PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
e-ISSN: 2289-8042 JSASS VOL.2 BIL.2 (2015)
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB
DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
Zikmal Fuad
ABSTRAK
Kajian tentang pendekatan dakwah fardiyyah perlu dikaji, kerana pendekatan dakwah yang
sesuai dengan masyarakat menentukan kejayaan dakwah. Kajian ini akan mengkaji pendekatan
dakwah fardiyyah Shaykh Muim al-Wahhab. Pemilihan terhadap kajian ini untuk dianalisa
kepada kepentingan dakwah dalam konteks dakwah masa kini. Kajian ini bertujuan untuk
mengkaji pendekatan dakwah fardiyyah Shaykh Muim, kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti bentuk-bentuk dakwah fardiyyah yang digunakan oleh Shaykh Muim dalam
menyampaikan dakwah. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini melibatkan
kajian kepustakaan dan lapangan. Kajian kepustakan menggunakan kaedah analisis kandungan
dan analisis dokumen, manakala kajian lapangan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu
bual dengan responden yang terdiri dari pelbagai golongan dan latar belakang. kajian ini
mendapati bahawa Shaykh Muim mempunyai banyak keistimewaan. Dapatan kajian seterusnya
menunjukkan bahawa ada tiga pendekatan dakwah fardiyyah yang digunakan, iaitu menghadiri
aktiviti kemasyarakatan, menziarahi orang sakit dan bertakziah kepada orang yang ditimpa
musibah kematian. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati bahawa tokoh kajian telah
meninggalkan sejumlah warisan berharga seperti pendekatan dakwah fardiyyah, idea, pemikiran
dan karya tulis untuk dikaji dan dipelajari oleh generasi sekarang. Seterusnya ketiga-tiga
pendekatan dakwah dakwah fardiyyah yang digunakan telah memberi pengaruh kepada
masyarakat Besilam Langkat, dan masih relevan dan diguna pakai oleh generasi sekarang ini.
Kesimpulannya, pendekatan dakwah fardiyyah Shaykh Muim dapat dijadikan garis panduan
untuk dikembangkan sehingga dakwah hadir dalam format yang multidimensi.
159
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
Zikmal Fuad
ABSTRAK
Research on approach of dakwah fardiyyah need to be studied because the success of dakwah
activities depend on the approaches used that suits the target community. This study analyses the
dakwah approaches by Shaykh Muim al-Wahhab. This research area is selected to analyses the
importance of dakwah in the present context. The aim of this study is to scrutinize the approach
and identifies method of dakwah fardiyyah used by Shaykh Muim in spreading the dakwah. The
methodology used in this research includes those of library and field research methodologies.
Library research methodology is done by analyzing documents while field research methodology
involves observation and interviews with respondents of different groups and background status.
This research confirms the numerous virtues which are attributed to Shaykh Muim and that the
later adopts three methodologies in performing dakwah which are by attending community
activities, visiting a sick person, and the righteous to those who are afflicted by death. Generally,
this research finds that this personality contributes to several invaluable heritages such as
dakwah fardiyyah approaches, ideas, thoughts and written documents yet to be explored by the
present generations. In addition to that, the three dakwah fardiyyah approaches used have their
impact on the Besilam Langkat communities and are still relevant to the present generation. In
conclusion, dakwah fardiyyah approaches by Shaykh Muim can be adopted as a guide line and
can be further developed in the current multi-dimensional dakwah approach.
160
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
e-ISSN: 2289-8042 JSASS VOL.2 BIL.2 (2015)
PENDAHULUAN
Dakwah adalah kewajipan bagi setiap muslim. Dakwah adalah pekerjaan mulia sebab ianya
merupakan amalan para Rasul Allah (s.a.w.), dan Rasul Allah (s.w.t.) semulia-mulia manusia.
Membawa manusia ke jalan Allah (s.w.t.) boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan pendekatan,
di antaranya melalui pendekatan dakwah fardiyah.
Dakwah Fardiyyah adalah pendekatan dakwah secara khusus dan peribadi kepada
individu-individu tertentu. Pendekatan dalam bentuk ini dapat membantu seorang da’i mengenali
diri setiap mad’u, mengetahui kedudukan sosial mereka, kedudukan ilmu, iman, kefahaman,
pengamalan mereka dan lain-lain.
