BAB I
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Dalam konteks pendidikan moden dan teknologi sekarang ini, pembelajaran sepanjang
hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan. PSH ini merangkumi
program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal
atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja mahupun di kelas
(Kirby et al. 2010; Simmons et al. 2013). Daya saing global dan kepelbagaian keperluan
telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharu pengetahuan dan kemahiran
mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti
(Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007). Malaysia mengiktiraf dan mengakui
hakikat bahawa daya penggerak dasar sumber manusia adalah untuk meningkatkan dan
membangunkan modal insan Negara (Asil Esaam, Norlia dan Jamil 2011).
Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara,
individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran
demi kemajuan dan kepuasan diri (Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007).
Proses pembelajaran seharusnya berlaku sepanjang hayat seseorang manusia dan tidak
sahaja tamat apabila seseorang itu menamatkan zaman persekolahan ataupun pengajian di
universiti. Proses pembelajaran seharusnya berlaku di mana-mana tempat dan pada
sebarang masa. Langkah membina dan mengembangkan program PSH di sekolah-
sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui penyediaan dan pelaksanaan
kurikulum, perisian serta modul kursus e-pembelajaran dan program berasaskan
2
kompetensi perlu dilaksanakan (Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007).
Pelaksanaan ini untuk meningkatkan mekanisma dan prasarana IPT. Proses perubahan
strategik pendidikan ini selaras dengan pembelajaran bermakna untuk membentuk
masyarakat berilmu.
Umum mengetahui, transformasi sosial yang berlaku dalam negara pada abad ke-
21 ini telah memberikan implikasi yang besar kepada gaya fikir dan gaya hidup generasi
muda. Isu dan cabaran yang dihadapi golongan muda hari ini adalah manifestasi
persekitaran yang terbentuk seiring dengan kemajuan ekonomi dan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) (Nobaya Ahmad et al. 2009). Jika ditinjau
dari segi penggunaan media dalam kalangan remaja, Musa dan Narimah (1996) telah
menyentuh perangkaan yang telah dibuat oleh beberapa pengkaji di Malaysia. Antaranya
dalam kalangan remaja berumur 12 tahun di luar bandar, mereka menonton secara purata
4.5 jam sehari pada hari minggu dan 2.5 jam pada hari sekolah. Remaja di bandar pula
secara purata 5 jam sehari pada hari minggu dan 3 jam pada hari sekolah. Dalam
kalangan remaja dewasa pula, mereka mendengar radio 2.3 jam sehari dan menonton
televisyen 1.5 jam sehari. Berdasarkan maklumat ini, media sebagai salah satu komponen
ICT memang mempunyai pengaruh ke atas kumpulan remaja.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Sungguhpun perkembangan ICT yang berlaku di Malaysia memberikan implikasi yang
besar kepada perubahan gaya fikir dan gaya hidup remaja, namun tanggungjawab sosial
remaja bagi memastikan keharmonian kaum terpelihara seharusnya tidak diabaikan. Bagi
masyarakat Orang Asli, mereka amat mementingkan warisan kraftangan, sambil bersantai
mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang ada kaitan dengan produk seni, untuk
hiasan juga kegunaan seharian. Justeru itu, budaya warisan kesenian ini juga perlu dijaga
dengan rapi.
3
Masyarakat Orang Asli memang terkenal dengan penghasilan kraf tangan. Contohnya,
masyarakat Orang Asli Mahmeri dan Jah Hut memang terkenal dengan ukiran patung
yang sangat unik. Selain itu, Masyarakat Orang Asli juga terkenal dengan penghasilan
kraf tangan dari rotan, buluh,akar dan sebagainya. Kraf tangan merupakan suatu keluaran
artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil
daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada
kemahiran tangan. Sehubungan itu, timbul isu penerimagunaan dan kebolehgunaan ICT
dalam kalangan komuniti orang Asli. Isu ini bukan isu terpencil atau isu yang tidak
mendapat perhatian oleh mana-mana sarjana (Wan Amir 2011). Sebaliknya, isu tersebut
dibincang dalam konteks dan sudut yang berbeza mengikut padangan masing-masing.
Dalam konteks tempatan, kajian yang berkaitan dengan komuniti orang asli dan
ICT dapat diperhatikan melalui projek-projek yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli (JHEOA) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA). Antara satu contoh
adalah projek e-Bario yang dilaksana ke atas komuniti Kelabit di tanah tinggi Sarawak
(Marshall & Taylor 2005). Projek sedemikian bertujuan membantu komuniti
membangun aspek sosial, budaya dan ekonomi melalui ICT (Bala et al. 2004). Kajian
Mokhtarrudin (2002) di Kampung Bayangan Sabah mendapati kadar literasi ICT yang
tinggi dalam kalangan penduduk adalah sebagai indikator ICT diterima pakai.
Sintesisnya, komuniti Orang Asli menerima, tidak menolak ICT dan mampu
menggunakannya.
Kumpulan remaja Orang Asli di Malaysia juga turut mendapat kesan dari
perkembangan ICT (Sarjit S. Gill et al. 2009). Pengkaji telah menganalisis secara
empirikal data kajian yang dijalankan ke atas remaja Orang Asli di penempatan terpilih
negeri Selangor. Kajian ini mengupas tahap kefahaman, kepenggunaan ICT, pemilikan
ICT serta dorongan penggunaan ICT dalam kalangan remaja orang Asli. Selain itu,
memperlihatkan pola pemilikan ICT dalam kalangan remaja Orang Asli tidak begitu jauh
ketinggalan berbanding dengan masyarakat arus perdana yang lain. Walau
4
bagaimanapun, masalah kewangan untuk mendapatkan peralatan ICT masih
membelenggu kumpulan ini seterusnya mengakibatkan peningkatan jurang digital dengan
kumpulan masyarakat yang lain.
Diakui bahawa hanya melalui pendidikan, masyarakat Orang Asli dapat membuat
perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya, konsep pembelajaran
sepanjang hayat seharusnya diterapkan dalam setiap isi masyarakat Orang Asli (Nurul
Farhana 2010). Golongan ibu bapa khususnya, haruslah peka dan sedar akan kepentingan
pendidikan kepada anak-anak mereka. Mentaliti mereka juga haruslah diubah dan tidak
ditakuk lama (Wan Amir 2011). Mereka harus menerima perubahan positif sekiranya
ingin memajukan diri seiring dengan perkembangan semasa. Tambahan pula, dasar
pendidikan negara juga sentiasa menyokong golongan ini untuk maju ke depan.
Kemahiran ICT yang dipelajari akan digunakan sebagai satu alternatif bagi
masyarakat orang asli memasarkan hasil pertanian dan kraftangan mereka dengan
menggunakan teknologi Web 2.0. Pendedahan ini juga dapat membantu pelajar-pelajar
dan belia orang asli meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat
dan komunikasi bagi meningkatkan sosio-ekonomi mereka. Kesemua pelajar akan
didedahkan dengan modul latihan iaitu mengambil gambar hasil pertanian/kraftangan
dengan menggunakan digital kamera yang betul, membuka emel, membina laman blog
bagi memasarkan produk mereka. Untuk permulaan kelas, teknik pengajaran secara
bersemuka akan dijalankan terlebih dahulu yang mana seorang pelatih (pengkaji) akan
menagajar dihadapan kelas dibantu oleh beberapa fasilitator yang lain. Dua orang pelajar
akan berkongsi sebuah komputer dan dibantu oleh beberapa fasilitator lain bagi
memastikan setiap peserta betul-betul boleh menguasai kemahiran ICT tersebut.
Kesimpulannya, perubahan paradigma dalam sistem pendidikan sekarang ini juga
menuntut dan menggesa kaum pendidik membuat perubahan yang mana salah satu
elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti (Hj. Mohd Ali 1994). Pendidik
merupakan agen pelaksana yang penting dalam mengeluarkan lepasan sekolah serta
universiti yang berdaya fikir aras tinggi dan kreatif serta mampu menjana idea dan rekaan
5
baru. Hal ini adalah untuk membangunkan industri berasaskan produk dan perkhidmatan
bernilai tambahan (Rohani 1999).
1.3 PENYATAAN MASALAH
Ledakan ICT pada lewat tahun 80an telah mencetuskan sinar baru dalam tamadun
manusia. Begitu juga dengan teknologi Internet yang menyuluh kehidupan manusia
hingga tercetusnya revolusi maklumat berskala besar (Mazmalek 2009). Hal tersebut
menyebabkan jurang digital wujud dan harus dihapuskan. Ini bermakna kemudahan ICT
harus diperoleh oleh semua penduduk secara saksama dan mampu dicapai secara
menyeluruh. Walhal, isu menerima pakai ICT bukan sahaja berlaku pada kalangan
komuniti terpinggir Orang Asli tempatan malah turut berlaku pada masyarakat serupa
pada peringkat antarabangsa (Wan Amir 2011).
Namun, tidak dapat dinafikan bahawa kepesatan dalam industri ICT telah
mewujudkan jurang digital antara penduduk. Jurang digital secara ringkasnya
menerangkan jurang yang wujud dalam kalangan masyarakat yang berinformasi atau
celik ICT dan tidak berinformasi. Jurang digital merupakan fenomena dunia ketiga
membabitkan penafian capaian komunikasi seperti selular atau Internet. Menurut
tinjauan yang telah dijalankan oleh pihak UNESCO Asia Pasifik yang bersidang di
Bangkok antara lain menyatakan bahawa, faktor utama yang merencat perkembangan
ICT di Malaysia ialah infrastruktur dan akses telekomunikasi adalah terhad di kawasan
luar bandar dan pedalaman (Nurul Farhana 2010) . Hal ini menyebabkan maklumat yang
menjadi asas kepada pembentukan masyarakat bermaklumat dan pertumbuhan ekonomi
dan pendidikan digital terhalang kerana tiada capaian dan juga peranti serta modul untuk
disalurkan kepada pengguna.
Jika dilihat dari sudut penggunaan teknologi di sekolah JHEOA telah
menempatkan beberapa kemudahan seperti kemudahan komputer di sekolah dan laptop
untuk guru-guru bagi persediaan untuk mengajar. Namun persoalannya, adakah anak-
6
anak Orang Asli mengaplikasikan sepenuhnya kemudahan komputer yang telah
diperuntukkan oleh kerajaan kepada mereka di sekolah? Menyedari akan hakikat ini,
kajian akan dijalankan bagi menilai penggunaan dan penguasaan anak-anak Orang Asli
mengaplikasikan kemudahan ICT yang telah disediakan sebagai medium bantuan dalam
pembelajaran mereka. Pendekatan ini juga dapat memberi pengalaman dan kemahiran
kepada mereka dalam menggunakan ICT untuk memasarkan produk-produk kesenian
serta kraftangan komuniti Orang Asli.
