8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
1/121
PENGANTAR MORFOLOGI:PENGANTAR MORFOLOGI:
GOLONGAN KATA DAN AKRONIMGOLONGAN KATA DAN AKRONIM
Disediakan Oleh:
Muhammad Adib Bin Misslani
Aminnulhakim Bin Abdul Isa
Ahmad Amsyar Bin Abdullah
Pusparajan A/L Thiagarajan
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
2/121
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
3/121
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan
nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan
sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan,
tempat,benda,dan sebagainya secara umum seperti dalam
contoh dibawah
Orang: Ayah, Polis, Perempuan Dll
Haiwan: Ayam, Itik, Buaya Dll.
Benda: Televisyen, Komputer, Bank Dll.
Tempat: Stadium, Jalan Raya, Pulau Dll.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
4/121
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu KONKRIT DAN
ABSTRAK.
Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat
dipegang, dirasa atau dilihat.
Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanyadibayangkan atau dikhayalkan.
Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan
kata terbitan.
Contoh: senyum - senyuman Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan
pada awal ayat.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
5/121
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnyadigunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama
ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa
Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan namabinatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama
tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
6/121
Biasanya hurufpertama perkataan nama khas
ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Benda : Sri Aman, Volvo, Parker 45,
Hikayat Hang Tuah, Dll
Orang : Cik Rafidah, Inspektor Azman,Dr. Long Dll
Binatang : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
Tempat : Kampung Bahru, Shah Alam,
Kuala Lumpur Dll
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
7/121
KATA GANTI
TAKTENTUKATA GANTIDIRI
KATA GANTI
TEMPAT
KATA GANTINAMA
TUNJUK
KATA GANTI
TANYA
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
8/121
Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untukmewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti
nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk
bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjukbersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
9/121
1) KATA GANTI DIRIPERTAMA
Saya, Beta, Aku, Patik, Kami, Kita
2)KATA GANTI DIRIKEDUA
Awak, Engkau, Kamu, Anda, Saudara,
Saudari, Tuan Hamba
3)KATA GANTI DIRIKETIGA
Ia, Dia, Beliau, Mereka, Baginda, -
Nya
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
10/121
Kata ganti tak tentu menunjukkan
sesuatu atau seorang secara tidak tentu.
Contoh: apa-apa, mana-mana, siapa-
siapa, dan bila-bila
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
11/121
K
ata ganti nama tempat digunakan untukmenggantikan nama sesuatu tempat.
Contoh: sana, sini, dan situ.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
12/121
Kata ganti nama tunjuk digunakan
untuk menunjukkan tempat atau cara.
Contoh: ini, itu, begini, dan begitu.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
13/121
Kata ganti tanya digunakan untuk
membentuk ayat tanya.
Contoh: apa, berapa, siapa, dan
seumpamanya.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
14/121
Kata Nama menerima empat jenis imbuhan;
awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan
awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata
akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya.
Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan
imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan
sisipan pula tersisip di tengah perkataan.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
15/121
Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan
tingkat dan kata nama.
Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan
ini.
Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-".
Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan
yang tepat.
Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar:
Penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada
maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
16/121
Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi
maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan
membawa erti-erti berikut:
Orang Yang Membuat : Penulis, Pencipta, Pentadbir
Sesuatu Yang Menyebabkan Jadi : Pengasih, Pemanis,
Pendingin
Orang Yang Selalu Atau Suka : Penidur, Pemalas, Perokok Orang Yang Mempunyai Sifat : Pemalu, Pemurah,
Pembengis
Milik Sifat Seseorang : Pemuda, Pembesar
Ukuran Bagi Waktu Atau Tempat : Pemeluk, Penanak,
Pelaung Hasil Atau Kesan Daripada Sesuatu : Penyakit, Pendapat
Awalan "Pe(n)-" Berubah Bentuk Mengikut Fonem
Pertama Dalam Kata Dasar:
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
17/121
Awalan "pe(n)-" berubah bentuk mengikut fonem pertama
dalam kata dasar:
Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan
perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut
sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji.Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan
(kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan
seperti penggosok disebut peng-go-sok.
Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan
"me(n)-" untuk kata kerja
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
18/121
pe-
Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam"pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya.
Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanyaboleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
Pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
Penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah,
pesakit
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
19/121
Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk
mengimbuhkan kata dasar yang sering
dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan
awalan ber-".
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
20/121
AKHIRAN
Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan katanama yang memberi maksud tertentukepada perkataan dasar yangdiimbuhkannya, dengan membawa erti-erti
berikut. Benda, bahan yang dilakukan kata dasar:
kiriman, makanan Hasil perbuatan kata dasar: tulisan,
bungkusan Tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan Benda kata dasar yang besar atau luas:
lautan
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
21/121
ke--an
Imbuhan apitan "ke--an" menerbitkan kata nama yangmemberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yangdiimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan keadaan
yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan
pe(n)--an
Imbuhan apitan "pe(n)--an" menerbitkan kata nama yangmemberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang
diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: Perbuatan: pemeriksaan, pemilihan Hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan Imbuhan "pe(n)--an" berpadan fungsinya dengan imbuhan
"me(n)" untuk kata kerja.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
22/121
per--an
Imbuhan apitan "per--an" menerbitkan kata nama yang
memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yangdiimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
Perbuatan:pertandingan,pergeseran
Tempat:perumahan,perkuburan
Imbuhan "pe(n)--an" berpadan fungsinya dengan
imbuhan ber" untuk kata kerja.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
23/121
SISIPAN
Sesetengah kata dasar boleh diubah atau
diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhansisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-".