Apa yang mahu difokuskan dalam kajian ini adalah memaparkan pendekatan dakwah
fardiyyah Shaykh Muim sekaligus memperkenalkan ke-ulamaan beliau di Langkat Sumatera
Utara Indonesia. Namanya memang jarang terdengar, namun beliau sangat berperanan penting
dalam menyebarkan dakwah Islam. Sejak usia mudanya, Shaykh Muim telah berkecimpung
langsung dengan dakwah. Hal ini dilakukan kerana jasa-jasa beliau yang tidak wajar dilupakan
oleh generasi berikutnya. Masyarakat bukan hanya perlu mengenali tokoh-tokoh dakwah dunia
yang telah membuktikan kejayaan mereka dalam berdakwah, tetapi tidak juga melupakan tokoh-
tokoh dakwah tempatan yang telah berjaya dalam memperkenalkan Islam kepada masyarakat.
161
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
Zikmal Fuad
KELAHIRAN SHAYKH MUIM
Beliau dilahirkan pada hari Isnin 30 Sya‟ban 1330H/1910M di Kampung Babussalam (Besilam)
Langkat pada zaman kekuasaan Sultan Abdul Aziz bin Sultan Musa al-Muazzam Syah, Raja
negeri Langkat. Shaykh Muim adalah yang mula-mula dilahirkan di Madrasah Kecil tempat
kediaman bapanya. Dicatatkan, beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 11 Rabi‟ul Awwal
1401H/16 Februari 1981M di Besilam dan dikebumikan di tempat kelahirannya tersebut (Zikmal
Fuad 2005: 4).
Dari segi salasilah, nasab Shaykh Muim berketurunan ulama dan dari kerabat diraja.
Ayah beliau adalah Shaykh Abdul Wahab Rokan al-Khalidi Naqshabandi seorang wali
kenamaan, pemimpin tarekat Naqshabandiyyah yang lebih terkenal dengan panggilan „Tuan
Guru Besilam Langkat‟. Sedangkan moyangnya Maulana Tuanku Abdullah Tembusai adalah
seorang ulama besar dan kerabat diraja yang sangat berpengaruh pada zamannya (Ahmad Fuad
2001: 16). Sementara ibu beliau, Maryam Binti Imam Yaman (Khalifah Anbiya) Tanah Putih
daripada isterinya Latibah binti Nakhoda Muda Kampar di antara orang besar negeri Kampar
Riau.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Pendidikan formal Shaykh Muim dimulai di Maktab Musawiyah Babussalam (Sekolah Agama)
dan Shaykh Muim duduk di kelas IV (1340 H/1920 M). Pada masa itu Shaykh Muim berumur 10
tahun. Di Lembaga pendidikan inilah Shaykh Muim mulai bergelut dengan kedalaman khazanah
162
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
e-ISSN: 2289-8042 JSASS VOL.2 BIL.2 (2015)
Islam di bawah bimbingan para gurunya. Di tempat ini Shaykh Muim mulai belajar ilmu nahu,
sarf, lughah (bahasa), tarjamah al-Qur‟an dan lain-lain lagi dengan gurunya Haji Abdul Rasyid
Thaib al-Minangkabawi (Muim 1973: 15).
Setelah 4 tahun belajar di lembaga pendidikan Musawiyah tersebut, Shaykh Muim
melanjutkan ke peringkat berikutnya iaitu kelas takhassus (setingkat universiti). Pada masa itu
Shaykh Muim berumur 15 tahun. Dalam peringkat ini Shaykh Muim belajar pelbagai ilmu
kepada Haji Muhammad Syahiri al-Yuni Batubara, seperti nahu, sarf, fekah, tafsir, hadith, bayan,
mantiq dan lain-lain lagi.
GURU DAN KITAB PELAJARAN
Shaykh Muim (1972: 28) menulis bahawa beliau memiliki 23 orang guru, di antaranya adalah
Shaykh Abdul Wahab Rokan al-Khalidi Naqshabandi yang merupakan ayah kandung Shaykh
Muim sendiri. Mengenai Mengenai ketokohan Shaykh Abdul Wahab Rokan dalam perjuangan
dakwah sudah banyak dibicarakan. Tokoh sejarawan Belanda, Martin Van Bruinessen (1992:
135) menulis tentang Shaykh Abdul Wahab Rokan: “Seorang Shaykh Melayu (Abdul Wahab
Rokan), hanya dengan sendirian sahaja mempunyai pengaruh di kawasan Sumatera dan Malaya
sebanding dengan apa yang dicapai para Shaykh Minangkabaw seluruhnya”.
