Download - Bank soalan-upsr-bm-k2

Transcript
Page 1: Bank soalan-upsr-bm-k2

SET 1

012 BAHASA MELAYU KERTAS 2 TAHUN 6

MASA : 1 Jam 15 minit

NAMA : _________________________________________________ TAHUN : 6 ________________________ ANGKA GILIRAN : JF153 _____________________

SOALAN MARKAH %

A

B

C

JUMLAH

BAHAGIAN A

( 10 markah )

Masa :15 minit

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 2: Bank soalan-upsr-bm-k2

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah

ini.

BAHAGIAN B

( 30 markah )

Masa : 40 minit

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 3: Bank soalan-upsr-bm-k2

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80

patah kata.

1 Persatuan beruniform yang anda sertai akan menganjurkan perkhemahan di suatu kawasan

hutan lipur. Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk

memaklumkan aktiviti tersebut serta meminta keizinannya.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

2 Bersempena dengan sambutan Hari Guru, anda selaku wakil murid diminta menyampaikan

syarahan yang ditujukan khusus kepada para guru.

Tulis teks syarahan tersebut dengan menyentuh penghargaan murid terhadap jasa

guru.

3 Anda mendapati murid-murid sekolah anda mengabaikan kebersihan di dalam dan di sekitar

kawasan sekolah. Anda ingin mencadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Tulis cadangan anda itu selengkapnya.

BAHAGIAN C

( 20 markah )

Masa : 20 minit

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada sajak di bawah ini. Panjangnya

jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam

satu perenggan.

Malaysia Maju

Ayuh kawan, teman seperjuangan,

Bersama hayati matlamat wawasan,

Majukan negara jauh ke depan,

Jangan sampai kita ketinggalan.

Bersopan santun amalkan berterusan,

Bantu-membantu kekalkan berpanjangan,

Jati diri yang unggul kita mantapkan,

Masyhurlah nama negara zaman-berzaman.

Berkibar megah Jalur Gemilang,

Simbol kedaulatan negara cemerlang,

Biar menggunung cabaran mendatang,

Rakyat yang berbakti bersedia menentang.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 4: Bank soalan-upsr-bm-k2

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 5: Bank soalan-upsr-bm-k2

SET 2 Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80

patah kata.

1 Anda terpilih sebagai Tokoh Murid sekolah anda baru-baru ini. Anda diminta menyampaikan

ucapan dalam suatu majlis yang dihadiri oleh Guru Besar, para guru, ibu bapa, dan rakan-

rakan pelajar.

Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

2 Kelas anda telah mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan Kelab Komputer. Anda sebagai

setiausaha diminta menulis laporan tentang mesyuarat tersebut.

Sediakan laporan itu selengkapnya.

3 Tulis suatu cerita yang menarik dengan berdasarkan peribahasa “Kalau tidak dipecahkan

ruyung di mana boleh mendapat sagunya”.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 6: Bank soalan-upsr-bm-k2

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada pantun di bawah ini. Panjangnya

jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam

satu perenggan.

Devan dan Jais pengawas sekolah. Pada hari Rabu yang lalu mereka bertugas

memeriksa bilik darjah pada waktu rehat. Sebuah demi sebuah kelas diperiksa oleh mereka

dengan teliti untuk memastikan bahawa tiada murid yang berada di dalam kelas ketika itu..

Sewaktu menghampiri makmal komputer, tiba-tiba terpandang oleh mereka

sekumpulan murid dalam keadaan yang mencurigakan. “Jais, lihat, di sana! Murid bertubuh

kecil itu seperti dibuli dan diugut oleh tiga orang murid Tahun Enam,” kata Devan.

“Ya, saya kenal akan mereka. Mereka memang nakal. Rasa saya sudah beberapa kali

mereka diberi amaran oleh guru disiplin. Namun, amaran guru didengar ada dipakai tidak,”

kata Jais.

“Kalau begitu kita harus bertindak. Mari kita selesaikan masalah itu. Tidak kita harus

biarkan perkara itu begitu saja. Nanti lebih banyak murid lain yang akan menjadi mangsa.”

kata Devan.