Contoh: tapak telapak; kuning
kemuning.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
24/121
KataKata KerjaKerja
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
25/121
Kata Kerja
Pendahuluan Penggolongan KataKerja
Pembentukan Kata
Kerja
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
26/121
PendahuluanPendahuluan
Kata kerja ialah perkataan yang menjadiinti bagi binaan atau konstruksi frasakerja. Terdiri daripada kata kerja yang bolehdisertai beberapa unsur lain seperti katabantu, objek, pelengkap, ayat komplemen,
dan keterangan.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
27/121
PenggolonganPenggolongan KataKata KerjaKerja
Kata Kerja
Kata KerjaAktif
Aktif TakTransitif
TanpaPelengkap
BerpelengkapAktif
TransitifKata Kerja
Pasif
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
28/121
Kata Kerja Aktif Kata Kerja Yang Hadir Dalam Ayat Aktif, Iaitu Ayat Yang
Mengutamakan Subjek Asal Sebagai Judul Atau Yang
Diterangkan. Terbahagi Kepada Dua Jenis, Iaitu:
i. Kata Kerja AktifTak Transitif
ii. Kata Kerja AktifTransitif
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
29/121
KATA KERJA AKTIF TAK
TRANSITIF
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang
tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya.
Terbahagi kepada dua subgolongan, iaitu:
i. Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.
ii. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
30/121
KATAKERJAAKTIF TAKTRANSITIF TANPA
PELENGKAP
Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata
kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh ayat:
i. Semua orang pulang.
ii. Adik saya masih tidur.
Kata kerja aktif tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur
keterangan, yang berfungsi memberikan maklumat
tambahan. Contoh ayat:
i. Semua orang pulang pada waktu petang.
ii. Adik saya masih tidur di serambi.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
31/121
Contoh-contoh lain kata kerja aktif tak transitif
tanpa pelengkap ialah:
menangis pergi
duduk kembali
menyanyi bersembahyang
berdoa bangun
hinggap memutih
tumbuh berdiri
runtuh berjalan
memberontak tercengang
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
32/121
KATAKERJAAKTIF TAKTRANSITIF
BERPELENGKAP
1. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata
kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.
2. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang
mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
3. Contoh ayat:i. Keadaan bapanya beransurbaik.
ii. Mereka tinggaldi Kampung Paya.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
33/121
Kata adjektif sebagai pelengkap :
Lukanya beransur baik.
Suasana dalam mesyuarat itu menjadi tegang.
Frasa sendi nama sebagai pelengkap :
Keluarga encik ali berasal dari pahang.
Mereka menetap di kampung ini.
Kata nama sebagai pelengkap :
Ali menjadi guru sandaran.
Pak samad ada sawah di kampung.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
34/121
KATA KERJA AKTIF TRANSITIF
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek
yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Contoh ayat :
i. Saya telah menjawab surat itu.
ii. Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnya.
Contoh-contoh lain kata kerja aktif transitif :
Menendang bola Menghulurkan tali
Membuka pintu menjaga keamanan
Mengayuh basikal mengeksportgetahMerujuksurat tuan memulihara alam sekitar
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
35/121
KATAKERJA
PASI
F
Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses
transformasi atau perubahan ayat aktifmenjadi ayat
pasif.
Contoh ayat :
i. Surat itu telah saya jawab.
ii. Tugasnya tidak diabaikan oleh pegawai itu.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
36/121
Kata Kerja Transitif(Ayat Aktif)
Kata Kerja Transitif(ayat pasif)
mengaturkan
membelah
mencampakkanmendenda
mengekori
menggaulkan
mengharungi
menjahit
diaturkan
dibelah
dicampakkan
didenda
saya ekori
kami gaulkan
anda harungikujahit
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
37/121
PEMBENTUKAN KATA KERJAPEMBENTUKAN KATA KERJA Kata kerja dalam bahasa melayu terdiri daripada empat
bentuk, iaitu :
i. Kata kerja tunggal
ii. Kata kerja terbitan
iii. Kata kerja majmuk
iv. Kata kerja ganda
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
38/121
KATAKERJATUNGGAL
Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa
imbuhan.
Kata kerja jenis ini tidak sebanyak kata kerja yang
terbentuk dengan imbuhan dan boleh hadir sebagai
predikat tanpa imbuhan. Kebanyakkan kata kerja demikian bersifat tak transitif.
