JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM
VISIUNIT KOKURIKULUM SK ULU YAM LAMAMENJELANG TAHUN 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU YAM LAMA AKAN MENCAPAI TAHAP YANG CEMERLANG DALAM KO-KURIKULUM
MISI UNIT KOKURIKULUM SK ULU YAM LAMAPENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH INSAN YANG BERSEPADU AKAN MENJADIKANSEKOLAH KEBANGSAAN ULU YAM LAMA KE ARAH
KECEMERLANGAN DALAM KO-KURIKULUM
PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM
WAWASAN KOKURIKULUM
Melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dengan kemas beserta dengan kesungguhan tenaga pendidik dan kerjasama erat daripada murid-murid secara berterusan, dapat mendidik dan melahirkan insan yang mencapai ketahanan tinggi, berilmu, berketerampilan dan bertanggungjawab, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mampu menjana Pelan Induk Pembangunan Pelajaran.
MATLAMAT1. Murid-murid dapat memperolehi sifat-sifat kepimpinan dan kerohanian serta mengamalkan nilai-nilai murni sebagai cara hidup yang mulia untuk menjadi insan yang berguna.
2. Menguasai kemahiran asas dalam pergerakan Unit Beruniform, Persatuan/Kelab dan Sukan Permainan.
3. Menggerakkan minat murid-murid dalam aktiviti kokurikulum untuk melahirkan murid-murid yang berdisiplin serta berhemah tinggi, selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara.
4. Memupuk semangat patriotisme dan demokrasi yang mantap.
5. Membimbing murid-murid agar lebih bertanggungjawab, memiliki jati diri yang kental.
6. Memupuk dan mengukuhkan integrasi kaum serta perpaduan di kalangan masyarakat sekolah amnya.
7. Membentuk murid-murid memiliki identiti negara.
8. Membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara.
OBJEKTIF1. Semua murid Tahap 2 akan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
2. Murid memiliki jati diri dan keyakinan diri yang tinggi untuk menangani pelbagai bentuk situasi atau kebuntuan.
3. Murid dapat memperolehi kemahiran kepemimpinan dalam mengendalikan pasukan, keluarga dan masyarakat.
4. Pasukan sekolah memperolehi pencapaian cemerlang pada peringkat kelompok dan daerah, negeri dan peringkat kebangsaan.
5. Murid akan dapat mengamalkan panduan hidup berlandaskan pupukan Agama Islam.6. Murid dapat menjalani aktiviti harian dengan disiplin ilmu yang jitu.
7. Murid dapat memiliki nilai-nilai murni bagi menjalani hidup dan bersikap lebih positif.
8. Murid mampu memiliki kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kerja yang berkesan.
9. Murid dapat bertindak dengan pemikiran yang kritis dan rasional.
10. Murid dapat memiliki kemahiran mengakses dan menggunakan ICT dengan berkesan.
PENGLIBATAN KEGIATAN KOKURIKULUMMURID-MURID
1. Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 mesti melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum, sekurang-kurangnya dalam satu Unit Beruniform, satu Persatuan/Kelab dan satu Sukan Permainan.
2. Murid-murid yang ingin dikecualikan, perlulah mendapat surat pengesahan daripada doktor. Pengecualian hanya melibatkan aktiviti Sukan Permainan.
3. Kedatangan yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan menyebabkan kegiatan kokurikulum tidak dicatat pada kad pelaporan, sijil berhenti atau surat akuan.
4. Setiap murid Tahun 4 dibenarkan memilih mana-mana Unit Beruniform, Persatuan/Kelab dan Sukan Permainan. Murid-murid Tahun 5 dan 6 hendaklah kekal dalam Unit Beruniform yang disertai semasa di Tahun 4 dan dibenarkan memilih mana-mana Persatuan/Kelab dan Sukan Permainan.
5. Sebarang penglibatan murid dalam aktiviti di luar sekolah hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah. Surat kebenaran hendaklah diisi dan diserahkan kepada pihak sekolah sebelum pelajar terlibat menjalani aktiviti.
6. Semua peraturan sekolah mesti dipatuhi apabila murid-murid hadir ke sekolah untuk menjalani aktiviti kokurikulum.
7. PAKAIAN: Murid-murid hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja.
GURU
1. Semua guru melibatkan diri dalam Unit Beruniform, Persatuan/Kelab dan Sukan Permainan.
2. Kehadiran adalah wajib.
3. Untuk mendapat pelepasan bertugas, guru dikehendaki memaklumkan dan mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Guru Besar/GPK Kokurikulum (3 hari sebelum aktiviti dilangsungkan).
