012 BAHASA MELAYU PENULISAN
Bahasa Melayu SK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Kod Mata Pelajaran : 012 (SK)
Markah Penuh : 50
Masa : 1 jam 15 minit
REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian
A, Bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah
yang diperuntukkan ialah 10.
Bahagian B terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah
yang diperuntukkan ialah 15.
Bahagian C terdiri daripada dua (2) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan
perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukkan ialah 25.
Konstruk yang diukur ialah:
a) Keupayaan membina ayat
b) Keupayaan menggunakan kata
c) Keupayaan menggunakan kosa kata
d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea
e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca
Bahasa Melayu SK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
PRESTASI TERPERINCI Bahagian A
Calon dikehendaki menulis lima ayat yang lengkap tentang bantuan-bantuan yang dapat diberi kepada mangsa banjir berdasarkan setiap gambar.
Bahasa Melayu SK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Calon mampu memindahkan maklumat dan menulis ayat yang lengkap dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan stimulus serta mampu memberi keterangan yang meluas. Calon menguasai kemahiran menulis dengan baik. Tiada kesalahan dari aspek tatabahasa, imbuhan, kosa kata dan ejaan. Ayat yang dibina merupakan ayat yang gramatis. Idea yang dikemukakan menepati kehendak tugasan iaitu berkaitan dengan bantuan-bantuan kepada mangsa banjir dalam kelima-lima ayat.
Bahasa Melayu SK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Bahagian B
Calon dikehendaki menulis ulasan berdasarkan stimulus yang diberi iaitu tentang kes demam denggi. Calon perlu menggunakan maklumat yang terdapat dalam stimulus. Jawapan mestilah dalam bentuk perenggan dan panjangnya ulasan hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Bahasa Melayu SK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Contoh Jawapan 1
Calon berupaya memahami graf dan pernyataan berkaitan kes demam denggi. Pelbagai idea tersurat dan tersirat telah digabungjalinkan untuk membuat ulasan yang jelas, tersusun dan menarik. Pengetahuan sedia ada mampu digarap untuk menghubungkaitkan stimulus dengan situasi sebenar secara kontekstual. Contoh yang dikemukakan adalah sesuai dan berkaitan dengan stimulus yang diberi. Pengolahan yang baik dan penggunaan kata serta kosa kata yang bertepatan dengan laras ulasan menjadikan evidens lebih menarik.
Bahasa Melayu SK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Contoh Jawapan 2
Calon berupaya menghasilkan ulasan dengan menyatakan idea tersurat dan tersirat. Walaupun penulisan ulasan dalam satu perenggan, namun jawapan masih berdasarkan stimulus yang diberi.
Bahasa Melayu SK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Bahagian C Soalan 1
Calon dikehendaki menulis karangan tentang cara-cara menghargai orang yang berbudi kepada kita. Panjang karangan hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Bahasa Melayu SK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Bahasa Melayu SK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Calon mampu menghasilkan idea yang menepati kehendak tugasan iaitu tentang ‘Cara-cara menghargai orang yang berbudi kepada kita’. Idea diolah dengan menarik dan ayat yang gramatis serta penggunaan kata yang tepat dan lengkap. Calon juga dapat memberikan contoh pada setiap idea yang diberi dengan huraian yang lengkap. Soalan 2
Calon perlu menulis ucapan untuk meraikan guru kelas yang akan berpindah ke sekolah lain. Panjang karangan hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Bahasa Melayu SK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Pengolahan idea dengan baik dan menarik. Idea menepati kehendak tugasan iaitu tentang ucapan perpisahan untuk guru kelas yang berpindah ke sekolah lain. Laras ayat yang disampaikan juga merupakan laras ayat ucapan. Format ucapan juga lengkap dan tepat.
Bahasa Melayu SK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
SARANAN KEPADA CALON Bahagian A 1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. 2. Mengenal pasti kehendak soalan berdasarkan stimulus sebelum menulis ayat. 3. Mengenal pasti idea yang terdapat pada gambar. 4. Mencatat idea yang tepat berdasarkan gambar. 5. Calon hanya perlu membina lima ayat yang lengkap. 6. Banyakkan membaca serta menjawab latihan bagi meningkatkan tahap
penguasaan kosa kata. 7. Jadikan buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai sumber rujukan utama dan bahan pembelajaran. 8. Boleh menulis nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam gambar atau
stimulus. 9. Digalakkan membina pelbagai ayat dengan keterangan yang meluas. 10. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami. Bahagian B 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. 2. Fahami stimulus yang diberi. 3. Mengenal pasti idea tersurat dan tersirat . 4. Pastikan idea yang ditulis berkaitan dengan stimulus yang diberi. 5. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan
antara idea. 6. Menulis jawapan dalam bentuk perenggan. 7. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, perlu banyak menjawab latihan serta
merujuk kepada pelbagai sumber/bahan rujukan. 8. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami. Bahagian C 1. Calon pelu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. 2. Baca kedua-dua soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. 3. Pilih salah satu soalan yang bersesuaian dengan kebolehan. 4. Garisi kata kunci dan kata tugas soalan yang dipilih. 5. Bagi karangan yang berformat, pastikan menguasai format yang betul sebelum
menulis karangan. 6. Digalakkan membina peta minda atau kerangka karangan berdasarkan soalan
ataupun tajuk. 7. Mulakan karangan dengan pendahuluan, isi-isi dan diakhiri dengan penutup
mengikut jenis karangan. 8. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi bagi setiap karangan dengan huraian
yang mantap berserta contoh dengan pengolahan ayat yang gramatis dan penyampaian yang menarik.
9. Setiap perenggan mesti dimulakan dengan ayat topik dan diikuti ayat-ayat huraian serta contoh.
10. Guna penanda wacana untuk merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan sebagai kesinambungan tugasan.
11. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.
Bahasa Melayu SK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
SARANAN KEPADA GURU 1. Guru perlu mengajar dan membimbing murid menggunakan buku teks dan
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). 2. Buku daftar kata perlu dijadikan bahan rujukan untuk menambahkan kosa kata
murid. 3. Bimbing murid untuk menguasai teknik menjawab dengan baik dan jelas
mengikut garis panduan peperiksaan. 4. Pelbagaikan strategi, kaedah dan teknik dalam pembelajaran dan pengajaran
bagi menarik minat murid. 5. Guru wajar menerangkan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh
murid. 6. Guru perlu membimbing murid yang belum menguasai penulisan dengan
memberikan latih-tubi dan pendedahan pelbagai teknik mengarang. 7. Guru wajib memantapkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa agar murid
faham dengan jelas. 8. Guru perlu membimbing murid menjelmakan idea tersirat yang sesuai
berdasarkan stimulus. (Bahagian B) 9. Guru mesti menilai hasil kerja murid mengikut pemeriksaan yang betul.
Top Related