Contoh :
Ada IkutBalik Jaga
Pulang Keluar
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
39/121
KATAKERJATERBITAN
Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada
proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-
perkataan terbitan.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
40/121
Awalan kata
kerja
meN- beR-
dipeR-teR-
di-mempeR-
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
41/121
Bentuk awalan meN-
meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasaryang bermula dengan huruf-hurufm, n, ny, r, l, w, dan y.
Contohnya:
Masak - memasak
Nanti - menantiNyala - menyala
Rayu - merayu
Lawan - melawan
Wangi - mewangi
Yakin - meyakinkan
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
42/121
Termasuk ke dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermuladengan hurufp, t, k, dan s.
Hurufpertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk
sengau yang sama daerah artikulasinya (homorganik), iaitu
m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan nybagi s.
Contoh :
Pesan - memesan
Tari - menari
Karang - mengarang
Sinar - menyinar
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
43/121
meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasaryang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman
yang bermula dengan huruf f, p, dan v dan gugus
konsonan yang bermula dengan hurufb dan p . Contoh:
beri - memberi
bantu - membantu
bilas - membilas
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
44/121
Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf
pertamanya untuk mempertahankan etimologi kataasalnya ialah:
Veto - memveto
Fatwa - memfatwakan
Proses - memproses
Plagiat - memplagiat
Brek - membrek
Terdapat beberapa perkataan yang bermula degan
huruf p yang menerima awalan mem- dan dianggapkecualian. Contohnya :
Pelopor - mempelopori
Pelawa - mempelawa
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
45/121
Men- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasaryang bermula dengan huruf d, c, j, sy, dan z, serta
perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf tdan s
dan perkataan pinjaman yang mengandungi gugus
konsonan yang juga bermula dengan huruf t dan s.
Contohnya :
Deru - menderu
Cuci - mencuci
Jemur - menjemur
Syarat - mensyaratkanZalim - menzalimi
Tadbir - mentadbir
Swasta - menswastakan
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
46/121
Men- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata
dasar yang bermula dengan hurufg, gh, kh, dan h (bunyikonsonan) dan a, e, i, o, dan u (bunyi vokal). Seperti peng-,meng- juga hadir dengan perkataan pinjaman yang katadasarnya bermula dengan hururf k, termasuk guguskonsonan yang bermula dengan hurufk. Contohnya:
Gali - menggaliGhairah - mengghairahkan
Khayal - mengkhayalkan
Hantar - menghantar
Ambil - mengambil
Ejek - mengejekIkut - mengikut
Olah - mengolah
Ulang - mengulang
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
47/121
Awalan meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada
kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan
melayu mahupun kata pinjaman, contohnya :
Cat - mengecat
Bom - mengebomHad - mengehadkan
Kecualian timbul pada kata pinjaman yang bermula
dengan gugus konsonan, iaitu awalan meng- tidak
berubah menjadi menge-, contoh :
Stor - menstor
Brek - membrek
Klip - mengklip
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
48/121
JENISKATAKERJABERAWALANMEN-
Kata kerja aktif transitif tanpa akhiran
Kata kerja aktif transitif berakhiran
Kata kerja aktif tak transitif
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
49/121
Bentuk Awalan beR-
Perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja
yang bersifat tak transitif, sama ada memerlukan
pelengkap atau tidak memerlukan pelengkap
Pada dasarnya, terdapat satu bentuk awalan ber-, yakni
ber-, yang digabungkan dengan semua kata dasar.
Contohnya :
Angkat - berangkat
Ikut - berikut
Ekor - berekorNyanyi - bernyanyi
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
50/121
Apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula
dengan hurufr, dua ryang bergabung itu akan berubahmenjadi satu r melalui proses peleburan bunyi.Contohnya :
Ber + rasa - berasa
Ber + renang - berenang
Ber + raja - berajaBer + rendam - berendam
Jenis kata kerja berawalan ber-
Tak transitif tanpa pelengkap.
Tak transitif berpelengkap.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
51/121
Bentuk Awalan teR-
Pada dasarnya terdapat satu bentuk awalan ter-, iaituter- yang digabungkan dengan semua kata dasar,
contohnya :
Ikat - terikat
Ambil - terambil
Bubuh - terbubuh
Warta - terwarta
Jenis kata kerja awalan teR-
Kata kerja aktif
Kata kerja pasif
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
52/121
Bentuk Awalan di-
Awalan di- sebagai pembentuk kata kerja pasif
mempunyai hanya satu bentuk, iaitu di-, contohnya:
Sapu - disapuTulis - ditulis
Pukul - dipukul
Baca - dibaca
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
53/121
Jenis kata kerja berawalan di-
Kata kerja yang dibentuk dengan awalan di- ialah kata
kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang
ketiga. Contoh :
Tulis - ditulis
Panjat - dipanjat
Gulai - digulai
Hukum - dihukum
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
54/121
Bentuk Awalan memper-
Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerjayang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-.
Bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-.
Dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan
men- kecuali dalam ayat perintah Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif.
Contoh :
Memper + alat - memperalat
Memper + isteri - memperisteri
Memper + cepat - mempercepat
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
55/121
Jenis
Kata
Kerja Berawalan Memper-
Perkataan yang dibentuk dengan awalan memper- ialah
kata kerja aktif transitif.
