CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 1
CTU 151: PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat
1
PENGENALAN
HASIL PEMBELAJARAN
• Menerangkan Konsep Tamadun Islam dan Sumbangannya Kepada Tamadun Dunia
• Menjelaskan Perkembangan dan Pengaruh Islam di Alam Melayu
• Menghuraikan Sistem Kemasyarakatan dan Kenegaraan Islam Serta Cabaran yang Dihadapi oleh Umat Islam Kini
2
ISI KANDUNGAN:
• 1. Persamaan nilai antara tamadun
• 2. Interaksi antara tamadun
• 3. Faktor interaksi antara tamadun
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 2
PENDAHULUAN
DEFINISI NILAI:
Nilai universal = nilai yang sesuai dipraktikkan bila-bila
masa dan di mana-mana sahaja demi kesejahteraan
ummah
Nilai = darjah, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian.
PEMBAHAGIAN NILAI
Kebendaan
Kerohanian
3
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
4
Nilai Kepercayaan
Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun.
Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains.
Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian yang bersumberkan wahyu. Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada dinamisme sesebuah tamadun.
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 3
5
Nilai Ekonomi dan Kebendaan
Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama,
pada kebanyakan tamadun khususnya Barat sehingga
menghalalkan semua perkara bagi mencapai matlamat nilai
kebendaan.
Berbeza dengan Islam di mana nilai ekonomi perlu
berlandaskan syariat iaitu mengambil persoalan hukum halal
dan haram serta mendapatkan keredhaan Allah. Manusia
merupakan pemegang amanah dan bukan pemilik harta
secara mutlak. Harta dan kebendaan hanya alat untuk
mencapai keredhaan Allah.
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
6
Nilai Kerja
Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja. Nilai kerja tamadun atau
masyarakat Barat melihat kepada keuntungan dari segi kebendaan
berbanding etika kerja sebenarnya. Masyarakat Jepun dan Korea yang
sering dikaitkan dengan nilai kerja yang penuh berdisiplin dan beretika
seperti juga yang dituntut dalam Islam namun ia tetap terarah kepada
kepentingan dan keuntungan dunia.
Nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari
keberkatan daripada Allah s.w.t.
Bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia
dan dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
Dilakukan dengan niat kerana Allah
Kerja yang menepati kehendak syarak dan penuh tanggungjawab
Menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan tugas
Tidak melalaikan dan meninggalkan ibadah khusus.
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 4
7
Nilai Kemanusiaan
Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan
penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan
manusia. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah
kelompok masyarakat itu memahami hakikat kejadian
manusia secara menyeluruh.
Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu
dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai
tambah.
Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat
yang meletakkan nilai kemanusiaan yang mengamalkan
sifat bertimbang rasa, lemah lembut, kasih sayang, adil
dan sebagainya.
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
8
Nilai Keilmuan
Semua tamadun menerima kepentingan ilmu pengetahuan
dalam membangun dan membina sesebuah tamadun.
Bangsa yang meneroka dan menguasai ilmu pengetahuan
akan dapat mewujudkan tamadun yang gemilang
Keutamaan ilmu jelas dirakamkan di dalam wahyu yang
pertama diturunkan (al-Alaq: 1-5).
Umat Islam perlu mempunyai kesedaran tentang
kewajipan menuntut ilmu kerana tanpa ilmu umat Islam
tidak akan maju sedangkan umat Islam diibaratkan oleh
Allah sebagai ‘ummah wasatan’ iaitu umat yang mampu
meneroka dan membangun alam ini dengan ilmu yang
dipelajari.
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 5
9
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
10
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 6
11
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
12
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 7
13
Nilai Akhlak
Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin
kehidupan yang beretika. Tanpa akhlak mulia kehidupan
manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri.
Justeru, perutusan Rasulullah adalah untuk menyempurnakan
akhlak manusia, sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.”
Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
seorang rasul ialah untuk memperelok akhlak manusia.
Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan
manusia dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan makhluk
lain termasuk alam persekitaran.
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
14
Nilai Keadilan
Nilai keadilan - mampu mewujudkan keamanan dan
kemakmuran sesebuah tamadun. Sebagai contoh kerajaan
yang melaksanakan keadilan sosial akan membahagikan
kekayaan negara kepada seluruh rakyat - menghadkan
monopoli golongan kaya - meningkatkan pendapatan
golongan miskin, maka dengan ini akan merapatkan jurang
perbezaan.
Sejarah telah membuktikan antara sebab keruntuhan
sesebuah tamadun ialah apabila pemerintah atau kerajaan
tidak lagi berlaku adil terhadap rakyatnya dengan
melakukan kezaliman dan mengabaikan hak-hak rakyat.