Dalam mata pelajaran ICT di sekolah, terdapat pembelajaran berteraskan amali
selain teori yang dipelajari. Dalam pembelajaran berteraskan amali, pelajar perlu
melakukan aktiviti kerja projek secara fizikal atau ‘hands-on’. Mata pelajaran ini
dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan
produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif
(Pusat Perkembangan Kurikulum 2003). Walau bagaimanapun, pelajar belajar ICT di
sekolah hanya dengan menyalin nota yang diberikan oleh guru mereka (soalan tembual-
sila rujuk LAMPIRAN A). Hasil daripada tembual yang dijalankan bersama remaja
Orang Asli yang mempelajari mata pelajaran ICT di sekolah, mereka menjelaskan
bahawa topik ICT yang diajar di sekolah adalah tidak menyeluruh, tetapi hanya
sebahagian sahaja diterangkan oleh guru (soalan tembual- sila rujuk LAMPIRAN A).
Pelajar tidak dititikberatkan penggunaan asas ICT yang mendorong mereka ke arah
penggunaan media untuk mempromosikan hasil kraftangan penduduk Orang Asli.
Seperti mana yang diketahui umum, masyarakat Orang Asli terkenal dengan
penghasilan kraf tangan dari rotan, buluh, akar dan sebagainya. Kraftangan merupakan
suatu keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan
adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya
kepada kemahiran tangan (Nor Anuwar Hamat & Zaini 2012). Malah, dalam beberapa
situasi promosi yang dilakukan oleh pihak luar, ada di antaranya telah dijalankan dengan
tanpa rasa tanggungjawab sehingga membawa kepada perlanggaran ke atas hak privasi
dan hak cipta komuniti tersebut. Contoh pertama, pada tahun 1995 berlaku suatu insiden
yang mendapat liputan meluas di mana seorang kanak-kanak Batek telah dirakam gambar
7
fotonya sewaktu beliau sedang berakit menggunakan rakit buluh. Oleh yang demikian,
pendedahan perlu diberikan terhadap media pemasaran produk/kraftangan kreatif Orang
Asli melalui penggunaan ICT. Pendedahan penggunaan ICT dalam hasil kraftangan
kaum Orang Asli dapat dipromosikan kepada masyarakat bandar oleh mereka sendiri.
Kesimpulannya, jurang digital adalah masalah yang sentiasa akan wujud bersama
inovasi teknologi yang digarap oleh sesebuah masyarakat. Kewujudannya akan berubah
mengikut masa dan tahap kepesatan teknologi yang diterapkan dalam masyarakat tersebut
dan perlu diatasi dengan kerjasama semua pihak. Jika diabaikan, kemajuan sesebuah
negara akan menjadi lambat kerana wujudnya ketidakseimbangan dan dikhuatiri boleh
mewujudkan masalah sosial yang lebih serius. Seiring dengan itu, keupayaan pelajar
mempraktikkan kemahiran penggunaan alatan yang dipelajari di sekolah dalam
kehidupan seharian adalah berbeza berdasarkan persepsi pelajar. Masalah proses belajar
merupakan masalah yang kompleks sifatnya (Ad.Rajjakkers 1980). Walau
bagaimanapun, tahap kesedaran masyarakat di negara ini terhadap kepentingan
pembelajaran sepanjang hayat (PSH) masih lagi rendah dan menjadi kekangan kepada
usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berdaya saing.
1.4 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan modul ICT bagi kebolehpasaran produk-
produk pertanian dan kraftangan Komuniti Orang Asli berdasarkan budaya pemikiran
mereka.
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan tujuan kajian, empat objektif kajian (OK) dibentuk sebagai garis panduan
kepada kajian ini. Objektif kajian adalah seperti berikut:
8
OK1. Membina modul ICT mengikut panduan pembinaan modul.
OK2. Membangunkan sebuah modul pembelajaran ICT bagi pelajar Orang Asli
berasaskan teori konstruktivisme.
OK3. Mengenal pasti pertalian gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan
menggunakan modul ICT.
OK4. Mengenal pasti pengaruh penggunaan modul ICT dalam pengkomersilan produk
Orang Asli.
OK5. Mengenal pasti pengaruh media terhadap pemasaran dan pengkomersilan produk
kraftangan Orang Asli.
1.6 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenal pasti mengenai pembelajaran ICT,
beberapa persoalan kajian (PK) telah dibentuk. Antaranya ialah :
PK1. Adakah terdapat pertalian gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan
menggunakan modul ICT?
PK2. Adakah modul pembelajaran ICT dibangunkan berasaskan teori konstruktivisme?
PK3. Adakah penggunaan modul ICT mempengaruhi pengkomersilan produk Orang
Asli?
PK4. Adakah media yang digunakan mempengaruhi pemasaran hasil kraftangan
penduduk Orang Asli?
9
1.7 HIPOTESIS KAJIAN
Berikut adalah hipotesis yang dibina bagi menjawab setiap persoalan kajian yang
dijalankan.
PK2. Adakah terdapat pertalian gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan
menggunakan modul ICT?
H1: Terdapat pertalian gaya belajar Orang Asli dengan penguasaan menggunakan
modul ICT
PK3. Adakah penggunaan modul ICT mempengaruhi pengkomersilan produk Orang
Asli?
H2: Penggunaan modul ICT mempengaruhi pengkomersilan produk Orang Asli
PK4. Adakah media yang digunakan mempengaruhi pemasaran hasil kraftangan
penduduk Orang Asli?
H3: Media yang digunakan mempengaruhi pemasaran hasil kraftangan penduduk
Orang Asli.
1.8 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian
Gaya Belajar Transferrible skills
10
1.8.1 Kerangka Konsep Kajian
Pendekatan yang digunakan dalam pembinaan dan pelaksanaan modul P&P ini adalah
berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran dan pengajaran.
Model ini dibentuk hasil pengubahsuaian Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey
1978), Model Morrison, Ross dan Kemp (Kemp 1985), Model Assure (Heinrich &
Molenda 2005), Model Reka Bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran &
Pembelajaran (SPP III) yang digunakan dalam kajian Rosseni (2010) yang telah
diubahsuai dari Model Waterfall (Sommerville 1989; Van Vliet 1993; Marshall et al.
1994) dan Model Pragmatic Sequences (Barker 1987; Shuell 1992; Jonassen 1988;
Spector et al. 1992; Goodyear 1994; Roblyer 1988) serta Model Personal oleh Carl
Rogers (1986) . Di dapati kelima-lima model ini mempunyai kelebihan dan kelemahan
masing-masing. Pemilihan penggunaan model reka bentuk dan pembangunan bahan
pembelajaran dan pengajaran dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam Bab II.
Proses pembinaan modul secara keseluruhan dihuraikan secara terperinci di dalam
Bab III bermula dengan Fasa 1 dan berakhir dengan Fasa 6 dengan penilaian formatif
dilaksanakan sebanyak pusingan yang diperlukan iaitu 2 pusingan dan di akhir pembaikan
terakhir selepas penilaian formatif, penilaian sumatif dalam persekitaran sebenar
dilaksanakan. Model pengajaran ini mengambil kira pelbagai aspek seperti berikut: (i)
analisis kaedah pengajaran dan Strategi Pembelajaran Hibrid berasaskan projek dengan
berorientasikan masalah (POPEYE), (ii) reka bentuk hasil pembelajaran yang sesuai, (iii)
menyediakan inventori kandungan pengajaran dan (iv) melaksanakan pengujian dan
pengubahsuaian modul untuk pelajar Orang Asli yang meliputi enam peringkat fasa yang
piawai dengan kitar hayat pembangunan yang lazim diketahui. Kerangka konseptual ini
mengambil kira beberapa entiti seperti elemen-elemen pembangunan modul ICT dan
konstruk yang terlibat dalam proses pengujian kebolehgunaan modul ICT yang
merangkumi tiga lapisan (L1- L3). Perincian lapisan-lapisan ini adalah seperti berikut:
11
(i) L1: Lapisan pertama merupakan lapisan luaran yang merangkumi persekitaran yang
sesuai dengan pendekatan hibrid: Media atau sumber pengajaran menggunakan
Modul ICT secara hibrid, hasil modul pembelajaran kendiri berasaskan hibrid,
data ataupun maklumat hibrid, strategi pembelajaran yang digunakan iaitu
POPEYE, Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Pembangun serta pengguna
modul ICT.
(ii) L2: Lapisan kedua merupakan lapisan dalaman yang merangkumi keenam-enam fasa
pembangunan yang piawai seperti kajian permulaan, analisis, reka bentuk,
pembangunan, implementasi dan penyelenggaraan serta pemodelan. Keenam-
enam proses ini dilaksanakan secara iteratif sehingga tiada ralat ataupun sehingga
memenuhi keperluan pengguna. Lapisan ini adalah lapisan utama dalam proses
kitar hayat pembangunan.
(iii) L3:Lapisan ketiga merupakan lapisan intradalaman yang merangkumi entiti berkaitan
pengkomputeran berpusat manusia. Entiti-entiti tersebut ialah: isi kandungan
pelajaran modul, ciri-ciri dan aktiviti pembelajaran berasaskan hibrid yang
merangkumi Modul ICT, aplikasi pembelajaran sepanjang hayat, penilaian
kreativiti pelajar, gaya belajar dan ‘personalized learning’. Pengujian
kepenggunaan ini akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu bagi pengujian formatif
pada peringkat pembangunan dan pengujian sumatif pada peringkat implementasi.
L1
L2
L3
FASA 1: KAJIAN PERMULAAN
FASA 3: REKA BENTUK MODUL
FASA 4:PEMBANGUNAN MODUL
FASA 6: PENYELENGGARAAN
DAN PEMODELAN
FASA 5: IMPLEMENTASI MODUL/ KUTIP
DATA
Pendekatan
Hibrid
Data/ Maklumat MPK
Pembangun &
Pengguna
na
Hasil Pembelajaran
Berasaskan Modul
- Pembelajaran Sepanjang Hayat- Kreativiti Pelajar- Personalized learning
(i)-Isi kandungan modul(ii)-Ciri-ciri & aktiviti modul pembelajaran kendiri
PenilaianFormatif
PenilaianSumatif
Media / sumber Pengajaran
FASA 2: KEPERLUAN
ANALISIS
Strategi pengajaran
POPEYE
Teori PembelajaranKonstruktivisme
- Gaya Pembelajaran - Visual, Auditori, Taktual, Kinestetik, Kumpulan & Individu
12
Rajah 1.2 Kerangka Konsep Keseluruhan Kajian
1.9 KEPENTINGAN KAJIAN
Penggunaan modul ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) masa kini memberi
impak yang positif kepada pendidik serta para pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran
ICT. P&P ini termasuklah pengenalan kepada asas ICT. Bahagian berikut akan
menjelaskan kepentingan kajian kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Penerangan
merangkumi untuk pihak (i) tenaga pengajar/fasilitator, (ii) pelajar dan (iii) komuniti luar
terpinggir.