Ungkapan di atas telah membuktikan bahawa kejayaan Shaykh Abdul Wahab Rokan
dalam berdakwah tidak terlepas dari kemahiran beliau dalam pengurusan dakwah, sama ada
dakwah fardiyyah mahupun dakwah jama‟iyyah. Maka tidak menghairankan apabila kemahiran
163
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
Zikmal Fuad
berdakwah ini telah mengalir dalam diri anak beliau Shaykh Muim, istimewanya dalam dakwah
fardiyyah.
Mengenai kitab pelajaran, Shaykh Muim (1974: 23) menulis tidak kurang dari 80 kitab
yang pernah dipelajari oleh beliau. Maka tidak menghairankan apabila kealiman Shaykh Muim
diakui oleh banyak kalangan. Bahkan dalam usianya yang masih muda, beliau telahpun
dipercayakan menyampaikan ceramah-ceramah agama di dalam dan luar Besilam, bahkan dalam
usianya 18 tahun (1928M), beliau digelar dengan „Guru Jempol‟ atau guru yang sangat
cemerlang dalam pengajaran (Muim 1972: 8).
KARYA-KARYA TULIS
Setelah dilakukan penyelidikan, didapati bahawa semua karya Shaykh Muim mengandungi
perkara-perkara yang penting sama ada bersumber dari al-Qur‟an, hadits, ijmak ulama dan qias
dengan penafsiran-penafsiran dan perbandingan-perbandingan mahu pun berupa pendapat beliau
yang disimpulkan daripada pengetahuan beliau yang luas dan pembacaannya yang banyak.
Karya-karya Shaykh Muim adalah sebagai berikut:
1. Kitab Fiqh Ighatsah al-Muqallidin.
2. Kitab Tajwid.
3. Majmuc al-Khutbah al-Jumua
ch.
4. Majmuc al-Shatwiyyah (Kumpulan Aneka Warna Susunan).
5. al-Muallafat al-Qasimiyyah Lidobti Ilm al-cAm al-
cUmumiyyah (Catatan Umum atau
yang terbit daripada Insprasi).
164
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
e-ISSN: 2289-8042 JSASS VOL.2 BIL.2 (2015)
6. al-Hal al-Nashiah al-Mutaraddifah (Keadaan yang mendatang).
7. Daftar al-Naqliyyah min al-Kutub al-Shatwiyyah fi al-Din (Buku salinan dari kitab yang
berlainan pada Agama). al-Tariqah.
8. al-Tarasul. al-Fan” Catatan Harian berjumlah 13 Jilid.
9. Riwayat Hidup Shaykh Muim.
10. Salasilah keturunan Shaykh Abdul Wahab Rokan
11. Pelbagai catatan. Semua karya-karya Shaykh Muim ditulis dengan bahasa Arab dan
Melayu-Jawi.
Karya-karya yang ditulis oleh Shaykh Muim telah membuktikan bahawa beliau bukan
sahaja seorang penyampai dakwah yang baik, beliau juga adalah seorang ulama yang alim dalam
pelbagai ilmu agama.
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM
Dakwah adalah sebaik-baik perbuatan bagi seorang muslim yang mengharapkan pahala dari
Allah (s.w.t). Dakwah juga merupakan amalan para Nabi dan Rasul serta para ulama dan salihin
(al-cUbdah 1997: 5).
Di antara jalan dakwah yang telah dicontohkan oleh Rasulullah (s.a.w.) adalah dakwah
yang mendahulukan keteladanan dan nasihat yang baik. Rasulullah (s.a.w.) selalu mampu
merasakan persoalan yang dihadapi umatnya. Perasaan empati ini akan membuat dakwah
menjadi lebih mengena. Rasa empati juga akan membuat pendakwah boleh memahami situasi
165
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
Zikmal Fuad
yang sedang dihadapi sasaran dakwahnya. Pemahaman seperti ini sangat penting, supaya mesej
dakwah yang disampaikan boleh benar-benar menjawab persoalan yang dihadapi publik.
Kesalahan dalam memahami situasi dan perasaan madcu boleh membuat gagalnya dakwah
seseorang itu (al-Qarni 2000: 90).
Dakwah dengan lisan tidak harus diertikan sebagai ceramah yang melibatkan jamaah
dalam jumlah besar. Akan tetapi perbincangan seseorang dengan orang lain dengan maksud
mengubah seseorang madcu dari suatu keadaan kepada keadaan lain yang lebih baik dan diredai
Allah, juga menjadi bahagian dari dakwah (cAli
cAbd al-Halim 1994: 19).
