Pembentang : Wan Mohd Ashraf Adlin Wan Draman
Penyelia : Prof. Madya Dr. Ab. Mumin Ab. Ghani
SEMINAR PENGURUSAN
29 Julai 2013
Tiga dekad terakhir telah menyaksikan kebangkitan semula
institusi-institusi pengurusan harta Islam seperti institusi
zakat dan kemudiannya institusi waqf, hisbah, perbankan
dan takaful. Era globalisasi yang dialami dunia masa kini
memberi kesan langsung kepada aktiviti ekonomi serta
memberi cabaran hebat kepada pelaksanaan sistem urus
tadbir secara Islam sebagai alternatif kepada sistem
konvensional. Motivasi ini telah membawa kepada
kemunculan institusi-institusi kewangan Islam bukan
sahaja dalam negara Islam tetapi juga di negara-negara
Barat.
PENDAHULUAN
Perkembangan mutakhir ini memperlihatkan institusi-
institusi kewangan Islam berlumba-lumba untuk
mengeluarkan produk dan perkhidmatan kepada
pelanggan. Namun, dalam keghairahan mengetengahkan
produk dan servis kepada pengguna, kadang-kadang
institusi kewangan Islam terlepas pandang kepada
perkara-perkara tertentu yang akhirnya menjejaskan sifat
patuh syariah yang menjadi elemen utama yang perlu
dipelihara.
Majlis Pengawasan Syariah (MPS) merupakan entiti yang
sangat penting dalam proses membuat keputusan
pengeluaran produk di institusi kewangan Islam sebelum
sesuatu produk dipasarkan. MPS juga akan melihat sejauh
mana produk atau servis berkenaan menepati maqasid
syariah (objektif syariah) dan boleh mendatangkan
maslahah dan menolak mafsadah.
Dalam sejarah Islam, semasa zaman Nabi Muhammad
SAW dan sepanjang pemerintahan Khalifah yang empat,
institusi Hisbah dan peranan Muhtasib telah memainkan
peranan yang sangat penting.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Fungsi hisbah atau audit dalam sebuah negara Islam khususnya
dalam institusi kewangan amat penting dan wajib kerana ia
mencerminkan kebertanggungjawaban juruaudit itu bukan
sahaja kepada penyata kewangan, tetapi lebih penting lagi,
kepada Pencipta, Allah SWT. Ini adalah kerana umat Islam
percaya bahawa tindakan dan pemikiran seseorang itu sentiasa
diperhatikan oleh Allah (muraqabah). Asas Islam adalah fatwa
bahawa
كان على كل شىء حسي (٨٦)ب إن ٱلل …"... sesungguhnya Allah mengambil kira tiap-tiap sesuatu"
(Surah an-Nisa’: 86)
Kepentingan institusi al-Hisbah tidak dapat dinafikan
kerana ianya berperanan memastikan kesahihan dan
ketelusan sesuatu urusan muamalat dilaksanakan dan
dikuatkuasakan daripada perspektif syariah. Sepertimana
firman Allah SWT:
ا ... كان عليكم رقيب ( ١)إن ٱلل
“... Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas)
kamu.”
(Surah an-Nisa’: 1)
Satu pendedahan telah dibuat oleh Presiden Majlis Am
bagi bank dan institusi kewangan Islam dan juga penerima
Anugerah Diraja Kewangan Islam 2010, Sheikh Saleh
Abdul Kamel yang menyatakan bahawa berdasarkan
pemantauan yang telah dibuat oleh pihaknya, mendapati
350 bank yang menawarkan skim perbankan Islam di 75
negara di seluruh dunia menggunakan kaedah kerja yang
tidak selaras dengan syariat. Lebih membimbangkan
lagi, daripada 350 bank tersebut, 120 daripadanya
beroperasi di Negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Terdapat beberapa isu yang timbul iaitu :
i. Garis panduan audit syariah masih diusaha dandiperkenalkan lagi.
ii. Juruaudit syariah yang berpengalaman dan betul-betulmenguasai bidang audit syariah amat sukar didapatikhususnya di Malaysia.
iii. Belum terdapat badan atau institusi tertentu yangmelatih juruaudit syariah secara menyeluruh danberkesan.
iv. Jawatankuasa Audit Syariah di peringkat nasionalmasih belum ditubuhkan (untuk menyelaras danmemantau perjalanan organisasi secara berkala danberpusat).
