Pendahuluan
Cerpen ialah sebuah kisah rekaan atau dalam bentuk prosa yang relatif pendek yang
dibina melalui plot,watak,setting,suasana dan gaya penceritaan sesuai dengan
kedudukannya sebagai sebuah kisah yang pendek dan lengkap. Cerita rekaan adalah
kesatuan atau gabungan daripada fakta dan imaginasi.
Cereka yang disampaikan bukanlah seluruhnya fakta, sebaliknya adunan antara fakta dengan imaginasi yang wujud dalam benak atau pengarang
( Othman Putih,2000: 57)
Aspek-aspek ini ialah menumpukan kepada tema dan persoalan yang hendak
dikemukan oleh penulisnya. Oleh yang demikian ,sebagai satu hasil penciptaan yang
berbentuk seni cerita, ia juga mempunyai permulaan,perkembangan,klimaks atau
ketegangan dan keakhirannya.
Sesebuah cerpen haruslah bersifat ekonomis,dan dalam sifat ekonomis kata-kata dan penggambaranitu,termasuk pelukisan watak:pengarang dapat memberikan kisah sebahagian dari hidup yang penting; satu aspek dari gambaran masyarakat atau pergolakan hidup manusia.
Ismail Ahmad. Memahami Novel dan Cerpen. Hlmn 99
Perkembangan Kesusasteraan Melayu yang lebih bermakna berlaku selepas
tahun-tahun awal Perang Dunia Kedua iaitu dalam tahun 1950 yang sering ditandai
dengan pembentukan Angkatan Sastera ( ASAS 50 ).Perancangan dan penubuhan ASAS
50 amat besar ertinya kerana ia dapat dikatakan sebagai revolusi mental orang –orang
Melayu menerusi perjuangam bahasa dan kesusasteraan. Cerpen adalah bentuk sastera
kreatif yang amat popular dalam kalangan pengarang ASAS 50 seperti Keris Mas,
Tongkat Warrant,Awang-il-Serkam, Wijaya Mala,A. Samad Ismail dan beberapa orang
lagi. Pada tahun 1955, muncul pula beberapa orang penulis seperti Zulastry,Shahnon
Ahmad,Kala Dewata,Rokiah Abu Bakar dan S.Othman Kelantan. Cerpen-cerpen
Melayu yang dihasilkan pada tahun 50-an ini mulai memuatka persoalan-persoalan yang
realistik menggambarkan hakikat kehidupan dengan teknik penulisan yang agak maju
serta mengemukakan sifat-sifat ketelitian pengarang dalam menjalin cerita.
Melaui kertas kerja ini,pengkaji akan mengupas lebih mendalam dan meluas lagi
mengenai Cerpen Melayu Tahun 50-an dengan melihat dan menilai beberapa
perkembangan menarik yang menonjolkan keistimewaan dan kelainannya.Penelitian ini
akan bertumpu untuk melihat unsur yang membangun struktur cerpen iaitu dari aspek
plot,watak dan perwatakan,latar,mood atau suasana,gaya bahasa dan jurusan pandangan,
dan temanya. Perngkaji akan merujuk kepada beberapa cerpen Melayu tahun 50-an
seperti “Esok Lusa Tulat dan Berikutnya”,“Puteri Bangsa”,”Haslina”, “Kedai Sederet di
Kampung kami”, ”Kenangan Jauh”, “Ingin Jadi Pujangga “, “Bedah” dan “Longkang “.
Plot
Plot merupakan kejadian-kejadian peristiwa yang mempunyai hubungan sebab
dan akibat.Maka,struktur penjalinan plot harus berasaskan pada hukum sebab dan
akibat.Plot tidak hanya mengemukakan peristiwa yang berlaku sebaliknya amat penting
untuk menerangkan mengapa sesuatu peristiwa itu boleh berlaku.Cerpen-cerpen yang
terhasil pada tahun 50-an masih lagi memeperlihatkan struktur jalinan plot yang mudah
dan dipadankan pula dengan tema atau persoalan yang ringan tentang keluh klesah
kehidupan mayarakat sederhana,rasa cinta anak-anak muda, dan.luahan emosi dan
semangat patriotisme terhadap tanah air.