13
1.9.1 Tenaga Pengajar
Penghasilan modul ICT dapat memudahkan P&P asas ICT bagi pendidik dan fasilitator.
Penggunaan modul di dalam kelas memberi kemudahan kepada pendidik dan pelajar
untuk melaksnakan proses P&P secara berterusan dan mengikut keupayaan pelajar.
Aplikasi pelantar Blogspot digunakan untuk mengarkib proses penulisan, pembinaan dan
penerbitan modul ICT yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran kendiri.
Pelajar-pelajar boleh memuat turun nota kuliah serta modul berkenaan melalui blog yang
disediakan. Perbincangan secara dalam talian antara pelajar dan pensyarah diwujudkan
untuk mengurangkan jurang antara mereka.
1.9.2 Pelajar
Pelajar boleh memuat turun modul ICT dari mana-mana laman web serta blog yang
berkongsi modul berkenaan. Selain itu, mereka juga boleh membuat perbincangan serta
pertanyaan secara dalam talian dengan pembangun modul serta pelaksana kursus dalam
talian. Pelajar dapat belajar mengenai cara serta teknik-teknik untuk menbangunkan
pelantar Blogspot sendiri bagi. Ini dapat membantu mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar
berinovatif dan berpengetahuan teknologi. Selain daripada itu, dapat memberi peluang
kepada mereka untuk menunjukkan bakat serta kreativiti mereka dalam menggunakan
pengetahuan ICT.
1.9.3 Komuniti Luar Terpinggir
Belia Orang Asli telah didedahkan dengan pelbagai bentuk pembangunan termasuklah
pembangunan ICT. Antaranya adalah penggunaan pembelajaran aplikasi modul ICT
yang berguna kepada mereka untuk pembelajaran secara hibrid atau sebagai bahan
bantuan pengajaran untuk bengkel-bengkel jangka pendek. Modul ini merupakan modul
pembelajaran kendiri yang boleh digunakan oleh pelbagai peringkat umur tidak kira
14
kanak-kanak, remaja, belia dan orang dewasa. Ini kerana modul ini dibangunkan selaras
dengan keupayaan kognitif dan keupayaan mereka menerima ilmu baru. Dengan adanya
modul ICT ini, ia boleh dijadikan sebagai modul pembelajaran kendiri kepada semua
terutama mereka yang ingin mempelajari asas dan teknik-teknik dalam perisian dna
perkakasan ICT. Idea yang kreatif dapat dikembangkan dan seterusnya membolehkan
idea dan produk mereka dipasarkan dan dikenali ramai.
1.10 BATASAN KAJIAN
Kajian ini adalah berkaitan dengan pembangunan modul pembelajaran kendiri bagi ICT
yang berlandaskan kepada proses P&P menggunakan pendekatan hibrid dengan
mengaplikasikan teori konstruktivisme. Umumnya, tahap kefahaman pelajar terhadap
kursus ICT ini adalah terhad iaitu kinestatik dan visual sahaja bagi remaja Orang Asli.
Keadaan ini dipengaruhi oleh pelbagai aspek seperti cara pemikiran kognitif mereka,
persekitaran individu tersebut serta institusi atau organisasi tempat mereka belajar (Nor
Syazwani 2012).
Kajian ini hanya dijalankan kepada murid-murid peribumi di Kg.Belihoi dan
Sg.Raya sahaja. Taburan kanak-kanak yang tidak seimbang dari segi darjah/tahun
belajar. Bilangan pelajar seramai 40 orang dan dewasa seramai 5 orang. Penyeimbangan
bilangan pelajar ini dapat disesuaikan dengan kekurangan perkakasan ICT iaitu komputer
yang mana penggunaan sebiji komputer terpaksa dikongsikan kepada dua orang pelajar
untuk satu sesi pembelajaran. Skop kajian ini adalah tertumpu pada faktor minat,
persekitaran dan kemahiran yang mempengaruhi pembelajaran praktikal ICT.
1.11 Definisi Operasional Istilah
Terdapat beberapa istilah atau konsep dalam kajian ini yang perlu ditakrifkan secara
operasi. Definisi tersebut dijelaskan dalam sub bahagian yang berikut:
15
1.11.1 Modul
Modul merujuk kepada pakej pembelajaran secara hibrid iaitu modul bercetak atau
modul berasaskan web yang direka bentuk dengan terancang dan sistematik dengan
menggabungkan pendekatan sistem dan humanistik (Shaharom & Yap 1991; Rosnah
Ahmad Zain (2002). Menurut Shaharuddin & Fatimah (2011) modul merupakan satu
kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan mengikut jangka masa (jam)
pengajian, lengkap untuk sesuatu unit pembelajaran, atau terdiri daripada gabungan
beberapa unit pelajaran yang menunjukkan kesinambugan bahagian-bahagian tertentu
sesuatu mata pelajaran yang digunakan oleh pelajar yang mempunyai perbezaan dari segi
intelek, minat, kecekapan, daya cipta dan kebolehan-kebolehan lain. Menurut Sarimah
dan Yunani (2010) pula, sesebuah modul bertujuan untuk memudahkan pembelajaran
biasanya melibatkan analisis kandungan kursus dan dibahagikan kepada beberapa unit
(Rahil Mahyuddin et al. 1997). Penggunaan modul ini juga dapat membantu fasilitator
dalam mengajar peserta mengikut gaya belajar pelajar yang berbeza-beza.
1.11.2 Komuniti Luar Terpinggir
Komuniti luar terpinggir yang dikenalpasti adalah orang asli. Orang Asli sering dianggap
oleh banyak pihak sebagai masyarakat primitif yang kurang mementingkan pembangunan
dan mereka juga dikenali sebagai golongan yang anti pembangunan (Hood Salleh 1989;
Faridatul Akma & Siti Rasidah 2005; Mustaffa Omar 2009; Siti Aminah & Seow Ta Wee
2013). Asnarulkhadi (2005) dan Rohana Yusof (2010) menyatakan bahawa komuniti
Orang Asli dianggap terpinggir dan tidak diintegrasikan bersama dalam perkembangan
dan arus perdana pembangunan negara. Mereka bukan sahaja tidak menikmati kemajuan
tetapi juga dianggap tidak dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Keadaan
keterpinggiran ini atau keterasingan agregat manusia ini juga berkemungkinan
disebabkan oleh arus pembangunan perdana yang gagal membawa atau memasukkan
mereka bersama sehingga menyebabkan mereka terpinggir.
16
1.11.3 Gaya Pembelajaran Pelajar
Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk
memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran (Keefe
1987; Joseph Gomez 2000; Gian 2000). Seseorang pelajar mula belajar dari masa dia
dilahirkan tetapi cara belajarnya adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti ekonomi
dan budaya keluarga, emosi, dan alam fizikal di persekitarannya (Gian 2000; Zhang &
Sternberg 2005). Atas perbezaan faktor-faktor tersebut, gaya pembelajaran seseorang
pelajar mungkin berbeza daripada gaya pembelajaran pelajar yang lain (Zurida 2007,
Kolb 1985). Gaya pembelajaran adalah stail atau cara pembelajarannya untuk menerima
dan memproses maklumat yang diterima (Kolb 1985; Honey & Mumford 1992; Reitz
2007; Zubaidah Begam 2007). Selain daripada itu, gaya pembelajaran juga boleh
dikelaskan dalam beberapa lapis, seperti mana dikelaskan oleh (Felder 1995; Azizi
Yahaya & Syazwani Abdul Razak 2008), gaya pembelajaran terdiri daripada empat lapis
iaitu model sahsiah, model pemprosesan maklumat, model interaksi sosial dan model
medium pembelajaran yang disukai. Terdapat beberapa gaya belajar yang diberi
keutamaan dalam kajian ini iaitu, (i) taktail, (ii) kinestatik, (iii) visual dan (iv) auditori.
Dalam kajian ini, gaya pembelajaran merujuk kepada perbezaan cara belajar bagi setiap
individu di antara individu yang lain. Ini kerana pemikiran kognitif setiap individu adalah
berlainan, maka penerimaan terhadap penggunaan ICT dalam kehidupan mereka adalah
berbeza-beza (Felder & Spurlin 2005).
1.12 RUMUSAN
Modul-modul latihan ICT yang diberikan adalah bermanfaat untuk pelajar belajar secara
kendiri serta mempraktikkan apa yang diajar dan mengukur tahap kefahaman mereka
terhadap sesuatu subjek atau kursus. Modul ini bukan hanya berguna kepada semua
pelajar Orang Asli tetapi juga kepada pelajar-pelajar luar yang lain. Penggunaan modul
ICT ini dapat membantu pelajar supaya tidak lagi bosan untuk mempelajari aplikasi ini
17
dengan pendekatan dan cara pengajaran secara tradisional yang sering menimbulkan
kebosanan dalam diri mereka. Kemahiran ICT yang dipelajari di dalam kelas serta
bengkel juga dapat dipraktikkan secara amali oleh masyarakat Orang Asli untuk
memasarkan produk pertanian dan kraftangan mereka dengan menggunakan teknologi
Web 2.0 tanpa memerlukan khidmat perantaraan orang luar. Tidak semua perkhidmatan
yang diberikan oleh orang luar memuaskan hati masyarakat Orang Asli ini, dan besar
kemungkinan ada yang turut mengambil kesempatan di atas ketidakprihatinan masyarakat
ini terhadap penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.
Proses pembelajaran merupakan proses pemerolehan pengetahuan, penguasaan
kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan seseorang individu itu (Ahmad
Johari 2010). Justeru itu, kreativiti amat diperlukan dalam kehidupan seharian. Terdapat
banyak kelebihan akan diperoleh sekiranya kita mengamalkan pemikiran secara kreatif.
Dengan kreativiti yang ada, kita akan dapat menghasilkan pelbagai idea yang baru,
menyusun, memecahkan dan menyelesaikan masalah dengan teratur. Ini membuktikan
bahawa pemikiran yang kreatif dapat memenuhi aspek pembelajaran bermakna dan
sepanjang hayat.
