Download - asrama pengarah

Transcript

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2013/2014, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. TEL : 04-9148371 (HEP) FAX : 04-9175492

1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,Bandar Darulaman, 06000 Jitra,Kedah Darul Aman. 22 Mei 2013

Tuan,MEMOHON PENGECUALIAN DARI PENGOSONGAN BILIK ASRAMA SEPANJANG CUTI SEMESTER Perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman akan bercuti bermula 24 Mei 2013 sehingga 15 Jun 2013.

3.Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2013/2014 IPG Kampus Darulaman ingin memohon pengecualian dari pengosongan bilik asrama sepanjang cuti semester tersebut. Seorang dari Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (Exco Kolej Kediaman) Sesi 2013/2014 telah menerima arahan dari Staf Pejabat Pengurusan Asrama IPG Kampus Darulaman pada 20 Mei 2013 (Isnin) yang lepas untuk mengosongkan bilik pada cuti semester tanpa ada pengecualian walaupun sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Ini berikutan kerana terdapat beberapa orang Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang akan tinggal di asrama semasa cuti semester bagi menyelesaikan beberapa perkara berkaitan program-program pelajar yang bakal dijalankan sepanjang semester hadapan.

4. Bersama ini dilampirkan senarai nama Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang tinggal di asrama.

5. Harapan kami, permohonan ini mendapat perhatian serta pertimbangan daripada pihak Tuan.

Segala kerjasama daripada pihak Tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

MENDIDIK DAN MEMIMPIN

Yang menjalankan tugas,

(NAQIUDDIN BIN NAZLI) Yang Dipertua, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2013/2014 Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Bandar Darulaman, 06000 Jitra,Kedah Darul Aman.