UNIVERSIITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ)PUSAT UKM BANGI , SELANGOR
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAANSEMESTA 3 SESI PENGAJIAN 2009-2010
SKSJ 1043 – PENGANTAR PERKHIDMTAN AWAM
TAJUK :Perbezaan amalan konsep berkecuali dalam perkhidmatan awam dengan
spoil sistem.
DI SEDIAKAN OLEH MAT SUDIN BIN TAUPEK
NO MATRIK GB OO743NO TELIPON 013 2753064
DISEDIAKAN UNTUK PENSYARAHPROF. MADYA MOHAMMAD AGUS
YUSOFF
Perbezaan amalan konsep berkecuali dalam perkhidmatan awam dengan spoil
sistem.
Amalan konsep berkecuali dengan spoil system dalam
perkhidmatan awam dapat difahami dengan meneliti
perlaksanaanya di beberapa buah Negara. Dengan meneliti
perlaksanaan pentadbirannya melalui organisasi dan juga
pengurusannya akan dapat mengetahui perbezaan dua sistem
ini.Bagi tujuan mengetahuinya Negara Malaysia dan Negara
Amerika Syarikat dijadikan sebagai perbandingan amalan
konsep berkecuali dalam perkhidmatan awam dan juga
spoil system. Bagi Negara Malaysia Asas Pentadbiran
Awam memberi tumpuan kepada pentadbiran awam.
Pentadbiran ialah perlaksanaan sesuatu tugas yang telah
ditetapkan ke arah mencapai matlamat tertentu. Antara contohnya pentadbiran ini adalah
bertujuan mencapai kesejahteraan ekonomi.
Bagi Gordon dan Milakovich (1995:6 ) mendifinasikan pentadbiran awam sebagai
segala proses , organisasi , dan individu yang terlibat dalam perlaksanaan undang-undang
dan peraturan yang diputuskan atau dikeluarkan oleh badan perundangan , eksekutif dan
kehakiman , disamping terlibat dalam proses penggubalan undang-undang dan peraturan
yang berkenaan.
Manakala Ahmad Atory (1983:1) memetik dua definasi klasik dari Dwight Waldo
yang mengatakan pentadbiran awam sebagai :
i) Sebuah organisasi yang mengurus manusia dan benda-benda untuk
mencapai tujuan-tujuan kerajaan.
ii) Satu ‘seni sains pengurusan’ sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan
hal ehwal sebuah negeri atau Negara.
Oleh yang demikian, jelas bahawa pentadbiran awam adalah sebuah badan yang akan
melaksanakan pentadbiran Negara, melalui dasar-dasar dan peraturan yang diwujudkan
oleh kerajaan dalam sesebuah Negara untuk mencapai matlamat pentadbiran, Segala
aktiviti dan sumber yang digunakan adalah diurus melalui dua bentuk pengurusan,iaitu
Pengurusan Awam dan Pengurusan Swasta. Penekanan hanya akan dilakukan dalam
pengurusan awam.
Pengurusan Awam merupakan satu bentuk pengurusan yang berada dalam
pentadbiran awam. Pengurusan awam atau lebih dikenali sebagai perkhidmatan awam
berfungsi melaksanakan dasar-dasar awam kerajaan. Bagi Malaysia,perkhidmatan awam
merupakan satu badan yang sah di sisi undang-undang kerana ianya ditubuhkan di bawah
peruntukan Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan.
Pengertian Perkhidmatan Awam.
Bagi Malaysia menurut
Perlembagaannya, perkhidmatan
awamnya boleh dibahagikan kepada :
a) Perkhidmatan awam bagi
Kerajaan Persekutuan.
b) Perkhidmatan awam bagi
Kerajaan negeri.
c) Perkhidkatan awam bersama
Kerajaan Persekutuan dan
sebuah atau beberapa buah
kerajaan negeri atau
perkhidmatan awam bersama bagi dua atau beberapa buah kerajaan negeri dengan
tidak termasuk Kerajaan Persekutuan.
Menurut Perkara 132(1) Perkhidmatan Awam Persekutuan terdiri daripada :
a) Angkatan bersenjata.
b) Perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.
c) Perkhidmatan awam am Persekutuan.
d) Pasukan polis
e) Perkhidmatan pelajaran.