18
RUJUKAN
Ahmad Johari Sihes. 2010. Konsep Pembelajaran. http://eprints.utm.my/10357/1/bab10.pdf. [3 Mac 2013]
Asil Esaam et al. 2011. Lifelong Learning in Malaysia: Have We Achieved Our Goals? International Conference on Language, Literature & Linguistics. Open University Malaysia.
Azizi Yahaya dan Syazwani Binti Abdul Razak. 2008. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. http://eprints.utm.my/6059/1/aziziyahwani.pdf [ 5 Feberuari 2013].
Bala, P., Songan, P., Khairuddin Ab Hamid, Harris, R. & Khoo, G.L. 2002. Bridging the digital divide: The e-Bario experience. Sarawak Development Journal 5(1): 63-78.
Barker, P. 1987. Authoring languages. London: Croom Helm.
Dick, W. and Carey, L. 1996. The Systematic Design of Instruction, 4th ed. New York: Harper Collins Publishing. http://iteach.saintleo.edu/InstructionalDesign/DickCarey.html [8 Mac 2013]
Faridatul Akma Abdul Latif & Siti Rasidah Md Sakip. 2005. Pengekalan dan Pemuliharaan Landskap Budaya Kampung Melayu. Kajian Kes : Kampung Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Shah Alam : Universiti Teknologi Mara.
Felder, R.M., Felder, G.N., Mauney, M., Hamrin, Jr., C.E., and Dietz, E.J. (1995). A Longitudinal Study of Engineering Student Performance and Retention. III. Gender Differences in Student Performance and Attitudes. J. Engr. Education, 84(2), 151-163.
Gian Kah How. 2000. Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Tigaenf 2(3): 57-63
Goodyear, P. 1994. Foundations for courseware engineering. In Tennison, R.D (Ed.).Automatic instructional design, development and delivery. Berlin: Springer-Verlag, 7-28.
Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60.
19
Heinich, R, Molenda. M.Russell, J.D., & Smaldino, S.E. 2005. Instructional Media and Technologies for Learning .Ed. ke- 5. Prentice-Hall Inc., N.J.: Englewood Cliff.
Hood Salleh. 2004. Dunia peribumi dan alam sekitar: Langkah ke hadapan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
JHEOA. 2003. Data maklumat asas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia
Jonassen, D.H. 1988. Instructional design and courseware design. In Jonassen, D.H. (Ed.). Instructional designs for microcomputer courseware. Hillsdale, N.J: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
Joseph Gomez. 2000. Gaya Pembelajaran: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Pendidikan Tigaenf 1999/2000 2(3): 41-43.
Keffe, J. (1987). Learning styles theory and practice. Reston: National Association of Secondary Scholls Principals.
Kemp's Model. 1985. http://www.personal.psu.edu/users/w/x/wxh139/Kemp.htm [ 13 April 2013].
Kirby, J. R., Knapper, C., Lamon, P., & Egnatoff, W. J. 2010. Development of a scale to measure lifelong learning. International Journal of Lifelong Education, 29, 291-302.
Kolb, B & Whishaw. (1985). I.Q: Fundamentals of Human Neuropsychology. Edisi Kedua. San Francisco: Freeman 67.
Kolb, D.A. (1985). Learning Style Inventory: Technical Manual. Boston:Mc Ber and Company.
Mazmalek. 2009. Merapatkan Jurang Digital: Keciciran di dalam Bandar. Aspirasi Digital. Keselamatan Siber. Majalah Dwibulanan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
Marshall, S. & Taylor, W. 2005. Facilitating the use of TMK for community development through collaborative partnerships between universities, governments and communities. International Journal of Education and Development using TMK
20
Marshall, I.M., Samson, W.B., Dugard, P.I. & Scott, W.A. 1994. Predicting the development effort of multimedia courseware. Information and Software Technology, 36 (5): 251-258.
Mokhtarrudin Ahmad. 2002. Projek TMK dan Komuniti Kampung Bayangan, Keningau Sabah. Seminar Teknologi Maklumat, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, 26-27 Mac. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Mustaffa Omar. 2006. Pembangunan dan Impak Demografi Ke Atas Komuniti Jakun. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Musa, A.H. & Narimah, I. 1996. Media Massa dan Belia. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Agen Pembangunan Pewaris Negara, Putrajaya.
Nurul Farhana. 2010. ICT dalam Pendidikan Anak-anak Orang Asli di Sekolah-sekolah rendah. Tesis Ijazah Sarjana Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Anuwar Hamat & Zaini Ab Rahman. 2012. ICT dalam Pendidikan Anak-anak Orang Asli di sekolah Rendah. Jabatan Kajian Sosial.
Nor Syazwani Mat Salleh. 2012. Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri Adobe Photoshop CS5 Berasaskan Reka bentuk Teori Beban Kognitif dan Minimalis. Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nobaya Ahmad, Haslinda Abdullah Abd.Halim Sidekk, Sarjit S.Gill dan Dzulhilmi Dahalan. 2009. Pembangunan Belia Abd Ke-21: Isu dan Cabaran.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. 2007. Bab 8 Memperkayakan Pembelajaran Sepanjang hayat. Peletakan Asas Melangkaui 2020.129-139.
Pusat Perkembangan Kurikulum.2003. Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rahil mahyuddin, Kamariah Abu Bakar dan Habibah Elias.1997. Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Reitz, M.J. 2007. Online dictionary for library and information science. http://lu.com/odlis/index.cfm [ 12 Mei 2012].
Roblyer, M.D. 1988. Fundamental problems and principles of designing effective courseware. In Jonasssen, D.H. (Ed.). Instructional designs for microcomputer courseware. Hillsdale, N.J: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
21
Rohana Yusof. 2010. Asas Sains Sosial : Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rohani Abdul Hamid. (1999). “Keperluan Pendidikan Abad Ke-21: Projek Sekolah Bestari.” Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, 2: 1-22.
Rosnah Ahmad Zain. 2002. Pembinaan Modul Bercetak Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bersepadu Adobe Photoshop Dan Reka bentuk Grafik Asas. Tesis Sarjana Pendidikan Komputer , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosseni Din. 2010. Development and Validation of an Integrated Meaningful Hybrid e-training (i-met) for Computer Science: Theoretical Empirical Based Design and Development approach. Tesis Dr.Falsafah, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sarjit S.Gill & Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail. 2009. Pembangunan Belia Abad Ke-21: Isu dan Cabaran. Pembangunan ICT Belia Orang Asli di Selangor. Institut Pengajian Sains Sosial, UPM dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Kementerian Belia dan Sukan. Penernit Universiti Putra Malaysia Serdang.
Sarimah Binti Ismail, & Yusnani Binti Mt Yong. 2010. Pembinaan dan Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan dan Iradiasi Makanan bagi Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan.Kertas, Penulisan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/10323/2/Yusnani_Binti_Mt_Yong.pdf [ 3 Mac 2013]
Shaharuddin Bin Md Salleh & Fatimah Binti Abu Rairah. 2011. Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi Perisian Adobe Photoshop CS3 berasaskan Teori Kognitif. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/11852/1/Modul_Pembelajaran_Kendiri.pdf [1 April 2013].
Shaharom Nordin dan Yap Kueh Chin.1991. Ke Arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi Pengajaran Bermodul. Jurnal Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia 7: 89-107.
Shuell, T.J. 1992. Designing instructional computing systems for meaningfullearning. In Jones, M. & Winne, P.H. (Eds.). Adaptive learning environments.Berlin: Springer-Verlag: 18-53.
Simmons, Robin & Walker, Martyn .2013 Teacher Training Qualifications For The Lifelong Learning Sector – A Comparison Of Higher Education Institution And Awarding Body Qualifications. Teaching in lifelong learning: a journal to inform and improve practice, 4 (2). pp. 24-31. ISSN 2040-0993
22
Siti Aminah Mohd Sam & Seow Ta Wee. 2013. Kelestrarian Pembangunan Sosiobudaya Komuniti Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam sekitar ke-4. Anjuran Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI . 483-489.
Sommerville, I. 1989. Software engineering. Third Ed. USA: Addison Wesley.
Spector, J.M., Gagne’ R.M., Muraida, D.J. & Dimitroff, W.A. 1992. Intelligentframeworks for instructional design. Educational Tech. Oktober: 21-27.
Van Vliet, H. 1993. Software engineering. Chichester: John Wiley.
W. A. Amir Zal. Penerimagunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh Belia Orang Asli Selangor: Indikator Integrasi Melalui Tafsiran Nilai. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 11 (2011): 49 - 54
Zubaidah Begam. 2007. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik:Tinjauan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor. Tesis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Zurida Ishak. 2007. Sistem Hipermedia adapptif pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran dan prestasi pelajar. Tesis S.Sains, Universiti Sains Malaysia.
BAB II
PENGENALAN
2.1 PENGENALAN
Dalam bab ini, pengkaji akan menyorot penulisan-penulisan yang berkaitan
dengan tajuk. Sorotan penulisan ini akan melihat beberapa pandangan dan kajian yang
telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tujuannya adalah untuk melihat
samada terdapat persamaan dan perbezaan terhadap kajian yang telah dijalankan.
Beberapa kajian lain turut dikaji sebelum membangunkan modul ICT ini. Di antara
kajian yang telah dibuat adalah meliputi aspek teori, strategi dan perkaedahan pengajaran
dan pembelajaran P&P berasaskan kepada ‘Personalized Learning’.
2.2 LATAR BELAKANG ORANG ASLI
”Orang Asli (Malay: Original People) is the accepted term for 17 to 25 indigenous
ethnic minorities of Peninsular Malaysia”
Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu. Hasil
penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utara
Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung
sejak abad ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu (Fauzi 2006, Nurul Farhana
2010). Mereka dikatakan berasal dari China dan Tibet, dan berhijrah ke Semenanjung
Tanah Melayu melalui tanah besar Asia Tenggara.
24
Taburan penempatan tiga suku kaum Orang Asli terbahagi kepada tiga zon iaitu,
zon utara yang majoritinya dikuasai oleh suku kaum Negrito, zon tengah oleh suku kaum
Senoi, dan zon selatan oleh suku kaum Melayu-Proto atau dikenali juga dengan Melayu-
Asli (JHEOA 2003; Ibrahim Ngah & Khairul Hisyam 2007). Setiap satu kumpulan ini
dipecahkan lagi kepada 18 suku kaum yang lebih kecil. Pecahan ini dibuat berdasarkan
perbezaan asal usul, tutur bahasa dan juga rupa bentuk fizikal mereka. Mereka
merupakan sebuah masyarakat yang unik, kaya dengan kebudayaan dan amalan tradisi
mereka yang tersendiri. Memahami dan menghayati cara hidup mereka adalah perlu
kerana mereka juga sebahagian daripada rakyat Negara ini yang berhak untuk hidup
selesa tanpa perlu dipandang rendah.
