7/27/2019 bab1 literasi
1/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
1
Pengenalan
National Key ResultAreas(NKRAs)Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam
bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan di sekolah rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah
rendah yang belum menguasai literasi.Ketidakupayaan murid untuk menguasai
literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada
pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan
formal.Oleh sebab itu,Kementerian Pelajaran merancang untuk mengatasi masalah
tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (Program LINUS)
APA ITU LINUS?
LINUS ialah akronim bagi "Literacy dan Numeracy Screening"
LINUS merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid
memperoleh kemahiran asas literasi dan kemahiran asas numerasi semasa di
Tahap1 sekolah rendah.
LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah
3M,(membaca,menulis,mengira)
Matlamat
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid mengikuti program
LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid yang
berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti Program LINUS.
Faktor-faktor Utama Untuk Memastikan Kejayaan LINUS
1.Guru pemulihan LINUS (1:15 murid)
2.Mewujudkan jawatan Fasilinus di PPD (1:30)
3.Semua sekolah mesti menyertaiProgram LINUS ini.
7/27/2019 bab1 literasi
2/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
2
4.Meningkatkan kemahiran pedagogi guru melalui latihan dalam perkhidmatan dan
latihan pra-perkhidmatan.
5.Pemantauan berterusan oleh pihakKPM/JPN/PPD/SEKOLAH.
Definasi Asas Literasi
Keupayaan membaca,menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk dalam Bahasa Malaysia dan mampu menggunakan perkataan tersebut
dalam pembelajaran dan komunikasi harian
Definisi Asas Numerasi
Keupayaan untuk menyelesaikan operasi asas matematik, memahami ideamatematik yang mudah dan mampu menggunakan kemahiran matematik dalam
kehidupan seharian.
KIA2M
KIA2M atau kelas Intervensi Awal membaca ialah program yang dirancang khusus
untuk membantu murid-murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas menbaca dan
menulis dalam bahasa Melayu.Tujuannya adalah memastikan mereka boleh
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis.Dari segi pelaksanaannya,KIA2M
dijalankan sepenuh masa oleh guru bahasa melayu tahun satu di sekolah
kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh negara.
Program Pemulihan Khas
Pemulihan khas ialah program yang dirancang khusus untuk murid-murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan
mengira.Tujuannya adalah untuk membantu golongan ini menguasai kemahiran asas
3M yang masih belum mampu dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.Justeru
program ini mengutamakan prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya
tidak menjadi kronik sehingga ke tahap dua dan sekolah menengah.Dari segi
7/27/2019 bab1 literasi
3/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
3
pelaksanaannya,program ini dikendalikan secara berasingan dari kelas biasa dan
mempunyai jadual sendiri.Elemen penting kelas pemulihan khas ialah:
a) Dijalankan di dalam bilik darjah khas di sekolah-sekolah harian biasa.
b) Dikendalikan oleh guru yang terlatih dalam pemulihan khas.
c) Bilik darjah perlu kondusif serta mempunyai kemudahan lengkap.
d) Bilangan murid tidak melebihi 15 orang dalam satu-satu sessi
e) Murid yang terlibat diambil dari kelas lain.
f) Pemilihan murid ditentukan hasil perbincangan guru pemulihan,guru besar
dan guru-guru matapelajaran yang terlibat.
g) Mengutamakan sistem fail yang bersistematik kerana semua maklumat murid
perlu dicatat dan disimpan dalam fail berkenaan.h) Pembelajaran murid berdasarkan buku panduan dan modul yang
disediakan,iaitu Modul Pemulihan Khas,Modul Bahasa Melayu dan Matematik
serta Modul Bacaan Bergred.
i) Penilaian murid ditentukan menerusi ujian saringan,ujian diagnostik Bahasa
Melayu, Ujian pencapaian Bahasa Melayu dan ujian pengamatan.
Konsep
Program Pendidikan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M).
Matlamat
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-
kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
Objektif
Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
i)Menguasai kemahiran asas 3 M.
7/27/2019 bab1 literasi
4/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
4
ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.
iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan
perasaan mereka.
Definasi Murid Pemulihan
Bagi mencari takrif murid pemulihan ini,terdapat berbagai-bagai definasi yang
cuba diberikan.Para pendidik menganggap kanak-kanak pemulihan sama
maksudnya dengan kanak-kanak lembam ataupun slow learner yang mempunyai
pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas.
Menurut kamus Dewan:pulih bermaksud kembali seperti
biasa,sembuh,atau baik semula.
Pemulihan dalam konteks pendidikan pula diertikan sebagai suatu usaha
untuk membaiki sesuatu kekurangan atan membetulkan sesuatu yang tidak betul.
Koh(1982):Pendidikan Pemulihan adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya
kerana bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.