Contohnya :
Memperalat
Memperkemas
Memperoleh
Memperdaya
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
56/121
Bentuk Awalan dipeR-
Awalan diper- ialah awalan yang membentuk kata kerja
pasifynag wujud dalam satu bentuk, diper-.
Contoh :
Diper + alat - diperalat
Diper + isteri - diperisteri
Diper + cepat - dipercepat
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
57/121
Jenis kata kerja berawalan diper-
Jenis katayang dibentuk dengan diper- ialah kat kerja
ayat pasif yang subjek asalnya daripada orang ketiga.
Contoh :
Isteri - diperisteri
Besar - diperbesar
Kacang - diperkacang
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
58/121
Akhiran kata
kerja
-kan-i
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
59/121
Bentuk Akhiran -kan
Akhiran kan mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu
kan.
Contoh :
Baca - bacakan
Masak - masakkan
Tidur - tidurkan
Bangun - bangunkan
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
60/121
Jenis kata kerja akhiran -kan
Akhiran kan membentuk kata kerja transitif.
Biasanya kata kerja yang menerima akhiran kan
menerima juga awalan men- atau di- dan hadir dalam
ayat aktif transitif atau pasif.
Kata kerja yang menerima akhiran kan tanpa awalan
wujud dalam dua jenis ayat tertentu sahaja.
Akhiran kan boleh juga hadir dalam ayat dengan
beberapa imbuhan lain, iaitu men--kan, ber--kan,
memper--kan, di--kan, dan. Diper--kan
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
61/121
Bentuk Akhiran -i
Akhiran imempunyai satu bentuk, iaitu i.
J
enis kata kerja berakhiran -i
Akhiran -imembentuk kata kerja transitif.
Wujud dengan awalan meN- atau di-.
Kata kerja yang hadir dengan akhiran itanpa awalan
wujud hanya dalam dua bentuk tertentu.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
62/121
meN--kan beR--kan beR-an
di--kan
meN--i
dipeR--i
ke--an
mempeR--
kandi--i
mempeR--i
dipeR--kan
ApitanKata Kerja
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
63/121
Bentuk Apitan meN--kan
Bentuk meN--kan mempunyai kelainan-kelainan yangjumlahnya sama banyak dengan jumlah kelainan untukawalan meN-.
Jenis kata kerja yang terbentuk
Kata kerja yang terbentuk dengan apitan men--kanialahkata kerja transitif.
Ayat transitif aktif dengan kata kerja berapitan men--kanterdiri daripada dua jenis, iaitu :
i. Yang menerima satu objek
ii. Yang menerima dua objek
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
64/121
Bentuk Apitan beR--kan
Terdapat satu bentuk apitan ber--kan, iaitu ber--kan yang digabungkan dengan semua kata dasar.
Apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan
berubah menjadi satu r melalui proses peleburan
bunyi.
Jenis kata kerja berapitan beR--kan
Apitan ber--kan membentuk kata kerja tak transitif
yang memerlukan pelengkap.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
65/121
Bentuk Apitan beR--an
Terdapat hanya satu bentuk kecuali dalam kata dasar yang
bermula dengan hurufr.
Dua r yang bergabung akibat pertemuan ber- denganhuruf awal dalam kata dasar akan berubah menjadi satu r,melalui proses peleburan bunyi.
Contoh :
ber + rentet + an - berentetan
Jenis kata kerja yang berapitan ber--an
Kata kerja yang terbentuk melalui ber--an ialah katakerja tak transitif.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
66/121
Bentuk Apitan meN--i
meN--i mempunyai kelainan yang jumlahnya samabanyak dengan jumlah kelainan untuk meN-.
Jenis kata kerja yang berapitan meN--I
Membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif.
Terdiri daripada dua jenis :
i. Ayat aktif transitif yang menerima satu objek
ii. Ayat aktif transitif yang menerima dua objek
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
67/121
Bentuk Apitan di--i
Apitan di--iialah bentuk pasif bagi meN--I
Bentuk Apitan mempeR--kan
Terdapat hanya satu bentuk apitan jenis ini, iaitu mempeR-
-kan.
Jenis kata kerja yang berapitan mempeR--kan
Kata kerja yang terbentuk dengan apitan mempeR--kan
ini bersifat transitif.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
68/121
Apitan mempeR--i
Terdapat hanya satu bentuk apitan ini, iaitu memper--i.
Apitan ini tidak begitu produktif.
Hanya bentuk berikut yang wajar dianggap sebagai jenis
kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper--i ini
iaitu :
i. memperingati
ii. memperkawani
iii. mempersuami
iv. memperisteri
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
69/121
Bentuk Apitan ke--an
Terdapat hanya satu bentuk apitan ini, iaitu ke--an.
Bentuk Apitan dipeR--kan
Terdapat hanya satu bentuk apitan ini, iaitu dipeR--kan.
