SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 1
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
BAB 1- KONSEP ASAS HE 2
ETNIK DAN RAS
ETNIK
Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
RAS
Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal.
ETNISITI, ETNOSENTRISME & RASISME
ETNISITI
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.
ETNOSENTRISME Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan
anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
RASISMEPandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata.
PREJUDIS, STEREOTAIP & DISKRIMINASI
PREJUDIS
Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.
STEREOTAIPKenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
DISKRIMINASIPerbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 7
MASYARAKAT & BANGSA
MASYARAKAT Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
BANGSA Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau
kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.”
BAB 1- KONSEP ASAS HE 8
CIRI-CIRI MASYARAKAT
BAB 1- KONSEP ASAS HE 9
1. Manusia yang hidup berkelompok Mereka yang hidup bersama, saling mengenali
dan bergantungan.
2. Melahirkan kebudayaan Tiada masyarakat maka tiadalah budaya dan
sebaliknya. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke
generasi berikutnya dengan proses penyesuaian.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 10
3. Mengalami perubahan Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor
yang berasal dari masyarakat itu sendiri.
4. Berinteraksi Masyarakat berhubung dan bekerjasama di
antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi.
Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 11
5. Terdapat Kepimpinan Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua
kampung, ketua negara dan sebagainya. Kepimpinan dalam masyarakat Melayu awal,
bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 12
6. Terdapat stratifikasi sosial Ia meletakkan seseorang pada kedudukan
dan peranan yang harus dimainkannya atau ia merujuk kepada susun lapis masyarakat.
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta
Kelas: Kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan.
Status: Jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran Dato’, Haji dan Lebai.
Kasta: Kelas sosial yang keahliannya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 14
KEPERLUAN MENGKAJI
MASYARAKAT
BAB 1- KONSEP ASAS HE 15
1. Manusia hidup bermasyarakat Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan
dengan masyarakatnya. Seseorang itu dicermin dan mencerminkan
masyarakatnya.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 16
2. Memahami cara hidup bermasyarakat Pemahaman yang tepat terhadap
masyarakat membolehkan individu itu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat.
3. Memahami budaya dan masyarakat lain Tidak akan mengalami satu kejutan budaya,
tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 17
4. Memupuk kerjasama di antara masyarakat Perhubungan merangkumi masyarakat dunia
keseluruhannya. Dapat mengatasi isu-isu global seperti
pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya.
KONSEPBUDAYA
BUDAYA
Cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu: Budaya kebendaan Budaya bukan kebendaan
BAB 1- KONSEP ASAS HE 20
Budaya kebendaan: Peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya.
Budaya bukan kebendaan: Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang contohnya adat istiadat yang berbeza-beza dalam perkahwinan.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 21
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal.
Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi.
Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 22
Peranan utama pembentukan sesuatu budaya: 1. Membina imej negara ke arah mewujudkan
keperibadian dan identiti.
2. Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.
(Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).
BAB 1- KONSEP ASAS HE 23
CIRI-CIRI BUDAYA
BAB 1- KONSEP ASAS HE 24
1. Dipelajari Budaya tidak lahir secara langsung tetapi
perlu dipelajari dan ia melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 25
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran:
Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.
Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
Umur seseorang. Tahap pendidikan.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 26
2. Dikongsi Ia bermaksud setiap perlakuan itu diramal
dan didokong oleh sekumpulan manusia. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 27
3. Sejagat Kebudayaan itu wujud dalam semua
kelompok manusia. Namun ia berbeza antara masyarakat
kerana pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 28
4. Diwarisi Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi berikutnya. Budaya yang diamalkan hari ini adalah
lanjutan daripada budaya terdahulu.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 29
5. Berubah Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu
hingga sekarang tidak mengalami perubahan.
Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 30
Faktor perubahan budaya:
Pertambahan bilangan anggota masyarakat. Pertambahan keperluan dan keinginan
manusia. Penemuan dan penciptaan teknologi baru. Pertembungan budaya. Konflik yang berlaku. Perubahan alam sekitar.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 31
6. Perlambangan Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk
perlambangan seperti logo, bendera, ukiran dll.
7. Pandangan Semesta Pandangan semesta ialah bagaimana
manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitar.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 32
FUNGSI BUDAYA DALAM KEHIDUPAN
1. Memenuhi keperluan hidup.
2. Panduan kepada anggota masyarakat bertingkahlaku.
3. Mengatur hubungan sesama manusia
4. Galakan untuk manusia mencipta.
5. Alat penyatuan dan pengenalan identiti.
BAB 1- KONSEP ASAS HE 33
TAHAP HUBUNGAN ETNIK
SEGREGASI
Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara.
Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.
Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 35
AKOMODASI
Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 36
AKULTURASI
Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 37
ASIMILASI
Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 38
Sambungan….
Semua kumpulan lama kelamaan akan mematuhi pola-pola kebudayaan golongan dominan dan melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing.
Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 39
Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
1. Etnik yang berbeza budaya.
2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.
3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 40
Faktor kejayaan asimilasi:
1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Kelompok minoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 41
Faktor penghalang asimilasi:
1. Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3. Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.
4. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 42
AMALGAMASI Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan
dijadikan satu keseluruhan bersama.
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.
Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.
Diwakili oleh formula : A+B+C=D
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 43
PLURALITI BUDAYA
Menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri.
Diwakili oleh formula: A + B + C = A + B + C (A, B dan C merujuk kepada budaya).
KELEBIHAN PLURALITI BUDAYA
1. Boleh menjadi satu ‘penghubung penstabil’ antara cara hidup lama dengan cara hidup baru.
2. Dapat mengelakkan sedikit sebanyak disorganisasi sosial dan peribadi yang mungkin timbul akibat kejutan budaya.
MASYARAKAT PLURALITI BARU
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 46
MASYARAKAT PLURALITI BARU
Gabungan dua atau lebih masyarakat yang hidup bersama dalam satu unit politik atau dalam satu kerajaan.
Ia wujud hasil dari pluraliti budaya yang terdapat dalam sesebuah negara.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 47
CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALITI BARU
1. Pemerintah dan yang diperintah ada yang berlainan bangsa dan hidup dalam komuniti yang berasingan.
2. Satu set nilai budaya dan politik yang yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 48
3. Kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi dalam konteks bangsa.
4. Bangsa-bangsa yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti keamanan dan kesejahteraan.
5. Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala mungkin diperlukan bagi meleraikan konflik yang mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti baru ini.
SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE 49
Masyarakat pluraliti baru dapat dikenali melalui:
1. Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam satu kelompok besar manusia.
2. Lebih banyak keutamaan bangsa dalam politik.
3. Kewujudan unit politik yang dibentuk oleh budaya-budaya masyarakat.
PLURALITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Model masyarakat Islam Madinah. Surah al-Hujurat:13
Top Related