PERMASALAHAN KAJIAN
Apabila dicadangkan penyelidikan mengenai audit syariah
ini, terdapat beberapa permasalahan yang timbul iaitu :
i. Apakah terdapat mekanisme tertentu untuk memastikan
keputusan MPS dipatuhi dan dilaksanakan
sepenuhnya?
ii. Bagaimanakah pemantauan terhadap pelaksanaan
kontrak-kontrak, syarat-syarat dan operasi yang
dilaksanakan oleh pihak institusi kewangan Islam?
iii. Bagaimana untuk memastikan syarat-syarat dan
prosedur yang ditetapkan dapat dipatuhi sepenuhnya
oleh pihak pengurusan syarikat dan warga kerjanya?
Oleh yang sedemikian, penyelidik terpanggil untuk mengkaji
dan mencari suatu kaedah dan rangka kerja yang sesuai
untuk mengatasi masalah ini. Maka penyelidik berhajat dan
bertekad untuk mengkaji mengenai aplikasi al-Hisbah dalam
audit Syariah.
Bagi menyiapkan kajian ini, penyelidik berminat
mendatangkan beberapa objektif kajian untuk mencapai
matlamatnya, diantaranya ialah:
i. Mengkaji dinamisme konsep audit syariah dalam sistem
kewangan Islam dari segi pengenalan, rangka kerja,
operasi dan sebagainya.
ii. Mengenalpasti kerangka epistemologi al-Hisbah yang
digunapakai dalam pengauditan dari segi pensyariatan,
matlamat, prinsip, bidang kuasa dan sebagainya.
OBJEKTIF KAJIAN
iii. Mengesahkan pandangan Islam terhadap pengamalan
dan pengaplikasian konsep al-Hisbah dalam audit
Syariah.
Pada dasarnya, terdapat beberapa kepentingan yang boleh
disumbangkan dengan kajian ini, antaranya:
i. Membuktikan kesyumulan Islam yang mempunyai
konsep yang tersendiri dan sempurna dalam menyusun
atur ekonomi manusia melalui sistem kewangan yang
lengkap.
ii. Memastikan konsep pengauditan bertepatan dengan
syariah dan maslahah umum yang boleh dipatuhi dan
dilaksanakan oleh setiap warga organisasi.
KEPENTINGAN KAJIAN
iii. Memperkaya koleksi penyelidikan dan kajian dalam
bidang kejuruteraan kewangan Islam dan pemahaman
yang jelas kepada isu-isu semasa kewangan Islam
khususnya dalam pengauditan mengikut lunas-lunas
syariat.
iv. Sumbangan secara tidak langsung kepada
perkembangan sistem kewangan Islam dalam
merealisasikan Malaysia sebagai hub kewangan Islam
dunia.
SKOP KAJIAN
Kajian membincangkan tentang konsep al-Hisbah yang
digariskan dalam Islam untuk digunapakai kepada
pengauditan dari segi pensyariatan, syarat-syarat yang
ditetapkan, modus operandi serta permasalahan yang timbul
seperti undang-undang dan sebagainya.
Berikut dinyatakan ringkasan daripada beberapa buah
kajian dan penulisan yang menjadi rujukan pengkaji di
dalam mendapatkan gambaran awal mengenai audit
syariah ini dan juga untuk memahami selok-belok
mengenainya:
1. Governance and Shariah Audit in Islamic
Financial Institutions, Mustafa Mohd Hanefah, Zurina
Shafii, Supiah Salleh dan Nurazalia Zakaria (2012).