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 8
15
Nilai Kekeluargaan
Malik bin Nabi - membina sebuah tamadun, ia bermula dengan
membina masyarakat yang berperadaban dan untuk itu ia
bermula dengan pembentukan keluarga. Keluarga yang
dimaksudkan lazimnya keluarga yang mempunyai hirarki kuasa
yang menentukan kedudukan kaum wanita dan lelaki.
Menurut Konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat
merupakan konsep kekeluargaan yang terpenting. Pengabaian
terhadap konsep kekeluargaan bermakna penafian hak
seseorang dan bertentangan dengan keadilan.
Konsep kekeluargaan dalam Islam pula mementingkan kasih
sayang dan saling hormat-menghormati. Ini bermakna kedudukan
wanita dan lelaki bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi
setiap mereka mestilah menunaikan tanggungjawab masing-
masing.
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
16
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
Nilai Alam Sekitar
Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang
diterima oleh semua agama kerana alam sekitar dianggap
sebagai anugerah tuhan.
Dalam Islam, manusia sebagai khalifah Allah berkewajipan
memelihara alam dari sebarang kerosakan. Begitu juga
dalam ajaran agama-agama lain. Ada sesetengah tamadun
lain memelihara alam sekitar sehingga alam sekitar disembah
dan dilihat sebagai Divine Power.
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 9
17
Negara Maju
PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN
Negara Tidak Maju
Bandingkan dua keadaan.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
18
INTERAKSI
Sifat sebenar sesebuah tamadun
adalah tidak tertutup
Perkongsian nilai, pemikiran
institusi keinsanan
yang melahirkan
kesan positif dan negatif
Wujud semangat
toleransi yang tinggi contoh dalam aspek
fizikal, agama, sains &
teknologi serta budaya.
Alam Melayu – interaksi
perdagangan, pakaian,
makanan, seni, bahasa dll cth Baba Nyonya,
Wujud percambahan pemikiran & mengelakkan
kebekuan
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 10
19
Interaksi fizikal.
Interaksi teologi atau
agama.
Interaksi sains dan teknologi.
Interaksi budaya.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
20
Terdapat empat jenis interaksi berlaku antara tamadun, iaitu:
Interaksi fizikal. Seperti yang berlaku di Alam Melayu di mana
pedagang Arab mengahwini penduduk tempatan dan membina
petempatan khas di kawasan pantai timur dan barat Sumatera.
Interaksi teologi atau agama. Sebagai contoh proses asimilasi
beberapa ajaran Buddha ke dalam ajaran Shinto di Jepun
tentang nilai etika dan moral.
Interaksi sains dan teknologi. Seperti Jepun mempelajari sains
dan teknologi dari Eropah dan Amerika Syarikat ekoran
hubungan yang terjalin.
Interaksi budaya. Ia merupakan interaksi yang paling ketara
berlaku pada mana-mana tamadun yang meliputi pelbagai
aspek seperti makanan, pakaian, seni bina, muzik dan dsb.
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 11
21
Faktor Geografi
Kelahiran sesebuah tamadun
banyak didorong oleh
kedudukannya yang strategik
yang memungkinkan
penempatan masyarakat
memperoleh sumber-sumber
semula jadi untuk keperluan
hidup.
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
Faktor lokasi ini adalah merujuk pada kesesuaian faktor
geografi yang dilihat menggalakkan kemunculan tamadun Cina
di Lembah Hwang Ho, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris,
tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil dan tamadun Melayu
Melaka di pinggiran Selat Melaka.
22
Kebiasaannya kawasan yang terbuka bentuk kawasan geografi seperti kawasan yang menjadi laluan perdagangan bersifat lebih terbuka dalam orientasi ketamadunannya. Ini menyebabkan sesebuah tamadun itu terdedah kepada tamadun luar.
Sebagai contoh melalui jalan laut orang Arab merentasi laut Arab ke benua India, kepulauan Melayu hingga ke Canton, Cina.
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 12
23
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
Laluan perdagangan antara Benua Asia.
24
Faktor Perdagangan
Interaksi antara tamadun turut berlaku menerusi aktiviti
perdagangan. Misalnya, hubungan perdagangan yang berlaku
antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan
ini terjalin sejak abad ke 3 Masehi. Pedagang Arab dan Parsi
telah membina penempatan mereka di Canton malah mereka
turut membina masjid di Guangzhou. Ini membuktikan
berlakunya proses Islamisasi di wilayah tersebut.
