CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Sebagai seorang guru yang senantiasa bersedia menghadapi
pelbagai cabaran dalam memdidik anak bangsa maka saya
mencadangkan beberapa penambahbaikan projek inovasi DPSA .Ini
supaya kaedah DPSA dapat meningkatkan kemahiran murid dalam
menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.Antaranya
ialah:
1. Perancangan kertas kerja bagi projek inovasi dapat dibuat dengan
teliti supaya objektif dapat di capai dengan jayanya mengikut
perancangan.
2. Bahan-bahan bantu mengajar boleh dibuat daripada bahan yang
berkualiti supaya lebih tahan lama.Sebagai contoh Kad sifir perlu
delaminate dan contoh pesakit yang berkepala besar boleh diperbuat
daripada bahan yang kebih berkualiti.Ini supaya ia boleh digunakan
oleh guru-guru lain untuk tempoh masa yang panjang.
3. Kaedah DPSA ini juga boleh digunakan oleh kelas-kelas lain kerana
ia merupakan satu kaedah yang mudah dfahami.diingati dan
dilaksanakan semasa menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur.
4. Kaedah ini juga boleh dipelbagai dengan cerita yang lain yang
berkaitan dengan kemahiran pecahan seperti menambah dan
menolak pecahan.
5. Menggalakkan murid menghafal sifir secara beransur-ansur.Ini
supaya murid tidak terlalu bergantung kepada kad sifir untuk
melaksanakan operasi bahagi dan sebagainya.
Top Related