4. Ketidakhadiran tanpa kebenaran terlebih dahulu perlu dijelaskan secara bersurat. Sekiranya tiada penjelasan diterima maka guru akan diberi Surat Tunjuk Sebab.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU1. Dikehendaki hadir 10 minit lebih awal sebelum aktiviti bermula.
2. Menandatangani buku kehadiran bertugas di pejabat dan buku aktiviti kokurikulum.
3. Mencatat kehadiran murid.
4. Mencatat aktiviti yang dijalankan.
5. Memastikan keselamatan murid terkawal.
6. Mengambil tindakan segera sekiranya berlaku sebarang kecederaan dan melaporkannya kepada pihak pentadbir.
7. Menjaga disiplin murid.
8. Guru-guru yang dipilih untuk menghadiri sebarang kursus/kegiatan berkaitan dengan kokurikulum hendaklah hadir. Adalah menjadi kesalahan jika tidak hadir (tidak akur mengikut pekeliling Bil. KP(BS) 8590/Jilid V (52) huraian H, perkara (d).9. Guru-guru boleh membuat tuntutan sekiranya ada klausa tercatat dalam surat-surat rasmi pelantikan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak perbendaharaan/JPN Selangor.
PENGGUNAAN PERALATAN DAN INVENTORI SEKOLAH
1. Semua peralatan kokurikulum adalah hak sekolah.
2. Semua peralatan yang dipinjam hendaklah direkodkan.
3. Jumlah keluar hendaklah sama dengan jumlah yang disimpan.
4. Semua peralatan adalah tanggungjawab semua guru.
5. Guru hendaklah bersama-sama pelajar semasa mengambil dan menyimpan peralatan. LAWATAN (BELAJAR SAMBIL MELAWAT)1. Lawatan boleh dibuat pada hari kegiatan kokurikulum/hari persekolahan oleh Unit Beruniform, Persatuan/Kelab dan Sukan Permainan.
2. Program lawatan dirancang mengikut tujuan dan kebaikan pada murid.
3. Pengawasan keselamatan murid-murid adalah tanggungjawab guru-guru pengiring.
4. Semua surat-menyurat berkaitan dengan lawatan hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia/JPN Selangor.
PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUMSetiap Unit Beruniform, Persatuan/Kelab, Sukan Permainan/ Pasukan Sekolah hendaklah menyediakan perkara berikut:
Laporan Aktiviti Semasa (ditulis oleh Guru Bertugas)
a) Tarikh
b) Masa
c) Tempat
d) Kehadiran murid dan guru (tandatangan guru)e) Aktiviti yang dijalankan
f) Cadangan
g) Tandatangan pelapor
h) Tandatangan guru penasihat
PENGURUSAN FAIL KOKURIKULUMFail ( Unit Beruniform, Persatuan/Kelab, Sukan Permainan dan Pasukan Sekolah )
1. Struktur organisasi
2. Maklumat guru
3. Surat panggilan & minit mesyuarat
4. Carta Gantt-perancangan aktiviti tahunan5. Program peningkatan
6. Kertas kerja program
7. Anggaran perbelanjaan
8. Laporan aktiviti & gambar aktiviti9. Surat-menyurat dan pekeliling
10. Laporan penilaian aktiviti murid-greding11. Salinan sijil dan pencapaian murid
12. Program & mesyuarat luar13. Laporan pemantauan
14. Bahan kursus/mesyuarat/taklimat
SASARAN PENCAPAIAN TAHUN 20161. 90% murid melibatkan diri.
2. 100% guru hadir.
3. Semua Unit Beruniform, Persatuan/Kelab dan Sukan Permainan menjalankan 90% rancangan tahunan.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
BILTUGASPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1Setiausaha Kokurikulum Menyelaraskan segala pengurusan aktiviti kokurikulum Menjalankan mesyuarat sebagaimana yang telah dirancangkan
Mencatat minit menyuarat dan menyerahkan kepada pihak pentadbir
Menguruskan fail yang berkenaan dengan sempurna
Menyediakan laporan aktiviti kokurikulum
Berhubung dengan pihak pentadbir dalam memastikan keberkesanan serta kejayaan aktiviti kokurikulum
Memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun
Memastikan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti
2Penolong Setiausaha Kokurikulum Membantu setiausaha menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan beliau
Memastikan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti
3Setiausaha Sukan Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/Zon, MSSS.
