Bahagian C - Membuat Ulasan (20 markah)
Kaedah Membuat Ulasan
1.Membaca soalan dan memahami soalan 2.Mengenal pasti kata kunci soalan sama ada: Nilai,nilai murni,amalan baik,,pengajaran atau faedah. 3.Membaca ayat demi ayat untuk mencari isi yang berkaitan dan Garis Isi Yang ditemui. 4.Tukar idea-idea yang ditemui dengan nilai murni 5.Nyatakan 5 saja idea dan tidak lebih. 6.Mesti menghurai idea berdasarkan idea dalam petikan 7.Nilai nagetif dalam petikan boleh dipositifkan. Contoh: Amin tidak suka bersukan - Menjaga kesihatan. 8.Contoh pendahuluan: a.Berdasarkan petikan ialah,pengajaran yang diperolehi ialah.... b.Antara nilai murni yang didapati ialah..... c.Sebagai seorang murid kita mestilah...... 9.Gunakan kata bantu untuk membina ayat ulasan:mestilah,mesti,harus,haruslah,seharusnya,patut,patutlah,sepatutnya,hendaklah,sewajarnya dan lain-lain lagi
10.Contoh nilai-nilai murniAdilBantu-membantuBerdisiplinBelas kasihanMematuhi peraturanBermaaf-maafanBersabarBertindak pantasBerusahaBergotong-royongHormati ibu bapaKasih-sayangBekerjasamaMembri salamHargai masaMengikut peraturanPerpaduanRamah mesraSimpatiSemangat kesukananAmanahRajinBeraniTabahBerdikariTolong-menolongBertanggungjawabMurah hatiCekalTekunHormati guruKejujuranKesopananMenepati masaMengenang budiMenjawab salamPersaudaraanRasionalSedia memaafkanpatriotik
Baik hatiSayangBertanggungjawabSemangat kejirananBerhati-hatiToleransiBerterima kasihBerhati-hatiGigihJimatIkhlasKebersihanKesyukuranKerajinanMengakui kesalahanMerendah diriPrihatinRedhaSopanTaat ibu bapa
.
11. Bilangan perkataan antara 50 65 patah perkataan12. Contoh soalan UPSR 2010
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi darpada petikan di bawah
Sahabatku Fadhil, Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya. Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami manfaatkan dengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri, dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman. Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya ke Underwater World,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan. Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.
13. Menyenaraikan semua idea yang diperolehi.Nilai dalam teks(tersurat)Nilai yang ditukar(tersirat)
Menceritakan pengalamanBerkongsi pengalaman/idea
Setiap detik...kami manfaatkanMenghargai masa
Mengunjungi.....tempata bersejarahpatriotisme
Kagum akan keindahan alamMenghargai alam/bersyukur
Meminta kebenaranMenghormati guru
berbarisberdisiplin
Membeli....yang perlu sahajaBijak berbelanja/berjimat
Dipesan oleh ibuPatuh/taat
Membeli cenderamataMengingati kawan/prihatin
14. Memilih lima idea yang dikehendaki dan membina ayat menghargai masa menghormati guru berdisiplin berjimat prihatin
15. Kembangkan idea mengikut petak lajur limaObjekKata bantunilaiKata hubunghuraian
KitapatutMenghargai masadenganMelawat tempat bersejaran
KitamestiMenghormati gurudanMendengar nasihat
kitamestilahberdisiplindenganberatur
kitahendaklahberjimatdenganMembeli barang-barang yang penting
kitasepatutnyaprihatindenganMembeli cenderamata
16. Membina ayat ulasan
Nilai yang diperoleh ialah kita patut menghargai masa dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti melawat dalam negara.Selain itu, kita mesti menghormati guru dan mendengar nasihat mereka agar kita sentiasa selamat.Seterusnya kita mestilah berdisiplin dengan beratur sebelum memasuki sesuatu tempat untuk mengelakkan kemalangan.Di samping itu kita hendaklah berjimat-cermat dengan hanya membeli barang-barang yang penting sahaja.Akhirnyai,kita sepatutnya prihatin terhadap kawan-kawan dan keluarga dengan membeli cenderamata kepada mereka sebagai tanda ingatan.
Top Related