Perkara 132(3) pula menjelaskan bahawa senarai di bawah tidak termasuk dalam
perkhidmatan awam :
Parlimen tempat penggubalan undang-undang
a) Jawatan sebagai pentadbir bagi Persekutuan atau negeri, iaitu menteri,menteri
muda,setiausaha Parlimen,setiausaha politik,menteri besar,ketua menteri dan ahli
mesyuarat kerajaan negeri.
b) Yang Dipertrua , Timbalan Yang Dipertua bagi kedua-dua majlis Parlimen dan
Dewan Negeri.
c) Hakim Mahkamah Tinggi , Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah
Peersekutuan.
d) Apa-apa jawatan diplomat sebagaimana yang ditetapkan dengan perintah oleh
yang di Pertuan Agong iaitu jawatan yang , jika tidak kerana perintah itu , akan
menjadi jawatan dalam perkhidmatan awam am Persekutuan.
Perkara 132(2) memperuntukan bahawa kelayakan bagi perlantikan ke dalam
Pekhidmatan Awam Persekutuan dan Perkhidmatan Bersama dan syarat-syarat tentang
perkhidmatan itu bolehlah ditetapkan oleh Yang diPertaun Agong atau oleh undang-
undang yang diperbuat oleh Parlimen. Kelayakkan bagi perlantikan ke dalam
perkhidmatan awam negeri dan syarat-syarat perkhidmatan itu diperbuat oleh undang-
undang negeri atau peraturan yang dibuat oleh raja negeri berkenaan.
Perkara 132(2A) menetapkan bahawa anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan akan
memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong dan tiap-tiap
anggota perkhidmatan awam negeri memegang jawatan selama diperkenankan oleh raja
negeri berkenaan. Oleh kerana meraka memegang jawatan selama diperkenan oleh Yang
di Pertuan Agong makan jawatan mereka boleh dilucut oleh Kerajaan Baginda mengikut
apa juga alasan. Walau bagaimanapun dari segi amalannya,kedudukan mereka dijamin
oleh Perlembagaan , undang-undang tentang perkhidmatan awam dan prinsip keadilan
asasi.
Perkara 135 memberi perlindungan kepada anggota perkhidmatan awam dengan
memperuntukkan bahawa tiap-tiap pegawai kerajaan tidak boleh dibuang kerja atau
diturunkan pangkat melainkan;
a) Pihak berkuasa tentang hal ini tidak rendah daripada pihak berkuasa
melantikannya.
b) Dia hendaklah diberitahu sebab-sebab cadangan pembuangan kerja itu atau
cadangan penurunan pangkatnya, dia mestilah diberi peluang untuk membela diri.
(Saleh Abas , 1997)
Perlembagaan juga telah menubuhkan beberapa suruhanjaya perkhidmatan bagi
mentadbir hal ehwal perkhidmatan
awam supaya mereka dapat menjalankan
tugas-tugas mereka dengan bebas dari
sebarang pengaruh politik. Suruhanjaya-
suruhanjaya itu ialah
a) Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam ( Per.139)
b) Suruhanjaya Perkhidmatan
Penghakiman dan Perundangan
(Per.138)
c) Suruhanjaya Pasukan Polis
( Per.140)
d) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajarn ( Per.141A).
Perlembagaan Malaysia juga mengadakan satu peruntukan khusus tentang angkatan
bersenjata yang mengadakan satu majlis iaitu majlis Angkatan Tentera ( Per.137). Majlis
ini bertanggungjawab kepada kuasa am Yang di Pertuan Agong tentang pemerintahan,
tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera dan beberapa perkara lain yang bersangkutan
angkatan tentera selain urusan operasi ketenteraan.
Bagi Amerika Syarikat merupakan negara demokrasi berperlembagaan dengan
sistem pentadbiran tiga lapisan (three-tier) dan institusi kehakiman yang bebas. Terdapat
tiga peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan kerajaan tempatan yang mempunyai badan
legislatif serta eksekutif dengan bidangkuasa yang terhad dalam sfera masing-masing.