Jadual 1 menunjukkan latar belakang Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan suku
kaum mengikut kumpulan.
Kumpulan Keterangan Suku KaumMelayu-Proto Tinggal di sekitar Orang Melayu di
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka boleh dikatakan ada persamaan dengan orang Melayu. Kebanyakkan perkampungan mereka kini terletak di kawasan bandar dan pedalaman.
Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.
Senoi Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman negeri Perak,
Che Wong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri,
Negrito Sesetengah orang negrito masih suka hidup berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-baha makanan.Tinggal di kawasan sekitar daerah Gerik, Hulu Perak, kawasan pedalaman Kelantan, pedalamanUtara Pahang, kawasan barat Terengganu dan Selatan Kelantan.
Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq.
Latar belakang Orang Asli di Malaysia (Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Johor, 2010)
Menurut Hasan Mat Nor (1998) dalam Khairul Hisyam (2008), warga peribumi
ialah kumpulan etnik natif yang mendiami sesebuah wilayah yang dituntut dan
dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara, dengan kumpulan etnik terbabit datang
25
dari wilayah tersebut sebelum wilayah itu menjadi sebuah negara yang berdaulat.
Seterusnya, bacaan diperluaskan lagi dan semakan lanjut mendapati terdapat beberapa
perkataan dan frasa-frasa lain yang digunakan bagi merujuk kepada masyarakat peribumi
iaitu Bumiputera dan Orang Asli.
Dalam Kamus Dewan, masyarakat peribumi ditakrifkan sebagai ‘penduduk asli’
dan juga bumiputera. Kamus Longman Edisi Kedua mentakrifkan peribumi sebagai
aboriginal, iaitu para penduduk asal yang menduduki sesebuah negara sejak awal lagi. Di
sini dapat difahami bahawa Peribumi adalah istilah umum yang digunakan bagi merujuk
kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai penghuni awal atau terawal di
Malaysia. Namun muncul pula dua istilah yang lebih spesifik bagi membezakan status
kumpulan penduduk asal iaitu bumiputera dan Orang Asli. Kumpulan bumiputera ialah
Orang Melayu di Semenanjung; Orang Melayu, Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut,
Melanau, Kelabit dan penduduk natif lain di Sarawak dan Orang Melayu, Kadazan,
Dusun, Bajau dan penduduk natif lain di Sabah.
Sejak dari zaman sebelum merdeka lagi, kehidupan mereka yang unik telah
menjadi tumpuan para pengkaji tumpuan para pengkaji terutama pengkaji dari barat.
Pihak kerajaan telah mewujudkan satu jabatan khas untuk menjaga hal ehwal Orang Asli.
Jabatan yang diberi nama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang dulunya dikenali
sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEAO) menjadi payung kepada masyarakat
Orang Asli selama ini. Peranan jabatan ini adalah untuk menjaga kebajikan Orang Asli
sepenuhnya. Mereka menyediakan kemudahan asas seperti rumah baru, bekalan enjin
kuasa (generator), menguruskan saluran bekalan air, sekolah, balai raya, surau,
menyediakan elaun sara hidup untuk setiap keluarga dan banyak lagi kemudahan semasa
yang menjadi keperluan masyarakat istimewa ini.
Kebanyakan daripada mereka tinggal di hutan belantara dan tanah-tanah tinggi di
antara 2000 hingga 6000 kaki dari paras laut. Terdapat 40% daripada mereka tinggal di
tanah rendah dan persisiran pantai. Kini, Orang Asli ialah kelompok minoriti masyarakat
peribumi di Semenanjung Malaysia (Nicholas 2000; Sunaidin 1997). Mereka dianggap
26
minoriti kerana dengan penduduk seramai 132,000 orang pada tahun 2000, mereka hanya
membentuk 0.5% daripada jumlah keseluruhan penduduk Negara (JHEOA 2003).
2.2.1 Budaya dan Budaya Pemikiran Pelajar Orang Asli
Merujuk kepada Kamus Dewan, budaya ialah tamadun, peradaban dan kemajuan fikiran,
akal budi (cara berfikir, berkelakuan). Secara umumnya, budaya pemikiran Orang Asli
boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu dari aspek kognitif, afektif dan
behavioural.
i. Aspek Kognitif
ii. Aspek Afektif
iii. Aspek Behavioural
27
2.3 ICT DALAM PENDIDIKAN
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah banyak mempengaruhi
budaya kehidupan masa kini. ICT juga telah diaplikasikan pada Personalized Learning
Environment (PLE) dan merupakan aspek utama yang berkaitan untuk menyokong
pembangunan dan pembelajaran personal (Trafford et al 2004). Khususnya dalam bidang
pendidikan, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru serta pembelajaran pelajar
(Gani dan Clemes 2006, Johan 2011). Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan
bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru dan
kaedah pembelajaran pelajar. Maka, secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan
sesuai dengan era masa kini mengikut gaya belajar pelajar yang berbeza-beza.
Menurut Vekiri (2010), terdapat pelbagai lagi faktor yang mempengaruhi
penggunaan ICT di kalangan pelajar. Antaranya ialah kepentingan, faedah, minat dan
keseronokan, serta pengetahuan dalam penggunaan ICT. Faktor-faktor ini jugalah yang
akan menyumbang kepada keputusan untuk melihat sejauh mana tahap penggunaan ICT
dalam pembelajaran.
Di celah-celah pembangunan asas tersebut, kerajaan tetap tidak lupa untuk
membawa Orang Asli terlibat dengan pembangunan kontemporari iaitu pembangunan
ICT. Dapat dilihat dengan jelas dalam RMK ke-8 dan Ke-9 yang mana kerajaan cuba
mengurangkan jurang digital dalam pelbagai peringkat masyarakat (Wan Ahmad Amir
2009). Kesungguhan kerajaaan untuk membangunkan ICT merupakan manifestasi dari
kesedaran kerajaan tentang kekuatan yang ada pada ICT iaitu kemampuannya untuk
memperkasakan dan membentuk generasi yang membangun (Kenny 2002). ICT juga
merupakan teknologi yang berkuasa dalam kepantasan dan keberkesanan untuk
mengubah kualiti hidup masyarakat (Gani dan Clemes 2006).
28
2.4 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
2.4.1 Teori Konstruktivisme
Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. A
Contemporary Approach (ms. 177), pendekatan pembelajaran konstruktivisme
(constructivism) ialah
“Constructivism is an approach to learning in which learners are provided
theopportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal
connections or relationships among the ideas and facts being taught.”
(McBrien & Brandt 1997)
Dalam definisi ini, mereka menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah
pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina
kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan
(dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga
dikenali sebagai fahaman “binaan”.
Seterusnya, menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational
Psychology,“Constructivist perspectives – View that emphasizes the active role of the
learner inbuilding understanding and making sense of information.” Dari kenyataan-
kenyataan ini jelaslah bahawa mengikut teori pembelajaran konsruktivisme, pelajar perlu
memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau
pengetahuan yang dipelajari.
Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah
dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang
29
psikologi kognitif dan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang
pertama, iaitu GiambatistaVico, mengatakan bahawa
“one only knows something if one can explain it ” (Yager, 1999).
Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah
penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif,
menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan
menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat
interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek 1992). Seterusnya, perspektif
konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt,
Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey. Pembelajaran
bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), melibatkan“belajar
dengan membuat” (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar
berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey
mempelopori gerakan “progresivisme” dalam pendidikan.
Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal
mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, “Play, Dreams
and Imitation in Childhood ” dan Vygotsky (1978) dalam “Mind in Society ” yang
dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak.
Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku
tekstelah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan
masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang
sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey
dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula
dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif
konstruktivisme.
Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh
dilaksana dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut (Ramlah dan
30
Mahani 2002): (i) Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang
sesuatu konsep, (ii) Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama
lain, (iii) Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka, (iv)
Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap
pandangan mereka, (v) Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar, (vi) Menyediakan
aktiviti-aktiviti berbentuk “hands on” dan “ minds on”, (vii) Mementingkan kemahiran
saintifik dan kemahira berfikir dalam kalangan pelajar, (viii) Menggalakkan pelajar
merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya, (ix) Meminta pelajar
menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina, (x) Menggalakkan pelajar
mengemukakan hipotesis, (xi) Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada
pelajar, (xii) Memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-
pelajar lain, (xiii) Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar dan
(xiv) Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.
2.5 PENDEKATAN STRATEGI DAN PERKAEDAHAN
2.5.1 Strategi Pembelajaran Hibrid berasaskan projek dengan berorientasikan masalah (POPEYE)
31
2.5.2 Personalized Learning Environment (PLE)
Setiap individu pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut minat dan
kecenderungan tersendiri. Namun begitu, sistem pendidikan sedia ada tidak berupaya
menyediakan persekitaran pembelajaran mengikut kehendak setiap individu. Justeru itu,
satu persekitaran pembelajaran yang dikenali sebagai Personalised Learning Environment
(PLE) telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah ini. “Personalisation” ialah satu
keperluan penting untuk memotivasi pelajar dan menyokong pembelajaran berpusatkan
pelajar (Noor Azida dan Mohamad Bilal 2010).
PLE diperkenalkan bertujuan untuk menyediakan satu lokus pembelajaran yang
mana semua elemen dalam proses pembelajaran disatukan bagi menghasilkan satu set alat
yang dapat menyokong pembelajaran setiap individu (Noor Azida dan Mohamad Bilal
2010).
2.5.2.1 Kepentingan Persekitaran Pembelajaran Personal
Terdapat pelbagai kelebihan dan kepentingan PLE bagi meningkatkan kualiti sistem
pendidikan. PLE penting kerana ia adalah pertukaran daripada satu model pembelajaran
tradisional yang mana pelajar menggunakan maklumat melalui saluran bebas seperti pusat
sumber dan buku teks kepada satu model yang mana pelajar mendapatkan sumber
pembelajaran yang boleh dipilih dan diuruskannya sendiri (Educause 2009).
Selain itu, menurut Miligan (2006), konsep yang digunakan dalam PLE ialah
pendekatan berpusatkan perkhidmatan yang membenarkan setiap individu pelajar
memilih sendiri persekitaran pembelajaran yang mereka perlukan. Kenyataan ini
32
disokong oleh Attwell (2007), yang menyatakan PLE membenarkan pelajar menyusun
dan membangunkan sendiri persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan gaya
pembelajaran mereka.