Dakwah fardiyyah (dakwah secara individu) adalah salah satu cara pelaksanaan dakwah
yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri, dan ianya merupakan salah satu metode dakwah
yang sentiasa digunakan oleh para Nabi Allah (s.w.t.) (al-Kanani 1997: 17). Kaedah biasa yang
digunakan dalam berdakwah ialah dakwah cammah yang bersifat rasmi seperti ceramah, khutbah
yang kadang-kadang membabitkan golongan sasaran yang ramai. Tetapi pendekatan dakwah
fardiyyah ini merupakan satu kaedah yang lebih mengutamakan fokus hanya kepada seorang
atau beberapa orang madcu dan dilakukan secara tidak formal.
Menurut cAli
cAbd al-Halim Mahmud (1992: 22&27), di antara dalil yang dapat dijadikan
sumber rujukan tentang dakwah fardiyyah, Pertama, dalil daripada al-Qur‟an, Yusuf 12: 108:
166
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
e-ISSN: 2289-8042 JSASS VOL.2 BIL.2 (2015)
Maksudnya:
“Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak
(kamu) kepada Allah (s.w.t.) dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tidak
termasuk orang-orang yang musyrik”.
Kedua, Dalil dari hadith Nabi (s.a.w.) sangat banyak, di antaranya adalah hadith yang
diriwayatkan oleh Imam al-Tabraniy dalam Sanadnya. Rasul Allah (s.a.w.) bersabda:
لمسلمني فليس منهممن مل يهتم ل
Maksudnya:
“Barang siapa tidak peduli terhadap urusan orang muslim, maka dia bukan daripada
golongan orang Islam”.1
Kemudian hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Turmudhi dalam Sanadnya.
Rasulullah (s.a.w.) bersabda:
أخيه, فإن رأى أذى فليمطه عنهإن أحدكم مرآة
1 al-Hakim, Mustadrak al-Hakim, kitab al-riqaq, no. 7889.
167
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
Zikmal Fuad
Maksudnya:
Sesungguhnya kamu adalah contoh kepada yang lainya, maka apabila kamu melihat
suatu keburukan maka hilangkan daripadanya (al-Turmudhi, Sunan al-Turmudhi, abwab
al-ihsa wa jaza al-said, bab ma jaa fi shafaqah al-Muslim cala al-Muslim, no. 1994).
Dr. Sulaiman Ibrahim dan Dr. Fariza Md Sham (2008: 154) menulis bahawa pendekatan
secara personal (dakwah fardiyyah) ini mempunyai kelebihan di antaranya adalah:
1. Sesuai untuk semua keadaan.
2. Berlaku hubungan erat.
3. Mendorong untuk menjadi qudwah.
4. Mendorong untuk menambah bekalan.
5. memprolehi pengalaman yang banyak.
6. Hasil yang baik.
Termasuk kategori dakwah seperti ini adalah menasihati teman satu pejabat, teguran,
anjuran memberi contoh yang baik. Menghadiri aktiviti kemasyarakatan, menziarahi orang sakit
atau bertakziah kepada orang yang ditimpa musibah kematian. Semua kategori dakwah dengan
Lisan ini sudah dilakukan oleh Shaykh Muim (Yaqdum 2007) Seperti yang akan dijelaskan
berikut ini;
168
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
e-ISSN: 2289-8042 JSASS VOL.2 BIL.2 (2015)
a. Aktiviti kemasyarakatan
Agama Islam mengajarkan bahawa memenuhi jemputan orang lain adalah wajib, atau merupakan
salah satu hak dalam kehidupan bermasyarakat. Bahkan ianya dapat menghubungkan dan
menjalinkan hubungan rapat dalam kalangan masyarakat Islam. Bagi seorang pendakwah yang
ingin kejayaan dakwahnya, maka dia tidak boleh menolak mana-mana jemputan pada majlis-
majlis yang diadakan dalam masyarakat. Memperluas pergaulan dan memperbanyak hubungan,
berkawan dengan ulama dan umara merupakan perkara penting yang harus dilakukan oleh
seorang pendakwah (M. Isa Anshari 1979: 199).
