BAHAGIAN C
MEMBUATULASAN
Cadangan masa menjawab Bahagian C20 minit
Membuat Ulasan
• 20 markah• Ulasan yang dibuat berpandukan soalan
kepada situasi yang diberikan.• Tidak kurang 50 patah perkataan.• *Tidak lebih daripada 50 patah
perkataan.
Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/pernyataan/puisi/dialoq/rencana yangmengandungi banyak pengajaran/amalanbaik atau nilai-nilai murni.
Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi soalan ini ialah 20 markah.
BAHAGIAN C• Bahagian ini amat penting .• Perlu memahami dan meneliti dengan jelas
petikan yang diberi.• Calon tidak digalakkan mencatat atau
menyalin semula .• Pastikan nilai-nilai murni yang perlu dikaitkan
berdasarkan petikan yang disediakan.• Tidak perlu menulis semula nama orang yang
diceritakan .
JENIS SOALAN : 1. AMALAN BAIK
Belajar bersungguh-sungguh Mendisiplinkan diri Menolong orang yg. ditimpa kesusahan Mengambil berat / memberi perhatian Luhur tanpa menyimpan rasa dendam Bijak memujuk dgn kata-kata yg. Sopan Tidak buang masa Menanam sikap rajin bekerja
• Pastikan mengikut arahan soalan .• Nilai murni yang disampaikan boleh
dicampur-aduk . • Nilai yang negatif tidak boleh diterima.• Jawapan yang disampai dalam satu
perenggan.• Jawapan yang mempunyai lebih daripada
satu perenggan tidak diterima .• Penggunaan watak contoh nama orang ,
saya , kita boleh diterima.
JENIS SOALAN : 2. NILAI-NILAI MURNI
Baik hati Berdikari Berhemah tinggi Hormat Kasih sayang Keadilan Kebebasan Keberanian Kejujuran
Toleransi Kesyukuran Harmoni Berdisiplin Berwawasan Semangat bermasyarakat Patriotisme Rasional Kesederhanaan Kerjasama Kerajinan
JENIS SOALAN : 3. PENGAJARAN
Memelihara dgn. kasih sayang
Jasa dihargai dan dibalas Menyayangi ibu bapa
dan keluarga Mensyukuri anugerah
tuhan Bersifat murah hati Ucap terima kasih
Bersimpati pada golongan lemah
Sifat bertanggungjawab Menepati masa Amanah Kesabaran membawa
kejayaan Menjaga keselamatan Bersikap prihatin Mematuhi peraturan
BAHAGIAN C – 20 MARKAH
PENSKORAN KRITERIA
CEMERLANG( 17 -20 )
i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul
BAIK( 12 – 16 )
i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.
MEMUASKAN( 6 – 11 )
i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai.iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan
PENCAPAIAN TAHAP
MINIMUM( 1 – 5 )
i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan.ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.
Cara Menulis ulasan
• Baca dan fahami situasi.• Gariskan amalan baik dalam soalan.• Sediakan rangka ulasan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks.• Tulis ulasan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat
sahaja.• Panjang jawapan tidak kurang 50 patah
perkataan/panjang jawapan tidak lebih 50 patah perkataan.
Darma seorang pelajar yang sering membantu ibunyaketika berada di rumah.
Selepas mandi dan menyiapkan diri, Salasiah bersarapanbersama-sama ibu bapanya.
Ketika melihat keadaan jalan raya yang sibuk, Borhan punmelintas jalan menggunakan jejantas yang disediakan..
Contoh SoalanMembuat Ulasan
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.
AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN +SEBAB
BANGUN AWAL PAGI
MEMBANTU IBU
BERSARAPAN BERSAMA-SAMA
BERSARAPAN
BERSALAMAN DENGANAYAH DAN IBU
MEMBACA BUKU
MEMBERSIH KELAS
KELAS YANG CERIA
AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN +SEBAB
BANGUN AWAL PAGI DISIPLIN DIRI/MENGHARGAIMASA
MEMBANTU IBU RAJIN/MERINGANKAN BEBANKERJA IBU/TANGGUNGJAWAB
BERSARAPAN BERSAMA-SAMA
MENGERATKAN HUBUNGANKASIH SAYANG/SILATURRAHIM
BERSARAPAN MENJAGA KESIHATAN/TIDAKLAPAR/DAPAT BERI TUMPUANKETIKA BELAJAR
AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN +SEBAB
BANGUN AWAL PAGI DISIPLIN DIRI/MENGHARGAIMASA
MEMBANTU IBU RAJIN/MERINGANKAN BEBANKERJA IBU/TANGGUNGJAWAB
BERSARAPAN BERSAMA-SAMA
MENGERATKAN HUBUNGANKASIH SAYANG
KITA HARUSLAH MENGHARGAI MASA DENGAN BANGUN AWAL PAGI.