2. A Mini Guide to Shari’ah Audit for Islamic
Financial Institutions – A Primer, oleh Syed Alwi
Mohamed Sultan (2007).
KAJIAN LITERATUR
3. Introduction to Auditing, sebuah buku kuliah FakultiPerdagangan, Universiti Al-Azhar yang dikarang oleh Prof.Dr. Hussien Shehata (2011).
4. Accounting, Auditing and Governance Standards forIslamic Financial Institutions, oleh Accounting and AuditingOrganization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI)
5. External Audit and Corporate Governance in IslamicBanks, oleh Abdelgadir Banaga, Graham Ray dan Cyril Tomkins(1994).
6. Dynamics of Shariah auditing in Islamic Institutions : astudy of the Malaysian Islamic financial sector, merupakantesis Ph.D yang ditulis oleh Nawal Kasim (2009) daripadaUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia.
7. Shari’ah Audit for Islamic Financial Institutions: Perceptions ofAccounting Academicians, Audit Practitioners, and Shari’ahScholars, merupakan tesis M.A yang ditulis oleh Ratna Mulyany (2008)daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
8. Shariah Non Compliance through Auditing and RiskManagement in Islamic Banking and Finance, oleh AzahAtikah Haji Anwar Batcha (2009) daripada International Centre ofEducation in Islamic Finance (INCEIF).
9. Audit Syariah dalam Institusi Kewangan Islam di Malaysia,kajian yang dijalankan oleh Mohd Zamerey Abdul Razak danNurmaezah Omar.
10. Enhancing The Integrity of Islamic Financial Institutions inMalaysia: The Case for The Shariah Audit Framework, merupakankajian yang ditulis oleh Abdul Rahim Abdul Rahman.
11. Performance Auditing for Islamic Banks, kajian
yang ditulis oleh Muhammad Akram Khan.
12. Shariah Auditing in Islamic Financial Institutions:
Exploring the Gap Between the “Desired” and the
“Actual”, oleh Nawal Kasim, Shahul Hameed Mohamad
Ibrahim dan Maliah Sulaiman
13. The Organization of Audit Department in Islamic
Banks and Commercial Banks the Description and
Responsibilities of Internal Auditor, oleh Ali Idiab
Mohamed Idiab, Mohamad Sabri bin Haron dan Shofian
Bin Hj. Ahmad.
14. Shariah Audit for Islamic Financial Services: The
Needs and Challenges, hasil penulisan Prof. Dr. Abdul
Rahim Abdul Rahman.
15. Shariah Compliant Parameters Reconsidered, hasil
penulisan Prof. Dr. Saiful Azhar Rosly.
16. The Importance and Method of Shariah Compliance
Audit, daripada Nibrasul Huda Ibrahim Hosen.
Walaupun bidang ilmu audit syariah ini adalah sesuatu yang baru
di dalam bidang keilmuan Islam, penyelidik tidak meminggirkan
karya-karya agong ulama silam yang mempunyai hubungan
langsung atau tidak langsung. Di antara karya-karya ulama silam
yang menjadi pendamping penyelidik adalah seperti berikut:
1. Nihayat al-Rutbah fi Talab al-Hisbah oleh Abdur Rahman
ibn Nasr al-Syaizari (1193).
2. Al-Hisbah fil-Islam oleh Taqi Al-Din ibn Taimiyah (1328).
3. Al-Ahkam al-Sultaniah oleh Abdul Hassan Ali al-Mawardi
(1058).
4. Ihya Ulum al-Din oleh Abu Hamid Muhammad al-Ghazali
(1111).