Shaykh Muim adalah seorang daci yang mempunyai pergaulan luas, beliau berkawan
dengan ulama dan umara serta sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat dalam rangka
untuk menyebarkan dakwah. Beliau tidak pernah mengelakkan diri daripada undangan ataupun
jemputan orang ramai ke majlis-majlis kenduri, seperti tahlil arwah, cukur jambul, majlis
perkahwinan dan lain-lain. Kesempatan-kesempatan seperti ini selalu digunakan oleh Shaykh
Muim dalam memberikan nasihat-nasihat kepada individu tertentu. Secara tidak langsung
pendekatan ini telah pun menjalinkan hubungan beliau rapat dan dihormati di kalangan
masyarakat.
Beliau pandai memberikan nasihat yang sesuai, sebab beliau dapat memahami madcu
dengan baik dan memberikan nasihat yang sesuai dengannya. Ertinya secara tidak langsung
dakwah beliau telah sampai dengan baik kepada madcu. Sesuatu yang baik bagi seseorang, tidak
bermakna baik juga bagi seseorang yang lain. Sebagaimana sesuatu yang baik bagi sesebuah
169
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
Zikmal Fuad
tempat, belum tentu baik bagi tempat yang lain, dan juga belum tentu sesuatu yang baik pada
suatu zaman akan baik pada semua zaman. Demikian Shaykh Muim memperhatikan keadaan
jiwa dan latar belakang orang yang meminta nasihat. Beliau memberikan nasihat yang sesuai
dengan hajat keperluan orang yang meminta nasihat itu.
Shaykh Muim melihat bahawa keberkesanan sesebuah nasihat yang diberikan harus
disertai dengan contoh praktik, sehingga masyarakat dapat memahami ilmu yang diajarkan
dengan benar sama ada secara teori mahupun praktik. Perkara ini penting untuk diambil
perhatian oleh pendidik dan pendakwah, dan Nabi (s.a.w.) telah memberikan contoh teladan
dalam mengajar dan mendidik sahabat-sahabat Baginda, iaitu ilmu yang diajarkan dan nasihat
yang diberikan mengandungi teori dak praktik, sehingga para sahabat tidak tersilap dalam
melakukan perkara yang disebutkan (Fadl al-Hay 2000: 54).
Daripada hasil temu bual penulis dengan Muhammad Yaqdum (2007), didapati ada dua
nasihat yang biasa diberikan Shaykh Muim, iaitu nasihat yang berupa pengajaran dan nasihat
yang berupa pembinaan moral.
Pertama, nasihat yang berisi pengajaran adalah menerangkan perkara-perkara yang
berkenaan dengan akidah dan hukum hakam syara‟ seperti wajib, haram, sunnah, makruh dan
harus. Dalam nasihat ini dinyatakan pentingnya manusia berpegang pada hukum-hakam syara‟
dan tidak menganggap ringan hukum. Beliau sangat ambil berat tentang kesucian dan kebersihan
diri. Sehingga beliau tidak membenarkan semua haiwan peliharaan masuk ke dalam tanah
170
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
e-ISSN: 2289-8042 JSASS VOL.2 BIL.2 (2015)
seratus Babussalam. Semua ahli keluarga dibimbing dalam hal bersuci, bahkan beliau
mempraktikkan bagaimana cara bersuci yang benar.
Kedua, nasihat yang berkaitan dengan pembinaan moral bermaksud memberikan
penjelasan mengenai akhlak yang terpuji, seperti kasih sayang, bersikap ramah, sabar, mulia dan
sebagainya. Contoh ini adalah seperti nasihat beliau kepada salah seorang muazzin Masjid,
Adam Arifin (Atok Adam), “Jangan salah membaca kalimat Nabi Muhammad, sebab Baginda
adalah Nabi kita” (Muim 1979: 20). Shaykh Muim selalu memberikan nasihat-nasihat kepada
anak-anaknya supaya mengambil berat tentang hukum hakam dan berakhlak yang mulia dalam
kehidupan bermasyarakat.
Shaykh Muim suka berbincang atau berdialog dengan para sahabat atau murid-muridnya,
dalam keadaan apapun. Kesempatan seperti ini selalu dimanfaatkan oleh beliau untuk
menyampaikan pengajaran yang baik. Cara berdakwah melalui dialog ini terbukti tidak sahaja
mampu memberi pemahaman yang baik kepada seseorang tentang Islam, bahkan juga mengubah
perilaku mereka ke arah yang lebih baik. Lebih dari itu, melalui cara dialog ini juga telah
berhasil membina sejumlah murid-muridnya menjadi ulama dan tokoh dalam masyarakat.
b. Menziarahi orang sakit
Islam adalah agama yang sangat memperhatikan hubungan manusia dengan manusia lainnya.