Jenis kata kerja yang berapitan dipeR--kan
Kata kerja yang terbentuk dengan apitan dipeR--kan ini
wujud dalam ayat pasif.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
70/121
Apitan dipeR--i
Terdapat hanya satu apitan ini, iaitu diper--i.
Tidak begitu produktif.
Wujud hasil daripada perkembangan bahasa.
Contoh :
i. Diperingati
ii. Diperkawani
iii. Dipersuami
iv. Diperisteri
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
71/121
SisipanKata Kerja
Sisipan -el-
(getar) geletar menggeletar
Sisipan -er-
(sa t) sera t
- berserabut
Sisipan -em-
(guruh)gemuruh -
bergemuruh
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
72/121
KATA
KERJA
GANDA
Penggandaan
Penuh
Penggandaan
SeparaPenggandaan
Berentak
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
73/121
PENGGANDAANPENUH KATAKERJA
Proses penggandaan seluruh kata dasar.
Contoh :
i. Gelak - gelak-gelak
ii. Agah - agah-agah
iii. Pusing - pusing-pusing
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
74/121
PENGGANDAANSEPARAKATAKERJA
Proses yang menggandakan sebahagian daripada kata
dasar.
Bagi golongan kata kerja, penggandaan berlaku pada
kata dasar yang berimbuhan, dengan hanya sebahagian
kata dasar yang digandakan. Contoh :
i. Berlari-lari
ii. Doa-doakaniii. Gigit-menggigit
iv. Bersalam-salaman
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
75/121
PENGGANDAANBERENTAKKATAKERJA
Proses menggandakan kata dasar berdasarkan rentak
bunyi tertentu dalam kata dasar.
Penggandaan berentak persamaan bunyi konsonan,
contohnya :
Bolak-balik susup-sasap
Mandi-manda mundar-mandir
Penggandaan berentak persamaan bunyi vokal,
contohnya :
Cerai-berai gotong-royong
Penggandaan berentak bebas, contohnya :
Ulang-alik
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
76/121
MAKNABENTUKPENGGANDAAN
Menunjukkan perbuatan yang berulang-ulang.
Menunujukkan perbuatan yang panjang.
Menunujukkan perbuatan yang bersungguh-sungguh.
Menunujukkan perbuatan yang saling berbalasan atau
dilakukan oleh dua pihak terhadap satu sama lain.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
77/121
Dikenali juga sebagai kata sifat.
Digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu kata
nama
Terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektifdan unsur-unsur keterangan.
Didahului atau diikuti oleh penguat.
Contoh:
a) Adik saya tinggi
b) Orang muda itu baik sungguh
c) Suaranya masih sungguh merdu sekali
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
78/121
Terbahagi kepada sembilan jenis :
KataAdjektifSifatanAtau Keadaan
KataAdjektif MaknaKataAdjektif Ukuran
KataAdjektif Bentuk
KataAdjektif Waktu
KataAdjektif JarakKataAdjektif Cara
KataAdjektif Perasaan
KataAdjektif Pancaindera
JENISKATAADJEKTIF
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
79/121
KATA ADJEKTIF SIFATAN ATAU KEADAAN
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian ataukeadaan sebagai unsur keterangan nama
Contoh:
a) Budak baikselalu dipuji.
KATA ADJEKTIF WARNA
Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian warnasebagai unsur keterangan
contoh:a) Warna pakaian seragam kami ungu
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
80/121
KATA ADJEKTIF UKURAN
Jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran
sebagai unsur keterangan. Contoh:
a) Ketua pasukan itu tinggiorangnya
KATA ADJEKTIF WAKTU
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
81/121
KATA ADJEKTIF WAKTU
Jenis perkataan yang memberi pengertian konsep
masa sebagai unsur keterangan. Contoh:
a) Kanak-kanak suka makan makanan segera
KATA ADJEKTIF JARAK
Jenis perkataan yang memberi pengertian konsepantara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata
nama. Contoh:
a) Rumahnya paling hampirdengan sekolah
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
82/121
KATAADJEKTIF CARAJenis perkataan yang memberi pengertian keadaan
kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama.Contoh:
a) Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan.