Menurut Attwell (2007), PLE penting kerana berkeupayaan membangunkan
potensi dengan memudahkan capaian pembelajaran dalam konteks yang berbeza dan
menggunakan alat serta antaramuka yang berbeza. Ini akan menghasilkan pelajar yang
lebih bertanggungjawab dan berdikari. Selain itu, menurut Miliband (2006) rasional
pembelajaran personal adalah jelas iaitu untuk meningkatkan piawaian dengan memberi
fokus pada pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kecenderungan dan minat pelajar.
2.5.2.2 Isu-Isu Dalam Persekitaran Pembelajaran Personal
Di antara isu-isu yang berkaitan dengan PLE ialah usaha untuk menyediakan bahan
pembelajaran yang efisyen dan usaha mencari objek pembelajaran yang pelbagai
mengikut keperluan individu, Sampson (2002). Namun isu ini telah di atasi dengan
beberapa usaha antaranya ialah satu enjin carian web-course yang telah dibangunkan oleh
Gong dan Kinshuk (………………..). Enjin carian ini ramah pengguna, efisyen dan
membantu pelajar untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan daripada objek
pembelajaran yang telah dibina. Sistem yang dibangunkan ini menggunakan spesifikasi
Metadata untuk merekod objek pembelajaran yang pelbagai. Dengan Metadata, sistem
tersebut akan mengumpulkan maklumat yang tepat tentang sumber pendidikan, mencari
parameter carian yang sepadan dan memberikan keputusan yang bermakna kepada
pengguna.
Menurut Hargreaves (2004), antara isu yang berkaitan dengan PLE yang perlu
diberi perhatian ialah proses mencipta, mengorganisasi dan melaksanakan sistem
pembelajaran personal bagi memastikan latihan dan nota yang dibuat sesuai dan berguna
serta boleh diterima oleh pelajar. Memandangkan kita sudah berada di abad ke-21, isu
yang sering dipersoalkan ialah apakah sistem pendidikan yang diajar kini masih relevan
33
diajarkan kepada pelajar di abad ini dan apakah perubahan yang harus dibuat pada
kurikulum untuk melahirkan individu yang lebih baik?
Selain itu, isu berkaitan PLE yang telah dikemukakan oleh Aspect (2006), ialah
bagaimana menentukan kemahiran progresif dan sikap yang diperlukan oleh pelajar serta
usaha untuk mencari sistem baru dan kaedah yang boleh memenuhi keperluan individu.
Isu ini dianggap penting kerana untuk menyesuaikan kemahiran dan sikap dengan sistem
pembelajaran bukanlah satu usaha yang mudah. Justeru itu, ahli profesional dalam
bidang teknologi pendidikan harus memikirkan penyelesaian yang terbaik dalam
menyelesaikan dan mengatasi isu ini.
2.5.3 Gaya Belajar Orang Asli
Gaya belajar boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu gaya belajar visual, auditori dan
kinestatik. Setiap pelajar memiliki ketiga-tiga gaya belaajr ini. Walau bagaimanapun,
mereka akan cenderung kepada salah satu antaranya yang lebih dominan samada visual,
auditori dan kinestatik.
2.5.3.1 Ciri-ciri gaya belajar visual
Pelajar yang belajar cara visual belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk
perkataan atau ayat di dalam buku, papan hitam serta paparan komputer (Nor Syazwani
2012). Antara ciri-ciri gaya belajar ini ialah seperti (i) Bercakap dengan cepat, (ii)
Mementingkan penampilan dalam berpakaian/penampilan, (iii) Tidak mudah terganggu
dengan kesibukan, (iv) Mengingat apa yang dilihat, daripada apa yang didengar, (v)
Lebih suka membaca daripada dibacakan, (vi) Pembaca cepat dan tekun, (vii) Seringkali
mengetahui apa yang harus dikatakan, tapi tidak pandai memilih kata-kata, (viii) Lebih
suka melakukan demonstrasi daripada bercakap, (ix) Lebih suka muzik daripada seni dan
34
(x) Mempunyai masalah ntuk mengingat struktur lisan kecuali jika ditulis dan seringkali
meminta bantuan orang untuk mengulanginya.
Pendidik boleh mengaplikasikan beberapa strategi untuk memudahkan proses
belajar bagi pelajar jenis visual ini antaranya ialah (i) Menggunakan bahan cisual seperti
gambar-gambar, diagram dan peta, (ii) Menggunakan warna untuk menandakan hal-hal
penting, (iii) Menggalakkan pelajar untuk membaca buku-buku berilustrasi, (iv)
Menggunakan multimedia (contohnya : komputer dan video) dan (v) Menggalakkan
pelajar untuk mencuba mengilustrasikan idea-ideanya ke dalam gambar.
2.5.3.2 Ciri-ciri gaya belajar auditori
Reid (1984) mentakrifkan pelajar auditori belajar dengan mendengar perkataan yang
dituturkan dan dari penjelasan secara lisan. Pelajar dengan gaya pembelajaran auditori,
belajar dengan lebih baik dengan mendengar cerita, ceramah atau kaset (Dunn, Dunn dan
Price 1979; Rosseni 2010). Antara ciri-ciri gaya belajar ini ialah seperti (i) Semasa
bekerja suka berkomunikasi dengan diri sendiri (monolog), (ii) Penampilan rapi, (iii)
Mudah terganggu dengan kesibukan atau tekanan, (iv) Belajar dengan mendengar dan
mudah mengingat apa yang dibincangkan daripada apa yang dilihat, (v) Mudah membaca
dengan kuat dan memperdengarkan kepada orang lain, (vi) Menggerakkan bibir mereka
dan menulis di buku ketika membaca, (vii) Biasanya seorang yang boleh bercakap fasih,
(viii) Lebih pandai mengeja dengan kuat daripada menulis, (ix) Lebih suka gurauan lisan
daripada membaca komik, (x) Mempunyai masalah dengan suasana yang melibatkan
visual, (xi) Berbicara dalam irama yang tersusun dan sistematik dan (xii) dapat
mengulangi kembali dan meniru nada, berirama dan warna suara.
Strategi untuk memudahkan proses belajar bagi pelajar jenis auditori adalah
dengan (i) Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan di dalam kelas
ataupun di dalam keluarga, (ii) Membimbing pelajar untuk membaca bahan pengajaran
dengan kuat, (iii) Menggunakan muzik untuk mengajar murid-murid, (iv) Berbincang
35
dengan murid menggunakan idea secara verbal dan (v) Pelajar merakam bahan
pelajarannya ke dalam kaset dan bombing mereka untuk mendengarkannya sebelum tidur.
2.5.3.3 Ciri-ciri gaya belajar kinestetik
Pelajar yang belajar gaya kinestetik berkemampuan untuk belajar dengan baik dan
berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di
kelas. Mereka biasanya dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan apabila
melakukan aktiviti secara amali (Rosniah Mustaffa 2007).
2.6 TRANSFERRIBLE SKILLS
2.6.1
2.6.2
36
2.7 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
Secara amnya, model pengajaran merupakan satu perihalan persekitaran pengajaran dan
pembelajaran. Model-model pengajaran juga sebenarnya merupakan model
pembelajaran. Dengan lebih jelas lagi, model pengajaran merupakan satu perihalan yang
dijadikan panduan oleh guru untuk merancang kurikulum khususnya selain merangka
kursus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program
multi-media serta pengajaran berpandukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan
sebagainya. Namun begitu, model ini haruslah bersesuaian dengan pelbagai situasi
pengajaran dan pembelajaran termasuk sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi.
Selain itu, model ini juga haruslah bersesuaian atau harus diubahsuai dengan gaya
pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan mata pelajaran yang berkenaan.
Terdapat beberapan kumpulan model pengajaran yang seringkali dijadikan panduan guru
iaitu Model Pemprosesan Maklumat, Model Behavioral, Model Sosial dan Model
Personal.
Pendekatan yang digunakan dalam pembinaan dan pelaksanaan modul ICT ini
adalah berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran. Model ini
dibentuk melalui hasil pengubahsuaian Model Assure (Heinrich dan Molenda 2005),
Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey 1978), model Kemp (Morrison, Ross
dan Kemp 2001) dan Model Reka-bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran &
Pembelajaran (SPP III 2010) (Rosseni 2010) serta Model Personal (Carl Rogers 1982).
2.7.1 Model Assure (Heinrich, Molenda, Russell dan Smaldino 2005)
Dalam membangunkan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran, pendidik sepatutnya
merancang reka bentuk secara sistematik untuk melahirkan suasana pembelajaran yang
berkesan (Zuraidah 2010). Model Assure (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino
2005) adalah model reka-bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang
37
penggunaan media secara sistematik. Model Assure ini, terdiri daripada enam (6) fasa
iaitu, fasa pertama merupakan fasa Analisis pelajar, fasa kedua menyatakan objektif, fasa
ketiga ialah memilih kaedah, manakala fasa keempat merangkumi media dan bahan. Fasa
kelima pula ialah menggunakan media dan bahan, melibatkan pelajar dan fasa terakhir
iaitu fasa keenam ialah menilai dan mengkaji semula. Model ini bertujuan menyediakan
panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan media serta
memastikan sesuatu pengajaran dan pengajaran akan berlaku. Ia juga lebih berfokus pada
perancangan mengajar di dalam bilik kuliah atau di bilik darjah yang mana merupakan
sebuah formula untuk Kegiatan Belajar Mengajar (KBM).
Pengkaji telah memilih untuk menggunakan Model Assure kerana model ini
memenuhi keperluan pengkaji dalam melaksanakan pembangunan Modul Pembelajaran
Kendiri (Nor Syazwani 2012). Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji terdahulu, terdapat beberapa model reka bentuk instruksi yang sering menjadi
tumpuan pengkaji dan sangat sesuai dijadikan asas bagi pembangunan ‘courseware’
pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang mengambilkira media dan teknologi.
Antaranya ialah model ASSURE yang dicadangkan oleh seorang ahli akademik Yusup
Hashim (2006) yang menyatakan bahawa model ini sangat meluas digunakan oleh guru-
guru untuk merancang pembangunan media instruksi secara sistematik.
Rajah 2.2 Model Assure (Heinrich, Molenda, Russell dan Smaldino 2005)
38
2.7.2 Model Morrison, Ross dan Kemp
Model Morrison, Ross dan Kemp berorientasikan bilik darjah dan menerangkan satu
pendekatan yang menyeluruh untuk reka bentuk pengajaran yang mempertimbangkan
semua faktor-faktor dalam alam sekitar (Morrison, Ross, & Kemp 2004. Model ini
menetapkan satu proses lelaran dan tertakluk kepada semakan yang berterusan. Bagi
pendapat Prestera (2002) dalam kajian The Herridge Group Inc. (2004), model ini sangat
fleksibel yang direka bentuk untuk memberi tumpuan pada kandungan dan daya tarikan
P&P guru-guru.
