PROJEK INOVASI SKKR 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG RAJA
84600, PAGOH, MUAR, JOHORJBA 5029
PROJEK INOVASI KOKURIKULUM2015
‘ INOVASI TEMPURUNG KELAPA ‘
PROJEK INOVASI SKKR 2015
1.0 PENDAHULUAN:Kertas kerja ini dibuat bertujuan menyemarakkan semangat kreativiti dan inovasi
dikalangan murid-murid SK Kampong Raja di samping meningkatkan tahap pencapaian
akdemik dari segi jasmani, emosi, intelek dan mental murid-murid melalui projek inovasi
yang cuba dilaksanakan. Melalui projek ini, ia sedikit sebanyak membantu
menggalakkan murid-murid belajar sambil berhibur seterusnya meningkatkan
pencapaian murid-murid melalui proses Pembelajaran dan Pemudahcara di dalam
kelas.
2.0 OBJEKTIF:Projek ‘Inovasi Tempurung Kelapa’ ini diinspirasikan hasil cetusan idea secara
kolaboratif di antara guru-guru pembimbing dan murid-murid dari Kelab Inovasi SK
Kampong Raja. Antara objektifnya adalah seperti berikut:
2.1 Menggalakkan kebolehan murid untuk berfikir di luar ‘kotak’, kreatif dan
inovatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
2.2 Memupuk jiwa cinta dan rasa menghargai murid terhadap kelestarian alam
sekitar melalui penggunaan semula bahan-bahan terbuang dan kitar
semula.
2.3 Menarik minat murid untuk belajar di dalam suasana yang ceria dan
menyeronokkan serta tidak bosan sepanjang pembelajaran.
2.4 Meransang tahap ingatan murid-murid untuk meneguhkan memori (hafalan)
pelajaran melalui bahan-bahan disekeliling dan bahan-bahan di luar dari
buku-buku.
PROJEK INOVASI SKKR 2015
3.0 RASIONAL PROJEK:Rasional projek inovasi ini dijalankann adalah untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Projek ini adalah salah satu projek yang dapat menarik
minat murid terhadap suasana di dalam kelas tentang sesuatu subjek. Murid-murid
mendapat ilmu pengetahuan bukan sahaja dari buku-buku, tetapi juga dari bahan-
bahan kitar semula yang mengandungi maklumat-maklumat berkaitan mata pelajaran
murid-murid di dalam kelas. Guru-guru juga dapat menggunakan bahan ini sebagai
bahan tambahan untuk slot peneguhan mata pelajaran di dalam kelas.
4.0 SKOP DAN LIMITASI PROJEK:Skop projek ‘Inovasi Tempurung Kelapa’ ini dicetuskan kesan inspirasi daripada
bahan-bahan kitar semula. Bahan kitar semula yang dipilih melalui projek ini ialah
tempurung kelapa. Memandangkan tempurung kelapa mudah diperolehi di kawasan
sekitar sekolah, maka ia diambil sebagai bahan terbuang yang utama untuk
diketengahkan. Ini kerana ia merupakan bahan yang unik, tidak mudah rosak, tahan
lama dan memberi suasana baru di dalam kelas.
5.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK:
Skop projek ‘Inovasi Tempurung Kelapa’ ini adalah untuk kegunaan untuk murid
belajar di dalam kelas. Ia juga boleh dijadikan sebagai ‘bahan santai’ untuk belajar
terutamanya semasa guru tiada di dalam kelas. Sebagai contoh; tempurung-tempurung
kelapa yang telah di cat dengan cantik akan digantungkan di siling atau di dinding kelas
di mana tempurung-tempurung ini mengandungi maklumat mata pelajaran yang boleh
PROJEK INOVASI SKKR 2015
dihafal seperti sifir, fakta-fakta sains dan matematik, peribahasa, makna perkataan dan
sebagainya.
Apabila guru tiada di dalam kelas, murid-murid boleh menggunakan peluang dan
masa lapang untuk membaca dan menghafal sebarang maklumat yang tergantung di
tempurung kelapa di siling kelas masing-masing. Kajian juga menunjukkan, semakin
kerap murid melihat dan menyebut sesuatu perkara, neuron-neuron saraf pada otak
akan bertindak sebagai ‘perakam’ lalu memproses penglihatan dan bacaan tadi menjadi
ingatan ( hafalan ).
Umum mengetahui sistem hafalan formula dikalangan murid agak membosankan
jika hanya melibatkan pensel dan kertas. Dengan itu, inisiatif seperti ini mungkin sekali
menarik minat murid untuk menghafal kerana prosesnya melibatkan deria penglihatan
dan perbuatan ( sebutan ).