Pada permulaan cerita,pengarang memperkenalkan suatu situasi tentang watak
yeng menghadapi masalah. Keadaan ini berlaku akibat daripada hubungan antara watak-
watak sehingga menimbulkan konflik terhadap keadaan persekitaran dirinya.Semua
konflik ini bercampur baur dan menjadi perumitan lalu menemukan keteganga yang
mencabar untuk mencapai kemuncak.Cerita mula memasuki tahap pengakhiran di mana
segala pertikaian dan perumitan menemui peleraiannya sama ada positif atau negatif
terhadap segala permasalahan yang berbangkit.
Plot dari segi peristiwa yang membawa sebab dan akibat ini dapat dilihat dalam
cerpen Keris Mas, berjudul “Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan “iaitu : satu ketika
dalam perjuangan Mohamad Hassan,ia menemui masalah isteri yang tidak mengerti
perjuangan.Akibat tiada pengertian si isteri itu membawa kepada penyelesaian iaitu si
isteri turut serrta dalam perjuangan.Timbul konflik dalam jiwa Mohamad Hassan akibat
tekanan dari sikap perjuangan parti kepada kerjasama dan pertentangan. Penyelesaian
daripada konflik ini,Mohamad Hassan telah membawa diri ke Singapura.
Pengarang-pengarang cerpen Melayu tahun 50-an memulakan jalinan plot cerita
dengan tiga cara gaya yang tertentu iaitu menggunakan teknik naratif, dialog watak dan
aksi dramatik watak-watak utama.Bentuk plot cerita menggunakan teknik naratif lebih
merupakan lanjutan dari teknik yang terdapat pada karya sastera tradisional.Pengarang
memulakan cerita secara naratif dan secara langsung memberi penekanan dalam
perlukisan latar cerita yang menkagumi keindahan alam yang digambarkan secara
terperinci dan teliti.
Memulakan cerita dengan menggunakan dialog dapat diteliti pada cerpen-cerpen
karya Arena Wati dan Keris Mas.Pengarang terus menggunakan dialog atau menolog
watak misalnya dalam cerpen Arena Wati berjudul “Atan Belum Kahwin”,dimulakan
demikian :
“Berapa umurmu sekarang?” demikian kutanyanya kepadanya ketika
kutolong mengisi borang untuknya meminta menyertai pemindahan perkampunga baru
anjuran kerajaan.
“Tiga puluh tiga “,sahut Atan.
Dialog sebegini adalah biasa sahaja dan agak kurang memberi kesan tetapi lebih
menghampiri realiti dalam kehidupan manusia sehari-hari.Teknik ini lebih cenderung
untuk memperkembangkan pergerakan cerita dengan cepet dan terus memperkenalkan
wataknya.
Teknik aksi dramatik watak-watak utama merupakan cara memulakan cerita yang
menarik dan banyak digunakan oleh pengarang-pengarang cerpen Melayu,terutamanya
selepas kemerdekaan.Teknik ii dapat menimbulkan unsur ketegangan dan pembaca
berharap untuk segera mengetahui perkembangan cerita seterusnya.
Dalam pembinaan plot, beberapa unsur seperti krisis,konflik,perumitan,sorotbalik
dan imbasmuka kerap ditemui pada bahagian pertengahan cerita. Kesemua unsur ini
penting kerana dapat mewujudkan suasana ketegangan yang mempunyai daya tarikan
yang cukup kuat agar pembaca ada rasa ingin tahu untuk mengetahui perkembangan
cerita seterusnya.
