „gerak gelek itu hanya membantu gerak Kaedah
yang sedia ada dalam Silat Cekak.‟
Pengalaman saya mengajar silat, tidak pernah saya katakan
bahawa buah-buah keputusan itu menggunakan sebarang kaedah
yang ada dalam Silat Cekak. Melainkan saya buat penekanan betapa
pentingnya teknik gelek ketika membuat buah-buah berkenaan.
Untuk kaedah Kuntau Kiri, perbuatan gelek jelas dibantu oleh Kaedah
D dan Kaedah B. Saya tidak ingin membincangkan tentang buah
tersebut. Tapi telah ada perbezaan pendapat tentang penggunaan
Kaedah D dan B. Yang mana patut didahulukan. Sebenarnya Kaedah
D adalah fokus utama.
Saya telah terangkan betapa buah-buah keputusan tersebut
adalah di luar dari isi pelajaran Silat Cekak yang asal. Ingat balik
kata-kata Ustaz. “Tujuan mempelajari semua keputusan ini ialah
supaya ahli-ahli dapat menangkis dengan mudah pertarungan
walaupun lawannya menggunakan cara silat apa sekalipun.”
Malangnya, ramai yang terkeliru dan membuat kesimpulan
sendiri. Mereka tetap cuba menghubungkan cara mengambil buah-
buah keputusan tersebut dengan Kaedah yang sedia ada. Oleh
sebab buah Sendeng Atas ada unsur-unsur Kaedah B, hendak
dikatakan Kaedah B tentunya tidak sesuai. Maka dianggaplah
Kaedah B itu sebagai kaedah B Bangkang. Begitu juga dengan buah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 185
Terlak dan Lintau. Hendak dikatakan guna Kaedah C tidak boleh
kerana berlainan caranya. Namun begitu ada unsur-unsur Kaedah C.
Maka senang bicara, dikatakanlah Kaedah C Bangkang.
Pada saya, penggunaan istilah membangkang itu adalah
sesuatu yang tidak benar dalam Silat Cekak. Jelaslah betapa adanya
dalam kalangan Jurulatih yang terkeliru dengan konsep
membangkang serangan lawan atau membangkang tumbukan lawan.
Asal saja tangan lawan ditolak sama ada dari luar atau dari dalam,
maka dianggap membangkang. Maka lahirlah istilah „B dan C
Bangkang‟ pada buah-buah jatuh yang tertentu. Sendeng Atas
dikatakan menggunakan kaedah B Bangkang dan buah Terlak dan
Lintau dikatakan C Bangkang‟.
Ada yang ingin mendapatkan penjelasan saya berdasarkan
pengamalan bersilat dan menjadi Jurulatih tempoh hari. Tidak pernah
terlintas dalam fikiran saya akan penerangan Jurulatih yang boleh
membuat kesimpulan sebegitu. Pada saya, kesimpulan itu adalah
bertentangan dengan konsep dan falsafah Silat Cekak itu sendiri.
Satu langkah penambahan istilah yang tidak benar dalam proses
penyampaian pelajaran Silat Cekak.
Walau bagaimanapun, dalam tulisan ini, saya hanya
menceritakan kefahaman dan pengalaman saya. Kefahaman dan
pengalaman itu adalah berasas ketika menjadi Jurulatih, seiring
dengan minat saya mencungkil semua gerak buah yang ada dan
benar. Hal yang demikian ada perkaitan melalui hubungan saya
dengan Ustaz pada satu ketika yang lalu. Saya selalu menekankan
faktor ini untuk menegaskan bahawa kefahaman saya bukannya
rekaan sendiri.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 186
Teringat saya pada masa lalu, ketika menjadi penuntut Silat
Cekak. Kami sering berbincang tentang Silat Cekak yang baru kami
pelajari. Kami berupaya membuat perbincangan berdasarkan
pengalaman seni bela diri lain yang ada. Seperti yang saya tulis
terdahulu, kebanyakan kami pernah mempelajari silat Melayu yang
lain.
Salah satu tajuk perbincangan sesama kami ialah
perbandingan gerak menangkis serangan lawan antara persilatan
Silat Cekak dengan persilatan lain yang pernah kami pelajari.
Bandingan tersebut telah membuktikan bahawa sistem bela diri yang
ada dalam Silat Cekak adalah yang terbaik sekali. Tidak ada
persilatan lain yang dapat menandingi sistem „pertahanan‟ Silat
Cekak. Terasa juga perasaan bangga kerana dapat belajar satu seni
bela diri yang luar dari kebiasaan.
Umumnya, gerak-gerak yang ada dalam seni bela diri adalah
terbahagi pada dua prinsip, sama ada gerak membangkang atau
gerak sukan dan gerak seni. Itulah kesimpulan semua pesilat Silat
Cekak yang ditanamkan kefahaman oleh Ustaz. Di sinilah terletaknya
perbezaan antara Silat Cekak dengan seni bela diri yang lain. Kita
sering menegaskan bahawa Silat Cekak mempunyai gerak halus dan
berseni.
Hal yang demikian menyebabkan adanya perbezaan antara
Silat Cekak dengan gerak silat-silat Melayu yang lain. Apatah lagi
seni bela diri dari luar negara. Keseluruhannya, persilatan tersebut
menggunakan gerak membangkang. Kita sering menegaskan
bahawa gerak membangkang itu adalah gerak sukan. Bercorak
kesukanan. Perbandingan gerak ini adalah merupakan salah satu
intisari penerangan kita ketika meyakinkan masyarakat betapa Silat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 187
Cekak adalah merupakan pilihan silat yang terbaik. Pergerakannya
adalah berasaskan gerak semula jadi. Gerak berseni. Bukannya
gerak yang dibuat-buat.
Pengamal Silat Cekak tetap berfaham bahawa gerak
membangkang atau gerak sukan memerlukan tenaga atau kekuatan.
Orang yang lemah tidak mungkin akan mengalahkan orang yang
kuat. Orang yang berlengan besar, tidak akan dapat ditangkis
lengannya secara membangkang oleh orang yang berlengan kecil.
Mesti ada kekuatan dan tenaga tambahan.
Jika memerlukan kekuatan dan tenaga maka kebolehan
semula jadi yang ada pada diri seseorang adalah ternafi. Mereka
perlu menambahkan tenaga dan kekuatan jika ingin membuat
tangkisan. Di samping kekuatan tangan, stamina juga amat
diperlukan. Kekuatan diri diarah kepada tangan yang menangkis
serangan. Oleh sebab banyak tenaga yang diperlukan bagi
menambah kekuatan tangan, maka itulah gerak sukan namanya.
Perbandingan gerak menghadapi serangan lawan, menampakkan
perbezaan antara Silat Cekak dengan pesilatan Melayu yang lain.
Sebaliknya, gerak tangkisan yang ada pada Silat Cekak adalah biasa
sahaja, berdasarkan kebiasaan gerak semula jadi manusia.
Secara semula jadi, mana ada penumbuk yang dilepaskan,
mengarah ke luar atau ke kanannya. Melainkan penumbuk itu
cenderung terarah ke kirinya. Macam tumbuk layang. Dalam hal ini,
gerak kaedah kita amatlah unik, ringkas dan tenang. Pergerakannya
tidak membangkang kerana kaedah tangkisan kita adalah mengikut
arus tumbukan tersebut. Hal yang demikian menyebabkan pengamal
Silat Cekak tidak banyak menggunakan kekuatan. Itulah yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 188
dimaksudkan gerak seni dan bukannya gerak sukan. Tidak ada
langsung istilah membangkang dalam „kamus‟ Silat Cekak.
Walaupun gerak sukan tidak ada dalam pelajaran Silat Cekak,
akan tetapi pengamal Silat Cekak diberi pengetahuan tentang
maksud gerak sukan itu. Malah penuntut Silat Cekak tetap berupaya
memahami gerak-gerak kesukanan yang ada. Hal yang demikian
menjadikan setiap penuntut Silat Cekak dapat membezakan antara
gerak seni dengan gerak sukan. Tidak kira sama ada mereka boleh
menghuraikannya secara lisan atau faham berdasarkan perbuatan.
Ustaz selalu memberi kefahaman tentang maksud gerak
tersebut dalam ucapan atau ceramah-ceramah Silat Cekak dari masa
ke masa. Lebih-lebih lagi ketika menerangkan perbandingan gerak
persilatan yang sedia ada dalam Silat Cekak dengan gerak persilatan
lain. Peranan Jurulatih pula ialah meneruskan kesinambungan
kefahaman Ustaz itu dalam kalangan penuntut. Sepanjang
pengetahuan dan pengalaman saya sebagai Jurulatih, tidak ada
sebarang pencanggahan pendapat berhubung dengan kefahaman
gerak seni yang ada dalam Silat Cekak dan gerak sukan yang
berleluasa amalannya dalam seni bela diri yang lain.
Tangkisan kita adalah bercorak tepisan yang menggunakan
kekuatan lawan. Walaupun lawan menarik nafas untuk
menambahkan kekuatan tumbukan, pengamal Silat Cekak tetap
selamba menangkis serangan lawan berdasarkan pernafasan yang
sedia ada. Hal yang demikian membuktikan bahawa Silat Cekak
mempunyai kelebihan untuk menghadapi serangan lawan tanpa
mempedulikan kekuatan. Tidak banyak tenaga atau kekuatan yang
diperlukan oleh pengamal Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 189
Pengamal Silat Cekak mempunyai pilihan membuat tepisan
berdasarkan empat kaedah yang ada. Semuanya bergantung pada
situasi atau kehendak semasa. Tidak ada masalah. Kita menumpang
gerak dalam gerak yang dihasilkan lawan. Itulah gerak seni namanya,
yang merupakan satu gerak yang halus dan indah. Nampak mudah
tapi banyak faedah. Berbeza dengan gerak sukan yang memerlukan
imbangan kekuatan.
Saya petik tulisan Ustaz yang menyentuh tentang konsep seni
dalam Silat Cekak. Ustaz pernah menulis dalam majalah Dewan
Masyarakat.
“Konsep seni silat mestilah dibezakan dengan sukan. Dalam
hubungan ini segala kajian silat mempertahan diri yang tidak bertaraf
seni dipanggil silat yang bertaraf sukan. Seni silat dan sukan sama-
sama mempunyai pergerakan tetapi pergerakan antara kedua jenis
ini sangat jauh bezanya. Seni silat bergerak secara halus sejajar
dengan pergerakan semula jadi (normal) dan sememangnya sesuai
dipanggil seni. Manakala pergerakan silat jenis sukan bergerak bukan
cara normal (pergerakan yang dibuat-buat).
Adalah silap kalau dikatakan jenis pertahanan diri yang
diimport dari luar sebagai satu hasil seni kerana pergerakan mereka
berdasarkan gerak kasar (bukan normal). Tegasnya, jenis
pertahanan diri ini tergolong dalam sukan dalam mana kekuatan
menjadi ukuran. Pergerakan seni silat adalah halus. Ahli-ahli seni
silat yang asli memahami pergerakan halus (Berdenyut dalam istilah
silat), berdasarkan pergerakan yang menurut bukan yang
membangkang.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 190
Pergerakan yang membangkang memerlukan tenaga yang
kuat jesteru ianya jenis sukan. Ahli seni silat yang sebenar boleh
menewaskan musuh yang lebih kuat dan bertenaga darinya dengan
kaedah yang bijaksana. Cuma Silat Cekak sahaja yang mempunyai
sifat-sifat demikian.”
Pandangan Ustaz di atas membuktikan betapa seriusnya
Ustaz mentafsir gerak yang ada dalam Silat Cekak. Dengan yakin
Ustaz menegaskan bahawa “Cuma Silat Cekak sahaja yang
mempunyai sifat-sifat demikian”.
Sifat apa. Sekali Ustaz jelaskan dalam tulisannya.
Sifat-sifat yang ada pada Silat Cekak ialah pergerakannya
halus, sejajar dengan pergerakan semula jadi yang sesuai dipanggil
seni. Pergerakannya bukan jenis dibuat-buat sebab pergerakan Silat
Cekak adalah berdasarkan pergerakan menurut, bukannya
membangkang. Pengamal Silat Cekak berupaya menewaskan musuh
yang lebih kuat dan bertenaga darinya dengan kaedah yang
bijaksana.
Sepanjang saya bersama Ustaz, beliau sering kali mengulas
tentang bandingan gerak Silat Cekak dengan gerak bela diri yang
lain. Hal yang demikian telah menyebabkan kekukuhan kefahaman
pada ahli-ahli silat bahawa Silat Cekak adalah merupakan silat yang
mempunyai gerak seni. Kefahaman itu begitu teguh tertanam dalam
jiwa penuntut. Tidak terlintas langsung untuk mengaitkan Silat Cekak
dengan gerak membangkang yang bersifat gerak sukan.
Oleh itu, janganlah ada hendaknya dalam kalangan Jurulatih
yang pandai-pandai mengubah atau mencipta istilah baru pada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 191
Kaedah dan kefahaman kita yang ditanam Ustaz. Hinggakan mereka
sanggup menentang arus dengan menggunakan istilah
membangkang dalam penerangan tentang kaedah kita. Senang-
senang saja buah-buah Sendeng Atas, Terlak dan Lintau,
dihubungkan dengan Kaedah C atau Kaedah B Bangkang. Mudah
saja membuat tambahan dalam penerangan tanpa berpegang pada
konsep dan falsafah Silat Cekak.
Perlu saya tegaskan, sepanjang saya bersama Ustaz, buah-
buah keputusan berkenaan tidak pernah dihubungkan dengan gerak
membangkang. Buah-buah itu mempunyai keistimewaan gerak
kaedah untuk menghadapi serangan lawan. Penerangan bernoktah
dengan menegaskan bahawa pengambilan buah-buah berkenaan
adalah berdasarkan kaedah gelek dengan bantuan kaedah yang
sedia ada. Prinsip gelek melibatkan pergerakan gelek yang banyak
atau sedikit. Manakala konsep „dengan bantuan‟ adalah bermaksud
jika ada keperluan. Bukan mesti.
Tidak ada sebab bagi kita untuk tambah-tambah penerangan
dengan menggunakan istilah membangkang bagi disesuaikan
dengan Kaedah kita yang sedia ada. Oleh itu, saya berpendapat
bahawa istilah „B Bangkang‟ atau „C Bangkang‟ adalah istilah yang
direka-reka dan merupakan perubahan baru. Tidak pernah pun
disebut oleh sebarang Jurulatih semasa saya berada di pusat.
Semua Jurulatih menerima kenyataan bahawa tidak ada istilah
membangkang dalam Silat Cekak. Sebabnya adalah jelas. Gerak
membangkang atau gerak sukan adalah hak seni bela diri orang lain
manakala gerak seni adalah hak Silat Cekak.
Mungkin kita berasa keliru tentang bentuk gelek yang ada
pada Terlak dan Lintau. Gayung Patani dan Sendeng adalah jelas
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 192
geleknya. Walau bagaimanapun, gerak-gerak mengambil buah Terlak
dan Lintau masih tetap dianggap sebagai gerak seni. Kita mengambil
kaedah tidak secara membangkang. Kita tidak „merempuh‟ badan
ketika mengambil buah-buah tersebut. Prinsip gelek tetap ada
walaupun tidak ketara. Kita tidak langsung menggunakan kekuatan
badan. Apatah lagi kekuatan tangan untuk menolak tangan ketika
lawan menyerang.
Kita bergerak dalam proses gerak lawan menyerang.
Bukannya ketika penumbuk lawan sedang „bermalam‟. Badan pesilat
tetap gelek, sama ada banyak atau sikit. Sifat gelek itu adalah gerak
badan untuk menafikan serangan lawan. Sekali lagi, gelekan itu
macam sukar dikesan dengan pandangan biasa. Sifat yang demikian
adalah merupakan gerak halus sejajar dengan pergerakan semula
jadi yang sesuai dipanggil gerak seni. Ketika itulah kita menumpang
gerak ketika lawan kita bergerak. Itulah juga yang dinamakan sebagai
„makan gerak dalam gerak‟.
Saya juga telah tegaskan betapa buah-buah keputusan
tersebut tersangat sesuai digunakan untuk menghadapi serangan
senjata dari pihak lawan. Selain pisau, senjata kerambit sangat biasa
dibawa seseorang. Penggunaan keris semakin kurang. Malah sudah
tidak ada. Tidak pernah saya dengar ada perompak yang bawa keris
untuk mengugut mangsanya.
Buah Lintau dan Terlak sangat sesuai untuk menghadapi
musuh yang menggunakan kerambit. Gerak kedua-dua buah itu
tersangat rapat dan amat sesuai dengan kerambit yang tersangat
rapat penggunaannya dengan badan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 193
Teringat saya ketika masih menuntut dulu. Kami juga diberi
kefahaman yang sedemikian, iaitu untuk menghadapi serangan
kerambit. Satu ketika, kami menumbuk Terlak dan Lintau secara
gambaran menggunakan kerambit. Dengan tangkasnya serangan
tersebut dimatikan dengan buah Terlak dan Lintau. Walau
bagaimanapun, cara tumbukan yang sedemikian bukanlah satu
arahan. Saja-saja kami berbuat tumbukan sedemikian kerana
diterangkan buah-buah tersebut sesuai dengan tumbukan itu. Lama-
lama, cara tumbukan cara itu ditinggalkan begitu saja. Kami terus
menumbuk secara lurus tangan. Apatah lagi buah Kilas Depan
menuntut tumbukan sedemikian.
Saya cuba bayangkan gerak membangkang dengan
menggunakan kaedah membangkang. Pasti geraknya saperti yang
saya gambarkan.
„Apabila ada serangan tangan, pesilat kena tepis serangan itu
terlebih dulu. Badan tetap tidak berubah posisi atau sifatnya. Setelah
ditepis, barulah badan akan maju ke depan dalam posisi yang sama.
Tidak ada gelekan langsung walau sedikitpun.‟
Kalau itulah yang dilakukan, maknanya pesilat itu
menggunakan kekuatan untuk tepisan dan badan yang robos untuk
maju ke depan. Adakah gerak ini yang dilakukan. Kalau ye, sesuailah
digunakan Kaedah Bangkang. Kaedah yang asing dalam persilatan
Silat Cekak.
Sebagai kesimpulan, sifat membangkang adalah asing dalam
gerak persilatan kita. Pada saya, mengistilahkan C atau B Bangkang
adalah merupakan satu percakapan yang bercanggah dengan
falsafah Silat Cekak. Penggunaan istilah B dan C Bangkang adalah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 194
disebabkan kurangnya pengalaman dalam ilmu Silat Cekak itu
sendiri. Semua buah cuba disesuaikan dengan Kaedah kita yang
sedia ada. Mereka lupa bahawa buah-buah Keputusan yang
tersenarai dalam Silat Cekak adalah mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri. Hal yang demikian termasuklah kaedah mengambil
buah-buah tersebut. Oleh itu, jangan mudah menggunakan istilah
yang tidak ada dalam konsep dan falsafah Silat Cekak. Sangat
merugikan penuntut Silat Cekak.
Konsep Seni Dalam Silat Cekak.
Dalam proses pembelajaran Silat Cekak, satu istilah yang
sering kita kaitkan dengan silat kita ialah seni. Kita berkeyakinan
bahawa Silat Cekak penuh dengan seninya. Kerana seni yang ada
dalam Silat Cekak telah menjadikan pergerakan kita dalam silat
begitu tersusun dan terancang. Para penuntut diasuh dan dididik
supaya mengetahui apa yang dilakukan dengan alasan yang
bersebab; bukannya melakukan pergerakan sesuka hati atau hati
suka-suka untuk melakukan sesatu gerak.
Kita dapat mengatur gerakan kita bagi menghadapi musuh.
Setiap pergerakan lebih mementingkan keuntungan. Hal ini
membuktikan keperluan pada pemikiran yang strategik dalam
menghadapi musuh. Melalui sistem yang ada, menjadikan
pergerakan kita lebih bijaksana. Apatah lagi kaedah Silat Cekak
adalah hasil ciptaan manusia yang bijaksana. Kekuatan kita hanya
berdasarkan tenaga yang sedia ada. Tenaga yang sedia ada ini,
apabila disepadukan dengan kaedah-kaedah yang ada dalam Silat
Cekak boleh menjadikan kita dapat menandingi kekuatan lawan
walaupun fizikal lawan tersebut lebih daripada kita.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 195
Dalam Silat Cekak, kekuatan lawan tidak dijadikan masalah
utama. Malah kita selalu membandingkan kekuatan seni dengan
kekuatan yang bertaraf sukan. Penuntut-penuntut diyakinkan bahawa
seni yang ada dalam Silat Cekak tidak memerlukan para penuntutnya
mengeraskan tangan atau menambahkan otot badan bagi mencapai
hasrat pahlawan. Kaedah membangkang sangat dibenci dalam
pembelajaran Silat Cekak. Kaedah itu dikatakan bertaraf sukan dan
lebih mendatangkan kemudaratan kepada kita. Kepercayaan ini
menyebabkan timbul pula pendapat yang mengatakan bahawa silat
yang ditakrifkan sebagai gerak perlu menggunakan gerak yang halus
dan bukannya gerak yang kasar. Gerak yang halus itu dinamakan
seni.
Namun begitu kita sering keliru dengan maksud seni. Ramai
yang berpendapat bahawa yang halus itu seni dan yang kasar itu
bukan seni. Oleh itu, mengajar Silat Cekak yang dianggap kasar,
ditegah dan tidak digalakkan. Maka Mungkin kerana itulah agaknya,
buah Pertama dalam Silat Cekak perlu dibuka penumbuk pemakan
dengan alasan tidak ada seni dan akan mendatangkan kemudaratan
kepada ahli.
Pada kebanyakan tafsiran, seni itu dianggap sebagai halus.
Lebih dikelirukan lagi apabila ditambah pula makna kehalusannya
sebagai halus di dalam halus. Tidak tahulah apa yang halus. Kalau
dah halus apa sedapnya. Tidak terasapun. Hilang kenikmatan.
Saya berpendapat bahawa jika kita meletakkan sesuatu atau
melakukan sesuatu menurut aturan dan sistem yang telah ditetapkan
maka itulah juga dianggap seni. Dalam konteks ini, seni mestilah
sesuatu yang sedap dipandang dan pelakuan kita tidak kekok ketika
melakukan sesuatu pergerakan tersebut. Kalau peraturannya kita
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 196
perlu berdiri lurus dengan mendiamkan tangan menanti akan
serangan musuh, maka itulah seni namanya dalam Silat Cekak.
Sistem kita tidak berkuda. Kalau penuntut berdiri secara berkuda-
kuda maka hilanglah seninya.
Sebaliknya dalam kebanyakan silat Melayu, berkuda-kuda itu
dianggap penting dan itu adalah merupakan seni pada mereka.
Mereka pula menganggap silat kita tidak berseni. Hal yang demikian
memberi makna bahawa konsep seni adalah berbeza antara satu
silat dengan silat yang lain. Dakwaan seni dalam Silat Cekak adalah
bersandarkan pada silat kita sendiri. Tidak perlulah kita bertegang
urat berbahas dengan silat lain bagi membuktikan seni yang ada
dalam persilatan kita.
Tafsiran kita tentang seni adalah berbeza dalam konteks
bandingan antara silat-silat Melayu. Samalah juga dengan dakwaan
kita yang mengatakan bahawa Silat Cekak adalah berdasarkan gerak
sembahyang. Cakap-cakap yang mengaitkan sembahyang ini telah
tidak menyenangkan orang lain seolah-olah gerak kita sahaja yang
benar dan sah. Maka mereka juga berhujah dengan mengatakan
bahawa gerak silat mereka juga berdasarkan gerak sembahyang.
Apatah lagi gerak silat bertapakkan tiga. Gerak yang tidak melebihi
tiga pergerakan, juga dianggap berdasarkan gerak dalam
sembahyang.
Bertengkarlah mereka hingga terpaksa melewatkan waktu
sembahyang atau meninggalkan waktu sembahyang. Bertengkar
tentang gerak yang berasal dari sembahyang hingga ada
sembahyang yang hilang tidak dikerjakan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 197
Sama juga dengan ahli-ahli sekarang yang berlainan
persatuan. Bertengkar tentang siapa yang benar-benar mempusakai
ilmu Ustaz Hanafi. Tapi Ustaz Hanafipun tidak pernah ditemui. Geli
sungguh hati. Bukankah buang masa namanya apabila kita cuba
menegakkan sesuatu pada mereka yang berfaham berlainan. Sampai
ayam berkokok keesokan paginya, masing-masing akan
mempertahankan pendapat masing-masing. Buang masa dan tenaga
berbahas.
Berdasarkan perbincangan dengan contoh-contoh ringkas di
atas pada pandangan saya, seni yang ada dalam Silat Cekak perlu
dilihat dalam tiga aspek atau tiga prinsip utama. Pertamanya ialah
penggunaan gerak dua tangan dan dua kaki, keduanya ialah
kekuatan fizikal dan ketiganya ialah tenaga yang ada dalam diri kita.
Ketiga-tiga prinsip itu perlulah bersahaja iaitu tidak dibuat-buat dan
bersepadu dalam konteks menggunakan sesuatu yang semula jadi
yang ada pada diri kita. Saya yakin bahawa penguasaan pada ketiga-
tiga aspek atau prinsip itu akan membolehkan kita menguasai seni
dalam Silat Cekak.
Gerak dua tangan dan dua kaki, adalah perdu pergerakan
silat kita. Pelajaran Kaedah amat mustahak dan merupakan asas
seni dalam gerak Silat Cekak. Kita jangan bersifat gopoh hingga
terburu-buru untuk menyambung kaedah dengan buah asas. Amat
malang apabila ada kelas-kelas latihan yang mengumpul kaedah-
kaedah dalam pembelajaran satu malam atau dua malam latihan.
Sepatutnya setiap kaedah diajar dalam satu sesi latihan. Ketika inilah
para penuntut didedahkan tentang konsep seni yang amat berbeza
dengan konsep sukan yang berlandaskan gerak membangkang.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 198
Jika kaedah penuntut mantap, seni yang dihasilkan dalam
gerak Silat Cekak akan menjadi sangat mantap. Kaedah-kaedah ini
dimantapkan melalui pembelajaran buah-buah asas. Konsep segerak
diperkenalkan bagi memantapkan seni dalam Silat Cekak. Konsep ini
berlarutan hingga ke buah jatuh. Kemantapan seni menjadikan
pelakuan gerak penuntut amat mantap, tepat dan kita yang
melihatnya berasa puas.
Soal gerak yang diakhiri dengan pukulan keras hanya lebih
merupakan bunga-bunga dalam kekemasan buah. Bukan itu yang
diutamakan. Dalam pelajaran seterusnya iaitu potong dan penamat,
konsep seni disepadukan dengan kebijaksanaan menggunakan akal.
Setiap pergerakan perlu kena pada tempatnya bagi menentukan
keuntungan yang maksimum. Aspek sebab dan musabab amat
ditekankan. Apabila disesuaikan dengan fikiran yang sihat dan
strategik, kita dapat menghasilkan pergerakan yang tepat dan
menguntungkan. Di situ nampak jelas konsep seni yang ada dalam
Silat Cekak.
Penuntut yang berseni dalam melakukan pergerakan silat
akan membangkitkan rasa puas pada orang yang melihatnya. Saya
masih ingat lagi dalam satu kelas latihan silat di cawangan saya yang
diperhatikan oleh Ustaz Hanafi yang berada di kelas latihan tersebut.
Para penuntut telah berjaya menguasai seni dalam Silat
Cekak ketika latihan. Gerak mereka tepat dan mantap. Ustaz berasa
bersemangat dan terpanggil untuk turun ke kelas bersama penuntut
untuk memantapkan lagi pergerakan yang ada dalam kalangan
mereka. Itulah kuatnya tarikan seni jika para penuntut dapat
menguasai seni dalam pergerakannya. Malah, mereka sendiri berasa
puas setelah tamat sesi latihan. Kepuasaan itu dapat dilihat melalui
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 199
perahan baju yang dipakai. Sebaliknya kita dapat saksikan sendiri
para penuntut yang tidak berseni. Pergerakannya tidak tentu arah.
Kita yang melihat akan berasa rimas, lemah dan bosan.
Prinsip yang kedua, untuk memantapkan seni kita dalam
pergerakan, kekuatan fizikal mesti ada. Badan mesti sihat. Berat
badan mesti terkawal. Gemukan perut jangan menghalang
pandangan kita kepada wali jantan yang ada pada kita. Hal ini
demikian kerana buah-buah yang ada dalam Silat Cekak memerlukan
kekuatan lengan. Mantapkan sikit lengan kita. Jangan mengharapkan
apa yang ada sahaja.
Tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengangkat berat bagi
membenjolkan lengan kita. Bergantunglah pada keperluan diri dan
situasi mana kita berada. Kita akui betapa orang-orang dulu hanya
bersandar pada latihan tangan yang semula jadi tapi amat berbeza
dengan kita. Orang yang bersawah atau menoreh getah atau bekerja
di kilang yang banyak menggunakan tenaga fizikal sudah mencukupi
untuk menguatkan otot lengan atau otot badan dan sebagainya.
Tidak perlu lagi mengangkat berat atau pelbagai bentuk latihan fizikal
lagi. Berbeza dengan mereka yang hanya memegang pen dan duduk
dalam pendingin hawa. Latihan fizikal perlu ada.
Samalah juga perbezaan antara sesama kita semasa mandi.
Mereka yang mandi berkain basah pasti akan memerah kain basahan
tersebut sesudah mandi. Secara langsung mereka dapat menguatkan
kekuatan fizikal terutamanya lengan. Keadaan ini semestinya
berbeza dengan mereka yang mandi secara bogel. Tidak ada apa
yang boleh diperah. Ramas tidak sama dengan perah. Mereka ini
perlu latihan untuk menguatkan tangan yang ada.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 200
Oleh itu jangan kita berbahas tentang kekuatan fizikal hanya
bersandarkan dengan apa yang ada sahaja pada diri kita. Tidak
sama antara seseorang dengan seseorang yang lain. Kalaulah fizikal
kita mantap maka akan memudahkan kita melakukan gerak-gerak
yang ada dalam Silat Cekak. Keadaan ini akan menghasilkan seni
yang indah dan mantap. Jika tidak, kita menumbuk, kita yang rebah
dan jika kita diserang maka kita juga yang rebah. Hilang akan seni
geraknya.
Prinsip ketiga seperti yang nyatakan di atas ialah tenaga.
Istilah sekarang ialah stamina. Alangkah hebatnya jika kelas-kelas
kemahiran dapat dimulakan daripada buah jatuh, potong dan umum
yang dilakukan secara bertali arus untuk sesi yang pertama. Selepas
lima minit pelajaran di kelas tersebut, disambung pula dengan
pelajaran-pelajaran berupa aplikasi dalam sesi kedua. Kalau
pelajaran potong, maka pelajaran akan bermula daripada kaedah dan
buah jatuh sebelum masuk pelajaran potong.
Semua bentuk latihan tersebut hanya dapat dilakukan jika kita
ada stamina. Kalau stamina tidak ada, para penuntut akan lesu.
Keadaan ini akan menyebabkan pembelajaran mereka merosot.
Mana boleh kita nampak akan seninya. Oleh itu latihan berjogging
atau berjalan atau sebarang maksud latihan bagi menambahkan
stamina adalah perlu. Kekuatan stamina adalah penting bagi
menampakkan seni yang indah dalam silat kita.
Seni yang indah hanya dapat dinikmati oleh mereka yang
melihat atau menontonnya. Kalaulah pergerakan kita mempunyai
seni, mereka yang melihat akan berasa puas dan terangsang untuk
menguasainya. Perbincangan saya di atas dapat dijadikan panduan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 201
untuk menguasai seni dalam Silat Cekak. Lebih jelas kalau
diterangkan secara praktikal.
Kita mengakui kebenaran bahawa pergerakan Silat Cekak
adalah benar, bukan diada-adakan hingga kita yakin bahawa Silat
Cekak sememangnya merupakan satu seni pusaka bangsa Melayu
yang asli. Kaedah-kaedah yang ada adalah mencukupi dan tidak
perlu ditokok tambah. Silat Cekak dizahirkan dengan begitu lengkap
dan kaya dengan unsur-unsur seninya yang semula jadi.
Persoalannya, kita sebagai pengamal atau ahli Silat Cekak,
mampukah menguasai seni-seni Silat Cekak tersebut. Saya yakin
bahawa penguasaan ketiga-tiga aspek atau prinsip berkenaan akan
membantu kita menguasai seni dalam Silat Cekak.
Gerak Tumit Atau Hujung Kaki.
Terdapat perbahasan yang tidak ada kesudahan tentang
pergerakan kaki. Pergerakan tersebut ialah sama ada bergerak
menggunakan hujung kaki atau depan kaki dengan prinsip bergerak
menggunakan tumit atau belakang kaki. Maka wujudlah dua
kumpulan pendapat. Masing-masing ada hujahnya tersendiri.
Semuanya mendakwa mendapat tunjuk ajar Ustaz. Saya difahamkan,
sebagai jalan keluar ada juga dalam kalangan Jurulatih yang
mengambil sikap selamat. “Ikut sedap”. Maknanya pergerakan
tersebut boleh dilakukan atas kemampuan dan kehendak gerak
seseorang pesilat. Mungkin itulah sikap yang difikirkan sebaik-
baiknya bagi menjawab persoalan ahli. Mungkin juga tindakan
tersebut bagi mengelak perbahasan sesama ahli.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 202
Saya berpendapat, gerak kaki erat kaitannya dengan kaedah
gelek. Sekarang ini, kaedah gelek kurang diberi perhatian. Ustaz
pernah memberitahu saya, pada satu ketika, Kaedah Gelek amat
dititikberatkan dan merupakan satu pelajaran. Walau bagaimanapun
kaedah itu diserapkan dalam pengajaran buah asas. Namun begitu
pada peringkat awal, pengetahuan tentang prinsip gelek masih kukuh
dalam pemikiran pengamal Silat Cekak. Lama-lama pelajaran gelek
mula dipermudahkan. Banyak perubahan yang berlaku. Pemikiran
ahli mula „terkongkong‟ dengan empat kaedah yang ada. Itu sebab
timbul istilah „B dan C Bangkang‟ dan penggunaan kaki yang tidak
ketahuan.
Saya terbaca satu artikal tentang Silat Cekak, terbitan
persatuan tahun 1998 yang bertepatan dengan kenyataan saya.
Pada peringkat awal Allahyarham Ustaz Hanafi mengajar,
kaedah gelek ini diajar sebagai satu mata pelajaran seperti empat
kaedah asas. Tetapi selepas kajian dilakukan, didapati bahawa
kaedah ini boleh diajarkan serentak semasa membuat buah-buah
mempertahankan diri.
Sebenarnya, perbahasan mengenai pergerakan kaki tersebut
berlaku sejak zaman selepas Ustaz dan mungkin berterusan hingga
sekarang. Ketika itu, perbahasan mengenai pergerakan kaki itu
adalah terhad dengan merujuk pada buah Gayung Patani sahaja.
Dalam pelarasan yang diadakan, gelek ke belakang buah itu adalah
berdasarkan tumit pada kaki kiri. Malah, ketika bertindak berdasarkan
gerak pecahan, penuntut tetap disaran menggunakan tumit. Peliknya,
hanya untuk buah Gayung Patani sahaja. Buah-buah lain yang
memerlukan gelekan, masih lagi menggunakan hujung kaki. Ketika
itu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 203
Lama-lama saya difahamkan, semua gerak gelek adalah
berdasarkan tumit kaki. Tidak kira buah apa lagi. Misalnya Sendeng
Atas, Kidung Kiri dan Kuntau Kiri. Kalau benarlah perubahan
tersebut, nampaknya segala-galanya telah berubah.
Perbincangan saya dalam tulisan ini adalah secara umum,
berfokus pada pengamal Silat Cekak yang berminat dengan Pusaka
Hanafi. Saya tetap berpendirian bahawa gerak gelek adalah
berdasarkan hujung kaki. Bukannya tumit. Tidak kiralah buah apa
pun. Termasuklah Gayung Patani dan lain-lain buah yang
menggunakan gerak gelek dalam persilatan Silat Cekak.
Saya pernah menceritakan tentang kehadiran saya dalam
majlis pelarasan yang diadakan di Bangunan Cekak, Jalan Sentul di
zaman Pak Ak. Saya mewakili Jurulatih dari Cawangan Perak.
Penganjurnya ialah Guru Wawasan. Sememangnya beliau amat
berminat membuat pelarasan dari masa ke masa. Pakar pelarasan.
Tidak ada siapa yang dapat menyekat kehendaknya. Guru Utama
ketika itu pun boleh terketepi. Tidak berupaya menyekat
kehendaknya.
Seperti yang saya tegaskan, corak pelajaran Silat Cekak
sekarang ini banyak dipengaruhi pemikirannya. Saya telah ceritakan
betapa Pak Ak terkecewa atas sikapnya itu. Perasaan itu pernah
diluahkan pada saya. Ubah pelajaran ikut kefahaman sendiri.
Sekarang ini peranannya bertambah. Terlantik menjadi pakar
tutup kelas Silat Cekak yang bertentangan dengan fahamannya.
Pada hal, orang yang benar-benar menjiwai Silat Cekak sebagai
Pusaka Hanafi, tidak akan tergamak menutup kelas-kelas Silat
Cekak. Malah akan berterusan menggalakkan pembukaan kelas-
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 204
kelas Silat Cekak jika fahamannya masih berpaut pada „Pemikiran
Hanafi‟. Selagi kita terus memanfaatkan ilmu yang ditinggalkan
Ustaz, maka selagi itu juga pulangan ganjarannya akan berterusan
pada Ustaz. Kata tok guru.
Ramai peserta dari seluruh negara yang hadir dalam
pelarasan di bangunan berkenaan. Entah untuk ke berapa kali. Saya
pun tidak tahu macam mana saya tergerak untuk hadir pada majlis
pelarasan berkenaan. Sebelum itu tidak pernah hadir pun walaupun
dipanggil beberapa kali. Dalam majlis pelarasan itu, Guru Kontrak
pun hadir sebagai peserta. Majlis itulah yang memberi pengetahuan
dan pengalaman baru pada saya. Ditegaskan bahawa buah Gayung
Patani perlu dibuat secara menggerakkan tumit. Ke belakang, kaki
kiri pakai tumit dan maju ke depan pun pakai tumit. Ketika kaki kanan
bergerak ke belakang, perlu menggunakan hujung kaki. Hanya buah
Gayung Patani sahaja. Buah-buah lain tetap menggunakan hujung
kaki.
Hal yang demikian adalah bertentangan dengan fahaman
saya selama itu. Timbul perbahasan walaupun maksudnya
perbincangan. Beliau menegaskan bahawa penggunaan hujung kaki
akan menyebabkan kerosakan urat saraf pada bahagian keting.
„Bahagian kaki di belakang buku lali‟.
Susah bagi saya hendak faham. Saya persoalkan kenapa
gelek buah Kidung Kiri tetap menggunakan hujung kaki. Tidak sakit
apa pun di keting. Apabila perbincangan semakin „rancak‟, akhirnya
saya „ditarik‟ keluar dari majlis berkenaan.
Pada saya, alasan yang diberikan adalah tidak logik langsung.
Saya juga yakin bahawa alasan itu adalah berdasarkan pendapat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 205
sendiri. Kepala angin sendiri. Seumur hidup saya dalam Silat Cekak,
tidak pernah dengar alasan sedemikian. Mentang-mentanglah dia
ada latar belakang sains, boleh cakap bagi orang lain percaya. Pada
saya, hal yang demikian susah hendak diterima. Tidak nampak
logiknya. Guru Kontrak yang ada, tidak banyak bicara. Angguk
kepala. Anggukan bermakna. Ada strategi rupanya. Terbukti berjaya
juga akhirnya. Menjadi guru rupa-rupanya.
Ketika saya berbincang sesama Jurulatih di cawangan saya,
kami terkenang semula alasan yang diberi. Alasan „penggunaan
hujung kaki akan memudaratkan pesilat. Rosak urat keting. Tidak
pulak diterangkan maksud rosak urat kaki tersebut. Putuskah atau
bengkokkah atau atau yang lain. Ketika itu, saya pun malas hendak
bertanya. Tidak boleh buat gambaran akan logik alasannya.
Pada kami, alasan tersebut tidak munasabah langsung. Kami
pakat-pakat ketawa apabila saya mengenengahkan alasan mereka.
Seorang Jurulatih bersuara. Beliau menghubungkan satu kajian
saintis yang hangat diperkatakan pada masa itu di dada akhbar.
Kebetulan pulak tu. Dikatakan jika kanak-kanak makan biji nangka
atau biji cempedak yang direbus, akan membantutkan pembesaran
tubuh.
Dakwaan itu sukar diterima. Pada hal, sudah bercupak buah
rebusan biji nangka atau biji cempedak yang ada dalam perutnya
sejak kecil. Badan tetap membesar dan perut pun boleh membesar
dengan hebatnya. Semua yang hadir ketawa. Kami ketawa pada
lawak yang dibuatnya. Secara langsung ketawa pada „lawak‟ yang
menjadikan alasan membenarkan penggunaan tumit kaki untuk buah
Gayung Patani.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 206
Ada juga dalam kalangan Jurulatih yang bersuara. “Patutlah
ada guru silat yang bertongkat. Rupa-rupanya urat kakinya telah
terputus.” Sekali lagi masing-masing pakat ketawa. Alasan yang tidak
ada asas langsung.
Saya difahamkan sekarang ini, pada sesetengah kelas,
penggunaan tumit kaki telah melarat pada semua buah yang
menggunakan kaedah gelek. Seperti yang saya nyatakan, Sendeng
Atas, guna tumit kaki. Malah, buah-buah Kuntau pun guna tumit kaki.
Maknanya semua gerak gelek adalah berdasarkan tumit kaki. Tidak
pakai lagi hujung kaki. Lebih malang lagi, buah-buah potong pun
berjangkit dengan penggunaan gerak tumit kaki. Ada juga yang
beritahu saya. Hujung kaki hanya digunakan untuk membuat potong
secara sapuan kaki pada buah Kidung Kiri. “Pulak dah. Dah terbalik
jadinya”.
Seperti yang dikata, pada masa dulu perselisihan pendapat
hanya ada pada buah Gayung Patani sahaja. Macam mana fahaman
tersebut „berjangkit‟ pada gerak-gerak buah yang lain. Kalau
kepelbagaian kefahaman itu tidak disekat, kita juga risau prinsip
penggunaan tumit kaki akan melarat pada pelajaran menengah dan
pelajaran-pelajaran seterusnya. Haru biru.
Tertulis dalam salah satu buku panduan Silat Cekak, untuk
mengambil asas Gayung Patani, “Gelek atas tumit lebih utama”. Satu
kenyataan yang longgar. Maknanya, „ikut sedap‟ atau „ikut sesuai‟.
Hal yang demikian telah menyebabkan perbezaan penggunaan kaki
itu semakin ketara. Segala-galanya bergantung pada pembawaan
Jurulatih yang „membawa‟ kelas berkenaan. Maka, semakin jelas
perbezaan gerak sesama penuntut dalam perguruan yang sama.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 207
Tidak ada satu pegangan yang kukuh atas kefahaman yang sedia
ada dalam Silat Cekak.
Oleh sebab demikianlah, saya diminta pendapat atas
fahaman saya tentang penggunaan kaki dalam gerak buah-buah
gelek dalam Silat Cekak. Adakah geraknya berdasarkan hujung kaki
atau tumit. Maka perbincangan saya tidak berdasarkan pendapat;
melainkan atas dasar kefahaman yang terpupuk sekian lama. Dalam
hal ini, saya tetap menegaskan bahawa setiap gerak gelek, tetap
menggunakan hujung kaki. Itulah fahaman gerak yang saya
pertahankan dari dulu hingga sekarang. Jika mereka mengatakan
bahawa pengetahuan mereka adalah dari Ustaz, maka saya juga
mengatakan bahawa pengetahuan saya juga adalah dari Ustaz.
Saya tidak berminat berbahas atas prinsip benar atau salah.
Cuma, dalam tulisan ini apa salahnya jika kita cuba dengar dan baca
tentang pendapat dan kefahaman saya pula. Berkongsi pengalaman.
Tidak rugi pun jika kita berfikiran terbuka
Kebenaran Gerak Tumit Atau Hujung Kaki.
Kita yakin bahawa gerak yang ada dalam Silat Cekak adalah
berdasarkan gerak semula jadi. Tidak perlu tambah kekuatan fizikal.
Kekuatan yang diperlukan hanyalah kekuatan semula jadi yang sedia
ada. Itulah gerak seni namanya. Suatu gerak bela diri yang halus dan
bermutu untuk menjaga diri. Sesuatu yang bertentangan dengan
gerak tersebut maknanya gerak itu adalah gerak yang dibuat-buat.
Kena tambah kekuatan dan kena tambah tenaga atau stamina.
Kadang kala gerak yang dibuat-buat itu juga dikenali sebagai
gerak membangkang atau gerak sukan. Saya telah menyentuh hal
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 208
yang demikian dalam tulisan yang lalu. Apa yang dibangkang. Dalam
hal ini membangkang membawa maksud menyanggah gerak
perbuatan kita iaitu gerak yang bertentangan dengan pergerakan
semula jadi manusia. Itulah namanya gerak yang dibuat-buat. Gerak
yang tidak normal.
Cuba kita ambil beberapa contoh yang memperlihatkan sifat
semula jadi manusia yang berkaitan dengan kaki. Orang yang ingin
memulakan perbuatan berjalan, memerlukan hujung kaki sebagai
„mukadimahnya‟. Malah, jika kaki kanan yang mula melangkah,
langkahan itu mesti bermula pada hujung kaki sebelum bertapak.
Kaki kiri yang ikut melangkah seterusnya, akan meneruskan
langkahan bermula pada hujung kaki. Tidak boleh tumit kaki.
Bayangkan jika permulaan langkah bermula dengan tumit
kaki pada kedua-dua kaki. Perbuatan yang dibuat-buat. Kalau kaki
kiri yang berikutnya memulakan langkah atas tumit kaki, urat betis
kaki itu akan menjadi cekang. Tidak ada keseimbangan badan. Jalan
pun tidak berseni. Tidak ada penjajaran. „Alignment‟ boleh lari.
Gelong. Jadi kangkang.
Petua yang Ustaz turunkan mengenai „Bumi Selamat‟ atau
„Langkah Selamat‟, tetap menggunakan hujung kaki sebagai
pemulaan langkah. Letak dulu hujung kaki, baru bertapak. Maknanya,
kalau hendak selamat, mulakan langkah dengan menggunakan
hujung kaki. Sebabnya, langkahan yang sedemikian adalah
merupakan langkah semula jadi manusia. Gerak asal manusia.
Orang lainpun tidak perasan cara kita berbuat demikian. Itulah gerak
semula jadi sifatnya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 209
Secara kiasan berdasarkan petua, kalau menyimpang dari
gerak asal petua iaitu jika memulakan jalan secara menggunakan
tumit kaki, maknanya „tak selamat‟. Petua tidak menjadi. Kalau
dihubungkan dengan silat, kalau hendak selamat, setiap perbuatan
gelek perlulah menggunakan hujung kaki. Kalau guna tumit kaki,
alamat „tak selamat‟.
Begitu juga dalam acara lari yang saya saksikan dalam
pertandingan sukan. Saya dapat lihat betapa pelari yang ada, tetap
menggunakan hujung kaki untuk memulakan larian. Tidak pernah
lihat pun ada pelari yang memulakan larian dengan menggunakan
tumit kaki. Cuma ada sekali dalam sukan Orang Kurang Upaya
(OKU) yang saya hadir di Tanjung Rambutan, menampakkan
penggunaan tumit kaki ketika mereka memulakan larian. Tapi tidak
habis lariannya. Maklumlah orang OKU. Boleh buat suka-suka hati.
Itulah sifat semula jadinya. Orang yang lihat pun jadi hati suka-suka.
Bukan suka-suka hati.
Maknanya, penggunaan hujung kaki adalah merupakan gerak
semula jadi manusia untuk tujuan melangkah. Kalau menyanggah
gerak semula jadi itu, maka kita katakan gerak itu sebagai gerak
membangkang. Menyanggah pergerakan semula jadi. Gerak yang
dibuat-buat. Maknanya juga pada saya, mereka yang menggunakan
gerak tumit untuk tujuan melangkah maka saya tafsirkan gerak itu
sebagai gerak menyanggah atau gerak membangkang. Gerak yang
dibuat-buat. Kena guna tenaga untuk maksud keseimbangan badan.
Bukannya gerak halus yang berseni lagi.
Kalau kita menghalusi gerak-gerak buah jatuh Silat Cekak,
pergerakan melangkah masuk, semuanya bermula dengan hujung
kaki. Setelah hujung kaki mencecah tempat yang dihajati, barulah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 210
kaki bertapak dan membuat tindakan jatuhan. Semuanya berlaku
dalam kiraan saat dan ketika. Kalau gerak masuk menggunakan tumit
kaki, maka gerak itu adalah gerak yang tidak berseni. Gerak kasar.
Hilang halusnya. Badan terpaksa bengkok ke belakang. Kena
melentik. Urat di bahagian pinggul akan menjadi tegang. Boleh sekat
peredaran darah. Bahaya pun kerana boleh melemahkan „tenaga
dalaman‟ lelaki jika dibuat selalu. Nangis tak berlagu. Rugi besar.
Saya pernah menegaskan betapa peranan hujung kaki adalah
salah satu keistimewaan gerak dalam konsep menunggu serangan
dengan menggunakan Kaedah Gelek. Penggunaan hujung kaki amat
berkesan bagi „melarikan‟ badan dari tumbukan lawan. Kalau
ditafsirkan „tumbukan bodoh‟, tumbukan itu akan tersasar dalam jarak
yang tersangat rapat dengan badan. Tidak perlu dibantu dengan apa-
apa kaedah tepisan. Sungguh mantap dan halus pergerakannya.
Kadang-kadang saya terbayang pada penganut gerak tumit.
Cubalah gelek menggunakan tumit tanpa dibantu kaedah yang ada
ketika pasangan kita melakukan tumbukan. Tidak kiralah gelek
masuk atau gelek belakang. Pasti badan akan „cenderung‟ ke dalam.
Tersangat sukar menafikan tumbukan lawan. Mesti kena penumbuk
di badan. Syaratnya ialah mesti tumbuk biasa. Jangan pulak buat
tumbukan layang. Kalau buat tumbukan layang, tidak buat apa-
apapun pasti tumbukan tidak kena. Bukan „tumbuk bodoh‟ tapi
„tumbukan auta‟.
Kesimpulannya, penggunaan tumit itu sangat sesuai dengan
tumbukan layang. Tetap tidak kena sasaran badan. Berpakat dalam
tindakan. Itulah gerak yang dibuat-buat namanya. Jangan benarkan
anak didik kita bersifat demikian. Dalam jangka masa panjang,
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 211
tumbukan yang sedemikian akan memupuk keyakinan yang tidak ada
asas. Amat merugikan para penuntut yang berbuat demikian.
Semasa saya menjadi Jurulatih di pusat, Ustaz mengadakan
latihan kemahiran untuk para jurulatih setiap minggu. Latihan
diadakan setiap malam Jumaat. Sebelum memulakan latihan buah,
ada gerak-gerak yang perlu dilakukan. Bentuk riadah. Senaman
muda. Tidak pernah pakai senaman tua.
Salah satu daripada gerak tersebut ialah berlari setempat atas
hujung kaki secara berjengket. Sambil itu kami dikehendaki
menggeleng-gelengkan kepala sekuat mungkin. Jari berperanan
mengurut tulang rusuk pada kedua-dua bahagian rusuk badan. Saya
rasa, mungkin pelajaran ini kurang dibuat dalam kalangan Jurulatih
sekarang ini agaknya. Kelas kemahiran lebih tertumpu pada latihan
latih tubi untuk maksud kemahiran diri.
Ustaz menerangkan bahawa perbuatan menggelengkan
kepala boleh menghindari rasa pening yang sering melanda kita.
Perbuatan mengurut tulang rusuk dapat mencegah beberapa
penyakit. Walau bagaimanapun Ustaz tidak menerangkan tujuan
berlari setempat atas hujung kaki. Kami tidak pula menimbulkan
persoalan. Tidak dapat hendak banding dengan apa-apa gerak yang
ada. Kalau Ustaz suruh buat maka adalah sebabnya Ustaz
mengarahkan perbuatan sedemikian. Ikut saja.
Saya terfikir sendiri. Tentulah perbuatan berlari setempat atas
hujung kaki, ada faedah yang besar dalam konteks gerak persilatan
pengamal Silat Cekak. Kalau tidak ada faedah, tidak mungkin Ustaz
jadikan perbuatan itu sebagai latihan. Pada keyakinan saya,
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 212
perbuatan berlari setempat atas hujung kaki adalah untuk
memantapkan pergerakan hujung kaki itu sendiri.
Saya yakin, perbuatan itu juga ada perkaitan dengan
pelajaran gerak gelek persilatan kita. Maknanya, pelajaran bergerak
gelek ialah dengan menggunakan hujung kaki. Tidak pernah pulak
ada latihan berlari setempat secara menggunakan tumit. Tidak boleh
buat pun kerana gerak tumit bukan semula jadi. Kalau buat juga
maka akan jadi macam king kong berjalan dalam cerita wayang yang
boleh ditonton, „Tarzan Lost His Cawat‟. Wayang dulu-dulu.
Tiada siapa pun yang bertanya tentang tujuan latihan berlari
setempat atas hujung kaki. Hal yang demikian kerana pemakaian
gerak tumit tidak timbul ketika itu. Tidak terlintas dalam fikiran untuk
membuat bandingan dan tidak terlintas pun untuk menghubungkan
sebarang bentuk latihan silat yang sedemikian dengan gerak tumit.
Sebabnya jelas. Penggunaan tumit adalah tidak popular. Tidak ada
pun penggunaannya. Kecuali memotong secara sapuan.
Pada pengetahuan Jurulatih dulu-dulu juga, ada tiga (3) lagi
bentuk riadah yang perlu dilakukan dalam kelas kemahiran. Semua
bentuk riadah tersebut ada kaitan dengan gelek badan dan
pergerakan hujung kaki.
Pertamanya ialah latihan berlari pantas secara empat penjuru.
Pada setiap penjuru, pesilat dikehendaki memusingkan badan secara
serta merta. Keduanya ialah berlari pantas dan berhenti secara serta
merta di hadapan pisau yang terhunus. Mesti boleh brek badan.
Ketiganya ialah membuat larian yang pantas ke arah pisau yang
dihunus Ustaz dan pada satu detik yang sangat sesuai, Jurulatih
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 213
perlu membuat lencongan di hadapan pisau itu. Kami diarah
membuat latihan itu berkali-kali hingga penat.
Pada saya, tujuan latihan tersebut adalah jelas. Hal yang
demikian adalah untuk memantapkan pergerakan gelek badan dan
kejituan penggunaan hujung kaki. Ketika membuat lencongan dalam
riadah itu, kami diarah menggunakan hujung kaki. Ketika berlari
empat penjuru dan berhenti secara tiba-tiba dihadapan pisau yang
dihunus Ustaz atau berlari sambil melencung badan, peranan hujung
kaki adalah amat ketara. Itulah yang diarahkan. Guna hujung kaki.
Tidak bolehpun buat pergerakan melencong atau menggelekkan
badan secara tumit kaki.
Kalau membuat gerakan melencong atau berhenti secara
tiba-tiba dengan menggunakan tumit kaki, akan membahayakan diri.
Kesinambungan gerakan badan akan terhenti. Hilang „balancing‟.
Penggunaan tumit kaki memberi alamat, kita boleh „telentang‟.
Macam telentang di atas ranjang. Lain pulak penyudahnya. Tapi,
penatnya tetap sama.
Kesimpulan saya adalah jelas. Kaedah gelek dan
penggunaan hujung kaki adalah sangat berperanan besar dalam
pelajaran Silat Cekak. Sama besar dengan kaedah yang empat. Ada
latihan khas untuk memantapkan penggunaan kedua-dua prinsip
gerak tersebut iaitu gerak gelek badan dan gerak hujung kaki.
Oleh sebab itulah saya berkeyakinan bahawa penggunaan
kedua-dua prinsip gerak itu adalah tersangat meluas dalam sistem
pelajaran Silat Cekak. Penekanan pada latihannya juga sangat diberi
perhatian. Saya tidak pasti sama ada perbincangan saya tentang
bentuk latihan kaki dapat difahami oleh para pembaca. Walau
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 214
bagaimanapun, bentuk latihan yang sedemikian adalah merupakan
satu keperluan dalam kelas-kelas kemahiran yang dianjurkan Ustaz.
Saya telah teruskan latihan sedemikian di cawangan saya.
Perlu saya tegaskan sekali lagi. Perbincangan saya tentang
sama ada menggunakan hujung kaki atau tumit kaki adalah
berdasarkan pada gerak gelek Gayung Patani sahaja. Kaedah buah
itu saya yang menjadi persoalan. Dulu, buah-buah lain tidak
mendatangkan sebarang perbahasan. Ketika itu gerak gelek buah-
buah lain selain Gayung Patani, masih menggunakan hujung kaki.
Fahaman gelek dan penggunaan hujung kaki masih mantap. Tidak
ada prinsip ikut suka-suka hati.
Tapi, kalaulah sekarang ini semua buah gelek dikatakan
menggunakan tumit kaki, lagi parahlah untuk membuktikan perbuatan
sedemikian tidak benar dan tidak tepat. Tersangat salah pada prinsip,
konsep dan falsafah Silat Cekak. Akan banyak sangat alasan yang
perlu dicari untuk membuktikan penafian gerak yang sedemikian.
Itulah kefahaman dan pegangan saya yang diasaskan Ustaz.
Kefahaman gerak gelek tetap atas hujung kaki. Saya tidak boleh
komen banyak kerana setakat mendapat berita. Tidak pernah tengok.
Ada juga satu pendapat baru yang mengatakan bahawa gerak
sebenar kaki adalah tapak kaki. Bukan hujung kaki dan bukan tumit.
Jalan tengah agaknya. Fahaman baru oleh generasi baru. Alasannya
juga adalah berdasarkan gerak semula jadi manusia. Pada saya,
itulah pendapat baru yang bersandarkan fikiran sendiri dan kepala
angin sendiri. Tidak bersandar pada falsafah Silat Cekak.
Orang yang suka menggunakan tapak kaki, akan
mengundang perubahan tempat pada kedudukan kaki apabila
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 215
mengambil buah. Maka jadilah geraknya sebagai tapak tiga. Gerak
mengelak. Gerak yang sedemikian langsung tidak sesuai dengan
gerak Silat Cekak. Tapak kita ialah tapak dua. Tapak yang tidak
mengelak. Itulah kata-kata Ustaz pada saya ketika berbincang
tentang tapak Silat Cekak.
Teringat saya teguran Ustaz pada salah seorang anak didik
silat saya. Kebetulan Ustaz turun ke kelas. Semasa membuat buah
Kidung Kiri, anak didik saya itu menghadapi masalah. Kakinya selalu
berubah. Mengubah kedudukan kaki ketika gerak gelek dilakukan.
Puncanya pada pemerhatian saya, gelek yang dilakukan adalah
berdasarkan tapak kaki. Jenuh membetulkannya.
Jelas menampakkan bahawa gelek secara tapak kaki akan
wujud kecenderongan mengubah tempat kedudukan asal kaki. Hal
yang demikian tidak berkait langsung dengan sistem pelajaran Silat
Cekak. “Gelek pakai hujung kaki”. Kedengaran suara Ustaz memberi
arahan sambil tangannya memegang ranting kayu. Ustaz
memerhatikan gerak kaki penuntut berkenaan. Sekali saja arahan
diberi. Betul pulak jadinya.
Dalam bidang pelajaran Silat Cekak, penggunaan tumit kaki
tidaklah ternafi langsung. Ada juga gunanya. Terutamanya untuk
tujuan kebahagiaan, bukannya kependekaran. Mereka yang ada ilmu
PK tentulah mengetahui akan peranan tumit kaki. „Petua Kekerasan‟.
Sangat berkesan untuk mengurut pasangan kaki sendiri. Gunakan
tumit kaki kanan untuk mengurut bahagian tertentu pada kaki kiri.
Begitulah sebaliknya. Urutan tersebut akan membantu kelancaran
darah hingga ke anu. Buat tiap-tiap hari. Tengok kesannya dalam
tempoh empat puluh hari. Jangan dibiar lama. Menyinga.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 216
Kata orang dulu-dulu, untuk melihat keayuan dan kedaraan
gadis, lihatlah tumit kakinya. Ada petuanya. Tidak payah tengok rupa.
Tumit kaki akan boleh melambangkan rupa paras dan
„keistimewaannya‟. Labu, buluh atau tanduk. Saya difahamkan hal
yang demikian adalah merupakan satu pandangan hidup. Bila
pandang baru „hidup‟. Ada juga gunanya tumit kaki.
Tumit juga boleh dijadikan tempat asahan. Batu pengasah.
Sangat mujarab. Buat tiap-tiap hari. Jangan kurang daripada empat
puluh hari. Boleh kontrol. Pasti bertambah „tajam‟. Tawar ilmu kebal.
Tidak mudah kecundang. Bertindak garang. Macam ular tedung.
Nampaknya, masih ada peranan tumit kaki dalam ilmu
sampingan Silat Cekak. Tapi, jangan silap faham. Untuk mengurut
pasangan kita secara guna kaki, jangan pulak guna tumit kaki.
Gelojoh. Tidak dapat rasa nikmat apa pun. Sensitifnya kurang.
Gunalah hujung kaki. Lebih berseni. Bersopan dan dapat merasai
dan menikmati „keindahan‟ alam semula jadi. Semua kawasan mudah
pergi. Jari hantu di kaki akan lebih berhantu. Kata orang tua-tua,
itulah mainan hidup. Main dulu baru „hidup‟.
Orang yang suka aktiviti mendaki bukit tinggi tentu sedar akan
peranan tumit kaki. Ketika menuruni bukit, tumit kaki akan
berperanan sebagai brek. Boleh buat jadi laju dan boleh buat jadi
perlahan. Kalau pakai hujung kaki, semacam nak maju terus ke
depan. Menyondol atau sondol ke depan. Macam tumbuk lajak.
Bahaya. Burukpun rupa bentuk geraknya. Gerak menyondol.
Tapi kalau turun dari bukit rendah atau bukit kecik, peranan
hujung kaki pula lebih bermakna. Geraknya senyap. Tidak
mengganggu pasangan. Dapat menyerap berat badan sendiri. Tidak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 217
banyak menggunakan tenaga dan kekuatan diri yang semakin
kurang. Berkurangan tenaga kerana baru saja digunakan.
Oleh itu, berdasarkan perbincangan di atas, saya tetap
mempertahankan penggunaan hujung kaki sebagai gerak yang
bertepatan dengan falsafah Silat Cekak. Itulah gerak semula jadi
manusia. Gerak halus iaitu gerak berseni yang menjadi konsep dan
falsafah Silat Cekak. Itulah gerak yang tidak membangkang. Silat
Cekak adalah juga berdasarkan gerak semula jadi manusia. Jenis
gerak seni yang membawa maksud, pergerakan menurut, bukannya
membangkang. Itulah juga salah satu falsafah persilatan kita.
Saya jarang sangat menyentuh tajuk ini secara khusus.
Kefahaman saya setakat disebarkan dalam kalangan anak didik
saya. Falsafah saya pada Silat Cekak adalah jelas. “Apa yang
diterima maka itulah yang diluahkan.” Maknanya, saya akan memberi
balik pengetahuan yang saya peroleh dari Ustaz pada anak didik
saya. Tidak tambah dan tidak kurang. Cuma, saya akan sesuaikan
pelajaran tersebut pada peringkat-peringkat pelajaran.
Sepanjang saya menjadi Jurulatih, tidak ada pembetulan yang
dibuat guru pada saya, selain pelarasan akhir yang saya sertai. Kalau
pelarasan dilakukan atas kehendak orang kanan, kena fikir banyak
kali. Pastinya pelarasan tersebut berdasarkan kebolehan dan
pengetahuan diri mereka sendiri. Banyak ruginya kalau tidak berhati-
hati. Itupun kalau ingin miliki Pusaka Hanafi.
Memahami Gelaran Buah Dalam Silat Cekak.
Dalam tulisan lalu, saya telah membincangkan tentang nama-
nama buah Silat Cekak yang didakwa ada perkaitan dengan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 218
pesilatan Melayu lain. Kesimpulannya, tidak timbul pun sifat cedok-
mencedok. Kewujudan persatuan-persatuan silat yang pelbagai, telah
menyebabkan persoalan „mencedok‟ itu timbul. Lebih-lebih lagi
apabila gelaran persatuan silat itu berkaitan dengan nama-nama
buah yang ada pada kita.
Kadang-kadang saya terfikir juga. Dari segi budaya
berpakaian, nasib baiklah tidak ada „persatuan baju kurung‟ atau
„persatuan baju kebaya‟. Kalau ada, pasti timbul persoalan apabila
bukan ahlinya memakai pakaian baju kurung atau kebaya. Pasti akan
dikatakan meniru „pusaka‟ persatuan mereka. Pada hal, jenis baju
tersebut adalah ciptaan masyarakat Melayu.
Satu lagi persoalan yang sering ditimbulkan dalam kalangan
ahli ialah nama-nama buah yang ada dalam Silat Cekak. Bukan asal
usul buahnya, tapi pengertian atau tafsiran pada namanya. Dalam
tulisan ini, saya cuba membincangkan persoalan tersebut
berdasarkan pengalaman masa silam saya ketika berbicara sebagai
seorang Jurulatih.
Nama-nama buah yang jelas namanya, tidak ada persoalan.
Misalnya, nama-nama seperti Gayung Patani, Sendeng, Lintau,
Terlak, Pasung Kemanga, Harimau dan Kuntau. Nama-nama buah itu
adalah biasa penggunaannya dalam persilatan Melayu dan sering
diguna pakai. Ada asal usul penggunaannya. Hal yang demikian
tidaklah menarik minat para penuntut untuk bertanyakan soalan.
Begitu juga pada nama-nama buah yang boleh dihubungkan
dengan perkara umum dalam bahasa pertuturan kita. Perkataan-
perkataan kilas, paras, kidung, hempuk dan selendang mungkin tak
ada persoalan. Biasa juga didengar. Penuntut juga boleh
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 219
menghubungkan nama-nama tersebut dengan gerak buah Silat
Cekak yang sedia ada. Mempunyai asas ketika membuat tafsiran.
Persoalan yang pernah saya dengar ialah Gari dan Ali. Istilah
gari pada buah Gari dan istilah ali pada buah Ali Patah Atas dan Ali
Patah Sudah. Kedua-dua istilah itu boleh menimbulkan persoalan
dan perasaan ingin tahu yang mendalam dalam kalangan segelintir
penuntut. Walaupun keperluan pengetahuan mengenai nama-nama
buah tersebut bukannya mendesak, akan tetapi sedikit sebanyak
keinginan mengetahuinya akan mengganggu proses mereka
menimba ilmu pengetahuan Silat Cekak. Elok juga dilayan persoalan
mereka itu supaya fikiran mereka berada dalam suasana yang
„tenang‟.
Dalam hal ini, Jurulatih perlu berilmu dan perlu sangat berhati-
hati kalau ingin berbincang. Jangan buat penerangan atau membuat
kesimpulan kalau tidak ada ilmu. Kalaupun ingin memberi penjelasan,
perlu ada sandaran. Sandarannya mesti dari pandangan Guru
Utama. Kalau tidak ada, buatlah penjelasan secara ilmiah. Sekurang-
kurangnya, rujuklah pada kamus yang ada. Ada sandarannya. Bukan
memberi makna atau membuat kesimpulan secara mudah melainkan
sebagai maksud menggalakkan perbincangan.
Misalnya, perkataan istilah gari dalam buah Gari. Dalam
bahasa kita, gari membawa dua makna. Makna pertama merujuk
pada sepasang gelang daripada logam untuk membelenggu
pergelangan tangan. Makna kedua adalah merujuk pada pandangan
mata yang masih jelas dan nyata walaupun telah berumur. Kalau
sengaja difikir-fikirkan, tidak mungkin zaman dulu-dulu pahlawan-
pahlawan kita menggunakan gari menangkap penjenayah macam
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 220
yang ada sekarang. Susah pada akal untuk menerima perbuatan
sedemikian.
Buatlah perbincangan kalau ada yang bertanya. Tapi jangan
sesekali membuat pendirian. Hal yang demikian disebabkan
kesimpulan kita itu adalah berdasarkan andaian. Tidak ada kata
putus. Walau bagaimanapun, tegaskan pada penuntut kita. Perkara
pentingnya ialah ketepatan, ketangkasan dan kebenaran membuat
buah. Tidak ada tambah-tambah pada mana-mana gerak ikut suka-
suka hati.
Istilah „Ali‟ dalam buah Ali Patah Sudah dan Ali Patah Atas
turut mencetuskan perasaan ingin tahu dalam kalangan penuntut.
Ramai penuntut ingin mengetahui makna „ali‟ tersebut. Keinginan itu
sama ada dilahirkan atau dipendam begitu saja. Mungkin ada
masanya Jurulatih sendiri menjelaskan maksud „ali‟ itu.
Pada pendapat saya, para Jurulatih juga perlu berhati-hati
ketika memberi penjelasan mengenai makna perkataan pada buah
berkenaan. Masa saya belajar dulu, Ustaz tidak pernah menyentuh
akan persoalan nama pada buah itu. Kami pun tidak berminat
bertanya. Seperti yang dinyatakan, kami lebih suka menerima buah-
buah yang sedia ada daripada berbahas tentang asal usulnya. Walau
bagaimanapun, saya tidak nafikan betapa ada juga hasrat saya ingin
mengetahui tentang maksud „ali‟ itu. Namun begitu hanya disimpan
dalam hati, hinggalah tamat silat.
Ketika mengajar silat, saya cuba elakkan daripada bercakap
tentang makna perkataan yang ada pada nama-nama buah jatuhan.
Penekanan saya ialah penguasaan buah daripada penguasaan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 221
makna namanya. Nama buah telah ada. Maka terimalah nama buah
seadanya. Namun begitu, ada juga yang bertanya.
Dalam hal ini, terdapat juga para Jurulatih yang
menghubungkan „ali‟ dengan nama Khalifah empat. Kalau betul,
tentunya nama-nama kalifah yang lain ada dalam senarai nama buah
Silat Cekak. Tidak ada pun. Begitu juga jika kita ingin
menghubungkan istilah „ali‟ pada nama pahlawan atau pejuang yang
hebat bagi menegakkan agama, susah juga nak diterima. Nama
Khalid ibnu Walid juga sangat hebat. Tidak ada nama buah Khalid
pun pada buah-buah kita. Cuma, mungkin ada gerak khalid dalam
Silat Cekak yang juga merupakan salah seorang pakar pelarasan
Silat Cekak. Orang kanan Guru Wawasan.
Kalau dirujuk kamus, istilah „ali‟ bukannya nama khas. Istilah
tersebut merujuk pada makna tinggi. Tentulah konsep tinggi itu
adalah berkaitan dengan sifat dan pelakuan manusia. Saya cuba
menghubungkan makna konsep tinggi dalam konsep persilatan kita.
Kebanyakan pergerakan silat Melayu adalah secara berkuda-
kuda. Gerak kuda-kuda dalam persilatan Melayu, biasanya
menjadikan kedudukan mereka tinggi, sederhana atau rendah. Ada
silat yang menggunakan istilah „main atas‟, „setengah tiang‟ atau
„main bawah‟. Kuda-kuda yang kurang „bengkok‟, menyebabkan
kedudukan mereka tinggi. Manakala kuda-kuda yang rendah
menyebabkan pergerakan mereka adalah juga rendah. Lagi rendah
kedudukan badan, dikatakan lebih baik. Pergerakan yang
merendahkan badan dianggap sebagai pergerakan bawah. Ada juga
dalam kalangan pesilat yang menggelarnya sebagai „main bawah‟.
Buah-buah pemakannya lebih banyak bersifat bawah.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 222
Teringat saya pada majlis penamat kelas saya dulunya. Ada
seorang penuntut yang „mencuba‟ Ustaz ketika tamat. Pembawaan
silatnya ialah Kuntau Jawa. Penuntut itupun orang Jawa. Ketika
mencuba, geraknya ialah gerak yang tersangat rendah. Pertama kali
saya tengok. Hebat. Ketika itu silat yang merayap di bawah, dianggap
tersangat hebat. Dikatakan bahawa pergerakan sedemikian amat
sukar dipintas. Tapi tidak hebat apabila mencuba dengan pengamal
Silat Cekak.