Sampson(1975):Pendidikan Pemulihan adalah tindakan khusus yang diambil
untuk mengatasi keperluan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran.
Ee(1998):Pendidikan Pemulihan merupakan suatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan untuk menolong pelajar menghadapi masalah
pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran dengan pendekatan bahan-
bahan pengajaran serta aktiviti yang alternatif.
Menurut Buku Panduan Am KBSR:Pendidikan Pemulihan adalah satu
proses p&p yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah/ kesukaran
belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam 3M.
Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran sama ada dalam membaca,menulis atau mengira.Mereka
menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca,menulis ataumengira.Selain itu sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan
7/27/2019 bab1 literasi
5/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
5
memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan,murid ini
juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin,rendah konsep diri,pasif terhadap
kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
Menurut laporan yang bertajukAsia and Pasific Programme of Education
Innovation for development(1987)yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia ,sasaran pengajaran pemulihan ialah:Those that are categorised as having
learning problem generally display disability in areas such as reading,spoken or
written language,mathematics and in skills related to perceptual processes in
learning.Due tu their shortcomings in one or more of the areas,some children find
learning a difficult task.
Manakala Pusat Perkemb angan Ku rikulum (1984)murid pemulihan ialah
mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran
tertentu,bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkahlaku yang
menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif
terhadap pembelajaran.
Kesimpulannya ,murid pemulihan ialah mereka yang lambat pembelajarannya
yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhana atau rencatan yang ringan dan
termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam
usaha penyesuian kepada kurikulum biasa.
A. Elemen Program ini antaranya
Dikendalikan secara kelas biasa dan mempunyai jadual sendiri iaitu 30 masa
seminggu dan masa tambahan sebanyak 2 masa persediaan semuanya berjumlah
120 jam seminggu. Guru pula terlatih dalam pemulihan. Bilik darjah pula kondusif
serta mempunyai kemudahan.Bilangan murid tidak melebihi 15 orang.Kemasukan
ke kelas pemulihan kerana murid tidak lulus saringan linus kohort 2 pada
tahun 1 . Terdapat 3 peringkat saringan 1 di tahun 1 ,saringan 2 di tahun 2 dan
saringan 3 di tahun 3. Setiap saringan melibatkan 12 konstrak,dan juga ada
murid Protim yang diajar oleh guru. Modul pembelajaran pada masa dahulu modul
Pemulihan Khas kini modul Pemulihan Khas di campur dengan modul Linus yangdibekal oleh Kementerian. Aspek penilaian ditentukan oleh ujian diagnostik Bahasa
7/27/2019 bab1 literasi
6/28
7/27/2019 bab1 literasi
7/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
7
Membaca bermaksud perbuatan membaca ialah dianggap sebagai terbina
daripada dua proses mentafsir bentuk bertulis dan memahami mesej yang di
sampaikan melalui bentuk bertulis. Murid keliru dengan huruf, sukar
pengamatan,membatang sukukata,sukar membaca ayat,kesukaran mengingat
semula. Lima masalah dalam membaca ialah
Punca-Punca Masalah Membaca
Ketidak-bolehan mentafsir symbol (huruf/visual) untuk diterjemahkan sebagai
ayat atau perkataan secara lisan-(Haidi 2008)
Konsep kendiri yang rendah
Tidak matang dari segi emosi dan intelek
Lemah daya ingatan
Gagap
Gangguan pengamatan
Kurang rangsangan
Mudah hilang tumpuan
Kajian dan secara ilmiah : menyatakan punca masalah membaca adalah seperti
yang berikut :
Kanak-kanak tidak dapat mendiskriminasikan bentuk, kedudukan, nama,
sebutan dan turutan abjad dalam sepatah perkataan.
Kanak-kanak tidak dapat mengingati ciri-ciri dan atribut yang disebutkan di
atas tadi untuk 26 abjad dan empat diagraf.
Kanak-kanak tidak dapat mengaitkan sebutan tiap-tiap abjad serta diagraf
apabila diadunkan menjadi suku kata dalam sepatah perkataan.
7/27/2019 bab1 literasi
8/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
8
Pengamatan penglihatan kanak-kanak bercelaru apabila mereka berhadapan
dengan halaman kertas yang penuh dengan abjad-abjad yang tersusun rapi
kerana :
Syarat-syarat yang dikenakan untuk membaca seperti melihat dari kiri ke
kanan bercanggah dengan kebiasaan melihat dari kanan ke kiri.
Simbol-simbol abjad tidak memberikan gambaran tentang bentuk fizikal yang
boleh mereka kaitkan. Contohnya, apabila mereka melihat simbol lukisan
kucing mereka nampak ciri-ciri fizikalnya seperti matanya, telinga, misai, ekor
dan lain-lain lagi yang mereka boleh kaitkan dengan seekor kucing.