KATAADJEKTIF PERASAAN
Terdiri daripada perkataan yang memberipengertian konsep perasaan, sebagai penerang, kata
nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contoh:
a) Dia amat merinduiemaknya
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
83/121
KATA ADJEKTIF PANC
AINDERA
Jenis perkataan yang memberi pengertian konsep rasa,pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-limaindera, sebagai penerang kata nama
Contoh:a) Wajah perawan itu manis
b) Gadis molekitu anak pak hamid
c) Bunyi biolanya amat mersik
d) Pemuda itu suka memakai minyak wangi
e) Jangan suka memakai pakaian lembap
f) Rumah kepunyaan ali itu selesa benar
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
84/121
Terbahagi kepada empat jenis :
i. Kata adjektif tunggalii. Kata adjektif terbitan
iii. Kata adjektif ganda
iv.K
ata adjektifmajmuk
PEMBENTUKANKATAADJEKTIF
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
85/121
KATAADJEKTIF TUNGGAL
Terhasil daripada bentuk kata dasar, tanpa gabungan
Dengan bentuk imbuhan, atau tanpa mengalami proses-proses lain seperti penggandaan sebagai penerang katanama, dan menerima sama ada kata bantu dan katapenguat atau tidak tersebut
Contoh:
a) Pada malam ini bulan sungguh terang
b) Warna kuning digemari oleh kakaknya
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
86/121
KATA ADJEKTIF TERBITAN
Terdiri dari satu kata dasar yang menerima imbuhan sama ada
imbuhan awalan, apitan, dan sisipan
awalan kata adjektif(ter-dan se-)
Contoh: dalam kumpulan kami dialah yang termuda
Kelulusannya tidak setinggikelulusan adiknya
Apitan kata adjektif(ke--an)Contoh: sifat kemelayuannya begitu mononjol
Sisipan kata adjektif(-em-,-el-,-er-,-in-)
Contoh: bau bunga-bunga di taman tasik itu semerbak
Bilik selerakitu kepunyaan abangku
Bunyi gerodokitu kedengaran apabila tabung itu jatuh
Sastera melayu moden ialah sastera sinambung daripada
sastera melayu lama
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
87/121
KATA ADJEKTIF GANDA
Terbahagi kepada tiga cara:
Penggandan penuh gandakan kata adjektif tunggal
Boleh menerima apitan ke--an
Contoh: rumah di bandar itu besar-besar
Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan
Penggandaan separa sebahagian dari kata dasar diulangContoh: pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian
tunangnya
Penggandaan berentak gandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi
Contoh: kejadian rompakan itu berlaku pada waktu makam yang
gelap-gelita
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
88/121
KATA ADJEKTIF MAJMUK
Terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau
lebih yang membawa makna tertentu
Contoh: Gadis berkulit kuning langsatitu telah memenangi
peraduan fesyen kebaya
Terdapat sejumlah kata adjektif yang membawa maksud kiasan,
terdiri daripada simpulan bahasa
Contoh: Ali disukai ramai kerana ia ringan tulang
Terdapat rangkaian kata adjektif yang seolah-olah kata adjektif
Majmuk. Bentuk frasa yang boleh menerima penyisipan siantaranya
Contoh: Tua muda tua dan mudaCantik malas cantik dan manis
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
89/121
Kata adjektif dalam bentuk perbandingan
Digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan:
i. Darjah biasa
ii. Darjah bandingan
iii. Darjah penghabisan
Darjah biasa Bagi menunjukkan darjah biasa
Contoh:
a) Malam ini bulan terang
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
90/121
DARJAH BANDINGAN
Terdapat dua cara:
Bandingan yang sama kata adjektif dengan awalan se-,
Se-, boleh diganti dengan sama,
Contoh:
a) Gadis itu secantikputeri raja
b) Gadis itu sama cantik dengan puteri raja
Bandingan yang berbeza kata adjektif yang menggunakan kata
penguat lebih atau kurang
Contoh:
a)K
ami menang kerana lebih cekap daripada pasukan lawan
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
91/121
DARJAH PENGHABISAN
Terdapat enam cara: Se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contoh:
a) Sepandai-pandai tupai
Ter- + kata adjektifContoh:
a) Termasyur
Paling + kata adjektif
Contoh:
a) Paling cerdik
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
92/121
DEFINISIKATATUGAS
Kata tugas ialah perkataan yang tergolong dalam golongan kata
yang bersifat pelbagai jenis atau dikenali sebagai heterogen iaitu
tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa seperti frasa
nama,frasa kerja dan frasa adjektif.
Terdapat 17 jenis kata tugas
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
93/121
JENIS-JENISKATATUGAS
KATASENDINAMA
KATA HUBUNG
KATABANTU
KATASERU
KATATANYA
KATABILANGAN
KATANAFI
KATAPEMERI
KATAPENGUAT
KATAPENEGAS
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
94/121
KATABANTU
Kata bantu ialah kata yang bertugas membantu frasa kerja,frasa
adjektif dan frasa sendi nama.
Kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata bnatu
aspek dan kata bantu ragam.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
95/121
KATABANTUASPEK
Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa.
Masa lampau
Masa kini
Masa hadapan
Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang,masih, akan, belum dan mula.
Contoh ayat
1. Nelayan itu telah pulang ke rumah dengan rezeki yang
mencukupi.2. Buah itu belum masak lagi.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
96/121
KATABANTURAGAM
Kata ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan
ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.
Contoh kata ; seperti,hendak ,mahu,harus,mesti,boleh,
dapat,enggan,patut dan mungkin.
Contoh ayat ;
1. Masyarakat Malaysia harus menekankan kepada prinsip rukun
negara yang telah ditetapkan.
2. Ahmad akan ke sekolah.
3. Kereta api itu mula bergerak.
4. Buah itu belum masak lagi.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
97/121
KATA HUBUNG
Kata hubung ialahperkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan rangkai kata dengan perkataan rankai kata ayat dengan
ayat.