Pergerakan berkuda-kuda tidak ada dalam Silat Cekak kerana
kita tidak berkuda-kuda. Oleh itu gerak bawah tidak timbul dalam
pelajaran kita. Walau bagaimanapun, buah-buah jatuhan kita meliputi
tiga serangan di bahagian badan. Atas, tengah dan bawah. Kita boleh
buat pembahagian buah-buah yang ada dalam Silat Cekak,
berdasarkan senarai buah jatuh yang kita ada. Misalnya, Kilas
Depan, Terlak dan Lintau adalah habuan serangan bahagian bawah.
Manakala buah Hempok adalah habuan serangan di bahagian atas.
Kebanyakan buah-buah kita adalah untuk menghadapi serangan
lawan di bahagian tengah.
Walau bagaimanapun, prinsip pukulan pada buah-buah
berkenaan adalah pada sasaran di bahagian tengah atau di bahagian
atas. Kita tidak pukul bahagian bawah. Kalau pukulan di bahagian
bawah, alamat retak anunya. Tersangat besar padahnya.
Saya tidak mahu mengupas panjang lebar tentang nama-
nama buah Ali Patah Atas, Ali Patah Sudah dan buah Gari. Hal yang
demikian adalah lebih banyak bersifat tafsiran. Ustaz tidak pernah
bercakap mengenainya secara khusus pada saya. Saya pun tidak
pernah bertanya. Pengetahuan saya tentang istilah adalah terhad.
Perbincangan akan lebih banyak menjurus pada pendapat atau
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 223
pandangan sendiri. Walau bagaimanapun, keutamaan saya ialah
melakukan buah jatuhan tersebut dengan kemas, tepat dan teratur.
Oleh itu, elok sangatlah para Jurulatih mengelak diri dari
membuat kesimpulan tentang istilah yang kurang ada pembuktian
dan penjelasan. Memadailah menimbulkan persoalan untuk maksud
perbincangan. Hal yang demikian boleh juga membuka minda anak
didik kita. Itupun jika ada yang bertanya. Bukannya bertengkar bagi
maksud menegakkan pendapat, cuma berbincang bagi
menggalakkan budaya berfikir dalam kalangan pesilat.
Falsafah Berdiri Lurus.
Salah satu falsafah dan konsep yang ada dalam persilatan
Silat Cekak ialah lurus. Falsafah lurus adalah begitu luas dalam
kefahaman Silat Cekak. Perbincangan tentangnya meliputi aspek
fizikal dan kefahaman.
Berdasarkan kefahaman dalam Silat Cekak, konsep lurus
membawa pelbagai makna. Orang yang lurus kerap kali dikaitkan
dengan orang yang bersifat jujur. Percakapan dan tindakan mereka
lebih banyak sehala tanpa ada sebarang kepentingan dan maksud
yang tersirat.
Dalam pantun Silat Cekak makna jujur memainkan peranan
penting bagi kita menguasai Silat Cekak dan bagi mendapat
keberkatan hasil daripada pembelajaran Silat Cekak. Peranannya
telah dinyatakan seperti dalam rangkap pantun yang berikut,
Silat Cekak pada lahirnya.
Pengertian gerak pada batinnya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 224
Hendaklah mahir seluruh anggota,
Hendaklah jujur pada jiwanya.
Orang bersifat jujur kebiasaannya akan memudahkannya
menguasai gerak yang ada dalam Silat Cekak. Oleh itu, jujurlah pada
diri kita, rakan-rakan dan semestinya kepada guru yang ada mandat.
Mandat daripada tuan punya yang sah dalam Silat Cekak.
Kita juga dianjurkan supaya memilih jalan yang lurus. Setiap
hari, dalam sembahyang kita memohon supaya ditunjukkan jalan
yang lurus. Dengan petunjuk lurus yang diperoleh akan menjadikan
diri kita tidak terpengaruh dengan hawa nafsu dan kepentingan diri.
Namun begitu, hal-hal dan cakap-cakap yang sebegini, biarlah guru
kita yang mengupasnya dengan lebih lanjut.
Walau bagaimanapun dalam tulisan ini saya hanya
menitikberatkan istilah Lurus dalam prinsip, konsep dan falsafah
berdiri lurus. Konsep berdiri lurus dalam Silat Cekak adalah sebagai
satu usaha membela diri dari segi fizikal. Perbincangan dalam tulisan
ini meliputi pandangan umum keseluruhan ahli-ahli Silat Cekak pada
masa dulu. Sesetengah ayat yang saya gunakan dalam tulisan ini
adalah berupa ayat yang sering diucap ahli-ahli Silat Cekak di satu
masa yang lalu. Ayat-ayat itu juga sering diperturunkan untuk
kefahaman penuntut-penuntut baru yang ingin belajar Silat Cekak.
Saya pernah tegaskan bahawa berdiri lurus dalam Silat Cekak
sering dikaitkan dengan pendirian sembahyang. Walaupun kenyataan
ini tidak menyenangkan beberapa pihak yang tertentu akan tetapi
dalam kalangan penuntut Silat Cekak kaitan antara silat dan
sembahyang telah diterima secara begitu yakin sekali. Dalam prinsip
berdiri lurus ini, tapak kaki kanan dengan tapak kaki kiri tidak terlalu
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 225
renggang dan tidak terlalu rapat. Jarak tapak adalah sederhana
berdasarkan berdiri semula jadi kita. Pendirian yang demikian juga
digunakan oleh Silat Cekak dalam kaedah bela diri daripada
serangan musuh.
Walau bagaimanapun, berdiri lurus tegak ini pula dianggap
pengamal silat yang lain sebagai satu kelemahan Silat Cekak.
Namun begitu, pada kajian kita secara mendalam, sebenarnya di
situlah punca kekuatan dan kelebihan gerak silat kita iaitu Silat
Cekak. Kita berkeyakinan bahawa berdiri lurus tersebut dapat
memberi keyakinan dan membawa beberapa pengertian pada diri
kita secara lahir mahupun segi falsafahnya.
Ramai yang mengatakan bahawa berdiri lurus adalah berdiri
yang lemah. Pada mereka, berdiri yang kuat adalah berdiri secara
kuda-kuda. Sebenarnya pada kita, berdiri secara berkuda-kuda itulah
yang lemah dan boleh mendatangkan kemudaratan. Kita diyakinkan
bahawa berdiri secara berkuda-kuda itu adalah pendirian yang
bengkok. Adakah sesuatu yang bengkok itu kuat daripada yang lurus.
Ahli-ahli Silat Cekak diberi kiasan sebagai maksud bandingan.
Orang yang pergi ke hutan mencari kayu tersangatlah sukar
mendapatkan kayu-kayu yang lurus. Kayu yang bengkok amatlah
mudah kita diperoleh. Kayu yang lurus boleh guna dalam pelbagai
faedah. Kita boleh buat tiang rumah, meja, kerusi, papan dan
berbagai bentuk lagi. Kayu bengkok hanya sesuai dibuat kayu api
sahaja.
Di sini, jelaslah bahawa sesuatu yang lurus banyak
kegunaannya daripada yang bengkok. Begitu jugalah halnya dengan
berdiri yang lurus. Berdiri lurus adalah penengah atau pusat daripada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 226
segala pergerakan sama ada pergerakan ke hadapan atau ke
belakang dan pergerakan ke kiri atau ke kanan. Oleh sebab itulah
berdiri lurus digunakan dalam Silat Cekak kerana dengan pendirian
tersebut, Cekak telah bersedia untuk menunggu pelbagai jenis
serangan dari pelbagai penjuru sama ada hadapan, kiri, kanan
mahupun dari belakang.
Berdiri lurus adalah berdiri yang normal bagi manusia. Itulah
salah satu sifat gerak semula jadi manusia. Malah, munusia yang
bercakap tatkala berdiri adalah melambangkan manusia yang
mempunyai pendirian yang lurus atau normal dan bukannya atas
pendirian yang bengkok iaitu pendirian yang dipaksa-paksa.
Oleh itu, jika penuntut belajar silat secara berdiri lurus maka
pengamalnya akan sentiasa dapat bersedia sepanjang waktu tanpa
diketahui oleh orang lain. Musuh kita sukar mengesan akan helah
kita. Hal ini demikian kerana mereka melihat pendirian kita seperti
pendirian orang yang tidak mahu bergaduh. Jika sekiranya kita berdiri
secara berkuda-kuda, sebenarnya kita membantu musuh kita untuk
mengetahui akan tipu helah kita. Mereka akan dapat membaca mana
tangan atau kaki yang „mati‟ dan mana tangan atau kaki yang „hidup‟.
Selain daripada hujah-hujah di atas, berdiri lurus adalah
bermaksud berada dalam kedudukan atau posisi yang sangat rapat.
Kedudukan sebegini adalah merupakan satu kelebihan dalam seni
bela diri. Musuh dapat ditewaskan dalam masa yang cepat dan
ringkas. Gerak yang kita lakukan adalah sangat menguntungkan.
Keyakinan kita dalam posisi rapat ini kerana silat kita mempunyai
kaedah yang cukup dan sempurna untuk mengawal seluruh anggota
badan. Selain kaedah ABCD, kaedah gelek yang bersepadu dengan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 227
pukulan atau awasan, telah cukup untuk mengawal empat tahap
anggota badan manusia.
Kita menaruh keyakinan bahawa kelebihan-kelebihan seperti
hujah di atas adalah sesuatu yang dapat dibincangkan secara ilmiah.
Kajian telah dibuat tentang buruk dan baik segala macam bentuk
berdiri ketika menanti serangan atau ketika menyerang dalam usaha
untuk menjaga diri. Dengan penuh keyakinan, pengamal Silat Cekak
menerima hakikat bahawa berdiri secara lurus adalah adalah
merupakan berdiri yang unggul bagi menjaga diri. Berdiri yang
sebegini adalah pendirian yang penuh makna di sebalik kegunaannya
dalam usaha mempertahankan diri.
Ayat muktamad yang sering diguna pakai ahli-ahli Silat Cekak
pada zaman dulu-dulu adalah seperti berikut.
Pengamal Silat Cekak mengamalkan konsep Cekak
menunggu serangan dengan berdiri lurus, tidak berkuda-kuda dan
tidak melangkah ke kiri atau ke kanan bahkan mara ke hadapan
dalam gerak yang satu. Falsafah makan gerak dalam gerak adalah
merupakan satu prinsip yang lebih meyakinkan hasil daripada
kelebihan berdiri secara lurus. Sebab itulah kita berani menegaskan
bahawa Silat Cekak pada kebenaran atau hakikatnya ialah Silat
Gerak.
Konsep Berkuda-Kuda.
Kita tetap mendakwa bahawa gerak yang ada dalam Silat
Cekak adalah berdasarkan gerak semula jadi. Sesuatu yang
bertentangan dengan gerak tersebut maknanya gerak itu adalah
gerak membangkang. Gerak membangkang itu kita kaitkan sebagai
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 228
gerak sukan. Oleh itu, secara kesimpulannya, bolehlah kita anggap
bahawa gerak membangkang itu bermaksud gerak yang
bertentangan dengan pergerakan semula jadi manusia.
Pada zaman dahulu, perkataan membangkang adalah
merupakan „musuh‟ dalam konsep gerak Silat Cekak. Semua pesilat
Silat Cekak dapat menerima konsep tersebut. Kita tidak pernah
langsung menghubungkan gerak yang ada dalam Silat Cekak
sebagai gerak membangkang. Semua ahli menerima kenyataan
bahawa gerak membangkang itu bermakna gerak sukan. Itulah
kesimpulan yang ada pada pemikiran setiap ahli persilatan Silat
Cekak ketika itu.
Namun begitu, kita mungkin terkeliru kerana gerak
membangkang itu seolah-olah ada juga pada gerak semula jadi
persilatan kita. Nampak macam ada. Berhati-hatilah. Bila nampak
macam ada membangkang, jangan terus membuat kesimpulan
bahawa gerak yang berkenaan dianggap sebagai membangkang. Hal
yang demikian boleh menjadikan kita langsung tidak dapat
memahami konsep membangkang dalam gerak persilatan.
Oleh itu, wujudkan pegangan dan kefahaman. Selagi gerak itu
tidak memerlukan kekuatan dan bukannya dibuat-buat, maka gerak
sedemikian tetap dianggap gerak seni. Bukannya gerak
membangkang. Walaupun nampak macam membangkang. Nampak
sahaja.
Seperti yang saya tegaskan terdahulu, gerak membangkang
adalah merupakan gerak yang menggunakan kekuatan. Kalau sudah
bertentangan dengan gerak semula jadi maknanya gerak kita adalah
gerak yang dibuat-buat. Sesuatu yang dibuat-buat akan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 229
menyebabkan keperluan menggunakan tenaga atau kekuatan. Kalau
buat buah menggunakan kaedah membangkang bermakna pesilat itu
perlu menggunakan kekuatan dan dianggap gerak sukan.
Jadikan persoalan pada diri sendiri. Ketika mengambil buah
Lintau misalnya, adakah Jurulatih memerlukan kekuatan untuk
menolak serangan tangan. Hinggakan, kaedah tepisan dikaitkan
dengan kaedah membangkang. Kalau jawapannya „ya‟, sahlah
betapa Jurulatih berkenaan perlu dibengkelkan bagi menyepuh
kefahaman gerak yang ada pada dirinya.
Jurulatih juga perlu berhati-hati ketika menjelaskan maksud
kuda-kuda. Kita selalu menegaskan bahawa Silat Cekak tidak
berkuda-kuda. Sudah tentulah penerangan kita tentang konsep
berkuda-kuda itu adalah bandingan dengan persilatan Melayu yang
lain. Kebanyakan persilatan Melayu yang ada adalah menggunakan
kuda-kuda. Kalau kita biasa melihat silat Melayu yang berkuda-kuda,
tentu kita faham akan maksud berkuda-kuda itu. Prinsip berkuda-
kuda akan menjelaskan pergerakan mereka. Pada anggapan
mereka, lagi ke bawah, maka lagi hebat kuda-kudanya.
Sebagai seorang Jurulatih, elok juga memahami maksud
kuda-kuda dalam persilatan Melayu. Kalau sudah memahaminya
maka akan menyenangkan kita untuk membuat penerangan tentang
konsep kuda-kuda dalam fahaman pesilat Silat Cekak. Kefahaman
yang ada asas. Kalau kurang memahami konsep kuda-kuda, sesuatu
yang bengkok di bahagian kaki, mungkin akan terus dianggap
sebagai kuda-kuda. Hal yang demikian boleh mempengaruhi gerak
persilatan penuntut dalam pelajaran Silat Cekak .
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 230
Dalam persilatan Melayu, kedudukan kuda-kuda adalah
merupakan satu perbuatan yang menunjukkan sikap bersiap sedia.
Dalam situasi itu, wujud ketentuan kedudukan tubuh dan kaki yang
bersedia menerima serangan lawan. Maknanya, sifat kaki, tangan
dan badan perlu diubah dalam bentuk yang lain. Kaki kena
dibengkokkan. Ada yang mengatakan, lagi bawah maka lagi baik.
Tangan pula perlu beraksi dengan sesuatu gerak. Gerak tangan itu
boleh juga membawa maksud „mengumpan‟. Ada yang terketar-ketar
tangannya. Sengaja dibuat sedemikian sebagai maksud penggerun.
Badan pula perlu ditegapkan dengan kekuatan dan tenaga. Dada
dikembang dan dikeraskan macam dada burung. Bentuk yang dibuat-
buat.
Jelas pada kesimpulan fahaman kita bahawa kedudukan
berkuda-kuda itu adalah merujuk pada perbuatan yang dibuat-buat.
Saya berpendapat bahawa perbuatan yang sedemikian bukannya
perbuatan benar atau gerak semula jadi sebagai lambang
sifat gerak asal sebagai manusia. Selalu saya tegaskan betapa
pergerakan atau perbuatan yang dibuat-buat itu adalah terlarang
dalam persilatan kita, malah tidak ada dalam isi pelajaran Silat
Cekak. Menyanggah pergerakan semula jadi. Gerak yang dibuat-
buat. Kena guna tenaga untuk maksud keseimbangan badan.
Bukannya gerak halus yang berseni lagi. Bukan senang untuk
berkuda-kuda. Kekuatan kaki perlu ada. Otot peha kena kuat. Badan
mesti berada dalam keadaan bertenaga sepenuhnya.
Ustaz pernah mengiaskan sifat berkuda-kuda itu dengan rotan
yang bengkok. Pencari rotan akan sentiasa mencari rotan yang lurus,
berbanding dengan rotan yang bengkok. Hal yang demikian kerana
rotan yang lurus akan mudah dibentuk dalam sebarang bentuk yang
dikehendaki. Tentunya hal yang demikian berbeza dengan rotan yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 231
bengkok. Dengan tegasnya kita mengatakan bahawa rotan yang
bengkok hanya sesuai dijadikan „kayu api‟ sahaja. Itulah satu bentuk
penerangan yang meyakinkan walaupun pada sesetengah orang,
penerangan yang sedemikian diangap sebagai membesar diri atau
membangga diri.
Kiasan Ustaz itu meyakinkan para pengamal Silat Cekak
betapa konsep berdiri lurus tersangat banyak faedahnya. Berdiri lurus
adalah merupakan perbuatan semula jadi manusia. Sifat berdiri lurus
adalah berdiri normal manusia. Bukannya perbuatan yang dibuat-
buat. Kita akan sentiasa berada dalam situasi yang sentiasa bersiap
sedia. Orang lain tidak nampak akan sifat siap sedia tersebut
tersebut. Nampak selamba sahaja. Itulah sifat semula jadi kita.
Sifat berdiri lurus juga adalah bersifat kemudahlenturan dalam
pergerakan gerak semula jadi manusia. Orang lain tidak tahu akan
tindak balas kita. Kaki dan tangan boleh „hidup‟, terutamanya ketika
kita menunggu serangan lawan. Sifat berdiri lurus juga bukannya
bergerak secara dipaksa atau dibuat-buat. Satu bentuk kefahaman
yang jitu dalam pengamalan persilatan Silat Cekak. Badan tidak
terasa penat pun. Nafas boleh berjalan seperti biasa. Tidak perlu
teran-teran kekuatan.
Namun begitu, terdapat sifat semula jadi manusia yang
terbengkok kaki ketika berdiri atau bergerak. Di sinilah kita harus
faham konsep berkuda-kuda atas sifat dibuat-buat atau macam
berkuda-kuda atas sifat semula jadi manusia. Dalam persilatan Silat
Cekak, jangan mudah kita membuat kesimpulan atas gerak yang
sedemikian dalam konteks persilatan kita. Nampak saja kaki bengkok
sikit, terus dicap berkuda-kuda. Terus dilarang penuntut berkenaan
dari sifat gerak sebegitu. Alangkah malangnya arahan sedemikian.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 232
Penuntut boleh terkeliru akibat arahan yang tiada asas dalam budaya
persilatan Silat Cekak.
Ada dalam kalangan Jurulatih yang menentang keras
pergerakan yang menampakkan kaki yang bengkok ketika membuat
buah. Dikatakan bahawa gerak sedemikian adalah pergerakan
berkuda-kuda. Pada hal, pergerakan itu adalah merupakan
pergerakan semula jadinya. Bayangkan pergerakan pesilat kita yang
tidak boleh langsung membengkokkan kaki ketika membuat jatuhan.
Geraknya umpama robot. Sungguh menyeksakan.
Itulah akibatnya jika kita kurang pengalaman atau kurang
pengetahuan tentang prinsip yang ada pada setiap buah Silat Cekak.
Penerangan kita hanya berbentuk sehala tanpa merujuk sifat semula
jadi yang ada pada pergerakan manusia. Lurus bendul.
Saya tidak pernah lihat gerak robot penuntut Silat Cekak
yang tersangat sensitif dengan sifat kuda-kuda. Tapi ada juga dalam
kalangan penuntut yang bercerita. Apabila kaki pesilat bengkok
sikitpun, terus dikatakan kuda-kuda. Saya cuba membuat gambaran
tatkala mereka mengambil buah tanpa kaki bersifat kemudahlenturan.
Bayangkan saja buah Pertama. “Kaki kiri pesilat tetap tegak
umpama tiang. Kaki kanan terpaksa lurus. Oleh itu, punggung pesilat
terpaksa dijungkitkan bagi meluruskan kaki kanan. Setelah dibuat
jatuhan, pesilat akan mara dengan kaki terus tegak umpama tiang.
Setelah lawan jatuh telentang, pesilat yang berminat membuat
tumbukan akan tetap menumbuk, tapi kaki tetap tegak.”
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 233
Begitulah gambaran saya pada pesilat yang dilarang
membengkokkan kaki. Takut dianggap menggunakan kuda-kuda.
Sungguh meyeksakan penuntut. Macam robot jadinya.
Kadang-kadang saya bayangkan juga dengan buah-buah
yang lain. Macam mana agaknya jatuhan Kuntau Kiri dalam keadaan
dilarang bengkok kaki. Begitu juga dengan buah-buah yang lainnya.
Tapi, saya yakin mereka ada jawapannya. Pastinya mereka akan
mengatakan, “Adalah kekecualiannya.” Cerdik.
Biasanya, penggunaan kuda-kuda ketika menunggu serangan
sangat popular dalam pesilatan Melayu yang lain. Ada juga elatnya
mereka berbuat demikian. Sebagai pengamal Silat Cekak, kita ada
sistem untuk mengatasi sifat sedemikian.
Pada pengamal Silat Cekak, jika lawan kita membuat buah
yang sedemikian, alangkah „sedap‟nya kita melepaskan tumbukan.
Buah mereka yang cantik akan menjadi tidak cantik jika „peluru
berpandu‟ yang kita lepaskan. .
Rupa Bentuk Persembahan Silat Cekak.
Setiap kali saya berpeluang menonton persembahan Silat
Cekak, ternampak hebatnya persembahan mereka. Sesuailah
dengan tuntutan semasa yang menagih persembahan mantap yang
melambangkan kepantasan dan kecekapan pesilat Silat Cekak. Saya
tidak banyak komen tentang corak persembahan sekarang.
Apabila saya menggunakan istilah „corak‟ bermakna rujukan
saya adalah berdasarkan pada dua perkara. Pertamanya merujuk
pada bentuk persembahan dan keduanya pada pengisian
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 234
persembahan. Bentuk persembahan dan pengisian persembahan
itulah yang mencorakkan persembahan sama ada hebat atau kurang
hebat.
Namun begitu, sebagai pengamal Silat Cekak yang telah
bergiat begitu lama dalam persilatan Silat Cekak sejak zaman Ustaz
Hanafi, pasti sedikit sebanyak akan mendorong saya membuat
perbandingan dari segi bentuk persembahan dan pengisiannya.
Bukan sifat ingin menyatakan siapa yang lebih baik, melainkan hal
yang demikian adalah merupakan sifat semula jadi manusia. Secara
automatik, bandingan tersebut pasti berlaku. Walau bagaimanapun,
pada hakikatnya corak persembahan yang sedia ada sekarang
adalah berasaskan corak persembahan dulu-dulu.
Masa telah berubah. Aspek kepimpinan juga turut berubah.
Oleh itu tentunya corak persembahan atau pertunjukan Silat Cekak
juga turut berubah. Tentulah ada perbezaan dalam semua aspek
persembahan. Pokoknya, wujud tuntutan perubahan atas sifat
tuntutan semasa. Irama dan lagu zaman-zaman enam dan tujuh
puluhan tentunya tidak sama dengan irama dan lagu tahun-tahun
yang ada sekarang.
Dalam tulisan ini, elok juga bagi pengamal Silat Cekak yang
ada, memahami proses perkembangan corak persembahan Silat
Cekak dari dulu hingga sekarang. Sekali lagi ingin saya tegaskan.
Penulisan ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
saya bergiat sejak bersama Ustaz dulunya. Penulisan saya juga
adalah berdasarkan suasana atau situasi yang ada pada masa dulu.
Mungkin ada persamaan atau perbezaan dalam corak
persembahan dulu-dulu dengan yang ada sekarang. Sekadar
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 235
perkongsian pengetahuan dan pengalaman bagi menambahkan
kefahaman buat generasi baru yang ada tentang proses
perkembangan Silat Cekak.
Dulu-dulu, setiap kali membuat penerangan, kami selalu
membuktikan bahawa Silat Cekak adalah berbeza dengan kebiasaan
silat-silat Melayu yang lain. “Silat Cekak bukanlah sejenis silat
permainan seperti silat pulut atau silat pengantin, sebab itu tidak ada
gendang dan tari menari dan melangkah ke kiri dan ke kanan”.
Itulah ayat-ayat yang mesti kami ungkapkan. Malah,
ungkapan itu juga sering diucapkan Ustaz dalam majlis-majlis
penerangannya tentang Silat Cekak. Setiap kali kami membuat
penerangan untuk mengambil penuntut baru atau untuk
memperkenalkan Silat Cekak dalam majlis-majlis tertentu, ayat-ayat
itu semacam „wajib‟ dinyatakan. Tidak „sah‟ penerangan tanpa
ungkapan ayat itu.
Gambar kenangan persembahan demonstrasi Seni Silat Cekak di Universiti Malaya
pada tahun 1974.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 236
Penerangan tentang Silat Cekak, akhirnya menjurus kepada
satu kesimpulan bahawa Silat Cekak adalah merupakan silat Melayu
yang luar dari kebiasaan persilatan Melayu yang ada. Ada empat (4)
perkara yang kita tekankan dalam ungkapan di atas. Itulah konsep
Silat Cekak yang ingin kita ketengahkan pada masyarakat umum.
Pertamanya, kita menegaskan bahawa Silat Cekak bukanlah
silat untuk pertunjukan di depan pengantin atau sebagai silat pulut
yang memberatkan gerak tari berbentuk permainan.
Itu sebabnya Ustaz tidak menggalakkan persembahan Silat
Cekak dalam majlis-majlis perkahwinan. Dalam majlis yang
sedemikian, pemikiran penonton lebih kepada hiburan. Suasana
suka-suka. Tidak ada masa dan tidak ada ruang untuk mereka
berfikir tentang kelebihan yang ada dalam Silat Cekak. Malah,
pengantin yang ada pun tidak ada masa berfikir tentang
persembahan Silat Cekak di depan mata mereka. Betul juga. Lebih
baik mereka berfikir tentang konsep „berkenot‟ daripada memeras
otak memikirkan konsep persilatan Silat Cekak.
Keduanya, dalam Silat Cekak tidak ada gendang. Konsep
gendang adalah merujuk pada muzik yang dialunkan ketika pesilat
Silat Cekak membuat persembahan. Tidak kiralah bentuk muzik itu
sama ada secara langsung melalui alat-alat muzik yang ada atau
secara rakaman terlebih dahulu.
Alat-alat muzik itu selalunya diistilahkan sebagai gendang
silat. Biasanya pasukan gendang silat mengandungi dua gendang,
satu serunai dan satu gong. Kalau silat Jawa, tidak ada serunai.
Nampaknya, sekarang ini pasukan gendang silat semakin kurang.
Hal yang demikian telah menyebabkan ada juga persembahan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 237
mereka yang turut menggunakan keset yang merakamkan irama
gendang silat tersebut terlebih dahulu.
Hal yang demikian tentunya berbeza dengan bentuk
persembahan Silat Cekak. Dalam majlis penerangan kita tentang
Silat Cekak, setelah dibuat penerangan, kita terus buktikan melalui
persembahan silat. Penonton boleh berfikir dan mengaitkan
persembahan tersebut dengan penerangan yang telah diberi terlebih
dahulu. Begitu juga dalam majlis-majlis persembahan pelbagai seni
bela diri. Apabila tiba giliran kita membuat persembahan, kita terus
saja mengadakan persembahan. Suasana persembahan Silat Cekak
adalah dalam bentuk yang senyap. Usahkan gendang, iringan muzik
dan lagu pun tidak ada. Suara pesilat senyap sahaja. Sekali sekali
mungkin ada bunyi suara „penjahat‟ dalam adegan serangan
beramai-ramai.
Konsep ketiga yang dapat kita ambil dari ungkapan di atas,
dalam Silat Cekak tidak ada tari menari. Maknanya kita tidak ada
bunga-bunga silat. Biasanya silat tari banyak tapaknya. Sekurang-
kurangnya tapak empat. Ada yang menghubungkan tari sebagai
pencak silat. Dalam konteks tafsiran pencak silat itu, gerak Silat
Cekak membawa makna bahawa Silat Cekak tidak berpencak.
Kedudukannya berdiri lurus sama ada menunggu serangan atau
melakukan serangan. Sifat diam pengamal Silat Cekak akan berubah
kalau ada serangan lawan atau diri pengamal Silat Cekak itu sendiri
ingin memulakan serangan.
Itu sebabnya pergerakan Silat Cekak bukan mudah ditiru-tiru.
Tidak boleh tiru pun. Pergerakan kita adalah bersistem. Bukan ikut
suka-suka hati. Dalam persilatan Melayu ada jenis silat yang
dinamakan sebagai „Silat Seru‟. Habis gerak persilatan Melayu ditiru
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 238
mereka. Adalah baca-bacanya. Ayat-ayat Al-Quran pulak tu. Pastinya
ada jin yang terlibat sama. Walau bagaimanapun, apabila disuruh tiru
gerak Silat Cekak, Jin yang ada jadi „bingung‟. Tidak tahu hendak
buat apa. Mundar mandir ke sana sini. Tidak tahu hendak tiru apa.
Oleh itu, macam-macam cara pesilat berkenaan „berseru‟. Tidak
menjadi secara baca, dijampi pula pada air untuk diminum.
Semuanya tidak menjadi. Semuanya berpunca kerana kita tidak ada
gerak. Gerak tari dalam pengenalan Gerak Hanafi masih belum ada
lagi. Saya menulis adalah berdasarkan pengalaman pernah bersama
kumpulan silat seru.
Pengamal Silat Cekak akan bergerak atas tujuan mengatasi
pihak lawan atau kerana hendak menang dalam „pergaduhan‟. Tidak
kiralah dalam konsep dan prinsip menunggu atau menyerang. Kalau
pengamal Silat Cekak „malas‟ nak bergaduh, mereka hanya berdiri
diam. Suarapun diam. Tapi, diam-diam pengamal Silat Cekak adalah
diam berisi. Bukan sesaja diam. Ada makna dan strateginya.
Tapi, agaknya jin yang ada sekarang mungkin tidak lagi akan
hampakan tuannya kalau diseru. Ada idea pada mereka untuk
memperlihatkan rupa bentuk Silat Cekak. Ada gerak yang boleh
ditiru. Hal yang demikian kerana sekarang ini Silat Cekak telah mula
bergerak dalam bentuk yang tersendiri. Telah ada tari silatnya. Ada
yang kata bukan tari silat tapi Gerak Hanafi. No komen. Kalau ada
para pembaca yang berpengalaman atau ada kawan dengan silat
seru, suruhlah mereka buat seru untuk dapatkan gerak Silat Cekak.
Kalau mereka bergerak, lihatlah bentuk gerak yang ada itu. Tidak
boleh ulas panjang.
Berdasarkan ungkapan itu juga, prinsip keempat yang boleh
kita ambil ialah Silat Cekak tidak melangkah ke kiri dan ke kanan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 239
Maknanya, Silat Cekak tidak mengelak sebagai kaedahnya. Kaedah
menanti serangan yang ada dalam Silat Cekak adalah mantap.
Memadai dengan empat kaedah yang ada. Namun begitu, kaedah
yang empat itu dikuat pula dengan kaedah gelek. Kaedah gelek
tersebut bukannya melarikan badan. Badan masih lagi berada di
tempat yang sama. Seperti yang pernah saya tulis. Kalau ibarat
badan umpama raja, mana boleh raja melarikan diri begitu saja. Ada
pahlawannya yang sanggup membela. Itulah kedua tangan dan
kedua kaki yang sangat setia.
Hal yang demikian membuktikan bahawa Silat Cekak
sememangnya sejenis silat yang luar biasa. Itulah juga salah satu
prinsip yang membezakan Silat Cekak dengan silat-silat Melayu yang
lain. Perbezaan antara silat biasa dengan silat yang luar biasa ialah
keluarbiasaannya. Sesungguhnya Silat Cekak adalah sejenis silat
yang sangat luar biasa.
Keempat-empat prinsip yang ada dalam ungkapan di atas,
telah membentuk konsep Silat Cekak pada tanggapan kita. Hal yang
demikian menyebabkan pertunjukan Silat Cekak bukanlah sesuatu
yang dibuat sebagai pengisian hiburan kepada penonton, sebaliknya
untuk menyebarkan kefahaman tentang gerak Silat Cekak yang luar
biasa kepada masyarakat. Kita menyediakan ruang supaya
masyarakat kita boleh mewarisi Silat Cekak yang luar biasa tersebut.
Walau bagaimanapun, bukan mudah persilatan Silat Cekak
dapat diterima mayarakat. ‟Benda baru‟ pada mereka. Hal yang
demikianlah menyebabkan pada masa dulu-dulu para pendokong
Silat Cekak perlu bekerja keras untuk menyebarkan kefahaman
tentang Silat Cekak pada masyarakat kita. Bukan mudah. Banyak
tentangan dan cabarannya. Namun begitu segala rintangan dan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 240
cabaran itu telah dapat diatasi. Cuma, pada masa sekarang timbul
pula rintangan dan cabaran dari „dalam‟. Dari ahli-ahli yang pernah
berdamping erat dengan Ustaz tapi berlainan faham.
Ketiadaan gendang dan tari silat tidak bermakna Silat Cekak
adalah sejenis silat yang kasar dan tiada arah pergerakan.
Sebaliknya, Silat Cekak adalah sejenis silat yang kaya dengan sifat
gerak yang halus atau berseni dan setiap pergerakannya adalah
membawa makna. Hal yang demikian adalah merupakan salah satu
cirinya yang luar biasa.
Silat yang kasar selalunya cenderong ke arah gerak sukan.
Bukannya gerak seni. Sebaliknya, „kelembutan‟ semula jadi manusia
masih kekal dalam Silat Cekak. Saya selalu tegaskan betapa Silat
Cekak adalah berdasarkan gerak semula jadi manusia. Pengamal
Silat Cekak akan bertindak jika difikirkan satu keperluan. Apatah lagi
jika pengamal Silat Cekak diserang. Setakat orang lain terpijak kaki,
itu tidak menjadi hal. Tindak balas kita hanya akan berubah menjadi
„garang‟ sesuai dengan sifat mempertahankan hak yang hakiki.
Pada adatnya, kita sukar „mengesan‟ pengamal Silat Cekak
sebagai ahli silat yang mahir. Tidak nampak macam orang silat pun.
Jalannya macam biasa. Tidak jalan secara luar biasa atas tumit.
Bentuk tangannya juga adalah biasa. Tidak ada bahagian tangan
yang kematu akibat latihan untuk memecah batu. Penumbuknya tidak
berbuku sebab tidak ada latihan menumbuk sesuatu. Sifat sabarnya
juga macam biasa. Kalau bersifat panas baran, sifat itu adalah sifat
semula jadinya. Bukannya kerana Silat Cekak maka sifatnya menjadi
sedemikian rupa.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 241
Ustaz sendiri pernah menegaskan,
”Bakat seni silat ialah keras lembut yang bermaksud tetap
pendirian bukan degil. Lemah lembut pada zahirnya bererti tidak
bongkak (ego) dan menerima kebenaran. Tetapi akan berkeras untuk
menegakkan yang hak. Bakat asli ini jika diasuh dan dididik akan
mencapai kebolehan istimewa, tetapi yang tidak berbakat tetapi ada
kemahuan hanya mencapai sekadar „dapat‟ sahaja.”
Berdasarkan pernyataan di atas, para pengamal Silat Cekak
ditegaskan jangan berasa risau atas keupayaan diri sendiri yang
mungkin dianggap „lemah‟. Yakinlah pada diri sendiri setelah
mempelajari Silat Cekak. Sesungguhnya Silat Cekak adalah sejenis
silat yang boleh bertanggungjawab pada pengamalnya. Ketika
pengamal Silat Cekak menegakkan yang hak, pasti geraknya akan
„menjadi‟. Perkara pentingnya ialah ketegasan diri. Mempunyai
pendirian yang tidak mudah diganggu gugat. Percayalah pada
kelebihan yang ada pada Silat Cekak.
Peranan utama pada kita ketika menuntut Silat Cekak ialah
mendidik diri supaya bergiat dalam Silat Cekak secara bersungguh
hati. Ikhlas pada tindakan dan jujur pada diri. Keikhlasan dan
kejujuran itu juga meliputi hubungan diri sendiri dengan Tuhan, kedua
ibu bapa, guru dan wakil guru, rakan-rakan seperjuangan dan
sebagainya. Beri tumpuan dan galakkan budaya berfikir ketika
menerima pelajaran. Hal yang demikian akan membolehkan kita
mencapai „kebolehan istimewa‟ seperti yang dimaksudkan Ustaz.
Berbalik pada corak pesembahan yang ada pada masa dulu.
Matlamat akhirnya, kita mengharapkan para penonton menceburi
bidang persilatan Silat Cekak. “Tidak ada gunanya penonton yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 242
ramai dengan tepukan yang bergema, jika akhirnya mereka yang
ingin belajar Silat Cekak tidak seberapa.” Itulah tanggapan umum
dalam kalangan pencinta Silat Cekak ketika itu.
Sebenarnya, bukan mudah untuk mencari ahli yang ingin
belajar Silat Cekak ketika itu. Banyak sangat karenahnya pada
pemulaan perkembangan Silat Cekak. Pada masa itu, masyarakat
masih lagi meletakkan yuran sebagai salah satu kayu ukur hingga
membantutkan minat mereka mempelajari Silat Cekak. Pada mereka,
ilmu silat perlu disampaikan secara ikhlas tanpa ada apa-apa
bayaran. Pada pengetahuan saya, ketika itu hanya Silat Cekak
sahaja yang meletakkan yuran pengajian yang tinggi berbanding
dengan silat-silat Melayu yang lain.
Pernah saya berpengalaman dalam hal yang demikian ketika
mencari ahli-ahli baru. Dalam tulisan yang lalu, saya pernah
menyentuh soal tersebut. Pada satu ketika, kami pernah
mengadakan majlis penerangan dan pertunjukan di Taman
DR.Seenivasagam, Ipoh. Tahunnya 1977 dengan tujuan mencari ahli
baru. Seramai lebih daripada tiga ribu orang yang menyaksikan majlis
pertunjukan tersebut. Selesai majlis, para penonton „cabut lari‟. Tidak
mampu belajar. Alasan kukuh mereka ialah yuran yang mahal. Masa
itu yuran yang perlu dibayar ialah sepuluh ringgit sebulan; untuk
selama enam bulan sahaja.
Kegagalan membuka kelas telah menyebabkan saya
„dikecam‟ dalam satu mesyuarat agung. Masih teringat kata-kata perli
antara ahli yang hadir. “Kata hebat tapi gagal buka kelas”. Walau
bagaimanapun, semangat kembali pulih apabila Ustaz yang bertindak
sebagai pengerusi dalam mesyuarat itu membela permasalahan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 243
saya. Antara lain kata-katanya yang saya ingat. “Lambat buka kelas
maka tak mudah tutup kelas.”
Walau bagaimanapun, akhirnya kelas Silat Cekak di
cawangan berjaya diasaskan melalui hubungan rapat dengan individu
yang berminat dengan Silat Cekak. Mengharapkan kemasukan ahli
melalui pertunjukan, nampaknya tidak menjadi langsung. Kelas
tersebut masih bertahan hinggalah berlaku pepecahan gelombang
pertama. Bukannya tutup kerana ancaman luar. Sebaliknya
cawangan saya diarah bubar oleh orang-orang kanan Ustaz yang
menguasai persatuan. Ternampak selama itu mereka berpura-pura
rupanya.
Seperti yang saya nyatakan bahawa bukan mudah pada kami
membuka kelas-kelas Silat Cekak pada peringkat awal
perkembangan Silat Cekak. Zaman dulu, kefahaman masyarakat
pada konsep Silat Cekak masih belum meluas. Rupa bentuk Silat
Cekak yang sedia ada masih amat sukar diterima. Hinggakan ada
yang membuat kesimpulan sendiri bahawa Silat Cekak bukanlah
warisan silat orang-orang Melayu. Hal yang demikianlah
menyebabkan kami perlu membuat kempen-kempen strategik bagi
menyebarkan kefahaman Silat Cekak dalam kalangan masyarakat.
Pada pengamal Silat Cekak, sambutan dingin masyarakat
pada Silat Cekak tidaklah merupakan satu masalah besar. Tugas
para pendokong Silat Cekak ketika itu tetap menyebarkan fahaman
Silat Cekak kepada masyarakat. Pegangan kami adalah jelas.
Tanggungjawab kami adalah menyedarkan masyarakat Melayu
tentang keistimewaan Silat Cekak. Soal mereka hendak belajar atau
tidak, bukannya menjadi hal. Semuanya bergantung pada „habuan’.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 244
Kalau mereka belajar Silat Cekak bermakna mereka ada
habuan. Kalau mereka tidak dapat belajar Silat Cekak bermakna
mereka tidak ada habuan. Habuan adalah merujuk pada sifat untung
atau faedah. Belajar Silat Cekak bermakna mereka akan beruntung
atau lebih berfaedah. Sebaliknya kegagalan menceburi Silat Cekak
akan menjadikan mereka tersangat rugi dan penglibatan pada seni
bela diri yang lain adalah kurang berkesan berbanding dengan Silat
Cekak.
Berdasarkan suasana yang saya terangkan di atas, maka
konsep persembahan Silat Cekak adalah bagi maksud memaham
dan bukannya maksud menghibur. Maknanya, persembahan yang
kita lakukan adalah untuk memahamkan para penonton tentang
prinsip dan konsep Silat Cekak. Secara langsung akan membolehkan
para penonton berfikir tentang kehebatan dan keluarbiasaan Silat
Cekak sebagai satu jenis persilatan Melayu.
Kita sangat yakin ketika itu bahawa penerangan secara
memberi kefahaman, akan membuka ruang di hati mereka untuk
mempelajari Silat Cekak. Oleh sebab konsep persembahan kita
bercorak kefahaman, itu sebabnya setiap kali persembahan Silat
Cekak, kita akan memulakannya dengan penerangan. Sepanjang
pengetahuan saya ketika itu, tidak ada persilatan lain yang berbuat
demikian. Setelah kita fahamkan para penonton, barulah kita buktikan
kehebatan Silat Cekak melalui persembahan.
Walau bagaimanapun, ada juga persembahan Silat Cekak
yang berbentuk persembahan tanpa penerangan. Dalam hal ini,
format persembahan disusun dengan matlamat yang sama iaitu
untuk memahamkan para penonton tentang Silat Cekak.
Persembahan akan dimulakan dengan kaedah dan diikuti dengan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 245
buan jatuh. Persembahan seterusnya ialah berbentuk aplikasi pada
buah-buah jatuh yang ada. Hal yang demikian mungkin nampak
perbezaannya dengan corak persembahan sekarang. Gerak tari yang
dikatakan sebagai Gerak Hanafi telah dijadikan persembahan mesti.
Dulu-dulu tidak pernah ada. Saya akan sentuh hal yang demikian
seterusnya.
Seperti yang saya jelaskan terdahulu, Ustaz juga tidak
membenarkan Silat Cekak dipertontonkan semasa majlis
perkahwinan. Tidak banyak faedahnya. Ketika itu, perhatian orang
ramai adalah tertumpu pada majlis perkahwinan tersebut. Hal yang
demikian tentunya tidak mendatangkan banyak faedah jika Silat
Cekak dipertontonkan dalam majlis yang berkenaan.
Namun begitu, kita dibenarkan membuat persembahan Silat
Cekak dalam majlis yang berkaitan dengan pertunjukan seni bela diri.
Tidak ada penerangan yang boleh dibuat. Walau bagaimanapun, kita
tetap meletakkan syarat pada senarai persembahan pada majlis
tersebut. Sama ada membuat persembahan di permulaan atur cara
majlis atau di akhir atur cara majlis berkenaan. Nampak semacam
satu karenah yang kita syaratkan. Rupa-rupanya hal yang demikian
adalah merupakan satu bentuk strategi bagi memberi ruang kepada
penonton untuk berfikir bagi memahami konsep Silat Cekak.
Ketika itu, semua hadirin akan memberi tumpuan pada
persembahan silat. Kesempatan dan situasi yang demikian boleh
menguntungkan kita dari segi persembahan silat. Mereka yang
menonton Silat Cekak boleh membuat penilaian dalam suasana yang
wujud itu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 246
Kalau persembahan kita di awal acara, tentunya
persembahan kita adalah merupakan satu kayu ukur kepada para
penonton untuk membuat bandingan pada persembahan seni bela
diri yang berikutnya. Kalau persembahan kita di akhir acara, bolehlah
dijadikan sebagai satu kesimpulan buat para penonton betapa
persembahan seni bela diri sebelumnya „terpukul‟ dengan
persembahan Silat Cekak. Ada kesimpulan pada gerak. Itulah
keputusan silat namanya.
Saya telah tegaskan bahawa konsep pertunjukan Silat Cekak
bukanlah bertujuan untuk menghibur atau memuaskan hati penonton.
Susunan persembahan kita pun tidak berhasrat untuk „mengambil
hati‟ para penonton. Maknanya, kalaulah konsep persembahan kita
bercorak menghibur, persembahan kita akan lebih banyak untuk
memuaskan hati dan perasaan mereka berasaskan sifat „ambil hati‟
penonton. Penonton yang terhibur akan bertepuk tangan tanda puas.
Kesannya kurang. Lepas puas berhibur, akhirnya mereka akan
mudah lupa akan persembahan yang kita lakukan. Kepuasan yang
tidak kekal.
Ketika itu kami tidak digalakkan membuat persembahan
bercorak menyerang. Pelajaran menyerang tersangat rahsia. Ahli-ahli
yang belum tamat pun tidak bepeluang melihat pelajaran tersebut.
Walau bagaimanapun, pernah juga berlaku kami membuat
persembahan bercorak sedemikian atas keizinan Ustaz. Tapi
bukanlah serangan peluru berpandu yang kita ada, melainkan
kaedah potong. Sepanjang ingatan saya bersama ustaz, sebanyak
dua kali persembahan yang memperlihatkan Silat Cekak membuat
serangan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 247
Pertama kalinya ialah ketika kita menyambut Perayaan
Sepuluh Tahun Silat Cekak di Padang Kelab Sulaiman, Kampung
Baru. Dalam persembahan itu, kita memperlihatkan kebolehan Silat
Cekak mengatasi buah-buah silat lain termasuk tomoi. Pernah saya
ceritakan dalam tulisan yang lalu, akibat persembahan itu, kita
menerima cabaran „berentap‟ dari seseorang yang dikatakan
pengamal Tomoi Siam.
Saya terkenang kembali peristiwa cabaran berkenaan yang
pernah saya ceritakan dalam tulisan yang lalu. Pada petang setelah
tamat persembahan dalam perayaan tersebut, saya ada di pejabat
silat di Lorong Haji Sirat. Turut ada di pejabat silat ketika itu ialah
Ustaz dan Pak Wan. Telefon yang berdering diangkat Pak Wan. Saya
ada di sebelahnya ketika Pak Wan bercakap. Percakapan Pak Wan
adalah dalam nada yang yakin. Berdasarkan suara bualannya, tidak
ada rasa gementarpun.
Rupa-rupanya ada cabaran untuk berentap. Cabaran dari
pengamal tomoi yang terkenal pada masa itu. Beliau popular dengan
sepakan kakinya umpama roket. Kata orang saja, tapi tidak pernah
tengok. Ketika sedang berbicara, Pak Wan menutup ganggang
telefon dan menyatakan tentang hasrat cabaran itu pada Ustaz.
Lantas Ustaz bersetuju menerima cabaran dan meletakkan
syarat. Tak ada fikir-fikir lagi. „Timbang sama berat. Tanda kalah
adalah berdasarkan patah, pengsan atau mati‟. Oleh sebab mereka
yang mencabar, Ustaz juga meletakkan syarat supaya mereka sendiri
mendapatkan permit. Syarat Ustaz disampaikan Pak Wan dalam
waktu yang sama semasa bercakap dengan pencabar kita itu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 248
Selepas Pak Wan meletakkan ganggang telefon ada perkara
yang dibincangkan Ustaz. Saya hanya mendengar sahaja. Tidak
boleh cerita. Namun begitu, selepas itu saya tidak dengar sebarang
berita, lanjutan cabaran tersebut. Senyap begitu saja.
Satu lagi persembahan yang melibatkan bentuk menyerang
adalah ketika Silat Cekak dijemput mengadakan persembahan
bersama-sama seni bela diri yang pelbagai. Tempatnya ialah di ITM,
Shah Alam. Saya berpeluang mengiringi Ustaz hinggalah majlis
jamuan bersama Dr. Mahathir yang menjadi Menteri Pelajaran ketika
itu.
Pada pemerhatian saya dalam majlis pertunjukan tersebut,
rata-rata seni bela diri yang lain nampaknya tidak „sebulu‟ dengan
kita. Pada anggapan saya sahaja. Tidak hairanlah jika kita bertindak
membuktikan kehebatan Silat Cekak pada mereka. Silat Cekak
bukannya calang-calang silat.
“Seseorang yang melampaui batas atas kamu maka
hendaklah kamu melampai batas ke atasnya pula sebagaimana
mereka melampaui batas ke atas kamu. Tapi hendaklah kamu dalam
keadaan bertakwa.”
Itulah kesimpulan saya atas corak persembahan Silat Cekak
pada hari tersebut.
Sepanjang ingatan saya, selepas kedua-dua persembahan
itu, Ustaz tidak lagi membenarkan kami membuat persembahan yang
melibatkan Silat Cekak membuat serangan. Saya beranggapan
bahawa persembahan yang sedemikian banyak rugi dari untungnya.
Di sebalik penonton yang berasa kagum, hal yang demikian telah
mengundang para pengamal seni bela diri yang lain berasa
tersinggung dan tidak puas hati. Tidak hairanlah jika Ustaz tidak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 249
membenarkan lagi persembahan yang berbentuk sedemikian. Silat
Cekak tetap menghormati persilatan Melayu yang lain. Tidak ada niat
untuk menyakiti hati mereka.
Malah, pernah juga berlaku satu ketika Ustaz melarang kami
membuat persembahan Silat Cekak secara „berlebih-lebihan‟. Ketika
itu wujud keghairahan untuk membuat persembahan bagi
meyakinkan penonton. Hinggakan boleh ditafsirkan persembahan
sebegitu semata-mata untuk memuaskan hati penonton; bukannya
meletakkan kefahaman penonton sebagai tujuan utama. Adalah
kejadiannya yang menyebabkan Ustaz bertindak demikian.
Kami diarah buat persembahan secara memberi penerangan.
Kemudiannya jemput pasangan silat membuat persembahan
berdasarkan penerangan. Habis penerangan dan persembahan itu
maka habislah acara pertunjukan. Kalau berminat pada Silat Cekak,
masuk belajar. Kalau tidak berminat, tidak payah belajar. Arahan
Ustaz tersebut menyebabkan kami serba salah. Alhamdulillah.
Akhirnya larangan Ustaz kembali reda. Maka dapatlah kami membuat
persembahan selengkapnya berdasarkan format persembahan sedia
ada.
Itulah juga bentuk penerangan yang pernah Ustaz lakukan
ketika majlis penerangan mencari ahli baru buat pertama kalinya
diadakan di Universiti Malaya. Selesai penerangan Ustaz, majlis
diteruskan dengan persembahan silat. Tapi bilangan ahli yang
membuat persembahan adalah seramai dua pasangan, empat orang.
Itulah suasananya, kalau tidak salah ingatan saya.
Penekanan Ustaz pada persembahan yang bercorak
kefahaman adalah merupakan satu keutamaan. Kita tidak akan suka-
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 250
suka hati membuat persembahan Silat Cekak tanpa ada kepentingan
untuk memahamkan penonton pada Silat Cekak. Kefahaman itu
boleh dilakukan melalui penerangan Silat Cekak sebelum
persembahan ataupun dalam bentuk persembahan Silat Cekak yang
secara langsung akan menerangkan tentang prinsip dan konsep Silat
Cekak. Penonton boleh menilai sendiri maksud Silat Cekak melalui
persembahan yang kita buat.
Walau bagaimanapun, teguran Ustaz itu telah menjadikan
kami sentiasa berfokus ketika melakukan persembahan silat.
Matlamat utama ialah memberi kefahaman. Kepuasan para penonton
adalah merupakan tujuan sampingan. Perkara pentingnya ialah
mereka memahami akan rupa bentuk Silat Cekak dan tertarik untuk
belajar. Itulah sasaran kerja utama kami. Ketika itu.
Oleh sebab maksud pertunjukan atau persembahan Silat
Cekak adalah jelas, kami berhati-hati dengan mutu persilatan yang
ditunjukkan. Tidak ada apa yang ingin dibuktikan melainkan memberi
kefahaman kepada mereka. Oleh itu, sifat mengambil hati para
penonton hingga mengorbankan mutu persilatan kita, tidak pernah
diutamakan.
Di cawangan, ketika membuat pertunjukan, saya sentiasa
berhati-hati dengan mutu persilatan Silat Cekak. Perdunya, tidak ada
perasaan untuk memuaskan hati penonton. Kalau kita ambil hati
penonton, kita mungkin mengutamakan kehebatan gerak, dengan
mengorbankan kehebatan gerak kita yang sedia ada. Misalnya acara
serangan beramai-ramai. Nampaknya, kehebatan persembahan
banyak bergantung pada aksi „penjahat‟. Penjahat saja yang boleh
beraksi hebat. Sebaliknya, pengamal Silat Cekak yang berwatak hero
hanya berdiri diam. Tenang dan berdiri yakin.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 251
Dalam hal ini, saya lebih berhati-hati menyusun persembahan
supaya penonton boleh berfokus pada hero tersebut yang merupakan
pengamal Silat Cekak. Kita tidak mahu para penonton melihat
kehebatan Silat Cekak berdasarkan aksi „penjahat‟. Mungkin hati
mereka berasa puas dan gembira melihat keseluruhan persembahan
tersebut tanpa sempat berfikir tentang kehebatan Silat Cekak.
Berdasarkan matlamat demikian, persembahan serangan
beramai-ramai saya hadkan bilangan ahli tidak melebihi enam orang.
Maka mudahlah kita menunjukkan keupayaan pengamal Silat Cekak
mengatasi serangan yang pelbagai dengan menggunakan kaedah
dan pukulan yang betul. Kalau dah ramai, tidak hairanlah „pukulan
tolak‟ pun musuh akan kecundang. Hal yang demikian akan
merugikan diri sendiri kerana diri diasuh dalam gerak „khayalan‟.
Begitu juga dengan persembahan mengambil buah-buah Silat
Cekak. Kalau jatuhan membelakangkan penonton, saya tidak akan
membuat penyesuaian jatuh semata-mata memuaskan hati
penonton. Hal yang demikian akan „merosakkan‟ gerak jatuhan
sebenar Silat Cekak semata-mata untuk memuaskan hati penonton.
Saya ambil contoh pada buah Kuntau Kiri. Oleh sebab tidak
mahu membelakangkan penonton, maka pesilat akan membuat
penyesuaian jatuhan. Hal yang demikian telah memaksa kaki
kanannya berubah tempat bagi memudahkan pasangannya jatuh
mengikut kehendaknya, tanpa mengambil kira atas situasi yang
benar. Tidak hairanlah sifat gerak yang berkenaan terbawa-bawa
dalam geraknya sendiri dalam persilatan Silat Cekak.
Seperti yang saya katakan, zaman telah berubah. Mungkin
sekarang ini masyarakat telah faham tentang prinsip dan konsep Silat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 252
Cekak. Yuran tidak lagi menjadi kayu ukur dalam proses
mendapatkan ilmu. Oleh itu, bentuk persembahan kita sekarang ini
perlu berubah. Agaknya. Maka berlakulah perubahan dalam corak
persembahan sekarang.
Persembahan Silat Cekak sekarang ini mungkin tidak lagi
terhad pada matlamat memberi kefahaman kepada penonton.
Masyarakat sudah faham. Kehebatan Silat Cekak perlu ditonjolkan
untuk menarik minat masyarakat mempelajari Silat Cekak. „Sekali
tolakan, lawan akan jatuh bergolek sebanyak tiga kali di udara‟.
Lawan yang hebat. Hal yang demikian akan membolehkan penonton
berasa kagum dengan Silat Cekak. Maka akan terbukalah hati
mereka untuk mempelajari Silat Cekak.
Penggunaan Muzik Dalam Persembahan.
Oleh sebab Silat Cekak bukanlah merupakan silat pulut atau
silat pengantin maka secara langsung persilatan Silat Cekak tidak
mempunyai gendang, tari menari dan langkah melangkah. Sifat
gendang silat, tari silat dan langkah melangkah silat adalah
merupakan prinsip silat tari atau silat pengantin. Tarafnya adalah
lebih cenderong sebagai hiburan bagi memuaskan hati para
penonton. Seperti yang saya tegaskan, persembahan Silat Cekak
bukan bermaksud menghibur, sebaliknya bertujuan kefahaman
tentang prinsip, konsep dan falsafah persilatan Silat Cekak.
Hal yang demikian tentunya berbeza dengan bentuk
persembahan kita seperti yang saya nyatakan dalam tulisan yang
terdahulu. Dalam majlis penerangan kita tentang Silat Cekak, setelah
dibuat penerangan, kita terus buktikan melalui persembahan silat.
Penonton boleh berfikir dan mengaitkan persembahan tersebut
dengan penerangan yang telah diberi terlebih dahulu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 253
Begitu juga dalam majlis-majlis persembahan pelbagai seni
bela diri. Apabila tiba giliran kita membuat persembahan, kita terus
saja mengadakan persembahan. Suasana persembahan Silat Cekak
adalah dalam bentuk yang senyap. Usahkan gendang, iringan muzik
dan lagu pun tidak ada. Suara pesilat senyap sahaja. Sekali sekali
mungkin ada bunyi suara „penjahat‟ dalam adegan serangan
beramai-ramai.
Suasana yang sedemikian amat sesuai bagi membolehkan
para penonton berfikir. Fokus mereka tentunya pada gerak pesilat
Silat Cekak. Itulah tuntutan yang ada pada masa saya dulunya.
Mungkin sekarang ini segala-galanya telah berubah. Penggunaan
muzik telah dianggap sebagai satu keperluan bagi menarik minat
para penonton.
Dalam tulisan ini, saya akan menyentuh tetang proses
perkembangan penggunaan muzik dalam persembahan Silat Cekak.
Saya berharap, generasi baru akan dapat memahami perkembangan
yang berlaku dari dulu hingga sekarang. Bolehlah dijadikan sandaran
bagi maksud memahami setiap perubahan yang ada dalam Silat
Cekak. Bukanlah tulisan ini bersifat pendapat yang menyanggah.
Perkara pentingnya ialah para Jurulatih yang ada dapat memahami
asal usul penggunaan bunyi muzik yang ada dalam persembahan
kita.
Sepanjang pengetahuan saya, persembahan Silat Cekak
yang ada latar bunyi sebagai latar belakang persembahan termasuk
muzik, telah lama berlaku. Hal yang demikian bermula ketika kita
membuat persembahan secara besar-besaran dalam Perayaan
Sepuluh Tahun Silat Cekak di Padang Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru. Tahunnya tidak salah saya ialah 1976. Dalam
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 254
pertunjukan tersebut terdapat adegan mengenang kembali sejarah
Silat Cekak. Adegan itu diiringi dengan alunan suara artis atau
pelakon yang terkenal masa itu, Ahmad Tamimi Saregar. Beliau telah
memperdengarkan kata-kata puitis yang boleh menggegarkan hati
ketika mendengar suaranya. Ketika itu suara artis berkenaan amat
hebat.
Seingat saya, beliau bukan ahli Silat Cekak. Beliau
merupakan seorang pelakon yang sedang popular ketika itu.
Suaranya lantang dan menusuk jiwa serta boleh menarik perhatian
para penonton. Rakaman kata-kata puitisnya itu diiringi oleh muzik
latar yang amat bersesuaian dengan kisah persejarahan Silat Cekak.
Selesai dendangan rakaman kata-kata puitis tersebut, muzik
dialunkan tanda persembahan Silat Cekak bermula.
Persembahan muzik tersebut amat berkesan kerana boleh
memberi „semangat‟ pada para pendengar. Orang kata macam bunyi
muzik „Kitaro‟ yang menarik ketika itu, sesuai dengan rentak jantung
kita. Bukan macam muzik dangdut atau jenis-jenis muzik lain yang
bersifat menghibur.
Itulah juga buat pertama kalinya saya melihat dan mendengar
adanya persembahan Silat Cekak yang diiringi kata-kata puitis dan
alunan muzik. Dendangan muzik terus dialun sepanjang
persembahan Silat Cekak dan dendangan muzik itu berterusan
sebagai latar persembahan bagi menunjukkan Silat Cekak terus
berkembang dalam persada kebangsaan. Perlu ditegaskan bahawa
penggunaan muzik itu bukan bermaksud mengiringi gerak silat kita,
melainkan latar persembahan silat dalam keseluruhan pertunjukan
Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 255
Gerak Silat Cekak kita tidak mengikut rentak muzik. Hal yang
demikian tentunya berbeza dengan penggunaan muzik atau alat
muzik pada silat-silat Melayu yang lain. Gerak silat mereka adalah
berdasarkan alunan muzik yang dimainkan. Maknanya, gerak silat
dan alunan muzik adalah bersepadu. Laju nada muzik, maka lajulah
gerak silatnya. Jika gerak muzik itu perlahan, maka gerak silat yang
dipersembahkan turut perlahan. Hal yang demikian menampilkan
imej persembahan tersebut sebagai gerak silat permainan yang
sering kita nyatakan. Prinsip penggunaan muzik sedemikian tidak ada
dalam persembahan Silat Cekak.
Pergerakan Silat Cekak tidak langsung bergantung pada
irama muzik. Tidak ada gendang silat atau bunyi muzik pun, Silat
Cekak masih berupaya mengadakan persembahan silatnya. Oleh itu,
konsep Silat Cekak tidak ada gendang silat adalah masih tepat.
Sebagai Jurulatih Silat Cekak, kita mesti faham akan konsep
persembahan Silat Cekak yang menggunakan latar muzik. Tetapkan
pegangan. Tak ada muzik pun kita boleh buat persembahan silat.
Hal yang demikian adalah kerana pada dasarnya
persembahan kita adalah berasaskan penerangan dan kefahaman.
Ketika membuat persembahan secara rasmi, ketiadaan muzik
bukannya satu halangan. Pada zaman sebelum adanya muzik,
persembahan kita tetap macam biasa. Tidak ada suara. Senyap
belaka. Mulut pesilat pun diam sahaja. Tidak kedengaran sebutan
„ah‟ atau „uh‟ atau „eeyahh‟ atau awww atau sebagainya. Semua
orang tahu, ketika Silat Cekak membuat persembahan, sifat peserta
adalah selamba dan tenang sahaja. Cuma, kadang kala kedengaran
bunyi tongkat yang dipukul di lantai tanda Silat Cekak membuat
pukulan atau bunyi suara „penjahat‟ ketika menyerang pengamal Silat
Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 256
Walau bagaimanapun, Silat Cekak ada juga dipersembahan
dalam majlis-majlis tertentu tanpa ada sebarang penerangan. Hal
yang demikian masih lagi menepati sasaran. Dengan cara itu, Silat
Cekak dapat diperkenalkan dalam kalangan masyarakat. Biasanya,
Silat Cekak akan membuat syarat ketika diminta membuat
persembahan dalam majlis-majlis keramaian tersebut. Syarat kita
ialah membuat persembahan terus selepas perasmian jika majlis itu
dirasmikan oleh seseorang tetamu jemputan.
Saya pernah meletakkan syarat tambahan ketika menjadi
pemimpin persatuan Silat Cekak di pusat pengajian. Guru Utama
juga perlu dijemput bersama dalam majlis jamuan bersama perasmi.
Strategi saya ialah untuk merapatkan Ustaz dengan orang kenamaan
itu yang merupakan tetamu khas jemputan. Di samping itu, tindakan
yang demikian akan membolehkan para hadirin memberi tumpuan
pada persembahan Silat Cekak. Satu bentuk iklan kefahaman.
Seperti yang saya tegaskan dalam tulisan terdahulu, jika
persembahan kita melibatkan seni bela diri yang lain dalam satu-satu
program persilatan, biasanya kita akan meletakkan syarat. Kita
memohon persembahan Silat Cekak sama ada di awal keseluruhan
atur cara persembahan atau di akhir atur cara persembahan. Ada
sebabnya. Kalau ditonton persembahan kita terlebih dahulu,
persembahan lain akan berasa tawar untuk ditonton. Jika
persembahan kita dibuat di akhir acara persembahan, secara
langsung Silat Cekak telah membuat kesimpulan pada gerak seni
bela diri. “Tak boleh pakai gerak melainkan gerak Silat Cekak.”
Pada kesimpulan saya, muzik dalam Silat Cekak bermakna
suara latar yang boleh menarik perhatian penonton. Muzik itu adalah
merupakan rakaman. Setakat ini, kita masih lagi mempertahankan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 257
prinsip tidak menggunakan sebarang bentuk alat muzik bagi
menghasilkan bunyi dalam persembahan Silat Cekak. Rakaman
muzik yang sedia ada hanya berupa alat untuk menaikkan semangat
dan menarik perhatian penonton pada persembahan Silat Cekak. Hal
yang demikian akan membolehkan mereka tertarik untuk mempelajari
Silat Cekak.
Kalau tidak salah saya, hanya di hujung zaman Ustaz, mula
timbul satu tred baru. Nampaknya, sudah ada satu kecenderongan
dalam Silat Cekak untuk membuat pengisian acara pertunjukan Silat
Cekak melalui persembahan para artis yang dijemput. Satu bentuk
tarikan penonton melalui hiburan. Saya tidak dapat cerita panjang
kerana tidak pernah hadir dalam majlis yang sedemikian.
Difahamkan, artis yang selalu dijemput ialah artis wanita. Saya tidak
pasti sama ada beliau adalah ahli Silat Cekak atau pun tidak.
Kecenderongan demikian telah berlaku sejak dulu lagi.
Nasib baik ketika itu minat pada perkara lain tidak dimasukkan
dalam Silat Cekak. Kalau tidak, lagi tidak ketahuan. Kalau minat bola,
tentu mereka akan menganjurkan permainan bola sebelum
persembahan Silat Cekak. Tidak kiralah bola apa. Kalau minat
drama, tentu mereka akan masukkan unsur drama dalam
persembahan Silat Cekak. Ikut suka hati. Kepala angin orang-orang
kanan Ustaz yang suka akan hiburan atau perkara-perkara lain. Silat
pun minat dan perkara lain pun minat. Rojak buah.
Minat pada hiburan tersebut diterap dalam Silat Cekak
dengan alasan untuk menarik kedatangan penonton. Lagi ramai
penonton maka lagi bersemangat membuat pertunjukan. Agaknya,
konsep „habuan‟ mungkin tidak lagi diberatkan dalam proses
penerimaan ilmu pada bakal penuntut. Seolah-olah hiburan artis
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 258
menentukan sambutan pada Silat Cekak. Tidak ada lagi keyakinan
diri.
Sebaliknya, zaman dulu-dulu, perkara utama ialah
menyampaikan kefahaman Silat Cekak. Tidak kira berapa ramai yang
menonton dan tidak kira berapa ramai yang ingin menyertai Silat
Cekak. Semuanya berkait erat dengan faktor habuan. Ada habuan
maka bolehlah mereka mempelajari Silat Cekak. Kalau tidak ada
habuan maka setakat tengoklah sahaja. Segala-galanya adalah
ketentuan Allah. Kita tidak rasa rugi apa-apa.
Saya tidak pasti, adakah selepas hiburan artis tersebut para
penonton terus menunggu atau „belah‟ dari situ. Tidak ada kajian.
Tidak berminat hendak ambil tahu. Sebabnya, tindakan panggil artis
tidak pernah saya setuju. Alhamdulillah. Tidak pernah saya buat dan
tidak pernah terlibatpun dalam corak persembahan sedemikian.
Sekarang ini, apa yang saya perhatikan penggunaan muzik
dalam persembahan Silat Cekak telah menjadi satu perkara biasa
dan mesti. Mana-mana persembahan Silat Cekak yang saya
saksikan, mesti ada muzik. Malah, sepanjang pengetahuan saya,
tidak ada sebarang bentuk persembahan Silat Cekak yang dibuat
tanpa ada latar muzik. Mesti ada iringan muzik. Tidak kiralah
iramanya. Saya tidak ada halangan. Persembahan di cawangan saya
dulu pun berbuat demikian.
Dalam kalangan anak didik saya, penekanan yang saya
berikan adalah berdasarkan dua (2) prinsip utama. Pertamanya,
penggunaan muzik adalah sebagai latar persembahan. Muzik tidak
digunakan untuk mengiringi gerak persembahan. Tanpa ada muzik
pun, Silat Cekak masih lagi boleh dipersembahkan dalam mana-
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 259
mana majlis. Tidak kiralah sama ada majlis pertunjukan atau majlis
penerangan. Prinsip muzik berkenaan boleh juga dianggap sebagai
salah satu usaha untuk memupuk minat yang lebih pada
persembahan Silat Cekak. Lebih-lebih lagi generasi sekarang
sememangnya amat berminat dengan muzik.
Keduanya, gerak persembahan Silat Cekak tidak terikat
langsung dengan rentak muzik latar berkenaan. Gerak persilatan
Silat Cekak adalah bebas dari ikatan rentak atau irama muzik yang
dialunkan. Hal yang demikian menyebabkan pelbagai rentak muzik
boleh dipilih. Kerap kali saya mendengar muzik latar lagu-lagu
Semerah Padi, Kung Fu Panda dan sebagainya. Pada saya, buatlah
mana yang patut.
Walau bagaimanapun, mainan muzik itu adalah atas sifat
faham akan prinsip atau keperluan penggunaan muzik dalam
persembahan Silat Cekak. Sekurang-kurangnya boleh menaikkan
minat dan „semangat‟ para penonton. Ingat. Muzik bukannya
mengiringi rentak atau gerak persembahan. Hanya sebagai latar
persembahan.
Pada pemerhatian saya, hanya Silat Cekak yang ada bentuk
iringan muzik sedemikian. Masih lagi bersifat luar dari kebiasaan.
Sesuailah dengan perkembangan semasa yang juga mementingkan
muzik dalam kehidupan seharian.
Gerak Tari Dalam Silat Cekak.
Satu sifat lagi yang ada dalam persembahan kita sekarang
ialah gerak tari. Satu perubahan yang baru. Dikatakan gerak tari yang
ada sekarang dalam Silat Cekak bukanlah jenis gerak tari silat biasa.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 260
Pada saya, itulah satu bentuk pelarian pendapat pada kenyataan
atau hakikat kebenaran. Apa yang saya perhatikan, tari tersebut
adalah merupakan satu bentuk mukadimah persembahan yang
memperlihatkan gerak kaedah atau buah yang ada dalam Silat
Cekak.
Daripada gerak kaedah dan gerak buah itu, telah
dikembangkan bentuk gerak persembahan yang berbentuk tari. Dulu-
dulu, tidak ada tari silat sedemikian dalam Silat Cekak. Tapi kini telah
ada tari silat yang diberi gelaran sebagai „Gerak Hanafi‟. Nampaknya,
sudah menjadi perkara mesti gerak tari digunakan untuk memulakan
persembahan Silat Cekak dalam satu-satu majlis pertunjukan.
Gerak tari tersebut agak berbeza dengan tari silat yang lain.
Bentuknya luar dari kebiasaan persilatan Melayu. Tapi tetap gerak
tari. Gerak yang ada hanya bentuk lakonan kaedah daripada A
kepada D serta gerak beberapa buah yang terpilih. Perkara jelasnya,
wujud pergerakan yang „dibuat-buat‟. Konsep pengamal Silat Cekak
berdiri diam mula berubah tafsiran.
Selama ini, corak persembahan kita adalah terikat atas
pertalian persembahan antara kaedah, asas, jatuh dan aplikasi buah-
buah jatuh. Hal yang demikian adalah merupakan satu bentuk
kefahaman yang ingin disemai dalam pemikiran penonton. Kini, tari
silat yang dipertontonkan mula terkeluar dari prinsip persembahan
tersebut.
Pada kesimpulan saya, bentuk kefahaman telah diganti
dengan bentuk hiburan. Lakonan pada gerak kaedah dan buah dalam
Silat Cekak. Selepas lakonan tersebut maka barulah persembahan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 261
diteruskan dengan gerak buah-buah yang ada dalam pelajaran Silat
Cekak.
