7/27/2019 Carta Garis Masa Tentang Usaha
1/4
Carta garis masa tentang usaha-usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan
etnik di Malaysia sejak merdeka hinggalah kini
1961
Penyata Razak dan Ordinan Pelajaranyang telah termaktub sebelum merdeka
telah disemak semula menghasilkanLaporan Rahman Talib dan seterusnya
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran
1969
MAGERAN-pengembali keamanan danundang-undang negara;
- Jabatan Perpaduan Negara(JPN) danMajlis Muhibah Negara(MMN) telah
dibentuk
1971-1990
Dasar Ekonomi Baru (DEB) -merupakansalah satu usaha dasar ekonomi untuk
mengubah masyarakat dan negaradaripada keadaan mundur kepada maju
dalam pelbagai aspek kehidupan(kebendaan dan bukan kebendaan).
1970
Tertubuhnya Majlis PerundinganNegara(MAPEN) yang bertanggungjawab
untuk mengadakan garis panduan bagikerjasama antara kaum dan integrasi
nasional
1972
MMN dan JPN telah digabungkan menjadiKementerian Perpaduan Negara yang kinibergelar Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat yangditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-
aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakatyang berbilang kaum.
1991
Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telahdilancarkan yang bermatlamat untuk
mencapai pembangunan seimbang bagimewujudkan masyarakat yang bersatu
padu dan adil
2001-2010
Dasar Wawasan Negara atau dikenalisebagai Wawasan 2020- merupakan
respons kepada perkembangan ekonomi,sosial dan politik yang berlaku pada
peringkat nasional dan antarabangsa
7/27/2019 Carta Garis Masa Tentang Usaha
2/4
Menilai keberkesanan konsep 1Malaysia berkaitan usaha-usaha pemupukan
hubungan etnik
Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1
Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul
Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan. Matlamat konsep 1
Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan
nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri
Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan
pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar
tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan
mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan
makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung tanggapan
keliru mengenai konsep 1Malaysia yang diperkenalkannya sebaik mengambil alih
kepemimpinan kerajaan perlu diberi perhatian serius. Kita sedar konsep itu
mengundang pelbagai pandangan dan polemik berterusan kerana ia sesuatu yang
baru. Usaha Najib mengusulkan konsep membentuk satu Malaysia yang sejahtera
dan makmur melangkaui tahap toleransi yang diterima umum selama ini tentunya
berdepan dengan pelbagai pandangan berbeza kerana masing-masing pihak boleh
bersuara berlandaskan demokrasi. Jadi tidak hairanlah, rakyat masih kabur dengan
hala tuju yang ingin diketengahkan itu sebagai kesinambungan daripada dasar yang
diperkenalkan kerajaan sebelum ini, yang memacu kesejahteraan, kemajuan dan
pembangunan negara sejak lebih setengah abad lalu.
Melalui konsep 1Malaysia, kerajaan cuba merapatkan kembali hubungan
kaum yang renggang dan jika tidak ditautkan kembali ia boleh mencetuskan masalah
besar pada masa depan. Usaha untuk menyatukan rakyat wajar dimulakan
sekarang, perlu diberi kefahaman mencukupi supaya rakyat sedar akan kewajaran
tindakan kerajaan itu.
7/27/2019 Carta Garis Masa Tentang Usaha
3/4
Gagasan 1Malaysia telah member impak yang positif kepada Negara
terutamana dari aspek perpaduan. Menurut laporan mengenai kes-kes perkauman
yang boleh menggugat kestabilan di kalangan masyyarakat majmuk dalam negara
juga didapati berkurangan pada tahun ini. Perkara ini dapat dibuktikan menerusi
petunjuk seperti Indek Ketegangan Masyarakat atau Societal Stress Index (SSI) yang
menunjukkan penurunan. Peningkatan positif turut mempengaruhi kedudukan
Malaysia dalam Global Peace Index (GPI) iaitu kedudukan ke-37 pada tahun 2008
dan tmpat ke-26 pada 2009, kajian ini membuktikan usaha gigih kerajaan bagi
menangani isu perkauman melalui pelaksanaan konsep 1Malaysia.
Program-program ser ta ak t iv i t i dan perancangan-perancangan
yang lahir hasil daripada konsep 1Malaysia turut menyumbang kepada
kejayaan Negara dalam meningkatkan perpaduan d i ka langan rakyat
berlainan etnik.Sebagai contoh, program seperti Karnival Integrasi 1Malaysia
yang melibatkan golongan pelajar dari kalangan remaja dan belia dari pelbagai budaya,
adat resam dan etnik dapat memberikan kesan yang positif dan mendalam ke arah usaha
untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Rasional di sebalik dasar
pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk menyemarak dan mengukuhkan lagi
semangat integrasi dan toleransi di kalangan pelajar walaupun berbeza dari segi latar
belakang budaya, agama dan kaum.
Berlandaskan kepada konsep 1Malaysia, pelbagai kempen yang menyajikan mesej
terutamanya berkaitan isu sosial seperti perselisihan faham antara kaum telah diadakan.
Kempen-kempen seumpama ini berjaya membuka mata serta pemikiran seseorang ahli
masyarakat tentang kepentingan perpaduan kepada Negara. Secara tidak langsung, hal ini
telah memberi kesan kepada emosi dan pemikiran ahli masyarakat terhadap nilai
persahabatan, sikap memiliki negara secara bersama dan semangat setiakawan untuk
hidup dalam suasana yang harmoni . Salah satu contoh kempen sosial yang dijaya ialah
kempen dari Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) yang
dilancarkan pada 1 Ogos 2009 oleh YB Dato'Tan Lian. Kempen ini dibuat dengan orang
ramai meletakkan tapak tangan mereka yang diwarnakan dengan cat di atas kain pemidang
sepanjang 13 meter dan 1.3meter lebar. Sebanyak 800 cetakan tapak tangan telah
diletakkan di atas kain pemidang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Tujuankempen in idijalankan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan r akyat
7/27/2019 Carta Garis Masa Tentang Usaha
4/4
Malaysia selaras dengan inspirasi 1Malaysia. Diharapkan agar kempen sosial yang bercorak
perpaduan akan terus dilaksanakan demi meningkatkan integrasi serta perpaduan nasional
dan sekaligus merealisasikan matlamat ke arah Wawasan 2020.
Top Related