Melalui penelitian pengkaji terhadap struktur plot cerpen-ceroen Melayu tahun
50-an,dapat dilihat para pengarang telahmula meninggalkan ciri-ciri tertentu seperti yang
menjadi kegemaran para penglipur lara dalam sastera rakyat.Hal ini jelas menunjukkan
pengaruh dari kesusasteraan Barat yang telah memberikan teori dasarkepada pengarang-
pengarang Melayu untuk menghasilkan cerpen dengan susunan plot yang kemas dan
padat.
Watak dan Perwatakan
Watak adalah manusia atau haiwan atau apa sahaja objek tertentu yang dipilih
oleh pengarang manakala, perwatakan pula adalah sifat watak-watak itu sendiri. Kedua-
dua ini merupakan sebagai penggambaran menyeluruh manusia atau haiwan atau objek-
objek tertentu dan perlu diteliti aspek kehidupan lahiriah dan batiniah. Aspek-aspek itu
merangkumi perlakuan watak-watak dalam caranya bertindak, pemikiran, emosi,
aspirasi, pergolakan jiwa, dan pengucapan.Watak-watak juga berperanan bertindak
memperkembangkan cerita,membentuk konflik sehingga membawa kepada penyelesaian
cerita.
Tiap gerak dan tindak –tanduk individu itu adalah berasaskan kepada motif dan
tujuannya.Perwatakan dalam cerpen adalah berdasarkan motif tindakan manusia yang
dijadikan watak oleh penulisnya.Perlukisan watak itu bukan semata-mata gambaran
luarannya sahaja,malah gambaran tindak-tanduk,gaya percakapan, kesan perasaan,fikiran
di bawah sedar dan juga imbasan-imbasan yang dibuat melalui gambara fisikal.
Pengkaji akan memperlihatkan gaya pengarang-pengarang Melayu tahun 50-an
mengemukakan watak-watak dan ciri-ciri perwatakan yang terdiri daripada tiga teknik
penyampaian watak dan perwatakan dalam sesuatu cerpen. Teknik analitikal digunakan
untuk memperkenalkan watak-watak secara langsung manakala,teknik dramatik pula
memperkenalkan watak-watak secara tidak langsung. Teknik kombinasi iaitu gabungan
dari analitikal dan dramatik dianggap unik kerana adanya kecenderungan pengarang
menggabungkan teknik analitik dan dramatik secara serentak..Pengarang tidak
melaporkan kepada pembaca apa yang dilakukan oleh watak-watak, sebaliknya watak-
watak itu sendiri berperanan menyampaikan kepada pembaca apa yang mereka lakukan.
Pengarang melenyapkan dirinya lalu membiarkan watak-watak bertindak , memikirkan,
dan merasakan sendiri hasil dari kesan akibat aksi-aksi dan situasi yang merantai
perkembangan plot cerita.
Teknik pemaparan watak yang baik dan berkesan dapat digolongkan dalam teknik
innerlogue.Keris Mas dalam cerpennya berjudul “Mereka Tidak Mengerti banyak sekali
menggunakan teknik ini seperti yang akan diperhatikan petikan dari cerpen tersebut di
bawah ini:
Menteri membuka tasnya mengeluarkan kertas-kertas dan fail-fail. Fikirannya melayang-layang.Cerdik perempua ini.Tentulah dia macam itu juga,jadi orang gaji juga dan barangkali tinggal di rumah ini juga.Menteri boleh datang dan pergi,boleh terpilih lagi atau tersingkir,tapi orang gaji tetap jadi oarang gaji.Tetap tinggal di rumah besar-besar.. . . . Fail ini tidak lengkap.Si Bill itu pandai mengangkat-angkat saja,kerjanya tak pernah betul.Hari ini akan miting,fail perkara itu hanya separuh saja ada padaku. Yang lain tu tentu tak diisikannya dalam tas ini hari Sabtu kelmarin.Apa maksudnya? Mengapa orang itu datang ke mari semalam? Tentu ada sesuatu, ya, tentu dia yang datang,kata si Amat itu.”