Saya tidak berminat untuk menyatakan pendapat sama ada
perbuatan tersebut sesuai atau tidak. Perkara penting dalam tulisan
ini adalah semata-mata untuk melahirkan kefahaman saya selama ini
sejak dilantik sebagi „wakil‟ bagi menurunkan ilmu Silat Cekak yang
diamanahkan Guru Utama.
Ramai juga dalam kalangan ahli yang menafikan Gerak
Hanafi sebagai gerak tari silat. Walau bagaimanapun, tidak ternafi
akan adanya pergerakan pada tapak pesilat Silat Cekak yang
melakukan gerak berkenaan. Tidak berdiri diam lagi; yang hanya
bertindak berdasarkan tindak balas lawan, seperti yang digambarkan
melalui gerak kaedah. Dalam hal ini, mereka tetap tidak menganggap
gerak tari itu sebagai gerak tari Silat Cekak. Sebaliknya ramai yang
menganggap bahawa gerak tari itu adalah Gerak Hanafi, bukan tari
silat. Saya susah nak komen. Bercelaru dari segi tafsiran. Pada
nama, demikianlah maksudnya. Hakikatnya, gerak sedemikian tetap
merupakan tari silat.
Kebiasaannya, gerak tari silat persilatan Melayu mengundang
sifat langkah melangkah sama ada ke kiri atau ke kanan, ke depan
atau ke belakang. Gerak tersebut selalunya diiringi gendang silat
sama ada secara langsung penggunaan alat-alat muzik silat atau
secara rakaman muzik. Kadang kala, ada juga persembahan tari
yang dibuat tanpa ada sebarang iringan muzik. Hanya gerak tari
sahaja. Bentuk pergerakan tari silat itu ada maknanya tersendiri.
Bergantung pada latar masyarakat sama ada masyarakat petani atau
nelayan. Gerak tari itu dihiasi dengan pergerakan kaki dan ayunan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 262
tangan yang melambangkan sesuatu gerak. Ada ceritanya. Sedap
juga mata memandang.
Namun begitu, gerak tari dalam Silat Cekak adalah
berdasarkan gerak kaedah dan gerak buah yang ada dalam Silat
Cekak. Nampak perbezaan dalam bentuk tari tersebut. Seperti yang
dikatakan, kita tetap tidak menganggap bahawa gerak yang
sedemikian sebagai tari silat. Anggapan kita ialah Gerak Hanafi.
Walau bagaimanapun, sepanjang jawatan saya sebagai Jurulatih dan
pemimpin cawangan, saya tidak galakkan langsung penggunaan
gerak sedemikian dalam persembahan Silat Cekak cawangan saya.
Tidak ada asal usulnya dalam pembelajaran Silat Cekak. Kepala
angin Jurulatih lama yang memasukkan faham Silat Olahraga dalam
pembelajaran Silat Cekak. Itulah kesimpulan saya.
Dalam tulisan ini saya ingin menerangkan kefahaman dan
pegangan saya tentang tari silat yang sedemikian. Sekali lagi saya
tegaskan, tulisan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan para
pembaca. Jangan melenting tidak ketahuan. Penulisan saya adalah
berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian saya
sepanjang berada dalam Silat Cekak di zaman Ustaz. Berdasarkan
ingatan, saya cuba menyingkap semula pengetahuan saya tentang
asal usul tari silat dalam Silat Cekak.
Saya telah menerangkan dalam tulisan terdahulu betapa ahli-
ahli yang seangkatan belajar Silat Cekak bersama saya, ramai yang
mewarisi persilatan Melayu yang lain. Rata-ratanya persilatan mereka
mempunyai tari silat yang tersendiri. Saya cuba menyingkap kisah
lalu sepanjang ingatan saya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 263
Pada satu ketika, kami pernah berbincang dengan Ustaz
tentang tari silat. Rasanya dalam tahun 1975/76. Ada dalam kalangan
ahli yang menimbulkan persoalan pada Ustaz betapa pengamal Silat
Cekak akan berada dalam situasi serba salah apabila disuruh
memperlihatkan gerak persilatannya. Tidak boleh buat persembahan
tari silat. Walau pun orang tahu kita ahli silat, kalau ditolak ke tengah
gelanggang persembahan, kita akan berasa kaku. Berdiri diam.
Penonton bukannya tahu bahawa silat kita tidak ada tari. Pada
mereka, kalau ahli silat mesti ada tari silatnya.
Ustaz tersenyum akan persoalan yang ditimbulkan itu.
Sebagai pengamal Silat Cekak, sememangnya kita tidak dapat
memperlihatkan silat kita. „Kita hanya membeli jika ada yang
menjual‟. Ketika itulah saya mengikuti perbualan Ustaz yang
menegaskan betapa Silat Cekak boleh dibuat tarinya.
Ustaz menegaskan bahawa buah-buah yang ada dalam Silat
Cekak boleh dijadikan tari. „Kalau nak jadikan tari‟. Maknanya, kalau
kita hendak buat tari silat, kita boleh buat. Bukannya susah. Tidak
ada masalah. Perkara gampang. Ustaz sendiri menunjukkan
beberapa gerak berdasarkan kaedah dan buah dalam Silat Cekak
yang boleh dijadikan tari silat.
Penegasan Ustaz adalah tetap iaitu Silat Cekak tidak ada
tari. Tapi kalau hendak buat tari silat, Silat Cekak masih
berkemampuan berbuat demikian. Kami yang mendengar
penerangan Ustaz, faham akan maksudnya. Jelas kesimpulan dan
ketepatan kefahaman pada kami. Silat Cekak tidak ada tari. Hal yang
demikianlah merupakan salah satu keistimewaan yang ada pada Silat
Cekak. „Mencarik adat‟ atas kebiasaan gerak tari yang ada dalam
persilatan Melayu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 264
Itulah pertama kali saya lihat dan saya dengar tentang tari
silat berdasarkan kaedah dan buah Silat Cekak. Dan itulah juga kali
terakhir Ustaz menyebut tentang kaedah dan buah Silat Cekak yang
boleh dibuat tari silat. Hal yang demikian kerana tari bukanlah
sesuatu yang penting dalam persilatan Silat Cekak.
Sememangnya Silat Cekak tidak ada tari silat. Oleh itu, tidak
ada keperluan langsung untuk berbincang tentang tari silat. Ustaz
juga tidak berminat untuk melanjutkan perbincangan akan hal yang
demikian. Walau bagaimanapun, jelas pada kami bahawa buah-buah
dalam Silat Cekak boleh dijadikan tari dalam silat. „Kalau nak buat tari
silat‟. Hal yang demikian tidak bermakna Silat Cekak ada tari.
Selepas itu, persoalan mengenai tari senyap begitu sahaja.
Sebabnya, semua ahli faham dan menerima konsep bahawa Silat
Cekak tidak ada tari. Gerak Silat Cekak adalah ringkas. Tidak
berbelit-belit.
Kisah tari mula timbul kembali ketika Silat Cekak terlibat
dengan kegiatan Silat Olahraga. (SOR). Tahunnya ialah 1983/1984.
Dalam pertandingan SOR, peraturannya memerlukan gerak tari
sebelum memulakan pertandingan sesama pesilat. Mesti buat tari
silat sebagai syarat pertandingan. Kalau tidak ada tari maka tidak
boleh masuk SOR.
Hakikatnya, Silat Cekak tidak ada tari silat. Akan tetapi ketika
itu ada keperluan Silat Cekak untuk mengambil bahagian dalam
SOR. Oleh itu, kenalah reka tari silat bagi maksud penyertaan. Hal
yang demikianlah maka gerak tari silat mula direka dalam
persembahan Silat Cekak untuk pertandingan Silat Olahraga. Rekaan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 265
gerak yang berfokus bagi memenuhi satu tujuan yang tertentu.
Tujuan Silat Olahraga.
Maknanya tari silat yang direka itu adalah tetap sifatnya
sebagai tari silat. Khas untuk persembahan dalam pertandingan
SOR. Hal yang demikian adalah merupakan satu fakta yang tidak
boleh dinafikan. Cuma, yang berbeza antara tari silat dalam Silat
Cekak dengan tari silat dalam kebanyakan persilatan Melayu adalah
berdasarkan geraknya.
Setakat ini, tari silat kita adalah berasaskan gerak lakonan
kaedah dan lakonan gerak buah-buah yang tertentu. Hal yang
demikianlah menyebabkan tari silat kita agak berlainan dengan tari
silat yang lain. Hakikatnya tetap tari silat.
Ustaz memberi panduan tentang rekaan gerak tari tersebut.
Tujuannya adalah khusus untuk membolehkan Silat Cekak memasuki
SOR. Saya difahamkan, ramai ahli yang terpegun dengan rekaan tari
tersebut. Kagum. Pada saya, hal yang demikian itu adalah perkara
biasa sebab Ustaz pernah berbincang tentangnya dulu. Ketika tari itu
direka, tidak disebut pun Gerak Hanafi. Tegasnya, saya ulang sekali
lagi, gerak tari yang direka tersebut adalah semata-mata untuk
memenuhi syarat pertandingan dalam SOR.
Jelaslah pada kita bahawa gerak itu adalah gerak tari. Gerak
yang direka itu adalah semata-mata untuk memenuhi syarat tari silat
yang perlu dalam pertandingan SOR. Silat Cekak telah melibatkan
diri dalam pertandingan SOR pada tahun 1984. Itulah tahun
bermulanya pertandingan SOR di peringkat kebangsaan. Selain
daripada Silat Cekak dan majlis silat di peringkat negeri-negeri yang
terlibat, persatuan silat peringkat kebangsaan yang lain ialah Gayung,
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 266
Lincah dan Gayung Patani. Peranan saya dalam pertandingan SOR
di peringkat kebangsaan itu adalah sebagai Ketua Pengadil dalam
salah satu gelanggang pertandingan.
Pada mereka yang pernah terlibat dalam pertandingan SOR,
tentunya mudah memahami maksud perbincangan saya. Dalam
pertandingan SOR, sebelum pesilat ditemukan dalam gelanggang,
mereka akan diperkenalkan terlebih dahulu. Apabila nama mereka
dilaungkan, ”Panggilan pada pesilat di sudut…” maka pesilat
berkenaan perlu tampil ke tengah gelanggang dan memperkenalkan
diri secara melakukan gerak tari.
Hal yang demikianlah menyebabkan ahli Silat Cekak yang
memasuki SOR perlu mempunyai gerak tari. Maknanya, gerak tari
yang direka bukannya sedia ada wujud dalam pelajaran Silat Cekak.
Perkara baru untuk memperkenalkan diri dalam sebelum
pertandingan SOR bermula.
Semasa pertandingan SOR di peringkat negeri Perak, Silat
Cekak cawangan saya turut serta mengambil bahagian. Hal yang
demikian menyebabkan tari silat lakonan kaedah dan buah terpaksa
juga dilakukan. Walau bagaimanapun, kami melakukan gerak tari itu
secara berpada-pada. Tidak berlebih-lebihan. Kami tidak ikutpun
gerak tari yang ada di pusat. Tidak pernah tahu akan corak rekaan
tari mereka. Ikut buat apa. Bukannya wajib dipelajari dalam Silat
Cekak.
Saya hanya menggunakan kepakaran atas pengetahuan saya
yang pernah berbincang dengan Ustaz. Buat tari secara ala kadar.
Setakat lakonan Kaedah A untuk Kidung Kiri, diikuti dengan lakonan
buah Sendeng Atas, Gayung Patani dan ditutup dengan lakonan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 267
Kaedah D. Ada juga kalangan pesilat saya yang menambah-nambah
gerak. Ikut suka hatinya. Buat suka-suka hati. Prinsipnya, setakat ala
kadar. Bukan pelajaran kita. Hakikatnya, perbuatan tarinya adalah
semata-mata untuk memenuhi kehendak syarat pertandingan SOR.
Buat secara seronok-seronok. Main-main. Orang yang tengok
mungkin berasa kagum. Pada kita, “Tak ada hal-lah”.
Pada pengetahuan dan pemerhatian saya, gerak tari yang
direka di pusat lebih „rencam‟. Kami mengetahui atau
menyaksikannya ketika pertandingan SOR di peringkat kebangsaan
itu. Ketika itu, Silat Cekak cawangan saya mewakili negeri Perak
dalam beberapa kategori. Gerak tari Silat Cekak yang mereka reka
adalah tidak sama dengan gerak tari yang kami reka. Saya katakan
gerak tari mereka lebih rencam kerana adanya gerak tambahan
dalam gerak penutupnya.
Kami tutup gerak tari Silat Cekak dengan kaedah D. Akan
tetapi gerak tari mereka ada penambahan supaya nampak cantik
agaknya. Tapi, saya tengok tidak cantik langsung. Tangan digoyang-
goyang sebelum duduk.
Pada pemerhatian saya, kini kebanyakan pertunjukan Silat
Cekak yang saya hadiri, gerak yang goyang-goyang tangan dalam
tari silat Silat Cekak, sudah tiada. Tapi diganti dengan gerak tari
tangan yang lain. Semakin menampakkan unsur-unsur gerak tari
kebanyakan persilatan Melayu yang lain dalam gerak tari Silat Cekak.
Nampaknya sudah mula ditambah unsur-unsur persilatan Melayu lain
dalam gerak tari silat Silat Cekak.
Saya yakin dan saya percaya, jika gerak tari ini tidak dikawal,
penempelan unsur-unsur gerak tari persilatan lain akan bertambah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 268
dari masa ke masa. Sekurang-kurangnya di permulaan dan di akhiran
persembahan tari Silat Cekak tersebut. Tengah-tengahnya tetap
lakonan gerak tari kaedah dan lakonan gerak tari buah. Tidak hairan
nanti, tari silat dalam Silat Cekak akan melibatkan gerak tari yang
pelbagai gerak dengan gerak tapak yang pelbagai.
Lebih-lebih lagi apabila ada dalam kalangan Jurulatih yang
mempunyai kepala angin gerak tari. Bila ada peluang maka adalah
pelarasan. Ada pelarasan maka akan adalah perubahan dan
penambahan. Satu perbuatan yang amat sia-sia kerana tidak ada
dalam pelajaran Silat Cekak. Semuanya berlindung atas satu konsep
gerak. Gerak Hanafi. Mainan istilah orang-orang kanan Guru Utama
untuk membenarkan perbuatan mereka.
Pada pendapat saya, sepatutnya setelah kita tidak melibatkan
Silat Cekak dalam sebarang bentuk pertandingan SOR, gerak tari
yang berkenaan tidak perlu dipopularkan lagi. Tamat Silat Olahraga
maka tamatlah rekaan tari untuk SOR itu. Tapi, lain jadinya. Gerak
tersebut terus dipopularkan.
Saya difahamkan, bagi mengesahkan penggunaannya, maka
dinamakan gerak tari itu sebagai Gerak Hanafi. Saya yakin bahawa
Ustaz tidak mungkin mengarahkan gerak tari itu mengikut namanya.
Tentunya kepala angin Jurulatih tertentu untuk mengesahkan
penggunaaan tari silat dalam Silat Cekak. Kepimpinan saya di
cawangan tidak pernah ambil peduli. Tidak ada sebab untuk
menjadikan gerak tersebut sebagai sebahagian pelajaran Silat
Cekak. Itulah pendapat dan kefahaman saya tentang asal usul tari
silat tersebut.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 269
Namun begitu, sepanjang ingatan saya, cawangan saya tidak
pernah menggunakan gerak tari tersebut dalam sebarang
persembahan Silat Cekak demi menjaga „keaslian‟ Silat Cekak. Tidak
ada asal usulnya. Pegangan kami jelas. Terciptanya gerak tersebut
hanyalah atas keperluan Silat Olahraga semata-mata. Habis SOR
maka habislah gerak tari yang bersifat sementara itu.
Dalam persembahan Silat Cekak, lakonan gerak Kaedah A
hingga D adalah sangat mencukupi. Gerak yang sedemikian adalah
menyamai gerak pelebat dalam kebanyakan silat Melayu. Cuma yang
berbezanya, dalam persilatan Melayu, gerak pelebat mereka diiringi
dengan suara „ah‟ atau „eyah‟ dan sebagainya. Sebaliknya, dalam
gerak kita, pesilat Silat Cekak hanya diam. Tidak kedengaran suara
dari mulutnya. Melainkan suara pemimpin persembahan tersebut
yang memberi arahan melakukan gerak Kaedah A hingga D.
Pada saya, itulah salah satu keistimewaan yang ada dalam
Silat Cekak. Kita tidak ada tari silat. Kedudukan kita adalah berdiri
diam. Macam orang tidak hendak bergaduh. Gerak selamba. Kita
hanya bergerak kalau lawan kita bergerak. Itulah hakikat gerak yang
ada dalam Silat Cekak. Kebenaran gerak itulah yang kita sampaikan
pada masyarakat yang menonton persembahan Silat Cekak.
Gerak tari yang kita pertontonkan, bukanlah gerak benar
dalam Silat Cekak. Gerak yang dibuat-buat. Tidak boleh pakaipun
dalam pergaduhan. Saya pun tidak jelas apakah kefahaman yang
ingin kita sampaikan. Melainkan untuk memuaskan hati penonton.
Agaknya.
Kini, pandangan umum dalam kalangan ahli kita, berterusan
menganggap bahawa seni „tari‟ yang popular dalam Silat Cekak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 270
sebagai Gerak Hanafi. Mereka menjadikan gerak tari itu sebagai
sebahagian daripada pembelajaran Silat Cekak yang mesti. Satu segi
kita menafikan jenis tari silat. Satu segi yang lain, kita menerima
kehadirannya dalam Silat Cekak atas nama yang lain. Pada hal,
gerak tari tersebut mengundang sifat melangkah ke merata tempat.
Kita mungkin faham akan maksud langkah melangkah tersebut.
Walau bagaimanapun, pada masyarakat silat lain, mereka
menganggap Silat Cekak telah ada seni tarinya. Dakwa mereka,
“Cakap tidak serupa bikin”. Tapi kata tidak ada tari. Ada tari pulak.
Ada iringi muzik lagi!
Pada mereka yang bertanya atau membuat persoalan,
bolehlah kita jelaskan maksud gerak tari berkenaan. Akan tetapi kita
tidak berupaya memenuhi penjelasan pada mereka yang lain. Ada
juga dalam kalangan ahli yang mempersoalkan perkara tersebut
ketika membandingkan kenyataan tentang Silat Cekak seperti yang
tertera dalam ungkapan yang mula-mula dalam tulisan yang lalu.
Mereka menjadi keliru. Pada mereka yang berfikir, hendak bertanya,
rasa tidak berani. Maka tertanamlah persoalan tentang gerak tari
tersebut di dada mereka.
Sebagai Jurulatih, pandai-pandailah buat penjelasan. Asal
usul gerak berkenaan telah saya tulis sebagai pengetahuan. Berhati-
hatilah ketika membuat penerangan yang berdasarkan kemampuan
seadanya. Pada dasarnya, gerak sedemikian telah diterima dalam
rupa bentuk persilatan Silat Cekak. Mungkin tidak banyak persoalan
daripada generasi baru. Namun begitu, sebagai Jurulatih, kita telah
ada sedikit pengetahuan mengenai gerak tari dalam Silat Cekak.
Gunakan pengetahuan itu jika benar-benar ada yang bertanya.
Habuan sesak sahaja.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 271
BAB 3
PENGALAMAN
DALAM PERSILATAN
SILAT CEKAK.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 272
Parang Lading Dan Ujian Sijil.
Pendahuluan
Saya ingin membincangkan tentang Parang Lading dan Ujian-
Ujian Sijil Rendah dan Menengah dalam konteks pembelajaran Silat
Cekak zaman waktu saya dulu-dulu iaitu waktu zaman saya belajar
Silat Cekak. Ketiga-tiga perkara itu erat kaitannya dengan proses
pembelajaran Silat Cekak. Ada persoalan-persoalannya yang tertentu
dan memerlukan jawapan atas sifat saya sebagai seorang yang telah
lama berkecimpung dalam persilatan Silat Cekak.
Hal yang demikian telah menarik perhatian saya untuk
menulis dalam tulisan berikutnya. Walau bagaimanapun, jawapan
saya tidak secara khusus untuk menjawab persoalan-persoalan yang
timbul tersebut. Mungkin konsep ketiga-tiga bidang itu tidak sama
kefahamannya dengan apa yang kita fahami. Maka elok juga kita
berkongsi pengetahuan secara meninjau latar belakang situasi yang
wujud pada zaman saya dulunya bagi memahami kefahaman saya
selama ini seadanya.
Pada saya, untuk menerangkan persoalan mengenai ketiga-
tiga hal yang berkenaan memerlukan perbincangan tentang suasana
yang wujud ketika itu. Hal yang demikian kerana ketiga-tiga
persoalan itu ada kaitan dengan tanggapan yang ada pada orang-
orang kanan ketika itu. Sesungguhnya, tanggapan sesuatu konsep
ketika itu banyak dicorakkan oleh orang-orang kanan persatuan dan
persilatan. Konsep tersebut meliputi gerak silat, penggunaan senjata
dan kefahaman persilatan Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 273
Hal yang demikianlah telah memungkinkan falsafah, konsep
dan prinsip yang sedia ada boleh bertukar tafsiran. Semuanya
berdasarkan daya tafsiran, kebolehan berfikir dan mungkin strategi
kepentingan diri sendiri. Oleh itu, saya turut juga akan
membincangkan tentang sifat dan tindakan orang-orang kanan
persilatan dan persatuan satu ketika yang lalu. Mungkin perkara yang
saya sentuh tentang mereka telah banyak kali ditulis dalam tulisan
yang lalu. Walau bagaimanapun, saya akan mengungkitnya kembali
bagi maksud perbincangan lanjut tentang persoalan yang
dikemukakan.
Peranan Orang-Orang Kanan Mewarnai Bentuk Silat Cekak.
Sesungguhnya persoalan yang berkaitan dengan tiga bidang
tersebut turut berkait rapat dengan kenangan pengalaman saya
dulunya. Persoalan yang dikemukakan itu pernah dijadikan „senjata‟
untuk menyerang kelemahan seseorang ahli. Itulah kenangan yang
tidak mudah dilupakan. Oleh itu, kupasan saya menjawab persoalan
yang ditimbulkan adalah bersumberkan rujukan berdasarkan
pengalaman, ilmu pengetahuan dan pandangan saya yang sedia ada
ketika itu dan berkekalan hingga sekarang.
Kenangan dan pengalaman saya itu tidak dapat berpisah
dalam konteks hubungan dengan beberapa golongan orang kanan
yang menerajui persatuan dan persilatan Silat Cekak dulunya.
Walaupun bilangan mereka tidak ramai, tapi cukup untuk
mempengaruhi penglibatan saya dalam persilatan Silat Cekak. Kini,
boleh dikatakan kesemua mereka itu telah berada di seberang sana.
Persatuan lama yang kita tinggalkan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 274
Generasi awal orang kanan yang terlibat sejak zaman Ustaz,
nampaknya semakin „pupus‟. Ramai juga yang telah meninggal dunia
atau mengundur diri kerana kecewa. Walau bagaimanapun, tindak-
tanduk mereka dulunya tetap telah banyak mencorakkan suasana
yang ada sekarang. Malah, pepecahan yang berlaku dalam persilatan
Silat Cekak dari gelombang pertama hingga gelombang kedua
adalah hasil daripada tindak buat yang pernah mereka lakukan
dulunya.
Sesungguhnya, segala karenah yang berlaku itu adalah
bermula rancak selepas pemergian Guru Utama, Ustaz Hanafi.
Barisan orang-orang kanan yang mendapat ijazah dari ustaz mula
menganggap bahawa peranan mereka tersangat besar dan penting
bagi menentukan masa depan persilatan Silat Cekak. Mereka sendiri
yang anggap sedemikian. Malah, mereka juga menganggap bahawa
tanggungjawab yang dipikul mereka itu seolah-olah telah menyamai
tugas Guru Utama yang sedia ada ketika itu atas alasan untuk
menjaga perjuangan yang ditinggalkan Ustaz.
Kemudiannya terbentuk kumpulan orang-orang kanan
generasi baru yang hanya menerima pengalaman ketika zaman Guru
Utama, Pak Ak. Kebanyakan mereka boleh bersatu „angin‟ dengan
kumpulan generasi pertama orang-orang kanan persilatan dan
persatuan. Namun begitu, terdapat dua kumpulan orang-orang kanan
yang tidak berlaga angin.
„Kekuasaan‟ kedua-dua kumpulan itu semakin hebat sebelum
pepecahan gelombang pertama. Ramai dalam kalangan mereka
yang telah beralih „angin‟ dan menidakkan kepimpinan Pak Ak.
Ramai juga generasi baru orang kanan zaman Pak Ak yang boleh
„ngam‟ dengan generasi lama orang-orang kanan zaman Ustaz.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 275
Kebolehan „berngam‟ itu erat kaitannya atas kepentingan yang sama.
Kepentingan untuk memelihara persatuan dan persilatan Silat Cekak
dari sudut kaca mata mereka.
Apabila kita berpecah pada gelombang pertama,
pembentukan persatuan baru adalah dianggap hasil usaha mereka.
Maka semakin kuatlah kekuasaan mereka dalam persilatan dan
persatuan Silat Cekak yang baru. Saya dapat lihat pelbagai strategi
yang dilakukan mereka untuk menguatkan kedudukan. Kadang kala,
saya turut terlibat dengan perancangan mereka itu. Hal yang
demikianlah menyebabkan saya mengeluarkan kenyataan tersebut.
Pada peringkat awal zaman Tuan Hj. Md Radzi, pandangan
orang-orang kanan itu sering bertelagah. Sentiasa ada perasaan
syak wasangka. Saya rasa Guru Utama juga turut memahami situasi
tersebut kerana suasana yang wujud itu pernah saya bincang
dengannya. Hal yang demikian berlarutan dan memakan masa lama.
Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Maka wujudlah pula
generasi orang kanan baru yang berpengalaman hanya di zaman
Guru Utama Tuan Hj Md Radzi sendiri. Maka mereka juga turut
mewarnai suasana baru yang wujud ketika itu. Pada masa itu, secara
umumnya terjelas bahawa generasi orang kanan zaman Ustaz dan
generasi orang kanan zaman Pak Ak mulai bersatu dari semasa ke
semasa.
Nampaknya mereka boleh melupakan sebarang sengketa
yang sedia ada. Hal yang demikian tidak menghairankan saya kerana
dalam proses pepecahan gelombang kedua, nampak sangat akan
perpaduan mereka. Pada hal, di peringkat awal zaman Tn Hj Md
Radzi, mereka bersengketa semacam tidak akan ada kesudahannya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 276
Ketika itu kutuk-mengutuk sesama mereka hebat sekali. Saya dapat
mendengarnya kerana saya berada di atas pagar. Manakala mereka
pula berada bersebelahan pagar.
Pada mereka yang berminat mengkaji tentang aspek
pepecahan dalam persilatan Silat Cekak, sila rujuk buku saya
”Kebenaran Silat Cekak”.
Dalam buku itu saya ada menulis tentang peranan orang-
orang kanan dalam perkembangan persilatan Silat Cekak. Pada satu
zaman yang lalu, orang-orang kanan adalah merupakan kumpulan
yang tersangat penting bagi mencorakkan persatuan dan persilatan
kita. Mereka adalah merupakan salah satu faktor yang boleh
menentukan persatuan atau persilatan Silat Cekak berkembang
dengan pesatnya atau berkembang secara perlahan. Jika inisiatif
mereka bersifat tinggi maka rancaklah perkembangan organisasi
persilatan kita.
Secara kesimpulannya, suasana dalam kegiatan persilatan
dan persatuan turut dipengaruhi mereka. Apatah lagi ketika mereka
diberi ruang yang luas untuk mengendalikan persatuan dan
persilatan. Sifat-sifat yang ada pada mereka itulah maka saya
simpulkan sebagai telah mewarnai suasana tersebut. Ada banyak
jenis orang-orang kanan tersebut. Bolehlah dirujuk dalam buku
tersebut.
Ketika sifat mereka sentiasa suka „bermuka-muka‟ maka
berlakulah ketegangan yang memanjang dalam suasana yang wujud.
Semua lapisan ahli akan berada dalam suasana yang tidak selesa.
Tohmahan, sifat „tikam dari belakang‟ telah menjadi amalan utama
ketika itu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 277
Peranan orang-orang kanan itu juga turut memberi
pengalaman dalam kenangan saya yang berkaitan dengan parang
lading dan Sijil Menengah. Malah, mereka juga turut memberi
pengalaman pada saya, berkaitan dengan pemberian pingat. Oleh
itu, saya juga akan membincangkan tentang pingat yang juga turut
membawa kenangan dalam sejarah penglibatan saya dalam
persilatan Silat Cekak. Elok juga saya karangkan semula kenangan
tersebut buat batasan sifat dan tindakan pada ahli-ahli baru yang
merupakan generasi baru dalam persilatan Silat Cekak.
Setelah pemergian Ustaz juga, dahan bergantung yang saya
ada semakin rapuh. Tapi belum patah. Hubungan saya dengan Guru
Utama yang baru iaitu Pak Ak, tetap ada walaupun tidak serapat
dengan Guru Utama yang pertama. Tuntutan tugas guru yang
semakin sibuk merupakan salah satu sebab yang tidak
memungkinkan hubungan rapat tersebut. Namun begitu, dahan saya
bergantung telah semakin rapuh setelah berlaku pepecahan dalam
gelombang yang pertama. Ketika itulah „serangan‟ pelbagai senjata
digunakan oleh orang-orang kanan yang tertentu terhadap diri saya.
Tidak berapa ada pelindung lagi.
Suasana persilatan dalam zaman awal kepimpinan Guru
Utama yang baru ternampak semacam baik, sebaliknya banyak
perkara negatif yang berlaku dalam organisasi kita. Umpama sebiji
buah tembikai. Pada luarannya tersangat elok dan cantik. Sebaliknya
kalau dibelah dan dilihat isinya, banyak yang berongga. Semakin
lama maka semakin berongga kerana tembikai semakin tua.
Ustaz pernah bercerita pada saya tentang orang-orang kanan
yang banyak memainkan peranan menjadikan kejatuhan seseorang
pemimpin. Saya yakin bahawa Ustaz juga ada pengalaman tentang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 278
maksud ucapannya. Kedudukan Ustaz yang terancam juga adalah
kerana orang-orang kanannya. Saya telah menyentuh hal yang
berkaitan dalam tulisan-tulisan yang terdahulu.
Saya rasa, hal yang sama turut berlaku dalam zaman Tn Hj
Md Radzi menjadi Guru Utama. Nampaknya sekali lagi faktor orang
kanan memainkan peranan untuk menentukan masa depan guru
silat. Sama ada mereka berjaya atau tidak, itu soal lain. Yang
pastinya, mereka boleh mencorak atau menentukan kedudukan guru
dalam organisasi persilatan kita.
Nampak jelas pada kita betapa orang-orang kanan sering
menjadi faktor penyebab akan setiap perkara yang berlaku dalam
persatuan dan persilatan Silat Cekak. Tidak kiralah sama ada dari
segi tanggapan mahupun tindakan. Hal yang demikian juga turut
menjelaskan tentang peranan ahli-ahli yang ada dalam struktur
organisasi kita. Sepatutnya, orang-orang kanan yang merupakan
golongan pertengahan dalam struktur oraganisasi persatuan adalah
merupakan golongan perancang. Merekalah yang akan mempastikan
strategi bagi menzahirkan impian kepimpinan atasan iaitu Guru
Utama menjadi kenyataan. Malangnya, strategi yang dilakukan telah
songsang. Mereka telah menyusun strategi bagi mencapai impian
sendiri.
Dalam tulisan ini juga saya akan menceritakan semula tindak-
tanduk orang-orang kanan itu yang berkaitan dengan diri saya. Hal
yang demikian bagi menjelaskan beberapa persoalan yang berkaitan
dengan Parang Lading, Sijil Menengah dan Sijil Tinggi. Termasuk
prinsip pemberian pingat dalam persatuan kita.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 279
Seperti yang saya terangkan terdahulu, setelah berpecah
dalam gelombang pertama di peringkat awal kepimpinan Guru
Utama, orang-orang kanannya adalah merupakan pendokong utama.
Mereka berusaha menentukan kedudukan guru semakin mantap.
Hubungan mereka juga tersangat akrab dengan Guru Utama.
Seolah-olah, mereka menjadi pembela utama Guru Utama. Jangan
disentuh langsung kepimpinan Guru Utama walaupun atas sifat ketua
pengurusan persatuan. Mereka akan „menyerang‟ habis-habisan
pada orang yang berkenaan.
Pernah saya diberi „nasihat‟ oleh orang-orang kanan ini. Satu
ketika saya pernah membuat ulasan tentang pengurusan persatuan.
Maka berkatalah mereka, “Kita tak boleh ada sikit pun perasaan
prasangka buruk dengan guru kita. Perbuatan yang tidak baik”.
Saya pun hairan. Tidak terlintas pun wujud perasaan atau
prasangka buruk pada guru. Melainkan sifat saya ialah suka berterus
terang dalam proses pengurusan. Kalau tidak setuju, saya nyatakan
tidak setuju. Saya tidak faham dan tidak suka akan sifat bermuka-
muka. Rupa-rupanya mereka lebih arif akan sifat bermuka-muka
tersebut. Sesungguhnya sifat bermuka-muka adalah identiti mereka.
Tidak terkesan bahawa mereka boleh mengkhianati guru
mereka sendiri di satu masa nanti. Walau bagaimanapun, saya ada
ilmu yang tersendiri. Ilmu pengurusan organisasi yang merupakan
pengkhususan saya dalam ceramah-ceramah pentadbiran atas
jawatan yang disandang. Bukan ilmu kasyaf. Tidak ada pun Bisik
Semak. Hukum organisasi ada mengatakan, “Orang yang „tersangat
baik‟ pada seseorang, akan ada muslihatnya”.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 280
Saya turut berpengalaman berhadapan dengan beberapa
orang kanan yang bersifat ego dan meninggi diri. Mereka bukannya
generasi saya di zaman Ustaz. Ketika itu mereka berasa bahawa
persatuan dan persilatan Silat Cekak merupakan hak mereka
bersama. Berlindung di bawah kepimpinan Guru Utama. Akhirnya
mendapat kedudukan istimewa. Maka bertambahlah kerja gila
mereka. Tidak lagi menghormati orang-orang lama yang telah
menjadi orang tua. Sungguh „biadap‟ sifat mereka.
Hari Tenaga Pengajar memberi banyak kenangan pada diri
saya. Itulah puncak kejayaan mereka menidakkan penglibatan saya.
Dalam satu majlis sambutan hari tersebutlah maka saya dipecat dari
LPT dan seterusnya terasa semacam tamatnya peranan dan
penglibatan saya dalam persilatan Silat Cekak. Ketika itu saya tidak
memegang apa-apa jawatan lagi sama ada di peringkat pusat atau di
peringkat cawangan. Jawatan Presiden Cawangan telah diserah
pada hamba Allah yang berikrar akan terus memperjuangkan
perjuangan yang ditinggalkan Ustaz Hanafi. Akhirnya dia yang tinggal
silat, menjauhi diri. Sukar dihubungi.
Untuk menarik sokongan saya setelah pepecahan gelombang
kedua, dikatakan pemecatan saya itu bukannya kerja mereka.
Mereka tidak bersalah dan menganggap bahawa mereka sentiasa
menghormati saya. Malas nak komen. Apapun, saya juga adalah
pemimpin sebuah organisasai dalam profesion saya. Rasanya saya
tersangat faham tentang peranan para penasihat yang merupakan
orang kanan dalam satu-satu organisasi. Ramai yang tidak bersifat
penasihat.
Sebelum pepecahan gelombang kedua, kempen
memburukkan saya sering dilakukan dalam kalangan ahli-ahli Silat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 281
Cekak. Begitulah buruknya perangai pemimpin-pemimpin kanan
ketika itu yang berasa diri mereka tersangat berkuasa dalam
persatuan dan persilatan. Bercanggah pendapat dengan mereka,
alamat akan dikecundangkan. Ramai yang terkecundang. Tapi
Alhamdulillah. Saya tidak kecundang. Masih tegak. Kuat, besar dan
teguh. Tetap berbisa. Jangka panjang.
Mereka menggunakan tiga (3) alasan untuk membuktikan
betapa saya adalah murid silat yang „tak ada benda‟. Pertamanya
ialah dakwaan mereka bahawa saya tidak pernah mendapat parang
lading. Keduanya ialah saya tidak ada Sijil Menengah. Ketiganya
saya terpinggir dari Pingat Setia. Nasib baik pula mereka tidak tahu
langsung dengan konsep pelajaran tinggi. Kalau mereka tahu,
tentulah pelajaran tinggi turut dijadikan alasan utama menidakkan
sumbangan saya.
Segala persengketaan mendaki puncak apabila saya selalu
membuat komen tentang pengurusan persilatan dan persatuan Silat
Cekak. Hal yang demikian amat tidak menyenangkan puak-puak
yang bergelar orang kanan Guru Utama. Saya gelarkan mereka Si
Mamat Parang Kontot. Kerap kali juga saya gelar Kulup Belah atau
Mamat Hancok tatkala menceritakan gelagat mereka dalam kalangan
anak didik saya di cawangan Perak.
Saya telah nampak akan kelibat mereka yang sombong dan
menganggap serba tahu. Nampaknya Silat Cekak cuba dianggap
kepunyaan „bapak‟ mereka. Saya cadangkan kepada Guru Utama
agar mereka disingkirkan dari persatuan. Bukannya persilatan. Juga
perjawatan dalam persilatan. Saya nampak akan keburukan yang
bakal diterima persatuan dan persilatan jika dibiarkan mereka terus
kekal dalam persilatan dan persatuan Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 282
Sejak itu bermulalah konfrontasi „tersirat‟ saya dengan
mereka. Konfrontasi dalam senyap. Tikam belakang. Bila bersua
muka, nampak mesra. Macam tidak ada apa-apa. Belakang kita,
macam-macam strategi digunakan bagi merendahkan keperibadian
saya. Itulah sifat hipokrit yang ada dalam kebanyakan pemimpin-
pemimpin kanan kita dalam persilatan Silat Cekak sebelum kita
berpecah dalam gelombang kedua.
Dulu, ada ruangan dalam „Sidang‟. Saya kerap menulis
dengan menggunakan nama samaran „Saya‟, „Sayang‟ dan dua tiga
nama yang saya sendiri tidak ingat. Banyak tulisan saya itu yang
berbentuk sinis terhadap pengurusan persatuan dan persilatan. Saya
difahamkan, rupa-rupanya ada juga tulisan tersebut disalin dan
ditunjukkan pada Guru Utama. Hal yang demikian bagi meyakinkan
Guru Utama bahawa saya adalah merupakan „petualang‟ utama.
Puncak konfrontasi saya dengan mereka ialah penyingkiran
saya dari jawatan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT)
secara aib. Mereka berjaya melakukannya secara penghantaran
surat. Bermain tarikh. Saya yang tidak sedar akan strategi mereka itu
datang juga ke majlis Hari Tenaga Pengajar. Saya sangkakan masih
lagi ada jawatan sebagai ahli LPT. Rupa-rupanya telah tersingkir
dalam surat yang sengaja lewat untuk saya terima.
Maka duduklah saya di atas pentas. Kelam kabut juga mereka
menyediakan hadiah bagi mempastikan penyingkiran saya dilakukan
secara rasmi dan secara kehormat. Maka diumumkan nama saya
sebagai bekas LPT dan dihadiahi dengan sebatang tongkat. Macam
simbolik seolah-olah saya akan kehilangan „tongkat‟ dalam persilatan
Silat Cekak. Penglibatan saya akan menjadi tempang. Tidak ada
siapa yang sokong lagi. Walau bagaimanapun, tongkat tersebut akan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 283
saya buat kayu api. Sebagai api pembakar lemang. Bahang bara
tongkat telah merangupkan lemang yang dibakar.
Akhirnya telahan saya betul. Merekalah sebenarnya kumpulan
ahli yang merupakan orang-orang kanan persatuan dan persilatan
yang makan tuan. Tikam Guru Utama dari belakang. Menyusun
strategi untuk penyingkiran Guru Utama dari persatuan dan
persilatan. Nampaknya mereka berjaya berbuat demikian. Guru
Utama sendiri berjaya diketepikan. Apatah lagi orang-orang lain yang
tidak ada masalah bagi mereka membuat penyingkiran. Tersangat
senang disingkirkan. Apo nak di kato. Nasi sudah menjadi bubur.
“Haaaaa! Itu le. Cakap saya tak nak didengar.”
Senjata Parang Lading.
Dalam tulisan yang lalu saya telah terangkan betapa orang-
orang kanan memainkan peranan penting mewarnai suasana
persilatan dan persatuan. Suasana itu meliputi aspek tanggapan dan
tindakan. Saya telah sentuh serba sedikit akan pengalaman saya
berhadapan dengan mereka. Apa yang saya tulis hanya
menceritakan sejarah sifat ahli yang utama dalam kegiatan
berorganisasi persilatan Silat Cekak. Dalam organisasi itu, wujud
bermacam perangai atau watak manusia. Pengajaran buat generasi
yang ada. Berhati-hatilah tatkala bergaul sesama rakan
seperjuangan. Satu masa kita umpama rakan. Di satu masa yang lain
kita dijadikan lawan. Macam api. Kerap kali jadi batu api.
Maka penulisan pertama saya dalam persoalan yang
ditimbulkan ini adalah berkaitan Parang Lading. Salah satu senjata
yang digunakan untuk menidakkan sumbangan saya dalam
persilatan Silat Cekak. Dalam tulisan ini saya akan membuat ulasan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 284
panjang tentang kefahaman saya pada senjata parang lading. Ulasan
itu adalah berdasarkan pandangan saya semata-mata. Pandangan
itu pula berkait rapat dengan pengetahuan dan pengalaman saya
selama berada dalam persilatan Silat Cekak. Mungkin kefahaman
saya itu tidak selari dengan kefahaman yang sedia ada.
Kita difahamkan bahawa Parang Lading adalah merupakan
senjata rasmi Silat Cekak. Boleh dikatakan bahawa senjata tersebut
adalah merupakan kemegahan ahli-ahlinya. Hinggakan timbul
fahaman yang terlalu taksub pada senjata parang lading. Sesiapa
yang memilikinya dianggap sebagai satu keistimewaan dan
kemegahan luar biasa. Penerimaan parang lading dianggap sebagai
anugerah. Kebenarannya bahawa mereka yang terpilih sahaja boleh
memilikinya.
Ada satu soalan yang pernah diajukan pada saya tentang
pemilikan Parang Lading. Ahli berkenaan ingin tahu berapa „batch‟
yang telah menerima parang lading. Lebih tegas lagi, pada tahun
berapakah penerimaan parang lading itu berlaku. Ada yang kata
tahun 1975 dan ada yang mengatakan pada tahun 1978.
Saya tidak ada pengetahuan secara mendalam tentang
penganugerahan parang lading secara rasmi dalam tahun-tahun
Gambar: Parang Lading
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 285
yang berkaiatan itu. Setakat pengetahuan yang ada, saya tidak
pernah dengar atau lihat akan adanya satu majlis khas untuk
menganugerahi senjata tersebut. Malah, dalam perayaan sambutan
ulang tahun persilatan Silat Cekak di zaman saya pun, tidak pernah
ada sebarang bentuk acara khas penganugerahan senjata parang
lading.
Maknanya, konsep penganugerahan parang lading zaman
dulu-dulu bukanlah sesuatu yang perlu direka keistimewaan suasana
penganugerahannya. Masa saya, tidak pernah wujud persoalan siapa
yang pernah menerima atau bakal menerima. Tidak pernahpun
dengar sembang-sembang mengenai pemberian senjata lading
ketika itu. Semua ahli menerima hakikat bahawa pemberian senjata
lading adalah merupakan hak Ustaz. Tidak perlu buat ulasan. Ada
habuan, dapat. Tidak ada habuan, senyap. Malah, mereka yang ada
memiliki senjata itu pun tidak bermegah dan tidak pernah membuat
ulasan apa-apa. Bermegah secara menceritakan „habuannya‟ itu pun
tidak pernah wujud.
Pada zaman dulu-dulu, sesuatu keistimewaan yang ada pada
seseorang ahli dalam persilatan Silat Cekak adalah dianggap rahsia.
Tidak akan bercerita sikit pun pada rakan ahli yang lain. Sifat yang
sedemikian sudah menjadi semacam satu amanah atau satu syarat
yang timbul secara sendiri dan diterima pakai oleh semua anak murid
Ustaz. Oleh itu, kita tidak tahu siapa yang pernah menerima sesuatu
yang dianggap istimewa dari Ustaz. Melainkan kita hanya boleh
membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang „rapat‟ dengan Ustaz,
pasti ada keistimewaannya. Mesti ada kelebihannya. Pasti adalah
„habuannya‟.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 286
Oleh sebab senjata lading adalah merupakan salah satu dari
keistimewaan yang ada dalam Silat Cekak maka kita juga tidak tahu
siapa yang ada memilikinya. Mereka yang memilikinya pun tidak
bercerita. Cuma, main teka-teka sahaja. Walau bagaimanapun, saya
tidak pernah ambil pusing tentang penerimaan parang lading ketika
itu.
Malah, secara jujur saya katakan bahawa saya tidak berminat
hingga ke peringkat „terlampau‟ untuk memiliki parang lading ketika
itu. Keutamaan saya ialah pada gerak silat. Parang lading adalah
merupakan senjata yang terhad penggunaannya. Hanya boleh
digunakan secara persembahan. Setakat boleh buat pertunjukan.
Tidak boleh dijadikan sebagai sebahagian tubuh badan. Maknanya
senjata tersebut tidak boleh diguna pakai atau dibawa ke sana ke
mari sepanjang masa. Kesalahan di sisi undang-undang.
Hal yang demikian tentunya berbeza dengan gerak dua
tangan dan dua kaki. Tangan dan kaki adalah merupakan
sebahagian tubuh badan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu
tangan dan kaki boleh dijadikan senjata efektif sepanjang masa. Hal
yang demikianlah menyebabkan minat saya menguasai pelajaran
gerak dua tangan dan dua kaki adalah lebih menebal berbanding
dengan hasrat untuk memiliki parang lading.
Saya mula mengenali tentang senjata parang lading tatkala
Ustaz membuat penerangan di Universiti Malaya pada 9 Disember
1973. Saya dan En. Abu Hamid telah menganjurkan majlis
penerangan tersebut. Selepas majlis penerangan itu, ada pertunjukan
di padang kecil Kolej Ketiga, Universiti Malaya. Pertunjukan itu
adalah selari dengan penerangan. Ustaz sendiri membuat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 287
penerangan. Pada masa itulah Ustaz menunjukkan cara-cara
penggunaan senjata parang lading.
Pada fahaman saya ketika pertunjukan itu, tergambar konsep
penggunaan senjata yang asing dari pengetahuan saya yang sedia
ada. Silat Cekak mempunyai senjata yang tersendiri iaitu parang
lading. Itulah pertama kali saya lihat bahawa parang lading dikaitkan
dengan persilatan Melayu. Hal yang demikian adalah berbeza
dengan persilatan lain yang menjadikan keris sebagai senjata
istimewanya. Begitu juga dengan senjata-senjata lain yang sering
dikaitkan dengan silat Melayu. Ada yang menjadikan kerambit, tekpi,
pedang, tongkat, dan sebagainya sebagai senjata rasmi persilatan
mereka. Ada juga yang menjadikan wali betina sebagai senjata
rasmi. Ukuran secara „mendalam‟. Apapun, semua jenis senjata
tersebut adalah merupakan lambang kepada keistimewaan persilatan
tersebut.
Setiap senjata itu ada cara penggunaannya. Keistimewaan
senjata-senjata itu lebih banyak bergantung pada gerak persilatan
yang menggunakannya. Itulah pandangan dan pegangan saya
tentang konsep penggunaan senjata dalam alam persilatan Melayu
pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, senjata rasmi parang lading yang
diketengahkan Ustaz telah menarik ramai peminat silat di tanah air.
Hal yang demikian kerana penggunaan parang lading adalah begitu
asing pada mereka. Senjata-senjata lain seperti keris, pedang,
parang, tongkat, kerambit dan wali adalah senjata-senjata yang biasa
pada mereka. Saya juga berpendapat sedemikian. Pada saya,
„kemunculan‟ senjata baru iaitu Parang Lading turut menarik
perhatian saya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 288
Tidak ramai yang tahu tentang senjata tersebut. Malah, Silat
Kalimah yang cuba mengenengahkan parang lading sebagai senjata
utama persilatan mereka telah tersalah faham. Rupa-rupanya bukan
parang lading, melainkan kelewang. Hanya persilatan Silat Cekak
sahaja yang lebih mengetahui tentang penggunaan parang lading.
Hal yang demikian telah dinyatakan Ustaz dalam tulisannya di
majalah Dewan Masyarakat terbitan Oktober 1973 muka surat 47.
“Sebenarnya parang lading adalah satu-satunya senjata Silat
Cekak seperti yang ditulis dalam kertas kerja Silat Cekak di
Konvensyen Seni Silat Melayu. Pemakaian parang lading adalah
mengikut ukuran diri sendiri dan tidak boleh dipinjam dan diwarisi.
Cara mengukur parang lading dan menyesuaikannya dengan
langkah-langkah masih di dalam tangan Silat Cekak….”
Pada saya, kenyataan bertulis Ustaz itu membuktikan dua
perkara penting. Pertamanya, tidak ramai masyarakat Melayu
yang faham benar-benar tentang senjata parang lading. Ada
disiplin pembuatannya. Keduanya, dalam persilatan Silat Cekak,
parang lading adalah merupakan satu-satunya senjata rasmi
yang ada. Tak ada senjata-senjata lain.
Pada perkembangan berikutnya, timbul dalam kalangan ahli
yang menganggap bahawa senjata lading adalah tersangat istimewa,
kerana ada ukuran-ukuran yang tertentu. Itulah sandaran istimewa
tersebut. Seolah-olah keistimewaan itu diangap bertaraf „keramat‟.
Pada pandangan saya, kefahaman yang sedemikian telah
„dimainkan‟ oleh orang-orang kanan persilatan Silat Cekak. Hal yang
demikianlah saya katakan bahawa mereka turut mewarnai suasana
kefahaman yang ada dalam persilatan Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 289
Pada saya pulak, ukuran sesuatu jenis senjata itu adalah
merupakan satu perkara biasa. Mungkin penglibatan saya dalam
banyak silat menyebabkan pandangan sedemikian telah berakar
umbi dalam fikiran saya. Oleh itu ternampak perbezaan kefahaman
antara kefahaman yang diuar-uarkan oleh kebanyakan orang kanan
dengan kefahaman sedia ada yang menganggap parang lading juga
adalah senjata biasa dalam masyarakat silat Melayu.
Dalam satu jenis persilatan yang saya ceburi, saya turut
diarah memiliki pedang sebagai simbol kegiatan kami dalam
persilatan berkenaan. Ada juga ukurannya. Saya sudah lupa. Cuma,
yang saya ingat, panjang pedang tersebut adalah ukuran selilitan
kepala. Maka itulah ukuran pedang berkenaan. Ada sebab
panjangnya satu lilitan kepala. Kepala atas. Maka saya pun buatlah
pedang atas desakan guru yang mengajar. Tapi pedang itu terpaksa
disorok. Tidak boleh diletak merata-rata. Ada anak kecil. Berbahaya.
Kalau digantung pada dinding, tarafnya ialah sebagai hiasan. Lebih
baik saya tangkap gambar dan gantung gambar itu di dinding kalau
sebagai tujuan hiasan. Sah selamatnya.
Dalam kegiatan saya pada persilatan yang lain pula, saya
disuruh memiliki keris. Maka adalah keris pada saya sebagai maksud
lambang persilatan berkenaan. Saya ada dua bilah keris. Ada
ukuran-ukurannya yang tertentu. Juga, terpaksa disimpan.
Keselamatan anak isteri. Pada saya, lebih baik saya gunakan keris
yang ori. Boleh diguna sepanjang masa. Lebih tentu kesannya.
Berdasarkan perbincangan, saya beranggapan bahawa
penggunaan dan pemilikan senjata adalah merupakan satu perkara
biasa dalam persilatan Melayu. Tidak ada keistimewan apa-apa.
Malah, penyimpanan senjata, banyak susahnya. Kecuali untuk
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 290
maksud hiasan. Jadi topekong. Itulah pandangan dan kefahaman
saya tentang senjata utama persilatan dari dulu hingga sekarang.
Itulah juga sikap saya dan sikap itu saya perteguhkan pada
pemikiran anak didik saya. Itu sebabnya tidak ada dalam kalangan
anak didik saya yang beria-ria sangat untuk memperoleh senjata
lading. Apatah lagi, untuk membuat parang lading bukanlah satu
perkara yang mudah. Bukan semua tukang besi boleh membuatnya.
Ketika saya bersama Ustaz, kerap juga Ustaz
membincangkan tentang pemilikan senjata parang lading tersebut.
Menurut Ustaz, menempah parang lading bukanlah satu usaha yang
senang. Hal yang demikian kerana dua perkara. Pertamanya ialah
mendapatkan tukang besi yang mahir. Membuat parang lading
memerlukan daya fikir. Kena ikut ukuran tertentu. Ukuran itu pulak
adalah pelbagai. Rencam. Hal yang demikian adalah berbeza dengan
pembuatan mudah senjata-senjata lain. Keduanya ialah kepayahan
mendapatkan tanduk kerbau untuk membuat hulunya. Tidak sesuai
penggunaan kayu atau plastik. Lagi pun, bukan semua tanduk kerbau
sesuai dibuat hulu parang lading. Kalau tanduk itu berongga, sifatnya
sebagai hulu parang lading akan terhalang.
Ketika itu saya hanya mendengar saja penerangan Ustaz.
Kerap kali juga Ustaz menegaskan tentang asal usul senjata lading
sebagai senjata utama persilatan Silat Cekak. Tidak pernah saya
dengar daripada mulut Ustaz ketika bercerita tentang betapa
hebatnya parang lading, mengatasi senjata-senjata lain. Ustaz tidak
pernah membanding-bandingkan kelebihan lading berbanding
dengan senjata Melayu yang ada. Melainkan penceritaan Ustaz
adalah berdasarkan kelebihan lading dalam konteks penggunaannya
oleh pengamal Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 291
Ustaz juga menerangkan pada saya, oleh sebab kesukaran
atas dua sebab tersebutlah maka pemilikan senjata lading itu menjadi
terhad. Ustaz perlu memilih dalam kalangan ahli-ahli yang benar-
benar layak untuk memilikinya. Dalam hal yang demikian,
memungkinkan Ustaz meletakkan syarat. Si bakal pemiliknya
perlulah benar-benar layak atas sifat kesetiaan dan pengorbanannya
dalam persilatan Silat Cekak. Kalaulah pemilikan uniform silat pun
ketika itu amat terhad dan ada syaratnya, apatah lagi pemilikan
parang lading. Pada saya, kesukaran menempah parang lading
menyebabkan pemilikan ke atasnya amat terhad. Hal yang demikian
telah menjadikan parang lading sebagai senjata yang istimewa dalam
konteks persilatan Silat Cekak. Itulah kesimpulan saya.
Setakat itulah saja penerangan Ustaz tentang penggunaan
dan kelebihan senjata lading. Tidak pulak dinyatakan Ustaz tentang
sifat-sifat „keramat‟ yang ada pada parang lading tersebut. Tidak
pernah terdengar cerita Ustaz pun bahawa pemilikan parang lading
akan menjadikan seseorang itu hebat sama ada persilatannya atau
dirinya sendiri.
Saya dapat rasakan bahawa konsep penerimaan parang
lading telah dipergunakan oleh beberapa orang kanan persilatan.
Mereka jadikan kesukaran memiliki parang lading sebagai satu
keistimewaan pada mereka yang berjaya memilikinya. Oleh itu,
terwarnalah suasana ketika itu tentang parang lading. „Sesiapa yang
mendapat atau memiliki parang lading maka dialah orang yang
teristimewa dalam persilatan Silat Cekak‟.
Kenyataan itu nampaknya telah dijadikan satu ukuran tentang
kehebatan seseorang dalam persilatan Silat Cekak pada satu masa
dulu. Kalau tidak ada parang lading maka difahamkan pada ahli-ahli
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 292
baru bahawa ahli berkenaan tidaklah hebat sebenarnya. Walaupun
sebenarnya ahli berkenaan tersangat hebat gerak persilatannya.
Seperti yang saya tegaskan terdahulu, saya mempunyai
kefahaman tersendiri. Pada ketika itu, tidak pulak menjadi hal buat
diri saya sama ada memilikinya atau tidak. Kalau dapat pun akan
menjadi satu masalah buat diri saya. Tempat menyimpan. Bukannya
boleh digunakan sepanjang masa. Saya telah ada pengalaman
sebelum ini ketika memiliki keris dan pedang.
Setelah saya berpindah di cawangan, Ustaz pernah
menimbulkan balik tentang pemilikan senjata parang lading. Ketika itu
kelas Silat Cekak cawangan saya adalah di Greentown, Ipoh.
Berpusat di rumah rakan kita yang telah beralih guru ketika ini. Akhir
bicara, Ustaz memberi kebenaran pada ahli-ahli cawangan saya
membuat parang lading. Cuma, syaratnya kena cari sendiri tukang
yang mahir membuat senjata lading termasuk hulunya. Demikianlah
peristiwa sejarah yang berlaku di tahun-tahun 1970an.
Tergambar di kepala saya tentang tukang besi di daerah
Kuala Kangsar. Kebetulan rakan saya En. Fuad juga berasal dari
daerah yang sama. Walau bagaimanapun, seperti yang dikata,
membuat parang lading rupa-rupa bukanlah kerja mudah pada
kebanyakan tukang besi. Senjata parang lading dengan ukuran-
ukurannya adalah asing pada kerja buat mereka. Menyusahkan.
Tidak sanggup terima tempahan. Hal yang demikian membantutkan
desakan untuk memiliki senjata lading. Lagipun, pemilikan parang
lading bukannya perkara utama penglibatan saya dalam Silat Cekak.
Perkara membuat senjata adalah perkara biasa. Telah ada
pengalaman pada silat-silat lain.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 293
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti
bulan dan tahun berganti tahun. Pembuatan senjata lading semakin
dilupa. Pada hal lesen telah diberi Ustaz. Cuma desakan hati terasa
tawar akibat masalah yang ada. Kurang berminat. Minat saya lebih
tertumpu pada gerak dua tangan dan gerak dua kaki. Senjata yang
ada di badan. Perlu diketahui segala rahsia yang ada.
Semasa kepimpinan Pak Ak, sekali lagi arahan mencari
tempat membuat lading dikemukakan semula. Ada lesen lagi tentang
pembuatan senjata berkenaan. Sekali lagi, pemilikan senjata lading
bukannya mendesak. Terabai pelawaan itu sekali lagi. Tindakan saya
tidak bersungguh-sungguh kerana cakap-cakap Guru Utama itu
adalah berbentuk pelawaan dan bukannya arahan.
Cuma, saya difahamkan setelah pepecahan pada gelombang
yang kedua, Guru Kontrak telah memberi laluan pula pada bekas
ahli-ahli cawangan saya untuk membuat parang lading. Kali ini saya
tidak terlibat kerana fahaman berbeza. Tidak ikut persatuan mereka.
Maka saya difahamkan bahawa mereka telah membuat parang lading
di Kuala Kangsar. Barulah mereka memiliki parang lading. Bila saya
tanya tentang perasaan mereka setelah memiliki parang lading, maka
jawab mereka, “Biasa aje”. Tidak ada keistimewaan apa-apa. Gerak
silat tetap sedia kala. Tidak pulak kerana memiliki senjata lading
maka gerak silat menjadi hebat. Masih di takok yang sama. Kena
berlatih juga. Kalau ditinggalkan latihan, silat akan berkulat sudahnya.
Walau bagaimanapun, perkara pastinya, untuk memiliki parang lading
ialah keperluan mengeluarkan belanja. Tidak ada berbelanja maka
tidak adalah parang ladingnya.
Setelah pepecahan pada gelombang pertama, saya telah
memilih persatuan yang dipimpin Tn Hj Md Radzi. Kali ini orang-
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 294
orang kanan persatuan pula yang telah mempelawa saya membuat
parang lading. Kata mereka, arahan Guru Utama. Begitulah hebat
kuasa mereka. Maka saya pun terima dengan memberi ukuran
tertentu pada mereka. Cuma peliknya, parang lading bukannya
bertaraf anugerah tapi bertaraf „pasar malam‟. Saya katakan
demikian kerana setelah siap ditempah, parang lading berkenaan
dilonggok pada satu tempat. Ahli-ahli yang berkenaan diarah untuk
mengambilnya sendiri.
Sampai ke sudah saya tidak mengambilnya walaupun ketika
menjeling nama, ternampak nama saya. Akhirnya, anak didik saya
telah mengambilnya bagi pihak saya. Rasanya di sekitar tahun 2003.
Sampai sekarang saya tidak tahu di mana saya simpan. Kali terakhir
saya melihatnya di rumah saya, parang lading itu digunakan isteri
untuk kegunaan suri rumah tangga. Saya nampak dan lekas-lekas
menyelamatkan „maruah‟ parang lading berkenaan. Sejak itu, sampai
sekarang tidak nampak sinap atau kelibat parang lading itu lagi. Tidak
pernah saya ceritakan pada sesiapa, kecuali pada anak didik sendiri.
Takut-takut mereka akan buat cerita. “Parang Lading saya telah
ditarik secara ghaib”. Fahaman syirik.
Seperti yang saya tegaskan, penerangan Ustaz tentang
Parang Lading adalah merupakan senjata biasa sahaja. Tidak ada
keistimewaan parang tersebut melainkan sebagai senjata rasmi
persilatan Silat Cekak. Cara penggunaannya adalah berdasarkan
gerak yang sedia ada dalam Silat Cekak. Malah ukuran tertentu pada
parang lading adalah bersesuaian dengan gerak dalam Silat Cekak.
Misalnya, ukuran mata parang lading adalah bersesuaian dengan
cara penggunaan parang tersebut yang bersifat menunggu dan
bukannya menyerang.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 295
Pada pandangan saya, oleh sebab penggunaan senjata
lading itu adalah sebagai simbol kemegahan persilatan Silat Cekak
maka pengurniaannya pada anak murid Silat Cekak yang terpilih
adalah perlu dalam satu upacara khas. Kalau dikira hendak bagi,
tidak ada masalah. Cuma, saya berpendapat parang lading itu perlu
bersifat anugerah dalam satu majlis. Hal yang demikian bukanlah
sesuatu yang luar biasa dalam konteks budaya tinggi masyarakat
Melayu.
Kalau dibaca kisah-kisah hikayat lama, setiap pendekar yang
dilantik akan dianugerahi sepasang persalinan dan senjata sebagai
maksud pengiktirafan. Perbuatan yang sedemikian adalah
merupakan satu bentuk pengiktirafan dan satu bentuk perjanjian.
Kontrak antara guru dengan anak muridnya. Kalau kontrak itu
dilanggar, maka ahli berkenaan perlu menyerah anugerah tersebut.
Hal yang demikianlah menyebabkan saya selalu
menyarankan supaya Jurulatih yang dilantik sebagai Jurulatih,
dianugerahi sepasang uniform sebagai tanda ikatan. Untuk
menganugerah parang lading mungkin agak sukar kerana masalah
pembuatannya. Walau bagaimanapun, menerima anugerah uniform
tidak ada masalah. Itulah tanda atau amanah yang diperturunkan
guru pada orang kepercayaannya untuk menjalankan tugas dan
memikul amanah menyampaikan ilmu persilatan Silat Cekak.
Amanah itu adalah berkonsepkan kontrak atau perjanjian antara guru
dengan anak muridnya dalam proses menyampaikan pelajaran.
Kalau uniform silat dianugerahi bersama senjata lading, lagi
menarik. Lagi baik. Mungkin sukar dilakukan. Bukan senang untuk
menempah parang lading. Walau bagaimanapun, setakat anugerah
uniform, sudah memadai.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 296
Apabila kontrak itu dilanggar maka bolehlah anugerah itu
ditarik balik. Perlakuan sedemikian adalah berbentuk simbolik ikatan
antara guru dengan anak muridnya yang dilantik sebagai Jurulatih.
Seperti yang saya katakan, dalam persatuan kita perkara menarik
atau ambil balik uniform bukan perkara luar biasa. Saya pernah
menulis betapa uniform saya yang pertama adalah hasil pembelian
balik uniform silat dari Jurulatih yang tidak mahu aktif lagi.
Persatuan kena beli balik uniform kerana Jurulatih yang tidak
aktif lagi itu telah mengeluarkan belanja untuk memperoleh uniform
silat. Kalaulah uniform itu diberi secara anugerah maka senanglah
Guru Utama menarik balik anugerah itu. Maka itulah perlakuan
simbolik menandakan tamatnya kontrak atau ikatan antara Guru
Utama dengan Jurulatih dalam proses menyampaikan pelajaran Silat
Cekak.
Di peringkat cawangan saya, idea berkaitan penganugerahan
sepersalinan uniform pada Jurulatih cawangan saya telah
disampaikan pada Guru Utama. Nampaknya Guru Utama menerima
cadangan saya itu. Maka Jurulatih yang terlantik di cawangan saya
telah diberi anugerah sepersalinan uniform silat sebagai tanda
kesediaan memikul amanah menjalankan tugas bagi menyampaikan
ilmu persilatan Silat Cekak. Itulah falsafah di sebalik penyerahan
uiniform itu dari Guru Utama.
Nampaknya cadangan saya itu kurang mendapat sambutan di
peringkat pusat. Ada reaksi negatif pulak. Saya dituduh sebagai ahli
yang suka „free‟ sahaja. Semuanya nak percuma. Tidak mahu
berkorban langsung. Maka tuduhan itu disebar luas oleh orang-orang
kanan yang sememangnya bersifat kurang senang dengan
penglibatan saya dalam persilatan Silat Cekak. Itulah sifat orang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 297
kanan yang ada kuasa. Banyak perasaan dan perasan seolah-olah
persilatan Silat Cekak adalah hak mereka. Sama tanding dengan
penguasaan Guru Utama.
Saya teruskan perbincangan tentang pengalaman saya
berkaitan parang lading. Perlu saya tegaskan bahawa pegangan
saya itu adalah dari sudut pandangan dan kefahaman saya sendiri.
Hal yang demikian adalah kerana kefahaman saya pada parang
lading mungkin tidak sama dengan kefahaman yang sedia ada.
Anggaplah perbincangan saya sebagai medan bertukar-tukar
pengalaman dan pengetahuan.
Secara kesimpulannya, sepanjang saya bersama Ustaz,
penceritaan tentang keistimewaan parang lading adalah berkisar
pada kelebihan senjata parang lading berdasarkan gerak persilatan
Silat Cekak. Saya tidak pasti siapa yang Ustaz anugerahi parang
lading. Tidak ada senarai rasmi. Cuma, pada awal penglibatan saya
di awal tahun 70an, terdengar bicara Ustaz tentang usahanya
menempah beberapa bilah parang lading tersebut. Sekitar tahun
1975 atau l976.
Pada fahaman saya dulunya, anugerah parang lading adalah
merupakan hak Ustaz. Terpulang pada Guru Utama untuk memberi
senjata itu pada sesiapa yang dipilihnya. Saya tidak kisah. Lagipun,
ketika itu penglibatan saya masih baru. Tidak terasa ada apa-apa
desakan yang bersaing untuk mendapatkannya. Tidak ada
kefahaman bahawa memiliki parang lading akan menjadikan diri
sebagai teristimewa dalam gerak persilatan Silat Cekak.
Itulah salah satu kefahaman Silat Cekak yang ada pada saya.
Maka itulah juga kefahaman yang ada pada kebanyakan orang-orang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 298
kanan Ustaz „lapisan pertama‟. Semasa saya di cawangan, muncul
golongan orang-orang kanan baru di pusat. Mungkin kefahaman
mereka mula berbeza. Pada mereka, parang lading adalah dianggap
sebagai sesuatu yang amat istimewa. Pada kefahaman mereka juga,
pemilikan parang lading adalah simbol kehebatan dalam persilatan
Silat Cekak. Maka bermegahlah pada mereka yang dapat dan
kempunan sangat pada mereka yang belum dapat.
Perkembangan berikutnya, kefahaman pada parang lading
semakin bercambah. Malah, kehebatan parang lading telah ditokok
tambah. Tidak ada langsung kelemahan pada senjata lading tersebut.
Konsep sesuatu itu ada kelebihan dan ada kelemahannya, telah
terketepi begitu sahaja. Kefahaman berpijak di bumi nyata telah
menjadi „sifat air yang dicurah di daun keladi‟. Senjata lading telah
dianggap sebagai senjata yang amat sempurna. Dibandingkan juga
parang lading dengan senjata-senjata yang ada dalam masyarakat
persilatan Melayu. Tidak terkalah akan parang lading. Sempurna
sifatnya. Tersangat ideal sifatnya. Nampaknya kefahaman itu
semakin berleluasa dan dilambangkan pada pertunjukan Silat Cekak
yang ada. Saya ulas sahaja tanpa komen apa-apa.
Pada kesimpulan saya, kefahaman tentang keistimewaan
terlampau pada parang lading adalah sengaja diperbesar-besarkan
oleh orang-orang kanan juga. Mereka turut mewarnai suasana baru
dalam persilatan Silat Cekak. Merekalah yang selalu memperkatakan
tentang kelebihan parang lading tatkala mengajar Silat Cekak.
Bukannya mementingkan penguasaan gerak dua tangan dan dua
kaki tapi lebih „ berkhayal‟ menceritakan kelebihan dan keistimewaan
Silat Cekak. Salah satu keistimewaan yang menjadi tumpuan
penceritaan ialah parang lading. Saya dapat merasai pemikiran baru
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 299
itu tatkala menerima penyertaan ahli-ahli Silat Cekak dari cawangan
pusat pengajian tinggi.
Fahaman saya bukanlah menurut nafsu. Melainkan saya ada
sandarannya. Pernah Ustaz menerangkan pada saya betapa parang
lading perlu „berkawan‟. Kenyataan ustaz itu juga adalah merupakan
salah satu pesanannya di saat-saat akhir pemergiannya. Ketika itu
Ustaz hanya bersama saya di Ipoh. Ijazah terakhirnya di cawangan
saya. Mungkin juga ijazah terakhir Ustaz dalam persilatan Silat
Cekak.
Menurut Ustaz, dalam pertempuran, kalau hanya
menggunakan parang lading sahaja maka maksudnya pengguna
parang lading akan „pergi terus‟. Tidak kembali lagi. Itu sebabnya
perlu ada „kawan‟ kepada parang lading itu. Itulah pesanan Ustaz
pada saya. Kenyataan Ustaz itu tidak pernah saya ceritakan pada
ahli-ahli cawangan lain; melainkan pada anak didik saya sendiri.
Tidak mahu jadi fitnah.
Pesanan Ustaz itu pada saya membawa makna bahawa
penggunaan senjata parang lading ada batasnya. Terhad dalam satu-
satu situasi. Walaupun kelebihan parang lading banyak bergantung
pada cara penggunaan pengamalnya, namun begitu strategi
penggunaannya perlu ada. Strategi adalah merupakan satu usaha
untuk mempastikan kemenangan.
Ustaz pernah menyentuh tentang penggunaan senjata parang
lading dalam majalah Dewan Masyarakat, bulan Ogos tahun 1973.
Saya petik kata-kata Ustaz dalam tulisannya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 300
“Ajaran menggunakan parang lading bila menunggu serangan
yang menggunakan senjata pendek. Serangan ke atas pihak lawan
tidak dibuat kerana Seni Silat Cekak mempunyai prinsip serangan
lebih berbahaya daripada menyerang.”
Kenyataan Ustaz membawa makna yang jelas. Ada teknik
penggunaannya yang tertentu. Bukan boleh memandai-mandai.
Walau bagaimanapun kefahaman saya itu terus terpendam
dalam hati saya sejak begitu lama. Tidak ada bukti Ustaz berpesan
pada saya. Tidak ada video pun. Rakaman suara pun tidak ada. Cctv
pun lagi tidak ada. Tidak ada bukti bertulis. Kalau saya cakap, pasti
kecaman yang saya dapat. Pasti dakwaan saya itu akan
dipergunakan sebagai kesempatan orang-orang kanan yang tertentu.
Tentu sudah lama saya terpeliut dalam persilatan Silat Cekak; sejak
dulu lagi. Sudah lama saya mendapat tongkat. Kempunan anugerah,
tongkat yang dapat.