Model Morrison, Ross dan Kemp ini mempunyai tiga elemen yang
membezakannya daripada beberapa model lain iaitu: (i) arahan dianggap dari perspektif
pelajar, (ii) model mengambil pandangan sistem umum ke arah pembangunan (komponen
model bebas antara satu sama lain) dengan reka bentuk pengajaran yang dibentangkan
secara pusingan yang berterusan dan (iii) model yang menekankan pengurusan proses
reka bentuk pengajaran (Morrison, Ross, & Kemp, 2004). Bagi model Kemp pula
merupakan contoh model melingkar jika ditunjukkan dalam sebuah diagram. Secara
ringkas, menurut model ini terdapat beberapa langkah dalam penyusunan sebuah bahan
iaitu antaranya ialah menentukan topik setiap pembelajaran, menganalisis gaya
pembelajaran pelajar, menetapkan tujuan pembelajaran yang ingin dicapai, menentukan
isi pengajaran, melakukan penilaian formatif, memilih sumber pembelajaran,
melaksanakan rencana pembelajaran dan penilaian sumatif (Morrison et al. 2004).
39
Rajah 2.3 Model Morrison, Ross dan Kemp Sumber: Kemp (1985): The instructional design process
2.7.3 Model Pengajaran Dick & Carey
Model pengajaran Dick & Carey (1996) ini dipilih kerana antara teori yang mendasari
pembelajaran melalui laman web ialah teori Dick & Carey. Mengikut teori ini proses
pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh
struktur pelajaran, penaksiran dan kemudiannya maklum balas penilaian. Kesemua
perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan
sesuai dengan objek pendidikan terkini. Kajian Dadang Supriatna dan Mochamad
Mulyadi (2009), menggunakan satu model pembelajaran prosedural yang mempunyai 10
langkah reka bentuk pembelajaran. Teori ini berasaskan pendekatan yang melibatkan
pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang
bersesuaian seperti yang dijelaskan dalam model Assure Menurut Gustasfon dan Branch
(2001), "Mesej pengantar yang paling banyak digunakan berkaitan dengan proses reka
bentuk intruksi” ialah model Dick dan Carey (1996).
40
Model Dick dan Carey ini merupakan model yang mudah dibaca dan difahami.
Pengkaji boleh mengemaskan dan meneliti falsafah yang muncul dalam Intructional
Design (ID) untuk digunakan sebagai bahan rujukan kepada pengajaran. Mereka juga
berpendapat bahawa model ini merupakan satu model contoh yang jelas bagi setiap
langkah dan boleh diaplikasikan untuk meningkatkan minat dalam prestasi teknologi,
analisis konteks modul, model penilaian bertingkat dan juga merupakan sebuah
pengurusan yang mempunyai kualiti yang tinggi.
Rajah 2.4 Model Pengajaran Dick & Carey (Dick & Carey 1996)Sumber : Sherri Braxton's site on Instructional Design Models
2.7.4 Model Reka bentuk dan Pembangunan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Penulis telah memilih untuk menggunakan Model SPP III iaitu model yang digunakan
dalam kajian Rosseni (2010) yang telah diubahsuai dari model Waterfall (Sommerville
1989; van Vliet 1993; Marshal et al. 1994) dan Model Pragmatics Sequences (Barker
1987; Shuell 1992; Jonassen 1988; Sector et al. 1992; Goodyear 1984; Roblyer 1988).
Penggunaan model ubahsuaian itu pada asalnya adalah untuk pembinaan sistem
SidangKom (Rosseni 2001). Model ini mengandungi enam fasa iaitu i) fasa kajian
41
permulaan, ii) fasa analisis keperluan, iii) fasa reka bentuk, iv) fasa pembangunan, v) fasa
pengujian dan analisis dapatan kajian dan vi) fasa pemodelan dan penyelenggaraan.
Rajah 2.5 Reka bentuk instruksional, pembangunan, implementasi, pengujian & penilaian dan proses pemodelan bagi I-MeT (Rosseni 2010)
2.7.5 Model Personal
42
Model personal merupakan salah satu kumpulan model pengajaran.
Sememangnya tidak dapat kita nafikan bahawa terdapat pelbagai perspektif yang berbeza-
beza menjadi inti pandangan seseorang mengenai apa yang dilihat tentang perihal dunia
ini. Setiap individu melihat sesuatu secara berlainan berasaskan pengalaman,
persekitaran dan hubungan interpersonal masing-masing (………………). Secara amnya,
kita melihat serta mentafsirkan dan memahami sesuatu peristiwa secara berlainan
(……………..). Hal ini kerana, kita menggunakan kanta yang berbeza-beza untuk
mentafsirkan peristiwa yang kita alami, menterjemah bahasa yang kita dengar dan
mengubah maklumat yang kita terima (……………………). Hal inilah yang menjadi
pandangan kumpulan Model Personal (………………..).
Berdasarkan sumber buku ‘Murid dan Alam Belajar “untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan oleh Choong Lean Keow (…………………..) telah menjelaskan
bahawa model personal adalah model yang berpegang kepada unsur keperibadian
individu. Dalam menggunakan model personal ini, kita boleh berpandukan kepada
teknik-teknik bukan mengarah semasa kita membimbing mereka, menggunakan kaedah
sinektik untuk meningkatkan kreativiti mereka, dan perjumpaan kelas bagi membina
pembelajaran komuniti (…………………………).
Maka model personal sememangnya banyak berfokuskan kepada konsep-konsep
yang mana juga diutamakan oleh ahli humanistik, iaitu konsep kendiri dan harga diri;
arah kendiri yang positif dan sifat berdikari; kreativiti dan sifat ingin tahu dan
perkembangan domain afektif dan emosi. Di dalam Model Personal terdapat tiga model-
model. Model-model tersebut adalah seperti yang berikut:
i) Pengajaran fasilitatif. (Berasaskan kaedah yang dipelopori oleh Carl Rogers dan
berpusatkan murid)
ii) Peningkatan kesedaran kendiri. (Bertumpu kepada mengembangkan kesedaran
dan penunaian potensi masing-masing.)
iii) Synectics. (Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti)
43
Ketiga-tiga model ini telah dicipta bagi membentuk pendidikan agar
membolehkan kita lebih memahami diri kita, bertanggungjawab atas pendidikan kita dan
seterusnya mencapai tahap perkembangan yang jauh melebihi tahap maksimum kearah
kualiti hidup yang tinggi. Usaha inilah yang akan diterajui oleh setiap model-model yang
terkandung dalam kumpulan Model Personal. Untuk lebih jelas lagi, kesemua model
tersebut memberi penekanan kepada perspektif bersifat individu serta turut menggalakkan
sifat berdikari yang produktif. Hal ini kerana nasib masing-masing akan lebih terjaga
selain dapat meningkatkan kesedaran kendiri.
Ke semua model reka bentuk Assure (2005), Kemp (1998), Dick dan Carey
(1989) dan SPP III (2010) serta model Personal (……..……) membincangkan langkah
pengembangan pembangunan secara berperingkat-peringkat. Setiap model mempunyai
matlamat, objektif, aktiviti, proses dan penilaian prestasi pengisian serta pencapaian.
Perbezaan utama antara satu model dengan model yang lain ialah reka bentuk model dan
cara perlaksanaan aktiviti yang dijalankan. Setiap model reka bentuk yang diterbitkan
menjelaskan langkah atau peringkat bagaimana model tersebut boleh diguna pakai.
Model yang dibina ini hanya sekadar menyatakan semula model yang lain sama ada
diubahsuai atau diolah semula mengikut pandangan dan andaian masing-masing
(Zuraidah 2010).
Daripada gabungan kelima-lima model tersebut, pengkaji menganalisis ke semua
fasa-fasa tersebut dan menghasilkan satu model baru. Terdapat enam (6) fasa dalam
metodologi pembinaan yang digunakan ini iaitu bagi fasa pertama ialah membuat kajian
terhadap masalah kajian. Seterusnya fasa kedua adalah keperluan analisis di mana
memerlukan spesifikasi sistem. Proses seterusnya, merupakan reka bentuk sistem seperti
model konseptual. Selain daripada itu, fasa keempat pula ialah pembangunan sistem yang
mana memberi penerangan mengenai arahan sistem bagi modul ICT. Fasa model ini
diteruskan dengan fasa kelima iaitu tentang implementasi modul dan membuat pengajaran
44
berkaitan dengan modul ICT. Fasa keenam pula merupakan fasa terakhir adalah proses
penyelenggaraan dan pemodelan bagi modul ICT.
2.8 KAJIAN LUAR NEGARA
Sekarang ini terdapat banyak usaha-usaha di Amerika untuk memadankan gaya
pengajaran guru dengan gaya belajar pelajar. Gaya belajar pelajar Orang Asli di Amerika
Indian.
2.9 KAJIAN DALAM NEGARA
Gaya pembelajaran Pelajar Orang Asli terhadap mata pelajaran pendidikan seni visual.
2.10 RUMUSAN
Nurul farhana. 2010. ICT DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG_ASLI DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH. Tesis UTM
45
Gani, A. & Clemes, M. D. (2006). Information and Communications Technology:
A Non-income Influence on Economic Well Being. International
Journal of Social Economics. 33 (9), 649-662.
Wan Ahmad Amir Zal Bin Wan Ismail. 2009. Nilai dan Penerima Gunaan Teknologi
Komunikasi dan Maklumat Terpilih Dalam kalangan Belia Orang Asli di Bukit Lanjan
dan Pulau Carey Selangor. Tesis Sarjana Sains, UPM.
Kenny, C. (2002). Information and Communication Technologies for Direct Poverty
Alleviation: Cots and Benefits. Development Policy Review.
20 (2), 141-157.
BAB III
PENGENALAN
3.1 PENGENALAN
Metadologi penyelidikan memberi panduan dalam perlaksanaan serta cara melaksanakan
penyelidikan. Setiap kaedah akan dijelaskan secara terperinci untuk memudahkan
pemahaman kepada pembaca. Bab ini juga merangkumi aspek persampelan dan
instrumen yang digunakan, prosedur menjalankan kajian, mengumpul data, cara
menganalisis data dan spesifikasi keperluan modul.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN PEMBANGUNAN
Reka bentuk kajian merujuk kepada bagaimana membina modul yang menggunakan
strategi atau pendekatan hibrid. Kajian pembinaan ini merupakan satu kaedah
penyelidikan berkaitan pengajian sistematik tentang reka bentuk, pembangunan dan
penilaian (i) program, (ii) proses dan (iii) produk yang perlu memenuhi kriteria tertentu
serta dinilai dengan instrumen yang sah lagi boleh dipercayai. Kajian pembinaan ini juga
menggandingkan teori dan praktikal serta boleh melibatkan proses pelaksanaan satu reka
bentuk, pembangunan dan aktiviti penilaian secara serentak (Seels dan Richey 1994).