(Patah Tumbuh,hlm.195)
Penggunaan teknik percakapan dalam diri watak ( innerlogue) itu memungkinkan
pengarang secara tidak langsung menyorot pergolakan jiwa dan pemikiran wataknya.
Teknik mengemukan watak secara dramatik akan dibicarakan melalui tindakan
fizikal watak-watak itu sendiri.Perlakuan kasar watak banyak dalam cerpen yang
mementingkan aksi yang mengemukan kisah petualangan dalam kehidupan manusia,
terutamanya kelas bawahan seperti nelayan,pelaut,petani,penganggur dan buruh
Menggabungkan teknik penampilan watak secara analitikal dengan cara dramatik
boleh dimulakan dengan cara analitikal oleh pengarang,kemudian diikuti dengan cara
dramati,dan kembali semula dengan cara analitikal. Sebagai contoh untuk
mengemukakan teknik tersebut boleh diteliti dari cerpen A.Samad Ismail berjudul
“Mastura” yang digambarkan seperti berikut :
Dan daripada pertanyaan Encik Ariff bila pulang dari ofis hari Mastura pergi ke doktor,dapat dirasakan hati kecil suaminya.Encik Ariff juga mendoakan isterinya moga-moga akan hamil.“Hai tak lama lagi kita akan mendapat cahaya mata,”kata Encik Ariff sambil senyum.“Kita ambil anak angkat sahajalah,” Encik Ariff cuba menghiburkan hati isterinya.
Petikan ini membuktikan pengarang secara langsung mengemukakan wataknya dan
diikuti dengan dialog yang dramatik.
Pada peringkat awal cerpen-cerpen Melayu tahun 50-an sehingga menjelangnya
kemerdekaan,kebanyakan cerpen mengemukakan watak dari manusia golongan
bawahanyang hidupnya serba mundur iaitu rakyat biasa yang terasing di desa-desa atau
manusia pinggiran yang mencuba nasib di kota-kota..Mereka berjuang untuk mendapat
kehidupan yang lebih baik untuk keluarga sendiri. Turut digambarkan juga watak yang
bersemangat ingin mengubah struktur masyarakat akibat penindasan golongan
bangsawan dan pemimpin-pemimpin terhadap mereka. Golongan watak manusia kelas
pertengahan dan elit mulai mendapat sorotan pengarang-pengarang cerpen sewaktu
kemerdekan sudah tercapai. Namun begitu,penggambaran watak-watak golongan ini
selalunya kurang baik,ketokohan dan kepimpinan mereka diragui oleh bangsanya sendiri.
Pengarang lebih menitikberatkan kepada watak-watak yang mempunyai pandangan dunia
tersendiri,yang mementingkan rasuah,dan kurang menghiraukan kehidupan bangsa.
Watak-watak daripada bangsa bukan melayu seperti Cina,India dan Inggeris banyak
terdapat dalam cerpen-cerpen Melayu tahun 50-an. Keadaan ini menggambarkan
masyarakat majmuk. Imej watak-watak bukan Melayu dikemukakan dalm pelbagai corak
peribadi,sesuai dengan peranan dalam cerita yang berkaitan. Watak-watak dalam cerpen
ini lebih menghampiri realiti kehidupan masyarakat dan perwatakannya pula lebih
meyakinkan dengan menyorot nilai-nilai perasaan dan pemikiran,terutamanya memasuki
pergolakan psikologi diri watak-watak tersebut.
Latar
Latar merupakan unsur penting dalam pembinaan cerita di samping plot dan
watak.Latar hendaklah konkrit bagi memudahkan tanggapan pembaca terhadap cerita.
Hal ini penting kerana latar mempunyai hubungan yang erat dengan watak dan peristiwa
untuk menunjang perkembangan plot.