Hubungan pedagangan juga berlaku antara pedagang Arab
dengan penduduk Alam Melayu apabila mereka singgah di
beberapa pelabuhan penting di kepulauan Melayu seperti
Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Cina.
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 13
25
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
Pelabuhan Canton yang dahulunya menjadi
persinggahan orang Arab di China.
Masjid Huasishen adalah masjid pertama di
Guongzhou.
26
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
Faktor Keagamaan
Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan
rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama
mendorong manusia - menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan.
Islam merupakan agama yang bersifat terbuka iaitu menerima
kebaikan daripada agama lain selagi tidak bercanggah
dengan syariat Islam. Sebagai contoh, walaupun kerajaan
Islam dapat mengekalkan kuasanya selama 7 abad di
Andalusia tetapi tidak pernah mendiskriminasi penduduknya
yang beragama Kristian dan Yahudi malah diberi peluang
turut serta membangunkan ekonomi, ilmu pengetahuan dan
perdagangan.
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 14
27
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
Ilustrasi Parsi menunjukkan orang Arab
berguru dengan Socrates.
Gambar kulit buku menggambarkan saintis
Islam mempelajari ilmu astronomi Ptolemy.
28
Faktor Pemerintah
Sikap pemerintah menunjukkan sikap terbuka dan toleransi dengan mewujudkan hubungan dengan tamadun lain. Misalnya, pemerintah Islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam mengamalkan sikap terbuka dengan menerima sumber ilmu daripada tamadun Yunani, India dan Cina.
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
Namakan tamadun-tamadun asal yang diadaptasi oleh Islam untuk barang/perkara di atas.
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 15
29
Contohnya orang Arab mempelajari membuat kertas daripada
orang Cina.
Teknik pembuatan kertas tersebut jatuh ke tangan orang Arab
pada masa Abbasiyah terutama setelah kalahnya pasukan
Dinasti Tang dalam Pertempuran Sungai Talas pada tahun 751 M
di mana para tawanan-tawanan perang mengajarkan cara
pembuatan kertas kepada orang Arab sehingga pada zaman
Abbasiyah, muncullah pusat-pusat industri kertas baik di Baghdad
mahupun Samarkand dan kota-kota industri lainnya.
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
30
Faktor Penghalang Interaksi Antara faktor penghalang interaksi antara tamadun ialah:
Kedudukan geografi atau daerah yang membataskan perhubungan antara satu tamadun dengan tamadun lain.
Semangat nasionalisme (kebangsaan) yang menebal sehingga melahirkan sikap perasaan kebencian dan permusuhan terhadap bangsa atau warga negara lain.
Tiada sikap toleransi atau tolak ansur dalam kalangan kaum migran dan bukan migran. Perkara ini menyebabkan masing-masing membawa haluan sendiri dan tiada semangat perpaduan dan bekerjasama.
Penggunaan bahasa yang berbeza.
Pegangan agama yang berbeza di mana masyarakat akan sentiasa berpegang teguh pada kepercayaan yang menjadi pegangan sejak turun-menurun.
FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 16
KESAN INTERAKSI
31
[email protected] Memperkayakan kebudayaan & perbendaharaan Islam
Muncul kerajaan Islam
Muncul tokoh-tokoh & cendekiawan Islam
Perkahwinan campur
Perkembangan teknologi
Sumbangan masyarakat bukan Islam dalam bidang ilmu seperti tokoh Yahudi & Nasrani
Pengiktirafan hak untuk beragama & hak bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka
K
E
S
A
N
P
O
S
I
T
I
F
KESAN INTERAKSI
32
Wujud iri hati kepada tamadun Islam semasa Dinasti Han di China, atas kemajuan ekonomi umat Islam di China tahun 876M
Kemasukan Buddha, mendapat tentangan Konfusianisme semasa Dinasti Han Timur
Zaman pertengahan pemerintahan Kristian Eropah melancarkan peperangan ke atas orang Islam kerana faktor teknologi, ekonomi &
sosial
Berlaku pembunuhan orang Yahudi beramai-ramai di Eropah
K
E
S
A
N
N
E
G
A
T
I
F
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 23/06/2013
Maruwiah Ahmat 17
KESIMPULAN
33
Tamadun sepatutnya saling lengkap melengkapi
dengan terbinanya interaksi positif kerana hidup ini
merupakan perkongsian antara sesama manusia.
Walau bagaimanapun tamadun yang benar-benar
syumul ialah tamadun Islam yang menitikberatkan
kemajuan duniawi dan ukhrawi.
Tamadun Islam merangkumi semua bidang
kehidupan dan merupakan tamadun yang praktikal
dan universal.
Top Related