Kata hubung terbahagi kepada dua.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
98/121
KATA HUBUNG
KATA HUBUNG
GABUNGAN
KATA HUBUNG
PANCANGAN
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
99/121
KATA HUBUNG GABUNGAN
Kata hubung gabungan ialah sejumlah perkataan yang digunakan
untuk menghasilkan ayat majmuk gabungan seperti
lalu,dan,serta,tetapi,atau, dan sambil.
Contoh ayat :
1. Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atauesok
2. Kakak memandu kereta sambilmendengar lagu
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
100/121
KATA HUBUNG PANCANGAN
Kata hubung pancangan ialah sejumlah perkataan yang
digunakan bagi menhubungkan klausa yang tidak setara
pada klausa yang utama dalam ayat majmuk
pancangan.
Kata hubung ini terbahagi kepada tiga, iaitu
1. Kata hubung pancangan relatif
2. Kata hubung pancangan komplemen3. Kata hubung pancangan keterangan
KATA HUBUNG PANCANGAN
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
101/121
KATA HUBUNG PANCANGAN
RELATIF
Kata relatif ialah perkataan yang berfungsi sebagai penghubung
klausa utama dan klausa kecil. bentuk kata hubung relatif ialah
yang
Contoh ayat ;
1. Budak yangsedang membaca itu adik saya.
2. Buku yangdibeli oleh ahmad itu ialah buku sejarah.
3. Saya membeli baju yangberwarna hijau.
4. Yang berjaja kain itu jiran saya.5. Yang indah itu bahasa
6. P.Ramlee seniman agung yangsentiasa dikenang.
KATA HUBUNG PANCANGAN
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
102/121
KATA HUBUNG PANCANGAN
KOMPLEMEN Kata komplemen berfungsi sebagai penghubung kepada klausa
yang menjadi pelengkap kepada klusa utama.
Dua kata komplemen sering digunakan dalam ayat ialah bahawadan untuk.
Contoh ayat ;
1. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.
2. Kami tidak sedar bahawa mereka ialah perompak yang sedang
dicari oleh pihak polis.3. Untuk memaksa dia hadir ke sekolah tidak wajar.
4. Kita harus sentiasa ingat bahawa nyawa lebih penting daripadaduit.
KATA HUBUNG PANCANGAN
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
103/121
KATA HUBUNG PANCANGAN
KETERANGAN
Kata keterangan berfungsi menghubungkan klusa yang menjadi
keterangan pada klausa utama.
Contoh bentuk kata keterangan ialah ;
1. Syazrin sering dipuji oleh pensyarah Bahasa melayu kerana rajin
membuat tugasan yang diberinya.
2. Persembahan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan
3. Ekonomi Malaysia akan meleset jika modal tidak mencukupi.
S
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
104/121
KATASERU
Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi sebagai meluahkanperasaan dan digunakan dalam ayat seruan
Contoh kata seru :
1. Aduh
2. Cis
3. Wah
4. Aduhai
5. Amboi
6. Syabas
7. Wahai
8. Oh
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
105/121
Contoh ayat seru :
1. Aduh,sakitnya kakiku!
2. Wah,cantiknya baju dia!
3. Oh,tuhanku,selamatkanlah mangsa gempa bumi di haiti!
4. Amboi,comelnya kucing yang bertompok hitam belaka itu!
KATA TANYA
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
106/121
KATATANYA
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanya sesuatu
atau untuk menyoal sesuatu.
Contoh kata tanya ;
1. Mengapa
2. Berapa
3. Bila
4. Bagaimana
5. Apa
6. Siapa
KATA BILANGAN
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
107/121
KATABILANGAN
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlahpada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.Kata bilangan
dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut ciri maknanya.
Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu.
Contohnya ; dua, dua puluh, tiga ratus, sepuluh ribu, sejuta dan
sebagainya.
Contoh ayat ;
1. Dua hari lagi saya akan berangkat ke Itali.
2. Harga sekilo garam ialah enam puluh sen.
3. Penduduk warga asing di negara kita sudah mencecah sebanyak satu
juta.
4. Gaji sebulan seorang doktor swasta ialah sepuluh ribu ringgit
malaysia.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
108/121
Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tidak tentu
Contohnya:
Segala, semua, para, beberapa, sekalian, banyak, seluruh,
banyak, sedikit, dan sebagainya.
Contoh ayat ;
1. Segala persiapan telah dibuat.
2. Semua pelajar wajib hadir pada esok.
3. Mesyuarat itu melibatkan para guru pelatih ambilan
januari 2009.
4. Para hadirin yang sekalian.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
109/121
Kata bilangan yang membawa maksud himpunan.
Contohnya :
beribu-ribu,beratus-ratus,berabad-abad,berguni-guni.
Contoh ayat :
1. Berpuluh-puluh ribu penonton telah menyaksikan perlawanan bolasepak.
2. Kedudukan nilai mata wang negara kita jatuh ke akibat
kemelesetan ekonomi.
3. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan atas kesalahan
mencuri pensel.