Kebanyakan pengarang cerpen Melayu tahun 50-an mengemukakan latar
peristiwa di tahan Melayu, manakala latar di luar daripada tanahair hanya sebilangan
kecil sahaja.Latar daerah indonesia yang membawa tema nasionalisme dan patriotik
dapat ditemui pada cerpen Arena Wati berjudul “Kenang-kenagan” yang mengisahkan
semangat kebangsaan golongan pelaut terhadap pemerintahan Kolonial Belanda.
Lazimnya pemilihan latar cerpen itu disesuaikan dengan tema cerita.Umpamaya,cerpen
Arrena Wati berjudul “Dunia Milik Kami” yang mengisahkan keghairahan kelasi-kelasi
kapal untuk memenuhi nafsu mereka ketika berada di pelabuhan dengan memerhati
petikan di bawah ini :
“Let gooowww,” kudengar teriak panjang dari atas bris. Dan kami kenal , itulah suara Kapitan kami. Dan sejenak menggemuruh suara rantai sauh kapal,menyebabkan seluruh perhatian tumpah curah kepadanya. Kapal memutar haluan dan undur ke belakang ,kemudian berpusing ligat dan cepat sekali. Dan baru kami sedari sungguh-sungguh bahawa arus pasang di sungai sungguh deras.
(Burung Badai,hlm.18)
Sebagai pelaut yang berpengalaman, Arena Wati agak unik kerana dapat mengenali laut-
laut,sungai-sungai,pelabuhan-pelabuhan dan daratan rantau ini secara lebih mendalam.
Perlukisan alam raya yang ditemui daripada cerpen-cerpennya adalah bukti-bukti
pengetahuan dan pengalamannya tentang dunia laut.
Cerpen-cerpen yang berlatarkan daerah tempatan kerap kali pula menggambarkan
kejadian-kejadian yang berlaku pada dua ruang iaitu di bandar-bandar atau di kampung-
kampung. Perlukisan latar alam raya tempatan bagi Keris Mas dan A. Samad Ismail pula
agak biasa sahaja dan kurang dalam pencapaian untuk masuk ke dalam jiwa latar itu..
Pemilihan latar kampung dan bandar ini tidak pula mendapat perhatian yang sama bagi
setiap pengarang kerana bergantung pada zaman,persekitaran dan tumpuan minat
pengarang mengikut peredaran sesuatu waktu tertentu. Umpamanya latar kota Singapura
digambarkan sebagai tempat meneruskan hidup tetapi penuh dengan rintangan.
Di bawah ini dikemukan petikan dari Keris Mas berjudul “Pemimpin dari Kuala
Semantan” yang menggambarkan latar kota sebagai tumpuan anak muda desa mencari
rezeki :
. . . . Bila aku habis mandi dia sudah berkenalan pula dengan Hamid yang baru saja datang dari Singapura dari Negeri Sembilan beberapa bulan yang lalu dan sudah mendapat pekerjaan sebagai buruh Harbour Board.Kami akan makan malam di kedai yang ada pelayan perempuan dari Kelantan di Tanglin Road. . .Sementara dia berpakaian Hamid membisikkan kepadaku,”Kalau Hassan mahu bekerja di Harbour Board sebagai buruh kasar saya dapat mencarikan peluang.”
(Patah Tumbuh,hlm.160)
Petikan ini menunjukkan betapaSingapura menjadi tumpuan anak-anak muda dari Tanah
Melayu untuk mencari pekerjaan. Kota Singapura juga menjadi tempat mereka bersuka
ria dengan pelbagai hiburan dan makanan. Namun begitu,perlukisan latar ini agak tipis
dengan menyebut secara sekilas latar luarannya tanpa meresap masuk ke jiwa latar.
Sementara itu cerpen-cerpen yang berlatarkan kampung sering digambarkan dengan
kegelisahan watak-wataknya dengan permasalahan hidup serba mundur dan kesunyian
yang meresahkan jiwa-jiwa anak muda. Latar desa ternyata sekali bertentangan dengan
latar kota.Daerah pedalaman digambarkan sebagai tempat yang lengang,sepi dan sesuai
sebagai tempat pembersihan jiwa.