Sehingga individu dipandang sebagai bahagian yang tidak terpisahkan dari masyarakat. Tidak
ada satu pun agama atau ideologi lain yang memiliki aturan semacam itu apalagi menandinginya.
171
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
Zikmal Fuad
Rasulullah (s.a.w.) telah menjelaskan hubungan individu dengan masyarakat ini melalui
sabdanya:
، لللدمع لللله جلللل ر م سلللد منللله ع لللاإذم مشلللت ,مثلللمل منللل منني ه لللامهمم ت لللرم هم ت جلللل هم مثلللمل م سلللد 2.ابلسهر تمحلم
Maksudnya:
Perumpamaan orang-orang muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong-menolong yang
terjalin di antara mereka adalah laksana satu badan. Jika satu bahagian merintih
merasakan sakit, maka seluruh bahagian badan lainnya akan merasakan sakit.
Oleh itu, orang yang memiliki rasa tanggung jawab dan peduli terhadap diri, keluarga,
dan masyarakat serta mengharapkan keredaan Allah (s.w.t.) akan berusaha melakukan perubahan
ke arah Islam. Dalam sebuah hadith Rasulullah (s.a.w.) disebutkan bahawa mengunjungi orang
sakit adalah salah satu hak sesama muslim.3 Di antara manfaat mengunjungi orang sakit adalah
merapatkan hubungan sesama muslim dan dapat memberikan semangat kepada orang sakit
tersebut.
Tidak ada dari kalangan keluarga, murid mahupun kalangan sahabat yang sakit kecuali
beliau datang untuk menziarahinya dan memberikan bantuan. Beliau selalu menanyakan tentang
kesihatan ataupun keadaan mereka. Demikian rasa tanggung jawab dan kepedulian beliau
terhadap keluarga mahupun masyarakat (Oka 2007).
2al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab al-adab, bab rahmah al-nas wa al-bahaim, no: 5665.
3Muslim, Sahih Muslim, kitab al-isti
cdhan, bab fi haqq al-muslim
cala al-muslim, no: 2633.
172
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
e-ISSN: 2289-8042 JSASS VOL.2 BIL.2 (2015)
Rasa peduli beliau terhadap keluarga dan masyarakat telah beliau tunjukkan sejak masa
mudanya. Pada tahun 1938M (umur 28 tahun), beliau melakukan lawatan ke Rokan Riau melalui
Bagan Siapiapi sehingga Tanah Putih untuk ziarah kepada kaum famili dan saudara mara di sana.
Dalam tahun yang sama beliau ke Ipoh, Perak Malaysia melalui Pulau Pinang untuk bertakziah
kepada saudara Ramlah binti H.M Thaib, anaknya M. Daim Aulad meninggal dunia dalam umur
18 tahun, di samping untuk melihat keadaan keluarga di sana (Muim 1976: 5).
Kepedulian Shyakh Muim dalam merapatkan hubungan dengan keluarga mahupun
masyarakat diketahui ramai oleh masyarakat, beliau dijadikan teladan dalam perkara ini. Tidak
menghairankan apabila beliau mempunyai banyak kenalan dan hubungan mesra dengan pelbagai
kalangan terutamanya daripada kalangan keluarga besar Shaykh Abdul Wahab Rokan. Jasim ibn
Muhammad (1994: 13) mengatakan bahawa di antara sifat yang harus dimiliki oleh seorang
pendakwah yang ingin dicintai adalah gemar menjalin hubungan silaturrahmi kepada masyarakat
Islam.
Rasa peduli yang ditunjukkan, menyebabkan beliau hafaz salasilah setiap keluarga yang
jauh mahupun yang dekat serta alamat-alamat mereka. Kemampuan beliau dalam menghafaz
salasilah setiap Bani Shaykh Abdul Wahab Rokan diakui ramai kalangan. Oleh itu karya beliau
bertajuk “Salasilah Keturunan Shaykh Abdul Wahab Rokan” merupakan yang paling lengkap
selain yang ditulis oleh H. Ahmad Fuad Said.4
4Luqmanul Hakim (2006) mengatakan jumlah zuriat Shaykh Abdul Wahab Rokan pada tahun 2007
menjejas 10.000 orang.