Sebaliknya, simbol abjad tidak mempunyai sebarang bentuk fizikal yangmereka boleh tanggapi.
Sesetengah murid masih tidak faham akan konsep mengeja yang
diterapkan oleh guru.
Ada murid mengeja tanpa melihat bahan bantu mengajar yang diberi.
Murid mengeja kerana terikut-ikut dengan sebutan rakan-rakan. Jadi,
rakan silap eja dan sebut, murid berkenaan juga akan melakukan
kesilapan.
Sesetengah murid yang lambat perkembangannya tidak dapat
menguasai kemahiran mengeja dengan pantas. Jadi, murid akan kerap
melakukan kesilapan. Jangan bimbang, guru perlu bimbing murid ini
eja dan sebut secara berulang-ulang.
Sesetengah murid pula hanya tahu bunyi dua abjad sahaja. Contohnya,
suku kata KA. Jika guru menambah suku kata dibelakangnya seperti,
CANG. Murid tetap akan mengeja suku kata kedua ini sebagai CA
tetapi dibunyikan sebagai CANG.
Ada murid yang yang lemah pengamatannya. Justeru, murid akan
alami kesukaran untuk memindahkan cara pandang dan baca suku
kata dalam satu perkataan antara suku kata pertama kepada suku kata
kedua.
7/27/2019 bab1 literasi
9/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
9
Justeru, diharapkan selepas ini, guru akan dapat mengatasi kekurangan
Masalah dalam Membaca
i)Tidak Kenal Huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal
membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut
sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu
tidak bermakna atau berlainan makna.
ii)Meninggalkan Huruf
Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut
uah, kering disebut kerin, mengandungi disebut mengandung dan
sebagainya.
iii)Meninggalkan Perkataan
Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;
Buku itu sangat tebal dibaca sebagai Buku itu tebal.
iv)Tidak Memahami Apa yang dibaca
a)Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan
waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya.
b)Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya
dalam ayat Panjatlah lagi pokok itu yang bermaksud melarang seseorang daripadamemanjat pokok.
c)Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat
dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan
yang dibaca.
d)Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan
yang dibaca.
7/27/2019 bab1 literasi
10/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
10
e)Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang
dibaca.
f)Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities)
dalam bahan yang dibaca.
g)Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan
sebagainya dalam buku.
v)Teragak-agak
Teragak-agak (hesitation) teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum
menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti
akan bacaannya.
vi)Salah Sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam
konteks ayat berkenaan.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang
dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga
perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh
menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap
ditunjukkan adalah yang berikut:
a)membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh
perkataan
b)bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,
c)membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g)tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata,
mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya,
7/27/2019 bab1 literasi
11/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
11
h)Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring,
i)kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j)cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.
Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh
murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan
menghadapi masalah dalam bacaan.
vii)Membaca secara songsang
Contohnya, jika murid membaca secara songsang dari belakang ke depan, murid
akan keliru dan akan menyebabkan kemahiran membaca murid semakin lemah dan
teruk.
Contoh: Makandibaca sebagai nakan
viii)Tidak dapat mengingati dan membayangkan bentuk sebenar sesuatu huruf
atau perkataan.
Murid tidak dapat mengecam bentuk huruf dan perkataan. Terdapat beberapa huruf
yang kelihatan seakan-akan sama walaupun bunyinya adalah berbeza.
Bagi murid disleksia, masalah yang dihadapi dalam mengecam bentuk huruf dan
konfigurasi perkataan sangat ketara. Simbol-simbol perkataan yang bercetak sukar
diterjemahkan. Murid melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan secara
terbalik. Kekeliruan inilah yang menyebabkan murid sangat lemah dalam kemahiran
mengeja.
Contoh: Keliru membezakan huruf "b" dan "d", huruf "p" dan "q".
viiii)Masalah memori auditori dan visual
Murid menghadapi masalah untuk mengingati bunyi dan suku kata. Mereka sering
memerlukan arahan yang jelas dan mudah bagi membantu mereka mengenal pasti
bunyi sesuatu perkataan dan membina kemahiran fonologi. Murid yang menguasai
7/27/2019 bab1 literasi
12/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
12
kemahiran ejaan dengan baik akan menyimpan perkataan dalam memori dan
mengingat kembali perkataan tersebut tanpa memerlukan petunjuk visual. Manakala
murid yang lemah dalam ejaan amat memerlukan latihan dan aktiviti untuk
menguatkan ingatan visual.
x)Lemah dari segi Analisis pendengaran.
Murid sukar mengingat bunyi abjad, bunyi suku kata perkataan dan juga sukar
menyusun atau menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan. Murid juga
tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan huruf yang dilihat disebabkan kurang
pendengaran.