KATA NAFI
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
110/121
KATANAFI
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa prediket,iaitu
frasa nama,frasa kerja,dan frasa sendi nama.Ada dua bentuk kata nafi iaitu
bukan atau tidak.
Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.
Contohnya ;
1. Makanan itu bukan untuk Hakim.
2. Projek itu bukan usaha saya.
3. Kapal terbang itu bukan dari Kuala Lumpur.4. Epal itu bukan warna kuning.
5. Buku itu bukan kepunyaan saya.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
111/121
Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa
adjektif.
Contohnya ;
1. Saya akan tidak akan datang lagi.
2. Rumah itu tidak kecil sangat.
3. Kenyataan itu tidak benar dari segi konteks.
4. Tugasan yang kamu telah buatkan itu tidak kemas.
KATA PENGUAT
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
112/121
KATAPENGUAT
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti
frasa atau kata adjektif dan juga menguatkan maksud tersirat dalam
kata atau frasa adjektif.
Kata penguat hadapan
Kata penguat belakang
Kata penguat bebas
KATA PENGUAT HADAPAN
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
113/121
KATAPENGUAT HADAPAN
Kata penguat hadapan ialah perkataan yang terletaknya
dihadapan kata adjektif.
Contohnya :
1. Terlalu
2. Paling
3. Agak
4. Cukup5. Makin
6. Kurang
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
114/121
Contoh ayat :
1. Pokok kelapa itu terlalu tinggi.
2. Laut itu agak dalam.
3. Harga bijih timah makin kurang.
4. Bahan yang dirujuknya itu kurang sesuai.
5. Baju batik yang kamu telah pakaikan tadi itu terlalu cantik.
6. Harga minyak paling mahal dipasaran dunia.
7. Masakan isteriku paling sedap.
8. Pakaian itu kurang sesuai untuk kamu.
KATA PENGUAT BELAKANG
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
115/121
KATAPENGUATBELAKANG
Kata penguat belakang ialah perkataan yang diletakkan dibelakang
kata adjektif.
Contohnya :
1. Sekali
2. Benar
3. Betul
4. Nian
KATA PENGUAT BEBAS
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
116/121
KATAPENGUATBEBAS
Kata penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas
iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Contohnya ;
1. Amat
2. Sangat3. Sungguh
Contoh ayat ;
1. Pakaian seragam polis itu amatkemas.
2. Baju yang kamu telah pakai itu sangatbesar
KATA PENEGAS
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
117/121
KATAPENEGAS
Kata penegas ialah perkataan yang memberikan penekanan padabahagian- bahagian tertentu dalam ayat.
Terdapat dua jenis kata penegas iaitu ;
1. Kata yang menegaskan hanya frasa predikat. Contohnya ; -kah,-tah,dan,-lah.
2. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa namasebagai subjek. Contohnya ; juga,jua,pun,sahaja,lagi danmemang.
Kehadiran kah,-tah,dan,-lah sebagai kata penegas frasa predikathanya berlaku apabila frasa predikat itu mengalami prosespendepanan.
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
118/121
Jenis kata penegas yang kedua iaitu, hanya,memang,juga,pun,jua,dan lagi.
Contohnya :
1. Hanya dia sahabat karib saya.
2. Memang wanita itu bakal isterinya.
3. Barang itu hanya boleh dibeli di kedai.
4. Kami juga ingin ke Pekan.
5. Rombongan pengantin lelaki belum tiba lagi.
6. Mereka ada pun disini.
7. Budak-budak memang suka akan permainan itu.
KATA PEMERI
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
119/121
KATAPEMERI
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antarasubjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Pemerihalan dapat dilakukan melalaui dua cara iaitu ;
1. Secara persamaan antara subjek dgn predikat,dengan penggunaan kata
pemeri ialah.2. Secara huraian tentang subjek oleh predikat,dengan penggunaan kata
pemeri adalah.
Contoh ayat ;
1. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moralnegara.
2. Bahasa melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluargaaustronesia.
KATA SENDI NAMA
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
120/121
KATASENDINAMA
Kata sendi merupakan kata yang digunakan untuk menyambung
frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa dalam ayat.
Contoh kata sendi ialah daripada,dari,bagi,untuk,di, dengan.
Contoh ayat
1. Mereka baru pulang dari Johor.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Mak Jah pergi ke klinik dengan anaknya.
4. Mereka akan ke Kuantan esok.
5. Sila kembalikan buku teks itu kepada Cikgu Sulaiman.6. Masyarakat hendaklah peka terhadap alam sekitar bagi
memelihara dan memulihara alam sekitar.
Akronim
8/9/2019 Bahasa Melayu : Golongan Kata & Akronim
121/121
Akronim
Akronim merupakan perkataan-perkataan yang dibentuk
dengan cara menggabungkan suku-suku kata tertentu
daripada beberapa perkataan, menjadi sebagai satu
perkataan.
Dibentuk daripada penyingkatan beberapa perkataan.
Contoh:
i. Kugiran dibentuk daripada perkataan kumpulan,
gitar, rancak.
Top Related