“Ayuh, kita laporkan perkara ini segera kepada Guru Besar atau guru disiplin. Kita

tidak harus bertindak sendiri kerana hal tersebut boleh mengancam keselamatan kita,” kata

Jais.

“Ya, saya setuju. Hanya guru yang berhak menjalankan siasatan dan mengambil

tindakan sewajarnya,” kata Devan pula.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 7: Bank soalan-upsr-bm-k2

SET 3 Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80

patah kata.

1 Anda dan rakan anda berehat di sebuah taman permainan. Anda berdua berbual-bual tentang

sikap masyarakat yang menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan.

Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.

2 Anda dan rakan-rakan anda ialah barisan pembangkang dalam suatu pertandingan perbahasan

antara sekolah. Tajuk perbahasannya ialah “Kemasukan pekerja asing ke negara ini lebih

banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan kepada negara”.

Tulis hujah-hujah anda itu selengkapnya.

3 Tulis karangan yang bertajuk “Sehari dalam Kehidupan Pemandu Teksi”.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 8: Bank soalan-upsr-bm-k2

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya

jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam

satu perenggan.

Daneng murid yang agak lemah dalam pelajaran, khususnya mata pelajaran

Matematik dan Sains. Dia sering mendapat markah yang rendah dalam ujian. Daneng

sering disisihkan oleh rakan-rakan yang lebih bijak daripadanya. Mereka tidak suka

berbincang tentang pelajaran dengannya. Malah, mereka selalu menyindirnya atas

kelemahannya itu. Namun, Daneng bersabar menghadapi perlakuan kawan-

kawannya.

Jauh di lubuk hatinya tersemiak tekad. Dia ingin membuktikan bahawa

belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga. Mulai hari itu Daneng

belajar bersungguh-sungguh. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap

pengajaran guru di dalam kelas diberikan. Apa-apa saja yang tidak difahaminya

ditanyakan kepada guru tanpa segan silu. Semua kerja rumah disiapkannya melalui

bimbingan abang dan kakaknya.

Waktu yang terluang tidak disia-siakannya. Selain membantu ibu bapanya di

kebun, Daeng mengulang kaji pelajaran sendirian. Kerajinannya itu mengembirakan

semua gurunya. Mereka tidak keberatan memberikan bimbingan percuma kepada

Daneng.

Ternyata kegigihan Daneng itu membuahkan hasil. Dia bukan saja mendapat

5A dalam UPSR, malah muncul sebagai murid yang paling cemerlang di sekolahnya.

Daneng bersyukur atas kejayaannya itu. Dia sama sekali tidak melupakan jasa guru-

gurunya terhadapnya.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 9: Bank soalan-upsr-bm-k2

SET 4 Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80

patah kata.

1 Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terpandang akan seekor anak

kucing yang basah kuyup di tepi jalan.

Ceritakan tindakan yang anda ambil terhadap anak kucing itu dan peristiwa

yang berlaku seterusnya.

2 Anda baru saja menerima sepucuk surat daripada rakan lama anda yang telah

berpindah ke sekolah lain. Rakan anda ingin mengetahui perkembangan sekolah

lamanya daripada anda.

Balas surat rakan lama anda itu.

3 Anda bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa belajar bersendirian lebih

baik daripada belajar secara berkumpulan.

Tulis pendapat anda itu selengkapnya.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 10: Bank soalan-upsr-bm-k2

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya

jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam

satu perenggan.

Negeri Hang Tuah indah ceria,

Pantainya bersih tiada sampah;

Bertuah kita rakyat Malaysia,

Buminya indah khazanah melimpah.

Turun-temurun, hidup bersatu,

Rakyat Malaysia pelbagai kaum;

Sukar digugat perpaduan jitu,

Pelancong asing berasa kagum.

Spesies haruan, toman, dan keli,

Terdapat banyak di Tasik Bera;

Kekalkan kemakmuran kukuhkan ekonomi,

Pergiat usaha makmurkan negara.

Pangkor dan Tioman tumpuan pengunjung,

Perairannya jernih bagai cermin;

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,

Amalkan sentiasa kesejahteraan terjamin.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 11: Bank soalan-upsr-bm-k2

SET 5 Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80

patah kata.

1 Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Anda diminta

menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut.

Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

2 Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk

“Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama Sekolah”.

Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya.