Penulisan Ustaz juga telah memberi makna bahawa parang
lading adalah amat sesuai untuk menunggu serangan yang
menggunakan senjata pendek. Itulah konsep penggunaan parang
lading. Konsep itulah yang difahamkan Ustaz pada saya. Kalau tidak
salah saya, pada zaman saya dulu-dulu, risalah tentang Silat Cekak
pernah tercatat bahawa ‟senjata parang lading adalah sejenis senjata
yang amat sesuai untuk menghadapi serangan senjata pendek‟.
Namun begitu, lama-lama ayat tersebut telah hilang.
Berdasarkan petikan itu juga, senjata parang lading tidak
digunakan untuk menyerang sebab menyerang menggunakan parang
lading adalah tersangat bahaya. Hal yang demikian kerana reka
bentuk senjata parang lading adalah sangat sesuai untuk maksud
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 301
menunggu serangan dalam konteks persilatan Silat Cekak. Ukuran
pembuatannya tidak bermaksud untuk menyerang.
Mungkin senjata-senjata pendek yang lain dalam konteks
persilatan kita boleh terpakai untuk tujuan pengamal Silat Cekak
menyerang. Misalnya, pisau, keris dan wali. Pergerakan senjata-
senjata itu boleh disesuaikan dengan serangan tumbukan kita. Kalau
tumbukan yang dilepaskan boleh mengena sasaran, maka tidak ada
bezanya jika tumbukan itu diganti pula dengan guna pakai senjata-
senjata pendek yang lain. Maknanya, konsep serangan senjata-
senjata itu boleh disamakan dengan konsep tumbukan Silat Cekak
ketika menyerang. Adatnya, serangan senjata-senjata itu pasti akan
mengena pada sasaran tikaman seperti mana prinsip melepaskan
gerak tumbukan.
Tidak hairanlah jika kita lihat bahawa pelajaran „pelari pisau‟
mula diajar sebelum tamat silat. Falsafah di sebalik pelajaran
pengenalan pisau itu membawa maksud memelihara keselamatan
diri. Kita boleh bayangkan, jika pelajaran tersebut diperkenalkan
selepas tamat silat, pasti akan ada yang terlajak pada tikaman. Hal
yang demikian kerana tikamannya boleh berprinsipkan serangan
tangan.
Dalam hal ini, serangan tikaman dengan menggunakan
lading adalah amat tidak sesuai. Saya yakin bahawa atas prinsip
itulah Ustaz menegaskan bahawa, „Serangan ke atas pihak lawan
tidak dibuat kerana Seni Silat Cekak mempunyai prinsip serangan
lebih berbahaya daripada menyerang.”
Maksud tulisan Ustaz itu juga membawa makna bahawa sifat
orang yang menyerang pada ahli Silat Cekak yang ketika itu
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 302
menggunakan parang lading, akan menanggung risiko yang amat
besar. Maknanya, kalau kita guna parang lading untuk maksud
menyerang, maka kita akan menghadapi bahaya. Sebaliknya, kalau
orang lain menyerang kita tatkala kita ada parang lading maka
bahaya yang kita tanggung adalah kurang; berbanding jika kita
membuat serangan.
Kalau dikiaskan dengan peratus, agaknya kalau kita
menyerang menggunakan parang lading, risiko mudarat pada diri kita
ialah sembilan puluh (90) peratus. Sebaliknya kalau orang lain
menyerang dan pengamal Silat Cekak menggunakan parang lading,
risiko pada pengamal Silat Cekak itu ialah dua puluh (20) peratus
sahaja. “Kenapa pulak tidak seratus peratus berjaya”. Tengoklah
jenis serangannya. Tangan kosong atau senjata. Senjata pendek
atau senjata panjang. Hati yakin atau hati bernafsu.
Rupa-rupanya, menggunakan parang lading bagi menghadapi
serangan tangan kosong pun ada bahayanya. Perlu ada caranya.
Saya yakin dan percaya, kejujuran hati ada kaitan dengan
kemenjadian gerak lading. Itu sebab agaknya maka ukuran lading
adalah berdasarkan ukuran yang ada pada pengamalnya. Seperti
yang ditegaskan Ustaz:
“Pemakaian lading adalah mengikut ukuran diri sendiri dan
tidak boleh dipinjam dan diwarisi.”
Maknanya, diri pemakai dengan cara pemakaiannya adalah
berkait erat. Diri seseorang itu ada kaitan dengan hatinya.
Kemenjadian gerak itu berkait erat dengan kejujuran jiwa. Hal yang
demikian adalah bertepatan dengan pegangan dan kefahaman
pengamal Silat Cekak bahawa, “Silat ialah gerak. Yang bagi gerak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 303
ialah Yang Empunya Gerak.” Jiwa yang tidak jujur kerana faktor
nafsu, sering kali diuji Yang Maha Kuasa.
Pernah dalam satu pertunjukan parang lading di Pulau
Pinang, seorang ahli yang menggunakan parang lading secara mata
parang lading tidak berbalut, luka tangannya. Banyak darah yang
mengalir keluar. Maknanya luka besar. Ustaz pun ada ketika
persembahan tersebut. Ikutkan logik, mana mungkin penggunaan
parang lading boleh mendatangkan mudarat pada pengamalnya.
Hanya tunggu serangan senjata pendek. Nak kata ahli berkenaan
tidak cekap, tidak begitu sifatnya. Hebat juga dan sekarang lagi
hebat. Jadi Guru Utama dalam salah satu persatuan Silat Cekak
yang seadanya sekarang.
Saya pernah menyentuh hal yang berkenaan dalam tulisan
yang terdahulu. Sebelum persembahan, bukan main besar cakapnya.
Saya diam saja. Bila dah „kena‟ dengan parang lading, ramai yang
memadan muka. Teringat kata-kata seorang pemimpin persatuan
dari Bukit Mertajam yang ada pada ketika itu. Antara lain katanya,
“Dia ingat main parang lading boleh suka-suka. Hati kena betul”.
Sebenarnya saya tidak suka membicarakan tentang senjata
parang lading. Kebanyakan kefahaman parang lading yang ada
dalam kebanyakan fikiran ahli adalah tidak sama dengan kefahaman
saya seadanya. Pada mereka, parang lading adalah senjata yang
tidak ada tolok bandingnya. Tersangat hebat. Boleh mengatasi
pelbagai jenis serangan senjata. Tidak kira panjang atau pendek.
Serangan senjata panjang tidak mendatangkan masalah. Kalau
pedang boleh diatasi, apatah lagi serangan tongkat panjang. Senang-
senang akan diratah. Macam jelatah. No komen. Fahamlah mana
yang patut. ”Gasak engkaulah Labu”.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 304
Walau bagaimanapun, kita juga jangan lupa tentang konsep
gerak “Habuan Sesak” dalam persilatan Silat Cekak. Saya pernah
menulis tentang konsep itu berdasarkan kefahaman saya dari Ustaz.
Dalam satu-satu situasi yang bersifat darurat atau terdesak, gerak
keluarbiasaan boleh diguna pakai. Bukan satu amalan tapi satu
keperluan atas tuntutan yang mendesak. Dalam tulisan saya yang
lalu, saya ceritakan semula kiasan Ustaz tentang pelanggaran lampu
isyarat. Ketika isteri terdesak hendak bersalin, lampu merah pun kena
rempuh. Apa pun, sifat berhati-hati perlu ada.
Oleh itu, untuk menjawab soalan tentang senarai penerima
parang lading pada zaman dulu-dulu, saya tidak dapat menjawabnya.
Hal yang demikian kerana kefahaman saya dan orang dulu-dulu
tentang parang lading mungkin berbeza dengan kefahaman ahli-ahli
persilatan Silat Cekak yang sedia ada. Lagipun ketika itu tidak ada
keperluan pun pada saya untuk mengetahui siapa yang pernah
menerima parang lading. Hak guru maka terpulanglah pada guru.
Soal saya dapat atau tidak akan parang lading, tidak jadi hal.
Perkara pentingnya ialah penerimaan dan penguasaan gerak dua
tangan dan gerak dua kaki dalam persilatan Silat Cekak serta
kefahaman tentang Silat Cekak dari segi falsafah, konsep dan prinsip
geraknya.
“Sesuatu itu hanya akan menjadi istimewa jika pemakai atau
penggunanya adalah istimewa”. Kalau setakat bahan kemegahan
maka jadilah orang itu dalam sifat angan-angan dan tidak berpijak di
bumi nyata.
Secara tuntasnya, kalaulah wujud anggapan atau kefahaman
bahawa mereka yang memiliki parang lading dianggap istimewa; atau
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 305
parang lading itu sebagai lambang kemegahan pada si pemakainya,
maka saya berbangga dengan kefahaman yang saya ada seadanya.
Apa yang saya perhatikan, pada mereka yang berasa bangga
dengan parang lading dulunya, telah pun menyimpang dari
perjuangan yang ditinggalkan Ustaz. Orang-orang kanan yang
memandang rendah pada mereka yang tiada parang lading satu
ketika dulu, sekarang telah ghaib entah ke mana. Ada yang menjadi
petualang hebat untuk menyingkir Guru Utama. Telah berada di
sebelah sana. Penyokong kuat Guru Kontrak. Ada pula yang kekal
dalam persatuan asal dengan megahnya. Salah seorang dari mereka
telah menjadi Guru Utama. Hebat juga semangat lading dalam hati-
hati mereka.
Saya bersyukur seperti diri saya seadanya. Tidak memiliki
parang lading secara rasminya. Masih berbangga dengan senjata
yang sedia ada. Menyerangpun boleh, bertahanpun boleh. Serba
boleh. Apapun, saya masih yakin bahawa diri saya sedang berada
dalam landasan perjuangan yang benar seperti mana yang
diwariskan Ustaz.
Mungkin kalau saya juga memiliki parang lading dan terlalu
taksub pada kelebihan parang lading maka saya sendiri akan lupa
diri. Mungkin ada persatuan baru, agaknya. Nasib baikkkkkkkkkkk!.
Tidak ikut sifat seperti mana pemilik-pemilik parang lading yang amat
berbangga dengan perolehan parang lading. Rupa-rupanya, boleh
lupa diri akhirnya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 306
Ujian Sijil Rendah.
Pendahuluan.
Dalam persilatan Silat Cekak terdapat ujiannya. Pada
pandangan saya, ujian adalah penting bagi mempastikan anak murid
Silat Cekak mencapai tahap kefahaman dan penguasaan gerak
silatnya. Sepanjang pengetahuan saya, hanya Silat Cekak sahaja
ketika itu merupakan satu-satunya persilatan yang membuat ujian
secara berpijak „di bumi nyata.‟
Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan silat-silat Melayu
lebih banyak menumpukan ujian yang mencabar „emosi‟. Ada juga
kalangan mereka yang menganggap bahawa ujian seperti itu adalah
berbentuk kebatinan atau dikenali juga sebagai ujian kekuatan
dalaman. Misalnya mandi minyak, melontar buah kelapa dalam gelap
supaya disambut ahli silat berkenaan, memecah batu atas badan
dan pelbagai bentuk ujian lagi.
Ada juga persilatan Melayu yang membuat ujian secara
menguji gerak silat yang dipelajari. Kalau berdasarkan pengalaman
saya pada salah satu persilatan itu, ujiannya terbahagi dua. Bahagian
pertama adalah ujian dari sudut mengingat buah-buah yang telah
dipelajari. Ada dua puluh satu buah. Nampaknya, kebanyakan silat
Melayu tersangat suka dengan angka dua puluh satu. Bahagian
berikutnya ialah gerak tempur. Sama seperti pertunjukan silat yang
biasa kita tengok. Gerak tempur juga dikenali sebagai gerak pentas.
Kena susun langkah dan susun gerak. Penilaian adalah berdasarkan
kreativiti menyusun gerak dan langkah itu. Oleh itu, aspek „berpakat‟
perlu dilakukan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 307
Ada juga dalam kalangan silat yang saya pelajari membuat
ujian berdasarkan kebolehan melepas gerak tangkapan atau kuncian.
Penilaian pada gerak itu hanya boleh dilakukan apabila pasangan
silat itu „memberi‟ tumbukan supaya senang ditangkap. Pelepasan
pada tangkapan atau kuncian itulah yang diberi penilaian. Sekali lagi,
aspek „berpakat‟ perlu dilakukan.
Konsep Ujian Sijil Rendah Zaman Dulu-Dulu.
Nampaknya, secara umumnya, ujian dalam Silat Cekak
adalah tersangat berbeza dengan ujian-ujian yang ada dalam
kebanyakan persilatan Melayu. Ujian kita lebih tepat dan berpijak di
„bumi nyata‟. Itulah gerak sebenar ketika kita menghadapi situasi
ancaman. Melalui ujian yang ada, kita dapat membuktikan keputusan
gerak persilatan kita. „Nak bergaduh dalam pertarungan yang
sebenarnya mungkin tidak kesampaian‟. Walau bagaimanapun,
melalui ujian persilatan silat kita maka bolehlah seseorang penuntut
itu membuktikan keputusan gerak silat yang dipelajarinya dalam
persilatan Silat Cekak. Tindakan yang sedemikian adalah lebih
meyakinkan dan lebih praktikal.
Pada zaman saya dulunya, ujian-ujian yang ada adalah
meliputi ujian Sijil Rendah dan ujian Sijil Menengah. Dalam hal ini,
saya tidak pernah merujuk ujian rendah untuk menguji pelajaran
rendah dan ujian menengah untuk menguji pelajaran menengah.
Pada pandangan saya, pelajaran rendah dan pelajaran menengah
adalah bersepadu dalam konsep pelajaran Silat Cekak.
Dalam konsep ujian, kalau sudah ada rendah maka turutan
ujian berikutnya semestinya menengah. Hal yang demikian juga
menyebabkan ada persoalan. Kalau ada ujian rendah dan menengah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 308
maka pasti ada ujian yang bersifat tinggi. Baru lengkap penggunaan
istilah rendah, menengah dan tinggi. Saya akan membincangkan hal
yang demikian dalam tulisan-tulisan seterusnya.
Pada zaman saya dulunya, ujian Sijil Rendah terbahagi
kepada dua (2) bahagian iaitu bahagian teori dan bahagian amali.
Dalam bahagian teori ini, penuntut dikehendaki menjawab soalan
berdasarkan soalan-soalan objektif aneka pilihan dan mengisi
tempat-tempat kosong. Ujian yang seperti ini adalah merupakan satu
bentuk ujian yang luar dari kebiasaan persilatan Melayu yang ada.
Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada silat-silat Melayu lain yang
mengadakan ujian bertulis secara teori.
Walau bagaimanapun ujian bertulis turut memberi „tekanan‟
pada cawangan-cawangan biasa di setiap negeri. Hal yang demikian
kerana penuntut yang belajar adalah lebih bersifat umum. Ada dalam
kalangan mereka yang buta huruf. Orang kampung. Tentulah
keadaan itu berbeza jika dibandingkan dengan penuntut-penuntut
dari pusat-pusat latihan di pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah.
Saya rasa, daya ingatan mereka adalah lebih kuat dan hal-hal yang
berkaitan dengan aspek tulis-menulis tidak mendatangkan masalah.
Saya pernah membentangkan kertas kerja untuk mencari
jalan keluar bagi memudahkan penuntut-penuntut yang kurang
kemampuan menulis dan membaca menghadiri jenis ujian teori
tersebut. Saya cadangkan agar konsep ujian secara teori itu
diluaskan. Di samping menjawab soalan objektif, boleh juga diadakan
ujian secara jawapan kumpulan dan soalan-soalan secara lisan.
Walau bagaimanapun cadangan saya terkubur begitu saja.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 309
Bahagian kedua ujian rendah adalah berfokus pada amali.
Ujian secara praktikal. Dalam bahagian ini terdapat dua jenis
kemahiran atau kebolehan yang dikehendaki pada setiap penuntut
yang mengambil ujian. Pertamanya ialah kebolehan atau kemahiran
menunggu sebarang bentuk serangan dari penguji. Melalui
pengalaman saya dulunya, penuntut Silat Cekak akan diuji kebolehan
menunggu serangan berdasarkan tiga bentuk atau tiga item
serangan.
Pertamanya, penuntut Silat Cekak yang diuji perlu ada
kemahiran mengatasi serangan tangan berdasarkan buah-buah Silat
Cekak yang tersenarai. Maknanya, mereka kena ingat akan semua
buah jatuh yang menggunakan pelbagai kaedah. Keduanya,
kebolehan mengatasi serangan yang menggunakan kaki. Ketiganya
ialah kebolehan menghadapi serangan umum yang pelbagai, sama
ada menggunakan tangan, kaki dan senjata pendek.
Bentuk serangan tangan pula adalah pelbagai. Tidak
semestinya penumbuk yang dihulur seperti tumbukan biasa. Mungkin
penuntut diuji melalui tumbukan secara layang, „musang terjun‟ atau
„julang bintang‟. Begitu juga dengan bentuk serangan kaki. Ada
pelbagai jenis serangan kaki.
Kemahiran kedua yang dinilai dalam bahagian amali ialah
kebolehan penuntut membuat serangan. Penguji akan membuat
gerak persilatan lain sama ada pada cara kedudukannya atau secara
menggunakan kaki dan tangan tanpa „berpakat‟. Perkara yang
penting ialah penuntut yang diuji perlu membuat serangan secara
tumbukan dan mematikan gerak tindak balas pasangannya yang
dianggap sebagai musuh.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 310
Falsafah di sebalik ujian itu ialah „menang’. Maknanya,
penuntut yang diuji mesti menang dalam kedua-dua bentuk
kemahiran dalam ujian yang dilakukan atasnya. Kalau menunggu,
mesti menang. Kalau menyerang pun, mesti menang. Kalau kedua-
dua bahagian itu „menang‟ maka luluslah penuntut itu dalam ujian
tersebut.
Bagi mencapai maksud konsep ujian itu maka penuntut yang
diuji dan penuntut yang menguji perlu membuat gerak bersungguh
dan gerak benar. Maknanya juga, buat sungguh-sungguh. Kalau
lambat, ‟makan‟. Tapi tidak sampai memudaratkan penuntut yang
diuji. Manakala penuntut yang diuji, juga perlu membuat pintasan
gerak secara bersungguh. Setiap gerak yang dimulakan mesti
sampai ke sudahnya. Tidak boleh „sekerat-kerat jalan‟.
Secara kesimpulannya, kalaulah penuntut yang diuji itu
berjaya „mengalahkan‟ si penguji maka barulah dikira penuntut yang
diuji itu sebagai berkebolehan atau berkemahiran dan dikira „berjaya‟
dalam ujian yang dilakukan itu.
Dalam hal ini persefahaman antara penuntut yang diuji
dengan penuntut yang menguji perlu ada. Kalau terlepas pukulan,
maknanya perbuatan itu bukan disengajakan; melainkan satu bentuk
keperluan. Pada penuntut yang diuji, keperluan gerak yang
sedemikian membawa makna kesungguhan dan gerak ketepatannya
mematikan gerak lawan. Manakala pada pihak penguji, keperluan
gerak yang sedemikian adalah untuk membuktikan gerak „pemati‟
yang dilakukan penuntut yang diuji itu adalah lebih tepat dan sah.
Kalau persefahaman itu telah wujud, tidak timbul persoalan
yang „bukan-bukan‟. Tindak balas penuntut yang diuji tidak dianggap
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 311
sebagai melepas geram melainkan membuktikan kesungguhan dan
ketepatan geraknya. Manakala penuntut yang menguji bukan berniat
untuk menunjuk kehandalan, melainkan untuk mempastikan penuntut
yang diuji itu sah dan benar dalam gerak tindak balasnya.
Ketika itu, gerak yang tidak „habis‟ dalam ujian adalah
dianggap lemah. Gerak itu dikenali juga sebagai „gerak sekerat‟.
Tidak ada gerak pemati. Sebaliknya, konsep menang perlu diberi
perhatian. Gerak penyudah pada penuntut yang diuji adalah diberi
penilaian. Jurulatih yang menguji akan memberi ruang kepada
penuntut yang diujinya untuk menghabiskan gerak. Sifat yang
sedemikian akan membolehkan penuntut membuat kesimpulan akan
keputusan gerak yang ada dalam persilatan Silat Cekak.
Saya difahamkan, ketika ini wujud juga silap tanggapan pada
konsep ujian. Jika penuntut yang diuji membuat gerak kasar atau
gerak yang berterusan, penuntut itu akan dimarahi. Ekorannya,
timbullah suasana yang tidak menyenangkan ketika ujian Sijil Rendah
berlangsung. Seolah-olah penuntut yang diuji dianggap sengaja
melepaskan geram.
Hal yang demikian menyebabkan gerak pintasan yang
dilakukan penuntut yang diuji semacam tidak ada kesudahannya.
Maka hilanglah satu bentuk kefahaman dan kemahiran yang
sepatutnya ada dalam kalangan penuntut Silat Cekak yang diuji.
Kemahiran itu ialah kemahiran mematikan gerak musuh secara
„sepenuhnya‟. Ada kesudahan. Maka itulah punca kefahaman
keputusan geraknya. Jika tidak ada gerak kesudahan maka akan
tersangat sukar bagi kita untuk membuktikan konsep keputusan
gerak yang merupakan „puncak kefahaman gerak‟ yang
sememangnya ada dalam persilatan Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 312
Hal yang demikian pernah saya bangkitkan pada perjumpaan
Jurulatih. Kurang diberi perhatian atas alasan keselamatan. Sikit
hairan. Pada zaman saya, tidak berlakupun kemalangan besar ketika
ujian. Setakat sakit atau bengkak-bengkak, itu adalah perkara biasa.
Kurang mendatangkan mudarat. Terutamanya pada para Jurulatih.
Mereka ada petua memelihara tangan. Sepatutnya, ujian itu boleh
juga dijadikan ukuran sebagai menguji kemenjadian petua yang
diperturunkan Guru Utama. Lagipun penuntut yang menguji adalah
ramai. Para Jurulatih boleh silih berganti.
Pada pandangan saya, kalau penuntut yang diuji dapat
mengalahkan penuntut yang menguji, maka itu adalah dikira satu
kepuasan dalam aspek pengajaran Silat Cekak. Tenaga pengajar
sepatutnya berasa bangga. Hal yang demikian kerana pengajaran
yang dilakukan kita adalah berkesan. Terbukti melalui ujian yang
diadakan. “Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.”
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 313
Ujian Sijil Menengah.
Pendahulan.
Selepas ujian Sijil Rendah pastilah turutan ujian berikutnya
ialah ujian Sijil Menengah. Ujian ini istimewa sikit. Penuntut akan diuji
berdasarkan penerimaan pelajaran yang baru dipelajari. Pelajaran itu
dikenali sebagai pelajaran ikat tangan. Jadi, maknanya ujian Sijil
Menengah adalah ujian pada penguasaan pelajaran yang
menekankan prinsip kedua-dua tangan terikat di belakang. Dalam
tulisan ini saya akan membincangkan kesimpulan dan pandangan
saya tentang pelajaran ikat tangan.
Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya dulunya,
ujian Sijil Menengah tidak ada latihan khusus. Tidak ada pelajarannya
yang khusus sebagai satu proses yang bermula dari satu peringkat
ke peringkat yang lain. Sebaliknya, pelajaran ikat tangan masih
berkait erat dengan pelajaran Silat Cekak yang dipelajari selama
„enam bulan‟. Kesimpulan pada keseluruhan kefahaman gerak dalam
persilatan Silat Cekak.
Pada pandangan saya, pelajaran ikat tangan terkandung akan
falsafahnya sendiri. Pelajaran itu adalah merupakan satu ujian pada
kefahaman dan kemahiran yang sepatutnya telah terpupuk pada para
penuntut setelah melalui proses mempelajari Silat Cekak selama
„enam bulan‟.
Hal yang demikian membuktikan bahawa pelajaran ikat
tangan boleh dikaitkan sebagai pelajaran yang terkandung dalamnya
kesimpulan gerak dan kesimpulan kefahaman yang diperlukan dalam
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 314
situasi gerak yang terbatas. Dalam konteks ini gerak kedua tangan
telah „terkunci‟. Oleh itu gerak tangan telah terhad dan amat terbatas.
Dalam situasi yang sedemikian, kaki memainkan peranan.
„Kaki perlu membantu tangan untuk mengawal badan‟. Bagi
mencapai penguasaan gerak itu maka perlu ada kefahaman yang
mantap tentang falsafah gerak yang ada dalam persilatan Silat
Cekak. Saya telah membincangkan tentang falsafah gerak dalam
persilatan Silat Cekak dalam buku yang terdahulu.
Cuba kita bincangkan kembali apakah kefahaman dan
kemahiran yang sepatutnya telah terpupuk pada para penuntut
setelah melalui proses pelajaran selama „enam bulan‟ itu.
Sepatutnya, kefahaman dan kemahiran itu telah terbentuk secara
bersepadu dalam pemikiran penuntut sebelum seseorang penuntut
Silat Cekak itu memperoleh pelajaran ikat tangan. Itulah kesimpulan
gerak yang ada dalam persilatan kita. Kesimpulan gerak adalah
merupakan hakikat gerak. Maka itulah kebenaran gerak dalam Silat
Cekak yang perlu difahami dan dikuasai penuntut.
Kalau tangan terikat kita masih boleh bertindak, apatah lagi
jika kaki terikat dan tangan pula yang bebas bergerak. Lagi tidak ada
masalah. Namun begitu, jika kedua-dua tangan dan kaki terikat,
tentulah situasinya lebih mencabar. Dalam keadaan terdesak itu,
tentu ada ilham bagi mengatasi situasi yang sedemikian. Di sinilah
perlunya kefahaman yang mantap dalam kalangan penuntut Silat
Cekak untuk menghadapi persoalan yang berkaitan dengan situasi
yang sedemikian.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 315
Ingat kembali kefahaman kita, “Silat adalah Gerak. Yang
bergerak adalah dua tangan dan dua kaki. Yang bagi gerak ialah
Yang Empunya Gerak.”
Saya telah menegaskan betapa istilah denyut adalah tidak
asing pada pengamal Silat Cekak untuk menggambarkan gerak.
Istilah denyut diumpamakan sebagai gerak silat yang halus. Bersifat
seni yang diasaskan pada gerak semula jadi manusia. Pergerakan
nadi, jantung dan ubun-ubun adalah juga dianggap sebagai denyut
yang membawa kesan pada gerak.
Dalam konteks persilatan, gerak-gerak lain seperti tangan,
kepala, badan atau bahu adalah berasaskan pada gerak kaki. Tanpa
bantuan gerak kaki maka gerak-gerak anggota badan yang lain tidak
membawa makna yang berkesan pada sistem pertahanan dan
serangan dalam persilatan. Kalau tangan hendak digunakan sebagai
posmen membawa senjata, bantuan kaki perlu ada. Tanpa gerak
kaki, akan mewujudkan gerak yang dibuat-buat. Macam orang yang
kenan.
Kefahaman yang kedua adalah berkaitan dengan ungkapan,
“Badan Umpama Raja”. Dalam perbincangan saya dalam tulisan
yang terdahulu, saya telah menegaskan secara kiasan, mana
mungkin raja yang bermaruah melarikan diri dengan begitu mudah
sekali. Maruah kerajaan yang terbina begitu lama boleh musnah
begitu saja jika raja berbuat demikian. Bukan saja kerajaannya hilang
maruah, malah raja itu sendiri tidak bermaruah.
Kewibawaan raja akan sentiasa dipertahankan oleh askar-
askarnya yang berlambangkan kaki dan tangan. Kalau raja melarikan
diri bermakna, akhirnya para pengawalnya pun akan „tumpang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 316
sekaki‟, turut melarikan diri. Tidak ada sifat melawan dan sifat
membela diri. Terpaksa ikut raja. Maka larilah konsep menjaga
„tuannya‟. Kenyataan ini erat kaitan dengan peranan para pengawal
raja yang merupakan orang kanan raja yang tersangat penting.
Ketika diserang, para pengawalnya akan bertanggungjawab
menentang musuh yang tiba. Itulah sifat pengikut setia. Mereka
saling membantu. „Kalau tangan telah terikat maka kaki pula yang
memainkan peranan untuk mempertahankan kedaulatan rajanya.
Sanggup berkorban apa saja. Nama mengundur tidak sekali.
Membujur lalu melintang patah. Lawan tetap lawan. Lawan tidak
menurut nafsu tapi melawan secara menggunakan ilmu yang
tertentu.
Pelajaran ikat tangan juga adalah mengukur kefahaman
penuntut tentang falsafah, “Makan Gerak Dalam Gerak”. Dalam
sistem pertahanan dan sistem serangan, kita telah menerapkan
penguasaan konsep makan gerak dalam gerak. Konsep itu telah
diperkenalkan dari masa ke masa dalam kalangan penuntut sejak
awal pembelajaran Silat Cekak lagi.
Dalam kemahiran menguasai gerak, para penuntut telah
dipupuk akan satu kefahaman yang jitu, “Prinsip Silat Cekak ialah
mara ke depan dalam gerak yang satu. Itulah namanya makan gerak
dalam gerak. Hal yang demikian adalah disebabkan hakikat Silat
Cekak ialah silat gerak”.
Kemaraan Silat Cekak dalam gerak yang satu adalah
merupakan kesepaduan beberapa gerak. Dalamnya, mungkin
terdapat beberapa gerak. Semuanya bergerak dalam kiraan saat dan
ketika. Bersepadu, seolah-olah dalam satu gerak sahaja
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 317
pelakuannya. Kefahaman yang sedemikian amat besar gunanya
dalam pembelajaran Silat Cekak. Itulah asas kefahaman yang perlu
ada ketika kita mempelajari peringkat pembelajaran Silat Cekak
seterusnya. Berdasarkan pengalaman bersama Ustaz, kefahaman
itulah yang ditanam terlebih dahulu sebelum pelajaran ikat tangan
diperturunkan.
Ketika pelajaran ikat tangan diberi, penuntut Silat Cekak
mesti juga faham benar tentang konsep, “Tangan Umpama Posmen,
Senjata Umpama Surat. Sekat Posmen Maka Tersekatlah Surat”.
Berdasarkan ungkapan itu, para penuntut telah disaran
supaya, cari punca gerak dan bertindaklah pada punca gerak
tersebut. Jangan pedulikan „ranting‟ gerak. Jika punca gerak dapat
„dimatikan‟, maka gerak kita seterusnya akan tetap menjadi. Tidak
ada halangan besar lagi.
Kalaulah kefahaman ini mantap dalam kalangan penuntut,
kesediaan mereka untuk mendapatkan pelajaran ikat tangan tidak
menghadapi sebarang masalah. Mudah bagi mereka menguasai
pelajaran ikat tangan itu.
Satu lagi kefahaman yang perlu ada pada mereka ialah
“Tangan Di Tempat Tangan, Kaki Di Tempat Kaki”. Saya pernah
memetik kata-kata Ustaz secara tulisan dalam majalah Dewan
Masyarakat.
“Bila tangan digunakan tangan pula balasan, jika kaki, kakilah
balasan tanpa menggunakan tangan menepis; tidak menggunakan
tangan menepis serangan kaki”.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 318
Kefahaman itu bolehlah dikaitkan dengan kefahaman-
kefahaman yang ada sebelumnya. Walaupun tangan adalah
berkonsepkan posmen namun begitu, gerak kaki adalah merupakan
punca gerak. Bertindak pada punca gerak adalah merupakan prinsip
utama persilatan kita.
Jangan lupa satu lagi kefahaman ungkapan yang patut ada
pada kita. Sentiasa Berada Di belakang Lawan. Teringat
penerangan Ustaz tentang gerak yang sedemikian. “Kenapa kita
berada di bahagian belakang?”. Itulah pertanyaan Ustaz pada anak
didiknya dalam kelas silat. Ustaz sendiri menjawab, “Kerana
bahagian ini tak ada mata.”
Kami cuba memahami penerangan Ustaz itu. Percakapan
secara kiasan. Memang tepat maksud Ustaz. Berada di bahagian
belakang adalah bermaksud berada dalam satu posisi atau berada di
bahagian yang menyulitkan pandangan lawan kita. Pandangannya
akan terganggu. Hal yang demikian secara langsung akan
mengganggu gerak tindak balas yang boleh dilakukan lawan kita.
Posisi kita telah menyebabkan lawan kita tidak dapat bertindak
dengan tepat. Sebaliknya, kedudukan itu sangat menguntungkan kita.
Pandangan kita lebih luas dan tidak terganggu. Hal yang demikian
juga sangat membantu kita untuk mematikan gerak lawan.
Saya berpendapat, kesemua kefahaman dan kemahiran yang
saya bincangkan di atas, tersangat perlu dikuasai penuntut yang
telah tamat Silat Cekak. Penguasaan pada kefahaman-kefahaman
itu akan memudahkan seseorang penuntut itu untuk mengikuti
proses penerimaan pelajaran-pelajaran seterusnya termasuk
pelajaran ikat tangan di belakang. Saya yakin sifat penuntut yang
sedemikian akan membolehkannya menguasai setiap ilmu yang ada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 319
dalam Silat Cekak dengan berkesan. Secara langsung maka jadilah
penuntut silat itu hebat dalam gerak silatnya dan mantap dalam
kefahaman silatnya. Semua ilmu dalam Silat Cekak yang ada
padanya akan terus menerus „menjadi‟. Termasuklah pelajaran ikat
tangan.
Konsep Ujian Sijil Menengah Zaman Dulu-Dulu.
Berdasarkan tulisan yang lalu, saya telah membuat satu
kesimpulan. Jika pelajaran ikat tangan diperoleh tanpa penguasaan
jelas dan jitu pada kefahaman-kefahaman yang saya bincangkan di
atas maka kemungkinan besar, jadilah pelajaran baru itu sebagai
habuan setakat pengetahuan sahaja. Daya keyakinan pada pelajaran
itu tidak akan menebal dalam hati mereka. Maka mungkin juga akan
timbul pelbagai persoalan dalam pemikiran tentang sifat kemenjadian
dan kesahan pada pelajaran yang baru mereka terima itu. Akan tetapi
mereka tidak berani untuk meluahkan persoalan.
Dalam proses menerima pelajaran ikat tangan itu,
penguasaan pelajaran akan dibuat melalui ujian. Pada pandangan
saya, falsafah ujian ikat tangan bukan setakat tertumpu pada
pelajaran itu. Seperti yang saya tegaskan dalam tulisan terdahulu,
falsafahnya adalah luas meliputi aspek penguasaan kefahaman
gerak ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar. Dalam
pelajaran itu, tangan penuntut diikat di belakang bagi menghadapi
serangan senjata pendek. Kalau senjata pendek dapat diatasi,
apatah lagi jika serangan itu berbentuk tangan kosong.
Biasanya, senjata pendek yang digunakan ialah tongkat dan
parang. Kini, ada yang berminat menggunakan pelbagai senjata
termasuk kelewang. Walau bagaimanapun pada zaman saya tidak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 320
pernah dengar pulak ada serangan menggunakan senjata panjang
seperti tongkat panjang, pedang, lembing dan tombak sebagai
maksud ujian.
Saya membuat kesimpulan bahawa ujian Sijil Menengah
adalah ujian yang bercorak menguji kebolehan penuntut menguasai
kefahaman dan kemahiran gerak dalam pelajaran Silat Cekak.
Pelajaran itu adalah secara keseluruhan dari mula hingga tamat;
pelajaran Silat Cekak dari gerak latihan kaki dan tangan, membawa
kepada buah asas dan buah jatuh. Nampaknya, teknik mengatasi
serangan secara tangan terikat di belakang, masih berdasarkan
buah-buah jatuh yang dijadikan gerak utama dalam konsep
menunggu serangan lawan.
Saya teringat akan peristiwa Ustaz menurunkan pelajaran ikat
tangan dalam kalangan Jurulatih yang mengikuti kelas kemahiran
yang dianjurkan Ustaz. Saya rasa, pelajaran ikat tangan itu adalah
diberi pada kumpulan kedua yang kesemuanya adalah bertaraf
Jurulatih. Kumpulan yang pertama telah pun memperoleh pelajaran
dan diberi sijil dalam perayaan Sepuluh Tahun Silat Cekak. Saya
bernasib baik kerana turut sama dalam latihan kemahiran pada
malam tersebut.
Oleh itu, dalam kalangan kami ada kumpulan pertama yang
telah memperoleh pelajaran tersebut dan telah diiktiraf melalui Sijil
Menengah. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi dalam kalangan
kami yang masih belum memperoleh pelajaran tersebut. Termasuk
saya. Secara langsung saya telah berpeluang memperoleh ilmu ikat
tangan kerana mengikuti kelas kemahiran tersebut.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 321
Setelah Ustaz „menurunkan‟ pelajaran ikat tangan maka Ustaz
sendiri mengendalikan ujian. Walau bagaimanapun, ujian yang Ustaz
lakukan itu bukanlah bermaksud untuk mendapatkan Sijil Menengah,
melainkan untuk menguji penguasaan pelajaran yang baru kami
terima. Dalam ujian penguasaan pelajaran itu, para pengujinya
adalah sesama rakan Jurulatih yang ada pada malam itu. Kami
menggunakan tongkat pendek dan senjata pendek bagi maksud
ujian tersebut.
Dalam proses ujian itulah ada antara rakan saya yang „kurang
elok pergerakannya‟. Jurulatih lama pulak tu. Tapi rasanya sudah
dapat pelajaran ikat tangan dalam kumpulan pertama. Sepatutnya
gerak pukulannya semestinya hebat dan mantap. Sentiasa „menjadi‟.
Akan tetapi lain jadinya. Penguasaan pada pelajaran yang telah
diperolehnya itu masih lemah. Ustaz meninggikan suara dan
„mengungkit‟ kebolehan Jurulatih tersebut. Antara lain gambaran
kata-kata Ustaz yang saya ingat, ”Tu la. Suruh latih betul-betul buah
jatuh…., tak buat sungguh-sungguh….”
Ustaz menegaskan akan buah-buah jatuh tertentu yang patut
dikuasai dengan tepat dan sempurna. Hal yang demikian kerana
buah jatuh itu juga yang menjadi punca gerak untuk mengatasi
serangan ketika tangan terikat di belakang. Tidak perlu saya
nyatakan maksud buah yang berkenaan dalam tulisan ini.
Kesimpulan daripada kata-kata Ustaz itu ialah „jadikan latihan gerak
dalam persilatan Silat Cekak sebagai amalan seharian‟. Jangan
ditinggalkan latihan walaupun sehari.
Maknanya, kalau pelajaran ikat tangan itu telah diperoleh tapi
jika tidak dilatih maka kemenjadiannya belum tentu. Kesimpulan saya
sekarang adalah mudah. Untuk berlatih, maka berlatihlah buah-buah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 322
jatuhan yang tertentu. Jangan lupa latihan sepak kaki. Buat betul-
betul. Sekurang-kurangnya berpuluh-puluh kali pada setiap hari.
Jadikan amalan umpama amalan makan nasi. Kecuali yang makan
burger. Makanan segera. Tidak banyak lauknya.
Dalam hal ini, tanggungjawab sebagai seorang Jurulatih akan
banyak membantu. Oleh itu, teruskan pengorbanan dan memikul
tanggungjawab sebagai Jurulatih. Banyak gunanya untuk
membolehkan kita menguasai gerak yang mantap dalam persilatan
Silat Cekak dari semasa ke semasa.
Cakap-cakap Ustaz itu juga telah menguatkan kefahaman
saya bahawa penguasaan pelajaran dan kefahaman selama „enam
bulan‟ adalah tersangat penting. Kebolehan menguasai gerak dan
kefahaman yang ada, akan banyak gunanya dalam proses untuk
mendapatkan gerak-gerak berikutnya secara mantap. Hal yang
demikian termasuklah gerak mengatasi serangan kaki, senjata dan
ilmu-ilmu petua lainnya.
Pada saya juga dapat disimpulkan bahawa ijazah ketiga
adalah tersangat penting. Ijazah ketiga itu boleh saya anggap
sebagai „lesen‟ utama bagi membolehkan seseorang penuntut yang
telah tamat untuk menambahkan pelajaran dalam persilatan Silat
Cekak.
Setelah diijazahkan dalam ijazah ketiga maka penuntut Silat
Cekak itu dikira „matang‟ dari segi gerak dan kefahamannya. Barulah
mereka dianggap sebagai ahli persilatan Silat Cekak. Bukan setakat
ahli persatuan sahaja. Tidak habis belajarpun masih boleh dianggap
sebagai ahli persatuan. Namun begitu ahli persilatan adalah merujuk
pada mereka yang telah tamat akan pelajaran silatnya. Ahli-ahli ini
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 323
telah bersedia untuk menguasai atau mempelajari segala gerak-
gerak yang berikutnya dalam persilatan Silat Cekak.
Kalau dikiaskan untuk maksud kefahaman, kalau umur telah
mencapai peringkat dua puluh satu tahun maka bolehlah dikira
sebagai peringkat kematangan. Banyak perkara boleh buat, termasuk
mengundi. Kiasnya, kalau telah menerima ijazah ketiga maka
terbukalah peluang seluas-luasnya pada seseorang penuntut Silat
Cekak itu untuk menyingkap segala ilmu rahsia yang ada dalam
persilatan Silat Cekak. Namun begitu, masih terikat pada syarat lain.
Ekoran dari kelas kemahiran Ustaz pada malam itulah maka
kesemua Jurulatih ketika itu telah memperoleh pelajaran ikat tangan
di belakang. Penerimaan pelajaran tersebut telah dijadikan asas atau
„lesen‟ untuk maksud ujian Sijil Menengah pada hari yang lain. Hari
ujian akan ditetapkan oleh pihak kepimpinan persilatan. Maknanya,
ujian untuk mendapatkan sijil akan dibuat pada satu masa yang lain,
walaupun ujian atas penguasaan pelajaran telahpun dibuat pada
malam tersebut di bawah pengawasan Guru Utama. Hal yang
demikian mungkin kerana perayaan sambutan Silat Cekak
berikutnya adalah lama lagi. Masih tidak ada pun perancangan
tentang sijil. Dan mungkin juga sifat kita, „lagi lama lagi baik untuk
maksud menyusahkan‟.
Saya pernah menulis atas tajuk „Kenangan Saya‟ dalam blog
yang terdahulu tentang waktu ujian Sijil Menengah tersebut. Tulisan
saya itu sudah lama. Dalam blog Sepak Minang. Saya singkap
semula kenangan lama tersebut.
Pada malam yang dijanji untuk ujian itu, saya datang ke ibu
pejabat Jalan Putera. Tunggu punya tunggu tidak ada pun ujian pada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 324
malam itu. Maka bertanyalah saya pada mereka yang
bertanggungjawab mengendalikan ujian. Teringat lagi gambaran
kata-kata mereka yang antara lain berbunyi, “Tak payahlah uji-uji…”
Malas nak kata apa. Lagi pun pada saya, yang penting
pelajaran ikat tangan itu telah diperoleh dari Guru Utama. Cuma,
pengesahan untuk membuktikan penerimaan pelajaran ikat tangan
melalui sijil, nampaknya tidak ada. Saya difahamkan melalui rakan
Jurulatih yang tersangat rapat dengan saya, „Cuak juga untuk
menguji penguasaan gerak kaki yang ada pada saya‟. Pengalaman
mencederakan kepala lutut rakan Jurulatih ketika persembahan
spontan menerima kunjungan pegawai kedutaan dari Perancis, tetap
ada. Saya pernah menulis akan peristiwa tersebut dalam tulisan yang
lalu.
Saya tidak mahu mendesak. Hal yang demikian
menyebabkan saya tidak pernah memiliki Sijil Menengah. Namun
begitu, pelajaran ikat tangan ada tapi sijilnya tidak ada. Nampaknya,
situasi itu telah dipergunakan oleh orang-orang kanan yang tertentu
pada masa-masa seterusnya. Ketiadaan Sijil Menengah dianggap
sebagai tidak memperoleh pelajaran ikat tangan. Tujuan mereka
ialah untuk menidakkan kebolehan saya pada ahli-ahli baru. Orang-
orang kanan itu adalah juga Jurulatih yang tidak pernah merasai
atau berpengalaman mengikuti kelas-kelas kemahiran yang
dianjurkan Ustaz. Lapis baru. Lagak lama.
Dalam tulisan Kenangan Saya itu, saya telah tulis betapa
„nasib‟ saya tanpa sijil itu telah diberitahu pada Guru Utama yang
sedia ada. Pak Ak. Ketika itu saya menumpang kereta PA dalam
perjalanan balik dari Kuala Kangsar, ke rumah saya. Hanya kami
berdua sahaja, setelah ijazah penamat di sekolah MCKK. Guru
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 325
Utama telah bersimpati dan berjanji akan menganugerahi sijil tertinggi
dalam persilatan Silat Cekak pada saya. Akan dibuat satu majlis
khas.
Malangnya, kita telah berpecah. Saya telah menolak
kepimpinannya sebagai Guru Utama. Maka lenyaplah janji tersebut.
Saya tidak rasa apa-apa. Tidak pernah mengharap pun. Tidak ada
pun sebarang bukti akan janji tersebut. Cuma sesaja tulis untuk
kenangan saya. Kenangan peribadi saya. Tidak memaksa orang lain
untuk percaya.
Pada kesimpulan saya, pelajaran ikat tangan adalah tersangat
istimewa. Berulang kali saya kata begitu untuk menunjukkan hakikat
pelajaran tersebut. Keistimewaan pelajaran itu adalah merujuk pada
kesepaduan semua falsafah dan konsep persilatan yang ada
padanya. Penerima pelajaran ikat tangan melambangkan tahap tinggi
penguasaan mereka pada kesimpulan gerak dan kefahaman mereka
yang jelas pada aras tinggi tentang gerak persilatan Silat Cekak.
Berdasarkan kesimpulan itulah, saya menganggap bahawa
pelajaran ikat tangan boleh „berdiri sendiri‟. Malah, boleh juga
dianggap pelajaran ikat tangan sebagai bertaraf petua. Konsep petua
adalah merujuk pada „panduan yang amat berguna dari seseorang
yang tersangat mahir dan berpengalaman tentang cara-cara
melaksanakan atau mencapai sesuatu tujuan dengan berkesan‟.
Saya membuat kesimpulan itu bersandarkan pada bentuk
pelajaran ikat tangan itu sendiri. Pelajarannya adalah „sekelumit‟.
Hanyalah ‘sekepit’. Bukan secekak atau secupak. Apatah lagi
segantang. Boleh diajar dalam masa yang singkat. Tidak memakan
masa yang berjam-jam. Cuma, penuntut hanya perlu tahu cara atau
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 326
petua pelakuan geraknya. Kalau sudah tahu, boleh buat pembuktian
secara langsung. Tidak payah tunggu-tunggu. Kemenjadiannya ada
kaitan dengan kefahaman dan penguasaan gerak yang telah diajar
sekian lama dan seadanya.
Walau bagaimanapun pada pandangan saya, ilmu bertaraf
petua tidak akan memberi makna pada mereka yang tidak
menjiwainya. Untuk menjiwai sesuatu itu maka kita perlu benar-benar
faham dan berminat akan falsafah yang ada dalam petua tersebut.
“Tak kenal maka tak cinta”.
Saya telah menyentuh falsafah di sebalik pelajaran ikat
tangan dalam tulisan terdahulu. Seperti yang saya tegaskan,
kefahaman penuntut mesti mantap dan tetap. Tidak berubah atau
tidak terbit walau sedikit pun sebarang sifat ragu-ragu atau
kesangsian. Jika wujud sifat yang sedemikian maka sukarlah
penuntut itu menghargai ilmu ikat tangan yang diperturunkan Guru
Utama.
Kegagalan memahami dan menguasai kefahaman dalam
persilatan Silat Cekak akan menjadikan sifat memperoleh ilmu ikat
tangan hanya setakat pengetahuan sahaja. Sifatnya ialah „tahu’.
Namun begitu untuk menjelmakan „tahu‟ itu dalam tindakan, mungkin
akan timbul perasaan keraguan dan persoalan. Hal yang demikian
amat merugikan penuntut itu sendiri. Itu sebabnya pelajaran ikat
tangan bukan mudah diberi pada mana-mana penuntut jika belum
„sampai masanya‟. Mesti tunjukkan sifat bersungguh-sungguh. Sifat
bersungguh hanya lahir pada mereka yang benar-benat berminat
dalam pelajaran Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 327
Saya masih ingat lagi tentang cara Ustaz melihat atau
mengukur akan sifat kesungguhan anak muridnya. ‘Mandi Empat
Puluh Hari’ telah dijadikan salah satu ukuran. Sebelum satu-satu
petua diperturunkan atau satu-satu ilmu pelajaran ditambah pada
anak muridnya, soalan yang sering ditanya Ustaz ialah, “Sudah habis
mandi atau belum”. Misalnya, untuk mendapatkan petua riadah
empat anasir, bumi selamat dan sebagainya, soalan itu akan ditanya
terlebih dahulu. Jika ada yang menjawab „belum‟, maka setakat itulah
perbincangan Ustaz.
Pada pandangan saya, soalan Ustaz itu adalah untuk
mengukur sejauh mana kesungguhan dan ‟keberahian‟ penuntut itu
untuk memperoleh petua atau ilmu pelajaran yang ada dalam
persilatan Silat Cekak seterusnya. Bukan senang untuk melakukan
perbuatan mandi silat tanpa berhenti selama empat puluh hari secara
berterusan. Tidak boleh tidak, mesti dilakukan tanpa gagal. Di situlah
lahirnya sifat kesungguhan dan penjiwaan dalam konteks menguasai
pelajaran Silat Cekak. Oleh itu, mereka yang telah tamat mandi silat
akan berpeluang memperoleh ilmu-ilmu yang seterusnya. Manakala
yang belum habis, maka berkatalah Ustaz, “Bagi habis mandi dulu.”
Saya tidak pasti sama ada perbuatan mandi silat tersebut
masih lagi dipandang berat. Maknanya, masih lagi dijadikan salah
satu „syarat yang tersembunyi‟ pada penuntut Silat Cekak untuk
menerima ilmu-ilmu seterusnya dalam pelajaran Silat Cekak. Kalau
mandipun malas hendak buat, nampak sangat akan sifat kekurangan
kesungguhan. Sifat itu akan menjadi penyakit berjangkit pada amalan
ilmu-ilmu lain yang diperoleh mereka. „Dapat ilmu tapi malas berlatih‟.
Tidak bersungguh.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 328
Nampaknya, soalan Ustaz yang mudah itu telah juga dijadikan
„syarat yang tersembunyi‟ untuk mendapatkan ilmu tambahan
seterusnya. Tidak ada siapapun yang berani „menipu‟ Ustaz. Kalau
sudah habis mandi pasti akan dikatakan habis. Begitulah sebaliknya.
Saya rasa Ustaz mempunyai kelebihan untuk menjadikan anak murid
yang berada di depannya, bercakap benar berdasarkan kata hati
ketika berhadapan dengan Ustaz..
Tidak hairanlah jika sebelum acara ayam penunjuk, macam-
macam rancangan yang dibuat penuntut untuk memilih bahagian
ayam. Akan tetapi, ketika berada di depan Ustaz, lain pulak yang
diucapnya. Ucapan dari kata hati. Hal yang demikian selalu dijadikan
bahan jenaka dalam kalangan rakan-rakan saya yang sama-sama
mengalami ijazah penamat dulunya.
Saya yakin bahawa kemenjadian ilmu ikat tangan adalah hasil
dari kefahaman tentang gerak Silat Cekak seadanya dan
kesungguhan serta keinginan para penuntut untuk mendalami
pelajaran Silat Cekak. Orang yang bersifat bersungguh hati adalah
juga merupakan orang yang menjiwai akan kesungguhannya itu.
Kalau bersungguh-sungguh untuk menguasai keseluruhan pelajaran
Silat Cekak maka bersungguh-sungguhlah penuntut itu menjiwai
segala kefahaman yang ada dalam persilatan Silat Cekak.
Dalam kiasan yang mudah, kalau kita memberi petua
membuat kek yang tersangat sedap pada mereka yang tidak suka
makan kek atau tidak pernah buah kek, ilmu petua itu tidak memberi
makna padanya. Setakat pengetahuannya saja. Tiada minat untuk
dipraktikkan. Melainkan dia pula yang akan menceritakan ilmu petua
itu pada orang lain. Hal yang demikian kerana dia sendiri tidak dapat
menghargai betapa „mahalnya‟ ilmu petua membuat kek tersebut.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 329
Seperti kata pepatah kita, “Bagai kera mendapat bunga” atau
“Bagai kudung mendapat cincin”.
Orang-orang yang bersifat demikian tidak tahu dan tidak
dapat menilai sesuatu yang tersangat berharga. Dalam konteks
persilatan Silat Cekak, jika seseorang penuntut itu tidak dapat
menjiwai gerak dan kefahaman yang ada dalam persilatan Silat
Cekak maka ilmu ikat tangan yang diperoleh itu tidak akan memberi
makna yang besar pada dirinya.
Hal yang demikian tentunya berbeza dengan pelajaran buah-
buah pelajaran Silat Cekak yang ada. Ada prosesnya dari satu
peringkat ke satu peringkat yang lain. Bermula dari asas hingga jatuh.
„Pun begitu, penguasaan pada pelajaran tersebut banyak bergantung
pada minat dan kesungguhan yang ada‟. Walau bagaimanapun,
minat dan kesungguhan itu boleh dibina dari masa ke masa. Ada
ruang masa.
Saya telah tegaskan bahawa pelajaran ikat tangan boleh
„berdiri sendiri‟. Mempunyai teknik yang tersendiri yang saya tafsirkan
sebagai bertaraf petua. Dari segi pelajarannya, ketika tangan terikat
di belakang, „kena tangkap dek orang jahat agaknya‟, ada petua
untuk menggunakan senjata yang seadanya di tubuh badan. Kalau
tangan terikat, kita masih ada lagi senjata berupa kaki, bahu dan
mungkin juga kepala. Di sinilah peranan petua amat berharga
sebagai pelajaran dan pengetahuan pada orang berkenaan yang
berada dalam situasi tersebut.
Begitulah juga kiasannya dengan tumbukan kita. Ada banyak
cara tumbukan. Keberkesanannya belum tentu. Dalam persilatan
Silat Cekak, ada petua untuk memberi kesan pada tumbukannya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 330
Dengan menggunakan petua tersebut maka tumbukan yang
dilepaskan adalah umpama „peluru berpandu‟. Sukar dikesan radar
yang ada. Maknanya, petua juga adalah berbentuk ilmu; intipati
sesuatu pelajaran yang telah dipadatkan.
Kemenjadian satu-satu petua hanya boleh diukur secara
amali. Maknanya, kemenjadian petua itu perlu diuji. Kalau lulus ujian
maka petua itu dikira menjadi. Kalau hendak tahu petua tumbukan itu
menjadi atau tidak maka kenalah membuat serangan tumbukan pada
mereka yang suka mengelak atau mengelak sambil menepis. Tapi,
ada juga antara mereka yang memperoleh petua tapi tidak menjadi.
Oleh itu, petua tersebut tidak membawa makna pada pemakainya.
Kena berusaha sehingga ke peringkat kemenjadiannya. Maka
barulah berguna petua tersebut.
Kalau setakat berbangga sebagai ilmu pengetahuan yang
ada, mungkin kurang membawa maknanya selagi tidak diuji. Semua
orang mendakwa akan ada ilmu tersebut. Kemenjadiannya dan
kesebatian pada diri, belum tentu. Adakah ilmu itu telah bersebati
atau tidak. Oleh itu, janganlah berbangga hingga terlupa kebolehan
diri. “Ukur baju di badan sendiri” sebelum ingin berbangga pada
setiap ilmu yang ada.
Dalam persilatan Silat Cekak, penguasaan petua ikat tangan
itu telah diiktiraf melalui pemberian sijil yang dikenali sebagai Sijil
Menengah. Walau bagaimanapun, kita perlu menerima kenyataan.
Perolehan sijil tidak menjamin akan penguasaan petua tersebut.
Kalau diibaratkan petua membuat kuih, kalau terpendam sahaja
tanpa diuji sentiasa, tidak membawa makna. Bukan senang dengan
sekali mencuba. Kena cuba selalu, baru ada umpnya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 331
Oleh itu, beringatlah pada mereka yang telah memperoleh
petua ilmu ikat tangan. Sentiasalah berlatih geraknya dan fahamilah
kefahaman gerak yang ada dalam persilatan kita. Kemenjadiannya
belum tentu jika setakat bercerita akan ilmu yang ada tanpa teruji
atau membuat latihan berterusan sepanjang masa.
Kenangan Saya Pada Pelajaran Ikat Tangan.
Secara kesimpulan dapat dikatakan bahawa kemenjadian
ilmu pelajaran ikat tangan adalah bergantung pada tiga (3) perkara
utama. Pertamanya ialah kefahaman tentang pelbagai falsafah
dan konsep yang sedia ada dalam persilatan kita. Kesemua
kefahaman itu adalah bersepadu di sebalik pelajaran ikat tangan.
Walau bagaimanapun, penguasaan pada kefahaman-kefahaman itu
akan tercapai jika kita menjiwainya dengan sepenuh hati. Tidak
timbul perasaan syak atau ragu-ragu dalam pemikiran kita.
Ekorannya, sifat yang sedemikian akan membolehkan kita
menguasai gerak ikat tangan dengan penuh yakin dan berkesan.
Keduanya ialah perlu ada sifat kesungguhan. Tahap
kesungguhan adalah hingga ke peringkat „berahi‟. “Teringin yang
amat sangat pada pelajaran tersebut”. Jika telah sampai ke tahap itu
maka barulah ilmu yang diberi itu membawa erti dan mempunyai nilai
pada diri. Kita akan tersangat menghargainya dan meletakkan tahap
pengetahuan mengenai pelajaran itu pada kedudukan yang tinggi.
Hal yang demikian akan menyebabkan kita „menyayanginya‟. Kalau
sudah sayang, kita akan menjaganya dengan sepenuh hati.
Kerahsiaannya akan terjamin sepenuhnya. Tidak mudah kita
membuka cerita atau „menayang‟ ilmu yang diperoleh itu. Benda
rahsia adalah sikit dan kita akan terus-menerus memeliharanya.
Pelajarannya akan „dibelai‟ setiap hari secara latihan gerak yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 332
berkaitan. Ekorannya, pelajaran itu menjadi mantap dan akan
memberi keyakinan pada diri kita sepanjang saat dan ketika.
Ketiganya ialah penguasaan pelajaran yang sedia ada
sejak mula menceburi Silat Cekak. Hakikatnya, teknik pelajaran ikat
tangan tidak „lari‟ dari pelajaran Silat Cekak yang sedia ada, bermula
dengan latihan sepak kaki hinggalah latihan buah-buah yang ada.
Buat latihan secara bersungguh-sungguh. Namun begitu jangan lalai.
Latihan mesti dilakukan dengan sempurna, mengikut seni geraknya
yang tersendiri. Misalnya, latihan sepak kaki. Jangan lakukannya
secara sepak tarian zapin. Sepak tarik secara layang dan tangan
cekak di pinggang. Terburu-buru. Apa pun tak dapat. Dapat peluh.
Syok sendiri.
Sepakan yang sepatutnya ialah „sebijik-sebijik‟. Kemas,
mantap dan bersungguh-sungguh. Kaki yang ditarik adalah kerana
ingin membuat turutan sepak berikutnya. Namun begitu, setiap kali
sepakan, akan terasa kekuatan kaki membelah angin. Saya tersangat
kagum dengan sepakan Ustaz. Secara fizikalnya kaki Ustaz nampak
„kecil‟. Akan tetapi, ketika membuat sepakan kaki, seolah-olah
kedengaran ayunan yang membelah angin. Mantap dan berkesan.
Itulah gerak yang tersangat ingin saya kuasai ketika itu.
Kalau semua syarat tersebut dipenuhi, saya yakin
kemenjadian pelajaran ikat tangan adalah pasti. “Dua campur dua,
pasti empat.” Tidak akan ada sebarang keraguan atasnya. Barulah
timbul sifat, “Diam-diam ubi berisi”. Tidak banyak cakap. Sebaliknya,
penguasaan ilmu itu semakin mantap dari semasa ke semasa. Sifat
penuntut yang sebegini menunjukkan pelajarannya sudah difahami
dan diiringi pula dengan latihan bersungguh hati. Sebaliknya, jika ilmu
yang diperoleh itu tidak „disepuh‟ bagi memantapkan penguasaannya
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 333
secara berterusan maka jadilah ilmu itu „basi‟ dan berkulat akhirnya.
Itulah pandangan dan keyakinan saya pada sifat pengamalnya.
Pelajaran ikat tangan telah menyingkap kenangan lama yang
berlaku pada diri saya. Pernah saya tulis kenangan itu dalam tulisan
yang terdahulu. Saya tulis semula. Tidak bermaksud apa-apa. Sesaja
mengenang kisah lama. Kenangan peribadi. Kisah sejarah untuk diri
sendiri. Bukan rekaan, bukan bermegah tapi untuk dikongsi bersama.
Melihat sifat dan gelagat rakan-rakan seahli dalam satu-satu
organisasi.
Sekarang ini, bila terkenang peristiwa itu terasa malupun ada.
Kalau dulu-dulu, tindakan kita lebih banyak ikut hawa nafsu.
Perasaan itu adalah kepuasan. Tapi kini kematangan berfikir telah
menguasai usia. Setelah dewasa, nampak akan perwatakan
terdahulu yang kurang „cerdik‟. Oleh itu, mungkin tulisan kenangan
saya ini boleh dijadikan batu sempadan dalam tindak tanduk kita
berpersatuan.
Ketika saya baru menuntut pelajaran Silat Cekak, pernah
terdengar cerita tentang adanya pelajaran ikat tangan dalam
persilatan Silat Cekak. Istilah pelajaran menengah masih tidak
popular. Hal yang demikian kerana konsep ujian pun belum ada.
Masih lagi dalam perancangan agaknya kerana perayaan „Sambutan
Sepuluh Tahun Silat Cekak‟ agak lama jarak masanya. Pada
mulanya cerita-cerita tentang pelajaran lanjutan dalam persilatan Silat
Cekak tidak menarik perhatian saya. Tidak begitu kisah. Dengar
sahaja cerita-cerita mengenai pelajaran ikat tangan dari para
Jurulatih yang membantu Ustaz mengendalikan kelas kami.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 334
Rakan-rakan sepersilatan juga hanya mendengar tentang
cerita mengenai adanya pelajaran ikat tangan. Kami kurang faham
dan kurang berminat. Tambahan pula pelajaran Silat Cekak yang
baru kami ikuti belum boleh menggambarkan hala tuju pelajaran Silat
Cekak secara keseluruhan. Belum nampak akan kesudahannya.
Masih di awal pembelajaran. Oleh itu, kami hanya memberi perhatian
pada pelajaran yang sedia ada sahaja. Manakala penceritaan tentang
lain-lain bentuk pelajaran hanya berguna sebagai halwa telinga
sahaja.
Setelah saya memahami tentang gerak persilatan Silat Cekak
maka bermulalah minat saya dengan pelajaran-pelajaran lain yang
ada. Saya sering bertemu Ustaz dan bersembang dengan Ustaz.
Kalau ada satu-satu persoalan, jika tidak bertemu maka saya akan
menelefon Ustaz. Ketika itulah pelajaran ikat tangan telah
diperkatakan semula. Menjadi „hangat‟ dalam pemikiran saya.
Sejak itu minat saya semakin terarah untuk mendalami semua
ilmu pelajaran yang ada dalam persilatan kita. Secara langsung,
timbul minat yang amat sangat akan pelajaran ikat tangan. Minat
saya itu telah dilahirkan pada Ustaz. Entah macam mana, berjanjilah
Ustaz pada saya. Setelah tamat pelajaran Silat Cekak maka saya
akan dipelawa untuk memperoleh pelajaran ikat tangan tersebut.
Pelawaan atau janji Ustaz itu saya catat dalam dairi saya. Malangnya
sudah tak ada lagi dairi lama. Hilang entah ke mana.
Sejak itu juga minat saya pada Silat Cekak semakin
mendalam. Boleh dikatakan setiap hari saya akan ke pejabat Silat
Cekak di Lorong Haji Sirat. Banyak membantu kerja-kerja persatuan
dan kerja-kerja persilatan. Pada satu ketika, terdengar berita bahawa
Ustaz akan menurunkan pelajaran ikat tangan. Seterusnya, penerima
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 335
pelajaran itu akan diuji dan diiktiraf melalui pemberian sijil khas yang
dinamakan sebagai Sijil Menengah. Tunggu punya tunggu, tidak
dengar berita lanjutannya. Jemputan dan pelawaan jauh sekali.
Tersangat terkilan di hati.
Tiba-tiba terdengar sebutan akan senarai nama untuk
mengikuti pelajaran ikat tangan. Nama saya tidak ada. Walau
bagaimanapun pada hari pelajaran itu, saya hadir juga. Saya masih
ingat lagi akan sejarah di hari tersebut. Saya datang juga ke pejabat
silat dalam keadaan „tak tentu hala‟. Kecewa pun ada, sifat ingin tahu
pun ada dan macam-macam lagi. Kurang stabil. Ketika itu kegiatan
Silat Cekak masih lagi di pejabat lama, Jalan Haji Sirat. Di situlah
tempat pemberian pelajaran dan di situ juga tempat pelajaran itu diuji.
Sesaja datang bagi melepaskan perasaan yang terbuku di hati.
Kebetulan baru selesai pemberian pelajaran berserta ujian. Lama
juga upacaranya.
Saya rasa, rakan-rakan Jurulatih tersangat faham akan
perasaan saya ketika itu. Barulah saya tahu betapa bilangan yang
Ustaz benarkan mengikuti pelajaran ikat tangan hanyalah dua puluh
satu orang sahaja. Saya tidak pasti adakah angka dua puluh satu itu
seratus peratus kehendak Ustaz atau atas nasihat orang-orang
kanannya. Pada pendapat saya, ketentuan bilangan bukanlah satu
dasar yang amat penting. Angka tidak menentukan masa depan
persatuan dan persilatan. Mungkin juga pada pendapat saya, Ustaz
kurang memberi perhatian akan senarai penerima yang terlibat
dengan pemberian ilmu ikat tangan tersebut. Kata hati, kata
perasaan.
Dikatakan bahawa kalau senarainya dua puluh dua orang
maka pasti nama saya akan tertera. Nampaknya angka dua puluh
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 336
satu adalah angka yang membawa malang pada saya dalam konteks
mendapatkan pelajaran ikat tangan. Walau bagaimanapun, hati saya
tetap berasa kecewa. Maka berazamlah saya. „Tak perlu aktif lagi‟
sebagai kesimpulannya. Sejak hari itu tidaklah lagi saya berkunjung
ke pejabat silat di Lorong Haji Sirat. Bawa diri. Dapat tidur cepat.
Saya rasa, Ustaz sedar akan perubahan yang berlaku pada
diri saya. Ketika itu saya tinggal menyewa di Kampung Baru di jalan
utama. Tidak salah saya, Jalan Raja Abdullah. Sedang membuat
diploma pendidikan. Boleh dikatakan setiap malam Ustaz akan
berada di depan rumah sewaan saya, mengajak keluar. Kereta
Vokswagen merah. Kereta pertama Ustaz.
Hinggalah pada suatu ketika di waktu petang, Ustaz telah
mengajak saya keluar. Ketika itu bulan puasa. Ustaz memandu ke
Kampung Baru. Pasar Ramadan. Ustaz menyuruh saya pilih lauk apa
saja untuk berbuka bersamanya. Saya tidak ingat lagi lauk apa yang
saya pilih. Yang pastinya ada lauk hati. Lauk-lauk lain, sudah lupa.
Setelah berbeli juadah berbuka, Ustaz memandu ke pejabat
silat. Ketika itu Ustaz tinggal seorang di sana. Keluarga Ustaz masih
berada di Kedah. Ustaz tidak menumpang di rumah anak sulungnya
yang tinggal di hujung Jalan Gurney.
Ketika tiba di pejabat silat, di situlah pertama kali saya tersua
muka dengan seorang anak murid Ustaz yang difahamkan tersangat
liat untuk berpuasa. Beliau disuruh bapanya tinggal bersama Ustaz.
„Membaiki akhlak‟ rupanya. Terkenal cerita „nakalnya‟. Sukar dikawal
keluarga. Saya difahamkan juga, oleh sebab liat hendak berpuasa
maka Ustaz sendiri yang menyediakan makanan untuknya. Itulah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 337
cara psikologi yang dilakukan Ustaz untuk membaiki perangainya.
Orang-orang lama tentu tahu makna cerita saya ini.
Sekarang ini hebat jadinya; sebagai Guru Utama pada salah
satu persatuan Silat Cekak yang ada. Bergerak senyap ketika
persilatan Silat Cekak diancam gelora. Ambil kesempatan. Buat
persatuan baru dan pakai ejaan lama pada nama persatuan tersebut.
Siapa sangka. Buah cempedak boleh menjadi buah nangka.
Semacam mustahil kalau difikirkan secara akal yang ada.
Pengalaman berbuka puasa bersama Ustaz telah mengubah
pendirian dan pesepsi saya dalam perjuangan Silat Cekak. Pada
orang lain, penceritaan ini mungkin kurang membawa makna. Walau
bagaimanapun pada diri saya, pengalaman itu benar-benar telah
mengubah pegangan dan pendirian saya dalam konteks hubungan
sesama ahli dalam persilatan yang sama.
Kami berbuka puasa secara empat biji mata. Tidak melibatkan
murid yang „liat‟ tersebut. Lagi pun nak buka apa. Memanjang sahaja
terbukanya. Setelah berbuka puasa, sembahyang dan segala-
galanya maka berpesanlah Ustaz pada saya.
Masih ingat lagi gambaran kata-kata pesanan Ustaz. “Dalam
dunia ini ada tiga golongan manusia yang tidak ada perasaan iri
hati. Guru, ibu dan bapa. Sebaik-baik kawan tetap terlintas
perasaan cemburu dan iri hati. Tak banyak, sikit……”
Panjang juga perbualan Ustaz bagi membuktikan perangai
manusia yang pelbagai sifat dan pelbagai sikap walaupun seguru
silat. Saya khusuk mendengarnya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 338
Sebak di hati saya. Rasa menyesal juga atas perbuatan yang
saya lakukan terdahulu. Namun begitu kesan daripada penerangan
Ustaz itu, maka lagi fahamlah saya ketika itu tentang tindak-tanduk
manusia dalam apa bidang atau dalam apa lapangan kehidupan
sekalipun. Lebih-lebih lagi dalam konteks hubungan sesama ahli
walaupun dalam satu perguruan yang sama. Satu guru dan satu
persatuan. Perasaan iri hati tetap ada. Kalau tidak banyak, sikit tetap
ada. Tidak kiralah sama ada sifat itu kekal atau berupa lintasan di
hati. Cuma, tahapnya mungkin berbeza.
Kalau setakat iri hati, perasaan itu hanya berkisar di hati dan
mungkin tahapnya tidak „membahayakan‟. Kita boleh ambil hati pada
mereka yang makan hati. Hanya perlu mengalah dalam beberapa
perkara. Sifat mengalah bukan bererti kalah. Sebaliknya kita
mengorak langkah bagi membaiki hubungan. Sesama ahli silat perlu
berpadu. Ikrar telah dibaca. Satu bentuk sumpahan. Tidak salah jika
kita mencari satu titik persamaan pendapat. Oleh itu, sifat bertolak
ansur boleh diguna pakai dalam hal-hal yang kurang membawa
kemudaratan diri.
Walau bagaimanapun, jika perasaan iri hati itu diluah atau
dicanang ke sana dan ke mari maka sifat itu telah menjadi taraf
dengki. Sedikit susah untuk menghadapinya. Suka tikam dari
belakang. Tidak kiralah belakang mana. Kita kurang upaya untuk
membersihkan nama pada pemikiran ahli-ahli yang telah dinoda.
Kadang kala membazir masa untuk membuat penjelasan pada
mereka yang bertanya. Jika gagal membuat penjelasan maka
timbullah perasangka buruk pada diri kita. Kebenaran tindakan
dengki itu tidak ada. Hanya fitnah semata-mata.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 339
Seterusnya, jika perasaan itu disertakan dengan tindakan
maka itulah sifat khianat. Lagi susah. Itulah sifat jahat yang bertujuan
untuk menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pada orang lain.
Telah jadi geng setan. Kita memerlukan benteng yang kuat serta
semangat yang kental kalau ingin menghadapinya. Jika gagal
berbuat demikian, diri kita akan kecundang. Terpaksalah mengalah
dan seterusnya menghilangkan diri. Maka berkekalanlah sifat kita
dicap sebagaimana yang digambarkan mereka yang bersifat setan
tersebut.