Negara ini mengamalkan sistem persekutuan atau federalisme dimana di mana kerajaan
pusat dan negeri berkongsi kuasa. Kerajaan pusat berkuasa terhadap beberapa perkara
seperti pencetakan matawang Amerika serta polisi pertahanan. Namun, kerajaan negeri
berkuasa menentukan hak dan undang-undang masing-masing seperti hak pengguguran
bayi (abortion rights) dan hukuman maksimum dalam hal undang-undang. Oleh kerana
Pegawai-pegawai awam bebas dari pengaruh politk semasa menjalankan tugas.
saiz negaranya yang amat besar, kerajaan pusat tidak mampu mengawal dan memantau
kesemua 51 kerajaan negeri. Lalu, setiap negeri mempunyai kuasa autonomi yang agak
besar berbanding dengan negara-negara persekutuan yang lain seperti Malaysia.
Satu elemen yang ketara dalam kerajaan Amerika ialah doktrin pembahagian kuasa.
Artikel 1 hingga 3 Perlembagaan Amerika, telah menggariskan secara terperinci
mengenai kuasa-kuasa kerajaan yang utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.
"Checks and Balances" atau semak dan seimbang merupakan satu ciri yang utama dalam
kerajaan Amerika dan ia begitu komprehensif sehinggakan tiada satu cabang kerajaan
yang mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal cabang yang lain.
Di negara ini semua rakyat yang berusia 18 tahun ke atas berhak mengundi. Pilihan raya
diadakan setiap empat tahun .
Perbezaan amalan konsep berkecuali dalam perkhidmatan awam dengan spoil
system.
Dalam perkhidmatan awam terdapat beberapa kaedah pelaksanaan atau amalan
konsep antaranya konsep berkecuali dan juga konsep spoil system. Diantara kedua
konsep ini mempunyai perbezaan yang ketara. Kaedah perlaksanaannya bergantung
kepada pemerintah. Banyak faktor yang perlu difikirkan bagi menjadikan perkhidmatan
awam itu berfungsi dan efisen. Antara yang menjadi garis panduan supaya perkhidmatan
awam berfungsi dan efisen ialah;
1. Ianya bermatlamat dan bertujuan.
2. Ada haluan. Ianya tidak hanya melibatkan keputusan undang-undang
misalnya tetapi juga keputusan untuk melaksana dan menguatkuasakannya.
Konsep berkecuali Dalam Perkhidmatan Awam.
Pada umumnya dasar-dasar awam di Negara ini adalah digubal oleh ahli-ahli
politik. Ianya terdiri daripada eksukutif-eksekutif politik yang memenangi sesuatu pilihan
raya dan memegang tampuk pemerintahan Negara. Dalam Konteks ini , kabinet yang
dianggotai oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan Menteri Besar memainkan
peranan utama dalam menggubal dasar awam disamping mendapat bimbingan dan
kerjasama daripada pegawai-pegawai pentadbir dalam birokrasi.
Dasar awam ini dibentuk sebagai usaha kerajaan yang memerintah untuk
memenuhi keperluan-keperluan Negara, kepentingan-kepentingan yang utama,
kebajikan-kebajikan dan pembaikan kedudukan ekonomi, sosial, pelajaran,budaya dan
sebagainya. Ini juga merupakan satu usaha pemerintah memenuhi amanah yang diberikan
oleh rakyat.
Bagi para pentadbir perkhidmatan awam merupakan jentera pentadbiran yang
bertanggungjawab melaksanakan dasaryang telah diputuskan atau digubal oleh ahli-ahli
politik yang telah menjadi dasar kerajaan. Perkhidmatan awam jugalah yang menasihati
dan memberi pandangan terhadap dasar tersebut. Oleh itu,perkhidmatan awam perlulah
melaksanakan tugas dan taggungjawab berdasarkan prinsip berkecuali dalam pandangan
politik. Ia bermaksud bahawa sebuah perkhidmatan awam mestilah bertindak secara
bebas, adil dan saksama.
Prinsip neutrality (konsep berkecuali) telah disebut dalam Pernyataan Mesyuarat
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diadakan di London pada bulan Januari
dan Fubruari 1957. Prinsip ini telah diterima oleh Suruhanjaya Reid dan kendungannya
diguna dalam pembentukan Perlembagaan Malaysia.
Penyata tersebut berbunyi:
The first essential for ensuring an efficient administration is that the political
impartiality of the public service should be recognized and safeguarded. Experience has
shown that this is best secured by recognising the service as a corporate body owing its
allegiance to the Head of State and so retaining its continous existence irrespective of
changes in the political complexion of the government of today., The public service is
necessarily and rightly subject to ministerial direction and control in the fryrminsyion
and of hobrtnmrny policy, but in order to do their job effectively public servants must
feel free to tender advice to ministers, without fear of favour , according to their
conscience and to their view of the merits of the case.