3 Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam sangkar.

Tulis karangan yang menarik tentang diri anda.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 12: Bank soalan-upsr-bm-k2

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya

jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam

satu perenggan.

Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli-

belah. Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai

perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan

di jalan raya.

Nazim kagum akan sikap ayahnya. Beliau bukan saja memandu dengan

cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah

mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya

dan melanggar peraturan lampu isyarat.

Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan

pertolongan kepada orang lain. Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki

kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang,

namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas.

Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat

cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak

dibeli dan menganggarkan kosnya.

Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang

bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku

ayahnya itu.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 13: Bank soalan-upsr-bm-k2

BAHASA MELAYU KERTAS 2 TAHUN 6

Satu jam lima belas minit

Kertas soalan ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3.

BAHAGIAN A [Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[10 markah]

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

BAHAGIAN B

[Masa yang dicadangkan: 40 minit] [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. 1. Andaikan bahawa anda Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis Hari Keluarga yang diadakan di sekolah anda. Tulis ucapan itu selengkapnya.

ATAU

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 14: Bank soalan-upsr-bm-k2

2. Ibu anda kurang sihat. Ayah anda pula dihantar berkursus ke luar negara. Anda perlu menjaga adik-adik anda yang masih kecil. Tulis surat kepada guru kelas anda untuk memaklumkan keadaan keluarga anda dan memohon cuti sehingga ibu anda sembuh. Sediakan surat itu selengkapnya.

ATAU

3. Tulis suatu cerita menarik yang diakhiri dengan ayat di bawah ini. Aku berjanji tidak akan mandi-manda di kawasan lombong itu lagi.

BAHAGIAN C [Masa yang dicadangkan: 20 minit]

[20 markah]

Tulis nilai-nilai murni yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata.

Sudah berhari-hari Jabar tidak ke sekolah. Setiap hari, dia gemar bergelandangan di kompleks membeli-belah dan pusat permainan video. Sudah puas ibu bapa dan guru-gurunya menasihatinya, tetapi dia memang berhati batu. Jabar memang tidak suka ke sekolah.

Suatu hari, sedang dia leka bermain video sambil menghisap rokok di pusat permainan video, beberapa orang anggota polis dan pihak berkuasa menyerbu tempat tersebut. Bagai katak diharung ular, pengunjung pusat tersebut bercempera lari menyelamatkan diri. Jabar juga tidak terkecuali. Dia menerpa ke arah pintu belakang. Kawasan itu gelap, pengap, dan lembap.

Jabar berlari hingga tercungap-cungap. Di lorong itulah dia menyaksikan suasana kehidupan sampah masyarakat. Mereka bagaikan bangkai bernyawa, badan kurus kering dan tidak bermaya. Air liur mereka meleleh, berbau hancing, pakaian serbah serbih, dan tidak terurus. Keadaan mereka sungguh menjijikkan, tidak ubah seperti anjing kurap yang tidak punya harga diri.

Jabar berlari sekuat-kuat hatinya. Dia berasa takut melihat keadaan itu selain takut ditangkap pihak berkuasa. Dia terus berlari pulang ke rumah.

Di rumah, Jabar menggigil ketakutan. Badannya seram sejuk dan dia berasa mahu demam. Pengalaman tadi begitu menakutkannya. Dia berazam untuk berubah. Dia tidak mahu menjadi sampah masyarakat yang hidup bergelandangan dan tidak ada arah tujuan.

http://gudangsoalan.blogspot.com

http://gudangsoalan.blogspot.com

Page 15: Bank soalan-upsr-bm-k2

SET 1

SK FAKEH ABD SAMAD, KUANTAN

012 BAHASA MELAYU KERTAS 2 TAHUN 6

MASA : 1 Jam 15 minit

NAMA : _________________________________________________ TAHUN : 6 ________________________

SOALAN MARKAH %

A

B

C

JUMLAH

Page 16: Bank soalan-upsr-bm-k2

BAHAGIAN A

( 10 markah )

Masa :15 minit

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah

ini.

Page 17: Bank soalan-upsr-bm-k2

BAHAGIAN B

( 30 markah )

Masa : 40 minit

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80

patah kata.