SELAIN ITU, KITA DAPAT MERINGANKAN BEBAN KERJA IBU SEPERTI MEMBANTU IBU.
DI SAMPING ITU, KITA PERLULAH MENGERATKAN HUBUNGAN KASIH SAYANG DENGAN BERSARAPAN BERSAMA-SAMA.
AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB
BERSALAMAN DENGANAYAH DAN IBU
MENGHORMATI IBU BAPA/MOHON RESTU
MEMBACA BUKU RAJIN/MENGHARGAIMASA
MENYAPU/MEMBERSIH KELAS
TANGGUNGJAWAB/MENJAGA KEBERSIHAN
KELAS YANG CERIASERONOK & SELESABELAJAR
Akhir sekali,
perlu
hendak
harus
patut
Kata BantuNilai murni/pengajaran
Kata Hubung Huraian Penanda
Wacana
dengan
kerana
agar
supaya
seperti
Selain itu,
Di samping itu
Seterusnya,
mesti
BAGAIMANA MENULIS ULASAN
Contoh ulasan
Antara nilai yang terdapat dalam petikanialah kita mestilah menghargai masa dengan bangun awal pagi. Selain itu, kita perlulah meringankan beban kerja ibu dengan membantu ibu. Seterusnya, kita dapat mengeratkan hubungan kasih sayang dengan bersarapan bersama-sama. Di samping itu, kita perlu menghormatikedua-dua ibu bapa kita dengan bersalamandengan mereka sebelum pergi ke sekolah.Akhirnya , kita dapat menambah ilmupengetahuan dengan membaca buku.
Sudah menjadi kebiasaan bagi Izzati untuk bangun awal setiap hari. Pukul 5.30 pagi lagi Izzati sudah bangun dan mengemas tempat tidurnya. Setelah mandi dan menyiapkan dirinya dengan pakaian sekolah yang lengkap, Izzati bersarapan dengan ayah dan ibunya serta adik beradiknya.
Bangun awal setiap hari
Mengemas tempat tidur
Mandi dan menyiapkan diri
Bersarapan dengan ayah dan ibu
Berdisiplin / menghargai masa
Tanggungjawab / rajin
Menjaga kebersihan diri /berdisiplin
Mengeratkan hubungankasih sayang
Sebelum loceng persekolahan berbunyi, Izzati sudah berada di dalam kelasnya. Dia akan menjalankan tugas seperti yang tertera pada jadual tugasan kelasnya. Ketika belajar, Izzati memberi sepenuh tumpuan terhadap setiap mata pelajaran khususnya matapelajaran yang dia agak lemah. Dia sentiasa bertanya gurunya jika dia tidak faham. Dia dan rakan-rakannya selalu membuat perbincangan dalam kumpulan bagi memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuannya.
2009
Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang
Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.
Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut
telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir
lemas.
Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun
agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan
dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.
Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang
mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera menggigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya
tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang
Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.
Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.
AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB
KELUAR MENCARI MAKANAN
MENCARI MAKANANUNTUK KUMPULANNYA
BERSUNGGUH-SUNGGUHMENJALANKAN TUGAS
TIDAK JATUH KE DALAM SUNGAI
MENJATUHKAN SEHELAI DAUN
MENYELAMATKAN DIRI
AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB
SEGERA MENGGIGITKAKI PEMBURU
MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
BERSAHABAT BAIK
AMALAN BAIK NILAI/PENERANGAN/SEBAB
KELUAR MENCARI MAKANAN
RAJIN
MENCARI MAKANANUNTUK KUMPULANNYA BERTANGGUNGJAWAB
BERSUNGGUH-SUNGGUHMENJALANKAN TUGAS
TEKUN / BERUSAHA /DISIPLIN
TIDAK JATUH KE DALAM SUNGAI BERHATI-HATI
AMALAN BAIK PENERANGAN/SEBAB
MENJATUHKAN SEHELAIDAUN
MEMBANTU/MENOLONG/BAIK HATI
MENYELAMATKAN DIRI BERTINDAK PANTAS/BIJAK/PRIHATIN
SEGERA MENGGIGITKAKI PEMBURU
MEMBALAS JASA/MENGENANG BUDI
MENGUCAPKAN TERIMAKASIH
MENGHARGAI PERTOLONGAN
BERSAHABAT BAIK SETIA KAWAN/HUBUNGAN MESRA
Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menontontelevisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergike sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau-kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlahtiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapansekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa menguncibasikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu“Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalambarisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapatibahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpangoleh rakan untuk pulang ke rumah.