Contoh: Sukar membezakan bunyi huruf vokal dan huruf konsonan.
xi)Sebutan huruf yang salah
Murid menyebut nama huruf dalam 'telo' bahasa ibunda atau 'loghat' daerah. Selainitu, murid menghadapi masalah dalam sebutan huruf "e" pepet dan "e" taling.
Contoh: "Makan" disebut "make", "perang" ( peperangan) disebut "perang" (warna).
B. Sukar pengamatan
Janet W Leaner ( 1971) pengamatan satu proses untuk mengenal maklumat
daripada tindak balas pancaindera dengan kuasa intelek melibatkan
penglihatan, pendengaran, pengamatan psikomotor. Akitiviti pengamatan ialah
satu kemahiran yang boleh membantu murid supaya boleh membaca. Dalam
hal ini ciri ciri murid mengalami kesukaran pengamatan melibatkan
kesukaran dalam membaca.
Antara cirinya ialah
7/27/2019 bab1 literasi
13/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
13
Lemah koordinasi motor, antara mata dan tangan, sukar dan kurang mahir dalam
melakukan kerja kreatif, tidak faham apa yang dihafal walaupun bayak mengafal.
Tidak melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan
Punca- punca kelemahan pengamatan
1. Lemah dalam pengamatan yang teruk.
Pengamatan bermaksud hasil tindakbalas keseluruhan sistem deria setelah
menerima rangsangan daripada sumber lain.
Pengamatan visual pula berkait dengan keupayaan deria penglihatan untuk
menerima rangsangan dan seterusnya menghantar maklumat tersebut ke otak untuk
ditafsirkan. Jika pengamatan penglihatan murid menghadapi masalah, maka
perkataan atau huruf-huruf yang dilihat murid akan mengalami kesalahan dan
kesilapan. Contohnya, jika murid membaca secara songsang dari belakang ke
depan, murid akan keliru dan akan menyebabkan kemahiran membaca murid
semakin lemah dan teruk.
Contoh set praktis pengamatan
- Dekriminasi yang sama
- Dekriminasi yang ganjil atau tidak sama
- Dekriminasi saiz dan kedudukan
-Kordinasi motor-mata tangan - pertalian jarak atau ruang, mazing, turutan,
cari benda tersembunyi,
Menyalin ,
Proses Membaca
Dalam proses membaca ini terdapat lima peringkat iaitu:
a) Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat
b) Mengaitkan lambang atau perkataan yang dilihat
c) Menterjemah makna perkataan dan mengaitkan dengan pengetahuan
sedia ada.
7/27/2019 bab1 literasi
14/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
14
d) Mengumpul dan mencantum idea,perkataan dan ayat menjadi suatu idea
yang lengkap
e) Cuba menghuraikan atau menjelaskan idea yang didapati kepada diri
sendiri atau kepada orang lain.
Kesediaan Membaca
Kesediaan membaca murid-murid berkait secara langsung dengan pendidikan
literasi.Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang murid untuk
membaca adalah merujuk kepada kesediaan mereka untuk menerima pengajaran
dan pembelajaran dari segi mental,emosi dan fizikal.Ini melibatkan pelbagai aktiviti
sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan,termasuklah proses mendirikan
asas,mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih
tinggi.Umumnya bagi seorang murid yang tidak pernah didedahkan dengan apa jua
aktiviti bacaan bermakna kesediaan membaca yang akan dilalui mereka merangkumi
kebolehan fizikal,emosi dan mentalnya.
Dari segi fizikalnya,kemampuan kanak-kanak boleh dilihat dari tiga sudut iaitu
keupayaan alat-alat sebutannya(artikulasi)menghasilkan bunyi-bunyi yang akan
diajarkan,keupayaan matanya mengecam pelbagai bentuk dan keupayaan
pendengarannya mengecam pelbagai bunyi-bunyi.Manakala dari segi emosi
pula,kemampuan seseorang murid dapat dilihat dari dua aspek,iaitu minatnya
terhadap bahan-bahan bacaan berkenaan.Ini termasuklah kemampuan kanak-kanak
boleh bermain dengan bahan bacaan,dapat membelek-belek bahan bacaan
berkenaan,tertatik dengan bahan bacaan serta pengaruh rakan-rakan yang minat
membaca.Kedua,minatnya untuk mendengar bahan bacaan terutama dalam bentuk
cerita.Dari segi mental pula,kemampuan seorang kanak-kaqnak dapat dilihat daru
dua aspek berikut,iaitu keupayaanya mengingat kembali maklumat yang didengar
dan kebolehan mengeluarkan maklumat yang telah diketahuinya.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-
kanak ialah keadaan fizikal,pengalaman dan persekitaran,emosi dan motivasi serta
kecerdasan dan perkembangan kognitif.Dari segi fizikal,kemampuan kanak-kanak
dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yangdiajarkan,keupayaan matanya mengecam bentuk dan keupayaan pendengarannya
7/27/2019 bab1 literasi
15/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
15
mengecam bunyi-bunyi.Dari segi emosi,kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi
minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan
terutamanya bahan cerita.Dari segi mental pula,kemampuan kanak-kanak dilihat dari
segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya
menyatakan semula apa jua yang telah diketahui.