Nampaknya, semua tahap iri hati itu telah saya tempuhi dalam
persilatan Silat Cekak. Walau bagaimanapun, saya tidak berasa apa-
apa. Memang dijangka. Telah ditelah Ustaz akan sifat manusia.
Sebaik-baik kawan tetap wujud perasaan iri hati. Cuma, adakah
perasaan itu dapat disekat pada tahap di hati atau terus ke tahap
dengki dan berlarutan hingga ke tahap khianat dalam satu proses.
Tidak hairanlah dalam persilatan kita, „konsep kawan makan kawan‟
semakin berleluasa dari masa ke masa setelah pemergian Ustaz.
Puncaknya ialah pepecahan pada gelombang pertama dan
kedua. Saya yakin jika kita tidak berhati-hati maka kita akan
menghadapi masalah yang sama dalam konteks hubungan sesama
ahli. Pada hal, kita ada majlis ikrar yang berbentuk sumpah dan janji.
Sesama ahli tidak boleh bergaduh. Termasuklah bermasam muka.
Tapi, sumpahan itu „tak jalan‟. Janji akan tinggal janji. Sumpah akan
terketepi. Maka jadilah majlis ijazah sebagai satu majlis keramaian.
Majlis suka-suka sebagai melepaskan upacara adat. Bukannya satu
majlis yang menyaksikan satu perjanjian antara guru dengan
muridnya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 340
Kita kurang belajar dari kesilapan. Sepatutnya pengalaman
berpecah dalam gelombang pertama boleh dijadikan baru sempadan
atau benteng untuk menahan atau membendung pepecahan
berikutnya. Namun begitu, pepecahan berterusan sukar disekat.
Berpecah tetap berpecah dan pastinya akan terus berpecah lagi.
Bukan senang mendapatkan ahli yang bersatu hati. Tetap ada
perasaan dengki. Itu sebab agaknya hubungan sesama ahli telah
dijadikan salah satu prinsip ikrar berbentuk sumpah. Itupun sanggup
dilanggar.
Berbalik cerita tentang pengalaman berbuka puasa dengan
Ustaz. Pesanan Ustaz telah benar-benar menusuk jiwa saya. Ketika
itulah perasaan saya kembali lega. ‘Pulang pilih sedia kala‟. Nasihat
Ustaz tentang konsep taat pada kedua ibu bapa dan guru serta
konsep iri hati yang sentiasa wujud dalam hati setiap manusia, telah
menarik perhatian saya untuk terus berjuang dalam persilatan Silat
Cekak. Azam menyambung perjuangan Silat Cekak telah mula
terbina.
Fahamlah saya akan alasan terketepi daripada menerima
pelajaran ikat tangan dalam kumpulan pertama. “Mana mungkin baru
tamat belajar maka memperoleh ilmu tersebut; berbanding dengan
penglibatan mereka yang begitu lama”. Itulah gambaran kata hati
mereka.
Setelah mendapat kefahaman jelas dari Ustaz maka saya
bertekad. Lebih baik saya berterus terang dalam tindak tanduk saya
dalam persilatan Silat Cekak. Tidak guna jaga-jaga hati kalau kita
jujur. Cuma, jangan keluarkan isi perut. Busuk jadinya. Itulah prinsip
perjuangan saya dalam persilatan Silat Cekak dalam bentuk jelmaan
baru.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 341
Maka perangai berkunjung ke pejabat silat telah diteruskan
semula. Kekal seadanya ketika di sana. Hal yang demikianlah juga
telah menyebabkan saya tersangat suka bersikap terus terang dalam
persatuan dan persilatan. Kalau setakat menjaga hati, pasti tetap ada
yang dengki. „Hukum dalam perhubungan‟. Namun begitu, sifat
dengki yang wujud itu telah menguji ketahanan saya dalam
perjuangan Silat Cekak. Sesungguhnya, peranan saya adalah teruji.
Puas hati.
Itu sebabnya saya berjanji pada diri sendiri dan pada Ustaz
sebelum Ustaz „kembali‟. “Selagi bergerak dua tangan dan dua
kaki, saya tetap terus memperjuangkan Silat Cekak.” Ada
sejarah di sebalik azam saya tersebut.
Walaupun kini saya tidak mempunyai ruang untuk turun ke
kelas, maka perjuangan tetap diteruskan. Tangan saya masih boleh
bergerak untuk menulis. Maka saya teruskan perjuangan saya
melalui tulisan. Walaupun kemungkinan tulisan saya tidak begitu
menyenangkan, tapi hendak buat macam mana. Itulah kefahaman
yang telah diasaskan Ustaz selama ini buat diri saya. Perjuangan
tetap diteruskan. Pengetahuan yang ada perlu dikongsi bersama.
“Nak pakai, pakai. Tak nak pakai, toksah pakai”.
Apabila ada orang-orang kanan yang menjadikan ketiadaan
Sijil Menengah sebagai isu maka reaksi saya ialah gasaklah engkau.
Saya yakin bahawa perjuangan saya tetap ikhlas. Sama saja dari
awal penglibatan hingga sekarang. Tidak rebut apa-apa. Orang
singkir maka singkirlah. Tidak rasa apa-apa. Tapi, janji saya pada
Ustaz tetap diteruskan. Saya berpegang dengan janji saya itu. Masih
kekal sepanjang masa. Pada orang lain saya peduli apa. Bukannya
saya berjanji dengan mereka.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 342
Kini saya difahamkan bahawa ujian Sijil Menengah telah
diperkemaskan lagi. Tidak memudahkan ahli untuk menerima
pelajaran ikat tangan dalam proses ujiannya. Ada ujian buah jatuh
secara mengambil buah sebelah kiri. Tentu juga atas cadangan
orang-orang kanan yang ada. Sebab, seperti yang dikata bahawa
peranan mereka telah turut mewarnai suasana yang ada, baik dari
segi tanggapan, kefahaman mahupun tindakan.
Saya tidak menganggap bahawa pembaharuan bentuk ujian
itu sebagai sesuatu yang tidak baik. Kemungkinan pada masa
sekarang, bentuk ujian itu adalah merupakan satu keperluan untuk
membuktikan kesungguhan. Bersungguh mendapatkan pelajaran
dan bersungguh untuk mengikat perhatian ahli pada persilatan.
Sekurang-kurangnya mereka perlu menguasai gerak berdasarkan
kebolehan gerak sebelah kiri. Maka, kiri dan kanan semakin cekap
dan mantap. Agaknya.
Saya juga tidak pasti sama ada penerima pelajaran itu
sekarang, diukur akan tahap penguasaan kefahaman tinggi mereka
dalam persilatan Silat Cekak. Mungkinkah ada ujian kefahaman
secara lisan atau secara tulisan yang berfokus pada kefahaman-
kefahaman tersebut. Jika ada, tersangatlah baiknya. Jika tidak ada
maka tersangat eloklah jika diadakan. Masihkah „mandi silat‟ tetap
dijadikan salah satu „syarat tersembunyi‟ bagi membuktikan
kesungguhan dan keberahian penuntut untuk memiliki ilmu ikat
tangan.
Apapun, zaman saya telah berlalu. Zaman telah berubah.
Maka segala-galanya tentulah telah berubah. Orang-orang kanan
persatuan dan persilatan silih berganti. Masing-masing ada idea
tersendiri. Termasuk pemilihan penuntut bagi menerima pelajaran
tersebut.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 343
BAB 4
NUKILAN PENGALAMIAN
DALAM UPACARA
SILAT CEKAK.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 344
Pendahuluan
Merujuk petikan kata-kata Ustaz tentang persilatan Silat
Cekak, kita boleh bahagikan sifat-sifat itu kepada tiga (3) sifat utama.
Sifat pertama yang ada pada petikan itu adalah menggambarkan
rupa bentuk Silat Cekak itu sendiri, termasuk pelbagai adat dan adab.
Sifat kedua adalah merujuk pada pelajaran Silat Cekak itu sendiri
yang muktamad dan tetap. Manakala Sifat ketiga Silat Cekak seperti
yang digambarkan pada petikan tersebut ialah cara pembelajarannya
yang bercorak ilmiah.
Dalam bab ini saya menulis untuk berkongsi pengalaman
akan perasaan yang saya tempuh dalam proses pembelajaran Silat
Cekak. Dalam proses pembelajaran Silat Cekak itu, ada dua (2)
perkara yang amat menarik perhatian saya berkaitan dengan upacara
persilatan. Pertamanya ialah majlis penamat yang berkaitan dengan
ayam penunjuk dan keduanya majlis ijazah pemulaan dan ijazah
penamat yang berkaitan dengan kain putih mandi silat.
Berdasarkan dua perkara itulah saya membuat tulisan ini
dalam bentuk nukilan perasaan yang ada dalam hati. Itulah kata-kata
hati saya dalam proses pembelajaran Silat Cekak yang berkaitan
dengan dua perkara tersebut. Saya berharap melalui pembacaan,
fikiran kita lebih terbuka dan lebih memahami segala bentuk
kefahaman yang berkaitan dalam persilatan Silat Cekak.
Majlis Penamat. - Ayam Penunjuk/Petunjuk
Dalam perbincangan tulisan kali ini saya ingin menarik
perhatian pembaca akan dialog seperti yang berikut mengenai ayam
penunjuk dalam majlis penamat.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 345
“Kalau tamat silat hanya ada enam orang, perlu ayam
ke?”. Tanya seorang ahli pada pengurus persatuan.
Maka jawapan yang diberi berbunyi, “Berkenaan ayam
penunjuk, tidak perlu. Jika lebih dari tujuh orang baru ada”.
Saya sangat tertarik dengan perbualan ahli tersebut dan
menyebabkan saya berminat untuk menyentuh hal itu dalam tulisan
ini. Tujuan saya menulis hanya sekadar satu renungan dan ingin
mengimbau kenangan saya ketika tamat dalam Silat Cekak dulunya.
Saya tidak berminat untuk membuat komen tentang buruk atau
baiknya upacara „ayam‟ itu ditiadakan berdasarkan bilangan ahli.
Melainkan, saya ingin mengaitkan soal upacara memilih bahagian
ayam itu berdasarkan pengalaman saya dulu-dulu. Pembaca sendiri
yang boleh membuat keputusan dan kesimpulan tentang perlu atau
tidak tentang upacara tersebut. Begitu jaga keperluannya adakah
mengikut bilangan atau berpegang pada adat persilatan tanpa
mengira jumlah ahli yang ada. Jawab sendiri. Semua jawapan
mungkin betul berdasarkan tahap pemikiran kita.
Kadang kala kita mungkin terkeliru antara istilah ‘ayam
petunjuk’ atau „ayam penunjuk’. Kalau berdasarkan makna bahasa,
„Penunjuk‟ adalah bermaksud alat yang digunakan untuk menunjuk
atau menunjukkan. Manakala istilah „Petunjuk‟ adalah bermaksud
sesuatu yang menunjuk atau menunjukkan seperti tanda dan isyarat
dan lain-lain yang memberitahu tentang sesuatu. Maka boleh
ditafsirkan juga bahawa sifat penunjuk adalah merujuk pada alat
manakala sifat petunjuk adalah merujuk pada pelakuan.
Kalau zaman dulu-dulu, dalam majlis penamat silat, ada yang
sebut petunjuk dan ada yang sebut penunjuk. Ketika itu tidak ada isu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 346
Tidak perlu kata putus untuk menetapkan istilah sebutan. Sebutlah
sesuka hati. Tujuannya tetap sama. Ahli yang tamat akan pilih
bahagian ayam. Pelakuannya akan dicatat dan disimpan entah di
mana-mana. Setahu saya tidak pernah ada rujukan kembali bagi
mengulang kaji sifat ahli. Hal yang demikian kerana Ustaz tidak
pernah bergantung pada isyarat memilih bahagian ayam untuk
menentukan sifat ahli.
Upacara majlis penamat adalah merupakan sifat persilatan
Silat Cekak yang pertama seperti mana yang saya bincangkan di
atas. Seperti yang saya katakan juga, sifat Silat Cekak yang pertama
dan ketiga itu adalah tidak tetap. Boleh berubah-ubah pada rupa
bentuk Silat Cekak dan sistem penyampaiannya; tetapi tidak pada isi
pelajarannya. Semua perubahan tersebut adalah berdasarkan
kehendak Guru Utama yang merupakan pemimpin tertinggi dalam
persilatan Silat Cekak.
Dalam zaman Ustaz telah berlaku perubahan dalam upacara
tamat silat yang berkaitan dengan ‘ayam’. Perubahan yang berkaitan
dengan „ayam‟ itu terus berlaku dan berlarutan di zaman Pak Ak.
Maka tidak hairanlah jika proses tamat silat boleh berubah
seterusnya dari semasa ke semasa. Saya akan menyentuh akan
proses perubahan itu dalam tulisan seterusnya.
Ustaz pernah menceritakan pada saya. Dulu-dulunya, acara
memilih bahagian ayam adalah dilakukan sebelum seseorang itu
diterima menjadi ahli silat. Sifatnya atau pelakuannya memilih
bahagian ayam yang tertentu telah dijadikan ukuran untuk
menentukan sifat kesetiaan murid terhadap gurunya. Ustaz telah
mengubah waktu upacara tersebut. Demi menghormati adat yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 347
sedia ada, upacara itu dikekalkan tapi diletakkan di bahagian akhir
iaitu selepas ijazah tamat silat.
Maknanya pada saya, upacara itu kurang penting pada Guru
Utama bagi menentukan pelakuan atau sifat muridnya. Cuma, seperti
yang saya katakan bahawa demi menghormati upacara memilih
bahagian ayam tersebut maka adat itu telah dikekalkan. Sesuailah
dengan sifat Silat Cekak sebagai Seni Pusaka Bangsa Melayu.
Pada pandangan saya juga, upacara yang berkaitan dengan
„ayam‟ di zaman saya dulunya ada banyak baiknya. Ayam yang
dibawa setiap ahli yang hendak tamat, boleh dijadikan lauk kenduri
yang melibatkan ahli-ahli yang baru tamat dan ahli-ahli yang telah
lama tamat. Secara langsung maka wujudlah hubungan akrab
sesama ahli yang baru tamat dan telah lama tamat. Ada banyak lagi
kebaikan di sebalik tindakan Ustaz mengekalkan adat sedemikian.
Kebenarannya, Ustaz tidak langsung bergantung pada pelakuan
anak muridnya yang memilih bahagian ayam yang tertentu untuk
menentukan sifat atau sikap mereka pada guru atau pada sesama
rakan.
Adatnya, kalaulah Ustaz bergantung pada pelakuan ahli
memilih bahagian ayam, tentulah ramai ahli yang terpancung. Hal
yang demikian kerana wujudnya perasaan curiga atas pegangan
yang yang tidak nyata akibat memilih bahagian ayam yang tertentu
yang melambangkan sifat derhaka atau sebagainya. Bukan itu
kebenaran ajaran atau kefahaman Ustaz. Ajaran Ustaz adalah jelas.
“Silat adalah gerak. Yang bergerak adalah dua tangan dan
dua kaki. Gerak dua tangan dan dua kaki itu pula adalah hak Yang
Empunya Gerak. Tidak ada siapa pun yang boleh mendabik dada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 348
atau mendakwa diri sebagai pakar atau hebat. Semuanya ditentukan
Allah”.
Pada pandangan saya, catatan tentang pelakuan ahli memilih
bahagian ayam itu hanyalah „eksyen‟ sahaja. Seronok-seronok. Tidak
pernah dijadikan bahan rujukan pun. Saya pernah membuat komen
tentang hal yang demikian dalam satu majlis perjumpaan Jurulatih di
zaman Pak Ak. Tidak pasal-pasal menaikkan darah orang-orang
kanan Silat Cekak. Tapi Pak Ak releks sahaja. Saya senyum seorang
diri.
Majlis tamat adalah merupakan puncak pembelajaran Silat
Cekak. Konsep tamat silat dalam persilatan Silat Cekak agak berbeza
dengan kebanyakan silat Melayu yang lain. Ada silat yang tidak
tamat-tamat atas konsep „tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat.‟ Itu
sebab pelajarannya tidak boleh ditamatkan. Ada silat Melayu yang
berkonsepkan tamat silat membawa makna habis pelajaran. Tidak
ada pelajaran lagi. Boleh menghilangkan diri atau boleh juga ajar silat
yang dituntut itu jika gurunya memberi izin.
Konsep tamat silat dalam Silat Cekak agak berbeza sikit.
Berbeza kerana kelainan sifat dengan konsep tamat dalam kalangan
persilatan Melayu yang lain. Tamat silat dalam Silat Cekak tidak
bermakna habis pelajaran silat. Selepas majlis tamat silat, rupa-
rupanya masih ada pelajaran lagi. Pelajaran tersebut lebih penting
dan lebih bermakna dalam gerak silat. Tapi, ada juga dalam kalangan
ahli kita yang tamat silat tapi tidak memahami konsep tamat silat
tersebut dalam persilatan Silat Cekak. Selepas majlis tamat silat,
penglibatannya terus „tamat‟. Tidak muncul-muncul lagi. Cabut lari.
Ghaib. Amat merugikan. Tapi itulah sifat tidak ada habuan namanya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 349
Pada zaman saya dulu, umumnya apabila disebut majlis
tamat silat maka akan tergambar tiga (3) prinsip utama. Pertamanya
ialah majlis ijazah penamat itu sendiri, keduanya ialah berkaitan
ayam dan ketiga ialah mandi silat. Dalam ketiga-tiga prinsip itu,
mungkin hal yang berkaitan dengan ayam telah banyak
perubahannya. Cuba kita singkap semula kenangan saya dulu-dulu
tentang majlis tamat silat yang tersangat penting dalam pembelajaran
Silat Cekak.
Majlis ijazah penamat dapat dikatakan sebagai satu syarat
utama untuk mempelajari rahsia pelajaran termasuk rahsia
menyerang dalam Silat Cekak. Hal yang demikian meliputi kaedah
serangan dan sasaran serangan. Itulah pelajaran satu peratus yang
dikatakan sebagai tumbuk serang. Ada sasarannya. Maknanya,
apabila berjaya melalui ijazah tersebut, barulah penuntut diberitahu
pelbagai petua termasuk sasaran tumbukan. Sebelum itu, sasaran
tumbukan adalah secara umum, hanya ditekankan sasaran pada
bahagian atas, tengah dan bawah.
Hal yang berkaitan dengan ayam dalam majlis penamat
terdapat beberapa sifat. Dulu, setiap ahli yang hendak tamat perlu
membawa ayam seorang seekor. Syaratnya, mesti ayam jantan
kampung. Sebaik-baiknya baru belajar berkokok dan mula pandai
„mengereng‟. Secara simboliknya, ayam yang baru belajar berkokok,
baru pandai mengereng dan balohnya baru hendak tumbuh boleh
membawa maksud bahawa „tuan‟ yang membawanya bersifat lebih
„bernafsu‟ untuk menguasai pelajaran Silat Cekak secara bersungguh
hati.
Dalam banyak-banyak ayam tersebut, dua atau tiga ekor akan
dijadikan ayam petunjuk/penunjuk. Bilangannya bergantung pada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 350
jumlah penuntut yang tamat. Masa saya tamat di Universiti Malaya,
bilangan ayam yang dijadikan ayam petunjuk itu adalah dua ekor.
Bilangan kami adalah seramai lebih empat puluh orang. Ayam-ayam
yang lain disembelih dan dijadikan lauk kenduri; dijamu pada semua
ahli lama yang dijemput hadir. Semua urusan pembelian ayam dan
kenduri-kendara telah dikendalikan pihak ibu pejabat. Kami hanya
memberi wang berdasarkan nilai seekor ayam bagi setiap penuntut
yang hendak tamat, ditambah dengan bayaran upah memasak.
Ketika saya memimpin cawangan, adat tersebut tetap
dipertahankan. Setiap ahli yang hendak tamat, mesti bawa ayam
seorang seekor. Sifat ayam seperti yang dinyatakan terdahulu. Ayam
jantan kampung yang baru belajar berkokok dan mula pandai
„mengereng‟. Sifat yang demikian adalah merupakan satu simbolik.
Sifat jantan yang sentiasa galak dan „mahu.‟ Begitulah harapan pada
ahli setelah tamat silat. Sentiasa „bernafsu‟ untuk berlatih dan terus
berlatih.
Ahli yang hendak tamat hanya perlu menyediakan wang bagi
maksud pembelian ayam dan urusan memasak. Kami akan
mengendalikannya setiap kali majlis tamat silat. Teringat satu
peristiwa yang berkaitan pembelian ayam. Saya bertugas bersama
seorang ahli yang bernama Zakaria untuk membeli ayam kampung di
pasar. Kami menggunakan keretanya jenis Toyota KE. Jumlah ayam
adalah puluhan ekor. Hal yang demikian menyebabkan ada raga-
raga ayam yang terpaksa dimasukkan dalam kereta. Tidak cukup
ruang untuk disimpan dalam but kereta.
Dalam perjalanan balik, ayam-ayam tersebut terlepas dari
raganya. Apa lagi. Berkeliaran dan berterbanganlah ayam-ayam
tersebut yang tidak kurang dari sepuluh ekor dalam kereta yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 351
sedang dipandu. Betullah kata pepatah, “Ayam terlepas, tangan dan
badan berbau tahi”.
Setelah sampai di rumah saya, hendak menangkap ayam-
ayam tersebut, satu hal. Kereta terpaksa dihantar ke tempat mencuci
kereta. Saya tidak pasti apa perbincangan antara kawan saya
dengan pencuci kereta tersebut. Saya sibuk dengan urusan yang lain
berkaitan ayam.
Ayam yang digunakan dalam majlis penamat ada proses
kerjanya. Ustaz akan datang pada waktu petang. Pagi-pagi esoknya
barulah ayam-ayam tersebut disembelih Ustaz. Seekor atau dua ekor
dijadikan ayam petunjuk. Selebihnya dijadikan lauk kenduri. Kami
akan masak secara gotong-royong. Terpupuk hubungan baik sesama
ahli.
Dalam perkembangan berikutnya, Ustaz membenarkan kami
menyembelih ayam-ayam untuk dimasak kecuali ayam
penunjuk/petunjuk. Hal yang demikian membolehkan Ustaz datang
lewat sedikit. Ustaz hanya menyembelih ayam penunjuk/petunjuk dan
proses menyediakan ayam tersebut dilakukan kami sendiri. Emak
saya akan memasaknya.
Pada peringkat awal penyediaan ayam petunjuk/penunjuk,
agak kecoh juga. Mana emak saya tahu akan cara penyediaannya.
Ayam tersebut dimasak secara masakan ayam golek. Berkuah. Ustaz
memberi teguran tapi tidak marah. Kehendak Ustaz adalah mudah.
Rebus sahaja ayam tersebut. Semua „kandungan ayam‟ dimasukkan
semula dalam badan ayam seperti sedia kala misalnya hati,
mempedal, usus dan sebagainya. Tempoh rebusan perlu berhati-hati
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 352
agar bahan-bahan dalaman itu tidak terlalu kecut. Susah untuk
digunakan.
Untuk perkembangan berikutnya, Ustaz sendiri akan
membawa ayam penunjuk/petunjuk tersebut. Lain-lain ayam, kami
sembelih sendiri. Hal yang demikian akan membolehkan Ustaz tidak
perlu datang awal semata-mata kerana hendak sembelih ayam.
Ustaz terpaksa berbuat demikian kerana halangan masa. Bilangan
kelas semakin banyak di seluruh negara.
Perkembangan berikutnya pula melibatkan arahan bahawa
dalam majlis penamat, ahli-ahli yang hendak tamat tidak perlu
menyediakan ayam lagi. Cuma sediakan Ayam penunjuk/petunjuk.
Itupun akan dibawa Guru Utama. Maknanya, tidak payah kenduri
kendara. Kalau hendak buat juga, boleh. Guna daging. Apapun,
terpulang kepada pihak cawangan atau pusat-pusat latihan untuk
berbuat demikian. Ada kelonggaran.
Dalam hal ini saya tetap mempertahankan adat membawa
ayam seorang seekor. Malah, hal yang demikian berjaya
dipertahankan bertahun-tahun lamanya sehinggalah saya berpindah
rumah dari kampung ke taman perumahan. Di kawasan taman
perumahan amat sukar untuk membuat kerja-kerja memasak secara
bergotong-royong. Maka barulah adat membawa ayam seekor
seorang diganti dengan pembelian daging lembu atau daging kerbau
berdasarkan jumlah kilo yang dikehendaki. Walau bagaimanapun,
ahli yang hendak tamat tetap perlu menyediakan nilai wang yang
bersamaan seekor ayam, di samping bayaran-bayaran lain.
Maka semua kerja memasak dilakukan secara swasta. Upah
orang lain. Lama-lama, semua amalan kenduri-kendara telah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 353
ditiadakan dari masa ke masa. Cuma, kami sediakan nasi kosong
untuk ahli-ahli yang bakal tamat bagi „menyambut‟ bahagian ayam
yang bakal dipilih.
Ada ahli yang bertanya. Kenapa kita menggunakan ayam
dalam majlis penamat, tidak binatang-binatang lain. Saya sendiri
tidak pernah mendengar jawapan Ustaz, sebab ketika itu tidak ada
persoalan. Generasi saya ialah generasi X. Menurut perintah. Tidak
ada persoalan. Orang suruh buat, kami buat. Sebaliknya anak didik
saya ramai yang generasi Y. Generasi ini selalu bertanya akan logik
sesuatu. Why?. Jawapan perlu diberi bagi menjelaskan persoalan
mereka. Maka adalah keperluan saya untuk memberi jawapan
berdasarkan ilmu dan pengalaman saya seadanya.
Seperti yang saya bincangkan di awal penulisan, sifat Silat
Cekak yang pertama telah berubah, boleh berubah dan sentiasa
berubah. Maka tidak hairanlah tradisi membawa ayam setiap orang
seekor boleh berubah dan diganti dengan penyediaan daging lembu
atau daging kerbau bagi menggantikan ayam. Cuma, tidak mungkin
seseorang ahli yang hendak tamat perlu membawa seorang seekor
kerbau atau seekor lembu. Memadai dengan daging lembu atau
daging kerbau berdasarkan jumlah kilo yang tertentu. Hal yang
demikian membawa makna, penyediaan ayam bukanlah sesuatu
yang mesti atau perlu lagi. Hanyalah adat dan dipertahankan
berdasarkan kemampuan dan tuntutan masa dan situasi yang ada.
Perkara pastinya, bahan untuk dijadikan isyarat penunjuk atau
petunjuk tetap berdasarkan ayam dan dikekalkan dari masa ke masa.
Maka itulah jenis binatang yang amat praktikal. Membawa seekor
lembu atau seekor kerbau, bukannya mudah. Begitu juga jika
arahannya membawa seekor burung kasawari atau sebagainya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 354
Tetapi, kenapa tidak itik seperti itik nila, itik angsa atau pelbagai jenis
itik lagi.
Penggunaan Ayam Untuk Majlis Penamat.
Saya menarik perhatian pembaca tentang penggunaan ayam
sebagai bahan terpenting dalam upacara penamat silat.
Sesungguhnya binatang ayam adalah sejenis binatang yang
mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam masyarakat Melayu
dulunya. Boleh dikatakan setiap rumah akan membela ayam.
Pemeliharaan binatang lain seperti itik dan sebagainya adalah
merupakan pilihan. Tidak seperti binatang ayam yang „mesti‟
dipelihara oleh setiap keluarga Melayu.
Pada masa dulu, „kedudukan‟ ayam adalah tersangat tinggi.
Bukan mudah hendak makan ayam walaupun banyak ayam dibela.
Pada ketika ada tetamu istimewa, barulah ayam disembelih. Maka
dapatlah anak-anak keluarga itu merasa makan ayam. Kalaulah
anak-anak dijanjikan masakan ayam sebagai hadiah, terlalu sangat
bangganya. Zaman dulu-dulu juga, kejadian mencuri di kampung-
kampung banyak dipengaruhi perbuatan mencuri ayam dan telur
ayam. Ada yang ditahan atau dipenjarakan kerana mencuri ayam.
Begitulah secara kasarnya kedudukan ayam dan tentang pandangan
masyarakat terhadap ayam. Begitu tinggi.
Maka tidak hairanlah secara amnya, jika ayam digunakan
dalam upacara persilatan Melayu. Ada yang menggunakan ayam
dalam upacara membuka gelanggang dan ada yang menggunakan
ayam dalam upacara penamat. Perkara pentingnya ialah membawa
bahan yang berharga. Itulah binatang ayam namanya. Praktikal, tidak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 355
terlalu mahal dan mudah dicari. Berbeza kalau diarah membawa
kerbau atau lembu. Mahal. Susah bawa.
Atau, diarah membawa itik. Tidak praktikal kerana binatang itu
tidak menjadi binatang pemeliharan setiap keluarga. Suka cirit tidak
terkawal. Tidak popular. Apatah lagi jika arahannya membawa jenis
burung yang tentunya amat menyusahkan. Kalau terlepas, tidak
boleh dikejar. Kena terbang untuk menangkapnya.
Masa zaman saya, dalam upacara yang berkaitan dengan
ayam penunjuk/petunjuk itu ada syarat-syarat lain yang berkaitan.
Penyediaan ayam perlu bersekali dengan pisau, telor ayam yang
direbus dan terung bulat yang juga direbus. Semuanya perlu disusun
dengan maksud yang tertentu dalam sebuah talam atau dalam
sebuah bekas yang besar. Tengah-tengahnya ialah ayam yang
terkandung dalamnya semua organ-organ dalaman seperti jantung,
hati, mempedal, usus dan pelbagai bahan asal. Cuma,
perkembangan berikutnya, bahan-bahan itu diletakkan pada satu
tempat khas supaya senang diambil.
Di sekeliling ayam tersebut, disusun telur ayam rebus dan
diikuti dengan terung bulat rebus. Maknanya ada empat lapisan
susunan bahan-bahan tersebut. Pertamanya terung, keduanya telur,
ketiganya ayam dan keempatnya organ dalaman yang diletakkan
dalam badan ayam. Maka bermulalah upacara memilih ayam
tersebut.
Pelakuan dan pemilihan bahagian ayam itu secara tepat
dikatakan hanya boleh ditafsir Guru Utama. Ahli-ahli Silat Cekak
hanya boleh berteka-teki bagi membuat tafsiran. Walau
bagaimanapun kita tidak boleh nafikan bahawa tingkah laku memilih
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 356
bahagian ayam itu ada kaitannya dengan adat atau tradisi atau
kepercayaan dalam budaya masyarakat Melayu. Pada mereka yang
memahami adat dan tradisi tersebut, tentunya akan dapat membuat
tafsiran sendiri berdasarkan ilmu dan pengalaman berada dalam
budaya Melayu. Namun begitu, jawapan sebenar atau sepatutnya
pada teka teki akan tafsiran memilih bahagian ayam tersebut hanya
sah ditafsir oleh orang yang menganjurkan upacara tersebut;
berdasarkan jawapan sekehendaknya.
Susunan bahan-bahan dalam upacara pemilihan ayam
tersebut tentu ada makna dan tujuannya. Jika tidak, apa guna
disusun bahan-bahan itu bermula dengan terung, telur, ayam dan
organ dalaman. Sifat memilih bahagian ayam itu akan membawa
makna sama ada bahan yang dipilih menunjukkan sifat tertentu atau
proses atau cara pemilihan bahagian ayam itu akan memperlihatkan
pelakuan atau perwatakan tertentu.
Penjelasan mudahnya dapat dinyatakan seperti berikut. Jika
memilih dada ayam misalnya, pemilihan itu menandakan sesuatu.
Akan tetapi pelakuan atau cara memilih bahagian ayam itu juga akan
menunjukkan watak kita yang tertentu. Ada yang memilih semua
bahagian ayam termasuk terung dan telor. Kita sendiri boleh
membuat pelbagai tafsiran secara tersirat ekoran sifatnya tersebut.
Maknanya, kita mungkin boleh mentafsir akan sifatnya yang bongkak
atau tamak.
Itu sebab saya katakan bahawa pemilihan ayam tersebut
boleh ditafsir berdasarkan bahan yang dipilih atau ditafsir melalui
proses pemilihannya yang melambangkan sifat atau pelakuannya. Itu
sebabnya istilah-istilah penunjuk dan petunjuk, ada maknanya
berdasarkan amalan budaya masyarakat Melayu. Walau
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 357
bagaimanapun, seperti yang saya katakan, silat kita tidak bergantung
pada sifat penuntut memilih bahagian ayam.
Akan tetapi pada kebenarannya atau pada hakikatnya, kalau
tidak ada upacara pemilihan bahagian ayam itu sekalipun, kita masih
boleh mentafsir pelakuan anak didik kita yang mungkin bersifat
tamak, panas baran, melawan dan sebagainya. Dari sifat itulah kita
boleh menentukan sama ada anak didik kita itu boleh dilantik sebagai
pembantu jurulatih atau boleh menjawat apa-apa jawatan bagi
membantu kerja usaha kita menggerakkan persatuan dan persilatan
Silat Cekak yang dipertanggungjawabkan pada kepimpinan kita.
Setelah kita berpecah dalam gelombang pertama dan kedua,
adat yang berkaitan dengan ayam semakin longgar. Namun begitu,
kita masih mengekalkan penggunaan ayam penunjuk/petunjuk. Cuma
pemberatan membawa ayam seorang seekor telah hilang begitu
sahaja dek kerana tuntutan masa dan situasi yang tidak memerlukan
adat itu dikekalkan. Walau bagaimanapun ada juga dalam persilatan
Silat Cekak yang lain iaitu yang tidak asli, telah mentiadakan
langsung penggunaan ayam dalam upacara majlis penamat.
Dalam persilatan kita, penggunaan ayam penunjuk atau
petunjuk mungkin semakin tidak diberatkan lagi. Saya difahamkan,
kalau bilangan ahli yang tidak mencapai sasaran tertentu maka
upacara ayam penunjuk atau ayam petunjuk, tidak perlu ada. Saya
tidak mahu membincangkan baik atau buruknya.
Saya berpandangan, tradisi tersebut eloklah dikekalkan.
Walaupun kita tidak bergantung pada pelakuan memilih bahagian
ayam tersebut akan tetapi adat itu merupakan satu keistimewaan kita
yang rasanya tidak ada pada persilatan Melayu lain. Pengalaman
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 358
membawa ayam seekor seorang telah tiada pada generasi baru.
Akan tetapi adat memilih bahagian ayam boleh memberi pengalaman
manis sepanjang mereka berada dalam Silat Cekak hingga tamat.
Oleh sebab peraturan telah ada tentang bilangan ahli yang
hendak tamat dengan penyediaan ayam penunjuk atau ayam
petunjuk itu maka menjadi satu cabaran pada kepimpinan di pusat-
pusat latihan. Bagi mengekalkan adat dan tradisi itu maka keperluan
menyediakan bilangan ahli yang „mencukupi‟ perlu diusahakan. Hal
yang demikian bagi membolehkan upacara tersebut berlangsung.
Perkara pentingnya ialah upacara itu perlu dikekalkan di tempat kita
dan perlu diberi pengalaman pada semua ahli yang kita bimbing
seperti mana pengalaman yang pernah kita alami. Adil.
Kalau kita sendiri pernah alami proses pemilihan bahagian
ayam, maka berilah pengalaman tersebut ada ahli-ahli lain yang
hendak tamat. Jangan kita bangga dengan pengalaman dalam
sejarah persilatan Silat Cekak secara seorang diri sahaja dengan
menafikan hak orang lain untuk memperoleh pengalaman yang
sama. Ciptakan kenangan bersama dalam pensejarahan penglibatan
dalam persilatan Silat Cekak. Jangan syok sendiri. Perkongsian
pintar.
Berbalik pada majlis tamat silat, akhirnya upacara itu disudahi
dengan mandi silat pada malam itu juga. Ada yang mandi bersama
kain putih yang telah diijazah bersamanya. Tapi ada juga yang
berasa sayang untuk membasahkan kain putih tersebut. Azam
mereka ialah mereka hanya akan menggunakan kain putih itu apabila
mandi selama empat puluh hari dimulakan. Ada saat dan ketikanya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 359
Sebagai orang yang telah lama berkecimpung dalam
persilatan Silat Cekak, saya dapat melihat akan pelbagai perubahan
dari masa ke masa. Sesungguhnya perubahan adalah sesuatu yang
tidak boleh disekat-sekat lagi. Berubah tetap berubah. Proses
perubahan pada rupa bentuk atau sifat Silat Cekak itu dan proses
penyampaiannya adalah berlaku terlalu kerap. Perubahannya sukar
dijangka lagi.
Sebaliknya perubahan dalam sifat kedua Silat Cekak iaitu isi
pelajarannya mula berubah dari masa ke masa bergantung pada
pembawaan guru yang pelbagai persatuan. Saya tidak mahu
membuat ulasan tentang buruk baiknya. Cuma, saya hanya suka
menceritakan akan perubahan yang berlaku itu. Sebagai orang lama,
saya hanya boleh tengok sahaja. Selalu saya tegaskan.
Ayam berkokok tanda hari nak siang. Kalau ayam tidak
berkokok maka hari tetap siang. Kalau ayam itu terlebih kokok akan
mengundang tuan ayam menangkap dan menyembelihnya.
Mengganggu. Kalau tidak tergamak menyembelihnya, pasti akan
„dipungkangnya‟ dengan sliper setiap kali ayam itu cuba berkokok
terutama awal pagi. Mengganggu tidur yang enak.
Apapun, saya berpandangan berilah seberapa banyak
pengalaman yang ada dalam Silat Cekak pada ahli-ahli yang tamat
silat. Jika tidak ada lagi beberapa perkara yang dulunya ada maka
teruskan usaha memberikan pengetahuan secara bercerita.
“Duluuuuuu…….” Hal yang demikian bagi mempastikan bahawa
Silat Cekak tetap merupakan satu silat Melayu yang tersangat unik,
penuh dengan adat dan istiadatnya sesuai dengan sifat Silat Cekak
sebagai Pusaka Bangsa Melayu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 360
NUKILAN PERASAAN TATKALA TAMAT SILAT.
1. Ijazah Tamat silat
Teringat kisah lama dalam majlis tamat silat. Lebih empat
puluh tahun telah berlalu. Namun begitu, kenangan berada dalam
majlis tersebut tetap segar dalam fikiran yang ada. Sukar dilupa. Ingin
berkongsi pengalaman lama-lama untuk pembacaan generasi muka
dalam persilatan kita. Tidak bermaksud apa-apa. Cuma, pengalaman
manis tersebut adalah merupakan pensejarahan penglibatanku
dalam Silat Cekak
Majlis tamat adalah merupakan faktor pendorong buat diriku
untuk menghabiskan pelajaran silat. Memang aku ternanti-nanti akan
tibanya waktu tamat. “Mengidam tamat silat.” Begitulah bisikan
hatiku. Kadang-kadang aku terkenangkan sebab-sebab akan
desakan hati tersebut boleh timbul. Ada kesimpulan tersendiri.
Mungkin ada tiga (3) perkara penting yang menjadikan aku tertarik
pada minat tamat silat.
Pertamanya, pelajaran silat yang ada pada diriku sebelum
bertemu dengan Silat Cekak. Aku tak pernah sembang atau tak
pernah ada pengalaman tentang bab tamat silat. Dalam persilatan
yang terdahulu, aku diyakinkan bahawa pelajaran silat yang
berbentuk ilmu, tak akan boleh ditamatkan. Mana ada ilmu yang
tamat. Sekali belajar akan terus belajar dan belajar dan belajar
hingga diri kita ternyah dari dunia yang fana ini. Begitulah hebatnya
akan fahaman yang ditanamkan dalam pemikiran ahli silat berkenaan
ketika itu. Semuanya akur tanda setuju.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 361
Rupa-rupanya fahaman itu telah terpaku dalam pemikiranku.
Tak boleh ubah-ubah lagi. Menjadi pegangan yang mantap dan
hakiki. Malah, pegangan itu telah dijadikan hujah untuk berbincang
bagi mempertahankan pendapat bahawa ilmu silat memakan masa
untuk menguasainya. Itu sebabnya tak boleh tamat. Sentiasa ada
gerak-gerak yang berkembang dari masa ke masa.
Apabila termasuk dalam persilatan Silat Cekak, banyak
perkara yang menarik ingin. Termasuk tamat silat. Lain pula
kefahamannya. Mana mungkin menuntut ilmu tidak ada
penghujungnya. Tiap-tiap yang bermula pasti ada akhirnya. Mesti ada
penghujungnya. Mencari pelbagai ilmu sememangnya tidak akan
berakhir. Tapi mempelajari gerak silat mesti ada kesimpulannya.
Banyak lagi alasan yang meyakinkan ku bahawa mempelajari silat
ada kesudahannya. Ada tamatnya.
Paku yang terpasak di fikiranku mulai longgar. “Betul juga.”
Kata hatiku apabila memikirkan kelebihan Silat Cekak yang ada
tamatnya. Ada kesimpulan gerak. Aku mula ditanamkan dengan
fahaman baru. “Silat adalah gerak dan yang bergerak itu ialah dua
tangan dan dua kaki. Tak akanlah nak faham pergerakan dua tangan
dan dua kaki tersebut memakan masa yang bertahun-tahun lamanya
hingga tak tamat-tamat.”
Aku difahamkan lagi secara bandingan. Dalam Silat Cekak,
penuntutnya bukan sahaja diajar pelajaran secekak, malah hingga ke
peringkat diajar sekepit. Terlalu sikit umpama bahan yang ada antara
dua jari. Maknanya, pelajarannya ringkas tapi padat. Boleh
ditamatkan dalam masa empat puluh hari. Berbeza dengan silat lain
yang mengajar segantang dan bergantang-gantang. Tidak berfokus.
Tak ada kesimpulan gerak. Itu sebabnya mereka belajar tidak ada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 362
penghujungnya. Tak sampai-sampai. Maka tersangatlah kuat akan
nafsuku untuk mengetahui akan maksud tamat silat dalam Silat
Cekak.
Ada satu sebab lagi yang mendorongku tersangat minat dan
ternanti-nanti akan majlis tamat silat. Malah, aku yakin bahawa teman
seperguruanku dalam Silat Cekak pun turut berpendirian sedemikian.
Segala-galanya berkait rapat dengan watak-watak pembantu Ustaz
dalam kelas silat.
Sekurang-kurangnya ada dua watak tersebut yang banyak
mempengaruhi pemikiranku dan rakan-rakan yang lain. Masih dan
tetap terkenang akan perwatakan mereka. Saya difahamkan bahawa
kedua-duanya telah pergi buat selama-lamanya. Jasa mereka tetap
besar dalam perkembangan Silat Cekak di peringkat awalnya. „Al-
Fatihah‟ buat mereka.
Pak Wan dan Din Panjang nama watak yang dinyata. Suka
bersembang dan suka bercerita. Hal Silat Cekak adalah merupakan
tajuk utama. Kadang-kadang cerita mereka menjadikan kami alpa
untuk teruskan latihan. Banyak masa yang dikorban untuk melayan
karenah mereka. Tapi, bagus juga. Tak perlu sakit-sakit badan
melayan buah-buah yang geraknya kadang kala amat
membosankan. Ketika itu baru buah asas. Mana tahu akan
penghujungnya.
Kadang-kadang kami sengaja kenakan mereka. Reka
soalan, bagi ruang mereka bercerita. Boleh rehat sikit. Melewati
masa. Memang sifat mereka suka bercerita. Satu ketika, Ustaz
menyedarinya. Maka diarahkan kami membuat latihan secara
barisan. Ada pembantunya yang membuat kiraan. Tapi tak kekal
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 363
sepanjang masa latihan. Ada ketikanya tukang kira dalam barisan
lewat tiba, berbanding dengan dua watak yang saya sebutkan itu.
Mereka lebih suka bercerita daripada mengira.
Entah apa sebabnya mereka begitu suka dengan kelas
latihanku. Apapun, cara mereka bercerita tersangat menarik
perhatianku dan rakan-rakan yang lain untuk tamat silat. Cerita tak
pernah habis. Setiap cerita akan disudahi dengan ayat, “Kalau nak
tahu, tunggu sampai tamat.”
Akhiran ayat itu adalah ayat standard dalam penceritaan
mereka. Banyak perkara yang dicerita tentang kefahaman Silat
Cekak. Terkenang antara penceritaan mereka. Kisah tumbukan
dalam persilatan kita. Banyak cakapnya bagi menyedapkan cerita.
Dalam banyak-banyak cakap itu ada ayat yang diungkap. “Dalam
Silat Cekak, kita ada sejenis penumbuk. Macam peluru berpandu.
Radar tak boleh kesan. Tak nampak langsung arah tibanya. Bila
lepas, pasti mengena. Kalau nak tahu, tunggu sampai tamat.”
Begitu juga dengan gerak buah. Ada buah asas yang boring.
Misalnya Keputusan Lintau. Tak ada pukulan. Tak tahu
penghujungnya. Riak muka dan cara kami berlatih memberi pertanda
pada mereka. Tanda tak yakin. Maka mereka mengambil inisiatif
meyakinkan kami. Dibuatnya sambungan. Tunjuk buah jatuh. Hebat.
Tapi tak boleh nampak kerana terlalu pantas dan sukar dikesan
proses geraknya. Tidak diulang walaupun diminta. Pada hal,
pelajaran jatuh belum tiba masanya. Maka mulalah mereka bercerita.
“Buah keputusan bukan calang-calang nilainya. Pakaian
guru. Dalam Silat Cekak, ada cara untuk mengatasinya. Boleh
potong. Tapi kalau dipotong balik, ada cara mengawalnya. Kalau nak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 364
tahu, tunggu sampai tamat.” Begitulah kempen motivasi yang
dipasak mereka dalam pemikiranku dan pemikiran rakan-rakan yang
lain. Hal yang demikian memberi dorongan pada kami untuk terus
belajar hingga tamat silat.
Perkara ketiga yang menarik minatku untuk tamat silat ada
kaitan dengan amalan ilmu megah. Lebih popular dengan gelaran
ilmu batin. Tersangat panjang cerita yang berkaitan dengan amalan
ilmu yang bercanggah dengan agama Islam. Antara ayat yang
dikatakan mereka, “Dalam Silat Cekak kita ada mandi silat. Semua
amalan yang bercanggah dengan agama Islam akan hilang begitu
sahaja setelah kita mandi silat. Kalau nak tahu, tunggu sampai
tamat.”
Hal yang demikian telah menarik perhatianku untuk ternanti-
nanti akan majlis tamat. Apa tidaknya. Masih banyak amalan yang
aku amalkan sebelum masuk Silat Cekak. Ada tangkal lagi yang aku
peroleh dari orang hebat bangsa Indonesia. Masa itu aku tak tahu
akan makna salah atau betul. “Ayat Quran, tentu betul semuanya.”
Kata hatiku.
Tapi, apabila mendengar cerita ahli-ahli lama tersebut, hati
mula ragu-ragu. Maka harapannya, setelah mandi silat dalam majlis
penamat, akan ada tapisan ilmu yang aku amalkan. Maka tidak
hairanlah aku bersemangat untuk tamat. Boleh buang ilmu yang
karut-marut. Kalau ada ilmu yang masih kekal, maknanya ada
kebenaran pada ilmu tersebut.
Berkat kegigihan dan azam untuk tamat, akhirnya aku dan
rakan-rakan pun masuk zon tamat silat. Sebagai pemimpin
persatuan, aku dihubungi pihak ibu pejabat. Kena sediakan persiapan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 365
untuk majlis tamat. Dua bahan yang menarik perhatianku.
Pertamanya ialah kain putih dua setengah hasta dan keduanya kena
bawa ayam jantan jenis kampung. Setiap orang, seekor ayam. Ada
sifat tertentu pada ayam jantan tersebut.
Pelajar. Mana boleh beli perkara yang diarah. Kena buat
kutipan dan mewakilkan orang persatuan pusat. Aku lupa akan
jumlahnya. Yang pastinya, duit ayam sepuluh ringgit. Masa itu
pengkerasnya kalau tak salahku adalah sebanyak sepuluh ringgit tiga
puluh sen. Ada cerita tentang sen tersebut. Tak masuk duit kain putih
dan upah memasak ayam. Tahun tujuh puluhan. Murah.
Setelah ayam dibeli, aku dihubungi lagi. Kena tengok ayam
yang dibeli sebagai tanda kepunyaan sendiri. Susah payah kena
tengok. Aku anggap pelakuan yang sedemikian ada tujuannya.
Simbolik bahawa ayam-ayam itu kami yang bawa dengan syarat
yang benar seperti yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, mustahil semua ahli dapat hadir
semata-mata nak tengok ayam. Masa kuliah tak sama. Oleh itu, aku
mewakili rakan-rakan, ke pejabat silat di Lorong Haji Sirat. Aku pergi
bersama rakan yang bermotor setelah habis kuliah. Kalau tak salahku
ada empat puluh enam ekor ayam yang berserkap di bawah rumah
pejabat silat. Aku difahamkan bahawa pada hari esoknya Ustaz
sendiri akan menyembelih ayam-ayam tersebut.
Ayam dah ditengok. Tunggu apa lagi. Setelah bertemu Ustaz
dan berbual dalam banyak perkara, aku mengundur diri. Tak sabar
rasanya menunggu esok malam untuk majlis tamat silat. Apapun,
berbaloi kami berlatih silat hampir tiga bulan lamanya untuk menjalani
majlis penamat Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 366
Hari tamat silat telah tiba. Petang lagi kami sampai ke
pejabat silat. Aku diberitahu ahli lama. Katanya, “Ada dua ekor ayam
yang mati sebelum disembelih.” Ramai juga dalam kalangan rakan-
rakanku yang mendengarnya. Jadi bualan juga. Tapi tak berani cakap
akan alamatnya. Tak tahu nak tuju pada siapa. Semua ayam
diborong secara raga. Tak tahu ayam siapa. Kalau ada alamat tak
baik, maknanya alamat pada ahli kumpulan semua. Lebih baik jangan
cakap apa-apa. Diam sahaja. Tak ada siapa yang berkata-kata.
Mungkin ada terkata dalam hati. Tapi tidak ada siapa yang berani
teka. Nanti akan terkena batang hidung sendiri.
Kami juga difahamkan ada dua ekor ayam yang dipilih Ustaz
sebagai ayam petunjuk. Nampaknya angka dua tersangat popular.
Mungkin angka itu membawa petanda. Kemegahan pada ahli semua.
Jantan-jantan belaka. Tidak ada ahli wanita dalam kelasku. Ketika itu
kaum wanita tidak digalakkan belajar Silat Cekak. Agaknya, kalau
mereka ada tentu angka dua menjadi tiga. Bukan dua ayam yang
terkorban atau dikorbankan tapi tiga.
Sekali lagi kami tertanya-tanya juga dalam hati secara
pandang-pandang muka. Boleh teka berdasarkan riak di muka. Nak
tahu juga ayam siapa yang terpilih menjadi juara di tengah upacara.
Tentunya ada kelebihan pada tuan punya di sebalik pemilihan ayam
tersebut. Tapi nak rujuk macam mana. Alasannya sama saja. Jenis
belian secara borong. Setakat berangan dalam hati agaknya. “Ayam
aku rasanya.”
Ada juga cerita sebagai bahan gurauan dalam kalangan
kami. Terperasan akan ayam tersebut adalah kepunyaannya. Macam
mana pulak dengan ayam yang mati. Tidak ada siapapun yang berani
bersuara untuk mendakwa ayam tersebut kepunyaan mereka. Siapa
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 367
yang nak malang. Tentu semuanya inginkan kelebihan secara
bandingan sesama kami.
Malamnya majlis penamat pun bermula. Kain putih dibentang
rata. Ada tertulis nama tanda hak tuan punya. Tapi, ada juga yang
terlupa tulis nama. Tak jadi masalah. Semuanya serupa. Panjangnya
sama dan lebarnya pun sama. Dibeli oleh orang yang sama di kedai
yang sama. Sama kualitinya. Juga belian secara borong agaknya.
Mereka kerat sendiri.
Maknanya, hak pada kain putih belum ada ketentuan lagi
pada yang tak ada nama. Bila selesai ijazah baru tahu hak empunya
kain putih. Berbeza pula dengan kain yang tertulis nama. Sudah tentu
hak empunyanya nyata. Tak payah tunggu selepas ijazah. Dah ada
nama tertulis pada kain. Maknanya dah tahu empunyanya.
Aku merupakan ahli pertama yang duduk atas kain putih,
menerima ijazah dari Ustaz. Tensyen juga. Mana tidaknya. Ketika itu
Ustaz bercerita tentang konsep ijazah penamat. Betul-betul di
depanku. Dua-dua duduk atas kain putih. Jaraknya tentulah sehasta.
Pandanganku tak tentu hala. Tak boleh pandang Ustaz lama-lama.
Nak pandang ke mana. Toleh ke kiri dan toleh ke kanan, nampak
buruk lakunya. Menderita seketika.
Nampaknya aku adalah merupakan orang pertama dalam
semua hal. Akulah orang pertama yang menerima buah dari Ustaz.
Akulah orang pertama yang duduk atas kain putih ketika ijazah
pertama dulunya. Aku juga merupakan orang pertama yang
menerima ijazah kali kedua. Maka kali ini, aku juga merupakan orang
pertama yang menerima ijazah kali ketiga. Pertama duduk atas kain
putih buat kedua kalinya. Selepas itu, tetap juga orang pertama.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 368
Orang pertama yang disuruh pilih bahagian ayam dan aku juga
adalah orang pertama yang dimandikan Ustaz kemudiannya.
Terperasan di hati. Jadi lamunan. Jauh perjalanan menurut
fikiran yang melayang dek berfikir sendirian. Orang pertama
maknanya ialah orang utama. Jadi keutamaan dalam proses
pembelajaran Silat Cekak. Tentu ada sebab Ustaz memilihnya.
Macam-macam khayalan yang tiba. Terperasan. Satu kemegahan
pada diri sendiri. Syok sendiri. Opp…. Tiba-tiba layangan fikiran
terberhenti. Baru sedar diri. Puas juga bermimpi di siang hari.
Duduk atas kain putih pada majlis penamat adalah
merupakan duduk kali kedua. Semua ahli yang tamat pasti akan
mengalaminya. Kali pertama ialah ijazah pertama ketika mula
berkenalan dengan Silat Cekak. Ijazah kedua duduk atas tikar
sembahyang. Lain rasanya. Tak sama perasaan ketika duduk
berlandaskan kain putih.
Hati tetap terkata-kata. Kenapa mesti kain warna putih dan
panjangnya dua setengah hasta. Tentu ada sebabnya akan syarat
yang sedemikian rupa. Macam-macam perkara yang diteka. Sebelum
itu ada juga penerangan yang diberi ahli-ahli lama. Ada yang tak logik
langsung. Bertambah-tambah ceritanya. Umpama nasi kandar
mamak yang banyak lauk-pauknya. Bercampur-aduk kuahnya. Tapi,
sedap juga rasanya.
Ada satu alasan yang boleh aku terima. Logik sikit akan
alasannya. Perlambangan pada konsep keikhlasan. Warna putih,
lambang keikhlasan. Panjang yang sedemikian rupa, juga
melambangkan keikhlasan belajar pada Guru Utama. Sanggup
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 369
menerima apa saja arahan dan tegahan. Tak banyak cerita. Menurut
sahaja. Tiada hadnya.
Alasan itu lebih aku faham setelah diberi penerangan Ustaz
kemudiannya. Itulah peganganku hingga ke tamat. Ada rujukannya
dari Ustaz. Kalau setakat cerita ahli-ahli lama, percaya boleh; yakin
jangan. Banyak gebangnya. Macam nasi mamak. Sesungguhnya,
Silat Cekak penuh dengan upacara yang bersifat simbolik. Ada
tujuannya. Ada harapannya dan dan ada kiasannya. Hanya jauhari
mengenal manikam.
Pada ijazah penamat, peranan kain putih mula berbeza.
Kepentingannya tidak memerlukan tidur bersama. Tapi, kena mandi
bersama. Mandi bersama tentunya hebat berbanding dengan tidur
bersama. Sedar dengan tak sedar. Tentunya yang sedar lebih
bermakna. Lebih lama bahagiannya. Itupun pada yang faham akan
seni geraknya.
Walau bagaimanapun, cabaran mandi bersama banyak
karenahnya. Kalau dulunya hanya dibawa tidur selama tiga malam
sahaja. Mudah. Tapi, kali ini dikatakan mesti mandi bermalam-malam
lamanya. Sekurang-kurangnya empat puluh hari secara rasmi dan
seterusnya jadikan amalan yang berterusan. Aku akur. Sesuatu yang
hebat bukannya lahir dari kerja yang mudah. Pelakuan yang mudah
akan menghasilkan sesuatu yang kurang nilai keberhasilannya. Itulah
peganganku dari dulu hingga sekarang.
Setelah semua ahli menerima ijazah maka kain putih
dibedak-bedak sesama ahli. Yang ada nama, tenang sahaja. Yang
tak ada nama, berhempas pulas mencari haknya. Membedek-bedek
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 370
kain putih yang tak ada nama. Itulah hasil pelakuan yang tidak ada
perancangan. “Susah di kemudian hari”. Bisik hatiku.
Ketika tiba waktu memilih bahagian ayam, ahli-ahli lama
bersusun-susun menyaksikan upacara tersebut. Mereka tersangat
minat. Aku dapat rasakan betapa suasana ketika itu amat meriah
sekali. Ada seorang bentara yang bersiap sedia menulis apa saja.
Setiap pelakuan kami yang memilih bahagian ayam, menjadi
tumpuannya. Juga, kami turut menjadi tumpuan ahli-ahli lama.
Kadang kala kedengaran perbualan sesama mereka. Entah apa yang
dibualkan mereka. Entah apa pula tafsiran yang mereka buat atas
pelakuan kami memilih bahagian ayam tersebut.
Pastinya, aku adalah orang pertama yang diberi peluang
memilih bahagian ayam. Masih segar di fikiranku. Aku pilih hati dan
dada. Perbuatan simbolik yang aku sendiri reka. Dada
melambangkan keberanian dan hati melambangkan ikatan. Tafsiran
dan kesimpulan sendiri. Betul agaknya. Telur dan terung memang
aku tak suka.
Lain ceritanya pada rakan-rakanku. Ada juga dalam kalangan
mereka yang memilih terung dan telur. Bisik kata hatiku. Pilih telur
perkara biasa tapi pilih terung agak pelik juga. Bukannya sedap
kerana tak ada kuah seperti pajeri terung. Sambal mencicahpun tak
ada.
Masa menunggu giliran mandi, aku ambil peluang bertanya
pada mereka. Jawapannya selamba sahaja. “Sejak siang tadi aku tak
makan apa-apa. Kalau pilih bahagian ayam, secotek sahaja yang
dapat. Mana kenyang. Baik aku ambil terung dan telur. Kenyang
kalau dimakan dengan nasi”.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 371
“Ya tak ya juga.” Kata hatiku. Ayam yang lain, dimasak kari
rempah. Ada kuahnya. Ada lauk ayam. Apa perlu pilih ayam yang
dapat secotek. Pilih telur dan terung, lebih baik.
“Cerdik juga rakan aku ni.” Bisik hati kecilku. Ada strategi
rupanya.
Tapi, ada juga perbualan sesama rakan yang agak lucu juga.
“Aku mati-mati nak pilih hati. Tapi, masa duduk depan Ustaz, semua
hajat boleh terlupa. Lain yang dicita, lain yang dipilih.”
Aku tak kata apa-apa kerana tahu akan tujuan
percakapannya. Nak beritahu akan kelebihan guru dalam persilatan
Silat Cekak. Ikut perasaan. Aku tak hairan akan sifat rakanku itu.
Memang tersangat minat dengan ilmu-ilmu kebatinan orang-orang
Melayu dulu-dulu.
Begitulah hebatnya kepercayaan pada ayam ketika itu.
Kepercayaan itu ada kaitannya dengan budaya hidup orang Melayu.
Oleh sebab Silat Cekak adalah merupakan pusaka bangsa Melayu
maka sedikit sebanyak unsur-unsur kepercayaan dan adat yang ada
dalam masyarakat Melayu tentunya mempengaruhi adat yang ada
dalam persilatan Silat Cekak. Satu kenyataan yang sukar juga
diterima pada ahli yang begitu terkongkong fikirannya.
Aku tersangat menaruh keyakinan. Sesungguhnya Silat
Cekak itu juga penuh dengan perbuatan kiasan atau simbolik yang
melambangkan sifat kesungguhan dan sifat mengharap. Sifat
mengharap itu membawa makna pelakuan kita yang mempunyai
harapan seperti mana perbuatan yang dilakukan. Kita membawa
ayam jantan yang baru berkokok kerana sifatnya suka „mengereng‟.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 372
Harapannya agar sifat kita juga bersemangat hebat seperti
ayam tersebut. Semangat ayam boleh diterjemahkan dalam latihan
silat. Kenapa pelambangannya pada ayam. Aku telah cerita dalam
tulisan yang terdahulu tentang makam ayam dalam kalangan
masyarakat Melayu. Harapannya, kita akan sentiasa bersemangat.
Sentiasa bernafsu dan sentiasa bertenaga. Itulah kesimpulan hati
kecilku.
Agaknya, kerana semangat itulah maka perlunya kita
menterjemahkannya ketika berlatih dalam kelas latihan silat. Sakit-
sakit bebadan, tak kisah. Itulah semangat ayam yang dibawa. “Itupun
belum bawa ayam lagi kerana belum tamat. Baru setakat dengar
cerita dari orang-orang lama dah naik semangat berlatih. Setelah
bawa ayam, semangat berlatih lagi hebat.” Itulah harapannya. Itulah
simboliknya.
Itulah juga sebab agaknya zaman dulu-dulu, kumpulan kami
berlatih bersungguh hati. Tumbuk bersungguh hati. Tak mengelak
langsung. Kena tepis penumbuk. Bukannya tak tepispun tak kena
kerana tumbukan yang melencong dek takutkan kena badan
pasangan. Begitu juga dengan jenis-jenis pukulan. Yang patut dipukul
secara genggaman tangan maka tangan digenggam. Tidak pula
dibuka tangan. Itulah semangat ayam jantan kampung, kiasannya.
Kadang-kadang timbul pula kesimpulan hati. Ahli yang suka
buka-buka tangan agaknya kerana tak ada semangat ayam jantan
kampung lagi. Yang ada ialah semangat ayam pekan jenis baka
moden. Terbatuk kuatpun ayam boleh mati. Maka simboliknya,
semangatpun cepat mati. Terbawa-bawa dalam kelas latihan dek
dikawal Jurulatih yang juga tidak ada semangat ayam kampung.
Jenis ayam Kentucky. Tak tahu jantan betinanya. Tak ketahuan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 373
kokoknya. Bila berkokok, aww jadinya. Terbawa-bawa latihan ketika
ambil buah Pertama. Banyak yang berbunyi aww kerana geli
agaknya. Pukulan tangan terbuka.
Setelah selesai ijazah, semua orang berasa lega. Maka
sahlah kami bergelar ahli Silat Cekak. Konsep ahli silat tak sama
dengan konsep ahli persatuan. Kalau nak jadi ahli persatuan, bayar
yuran ahli dan yuran pendaftaran. Kalau tak datang lagi ke kelas silat,
ahli berkenaan tetap bergelar ahli persatuan. Sebaliknya, nak
bergelar ahli silat, ada syaratnya. Bukannya automatik. Kena tunggu
hingga tamat. Dalam Silat Cekak, ijazah ketiga adalah merupakan
pengiktirafan dirinya bergelar sebagai ahli Silat Cekak. Itupun setakat
bergelar pada lapisan pertama sahaja. Gelaran kulit agaknya.
Lapisan kedua, gelaran ahli Silat Cekak adalah merujuk pada
sifat hakiki pesilat itu sendiri. Tersangat mahir. Maknanya dalam
pengertian lapisan berikutnya, pengertian ahli Silat Cekak ialah
merujuk pada sifat mahir atau mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam persilatan Silat Cekak; sama ada geraknya atau
kefahamannya. Oleh itu tidak sama antara ahli persatuan dengan ahli
silat. Malah konsep ahli silatpun berbeza berdasarkan lapisan
pengertiannya.
Baru aku boleh faham akan maksud kata-kata Ustaz
dulunya. “Silat Cekak amat mementingkan kualiti. Bukannya kuantiti”.
Itu sebabnya dulu-dulu, kita tak pernah mengisytiharkan bilangan ahli
seperti mana yang dilakukan persatuan silat-silat Melayu yang lain.
Dalam konteks kualiti, kita merujuk pada ahli yang telah tamat dan
menguasai pelajaran silat. Setakat bermegah sebagai ahli persatuan,
itulah sifat mementingkan kuantiti tanpa mengambil kira keupayaan
ahli dalam penguasaan silatnya. Oleh itu, lebih baiklah kita menjadi
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 374
ahli silat yang berlapis. Bukan setakat selapis. Janganlah bermegah
sebagai ahli persatuan yang penguasaan silatnya mungkin tonggang-
langgang.
Setelah kain putih dibedak-bedak pada tuan punyanya,
masing-masing masih tetap berada dalam majlis. Aku difahamkan
bahawa ada majlis mandi. Namun begitu, majlis tersebut tak ada
laranya. Sebaliknya Ustaz menampakkan riak untuk bercerita.
Penceritaan Ustaz adalah berkenaan dengan tamat silat.
Ketika itulah Ustaz memberi petua. Cara pukulan ditempat
yang nyata dan tersedia. Sejengkal dari mata. Tidak boleh lagi
membuat pukulan ikut suka. Mesti ada arah dan tujuan yang nyata.
Pemberatan pukulan adalah utama. Itulah salah satu kelebihan Silat
Cekak yang ada. Jangan dipermudah akannya. Jangan buat pukulan
secara suka-suka. Tak rasa sakit tapi geli geleman terasa apabila
terkena pukulan yang ada. Semuanya gara-gara ambil mudah akan
kelebihan pukulan Silat Cekak yang ada. Tangan yang sepatutnya
digenggam, dibuka luas umpama sedang meramas. Cit! hati bicara.
Dalam persilatan Silat Cekak, pukulannya ada peraturan dan
ada kaedahnya. Pukulan dalam Silat Cekak adalah tersangat penting.
Umpama nadi dalam gerak silat kita. Tanpa nadi, mati jadinya.
Maknanya tanpa pukulan, Silat Cekak kurang bermakna. Itulah
kelebihan kita. Maka tidak hairanlah Ustaz memberatkan pemberian
petua pukulan sejengkal setelah tamat silat. Masa ijazah ketiga.
Ijazah penamat.
Sepanjang ingatan, pengalaman dan pengetahuanku, ada
dua (2) petua yang mesti diberi guru pada anak muridnya.
Pertamanya ialah ketika ijazah pertama. Ketika itu Ustaz memberi
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 375
petua untuk memahirkan pergerakan tangan dan memantapkan
pergerakan kaki. Sesuailah dengan konsep Silat Cekak yang
berasaskan pada gerak tangan dan kaki. Maka Ustaz telah memberi
petua agar pergerakan kaki dan tangan dirancang supaya sesuai dan
lancar dengan kehendak gerak Silat Cekak seterusnya.
Maka keduanya ialah petua membuat pukulan ditempat yang
tertentu. Hal yang demikian melambangkan bahawa perbuatan
pukulan jangan dibuat main-main. Maka tidak hairanlah Ustaz
membuat penekanan pemberian petua tersebut dalam ijazah
penamat agar anak-anak muridnya benar-benar hebat, cergas,
mantap dan membuat gerak berdasarkan tujuan. Bukan main-main.
Setelah Ustaz puas bercerita maka aku dan rakan-rakan
disuruh bersedia. Majlis mandi oleh Guru Utama. Sekali lagi aku amat
berbangga. Aku dimandikan Ustaz sebagai penuntut yang pertama
dalam kalangan rakan-rakanku. Banyak kisah menarik ketika majlis
mandi tersebut. Aku akan mengenang kembali dalam tulisan
berikutnya. Kenangan waktu mandi.
Sebelum menunggu habis semua rakanku mandi silat, ada
ruang yang luas untuk berbincang dengan ahli-ahli lama. Kenduri
belum ada lagi sebab tunggu semua rakanku habis mandi. Masa
yang ada dipergunakan untuk bersembang-sembang dengan ahli-ahli
lama yang hadir pada malam itu. Sesungguhnya ramai ahli lama
yang hadir pada malam tersebut. Salah seorang daripada mereka
adalah nama yang selalu disebut-sebut dalam kelas latihan silat.
Mempunyai kebatinan yang tinggi. Tapi, semuanya tak menjadi
apabila menjalani majlis mandi. Hanya pada malam itu baru dirinya
muncul dan dapatlah kami membuktikan cerita.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 376
Teringat cerita sebelumnya dalam kelas tentang
kelebihannya. Pernah menuntut pelbagai ilmu megah. Usahkan
anggota tubuh badan, rambut pun tak lut dek pisau belid. Kena buka
dulu ilmu yang diamal tatkala menggunting rambut. Ada cara
bacanya. Beliau juga dikatakan dia mempunyai ilmu lain yang
menarik perhatian kami. Pernah ditanam hidup-hidup. Tak mati.
Mungkin setengah mati agaknya.
Kelebihan-kelebihan yang ada pada ahli tersebut tidak
membawa apa-apa makna setelah tamat silat. Beliau berkata,
“Kerana mandi silat, semua ilmu megah tersebut telah hilang begitu
saja.”
“Tersangat pawer mandi silat.” Itulah ayat yang sering
diperkatakan. Aku tak dapat gambarkan sepawer mana. Sukar
diukur. Kalau minum tongkat ali, tentu tahu pawernya. Boleh diukur
kepowerannya.
Pada malam itu kami berasa bertuah kerana berpeluang
berbual dengan ahli tersebut. Penceritaan semula. Tapi, dari mulut
watak utama secara langsung. Kami dengar sahaja. Tunjuk muka
kagum. Dengan nada insaf agaknya, beliau sentiasa tegaskan.
“Setelah tamat silat dan mandi silat, semua amalan terbang
melayang. Tak berani menguji lagi”.
Maka bertambah fahamlah aku akan makna kelebihan mandi
silat. Mendengar cerita dari tuan punya cerita. Kelebihan mandi silat
amat nyata. Pengamal ilmu batin yang tegar boleh terkecewa. Ilmu
megah yang diamal selama itu tidak bermakna. Tak boleh kekal
lama. Maka sesuailah dengan konsep, yang batil pasti tidak bertahan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 377
lama. Rupa-rupanya mandi silat adalah merupakan penapis ilmu
kebatinan yang diamalkan sama ada benar atau sebaliknya.
Maka kata hatiku. “Tak sia-sia aku tamat silat.” Malah cita-
citaku untuk tamat silat bagi menentukan kebenaran ilmu dan amalan
yang sedia ada, telah memberi makna. Namun begitu aku tidak
pernah menguji ilmu megah yang ada pada diriku. Perkara
pentingnya aku tidak mengamalnya lagi. Tak payah tapis-tapis
dengan mandi silat. Sebelum mandi silatpun aku tahu akan
kelemahan ilmu yang aku amalkan. Semuanya hasil perbincangan
dan perbualanku dengan Ustaz.
Apapun, aku tersangat berpuas hati dengan kelebihan
kefahaman yang ada dalam persilatan Silat Cekak. Kefahamannya
adalah jelas, objektif dan sesuai dengan sifat kita sebagai hamba
Allah. Cuma, dalam gerak silat aku belum berpuas hati. Perlu diuji.
Akan dicerita lain kali.
Aku difahamkan bahawa ada upacara majlis petua yang
dianjurkan persatuan. Ada ahli yang bertanya untuk mendapatkan
penjelasanku mengenai majlis petua tersebut. Tak dapat kujawabnya
kerana tidak pernah ada pengalaman mengenainya. Zaman aku dulu-
dulu tak ada pun majlis petua secara rasmi; khas atau berfokus pada
petua. Yang ada ialah „petua mesti‟ di ijazah pertama dan ijazah
penamat. Menjadi standard atau SOP pada Guru Utama terhadap
anak muridnya.
Aku hanya dapat katakan bahawa tulisan dan ulasanku
adalah berdasarkan pengalaman yang aku lalui dulunya.
Berdasarkan pengalaman itu maka aku membuat kesimpulan dan
ulasan. Tidak lebih dan tidak kurang. Mana-mana peristiwa atau fakta
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 378
yang berada di luar dari pengalamanku, maka aku hanya boleh
bercerita tapi tidak boleh mengulas atau membuat komen akan buruk
baiknya. Tidak sesuai. Ulasan dan komenku adalah berdasarkan
pengalamanku. Jelas.