1 Persatuan beruniform yang anda sertai akan menganjurkan perkhemahan di suatu kawasan

hutan lipur. Sebagai setiausaha, anda dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk

memaklumkan aktiviti tersebut serta meminta keizinannya.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

2 Bersempena dengan sambutan Hari Guru, anda selaku wakil murid diminta menyampaikan

syarahan yang ditujukan khusus kepada para guru.

Tulis teks syarahan tersebut dengan menyentuh penghargaan murid terhadap jasa

guru.

3 Anda mendapati murid-murid sekolah anda mengabaikan kebersihan di dalam dan di sekitar

kawasan sekolah. Anda ingin mencadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Tulis cadangan anda itu selengkapnya.

BAHAGIAN C

( 20 markah )

Masa : 20 minit

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada sajak di bawah ini. Panjangnya

jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam

satu perenggan.

Malaysia Maju

Ayuh kawan, teman seperjuangan,

Bersama hayati matlamat wawasan,

Majukan negara jauh ke depan,

Jangan sampai kita ketinggalan.

Bersopan santun amalkan berterusan,

Bantu-membantu kekalkan berpanjangan,

Jati diri yang unggul kita mantapkan,

Masyhurlah nama negara zaman-berzaman.

Berkibar megah Jalur Gemilang,

Simbol kedaulatan negara cemerlang,

Biar menggunung cabaran mendatang,

Rakyat yang berbakti bersedia menentang.

Page 18: Bank soalan-upsr-bm-k2
Page 19: Bank soalan-upsr-bm-k2

SET 2 Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80

patah kata.

1 Anda terpilih sebagai Tokoh Murid sekolah anda baru-baru ini. Anda diminta menyampaikan

ucapan dalam suatu majlis yang dihadiri oleh Guru Besar, para guru, ibu bapa, dan rakan-

rakan pelajar.

Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

2 Kelas anda telah mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan Kelab Komputer. Anda sebagai

setiausaha diminta menulis laporan tentang mesyuarat tersebut.

Sediakan laporan itu selengkapnya.

3 Tulis suatu cerita yang menarik dengan berdasarkan peribahasa “Kalau tidak dipecahkan

ruyung di mana boleh mendapat sagunya”.

Page 20: Bank soalan-upsr-bm-k2

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada pantun di bawah ini. Panjangnya

jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam

satu perenggan.

Devan dan Jais pengawas sekolah. Pada hari Rabu yang lalu mereka bertugas

memeriksa bilik darjah pada waktu rehat. Sebuah demi sebuah kelas diperiksa oleh mereka

dengan teliti untuk memastikan bahawa tiada murid yang berada di dalam kelas ketika itu..

Sewaktu menghampiri makmal komputer, tiba-tiba terpandang oleh mereka

sekumpulan murid dalam keadaan yang mencurigakan. “Jais, lihat, di sana! Murid bertubuh

kecil itu seperti dibuli dan diugut oleh tiga orang murid Tahun Enam,” kata Devan.

“Ya, saya kenal akan mereka. Mereka memang nakal. Rasa saya sudah beberapa kali

mereka diberi amaran oleh guru disiplin. Namun, amaran guru didengar ada dipakai tidak,”

kata Jais.

“Kalau begitu kita harus bertindak. Mari kita selesaikan masalah itu. Tidak kita harus

biarkan perkara itu begitu saja. Nanti lebih banyak murid lain yang akan menjadi mangsa.”

kata Devan.

“Ayuh, kita laporkan perkara ini segera kepada Guru Besar atau guru disiplin. Kita

tidak harus bertindak sendiri kerana hal tersebut boleh mengancam keselamatan kita,” kata

Jais.

“Ya, saya setuju. Hanya guru yang berhak menjalankan siasatan dan mengambil

tindakan sewajarnya,” kata Devan pula.

Page 21: Bank soalan-upsr-bm-k2

SET 3 Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80

patah kata.

1 Anda dan rakan anda berehat di sebuah taman permainan. Anda berdua berbual-bual tentang

sikap masyarakat yang menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan.

Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.

2 Anda dan rakan-rakan anda ialah barisan pembangkang dalam suatu pertandingan perbahasan

antara sekolah. Tajuk perbahasannya ialah “Kemasukan pekerja asing ke negara ini lebih

banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan kepada negara”.