Rumusannya,untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat
kesediaan membaca ini,sebagai seorang guru hendaklah membimbing kanak-kanak
menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai
kemahiran membaca dengan lebih mudah.Kajian menunjukkan kanak-kanak
bersedia membaca seawal umur empat tahun.Selain faktor fizikal,emosi dan
mental,faktor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanakmembaca.Sebagai contoh,kanak-kanakyang terdedah dengan pelbagai jenis bahan
bacaan sejaklahir,sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang
yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca
berbanding dengan kanak-kanak seusianya yang tidak mendapat peluang yang
sama.
Masalah Dalam Bacaan Yang Dapat Dikenalpasti
1.Keliru dengan huruf
a) Beberapa huruf kecil yang hampir sama bentuknya.Contohnya
huruf s,c,dan v antara huruf besar dan huruf kecil
b) Huruf yang terbalik.
c) Bunyi huruf yang seakan-akan sama.Contohb,p,dan d
d) Menyebut huruf mengikut teloor atau loghat bahasa ibunda
e) Keliru untuk menamakan huruf besar dan kecil kerana bentuknya
berubah.
2.Kesukaran dalam pengamatan
a) Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
b) Amalan perlu mengeja sebelum mereka membaca.
c) Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebutnya.d) Gagal membunyikan suku kata dalam perkataan.
7/27/2019 bab1 literasi
16/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
16
e) Mengugurkan bunyi sukukata dalam perkataan.
f) Salah sebut perkataan yang seakan-akan serupa bentuknya.
g) Keliru dengan ejaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
h) Salah menyebut dan membunyikan perkataan yang seakan-akan
sama.
i) Menyebut perkataan dengan menggunakan loghat
3.Membatang suku kata
a) Tidak boleh membatang suku kata terbuka dan tertutup.
b) Keliru dengan suku kata e taling dan e pepet
c) Sukar membunyikan suku kata dengan betul selepas membatang suku
kata
d) Sukar membunyikan suku VK yang terdapat di awal perkataan.
e) Salah memecah dan membatang suku kata
f) Tidak boleh membatang perkataan yang banyak suku kata
g) Keliru untuk membatang perkataan yang berdiftong dan vokal
berganding.
h) Tidak boleh membunyikan perkataan yang berdigraf di awal
perkataan.Digraf bermaksud dua perkataan berturut-turut yang
mewakili satu bunyi.Contohnya ng,ny dan sy.
4.Sukar membaca ayat
a) Gemar menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
b) Kerap tertinggal semasa aktiviti membaca beramai-ramai.
c) Terpaksa membaca secara berulang-ulang kali
d) Membaca secara merangkak-rangkak.
e) Membaca mengikut loghat masing-masing.
7/27/2019 bab1 literasi
17/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
17
MASALAH MENULIS
Apa itu Ejaan .
Ejaan adalah satu bentuk pelaziman melalui penulisan. Ia mempunyai 26 huruf atau
abjad roman dan mengandungi lebih daripada 40 fonik.
Siapa murid yang bermasalah dengan Ejaan,murid-murid yang sering mengalami
masalah dalam ejaan terdiri daripada murid disleksia, murid yang mengalami
masalah pendengaran dan pertuturan (sumbing, gagap, masalah artikulasi dan
masalah suara). Murid-murid ini tidak mahir dalam ejaan bukan kerana mereka
MALAS belajar tetapi kerana mereka mempunyai masalah dalam menyebut
perkataan tersebut. Contohnya murid disleksia sering melihat huruf dengan
terbalik. Oleh itu, murid sering meghadapai masalah dalam ejaan.
Punca-punca murid lemah dalam Ejaan.
1. Lemah dalam pengamatan visual
Pengamatan bermaksud hasil tindakbalas keseluruhan sistem deria setelah
menerima rangsangan daripada sumber lain.
Pengamatan visual pula berkait dengan keupayaan deria penglihatan untuk
menerima rangsangan dan seterusnya menghantar maklumat tersebut ke otak untuk
ditafsirkan. Jika pengamatan penglihatan murid menghadapi masalah, maka
perkataan atau huruf-huruf yang dilihat murid akan mengalami kesalahan dan
kesilapan. Contohnya, jika murid membaca secara songsang dari belakang ke
depan, murid akan keliru dan akan menyebabkan kemahiran membaca murid
semakin lemah dan teruk.
2.Lemah masalah menulis
Masalah menulis huruf dengan betul. Masalah menulis jarak dan tempat dalam
perkataan.Masalah menulis jarak dalam perkataan.