Di samping dua bentuk petua tersebut, masa aku belajar Silat
Cekak dulunya, ada petua pelari pisau yang diberi Ustaz selepas
ijazah kedua. Itu juga adalah merupakan petua mesti. Mesti beri.
Sebelum pelajaran potong, petua pelari pisau ditunjukkan dan
dipelajari para penuntut. Namun begitu, petua tersebut tidak menjadi
tanggungjawab Guru Utama untuk menyampaikannya pada penuntut
Silat Cekak. Boleh diwakilkan pada Jurulatih untuk menurunkan
petua tersebut. Maknanya, petua ijazah pertama dan ijazah ketiga
adalah merupakan hak dan tanggungjawab Guru Utama, manakala
petua pelari pisau selepas ijazah kedua, ada pilihannya.
Walau bagaimanapun, kelas-kelas latihan di Ipoh peringkat
awalnya dulu tersangat beruntung. Hal yang demikian kerana Ustaz
sendiri kerap kali menurunkan petua tersebut dalam kalangan anak-
anak muridnya di pusat latihanku. Jika Ustaz balik awal setelah ijazah
kedua maka menjadi tanggungjawab aku pula untuk menurunkan
petua tersebut dalam kalangan anak didikku.
Petua-petua lain yang tidak berkaitan dengan gerak silat
seperti petua keras tangan, langkah selamat dan sebagainya adalah
merupakan hak Guru Utama. Ustaz boleh beri dan Ustaz juga boleh
tidak memberi. Maka di situlah lahirnya konsep „Habuan‟. Ada
habuan, dapatlah petua-petua tersebut. Hal yang demikian adalah
berbeza dengan dua jenis petua dalam ijazah pertama dan ijazah
ketiga. Semua murid Silat Cekak akan memilikinya. Petua-petua itu
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 379
adalah merupakan keperluan utama sebagai persiapan menjadi bakal
ahli Silat Cekak yang hebat.
Setelah beberapa tahun aku memimpin cawangan, baru
terdengar akan adanya majlis petua secara rasmi. Tersangat hebat
sewaktu kepimpinan Pak Ak. Aku tak ambil peduli. Pada pendapatku,
tentu ada sebab orang-orang kanan Pak Ak mempopularkan majlis
petua sebegitu. Aku tidak menentang dan tidak pulak melayan. Maka
tidak pernah sebarang majlis petua diadakan di cawanganku sama
ada semasa kepimpinanku atau semasa cawangan dipimpin
penggantiku. Tak nampak akan keperluannya kerana aku tidak
pernah mengalaminya. Tak ada pengetahuan dan tak ada
pengalaman.
Aku cuba meyakinkan diriku secara positif tentang keperluan
majlis petua tersebut perlu diadakan. Terlintas di hatiku. Mungkin
konsep majlis petua sama seperti konsep rumah terbuka selepas hari
raya. Bukan mudah mencari masa pada tuan rumah untuk bertemu
jiran-jirannya. Kena tentukan tarikh yang sesuai untuk bersua muka.
Maka konsep rumah terbuka di satu ketika selepas hati raya menjadi
perkara utama. Setakat itu sahaja logikku.
Dalam tulisan yang terdahulu ada aku nyatakan. “Aku
dimandikan Ustaz sebagai penuntut yang pertama dalam kalangan
rakan-rakanku”. Aku tersangat bangga. Baru lengkap rasanya
menuntut Silat Cekak. Semuanya dari Guru Utama. Ijazah dari Guru
Utama. Ambil buah dari Guru Utama. Mandi silatpun dari Guru
Utama. Aku berasa diriku bertuah. Berasa puas belajar Silat Cekak.
Mungkin tidak ramai dalam kalangan anak murid Ustaz yang
merainya sebegitu. Hal yang demikian merupakan satu kelebihan
yang ada buat diriku.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 380
Perasaan bangga tersebut pernah aku uar-uarkan dalam
kalangan ahli-ahli Silat Cekak termasuk ahii-ahli yang mendapat
tunjuk ajar dariku. Tidak terlintas akan niat untuk bermegah.
Melainkan berasa bangga dan ingin berkongsi bersama akan
kebanggaan itu dengan ahli-ahli yang lain. Bukan mudah mendapat
kelebihan yang sedemikian. Rupa-rupanya bukan semua orang suka.
Teringat kisah lama. Ketika kita berada dalam sengketa.
Baru terdengar pelbagai ulasan kerana fahamanku yang
bertentangan. Ketika itu ada orang-orang lama yang tidak sehaluan
fikiran, mula mempertikaikan kelebihan dan kebanggaanku.
Dikatakan mereka. “Mana mungkin Ustaz berterusan menurunkan
buah padaku sebagai orang yang pertama. Ada ketikanya Ustaz tidak
hadir ke kelas latihanku. Maka buah-buah tersebut diperturunkan
wakil Ustaz.” Maknanya bukan semua buah diperturunkan Ustaz
padaku.
Malas nak kata apa. Nampaknya mereka lebih tahu tentang
diriku. Itulah namanya manusia. Apabila hati tidak suka maka
perasaan iri mula tiba. Perasaan dengki menyusul pula. Akhirnya
perbuatan khianat menguasai jiwa. Maka layaklah mereka bertindak
apa saja. Boleh mengulas dan mengata ikut suka. Tak sedar akan
kebolehan diri yang ada. Kadang kala berasa diri lebih hebat dari
Guru Utama. Itulah salah satu sifat murid Ustaz yang rajin
menderhaka.
Pada anak didikku, selalu kukatakan. Buah yang diambil dari
wakil Ustaz, aku buat susulan. Dengan Ustaz, aku buah pengesahan.
Bukan setakat mengesah tapi juga dibuat perbincangan. Maka
mudahlah aku bersifat faham. Lagi teliti mendengar penjelasan dan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 381
pesanan. Lebih berfokus pada pelajaran. Tak ada orang lain sebagai
kawan. Maka dengan Ustazlah aku berpasangan.
Ketika kita berijazah pertama, ada pesanan umpama sumpah
setia. Sesama ahli jangan bersengketa. Maka tentu ada sebab kita
bersumpah sedemikian rupa. Kalau tidak, tentu sumpah setia tidak
menjadi salah satu ikrar utama. Tentu ada tujuan tersirat di sebalik
sumpah setia.
Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi dalam satu majlis Ijazah Pertama. Kelihatan Ustaz Hanafi Haji Ahmad (membelakang) sedang mengijazahkan salah seorang penuntut baru Seni Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 382
Semakin lama aku berada dalam persilatan Silat Cekak,
maka aku semakin faham. Ustaz boleh membuat telahan betapa
perpaduan sesama ahli boleh menjadi retak mencari belah. Rapuh.
Maka tidak hairanlah prinsip perpaduan sesama ahli telah dijadikan
salah satu ikrar berbentuk sumpah.
Ikrar dan sumpah telah kita lupa ketika kita bersengketa.
Maka teringatlah aku akan pesanan Ustaz. “Hanya guru, ibu dan
bapa tidak ada perasaan iri hati terhadap anak atau anak muridnya.
Sebaik-baik kawan mesti ada perasaan iri di hati.”
Ustaz pernah memberi penerangan tentang konsep iri hati.
Itulah lambang perasaan cemburu, tak puas hati atau perasaan
kekurangan pada diri apabila dibanding dengan orang lain. Perasaan
itu mula terlintas atau terbit dalam hati. Itulah konsep iri dalam hati.
Sukar dikesan oleh orang lain melainkan diri sendiri yang
mengetahui.
Apabila perasaan itu dizahirkan melalui pertuturan maka
wujudlah konsep dengki. Maknanya, orang yang suka mengata orang
lain maka itulah sifat orang yang dengki namanya. Apabila sifat
dengki itu dizahirkan melalui tindak balas perbuatan maka bersifatlah
perbuatan itu sebagai maksud khianat. Nampaknya tahap dengki
dan khianat telah menguasai diri para ahli yang dulunya merupakan
orang-orang kanan Ustaz. Orang yang dididik Ustaz.
Apabila aku faham tentang makna iri hati dan perasaan
dengki dalam kalangan ahli, lebih baik aku berdiam diri tatkala diriku
dikata nista. Tak payah kelam kabut membela diri. Kebenarannya,
sifat itulah salah satu budaya yang ada dalam persilatan kita dulunya.
Ustaz telah membuat telahan terlebih dahulu. Sifat sedemikian pasti
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 383
menjadi dan terjadi dalam kalangan ahli. Maka tidak hairanlah ikrar
perpaduan sesama ahli dijadikan salah satu sumpah ketika ijazah
pertama perkenalan Silat Cekak.
Perkara yang saya ingin simpulkan dalam tulisan ini ialah kita
perlu berhati-hati dalam pergaulan sesama ahli dalam persilatan Silat
Cekak. Termasuklah dalam persatuan Silat Cekak. Perasaan iri hati,
cemburu, dengki dan akhirnya khianat pasti akan terjadi dalam
pergaulan sesama ahli. “Ada ulu ada parang, ada dulu maka adalah
sekarang.”
Sentiasalah beringat-ingat dan menjaga diri agar boleh
mengurangkan fitnah diri. Budaya kita dulunya ialah apabila diri mula
difitnah dan dicaci maka perwatakan kita akan terus menerus dibenci.
Tidak ada yang baik lagi. Semua cerita buruk sahaja yang diungkit.
Langsung tak ada perkara baik. Semua perkara baik telah terketepi.
Malang sekali.
Ikrar sumpah nampaknya kurang bererti dalam persilatan
kita. Kata orang tua-tua, ikrar sumpah tersebut umpama bertaraf „lalu
di celah kangkang sahaja‟. Tidak membawa apa-apa makna. Maka
tidak hairanlah kini, jika timbulnya moto „satu hati dan satu suara‟.
Mudah-mudahan moto itu benar-benar menjelma. Tidak menjadi satu
suara dan satu hati untuk melahirkan perasaan kecewa dan perasaan
iri hati. Pupuklah ketenangan dalam Silat Cekak agar terhindar dari
sifat dukacita. Minum air terasa duri, makan nasi terasa sekam.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 384
2. Mandi Silat
Seperti yang kukatakan terdahulu. Banyak kisah menarik
ketika majlis mandi tersebut. Aku akan cuba mengimbau kembali
akan kenangan itu dalam tulisanku ini. Kenangan waktu mandi
berdasarkan pengalamanku sendiri. Mungkin boleh dijadikan bahan
bandingan pada generasi baru pesilat Silat Cekak.
Pengalaman mandi tamat dalam Silat Cekak adalah teramat
asing dari pengalamanku sendiri. Orang-orang lama kerap memberi
gambaran tentang kehebatan mandi tamat. Tersangat banyak
gunanya. Boleh menyegarkan tubuh badan. Boleh jadi pendinding
kecelakaan. Tapi ada upacaranya. Tak seperti mandi sebelumnya.
Mandi potong. Aku diam sahaja. Belum pernah aku tengok majlis
mandi penamat tersebut. Apatah lagi merasainya. Tatkala tamat baru
berpengalaman mandi tamat. “Tak adalah banyak bezanya dengan
mandi potong.” Kata hati kecilku.
Keistimewaan mandi tamat adalah kerana namanya mandi
tamat. Ada temannya. Ada kembarnya. Ada pasangannya. Kain putih
maksudnya. Mandinya dikatakan ada kelebihan. Bukan setakat
harapan pulang pulih sedia kala tapi juga benda tak betul boleh
ditapisnya. Baru boleh diiktiraf sebagai ahli silat. Baru boleh
memperoleh „lesen‟ bagi mendalami rahsia persilatan Silat Cekak.
Baru boleh matang dan khatam dalam penguasaan gerak. Hebat
sekali dan berkali-kali hebatnya proses pembelajaran Silat Cekak
dulunya. Pengalamanku. Kesimpulanku.
Hal yang demikian amat berbeza dengan pesilatan Melayu
yang lain. Aku sendiri berpengalaman dalam jenis persilatan Melayu
yang terdahulu. Mandi silat adalah di permulaan menuntut. Mandi itu
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 385
adalah satu bentuk pengiktirafan terus sebagai ahli silat. Rupa-
rupanya, kebanyakan silat Melayu, apabila hendak belajar silat, kena
mandi dulu dan terus diiktiraf sebagai ahli silat yang berkenaan.
Dalam silat itu, aku merasa mandi silat terlebih dahulu
dengan pelbagai syarat dan peraturan tertentu. Mandi tapak
gelarannya. Sintuk dan limau nipis adalah merupakan bahan utama.
Guru akan mandikan dengan niat pengiktirafan sebagai ahli silat.
Oleh itu, selesai mandi maka adalah kebenaran padaku untuk belajar
rahsia silat berkenaan dan terus diiktiraf sebagai ahli silat.
Persilatan Silat Cekak tidak sebegitu. Bukan mudah memberi
pengiktirafan sebagai ahli silat kerana sifat cabut lari tetap payah
dihindari. Oleh itu, tidak mudah mendapat pengalaman mandi dalam
Silat Cekak. Mesti ada sifat ketabahan dan kesabaran untuk tamat
silat terlebih dahulu. Walaupun pelajaran Silat Cekak amatlah mudah,
akan tetapi jika tidak ada keizinan-Nya maka ada saja halangan bagi
membolehkan seseorang itu tamat silat.
Oleh itu, untuk merasai mandi tamat silat dalam Silat Cekak
mesti mempunyai sifat kecekalan untuk menghabiskan pelajaran
silat. Kalau sekerat jalan, bukan ahli silat namanya. Tidak diiktiraf
sebagai ahli Silat Cekak dalam bentuk mandi. Kalau berhenti sekerat
jalan maka itu tandanya tak ada habuan untuk mewarisi ilmu
persilatan Silat Cekak.
Maka fahamlah aku. Bukan mudah untuk mendapat
pengiktirafan sebagai ahli silat dalam persilatan Silat Cekak;
berbanding dengan silat-silat Melayu terdahulu. Mesti tamat dulu.
Untuk tamat silat perlu ada sifat tabah dan sabar diri. Tak boleh
belajar suka-suka hati. Ada peraturan dan ada proses untuk diiktiraf
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 386
sebagai ahli. Ijazah penamat adalah syarat hakiki. Proses
pengiktirafannya mesti ada mandi.
Seperti yang aku katakan bahawa proses mandi dalam Silat
Cekak adalah teramat asing dari pengalamanku sendiri. Apatah lagi
mandi tamat yang ada „kembarnya‟. Walau bagaimanapun, aku suka
memerhati akan pelakuan guru pada limau yang dibelah dua.
Walaupun jenis limau adalah berbeza, nampaknya buah limau tetap
berperanan memberi petunjuk pada gurunya. Ada isyaratnya.
Dalam silat Melayu yang aku ceburi, limau nipis dibelah dua.
Setelah dibelah dua, guru akan „membaca‟ sesuatu pada limau yang
dibelah tersebut. Daripada limau itu akan diisytiharkan jika ada anak
murid yang boleh dijadikan anak angkat guru.
Dalam Silat Cekak pula, aku juga memerhatikan pelakuan
Guru Utama ketika membelah dua limau purut yang dibawa.
Nampaknya, pelakuan Guru Utama juga kuperhatikan sama saja.
Semacam ada isyarat Guru Utama „membaca‟ limau purut yang
dibelah itu. Diperhatikannya limau itu sambil hujung pisau disentuh
pada limau tersebut. Tapi, tak ada apa-apa berita ekorannya. Tak
pernah pulak melalui limau itu dinyatakan apa-apa. Aku hanya
berkata-kata dalam hati. Tidak berminat bersuara untuk bertanya
soalan pada guru.
Konsep membaca itu bukanlah merujuk pada pengucapan
ayat-ayat yang tertentu seperti yang diamalkan oleh guru-guru silat.
Istilah membaca itu membawa makna sebagai mentafsir petanda
atau isyarat yang ada pada limau tersebut. Hal yang demikianlah
cuba ditanya pada Ustaz tapi tidak kesampaian.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 387
Sebenarnya, sejak malam itu dan hari-hari ijazah yang
menggunakan limau seterusnya, aku ingin bertanya Guru Utama.
Apa petanda yang ada. Apa isyarat yang dibacakan. Tidak
kesampaian hinggalah pemergian Ustaz. Cuma, bagi menyedapkan
hati maka aku ada kesimpulan sendiri.
“Limau purut tak akan membawa apa-apa makna. Bukan kita
yang menanamnya. Beli di kedai mamak atau di kedai Cina. Beli
secara borong. Faktor nasib tentunya ada. Kalau ada isyarat atau
petandanya, mana aci.” Itulah kata-kata hati bagi menyedapkan hati.
Harapannya ialah persoalan limau dalam hatiku boleh
terpadam sebab petunjuk limau tidak diuar-uarkan dalam persilatan
Silat Cekak; tidak sama dengan persilatan Melayu lainnya. Oleh
sebab aku berada dalam Silat Cekak maka persoalan limau tidak
membawa makna.
Malam itulah buat pertama kalinya aku dan rakan-rakan
merasai mandi silat dalam satu upacara khas persilatan Silat Cekak.
Ramai tetamu yang menonton ijazah tamat. Termasuk juga ahli-ahli
lama. Dalam kalangan kami, ramai yang tidak bersedia kerana tidak
tahu akan rupa bentuk mandi tersebut. Pada hal, pengalaman mandi
potong telah ada. Proses mandi lebih kurang sama. Cuma, penjiwaan
pada mandi itu sahaja yang agak berbeza.
Untuk proses mandi seterusnya, kami dikumpulkan di bilik
air. Kawasannya agak sempit. Di Pejabat silat di Lorong Haji Shirat,
Kampung Baru. Ramai ahli yang melimpah dan berdiri di luar bilik air
tersebut. Sekali lagi penerangan diberi tentang proses mandi. Ada
cara penggunaan limau walaupun pernah diguna pada ijazah kedua.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 388
Ada juga pembantu Ustaz yang membantu pada ahli yang benak
tahunya.
Ketika Ustaz berbicara menerangkan konsep „pulang pulih
sedia kala seperti aku keluar dari perut ibuku‟, maka ada antara
rakan-rakanku yang mencelah secara berkata senyap dengan rakan
yang lain. Aku dapat mendengarnya. “Kalau macam tu, elok aja kita
mandi bogel. Tak payah pakai kain basah. Baru sesuai dengan sifat
keluar dari perut ibu.”
Tak ada siapa yang berani gelak atau ketawa kuat. Depan
Ustaz. Nak cari nahas. Cuma ternampak riak senyum di muka rakan-
rakan yang mendengarnya. Aku yakin bahawa Ustaz juga
mendengarnya.
Persiapan aku tak ada masalah. Kebetulan ada bawa tuala
mandi. Pengalaman mandi potong. Maka tuala itu boleh dijadikan
kain basahan. Kasihan juga pada rakan yang lain. Tak bawak apa-
apa sebagai kain basahan. Dari kuliah terus ke majlis. Maka terpaksa
pinjam kain basahan berupa tuala dari rakan-rakan yang lain. Nasib
baik tualaku tidak dipinjam.
Walau bagaimanapun, ada juga yang berasa segan. Maka
terpaksalah mereka menggunakan kain putih tersebut sebagai
basahan. Tak ada arahan dan tak ada keperluan berbuat sedemikian.
Terpaksa gunakan. Setahu aku bilangannya tidak ramai. Guna kain
putih kerana terdesak. Dah tak ada kain lain sebagai kain basahan.
Maka mungkin timbul persoalan dalam kalangan pembaca.
Kenapa aku tidak memulakan mandi pada malam itu dengan kain
putih yang telah diijazah atasnya. Guna kain lain sebagai basahan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 389
untuk mandi silat oleh Guru Utama. Begitu juga pelakuan dari rakan-
rakanku yang lain. Terkecuali yang tidak ada apa-apa pun untuk
dipakai, baru guna kain putih sebagai kain basahan dalam majlis
mandi tersebut.
Kami ada alasan. Dalam hal ini, peganganku dan pegangan
rakan-rakanku adalah jelas. Kalau nak buat sesuatu itu maka buatlah
betul-betul. Ikut arahan dan ikut peraturan. Tak boleh buat suka-suka
hati. Kalau tidak buat suka-suka hati maka itulah bukti kesungguhan
diri. Hakikatnya, konsep kesungguhan adalah merupakan satu
harapan dan simbolik melalui perbuatan. Arahan Ustaz sentiasa
menjadi landasan dan pegangan.
Seperti yang aku tegaskan dalam tulisan terdahulu,
“Sesungguhnya Silat Cekak itu juga penuh dengan perbuatan kiasan
atau simbolik yang melambangkan sifat kesungguhan dan sifat
mengharap. Sifat mengharap itu membawa makna pelakuan kita
yang mempunyai harapan seperti mana perbuatan yang dilakukan.”
Sebelum mandi , Ustaz juga memberi penerangan tentang
perkaitan mandi dengan kembarnya iaitu kain putih. Lagi aku faham
maksud kiasan atau simbolik yang melambangkan sifat
kesungguhan. Ada beberapa sifat dalam upacara mandi yang boleh
dikaitkan dengan kiasan atau simbolik kesungguhan diri. Aku
membuat tafsiran berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku
sendiri. Pastinya berdasarkan penjelasan yang pernah Ustaz beri.
Maka tafsiran tentang mandi bersama kain putih adalah berdasarkan
prinsip-prinsip yang tertentu.
Aku ingin mengupasnya semula berdasarkan kefahamanku.
Apakah yang aku faham tentang mandi penamat dengan kembarnya
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 390
kain putih. Mungkin tulisan ini boleh dijadikan bahan sejarah pada
generasi baru.
Prinsip pertamanya, kain itu perlu dibawa mandi bersama
selama empat puluh hari berturut-turut. Sekali dalam sehari. “Waw!
Bukan Aww!”. Bukan mudah kata hatiku. Kalau mandi selama dua
tiga hari berturut-turut mungkin biasa sahaja. Tapi, kalau empat puluh
hari berturut-turut, bukan kerja mudah. Kena bersungguh hati. Ustaz
memberi arahan supaya kerja mandi tersebut adalah secara
berterusan. Kalau tertinggal sehari atau tertinggal sekali dalam sehari
maka kena ulang balik. Kira satu semula.
Ada orang-orang lama buat kata tambah. Ikut sedap cakap.
“Kalau tertinggal mandi sehari maka mandi itu dianggap batal. Tak
sah. Kena buat balik.”
Hatiku berkata-kata juga. “Dah rupa amal ibadat. Macam air
sembahyang. Ada perkara yang membatalkan air sembahyang. Ada
perkara yang membuatkan tak sah.”
Kata hatiku lagi, “Lebih baik suruh ulang sahaja perbuatan
mandi jika tertinggal sehari, daripada mengaitkan dengan soal tidak
sah atau batal.” Itulah kata hati yang tak dapat diluah.
Aku percaya bahawa pengucapan kata-kata batal atau tak
sah dalam konteks mandi silat, hanya akan membawa banyak
implikasi yang negatif kalau dikaitkan dengan hal yang berkaitan
dengan agama.
Aku cuba logikkan perbuatan mandi selama empat puluh kali
dalam jangka masa empat puluh hari. Secara berturut-turut pulak tu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 391
Pada diriku, ada logiknya. Seperti yang aku tegaskan, itulah
perbuatan simbolik yang melambangkan kesungguhan. Konsep
berturut-turut adalah merupakan kata tugas yang bertunjangkan sifat
ketabahan. Bukan senang nak buat kerja secara berturut-turut tanpa
henti.
Angka empat puluh hari juga ada maknanya dalam budaya
masyarakat Melayu. Angka matang. Aku pernah membincangkan
tentang peranan angka dalam masyarakat Melayu, khasnya dalam
persilatan kita. Lebih-lebih lagi angka dua puluh satu. Rujuklah tulisan
yang terdahulu.
Kebetulan, aku teringat akan kawanku yang pernah
berpenyakit TB. Menarik kata-katanya. Menurut kawanku itu, “Saya
kena makan ubat empat bijik selama enam bulan berturut-turut. Kalau
tertinggal sehari, doktor suruh ulang balik untuk jangka masa enam
bulan semula.”
Maknanya, kalau kawan aku itu telah makan ubat selama
lima bulan sepuluh hari dan tertinggal sehari maka dia kena ulang
balik atau ulang semula makan ubat untuk enam bulan berikutnya
secara berturut-turut. Bermula dari tarikh yang baru. Lima bulan
sepuluh hari itu tidak membawa apa-apa makna. Kira terputus.
Oleh itu, terpulang pada kawanku itu untuk memulakan balik
kiraan makan ubat atau tidak. “Nak buat atau tak nak buat. Nak baik
atau tak nak baik. Kalau nak baik, mula balik.”
Baru aku faham bahawa memakan ubat TB perlu secara
rantaian yang berterusan. Tak boleh putus. Barulah ubat itu mujarab
untuk membunuh kuman TB. Kalau terputus, kuman TB akan mula
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 392
mengambil tempat. Perbuatan makan ubat sebelum terputus, tidak
membawa makna.
Oleh itu, memakan ubat TB tersebut perlu secara berhati-
hati. Kena tenang diri. Jangan gopoh. Jangan bebal. Jangan
persoalkan arahan dan peraturan memakan ubat. Jangan persoalkan
doktor yang memberi arahan. Doktor lebih tahu, lebih
berpengetahuan dan telah membuat pelbagai jenis kajian. Itu
sebabnya doktor itu mempunyai kesahan untuk memberi arahan dan
suruhan.
Maka kiasnya tersangatlah logik jika dibandingkan dengan
perbuatan mandi secara berturut-turut selama empat puluh hari.
Bandingan kita adalah berdasarkan pelakuan. Ustaz memberi arahan
dengan peraturan yang tertentu, ada sebabnya. Ada tujuannya.
Letakkan kepercayaan sepenuhnya pada Ustaz kerana Ustaz lebih
mengetahui, lebih berpengalaman dan pakar dalam bidangnya.
Dengan bahasa mudah, “Ikut sahaja, jangan banyak membantah.”
Fahaman yang diberi Ustaz adalah jelas. Jika mandi
dilakukan secara berturut-turut selama empat puluh hari maka
barulah penuntut itu memperoleh faedah. Baru dapat „khasiatnya‟.
Persoalannya, “Nak buat atau tidak. Nak faedahnya atau tidak. Kalau
semuanya nak, ikut arahan. Jangan buat persoalan. Jangan banyak
songehnya. Ustaz lebih tahu ketika memberi arahan.”
Perbuatan yang berulang-ulang akan membentuk kebiasaan.
Sifat kebiasaan yang berulang-ulang akan membentuk sikap. Maka
sikap yang berulang-ulang akan menjadi tabiat dan tabiat yang
berulang-ulang itu akan membentuk nilai pada seseorang. Nilai itulah
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 393
merupakan harga dirinya. Ada yang bernilai seringgit, ratusan ringgit,
ribuan ringgit atau ada yang nilai dirinya adalah tidak ternilai.
Perulangan perbuatan, kebiasaan, sikap dan tabiat itu
perlulah dilakukan secara berturut-turut selama empat puluh hari.
Baru terkesan. Hal yang demikian pernah aku aplikasikan ketika
menjadi pengurus sekolah terutamanya hal yang berkaitan dengan
disiplin murid. Jelas keberkesanannya. Hasil perbuatan yang diulang-
ulang secara berturutan tanpa terhenti atau terputus.
Itulah nilai kesungguhan dan ketabahan yang tersangat
besar maknanya dalam persilatan Silat Cekak yang selalu dianggap
mudah. “Silat Cekak tersangatlah mudah, bagi mereka yang
mendapat hidayah. Sungguhpun begitu hendaklah tabah, Insya-Allah
mendapat faedah.”
Sesungguhnya persilatan Silat Cekak hanya boleh dikuasai
para penuntutnya yang bersifat tabah. Penuntut Silat Cekak yang
bersifat tabah adalah melambangkan hati yang tidak gentar atau tidak
berubah-ubah hati. Maknanya, ahli itu adalah tetap hati. Sifatnya
adalah terus berusaha dengan semangat dan azam, berani dan
cekal demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Dalam konteks mandi, ahli yang bersifat tabah akan
melakukan perbuatan mandi selama empat puluh hari secara
berturut-turut tanpa ada perasaan syak wasangka atau ragu-ragu di
hati. Hatinya tetap dan membulat hati. Sifatnya akan tetap berusaha
melakukan perbuatan mandi tersebut secara rantaian yang tidak
putus dengan semangat yang kental dan cekal. Kalau demam
menggigil sekalipun, mandi tetap mandi. Tak boleh tangguh-taguh
lagi.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 394
Kalaulah nilai ahli-ahli tersebut bersifat sedemikian maka
penguasaannya dalam gerak silat pastinya tersangat hebat. Sifatnya
adalah sentiasa bernafsu atau sentiasa berkehendak akan pelajaran
Silat Cekak. Penuntut yang sebegitu juga tak mudah cabut lari
melainkan terus berkekalan dalam persilatan Silat Cekak. Pelajaran
Silat Cekak dikuasainya dengan penuh keyakinan dan dijadikan
amalan dalam kehidupan sehariannya. Inilah kumpulan ahli yang
terus berjuang menyebarkan persilatan Silat Cekak di mana-mana
dia berada.
Pada zaman saya dulunya, mandi silat dijadikan Ustaz
sebagai lesen untuk memperoleh ilmu-ilmu kefahaman atau petua-
petua yang ada dalam persilatan Silat Cekak. Malah dalam satu-satu
keadaan, persoalan yang dikemukaan penuntut pada Ustaz hanya
akan dijawab Ustaz setelah mendapat kepastian bahawa ahli
berkenaan telah habis mandi silat.
“Dah habis mandi silat atau belum”. Itulah pertanyaan Ustaz
sebelum menjawab persoalan atau memberi tambahan ilmu secara
kefahaman atau memberi petua-petua. Secara psikologi, tak ada
siapa yang berani bohong Ustaz. Kalau telah habis mandi silat
selama empat puluh hari maka akan dikatakan habis. Kalau belum
habis mandi silat maka akan dikatakan belum habis. Istilah habis
adalah merujuk pada tempoh empat puluh hari dan secara berturut-
turut. Kalau tak habis maka setakat itulah perbincangan Ustaz.
Pernah juga pada satu ketika, Ustaz ingin meneruskan percakapan.
Oleh itu ahli yang belum habis mandi silat akan disuruh beredar dari
situ.
Nampak macam tak patut. Tapi itulah yang sepatutnya. Kata
hatiku, “Kalau disuruh mandipun tak boleh buat, nak buat apa terima
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 395
ilmu yang lain. Pasti tak akan diamalkan melainkan buat habuan
fikiran sahaja. Bukan amalan perbuatan. Sia-sia sahaja memberi ilmu
pada jenis murid yang sedemikian. Umpama mencurah air di daun
keladi.” Aku tegas dengan pendapatku itu.
Dalam persilatan Melayu yang lain, kesungguhan dan
ketabahan anak muridnya ditentukan melalui pelbagai ujian dan
upacara tertentu. Misalnya mandi minyak, melontar buah kelapa
dalam gelap. Melompat ke dalam lubang yang diletakkan buluh
runcing dan pelbagai jenis ujian lagi. Ramai yang cabut lari.
Dalam Silat Cekak ujian kesungguhan dan kecekalan, mudah
sahaja. Mandi silat selama empat puluh kali dalam masa empat puluh
hari secara berturut-turut. Rupa-rupanya, perkara mudah itupun
bukan mudah untuk dibuat. Melainkan pada anak murid yang cekal,
tabah dan sentiasa ikhlas dalam persilatan Silat Cekak.
Prinsip kedua amalan mandi bersama kain putih adalah
berkaitan dengan masa. Ustaz menegaskan pada kumpulan kami.
“Mandi waktu malam dan cari ketika yang sesuai”. Ketika yang sesuai
itu adalah berkaitan dengan peredaran bulan. Maknanya, perlu mandi
ketika bulan sedang naik. Maka aku membuat tafsiran. Ada dua
perkara utama berkaitan dengan perbuatan mandi.
Pertamanya ialah di waktu malam dan keduanya di waktu
bulan sedang naik. Arahan dan penerangan Ustaz, aku dengar
dengan teliti. Aku ingin bersungguh-sungguh melakukan semua
perkara yang ada dalam persilatan Silat Cekak. Alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang
mandi biar basah. Alang-alang belajar biar belajar bersungguh-
sungguh. Alang-alang tunaikan suruhan biar ikut peraturan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 396
Aku difahamkan ramai yang berminat mandi di waktu pagi
atau petang. Senang. Ada yang merujuk perkataan fajar dalam
bacaan. Terus mandi pagi tanpa memahami makna keseluruhan
ayat. Aku tak tahu nak komen. Tak tahu akan punca sebenar
kelonggaran. Mungkin kehendak penuntut yang banyak karenah.
Waktu petang, matahari turun, waktu pagi matahari naik. Orang
merujuk bulan, dia merujuk matahari. Lantak.
Perkara pentingnya ialah kefahaman dan pengetahuanku
yang menjadi pegangan sejak dulu lagi hingga sekarang.
Tanggungjawab mandi adalah berdasarkan dua prinsip tersebut.
Waktu malam berturut-turut dan ketika bulan naik. Berdasarkan
peganganku itu maka tulisan ini akan mengungkap pengalaman dan
catatan sejarah penglibatanku dalam upacara mandi tamat.
Pengalamanku.
Itulah kefahaman yang aku terima dari Ustaz dan terus
dipertahankan dalam kalangan anak didikku ketika memimpin
cawangan di Perak. Aku tidak pasti lagi sama ada prinsip mandi itu
masih dipertahankan di tempat aku. Cawanganku telah berpecah
pada tiga persatuan. Manakala aku sendiri tidak lagi turun padang
memimpin persatuan atau persilatan. Cuma, sesekali dijadikan
tempat rujukan. Status arkib.
Berdasarkan penerangan yang diterima dari Ustaz pada
malam penamat silat maka kefahaman itulah menjadi pegangan. Aku
dan sebahagian besar rakan-rakanku tidak mahu menjadikan kain
putih sebagai pakaian mandi dalam mandi penamat tersebut.
Kecualilah mereka yang tak bawa apa-apa kain basahan. Sebabnya
mudah. Walaupun masa malam adalah sesuai tetapi prinsip bulan
naik tidak bertepatan. Ketika malam itu, bulan sedang turun. Aku tak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 397
ingat akan tarikhnya. Perkara pasti, bulan naik adalah merujuk pada
tarikh satu hingga lima belas haribulan. Kalender hijrah. Manakala
bulan turun adalah berkaitan dengan tarikh enam belas ke atas.
Maka terpaksalah aku dan rakan-rakan menunggu malam
yang lain iaitu ketika bulan sedang naik untuk memulakan mandi silat
bersama dengan kain putih. Sebaik-baiknya hari Isnin tapi bukan
penentu. Tidak diberatkan sangat oleh Ustaz berbanding dengan dua
prinsip yang lain itu.
Peganganku jelas, alang-alang nak buat mandi, buat betul-
betul. Ikut arahan dan peraturan. Jangan bersikap sambil lewa
sahaja. Perkara pentingnya ialah aku melakukan sesuatu itu
berdasarkan kefahaman dan pegangan. Tak suka ikut-ukut tanpa
sebab yang nyata.
Lama juga aku menunggu masa dalam kiraan saat dan
ketika yang sesuai untuk memulakan mandi silat secara berturut-turut
bersama kain putih. Menunggu hari Isnin malam Selasa, ketika bulan
dalam proses naik. Itulah permulaan yang tersangat sesuai untuk
memulakan mandi silat secara berturut-turut selama empat puluh
hari. Ketika itu aku masih menuntut lagi di Universiti Malaya. Tinggal
di asrama Kolej Ketiga.
Aku ingin menceritakan kembali pengalaman aku mandi silat.
Mandi pada waktu malam ketika bulan sedang naik. Bukan mudah
rupanya untuk mandi silat di asrama. Mana ada orang mandi di waktu
malam. Waktu pagi atau waktu petang adalah perkara biasa. Kalau
mandi waktu malam secara berterusan, memang luar biasa. Tapi nak
buat macam mana. Silat Cekak ada sifatnya. Seperti mana yang
telah aku nyatakan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 398
“Sesungguhnya Silat Cekak itu juga penuh dengan
perbuatan kiasan atau simbolik yang melambangkan sifat
kesungguhan dan sifat mengharap. Sifat mengharap itu membawa
makna pelakuan kita yang mempunyai harapan seperti mana
perbuatan yang dilakukan.”
Oleh itu, peganganku jelas dan tetap. Kalau nak buat mandi,
buat seperti yang disuruh. Jangan ambil mudah. Sekali seumur
hidup. Maka lebih baik aku mulakan mandi pada waktu yang
sepatutnya seperti yang dikehendaki. Jangan dipermudahkan untuk
kesesuaian diri. Tapi, sesuaikan diri dengan peraturan atau adab
yang sudah ditentukan. Bukannya susah. Bukannya seumur hidup.
Ketika aku memimpin cawangan, ada dalam kalangan anak
didikku bertanyakan alasan Ustaz mengarah mandi di waktu malam
dan ketika bulan naik. Zaman dulu-dulu aku dan rakan-rakan tak suka
membantah. Apa yang diarah, turut sahaja tanpa menyanggah.
Nampaknya anak didikku berlainan sikap. Banyak karenah. Suka
bertanya dan suka membantah. Setiap arahan mesti ada alasan.
Tanpa alasan, ternampak riak membantah.
Aku cuba menyingkap logikku dulu tentang arahan mandi
seperti yang diarah Ustaz. Dengan pengetahuan yang ada melalui
pembacaan dan pergaulan dengan guru-guru silat Melayu, aku cuba
mencari jawapan. Pengetahuanku yang seadanya itu telah ditambah
pula dengan pelajaran yang berkaitan dengan sosio-budaya
masyarakat Melayu ketika menuntut di universiti. Maka semakin
fahamlah aku akan makna arahan Ustaz yang sebegitu.
Jangan lupa juga sifat persilatan kita. Kita percaya bahawa
silat kita adalah juga sebagai Seni Pusaka Bangsa Melayu. Kalau
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 399
dah jadi pusaka maka kita juga tak dapat elak dari mewarisi segala
amalan dan kepercayaan yang ada dalam masyarakat Melayu.
Malam dan bulan naik adalah merupakan dua faktor yang berkait
rapat dan sangat berkaitan dengan ilmu hebat masyarakat Melayu.
Itu sebabnya ketika Ustaz mewarisi silat ini maka Ustaz
sendiri terpaksa membuat tapisan supaya amalan yang diwarisi tidak
bercanggah dengan pegangan agama kita. Ustaz sendiri telah
membuat perubahan itu. Seperti yang pernah aku tegaskan
terdahulu. Dalam majalah Dewan Masyarakat, bulan Oktober 1973
Ustaz ada menulis seperti berikut:
“Selepas dimandatkan menjadi guru silat ini saya tidak terus
berpuas hati setakat itu sahaja. Dengan pengalaman sejak usia lapan
belas tahun, dalam seni silat dan kebatinan Islam sejati, saya buat
kajian dan menapis segala seni silat untuk disesuaikan dengan tujuan
bersilat dan sejajar pula dengan peraturan agama Islam.”
Dalam masyarakat Melayu, „malam‟ adalah merupakan saat
dan ketika yang sesuai untuk mempelajari segala pelajaran yang
berkaitan dengan „ilmu megah‟. Tidak kiralah sama ada ilmu silat atau
ilmu-ilmu luar biasa yang lain. Malah, mengubat cara orang
Melayupun mesti dibuat waktu malam. Maknanya, waktu malam
adalah merupakan satu ciri budaya masyarakat Melayu yang amat
penting dalam proses pembelajaran, pengajaran, pemulihan atau
sebagainya.
Maka aku membuat kesimpulan. Tidak hairanlah mandi silat
penamatpun bermula pada waktu malam dan berterusan amalannya,
juga di waktu malam. Kenapa malam. Sesungguhnya malamlah
ketikanya waktu ketenangan. Tersangat terasa ketenangannya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 400
Waktu tak serabut. Malah, ada sesetengah ilmu yang
mengkhususkan amalannya waktu tengah malam. „Mandi bunga‟ pun
tersangat mujarab di waktu malam. Dari segi agamapun banyak
kejadian di waktu malam.
Aku sendiri pernah berpengalaman menimba ilmu megah
yang dikatakan sangat mujarab dan serasi serta menjadi hanya di
waktu malam. Pengubatan dalam kalangan masyarakat kitapun
dilakukan di waktu malam. Maknanya, perbuatan tertentu di waktu
malam adalah merupakan satu perkara istimewa dalam budaya ilmu
masyarakat Melayu.
Dari sudut psikologi, waktu malamlah jiwa kita mudah
tersentuh. Ketika itu sangat mudah membuat azam dan menimbulkan
kesedaran. Tidak kiralah kesedaran untuk menambah pengetahuan
atau kesedaran untuk berubah. Perkara pentingnya, waktu malamlah
kita akan mudah membuat koreksi diri dan keazaman diri. Penuh
dengan konsentrasi.
Waktu malam juga adalah terasa padatnya. Hal yang
demikian akan membawa makna bahawa perbuatan kita perlu serius.
Tak boleh main-main. Waktunya padat dan masanya terhad. Secara
langsung, perhatian khusus boleh difokuskan pada upacara mandi
yang ingin dilakukan. Bukan mandi biasa. Tapi mandi yang ada baca.
Mesti ada tumpuan, baru boleh jadikan amalan. Begitulah hebatnya
peranan malam dalam proses mempraktikan pelbagai ilmu atau lain-
lain kegiatan persilatan.
Maka aku membuat kesimpulan. Tidak hairanlah jika Ustaz
mengarahkan kami memulakan mandi secara berturut-turut itu pada
waktu malam. Bukan asing dalam budaya Melayu. Bukan pagi atau
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 401
bukan waktu petang. Namun begitu, bukan senang nak mandi waktu
malam.
Pada anak didikku, selalu aku ingatkan. Kalau nak
memulakan amalan mandi tamat silat, cari masa yang sesuai, sah
dan benar. Ini bukan ujian bertulis. Kalau ujian bertulis, jawab betul-
betul. Kalau ujian praktikal, buat betul-betul. Tapi ini amalan mandi.
Kena teruskan amalan mandi secara berturut-turut empat puluh hari
di malam hari. Ketika bulan naik. Mesti cekal hati. Memang banyak
juga halangannya. Kena tegas diri.
Jangan terlalu ambil peduli apa orang lain kata. Kalau mandi
pun tak dapat hadapi kata-kata orang, macam mana nak buat kerja
sebarkan persilatan. Sebabnya, menyebarkan Silat Cekak lagi
banyak kata-kata orang. Mandi silat hanya merupakan satu ujian
pemulaan. Ujian kecil. Kalau benar-benar terpaut pada Silat Cekak,
ujian besar sedia menunggu. Malah, mungkin timbul pelbagai
ancaman dalam proses menyebarkan Silat Cekak. Oleh itu, ambil
peduli hati diri sendiri yang berkata. Tak boleh buat kerja sambil lewa
atau suka-suka. Mesti rancang betul-betul, baru boleh mengharapkan
pulangannya.
Teringat ketika mandi dulunya. Banyak sangat cabaran.
Itulah ujian rupanya dalam persilatan Silat Cekak. Ujiannya mudah
sahaja. Mandi setiap malam secara berturut-turut. Jangan tinggal
seharipun untuk jangka masa empat puluh hari. Bukannya seumur
hidup sepanjang berada dalam Silat Cekak. Selepas emat puluh hari,
baru ada „lesen‟. Lulus ujian. Baru ada banyak pilihan.
Ketika itu, selepas habis „berpantang‟ maka buatlah mandi
silat bila-bila masa saja. Elok jadikan amalan harian. Mandi secara
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 402
bacaan dan harapan. Buat ikut kemampuan dan keperluan. Seelok-
eloknya berterusan sepanjang masa. Buatlah pilihan waktu. Tak
payah rujuk bulan dan bintang. Apatah lagi rujukan pada matahari.
Pagi, petang, malam, tengah hari, senja, fajar, bulan mengambang,
bulan merembang, matahari naik, matahari turun, bulan naik, bulan
turun, ada bintang, tak ada bintang atau atau atau sebagainya,
buatlah pilihan. Tapi, tiap-tiap hari sebagai amalan. “Dah ada lesen
tak perlu berpantang. Tak perlu sangat ikut peraturan.”
Kalau difikir-fikirkan, bukanlah payah sangat nak mandi silat
dalam persilatan Silat Cekak. Berbeza dengan pengalaman mandi
minyak pada persilatan Melayu yang pernah aku ceburi. Mandinya
tetap di waktu malam. Walaupun mandinya di malam hari, akan tetapi
perbuatan menyediakan minyak perlu dilakukan sejak pagi lagi. Kerja
buat yang dilakukan adalah dalam satu proses yang berterusan.
Teringat kisah mandi minyak yang pernah aku lalui. Banyak
karenahnya. Kelapa kampung. Bertimbun, berpuluh-puluh biji. Kena
kopek sabut kelapa. Setelah siap, kelapa yang dibelah dua kena
kukur sendiri. Ketika itu mesin kukur letrik tak ada lagi. Perah santan
pun sendiri. Semuanya dilakukan secara gotong-royong. Tapi ada
syaratnya. Ketika melakukan kerja, kena ada air sembahyang. Tak
boleh berkata-kata atau sembang-sembang secara suka-suka. Ada
bacanya. Serius semuanya. Kalau langgar pantang, batal air
sembahyang. Tah sah perbuatan. Kena ambil air sembahyang lagi.
Masa itu tak rerti apa-apa. Rupa-rupanya dalam silatpun ada
„majlis agama‟. Ada pula majlis „fatwa‟. Aktiviti silat dah jadi amal
ibadat khusus. Tak payah rujuk niat atau tujuannya. Kalau batal atau
tak sah sesuatu perbuatan dalam silat, bermakna perbuatan tersebut
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 403
sia-sia. Tak dapat apa-apa. Apa yang dapat dan apa yang tak dapat.
Tentunya pahala.
Maknanya, kalau buat kerja mandi minyak tanpa bercakap,
dapat pahala. Kalau bercakap maka proses mandi itu tak sah dan
maknanya juga tak dapat pahala. „Cerodek punya hukum‟. Mana ada
perintah Tuhan suruh mandi minyak. Maka jangan cuba kait-kaitkan
dengan agama. Sekarang ini saja baru terfikir. Dulu, aku ikut sahaja.
Kami hanya berhenti makan dan sembahyang. Santan
dimasak dalam kawah yang besar. Sekurang-kurangnya dua kawah.
Ahlinya ramai. Waktu malam baru mula upacara mandi minyak. Ada
caranya. Malam juga. Walaupun sehari kerja, terseksa juga. Minyak
yang disapu di badan tidak boleh dilap. Kering sendiri. Bukan senang
minyak nak kering di badan. Seksanya berkali-kali. Kalau ditanya nak
buat lagi, usah mimpi. Rasanya tak terdaya mengulang perbuatan itu
lagi. Cukup sekali untuk jangka waktu yang lama.
Ujian mandi silat kita tak sama dengan upacara mandi
minyak seperti yang dikata. Mandi kita nampak mudah sahaja. Tapi,
ada susahnya. Namun begitu, susahnya itu boleh diatasi melalui
kecekalan dan kesungguhan diri. Tidak menyeksa diri tapi
memerlukan kecekalan di hati. Pendek kata, mandi silat kita adalah
merupakan satu ujian yang kita boleh tentukan gred diri sendiri. Kita
boleh tentukan gred nilai perbuatan kita sama ada bernilai A+ atau
bernilai E.
Ketika itu aku tinggal di asrama Kolej Ketiga, Universiti
Malaya. Cabaran mandi padaku adalah jelas dan nyata. Mana ada
orang mandi waktu malam. Pakai kain putih pulak tu. Mungkin ketika
mandi orang lain tak nampak kita pakai kain putih. Tapi selepas
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 404
mandi, kain putih itu perlu disidai. Tak boleh diperah pulak tu. Maka
terpaksalah disidai di pantry. Orang lain boleh perhati.
Nak bawa masuk bilik, basah lagi. Air kain akan menitik. Apa
kata teman sebilik. Lagi syaknya bukan-bukan. Adoi! Seksa juga. Tak
tenang. Takut-takut akan ada kawan yang buat dajal. Mungkin
disoroknya kain kita. Kalau sehari dua tentu mereka tak syak apa-
apa. Tapi kalau berhari-hari lamanya, macam-macam hal boleh
berlaku. Macam-macam ulasan boleh dikata. Sekurang-kurangnya,
mungkin disimpulkan mereka bahawa kita mengamal ajaran salah.
Ajaran sesat. Gara-gara mandi bersama kain putih.
Ada lagi tabiat mandiku. Semasa ke bilik air mesti bawa baldi
kosong. Pernah ada yang bertanya padaku, “Nak membasuhke.”
Cepat-cepat aku menjawab, “Ya”. Nampak sangat autanya.
Aku tak pasti berapa kali dia nampak. Nasib baik pertanyaannya
cuma sekali. Tapi rasanya, pemerhatian kawanku itu adalah berkali-
kali.
Selepas mandi, kena tunggu dulu dalam bilik air. Senyap
seketika. Kena ambil masa supaya air di badan boleh kering sendiri.
Terpaksa lap air dengan tangan. Boleh kering juga. Sekurang-
kurangnya tak payah lap dengan tuala. Kalau keluar cepat tentunya
tak sempat kering air di badan. Nanti ternampak dek orang lain.
Banyak soalannya.
Seperti yang aku katakan, sifat malam pada permulaan
mandi empat puluh hari itu adalah berkaitan ketika bulan naik.
Maknanya, proses mandi buat pertama kalinya ialah ketika bulan
naik. Selepas mandi kali pertamanya, tak kisahlah keadaan bulan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 405
sebagaimana. Teruskan mandi sepanjang masa seperti yang
ditetapkan.
Maka pada fahamanku, pada peganganku dan pada
anjuranku, implikasinya ialah dua (2). Pertamanya ialah tafsiran
keseluruhan secara umum. Bulan naik adalah dari satu hingga lima
belas haribulan pada setiap bulan berdasarkan tahun hijrah.
Dikatakan bulan Melayu kerana kiraan harinya adalah berdasarkan
pada bulan. Bukannya pada matahari.
Keduanya, fokus mandi buat pertama kalinya di malam hari
adalah bermula apabila matahari telah jatuh dan menghilangkan
cahayanya. Maka bermulalah gelaran bulan naik hinggalah ke tengah
malam. Maka ketika bulan naik itulah kita memulakan perbuatan
mandi buat pertama kalinya bersama dengan kain putih.
Ada yang bertanya. Kenapa bulan juga diberi perhatian
dalam masyarakat Melayu. Kita perlu akui hakikat bahawa bulan
tersangat popular dalam masyarakat Melayu Islam. Malah,
masyarakat Islam di serata dunia pun berpandukan pada bulan untuk
kelender hijrah dan juga melihat pada anak bulan untuk menentukan
tarikh mula berpuasa dan hari raya.
Teringat juga semasa aku mempelajari pelajaran Geografi
ketika berada dalam tingkatan enam dulunya. Air pasang surut di
bumi ada kaitan dengan peredaran bulan. Tarikan graviti bulan boleh
juga menyebabkan terjadinya air pasang surut di bumi. Graviti bulan
juga membantu penyesuaian perubahan musim daripada cuaca yang
ekstrem dengan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian. Para pemancing
ikan di laut tentu amat sensitif tentang peredaran bulan yang ada
kaitan dengan air laut yang pasang dan surut.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 406
Dikatakan juga bahawa peredaran bulan ada kaitannya
dengan perangai manusia. Sifat ‟tak betulnya‟ semakin menjadi
apabila bulan naik. Begitu juga dengan perbuatan makan ubat
cacing. Teringat juga masa kacil-kecil dulu. Ibu suka beri makan ubat
cacing. Minyak Jarak. Zaman dulu-dulu, cacing adalah merupakan
salah satu musuh atau penyakit utama masyarakat Melayu. Anak-
anak buncit perutnya kerana cacing. Kalau jumpa doktor, akan ada
ubat cacing yang diberi supaya dimakan.
Makan ubat cacing ada kepercayaannya. Ada caranya. Ada
masanya atau ada ketikanya. Mesti makan ketika bulan turun ikut
kelender hijrah. Maknanya ialah dari tarikh enam belas ke atas. Dan
makan waktu pagi sebelum matahari naik. Ketika proses bulan
menghilang. Bulan turun. Kepercayaannya jelas. Makan ubat cacing
ketika itu akan memudahkan cacing keluar dari tubuh badan.
Cacingpun ikut peredaran bulan. Baru kita boleh pulang pulih sedia
kala.
Berdasarkan pengetahuanku jelaslah bahawa peredaran
bulan ada kaitannya dengan manusia yang menghuni dunia. Oleh itu,
perbuatan mandi kita yang penuh simbolik ada kaitannya dengan
harapan umpama bulan. Mandi ketika bulan naik maka diharapkan
semangat kita turut naik sehebat bulan.
Kefahamanku tentang mandi yang berkaitan dengan waktu
malam dan ketika bulan naik sangat dititikberatkan dalam kalangan
anak didikku. Untuk menguasai persilatan Silat Cekak maka
kuasailah kesemua perkara yang ada dalam adat dan adabnya. Uji
diri secara perbuatan mandi. Jangan ambil mudah. Beri tumpuan dan
beri perhatian.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 407
3. Pelbagai Prinsip Dalam Persilatan.
Dalam tulisan yang lalu kita telah berbincang tentang mandi
silat. Begitulah hebatnya dugaan dan cubaan mandi silat. Bukan kerja
main-main. Nampak senang, tapi susah. Nampak susah, tapi senang.
Semua perasaan banyak bergantung pada kerelaan. “Kalau tak rela,
jarum sepucuk sukar dipungut dari lantai. Kalau rela, bukit yang tinggi
sedia dipikul atas bahu yang ada.”
Kerja mandi bukannya banyak guna tenaga kerja tapi banyak
guna tenaga fikiran. Kena bersungguh-sungguh dan cekal hati. Selalu
aku ulangkan ingatan. Kalau nak buat kerja, buat betul-betul. Jangan
ambil mudah. Jangan suka-suka hati atau hati suka-suka.
Hakikatnya, Silat Cekak penuh dengan simbolik kesungguhan. Maka
buatlah secara bersungguh-sungguh dalam persilatan Silat Cekak.
Baru dapat faedahnya. Baru dapat keberkatannya. Baru dapat
fadilatnya.
Aku difahamkan, ada juga yang ambil jalan mudah. Tak payah
mandi langsung. Atau buat penyesuaian masa, ketika melakukan
perbuatan mandi. Boleh buat petang atau boleh buat pagi hari. Dicari-
cari alasan bagi membenarkan arahan mereka. Senang. Mudah. No
komen.
Pada anak didikku, arahannya jelas. Ikut arahan Ustaz. Mandi
waktu malam ketika bulan naik. Macam mana mereka buat, wallaahu
‟alam. Mereka sendiri yang tahu. Tapi aku yakin. Anak didik yang
bernilai A dan B, tentunya tidak sama dengan anak didik yang bernilai
C atau D atau anak didik yang bernilai E dan F. Bukan nilai
berdasarkan pengetahuan atau pemikiran tapi nilainya adalah
berdasarkan kesungguhan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 408
Maka mungkin timbul persoalan akan perbezaan keupayaan
dalam kalangan anak murid Silat Cekak. Ada yang boleh buat dan
ada yang tidak boleh buat. Ada yang ambil berat dan ada yang tidak
boleh ambil berat. Kenapa perkara sebegitu boleh terjadi agaknya.
Untuk memahami akan keadaan yang sedemikian maka aku
teringat akan anak didikku di sekolah tempat aku mengajar. Muridku
tersangat ramai. Macam-macam watak dan macam-macam sifat dan
perangainya. Kalau difokuskan pada nilai mereka maka ada yang
bertaraf A, ada yang bertaraf B, ada yang bertaraf C, ada yang
bertaraf D dan ada yang bertaraf gagal dalam pelajaran. Umumnya,
bolehlah dikategorikan mereka dalam kumpulan pandai, sederhana
dan kurang pandai.
Umumnya, muridku yang pandai adalah terdiri daripada
murid yang boleh menumpukan perhatian dalam pelajaran, beradab,
bersungguh-sungguh dan sentiasa berusaha dalam pelajaran. Hal
yang demikian amat berbeza dengan anak muridku yang bertaraf
sederhana iaitu nilai C dan D serta murid-muridku yang bertaraf
gagal. Banyak karenahnya. Malas. Banyak cakap dan selalu buat
banyak alasan. Kurang inisiatif dan selalu lupa serta suka
bertangguh.
Dalam konteks persilatan Silat Cekak, kita tentunya boleh
menilai akan anak didik kita. Penilaian berdasarkan pelakuan.
Adakah mereka bertaraf atau bernilai A atau B atau C atau bertaraf
murid yang gagal. Tak payah tunggu pelakuan mereka ketika memilih
bahagian ayam. Kita boleh tahu akan kelakuan, sifat dan sikap
mereka hasil pergaulan dengan mereka dalam kelas-kelas latihan
silat. Sesungguhnya, nilai gred itu akan melambangkan sikap,
kesungguhan, ketabahan, daya tahan dan pelbagai sifat lagi. Kita
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 409
sentiasa boleh menilai mereka ketika dalam perbincangan atau
melihat perbuatan atau karenah mereka dalam kelas-kelas latihan.
Oleh itu, jika ada dalam kalangan anak didik kita tidak boleh
melakukan kerja mandi silat secara berturut-turut maka tidaklah perlu
marah-marah atau berkecil hati. Senang buat tapisan. Mereka bukan
jenis murid yang bernilai A atau B. Sebaliknya, mereka adalah
berjenis sederhana atau jenis nilai gred yang tidak tinggi. Bila-bila
masa boleh berhenti atau cabut lari. Tidak kuat semangat dan tidak
cekal hati. Banyak cakap dari amali. Teringat satu dialog bersama
mereka.
Golongan gagal ini selalu berdalih dan elak diri. “Cikgu.
Kalau saya tak boleh mandi berturut-turut hari, bolehkah saya mandi
secara selang hari.”
“You rasa macam mana. Rasa susah ke nak buat mandi.”
Tanyaku balik.
“Kadang-kadang lupa nak buat. Tak cukup masa. Tertinggal
sehari.” Jawab anak muridku.
“Kalau macam tu, buat le mana yang patut. Rasa tak mampu
berturut-turut, tak payah buat.” Itulah jawapan mudahku pada mereka
yang sememangnya tak berminat mandi silat dengan sepenuh hati.
Banyak alasan. Banyak songeh. Buat apa nak susah-susah hati, nak
paksa mereka mandi. Biasanya, cukup tempoh mereka akan cabut
lari. Oleh itu, tak payah nasihat sepenuh hati. Adatnya, sememang
mereka tak akan mandi. Jenis malas, tak nak buat kerja atau gagal
buat apa yang disuruh dalam persilatan Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 410
Kesimpulan aku mudah sahaja. Pada anak didikku yang
sememangnya ada kualiti, berminat dan bersungguh hati, berilah
tumpuan pada mereka untuk melakukan segala suruhan dalam Silat
Cekak. Tambahkan ilmu persilatan Silat Cekak mereka dari masa ke
masa. Pada anak didik yang sememangnya tidak berminat dengan
persilatan Silat Cekak, tunaikan tanggungjawab setakat termampu.
Nak buat mandi, buat. Tak nak buat mandi, lantaklah. Bukan
tanggungjawab kita menentukan dia mesti mandi.
Tanggungjawab kita yang hakiki ialah menyampaikan
pelajaran enam bulan. Hingga tamat silat. Kelemahannya kita baiki.
Sebabnya, mereka bayar yuran pengajian. Setelah tamat silat,
bergantunglah pada niat di hati mereka. Bukan tanggungjawab kita
lagi. Tapi, kalau mereka nak tambah ilmu atau menambahkan
pelajaran dalam persilatan Silat Cekak maka kita akan beri peluang.
Syaratnya, segala suruhan yang ada dalam persilatan Silat Cekak,
perlulah dipatuhi dan dituruti.
Seperti yang aku katakan. Ada juga dalam kalangan anak
didikku yang tidak ada keupayaan untuk mandi seperti yang
dikehendaki. Desakan kerja dan sifat peribadi banyak menghalang.
Pada mereka, tak ada paksaan mandi. Tapi, sekurang-kurangnya
mereka buat amalan mandi. Tak kiralah pagi, petang atau siang. Tak
perlu larang. Yang pentingnya ialah mandi. Macam mana pulak kalau
tertinggal sehari. Suka hati. Ulang boleh tak ulangpun boleh. Fikir
sendiri. Macam pesakit TB. Nak baik atau tak nak baik. Lebih baik
ikhlas pada diri sendiri.
Generasi sekarang adalah tidak sama dengan generasiku
dulu-dulu. Maknanya, perangai murid silat sekarang tidak sama
dengan perangai murid silat dulu. Murid sekarang sentiasa inginkan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 411
penjelasan secara rasional tentang satu-satu perkara. Hal yang
demikian amat berbeza dengan generasiku dulu. Apa yang diarah
atau dikata guru, akan diterima tanpa banyak bicara atau banyak
karenahnya. Tak perlu fikir akan sebab-musabab atas satu-satu
arahan. Ikut sahaja.
Murid-murid Silat Cekak yang ada sekarang adalah lahir
dalam sistem pendidikan kita yang baru. Sistem itu mementingkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Hal yang demikian
turut membentuk sikap mereka yang bersifat kreatif dan inovatif
semasa mempelajari Silat Cekak. Mereka sentiasa inginkan
penjelasan secara rasional bagi setiap perkara.
Oleh itu, pantang larang yang ada dalam ujian mandi silat
perlu diterangkan secara rasional. „Kenapa perlunya pantang larang
tersebut‟. „Atas dasar apa maka pantang larang itu perlu diikuti‟.
Penjelasan yang kita beri perlu benar-benar dapat diterima mereka
secara logik dan rasional.
Ada antara Jurulatih yang menutup bicara dengan kata-kata
mudah, “Ikut aje. Lama-lama kita tahu akan faedahnya.” Macam
orang jual ubat. Akan tetapi, sampai ke sudah tak ada kata putus.
Anak didiknya tertunggu-tunggu jawapan. Nak tanya tak sampai hati,
tak tanya, langsung tak rerti. Terpaksa memendam perasaan
sepanjang berada dalam persilatan Silat Cekak.
Ada juga yang cuba menghubungkan sesuatu perkara itu
dengan alasan yang sukar diterima akal secara rasional. Alasan itu
mungkin bertaraf mitos yang mengkisahkan cerita zaman dahulu kala
dan dianggap benar. Terutamanya yang mengandungi unsur-unsur
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 412
konsep atau kepercayaan tentang kewujudan sesuatu kejadian.
Sukar diterima penjelasan atas pemikiran yang nyata.
Mungkin juga alasan yang diberi adalah bertaraf mistik yang
berkaitan dengan keadaan yang luar biasa atau ghaib. Hinggakan
pemikiran yang sedemikian tidak dapat diselami pemikiran manusia.
Mereka cuba hubungkan amalan atau perbuatan dalam silat dengan
sifat keanihan dan keajaiban atau sesuatu yang luar biasa. Tidak
berpijak di bumi nyata.
Kebenarannya, alasan-alasan yang sedemikian amat sukar
diterima mereka. Kepala diangguk tapi hati tetap berkata-kata.
Generasi murid silat sekarang inginkan penjelasan benar. Generasi Y
memberi makna “Why?”. Mereka menagih alasan rasional. Kita
jangan sesekali memandang rendah akan tuntutan mereka yang
sedemikian. Tak kenal maka tak cinta. Maka berilah kefahaman
sebenarnya pada mereka agar ikutan mereka ada faktanya. Bukan
khayalan semata-mata.
Hal yang demikianlah menyebabkan aku cuba menulis
secara rasional tentang pantang larang yang ada dalam mandi
penamat berdasarkan pengalamanku berhadapan dengan mereka.
Penjelasanku adalah berdasarkan kefahaman yang diasaskan Ustaz.
Tulisanku adalah menceritakan pengalamanku dulu. Perkongsian
pintar.
Kita bincang prinsip ketiga. Sentiasa berpakaian kain putih
ketika mandi dalam „pantang‟ empat puluh hari. Tak boleh diganti-
ganti dengan kain putih yang lain. Apatah lagi kain basahan lain yang
pelbagai corak dan warna. Jangan pulak dipersoal, kenapa warna
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 413
putih. Banyak perlambangannya yang berkaitan dengan keihklasan
dan kesucian.
Kebenarannya, selepas empat puluh hari barulah boleh
diganti dengan kain basahan yang lain. Kalau tak puas hati warna
putih, guna warna kuning, hijau, merah atau sebagainya. Ikut suka.
Kain putih yang ada, simpan sebagai „teman setia‟. Tak boleh dibawa
mandi selamanya. Hanya diguna apabila perlu. Bolehlah simpan
lama. Tak reput.
Kadang-kadang aku terfikir sendiri. Apa logik atau apa
perlunya memakai kain putih ketika mandi. Berkali-kali secara
berturut-turut selama empat puluh hari. Mungkin ada hikmah di
sebalik perbuatan tersebut. Aku terfikir secara rasional.
Kebenarannya, ramai yang suka mandi secara bogel.
Tambahan pula yang tinggal di asrama ketika menuntut. Kerap kali
pintu bilik mandipun boleh ghaib. Apa mereka peduli. Semuanya
serupa. Adatnya, mustahil mengunakan kain basahan. Mereka yang
ada kesedaran, mungkin akan memakai seluar katuk sebagai kain
basahan. Bilangannya amat kecil.
Melakukan perbuatan mandi bersama kain putih sebagai kain
basahan, akan memupuk satu kebiasaan. Menutup anu ketika mandi.
Kebiasaan itu akhirnya akan membentuk tabiat dan menjadi nilai
pada diri mereka sendiri. Jadilah disiplin diri. Apabila mandi, pakai
kain basahan. Tutup aurat.
Nilai yang baik itu akan berterusan selepas mandi empat
puluh hari. Akan terus memakai kain basahan setiap kali mandi
seterusnya. Tak tergamak melihat anu yang ada. Apatah lagi jika
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 414
amalan mandi diteruskan dengan baca. Mana mungkin membaca
doa mandi dalam keadaan seurat benang. Dua kepala memandang.
Malu pada diri sendiri. Kecuali pada mereka yang tidak ada perasaan
malu lagi.
Terkenang pula satu peristiwa tentang pemakaian kain putih
ketika mandi dalam kiraan empat puluh hari. Ada kejadian yang
terjadi pada rakanku yang balik kampung. Terlupa bawa kain putih.
Nak buat macam mana. Boleh mandi berturut-turut empat puluh hari,
tapi kain putihnya tak ada. Malang sekali. Apa hukumnya. „Majlis
fatwa‟ tak ada di kampung.
Ditanya padaku maka alasannya adalah sama saja. “Suka
hati. Ulang boleh tak ulangpun boleh. Fikir sendiri. Macam pesakit
TB. Nak baik atau tak nak baik. Lebih baik ikhlas pada diri sendiri.”
Tidak perlulah kita menakut-nakutkan diri mereka dengan pelbagai
ancaman dan alasan. Tak jalan. Tak makan gertak. Itulah sifat
Generasi Y. Bukannya mereka ambil peduli.
Prinsip yang berikutnya ialah kain putih tidak boleh
diperah. Pantangnya tegas. Kalau diperah maka dikira terputus
perbuatan mandi secara berturut-turut. Kena mandi semula secara
tidak memerah kain putih tersebut. Perbuatan tersebut adalah
sebahagian daripada ujian kesungguhan. „Ujian dalam ujian‟. Kena
ikut dan kena ambil berat.
Perbuatan tidak memerah kain putih itu juga merupakan satu
cabaran. Nak mengeringkannya perlu disidai. Hebat juga ujiannya.
Jangan pulak buat karenah. Akal membenarkan cara. Kalau perah
tak boleh, masukkan saja dalam mesin pengering. Cepat keringnya.
Akan tetapi perbuatan itu tidak menguji kesungguhan kita. Perbuatan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 415
mengelat. Ujian mandi ialah menguji kesungguhan. Jangan buat
main-main.
Prinsip yang kelima, membaca doa mandi perlu selaras
dengan perbuatan. Bacaan dan perbuatan adalah bersepadu. Tak
boleh baca dulu dan kemudiannya mandi dalam keadaan tempat
yang berlainan. Seperti yang aku tegaskan terdahulu. Selepas
berpantang, elok sangatlah teruskan membaca bacaan mandi dalam
keadaan anu tertutup. Tak payah tengok. Kalau terlapang, anupun
nak mandi akhirnya. Kena buat dua kali mandi.
Ketika bersama Ustaz, aku diingatkan. Jangan jadikan
bacaan mandi silat sebagai wirid selepas sembahyang. Tak sesuai.
Kalau itu yang dipesan guru, ikut sahaja. Kadang kala kita inginkan
kemenjadian satu-satu amalan bacaan secara gopoh. Buat secara
melampau. „Orang suruh buat bacaan ketika mandi, dia hentam
membaca sesuka hati tanpa mandi‟. Bila amal atau baca, kira nak
terus jadi. Bila tak jadi mula hati berkata-kata. Lama-lama sakit hati.
Jiwa tak tenang. Resah. Panas baran. Maka jadilah amalan sebagai
amalan kepanasan. Semuanya panas. Hatipun jadi panas.
Akhirnyanya jadi gila isim.
Perbuatan mandi kita ada hala tujunya. Ada tujuannya. Ada
hasrat melalui bacaan yang kita baca. Semoga kelebihan yang
dianugerahi itu, diberi pada diri kita. Selalu aku ingatkan diriku dan
pada anak didikku. “Sesungguhnya Silat Cekak itu juga penuh
dengan perbuatan kiasan atau simbolik yang melambangkan sifat
kesungguhan dan sifat mengharap. Sifat mengharap itu membawa
makna pelakuan kita yang mempunyai harapan seperti mana
perbuatan yang dilakukan.”
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 416
Prinsip yang keenam, ketika mencurahkan air ke seluruh
badan, mula gosok-gosok badan dengan telapak atau tapak tangan.
Ada peraturan menggunakan telapak tangan tersebut. Perkara
pentingnya ialah menggosok-gosok anggota badan terutamanya
tangan, kaki dan badan. Ustaz tidak menerangkan cara menggosok
tersebut. Namun begitu kalau berdasarkan ilmu perubatan Melayu,
gosoklah ke arah jantung. Maknanya kita menggosok kuat secara
sehala bagi melancarkan perjalanan darah. Bukan menggosok
macam menghilangkan rasa sejuk. Macam mengurut jadinya.
Ada Jurulatih yang memberi saranan. Gosok di tempat-
tempat yang boleh menjadi keras. Diberinya contoh. Kalau gosok di
bahagian siku maka siku akan menjadi keras dan berguna sebagai
alat pukulan. Akupun jadi hairan. Kalau tak digosok pada sikupun
maka siku akan sentiasa keras. Kalau nak keras, eloklah digosok
pada tempat anu atau puting. Dari lembut pasti keras. Bolehlah buat
kesimpulan. Gosok di situ ketika mandi maka bahagian anu dan
puting akan menjadi keras. Baru ada logiknya.
Dalam satu majlis perjumpaan Jurulatih, kita pernah
menjemput seorang pengamal perubatan untuk memberi ceramah.
Beliau telah menyentuh tentang perkaitan amalan mandi dalam
persilatan Silat Cekak dengan sains. Beliau menerangkan bahawa
menggosok-gosok badan ketika mandi secara berterusan akan
memberi faedah pada pengamalnya. Perbuatan tersebut akan
mewujudkan satu lapisan pada permukaan kulit. Kalau dilakukan
amalan itu secara berterusan, empat puluh hari pulak tu maka lapisan
tersebut bertambah matang.
Maka dari segi logiknya, lapisan tersebut akan memberi
isyarat pada otak untuk bertindak tatkala berlakunya serangan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 417
tumbukan musuh. Ada rasa. Maka hal yang demikian akan
membantu pengamal Silat Cekak untuk bertindak secara spontan
bagi menghadapi serangan lawan.
Menggosok badan menggunakan telapak tangan, masih ada
pantangnya. Ada dua tempat yang dikira sebagai zon larangan.
Pertamanya anu kita dan keduanya tetek kita. Satu penyawa dan
satu lagi bahagian penyusu. Kedua-dua tempat itu tersangat sensitif.
Peganglah, akan terasa karannya. Pada yang tak terasa apa-apa,
elok berubat. Ketika „berjuang‟, kedua-dua tempat itu akan menjadi
medan sasaran bagi menaikkan semangat perjuangan.
