Elektronik Industri
Modul: Analog Electronics
Tahap: 3
Pengajar: En. Mohd Azri Fahmy Hj Azman
ILP Kota Kinabalu,Sabah
Tajuk: Pengenalan kepada Flip-Flop
Tujuan Pengajaran:
• Pelajar-pelajar mesti boleh:1. Terangkan definasi flip-flop
2. Nyatakan binaan dan prinsip asas flip-flop.
3. Jelaskan jenis-jenis flip-flop.
4. Jelaskan penggunaan flip-flop.
Pengenalan kepada flip-flop– Flip-flop merupakan sel ingatan paling asas yang
digunakan dalam pembinaan litar logik jujukan (sequential logic circuit ).
– Flip-flop juga dikenali dengan nama lain seperti selak (latch),atau memperbilangan dwistabil (bistable multivibrator).
– Flip-flop boleh mempunyai satu atau lebih masukan tetapi mempunyai hanya dua keluaran sahaja dimana satu keluaran merupakan pelengkap kepada keluaran yang satu lagi.
Jenis-jenis flip-flop
• Flip-flop R-S
• Flip-flop J-K
• Flip-flop D
• Flip-flop T
• Master Slave
Flip-flop RS• Litar flip-flop yang paling asas ialah jenis R-S yang dibina
dengan dua get TAKATAU.• Dua masukan flip-flop ini dilabel R (RESET) dan S (SET) dan
pada keluaran dilabel Q dan Q. • Keluaran Q akan menjadi logik 1 apabila masukan S = 1 dan
R = 0. Pada masa ini flip-flop dikatakan dalam keadaan SET. • Keluaran Q akan menjadi logik 0 apabila masukan S = 0 dan
R = 1. Pada masa ini pula flip-flop dikatakan berada dalam keadaan RESET atau bersih.
• Apabila masukan S = 0 dan R = 0, keluaran Q tidak akan berubah. Pada masa ini flip-flop dikatakan memegang data.
• Bagaimanapun, masukan logik dimana kedua-dua masukan S dan R diberi logik 1 adalah tidak dibenarkan. Ini kerana pada masa ini kedua-dua keluaran akan berada pada logik 0 dan ini merupakan satu keadaan yang tidak sah.
Simbol flip-flop RS
Simbol flip-flop RS
Flip-flop JK
• Flip-flop jenis R-S menghadapi masalah apabila R dan S diberi logik 1 dan oleh itu keadaan ini tidak dibenarkan.
• Untuk mengatasi masalah ini, keluaran Q dan Q dimasukkan kembali kepada masukan R dan S seperti dalam rajah.
• Kedua-dua masukan yang bari ini diberi label J dan K. Selepas diubahsuai sedemikian, keluaran Q akan mengambil nilai pelengkap kepada keluaran sebelumnya jika masukkan J=K=1.
• Dengan ini masalah keadaan tidak sah yang berlaku pada flip-flop jenis R - S telah dapat diatasi.
Simbol JK
Flip-flop T
• Dalam penggunaan litar digital, frekuensi sesuatu isyarat digital boleh dibahagi untuk dikecilkan . Dengan menggunakan flip-flop T seperti dalam rajah, frekuensi isyarat digital yang dikenakan pada masukan jam akan dibahagikan kepada dua keluaran Q.
• Flip-flop T boleh dibina dengan menggunakan flip-flop J - K dengan mencantumkan masukan J dan K dan dinamakan sebagai T.
• Perlu diketahui bahawa proses membahagi frekuensi ini boleh berlaku jika masukan T = 1. Sekiranya nilai T = 0, keluaran tidak akan berubah.
Simbol T
Flip-flop D
• Sesuatu isyarat digital boleh dilambat selama satu denyutan jam dengan menggunakan flip-flop D.
• Flip-flop D boleh dihasilkan dengan dengan menambahkan penyongsang pada masukan K seperti dalam rajah .
• Flip-flop D juga dikenali sebagai flip-flop data dimana keluaran Q sentiasa mengambil nilai D denyut jam dikenakan.
Simbol D
Simbol D
Flip-flop Master Slave• Flip-flop ini dinamakan demikian kerana binaannya seperti rajah . • Flip-flop yang telah dipelajari sebelum ini boleh juga dilaksanakan
sebagai flip-flop Master Slave. Tetapi flip-flop ini kurang digunakan sekarang ini kerana telah banyak pembaharuan telah dilakukan keatas flip-flop terpicu-pinggir.
• Kelebihan flip-flop ini adalah Tuan boleh menyimpan aras yang ada pada J dan K ketika denyut jam pergi ke RENDAH. Dengan lain perkataan, tidak perlu masa pegang. Tuan akan memindahkan data yang betul kepada hamba apabila denyut jam pergi RENDAH walaupun sekiranya J dan K berubah pada masa yang sama.
• Ini membenarkan kita menggunakan flip-flop master slave dalam keadaan dengan masukan J,K diubah oleh isyarat yang sama iaitu dikenakan pada masukan denyut jam.
• Operasi flip-flop ini adalah seperti berikut:Apabila denyut jam = 1 : aras J dan K dipindahkan kedalam tuan yang akan pergi ke keadaan yang ditentukan oleh J,K dan keadaan semasa QS . Hamba tidak boleh berubah keadaan apabila denyut jam = 1.Apabila denyut jam = 0 : Keluaran dari tuan dipindahkan kepada hamba. Tuan tidak boleh berubah keadaan ketika denyut jam = 0.
Simbol Master Slave
Soalan1.Apakah itu Flip-Flop?.
2.Berikan contoh litar flip-flop?.
Top Related