1. Tidur larut malam2. Membuang masa menonton televisyen3. Tidak bersarapan4. Tidak menghormati ibu bapa5. Tidak mematuhi peraturan jalanraya6. Tergesa-gesa7. Tidak menjaga keselamatan harta sendiri8. Tidak menghormati lagu kebangsaan9. Menolong orang yang dalam kesusahan.
Kita mestilah menghargai masa dengan tidur pada masanya dan bangun awal kerana masa itu emas. Selain itu, kita hendaklah menghormati ibu bapa dengan bersalam sebelum pergi ke sekolah sebagai tanda seorang anak yang bersahsiah. Seterusnya, kita mestilah mematuhi peraturan jalan raya dengan berhenti semasa lampu isyarat merah bernyala demi keselamatan diri sendiri. Selanjutnya, kita patutlah bertanggungjawab dengan menjaga harta benda sendiri seperti basikal agar tidak menyesal kemudian. Akhirnya, kita wajarlah bersemangat patriotik dengan berdiri tegak semasa lagu Negaraku dinyanyikan sebagai tanda taat kepada Negara.
CONTOH JAWAPAN
CARA MENGULASMENGULAS SEBAB / MENGULAS NILAI
I. APA? + MENGAPA? (SEBAB)
II. APA? + BAGAIMANA? (CARA/NILAI)
III. APA? + KESAN / AKIBAT (+ / -)
Kembangkan idea ikut kesesuaian
– Apa? (nilai yang dikesan) bangun awal pagi
– Bagaimana? (perlakuan nilai) disiplin diri
– Contoh (peribahasa / rujuk teks) masa itu emas
– Kesan / Akibat (baik / buruk) tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu
Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian C
Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya … Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya …
Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya … Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya …
Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ... Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...
Sebagai seorang pelajar, kita haruslah……………….
BAHAGIAN C – Cara menulis.
Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikanini ialah ……………………………..(huraian).Seterusnya, ………………………..……………………...................................(huraian)……………...Di samping itu, ……………………….……………......(huraian)………………………………………..Selain itu, ……………………….……………………….……………………………..(huraian)………….………………………………………………………………Akhirnya, kita……………………….(huraian)……………………………………………………………..
•Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja. Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.
Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah…..………………….agar………………………(huraian)Kita juga perlu………………………untuk…………………………………………………….……(huraian)Seterusnya, kita perlu……………………………….untuk………………………………………..(huraian)Kita juga harus……………………………supaya………………………………………………….(huraian)Kita mestilah juga……………………………………bagi…………………………………………(huraian)
Apa yang penting setiap amalan/nilai/pengajaran mesti ada huraian
Elakkan daripada menulis ulasanmenggunakan perkataan,
“………………..itu merupakan amalan yangbaik”.“……………….itu merupakan sikap yang terpuji”.“……………….itu merupakan amalan yangmulia”.
Untuk mendapat markah yang cemerlang Dalam bahagian C ini, anda mestilah:
1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.
Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolahyang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar.Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain-main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik.Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedihmelihat cenderamata yang diperolehi daripadasahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adikkerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasabersalah dan meminta maaf kepada kakak.
Azizul : Apa khabar Rahim?Rahim : Khabar baik. Gembiranya saya melihat kamu datang hari ini.Azizul : Bukankah kita sudah lama berkawan. Saya bimbang apabila mendapat
tahu kamu sakit. Oh, ya! Kawan-kawan di sekolah berkirim salam
kepada kamu. Ini, saya ada bawakan karipap kegemaran kamu.