Cerpen-cerpen hasil A.Samad Said memperlihatkan suatu kelainan dalam
perlukisan latarnya yang terperinci. Penggambaran latar itu disusun detail dengan bahasa
kreatif sehingga dapat menimbulkan suasana tempatan yang menjadi latar dalam cerita
itu. Perhatikan ketelitian A.Samad Said dalm cerpennya berjudul “Longkang” :
Empat ekor itik sedang sibuk di sebuah longkang yang airnya hitam berbuih tidak mengalir. Longkang itu terbentuk daripada beberapa buah longkang-longkang kecil dari
rumah Kamala Bi,Kiah Gedempol,Zaharah Bulat marimuthu, Abdul Karim,Abdul Kadir.Manisah,Abdul Rahman,Haji Musa dan beberapa orang lagi.Longkang-longkang kecil ini bercantum menjadi sebuah longkang yang agak besar-bengkang-bengkok memanjang dan berakhir di rimbunan semak-semak yang yang bertimbundengan kertas suratkhabar lama yang sudah basah dan koyak-koyak,tin-tin susu bertakungan air dan menjadi dunia bagi beribu-ribu jentik-jentik., botol-botol sompek dan retak yang berminyak dan sisa-sisa makanan basi yang berlendir: nasi,ikan ,sayur-sayur dan hampas kelapa.
(Liar di Api,hlm.79)
Ketelitian dan pengamatan yang amat mendalam tentang penggambaran latar itu dapat
menolong daya imaginasi pembaca untuk membayangkan bagaimana kotornya
penempatan yang sesak itu. Ini juga menggambarkan sikap dan peribadi watak-watak
manusia yang menghuni daerah tersebut. Latar sebegini dapat menarik minat pembaca
kerana memperlihatkan realitinya,malah menimbulkan rasa jelek kepada tanggapan
pembaca. Perlukisan A.samad Said sungguh jelas tanpa berselindung bagi
mengemukakan realiti yamh penuh kejijikan berhasil membangunkan daya imaginasi
pembaca untuk membayangkan suasana latar yang barkaitan.
Sudut Pandangan
Cara pengarang meghidangkan bahan cerita dan memilih gaya yang sesuai dan
terbaik untuk mengemukakan ceritanya kepada pembaca dikenali sebagai sudut
pandangan. Penceritaan yang memperlihatkan kehadiran suara pengarang dianggaqp
sujektif atau peribadi dan lenyapnya suara pengarang sebagai pencerita disebut objektif
seterusnya merupakan cara yang lebih dinamis merupakan dua perkara penting dalam
sudut pandangan. Pandangan orang pertama sebagai penceritaan adalah kecenderungan
yang menarik dan banyak ditemui dalam cerpen-cerpen Melayu tahun 50-an. Kisah-
kisahnya mempunyai kaitan dengan pengalaman peribadi pengarang itu sendiri yang
menggunakan kata ganti nama ‘saya’ atau ‘aku’ sewaktu bercerita. Dalam kajian
ini,sudut pandangan orang pertama terbahagi kepada ‘aku’ atau ‘saya’ sebagai
protagonis dan sebagai pemerhati.
Pencerita protagonis ialah watak utama yang tidak mempunyai gerakan da punca
keterangan yang banyak dalam aksi-aksinya iaitu lebih banyak bergantung untuk
mendapat maklumat daripada pemikran,perasaan, dan persepsinya sahaja. Justeru itu ia
boleh menceritakan secara langsung atau meringkaskannya atau jarak cerita dengan
pembaca adalah tidak tetap.
.
BIBLIOGRAFI
Ismail Ahmad.1984.Memahami Novel dan Cerpen.Petaling Jaya ,Selangor.Pustaka Pendidikan
Othman Puteh.1983.Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka
Top Related