Contoh: Makandibaca sebagai nakaM
7/27/2019 bab1 literasi
18/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
18
3.Masalah huruf kecil dan huruf besar
Masalah murid dalam menulis (menul is huruf dari abjad , membentuk suk u kata ,
perkataan dan seterusny a membentuk ayat }
Huruf Kecil
a-Keliru dengan huruf yang seakan akan sama Contoh (o-a) (a-e) (n-m) (f- t) (y-g)
(r-t) (n-h).
b-Keliru mengenai bentuk huruf a) Terbalik
Contoh (n-u)(m-w)(h-y)(g-b)
c- Keliru mengenai bentuk huruf songsang
contoh (b-d)(q-p)(b-p)
d- Keliru dengan bunyi huruf seakanakan sama
Contoh (t-d) (b-p)(n-m)j-g)(s-z)(c-i)
Huruf Besar
-a Keliru dengan huruf besar seakan -akan sama bentuk contoh
(D-P) (M-N) (E-F) (J-T) (Y-K)
-b Keliru dengan huruf besar seakan -akan sama bentuk huruf terbalik contoh (Z-N)
(W-M) (T-L)
C keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuk huruf yang
berlainan.
(A a) B b ) (D d) (Ee) ( (G g) (I i) ( J j) L I) ( Q q) ( R r) ( T t )
Peringkat mengenal nama-nama huruf yang hampir sama.
Keliru dengan nama huruf yang sama bentuk. Contohnya, y dengan g
7/27/2019 bab1 literasi
19/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
19
Keliru dengan orientasi kedudukan bentuk huruf. Contohnya, b dengan d,
m dengan w
Keliru dengan huruf yang hampir-hampir sama frekuensi. Contohnya, b
dengan d,p,t
Keliru dengan orientasi kedudukan huruf besar yang hampir sama bentuk.
Contohnya, W dengan M, Z dengan N
Tidak dapat mengadun bunyi-bunyi huruf yang bergabung seperti diftong dan
diagraf. Contoh, ai, au, ny, sy, kh
Menyebut nama-nama huruf mengikut telor bahasa ibunda. Contohnya, o
disebut wo, l disebut yel, m disebut yem, r disebut yar, z disebut jed
7/27/2019 bab1 literasi
20/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
20
Kajian Masalah
Kajian kes ini saya jalankan ke atas tiga orang murid,semuanya dari tahun dua
iaitu:
1.Muhamad Ridzwan b Mohd Khalid
2.Nasharuddin b Muda
3.Che Nur Wardah Aqilah bt Che Mamat.
ANALISA SATU MASALAH MEMBACA ATAU MENULIS
(MASALAH MEMBACA- MEMBATANG PERKATAAN)
Masalah membatang sukukata
Membatang boleh dikatakan ialah mengejakan huruf atau abjad dan di ikuti
dengan membunyi atau menyebutnya menjadi satu perkataan , terdiri daripada
pelbagai kelas perkataan. Ada kvkv, vkv,kvkvk,kvkvkv dan lain-lain lagi.
kedua-dua langkah ini ialah membatang (mengeja sambil membaca)
Peringkat mengandungi bunyi bunyi dan membatang suku kata :
Kesukaran untuk mengadun dan membatang suku kata :
i. terbuka + tertutup. Contoh : buah, unta, pintu, arnab, tingkap.
ii. Tertutup + terbuka. Contoh : ba-suh, i-tik, ting-gi, an-jing
Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan huruf e-taling dan e-pepet.
Contoh, sepak dengan sepak
Sukar membatangkan perkataan yang lebih daripada dua suku kata. Contoh :
sekolah, berbunga, sempadan, ambulan, bangunan, peristiwa and so on
Sukar membatang perkataan yang mengandungi diagraf dan diftong. Contoh,
main, buih, surau, balai, nyamuk, singa, syarat, tengah,
7/27/2019 bab1 literasi
21/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
21
Sukar membatang perkataan yang bermula dengan imbuhan me. Contohnya,
memakai, menyala, membeli, mengambil
Analisis perkataan yang digunakan dalam pengajaran ini adalah seperti yang di
bawah. Saya tidak ingat susunan asal perkataan-perkataan ini. Yang jelas, susunan
yang dilakukan oleh Rohana adalah secara rawak.