Dalam bidang teknologi pengajaran, pembinaan sering kali bermaksud satu proses
menterjemahkan satu spesifikasi reka bentuk pengajaran menjadi satu produk dalam
bentuk media pengajaran (Richey et al. 1994). Terdapat dua jenis penyelidikan
pembinaan iaitu Jenis 1 dan Jenis 2 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
47
Jadual 3.1 Dua jenis Penyelidikan Pembinaan
Perkara Jenis 1 Jenis 2Penjelasan Kajian mengenai produk spesifik
atau reka bentuk program serta penilaian projek.
Kajian terhadap reka bentuk, pembinaan, penilaian proses, bahan-bahan serta model-model.
Produk Pengetahuan pembelajaran daripada pembangunan produk yang spesifik dan menganalisis syarat-syarat yang memudahkan penggunaan sesuatu produk
Reka bentuk baru, pembangunan, penilaian prosedur atau model serta syarat-syarat yang memudahkan penggunaan model tersebut.
Context-specific Conclusion =>=> Generalized Conclusion
Sumber : Richey, Klein & Nelson 2004 (p.1103)
3.3 POPULASI KAJIAN
3.4 SAMPEL KAJIAN
3.5 LOKASI KAJIAN
3.6 INSTRUMEN KAJIAN
48
3.7 MODEL REKA BENTUK DAN PEMBINAAN SISTEM
Model yang digunakan untuk reka bentuk dan pembinaan modul Adobe Photoshop ialah
Model Reka Bentuk Sistem. Model ini diubahsuai dari Model Reka Bentuk dan
Pembangunan Sistem Pengajaran & Pembelajaran (SPP III) yang digunakan dalam kajian
Rosseni (2010) yang telah diubahsuai dari Model Waterfall (Sommerville 1 989; van
Vliet 1993; Marshall et al. 1994) dan Model Pragmatic Sequences (Barker 1987; Shuell
1992; Jonassen 1988; Spector et al. 1992; Goodyear 1994; Roblyer 1988) seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 3.1. Secara ringkasnya model ini terdiri daripada enam fasa iaitu
fasa kajian permulaan, analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan
penyelenggaraan serta pemodelan.
3.7.1 Fasa Kajian Permulaan
Dalam fasa kajian permulaan ini keperluan kajian dikenalpasti. Dari lompang kajian
yang dikenalpasti, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk penyataan masalah serta
objektif utama membangunkan projek ini dinyatakan iaitu untuk membangunkan modul
ICT sebagai alternatif kepada Orang Asli dalam kehidupan meraka. Dalam fasa ini,
analisis dibuat untuk mentaksir masalah dan membentuk persoalan kajian. Selain
daripada itu, tujuan serta objektif kajian ditentukan dan batasan kajian dikenalpasti. Hasil
temubual yang dijalankan bersama JKKK Kg.Belihoi, Pengurus Program Komuniti, Akzo
Nobel Paints (Malaysia) Sdn.Bhd , Encik Radzi Abdul Rashid, Kok Swee Kien (Unit ICT
Akzo Nobel Paints Sdn.Bhd) dan terakhir adalah pengguna modul ICT. Melakukan
protokol temu bual berdasarkan konsep triangulasi. Tujuan temu bual ini adalah untuk
mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang masalah utama murid-murid Orang Asli
dalam pengajaran dan pembelajaran ICT.
49
3.7.2 Fasa Analisis Keperluan Modul/ Pelajar
Dalam fasa ini, pengkaji telah mengenal pasti bentuk bahan instruksi yang akan
dibangunkan dan seterusnya mengenalpasti apa yang diperlukan untuk membina modul
Asas ICT bagi mencapai tujuan dan objektif kajian. Fasa ini melibatkan aktiviti
menganalisis dapatan dari kajian permulaan dan juga bahan-bahan rujukan serta proses
temubual daripada keperluan responden. Antara perkara yang perlu ditentukan dalam
fasa ini ialah matlamat, objektif, pengguna sasaran, teori pembelajaran, strategi
pengajaran dan pembelajaran dan kaedah penggunaan modul semasa P&P. Melalui temu
bual bersemuka, perbualan dirakam menggunakan pita rakaman dan nota catatan. Sesi
temu bual dimulakan dengan mengajukan soalan-soalan asas berbentuk umum dan mudah
dan kemudian menjurus kepada yang lebih berfokus. Sesi ini dijalankan bertujuan untuk
mendapatkan penjelasan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid Orang Asli
dalam pembelajaran ICT di sekolah.
3.7.3 Fasa Pemilihan Reka Bentuk Modul
Fasa ketiga ini menentukan bagaimana modul akan dibina dan dilaksanakan berdasarkan
apa yang diperlukan dalam spesifikasi keperluan modul. Fasa ini juga meliputi segala
yang dirancang dan menyuratkan apa yang difikirkan untuk membina modul ini.
Terdapat tiga tahap bagi reka bentuk dan pembangunan kajian iaitu: (i) merangka
kandungan serta membuat penilaian terhadap modul, (ii) mereka bentuk dan
membangunkan modul ICT dan (iii) menyediakan senarai semak bagi penilaian modul
ICT yang dibangunkan. Terdapat tiga perkara yang perlu dianalisis seperti ciri-ciri umum
pelajar,pengetahuan dan pengalaman sedia serta gaya pembelajaran pelajar.
50
3.7.4 Fasa Pembangunan Modul
Fasa keempat ini menentukan bagaimana modul itu akan dibina berdasarkan apa yang
diperlukan dalam spesifikasi keperluan modul selepas ciri-ciri modul dikenal pasti. Pada
fasa ini juga, modul yang direka bentuk mengambil kira konsep-konsep Pendidikan
Komputer dan teori serta strategi P&P yang mendasari pembangunan modul
pembelajaran kendiri mengikut kesesuaian pengguna. Selepas modul ini dibina, ia akan
diteliti dan dinilai semula dalam semua aspek untuk memastika modul tersebut boleh
dibina dan dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan.
3.7.5 Fasa Implementasi Modul
Fasa yang berikutnya ialah fasa kelima. Sebelum memulakan fasa ini, yang mana pada
peringkat akhir pembangunan, dua penilaian kebolehgunaan (Usability Test)
diselenggarakan. Bagi penilaian kebolehgunaan yang pertama Nielson dan Laundauer
(1993) menyarankan sekurang-kurangnya tiga atau lima orang pengguna untuk penilaian
kebolehgunaan. Penilaian ini digunakan untuk mengesan kesalahan teknikal yang
muncul pada akhir peringkat akhir proses pembangunan sistem bagi lima orang pakar dan
sepuluh orang pengguna. Tujuan penilaian kebolehgunaan ini dilakukan adalah untuk
mencari kesalahan (bugs) dan untuk memperbaik pelbagai aspek dalam MPK APs CS5.
Fasa implementasi ini juga merangkumi (i) perancangan proses penulisan modul (ii)
penulisan modul (iii) pengujian formatif kandungan dan aktiviti modul.
Ujian ini akan melibatkan penggunaan modul yang dilaksanakan serta dinilai
melalui Bengkel Adobe Photoshop yang akan dihadiri oleh 30 orang pelajar tahun dua,
bagi kursus Teknologi Pendidikan. Maklumat juga diperoleh daripada borang penilaian
yang telah dijawab oleh pelajar-pelajar tahun dua bagi kursus Teknologi Pendidikan
untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi sepanjang proses P&P.
Berdasarkan dokumen reka bentuk modul dan rancangan proses penulisan modul, modul-
modul (1-6) dibina secara terperinci bersama dengan latihan pengukuhan, satu demi satu
mengikut turutan agar mengekalkan kesinambungan modul-modul (1-6). Pemilihan
51
kaedah, media dan bahan mengajar adalah penting sebelum memulakan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini ada dijelaskan dalam pembangunan Model
Assure oleh Heinrich dan Molenda (2000). Seterusnya, menggunakan media dan bahan
mengajar yang telah dipilih itu kepada pelajar-pelajar dengan sebaik mungkin.
3.7.6 Fasa Penyelenggaraan dan Pemodelan Modul
Pada fasa terakhir iaitu fasa yang keenam, melibatkan proses penyelenggaraan dan
pemodelan. Penyelenggaraan merupakan satu proses pengulangan semula. Bagi fasa ini,
ia adalah bertujuan untuk mengesan ralat yang masih ada selepas proses penilaian sumatif
yang akan dilakukan setelah ke semua modul pembelajaran APs CS5 dibina atau untuk
mengubahsuai kandungan perisian mengikut peredaran masa atau kehendak pengguna
yang mungkin telah berubah. Dalam fasa penyelenggaraan pelaksanaan dan pembaikan
mungkin perlu dibuat secara berterusan sehingga penulis modul berpuas hati dengan hasil
terakhir dan modul tersebut dapat mengaplikasikan teori beban kognitif dan teori
minimalis.
3.8 KESIMPULAN
Bab ini telah menerangkan tentang proses-proses yang perlu dilalui untuk membina
modul gabungan ini berdasarkan model reka bentuk dan pembangunan bahan
pembelajaran dalam kajian yang lalu. Selain itu juga, instrumen dan responden yang
terlibat bagi setiap fasa turut dibincangkan. Output-output bagi setiap fasa merangkumi
penyataan persoalan kajian. Ini adalah untuk dua fasa yang terawal. Penilaian formatif
dan sumatif akan dijalankan bagi setiap fasa mengikut keperluan.
Secara kesimpulannya, untuk menghasilkan sesuatu modul yang memberi
keberkesanan kepada pengguna, penulis perlu menitikberatkan metodologi yang
digunakan. Ini adalah kerana penggunaan metodologi yang bersesuaian dengan
pembangunan modul yang ingin dibangunkan dapat membantu pembangun modul untuk
52
menghasilkan projek yang bermutu dan berkualiti. Malahan, modul sebegini juga
diharapkan dapat memberi kepuasan dan kefahaman kepada pengguna yang
menggunakan modul yang dibangunkan ini. Oleh yang demikian, metodologi ini menjadi
pilihan penulis dalam projek ini yang melibatkan kehendak serta keperluan pengguna
terlebih dahulu. Sekiranya modul gabungan ini tidak memenuhi kehendak pengguna,
maka proses pelaksanaannya akan diulangi semula sehingga keperluan pengguna
dipenuhi.
Top Related