Hanya telapak tangan sahaja yang boleh berperanan
memberi perasaan. Kalau sentuhan dilakukan oleh bahagian tangan
yang lain, tidak mendatangkan tindak balasnya. Cuba guna tangan
lengan atau siku atau sebagainya. Tak rasa apa-apa. Rupa-rupanya
telapak tangan adalah merupakan alat deria perasaan kepada
pemikiran.
Kedua-dua tempat itu adalah sangat mulia. Satunya tempat
penyambung zuriat dan satu lagi tempat sambung nyawa. Hormati
tempat-tempat itu. Telapak tangan tidak setaraf dengan keistimewaan
tempat-tempat itu. Peranan telapak tangan tidak berfokus. Pelbagai.
Macam-macam kerja dibuatnya. Lebih-lebih lagi telapak tangan
sebelah kiri. Anu pun dibasuhnya setelah melepaskan „hajat‟.
Maka tersangat baiklah telapak tangan yang „banyak kerja‟
jangan menyentuh tempat yang mulia. Gunakan tangan di bahagian
lain. Tak jadi masalah. Perkara pentingnya ialah meratakan air di
tempat tersebut. Tak payah jadikan persoalan. Ikut sahaja arahan
berdasarkan muslihat yang dinyatakan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 418
Perbuatan menggosok-gosok anggota badan akan dapat
mengingatkan kita pada peranan anggota badan sebagai „saksi bisu‟
di Padang Masyar. Ketika itu lidah kita yang petah berkata-kata akan
diam. Sebaliknya, semua anggota badan akan menjadi saksi dengan
berkata-kata. Oleh itu, ketika menggosok-gosok angggota badan,
eloklah sedar diri. Jangan membuat perkara yang melanggar perintah
Allah. Anggota badan yang digosok akan berkata-kata nanti sebagai
saksi. Maknanya, eloklah kenal diri. Sedar diri ketika berada di dunia
ini.
Prinsip mandi silat seterusnya, setelah selesai kerja mandi
maka biarlah air mandi itu kering sendiri. Ujiannya tidaklah seberat
mana jika dibandingkan dengan mandi minyak. Kita boleh
menggunakan tangan untuk menggosok-gosok anggota badan. Boleh
jadi kering juga badan kita.
Perbuatan menggosok-gosok itu tentunya berulang-ulang kali.
Jika tidak berbuat demikian, mana mungkin air di badan boleh kering.
Maknanya, perbuatan menggosok-gosok badan dengan tujuan
mengeringkan badan akan membawa banyak faedahnya. Sekurang-
kurangnya, terbentuk lapisan pada kulit badan, di samping
mengingatkan kita akan peranan angota badan di akhirat nanti.
Akhirnya, jadikan amalan mandi silat sebagai perbuatan
yang berterusan. Selagi nyawa dikandung badan, buatlah mandi silat
dari masa ke masa. Seperti yang dikata, kita tidak lagi terikat dengan
peraturan. Tak payah pakai kain putih sebagai basahan. Gunakan
kain lain. Kalau dipakai setiap hari secara berterusan, akhirnya akan
makan diri. Reput. Tak ada pengganti. Oleh itu, kena pelihara juga
kain putih tersebut sebagai lambang kesungguhan yang pernah kita
lakukan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 419
Begitu juga dengan masa dan ketika. Tidak lagi bergantung
pada malam dan bulan. Buatlah mandi silat ikut tuntutan. Tak kira
masa. Mandi juga tidak terikat dengan jumlah perbuatan. Boleh buat
pagi dan petang. Dua atau sekali sehari atau berkali-kali dalam
sehari. Perkara pentingnya, mandi kita adalah secara strategik. Tidak
lagi suka hati. Ada disiplin diri.
Secara kesimpulannya, mandi silat yang berterusan dan
melangkaui jumlah hari yang ditetapkan, banyak faedahnya. Akan
terasa kesegaran badan. Dari segi psikologi, perbuatan mandi
tersebut secara berperaturan akan memberi isyarat pada fikiran untuk
menyatakan bahawa mandi sedemikian membawa kesegaran.
Jangan fikir atau mengharap hal atau perkara yang bukan-
bukan. Mandi silat tidak membawa sebarang kepanasan. Sepatutnya
membawa ketenangan dan kenyamanan. Kelebihan yang kita dapat
daripada mandi silat, biar Allah yang tentukan. Bukan kerja kita
membuat penentuan. Tidak perlu meletak kemenjadian atau
berkhayal perkara yang bukan-bukan. Boleh membawa pada sifat
kemudaratan. Silap „haribulan‟, akan menjadi gila isim. Berfikiran
tidak tentu hala. Bukan salah adat mandi tapi salah pembawaan diri.
Sekali sekala, potong limau purut secara sendiri untuk
digosokkan pada keliling badan. Bacaan seperti biasa. Guna kain
putih sebagai teman mandi. Harapan kita agar diri menjadi sedia
kala sihatnya. Pulang pulih sedia kala seperti asalnya.
Jelas pada kita, mandi silat itu juga akan dapat
mendisiplinkan diri ketika mandi. Lebih beradab dan lebih bersopan.
Tidaklah mandi secara koboi. Mandinya secara suka-suka hati.
Macam pepatung mandi. Asalkan basah badan, kira memadai. Kalau
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 420
mandi silat maka mandi akan dilakukan secara tenang dan berhati-
hati. Ada peraturannya yang perlu diikuti.
Seperti yang dikatakan, mandi silat adalah merupakan satu
ujian. Simbolik pada kesungguhan. Secara langsung, mandi silat
boleh membentuk sifat bersungguh, cekal hati dan ketabahan diri.
Sifat-sifat itu amat penting bagi menjadikan diri kita sebagai ahli Silat
Cekak yang berkualiti. Hebat, cekap, tangkas dan tepat.
Pada Jurulatih atau pemimpin Silat Cekak, mandi silat boleh
memberi maklumat yang berharga. Mandi silat boleh menentukan
kualiti ahli. Kita boleh buat penilaian akan tahap kesungguhan ahli.
Maka mudahlah kita membentuk barisan pelapis yang boleh
meneruskan perjuangan Silat Cekak di kemudian hari. Untuk
berjuang, kita memerlukan kualiti ahli yang tinggi. Maka mandi silat
boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap kualiti ahli.
Ada juga dalam kalangan ahli yang memberi alasan panas
apabila mandi silat. Akupun hairan. Malas nak tumpang bincang akan
alasan yang diberi. Pada pandanganku, tujuan mereka berkata
panas, mudah sahaja maknanya. Untuk menunjukkan hebatnya
mandi mereka dengan keegoan diri. Hanya dia seorang sahaja yang
merasai nikmat mandi. Tahu panas dan sejuknya.
Aku pula ada kesimpulan sendiri. Mungkin banyak sebab
dirinya rasa panas apabila mandi silat. Pertamanya, eloklah dia
mengkoreksi diri. Tentunya banyak perangai buruk yang dilakukan.
Sebabnya, mandi silat adalah penapis tabiat buruk di hati. Kalau
mandi rasa panas maknanya memang diri sendiri mempunyai
perasaan busuk hati. Masih ada lagi perasaan hasad dan dengki.
Oleh itu, kenalah mandi selalu supaya perasaan buruk dan busuk itu
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 421
dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Lawan rasa panas tersebut.
Apabila busuk hati telah hilang maka mandi silat akan terasa
sejuknya. Akan terasa kesegaran dan kenyamanannya.
Teringat pesanan Ustaz. “Sembahyang boleh mencegah
seseorang daripada melakukan perbuatan mungkar. Akan tetapi
kalaulah dia sembahyang dan tetap serta masih melakukan
perbuatan mungkar, maknanya sembahyangnya tak betul.” Sama
agaknya kaitan dengan mandi silat. Perbuatan mandi silat boleh
mengembalikan kesegaran badan dan mewujudkan ketenangan
fikiran. Akan tetapi, kalau mandi silat pun terasa panas dan tidak
tenang, maknanya ada yang tak betul pada perbuatan mandi silat
sedemikian.
Ataupun orang yang kata panas kerana mungkin masih ada
lagi niat amalan yang dilakukannya secara salah dan tidak benar.
Lihat bentuk amalan itu. Mungkin juga ada amalan yang tidak sesuai
dengan sifat diri yang bertaraf hamba. Berpaut pada pihak ketiga.
Maka, jangan buat sesuatu dengan tujuan tak tentu hala. Termasuk
perbuatan mandi silat. Jangan tentukan kemenjadian mandinya.
Tugas kita ialah mandi silat. Kelebihannya, biarlah Allah yang
tentukan. Jangan „mengatur‟ kuasa Allah bagi menentukan faedah
mandi. Kurang ajar atau biadab maknanya.
Keduanya, tentunya dia berasa panas kerana air yang
dimandinya adalah jenis panas. Tambah-tambah lagi air tangki. Kena
pancaran matahari ketika tengah hari. Semestinya air tangki itu
menjadi panas. Mandi dengan air panas maka badan akan berasa
panas. Bila badan terasa panas, tentunya hatipun panas. Sakit hati.
Cuba rasa mandi air perigi. Nyaman sekali.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 422
Teringat masa di kampung. Mandi perigi merupakan amalan
harian. Pada waktu malam dan pagi, air perigi terasa suamnya.
Waktu tengah hari terasa pula dinginnya. Rupa-rupanya, tanah boleh
mengawal haba. Hebat sekali peraturan Tuhan. Maknanya, orang
kampung tidak terasa panas ketika mandi di tengah hari. Tidak pula
kesejukan apabila mandi di malam atau pagi hari.
Ada kepercayaan dalam kalangan masyarakat kita bahawa
mandi malam tidak baik. Banyak petakanya. Boleh dapat penyakit.
Pendapat tersebut bukanlah suatu pendapat yang muktamad. Ada
pendapat yang menyanggahnya. Sanggahan pendapat mudaratnya
mandi malam, turut diberikan oleh pengamal perubatan moden atau
tradisional dalam masyarakat Melayu.
Samalah keadaan atau sifat pendapat yang mengaitkan
penyakit dengan angin. Dalam masyarakat kita, apabila ada sesuatu
yang tak kena pada badan maka mudahlah disalahkan angin yang
dikatakan ada dalam badan. Maka tidak hairanlah jika minyak angin
tersangat popular dalam masyarakat kita. Kena stroke pun guna
minyak angin. Kena serangan jantung, guna minyak angin. Sakit
perut, guna minyak angin. Pening kepala, guna minyak angin. Tapi
kalau anu, guna pulak minyak lintah. Lupakan kisah minyak angin.
Kita tinjau tentang isu mandi malam.
Cuba kita tinjau masyarakat Melayu dulu-dulu. Dekad-dekad
yang lampau, masyarakat kita masih belum maju. Kebanyakan rumah
tidak mempunyai saluran bekalan air paip. Kalau ada pun saluran
paip, bilik mandi tidak ada di dalam rumah. Masih di luar rumah.
Kebanyakan rumah adalah tinggi-tinggi. Jarang sangat yang
rumahnya dua lapis. Semuanya bertiang tinggi. Nak turun rumah,
kena turun melalui anak-anak tangga yang banyak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 423
Pada keseluruhannya, masyarakat tetap menggunakan perigi
atau sungai sebagai tempat mandi. Jauh juga. Kalau ke perigi, kena
turun rumah. Apatah lagi ke sungai. Bukannya dekat. Hal yang
demikianlah tidak digalakkan buat sebarang kerja yang berkaitan
perigi dan sungai di malam hari. Maka orang dulu larang mandi
malam kerana masyarakat dulu guna perigi dan sungai tanpa cahaya
lampu dan suasana gelap gelita. Letrik tak ada. Mungkin mereka
akan menghadapi pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga
bahaya di sungai.
Kini, kita makin maju. Ramai ahli masyarakat kampung yang
tidak bergantung lagi pada perigi dan sungai untuk mandi. Apatah
lagi masyarakat kota yang tidak lagi mengenal perigi dan mandi di
sungai. Dalam rumah ada bilik mandi. Malah, dalam bilik pun ada bilik
mandi. Sudah tidak ada sebarang penghalang lagi untuk mandi.
Negara kita mempunyai iklim tropika. Cuacanya panas dan
lembab. Oleh itu, mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
Demikian menurut pendapat pengamal perubatan. Malah, mandi
malam adalah baik kerana ia membersihkan diri dari bakteria dan
virus. Mandi malam hari boleh membantu mengembalikan ketahanan
fizikal dan mental. Mandi juga boleh membuatkan kita dapat tidur
dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia atau susah nak
tidur. Seseorang itu bukan sahaja dapat tidur lena tapi juga tidur
dengan lebih lama jika mandi sebelum tidur.
Walau bagaimanapun, tidaklah dinafikan tentang keburukan
mandi malam pada mereka yang mengidap penyakit atau berada
dalam negara yang sejuk. Pada mereka itu, eloklah mandi tengah
hari supaya rasa panas. Bukan panas hati tapi panas badan kerana
melawan cuaca yang terlalu sejuk.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 424
Tergambar jelas dalam fikiranku tentang tingkah laku rakan-
rakan silatku dulu ketika mandi silat. Ramai yang mengambil berat
tentang kerja mandi tersebut. Perkara kecil-kecil pun ditanya pada
Ustaz. Kiraanku, perkara itu boleh selesai sendiri dengan
menggunakan akal fikiran yang ada. Tapi, lama-lama aku faham.
Perkara kecil padaku mungkin besar masalahnya pada mereka. Dari
segi psikologi, hal yang demikian membawa makna betapa beratnya
mereka pada tanggungjawab menunaikan perbuatan mandi silat.
Rakan sekelasku bukan semuanya umur sama. Ada yang
telah berumah tangga. Maknanya, tanggungjawab sebagai suami
perlu dilaksanakan. Ada juga yang terkenot pada malam mandi silat.
Hal yang demikian juga menjadi persoalan. Sepatutnya, kalau nak
mandi silat tangguhlah dulu perjuangan berkenot. Tapi, nak buat
macam mana. Pemintaan kaum ibu perlu disegerakan. Maka pada
Ustaz juga menjadi rujukannya.
Fahamlah aku. Jadi fahamanku pula. Konsep ‘mandi silat
dalam mandi‟. Maka bolehlah aku membuat kesimpulan tentang
perbuatan mandi silat ketika mandi berdasarkan pelbagai tafsiran
ayat. “Mandi silat adalah merupakan penghabis mandi”. “Mandi silat
adalah merupakan puncak mandi”. “Mandi silat adalah merupakan
penutup perbuatan mandi”. Dengan menggunakan ayat tafsiran lain,
selesaikan mandi-mandi yang lain terlebih dahulu sebelum buat
mandi silat.
Maknanya, kalau sudah terkenot, buat mandi wajib terlebih
dahulu. Barulah diikuti dengan mandi silat. Kalau tak kenot pula maka
buatlah mandi biasa terlebih dahulu sebelum buat mandi silat. Ikutilah
hukum dan petua mandi yang ada dalam mandi wajib dan mandi
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 425
biasa. Kalau mandi wajib ada hukumnya. Tak perlu aku bincangkan
di sini. Kalau mandi biasa ada petuanya.
Berdasarkan petua orang tua-tua, kalau mandi biasa ada
caranya. Mulakan aliran air dari kaki terlebih dahulu sebelum air
disiram naik ke atas hingga ke bahu dan akhirnya baru ke kepala.
Kalau ketiak kuat hapaknya, petuanya eloklah ketiak disental dengan
belakang tangan ketika menggosok bagi mengurangkan bau hapak.
Elakkan guna telapak tangan. Bahagian-bahagian lain, gunalah apa
saja jenis sabun atau shampoo. Gosoklah di mana-mana yang perlu.
Anupun boleh dibelai-belai dengan buih sabun.
Setelah selesai semua jenis mandi maka mulalah dengan
mandi silat. Untuk mandi silat, masih ada peraturannya. Tak boleh
suka-suka hati atau hati suka-suka untuk mandi. Mandi wajib ada
hukumnya, mandi biasa ada petuanya dan mandi silat ada
peraturannya. Mesti ikut jika ingin mendapat manfaatnya.
Tergambar dan terkenang kisah-kisah lama tatkala aku
dimandikan Ustaz. Kemudiannya aku diwakilkan Ustaz memandikan
anak murid silat yang tamat Silat Cekak. Ketika dimandikan Ustaz,
ada juga kisah-kisah lucu yang dilakukan rakan-rakanku.
Setiap kami yang dimandikan Ustaz akan membawa limau
yang telah dibelah dua terlebih dahulu. Bahagian bawah diberi pada
Ustaz manakala bahagian atas diguna sendiri untuk dibaca terlebih
dahulu. Di situ juga berlaku kisah lucu. Lain yang patut diserah, lain
pula yang dibaca. Mujur juga ketika itu ada pembantu Ustaz.
Dapatlah dibuat pembetulan. Tapi, hal yang sama boleh berulang
balik pada ahli yang lain. Jadi bahan ketawa.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 426
Setelah kami menyerahkan bahagian limau pada Ustaz maka
mulalah peraturan mandi bermula. Kami perlu baca sesuatu pada
limau sebelum dipusingkan keliling badan. Ada juga yang tidak ikut
peraturan. Kena buat ulangan. Apa tidaknya. Lain yang disuruh maka
lain pulak yang dibuatnya. Orang mulakan pusingan dari sebelah
kanan, dia mulakan pusingan dari sebelah kiri. Pada hal, penerangan
telah diberi berkali-kali. Rupa-rupanya, kecerdikan belajar tidak
semestinya kekal sepanjang masa. Ada masanya boleh jadi kurang
cerdik.
Setelah pusingan limau dilakukan, limau perlu dibuang dari
tangan. Tak boleh dicampak atau dibaling sesuka hati. Ada adabnya.
Kena buang secara lembut ke bahagian belakang. Tak ada apa-apa
pantangnya. Sekadar menyambung pergerakan limau yang disambut
tangan kanan. Sambutan tangan kanan memudahkan limau dibuang
ke bahagian sisi atau belakang. Setelah itu kami diarah mandi sendiri
terlebih dahulu.
Ketika itu, ada yang mandi secara „tidak sedar diri‟. Syok
sendiri. Buat macam bilik air sendiri. Sering terdengar dua ayat yang
sering dilaungkan. Kalau dari Ustaz, biasanya akan berbunyi, “Pelan-
pelan sikit mandi tu.” Apa tidaknya teguran Ustaz. Mandi secara
„ganas‟. Ustaz terkena percikan air mandi anak muridnya ketika Ustaz
sedang membaca sesuatu di baldi air. Kalau tidak ditegur, seorang
demi seorang mandi sedemikian maka jawabnya, basah kuyuplah
Ustaz.
Air yang ditakung di bilik mandi adalah terhad. Air itulah yang
digunakan buat penuntut mandi terlebih dahulu sebelum dimandi silat
oleh Ustaz. Rakanku yang tidak sedar diri dan syok sendiri itu akan
mandi bercebok-cebok. Maka terdengarlah laungan ayat kedua, “Hoi!
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 427
Cukup cukup. Bagi can pada orang lain pulak.” Maka barulah rakanku
itu berhenti mencebok air. Rasa-rasanya, kalau dibiarkan, alamat
separuh air takungan itu akan habis.
Nak jadi cerita, pernah kerja mandi Ustaz terpaksa ditangguh
seketika. Tungggu air takungan berisi bagi membolehkan rakan yang
lain mandi secebok dua. Maklumlah, murid yang dimandikan pada
malam itu lebih dari empat puluh orang. Lucunya, pada rakan-
rakanku yang berikutnya, dihadkan mandi secebok sahaja. Sekadar
membasahkan kepala dan sedikit di bahagian badan. Setelah itu
kami mencangkung di depan Ustaz, lantas dimandikan dengan air
sebaldi yang telah dibaca Ustaz.
Aku simpati juga dengan Ustaz. Tak dapat elak terkena
percikan air dari gelagat anak-anak murid yang dimandikan. Nak buat
macam mana. Sememangnya Ustaz sendiri mengarahkan supaya
menggosok-gosokkan anggota badan tatkala Ustaz menjirus air ke
badan. Cuma, gosokan rakan-rakanku itu agak kasar dan gopoh
sedikit. Alamat bertebaranlah air yang dogosok itu. Pasti terkena
pada mereka yang dekat di situ.
Seingat aku, ketika aku memimpin cawangan, tersangat
jarang Ustaz memandikan anak muridnya dalam majlis tamat. Tugas
memandikan anak murid yang tamat, diturun kuasa pada anak murid
atau orang kanan yang Ustaz pilih. Itupun kena tunggu arahan. Bukan
boleh pandai-pandai nak buat kerja memandikan murid yang tamat
silat secara suka-suka hati. Hak mandi adalah hak Guru Utama. Oleh
itu, kena tunggu arahan Ustaz untuk tindakan mandi seterusnya.
Menunggu-nunggu upacara mandi silat selepas ijazah kadang
kala boleh menjadi stress juga. Ketika itu tidak dapat dipastikan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 428
sama ada Ustaz sendiri ingin memandikan anak muridnya atau ingin
mewakilkan mandi pada orang pilihannya. Kena tunggu arahan
Ustaz. Masa berjalan. Ustaz akan terus bercakap atas tajuk yang
tertentu. Sampai ke akhirnya baru terkeluar arahan Ustaz. Biasanya
Ustaz berkata, “Cikgu, mandikan budak-budak tu.”
Baru rasa lega. Lantas, baru aku berani meminta izin dari
Ustaz untuk memandikan para penuntut silat yang baru tamat. Oleh
sebab aku sering terpilih Ustaz untuk menjadi wakilnya memandikan
para penuntut yang tamat silat maka kadang kala aku bertindak
secara berani diri. Setelah habis majlis ijazah, aku akan membiarkan
seketika Ustaz bercakap atas tajuk yang berkaitan. Kemudiannya aku
akan merapati Ustaz dan berbisik sesuatu.
“Ustaz, dah boleh mandi ke Ustaz.” Bisik suaraku dengan
penuh adab. Aku terpaksa berbuat demikian kerana biasanya aku
juga yang akhirnya terpilih untuk memandikan para penuntut yang
tamat silat. Tak mahu buang masa.
“Ya, ya. Mandikan.” Begitulah kebiasaan jawapan Ustaz.
Setelah memberi jawapan, Ustaz meneruskan percakapannya.
Pernah Ustaz tidak memberi jawapan. Tekanan juga. Kena tunggu
jawapan. Lama, baru diberi.
Lantas aku bersalam meminta izin. Tidak pulak cium tangan.
Aku terus mengajak anak-anak didikku untuk mandi silat. Bukan
semua yang bangkit. Ramai yang asyik mendengar percakapan
Ustaz. Beberapa orang yang nak mandi dulu akan mengikutiku ke
bilik mandi.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 429
Tanggungjawab sebagai wakil memandikan anak didikku
yang tamat silat memberi pengalaman padaku. Tidak pulak Ustaz
terangkan cara-cara memandikan silat secara khusus. Oleh itu,
perbuatanku lebih banyak berdasarkan pengalamanku bersama
Ustaz. Di samping bertanya, aku juga turut memerhati cara Ustaz
memandikan anak muridnya. Aku juga berpengalaman dimandikan
Ustaz.
Bukan senang rupa-rupanya mandi silat. Kena ada tenaga.
Tambahan pula setiap kali majlis tamat silat akan melibatkan puluhan
murid. Maknanya, berkali-kali terpaksa mengangkat baldi air untuk
menjurus air. Bukan setakat aku memandikan mereka, kebenarannya
aku juga yang terpaksa bermandi kerana pelakuan mandi anak
didikku yang „ganas‟.
Tatkala aku membacakan ayat-ayat pada air di baldi, mata
perlu menjeling ke arah anak didikku yang sedang perlimau atau
sedang mandi. Pada yang sedang perlimau, aku kena pastikan
perbuatannya benar dan sah. Pada yang sedang mandi biasa terlebih
dahulu, aku akan bersuara jika mandinya lama. “Cukup, cukup.”
Barulah mereka akan berhenti mandi dan duduk mencangkung di
depanku. Mudah padaku menjurus air dari kepala sebab ketika itu
mereka mencangkung dan aku pula yang berdiri.
Begitulah pengalaman yang diberi Ustaz. Sekurang-
kurangnya aku merasai tanggungjawab yang dijalankan Guru Utama.
Bukan senang membuat kerja mandi. Lengit juga. Sekian sahaja
tajuk cerita pengalamanku tentang mandi silat zaman dulu-dulu.
Mungkin ada persamaan atau mungkin ada perbezaan di masa kini.
Luar dari pengetahuanku.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 430
4. Kain Putih.
Dalam tulisan-tulisan yang lalu, aku telah membincangkan
dengan panjang lebar hal yang berkaitan dengan upacara mandi
tamat. Asas penulisanku adalah berdasarkan pengalamanku
bersama Ustaz dulu-dulunya. Bacalah untuk menambahkan
pengetahuan tentang pensejarahan Silat Cekak. Pengalamanku. Aku
tidak dapat membandingkan dengan upacara yang ada sekarang.
Tak ada pengetahuan. Mungkin apa yang aku tulis masih kekal
sampai sekarang akan persamaannya atau telah berbeza. Luar dari
tanggungjawabku. Apapun, perubahan adalah merupakan satu
tuntutan. Kita tidak akan dapat lari dari sebarang perubahan.
Ada yang ingin tahu secara teliti tentang adab ketika
membaca ayat mandi silat pada zaman dulu-dulu. Sebenarnya, Ustaz
tidak pernah membincangkan tajuk khusus tentang peraturan
membaca ayat-ayat mandi tersebut pada ahli-ahli silat secara
umumnya. Melainkan, Ustaz akan menyentuh perkara-perkara yang
berkaitan mandi dari masa ke masa sebagai sisipan dalam
percakapannya. Pengetahuanku lebih banyak secara aku sendiri
suka bertanya atau melalui pemerhatian pada pelakuan Ustaz ketika
memandikan anak muridnya dan melalui pengalaman aku
dimandikan Ustaz.
Perkara pastinya, bacalah bacaan kita itu di air yang
bertakung. Sebaik-baiknya air tersebut ditakung dalam sebuah baldi
yang cukup untuk meratakan air ke seluruh anggota badan.
Terutamanya kaki, tangan dan badan. Tidak pulak disuruh mengadap
ke kiblat. Namun begitu, Ustaz sering mengingatkan anak didiknya
bahawa sebaik-baik perbuatan biarlah mengadap kiblat.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 431
Malah, Ustaz pernah berpesan padaku ketika kami
membincangkan tentang „guru-guru megah‟ yang ada dalam alam
persilatan Melayu. Kata Ustaz, “Kalau kita nak pastikan kehebatan
atau kelebihan seseorang guru itu, lihat juga cara duduknya. Guru
yang hebat akan sentiasa duduk mengadap kiblat.” Maknanya,
secara implikasi perbuatan kita ketika mandi, elok juga mengadap
kiblat.
Sambil membaca, tangan kanan akan meramas-ramas
bahagian limau yang berkaitan. Kalau tak ada limau kerana amalan
mandi seterusnya, tak perlulah ramas apa-apa. Menjadi adat dalam
perbuatan masyarakat kita, selepas membaca sesuatu akan diikuti
dengan tiupan pada bahan yang menjadi tempat bacaan tersebut.
Hal yang demikian kerap dilakukan oleh pengamal-pengamal
perubatan tradisional Melayu yang menjampi sesuatu. Misalnya,
kalau dijampi pada sirih maka selepas dijampi, sirih itu akan ditiup.
Perbuatan meniup itu adalah berkaitan dengan disiplin ilmu tersebut.
Tidak perlu aku menghuraikan tujuannya dalam tulisan ini. Oleh itu,
menjadi tabiat juga air mandi yang dibaca, akan ditiup pula pada air
mandi yang dibaca tersebut.
Seperti yang aku tegaskan terdahulu, upacara dalam
persilatan kita erat kaitannya dengan kain putih. Mesti bawa kain
putih. Sebenarnya, penggunaan kain putih tersebut adalah di awal
dan di akhir penglibatan kita dalam persilatan Silat Cekak. Hal yang
demikian adalah merupakan satu kemestian. Tidak ada kekecualian.
Maknanya, setiap orang yang ingin melibatkan diri dalam persilatan
Silat Cekak dari mula hingga akhirnya, pasti akan berpengalaman
dengan dua kali upacara yang berkaitan dengan kain putih.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 432
Dalam tulisan ini, aku ingin menceritakan pengalaman dan
tanggapanku pada kain putih dulunya. Dalam ijazah pertama dan
ijazah penamat. Tidak bermaksud apa-apa, melainkan ingin
berkongsi perasaan dan pengetahuanku dengan para pembaca.
Perasaan saspens atau teruja buat diriku hanya wujud pada
pengalaman kain putih yang pertama. Dalam ijazah penamat, aku
tidak berasa hairan lagi. Telah ada pengalaman pada ijazah pertama.
Cuma, pada peringkat awalnya, aku tertanya-tanya akan keperluan
membawa kain putih pada ijazah penamat. “Tak habis-habis dengan
kain putih.” Bisik hati kecilku.
Ketika kami diarah menyediakan kain putih dalam ijazah
pertama lagi, hatiku tertanya-tanya juga. Sepanjang pengalamanku
melibatkan diri dalam persilatan Melayu yang lain, tidak melibatkan
kain putih. Hanya dalam Silat Cekak baru ada kain putih. Pelik juga.
Nak buat macam mana. Dah syaratnya. Kena ikutkan juga. Namun
begitu, aku menjadi serba salah tatkala berkempen mencari ahli baru
dalam kalangan rakan-rakanku.
“Nak masuk silat baru ke. Hebat bunyinya silat tersebut.”
Kataku memulakan kempen dalam kalangan rakan-rakan rapatku.
Kebetulan pula kami sedang belajar satu jenis silat lain di kampus
pengajianku.
“Silat apa”. Respon rakan-rakanku.
“Silat Cekak”. Jawabku tegas.
Aku telah menceritakan pengalamanku bertemu dengan Silat
Cekak dan bertemu dengan gurunya. Amat menarik sekali.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 433
Perjanjianku dengan Ustaz telah mendorongku bercita-cita besar
untuk membuka kelas latihan di pusat pengajianku.
Dalam kalangan rakan-rakanku, nama Silat Cekak begitu
asing. Ada yang tak pernah dengar langsung nama silat itu. Hal yang
demikian menyebabkan aku berasa mudah berkempen memberi
keyakinan dalam kalangan rakan-rakanku yang sememangnya
berminat dengan persilatan Melayu.
“Nak belajar, apa syaratnya.” Begitulah soalan standard yang
sering ditanya tatkala seseorang itu ingin mempelajari silat Melayu.
“Belajarnya mudah. Pengkerasnya sepuluh ringgit tiga
kupang dan kain putih dua ela setengah. Itu saja. Tak payah bawak
lain-lain benda.” Jawabku pada pertanyaan rakan-rakanku. Kalau
silat Melayu lainnya, biasanya kena bawa garam, gula, sintuk dan
sebagainya.
Wang pengkeras tidak menjadi masalah. Perkara biasa dan
menjadi adat sebagai syarat untuk menuntut sebarang ilmu dalam
masyarakat Melayu. Cuma, kebiasaan wang sen adalah selalunya
berjumlah suku. Misalnya, tiga ringgit suku, lima ringgit suku dan
sebagainya. Tapi, kali ini pengkeras Silat Cekak dikira genap. Tiga
kupang. Tiga puluh sen. Itupun tidak menjadi masalah. Boleh terima.
Dulu-dulu, kiraan sen adalah menjadi syarat menuntut. Nilai
sen dulu amat besar. Masa aku bersekolah rendahpun, belanja ialah
lima sen sehari. Dapat beli mi sepiring kecil. Kenyang juga sebagai
alas perut. Air, minum air paip sekolah. Kalau berbelanja sepuluh
sen, kira lagi ok. Mi lima sen dan air sirap lima sen. Kalau berbelanja
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 434
dua puluh sen, tersangat mewah. Ketika itu, gula pun dua puluh sen
sekati.
Cuma, bila disebut kain putih, mulalah muka rakan-rakanku
ternampak riak keriuknya. Hal yang demikian kerana penggunaan
kain putih agak asing dalam kalangan mereka. Penglibatan mereka
dalam persilatan Melayu sebelum itu, tak ada kain putihpun. Malah,
sepanjang penglibatanku juga dalam silat Melayu, tak ada pun kain
putih. Tapi kali ini kami dituntut menyediakan kain putih. Agak asing
dalam kebiasaan kami menuntut ilmu bersilat.
Aku dapat rasakan betapa kain putih amat sensitif dalam
kalangan rakan-rakanku. Malah, perasaan itu ada juga wujud dalam
diriku sendiri. Pertamanya, kain putih adalah dikaitkan dengan orang
mati. Kain kapan adalah menggunakan kain putih. Keduanya,
menjadi kepercayaan pada masa itu bahawa kebanyakan hantu-
hantu juga menggunakan kain putih sebagai uniform hantu-hantu
tersebut pada waktu malam. Senang nampak. Kalau pakai pakaian
gelap, susah untuk mengacau manusia. Sebabnya, manusia susah
nak nampak hantu-hantu tersebut. Kalau tak nampak maka tak takut.
Ketiganya, ilmu-ilmu megah yang berkaitan dengan mistik,
juga menggunakan kain putih. Malah, perbuatan sihir yang
mengunakan kain, selalunya menggunakan kain putih. Oleh itu, kain
putih biasanya akan dihubungkan dengan ilmu-ilmu mistik yang
berkaitan dengan keluarbiasaan. Hal yang demikianlah menyebabkan
kain putih tersangat sensitif pada mereka yang ingin menuntut
sebarang ilmu megah secara benar.
Ada yang bersifat tegas dengan mengatakan bahawa ilmu-
ilmu yang berkaitan dengan kain putih adalah seiring kepada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 435
perbuatan mungkar. Hal yang demikian adalah berdasarkan
pengalaman atau pengetahuan mereka di masa-masa lalu. Kain putih
kerap kali diguna dalam upacara yang dilakukan oleh tok-tok guru
yang mengamalkan satu-satu ajaran. Ajaran yang ditafsirkan sebagai
ajaran sesat. Maka tidak hairanlah apabila persilatan kita
menggunakan kain putih maka ada yang mudah menghubungkannya
dengan ajaran yang salah.
Dalam persilatan kita, orang yang „anti Silat Cekak‟ atau
cemburu dengan perkembangan Silat Cekak, akan cuba
menghubungkan Silat Cekak dengan ajaran sesat. Salah satu
caranya adalah berdasarkan penggunaan kain putih. Mereka
membuat tafsiran sendiri berdasarkan kesimpulan sendiri. Itulah saja
bukti yang boleh mereka gunakan untuk membuktikan bahawa ajaran
salah sememangnya ada dalam persilatan Silat Cekak.
Sebabnya, semasa pembelajaran Silat Cekak, tidak ada apa-
apa baca pun sama ada untuk memulakan latihan atau menamatkan
latihan. Perbuatan seru-menyeru, jauh sekali. Oleh itu, pada
kebenarannya, amat sukar pada sesiapapun untuk mengatakan akan
wujudnya ajaran salah dalam persilatan kita. Maka terpaksalah
mereka mencari-cari alasan untuk mengaitkan juga Silat Cekak
dengan ajaran sesat. Nampaknya, kain putih adalah merupakan
„jalan‟ utama.
Aku berpengalaman ketika Silat Cekak dikaitkan dengan
ajaran salah. Ajaran salah biasanya adalah merujuk pada ilmu
kefahaman yang diajar pada anak murid. Maknanya, Silat Cekak
didakwa sebagai menyebarkan kefahaman yang salah pada anak
muridnya. Dakwaan sedemikian adalah tersangat umum. Kita yang
bergiat dalam persilatan Silat Cekak tentunya akan menolak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 436
pendapat tersebut. Perdu kefahaman kita adalah berdasarkan gerak
dua tangan dan dua kaki yang dianugerahi Allah.
Walau bagaimanapun, aku yakin dan percaya bahawa
dakwaan tersebut adalah dikaitkan dengan kain putih. Pada
kebiasaannya, kain putih hanya digunakan dalam satu-satu ajaran
atau amalan; bukannya persilatan. Oleh sebab Silat Cekak ada
syarat kain putih maka mudahlah mereka mendakwa akan pendapat
yang sedemikian.
Terdapat tiga (3) peristiwa yang pernah aku alami sendiri
berkaitan dengan dakwaan tersebut. Pertamanya adalah ketika aku
masih berada di cawangan pusat. Abang kepada rakan sekelas
silatku telah „menyerang‟ Ustaz atas dakwaan adiknya telah menjadi
„sasau‟ kerana mempelajari Silat Cekak. Maknanya, Silat Cekak
dianggap sebagai membawa satu ajaran yang salah hingga adiknya
menjadi sedemikian.
Ketika „serangan‟ itu, aku tidak ada di pejabat silat. Akan
tetapi kemudiannya Ustaz telah menceritakan peristiwa tersebut
kepadaku. Ketika itu Ustaz tinggal seorang di pejabat silat di Jalan
Putera. Abang rakanku yang berpangkat kapten dalam pasukan
tentera cuba mendakwa bahawa Ustazlah penyebab adiknya
berkeadaan sedemikian. Menjadi sasau.
Ustaz telah menyelesaikan perkara tersebut secara memberi
penerangan sebenar tentang falsafah, konsep dan prinsip Silat
Cekak. Aku tidak pasti sama ada abang kawanku itu boleh
menerimanya atau tidak. Pada kebenarannya, Ustaz telah
menerangkan bahawa kefahaman yang ada dalam persilatan Silat
Cekak tidak menjurus langsung kepada perkara-perkara yang bersifat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 437
khurafat dan mungkar. Malah, menurut Ustaz kefahaman yang
dibawa dalam persilatan Silat Cekak adalah berpijak di bumi nyata.
Ustaz telah menceritakan padaku betapa Ustaz telah
menunjukkan pakaian kot yang Ustaz miliki. Hal yang demikian bagi
membuktikan bahawa Ustaz sentiasa mengikuti peredaran zaman;
tidak berfaham lama. Tidak perlu memakai jubah atau serban
sepanjang masa. Hakikatnya, Silat Cekak tidak langsung berkaitan
dengan ajaran yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi
sasau.
Aku teringat akan sifat dan tingkah laku kawanku itu. Kami
sama-sama menuntut Silat Cekak dalam kelas mula di Universiti
Malaya. Susah senyum. Orang gelak berbahak-bahak, beliau baru
senyum. Beliau berasal dari Perlis dan kini telah kembali
meninggalkan kita. Al-Fatihah untuk beliau.
Beliau tersangat minat pada silat. Terlalu taksub pada Silat
Cekak. Kalau berjumpa dengannya, tak ada kisah lain melainkan
kisah keluarbiasaan Silat Cekak. Kehebatan Silat Cekak sentiasa
dihubungkan dengan alam mistik; merujuk pada keajaiban dan
sesuatu yang luar biasa. Aku hanya melayan karenahnya tanpa
membantah. Kadang-kadang jemu juga mendengar perbualannya.
Tapi aku tetap cuba menjadi pendengar yang baik dan berkesan.
Teringat kisah lama. Segala-galanya ada kaitan pada satu
malam ketika Ustaz memberi ceramah di pejabat silat di Lorong Haji
Sirat. Tajuknya adalah berkaitan dengan taat pada kedua ibu bapa
dan guru. Beberapa orang rakanku yang sama-sama menuntut Silat
Cekak dalam satu kelas, hadir dalam majlis tersebut. Termasuklah
rakanku itu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 438
Aku kurang pasti sama ada di penghujung atau setelah Ustaz
selesai memberi ceramah. Tiba-tiba rakanku itu meluru ke depan dan
bersalam dengan Ustaz. Apa yang aku ingat, terdengar kata-katanya,
“Ustaz, saya telah banyak buat salah”. Ketika itu air matanya turut
mengiringi lafaz katanya.
Semua orang yang hadir berasa hairan dan terkejut. Mulai
dari malam tersebut, pemikiran rakanku itu tidak lagi stabil. Bercakap
perkara yang bukan-bukan. Pernah beberapa kali beliau dimandikan
Ustaz. Ada masa ok dan ada masa tidak ok. Aku kurang mengikuti
perkembangannya lagi setelah aku berpindah ke cawangan.
Tambahan pula, terdengar khabar bahawa rakanku itu telah bertugas
sebagai guru di Sarawak.
Setelah beberapa tahun tidak mendengar beritanya, aku
dikejutkan dengan satu panggilan telefon. “Aku telah ada di Ipoh.Mai
jumpa.” Itulah antara lain kata-katanya padaku. Rupa-rupanya
kawanku itu telah bermalam di hotel murah di bandar Ipoh.
Aku berjumpa dengannya dan berbual dengan penuh berhati-
hati. Sebabnya, percakapan rakanku itu masih menunjukkan sifat
yang tidak lagi stabil. Aku terpaksa melayan percakapannya. Aku
lebih banyak mendengar dari bercakap.
Perkara yang amat mengejutkan aku ialah apabila rakanku itu
mengajak aku bersama-sama dengannya „merampas‟ masjid di Ipoh
ketika sembahyang Jumaat. „Haru biru‟. Kata-katanya menunjukkan
keseriusannya. Banyak perkara lain yang dikatanya. Betapa Silat
Cekak sahaja yang berkemampuan memerintah negara.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 439
Sebenarnya, Ustaz pernah juga bercakap-cakap dengan kami
tentang suasana politik ketika itu. Apabila ditanya kenapa Ustaz tidak
lagi melibatkan diri dengan politik maka Ustaz menegaskan bahawa
kerja-kerjanya dalam persilatan adalah juga merupakan satu
perjuangan. Antara lain, Ustaz pernah berkata, “Apabila semua orang
politik bergaduh sesama mereka maka semuanya tidak akan
dipercayai lagi. Ketika itu, orang-orang Silat Cekak saja yang boleh
menjadi tempat bergantung.”
Rupa-rupanya percakapan Ustaz itu dianggap serius oleh
rakanku itu. Beliau tersangat percaya bahawa hanya orang Silat
Cekak sahaja yang berkeupayaan memerintah negara. Jenuh juga
aku memujuknya bagi mententeramkan perasaannya yang berkobar-
kobar itu. Apabila logikku diterima, keadaannya kembali stabil dan
dikatakan akan kembali ke kampungnya. Aku difahamkan bahawa
beliau tidak lagi meneruskan kerjayanya di Sarawak. Hinggalah
akhirnya aku mendapat khabar bahawa rakanku itu telah meninggal
dunia.
Terdengar juga pelbagai ulasan dari ahli yang lain. Ada yang
mengulas panjang kerana melanggar pantang. Ada yang membuat
kesimpulan kerana terlalu taksub dengan kata-kata Ustaz tanpa
berfikir dan membuat pertimbangan sendiri. Macam-macam lagi
ulasan lain. Aku tidak mahu membuat komen.
Itulah pengalamanku yang pertama mengaitkan dakwaan
bahawa Silat Cekak membawa ajaran salah. Cuma, logiknya kalau
Silat Cekak membawa ajaran salah yang boleh mensasaukan
penuntutnya, tidaklah hanya seorang saja rakanku itu yang jadi
sedemikian. Oleh itu dakwaan bahawa Silat Cekak membawa ajaran
salah atau ajaran sesat, tetap boleh dinafikan. Tak boleh dikaitkan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 440
pendapat itu dengan apa-apa pun dalam persilatan Silat Cekak.
Termasuk penggunaan kain putih.
Pengalamanku yang kedua atas dakwaan bahawa Silat cekak
membawa ajaran salah ialah ketika aku ingin membuka kelas di
cawangan. Ketika kami sedang giat berkempen, dakwaan tersebut
boleh timbul. Kami berjaya menganjurkan satu pertunjukan secara
besar-besaran di sebuah padang di bandar Ipoh. Tersangat ramai
penonton yang hadir. Aku yakin bahawa itulah pertama kalinya Silat
Cekak diperkenalkan dalam kalangan masyarakat Melayu di Ipoh.
Tujuannya adalah jelas. Ingin membuka cawangan di Ipoh.
Hal yang demikian amat tidak disenangi oleh pelbagai pihak.
Salah satu usaha yang mereka lakukan bagi menyekat bertapaknya
Silat Cekak di Ipoh ialah membuat pengaduan pada mufti Perak.
Mereka mendakwa bahawa Silat Cekak adalah merupakan sejenis
silat yang membawa ajaran salah. Aku tahu tentang hal tersebut
kerana salah seorang bakal penuntut adalah bekerja di pejabat
setiausaha kerajaan. Nampaknya, bantahan tersebut tak jalan.
Akhirnya Silat Cekak dapat juga betapak di bandar Ipoh.
Aku selalu menegaskan pada anak didikku. Silat Cekak
bukanlah merupakan satu ajaran yang berkaitan dengan kefahaman
pemikiran. Sebaliknya, Silat Cekak membawa satu kefahaman yang
baru tentang gerak persilatan. Kefahaman baru itulah yang tersangat
tidak disukai oleh pesaing Silat Cekak yang bersifat dengki dan
khianat.
Rupa bentuk Silat Cekak itu sendiri telah membawa pelbagai
perubahan dalam kefahaman masyarakat mengenai silat.
Pembawaannya menyanggah amalan biasa dalam persilatan Melayu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 441
Pelajarannya adalah berasaskan gerak semula jadi. Malah, upacara
yang ada pun sangat berbeza. Mandi silat diadakan di hujung
pelajaran bagi mengiktiraf sebagai ahli silat. Habis belajar baru
diiktiraf sebagai ahli silat melalui proses mandi. Berbeza dengan silat
Melayu yang lain. Hari pertama belajar telah dimandikan terlebih
dahulu dan diiktiraf sebagai ahli. Upacara buka gelangang atau tutup
gelanggang sememangnya tidak ada dalam Silat Cekak. Malah,
sistem pelajarannya adalah terancang dan teratur berdasarkan gerak
semula jadi dan berpijak di bumi nyata.
Semua perkara yang aku bincangkan di atas amat sukar
untuk membuktikan bahawa Silat Cekak membawa ajaran salah lagi
menyesatkan anak muridnya.
Ada satu lagi peristiwa yang agak menarik berhubung dengan
kain putih dan dakwaan ajaran sesat. Peristiwa itu berlaku tatkala aku
memimpin cawangan. Dakwaan yang sedemikian adalah merupakan
satu-satunya pengalaman yang pertama dan terakhir di cawangan.
Selepas itu tak ada lagi cerita atau isu tentang kain putih di
cawanganku. Sebabnya mudah. Aku lebih berhati-hati ketika
bercakap atau berurusan tentang kain putih.
Ceritanya bermula dari gelagat seorang ahli baru. Arahan tidur
atas kain putih telah diberi. Kebetulan pula kelas silat akan bermula
setelah para penuntut akan bersama dengan kain putih tiga hari
kemudiannya. Pada hari mula kelas, semua penuntut baru telah hadir
kecuali seorang saja yang menghilangkan diri. Rupa-rupanya
penuntut itu berwakilkan kain putih sahaja. Ahli tersebut berniat
berhenti dan hanya memulangkan kain putih melalui rakannya.
Maknanya, ahli itu ingin mengundur diri buat selamanya tanpa
mempelajari sebarang pelajaran dalam persilatan Silat Cekak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 442
Nampaknya, hanya kain putih sahaja yang telah beri „pengajaran‟
padanya.
Itulah pertama kali aku menghadapi situasi bakal penuntut
memulangkan kain putih dan terus mengundur diri. Pelik juga. Aku
tersangat yakin bahawa ramai ahli yang tidak mahu tidur atas kain
putih tapi tetap meneruskan penglibatan dalam Silat Cekak.
Keengganan mereka tidur atas kain putih adalah pelbagai. Aku tidak
akan membincangkan hal yang demikian dalam tulisan ini.
Melalui kawan baiknya yang membawa dia masuk Silat
Cekak, baru aku tahu puncanya. Beliau tidak dapat tidur di malam
pertama lagi. Ketika tidur, beliau berpisah tidur dengan isteri.
Sebaliknya beliau mendakwa, ada lembaga lain yang mengganti
isterinya. Jadi seram sejuk. Maka dituduhnya Silat Cekak membawa
ajaran sesat. Gara-gara tidur bersama satu lembaga atas kain putih
yang sama. Itulah kejadian yang menyebabkan beliau tidak jadi
menjadi ahli Silat Cekak.
Aku berpandangan bahawa dakwaan ahli berkenaan
menjurus kepada pendapat bahawa kain putih adalah penghalang
utama. Nampaknya, pengalamanku tentang kain putih adalah berkait
rapat dengan pengalaman orang lain. Aku sendiri tak pernah alami
sebarang kejadian pelik atau tidak pelik ketika tidur atas kain putih.
Tidak pernah terlintas di hati untuk menghubungkan kain putih
dengan satu-satu ajaran atau kefahaman yang tidak betul. Namun
begitu, terlintas juga di hati akan harapan kalau-kalau akan „dapat‟
sesuatu yang istimewa ketika tidur atas kain putih. Tapi, „tak ada apa-
apa pun‟. Nyenyak tidur macam biasa.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 443
Kata-kata hati yang terlintas itu ada juga asasnya. Aku cuba
hubungkan dengan pesanan Ustaz ketika memberi arahan tidur atas
kain putih. Kata Ustaz, “Tidur selama tiga malam berturut-turut. Kalau
ada sesuatu alamat, jangan cerita kat orang. Hanya cerita pada saya
seorang.” Itulah antara lain pesanan Ustaz pada ahli-ahli baru yang
bakal tidur bersama kain putih tersebut.
Maknanya, tidur atas kain putih boleh jadi ada
keistimewaannya atau ada kelebihannya. Hanya orang yang
alaminya sahaja yang tahu akan makna kelebihan atau keistimewaan
itu. Sebabnya, jika ada sesuatu yang luar biasa, ahli berkenaan
hanya boleh bercerita dengan Ustaz, tidak menceritakan pada orang
lain. Hanya Ustaz sahaja yang boleh buat ulasan.
Sepanjang penglibatanku memimpin cawangan, tak ada pulak
sesiapan pun dalam kalangan anak didikku yang alami sesuatu
kelebihan atau keistimewaan ketika tidur atas kain putih. Malah,
selama tiga malam tidur atas kain putih, aku sendiri pun tak dapat
apa-apa alamat. “Jadi ke atau tak jadi ke tidurku ini.” Satu persoalan
yang tidak sepatutnya timbul. Maknanya, tidur atas kain putih tak
bertujuan memberi apa-apa petunjuk khas; hanya sekadar
mempertahankan adat sahaja. Lambang kesungguhan dan lambang
keikhlasan. Itulah kesimpulanku.
Apabila ada orang lain yang menceritakan pengalaman yang
pelbagai ketika tidur atas kain putih, tentu ada puncanya. Termasuk
tidur bersama dengan satu lembaga. Pelik juga pengalaman ahli
berkenaan. Dalam banyak-banyak ahli, hanya dirinya sahaja yang
alami peristiwa berkenaan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 444
Melalui rakan baiknya baru aku tahu. Rupa-rupanya dia
memasuki Silat Cekak kerana sememangnya dia berminat dengan
ilmu bela diri. Ketika itu dia telah menuntut dan sedang aktif dengan
silat lain yang amat terkenal dengan pengamalan ilmu batin. Silat
berkenaan dipimpin oleh seorang yang bergelar mahaguru dan
terkenal dengan kepakarannya mengubat orang.
Aku membuat kesimpulan jelas. Tentu ada pertentangan
antara ilmunya yang sedia ada dengan ilmu yang bakal dipelajari iaitu
Silat Cekak. Ada „pertarungan‟ sesama ilmu bela diri dalam badan
atau pada diri sendiri. “Kuat sungguh penguasaan ilmu batinnya”
Itulah kesimpulanku. Apa nak buat. Akhirnya ahli tersebut menarik
diri. Tak ada habuan untuk „membersihkan‟ diri.
Walau bagaimanapun, aku yakin dan percaya bahawa
dakwaan Silat Cekak membawa ajaran salah adalah dikaitkan
dengan kain putih. Pada kebiasaannya, kain putih hanya digunakan
dalam satu-satu ajaran atau amalan; bukannya persilatan. Oleh
sebab Silat Cekak ada syarat kain putih maka mudahlah mereka
mendakwa sesuatu yang tidak baik tentang Silat Cekak.
Aku juga percaya bahawa dakwaan negatif pada kain putih,
boleh mengugat kepercayaan penuh kebanyakan ahli. Mungkin
timbul persoalan, „Betulkah perbuatan yang menggunakan kain putih‟.
Walau bagaimanapun, persoalan itu cuba dipadam dengan pelbagai
alasan bagi melogikkan penggunaan kain putih dalam permulaan
ijazah Silat Cekak. Alasan inilah yang pernah aku gunakan dalam
kalangan anak didikku.
Pertamanya, kain putih boleh dianggap sebagai lambang
keikhlasan. Maknanya, mereka yang ingin mempelajari Silat Cekak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 445
mestilah menyerahkan jiwa dan raganya pada segala peraturan yang
ada dalam persilatan Silat Cekak. Oleh sebab kain putih
dilambangkan juga sebagai „pembungkus‟ mayat maka ditegaskan
bahawa murid Silat Cekak yang menderhaka pada gurunya maka
kain putih itulah juga akan berperanan sedemikian. Maknanya, kain
putih itu adalah simbol jaminan hubungan antara murid dengan guru.
Itulah lambang pada keikhlasan. Samalah maknanya dengan
ikrar orang dulu-dulu. “Kalau tak percaya, belahlah dada”. Ungkapan
itu melambangkan kesungguhan dan keikhlasan pada si penuturnya.
Sanggup dibelah dadanya. Maka sama maknanya juga jika dikaitkan
dengan kain putih. Jika bersifat khianat maka ahli itu rela dikorbankan
dan kain putih itulah jaminannya.
Padaku, kain putih itulah lambang atau simbolik keikhlasan
yang perlu wujud ketika melibatkan diri dalam persilatan Silat Cekak.
Kepercayaan dan peganganku itulah menjadi sandaran apabila
ditanya soalan tentang peranan kain putih. Aku sentiasa positifkan
penggunaan kain putih itu. Tidak lebih dari adat yang perlu
dikekalkan.
Keduanya, aku juga tersangat yakin bahawa tidur atas kain
putih adalah merupakan satu bentuk ujian kesungguhan. Anak murid
yang amat berminat mempelajari Silat Cekak, akan menurut segala
arahan guru tanpa banyak membantah atau berkira-kira. Kalau
disuruh tidur atas kain putihpun banyak songehnya, macam mana
untuk menerima arahan-arahan seterusnya dalam persilatan Silat
Cekak.
Lebih-lebih lagi pada mereka yang telah berumah tangga. Tak
kira suami atau isteri. Kalau suami atau isteri itu dapat tidur secara
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 446
berasingan selama tiga malam berturut-turut dengan kerelaan,
bermakna pasangannya turut memberi sokongan padu. Dengan kata
lain, kalaulah si isteri enggan berpisah tidur untuk selama tiga malam
sahaja maka penglibatan si suami dalam persilatan Silat Cekak akan
tetap berterusan menghadapi kekangan.
Terkenang kembali satu peristiwa dulu berkaitan hubungan
pasangan suami isteri ketika suaminya menuntut Silat Cekak.
Terdapat seorang ahli yang sentiasa ditemani isterinya ketika
mempelajari Silat Cekak. Isterinya sanggup berada dalam kereta
selama lebih dua jam dari awal pelajaran Silat Cekak hingga
akhirnya. Tiap-tiap malam kelas latihan. Tak peduli rasa panas dan
berada dalam suasana gelap ketika menunggu suaminya bersilat.
Kadang kala ahli berkenaan ingin mendengar syarahanku
setelah selesai latihan silat. Bukannya mudah. Lambat sikit akan
terdengarlah bunyi hon kereta. Akupun turut runsing. Maka
bergegaslah ahli berkenaan meminta izin mengundur diri dari kelas
latihan. Itulah juga lambang pada ahli yang melibatkan diri dalam
Silat Cekak tanpa memperoleh izin sepenuhnya dari isteri.
Cuba kita gambarkan suasana ketika ahli berkenaan meminta
izin dari isterinya untuk berpisah tidur selama tiga malam berturut-
turut. Alasannya semata-mata untuk tidur bersama kain putih. Dek
kerana kain putih yang sepanjang dua setengah hasta, si suami rela
korbankan dirinya berpisah peluk dari tidur bersama. Bagaimana
pulak perasaan isteri yang „kehilangan‟ suami di depan mata selama
tiga malam berturut-turut. Mesti berperang pada yang tak tahan.
Hebat juga ujian kesungguhan dan lambang keikhlasan yang
ada dalam persilatan Silat Cekak. Sesungguhnya, melalui arahan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 447
tidur atas kain putih juga akan membolehkan kita mengukur kualiti
ahli dalam perjuangan Silat Cekak.
Demikianlah isi penulisanku yang mengenangkan kembali
pengalamanku tentang kain putih di pemulaan ijazah. Penggunaan
kain putih adalah merupakan satu perkara yang baru dan di luar dari
kebiasaan untuk menuntut silat Melayu. Maka timbullah perasaan
„sikit-sikit takut‟ bagi seseorang itu untuk terlibat dengan Silat Cekak.
Walau bagaimanapun, pada mereka yang tersangat minat untuk
mendalami satu jenis persilatan Melayu yang mula muncul ketika itu,
hal yang demikian tidak mendatangkan masalah. Tidak menjadi
halangan.
Namun begitu, dalam keadaan ramai orang yang tersangat
cemburu dengan perkembangan Silat Cekak yang meningkat secara
mendadak itu maka pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat
kemaraan Silat Cekak. Pastinya kemasyhuran Silat Cekak telah
menggugat persilatan Melayu lain yang bergerak di peringkat
kebangsaan. Salah satu cara usaha sekatan ialah menghubungkan
Silat Cekak dengan suatu pembawaan yang tidak betul. Nampaknya,
kain putih telah dijadikan salah satu penyebab yang memudahkan
mereka mendakwa sedemikian.
Dakwaan mereka itu tidak memberi bekas pada
perkembangan Silat Cekak. Perlembagaan Silat Cekak itu sendiri
dengan jelas memberi gambaran betapa Silat Cekak sentiasa
menjauhi perkara-perkara yang berbentuk tahyul dan khurafat. Ahli-
ahli yang terlibat dengan Silat Cekak sentiasa menaruh keyakinan
dengan „kesucian‟ Silat Cekak. Pengajaran dan kefahaman yang
diberi Guru Utama telah meyakinkan anak murid Silat Cekak bahawa
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 448
silat yang sedang mereka pelajari itu adalah benar-benar bebas dari
sebarang unsur yang tidak betul dan tidak sihat.
Ketika aku mengendalikan kelas silat di cawangan,
penerangan dan penjelasan berkaitan dengan kain putih, dilakukan
secara berhati-hati. Lebih mudah aku menghubungkan kain putih
tersebut dengan konsep keikhlasan dan kesungguhan. Penerangan
yang sedemikian mudah diterima dan tidak membebankan pemikiran
para penuntut baru yang ada banyak karenahnya.
Pada pandanganku, tidur atas kain putih tidak perlu dijadikan
satu penghalang pada ahli-ahli baru untuk mempelajari Silat Cekak.
Kalau telah diberi arahan supaya tidur atas kain putih maka
tanggungjawabnya adalah bergantung pada penuntut itu sendiri.
Kalau nak tidur, tidurlah. Kalau tak nak tidur, tak payah tidur.
Tugas kita hanya memberi arahan supaya tidur atas kain putih
selama tiga malam berturut-turut. Tidak pulak menjadi tugas kita
untuk mempastikan perbuatan itu dilakukan. Jangan cuba „korek‟
cerita daripada mereka. Bukan kita boleh tahu sama ada penuntut itu
benar-benar tidur atas kain putih selama tiga malam berurut-turut.
Ketika aku memimpin kelas di cawangan juga, tidur atas kain
putih tidak diberi penekanan utama. Guru Utama telah beri arahan
supaya berbuat demikian. Bergantunglah pada mereka sama ada
hendak tidur atau tidak. Tugasku adalah mendapatkan kembali kain
putih tersebut setelah tiga hari berama mereka. Ketika menerimanya,
tak pernah langsung aku bertanya sama ada mereka benar-benar
telah tidur atas kain putih tersebut ataupun tidak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 449
Aku mempunyai pandangan atau pendapat tersendiri tentang
kain putih pada pemulaan ijazah. Tanggungjawab ahli-ahli baru untuk
tidur atas kain putih tidak boleh dijadikan ukuran atau penilaian
tentang pembawaan mereka secara mutlak. Maknanya, sama ada
mereka tidur atau tidak, kurang sesuai untuk membuat kesimpulan
benar pada watak ahli tersebut. Masih banyak masa lagi untuk
menilai sifat kesungguhan dan keikhlasan mereka.
Kesimpulannya padaku, Silat Cekak tidak bergantung pada
perbuatan tidur bersama kain putih untuk menentukan sifat dan
pembawaan ahli. Banyak kaedah lain yang dapat mengukur kualiti
ahli. Cuma, tidur atas kain putih lebih merupakan satu perbuatan
untuk mengekalkan adat yang sedia ada. Tentunya adat itu tidak
bercanggah dengan kehendak agama.
Oleh itu, tidaklah perlu kita „mengambil berat‟ akan perbuatan
tidur atas kain putih itu. Maknanya, jangan ditanya atau cuba-cuba
mencari kepastian akan perbuatan ahli baru tidur atas kain putih atau
tidak. Kesimpulanku mudah. Setelah dapat balik kain putih tersebut
maka maknanya penuntut itu telah tidur atas kain putih itu. Sekalipun
termendengar ada penuntut yang tak nak tidur atas kain putih,
eloklah jangan ambil peduli. Buat-buat tak tahu sahaja. Masih terlalu
awal untuk membuat sebarang kesimpulan tentang dirinya. Jauh lagi
perjalanan penglibatan mereka dalam Silat Cekak.
Terus terang aku nyatakan. Aku tidak berapa minat dengan
cakap- cakap yang tidak berpijak di bumi nyata. Jenis cakap yang
bersifat mistik dan mitos. Sukar diterima akal yang sempurna.
Pengalaman bersama dengan rakanku yang terdahulu telah banyak
memberi pengajaran. Selalu menghubungkan Silat Cekak dengan
sesuatu yang luar biasa. Akhirnya, fikiran tak tentu hala. Jiwa merana
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 450
dan hati terkecewa. Oleh itu, apabila ada antara rakan-rakan ahli
yang bercakap atas dasar yang sedemikian, dengan mudah aku
dapat hubungkan dengan rakanku itu. Cukup cukuplah. Tak perlu
mengulang sejarah dalam pengalamanku lagi.
Pada kesimpulanku, perbuatan tidur atas kain putih adalah
lebih berupa adat yang perlu dikekalkan. Perbuatan itu juga boleh
dilambangkan sebagai sifat keikhlasan dan kesungguhan. Namun
begitu, sifat-sifat itu tidak perlu dijadikan sandaran bagi menentukan
sifat atau perwatakan atau pembawaan mereka secara mutlak. Masih
terlalu awal untuk membuat kesimpulan muktamad.
Selalu aku berpesan pada rakan-rakan pembantuku. Setelah
tiga hari maka kita hanya perlu mendapatkan balik kain putih
tersebut. Maka jangan sesekali persoalkan anak didik kita sama ada
telah tidur atau belum. Perkara pentingnya ialah kita menerima kain
putih. Jangan dikorek-korek sebarang cerita lain. Kalau ada antara
mereka yang cuba menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan
perbuatan tidur atas kain putih secara terbuka, eloklah jangan diberi
perhatian. Buat tak tahu sahaja. Buat tak heran.
Sesungguhnya Silat Cekak tidak begantung pada kain putih
untuk menentukan penguasaan gerak para penuntutnya. Selalu aku
tegaskan. Penggunaan kain putih dalam ijazah pertama hanyalah
berupa adat yang perlu dikekalkan. Adat itu tidak bercanggah dengan
agama. Maknanya, perbuatan tidur atas kain putih tidaklah perlu
dijadikan isu. Pendapat atau pandanganku dari dulu hingga
sekarang.
Aku membuat kesimpulan sedemikian berdasarkan kepada
dua (2) faktor yang jelas. Pertamanya, bacaan ketika tidur atas kain
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 451
putih telah berubah banyak kali. Seingatku, sekurang-kurangnya
telah tiga kali berubah. Tidaklah perlu aku bincangkan atau nyatakan
bentuk perubahan itu. Orang-orang lama tentunya faham akan
maksud tulisanku ini.
Perubahan pada ayat-ayat baca tersebut menjelaskan padaku
betapa tidur atas kain putih tidak perlu mematuhi syarat-syarat yang
ketat dan tetap. Bacaannya pun boleh berubah berdasarkan tuntutan
masa dan keadaan. Kalaulah Ustaz memandang serius pada
pelakuan tidur atas kain putih, tentunya segala peraturan yang ada,
masih tetap dan tidak boleh berubah-ubah. Kesimpulanku jelas
membuktikan bahawa perbuatan tersebut adalah semata-mata adat
yang perlu dipertahankan dalam persilatan. Sesuatu yang dianggap
adat pastinya bersifat kemudahlenturan; sesuai dengan kehendak
masa dan tuntutan keadaan.
Keduanya, sepanjang aku berada dalam persilatan Silat
Cekak, tak pernah dengarpun Ustaz menyebut bahawa tidur atas
kain putih boleh mempengaruhi gerak silat para penuntut. Maknanya,
kemenjadian gerak para penuntut tidak ada kena-mengena dengan
kain putih. Tak pernah ada kesimpulanpun bahawa penuntut yang
tidak „menjadi‟ geraknya adalah kerana tidak tidur atas kain putih.
Begitu juga sebaliknya. Tak ada kajianpun.
Kefahaman dalam Silat Cekak adalah jelas. Silat adalah
gerak. Gerak itu adalah berdasarkan gerak dua tangan dan dua kaki.
Gerak itu adalah hak Yang Empunya Gerak. Maknanya, gerak dalam
Silat Cekak boleh dikuasai dengan daya usaha atas kefahaman dan
penguasaan gerak tangan dan kaki.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 452
Namun begitu, ahli-ahli Silat Cekak difahamkan juga bahawa
penguasaan gerak adalah berdasarkan hak Allah. Kita hanya boleh
berusaha dan Allah yang menentukan hasil usaha itu. Begitulah
kefahaman yang terkandung dalam pantun Ustaz, “Silat Cekak pada
zahirnya, Pengertian gerak pada batinnya, Hendaklah mahir seluruh
anggotanya, Hendaklah jujur pada jiwanya.”
Para penuntut Silat Cekak ditanam dengan kefahaman
bahawa penguasaan Silat Cekak adalah melalui penguasaan gerak
tangan dan kaki. Manakala keupayaan mendapatkan anugerah gerak
secara semula jadi dan hakiki dari Allah, perlu disusuli dengan jiwa
yang jujur. Tidak langsung disebut pun gerak-gerak itu terhasil dan
terkesan setelah tidur atas kain putih.
Kesimpulannya, tidur atas kain putih itu hanyalah merupakan
satu bentuk adat yag perlu dikekalkan sebagai upacara dalam
persilatan Silat Cekak. Perbuatannya boleh juga dijadikan sebagai
satu bentuk ujian kesungguhan dan keikhlasan dalam peringkat awal
pembelajaran. Walau bagaimanapun, bentuk kesungguhan dan
keikhlasan itu tidak boleh dijadikan pandangan muktamad. Ada
banyak masa lagi yang perlu dilalui sebagai penuntut Silat Cekak.
Itulah kefahamanku berdasarkan penerangan Ustaz.
Kesimpulannya, setiap ahli Silat Cekak yang tamat silat akan
menempuh pengalaman bersama dengan penggunaan dua kali kain
putih. Masuk silat mesti ada kain putih dan tamat silatpun mesti ada
kain putih. Aku telah menceritakan dalam tulisan terdahulu tentang
kain putih yang pertama. Kena bagi balik setelah tidur tiga malam
secara berturut-turut. Pengalaman dengan kain putih yang pertama
adalah pelbagai mengikut sikap dan watak ahli yang berkenaan. Ada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 453
yang takut-takut dan ada yang tak kisah. Aku telah menceritakan
pengalaman yang kuhadapi dan alami dalam tulisan yang terdahulu.
Kain putih yang kedua hanya akan dirasai pengalamannya
jika ahli-ahli yang menuntut Silat Cekak menjalani upacara tamat
silat. Kalau kain putih yang pertama adalah hak guru maka kali ini
kain putih itu adalah menjadi hak sendiri. Tak payah pulang balik.
Boleh jadikan simpanan kekal sepanjang ingatan dalam persilatan
Silat Cekak. Semacam satu bentuk cenderamata. Tapi guna duit
sendiri bagi mengadakannya.
Pada pendapatku, pengalaman kain putih kali kedua telah
tidak ada saspensnya. Isu pun tak ada lagi. Rupa bentuknya adalah
sama dengan kain putih yang pertama. Ukurannya pun sama. Oleh
itu apabila disuruh bawa kain putih dalam majlis tamat, tak menjadi
hal lagi. Bersedia menerima dan mengikut arahan. Sepanjang
ingatanku, tak ada sebarang karenah atau masalah yang timbul
berkaitan dengan kain putih dalam ijazah penamat. Hal yang
demikian dirasakan timbul kerana dua (2) sebab.
Pertamanya, setiap penuntut telah terbiasa dengan kain putih
selepas ijazah pertama. Kalau timbul kepelikan pada kain putih itu
pun adalah buat pertama kali penggunaannya. Ketika belajar silat,
soal kain putih tak pernah disebut pun. Kebolehan bersilat para
penuntut tidak pernah dikaitkan dengan tidur atas kain putih. Para
pesilat diberi didikan gerak yang benar dan berpijak di bumi nyata
tanpa menghubungkan dengan perkara-perkara pelik dan luar biasa.
Oleh itu, fahamlah anak murid Silat Cekak betapa Silat Cekak
bersih dari sebarang amalan tahyul dan khurafat. Maka kenangan
pada kain putih yang pertama dulunya, telah berlalu begitu sahaja.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 454
Oleh itu, apabila berpengalaman kali kedua, hati penuntut boleh
menerima akan keperluan membawa kain putih. Tak ada ragu-ragu
lagi. Tak banyak songehnya.
Keduanya, pembelajaran Silat Cekak yang sebegitu lama
telah benar-benar mewujudkan pertautan hati antara penuntut
dengan Silat Cekak. Keseluruhan penuntut menaruh keyakinan pada
Silat Cekak sebagai ilmu bela diri yang boleh menjadikan diri
bertanggungjawab. Mereka memberi keyakinan penuh pada
persilatan Silat Cekak. Oleh itu sebarang bentuk cerita atau arahan
yang berkaitan dengan silat, tidak menjadi hal. Boleh terima.
Semasa latihan silat terutama selepas ijazah kedua, para
jurulatih selalu menguar-uarkan tentang peranan kain putih semasa
ijazah penamat. Penceritaan mereka bukan setakat menyatakan
keperluan membawa kain putih sebagai syarat penamat, tetapi juga
mula menceritakan pelbagai kelebihan tentang kain putih tersebut.
Para penuntut yang telah terikat dengan Silat Cekak, tak ada
persoalan lagi. Maknanya, para penuntut telah bersedia dari segi
psikologi untuk terlibat dengan kain putih buat kali keduanya. Malah,
ada yang begitu teringin sangat untuk memperoleh kain putih pada
ijazah penamat.
Sepanjang penglibatanku dalam persilatan Silat Cekak, tidak
pernah ada usaha-usaha musuh Silat Cekak untuk mengaitkan kain
putih yang kedua ini sebagai usaha menjatuhkan Silat Cekak. Sudah
tak laku. Kepercayaan ahli pada Silat Cekak tidak boleh diganggu-
gugat lagi. Keseluruhannya, ahli-ahli bersemangat untuk tamat silat
dan seterusnya bercita-cita untuk mengembangkan Silat Cekak di
seluruh negara.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 455
Dalam tulisan yang terdahulu, aku telah banyak menyentuh
tentang peranan kain putih dalam ijazah penamat. Pemakaian kain
putih semasa mandi empat puluh hari berturut-turut, ada
peraturannya. Kena ikut. Kasimpulanku adalah jelas. Mandi bersama
kain putih selepas ijazah tamat adalah merupakan satu ujian
kesungguhan dari Guru Utama. Ujian tersebut nampak begitu mudah.
Akan tetapi banyak payahnya. Tanpa kesungguhan, kerja-kerja
mandi bersama kain putih seperti yang disyaratkan, akan terbantut
kesempurnaannya.