1. tembikai: KVK-KV-KV, tiga suku kata: tertutup-terbuka-terbuka, ada diftong ai
2. anggur: VK-KVK, dua suku kata: tertutup-tertutup, ada huruf gabungan
(digraf) ng
3. pisang: KV-KVK, dua suku kata: terbuka-tertutup, ada huruf gabungan ng
4. ceri: KV-KV, dua suku kata: terbuka-terbuka, ada e taling5. limau: KV-KV, dua suku kata: terbuka-terbuka, ada diftong au
6. mangga: KVK-KV, dua suku kata: tertutup-terbuka, ada huruf gabungan ng
7. betik: KV-KVK, dua suku kata: terbuka-tertutup
8. epal: V-KVK, dua suku kata: terbuka-tertutup, ada e taling
9. oren: V-KVK, dua suku kata: terbuka-tertutup, ada e taling
Masalah membatang sukukata ( KVKV) kosonan vokal kosonan vokal.
Membatang boleh dikatakan ialah mengejakan huruf atau abjad dan di ikuti dengan
membunyi atau menyebutnya dengan betul menjadi satu perkataan , terdiri daripada
pelbagai kelas perkataan. Ada kvkv, vkv,kvkvk,kvkvkv dan lain-lain lagi.
Antara masalah yang dihadapi oleh guru dan murid ialah
1, masalah huruf
-Murid keliru dengan huruf (g j) perkataan gigi disebut jiji.
-Huruf m mata sebut nata.
-Huruf b bola disebut dola
2. Masalah kepelatan. Terutamanya membunyikan huruf r. Tidak berapa jelas di
dalam tekak.
1. Dua suku kata: terbuka-terbuka, ada e talingceri. Feri sukar menyebutnya.
7/27/2019 bab1 literasi
22/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
22
Contoh Bahan Bantu Mengajar kemahiran KVKV yang di buat / diajar oleh guru
permainan Dadu
Kad imbasan bergambar
lembaran kerja :
1. lembaran kerja memadan perkataan dengan gambar
2. lembaran kerja menulis kvkkv berpandukan gambar
3. lembaran kerja mencari perkataan tersembunyi
Panduan Mengajar :
Tunjukkan salah satu gambar daripada kad imbasan dan minta murid
sebutkan nama gambar. Sila lihat contoh di gambar di atas :
1. Guru rangsang murid untuk menyebut nama gambar yang dilihat.
2. Murid akan memberi jawapan iaitu : baju kemeja
3. Tunjukkan kad perkataan bagi : baju
4. Bimbing murid konsep eja perkataan baju menggunakan kad suku yang
dipecahkan kepada suku kata berwarna. Lihat contoh di bawah :
5. Kemudian, minta murid eja sendiri perkataan mengikut suku kata.
6. Jika sudah boleh, tunjukkan kad perkataan (gabungan suku kata pertama dan
kedua tadi). Lihat contoh di bawah :
ba + ju = baju
7/27/2019 bab1 literasi
23/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
23
7. Rangsang murid untuk mengeja dan membatang perkataan ini secara
kumpulan dan individu.
8. Tunjukkan kad imbasan bergambar yang lain dan ulang langkah di atas.
9. Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
10. Pantau aktiviti murid semasa lembaran kerja di edarkan.
11. Semak latihan murid melalui perbincangan
12. Edarkan permainan bahasa berbentuk dadu ( dadu mengandungi kvkv setiap
muka surat)
Antara aktiviti berkaitan dengan perkataan KVKV yang terdapat dalam buku
seperti
Tekasilngkata
Padanan
Meletak perkataan pada gambar
7/27/2019 bab1 literasi
24/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
24
Kekuatan dan Kelemahan Bahan Bantu Mengajar.
Bahan Bantu Mengajar yang telah saya bina dan gunakan adalah
menggunakan kaedah abjad.Terdapat kelebihannya yang tersendiri daripada bahan
bantu ini.Antaranya ialah penggunaannya amat sesuai untuk sistem bahasa melayu
kerana ianya terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya.Hasil daripada
bahan ini murid dapat membaca perkataan yang baharu,walaupun belum pernah
mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf dan membunyikan vokal
konsonan dengan baik.Kaedah yang digunakan ini dapat memberikan kemahiran
asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca.Di samping itu dapat
membantu murid-murid untuk mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam
kemahiran membaca serta memberikan keyakinan kepada mereka untuk terus
membaca.Selain daripada kelebihan secara spesifik ada pula kelebihan bahan ini
secara umumnya iaitu bahan ini dapat membantu saya para guru menyampaikan
pengajarannya secara berkesan,saya dapat mempelbagaikan pendekatan
pengajaran yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran,isi
pengajaran,guru dan pelajar.Dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih
jelas.Saya dapat menarik dan memusatkan perhatian murid saya.Dapat menjimatkan
masa dan murid saya akan dapat belajar lebih banyak dalam masa yangsingkat.Seterusnya melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara saya dan murid
dan murid dengan murid.Bahan ini juga dapat melahirkan dorongan daya
kreativiti,baik kepada guru mahupun pelajar.