173
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
Zikmal Fuad
c. Takziah
Sebagaimana menziarahi orang sakit, maka bertakziah kepada keluarga yang ditimpa musibah
adalah termasuk perkara yang disuruh oleh agama. Rasulullah (s.a.w.) telah memberikan contoh
kepada umatnya bagaimana seorang muslim berduka cita kepada ahli yang ditimpa musibah dan
memberikan penghormatan kali terakhir kepada orang yang meninggal. Dalam sebuah hadith
diriwayatkan, bahawa Rasulullah (s.a.w.) memerintahkan kepada para sahabat beliau untuk
berdiri ketika salah seorang pemuka Yahudi yang mati diusung dihadapan mereka.
Rasulullah (s.a.w.) telah memberikan pengajaran yang baik kepada para sahabat,
sehingga kepada orang yang sudah matipun, Baginda perintahkan kepada umatnya untuk
memuliakannya, meskipun yang mati itu bukan seorang muslim. Pengajaran-pengajaran seperti
ini perlu untuk dicontoh, kerana ianya mengandungi hikmah dan manfaat yang banyak,
apatahlagi bagi seorang pendakwah yang ingin kejayaan dakwahnya.
Daripada beberapa maklumat yang diperoleh, Shaykh Muim adalah seorang yang
mempunyai perhatian besar dalam masalah kematian ini. Apabila mendengar berita kematian,
beliau menziarahi orang yang ditimpa musibah itu, mengucapkan takziah, menasihati mereka
untuk bersabar dan menenangkan mereka. Dan terkadang beliau membantu bagi keperluan
pengurusan jenazah (Oka 2007).
Kepercayaan dan keyakinan masyarakat sangat tinggi, sehingga apabila ada kematian,
mereka selalu meminta Shaykh Muim untuk memimpin sembahyang jenazah dan membaca do‟a
174
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
e-ISSN: 2289-8042 JSASS VOL.2 BIL.2 (2015)
di kubur. Beliau tidak pernah menghampakan permintaan mereka itu, walaupun dalam satu hari
itu ada dua orang yang meninggal dunia. Seperti ketika kematian Abd al-Wahid bin Haji
Nasruddin, dan Hajah Minu binti Udin, maka kedua-dua jenazah itu beliau sendiri yang
memimpinnya (Muim 1979: 47). Bahkan ketika meninggalnya Khalifah Muhammad Yatim (Tok
Atim) tahun 1976M, beliau sendiri dan anaknya Muhammad MR yang mengusahakan bagi
membantu keperluan jenazah Khalifah yang tiada saudara mara itu. Beliau yang memimpin
sembahyang jenazah, do‟a di kubur dan majlis kenduri arwah pada malamnya (Muim 1976: 57).
Pendekatan-pendekatan dakwah yang dilakukan Shaykh Muim ini telah merapatkan
hubungan kekeluargaan, persahabatan serta ukhuwwah dalam masyarakat. Dengan demikian,
memudahkan beliau dalam menyampaikan mesej dakwah kepada individu tertentu. Paling tidak
beliau telah memberikan contoh nyata kepada masyarakat tentang kerja sama, tolong menolong
di antara sesama masyarakat.
KESIMPULAN
Shaykh Muim ialah seorang ulama, mubaligh, pejuang agama dan bangsa yang masyhur di
Besilam Langkat. Shaykh Muim dilahirkan pada zaman kegemilangan ilmu pengetahuan. Pada
masa tersebut ramai ulama-ulama kenamaan yang cukup disegani yang mengajar pelbagai ilmu
pengetahuan kepada murid-murid yang datang dari pelbagai pelusuk negeri bahkan luar negara
ke Besilam.
175
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
Zikmal Fuad
Mendapat pendidikan agama daripada ayahnya yang alim Shaykh Abdul Wahab Rokan,
yang terkenal dengan sebutan Tuan Guru Besilam, dan beberapa ulama terkenal lainnya. Sebagai
seorang tokoh dakwah yang aktif dalam kegiatan dakwah, membentuk diri Shaykh Muim
menjadi seorang ulama, pendidik, penulis, pendakwah yang memahami dengan baik cara terbaik
dalam berdakwah.
Pengaruh gerakan dakwah fardiyyah Shaykh Muim sangat berkesan terhadap masyarakat
Besilam. Gerakan dakwah fardiyyah yang dijalankan oleh Shaykh Muim telah berjaya menarik
minat masyarakat untuk menerima nasihat-nasihat yang diberikan oleh beliau. Pendekatan
dakwah beliau selalu dikenang dalam kalangan masyarakat Besilam sehingga ke hari ini.