One of the most essential ingredients of a contented and efficient service is that
promotions policy should be regulated in accordance with publicly recognized
professional principles .The service must feel confident that promotions will be
determined impartially on the basis of official qualifications, experience and merit.
Similarly a reasonable security of tenure and an absolute freedom from the arbitrary
application of disciplinary provisions are essential foundation of a public service.
The most generally accepted method of ensuring the observance of the foregoing
principles is by the establishment of an independent Public Service Commission ( Salleh
Abas,1997,Malayan Constitutional Reports , 1957)
Keadaan berkecuali bermaksud pihak Perkhidmatan Awan tidak berpihak kepada
mana-mana parti politik. Maknanya pegawai-pegawai perkhidmatan awam seperti askar,
polis atau pegawai-pegawai awam yang lain akan terus memegang jawatan mereka
sekalipun Perdana Menteri atau menteri-menteri lain terpaksa berhenti atau meletakkan
jawatan kerana tewas dalam pilihanraya atau mendapat undi tidak percaya di Parlimen.
Apabila Perdana Menteri atau menteri-menteri baru dilantik, pegawai-pegawai awam
terus member kepatuhan kepada Perdana Menteri yang baru pula. Keadaan ini akan
tercapai dengan baik jika pegawai-pegawai awam mengamalkan sikap tidak berpihak
dalam politik.
Pegawai-pegawai awam harus bersikap berkecuali semasa menjalankan tugas
tanpa mengira siapa kerajaan yang
dipilih oleh rakyat, kata Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam Tan
Sri Ismail Adam. Katanya ia penting
lebih-lebih lagi setelah suasana politik
yang berubah yang berubah selepas
pilihan raya umum 8 Mac lepas.
"Bagi pegawai perkhidmatan awam,
tak kiralah siapa kerajaan yang dipilih
rakyat kerana kita (perkhidmatan
awam) berpegang kepada konsep berkecuali, kita kena jalankan tanggungjawab," katanya
pada sidang akhbar selepas penutupan persidangan Perkhidmatan Awam di sini hari ini.
Katanya menjadi tanggungjawab ketua-ketua perkhidmatan awam di pelbagai peringkat
untuk memastikan matlamat kerajaan tercapai. "Semua pihak ada tanggungjawab masing-
Pegawai-pegawai awam harus bersikap berkecuali semasa menjalankan tugas.
masing. Kerajaan menetapkan dasar membawa hala tuju ke mana negara nak pergi dan
menentukan kita punya target yang perlu dicapai supaya kita menjadi sebuah negara
maju," katanya.Oleh itu, kata beliau, kakitangan awam hendaklah terus menggembleng
tenaga, kepandaian dan pengalaman bagi memastikan sektor perkhidmatan menepati
sasaran yang ditentukan kerajaan.Ismail juga berkata tidak wajar untuk membandingkan
mutu perkhidmatan awam di negara ini dengan di negara lain."Ini kerana suasana politik
berbeza dan keadaan negara berbeza. Jadi kita sepatutnya berpandukan kepada KPI
(Petunjuk Utama Prestasi). Kalau nak nilai kita, nilai dari segi KPI," katanya.
Persidangan Perkhidmatan Awam ke-13 itu dihadiri 750 orang pegawai .
Spoil Sistem.
Spoil Sistem popular di banyak Negara. Dimana sistem ini merupakan pengambilan
pegawai pentadbir awam . Pengambilnya berdasarkan pertalian persaudaraan atau pun
dari kalangan ahli parti. Ukuran kelayakan yang merupakan perkara penting tidak
menjadi perkara yang diutamakan. Faktor yang difokuskan sebagai satu usaha
memudahkan urusan pemerintahan. Dengan kata lain proses ini ialah pergantian
pentadbir awam negara dengan orang-orang yang sealiran fahaman politk apabila terjadi
pergantian pemerintah atau pergantian kekuasaan dalam negara.