Hal yang demikian kerana bukan mudah untuk mandi di
malam hari bersama kain putih tersebut. Perbuatan mandi itu pula
perlu dilakukan secara berturut-turut selama empat puluh hari. Kain
perlu dibiar kering sendiri. Tak boleh perah. Dari situlah, kita boleh
mengukur akan kualiti ahli. Boleh beri gred pada ahli-ahli berkenaan.
Maka mudahlah kita mencari barisan pelapis bagi meneruskan
perjuangan Silat Cekak seterusnya.
Malah, seperti yang aku katakan Ustaz juga menjadikan
perbuatan mandi itu sebagai „lesen‟ untuk para penuntut menerima
pelajaran atau petua-petua berharga dalam persilatan Silat Cekak.
Selepas mandi silat bersama kain putih maka akan terbuka laluan
pada penuntut Silat Cekak mendalami pelbagai ilmu yang ada.
Secara langsung tindakan Ustaz itu adalah merupakan satu bentuk
motivasi pada para penuntut untuk menurut arahan secara
memperoleh kain putih dan mandi bersamanya .
Hal yang demikian tentunya berbeza dengan kain putih ijazah
pertama. Dalam ijazah pertama, konsep kain putih lebih merujuk
pada keikhlasan ahli menuntut ilmu Silat Cekak. Nilai kesungguhan
juga boleh diukur. Walau bagaimanapun, perbuatan tidur atas kain
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 456
putih itu tidak boleh dijadikan ukuran mutlak untuk menentukan
kesungguhan ahli berkenaan mempelajari Silat Cekak. Masih jauh
perjalanannya dalam penglibatan Silat Cekak sebelum kita dapat
menyimpulkan kesungguhan mereka itu.
Kain putih kedua yang telah menjadi teman bermandi selama
empat puluh hari, akhirnya perlu disimpan sebaik-baiknya. Di
cawangan pimpinanku, hal yang demikian telah diberitahu sejak awal
lagi pada para penuntut. Rasa-rasanya, beberapa bulan sebelum
ijazah penamat. Pastinya selepas ijazah potong. Itu sebabnya ada
juga dalam kalangan penuntut yang hendak tamat itu akan mencari
kain putih yang lebih baik sikit kualitinya. Namun begitu lama-lama,
kain putih telah disediakan pihak cawanganku. Para penuntut hanya
perlu menyediakan wang bagi mendapatkannya. Tak boleh beli
sendiri.
Arahan mandi telah diberi Guru Utama. Segala
tanggungjawab pada kain putih itu adalah terletak pada para
penuntut. Kain putih itu adalah merupakan hak milik mereka sendiri.
Terpulanglah pada para penuntut untuk main peranan pada kain
putih itu. Mereka boleh bertanggungjawab secara mandi tanpa
berselang hari atau sebaliknya. Perbuatan memerah atau tidak,
hanya mereka yang tahu. Tugasku hanya memberi nasihat jika
diminta.
Setelah memiliki secara mutlak pada kain putih tersebut,
tanggungjawab menjaganya bergantunglah pada penuntut itu sendiri.
Ketika itu, peranan atau kegunaan kain putih ijazah penamat jarang
sangat menjadi persoalan. Ketika menjadi Jurulatih, aku pula tidak
lagi berperanan apa-apa berkaitan kain putih. Apatah lagi mengutip
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 457
semula kain putih tersebut. Menjadi hak sendiri. Pandai-pandailah
menjaganya. Itupun kalau ambil berat untuk menjaganya.
Walau bagaimanapun, tanggapan rakan-rakanku dulunya
pada kain putih adalah pelbagai. Ada yang tidak kisah langsung.
Pernah aku berjumpa dengan rakan lamaku. Lantas aku tertanya,
“Masih simpan lagikah kain putih tamat silat.”
Begitulah soalanku yang orang lain jarang bertanya.
Selalunya sesama ahli silat yang lama tak jumpa hanya bertanyakan
diri pada penguasaan gerak. “Masih ingat lagi buah-buah Silat
Cekak”. Soalan yang sering ditanyakan. Jarang sangat yang
bertanyakan tentang kain putih.
Ada juga dalam kalangan rakan-rakanku yang menggaru
kepala apabila diajukan soalan tentang kain putih. “Entah mana
perginya. Akupun lupa di mana letaknya”. Begitulah jawapan
standard yang sering kedengaran dari mulut ahli yang tak kisah lagi
tentang kain putih. Rasa-rasanya, kalau aku tidak bertanya, langsung
tidak ada lagi perbendaharaan kata kain putih Silat Cekak dalam
pemikirannya.
Hal yang demikian berlaku terutamanya setelah ahli
berkenaan berkahwin. Masa bujang segala urusan adalah
tanggungjawab sendiri. Setelah berkahwin kena duduk rumah sendiri.
Ketika itu kain putih mungkin mula dilupakan. Tanggungjawab
keluarga dan kerja semakin luas dan bertambah dari masa ke masa.
Mula-mula pada isteri dan akhirnya berkembang luas pada anak-
anak. Kalau tidak melibatkan diri dengan persatuan lagi maka kain
putih semakin dilupakan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 458
Maknanya, pada kumpulan ahli-ahli ini kain putih tidak
membawa apa-apa makna lagi. Tidak sebagai kenangan mahupun
sebagai sesuatu yang ada kelebihan. Dulu, orang suruh mandi
dengan kain putih maka merekapun berbuat demikian. Perkara
pentingnya ialah memenuhi syarat untuk tamat silat. Setelah mandi
silat, kain putih disimpan dan sentiasa ingat tempat simpanannya.
Lama-lama, merekapun ghaib dari persatuan dan persilatan.
Ghaib dengan pelbagai alasan. Salah satu alasannya, tidak ada
ruang dan peluang untuk aktif lagi. Persatuanpun telah berpecah.
Maka pautan hati mereka pada Silat Cekak menjadi celaru dan
semakin longgar dari semasa ke semasa. Apabila mereka ghaib
maka kain putihpun turut ghaib. Bercerai dengan persilatan Silat
Cekak maka berpisahlah kain putih.
Teringat dan terkenang kain putih penamat. Selesai ijazah
tamat maka sahlah pemilikanku pada kain putih itu. Pada
pandanganku, untuk menzahirkan „hubungan erat‟ antara tuan milik
dengan kain putih yang diambil itu maka acara mandi bersama telah
dilakukan. Kena mandi selama empat puluh hari berturut-turut. Kalau
diikutkan perasaan atau secara logiknya, cukuplah setakat ijazah di
atasnya. Apa perlunya dibawa mandi bersama. Nampaknya
perbuatan itu tidak memadai. Kena mandi bersama juga. Baru mesra.
Baru serasi. Baru sehati sejiwa. Baru ada ikatan antara kain putih
dengan tuan miliknya.
Teringat pesanan pakar motivasi dalam tv. Hubungan antara
suami isteri akan memberi lebih makna jika mereka mandi bersama.
Tak boleh bayang pulak mandi semacam mana. Perkara pentingnya
ialah mandi bersama. Maknanya, mandi bersama boleh melahirkan
satu ikatan yang sangat akrab sesama mereka sebagai sepasang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 459
kekasih suami isteri. Maka bolehlah agaknya dikiaskan betapa kain
putih yang dibawa mandi bersama, akan melahirkan satu ikatan yang
amat erat dan akrab antara kain putih itu dengan ahli Silat Cekak
yang menjadi tuan punyanya.
Setelah mandi silat maka kain putih itu perlu dipelihara atau
dijaga. Elok juga disimpan. Terdapat hubungan rapat antara ahli yang
tamat dengan kain putih yang dibawa mandi bersama itu. Bukan
mudah mandi bersama kain putih. Itupun kalau ikut peraturan.
Kerana kepayahan itulah maka kain putih itu sangat memberi makna
dan terdetik di hati untuk memeliharanya dengan sempurna.
Pelbagai pandangan dan tafsiran telah wujud atau boleh
wujud antara ahli silat dengan kain putihnya. Segala-galanya berkait
erat dengan sikap dan latar belakang ahli Silat Cekak itu sendiri. Ada
yang tersangat ambil berat. Ada yang setakat ambil berat sahaja.
Hilang perkataan „sangat‟. Ada yang tak kisah langsung.
Berdasarkan pengalamanku, aku cuba menyentuh tentang
sikap tersebut dalam tulisan ini secra umumnya. Dalam persilatan
kita, tidak ada sebarang kajian atau sebarang soal selidik tentang
kedudukan kain putih selepas ijazah penamat. Aku yakin, ada
kalangan pembaca yang sedang membaca tulisan ini sedang
mengingat-ngingat kembali kali terakhir dia ternampak kain putihnya.
Kalau dah jumpa, simpan baik-baik di tempat yang mudah diingat dan
mudah dipandang.
Aku sendiri sentiasa amat mengambil berat pada kain putih.
Sudah lebih empat puluh tahun kain putih yang pernah aku mandi
bersamanya, tersimpan dalam almari. Sepanjang simpananku itu,
pernah juga beberapa kali kain putih tersebut dibuat mandi bersama
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 460
dengan limau purut. Ikut keperluan diri. Habis guna, simpan balik
dalam almari. Tempat yang senang diingat dan senang dipandang.
Aku tak pernah bawa ke mana-mana sebagai teman setia.
Menyusahkan untuk menjaga. Takut hilang. Bukan dicuri orang tapi
tersalah letak. Lagi pun, keperluan membawanya tidak ada. Tak
terasa faedahnya. Cukup dengan petua-petua lain yang ada dalam
persilatan Silat Cekak ketika pergi ke mana-mana. Tak payah bawa
kain putih dengan tujuan menagih kelebihan daripadanya. Tak sesuai
langsung.
Lagipun dalam keluargaku, hanya aku seorang sahaja yang
tahu akan kegunaannya dan hanya aku seorang sahaja yang tahu
untuk menghormatinya. Perasaan ahli keluarga yang lain tak sama
dengan perasaanku yang telah mandi bersama. Itu sebabnya pada
pandanganku lebih baik kain putih disimpan di rumah sahaja untuk
keperluan diriku seorang sahaja.
Kalau dibawa ke tempat-tempat lain boleh jadi banyak
masalahnya. Sekurang-kurangnya mungkin ada perkara yang
dilakukan oleh orang lain yang tak tahu tentang kepentingan kain
putih tersebut. Boleh jadi kain putih kita digunakan sebagai pembalut
nangka atau cempedak kalau balik ke kampung. Atau, dijadikan lapik
apa-apa sebagai seperah. Nampak macam lucu, tapi itulah
sebenarnya hakikat yang pernah terjadi. Aku sendiri pernah didatangi
seorang penuntut.
“Cikgu, apa patut saya buat. Kain putih saya telah dibuat
sarung bantal.” Rupa-rupanya isteri penuntut itu tidak tahu akan
kegunaan kain putih. Nak buat macam mana. Salah sendiri. Tak
pernah beritahu tentang kain putih tersebut.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 461
Oleh sebab terlalu berkehendak akan kain putih maka
terpaksalah „diselit‟ dalam majlis ijazah tamat. Penuntut berkenaan
kena ijazah semula dengan Guru Utama. Masa Pak Ak. Kena bayar
pengkeras tamat. Cuma aku tak pasti sama ada dibuat perbuatan
mandi bersamanya. Bukan tanggungjawabku lagi. Tanggungjawab
sendiri. Malas nak ambil tahu. Tak ada kerja, cari kerja.
Oleh itu, lebih baik aku menjaganya sendiri dan ambil berat.
Simpan di rumah lebih selamat. Pada isteri, aku jelaskan padanya.
„Jangan usik kain putih ni. Inilah kenangan aku belajar Silat Cekak.‟
Satu bentuk penjelasan yang mudah diterima isteri. Jangan tersalah
cakap dengan menceritakan kelebihan kain putih tersebut. Jangan
pulak dikait-kait akan kain putih itu dengan sesuatu yang luar biasa;
bersifat mitos dan mistik. Akibatnya, isteri kita mungkin berasa gerun
dengan kain putih kita itu. Terpandang kain putih, mungkin akan naik
bulu romanya.
Apabila ada perasaan tersebut, macam-macam prasangka
buruk boleh menjelma. Akhirnya, isteri mungkin boleh jadi histeria.
Tak pasal-pasal isteri kena pukul dengan kain putih tersebut. Nasib
baik pukulan kain yang lembut. Kalau tidak, lebam kulit isteri kita.
Cerita yang pernah berlaku. Lucu. Bukan dirasuk hantu tapi tension
dengan kain puih yang kita simpan. Jadi tekanan perasaan.
Sesuatu benda yang disimpan perlu menunjukkan
keperluannya. Maka keperluan aku menyimpan kain putih adalah
jelas. Sebagai simbol kenangan. Hanya kain putihlah lambang pada
kenanganku belajar Silat Cekak. Terpandang kain putih maka
secepat kilat akan terkenang pembelajaran Silat Cekak di suatu masa
yang lalu. Itu sebabnya aku teramat sayang pada kain putih tersebut.
Sama sayangnya dengan uniform silat pertamaku dulu.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 462
Secara amnya, orang-orang lama yang semacamku
tersangat suka mengingati kisah-kisah lama. Ketika usia lama, diri
sering menilai kembali kerja buat yang pernah dilakukan semasa usia
muda. Dalam persilatan Silat Cekak amnya, jambatan ingatan pada
silat adalah bersabit dengan kain putih, uniform silat dan sijil. Tidak
semua berkesempatan menerima parang lading dan pingat-pingat
yang ada. Padaku, dalam kesemua alat penghubung ingatan itu, kain
putih adalah tersangat berkesan. Maklumlah, pernah mandi bersama.
Maka aku menyimpan kain putih tersebut adalah lambang
kenanganku dalam kegiatan Silat Cekak. Tak lebih dari itu.
Ada masanya ketika aku mengemas almari, aku untukkan
masa membedek-bedek kain putih tersebut. Kenangan lama
menyingkap kembali. Aku. Banyak kenangannya. Bersabit kain putih
itulah maka aku telah tamat silat. Untuk tamat silat maka banyak
pancarobanya. Banyak kenangan bersama Ustaz. Banyak
pengalaman untuk mengembangkan Silat Cekak. Oh Silat Cekak!.
Ada pula ahli yang menyimpan kain putih kerana menganggap
bahawa kain putih itu boleh memberi sesuatu kelebihan luar biasa.
Kumpulan ahli ini menyimpan kain putih untuk pelbagai kegunaan.
Macam-macam kisah yang aku dengar dari kumpulan ini. Ada yang
berjaya menggunakan kain putih untuk menghalau hantu atau pun
syaitan dan sebagainya.
Kisah paling menarik yang pernah aku dengar adalah
berkaitan dengan kereta. Ada yang kehabisan minyak kereta, apabila
dipukul-pukul dengan kain putih maka keretanya dapat meluncur
tanpa perlu isi minyak. Lagi hebat apabila kereta mereka terbabas
dan masuk longkang. Dengan memukul kereta menggunakan kain
putih maka kederat badan dapat mengangkat kereta tersebut pada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 463
laluan jalan. Hebat sekali. Oleh itu, kumpulan ahli jenis ini akan
sentiasa membawa kain putih ke mana-mana mereka pergi. Azimat
agaknya.
Apabila ada dalam kalangan anak didikku bertanyakan hal
yang sedemikian padaku maka jawapanku mudah sahaja. Tak boleh
nak komen sebab tak ada pengalaman. Nampaknya kain putih itu
amat berguna pada mereka yang selalu lalai dan memandu ganas.
Lalai mengisi minyak dan memandu ganas secara suka-suka hati
hingga boleh terjun dalam parit. Mungkin pengalaman itu tak akan
aku dapat langsung. Sebabnya mudah. Tangki minyak keretaku
sentiasa aku pastikan penuh kalau pergi ke mana-mana. Ketika
memandu aku selalu berhati-hati. Kalau mengantuk, berhenti. Kalau
terlaju, perlahankan segera. Jangan lebih sembilan puluh meter. Oleh
itu adatnya, tak merasalah aku nak mencuba kelebihan kain putih
yang ada padaku.
Pernah juga aku menjawab. “Kalau kereta terhenti kerana
kehabisan minyak, jangan panik. Pukul-pukul kereta itu dengan kain
putih. Barulah kita boleh jalan. Bukan kereta yang berjalan. Kita yang
berjalan”.
Aku juga difahamkan bahawa ada juga dalam kalangan ahli
yang mengambil berat pada kain putih berdasarkan jadi pengikut
setia Guru Utama. Apabila bertukar Guru Utama maka dianggapnya
kain putih asalnya tidak lagi sah. Perlu dapatkan kain putih yang lain.
Maka ijazah penamatlah sekali lagi bagi ahli yang sedemikian. Aku
juga tak ada komen kerana tidak pernah berjumpa jenis ahli tersebut
di cawanganku. Cuma, dengar-dengar cerita dari orang lain. Anda
pulak yang membaca tulisan ini menyimpan kain putih untuk tujuan
apa ye!.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 464
Gambar kenangan Pengarang bersama dengan tenaga penyusun dan penyemak
buku-buku beliau – Dari kiri : Mohammad Nizar, Syed Zairus, Dato‟ Mohd Rauhi dan
Aziz Zafran. Sesungguhnya gerak kerja untuk menyusun semula koleksi artikel-artikel
hasil penulisan Dato‟ Mohd Rauhi di dalam blog-blognya, untuk dijadikan sebagai
buku rujukan ilmiah Seni Silat Cekak telah dimulakan sejak dari tahun 2010. Satu
inisiatif yang disokong penuh dan dibantu oleh para anak didik Dato‟ Mohd Rauhi
yang umumnya pernah belajar Seni Silat Cekak di Negeri Perak. Terima kasih
kepada semua yang telah menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan material dalam
menjayakan inisiatif ini. Semoga usaha ini menghasilkan keberkatan yang abadi.
Amin. Amin Yaa rabbal „alamiin.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 465
BAB 5
PENUTUP
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 466
Setelah sekian lama berkecimpung dalam Silat Cekak,
sepatutnya banyak perkara yang kita peroleh sama ada yang
berkaitan dengan kebolehan dan kemahiran fizikal mahupun
pembentukan sikap dan nilai diri kita. Dalam aspek kemahiran fizikal,
pengetahuan dalam gerak dua tangan dan gerak dua kaki sepatutnya
semakin mantap.
Hal yang demikian kerana mempelajari Silat Cekak telah
membawa kita meneroka satu rupa bentuk gerak dalam alam
persilatan Melayu. Silat Cekak adalah sejenis silat yang kaya dengan
ilmu-ilmu perbandingan berdasarkan pergerakan kita sendiri
dibandingkan dengan pergerakan silat-silat lain. Apabila kita
membanding, jelas menampakkan ciri-ciri kehebatan Silat Cekak
yang hanya dimiliki dan diketahui atau dirasai oleh mereka yang
menjiwai pelajaran Silat Cekak.
Pergerakan dua tangan dan dua kaki boleh juga dikiaskan
dengan sifat manusia itu sendiri. Lelaki yang menampakkan
ketampanannya dengan pakaian yang hebat dan menarik adalah
semata-mata kerana sifat kelakian yang dimiliki. Tanpa sifat itu,
kelakian dan ketampanan tersebut tidak pasti dan tidak membawa
makna. Begitu juga agaknya dengan wanita yang bergincu menarik
dengan pakaian yang mengiurkan semata-mata kerana ada sifat
kewanitaannya. Kalau kewanitaannya tiada atau kurang berfungsi,
semuanya tidak bermakna. Pakailah apapun. Pasti idak akan ada
daya magnetnya.
Mungkin kiasan ini boleh dikaitkan dengan silat kita.
Kebanyakan silat-silat Melayu, adunan tari dan gendangnya hanya
membawa makna jika ada tujuan dan keindahan dalam gerak dua
tangan dan dua kakinya. Setiap pergerakan ada maksud yang
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 467
tersirat. Mencari kelemahan dalam pergerakan lawan menjadi tujuan
utama silat Melayu. Tapi dalam Silat Cekak kita tidak ada tari dan
tidak ada gendangnya. Mencari kelemahan musuh bukan menjadi
objektif utama. Dalam Silat Cekak, pergerakannya berformula kerana
lengkap dengan kaedah yang tersusun rapi.
Timbullah pelbagai falsafah seperti ‟makan gerak dalam
gerak‟ atau ‟sambil menyerang, Cekak menangkap‟ dan pelbagai
falsafah lagi dalam sistem menjaga diri yang meliputi pertahanan dan
serangan. Itu sebabnya Silat Cekak amat ringkas. Tidak payah untuk
menonjolkan kebolehan diri untuk menunjukkan Silat Cekak
mempunyai rahsia berbentuk senjata sulit yang begitu tajam dan
hebat sekali. Tidak seperti sifat manusia yang terpaksa menonjolkan
ketrampilan diri kerana bersandarkan kelebihan khas yang dimiliki.
Sengaja saya membuat perbincangan seperti di atas. Agaknya
kiasan ini lebih mudah untuk difahami.
Perbincangan dalam aspek pembentukan harga diri dan nilai
diri hasil penerapan dalam pengajaran dan pembelajaran Silat Cekak,
amat luas sekali. Kalau persilatan ini dihubungkan dengan konsep
budaya, sesungguhnya segala bentuk budaya positif yang ada dalam
ilmu persilatan Melayu, wujud dalam persilatan Silat Cekak. Nilai-nilai
budaya tinggi, budaya murni ataupun budaya halus, sememangnya
tersisip dalam ilmu persilatan Silat Cekak. Perkara ini tidaklah
menghairankan.
Kita lihat sendiri dalam apapun bentuk teori kelahiran silat.
Rata-rata semua teori kelahiran silat adalah hasil cetusan idea sama
ada golongan istana, golongan yang ahli agama atau golongan yang
berilmu. Golongan-golongan ini adalah terdiri daripada manusia yang
berfikir dan dapat mencetuskan ilham pergerakan yang begitu
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 468
mantap sekali. Oleh sebab mereka ini sendiri mengamalkan segala
bentuk budaya yang dinyatakan maka budaya-budaya tersebut telah
menjadi bersekali dan bersepadu dalam pelajaran silat-silat Melayu
yang dilahirkan.
Malahan Silat Cekak sendiri telah menjadi amalan pihak
istana sebelum silat ini disebarkan dalam kalangan orang banyak. Itu
sebabnya dalam Silat Cekak budaya-budaya yang hebat telah
tersisip bersekali dengan pelajaran fizikalnya. Budaya ini terpupuk
dalam kalangan penuntut sama ada disedari atau tidak. Cuma
persoalannya ialah sejauh mana pemupukan budaya ini berlaku.
Mungkin faktor berfikir akan menentukan keadaan. Tidak sama
antara penuntut yang tidak berfikir yang hanya cuma membiarkan
dirinya dibentuk, berbanding dengan penuntut yang sentiasa berfikir
ketika penerimaan sesuatu pelajaran dalam proses mempelajari Silat
Cekak.
Saya cuba menyentuh beberapa aspek yang sepatutnya telah
terpupuk dalam kalangan pengamal Silat Cekak itu sendiri,
berdasarkan pesepsi dan pengalaman saya dalam Silat Cekak.
Aspek utama pemupukan nilai dalam kalangan ahli ialah
pemupukan nilai yang baik dan berbudi bahasa. Nilai dapat diertikan
sebagai satu konsep yang dijadikan asas kepada kita untuk menilai,
mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, mutu,
kualiti dan pergerakan dalam silat kita. Budi bahasa biasanya
merujuk kepada tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib,
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-
kata akhlak mulia. Tegasnya, setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup,
pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 469
mahupun pergaulan sesama ahli, terangkum dalam konsep budi
bahasa.
Silat Cekak kaya dengan adab yang tinggi. Sebagai contoh,
majlis ijazah yang ada dalam Silat Cekak merupakan tunjang
pemupukan pertalian antara guru dan murid atau antara pemimpin
dengan pengikutnya. Kepimpinan dalam Silat Cekak dijadikan tempat
bernaung, umpama kata kiasan, “Pohon rendang di tengah padang,
batangnya untuk bergantung, buahnya untuk dimakan dan daunnya
untuk berlindung”.
Sifat tidak beradab bukanlah amalan kita. Janganlah
hendaknya ketika pemimpin disanjung, segala-galanya baik belaka.
Apabila mereka terjatuh atau dijatuhkan, kutukan hina menjadi
mainan kata. Itu bukannya sifat budi bahasa kita dalam Silat Cekak.
Ingatlah pantun bangsa kita, ‟Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung
Daik bercabang tiga, Hancur badan disandung tanah, Budi yang baik
dikenang juga‟.
Setiap yang buruk ada baiknya. Setiap yang hitam ada
putihnya. Bukannya tahi cicak, tapi konsep buruk baik adalah sifat
budaya kita. Allah sahaja yang unggul.
Ketahanan diri merupakan salah satu aspek yang sepatutnya
terpupuk dalam kalangan penuntut Silat Cekak. Pelajaran Silat Cekak
itu sendiri memupuk diri kita supaya mempunyai daya ketahanan
yang tinggi. Bukan mudah untuk menghabiskan pelajaran Silat Cekak
tanpa hati yang cekal. Bak kata pantun, “Silat Cekak amatlah mudah,
pada mereka yang ada hidayah. Namun begitu haruslah tabah,
mudahan-mudahan beroleh faedah.”
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 470
Guru Utama selalu membantu meneguhkan pendirian kita
supaya menjadi umpama ikan di laut. Walaupun sekelilingnya masin
tetapi ikan tetap tidak masin. Ketahanan diri membawa juga maksud
pendirian tetap yang sukar diganggu gugat. Pendirian ini adalah
sesuatu yang berkait dengan harga diri kita. Dalam konteks Silat
Cekak, selalunya pendirian tetap ini juga dikaitkan juga dengan istilah
“cakap jantan”. Penumbuk kita juga merupakan penumbuk jantan.
Implikasinya ialah berani dan tetap pendirian. Jangan berubah-
berubah tanggapan dan pendirian yang ada pada kita. Kerana
terdesak atau atas sifat kepentingan tertentu janganlah hendaknya
membolehkan kita bertukar pendapat.
Sungguh malang jikalau pendirian sikap tersebut berlaku.
Misalnya konsep mandat dan sebagainya yang sering ditimbulkan
sejak kebelakangan ini. Ramai yang ‟tak bertahan‟ sikap kerana tiada
ketahanan diri. “Pendirian tergadai dan penghormatan cabut lari.”
Tanpa kita sedari, ketrampilan diri telah dipupuk dari masa ke
masa dalam kalangan penuntut Silat Cekak ketika kita mempelajari
Silat Cekak. Disiplin berpakaian sangat diambil berat. Acara-acara
rasmi dijalankan dengan suasana protokal majlis yang tersusun
dengan baik. Ketrampilan diri ini lebih terserlah apabila sifat individu
itu diiring dengan budi bahasa yang jitu dan pendirian yang kukuh.
Nampak hebat ahli-ahli Silat Cekak. Muka mereka jernih berseri hasil
pancaran daripada hati mereka yang tulus dan ikhlas. Cuma
sekarang ini kadang kala ternampak muka-muka sumbang dan
sumbing dalam kalangan ahli.
Kerap kali ahli-ahli Silat Cekak juga diteguhkan dengan
pandangan bahawa gerak Silat Cekak ada kaitannya dengan
pergerakan sembahyang. Dalam konteks ini, bukan pergerakan Silat
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 471
Cekak yang ingin saya tekankan, tetapi kaitan diri kita dengan
sembahyang. Sembahyanglah merupakan salah satu kekuatan batin
untuk diri kita. Mereka yang menunggu Subuh adalah tersangat hebat
berbanding dengan Subuh yang menunggu mereka.
Kesempurnaan sembahyang akan memberi kesan yang besar
pada pergerakan silat kita. Janganlah banyak sangat membuang
masa membincangkan pergerakan silat kita yang bersumberkan
sembahyang. Hakikatnya kesempurnaan sembahyang banyak
mempengaruhi pergerakan penuntut. Inilah yang perlu dibincangkan
oleh mereka yang ahli kepada penuntut Silat Cekak.
Banyak lagi aspek agama yang dikait dan ditanamkan dalam
kalangan ahli kita. Apapun, yang penting, penuntut Silat Cekak ditarik
perhatian mereka untuk mendalami seterusnya ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan agama melalui sumber-sumber lain yang ada.
Kalau ada antara penuntut yang mempelajari Silat Cekak tetapi
semakin jauh dengan agamanya menunjukkan adanya sesuatu yang
tidak kena dalam proses pengajaran dan pembelajaran Silat Cekak.
Selain daripada faktor-faktor perbincangan di atas, banyak
nilai baik dan positif yang terpupuk dalam proses kita mempelajari
Silat Cekak. Faktor keyakinan diri dan keberanian juga merupakan
nilai yang terpupuk dari masa ke masa. Alangkah indahnya nilai yang
telah diperoleh oleh penuntut yang mempelajari Silat Cekak. Setelah
pelajaran silat diperoleh dengan selengkapnya, penuntut yang lahir
hasil didikan Silat Cekak mempunyai keperibadian yang unggul dan
mantap. Mereka ini mempunyai daya tahanan diri yang teguh dan
sukar diganggu gugat oleh sesiapapun.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 472
Di samping perkara-perkara positif, kita juga perlu berhati-hati
dengan sifat-sifat negatif yang mungkin timbul. Saya rasa, sesuatu
perkara itu positif atau negatif, banyak bergantung pada tafsiran
sendiri. Kalau kita lihat perkara tersebut sebagai positif maka
positiflah jadinya. Begitulah sebaliknya, jika kita mempunyai
pandangan yang berbeza. Banyak perkara yang kita boleh
persoalkan jika ingin bercakap dari aspek positif dan negatif. Walau
bagaimanapun segala-galanya bergantung pada pandangan individu
tersebut.
Mungkin perbincangan ini sesuai untuk renungan dan
mungkin sebagai pengetahuan kepada pembaca sekalian. Jangan
pulak takut terpengaruh sangat dengan tulisan ini. Anggaplah tulisan
ini sebagai satu lagi sudut penulisan yang boleh dibuat renungan
bersama. Perbincangannya hanya pada pandangan dan dalam
konteks saya sendiri.
Berkecimpung dalam Silat Cekak sebegitu lama bermakna
saya amat berminat dengan Silat Cekak itu sendiri dan tentunya
dengan falsafah dan perjuangan yang ada. Oleh hal yang demikian
ramai yang menganggap sifat itu sebagai sifat taksub dengan silat.
Kadang kala saya bertanyakan diri saya sendiri, adakah saya benar-
benar taksub dengan Silat Cekak. Saya terfikir secara bandingan
akan mereka yang berminat memancing ikan yang boleh
menghabiskan masa sehari suntuk di tepi kolam atau di sungai atau
di laut semata-mata untuk mendapatkan ikan hasil pancingan
mereka sendiri. Untung-untung dapatlah seekor ikan dalam masa
enam atau lapan jam. Paling malang sekali apabila seekor ikan pun
tidak dapat.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 473
Pelik pada kita tapi tidak pelik pada mereka. Tentunya kita
rasakan kegiatan mereka erat kaitannya dengan hobi atau minat. Kita
tidak pernah mengatakan perbuatan memancing tersebut sebagai
taksub. Begitu juga dengan orang yang bermain golf sehari suntuk,
semata-mata ingin memasukkan sebiji bola ke dalam lubang. Itulah
hobi namanya, bukannya taksub. Berebut sebiji bola oleh dua puluh
dua orang di padang bola dirasakan buang masa pada mereka yang
tidak berminat dengan bola. Tapi pada peminat bola, kegiatan
tersebut banyak faedahnya. Dalam hal ini, saya juga yakin bahawa
penglibatan saya dalam Silat Cekak bukannya kerana taksub tetapi
kerana hobi dan minat. Jadi tidak ada salahnya dan tidak patut
dikesali.
Akan tetapi kerana minat tersebutlah maka kita terpaksa
mengorbankan perasaan mereka yang berkait rapat dengan kita.
Banyak permintaan mereka yang terpaksa dikecewakan. Segala-
galanya kerana minat akan silat hingga lupakan orang keliling.
Apabila ‟orang rumah‟ sound sikit fasal penglibatan tersebut, mungkin
kita akan bersifat melenting. Maka terpendamlah perasaan mereka.
Terbuku di hati.
Seronok mendengar syarahan Ustaz tentang perjuangan Silat
Cekak. Perjuangannya logik dan mantap serta berfokus. Sesuai
dengan jiwa seni yang ada pada saya. Syarahan-syarahan Ustaz
merupakan satu motivasi yang berharga pada diri saya. Bila sudah
faham tentang perjuangan maka saya teruskan kesinambungan
perjuangan tersebut. Bukannya main-main tapi secara serius.
Fahaman tentang silat diasah oleh Guru dari masa ke masa. Kadang
kala saya rasakan diri ini sudah mantap untuk meneruskan
perjuangan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 474
Melihatkan ramai kawan yang berminat seperti saya,
kecenderongan untuk berjuang terus membara. Tapi mungkin
berbeza antara saya dengan mereka. Saya sukakan kerja-kerja yang
bermula dengan ‟A‟ dan diakhiri dengan ‟Z‟. Itu juga merupakan salah
satu ajaran yang ada dalam Silat Cekak. Tapi kenapa ramai juga
para kawan yang menghilangkan diri. Paling malang sekali mereka
yang berbeza pendapat. Rupa-rupanya tindakan mereka bijak sekali.
Perjuangan mereka ada had dan ada sempadannya. Cukup masa
mereka mengundur atau membelah diri. Cukup dengan pengorbanan
yang mereka beri. Pengorbanan ini dikirakan setimpal dengan ilmu
yang diasak dan diberi oleh Guru.
Ramai kawan seperjuangan yang menghilang diri atau
berubah hati. Dulu dan dulu semuanya bersatu hati. Arah perjuangan
dan hala tuju begitu jelas sekali. Kadang kala apabila tawar di hati,
melihatkan kawan dan bergaul sesama mereka sudah menjadi
semacam motivasi. Sayang sekali, kenapa ramai yang beralih hati.
Perjuangan asal ke mana pergi. Mana pergi fahaman mereka. Terasa
diri semacam lemah. Lurus bendul tentang perjuangan.
Saya lihat ramai antara kawan yang berjuangkan glamour.
Rebut jawatan sana sini. Hinggakan ada yang bertanding sesama
mereka hingga timbul perasaan dengki mendengki. Jadilah ajaran-
ajaran Ustaz mengikut tafsiran sendiri. Prinsip dan falsafah dalam
Silat Cekak begitu mudah ditafsirkan berbeza dengan fahaman yang
terdahulu. Sebabnya, semasa saya bergaul dengan mereka,
fahaman tersebut tetap satu. Tafsiran diri, jauh sekali.
Kini saya masih cuba untuk mempertahankan fahaman yang
asal. Tapi mana ada bukti. Senang saja ditempelak oleh mereka yang
tidak setuju dengan fahaman yang ada. Mereka ada ramai pengikut
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 475
baru. Bukannya pengikut tersebut tahu. Terpinga-pingalah saya
keseorangan diri. Kadang kala dikatakan syok sendiri. Siapa yang
nak percaya. Mungkin yang percayapun secara kebetulan kerana
saya berada di pihak mereka.
Kalau bertentangan pendapat kerana cuba menegakkan
fahaman asal saya yang dipupuk sekian lama, pasti ada yang
menyanggahnya pulak. Ramai kawan yang lari keluar. Walaupun
saya telah sampai ke Isyak, tapi saya cuba jangan menyesalkan diri.
Ketentuan Ilahi. Nak buat macam mana. Tapi kalau masa di gostan
kembali, saya rasa, saya tetap tidak berubah hati. Minatlah katakan.
Tapi saya boleh berhati-hati.
Berjuang aktif dalam Silat Cekak mesti ada kekuatan diri.
Kalau tidak, kita akan tawar hati dan mungkin menyisihkan diri. Satu
masa dulu saya pernah menulis bahawa peranan kita kadang kala
umpama sebuah kereta. Ketika kereta itu elok keadaannya, kereta
tersebut akan dinaiki. Apabila enjinnya rosak dan dihantar ke
bengkel, kereta lain akan digunakan sebagai ganti. Duduklah kereta
tersebut dalam bengkel. Apabila mekanik menelefon bahawa kereta
telah dibaiki, tuannya akan mengambilnya dan terus dinaiki.
Dulu semacam telah terpaku dalam fikiran, perjuangan mesti
ikhlas. Memperkembang dan menyebarkan Silat Cekak adalah
merupakan satu perjuangan yang hakiki. Oleh itu sebarang bentuk
tuntutan bayaran untuk maksud tersebut adalah merupakan
perbuatan yang tidak ikhlas. Dalam kelas janganlah bercakap selain
daripada silat. Itulah perjuangan hakiki yang ada dalam diri.
Tapi kawan-kawan sangat pandai menyesuaikan diri. Jual
tilam pun jadi. Tilam mesti dibeli. Satu ketika dulu, yang tidak sedar
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 476
diri semakin hebat berkempen dengan CNI nya. Hilang perjuangan
hakiki. Suatu masa dulu juga, kalau badan tidak sihat dikaitkan
dengan kesetiaan pada guru, tapi kini diganti dengan “makanlah
produk CNI”.
Ada yang mempunyai hobi sendiri yang tetap tidak diketepi.
Sanggup pulak menjadi pengurus kelab peminat bola sepak.
Menyimpang terus daripada tugas hakiki dalam keadaan diri
dikatakan pengikut setia Ustaz Hanafi. Tapi saya tetap dengan aktiviti
mengembangkan Silat Cekak.
Kegemilangan Pusaka Hanafi banyak yang telah berlalu. Ada
yang mula menyuarakan perkataan ‟hak‟ dan ‟batil‟. Tertegak yang
hak maka tenggelamlah yang bathil. Tapi itu mainan istilah. Susah
dibuktikan dengan kebenaran. Namun, masih ramai yang percaya.
Sesuatu yang hak itu bukan mudah untuk berkembang kerana pasti
ada rintangannya. Tunggulah masa hingga sampai masanya.
Entahlah. Cakaplah apa saja. Yang pastinya, kecemerlangan kita
telah dinoda dan ternoda. Cuma kita mengharapkan generasi baru
untuk membangkitkan Silat Cekak semula.
Pada generasi kepimpinan yang sedia ada, pasti perasaan
kecewa dan hampa atas perjuangan kita selama ini tetap ada dalam
kotak pemikiran kita. Namun pada generasi baru, penerimaan
mereka pada Silat Cekak akan membawa berbagai makna dan
persoalan. Oleh itu kita perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu
kalau dirujuk oleh generasi baru yang ingin tahu. Tentu
kecenderongan berpihak tetap ada. Berpihaklah tapi tetap boleh
bercerita. Fahamilah persoalan-persoalan berikut.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 477
1. Mengapakah Silat Cekak boleh berpecah. Silat ini
dipecahkan oleh orang-orang kanan Ustaz sendiri di suatu masa
dahulu. Pada hal, mereka telah menerima pendidikan dari perdu yang
sama. Mereka dididik dengan arah perjuangan yang sama. Mereka
menerima pelajaran daripada punca yang sama. Mereka bergaul dan
berbincang bersama. Tetapi mengapa mereka tidak sehaluan
akhirnya. Apakah puncanya hingga tergamak untuk mencari pihak
ketiga untuk membuat penyelesaian. Siapakah yang empunya
angkara.
2. Setelah kita berpecah, kita berada dalam persatuan yang
baru. Mengapakah persatuan yang baru itu boleh berpecah lagi.
Apakah alasan besar yang menjadi punca robohnya keseluruhan
perjuangan yang begitu mantap. Apakah isu-isu lain yang
sebenarnya membantu terhadap pepecahan ini.
3. Bagaimana tafsiran atas ajaran dan falsafah yang diajar
oleh Ustaz, akhirnya berbeza penerimaan antara ahli-ahli Silat
Cekak. Pada hal mereka sama-sama duduk semeja atau selantai
atau sebarisan kerusi dalam mendengar syarahan dan saranan
Ustaz. Apakah faktor-faktor yang mendorong mereka berubah hati
atau membuat tafsiran yang tidak selari. Atau apakah faktor-faktor
kepentingan diri yang banyak mempengaruhi pemikiran ahli-ahli
hingga melupakan perjuangan sejati.
4. Apakah kayu pengukur atau mekanisma yang telah
digunakan bagi mempastikan kesetiaan murid hinggakan mereka
dianugerahkan Pingat Setia iaitu setia kepada Persatuan dan Silat
Cekak bagi mempastikan silat tersebut berkembang terus dan tidak
porak peranda, akhirnya telah tidak setia.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 478
Kesemua persoalan di atas perlu kita ketahui akan
jawapannya. Jawablah dengan ilmu yang ada walaupun dalam
perspektif yang berbeza. Hal ini semua akan dapat membantu
generasi berikutnya ketika mengkaji asal usul Silat Cekak. Biarlah
mereka pula yang mengeluarkan teori-teori tentang pepecahan kita.
Panjang umur, kita boleh membaca.
Setakat ini tidak banyak maklumat tentang perkembangan
persatuan-persatuan kita yang berpecah. Setakat jamuan dan
kegiatan kelas, itu semua adalah kegiatan biasa. Tapi saya yakin
keadaan ini tidak akan kekal lama. Satu masa pasti berubah apabila
muncul generasi baru yang tidak tahu apa-apa atau mereka yang
tidak terlibat dengan pepecahan yang ada. Ketika itu baharulah
persatuan kita akan berkembang maju dalam haluan masing-masing.
Mana yang lebih baik. Usah dibincangkan pasal tersebut. Yang
pastinya, generasi yang ada sekarang akan berlalu. Bawalah
kecemerlangan dan kegemilangan yang ada. Itupun kalau dapat
dikatakan cemerlang dan gemilang.
Banyak perkara yang boleh kita bincangkan mengenai Silat
Cekak. Kalau fikiran kita positif maka perbincangan kita akan menjadi
positif. Kalau sebaliknya, jika fikiran kita negatif terhadap Silat Cekak
maka perbincangan kita akan mencorakkan sifat negatif tersebut.
Kadang kala Silat Cekak boleh juga dianggap sebagai alat
yang dapat digunakan bagi melengkapkan kehendak diri kita sama
ada dari segi jasmani atau rohaninya. Apabila ditambah dengan
penambahan dan menjadi perkataan „memperalatkan‟ maka
perkataan tersebut akan membawa banyak makna. Semuanya
bergantung pada pemikiran positif atau pemikiran negatif yang ada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 479
pada diri kita. Semuanya juga sangat bergantung pada kepentingan
diri semasa berada dalam Silat Cekak.
Sebagai seni bela diri, Silat Cekak adalah merupakan alat
yang penting bagi menghadapi musuh sama ada yang kita nampak
atau yang kita tidak nampak. Pelajaran yang ada dalam Silat Cekak
sendiri telah menampakkan kesepaduan antara luar dan dalam bagi
menjaga tubuh badan bagi menghadapi perbuatan khianat manusia
atau benda-benda ghaib. Jadikan diri kita sebagai ahli Silat Cekak
yang sempurna. Bukan ahli dalam konteks persatuan tapi ahli yang
membawa erti mahir atau pandai silat. Oleh sebab itulah kita selalu
disaran untuk menguasai kesemua isi pelajaran dan kefahaman yang
ada dalam persilatan Silat Cekak. Isi pelajaran ini meliputi pelajaran
fizikalnya dan hal-hal yang berkaitan dengan amalan mandi dan
petua-petua yang diberi Guru Utama dari masa ke masa.
Bagi mendapatkan keberkatan dan penguasaan Silat Cekak
dengan sempurna maka letakkan diri dalam suasana keikhlasan,
kesungguhan dan pengamalian yang sepenuhnya. Jangan ragu-ragu
sedikitpun dengan ilmu yang ada dalam Silat Cekak. Ikhlas
menerima, bersungguh belajar dan mengamal atau aplikasikannya
dalam kehidupan harian akan menjadikan kita sebagai ahli Silat
Cekak yang mantap. Silat Cekak dapat dijadikan alat yang terpenting
untuk kita benar-benar menjaga diri kita sendiri.
Silat Cekak adalah merupakan sejenis silat yang berkualiti.
Dalam pemerhatian saya, hal yang demikian telah menjadikan Ustaz
amat mementingkan kualiti dalam Silat Cekak. Kualiti ini dapat
dipupuk melalui sistem pembelajarannya. Sistem yang terbentuk oleh
Ustaz telah teruji untuk digunakan. Jangan pula kita memandai-
mandai mengubahnya dalam konteks jika kita ingin meneruskan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 480
pusaka Hanafi. Sistem yang dibentuk oleh Ustaz adalah merupakan
satu tahap proses yang boleh menghasilkan kualiti ahli dalam silat.
Proses ini umpama irama dalam lagu. Rosak irama maka pincanglah
lagunya.
Pentingnya kualiti dalam silat kita, telah menyebabkan kita
jarang sekali mendabik dada untuk bermegah dengan bilangan
ahlinya. Setakat ahli Silat Cekak berdasarkan ahli persatuan maka
amat kurang maknanya. Tidak tamat silatpun ahli tersebut boleh
dianggap ahli Silat Cekak. Hakikatnya tarafnya adalah ahli persatuan
dan bukannya ahli dalam persilatan.
Seingat saya, semasa era Ustaz, kita tersangat susah untuk
mengetahui bilangan ahli kita. Ketika itu hati tersangat ingin
mengetahui tentang bilangan ahli silat kita kerana silat-silat Melayu
yang lain sentiasa mendabik dada dengan pengisytiharan ratusan
ribu ahlinya. Ketika saya bertanya, Ustaz tersenyum sahaja tanpa
memberi angka yang saya kehendaki. Rupa-rupanya konsep ahli
dalam Silat Cekak tidak sama dengan konsep ahli yang dilaung-
laungkan oleh silat lain. Sesungghnya dalam Silat Cekak, kita
tersangat kaya dengan falsafah, konsep dan prinsip. Sama ada pada
perkataan, gerak atau perbuatannya. Saya pernah membicarakan
tajuk ini dalam penulisan yang terdahulu.
Dalam kehidupan seharian, kalau ke manapun kita pergi,
banyak alat yang kita gunakan bagi menjaga kebajikan diri kita
sendiri. Kalau perjalanan dekat, kenderaan kereta atau motor adalah
merupakan alat yang penting sebagai pengangkutan utama. Kalau
perjalanan jauh, kapal terbang akan dijadikan alat pengangkutan
utama. Walau bagaimanapun untuk keselamatan diri atau teman
rapat diri sendiri, Silat Cekak adalah merupakan alat yang terpenting
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 481
untuk perjalanan dekat atau perjalanan jauh. Sama ada alat tersebut
memberi makna atau kurang memberi makna maka banyaklah
bergantung pada tafsiran dan apklikasi diri.
Setelah sampai ke tempat yang dituju, jika badan berasa
penat, Silat Cekak dapat dijadikan sebagai alat untuk memulihkan
badan. Jangan lupa mandi silat yang hanya bermodalkan cebok atau
gayung. Tidak payah pergi ke SPA atau mencari mat urut atau minah
urut atau suzy urut. Bersenamlah dengan pelajaran empat anasir dan
bukannya ilmu „kk‟.
Silat Cekak juga dapat dijadikan alat untuk membina satu
landasan yang amat sempurna bagi mengenali gerak-gerak yang ada
dalam silat Melayu. Setelah kita difahamkan dengan konsep gerak
asli dan konsep-konsep yang ada dalam silat Melayu melalui
pelajaran dalam Silat Cekak, maka jika kita berminat mempelajari
gerak dalam apa jenis persilatan Melayu, tidak akan menjadikan diri
kita bercelaru.
Pelajaran-pelajaran seterusnya dalam alam persilatan silat
Melayu dapat dijadikan sebagai nilai tambah untuk pengetahuan kita
tentang gerak silat. Hal yang sedemikian akan menjadikan kita benar-
benar memahami gerak kita sendiri dan pastinya akan menjadikan
kita tahu akan apa yang kita lakukan dalam setiap gerak dalam Silat
Cekak.
Silat Cekak juga dapat dijadikan alat untuk membina asas
bagi penguasaan ilmu agama. Konsep tauhid, hakikat dan pelbagai
macam istilah agama lagi yang disemai dalam kalangan ahli Silat
Cekak dapat dijadikan landasan bagi mendalami ilmu agama
seterusnya. Mustahil bagi guru kita atau Jurulatih yang ahli dalam
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 482
bidang agama dalam Silat Cekak berupaya untuk mendidik
sepenuhnya anak muridnya dalam bidang agama. Tumpuan mereka
pastinya pada silat.
Walau bagaimanapun, pada adatnya, mereka telah berupaya
membina landasan atau asas yang sempurna dalam bidang agama.
Untuk penguasaan seterusnya maka ahli-ahli Silat Cekak carilah
sendiri. Bergurulah pada mereka yang mempunyai fahaman yang
sesuai dengan asakan yang dibina. Landasan yang terbina dalam
Silat Cekak tersebut akan menjurus pada amali dalam kehidupan
harian. Kita bukannya asyik membicarakan istilah atau hanya asyik
berteori. Silat Cekak adalah silat amali. Maka apa jenis pelajaran
yang diguna atau dicari adalah berbentuk amali. Sesuailah dengan
konsep cakap serupa bikin. Berpijak di bumi nyata. Bukannya terus
berada dalam dunia khayalan.
Sebagai seorang Jurulatih Silat Cekak yang
bertanggungjawab, Silat Cekak juga dapat dijadikan alat untuk
pembinaan dalaman diri pada murid yang belajar dengan kita. Sifat-
sifat bertanggungjawab, keberanian dan pelbagai jenis sifat yang lain
akan dapat dipupuk dalam masa kita menyampaikan pelajaran Silat
Cekak. Saya selalu menegaskan tentang kepentingan pembinaan
sifat-sifat tersebut dalam kalangan ahli Silat Cekak bagi membentuk
sifat jati diri. Pemberatan inilah saya kira tersangat penting hingga
Ustaz „mencabar‟ untuk mencari empat puluh orang yang sehati dan
sejiwa dalam kelas silat kita.
Perkara-perkara yang saya bincangkan di atas adalah
merujuk pada pemikiran kita yang positif terhadap Silat Cekak.
Apabila pemikiran kita bercorak negatif kita juga akan nampak
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 483
perkara-perkara yang negatif terhadap konsep Silat Cekak sebagai
alat.
Ramai juga yang menggunakan Silat Cekak sebagai medan
untuk berniaga. Tidak hairanlah masa zaman saya, wujudnya
perniagaan CNI, tilam berkenot dan pelbagai bentuk jenis perniagaan
pada satu ketika yang lalu. Tidak kurang juga yang menjadikan Silat
Cekak sebagai alat untuk kepentingan diri yang lain. Konsepnya tetap
sama. Untung diri adalah matlamat utama. Cuma berkemungkinan
besar hanya bentuknya yang agak berlainan.
Satu lagi konsep alat ialah Silat Cekak juga sebagai satu alat
yang sesuai untuk kepentingan pergerakan persatuan. Mereka
sanggup „menendang‟ adat dan adab yang ada dalam Silat Cekak
semata-mata untuk kepentingan persatuan dan kepentingan diri.
Banyak sangat saya sentuh soal ini.
Cukup setakat ini apabila kita bincangkan Silat Cekak sebagai
alat. Setiap perbuatan itu bergantung pada niat dan kesempatan. Ada
niat dan ada kesempatan maka jadilah apa yang dihajati. Ada niat
tapi kesempatan tidak ada, perbuatan tersebut tidak akan berlaku.
Begitu juga sebaliknya. Jika ada kesempatan tapi tidak ada niat maka
perbuatan itu juga tidak akan berlaku.
Dalam konteks penulisan mahupun lisan, di samping niat dan
kesempatan, terdapat satu faktor lagi iaitu idea atau apa yang ingin
ditulis atau diucapkan. Idea ini tidak boleh dipaksa-paksa. Idea perlu
datang dengan sendirinya. Makamnya sama dengan konsep ilham.
Bila ilham datang, penulisan atau pertuturan akan turut lancar tanpa
boleh ditahan-tahan. Itu sebabnya kadang kala saya rajin menulis
dan ada kalanya penulisan saya amat berkala. Semuanya
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 484
bergantung pada idea atau ilham yang tidak boleh dipaksa-paksa
kedatangannya.
Dalam zaman Ustaz, ada juga pertanyaan anak muridnya
tidak dapat dilayan secara spontan pada satu-satu ketika. Kadang
kala Ustaz hendak bercakap tapi semacam ada satu halangan pada
dirinya. Hal yang demikian telah membantutkan kelancarannya
daripada bercakap. Jawapan kepada persoalan tersebut akan
ditangguhkan kepada satu masa yang lain. Jika sememangnya Ustaz
berniat untuk menjawab soalan tersebut dalam masa yang sesuai
dan ilhamnya datang, maka pertuturannya akan berjalan lancar.
Semua jawapan kepada persoalan akan dijawab secara spontan.
Kaedah memberi jawapan adalah pelbagai. Jika persoalan tersebut
berat maka Ustaz akan mengenakan songkok sebelum berlisan bagi
menjawabnya.
Ketika usia saya sebegini maka banyak perkara yang saya
baru mengerti akan sifat dan tingkah laku Ustaz tempoh masa yang
lalu. Tapi kesempatan saya untuk berlisan agak terhad sangat ketika
ini. Mereka yang ingin bertanya pun telah banyak yang pandai dan
telah menguasai hingga tidak kisah untuk menghilangkan diri. Takut
terpengaruh atau dipengaruhi. Harga diri.
Dalam zaman Ustaz, ada juga anak muridnya yang
menghilangkan diri. Banyak faktor yang menjadikan mereka
sedemikian. Ada juga antara mereka yang berasa seolah-olah
pelajaran yang ada, cukup buat diri dan tidak perlu ditambah lagi.
Dengan ilmu yang ada mereka yakin boleh meneruskan perjuangan
dalam konteks kepentingan diri sendiri. Pada kebanyakan ahli ketika
itu, menghilangkan diri tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 485
ahli silat yang lain. Apatah lagi kepada guru. Kita menganggap
habuan mereka telah terhenti. Kita lebih banyak bersimpati.
Dalam konteks silat, mereka itu tidak akan dapat pergi sejauh
mana. Ilmu yang ada telah dihilangkan puncanya dan akhirnya ilmu
itu akan layu begitu saja. Hal yang demikian bukan kerana ilmu itu
ditarik oleh guru. Ilmu bukannya tali yang boleh ditarik-tarik. Tapi layu
kerana tidak dijirusi selalu. Mereka lupa tentang faktor menyuburi dan
membajai ilmu. Orang yang boleh membajanya adalah orang yang
menjadi punca ilmu itu diperoleh. Orang itulah juga yang sentiasa
menjiwai ilmu tersebut. Jika dibiarkan berterusan, akan jadilah
mereka yang menjauhi orang yang menjadi punca ilmu itu umpama
manusia yang bodoh sombong sepanjang masa dan sepanjang
hayatnya.
Itu sebabnya kita selalu disarankan supaya mempunyai
konteks antara guru dan murid. Konteks ini akan mencetuskan „spark‟
atau percikan yang boleh menyemarakkan ilmu yang sedia ada.
Kalau bersilat, bertambah hebat silatnya. Dari sudut kefahaman,
maka lagi mantap kefahamannya. Oleh itu dapat kita katakan bahawa
membajai ilmu yang ada samalah konsepnya dengan menyuburkan,
menyemarakkan dan memantapkan ilmu tersebut. Jika ilmu yang ada
tidak disuburkan dari masa ke masa, maka ilmu yang ada semakin
malap dan tumpul. Ilham yang utama pasti tidak kunjung tiba.
Kalau senjata keris umpamanya, keris itu perlu disepuh bagi
menghalangnya berkarat. Alat menyepuhnya adalah pelbagai.
Biasanya air kelapa dan batang pisang sebagai pilihan utama. Kata
tok guru, pada manusia, hati yang berkarat boleh dicuci dengan cara
banyak bersedekah dan berpuasa. Bagaimana pula dengan ilmu
yang ada. Ilmu ini akan terus berkembang dan terus mantap apabila
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 486
dibajai seterusnya oleh orang yang menjadi punca kepada ilmu
tersebut.
Dalam konteks silat maka ilmu itu akan terus berkesan sama
ada pada gerak fizikalnya atau pada fahaman falsafah, konsep dan
prinsip silat itu sendiri jika terus mendampingi orang yang menjadi
punca ilmu itu diperoleh. Itu sebabnya seperti yang saya tegaskan
bahawa hubungan yang erat antara guru dan murid tidak boleh
diputuskan begitu saja. Walaupun kita menyangka bahawa hubungan
ini boleh dilanjutkan dengan guru yang lain, tetapi hakikatnya tetap
tidak sama. Keserasiannya adalah berbeza. Maka kemasinannya
juga turut berbeza.
Ada yang mendakwa bahawa apabila kita menjauhkan diri
daripada guru maka ilmu yang ada pada kita akan ditarik oleh guru
tersebut. Kita tidak akan mempunyai apa-apa lagi. Itulah pandangan
kebanyakan orang yang tidak menggunakan pemikiran yang sihat.
Mereka ini terpengaruh dengan sifat amarah. Kenyataan mereka
semata-mata bagi menakutkan ahli yang lain. Ilmu bukannya benda
yang boleh diberi dan diambil dengan sewenang-wenangnya. Tetapi
banyak faktor psikologi yang menyebabkan ilmu ini terus malap pada
mereka yang telah menjauhi punca ilmu dimiliki. Paling malang
apabila ilmu tersebut umpama pokok yang sangat layu. Hidup segan
mati tak mahu.
Daripada satu segi, apabila kita membenci guru atau
menjauhi punca ilmu itu maka semestinya ilmu tersebut hilang
keberkatannya. Hal yang demikian kerana apabila kita membenci
guru tersebut secara langsung maka kita juga akan membenci
sesuatu yang berkaitan dengannya. Ilmu yang diberi oleh guru
berkenaan akan ditinggalkan tanpa dipraktikkan secara berterusan.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 487
Semakin lama, semakin terhakis ilmu tersebut dalam pemikirannya.
Akhirnya ilmu itu akan hilang langsung daripada penguasaannya.
Maka bukanlah ilmu itu ditarik balik tapi ilmu itu sendiri yang telah
hilang dan terhakis secara perlahan-lahan.
Daripada segi yang lain, ilmu yang dimiliki perlu dibajai dan
disuburkan. Persoalan tetap akan timbul dari masa ke masa
berkaitan dengan sebarang ilmu yang kita miliki. Jika ego menguasai
perasaan maka persoalan tersebut akan cuba dihuraikan atas tahap
yang ada. Tapi ini pasti tidak akan memberi kepuasan kepada diri
sendiri. Ilmu yang ada tidak akan berkembang dan berada dalam
tahap yang sama. Lama-kelamaan ilmu itu juga akan menjadi layu
dan tidak berkesan. Akibatnya ilmu itu juga akan terkarat perlahan-
lahan.
Ada juga antara mereka yang menolak terus akan ilmu yang
telah diberi oleh bekas gurunya. Dia akan mencari guru yang baru.
Ilmu baru yang diperolehnya akan menggantikan ilmu yang asal dari
masa ke masa. Secara langsung maka ilmu asalnya akan lenyap
begitu sahaja tanpa perlu ditarik-tarik oleh mantan gurunya. Itu
sebabnya kita selalu disarankan supaya sentiasa mendampingi guru
kita. Ilmu ini perlu disubur dan dibajai. Konsep guru adalah luas.
Sebarang ilmu yang kita peroleh dari mereka maka itulah guru kita.
Jangan pencilkan mereka. Kelak akan menyebabkan punca ilmu
daripada mereka akan malap sikit demi sikit. Ketajamannya akan
semakin tumpul, kesegarannya akan semakin layu dan
kemasinannya akan semakin tawar.
Kepada generasi baru kumpulan sana, berhati-hatilah dengan
penguasaan ilmu Silat Cekak yang ada. Ingat kembali akan punca
ilmu itu diperoleh. Konsep berterima kasih juga patut ada. Hatta
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 488
Jurulatih yang menjadi punca ilmu itu diperoleh, juga patut diambil
kira. Itu juga ingatan yang selalu diberi oleh Ustaz kepada saya. Ilmu
yang ada perlu sentiasa disuburi dan dibajai supaya ilmu tersebut
terus bersemarak dan mantap. Kita takut dengan situasi yang ada
sekarang. Ramai antara kita yang lebih mementingkan penglibatan
dan tumpuan dalam persatuan hingga lupa akan penguasaan diri
dalam silat.
Oleh sebab pentingkan persatuan, kita lebih banyak tertawan
dek jawatan yang ada. Ilmu Silat Cekak yang ada telah lupa dijirus
dengan air dan dibajai dengan pelbagai jenis vitamin, protein dan
sebagainya. Jadilah mereka sebagai manusia bodoh sombong dan
berperasan hebat dalam Silat Cekak. Hakikatnya mereka akan
kehilangan ilham dan kelancaran lisan berilmukan Silat Cekak. Kalau
adapun nampak sangat kelatnya.
Ilmu yang ada dalam Silat Cekak begitu luas sekali. Perkara
yang penting ialah kita jangan berpuas hati dengan apa yang ada
sahaja. Mungkin kita pun tidak tahu dengan apa yang kita belum ada.
Oleh itu berdampinglah dengan guru dan orang-orang lama. Kalau
ilmu tidak lengkap ketika itu maka banyak yang rugi pada kita.
Tambahlah ilmu sebanyak mungkin ketika kita masih muda. Apabila
sampai ke tahap tua maka kita lebih suka memberi daripada
menerima. Sikap belajar mulai reda. Maklumlah umur yang lanjut
dikatakan sebagai tanda banyak ilmu. Hal yang demikian hanya
berguna pada mereka yang inginkan ilmu sebagai ahli silat. Jika ingin
popular sebagai ahli persatuan maka lain pulak akan ceritanya.
Saya berkeyakinan bahawa sepanjang penglibatan kita dalam
Silat Cekak asas penglibatan kita dari awal hingga akhirnya perlu
meliputi kepada empat (4) perkara. Pertamanya kita perlu
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 489
mempercayai Silat Cekak yang kita pelajari. Kepercayaan perlu
disertai dengan mengamalkan ilmu-ilmu yang ada dalam Silat Cekak.
Kesebatian ilmu Silat Cekak, memerlukan tindakan kita untuk
menyebarkannya kepada orang lain. Proses penyebaran ini perlu
dilakukan dengan kesabaran dan ketabahan. Di situlah puncak
penglibatan kita sebelum kita lenyap atau dilenyapkan dalam alam
persilatan Silat Cekak.
Mempelajari Silat Cekak bermakna kita perlu menerima
kenyataan seadanya. Letakkan kepercayaan sepenuhnya pada Silat
Cekak. Saya pernah nyatakan dahulu betapa Silat Cekak adalah
dianggap sebagai silat akhir zaman. Kita percaya hanya Silat Cekak
satu-satunya silat yang boleh bertanggungjawab dan menjadi teman
setia kita pada bila-bila masa. Mempercayai bahawa Silat Cekak
adalah silat yang hebat hanya atas penceritaan adalah tidak
memadai. Kepercayaan ini perlu sepenuh hati. Alami dan usahakan
penguasaannya sepenuh hati.
Kalau kita mempercayai sepenuh hati maka kita tidak boleh
berpisah dengan adat dan adabnya. Kekuatan Silat Cekak adalah
terletak pada inti sari pelajarannya. Kehebatannya juga bukan kerana
wujudnya persatuan yang mendukung pergerakannya. Kita percaya
bahawa Silat Cekak boleh berdiri sendiri tanpa wujudnya persatuan.
Namun, dek kerana undang-undang negara yang memerlukan
penubuhan persatuan maka perlulah diadakan persatuan. Oleh itu
persatuan hanyalah alat untuk membolehkan pergerakan Silat Cekak
berkembang maju.
Kalaulah persatuan sebagai alat maka segala peraturan dan
undang-undang persatuan yang bersabit dengan silat tidak boleh
dijadikan mutlak. Sebaliknya kata-kata guru yang berkaitan dengan
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 490
silat adalah lebih mutlak. Atas sikap ini sungguh melucukan apabila
peraturan persatuan yang ada dijadikan alat untuk menyingkirkan
guru silat. Itulah kerja golongan haprak yang hilang kepercayaan
pada kedaulatan silat.
Kita juga perlu mengakui bahawa kepercayaan terhadap Silat
Cekak juga bermaksud kuasa mutlak guru perlu dikekalkan
sepanjang masa. Kuasa ini perlu ada pada guru yang mewarisi silat
ini. Guru silat merupakan jawatan hakiki dalam silat. Lantikannya
adalah berdasarkan mandat. Mandat ini erat kaitannya dengan
konsep diwarisi dan mewarisi. Kalau kita mempercayai Silat Cekak
maka konsep kepercayaan ini juga perlu meliputi kuasa yang ada
pada guru. Kalau guru dipisahkan dengan persatuan, nampak sangat
akan keganjilannya.
Kepercayaan pada Silat Cekak juga meliputi kepercayaan
pada gerak silatnya berserta petua-petua, falsafah dan konsep yang
berkaitan dengan Silat Cekak. Kita percaya tentang wujudnya petua
yang membolehkan tangan menjadi keras. Kita percaya tentang
kelebihan mandinya. Kita percaya tentang ilmu „jolok‟ setiap pagi dan
pelbagai jenis petua lagi. Kita percaya bahawa sekali Cekak
menyerang akan mengkelamkabutkan musuh kita. Kita percaya
dengan buah-buah jatuhnya dan kita percaya dengan buah-buah
potongnya. Kepercayaan ini perlu meliputi semua.
Kepercayaan pada Silat Cekak perlu disertakan dengan
pengamalan. Setelah kita percaya Silat Cekak maka kita perlu
amalkan disiplin dan pengajaran yang ada. Di samping gerak
fizikalnya, petua-petua yang diberi jangan setakat teori sahaja.
Aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 491
Konsep mandi dilakukan selalu. Kaedah „jolok‟ perlu
berterusan. Kalau sudah percaya betapa pukulan yang diterima
setakat biru sahaja tanpa bengkak maka teruskan pengamalan petua
tersebut. Gerak fizikal yang ada dalam Silat Cekak terus dimahirkan
dengan pelbagai cara. Pelajaran „seri‟ diberi tumpuan supaya
pelajaran tersebut benar-benar memberi makna dalam situasi
pergaduhan.
Walau bagaimanapun perkara yang paling penting sekali ialah
mengamalkan ajaran Silat Cekak dalam kehidupan seharian. Banyak
perkara yang telah dibincangkan termasuk erti kemerdekaan.
Amalkan konsep adat dan adab dalam Silat Cekak. Soal mandat
jadikan satu kemestian. Silat Cekak mengajar kita supaya berhati-
hati. Konsep percaya boleh, yakin jangan perlu sangat diambil kira
dalam kehidupan seharian. Gerak silat sesama rakanpun
menyebabkan kita berhati-hati, apatah lagi gerak-gerak hati orang
yang lain. Bezakan antara perjuangan dan kepentingan. Antara
keikhlasan dan kepuraan. Walaupun tidak semestinya kita berjaya
tapi sekurang-kurangnya kita telah mencuba.
Konsep jangkaan dalam silat perlu diaplikasikan. Sebelum
membuat jangkaan pastinya ada petanda. Petanda ini lahir dari
gerak laku dan tutur kata. Kita perlu berwaspada. Setiap kata dan
setiap gerak ada tujuannya. Perlulah kita sedaya upaya mentafsirnya.
Sebelum kita berpecah, riak hati saya telah membuat tafsiran tentang
kekecohan yang bakal menimpa. Tapi maklumlah sudah pandai.
Akhirnya terima saja habuan yang menimpa. Dalam membuat
jangkaan, kadang kala kita berjaya dan kadang kala kita gagal. Tapi
kalau kita sentiasa berwaspada, selalunya kita akan berjaya.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 492
Setelah kita menguasai segala ilmu yang ada dalam Silat
Cekak, menjadi tugas kita untuk menyebarkan ilmu tersebut kepada
masyarakat lainnya. Berusahalah membantu kelas-kelas latihan yang
ada. Itulah perjuangan yang hakiki di peringkat kita. Jika berpeluang,
mohonlah jawatan sebagai Jurulatih. Sambil kita menyebarkan ilmu,
secara langsung kita akan dapat memantapkan ilmu yang sedia ada.
Dalam usaha menyebarkan Silat Cekak kita tidak terlepas
daripada karenah peraturan persatuan. Lebih-lebih lagi jika
persatuan ini diwakili oleh mereka yang ada kepentingan.
Tanggungjawab mereka pada persatuan telah melebihi daripada
tanggungjawab terhadap silat. Banyaklah karenah yang timbul. Itulah
sebabnya ketika penglibatan saya terdahulu, selalu sangat saya
persetankan karenah persatuan. Ramai yang berasa marah dan
berusaha mengenepikan saya. Mereka boleh pinggirkan saya
daripada persatuan tapi gagal untuk meminggirkan saya dalam
persilatan. Kecualilah kerana ada orang dalam.
Dalam usaha kita untuk menyebarkan ilmu Silat Cekak, kita
harus bersifat sabar dan tabah hati. Mungkin membuka kelas-kelas
latihan di tempat-tempat yang belum pernah silat bertapak lebih
banyak rintangannya berbanding dengan tempat-tempat yang telah
ada silat. Mungkin juga sebaliknya. Banyak pancaroba yang terpaksa
kita tempuhi. Jika tanpa ada perasaan cekal, biasanya kita akan
kecundang. Ramai yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini.
Berdasarkan perbincangan di atas dapat kita rumuskan
betapa kita perlu meletakkan kepercayaan sepenuh hati pada Silat
Cekak. Setelah percaya, amalkan segala pengajarannya. Setelah kita
menguasainya maka sebarkan pada ahli-ahli yang lain. Proses
penyebaran ini perlu disertai dengan ketabahan dan kesabaran.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 493
Ingat. Persatuan adalah alat pada silat. Bukannya silat sebagai alat
pada persatuan.
Jika ini telah kita lakukan maka sesuailah kita mengingati
akan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Ustaz Hanafi. Setakat
membaca Yassin memperingati Ustaz, tidak memadai. Itu hanya
bentuk aktiviti. Aplikasikan sifat mengenang budi. Mengajar silat dan
menyebarkannya adalah lebih bererti. Lebih bererti pada orang yang
telah meninggalkan ilmu yang kita sentiasa manfaatkannya. Banyak
ganjaran yang diperoleh Ustaz. Sesuai dengan makna pusaka
Hanafi.
Sekian dan terima kasih.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 494
Biografi Pengarang
Dato' Mohd Rauhi bin Mohd Isa
merupakan seorang Pengamal
Seni Silat Cekak yang telah terlibat
secara langsung dengan
Perguruan ini sejak tahun 1974
sewaktu beliau sedang menuntut
di Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Beliau dilantik sebagai Jurulatih
Seni Silat Cekak pada tahun 1976,
disusuli dengan pelantikan beliau
sebagai Penyelia Kelas Seni Silat
Cekak Ipoh pada tahun 1977.
Beliau pernah dilantik sebagai Ahli
Lembaga Pelajaran dan Tatatertib
(LPT).
Dalam konteks persatuan, Dato‟ Mohd Rauhi adalah merupakan Ahli
Jawatankuasa Pusat Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia bagi tahun
1977-1979. Bermula dari tahun 1977 beliau menyandang jawatan
Yang Di Pertua Persatuan Seni Silat Cekak Negeri Perak sehingga
tahun 2001. Beliau turut pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Muafakat
Tertinggi.
Kini beliau banyak menumpukan usahanya menggerakkan Seni Silat
Cekak menerusi bidang penulisan melalui pendekatan perkongsian
pengalaman dan pengalamiannya dalam Seni Silat Cekak. Penulisan
beliau boleh dibaca menerusi Blog Sepak Minang
(http://sepakminang.blogspot.my/), Blog Lading Emas
(https://ladingemas.wordpress.com/) dan Blog Seni Gedang
(https://senigedang.wordpress.com/). Beliau turut telah menerbitkan
tiga (3) buah buku hasil koleksi daripada penulisan-penulisan beliau
di blog yang dinyatakan iaitu Sepak Minang, Lading Emas dan Masak
Gerak.
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 495
Koleksi Buku-Buku
Karya
Dato’ Mohd Rauhi Mohd Isa
„Untuk tempahan pembelian sila hubungi Saudara Aziz Zafran di
talian +6 019-556 7727 atau e-mel [email protected].
Denyut Gerak 1
Dato’ Mohd Rauhi 496
Top Related