Tulis hujah-hujah anda itu selengkapnya.

3 Tulis karangan yang bertajuk “Sehari dalam Kehidupan Pemandu Teksi”.

Page 22: Bank soalan-upsr-bm-k2

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya

jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam

satu perenggan.

Daneng murid yang agak lemah dalam pelajaran, khususnya mata pelajaran

Matematik dan Sains. Dia sering mendapat markah yang rendah dalam ujian. Daneng

sering disisihkan oleh rakan-rakan yang lebih bijak daripadanya. Mereka tidak suka

berbincang tentang pelajaran dengannya. Malah, mereka selalu menyindirnya atas

kelemahannya itu. Namun, Daneng bersabar menghadapi perlakuan kawan-

kawannya.

Jauh di lubuk hatinya tersemiak tekad. Dia ingin membuktikan bahawa

belakang parang sekalipun, kalau diasah akan tajam juga. Mulai hari itu Daneng

belajar bersungguh-sungguh. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap

pengajaran guru di dalam kelas diberikan. Apa-apa saja yang tidak difahaminya

ditanyakan kepada guru tanpa segan silu. Semua kerja rumah disiapkannya melalui

bimbingan abang dan kakaknya.

Waktu yang terluang tidak disia-siakannya. Selain membantu ibu bapanya di

kebun, Daeng mengulang kaji pelajaran sendirian. Kerajinannya itu mengembirakan

semua gurunya. Mereka tidak keberatan memberikan bimbingan percuma kepada

Daneng.

Ternyata kegigihan Daneng itu membuahkan hasil. Dia bukan saja mendapat

5A dalam UPSR, malah muncul sebagai murid yang paling cemerlang di sekolahnya.

Daneng bersyukur atas kejayaannya itu. Dia sama sekali tidak melupakan jasa guru-

gurunya terhadapnya.

Page 23: Bank soalan-upsr-bm-k2

SET 4 Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80

patah kata.

1 Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terpandang akan seekor anak

kucing yang basah kuyup di tepi jalan.

Ceritakan tindakan yang anda ambil terhadap anak kucing itu dan peristiwa

yang berlaku seterusnya.

2 Anda baru saja menerima sepucuk surat daripada rakan lama anda yang telah

berpindah ke sekolah lain. Rakan anda ingin mengetahui perkembangan sekolah

lamanya daripada anda.

Balas surat rakan lama anda itu.

3 Anda bersetuju dengan pendapat sesetengah orang bahawa belajar bersendirian lebih

baik daripada belajar secara berkumpulan.

Tulis pendapat anda itu selengkapnya.

Page 24: Bank soalan-upsr-bm-k2

Soalan 3: Membina Ulasan

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya

jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam

satu perenggan.

Negeri Hang Tuah indah ceria,

Pantainya bersih tiada sampah;

Bertuah kita rakyat Malaysia,

Buminya indah khazanah melimpah.

Turun-temurun, hidup bersatu,

Rakyat Malaysia pelbagai kaum;

Sukar digugat perpaduan jitu,

Pelancong asing berasa kagum.

Spesies haruan, toman, dan keli,

Terdapat banyak di Tasik Bera;

Kekalkan kemakmuran kukuhkan ekonomi,

Pergiat usaha makmurkan negara.

Pangkor dan Tioman tumpuan pengunjung,

Perairannya jernih bagai cermin;

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,

Amalkan sentiasa kesejahteraan terjamin.

Page 25: Bank soalan-upsr-bm-k2

SET 5 Soalan 1: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

Soalan 2: Menulis Karangan

Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80

patah kata.

1 Andaikan bahawa anda dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah. Anda diminta

menyampaikan ucapan atas pelantikan tersebut.

Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

2 Andaikan bahawa anda pembangkang dalam pertandingan perbahasan yang bertajuk

“Tinggal di Rumah Lebih Baik daripada Tinggal di Asrama Sekolah”.

Sediakan hujah-hujah anda selengkapnya.

3 Andaikan bahawa anda seekor burung yang dipelihara di dalam sangkar.

Tulis karangan yang menarik tentang diri anda.

Page 26: Bank soalan-upsr-bm-k2