5. Muqaddimah oleh Abd al-Rahman ibn Khaldun (1405).
Penyelidik menggunakan dua kaedah kajian iaitu:
i. Metode Pengumpulan Data
Metode Dokumentasi
Metode Temubual
METODOLOGI KAJIAN
ii. Metode Analisis Data
Metode Induktif
Metode Deduktif
HASIL DAPATAN KAJIAN
Apa itu Audit Syariah?
Bank Negara Malaysia – Shariah Governance Framework
Periodical assessment conducted from time to time, to provide anindependent assessment and objective assurance designed to addvalue and improve the degree of compliance in relation to the Islamicfinancial institution business operation, eith the main objective ofensuring a sound and effective internal control system for Shariahcompliance.
AAOIFI – Governance Standard (GSIFI 3)
Internal Shariah review is independent department or part of internalaudit examining and evaluating extent of compliance with Shariah rule,fatwas, instructions etc issued by the Islamic financial institution Fatwaand Shariah Supervisory Board.
Maka boleh dirumuskan daripada definisi-definisi
sebelumnya bahawa makna umum audit Syari’ah adalah
untuk memerhati dan memeriksa operasi, mengkaji,
mengawal dan melaporkan mengenai transaksi dan urusan
untuk dibetulkan mengikut peraturan dan perundangan
Islam untuk menyediakan penggunaan yang betul dan tepat
pada masanya yang diamanahkan dan laporan yang adil
untuk membuat keputusan.
Apa itu al-Hisbah?
Ibnu Khaldun
Satu jawatan agama di bawah bidang tugas menyuruhmelakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukankemungkaran
al-Mubarak
Satu badan pengawasan yang ditubuhkan oleh kerajaan untukmengawasi kegiatan individu di dalam perkara yang berkaitandengan akhlak, agama dan ekonomi (kehidupan sosial secaraumumnya) dengan tujuan mengekalkan keadilan dan kemuliaansebagaimana yang dianjurkan oleh syariat Islam danbersesuaian pula dengan suasana persekitaran dan masa.
Berdasarkan elemen-elemen ini maka institusi hisbah
bolehlah didefinisikan sebagai “Satu institusi kerajaan yang
diwakilkan kepada seorang penguasa yang dilantik, tetapi
kemudian telah diserahkan kepada seseorang pegawai yang
khusus yang dinamakan muhtasib yang berperanan untuk
mengawal selia aktiviti ekonomi, keagamaan, kesihatan dan
hal ehwal perbandaran serta pentadbiran sesebuah bandar.
Ini untuk memastikan segala aktiviti tersebut tidak
bercanggah dengan hukum syarak dan menghukum mereka
yang bersalah.”
Konsep
ٱلمنكر وأمروا بٱلمعروف ونهوا عن
“menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari
perbuatan mungkar”
(Surah al-Hajj 22: 41)
Persamaan dan Perbezaan antara Muhtasibdengan Auditor
Peranan Hisbah – Mengawal Selia Sistem AktivitiPerekonomian.
Muhtasib yang pertama ialah Sa’id bin Sa’id bin Al-’As.
Muhtasibah yang pernah ditugaskan ialah Samra’ bintiNuhaik al-Asadiyyah
Khalifah ‘Umar sendiri pernah menjadi muhtasib semasapemerintahan baginda.
• Tujuan Umum “al-amr bi
al-makruf wa nahy an
‘al-munkar “.
• Terhadap kerajaan dan
orang ramai.
• Skop yang lebih luas.
• Pematuhan Syariah.
• Fungsi perbandaran.
o Pelaksanaan yang benar
dan saksama mengikut
peraturan dan prinsip-
prinsip syariah.
o Terhadap Institusi
Kewangan Islam.
o Penyata Kewangan
(mencerminkan operasi).
o Keputusan Syariah yang
ditubuhkan.
o Fungsi pengawalseliaan.