PENUTUP
Kajian tentang pendekatan dakwah fardiyyah Shaykh Muim ini amat berguna kepada para
pendakwah dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat. Sekalipun situasi dan
kondisi yang dihadapi oleh Shaykh Muim tentunya jauh berbeza daripada situasi yang dihadapi
para pendakwah pada masa sekarang, akan tetapi pendekatan dakwah yang digunakan oleh
Shaykh Muim tetap relevan untuk dijadikan sebagai panduan dalam menyebarkan mesej dakwah.
Kajian tentang pendekatan dakwah fardiyyah Shaykh Muim ini merupakan salah satu
usaha awal ke arah kajian yang lebih mendalam lagi. Dengan membukukan perkara-perkara di
atas akan menjadi mudah bagi pengkaji yang akan datang untuk meneliti ketokohan dan
keilmuan Shaykh Muim kerana masih banyak ruang yang boleh diselidiki. Kemudian untuk
176
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
e-ISSN: 2289-8042 JSASS VOL.2 BIL.2 (2015)
membuktikan adanya sumbangan metodologi dan pemikiran Shaykh Muim dalam bidang
dakwah.
RUJUKAN
Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab al-adab, bab rahmah al-nas wa al-bahaim, no: 5665.
Al-Hay, A. D. Fadl. 1420H/2000M. Al-Suluk wa atharuhu fi al-dacwah ila Allah Ta
cala. Bayrut:
Dar Ibn Hazm.
M.Isa Anshary. 1979. Mujahid dakwah, pembimbing muballigh Islam. Cet. 2. Bandung: Penerbit
cv. Dipanegora.
Oka Bahauddin. 2006. Riwayat Guru Muim, Batu Lapan Aceh Tamiang: Temu bual, 4 Julai.
Muim al-Wahhab. 1976. Riwayat hidup H. Muim al-Wahhab. Babussalam: t.pt.
Muim al-Wahhab. 1972. Silsilah keturunan Shaykh Abdul Wahhab Rokan. MSS. Babussalam.
Muim al-Wahhab. 1973. al-Muallafat al-Qasimiyyah li dabti cilm al-
cam al-cumumiyyah. MSS.
Babussalam.
Muim al-Wahhab. 1973. al-Hal al-nashiah al-mutaraddifah. MSS. Besilam.
Muim al-Wahhab. t.th. Ighathah al-Muqallidin. MSS. Jil. 5. Babussalam.
Muim al-Wahhab. 1974. al-Fan al-shaniyah fi al-Tafsir wa al-Hadith. MSS Babussalam.
Muim Abdul Wahab Rokan. 1974. al-Fan al-thalishah fi al-Shicr wa al-Qasidah. MSS.
Babussalam.
Muim al-Wahhab. 1974. al-Fan al-rabicah fi culum shatta. MSS. Babussalam.
Muim al-Wahhab. 1973. Riwayat hidup Shaykh Abdul Wahab Rokan. MSS. Besilam.
Muim al-Wahhab. 1973. Buku catatan untuk zahir dan wafat. MSS. Babussalam.
177
PENDEKATAN DAKWAH FARDIYYAH SHAYKH MUIM AL-WAHHAB DALAM KALANGAN MASYARAKAT BESILAM LANGKAT
Zikmal Fuad
Muim al-Wahhab. 1977. al-Tariqah. MSS. Besilam.
Muim al-Wahhab. 1976. Catatan Harian ke-5. MSS. Babussalam.
Muim al-Wahhab .1979. Catatan Harian ke-12. MSS. Babussalam.
Muim al-Wahhab. 1979. Catatan Harian ke-13. MSS. Babussalam.
Muhammad Yaqdum. 2007. Sejarah Hidup Shaykh Muim, Babussalam Langkat. Temu bual, 2
Julai.
Muslim, Sahih Muslim, kitab al-isticdhan, bab fi haqq al-muslim
cala al-muslim, no: 2633.
Sulaiman Ibrahaim dan Fariza Mad Sham. 2008. Metodologi dakwah. Selangor: Pusat
Kembangan Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-cUbdah, Muhammad. 1997M/1418. Khawatir fi al-da
cwah. Cet. 3. t.tp. t.pt.
Zikmal Fuad. 2005. Intisari sejarah dakwah dan perjuangan Shaykh Muim Abdul Wahhab
Rokan Tuan Guru ke-7 Babussalam Langkat. Kertas kerja pada Peringatan Haul Shaykh Muim
ke-24. Anjuran Program Bani Muim al-Wahhab Babussalam.
178
Top Related