Membantu Guru Besar dan GPK Koku mengagih tugas guru dalam sukan dan permainan.
Menetapkan pelajar dalam rumah sukan
Memantau perjalanan aktiviti sukan dan permainan sepanjang tahun.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran ,rujukan dan rekod.
Sentiasa berbincang dengan Guru Besar/Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah Memastikan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti
4Penolong Setiausaha Sukan Membantu setiausaha menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan permainan
Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan beliau
Memastikan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti
5Penyelaras Unit Beruniform, Kelab /Persatuan dan Sukan/Permainan Memastikan semua guru terlibat dengan aktiviti kokurikulum
Menyelaraskan agihan murid dalam aktiviti kokurikulum berdasarakan borang pendaftaran guru kelas
Menyediakan senarai nama murid mengikut aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan
Mengambil kehadiran guru
Mengagihkan Buku Laporan Aktiviti dan mengumpulkan semula selepas tamat aktiviti
Memastikan aktiviti kokurikulum berjalan lancar
Mendapatkan maklumat daripada guru penasihat dan menyelaraskan penilaian murid dalam aktiviti kokurikulum pada akhir tahun (greding)
Memastikan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti
6Ketua dan Penolong Merancang aktiviti tahunan bersama guru-guru penasihat
Menentukan agihan dan tugas guru setiap kali aktiviti
Mengemaskini fail dan memastikan maklumat yang diperlukan boleh diperolehi
Memastikan kedatangan murid dan guru penasihat dicatatkan
Melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam Buku Laporan Aktiviti
Memastikan aktiviti kokurikulum berjalan dengan baik
Memastikan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti
Membuat penilaian aktiviti kokurikulum pada hujung tahun
7Guru Penasihat Menandatangani buku kehadiran aktiviti kokurikulum
Mengambil kehadiran murid
Menjalankan aktiviti kokurikulum
Menulis laporan aktiviti
Memastikan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti
8Jurulatih Pasukan Elit Mencungkil bakat serta potensi murid
Menjalankan pemilihan murid untuk membentuk pasukan sekolah
Melatih pasukan sekolah untuk menyertai pertandingan
Mengendalikan urusan pertandingan
Membentuk pasukan pelapis
SUMBER KEWANGAN & TUNTUTAN1. Yuran Kokurikulum Sekolah2. Derma Sukan PIBG3. Derma PIBG4. Derma Tajaan.5. PPD & JPNPENGURUSAN PENGANGKUTAN DAN TUNTUTAN1. Murid-murid akan diberi wang saku RM6.00 bagi penyertaan di daerah dan negeri.2. Guru pengiring perlu mengisi borang tuntutan dan sertakan surat/minit mesyuarat/jadual pertandingan. Semua tuntutan mesti melalui GPK Kokurikulum.3. Sekiranya guru mendahulukan duit sendiri untuk sebarang perbelanjaan berkaitan dengan pertandingan yang disertai atau yang dianjurkan pada peringkat sekolah, tuntutan juga boleh dibuat dengan mengikut prosedur di atas.HAL-HAL LAIN1. Kertas kerja perlu disediakan untuk mendapatkan pembiayaan Peruntukan Kokurikulum2. Senarai tugas bagi kegiatan kokurikulum : Rujuk Pekeliling Ikhtisas.3. Bukti perbelanjaan / resit perlu disediakan bersama laporan aktiviti.4. Guru pengiring dikehendaki membuat laporan mengenai pertandingan yang disertai. WAKTU AKTIVITI KOKURIKULUM
UNIT BERUNIFORM3.00-5.15 PETANG
KELAB & PERSATUAN3.00-4.15 PETANG
SUKAN & PERMAINAN4.30-5.15 PETANG
CARTA ALIR PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Mengumpulkan murid di dataran perhimpunan
Penyelaras dan guru-guru penasihat mengagihkan murid mengikut kumpulan aktiviti masing-masing
Guru-guru penasihat membawa murid ke lokasi aktiviti
Merekod kehadiran murid
Menjalankan aktiviti dengan selamat
Merekodkan laporan aktiviti dalam Folder Laporan Aktiviti
Menyerahkan Folder Laporan Aktiviti kepada penyelaras/penolong penyelaras
Top Related