B a h a s a M e l ay uPeperiksaan Bahasa Melayu bertujuan untuk menilai keupayaan calon:
(a) mendengar pelbagai perbualan atau teks lisan dan menunjukkan pemahaman terhadap
bahan yang didengar;
(b) menerangkan atau mentafsir idea utama dengan jelas berdasarkan rangsangan
(misalnya, gambar atau topik) dan memberikan pendapat secara koheren dan sesuai
apabila berinteraksi dengan pemeriksa;
(c) mengenal pasti idea utama, mengingat kembali butir-butir utama dan mentafsir maksud
yang tersirat dalam teks lisan;
(d) membaca petikan karangan secara lantang dengan lancar, sebutan yang betul dan
artikulasi yang jelas serta ekspresi yang sesuai dengan menggunakan sebutan baku;
(e) membaca dan memberikan respons terhadap pelbagai teks yang sesuai dengan
peringkat serta berupaya untuk:
• membuat kesimpulan tentang makna perkataan berdasarkan panduan dalam konteks
• mengenal pasti maklumat khusus dan idea utama dalam teks membuat perbandingan
dan mengklasifikasikan maklumat dalam teks;
(f) menggunakan peribahasa dalam konteks yang sesuai;
(g) menggunakan imbuhan, struktur leksikal dan sintaks dalam konteks yang diberikan; dan
(h) menulis karangan naratif pendek yang padat kandungan berdasarkan gambar atau
keperluan lain dengan jumlah perkataan tidak kurang daripada 150 patah, serta mampu
melahirkan perasaan.
B a h a s a M e l a y u A s a s
2 0 1 6
Berdasarkan sukatan Bahasa Melayu Asas yang baharu, Peperiksaan Bahasa
Melayu Asas bertujuan untuk menilai keupayaan calon:
(a) mendengar pelbagai perbualan atau teks lisan dan menunjukkan
pemahaman terhadap bahan yang didengar;
(b) mengenal pasti idea utama dan mengingat kembali butir-butir utama
dalam teks lisan;
(c) menerangkan atau mentafsir situasi dalam rangsangan yang diberikan,
misalnya gambar atau topik, dan memberikan pendapat dengan jelas dan
berinteraksi dengan pemeriksa;
(d) membaca petikan karangan secara lantang dengan sebutan yang baik dan
artikulasi yang jelas dengan menggunakan sebutan baku; dan
(e) membaca dan memahami pelbagai teks yang sesuai dengan peringkat.
B a h a s a M e l a y u
L a n j u t a n - 2 0 1 6
Peperiksaan Bahasa Melayu Lanjutan bertujuan untuk menilai keupayaan calon:
(a) membaca dan memberikan respons terhadap pelbagai teks yang sesuai dengan
peringkat serta berupaya untuk:
• menyenaraikan maklumat, menyusun maklumat mengikut urutan, memastikan
sebab dan akibat, membuat perbandingan, memberikan penerangan
• mengenal pasti maklumat khusus yang diperlukan
• mengenal pasti idea utama
• membuat inferens/kesimpulan yang mudah mengenai makna yang tersirat
• memberikan sebab/penjelasan untuk menyokong sesuatu respons atau pendapat
• menghayati dan menerangkan aspek emotif teks/petikan
• menerangkan makna perkataan/frasa mengikut konteks;
(b) mengaplikasikan peribahasa dalam konteks yang sesuai;
(c) mengedit teks dengan mengaplikasikan pengetahuan kosa kata dan tatabahasa
dalam konteks yang sesuai; dan
(d) menulis karangan naratif pendek yang lebih padat kandungannya berdasarkan
topik atau keperluan lain dengan jumlah perkataan tidak kurang daripada 180 patah
serta melahirkan perasaan.
K a m u sBerikut adalah senarai kamus yang diluluskan untuk penggunaan penulisan karangan (Kertas 1 sahaja)
dalam Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun, dan PSLE.
Top Related