Nota Sains Tingkatan 1: BAB 1: PENGENALAN KEPADA SAINS
1.1 Apa Itu Sains? Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan
kepada kita dan juga persekitaran kita.
Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Contohnya
seekor berudu yang bertukar menjadi seekor katak dewasa.
Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan
ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan
secara saintifik.
Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan yang
kita gunakan juga mempunyai dengan sains.
Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru serta
peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.
Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan
taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.
Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut: Biologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.
Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.
Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas mereka, dan penggunaannya.
Geologi Kajian mengenai batuan dan mineral.
Astronomi Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.
Meteorologi Kajian mengenai cuaca dan iklim.
2.1 Makmal Sains Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.
Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara
saintifik dijalankan.
Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan
eksperimen.
Makmal mempunyai peraturan dan langkah keselamatan semasa di makmal. Antaranya:
Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan
1. 1Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal
2. bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga- jaga di dalam makmal
1. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.
2. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains.
3. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
4. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.
5. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru
sahaja.
6. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang
diarahkan oleh guru anda sahaja.
7. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
8. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat
demikian.
9. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa anda menggunakan
bahan kimia yang betul.
10. Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda
hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan air bersih berulang kali.
11. Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan menggunakan air.
12. Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti luka
atau terbakar) kepada guru anda dengan segera.
13. Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
14. Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.
3.1 Alat-Alat Radas yang biasa terdapat didalam Makmal
Mangkuk pijar (Crucible)
Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.
Tabung uji (Test tube)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.
Mangkuk penyejat (Evaporating dish)
Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.
Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper)
Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.
Pemegang tabung uji (Test tube holder)
Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.
Picagari (Syringe)
Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.
Slaid kaca (Glass slide)
Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.
Jam randik (Stop watch)
Kegunaan: Untuk mengukur masa.
Bikar (Beaker)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.
Kelalang kon (Conical flask)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.
Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana
proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.
Corong penuras/penapis (Filter funnel)
Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.
Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand)
Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.
Penunu Bunsen (Bunsen burner)
Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.
Rak tabung uji (Test tube rack)
Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.
Rod kaca (Glass rod)
Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan didalam bekas.
Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp)
Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.
Buret (Burette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.
Balang gas (Gas jar)
Kegunaan: Untuk mengisi gas.
Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs)
Kegunaan: Untuk memegang objek panas.
Pipet (Pipette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.
Silinder penyukat (Measuring cylinder)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.
Jangka suhu (Thermometer)
Kegunaan: Untuk menyukat suhu.
4.1 Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya
Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.
Sangat mudah terbakar (Highly flammable)
Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.
Meletup (Explosive) Contoh: Natrium, kalium.
Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)
Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.
Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)
Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.
Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.
5.1 Langkah-langkah Dalam Penyelidikan Saintifik
1. Menentu serta memastikan apa yang ingin kita ketahui. 2. Membuat andaian yang bijak bagi menceritakan permasalahan. 3. Rancang penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui samada andaian kita
adalah benar. 4. Tentukan apa yang perlu diubah semasa melakukan penyelidikan. 5. Catat segala apa yang diperhatikan. 6. Dapatkan maksud atau pengertian atas pemerhatian yang dilakukan. 7. Tentukan samada andaian yang kita buat adalah benar. 8. Tulis sebuah laporan penyelidikan saintifik
6.1 Kuantiti Fizik Dan Unit-unitnya
1. Panjang (Length)
2. Jisim (Mass)
3. Masa (Time)
4. Suhu (Temperature)
5. Arus Elektrik (Electric current)
Kuantiti fizik dan unit SI
Kuantiti fizik Unit SI Simbol unit
Panjang meter m
Jisim kilogram kg
Masa saat s
Suhu kelvin K
Arus elektrik ampere A
7.1 Berat dan Jisam
Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). Kaedah ini juga
digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek
Unit sukatan berat dan jisim ialah;
Berat - Newton / N
Jisim - kilogram / kg
Menyukat berat
neraca spring
neraca mampatan
Menyukat jisim
neraca tiga palang
neraca tuas