Rasalah.Rahim : Terima kasih, Azizul. Saya hanya sakit perut biasa saja. Tak perlulah
awak bimbang.Azizul : Syukurlah. Walau bagaimanapun, kamu mestilah makan ubat mengikut
nasihat doktor supaya cepat sembuh. Lain kali pilihlah gerai makanan
pyang bersih. Jangan makan makanan yang tercemar.Rahim : Betul cakap kamu tu Azizul. Eh, Azizul, rindu pula saya pada kawan- kawan di sekolah.Azizul : Ya, kami semua rindukan kamu. Cikgu Siti pun kirim salam dan
berpesan supaya kamu menyiapkan kerja sekolah sepanjang kamu tidak
hadir.Rahim : Terima kasih. Kamu memang sahabat sejati saya.Azizul : Hari dah hampir petang. Saya pulang dulu. Nanti emak saya bimbang
pula.Rahim : Hati-hati mengayuh basikal di jalan raya itu.Azizul : Terima kasih kerana mengingatkan saya.
Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripadapetikan di bawah.
Saudari,
Apa khabar saudari sekarang? Surat saudari telah selamat saya terima dua hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana sudi mengirim surat kepada saya walaupun sudah lama kita tidak berjumpa. Bagaimana kehidupan saudari sekarang?
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada saudari kerana telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang baru diumumkan mingu lepas. Kejayaan saudari dalam peperiksaan UPSR tersebut telah memberi peluang kepada saudari untuk menjejakkan kaki ke sekolah berasrama yang diidamkan oleh semua murid. Saya berasa kesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh dan tidak menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan UPSR.
Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah,
Walau bagaimanapun, saya bertekad untuk memperbaiki kesilapan saya. Saya berasa keputusan saya belum terlambat. Mulai saat ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mendengar nasihat kedua-dua ibu bapa saya. Jika sebelum ini saya sering tidur lewat dan sentiasa lewat bangun, maka saya akan memperbaiki kesilapan tersebut.
Sebenarnya, saya berasa amat malu kepada guru-guru dan ibu bapa saya. Nasihat guru-guru sering saya abaikan. Kerja sekolah yang diberi jarang dapat saya siapkan. Kawan-kawan sering mengajak saya belajar bersama-sama dalam satu kumpulan, tetapi tidak pernah saya endahkan. Saya dinasihat untuk membahagikan masa dengan seimbang tetapi segalanya saya tidak ambil kisah. Saya sering kali keluar rumah tanpa kebenaran ibu bapa. Kini saya menyesal dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di sekolah saya pula. Doakanlah kesejahteraan saya.
Sampai di sini dahulu warkah saya buat kali ini. Saya harap saudari akan menempuh kejayaan yang cemerlang dalam hidup dan semoga berbahagia selalu.Sekian.
Kesilapan yang biasa dilakukanoleh calon semasa menjawab
soalan peperiksaan
1.
1. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan - Kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.
2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas. - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.
3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi
dan penutup. - tiada mempunyai perenggan.
4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta
struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.
5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau
dialog dalam jawapan.
6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal
menjawab cukup soalan.
7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang diminta oleh soalan.
8. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah. Tidak menarik.
9. Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang tersusun kemas. Kurang menggunakan penanda wacana. Penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.
SEKIAN, TERIMA KASIH
KALAU TAK FAHAM JUGA, TANYALAH GURU-GURU
ANDA.
OK KAWAN-KAWAN….. DAH HABIS…AMIN…….KITA JUMPA LAGI…
TERIMA KASIH DAUN KELADIPANJANG UMUR, JUMPA LAGI;SUNGAI KLANG SUDAH BERSIHSEKIAN….TERIMA KASIH…..
KALAU ADA JARUM YANG PATAH,JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI;KALAU ADA SILAP DAN SALAH,JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI.
BETUL…..BETUL……BETUL……
SELAMAT BERTEMU LAGI.JUMPA LAGI PADA LAIN MASA &
KETIKA.
Dihasilkan oleh:-Suwaibah Sussana AbdullahSK Tok Muda, Kapar, Klang. [email protected]
SENYUMLAH…..SENYUMLAH……AHAI….CIK MEK MOLEK……SENYUMLAH…..SENYUMLAH….AHAI….CIK MEK MOLEK…..
GADIS IDAMANKUHANYA ENGKAU YANG SATUHADIRLAH……DALAM MIMPI….MIMPIKU….BIAR BERIBU…RAMAI DATANG MENGANGGU…PADAKU….ENGKAULAH YANG SATU……