6.0 SASARAN:6.1 10 orang murid-murid perintis Tahap Dua dari Kelab Inovasi sekolah.
7.0 TARIKH / TEMPAT:Bulan Oktober 2015Dewan SK Kampong Raja, Pagoh.
8.0 KOS PROJEK:8. 1 Anggaran kos projek:
ITEM KUANTITI HARGA
TEMPURUNG KELAPA 20 BIJI / KELAS KITAR SEMULA
KERTAS WARNA / BENDERA HIASAN MENGIKUT KEPERLUAN RM 50
TALI HIASAN / REBEN 5 GULUNG RM 20
PENYEMBUR WARNA / CAT PELBAGAI JENIS WARNA RM 100
PEN WARNA PELBAGAI JENIS WARNA RM 30
PROJEK INOVASI SKKR 2015
JUMLAH RM 200
8.2 Sumber Kewangan : Pelbagai ( Projek Inovasi )
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA: PENASIHAT : EN ZULKARNAIL BIN ZAKARIA
PENGERUSI : EN MOHD FAISAL BIN A MANAP
NAIB PENGERUSI : EN ASYRAF BIN AHMAD BAJURI
: PN HJH AZAH BT NAMAN
PENYELARAS PROJEK : NOOR SYAHIDAH BT SHABUDDIN
GURU BIMBINGAN : PN SITI MAHANUM BT HJ BEBIT
:EN ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
:PN NORHAYATI BT MOEN
:PN ZALINA BT ZAKARIA
AHLI :
1. MOHD IRFAN BIN NOR HADI TAHUN 6
2. MOHD SYAHMI BIN MOHD NOR TAHUN 6
3. MOHD IKHWAN BIN AZMAN TAHUN 6
4. MUKHRIZ DANIEL BIN MOHD FADIL TAHUN 6
5. MOHD SYAHRIZAN BIN PINUEH TAHUN 5
6. MOHD AIDIL HAKIMI BIN DULHADI TAHUN 5
7. MOHD LUQMAN HAKEEM BIN ARIZAN TAHUN 5
8. MOHD EQMAL HAQEM BIN HISHAM TAHUN 5
9. ABU BAKAR BIN MOHD NAJAH TAHUN 4
10. MOHD AMIRUL AFIF BIN AZMI TAHUN 4
PROJEK INOVASI SKKR 2015
10.0 PELAN PERANCANGAN PROJEK
MULA
PENUBUHAN KUMPULAN
PEMBINAAN PROJEK
CADANGAN/PENYELIDIKAN
PERINGKAT UJIKAJI
HASIL UJIKAJI
( BERJAYA / GAGAL )
PELAKSANAAN
PENILAIAN/ANALISA
ANALISIS
KELEMAHAN
PENAMBAHBAIKAN
A B
PROJEK INOVASI SKKR 2015
PENYERAGAMAN
11.0 KESIMPULANSegala keseluruhannya, projek inovasi ini sememangnya memerlukan semangat kerjasama berpasukan di kalangan ahli jawatankuasa pelaksana. Murid-murid perlu diasah kemahiran dan digalakkan untuk berbincang dan mengemukakan idea yang kreatif dan bernas dalam menjayakan projek ini. Perbincangan dengan guru penasihat adalah perlu untuk memantapkan dan mengembangkan idea menjadi lebih inovatif. Besarlah harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi faedah kepada warga sekolah khususnya murid-murid SK Kampong Raja dalam memantapkan pencapaian akademik dan kokurikulum mereka.
Semoga segala usaha bakti yang ikhlas diatburkan dalam projek ini mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah demi memacu ke arah generasi berfikiran kritis dan inovatif.Insya Allah.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
.............................................. .............................................
(NOOR SYAHIDAH BT SHABUDDIN ) ( EN MOHD FAISAL BIN A MANAP )
Penyelaras Kelab Kreativiti&Inovasi GPK Kokurikulum
SK Kampong Raja, Pagoh SK Kampong Raja, Pagoh
Disahkan oleh,
.......................................
(EN ZULKARNAIL BIN ZAKARIA)
GURU BESAR
PROJEK INOVASI SKKR 2015
SK Kampong Raja, Pagoh
LAMPIRAN:
GAMBAR-GAMBAR MENUNJUKKAN BAHAN-BAHAN TERBUANG DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN TAMBAHAN DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS.
Top Related