Di antara kelebihan yang wujud itu,terdapat juga kelemahannya iaitu lazimnya
murid-murid boleh membaca dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak
memahami apa yang dibacanya.Mereka hanya mementingkan sebutan dan
kelancaran semata-mata yang diperoleh menerusi hafalan sahaja.Murid-murid masih
terbawa-bawa cara membaca sambil mengeja.Hal ini menyebabkan mereka
membaca secara merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang
diucapkan.Sesetengah pendapat pula menyatakan kaedah ini dikatakan tidak sesuai
dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak
secara keseluruhan yang bermakna.Kemungkinan murid-murid akan lupa pelajaran
yang lepas jika tidak diulang sebut berulang kali di dalam bilik darjah.Akhir sekali
7/27/2019 bab1 literasi
25/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
25
perasaan murid akan membosankan apabila mereka diberi latih tubi yang
berlebihan.Kaedah ini lebih kepada aktiviti hafalan dan kurang dalam penghayatan.
7/27/2019 bab1 literasi
26/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
26
REFLEKSI
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya menyiapkan kerja
Literasi Bahasa WAJ3104 mengikut masa yang telah ditetapkan.
Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat pensyarah
pembimbing En Muhammad Irfan Nyia b Abdullah kerana sudi membimbing saya
dan rakan-rakan yang lain untuk menyiapkan tugasan ini.
Tugasan ini memerlukan saya memerhatikan saya masalah murid pemulihan
,menghasilkan bahan bantu mengajar dan membuat penulisan reflektif daripada
kajian masalah ini.Pada mulanya agak sulit untuk menyiapkan tugasan ini bercampur
dengan tugasan lain yang perlu dihantar pada masa yang sama.
Dalam proses menyiapkan tugasan ini langkah awal yang saya ambil ialah
dengan melayari internet mencari maklumat-maklumat mengenai tajuk tugasan ini
disamping ke perpustakaan daerah mencari bahan-bahan berkaitan.
Disamping itu maklumat juga diperoleh oleh guru pemulihan di
sekolah.Dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan tugasan ini berjayadihasilkan.
Ucapan terima kasih juga untuk rakan-rakan sejawat,serta kepada keluarga
tercinta yang sudi sama-sama berkongsi masa dan masalah yang dialami semasa
menyiapkan kerja khusus ini
Sekian Terima Kasih.
Tuan Nor Aini Tuan Hasan
Sains 1
7/27/2019 bab1 literasi
27/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
27
Bibliografi
Internet:
http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf
http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2011/11/masalah-membaca-di-
kalangan-murid.html
http://energeticremedialteacher.blogspot.com/2009/06/masalah-yang-di-hadapi-oleh-
murid-murid.html
BUKU:
Khairuddin Mohamad(2011)Literasi Bahasa Melayu ,Oxford Fajar Sdn Bhd
Kementerian Pelajaran Malaysia(2006)Awal membaca dan menulis tahun, Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia(2011)Modul Murid Literasi Asas,CetakRapi Sdn
Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas(2003)Pelaksanaan Program Pemulihan Khas,PNB Berhad
Kementerian Pelajaran Malaysia,Buku Panduan Khas- Program Pemulihan, Kuala Lumpur,1982.
Bahasa Melayu Program Celik Huruf dan Pemulihan Anugerah Inovatif Peringkat Kebangsaan
2001,Roalan nik mat,Penerbit Fargoes Sdn Bhd.
Buku Program Pendidikan Terengganu Terbilang 2005,Jabatan Pelajaran Terengganu,Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran,Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur.
3.Jurnal
a.Aminuddin Hj. Sulaiman.(2004) .Kajian Penyelidikan PPPJ.Universiti Sains Malaysia,pulau Pinang.
http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdfhttp://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdfhttp://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2011/11/masalah-membaca-di-kalangan-murid.htmlhttp://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2011/11/masalah-membaca-di-kalangan-murid.htmlhttp://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2011/11/masalah-membaca-di-kalangan-murid.htmlhttp://energeticremedialteacher.blogspot.com/2009/06/masalah-yang-di-hadapi-oleh-murid-murid.htmlhttp://energeticremedialteacher.blogspot.com/2009/06/masalah-yang-di-hadapi-oleh-murid-murid.htmlhttp://energeticremedialteacher.blogspot.com/2009/06/masalah-yang-di-hadapi-oleh-murid-murid.htmlhttp://energeticremedialteacher.blogspot.com/2009/06/masalah-yang-di-hadapi-oleh-murid-murid.htmlhttp://energeticremedialteacher.blogspot.com/2009/06/masalah-yang-di-hadapi-oleh-murid-murid.htmlhttp://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2011/11/masalah-membaca-di-kalangan-murid.htmlhttp://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2011/11/masalah-membaca-di-kalangan-murid.htmlhttp://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf7/27/2019 bab1 literasi
28/28
TUAN NOR AINI BT TUAN HASAN(781002035464)
Top Related