HISBAH AUDIT SYARIAH
AUDIT SYARIAH BERASASKAN AL-HISBAH
AllahPihak
BerkuasaPemegang
SahamOrang Awam
‘True Accountability’ - Akauntabiliti kepada manusia kepada
manusia serta akauntabiliti kepada allah adalah penyelesaian
terbaik untuk mencapai tadbir urus korporat yang baik
WAHANA PENGAWASAN ISLAM
Proses Mikro
1. Pendekatan Kod Halal Haram
i. Riba
ii. Gharar
iii. Maisir
iv. Zhulm
v. Ihtikar
vi. Israf
2. Pendekatan Kontrak (Aqad)
3. Pendekatan Dokumentasi Undang-undang
4. Pendekatan Maqasid al-Syariah
5. Pendekatan Laporan Kewangan
Daripada perbincangan di atas, penyelidik menyimpulkan
bahawa konsep al-hisbah terdapat dalam audit syariah.
Kedudukan konsep ini adalah kukuh berdasarkan dalil
daripada al-Quran dan al-Sunnah, malah dikuatkan lagi
dengan perbincangan yang menyeluruh dalam semua
saluran syarak dan bidang utama fiqh seperti al-Qawa’id al-
Fiqhiyah, Fiqh al-Waqi`, Fiqh Awlawiyat, Usul al-Fiqh, Fiqh
al-Islami dan Maqasid al-Shar’iyah.
KESIMPULAN
Sekian, Terima Kasih.
Dengan adanya prinsip fiqh ini akan menjadi satu landasan
teori yang dapat dijadikan panduan untuk dipraktikkan pada
masa kini. Penyesuaian yang mengambil kira faktor zaman
dan juga tempat boleh dilakukan ke atas teori-teori tersebut
bagi memastikan kesejahteraan dan juga keadilan di dalam
masyarakat dapat diwujudkan.
BILBIOGRAFI
Ab. Mumin Ab. Ghani, Sistem Kewangan Islam danPelaksanaannya di Malaysia, Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (JAKIM), 1999.
Abdelgadir Banaga, Graham Ray dan Cyril Tomkins, ExternalAudit and Corporate Governance in Islamic Banks,Avebury, 1994
Abdul Halim Mat Diah, Falsafah Pendidikan Islam di InstitusiPengajian Tinggi di Malaysia (Disertasi PhD), Yogyakarta:Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Sunan Kalijogo,1986.
Abdul Rahim Abdul Rahman, Enhancing The Integrity of IslamicFinancial Institutions in Malaysia: The Case for The Shariah AuditFramework, ISRA International Journal of Islamic Finance, Vol. 3 ,Issue 1, 2011.
Abdul Rahim Abdul Rahman, Shariah Audit for Islamic FinancialServices: The Needs and Challenges, ISRA Islamic FinanceSeminar (IIFS), Kuala Lumpur, 11 November 2008.
Abdullah Muhammad Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepadaPengertian Al- Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).
Ali Idiab Mohamed Idiab, Mohamad Sabri bin Haron dan Shofian BinHj. Ahmad, The Organization of Audit Department in Islamic Banksand Commercial Banks : the Description and Responsibilities ofInternal Auditor, Australian Journal of Basic and Applied Sciences,5(12), 2011.
Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI),Accounting, Auditing and Governance Standards for IslamicFinancial Institutions, 2002.
Auni Hj. Abdullah, Hisbah dan Pentadbiran Negara, IKDASSdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2000.
Azah Atikah Haji Anwar Batcha, Shariah Non Compliancethrough Auditing and Risk Management in Islamic Banking andFinance, International Centre of Education in Islamic Finance(INCEIF), 2009.
Charles Issawi, Filsafat Islam Tentang Sejarah, Dr. A. Mukti(terj.), Jakarta: Tinta Emas, 1962.
Hussain G. Rammal dan Lee D. Parker, Audit and Governancein Islamic Banks : Selection and Training of Shariah Advisors,University of South Australia, 2010.
Hussain Khalifa Hussain Alkdai, Audit CommitteeCharacteristics and Earnings Management in MalaysianShariah-Compliant Companies, Bussiness and ManagementReview, 2012.