Spoil sistem dilaksanakan di Amerika selepas tahun 1860 di kerajaan-kerajaan
negeri. Namun sebelum 1829, urusan pengambilan pegawai perkhidmatan persekutuan
adalah mengikut dasar kelayakan. Mereka yang diambil berkeja mempunyai kelayakan
dan kemampuan menjalankan kerja dalam bidang yang telah ditentukan. Sistem ini telah
dilakukan oleh President George Washington. Beliau telah meletakan dua orang pegawai
dari parti di dalam kabinetnya . Pegawai tersebut memang berkelayakan. Tetapi sewaktu
President Andrew Jackson prinsip kelayakan pengambilan pegawai tidak diutamakan.
Keadaan ini banyak berlaku bagi pengisian urusan pejabat-pejabat yang bersaiz kecil.
Jackson mengamalkan spoil sistem ini di sebabkan dengan tiga perkara:
1. Untuk menghapuskan dominasi mereka yang berkepentingan dalam kewangan
daripada New England dan golongan aristokerat dari negeri-negeri selatan di
dalam Kerajaan Persekutuan.
2. Kebimbangan terhadap
biokrasi , disamping itu
beliau bimbang kehilangan
kuasa ke atas kerajaan.
a. Melaksanakan hasrat
terpendamnya iaitu
untuk membalas
dendam terhadap
parti lawan dan dalam
usahanya
menyingkirkan mereka-mereka yang berkenaan daripada pentadbiran
kerajaan.
Kesannya pada tahun 1841 ,semasa pemerintahan Henry Harrison spoil sistem menjadi
rungutan dikalangan masyarakat. Sistem atau kualiti pengurusan perkhidmatan awam
Amireka jauh tertinggal dengan Negara Eropah yang lain. Dikalangan sebahagian besar
pekerja yang hampir berjumlah 23,700 orang diambil melalui spoil sistem.
Dikalangannya tidak terlatih dan tiada keistimewaan.
Pada tahun 1871 , Kongres memberi kuasa kepada President untk membuat
peraturan berkaitan dengan perkhidmatan awam. Ianya menemui kegagalan pada tahun
1875 kerana kongres tidak memberi peruntukan secukupnya bagi menjalankan sistem
merit. Sistem merit ialah sistem yang mengutamakan kelayakan dan kemampuan. Walau
bagaimanapun pada tahun 1881 selepas kematian President Janes A Gafield telah berlaku
reformasi dibuat atau digubal sistem perkhidmatan yang lebih tersusun. Hasilnya pada
tahun 1883 telah termaktub undang-undang Akta Perkhidmatan Awam. Satu sistem yang
lebih bersistematik diterima dan diguna pakai dengan meluas.
Rumah Putih pusat pentadbiran Amerika Syarikat.
Kesimpulan
Dalam apa juga keadaan,peranan setiap pegawai perkhidmatan awam amatlah mustahak
dalam proses dan juga pelaksanaan dasar awam. Tanpa kebijaksanaan , kecekapan
keberkesanan,kepakaran,komitmen daripada setiap pegawai amat mustahil dasra yang
dilaksanakan oleh pemerintah akan mencapai matlamatnya. Justeru kegagalan,
kepincangan dan kelemahan yang ditunjukkan oleh setiap sektor agensi-agensi kerajaan
maka ia dilihat sebagai kegagalan, kepincangan dan kelemahan kerajaan itu sendiri.
Ringkasnya setiap pegawai atau pekerja perlu melaksanakan tugas dengan penuh
komitmen, cekap berkesan, produktif dan boleh menggambarkan tahap integiriti dan
urus tadbir yang baik di setiap peringkat.
Rujukan
Ahmad Atory Hussain. 2001. Pengantar pentadbiran awam.paradigma baru : Kuala Lumpur . Utusan Publication & Distributors .
Abdul Aziz Zakaria.1987 . Jentera pentadbiran kerajaan di Malaysia Satu Pengenalan . Kuala Lumpur . Pustaka Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ahmad Martada Mohamed et al. Asas Pentadbiran Awam . PJJ Universiti Utara Malaysia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Syarikat ( 20.10.09)
http://zirgcarl.blogspot.com/2008/11/sejarah-amerika-syarikat-perlembagaan.html (20.10.09)
http://www.infoplease.com/ce6/history/A0846322.html (19.10.09)
http://en.wikipedia.org/wiki/ Politics_of_the_United (5.10.09)
Top Related