Hussien Shehata, Introduction to Auditing, Universiti Al-Azhar, 2011
Idris Awang, Kaedah Penyelidikan, Suatu Sorotan, KualaLumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, IntelMultimedia dan Publications, 2001.
Imam Barnadib, Arti dan Metode Sejarah Pendidikan,Yogyakarta: Yayasan Penerbitan FIB-IKIP, 1982.
Jalal al-Din al-Mahalli (864h / 1459) dan Jalal al-Din al-Suyuti (911h / 1505), Tafsir al-Jalaalain,
Jamal Adel Al-Sharairi, The Operating Islamic Banks inJordan Applying the International Internal AuditingStandards (IIA’), International Journal of Economicsand Finance, 2012.
Koentjaraningrat (ed.), Metode-metode Penelitian Masyarakat,Jakarta: P.T, Gramedia, 1977.
M. Mansoor Khan and M. Ishaq Bhatti, Development in IslamicBanking : A Financial Risk – Allocation Approach, Emerald inSight, 2008.
Mohd Hairul Azrin Haji Besar, Mohd Edil Abd Sukor, NuraishahAbdul Muthalib dan Alwin Yogaswara Gunawa, ThePractice of Shariah Review as Undertaken by IslamicBanking Sector in Malaysia, International Review of Business
Research Papers, Vol.5 No. 1 January 2009.
Mohd Zamerey Abdul Razak dan Nurmaezah Omar, AuditSyariah dalam Institusi Kewangan Islam di Malaysia, JurnalMuamalat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Bil. 1/2008
Muhammad Akram Khan, Performance Auditing for IslamicBanks, Islamic Economic Studies, Vol.5, No.1, December1997 & No.2, April 1998.
Muhammad Akram Khan, Role of The Auditor in an Islamic
Economy, Journal Res. Islamic Economic, 1985.
Nawal Kasim, Dynamics of Shariah auditing in Islamic
Institutions : a study of the Malaysian Islamic financial sector,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2009.
Nawal Kasim, Auditing from the Islamic Perspective,
Accountants Today, June 2010
Nawal Kasim, Shahul Hameed Mohamad Ibrahim dan Maliah
Sulaiman (2009), Shariah Auditing in Islamic Financial
Institutions: Exploring the Gap Between the “Desired” and
the “Actual”, Global Economy & Finance Journal, Vol. 2 No. 2
September 2009.
Nibrasul Huda Ibrahim Hosen, The Importance and Method of
Shariah Compliance Audit,
Ratna Mulyany, Shari’ah Audit for Islamic Financial
Institutions: Perceptions of Accounting Academicians,
Audit Practitioners, and Shari’ah Scholars, Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia, 2008.
Razimah Abdullah, Audit Dalam yang Berkesan : Rujukan
Lengkap Audit Proses, Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA), UiTM, 2006.
Saiful Azhar Rosly, Shariah Compliant Parameters
Reconsidered, Annual Malaysian Finance
Association Conference, 4-5 Jun 2008.
Syed Alwi Mohamed Sultan, A Mini Guide to Shari’ah
Audit for Islamic Financial Institutions – A Primer,
CERT Publications Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2007.
Wan Jemizan Wan Deraman, Audit Syariah dalam
Kewangan Islam, Utusan Malaysia dalam talian, 11
Mac 2010.
Zeti Akhtar Aziz, The Rise and Effectiveness of Corporate
Governance in the Islamic Financial Services
Industry, 2nd Islamic Financial Services Board (IFSB)
Summit, 24-25 Mei 2005
Zurina Shafii dan Supiah Salleh, Management of Shariah
Non-Compliance Audit Risk in the Islamic Financial
Institutions via the Development of Shariah Compliance
Audit Framework and Shariah Audit Programme, Kyoto
Bulletin of Islamic Area Studies, 2010.
Top Related